Oh, Pengikut Setiaku!!!

Monday, October 22, 2012

#05 Cerpen : Elya Mikhail


Elya Nasuha memandang skrin laptopnya dengan pandangan yang tidak berkelip. Tekun menyiapkan artikel yang akan di masukkan dalam ruangan ‘KERJAYAKU DUNIAKU’ untuk majalah lelaki yang sedang meningkat naik, ‘GAYA MACHOKU’. Dia sebenarnya agak kurang berkeyakinan semasa awal berkerja untuk majalah itu. Bukan apa, majalah itu sendiri sudah menggambarkan yang dia bakal di kelilingi jantina yang di klasifikasi sebagai LELAKI. Dari wartawan sampailah editornya semuanya lelaki! Nasib baiklah makcik cleaner tu perempuan kalau tak terkontang-kantinglah dia dalam dunia pekerjaan yang dipenuhi lelaki ini.

Bunyi ketukan di pintu sedikit mengganggu kosentrasinya. Tangannya sudah berhenti menaip.

“ Masuk,” arahnya sambil mata masih tertancap di skrin laptopnya.Membaca ulasan artikel yang baru ditulisnya.

“L?” panggil Azman, senior Editor untuk majalah lelaki itu sambil mengambil posisi tempat duduk di hadapan rakan sekerjanya itu.

“ Man, ada apa kau datang bilik aku ni?” Soal Elya Nasuha yang selesa di gelar ‘L’ di kalangan rakan sekerjanya itu. Rakan- rakan sekerjanyalah yang memberi nama panggilan tu. Kata mereka, baru boleh masuk jadi wartawan majalah ni kalau ada nama yang ‘cool’. Cool lah sangat!

Azman tersenyum. Dia menilik wajah gadis di hadapannya ini.  Sekali pandang pun dia tahu yang Elya Nasuha seorang yang sangat berkarisma dan senang diajak berbincang. Sebab itulah dia selalu berkerjasama dengan gadis itu selain hasil kerjanya yang sangat bagus dalam memikat para pembaca lelaki di luar sana.

“ Aku saje datang melawat kau. Nak tunggu kau melawat aku memang taklah kan?” ujar Azman seperti berjauh hati. Sengaja menguji setakat mana gadis itu akan memberi reaksi.

Elya Nasuha hanya tersenyum penuh makna. Azman ni mesti nak mintak tolong ni. Kalau tak memang dia takkan singgah bilik aku ni.

“ Hah terus terang jelah, kau nak aku tolong kau apa pulak kali ni?” Elya Nasuha malas nak memanjangkan cerita. Lebih baik kita terus ke tajuk utama dari berlengah membuang masa. Betul kan?

“ Kau ni tak menyempat aku nak bermukadimah, dah kau terjah. Tak romantik betul kau ni,”

“ kau tu takkan masuk bilik aku ni kalau bukan nak mintak tolong aku,” perli Elya Nasuha sambil mengetuk mejanya.

Azman tersenyum kambing!

“Aku nak mintak kau cover ‘KERJAYAKU DUNIAKU’ untuk bulan seterusnya,”

“Laa, tu je ke? Kan memang aku yang cover column tu tiap-tiap bulan,” ujar Elya Nasuha sambil mengambil Samsung Tab miliknya.

“ Tapi kau kena pergi interview orangnya minggu ni jugak,”

“Apa?” jerit Elya Nasuha. Terkejut.

“ Tapi, kan ni awal lagi. Artikel aku untuk bulan depan punya baru je siap,” keluh Elya Nasuha lalu memandang Azman yang sudah menyengih, buat muka tak bersalah lagi!

“ Alaa.. Bolehlah L. Aku yakin kau boleh interview dalam masa terdekat and in the same time kejar dateline column magazine kita yang dua bulan lagi,”

“ No way Man.  Kau ingat aku tak perlu makan, mandi bagai ke?” Elya Nasuha mula mendengus kasar. Baru ingat nak senang-senang!

“ L, tolonglah. Orang yang bakal kau interview tu busy orangnya. Jarang ada masa free,” rayu Azman. Bersungguh!

Elya Nasuha merenung ke dalam anak mata Azman. Masih menimbang tara sama ada nak tolong atau tak. Azman sudah banyak menolongnya, dari zaman belajar dulu sampailah  dia bekerja  sekarang. Takkan dia tak nak tolong.Hmm...

“Okeylah...” Akhirnya Elya Nasuha mengalah.

Azman tersenyum senang hati. Kalau tak kerana dia ada lawatan di Korea, dia sendiri akan turun padang untuk menemubual orang tersebut. Apa –apa nanti kau claim kat aku ye L!

Monday, October 8, 2012

#04 Bercinta Selepas Nikah :Ikutan atau Pilihan?

salam,

Hari ni terpaksa tulis sendiri sebab admin saya balik rumah! sedih....
Tapi, orang ada rumah, memang macam tu( macam aku takde rumah pulak!)

Hari ni saya terpanggil untuk memberi pendapat secara tidak langsungnya, mengenai bercinta selepas nikah.

Hmm, bercinta selepas nikah ni semakin hari semakin popular pulak. Orang dok sebut-sebut sampai dekat Fb pun ada page tu. saya pun dah like!





 Persoalannya di sini, adakah bercinta selepas nikah ni satu ikutan(fesyen) atau pilihan(kehendak) daripada kedua pasangan itu sendiri?

Beza nih  antara  ikutan ( fesyen), dengan rela hati nak pilih bercinta selepas mendirikan rumah tangga !

