Oh, Pengikut Setiaku!!!

Monday, December 24, 2012

#11 The Pros and Cons

Assalamualaikum dan hai!

Dalam menghasilkan karya, saya mahu setiap hasil 'karut-marut' saya menjadi sesuatu yang realistik!

saya ada prinsip yang saya pegang dalam hidup iaitu ' The Pros and Cons'.

Tak faham? Meh saya jelaskan...

contohnya....Kalau si watak heronya dah hensem, watak heroinnya mestilah sedikit 'kureng' dari watak heronya. comot ke, tembam ke, gelap sikit warna kulitnya ke...apa-apalah! Asal kan seimbang!

selain itu, kalau watak heronya dah serius kuasa 8, saya akan buat watak heroinnya 'masuk air' sikit! Barulah bertemu buku dengan ruas! Begitulah juga yang sebaliknya...

saya percaya yang tak semua bakal mendapat pasangan yang heronya ala-ala hero cerita Korea! Hensem, romantik, kaya. lengkap serba-serbilah!

Nanti...kesianlah kepada yang tak hensem, tak kaya dan tak romantik tu! Tak gitu?

p/s : Jangan terlalu berharap pada kesempurnaan dalam memilih pasangan. hidup ini realiti. bukan fantasi! (pesan kepada diri sendiri :p )






Tuesday, December 11, 2012

#10 cerpen : Dendam Untuk Cinta.


Tajuk: Dendam Untuk Cinta
Nama penulis: NOORAIHAS
Tarikh pos : 11 Disember 2012

“Nur Radhiah!” Tinggi suara ayah menyebut namaku. Tetapi aku sikit pun tidak gentar! Aku menjeling tajam pada seraut wajah yang berdiri berhampiran dengan ayah. Wajah sinisnya menyapa pandanganku. Namun, bila ayah memandangnya, cepat-cepat air muka wanita separuh abad itu bertukar mendung. Hipokrit!


“Jangan kamu berani nak tinggi kan suara dengan isteri ayah! Ayah tak pernah ajar kamu untuk jadi kurang ajar!” jerkah ayah lagi padaku. Manakala  perempuan itu sibuk menenangkan ayah.

Aku melemparkan senyuman sinis pada pasangan ‘romantik’ itu. Tak sangka ayah sudah pandai meninggikan suara padaku semata-mata isteri barunya itu, merangkap ibu tiri padaku.

Ibu tiri! Ah, betapa aku anti dengan semua perkataan yang ada ‘tiri’ di belakangnya! Kenapa ayah tak nak faham? Kenapa ayah harus melupakan mama dan berkahwin dengan perempuan tu? Kenapa ayah harus melupakan mama dengan begitu cepat? Adakah semua lelaki  macam ayah? Tak boleh hidup tanpa wanita walau sehari?

Hatiku sedih bila memikirkannya. Walau bagaimana kuat aku membantah, ayah tetap dengan keputusannya untuk mengahwini perempuan itu! Aku sendiri keliru, apa yang bagus sangat tentang janda beranak satu itu pada pandangan mata ayah. Mujur sahaja aku tidak menghadiri majlis akad nikah ayah yang berlansung pada bulan lepas, kalau tidak mesti aku mati dek sakit hati!

“Sekarang ayah Cuma nampak salah Dhiah je kan? Sejak ayah kahwin dengan perempuan ni!”marahku serentak itu ayah melayangkan tangannya di pipiku.

Aku menahan rasa pijar yang menjalar disekitar pipiku. Sakit! Tapi sakit lagi hatiku! Aku mengetap bibir. Geram! Nampaknya ayah sudah pandai menaikkan tangannya ke mukaku juga. Perkembangan yang ‘bagus’!

Untuk seketika wajah ayah seperti terpana. Seolah-olah dia juga terkejut dengan tindakannya tadi. Ibu tiriku itu pula bertindak mengusap lengan ayah. Berpura-pura menenangkan kemarahan ayah kononnya! Aku mengukirkan senyuman sinisku.

