Oh, Pengikut Setiaku!!!

Friday, July 26, 2013

# 24 Yakinlah Cintaku -Part C [End]


Tajuk : Yakinlah Cintaku - Part C [End]
Nama penulis : NOORAIHAS
Tarikh post : 26 Julai 2013


PART C

 Hari ini Paan membantu Khadijah mengemas rumah.  Sebenarnya dia tak adalah  rajin sangat nak membantu isterinya itu mengemas rumah tapi demi kasih sayang dan cintanya pada Khadijah dia ringankan segala tulang temulangnya untuk membantu.

“Han kemas semua bilik. Biar Dijah kemas ruang tamu dan dapur. Okey?”Arah Khadijah pada Paan.

Paan hanya mengangguk lesu. Malas sebenarnya. Khadijah sedar yang suaminya itu hanya separuh rela untuk melakukan kerja rumah. Jadi dia perlu ada alternatif tersendiri untuk memastikan Paan membantunya.

Baru sahaja Paan mahu melangkah, Khadijah sudah menarik tangannya. Ciuman lembut diberikan pada kedua-dua belah pipi suami tercinta. Terkebil-kebil Paan menerima ciuman tiba-tiba dari si isteri.

“Kalau nak yang seterusnya kena siapkan kerja rumah. Malam nanti Han boleh claim,”ujar Khadijah bersama lirikan mata yang menggoda.

Lebar senyuman Paan mendengarnya. Wajah yang separuh terpaksa tadi kembali ceria sebelum kepalanya diangguk laju-laju. Bersetuju! Langkah yang tadi lesu kembali bersemangat! Cepat-cepat dia beredar ke bilik utama untuk mengemas.

Perkara pertama yang dia lakukan adalah mengumpul baju-baju kotor dan meletakkannya di dalam bakul. Seterusnya cadar dan sarung bantal ditukar dan dikemaskan. Buku-bukuan milik Khadijah di susun sebelum dia beredar ke meja solek. Baru sahaja dia mahu menyusun alatan solek milik isterinya, Paan secara tidak sengaja menjatuhkan tas tangan Khadijah. Berterabur barang-barang yang ada di dalamnya. Cepat-cepat dia memasukkan barang yang berterabur tadi ke dalam beg tangan isterinya. Namun, pergerakkannya terhenti apabila pandangannya tertancap pada paket kecil yang berada di lantai.

Ubat? Dijah sakit ke?soal hatinya risau! Paket kecil itu di belek-belek sebelum membaca jenis ubatan itu. Pil pencegah kehamilan?

Saturday, July 20, 2013

# 23 Yakinlah Cintaku- Part B

Tajuk: Yakinlah Cintaku - Part B
Nama Penulis: NOORAIHAS
Tarikh Post: 21 Julai 2013


Paan menggeleng untuk yang kesekian kalinya. Dia tetap tidak mahu! Apa barang pakai barang macam tu! Jatuhlah maruah dia! Mesti Meon nanti gelak guling-guling tengok dia pakai barang tu!

“Kenapa tak nak? Comel apa? Kita beli yang couple punya. Barulah nampak yang Han suami Dijah dan Dijah isteri Han,” kata Khadijah tidak mahu beralah.

“Ish, Han tak naklah. Nanti Meon gelak guling-guling tengok Han pakai handphone warna macam ni,” balas Paan sambil menunjuk tangannya ke arah Samsung Note 2 yang berwarna pink itu. Pink? Sangat bukan jiwanya!

“Tak boleh! Han dah banyak kali tolak hadiah yang Dijah nak bagi kat Han. Tapi kali ni Han tak boleh menolak lagi. Titik!” Tegas Khadijah lagi sambil mencekak pingganggnya.

“Dijah nak beli Dijah belilah. Tapi Han tak akan pakai!” Bentak Paan.  Sedikit keras.

Khadijah membulatkan matanya.

“Dijah dah beli. Han kena pakai kalau tak...” Khadijah membiarkan bicaranya tergantung. Sengaja bikin saspen sikit.

“Kalau tak apa?”Soal Paan tidak puas hati.

I will kiss you right now. In front of the people,”ugut Khadijah bersama kening yang sudah terangkat.

