Tajuk : Yakinlah Cintaku - Part C [End]
Nama penulis : NOORAIHAS
Tarikh post : 26 Julai 2013
PART C
Hari ini Paan membantu Khadijah mengemas
rumah. Sebenarnya dia tak adalah rajin sangat nak membantu isterinya itu
mengemas rumah tapi demi kasih sayang dan cintanya pada Khadijah dia ringankan
segala tulang temulangnya untuk membantu.
“Han kemas semua bilik. Biar
Dijah kemas ruang tamu dan dapur. Okey?”Arah Khadijah pada Paan.
Paan hanya mengangguk lesu. Malas
sebenarnya. Khadijah sedar yang suaminya itu hanya separuh rela untuk melakukan
kerja rumah. Jadi dia perlu ada alternatif tersendiri untuk memastikan Paan
membantunya.
Baru sahaja Paan mahu melangkah,
Khadijah sudah menarik tangannya. Ciuman lembut diberikan pada kedua-dua belah
pipi suami tercinta. Terkebil-kebil Paan menerima ciuman tiba-tiba dari si
isteri.
“Kalau nak yang seterusnya kena
siapkan kerja rumah. Malam nanti Han boleh claim,”ujar
Khadijah bersama lirikan mata yang menggoda.
Lebar senyuman Paan mendengarnya.
Wajah yang separuh terpaksa tadi kembali ceria sebelum kepalanya diangguk
laju-laju. Bersetuju! Langkah yang tadi lesu kembali bersemangat! Cepat-cepat
dia beredar ke bilik utama untuk mengemas.
Perkara pertama yang dia lakukan
adalah mengumpul baju-baju kotor dan meletakkannya di dalam bakul. Seterusnya
cadar dan sarung bantal ditukar dan dikemaskan. Buku-bukuan milik Khadijah di
susun sebelum dia beredar ke meja solek. Baru sahaja dia mahu menyusun alatan
solek milik isterinya, Paan secara tidak sengaja menjatuhkan tas tangan Khadijah.
Berterabur barang-barang yang ada di dalamnya. Cepat-cepat dia memasukkan
barang yang berterabur tadi ke dalam beg tangan isterinya. Namun,
pergerakkannya terhenti apabila pandangannya tertancap pada paket kecil yang
berada di lantai.
Ubat? Dijah sakit ke?soal hatinya
risau! Paket kecil itu di belek-belek sebelum membaca jenis ubatan itu. Pil
pencegah kehamilan?
“Han, Dijah nak ta...” Khadijah
tergamam! Tidak jadi untuk meneruskan bicaranya. Dia kaku di muka pintu.
“Dijah, kenapa ada pil pencegah
hamil dalam beg Dijah?”Tanya Paan bersama air muka yang penuh tanda tanya.
“Han...”Khadijah kelu.
“Bukan pil ni untuk cegah hamil
ke? Kenapa boleh ada dalam beg tangan Dijah?” Sekali lagi Paan menyoal.
Khadijah menarik tangan Paan
untuk melabuhkan duduknya di birai katil. Nampaknya sudah sampai masanya dia
menerangkan segalanya.
“Dijah tak nak pregnant.”Ringkas dan padat kata pemula
Khadijah. Namun, getar di dalam dada hanya ALLAH sahaja yang tahu.
“Kenapa?”Paan bernada kecewa.
Keruh wajahnya. Walaupun dia dan Khadijah baru sahaja memulakan kehidupan
sebagai suami isteri dalam kata sebenar, tapi jauh di sudut hatinya dia tetap
menginginkan zuriat sebagai penyambung kasih sayang mereka.
“Sebelum Dijah kahwin dengan Han, papa pernah
paksa Dijah kahwin dengan anak kawan baiknya, dari ketururnan yang baik-baik
sebab papa nak jaga susur keturunannya. Mahu cucu yang baik-baik asalnya. Jadi
dengan mengahwini Han, Dijah yakin papa tidak akan ungkit tentang cucu malah
pastinya papa akan halang perkara tu daripada berlaku,” terang Khadijah lagi.
“Jadi sebab tu Dijah kahwin
dengan Han? Dijah tak nak anak dari Han?”Lirih suara Paan bertanya. Sungguh dia
ingat Khadijah ikhlas menikahinya.
Khadijah mengangguk perlahan. Dia
tahu Paan pasti kecewa mendengarnya.
“Satu perkara lagi yang Han perlu
tahu adalah Dijah trauma. Dulu arwah mama jatuh masa mengandungkan Khalif and
she passed away! Sebab nak bawa satu nyawa, nyawa mama terkorban. Tinggalkan
orang tersayang. Dijah tak nak semua tu berulang. Dijah tak nak tinggalkan
Han!” sambung Khadijah yang mula teresak-esak.
Paan yang sebelum ini merasa
hampa mula serba salah mendengarnya. Lalu bahu si isteri diusap lembut. Cuba
menenangkan Khadijah yang nyata dipengaruhi emosi. Dahi wanita kesayangannya
itu dikucup syahdu.
