Oh, Pengikut Setiaku!!!

Sunday, October 7, 2012

#03 Cerpen : Menantu Cucu Opah

Tajuk : Menantu Cucu Opah
Penulis : NOORAIHAS
Tarikh post : 7 Oktober 2012


     “ Siti Sahira!” jerit opah dari dapur. Aku hanya mampu menekupkan bantal ke mukaku. Malasnya  nak bangun. Selimut ku tarik menutupi muka.
     
     “ Siti Sahira bangun!” kejut opah betul-betul di tepi telingaku. Aik, sejak bila pulak opah masuk nih? Tak dengar bunyi pintu pun?

     Selimutku opah tarik dengan kejam! Huh, apalah opah ni! Tak sporting langsung!

     Mataku buka perlahan. Nak berlakon tidur mati dah tak sempat.

    “ Opah! Apa kejut orang pagi-pagi nih?” tanyaku tanpa rasa segan silunya. Serentak itu cuping telingaku ditarik opah.

     “Aduii!” jeritku kesakitan.

     Mata opah membulat. Mataku jugak tak kurang hebat bulatnya. Bulat menahan perit.

     “ Pagi kamu kata? Dah pukul 12 tengahari ni kamu kata pagi lagi?” bebel opah seraya melepaskan cuping telingaku.




     “ Orang penatlah opah. Orang tidur lewat malam tadi,” jelasku sambil mengusap lembut cuping telinga yang menjadi ‘mangsa keadaan’ sikapku.

     Opah duduk di sebelahku. Telingaku yang dipiatnya tadi dibelek-belek. Sayang jugak opah kat aku.

     “ Apa yang kamu buat malam tadi sampai kamu tidur lewat?” tanya opah prihatin.

     Opah memang garang. Tapi garang yang bertempat. Prihatin dan penuh kasih sayang! Hehehe ... Puji opah sendiri nampak?

     “ Orang tengok cerita Hindustan, kabhi kushi kabhi gham tu,” jawabku selamba. Bantal tidur yang berada ditepi aku ambil lantas aku peluk erat.

     Opah menggelengkan kepalanya beberapa kali. Kenal sangat dengan perangaiku yang terlajak manja ni. Sikit-sikit peluk bantal!

     “ Kamu nak kerja?” soal opah tiba-tiba.

     Aku memandang opah sambil mengerdipkan anak mataku beberapa kali. Biar salah! Opah nak halau aku ke? Tanya aku nak kerja bagai.

     “ Kenapa opah tanya macam tu?” aku soal opah balik. Cantik punya perangai!

     Opah mengeluh sebelum menjawab. Berat sahaja keluhan yang dilepaskan opah.

     “ Kamu dah besar. Dah masuk 20 tahun dah. Opah tak naklah kamu terperuk kat kampong je,” terang opah lalu menggenggam erat tanganku. Mohon pengertian. Takut aku salah sangka agaknya.

     Tapi... Ye aku salah sangka.

    “ Opah tak suka ye orang duduk sini? Sebab orang asyik bagi habis beras opah je kan?” tebakku dengan air mata yang sudah bertakung. Drama sungguh!

     “Bukan macam tu...” opah menarikku kedalam pelukannya. Belakangku di usap lembut

    “....opah Cuma nak kamu buka pandangan kamu dengan dunia luar. Tengok apa yang ada di luar kampong kita ni,” jelas opah sambil mengusap air mataku.

     Aku tahu tujuan opah baik. Tapi kalau aku tinggalkan kampong aku siapa nak jagakan opah? Siapa nak bagi ayam itik opah makan? Opah bukannya larat sangat.

    “ Orang tak nak. Orang nak ada dekat dengan opah je,” aku sudah mengonggoi sakan. Manja bebenar!

     “ Opah tahu cucu opah ni baik orangnya.  Tapi kalau Siti Sahira kerja kat luar pun boleh balik jenguk opah kan?” pujuk opah .

     Aku merenung mata opah. Mata tua itu juga kelihatan sayu. Aku sayang sangat kat opah aku. Dalam dunia ni aku Cuma ada opah. Ibu dan ayah aku dah lama meninggal dunia. Sejak aku kecil lagi aku tinggal dengan opah. Sekarang bila nak berjauhan dengan opah tentulah aku berat hati...

     “ Lagipun, mak long dengan pak long kamu dah ajak kamu tinggal dengan diorang dekat Bandar tu,” tambah opah lagi.

     Aku mengeluh perlahan. Apa aku nak buat ni? Mak long dengan pak long pun dah ajak. Mak long dengan pak long dahlah baik. Selalu bagi duit poket lebih kat aku kalau diorang datang jenguk opah. Duit je yang kau ingat Siti Sahira ye...

     “ Siti Sahira setuju ye?” pujuk opah lebih kepada merayu.

     Aku senyum pahit lantas mengangguk. Setuju jelah. Nanti –nanti kalau tak selesa boleh balik kampong semula. Apa susah!

     “ Macam tulah cucu opah!” sambut opah ceria lalu tubuhku dipeluknya.

***

     Pertama kali aku datang ke rumah Mak long dengan Pak long. Besar betul rumah diorang! Opps, bukan rumah tapi bungalow. Ingatkan dalam drama Melayu kat televisyen je ada. Beruntung aku dapat emak dan bapa saudara poket tebal!

     “Masuklah Ira. Ni bilik Ira,” pelawa Mak long ramah.

     Ternganga kejap aku tengok bilik aku ni. Besarnya macam satu ruang tamu rumah opah. silap-silap gaya ruang tamu opah pun kalah ni!

     “ Cantikkan? Mak long yang rias bilik Ira ni,” ujar Mak long dengan teruja.

     “ Err.. Cantik,” jawabku ringkas.

     Mak long tiba-tiba memeluk aku. Aku bertambah pelik. Dah kenapa?

     “ Mak long takde anak. Hanya pada Ira jelah Mak long boleh merasa kasih sayang seorang anak,” kata Mak long dengan nada sebaknya.

     Sekarang aku faham. Aku terlupa yang Mak long dengan Pak long takde anak. Boleh pulak aku terlupa yang diorang ni takde anak. Teruk punya anak saudara!

     “Orang faham Mak long. Orang pun takde mak ayah. Orang harap yang mak long dengan pak long sudilah jaga orang macam anak kandung mak long dengan pak long sendiri,” balasku jugak tak kurang hebat sebaknya.

     Mak long senyum manis. Gembira dengan  pengakuanku agaknya.

     “ Lega Mak long dengar. Okeylah kalau macam tu Mak long keluar dulu. Ira rehatlah,” ujar Mak long lalu bergerak meninggalkan aku dengan kamar mewah baruku.

     Aku  berjalan disekitar kamarku. Wah, semuanya nampak mewah dan mahal! Siap ada balkoni dan bilik mandi sendiri lagi. Mungkin betul apa yang orang tua kata, ada duit semua jadi! Tiba-tiba aku teringat dekat opah. Apalah yang opah buat sekarang?

     Menurut kata opah, aku akan berkerja dekat pejabat Pak long. Kerja sebagai kerani. Okeylah tu. Aku pun bukannya pendidikan tinggi melangit sangat. Setakat STPM je. Bolehlah setiap bulan aku bagi duit saku kat opah. Baik kan aku?

     Kata Paklong minggu depan aku mula kerja.Okeylah takdelah aku tergopoh gapah. Baru sampai dah nak kena kerja pulak kan. Nasib baiklah bapa saudaraku itu memahami orangnya.  Aku harap semuanya baik-baik demi masa depan aku dan opah...

***  

     Sudah sebulan aku kerja di syarikat Pak long. Aku semakin jatuh hati dengan suasana di tempat kerjaku ini. Semua orang melayan aku dengan sama rata. Tidak timbul isu pilih kasih hanya kerana aku anak saudara Pak long.