“Kalau Dhiah rasa tak boleh terima Makcik Ros, Dhiah boleh berambus dari rumah ayah!” sambung ayah selepas beberapa ketika.

Aku sedikit tersentak. Keluar dari rumahku sendiri? Ahh, bukan aku! Tapi perempuan itu yang harus berambus! Walau apa pun yang berlaku, aku takkan angkat kaki keluar dari rumahku sendiri! Sebaliknya aku yang akan berusaha membuat isteri  baru kesayangan ayah itu keluar dari sini. Ini janjiku!

“Dhiah, tak akan keluar dari rumah Dhiah sendiri. Dan ayah pun takde hak nak halau Dhiah!” putusku dengan tegas. Kaki aku buka menuju ke kamarku. Biar apa pun yang berlaku, perempuan itu pasti akan mendapat balasannya!

Wednesday, December 5, 2012

#09 Ilham untuk CRUSH

Assalamualaikum dan hai!

sekarang ni saya sedang mencari idea untuk menulis cerpen tentang CRUSH. saya yakin semua orang ada CRUSH, cuma yang membezakan kita semua adalah sama ada kita serius atau biasa2 je bila berdepan dengan CRUSH masing2.

Saya pun ada CRUSH! Malangnya, saya tahu yang saya tak mungkin berpeluang nak approach dia pun! sebab? nak tahu sebabnya? Sebab-musababnya adalah kerana dia dah ada TUNANG.

Kecewa? Adalah sikit.Tapi, semuanya salah saya jugak. langsung tak berusaha nak berusaha dekat dengan dia. Yelah, sekurang2nya bagi hint, kan? Inilah masalah gadis2 Melayu di serata dunia. Malu bila orang labelkan diri 'perigi mencari timba'. Sangat tipikal Melayu!

Jadi, nak ubatkan kekecewaan saya dan nak memberi semangat kat gadis2 di luar sana supaya BERUSAHA bila dah jumpa CRUSH, saya menulis.

Sebelum tu, satu saya nak pesan, bila saya cakap BERUSAHA ia haruslah dalam bentuk yang POSITIF! Tak nak sampai ada yang TERGADAI BADAN sebab nak kan seorang lelaki. Kalau CRUSH korang macam tu, cepat2 la angkat kaki!

Hidup terlalu SINGKAT untuk dibazirkan oleh seorang lelaki yang belum tentu MENGHARGAI, MENGHORMATI dan MENCINTAI kita!

Apa2 pun bercinta selepas KAHWIN adalah PILIHAN yang sebaiknya. Bila dah jumpa CRUSH, dan dia pun memberi reaksi POSITIF, cepat2 lah minta dia segera menghalalkan hubungan korang. Bukan mendesak, cuma mencegah lebih baik dari mengubati!

p/s : C.R.U.S.H ( CINTA. RINDU. UNTUK.SEPANJANG. HAYAT.)


#08 Cerpen : Oh My Hubby!



Tajuk : Oh My Hubby!
Nama penulis : NOORAIHAS
Tarikh pos : 5 Disember 2012

                 Hai, nama aku Kamariah. Semua orang panggil aku Kay! Aku ni nak kata lemah lembut dan sopan tu, takdelah sangat. Cukup-cukup je! Tak ganas macam budak lelaki dan tak lembik sangat macam budak perempuan. Pendek kata bukan stok-stok perempuan melayu terakhirlah! Hidup aku biasa aje. Aku ada ibu dan ayah yang sangat mempercayai aku, memandangkan aku ni anak perempuan tunggallah katakan disamping dua orang abang yang sangat suka mengusik dan menyemak pun ye jugak! Abang Alif dan Abang Hadi. Masing-masing dah kahwin, tapi perangai macam budak-budak tak akil baligh je!