“Han tak akan paksa Dijah untuk
mengandung. Tapi Han tak nak Dijah ambil dah ubat ni. Han takut ubat ni bagi
kesan apa-apa kat Dijah. Mana tahu satu hari nanti hati Dijah terbuka nak ada
zuriat, tapi sebab ubat ni, Dijah tak hamil. Macam mana? Kebarangkalian untuk
kesan sampingan itu selalu ada, kan?”nasihat Paan, tenang.
“Han akan tunggu hari di mana
Dijah mahu membawa junior Han. Anak kita berdua,” tambah Paan lagi.
Tangisan Khadijah kembali reda
sebelum dia bertindak memandang anak mata suaminya itu. Mencari keikhlasan dari
sinar mata kuyu milik Paan. Perlahan-lahan bibirnya mengukir senyuman.
“Kita rancang baby secara sihat
dan selamat. Boleh kan?” Paan meminta kepastian. Walaupun dihatinya ada sedikit
hampa, namun demi isteri tercinta dia turutkan sahaja.
Khadijah mengangguk. Setuju!
Pelukannya dieratkan. Dia berjanji untuk membahagiakan lelaki yang bernama
Muhammad Farhan ini sehingga akhir nafasnya.
***
Lima tahun kemudian...
“Paan ini laporan kewangan
bengkel kita untuk bulan ni” ujar Meon sambil menyerahkan fail yang mengandungi
laporan kewangan bengkel yang diusahakan bersama Meon hasil duit simpananya dan
Meon selama beberapa tahun ini. paan menyambut pantas fail berwarna biru gelap
itu dan menelitinya.
Alhamdulillah...Bengkel yang
sudah diusahakan hampir lima tahun itu mendapat sambutan yang memberangsangkan daripada
orang ramai. Bakat yang dahulu terpendam akhirnya dapat digunakan dan menjana
pendapatannya. Ini juga berkat sokongan padu dari Khadijah yang tidak jemu
memberi kata semangat untuk dia Berjaya.
“Paan bukan hari ni anniversary kau dengan Dijah ke?” Soal
Meon.
“Hmm...Dijah dah suruh aku balik
awal hari ni. Tak sabar aku nak balik,” balas Paan teruja. Bibirnya tersengih
lebar. Gembira!
“Selamat ulang tahunlah aku
ucapkan. Semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki,” ucap Meon sambil
tersenyum.
“Thank you so much! I’ll
appreciate it,” kata Paan bersama
wajah bahagianya. Akhirnya dia mampu jugak untuk bertutur dalam bahasa Inggeris
dengan lancar hasil tunjuk ajar si isteri.
“Cakap pasal rezeki ni kan bila
korang nak ada baby ni? Dah hampir enam tahun kahwin kan? Kau pun kerja dah
tetap, pendapatan pun mantap. Dijah lagilah memang Berjaya orangnya. so, bila
lagi nak ada orang baru ni?”Meon mengajukan soalan cepumas pada Paan.
Paan mengeluh perlahan. Dia
sendiri tak tahu jawapan kepada persoalan Meon itu. Sejak kes penemuan pil
cegah hamil itu, Khadijah tidak lagi mengambil ubat itu dan mereka merancang
kehamilan secara tradisional sehingga sekarang. Adakah sekarang waktu terbaik
untuk dia dan Khadijah menimang cahaya
mata?
KHADIJAH merapati tubuh suaminya
yang sedang duduk mengelamun sendirian di balkoni partment mereka. Tubuh tinggi
lampai itu dipeluk dari belakang sebelum melekapkan wajahnya ke tubuh lelaki
itu. Haruman mandian Lifebuoy itu dihidu sepuasnya.
“Han...ada masalah kat bengkel
ke?”Tanya Khadijah masih lagi memeluk tubuh Paan.
Paan meleraikan pelukan dan
berpaling menghadap wajah isteri kesayangannya. Lama wajah itu di tatapnya.
Wajah yang sentiasa tenang dan sentiasa bersabar itu tidak pernah
mengecewakannya. Wanita yang sentiasa memandang tinggi darjatnya sebagai suami
tanpa merendahkannya. Jadi, patutkah dia meminta lebih setelah apa yang
Khadijah berikan padanya? Tapi tidak salah dia mencuba. Kan?
“Dijah kalau Han nak minta
sesuatu dengan Dijah boleh tak?” pinta Paan dengan muka yang jelas mengharap.
“Apa dia?” Pendek Khadijah
menyoal. dia tahu Paan ada sesuatu yang sedang merunsingkan kepalanya.
Paan tidak menjawab. Sebaliknya
tubuh si isteri dipeluk dari belakang. Tangan kasarnya dilekapkan di perut
Khadijah sebelum diusapnya lembut.