     “Ira tolong photostatekan abang Adi punya kertas ni,”kata Hazdi, yang di mana aku lebih selesa memanggilnya sebagai Abang Adi memandangkan dia tua tujuh tahun dariku.

     Aku senyum lantas mengambil kertas yang dimaksudkan lelaki itu, butang ‘START’ aku tekan sebaik sahaja meletakkan kertas itu di atas cermin mesin fotokopi itu.

     Hazdi hanya tersengih sendiri sebaik mengambil kertasnya yang aku sudah siap fotostet itu. Mengerti yang dia masih tidak mahir menggunakan mesin itu walaupun sudah berabad kerja. Pendek kata nak ‘cover’ lah tu!

     “ Terima kasih Ira. Nanti Abang Adi belanja!” ujar Hazdi mesra.

    “ Ira tuntut!” gertakku. Sengaja je aku cakap macam tu. Hazdi aku sudah anggap seperti abang kandungku sendiri. Masakan aku mahu berkira!
Hazdi hanya mengangkat dua jarinya. Symbol ‘peace’ padaku seraya bergerak menuju ke bilik mensyuarat.

     “ Amboi bukan main dia dengan Abang Adi dia,” usik  Kak Junaidah. Aku hanya menyengih seperti kerang busuk.

     “ Akak dah makan?” tanyaku, malas nak memanjangkan isu aku dan Hazdi.

     Kak Junaidah mencebikkan bibir seraya menggeleng.

     “ Laa,,, dah kenapa tak makan lagi ni?” soalku lagi. Pelik. Jam sudah menginjak ke angka 2 pun masih tak makan lagi.

     “ Anak saudara Pak long Ira  yang baru balik dari overseas tu baru masuk kerja sini. Jadi bos akak tu mintak tolong ajarkan anak saudara dia apa yang patutlah,” adu Kak Junaidah kepadaku.

     Aku panggung kepala atas meja. Anak saudara Pak long? Yang mana pulak ni? Belah Mak long kot. Sebab Pak long abang kepada ibuku anak kepada opah. Opah pulak ada dua orang anak je. Ibu dengan Pak long . haish ,,, Apa ke pelik penerangan aku ni! Dah berbelit-belit!

     “Ira kenal tak budaknya?” Kak Junaidah bertanya sebaik sahaja memandang mukaku yang seperti blurr tak tentu hala itu.

     Aku menggeleng perlahan.

     “ Takpe nanti Pak long Ira kenalkanlah tu,”jawab Kak Junaidah lantas menuju ke meja kerjanya.

     Aku hanya menjungkitkan bahu. Skrin komputer yang terpasang sejak pagi aku tatap semula dan mula menaip surat-surat rasmi untuk syarikat. Baru beberapa minit menaip, sapaan Pak long mematikan gerakan tanganku yang sedari tadi berlari-lari atas papan kekunci.

     “Ye, Pak long,” sahutku lalu memandangnya. Pak long tersenyum nipis. Sebelah Pak long aku lihat ada seorang lelaki yang tampan mengenakan kot berwarna kelabu. Ini ke anak saudara yang dimaksudkan Kak Junaidah tadi?

     “ Ira, Pak long kenalkan  Hairul Fahri, anak saudara Paklong,”

     Aku mengukirkan senyum ringkas. Tapi si Fahri ni menjeling pulak! Jauh gila dari Fahri yang ada dalam Ayat-Ayat Cinta tu! Nama je sama.

     “Fahri, nilah anak saudara Pak su,” jelas Pak long.

     Fahri hanya mengangguk.

     Okey... dapatku agak yang si Fahri ni agak menyombong dan tak banyak cakap. Tanggapan  pertama aku yang aku yakin betul!

     “Ira, buat masa sekarang Fahri tinggal dengan kita tau. Mama dengan papa Fahri menetap kat Madrid. Fahri sorang-sorang je kat sini. Jadi Pak long harap Ira tak kisah ye,” pinta Pak long.

     Aku tersentak! Tinggal dengan si Fahri ni? Memang Ira sangat....sangat.....sangat kisah wahai Pak long ku! Jeritku tapi dalam hati je beraninya.

     “ Err...Orang tak kisah pun Pak long. Lagipun, rumah Pak long kan,” balasku sedikit tergagap dan memang berbeza dengan isi hatiku. Bak kata pepatah lain di bibir lain pula dihati!

     “Baguslah kalau macam tu,”

     Akhirnya Pak long berlalu bersama Fahri.

***

     Malamnya aku tolong Mak long menyiapkan hidangan makan malam kami. Memang sejak aku tinggal dengan Mak long ni aku semakin ringan tulang masuk dapur. Tak macam masa aku duduk dengan opah dulu. Bangun pun tengahari buta! Perubahan yang baik kan?

     “ Ha...Dah siap ke makan malamnya Ira?” tanya Pak long ramah. Matanya sibuk meneliti makanan yang terhidang atas meja.

     Aku senyum.

     “ Dah. Tunggu Pak long je datang,” balasku sambil membetulkan susunan lauk yang dimasak Mak long.

     “ Siapa yang masak ni? Ira ke Mak long?” sakat Pak long. Walaupun, dia sudah tahu yang ilmu dapur aku sangatlah tidak memuaskan! Kategori failed lah!

     Aku sengih saja sebagai jawapan.

     “Ala, Ira tolong saya pun dah kira okey abang oi!” Mak long membelaku. Yes,sayaaaang Mak long!
Lantas tubuh sederhana gempal itu aku peluk.  Pak long hanya mampu tergelak kecil melihat tingkahku.

     “Eh, Fahri mana bang?” tanya Mak long sebaik sahaja pelukanku lepaskan.

     Aah, mana pulak malaun penyombong tu pergi?

     “ Kat biliklah tu. Hah, Ira pergi panggil Abang Fahri kamu tu,” suruh Pak long sebelum melabuhkan duduknya dikerusi makan.

     Aku pulak? Nak tak nak aku langkahkan jugak kaki ini ke kamarnya yang terletak di sebelah kamarku dengan hati yang sebal.

     Sebaik sahaja sampai di hadapan pintu biliknya aku jadi kaku. Nak ketuk ke tak? Kepala yang dibaluti tudungku garu perlahan. Macam nak jawab soalan subjek ‘killer’ je aksi aku saat ini.

     Aku nekad, pintu biliknya aku ketuk. Bagai nak roboh pintunya aku ketuk pun malaun penyombong ni tak muncul-muncul jugak! Sekurang-kurangnya menyahutlah weh! Kemarahanku sudah memuncak.

     Memikirkan yang Pak long dengan Mak long mungkin dah lama tunggu di ruangan dapur,maka aku antara rela dengan tidak masuk ke kamar bujang milik Fahri.

     Aik, kat katil pun takde?

     Serentak itu Fahri keluar dari bilik air dengan hanya bertuala. Aku terkejut melihat keadaan dirinya yang sangat ‘seksa’ itu. Dapatku rasakan wajahku sudah membahang menahan malu sedangkan Fahri selamba sahaja melihatku.

     “ Nak apa?” soalnya. Rambut yang basah dikeringkan dengan tuala kecil miliknya.  Raut wajahnya masih selamba seolah—olah dia sudah terbiasa dengan keadaan itu.

     Aku pulak masih kaku berdiri di hujung katil.

     “ Err...Mak long...Eh...Maksu panggil makan,” jawabku tergagap-gagap sambil membawa mata memandang ke sudut lain. Tak baik pandang aurat orang kan?

     “ Hmm...kejap lagi aku turun,” ujarnya perlahan.

     Aku mengangguk faham. Macamlah dia pandang aku dan aku pandang dia sampai dia boleh nampak aku angguk kan?

     “ Orang keluar dulu,” pamitku.