Aku sekarang ni baru je habiskan pengajianku dalam jurusan perniagaan. Untuk sementara waktu yang ada ni, aku melepak kat rumah mak saudara aku yang paling sporting dalam abad ini, tak lain dan tak bukan Mak Su Anim. Aku memang rapat gila-gilalah dengan Mak Su Anim, memandangkan mak saudara aku ni  dah lama kematian suaminya yang tercinta, Pak Su Ahmad dan tinggal sorang-sorang kat rumah banglo yang di tinggalkan arwah suaminya. Anaknya? Mak Su Anim memang ada seorang anak lelaki. Ahmad Umar Haidi namanya. Bercerita pasal anak lelakinya itu memang aku cukup tak berkenan. Kalau nak masuk senarai lelaki untuk dijadikan suami pun tak layak! Maafkan Kay ye Mak su sebab kutuk anak Mak su tu. Tapi memang ye pun si Haidi tu ada masalah. Masalah besar punya!

Masalahnya ialah Ahmad Umar Haidi tu ‘patah’ orangnya.  Erk...Korang fahamkan ‘patah’ tu apakan? Kalau nak aku sebut dalam bahasa kasarnya, sepupu aku tu PONDAN atau pun LELAKI LEMBUT! Kesian Mak su dah banyak cara dia cuba buat untuk pastikan anak terunanya yang seorang itu kembali menjadi lelaki sejati. Entah dari mana datangnya keturunan lembut ni? Bagi aku Haidi ni betul-betul merugikan beras je! Rupa ada. Tinggi pun dah macam model. Kulit muka? Tak payah kata, mana ada dalam keturunan aku yang berkulit gelap, semuanya putih-putih belaka dan paling kurang pun sawo matang.

Aku terasa lengan aku dicubit lembut oleh Mak su. Aku pandang mak su yang sudah tersengih-sengih macam kerang busuk. Dah kenapa?

Sunday, December 2, 2012

#06 Cerpen : Encik No Feeling



Tajuk : Encik No Feeling!
penulis : NOORAIHAS
Tarikh pos : 2 Disember 2012


        Hey! Ini kisah aku. Kisah untuk sedarkan diri sendiri yang lelaki yang macam  tiada perasaan pun boleh dicintai dengan baik.  Walaupun ambil masa untuk menyedari. Encik ‘No Feeling’....a...o....u!!!( I love you).

       “Jom teman Pak Su dengan Uncle Azfar pergi kursus kahwin?” ajak Pak Su Aril. Aku memandang pelik bapa saudaraku yang baru pulang dari kerja itu.

      “Kursus kahwin?” Soalku dengan kening yang hampir bertaut. Hairan.

     “Ha’ah. Kursus kahwinlah. Pak Su belanja!” kata Pak Su Aril, bersungguh. Wajah yang kepenatan itu berseri kembali demi melihatku yang memberi tindak balas pada pertanyaannya tadi.

      Aku memuncungkan bibirku bersama dahi yang berkerut seribu. Nak ikut ke tak? Pak Su nak belanja tu! Bisik hatiku.
    “Alaa...bolehlah Noorin ye. Teman bakal Mak Su awak tu. Nanti dia sorang-sorang. Kesian dia...” meleret suara Pak Su Aril memujukku.

       Segera terlayar di fikiranku bakal Mak Su aku yang pemalu tu. Kesian jugak kalau bakal Mak Su aku tu keseorangan sepanjang kursus kahwin tu. Lagipun, bagus jugak aku pergi sama. Aku pun kalau dari segi umur dah layak pergi kursus macam tu. Sweet 25 gitu!

    “Hmm, okeylah! Pak Su belanja,kan!” sambutku, bersetuju akhirnya.

    Pak Su Aril terlompat-lompat gembira sambil menepuk tangannya beberapa kali sebelum naik ke biliknya. Macam kera dapat bunga pun ye gak gayanya. Harap umur je dah 34 tahun, tapi perangai macam budak-budak! Lain benar dengan Uncle Azfar walaupun sebaya.