Paan mengerutkan dahinya. Apa bendalah yang mak cik ni mencarut dalam bahasa Inggeris ni? Macam gua fahamlah kan? Tapi takkan tak nak balas pulakkan? Nanti jatuhlah maruah gua!

Whatever! I don’t err...err...kisah-kisahlah!” balas Paan dalam bahasa Inggeris yang memang tahap dewa rosaknya!

Khadijah Syuhaidah hanya mampu menahan tawanya dalam hati. Tidak mahu Paan berkecil hati.

“Han...Dijah ambil ya? Nanti kita boleh video call, boleh wechat, boleh macam-macam bolehlah!Han terima ya?” pujuk Khadijah lagi.

Paan berkerut dahi mendengarnya. Video call mungkin dia faham lagi. Tapi wechat? Benda apa tu? Paan...Paan... buta teknologi rupanya! Bukan dia tidak mahu terima telefon canggih begitu. Masalah selain warnanya yang sangat ‘menarik’ hati, Paan tidak mahu digelar menumpang kesenangan isterinya itu. Lagipun dia bukannya tahu sangat guna gadget canggih macam itu. Nanti-nanti jadi hiasan sajelah!

“Dijah isteri Han yang baik hati...Han memang nak tapi Han tak reti guna. Han tak tahu wechat tu apa. Han buta teknologi.” Akhirnya Paan mengaku juga. Mungkin ianya boleh mematahkan hasrat isterinya itu.

“It’s okay. Dijah ajar. “Putus Khadijah lalu berpaling pada jurujual dan membuat urusan jual beli telefon itu.

Paan hanya mengeluh melihat kedegilan isterinya itu. Terlalu banyak budi yang Khadijah taburkan padanya selama hampir lima bulan mereka bernikah. Sedangkan dia, nak memberi nafkah dari segi kewangan pun susah! Nasib baiklah mereka sudah berpindah ke apartment milik isterinya itu. Kalau tidak... mahu dia mati menahan malu dek kata-kata cacian yang sering di hidangkan di cuping telinganya oleh bapa mertuanya itu!

Saturday, July 13, 2013

#22 Please Inspire Me


Assalamualaikum dan hai!

Hari ni saya baru post my new masterpiece. takdelah new sngat. lama jgaklah tersimpan dalam laptop cme bru hari ni nak kluarkn.

Kepada pembaca2 saya harap anda semua sudi meninggalkan komen2. tak kisahlah komen kritik ke atau komen membina ke, komen cakap suka cerpen ni ke asalkan komen lah. haha. because your comment inspired me to write more! hahah. anyway, saya harap anda comment tu sbb saya nak feedback dari anda semua so that saya tahu cara penulisan saya tu okay ke tak. nnt blh la saya improve lagi cara penulisan saya ni. :)

salam sayang, NOORAIHAS :)



#21 Yakinlah Cintaku- Part A

Tajuk : Yakinlah Cintaku
Nama penulis : NOORAIHAS
Tarikh post : 14 Julai 2013


PART A

Dalam hidup ini banyak perkara pelik dan melangkaui akal fikiran kita akan terjadi. Apa yang kita duga, tidak akan menjadi, manakala apa yang kita tidak pernah duga pulak yang berlaku. Hidup ini aneh!  Jodoh juga aneh! Boleh jadi orang yang berselisih sebentar tadi adalah jodoh kita.Cuma perlukan perasa CINTA dan rencah SAYANG untuk menjadikannya sebuah jalan cerita yang bernama KEHIDUPAN...

“Aku terima nikahnya Khadijah Syuhaidah binti Khalid dengan mas kahwinnya RM 80 tunai,” lafaz Muhammad Farhan dengan yakin.

“Sah!”

“Sah!”

“Sah!”

Sebaik sahaja saksi dan imam mengesahkan akadnya, Paan segera bangun dan begerak kearah bapa mertuanya.

“Terima kasih ya bapak. Terima gua jadi menantu!” bisik Muhammad Farhan yang suka di gelar Paan dalam kalangan member-member motornya.

Lelaki tua separuh abad itu hanya menjeling tajam. Tidak suka dengan jejaka yang baru sahaja bergelar menantunya beberapa saat tadi. Pandangannya dihalakan pada si anak gadis yang ayu bersimpuh di suatu dudut rumah.  Walaupun dia tidak pasti apa sebab anak gadisnya bertindak  mengahwini mat rempit itu, namun dia tetap tidak bersetuju!