    “ Sekejap!” tahannya. Aku berpaling kearahnya serentak itu tuala putih miliknya tersadai elok atas kepalaku.

     Ini sudah melampau! Tuala yang sudah ‘terparking’ baik punya atas kepala aku ambil.

     “ Tolong sidai kat penyidai tu,” ujarnya sambil memandang bersahaja ke arahku. Sikit pun takde rasa bersalah buat anak orang macam tu!

     Aku menahan geram . Namun, dalam hati sudah menyumpah berbakul seranah! Mahu tidak mahu aku sidaikan jugak tualanya di penyidai yang dimaksudkan sebelum keluar.

     Di meja makan, aku hanya mendiamkan diri. Masih terasa dengan sikap Fahri tadi. Makan pun aku sudah tak berselera! Sedangkan Fahri sudah berpinggan menambah!

     “ Ira, kenapa diam je ni?” tanya Mak long lembut. Pelik dengan sikap aku yang tiba-tiba sahaja diam. Kalau tak mesti ada ‘sesi soal jawab’ tentang lauk- pauk yang dimasak Mak long dariku.

     Aku pandang Mak long. Serentak itu aku lihat Pak long dan Fahri juga sedang memandang ke arahku. Aku cuba senyum. Tapi dapatku rasakan senyumanku ini Senyuman plastik!

     “  Ira okey je Mak long,” balasku menyedapkan perasaan wanita separuh abad itu.

     “ Ira penat kot,” tambah Pak long lalu mengukirkan senyuman kepadaku.

    Aku hanya mengangguk. Fahri pula aku lihat hanya membatu sejak tadi. Memang dasar malaun penyombong!

     “Hah, Fahri, kamu pun diam je. Tak sedap ke lauk yang Mak su masak ni?”

     Fahri menggeleng perlahan.

     “ Sedap,” jawabnya sepatah.

     “Kalau macam tu makanlah lagi. Itu sambal udang tu kamu tak ambil? Kamu kan suka makanan laut ni,”

     “ Dah ambil dah,” balasnya ringkas.

     “Baguslah. Ira ni tak boleh makan seafood. Alergik. Tapi sebab kamu suka Mak su masaklah,” kata Mak long dengan ramahnya.

     Aku malas nak menuggu lama. Melihat muka Fahri hanya menambahkan sakit hati! Lebih baik aku angkat kaki!

     “ Mak long, orang naik dulu ye,” pintaku dan segera bangun apabila Mak long sudah mengangguk.

***

     “Ira,” panggil satu suara dari arah belakang.

     Segera aku berpaling lantas senyuman ringkas aku hadiahkan kepadanya.

     “Abang Adi, dari mana ni?” tanyaku prihatin.

     Hazdi menarik nafasnya sebentar. Penat sungguh  nampaknya.

     “Abang dari pejabat. Nampak Ira terus abang kejar. Abang nak ajak Ira pergi lunch. Abang belanja,” jawabnya dengan sengihan lebar.

     Aku mengerutkan dahi. Belanja? Pasal yang hari tu ke?

     “Laa...Pasal fotostet hari tu ke? Ira main-main jelah abang Adi oii,” terangku sambil membetulkan kedudukan tudung yang sudah di tiup angin.

     “ Takpe, abang tetap nak belanja jugak,” katanya bersunguh-sungguh.

     Aku tersenyum lalu mengangguk setuju. Bukannya Hazdi suruh temannya pergi berperang. Dia cuma ajak aku makan tengahari sama-sama. Setuju jelah kan. Orang nak belanja.

     “ Nak makan kat mana ni?”

     “Makan kat restoran yang abang selalu pergilah,” balasnya bersahaja.

     Aku tergelak kecil.  Tak menjawab soalan langsung!

     “Pastikan sedap okey. Kalau tak Ira tak nak kawan dengan Abang Adi dah,” ugutku. Lebih kepada main-main.

     “ Abang pasti Ira suka. Abang nak Ira try makan makanan kegemaran abang tu. Sedap!” ujarnya bersungguh.

     “ Yelah,” jawabku pendek sebaik sahaja kereta Hazdi sudah berhenti di hadapan sebuah restoran.

     Kami sama-sama beriringan masuk ke dalam restoran tersebut. Ramainya orang! Getus hatiku. Sebenarnya aku sudah risau kalau lama menunggu order nanti, kami bakal kelewatan untuk masuk kerja semula.

     “Jangan risau, abang dah book awal-awal,” Hazdi tiba-tiba sahaja berkata. Bagaikan mengerti dengan pandanganku.

     Sebaik sahaja kami melabuhkan punggung di atas kerusi, makanan pun tiba. Aku menarik nafas lega. Perut yang sudah berkeroncong minta diisi membuatkan aku tidak pandang ke kanan dan ke kiri. Terus sahaja menyudu. Hazdi juga begitu.

     “ Hmm...Sedapnya Abang Adi,” ujarku sebaik sahaja pinggan itu sudah licin aku kerjakan.
Hazdi senyum.

     “ Kan abang dah kata mesti sedapnya,” bangga Hazdi apabila aku memuji menu kami tengahari itu.

     Aku hanya mampu sengih mengiyakan kata-katanya. Dalam aku memandang setiap sudut restoran itu, mataku tertancap  pada seseorang. Seseorang yang aku kenal. Fahri !

     Dia juga sedang memakukan pandangannya kepadaku.  Siap menjeling lagi! Alahai, dalam banyak-banyak tempat kenapalah kau datang sini jugak wahai Fahri?

     “ Kenapa?” soal Hazdi pelik apabila melihat aku yang kaku dan diam tiba-tiba.

     “Err.. Takde apa-apalah Abang Adi. Jomlah kita balik.  Kejap lagi nak masuk pulak kan,” ajakku. 

     Tidak mahu berlama-lama di tempat yang sama dengan Fahri. Meluat!

     Hazdi mengangguk lalu kami sama-sama bergerak keluar dari restoran.

    Pulang sahaja dari kerja Mak Mah menyambutku. Biasanya Mak long yang menyambutku dengan senyum manisnya. Tapi hari ni, digantikan pula dengan Mak Mah.

     “ Mana Mak long Mak Mah?” tanyaku sambil membuka kasut yang sudah tersarung dari pagi lagi dan meletakkannya di rak kasut.

     “Puan dengan tuan ada hal kat luar. Esok petang baru balik,” jawab Mak Mah lalu bergerak masuk ke dalam.

     Aku mengeluh berat. Jadi, dalam rumah ni tinggal aku, Mak Mah dengan malaun penyombong tu jelah. Takpelah, nasib baiklah ada Mak Mah. Kalau tidak, kahwin free jelah aku dengan si Fahri tu!

     Aku bergerak ke dapur lalu membuka pintu ais. Air mineral aku ambil dan ku tuang ke dalam cawan. Tak sempat aku meneguk air itu ke dalam kerongkongku, si Fahri sudah melakukannya dulu. Kurang asam punya malaun penyombong! Tak ada etika langsung!

     Cawan diletakkannya kembali ke atas kabinet dapur. Aku pandangnya tidak berkelip. Si Fahri? Dia hanya menjungkitkan keningnya sahaja seperti mencabarku sebelum bergerak ke ruang tamu.

     Aku masukkan semula air mineral tadi ke dalam peti lalu pintu penyejuk beku itu aku hempas sekuat hati. Geram dengan Fahri, peti ais jadi mangsa!

     Sebaik aku bergerak menuju ke tangga, suara Fahri memecah kesunyian rumah bungalow milik Mak long dengan Pak long.

     “ Seronok ke lunch dengan kekasih hati tadi?”perlinya.

     Aku mengerutkan dahiku. Kekasih? Lunch? Hazdi ke yang Fahri cuba maksudkan ni?

     “ Yang awak cuba maksudkan tadi  Hazdi ke?”