     Cakap pasal Uncle Azfar aku sedikit tak suka. Lelaki itu sangat dingin dan pendiam orangnya. Lain dengan perangai bapa saudara aku yang mulut murai dan sengal tu! Entah macam mana boleh jadi kawan pun aku tak tahu. Masa Pak Su Aril bawa Uncle Azfar datang rumah, perkenal dekat nenek, aku baru 15 tahun masa tu. Pak su Aril menyuruh aku memanggil  sahabat karibnya dengan panggilan ‘uncle’ kononnya sebagai tanda menghormati lelaki itu yang sama baya sahaja dengannya. Sebab tulah sampai sekarang aku selesa panggil Uncle pada lelaki itu.

       Kalau nak tunggu Uncle Azfar buka mulut, aku rasa sampai tahun depan belum tentu lagi Berjaya. Tapi kalau dengar dia cakap, aku rasa macam nak bagi penyepaklah pulak! Apa tidaknya kata-katanya sangat tajam! Hampir terbunuh aku mendengarnya! Nasib baik dah nak kahwin. Pilihan keluarga, sebab tengok gaya pun aku tahu, perempuan takut nak dekat dengan dia ni!

       “Noorin, apa yang kamu dok termenung sorang-sorang tu?”

      Aku mengurut dadaku perlahan. Bila masa pulak nenek balik dari baca yassin ni? Buat saspen aku je! Nenek...Nenek...Nenek...

    
     “Er... tak. Tak ada apalah nek,” ujarku sambil tersengih.

    Nenek menggelengkan kepalanya beberapa kali sebelum menghilang ke dapur dan kembali semula dengan air minuman di tangannya. Nenek melabuhkan punggung disebelahku. Air minuman yang diambil tadi diteguknya perlahan. Belum sempat nenek letak air yang diminumnya tadi, aku sudah menyambar dan meneguknya dengan rakus! Apa punya cuculah aku ni!

     “Hish, kamu ni! Perangai tak senonoh!” marah nenek lalu menepuk pehaku.

     “Adui!” jeritku. Memang hebatlah ‘penangan’ nenek aku ni! Kalau selak seluar kotak-kotak aku ni mesti peha aku dah merah menyala! Aku mengusap pehaku yang baru dipukul nenek tadi. Sakit!

     “Sakit,” tangisku bersama sendu yang sengaja dibuat-buat. Menarik simpati nenek. Mesti nenek pujuk aku kejap lagi! Maklumlah cucu tunggal pulak tu!

      “Sakit ke?” Tanya nenek lalu mengusap pehaku yang dipukulnya tadi. Aku menahan senyuman sambil mengangguk perlahan. Got, you! Hahaha...

     “Mak jangan nak manjakan cucu mak ni. Dia ni drama je lebih!” Entah bila pulak bapa saudara aku ni muncul. Bukan tadi dah naik bilik ke? Ahh, tak penting! Yang penting Pak Su Aril selalu jadi spoiler!

     “Bukan dia nangis betul-betul pun!” tambah Pak Su Aril lagi. Aku terus menunjukkan buku lima aku. Pak Su Aril hanya mencebik. Tak makan dengan ugutan aku.

      Nenek dah mula pandang aku. Aku mengetap bibir geram tapi masih memberikan simbol ‘peace’ pada nenek. Serentak itu cubitan pulak menghinggap lenganku.

      “Pak Su ni,” bentakku, tak puas hati. Pak Su Aril sudah gelak sakan. Aku memeluk tubuh. Merajuk!

     “Yelah, siapalah kita ni, kan? Anak yatim piatu. Tak ada mak ayah nak menumpang kasih,” rajukku. Sayu!

      Nenek mula memeluk bahuku. Mahu memujuk. Pak Su Aril pulak dah mengambil tempat di sebelahku, juga mahu memujuk.

         “Apa Noorin cakap ni? Nenek sayang Noorin tau,” pujuk nenek lalu mengelus tanganku.

        “Nenek sayang Noorin lebih dari Pak Su tau! Jealous Pak Su,” Pak Su Aril pulak menambah.