Khadijah meneguk air liurnya. Dia
yang baru sahaja ingin menikmati pelukan hangat si suami tiba-tiba sahaja rasa
berdebar.
“Han nak perut ni berisi. Han nak
dalam ni ada junior Han yang akan dilahirkan. Anak kita berdua,” luah Paan,
tenang. Tapi tidak bagi Khadijah.
Perlahan Khadijah merungkaikan
pelukan si suami.
“Han bukan kita dah bincang pasal
ni kan? Han tak akan paksa Dijah pregnant
until i’m ready for it. Isn’t?”
Paan mengeluh lemah.
“Memanglah. Tapi Han bosan. Kita
kahwin almost six years and now i’m
already 33. Han nak ada zuriat.
Sekurang-kurangnya seorang pun jadilah Dijah,”ujar Paan sudah seperti merayu.
Khadijah mendengus lembut dan
memalingkan kepalanya kea rah lain.
“Sampai bila Dijah nak fobia
macam ni? Lupakan kenangan pahit Dijah tu. Tak semua perempuan mengandung mati
masa bersalin. Teknologi dalam perubatan dah maju sekarang ni. Lagipun,
melahirkan umat Nabi Muhammad itu satu jihad, Dijah.”tambah Paan semakin
beremosi.
Khadijah sekali lagi mengeluh
kasar sebaik sahaja Paan berhenti berkata.
“Dijah minta maaf kalau apa yang
Dijah nak cakap ni akan mengguriskan hati kita berdua. Kalau Han betul nak
zuriat, Han boleh dapat. Tapi bukan daripada Dijah. Dengan perempuan lain.
Dijah rela Han kahwin lain,”tegas Khadijah tanpa memandang suaminya.
“Dijah! Apa ni?”marah Paan.
Wajahnya sudah berkerut menahan rasa terkilan.
“Memang itulah jalan penyelesaiannya,
Han!”Sekali lagi Khadijah menegaskan keputusannya.
Paan tersentak! Sampai begitu
sekali Khadijah menolak permintaannya. Sungguh dia kecewa! Lama dia mendiamkan
diri sebelum melangkah ke dalam rumah, meninggalkan Khadijah seorang diri di
balkoni.
SEJAK kejadian itu, hubungan
Khadijah dan Paan menjadi dingin. Paan selalu melarikan diri bila Khadijah
mendekati. Paan hanya berbicara soal
yang penting sahaja dengan Khadijah. Selalu juga Khadijah mencari ruang untuk
bermesra seperti dahulu namun dia hampa bila Paan memberi alasan dan buat endah
tak endah dengannya.
“Dijah,”tegur Encik Khalid pada
anak gadisnya yang sedang termenung.
Khadijah tersedar daripada
lamunannya dan segera memandang papanya. Senyuman di bibir di tarik paksa.
“Ada masalah ke dengan menantu
bertuah papa tu?”Soal Encik Khalid sedikit sinis.
Khadijah menggeleng. Menafikan.
“Kalau tak ada, takpelah. Ni papa
nak kamu tolong nasihatkan adik kamu tu,”
“Kenapa dengan Khalif pa?”
“Dia dah mula jinak dengan motor.
Ini mesti pengaruh suami kamulah tu!” tuduh Encik Khalif.
Khadijah mengerutkan dahinya.
“Kenapa papa cakap macam tu?
Farhan tak pernah ajar yang bukan-bukan kat Khalif,”kata Khadijah, membela suaminya.
“Papa tak akan tuduh kalau papa
tak nampak. Ini papa selalu nampak adik kamu tu melepak kat bengkel suami kamu
tengah baiki motor. Belek sana belek sini motor tu. Macam nak buat persediaan
merempit,”jelas Encik Khalid.
Khadijah diam.
“Balik nanti kamu brainwash suami kamu tu dulu. Lepas tu
baru nasihat kat adik kamu. Papa balik dulu,” pamit Encik Khalid lalu keluar
dari pejabat anaknya.
PAAN merebahkan tubuhnya di atas
sofa yang terdapat di ruang tamu. Penat ! otaknya seakan tidak dapat berfikir
saat ini. hatinya pula sangat penat merindukan Khadijah. Rindukan saat-saat
mesra mereka. Tapi dia masih terasa dengan kata- kata yang terkeluar dari bibir
isterinya itu. Oleh itu, dia bertindak mendiamkan diri.
“Lambat balik?”
Paan membuka mata yang tadinya
tertutup demi mendengar suara isterinya itu. Pandangannya dihalakan pada wajah
isteri yang dirinduinya itu.
“Baru balik merempit ke?” perli
Khadijah, bersahaja. Namun cukup menyentap tangkai hati Paan.
Segera lelaki itu bangkit dari
duduknya dan memandang tajam mata Khadijah.
“Apa maksud Dijah ni?”
“Tak ada maksud lain. Cuma Dijah
nak ingatkan Han. Kalau Han balik semula ke dunia Han yang dulu dan pengaruh
Khalif jadi macam Han, Dijah tak teragak-agak untuk saman Han. Ingat tu!” tegas
Khadijah dengan wajah yang serius.