    “Banyak sangat ke lelaki yang dah keluar dengan kau? Sampai dah tak ingat yang mana satu kau keluar,” sindirnya lagi.

     Eii... Lelaki ni dah kena sampuk ke? Atau memang sengaja nak buat temperature aku naik?

     “ Kalau yang awak maksudkan tu Abang Adi, orang memang rapat dengan dia. Tapi awak takde hak nak halang orang berkawan dengan siapa-siapa pun yang orang suka,” balasku bersahaja.

     Wajah Fahri yang keputihan sudah nampak merah-merah. Bengang gamaknya dengan jawapan aku. Betul apa, dia takde hak nak kawal dengan siapa aku kawan. Dia bukan suami aku pun. Kan?

     Fahri bangun daripada sofa lalu bergerak naik ke tangga.  Sebaik di tangga pertama, tubuhku sengaja dilanggarnya. Hampir  tersembam ke lantai  tubuhku. Tapi tindakan pantas Fahri yang memeluk tubuhku erat menyebabkan tubuhnya yang sasa itu dulu yang tersembam ke lantai bersama tubuhku yang landing baik punya atas badannya.

     “Err... Maaf,” ujarku lantas ingin cuba berdiri. Tapi tangan lelaki itu yang masih memegang pinggangku membuatkan segala gerakanku menemui jalan mati.

     “ Awak, orang nak bangunlah,” pintaku lebih kepada merayu.

    Fahri buat tak tahu. Malah tubuhku sengaja di tekan ke tubuhnya. Wajah lelaki itu yang semakin mendekat menambahkan kalut. Aku mengalihkan mukaku ke arah lain. Tapi tangan si Fahri yang memegang kepalaku, membuatkan kepalaku tidak boleh bergerak.

     Pantas, bibirku dipagutnya. Aku terpana! Dia dah rampas ciuman pertama untuk suami aku! Kurang ajar! Aku cuba meronta, namun makin kejap dia memagut bibirku. Untuk beberapa ketika kami begitu sehinggalah dia melepaskan bibirnya dari bibirku. Dengan kesempatan yang ada, segera aku bangun berdiri.

     “Ini hak kau yang pertama aku rampas,” sindirnya yang masih berbaring santai sambil tersenyum.
Aku merengus kasar! Figuranya terasa kecil dimataku. Tanpa pamitan aku terus berlari naik ke atas, ke bilikku.

     Pintu bilik aku hempas kasar. Sakit hati! Dalam sakit hati tetap ada debarnya! Ahh, tapi tindakan si Fahri tetap salah! Aku bukan muhrim yang sah digaulinya. Agaknya beginilah cara hidup Fahri di luar negara selama ini aku rasa. Bebas melakukan yang terlarang!

     Tudung yang masih tersarung elok aku buka. Cermin solek aku pandang. Nasib baiklah segala makhkota milikku masih terjaga rapi dari pandangannya Fahri. Kalau tidak entah apa yang tinggal untuk bakal suamiku nanti.

     Hai, Mak Long, Pak Long, kenapalah tinggalkan orang sorang-sorang dengan malaun penyombong ni? Desis hatiku sebak. Jam di dinding aku kerling sebentar, nak masuk maghrib dah. Baik aku mandi, pastu solat.

     Sebaik menunaikan solat fardhu Maghrib, aku bermunajat sebentar kepada Yang Maha Pencipta. Bunyi  telefon bimbitku berdering tiba-tiba, minta diangkat. Hazdi! Ada apa agaknya dia menelefonku malam-malam ni?

     “ Hello, assalamualaikum Abang Adi,” sapaku ceria.

     “ Waalaikumussalam, Ira. Ira buat apa tu?” tanya Hazdi ramah.

     Aku senyum senang hati demi mendengar suara Hazdi. Menenangkan jiwa betul!

     “ Tak buat apa-apa. Baru lepas solat. Kenapa Abang Adi?”

     “ Saje Abang Adi call Ira. Rindu nak dengar suara Ira,” gurau Hazdi.

     Aku gelak kecil sebentar. Biar salah dia ni! Angau ke kena sampuk? Dekat pejabat selalu cakap pun boleh rindu lagi?

     “ Yelah, tu rindukan Ira ke rindukan buah hati kat kampong?”usikku. Mesti muka Hazdi sudah kemerah-merahan menahan malu. Nasib sahaja aku tak nampak, kalau tidak makin giat dia aku kacau.
Hazdi ketawa. Aku turut ketawa. Bagaikan terlupa yang baru tadi Fahri sudah berjaya merampas hak yang selayaknya untuk suamiku.

     “ Siapalah yang nakkan kat abang ni Ira,” rajuk Hazdi tiba-tiba.

     “ Ala... Mesti ada. Ira doakan untuk abang ye?” ujarku ikhlas sekaligus cuba memujuk.

     “ Hmmm... Kalau abang nak Ira?”

     Aku terkedu! Bila memikirkan yang Hazdi suka bergurau, aku ketawa terus. Takkanlah dia suka aku. Aku cuma anggap dia macam abang je. Dia guraulah tu.

     Aku lega bilamana Hazdi turut sama ketawa sebaik mendengar ledakkan ketawaku. Sah, dia bergurau.

     “ Okeylah, Abang Adi, Ira letak phone dulu ye, assalamualaikum,” ucapku lalu menekan butang merah di telefonku sebaik Hazdi menjawab salam.

     Rambut yang masih lembab aku keringkan menggunakan tuala kecil milikku. Sambil itu aku membelek-belek wajahku. Merah! Alamak, aku salah makan ke tengahari tadi?

     Apabila kesan merah sudahku kesan, rasa gatal pula menjengah kulit. Memang salah makan! Tanpa membuang masa, aku membuka laci meja solek itu. Mencari ubat alergikku. Malangnya ubat-ubat itu tiada! Mungkin tinggal di rumah opah.

     Aku mencapai tudung dan aku sarung ala kadar lalu bergerak keluar bilikku. Rasa gatal yang menggigit-gigit permukaan kulit benar-benar menguji ketahanan mentalku. Gatalnya!

     “ Mak Mah,” panggilku sebaik sahaja tiba di bahagian dapur. Mencari kelibat wanita separuh abad itu. Tapi bayangnya masih tak kelihatan.

     Tanganku sudah mula menggaru-garu bahagian lengan. Bila lengan baju itu aku selak, bintik- bintik merah sudah jelas kelihatan. Kain batik yang aku pakai juga aku selak sehingga ke betis. Ternyata di situ juga ada bintik-bintik merah!

     “ Kau kenapa?” tegur satu suara.  Aku segera berpaling seraya melepaskan kain batikku turun. Fahri! Aku tersentak sekejap. Agak-agak dia sudah berada di situ berapa lama? Adakah dia nampak apa yang tak patut dia nampak?

     “Orang tak apa-apa,” balasku segera ingin beredar. Tapi tangan Fahri sudah mencengkam lengan membuatkan langkahku terbantut. Dengan selamba dia menyelak lengan panjang bajuku, memerhati sekitar lenganku.

     “ Kau makan seafood ke tadi?”tanyanya prihatin. Kali ini tangannya pula sudah menyinggah dikulit mukaku, masih memerhati kulit mukaku seperti yang dia buat di lenganku tadi.

     Aku menepis kasar tangannya yang masih menyentuh kulit mukaku. Fahri sedikit tersentak tapi cepat-cepat dia sembunyikan dengan senyuman sinisnya.

     “ Aku bawa kau ke klinik,” pelawanya.

     Aku menggeleng laju. Tak sudi menerima pertolongan daripada lelaki itu setelah apa yang dia buat padaku.

     “ Kalau kau tak nak pergi klinik, aku cempung kau  masuk bilik. Biar aku rawat kau!”ugutnya dengan senyuman nakalnya. Aku telan air liurku. Risau!