        “Ye?” Soalku ada makna tersembunyi. Kening pun sudah naik sebelah, macam Ziana Zain pun ada dah ni!

       “Ye!” jawab nenek dengan Pak Su Aril serentak.

       Aku senyum. Ada permintaan yang aku mahu mereka tunaikan.

    “Kenny rogers malam ni,” Aku sudah mula buat permintaan serentak itu jugak Pak Su Aril tarik telingaku. Pedih!

      “Banyak Kenny rogers Noorin. Dah pergi siap apa yang patut, hujung minggu ni kan nak ikut Pak Su pergi kursus kahwin,”kata Pak Su Aril.

      Aku mencebik! Macam lari je kursus kahwin tu kalau aku tak pergi! Bukan aku nak kahwin dalam masa terdekat ni pun! Marahku dalam hati sahaja.

       “Oh, kamu jadi bawak Noorin sekali pergi kursus kahwin tu?” Tanya nenek lalu mengalihkan pandangan pada Pak Su Aril.

       Pak Su Aril mengangguk sambil memandang aku yang masih memuncung.  Masih tidak berganjak dari tempat duduk.

       “Pergilah bersiap. Kata nak makan Kenny Rogers malam ni,”Sekali imbas Pak Su Aril memberi arahan.

     “Seriously? Yeay!” Aku pulak sudah terlompat-lompat. Nenek menggelengkan kepalanya beberapa kali.

        “Kamu ni Aril, rosak budak ni kamu manjakan!” tegur nenek pada Pak Su Aril.
Pak Su Aril sengih.

      “Takpelah mak, lepas kahwin nanti matanglah  dia,” bela Pak Su Aril lalu membuat simbol ‘peace’ padaku. Aku jugak membalasnya dengan simbol yang sama. Dua-dua ting-tong! Kepala masuk air je!

       “Eloklah, bapa saudara dengan anak saudara satu kepala! Pening mak,”keluh nenek. Sudah malas nak melayan aku dan Pak Su Aril.

#07 Luahan perasaan.

 Assalamualaikum Disember!

sepanjang saya menghasilkan karya, semua karya2 tu terhasil semasa saya dalam tekanan! believe me! ada masanya saya menulis ketika saya sedang discuss untuk group assignment! ada masanya saya menulis masa saya sedang final exam! besok paper, malam tu jugaklah bersepah idea nak masuk! bila masa macam tu, saya betul-betul berbelah bahagi. nak tulis atau nak study?

Jadi, pilih yang selamat dan menjaminkanlah ye kawan2! kita study dulu. karang kalau failed kau jugak yang merana! nak pilih kelas la, nak adjust masa la, nak cari kelas la. semuanya datang serentak! Nanti belajar ke mana, menulis ke mana!

menulis memang  minat. orang kata penulis cerpen atau novel ni semuanya jiwang2, romantik-matematik la dan sweet macam gula2 la dan lain2! tapi sepanjang hidup saya lah, sayalah orang yang paling TIDAK ada dalam kategori tu! macam mana tau?

dulu....saya pernah ada pakwe. couple setahun dari form 4 dan dia pulak masa tu form 5 sampailah dia masuk UTM  dan saya  UITM . cara kami bercinta memang tak boleh hingaaat! kami bahasakan diri 'saya-awak' je. okey la kan kat situ. but one day, dia tetiba pulak panggil saya SAYANG. saya pelik. 'hei, pakwe aku ni ada perempuan lain ke?'  curiga gak kan? tapi bila saya bagi 'puzzle' yg kami slalu guna, dia terus call dan sebut! betul.

dia kata nak test je! mana tau saya suka. suka tarak ada! geli ye! tapi saya kenal dia. dia memang reassembles me a lot! kalau saya kayu, dia tunggul! sama je. perkara paling sweet dia pernah buat pun bagi semua paper SPM dia kat saya! Katanya biar ada luck! okey, memang ada luck, saya dapat result sama macam dia jugak. Thanks to you!