Sejurus Khadijah siap berbicara,
Paan menepuk tangannya kuat. Seolah-olah Khadijah baru sahaja selesai berucap
di majlis.
“Hebat cara Dijah sambut suami
balik dari kerja! Hebat sangat! Boleh jadi tokoh isteri mithali!” sinis Paan.
Wajahnya nampak benar terluka! Cedera dengan kata-kata yang keluar dari mulut
isteri sendiri.
Khadijah mengetap bibirnya.
Terasa!
“Tapi Han nak pesan, sebelum tuduh
yang bukan-bukan, silalah siasat dulu. Eh, tak payahlah Han nak ajar
lebih-lebih. Dijah kan peguam. You know
better! Right?” perli Paan lagi sebelum melangkah ke kamar tidur mereka.
Terduduk Khadijah mendengarnya.
Dia sendiri tidak tahu mengapa lancang benar mulut ini meluahkan kata.
Menyakitkan hati si suami yang memang sudah terluka!
Langkah diatur ke bilik tidur.
Melihat tubuh Paan yang sudah berbaring di katil membuatkan
Khadijah semakin
bersalah. Sudah tentu Paan tidur dalam keadaan berlapar! Paan tidak pernah
makan di luar semenjak berkahwin dengannya.
Khadijah menempatkan tubuhnya di
sebelah suaminya. Tubuh itu dipeluk kejap! Wajahnnya sengaja disembamkan pada
belakang badan Paan yang lagi sedang mengiring membelakanginya. Air matanya
mengalir tanpa dapat ditahan.
Paan yang sengaja berpura-pura
lena itu hanya mengetap bibirnya menahan rasa. Dia sebak! Dia terluka! Hatinya
cedera! Namun, dia tidak mahu memujuk sendiri hatinya. Dia mahu Khadijah yang
memujuknya seperti dahulu! Saat di mana Khadijah melayannya seperti anak kecil
yang memerlukan perhatian! Paan tahu dia agak kebudak-budakkan! Tapi salahkah?
Dia masih boleh terima jika
Khadijah masih tidak mahu zuriat lagi tetapi untuk memaksanya bernikah dengan
wanita lain semata-mata untuk memanjangkan keturunannya, Khadijah masih tidak
memahami hatinya. Bagaimana dia hendak mengahwini wanita lain jika dalam
hatinya Cuma ada Khadijah? Kejam sungguh Khadijah mahu menyerahkannya pada
wanita lain semata-mata tidak mahu membawa zuriatnya!
Jika pasal Khalif, nyata Khadijah
tidak tahu yang dia sebenarnya selalu menasihati adik iparnya itu untuk tidak
terjebak dalam dunia rempit! Cuma Khalif aje yang selalu membuta hati dan
menulikan telinga untuk mendengar nasihatnya, maklumlah dia juga bekas mat
rempit sebelum ini!
“Maafkan Dijah, Han!” bisik
Khadijah di telinga Paan.
“Dijah salah! Dijah kejam dengan Han!” tambah
Khadijah lagi. Esakkannya cuba ditahan. Dia tidak mahu Paan terjaga kerananya.
“Dijah rindukan Han. Rindu
sangat...”
Paan tidak dapat menahan hatinya
lagi. Tangisan isterinya bagaikan sembilu yang menyucuk hatinya. Lantas
tubuhnya berpaling menghadap si isteri. Terpana Khadijah sebaik sahaja Paan
berpusing menghadapnya. Paan tak tidur lagi?
“Han?”
Paan menarik tubuh isterinya ke
dalam pelukannya. Ubun-ubun Khadijah dicium kudus!
“I miss you too, sayang! Rindu
sangat-sangat...” bisik Paan pula.
Khadijah membalas pelukan
daripada suaminya. Erat! Rindu yang terbeban dalam hati selama beberapa hari
ini terlerai sudah...
***
Khadijah baru sahaja keluar
daripada mahkamah apabila telefon bimbitnya berbunyi. Skrin di pandang sekilas.
Papa! Cepat-cepat dia mengangkat panggilan tersebut.
“Hello pa!” tegur Khadijah ceria
namun sebentar Cuma. Senyuman yang baru terukir di bibir, hilang sebaik sahaja
mendengar bicara yang keluar dari mulut papanya.
Talian ditamatkan dan dia segera
berlari kearah kereta dan memandunya ke Hospital. Papanya baru sahaja
memberitahunya bahawa Khalif terlibat dalam satu kemalangan. Dan paling
menyakitkan hatinya, adiknya itu kemalangan ketika sedang berlumba haram dengan
kawan-kawannya!
Sampai sahaja di hospital,
pandangan Khadijah tertumpu pada tubuh Paan yang bermandi darah dan sedang
dimarahi papanya. Paan hanya menunduk tanpa membalas tamparan demi tamparan
yang hinggap di pipinya.