     “ Takpelah, orang minta tolong kawan orang,” tolakku. Harap-harap dia mengerti.

     “ Siapa? Si Hazdi?” tebaknya. Aku terdiam.

     “ Kalau itu kawan yang kau nak minta tolong, baik tak payah! Aku bawakkan. Lagipun, kita serumah. Mudah, balik satu hala je,” tegahnya bersungguh.

     Dengan lemahnya, aku mengangguk setuju. Dia tersenyum kemenangan.

     “ Orang nak tukar baju dulu,”

     “ Tak payah, pergi je macam tu,” halang Fahri. Aku mengerutkan dahiku. Biar salah! Dengan kain batik ni dia ajak aku keklinik?  Nanti orang ingat aku ni tengah berpantang pulak! Ini bukan kampong. Ini Bandar! Lain perspektifnya nanti.

     “ Klinik kawan aku. Dekat je dengan rumah Pak Su,” jawabnya seolah-olah faham dengan kerutan di dahiku.

     Aku mengangguk lagi seraya bergerak menuju ke pintu keluar rumah, mengikut langkahnya.

     Sampai sahaja di klinik, aku  dan Fahri duduk bersebelahan. Aku tersenyum nipis bila makcik di sebelah kananku melemparkan senyuman.

     “ Tengah pantang lagi ke nak?” Tanya makcik itu. Aku pandang Fahri yang sudah senyum-senyum kambing.

     “Err...Ta...”

     “ Ye, makcik. Anak sulung,” sambut Fahri pantas.  Serentak itu aku menjelingnya.

     “ Hmm...Jangan bawa isteri berembun sangat. Tak elok untuk bayi nak menyusu nanti,” nasihat makcik itu tanpa mengetahui kebenaran yang sebenarnya antara aku dan Fahri. Aku tarik muka, Fahri tersenyum suka.

     Sebaik namaku dipanggil aku segera meninggalkan Fahri di belakang. Sakit hati apabila di permainkan sebegitu. Baru sahaja tanganku mencecah tombol pintu, Fahri sudah menghalangku.

     “ Kita masuk sama-sama,” katanya lalu memulas tombol pintu bilik yang sudah terpampang nama doctor yang bertugas pada malam itu, ‘Dr. Najihah’. Lega perempuan!

     Namun, alangkah kecewanya aku apabila melihat doctor lelaki yang berada dalam bilik rawatan itu. Bukan doctor wanita seperti yang tertera di muka pintu. Aku pandang muka Fahri yang seperti tidak puas hati.

     “Where is Dr. Najihah?” tanya Fahri.

     “Dia tak bertugas malam ni sebab siang tadi i minta dia gantikan i,” balas doctor lelaki itu dengan sopan.

     “ I want Dr. Najihah right now! I don’t give a damn kalau dia cuti ke apa sekalipun!” bentak Fahri.
Doctor lelaki yang bernama Hasif itu agak tersentak melihat amarah Fahri.

     “ Okey, bertenang. I boleh rawat pesakit i macam Dr. Najihah jugak,” ujarnya masih berdiplomasi dengan Fahri.

     Fahri merenung tajam doctor Hasif.

     “ Err..Fahri orang boleh je terima rawatan dengan doctor ni. Orang tak kisah,” kataku dengan niat nak meredakan situasi panas ini.

     “Dr. Najihah now!” tekan Fahri  tanpa mempedulikan aku dan akhirnya Doktor Hasif bersetuju memanggil doctor wanita itu ke klinik.

     Dalam kereta aku hanya membisu. Tak tahu nak ucapkan terima kasih atau diam sahaja. Fahri yang tenang memandu aku pandang sebentar. Pelik macam mana lelaki tak banyak cakap sepertinya boleh menengking Doktor Hasif tadi.

     “ Balik ni jangan lupa makan ubat,” pesan Fahri. Serius sahaja mukanya. Bengang lagi ke?

     “Hmm...” pendek sahaja responku. Mengingatkan air muka Doktor Hasif yang keruh tadi aku jatuh kesian padanya. Mesti jatuh maruahnya diperlakukan sebegitu oleh si Fahri ni. Aku harus menegur lelaki ini. Tak kiralah macam mana reaksi yang bakal di pamerkan oleh malaun penyombong ni.

     “ Awak, orang nak tegur sikit boleh tak?”

     Fahri pandang ke arahku.

     “ Apa?” soalnya pendek.

     “ Orang rasa tindakan awak tengking-tengking Doktor Hasif tadi tak eloklah. Dia pun ada maruah untuk dijaga,” nasihatku perlahan.

     Fahri membatu sebentar sebelum membalas.

     “Aku pulak jaga maruah kau! Aku tak suka orang lain sentuh hak aku,”

     Aku terkedu! Bila masa pulak aku declare yang aku ni hak dia? Akhirnya aku mengambil langkah mendiamkan diri sepanjang perjalanan pulang kami ke rumah. Fahri juga begitu.

***

     Hujung minggu itu aku pulang ke rumah opah dengan ditemani Fahri. Mengada-ngada betul nak ikut aku balik rumah opah! Konon-kononnya nak ambil angin kampong! Boleh jalanlah nak ambil angin kampong kau tu!

     Apabila aku cuba menegahnya, Pak long dengan Mak long pulak yang sibuk suruh aku bawak si Fahri ni! Adui!

     “ Fahri jemputlah masuk rumah opah,” pelawa opah mesra sekaligus menyedarkan aku daripada lamunan.

     Fahri hanya senyum nipis. Aku yang malas nak berlama-lama dengan Fahri di ruang tamu segera menapak ke dapur. Membantu opah apa yang patut.

     “ Kenapa kamu duduk kat sini?” Soal opah pelik.

     Aku menjungkitkan bahuku. Malas nak menjawab.

     “Tak baik buat tetamu kita macam tu. Lagipun kamu yang bawa dia ke sini. Layanlah dia,” pesan opah sedikit tegas di halwa telingaku.

     Aku mengeluh perlahan sebelum berlalu ke ruang tamu.

     Fahri yang sedang membelek-belek album lama memalingkan tubuhnya sebaik menyedari kehadiranku. Wajahnya mencuka.

     “ Lama kau kat dapur?” soalnya yang lebih kepada sindiran itu.

     Aku melabuhkan duduk di atas kerusi yang terdapat di ruang tamu opah. Membelek surat khabar yang terdampar elok di atas meja kopi. Langsung tidak mempedulikan pertanyaan Fahri tadi.

     Kerana soalannya tadi tidak mendapat balasan, Fahri  sengaja melabuhkan punggungnya di sebelahku. Aku rimas jadinya! Lalu punggungku injak ke kanan, menjauhi tubuhku daripada di sentuh Fahri.

     “Kau anjak jauh pun aku boleh datang dekat lagilah,” perlinya sekaligus bergerak ke tepi menghampririku.

     Aku mendengus kasar.

     “Awak, orang tak sukalah!” bentakku. Baru sahaja ingin berdiri, kelibat opah yang menatang dulang mendatangai kami membuatkan aku terpaksa duduk kembali.

     Fahri menjarakkan kembali tubuhnya daripada tubuhku tiba-tiba. Mungkin menghormati opah. Mungkin jugak kerana takutkan opah.

     “ Jemput minum Fahri,”

     Fahri mengangguk lalu air kopi yang baru sahaja aku tuang ke dalam cawan diambil dan dihirup perlahan.

     “ Siti Sahira letak barang kat bilik opah ye. Tidur dengan opah malam ni. Biar Fahri tidur bilik kamu,”ujar opah dan aku hanya mengangguk faham

     Aku bergerak menuju ke bilik opah, meletakkan baranganku di situ sementara Fahri aku tinggalkan bersama opah. Sedikit sebanyak latar belakang Fahri telahku khabarkan kepada opah. Jadi aku harap opah tak buat sesi ‘temuduga’ tak berwajib itu kepada Fahri sepertimana yang opah buat apabila kawan-kawanku berkunjung ke rumah. Kalau tidak memang masaklah Fahri nak menjawabnya.