Contohnyalah kan... dua pasangan lelaki dan perempuan ni,

Situasi bilamana bercinta selepas nikah  jadi (ikutan/ fesyen):

L : awak jom kita kapel?Kitakan dah lama kawan..
p: tak naklah! saya nak kahwin dulu baru bercinta.
L: kenapa wak?
p: sebab saya nak jadi macam pasangan ustaz don,irma hasmie dan saya rasa diana amir  tu pun mesti kahwin macam tu jugak. sweet je kenal sekejap dah   kahwin!
L: Erk...?

Situasi bilamana bercinta selepas nikah atas dasar pilihan dan kemahuan sendiri,

L: awak setuju ke kita kahwin dulu baru bercinta? saya tak kenal awak dan awak pun tak kenal saya sangat.
P: setuju.
L:ikhlas? redha? takde talian hayat dah ni...
P: Ye, saya ikhlas dan saya redha. sebab saya yakin, kalau mak dan ayah saya, dan saya sendiri pun redha dan ikhlas, itu tandanya, Allah akan memberkati pernikahan kita sampai Syurga...
L: ( terharunya...)



 Saya nak bercerita pasal nikah-nikah ni pun tak boleh lagi. maklumlah kahwin pun tak lagi. tapi sebagai meluahkan pandangan dari sudut kacamata saya, bercinta selepas nikah itu seharusnya atas diri sendiri, bukan sekadar nak ikut fenomena semasa saje.


Andai saje kalau kita benikah atas pilihan/ kehendak kita sendiri, niat kerana Allah dan memohon keredhaanNya pasti rumah tangga kita tu akan bahagia hingga ke syurga! apa orang sekarang cakap, till Jannah lah!


Tapi kalau sekadar nak ikut artis kesayangan kahwin dulu bercinta kemudian tu, saya rasa baik dilupakan saje idea 'bernas' tu. bukan apa risau andai perkahwinan anda tu tak berjaya anda akan menyalahkan artis tu dan konsep perkahwinan yang sudah di sarankan Islam sejak zaman nabi lagi. tak ke dosa tu?

 Saya? insyaAllah akan memilih bercinta selepas nikah!

Akhir kata,

Seperti Tagline Prof. Izzy, Renung-renungkan, Dan Selamat Beramal!


Sunday, October 7, 2012

#03 Cerpen : Menantu Cucu Opah

Tajuk : Menantu Cucu Opah
Penulis : NOORAIHAS
Tarikh post : 7 Oktober 2012


     “ Siti Sahira!” jerit opah dari dapur. Aku hanya mampu menekupkan bantal ke mukaku. Malasnya  nak bangun. Selimut ku tarik menutupi muka.
     
     “ Siti Sahira bangun!” kejut opah betul-betul di tepi telingaku. Aik, sejak bila pulak opah masuk nih? Tak dengar bunyi pintu pun?

     Selimutku opah tarik dengan kejam! Huh, apalah opah ni! Tak sporting langsung!

     Mataku buka perlahan. Nak berlakon tidur mati dah tak sempat.

    “ Opah! Apa kejut orang pagi-pagi nih?” tanyaku tanpa rasa segan silunya. Serentak itu cuping telingaku ditarik opah.

     “Aduii!” jeritku kesakitan.

     Mata opah membulat. Mataku jugak tak kurang hebat bulatnya. Bulat menahan perit.

     “ Pagi kamu kata? Dah pukul 12 tengahari ni kamu kata pagi lagi?” bebel opah seraya melepaskan cuping telingaku.


#02 Cerpen : Femininnya Suamiku...


Tajuk : Femininnya Suamiku...
Penulis : NOORAIHAS
Tarikh post : 7 Oktober 2012


     Akhalil mengeluh perlahan apabila melihat plastik makanan yang berteraburan di atas meja kopi yang terdapat di ruang tamunya itu. Ini tak lain tak bukan mesti kerja isterinya! Walaupun baru sebulan dia menikahi wanita itu  tapi rasanya dia sudah kenal benar dengan perangai bersepah Syarifah Armalia! Yelah, memandangkan mereka cuma tinggal berdua sahaja maka siapa lagi yang membuat sepah di dalam rumah?

     Syarifah Armalia memang wanita yang banyak karenah! Selain pandai buat sepah isterinya itu juga seorang yang sangat cerewet dalam memilih makanan! Sesuatu yang baru dia ketahui sepanjang bergelar setiausaha kepada wanita itu. Patutlah selama ini makan kat tempat yang ada kelas sahaja. Dia masak pun isterinya itu lansung tak sentuh! Sebelum ini dia hanyalah seorang lelaki yang bergelar setiausaha kepada CEO ARMAND Holding  itu sahaja tapi sekarang sudah bergelar suami, kerana peristiwa yang tak di jangka! Dia di tangkap khalwat ketika bersama Syarifah Armalia semasa melawat tapak projek di Kuantan! Dia sendiri tak tahu siapa yang cuba menganiaya mereka. Setahunya dia tidak mempunyai musuh, tapi tak tahulah Syarifah Armalia. Walaubagaimanapun, wanita itu tetap meletakkan segala kesalahan di atas bahunya seorang.

#01 salam perkenalan

salam! hai!

first post ever. :DDDD
saya akan post cerpen-cerpen yang saya tulis kat sini dan jika insyaAllah kalau idea saya tu banyak, saya akan post novel yang saya tulis pulak.

anyhow, sila la baca dan komen kalau tak keberatan.
komen tu dapat buatkan saya improve writing style saya. :)

btw, saya pun ada post cerpen saya kat Penulisan2u dan nama pena saya NOORAIHAS.

tu je buat masa ni. thanks~
salam.