“Papa kenapa? Han?” soal Khadijah
cemas.
“Kalau kamu nak tahu suami kamu
inilah penyebab adik kamu tu terlantar dalam bilik bedah!”jawab Encik Khalid,
keras sambil menolak tubuh Paan ke belakang.
Paan tidak membalas.
“Han, betul ke?”Tanya Khadijah
dengan wajah yang merah padam.
Paan diam.
“Han, Dijah tanya betul atau
tidak Han yang sebabkan Khalif kemalangan? Jawab!” Sekali lagi Khadijah menyoal.
nada suaranya sudah meninggi.
Paan masih diam. Dia hanya
memandang bawah dari tadi. Langsung tidak berkutik!
“Muhammad Farhan! Awak pergi
sekarang! Jangan bagi saya nampak muka awak lagi. Pergi!” jerit Khadijah, kuat.
Tangannya pula menolak tubuh Paan kasar. Menghalaunya!
Dengan hati terluka, Paan
berlalu. Mungkin inilah pengakhiran cerita cinta Muhammad Farhan dan Khadijah
Syuhaidah. Cinta itu bukan tentang bersatu sahaja tetapi berpisah juga...
***
“Ahhh!”
Khadijah berlari sebaik sahaja mendengar jeritan kuat mamanya.
Bila pandangannya dapat mengesan kelibat mamanya, tubuh kecilnya kaku melihat
darah yang mengalir banyak di lantai.
“Mama...”Serak suaranya menahan
takut dan tangis.
“Sayang...jangan takut ya.
Pang...panggil papa sayang,” pinta mama dalam suara tersekat-sekat.
Sesekali
Khadijah nampak mama memegang perutnya yang besar seperti menahan sakit yang
amat.
“Papa!” jerit Khadijah kuat tanpa
mengambil masa yang lama.
KHADIJAH SYUHAIDAH tersedar
daripada lenanya. Wajahnya basah dengan peluh-peluh dingin. Mimpi lagi!
Perlahan dia membawa tubuhnya menyandar di kepala katil. Pandangannya dihalakan
di sebelah kanannya. Kosong! Tiada lagi Paan yang menemani lenanya di saban
hari.
Telapak tangan kanan dibawa ke
permukaan perutnya sebelum mengusapnya lembut. Bagai boleh merasa denyutan
nyawa si kecil di situ. Automatik juring matanya panas menahan air mata yang
mulai bertakung di situ.
“Han...baliklah. Dijah rindu...”
***
Perasaan ini sangat menyeksakan...
Perasaan di mana ingin mendekati tetapi kaki tidak mampu berlari mendekatinya.
Jarak? Nampak macam dekat tapi jauh sebenarnya. Hari-hari memandang, tapi tidak
dapat bersuara. Seksanya rindu! Kerana rindu ini Khadijah Syuhaidah sudah
menjadi perindu! Perindu kepada suami sendiri.
Sebaik sahaja Khalif sedar
daripada koma. Dia sudah menceritakan segala-galanya pada Khadijah. Bukan salah
Paan rupanya! Paan sudah beberapa kali menasihati adiknya untuk tidak merempit
tapi Khalif sahaja yang tidak mahu mendengar. sebaliknya sebaik sahaja Paan
tahu Khalif ada perlumbaan hari itu, terus sahaja Paan mengekorinya seterusnya
membawanya ke hospital untuk di rawat sebaik sahaja motor Khalif terbabas di
bahu jalan. Dan dari hari itu sehingga kini, dia dan papa merasa bersalah yang amat kepada Paan.
Maaf? Hari-hari dia dan papa
datang dan memohon maaf pada Paan, tapi lelaki itu Cuma diam. Hanya Meon yang
selalu menjadi pengantara. Tetapi, cukuplah setakat ini sahaja Meon jadi
pengantara. Biar dia sendiri yang berbicara dari hati ke hati dengan Paan. Walaupun Paan tidak rela.
Assalamualaikum,” Khadijah
memberi salam.
“Waalaikumsalam,” jawab Paan lalu
berpaling menghadap suara yang disangka datang dari pelanggannya.
Paan terkedu dan ingin berpaling.
“Han, Dijah ada perkara nak
bagitahu Han,” ujar Khadijah sambil meraih tangan suaminya.
Namun, Paan
mengelak.
“Kereta puan rosak ke? Kalau nak
baiki kejap saya panggilkan kawan saya. Meon! Meon!” panggil Paan. Berpura-pura
tidak kenal akan isterinya itu.
“Han!”panggil Khadijah.
“Baliklah. Ini tempat saya cari
rezeki. Saya kena cari duit lebih sebab
ada orang nak saman saya kerana sebabkan adik kesayangannya accident,” sindir Paan, bersahaja.
Merah wajah Khadijah bila diperli
begitu. Namun, itu tidak akan mematahkan semangatnya. Lantas tubuh tinggi itu
didekatinya.