     SUBUH hening itu aku bangkit dahulu daripada opah. Memang niat aku pun nak bangun awal, nak tolong opah apa yang patut. Sebentar lagi mesti opah bangun dan kami akan sama-sama berjemaah di surau.

     Baru sahaja pintu bilik air inginku buka, pintu itu sudah di tarik dari dalam. Wajah Fahri terjengul dengan rambut basah dan tuala yang hanya meliliti pinggangnya! Aku terkejut! Lantas tuala yang aku sangkut di bahuku naikkan ke atas kepala, menutupi rambutku.

     Cepat—cepat aku melangkah masuk ke dalam bilik air. Namun tidak sempat kakiku mencecah permukaan lantai bilik air, Fahri melelar tanganku dan membawa tubuhku ke dalam pelukannya. Aku berdebar! Fahri juga! Lama kami begitu. Saling mendengar degupan hati masing-masing yang tidak diketahui rentaknya.

     Aku menolak dada bidangnya dengan kedua-dua belah tanganku tatkala akal tersedar yang aku dan Fahri masih ada batas yang perlu di jaga! Namun, tubuh itu mengeras. Menghalang tindakanku. Malah tangnnya yang sedari tadi berada di pinggang sudah berani bergerak ke belakang leherku sebaik sahaja tuala yang tersangkut di kepala diturunkannya ke bahuku.

     “ Awak, orang nak mandilah!” marahku bersama rontaan. Tanda protes dan ingin melepaskan diri darinya.  Fahri ni memang nak kena dengan aku betul!

     “ Jom, mandi dengan aku,” ujarnya serius dan suara yang bagai tertahan. Namun, masih tidak melepaskanku. Malah, kepalanya yang tadinya tegak memandangku mula menunduk ke leherku. Aku semakin gelabah risau!

     “ Opah!” tipuku. Serentak itu Fahri melepaskan pelukannya dan memerhati sekeliling mencari kelibat opah. Tanpa membuang masa aku segera masuk ke dalam bilik air dan menguncinya dari dalam. Membiarkan Fahri terkulat-kulat di luar. Rasakan!

     Aku sudah siap menyarungkan telekung dan bergerak ke bilik opah, ingin mengajak opah berjemaah di surau subuh itu.  Namun, langkahku berhenti apabila melihat opah membentangkan sejadah di satu sudut ruang tamu.

     “ Opah, jomlah gerak ke surau,” ajakku walau dalam hati sudah tahu agenda opah.

     Fahri yang siap lengkap memakai baju melayu dan berkain pelikat menghampiri opah.

     Opah senyum. Aku sudah gelisah. Agak-agak si Fahri ni pandai ke imamkan solat? Tak pernah-pernah aku tengok dia ikut sama solat berjemaah di rumah Pak long setiap kali masuk waktu solat. Entah solat entah tidak.

     “ Subuh hari ni Fahri imamkan ye?” pinta opah bersahaja.

     Fahri mengangguk lalu berdiri di atas sejadah yang paling depan.  Saat lafaz iqamat meniti di bibir Fahri, aku terkedu sendiri! Malu dengan diri sendiri kerana bertindak menghakimi lelaki ini tanpa memberi peluang untuk membuktikan kelebihannya sebagai Khalifah di bumi Allah!

     Usai solat subuh, aku menolong opah di dapur, menyediakan sarapan. Tak habis-habis opah memuji kelunakkan suara Fahri mengalunkan surah-surah dalam solat subuh kami tadi. Aku hanya senyum. Malas nak komen apa-apa. Kalau sahaja opah tahu yang Fahri sudah menyentuh bibir dan hampir meninggalkan tanda merah di leherku mahu opah kejar lelaki itu dengan parang gamaknya!

     “ Hari ni kamu ajaklah Fahri jalan-jalan pusing kampong. Kesian dia, tak pernah rasa duduk kat kampong,” kata opah sambil merenung ke arahku.

     Aku mengangguk lemah.

     “ Hah, dah siapkan nasi goreng kamu tu. Sekarang pergi panggil Fahri sarapan sama,” gesa opah sebaik sahaja melihat aku memasukkan nasi goreng yang baru siap di goreng itu ke dalam bekas.

     “ Alaa.. Opah jelah panggil. Orang nak bancuh air ni,” elakku.

     Opah menggeleng.

     “ Air tu biar opah buat. Kamu yang bawa dia datang sini, kamu kenalah layan dia elok-elok,” ujar opah lalu mencapai teko, serbuk kopi dan gula yang berada atas cabinet dapur.

     Aku menghentakkan kaki ke lantai tanda protes dan bergerak ke bilikku namun sempat menangkap teguran opah.

     “ Hentak kaki tu, nanti si Fahri tak jadi nak ambil kamu jadi bini!”

     Apa ke situ pulak opah ni! Desis hatiku.

     Masuk sahaja ke ruangan bilik, aku lihat Fahri masih terlena dengan baju melayu dan kain pelikatnya. Dengan teragak-agak aku menyentuh betisnya yang beralas kain pelikat itu.

     “ Fahri, bangun!” gerakku bersama sentuhan di betisnya.

     Fahri menggosok-gosok kedua-dua belah matanya sebaik tersedar daripada lena. Pandangannya terpaku ke mukaku.

     “Nak apa?”

     “Opah suruh orang ajak awak sarapan,”

     “Aku akan turun sarapan. Tapi dengan syarat kau kiss pipi aku dulu,” katanya dengan kening yang sudah terangkat.

     “ Ciuman orang untuk yang halal saje,” jawabku sedikit keras.

     “Sayangnya ciuman kau dah tak virgin, sebab aku dah dapat dulu,”selanya membuatkan aku mengetap bibir marah.

     “Orang yakin nanti ada lelaki yang boleh terima kekurangan orang,”

     “ Siapa? Hazdi? Tak payah nak berangan. Hazdi mesti tak nak perempuan yang aku dah sentuh!” tukasnya dalam sindiran. Pedih hatiku saat ini tak boleh di gambarkan.

     “Sentuh? Apa maksud kamu ni? Siapa sentuh siapa ni?” tinggi suara opah mencelah perbualan aku dan Fahri.

     Aku pandang Fahri. Dia juga begitu. Air liurku rasa tak tertelan sudah melihat opah yang seperti singa kelaparan.

     “ Err...opah salah dengar ni,”dalihku.

     “ Maafkan saya opah...” celah Fahri tiba-tiba.

     Opah memandang Fahri dengan kerutan di dahi. Aku juga begitu, debar menanti apa yang bakal terkeluar dari mulut Fahri.

     “... saya dah sentuh Sahira. Sebab tu saya datang sini nak minta restu opah untuk menikahi Siti Sahira,” sambungnya lagi. Membuatkan aku terjelepuk ke lantai manakala opah menitiskan air matanya.

     Aku berlutut di kaki opah, memohon pengertian.

     “ Opah orang tak buat semua tu. Orang tak buat!” rayuku bersungguh-sungguh. Opah masih diam membeku. Namun, air mata yang mengalir dari tubir mata opah cukup buat aku mengerti. Opah kecewa denganku. Tapi ini semua fitnah!

     “Fahri baik kau bagitahu yang sebenarnya kat opah, yang kita tak pernah terlanjur!” gesaku. Sudah berubah panggilanku kepadanya.

     Fahri menunduk ke lantai. Pura-pura kesal kononnya! Opah hanya memandang tingkahku dengan air mata yang membasahi pipi tua itu.

     “Siti Sahira, opah tak nak cakap banyak, baik kamu kahwin dengan Fahri sebelum perut kamu nanti berisi,” putus opah sebelum menapak keluar bilik.