Hubungan kami okey, tak pernah gaduh! tapi adat la masing-masing belajar jauh. sampai bila kami nak macam ni. so, kami putus and friend jelah. lepas tu saya dah tak couple2 dah. dia pulak setahun lebih putus dengan saya baru jumpa yang baru.

Walau apa2 pun, jujurnya saya memang tak romantik! mungkin sebab tak cantik kot? erk...ada kaitan tak? mungkin menulis itu bakat. jadi saya guna dan kongsikan dengan semua yang saya sayang...


to ex-lover,

semoga berbahagia lah dengan kekasih baru awak tu! nampak macam galak!( gurau je!)hehehe....

Monday, October 22, 2012

#05 Cerpen : Elya Mikhail


Elya Nasuha memandang skrin laptopnya dengan pandangan yang tidak berkelip. Tekun menyiapkan artikel yang akan di masukkan dalam ruangan ‘KERJAYAKU DUNIAKU’ untuk majalah lelaki yang sedang meningkat naik, ‘GAYA MACHOKU’. Dia sebenarnya agak kurang berkeyakinan semasa awal berkerja untuk majalah itu. Bukan apa, majalah itu sendiri sudah menggambarkan yang dia bakal di kelilingi jantina yang di klasifikasi sebagai LELAKI. Dari wartawan sampailah editornya semuanya lelaki! Nasib baiklah makcik cleaner tu perempuan kalau tak terkontang-kantinglah dia dalam dunia pekerjaan yang dipenuhi lelaki ini.

Bunyi ketukan di pintu sedikit mengganggu kosentrasinya. Tangannya sudah berhenti menaip.

“ Masuk,” arahnya sambil mata masih tertancap di skrin laptopnya.Membaca ulasan artikel yang baru ditulisnya.

“L?” panggil Azman, senior Editor untuk majalah lelaki itu sambil mengambil posisi tempat duduk di hadapan rakan sekerjanya itu.

“ Man, ada apa kau datang bilik aku ni?” Soal Elya Nasuha yang selesa di gelar ‘L’ di kalangan rakan sekerjanya itu. Rakan- rakan sekerjanyalah yang memberi nama panggilan tu. Kata mereka, baru boleh masuk jadi wartawan majalah ni kalau ada nama yang ‘cool’. Cool lah sangat!

Azman tersenyum. Dia menilik wajah gadis di hadapannya ini.  Sekali pandang pun dia tahu yang Elya Nasuha seorang yang sangat berkarisma dan senang diajak berbincang. Sebab itulah dia selalu berkerjasama dengan gadis itu selain hasil kerjanya yang sangat bagus dalam memikat para pembaca lelaki di luar sana.

“ Aku saje datang melawat kau. Nak tunggu kau melawat aku memang taklah kan?” ujar Azman seperti berjauh hati. Sengaja menguji setakat mana gadis itu akan memberi reaksi.

Elya Nasuha hanya tersenyum penuh makna. Azman ni mesti nak mintak tolong ni. Kalau tak memang dia takkan singgah bilik aku ni.

“ Hah terus terang jelah, kau nak aku tolong kau apa pulak kali ni?” Elya Nasuha malas nak memanjangkan cerita. Lebih baik kita terus ke tajuk utama dari berlengah membuang masa. Betul kan?

“ Kau ni tak menyempat aku nak bermukadimah, dah kau terjah. Tak romantik betul kau ni,”

“ kau tu takkan masuk bilik aku ni kalau bukan nak mintak tolong aku,” perli Elya Nasuha sambil mengetuk mejanya.

Azman tersenyum kambing!

“Aku nak mintak kau cover ‘KERJAYAKU DUNIAKU’ untuk bulan seterusnya,”

“Laa, tu je ke? Kan memang aku yang cover column tu tiap-tiap bulan,” ujar Elya Nasuha sambil mengambil Samsung Tab miliknya.

“ Tapi kau kena pergi interview orangnya minggu ni jugak,”

“Apa?” jerit Elya Nasuha. Terkejut.