“Han...I’m pregnant,” perlahan sahaja perkataan yang keluar dari
mulut Khadijah bila Paan seakan tidak mahu memberi perhatian kepadanya.
Paan tersentak! Serta merta
pergerakkannya terhenti lalu tangan isterinya di capai dan ditarik masuk ke
ruangan pejabatnya, Khadijah hanya menurut langkah suaminya itu.
“Apa Dijah cakap tadi?”
Khadijah mengetap bibirnya.
“I’m pregnant. Almost three weeks,” jawab Khadijah, lemah.
Paan duduk termanggu. Memang dia
gembira tapi bukankah selalunya mereka berhati-hati bila bersama? Macam mana pulak boleh hamil? Oh, baru dia teringat
malam yang dia bergaduh dengan Khadijah tu dia tak ambil precaution. Mesti
Khadijah marah! bisik hati Paan.
“You’re not happy. Aren’t you?” Tanya Paan lagi sebaik sahaja dia
merenung segenap wajah yang muram dari tadi.
Khadijah mengangguk.
“Han masih marahkan Dijah dan
papa. Han tak nak maafkan Dijah dan selalu lari bila nampak Dijah. I’m so depressed! So, this baby comes not in
the right time!” tangis Khadijah
sambil menghalakan jari telunjuk kearah perutnya.
Paan menarik lembut tubuh
isterinya itu ke dalam pelukannya.
“Syyy...jangan nangis lagi. Han
tak marah, Dijah. Cuma Han terasa bila papa dan Dijah tuduh Han yang
bukan-bukan. Han sedih bila Dijah masih tak percayakan Han. Han sedar diri Han
siapa. Kalau Dijah tak kutip Han dulu, mesti sekarang ni Han masih jadi mat
rempit lagi. Rempit sana... rempit sini. Tapi Han dah tak buat dah semua tu.
Han dah cuba nasihatkan Khalif. Tapi dia tak mahu dengar,” jelas Paan, sebak.
“Dijah tahu...Khalif dah bagitahu
semuanya. Maafkan Dijah, Han. Dijah yang berdosa.”Khadijah sudah berlinang air
matanya.
“Han maafkan semuanya. Jangan
nangis dah. And please don’t blame our
baby for all my wrongdoings. Please...” rayu Paan sambil menentang anak
mata isterinya.
“I’m sorry. Dijah pengsan bila Khalif bagitahu yang sebenarnya.
Rasa serba salah. And bila Dijah sedar, doctor bagitahu yang Dijah dah pregnant.
Bila Dijah balik rumah nak minta maaf dari Han, Han tak ada. Pakaian Han semua
tak ada. Dijah tertekan! Dijah tak nak lalui proses kehamilan ni tanpa Han.
Dijah takut nak lalui trauma Dijah ni seorang diri!” esak Khadijah lagi.
Paan mengeratkan lagi pelukannya.
“I won’t let you go through this pregnancy by your own. I’ll always
beside you. Kalau Dijah kata anak ini adalah yang pertama dan terakhir dari
Dijah pun Han tak kisah. Han tak akan
minta lebih jika Dijah tak mahu. Janji Dijah jangan paksa Han nikah dengan
perempuan lain untuk panjangkan keturunan Han sudah. Han tak mampu buat macam
tu,” tukas Paan juga dengan linangan air mata.
Khadijah hanya mengangguk. Paan
mengucup lembut dahi Khadijah. Dalam hatinya tidak habis mengucap syukur pada
Yang Esa. Sekurang-kurangnya dengan segala ujian yang melanda mereka, Khadijah
masih boleh menerima dan kuat untuk mengatasi rasa traumanya untuk hamil.
***
Empat tahun kemudian...
“Muhamad Farish Khalish!”
“Muhamad Fahim Khalish!”
“Muhamad Firman Khalish!”
Khadijah Syuhaidah mengerutkan
dahinya sebaik sahaja mendengar suara suaminya memanggil ketiga-tiga heronya
itu dengan lantang. Berlari bertempiaran
ketiga-tiga orang anak lelakinya itu ke bilik tidur. Ada yang tak kenalah tu!
Getus hatinya.
Paan mendekati isterinya yang
lagi sedang meneliti fail kes klien-kliennya. Melihat senyuman dari isteri
tercinta membuatkan hatinya sejuk kembali. Perlahan Paan melabuhkan duduknya di
sebelah isterinya itu. Dahi licin milik Khadijah dikucup lembut.
“Abang... kenapa menjerit macam
monkey ni?” Soal Khadijah sebaik sahaja Paan melabuhkan duduk disebelahnya.
Senyuman kecil ditariknya sebagai tanda bergurau.
Paan segera menarik muncungnya.
Terasa hati bila kuasa jeritannya disamakan
dengan monyet.
“Apa monkey-monkey? Abang tengah
marah ni tau,” marah Paan bersama muncung yang panjang.