     Aku menangis teresak-esak di bucu katilku. Fahri hanya membeku. Andai sahaja aku masih punya kekuatan, pasti muka tampan itu sudah hancur aku tumbuk!

***

     Majlis perkahwinanku bersama Fahri berlansung meriah. Walaupun nampak seperti tergesa-gesa, namun tiada seorang pun mencurigai perkahwinan ini. Pada Mak long dan Pak long, Fahri katakan yang kami sudah lama saling menyukai pada pandangan pertama, begitu juga pada mama dan papa Fahri yang baru aku jumpa semasa di hari perkahwinan. Opah? Biarpun opah masih terkilan denganku, namun opah menyambut elok perkahwinan ini. Tapi tidak padaku!

     Selendang yang melilit di kepalaku buka. Melepas bebas rambut yang di sanggul sedari pagi lagi. Bilik Fahri yang sudah diubahsuai menjadi bilik pengantin aku pandang kosong. Bilik yang dulunya dihuni Fahri seorang, kini sudah menjadi bilikku.

     Sebaik selesai membersihkan diri dan solat Isyak, aku merebahkan tubuh yang lelah ke atas permaidani. Tak sudi berkongsi ranjang yang sama dengan Fahri. Dan aku rasa dia juga begitu!
Pintu bilik di kuak dari luar. Wajah Fahri yang penat menyapa pandanganku. Baru sahaja mata inginku lelapkan, tubuhku terasa bagai di awang-awangan. Apabila mataku buka, Fahri sudah mencempung tubuhku naik ke atas katil.

     “Eii.. Lepaslah!” marahku sekaligus meronta. Fahri buat bodoh. Air muka yang sedikit tegang itu sedikit sebanyak mengganggu ketenangan hatiku. Risau disentuh lelaki yang sudah naik tarafnya dalam hidupku itu.

     Sebaik meletakkan aku di atas katil, dia berlalu mencapai tuala. Sebelum kakinya mencecah lantai bilik mandi, aku sempat menangkap kata-katanya.

     “ Baik kau tidur, aku janji malam ni aku tak kacau kau. Tapi malam-malam seterusnya aku tak tahulah,” ujarnya selamba lalu menghilang di sebalik pintu bilik mandi.

     Aku menghempas bantal peluk ke lantai. Bengang! Selimut aku tarik sampai menutupi muka. Mahu lena senyenyaknya!

     MUKA Hazdi yang muram aku pandang pelik. Sejak dari hari perkahwinan aku lagi dia muram begini. Tak sihat ke? Bukan itu sahaja, bicara mesranya juga sudah jarang kedengaran. Merajukkah dia dengan aku? Tapi kenapa?

     “Abang Adi,” panggilku sebaik sahaja dia ingin berlalu ke pejabatnya. Hazdi berpaling.

     “ Jom, teman Ira makan. Ira belanja,” ujarku teruja sambil menayang gigi penuh milikku.

     Dia senyum serentak itu dia menggeleng lemah.

     “Alaa... Jomlah,” rayuku lagi sambil mengerdipkan mata beberapa kali. Berlagak comel sekejap!

     “Abang Adi tak naklah. Abang ada mensyuarat sekejap lagi,” dalihnya, namun masih mampu di kesan oleh aku.

     Aku memeluk tubuh. Pura-pura merajuk dengannya. Hazdi mula kelihatan serba salah apabila dia aku lihat mula menggaru-garu kepala yang aku yakin tidak gatal. Tapi sebab buntu.

     “ Okey, abang Adi temankan,” Hazdi mengalah. Aku senyum lebar.

     Saat melepasi pintu utama pejabat, aku bertembung dengan Fahri. Dia pandang aku tajam. Aku hanya mempamerkan reaksi selamba. Seperti tidak terkesan dengan pandangannya. Sedangkan Hazdi sudah kegelisahan disebelahku. Bagiku biarlah dia dengan persepsinya tentang hubungan aku dan Hazdi...

     JAM sudah menunjukkan tepat pukul 12 tengah malam. Aku sudah menguap besar. Tapi kerana cerita Hindustan kegemaranku itu belum tamat siarannya, terpaksalah aku tahan rasa mengantuk itu.

     Bunyi kereta Fahri yang memasuki perkarangan rumah menarik perhatianku.  Pertama kali lelaki itu pulang lewat begini. Ahh, tapi apa aku peduli! Cerita Hindustan ini lagi penting!

     “ Seronok, keluar berdua dengan Hazdi?  Or should i call him as Abang Adi?” sindirnya lalu melabuhkan duduk di sebelahku.

     Aku kerling sebentar ke arahnya sebelum menyambung kembali menonton cerita Hindustan di kaca tv. Sengaja aku buat tidak tahu dengan sindirannya. Namun, apabila siaran televisyen di padamkannya, aku mula jadi bengang!

     “ Awak ni kenapa?” bentakku lalu menjelingnya tajam. Memang tidak puas hati.

     Fahri senyum sinis sebelum memegang mukaku kasar.

     “ Tapi takpe sebab Hazdi tak akan dapat buat apa yang aku buat dekat  kau sekarang, walau dalam mimpi pun aku tak benarkan!”katanya keras seraya tubuhku di cempung menuju ke kamar dan di hempas kasar  tubuhku ke atas katil.

     Fahri mula merapatiku sambil meleraikan satu-persatu butang kemejanya. Aku gementar. Namun, apabila aku sedar yang segala pada diri ini adalah hak miliknya, aku cuba merelakan kerana dia suami dan aku isterinya...

     AKU melangkah besar menuju ke pejabat Fahri sebaik sahaja Kak Junaidah memberi tahuku yang Fahri dan Hazdi lagi bertengkar hebat sekarang. Cemas aku kerana angin Fahri tak boleh dikira sangat, apabila sesuatu itu berkaitan dengan Hazdi.Karang tak pasal-pasal lebam muka Hazdi dia kerjakan. Aku kenal sudah dengan perangai Fahri. Takkanlah hampir dua bulan kami hidup bersama aku masih tidak mengenali sikapnya.

     Aku merempuh masuk ke dalam Bilik Fahri tanpa mengetuknya dahulu. Fahri dan Hazdi sama-sama terkejut melihat kehadiranku di situ.

     “ Ira!” panggil Hazdi.

     “ Sayang!” panggil Fahri pula. Panggilan yang dia mula gunakan sebaik kami mula ‘bersama’.

     Aku merenung tajam ke arah kedua-dua orang lelaki di hadapanku ini. seorang suami dan seorang lagi sudahku anggap seperti abang kandung sendiri.

     “ Apa yang korang cuba buat ni? bertengkar sampai satu ofis dengar. Tak malu ke?”marahku.
Fahri diam namun masih mampu menjeling tajam ke arah Hazdi.

     “ Ira...” Hazdi memandangku.

     “....abang nak bagitahu yang abang dah lama sukakan Ira. Dan abang sanggup tunggu Ira,” sambung Hazdi membuatkan aku beristighfar panjang dalam hati. Jadi sebab itulah dia brmuram denganku. Sebab cintanya padaku tak kesampaian bilamana aku menikahi Fahri.

     Aku lihat Fahri sudah mula mengepal jari-jemarinya lalu aku bergerak menuju ke arahnya. Memaut lengan dan mengusap jari-jemarinya. Dia terpana. Tapi aku buat tak kisah sahaja.

     “ Abang Adi, dari dulu sampai sekarang Ira cuma boleh anggap Abang Adi macam abang kandung Ira sendiri. Tak lebih dari tu,” jelasku disambut dengan genggaman erat dari Fahri.

     Hazdi menekur ke lantai. Kecewa. Tapi itulah hakikatnya. Aku sudah memilih untuk mencintai lelaki yang sudah bergelar suami kepadaku iaitu Fahri. Dialah yang bakal menuntunku ke syurga nanti.