“ Tapi, kan ni awal lagi. Artikel aku untuk bulan depan punya baru je siap,” keluh Elya Nasuha lalu memandang Azman yang sudah menyengih, buat muka tak bersalah lagi!

“ Alaa.. Bolehlah L. Aku yakin kau boleh interview dalam masa terdekat and in the same time kejar dateline column magazine kita yang dua bulan lagi,”

“ No way Man.  Kau ingat aku tak perlu makan, mandi bagai ke?” Elya Nasuha mula mendengus kasar. Baru ingat nak senang-senang!

“ L, tolonglah. Orang yang bakal kau interview tu busy orangnya. Jarang ada masa free,” rayu Azman. Bersungguh!

Elya Nasuha merenung ke dalam anak mata Azman. Masih menimbang tara sama ada nak tolong atau tak. Azman sudah banyak menolongnya, dari zaman belajar dulu sampailah  dia bekerja  sekarang. Takkan dia tak nak tolong.Hmm...

“Okeylah...” Akhirnya Elya Nasuha mengalah.

Azman tersenyum senang hati. Kalau tak kerana dia ada lawatan di Korea, dia sendiri akan turun padang untuk menemubual orang tersebut. Apa –apa nanti kau claim kat aku ye L!

Monday, October 8, 2012

#04 Bercinta Selepas Nikah :Ikutan atau Pilihan?

salam,

Hari ni terpaksa tulis sendiri sebab admin saya balik rumah! sedih....
Tapi, orang ada rumah, memang macam tu( macam aku takde rumah pulak!)

Hari ni saya terpanggil untuk memberi pendapat secara tidak langsungnya, mengenai bercinta selepas nikah.

Hmm, bercinta selepas nikah ni semakin hari semakin popular pulak. Orang dok sebut-sebut sampai dekat Fb pun ada page tu. saya pun dah like!





 Persoalannya di sini, adakah bercinta selepas nikah ni satu ikutan(fesyen) atau pilihan(kehendak) daripada kedua pasangan itu sendiri?

Beza nih  antara  ikutan ( fesyen), dengan rela hati nak pilih bercinta selepas mendirikan rumah tangga !

Contohnyalah kan... dua pasangan lelaki dan perempuan ni,

Situasi bilamana bercinta selepas nikah  jadi (ikutan/ fesyen):

L : awak jom kita kapel?Kitakan dah lama kawan..
p: tak naklah! saya nak kahwin dulu baru bercinta.
L: kenapa wak?
p: sebab saya nak jadi macam pasangan ustaz don,irma hasmie dan saya rasa diana amir  tu pun mesti kahwin macam tu jugak. sweet je kenal sekejap dah   kahwin!
L: Erk...?

Situasi bilamana bercinta selepas nikah atas dasar pilihan dan kemahuan sendiri,

L: awak setuju ke kita kahwin dulu baru bercinta? saya tak kenal awak dan awak pun tak kenal saya sangat.
P: setuju.
L:ikhlas? redha? takde talian hayat dah ni...
P: Ye, saya ikhlas dan saya redha. sebab saya yakin, kalau mak dan ayah saya, dan saya sendiri pun redha dan ikhlas, itu tandanya, Allah akan memberkati pernikahan kita sampai Syurga...
L: ( terharunya...)



 Saya nak bercerita pasal nikah-nikah ni pun tak boleh lagi. maklumlah kahwin pun tak lagi. tapi sebagai meluahkan pandangan dari sudut kacamata saya, bercinta selepas nikah itu seharusnya atas diri sendiri, bukan sekadar nak ikut fenomena semasa saje.


Andai saje kalau kita benikah atas pilihan/ kehendak kita sendiri, niat kerana Allah dan memohon keredhaanNya pasti rumah tangga kita tu akan bahagia hingga ke syurga! apa orang sekarang cakap, till Jannah lah!