Khadijah tergelak kecil. Perangai
keanak-anakkan suaminya ini tidak pernah berkurang! Makin bertambah adalah!
Ibaratnya jumlah bilangan anak-anaknya yang sebenar adalah empat orang bila
dicampur Paan sekali! Segera fail kes yang sedang ditelitinya ditutup. Ingin
memberi perhatian kepada ‘anak sulongnya’ ini dahulu!
“Tell me... what Ayish, Ayim and Iman did to you? Did they harm my baby anywhere?” Soal
Khadijah sambil
membelek-belek wajah suaminya itu dengan penuh kasih sayang.
Paan menggeleng laju. Mukanya
masih masam mencuka!
“Ayish, Ayim dan Iman dah
habiskan ais krim Vanila abang dalam peti. Tadi, abang baru nak makan.
Tengok-tengok ais krim tu tinggal bekas aje isi tak ada. Lepas tu mulut
sorang-sorang comot dengan kesan ais krim tu. Kempunan abang. Lepas nampak
abang sorang-sorang lari,” adu Paan dengan muka yang sudah tercebik-cebik, nak
menangis!
Khadijah tersenyum mendengarnya. Dengan kasih sayang yang tidak pernah
pudar, rambut suaminya itu dibelai sebelum dahi lelaki itu dikucupnya. Semenjak
dua menjak ini, Paan bertambah-tambah sensitifnya dan Khadijah tahu kenapa.
Cuma tunggu masa sahaja untuk sampaikan pada Paan. Dan dia rasa sekaranglah
masa yang sesuai!
Tangan kasar milk Paan di tarik
dan dikucupnya lembut. Lelaki inilah ‘lelakinya’ yang sentiasa ada bersamanya,
dalam waktu sukar dan bahagia. Tidak dapat Khadijah bayangkan jika Paan tidak
ada di sisinya sepanjang tempoh kehamilan. Pasti dirinya tidak kuat! Dia masih
ingat betapa cemasnya Paan sewaktu doctor memberitahu yang dia sedang
mengandungkan kembar tiga. Hampir sahaja Paan menyarankan pembedahan demi memastikan
dia tidak merasa kesakitan untuk melahirkan.
Tapi dengan kuasa ALLAH, dia mampu
melahir ketiga-tiga zuriatnya itu secara normal dan Paan sendiri ada sepanjang
tempoh dia melahirkan. Sejak kelahiran si kembar, Paan tidak lagi membangkitkan
isu ingin menambah zuriat. Tidak sanggup katanya. Malah, Paan kembali mengambil
precaution. Tapi atas permintaannya yang ingin hamil semula, Paan tidak lagi
menggunakannya. Dan akhirnya, semalam doctor mengesahkannya hamil dua bulan.
Kuasa TUHAN... dulu dia takut dan fobia untuk hamil. Kini, dia yang
meminta-minta pada Paan untuk hamil lagi! Aneh betul hidup!
“I love you,” ucap Khadijah, romantis.
Paan senyum lebar. Kembang kuncup
hatinya mendengar.
“i love you too, my lady Khadijah Syuhaidah,” balas Paan lalu mencium
kedua-dua belah pipi gebu milik isterinya itu.
“Dijah ada sesuatu nak bagitahu
Han.”Khadijah sudah memulakan mukadimahnya.
Paan menaikkan keningnya sebelah.
“Dijah pregnant. Two months.”
Mulut Paan perlahan-lahan
terbuka. Ternganga akibat terkejut!
“Serius?” Paan meminta kepastian.
“Yes. Sebab tulah, Dijah
perhatikan abang terlebih sensitive dua tiga menjak ni. Macam masa Dijah pregnant tiga hero abang tu. Sampai
pasal ais krim pun nak marah,” usik Khadijah lalu mencuit
hidung mancung Paan.
Paan tersengih malu. Kepala yang
tidak gatal digaru.
“Janganlah sebut. Malu abang!”Paan menutup
mukanya dengan kedua belah telapak tangannya. Malu pulak bila teringatkan
perangainya yang mengalahkan perangai si kembarnya.
Khadijah menarik telapak tangan
Paan dari mukanya dan menggenggam jari jemari kasar itu.
“Terima kasih. Kalau abang tak
ada Dijah tak mungkin akan lalui saat-saat bahagianya membawa satu nyawa. Dijah
tak mungkin kuat untuk mengatasi trauma Dijah,” pohon Khadijah sambil menentang
anak mata suaminya.
Berkaca-kaca mata Paan
mendengarnya.
“Abang lagilah nak berterima
kasih dengan Dijah. Kalau Dijah tak hadir dalam hidup abang, abang mesti masih
tersadai kat tepi jalan. Merempit sana sini. Tak ada tujuan hidup. Jadi sampah
masyarakat. Tanpa Dijah, abang mesti tak akan menikmati saat-saat bahagia
menjadi suami dan bapa serta kasih sayang keluarga yang sebenar. Terima kasih
sudi terima anak yatim piatu yang serba kekurangan ini,” luah Paan lirih. Air
mata lelakinya sudah jatuh membasahi pipi.