     “ Kalau Ira dah cakap macam tu, abang tak boleh nak kata apa lagi. Abang doakan Ira bahagia dengan Fahri,” ucapnya ikhlas. Aku tahu dia benar-benar memaknakan kata-katanya. Kerana dia Hazdi.

     Hazdi mula melangkah keluar dari bilik Fahri sebaik bersalam dengan suamiku itu. Meninggalkan aku dan Fahri bersendiri.

     “ Err...Kita macam mana?” soal Fahri, kedengaran polos di telingaku.

     “Kita macam ni jelah,” ujarku bersahaja. Sengaja nak mempermainkannya.

      Fahri mengetapkan bibirnya. Satu sisi Fahri yang aku baru kenal pasti, manja! Tapi malu nak di tonjolkan. Sama seperti perasaannya kepadaku. Cinta, tapi tak berani nak luahkan padaku.

     “Kalau macam tu sayang keluarlah. Abang nak sambung kerja,” katanya yang lebih kedengaran seperti orang sedang merajuk.

     Aku memaut pinggangnya dari belakang dan menyembamkan muka pada belakangnya. Haruman minyak wanginya aku cium sedalamnya. Cukup kelakian dan menggoda naluri wanitaku!

     “Merajuk ke Encik Fahri?” usikku lagi. Dia diam tidak berkutik namun degupan hatinya berlagu kencang sehingga dibelakang badannya pun aku masih dapat rasakan.

     “Hmm...masa nak sentuh orang tak nak pulak merajuk. Karang orang kat dalam ni pun ikut juga perangai papa dia,” kataku serentak itu Fahri memalingkan badannya menghadapku. Matanya mengecil memandangku. Meminta kepastian.

     Aku senyum lantas tangannya aku bawa ke perut yang masih kempis itu. Fahri mengerdipkan matanya beberapa kali. Masih tak percaya.

     “ Dah 4 minggu,” terangku padanya.

     “ Tapi kita baru kahwin 2 bulan kan?” Tanya Fahri dengan muka pelik. Masih tidak percaya.
Aku mendekati telinganya, ingin berbisik.

     “ Memanglah kita baru kahwin 2 bulan, tapi kalau orang tu asyik sentuh orang setiap malam, Encik Fahri ingat tak jadi apa-apa ke?” Ujarku dalam nada perlahan namun terselit sedikit sindiran kepadanya.
Muka Fahri sudah mula kemerah-merahan, menahan malu. Namun, senyumannya mula terukir di bibir. Pantas tubuhku di dakapnya erat.

     “ I love you,” bisiknya perlahan. Aku senyum sendiri lalu mengeratkan lagi pelukanku kepadanya.

     “ Me too. Lepas ni tak boleh cemburu-cemburu atau merajuk. Nanti anak awak kat dalam ni ikut perangai papanya aje,” kataku lebih berbaur amaran manja.

     Fahri mengangguk laju, persis anak kecil sahaja tingkahnnya.

     “ Hujung minggu ni kita balik rumah opah. Kita bagitahu kat opah yang dia bakal dapat cicit,” Fahri berkata padaku. Teruja!

     Aku hanya senyum sebelum mengangguk perlahan. Setuju.

     “ Sayang, abang nak bagitahu sesuatu...”

     Aku merenung matanya, menunggu kata-katanya.

     “...sebenarnya hari yang abang kata yang kita dah terlanjur tu, opah tahu. Maksud abang, ini rancangan abang dengan opah,” sambungnya lagi.

     Aku mengetap bibirku konon-konon marah dengan pengakuannya. Padahal opah awal-awal lagi sudah memberitahuku tentang perasaan Fahri padaku dan rancangannya untuk memilikiku.

     “ Maaf...” pintanya lalu menunduk kepalanya ke lantai.

     Aku senyum lalu rambutnya yang terpacak-pacak itu aku selerakkan kekemasannya dengan tanganku. Padan muka!

     “ Sayang, habislah rambut abang!” marahnya  sambil membetulkan kembali rambutnya.

     Dia pandang kembali mukaku.

     “ Sayang marah?” Tanya Fahri sambil memegang erat jari-jemariku dan mengelusnya.

     Aku menggeleng.

     “ Tak. Sebab opah dah lama bagitahu kat orang,” balasku bersahaja.

     Fahri menarikku ke dalam pelukannya sekali lagi.

     “ Haish, sampai bila nak orang-orang ni? Dah nak jadi mama pun nak orang-orang  lagi. Kalau macam tu kena pergi bendang la,” ujarnya lalu ketawa kecil.

     Aku pelik. Kenapa kena pergi bendang?

     “ Apasal kena pergi bendang?” lurusku bertanya. Dia senyum lagi sebelum membalas.

     “ Nak jumpa orang-oranglah!”

     Aku mencubit lengannya. Geram. Fahri hanya ketawa dan terus ketawa. Tak lama kemudian aku pun turut meletuskan tawaku. Inilah suamiku, Hairul Fahri dan menantu cucu kepada opah.  Walaupun pendiam dan nampak seperti sombong, tapi kerana itulah aku mampu mencintainya. Sekurang-kurangnya perempuan lain takkan mudah jatuh hati melihat kesombongan dan betapa pendiamnya dia. Betul tak?

 - - - - - - - - - - - - - - 

2nd cerpen. bila dah baca, komen la ye. thanks~ ^^

15 comments:

Ruunna Qizbal said...

best gila, uat la lgi cerpen...

sweet dazzle said...

Cik writer... best laa cerpen ni... nanti buat dalam version novel pualk... mseti lg best sb pnjg hehe... jahat lah si fahri ni nk dpatkan ira ngan cara kotor... hehe ceh siap berpakat ngan opah lg tuhb pttlah opah beria suh kawin cpt2..
cik writer nk request cerpen Elya Mikhail buat dalam version novel...hehe cepen Elya pon besttt gak..
keep writing yeaaaa.
All the best

Nooraihas said...

terima kasih atas komen komen diberi. novel tu saya kena 'berguru'dulu.hehe

Tiara aka Nurul Fairuz said...

saya suka dgn cerpen-cerpen cik writer, teruskan menulis and thanks ^^

asma said...

sweetnyer..hehe..best baca cerpen ni...tq

danisya el-zara said...

sikit sngat part romantisnye..

danisya el-zara said...

sikit sngat part romantisnye..

Unknown said...

Best la cerpen ni cik writer..truskan usaha.sy akn setia mnnti..wtk yg dtonjolkan si hero menggamit hati sy..skaligus mmbuat cerpen ni mnjadi best..

Unknown said...

Tak ok . Seriously not . Haq takkan boleh bercampur dengan batil . Kalau org jaga solat insyaAllah sekurangnya if tak lepas bab ikhtilat at least lepas bab halal haram . Seriously dont know this kind of cerpen dikategorikan 'sweet' . Itu bukan sweet itu nafsu .

Unknown said...

Tak ok . Seriously not . Haq takkan boleh bercampur dengan batil . Kalau org jaga solat insyaAllah sekurangnya if tak lepas bab ikhtilat at least lepas bab halal haram . Seriously dont know this kind of cerpen dikategorikan 'sweet' . Itu bukan sweet itu nafsu .

Anonymous said...

Yep betul kata unknown. Mcm tak make sense. Mcm mana boleh suka laki yg suka sentuh sesuka hati? Apa sbb laki tu suka ira? Takkan first sight mcm tu je?

Anonymous said...

setuju dgn apa yg anonymous n unknown ckap. mcam pelik bile dia solat tapi boleh cium anak dara orng. part tu je la. mugkin writer boleh perbaiki lagi. teruskan usaha.

Unknown said...

Pendek dan ringkas tapi still ada pengajaran yg baik utk diikuti

Unknown said...

Best

Unknown said...

Sis your cerpen best laaa