Khadijah Syuhaidah memandang ke dalam mata papanya. Dia tahu mata tua itu masih marah dengan tindakannya mengahwini kaki motor seperti  Paan tapi dia terpaksa! Bukan salah orang lain, tapi salah papanya jugak! Beria inginkan cucu dari kerabat yang baik-baik.  Oleh itu, dengan mengahwini Muhammad Farhan, dia yakin papanya tidak akan mengungkit isu cucu ini. Maklumlah, siapa yang akan berkehendakkan cucu jika susur galurnya bermasalah seperti Paan!

Cucu? Maknanya harus berkahwin dan hamil! Tapi ,Khadijah Syuhaidah trauma! Ya, dia seorang gadis yang cukup  trauma bila mendengar perkataan HAMIL! Apatah lagi melihat dan mengalaminya! Cukuplah peristiwa dia melihat arwah mamanya yang tumpah darah ketika mengandungkan  adiknya, Khalif tujuhbelas tahun lalu itu dijadikan pengajarannya. Dia tak akan MAHU mengandung!

Perkahwinannya dengan Paan bukan kahwin kontrak atau kahwin kerana terpaksa.  Tapi kerana masing-masing punya kepentingan tersendiri . itu puncanya! Ini bukan drama atau novel melayu kini yang selalu dibaca dan ditontonnya. Ini kisah realiti antara Khadijah Syuhaidah dan Muhammad Farhan yang baru bermula.

Bunyi pintu dikuak dari luar mengejutkan Muhammad Farhan yang sedang bermalasan di atas katil isterinya. Wajah kepenatan Khadijah Syuhaidah dipandang bersahaja.  Tiada niat nak menyapa apatah lagi beramah mesra seperti pasangan pengantin lain dimalam pertama pernikahan!

“Assalamualaikum,” Khadijah Syuhaidah memberi salam.

Salam yang diberi hanya disambut di dalam hati Paan sahaja. Dia bukan berminat sangat dengan peguam muda itu. Tapi memandangkan wanita itu sudah membantu menyelesaikan hutangnya, maka dia terima sahajalah bila Khadijah Syuhaidah ‘melamarnya’ untuk dijadikan suami kepadanya. Inilah makannya bila berhutang, dengan badan dan statusnya sekali tergadai! Dulu bujang, kini suami orang! Pertemuannya dengan wanita itu bermula apabila dia telah membantu menyelamatkan Khadijah daripada menjadi mangsa ragut  salah seorang rakan rempitnya. Pada masa itu mereka masih dalam perlumbaan. Kerana menolong Khadijah, Paan yang biasa menang perlumbaan haram,kalah pada hari itu dan menanggung hutang pertaruhan. Dua minggu selepas dia menyelamatkan Khadijah, wanita itu kembali dengan niat untuk membantunya tetapi dengan syarat dia harus menikahinya dan kerana terdesak Paan menerimanya tanpa berfikir dua kali. Dia juga sudah berjanji dengan Khadijah untuk tidak terlibat dalam dunia rempit lagi. Jika dia ingkar, Khadijah akan meminta ganti rugi lebih dari apa yang dia mampu!

Khadijah  Syuhaidah  mengerling sekilas kearah Paan. Muka lelaki itu nampak sangat terpaksa. Namun, walau apa pun lelaki itu tetap sudah sah bergelar suaminya petang tadi. Melihat kepada kepala anginnya Paan, nampak gayanya dialah yang harus mencorakkan hubungan baru ini. Bukan nak kata apa, pada pandangannya, Paan seorang lelaki yang tidak matang, suka bertindak melulu dan panas baran. Seratus peratus kontra dengannya! Untuk memastikan Paan tidak kembali ke dunia rempitnya sahaja Khadijah harus mengugutnya dengan ganti rugi yang dia tahu Paan tidak akan mampu bayar!

Paan yang menyedari pandangan isterinya itu bertindak menuruni katil dan menuju ke sofa sudut yang terdapat dalam bilik itu.

“Han,” panggil Khadijah Syuhaidah senada.