Khadijah menarik tubuh suaminya
ke dalam dakapan. Erat! Untuk seketika keduanya tenggelam dalam pelukan.
“Papa!”
“Mama!”
“Kenapa nangis?” Serentak si
kembar meyoal.
Paan dan Khadijah cepat-cepat
meleraikan pelukan masing-masing. Paan memalingkan wajahnya dan menyapu sisa
air matanya. Malulah kalau anak-anak lelakinya melihat papa mereka menangis!
Khadijah hanya mampu melemparkan senyuman manis kepada si kembar.
“Mana ada papa nangis. Papa
gembira sebab lepas ni Ayish, Ayim dengan Iman nak dapat adik.”terang Paan
bersama senyuman.
“Adik?” Sekali lagi si kembar
menyoal. hairan!
“Adiklah. Adik kepada Ayish, Ayim
dengan Iman. Happy?” jelas Khadijah lalu menarik anak-anak lelakinya rapat.
“Oh. Happy! Lepas ni Ayish, Ayim dengan Iman ada banyak
geng nak buli papa!” Selamba Ayish berkata serentak itu Paan menarik lembut
telinga anak lelakinya itu.
“Aduh, papa! Sakitlah! Mama!”
jerit Ayish.
Khadijah hanya menggelengkan
kepalanya.
“Banyak handsome muka Ayish nak buli papa. Ayim dengan Iman jangan jadi
macam Ayish, okey?”
Ayim dan Iman hanya menyengih
menayangkan gigi yang tak penuh.
“Sudah... Ayish, Ayim dengan Iman
minta maaf dengan papa. Korang dah bagi habis ais krim papa kan? Tak baik tau
makan tanpa kebenaran,” pinta Khadijah.
“Baik mama!”
Si kembar mula merapati papanya
dan menyalaminya. Paan menyambutnya dengan senang dan gembira. Dahi ketiga-tiga
orang anak lelakinya dikucup sayang. Permata hatinya dan Khadijah Syuhaidah!
Khadijah dan Paan saling
berpandangan. Masing-masing mengukirkan senyuman bahagia.
Membesarlah sayang-sayang papa
dan mama! Jadilah insan yang berbakti kepada agama, bangsa dan negara. Moga
kamu menjadi anak-anak yang soleh dan mendoakan kesejahteraan papa dan mama
bila kami sudah tiada.Ya ALLAH, lindungilah dan sejahterakanlah insan-insan
yang istimewa dan melengkapi hidupku ini. Dengan penuh rasa bersyukur kulafazkan Alhamdulillah atas kurniaan-Mu...TUHANku!
p/s : cinta itu tentang keyakinan
bukan kelayakan. Siapa pun jodoh kita, terimalah dia dengan hati yang yakin
tanpa mempersoalkan kelayakannya di mata dunia -NOORAIHAS.
Tokophobia rasa takut
untuk mengandung, mengalami proses mengandung dan melahirkan. Itu nama fobia bagi orang yang takut nak pregnant ya!
*Dah baca harap sudi komen ya ;)
*Dah baca harap sudi komen ya ;)
20 comments:
yeay~ happy ending :)
comel betul kalau dapat kembar tiga~ aww
Cumelnye paan cam babies diorg...
Nk lgi crpen yg camni leh x cik writer....
Seronok baca :)
so sweet
best...sronok bca cerpen nooraihas..
Seronok gila baca cerpen ni...
Sweet sangat......
Good job cik writer ^_^
best...
unik...
teruskan berkarya...
^_^
Wahhh...saya suka ! saya suka ! Cik writer buat lagi tau cerpen yg best2.Suka sangat !!! :-)
-Nursha-
kembar tiga ? btw agak kelakar la kalau lelaki merajuk . .
seronoknya kisah ni..................
hohoi, awak berjaya membuat air mata saya mengalir. semua salah awak wahai cik writer. :) keep it up. good luck!
Dalam semua cerpen, saya paling suka cerpen nih :)
Nak lg cerpen mcm ni akak....best la...sweeeeeeeeet sgttt..... ^_^ -Aini-
Bestttt....
Semenjak 2 3 hri ni sye asyik follow up cerpen dr blog ni .. semua best2 xpernah bosan utk bce
cerite ni sangat bestttt....x cliche lgsg
Tak sia2 kawin selama 6 tahun tanpa zuriat , last2 dpt anak kembar 3 terus , hahah . rezeki . btw best cerpen ni 👌
Sgat sweet..love it <3
Best! Best! Best! °_°_°_°
sweet dan best sangat sangat.
Cerita yg sarat dgn pengajaran..kisah mat rempit yg jarang diketengahkan,cinta antara 2drjat yg amat menarik,yg paling penting dpt tahu apa itu tokophobia..
Post a Comment