Tapi kalau sekadar nak ikut artis kesayangan kahwin dulu bercinta kemudian tu, saya rasa baik dilupakan saje idea 'bernas' tu. bukan apa risau andai perkahwinan anda tu tak berjaya anda akan menyalahkan artis tu dan konsep perkahwinan yang sudah di sarankan Islam sejak zaman nabi lagi. tak ke dosa tu?

 Saya? insyaAllah akan memilih bercinta selepas nikah!

Akhir kata,

Seperti Tagline Prof. Izzy, Renung-renungkan, Dan Selamat Beramal!


Sunday, October 7, 2012

#03 Cerpen : Menantu Cucu Opah

Tajuk : Menantu Cucu Opah
Penulis : NOORAIHAS
Tarikh post : 7 Oktober 2012


     “ Siti Sahira!” jerit opah dari dapur. Aku hanya mampu menekupkan bantal ke mukaku. Malasnya  nak bangun. Selimut ku tarik menutupi muka.
     
     “ Siti Sahira bangun!” kejut opah betul-betul di tepi telingaku. Aik, sejak bila pulak opah masuk nih? Tak dengar bunyi pintu pun?

     Selimutku opah tarik dengan kejam! Huh, apalah opah ni! Tak sporting langsung!

     Mataku buka perlahan. Nak berlakon tidur mati dah tak sempat.

    “ Opah! Apa kejut orang pagi-pagi nih?” tanyaku tanpa rasa segan silunya. Serentak itu cuping telingaku ditarik opah.

     “Aduii!” jeritku kesakitan.

     Mata opah membulat. Mataku jugak tak kurang hebat bulatnya. Bulat menahan perit.

     “ Pagi kamu kata? Dah pukul 12 tengahari ni kamu kata pagi lagi?” bebel opah seraya melepaskan cuping telingaku.


#02 Cerpen : Femininnya Suamiku...


Tajuk : Femininnya Suamiku...
Penulis : NOORAIHAS
Tarikh post : 7 Oktober 2012


     Akhalil mengeluh perlahan apabila melihat plastik makanan yang berteraburan di atas meja kopi yang terdapat di ruang tamunya itu. Ini tak lain tak bukan mesti kerja isterinya! Walaupun baru sebulan dia menikahi wanita itu  tapi rasanya dia sudah kenal benar dengan perangai bersepah Syarifah Armalia! Yelah, memandangkan mereka cuma tinggal berdua sahaja maka siapa lagi yang membuat sepah di dalam rumah?

     Syarifah Armalia memang wanita yang banyak karenah! Selain pandai buat sepah isterinya itu juga seorang yang sangat cerewet dalam memilih makanan! Sesuatu yang baru dia ketahui sepanjang bergelar setiausaha kepada wanita itu. Patutlah selama ini makan kat tempat yang ada kelas sahaja. Dia masak pun isterinya itu lansung tak sentuh! Sebelum ini dia hanyalah seorang lelaki yang bergelar setiausaha kepada CEO ARMAND Holding  itu sahaja tapi sekarang sudah bergelar suami, kerana peristiwa yang tak di jangka! Dia di tangkap khalwat ketika bersama Syarifah Armalia semasa melawat tapak projek di Kuantan! Dia sendiri tak tahu siapa yang cuba menganiaya mereka. Setahunya dia tidak mempunyai musuh, tapi tak tahulah Syarifah Armalia. Walaubagaimanapun, wanita itu tetap meletakkan segala kesalahan di atas bahunya seorang.

#01 salam perkenalan

salam! hai!

first post ever. :DDDD
saya akan post cerpen-cerpen yang saya tulis kat sini dan jika insyaAllah kalau idea saya tu banyak, saya akan post novel yang saya tulis pulak.

anyhow, sila la baca dan komen kalau tak keberatan.
komen tu dapat buatkan saya improve writing style saya. :)

btw, saya pun ada post cerpen saya kat Penulisan2u dan nama pena saya NOORAIHAS.

tu je buat masa ni. thanks~
salam.