Oh, Pengikut Setiaku!!!

Sunday, December 2, 2012

#06 Cerpen : Encik No Feeling



Tajuk : Encik No Feeling!
penulis : NOORAIHAS
Tarikh pos : 2 Disember 2012


        Hey! Ini kisah aku. Kisah untuk sedarkan diri sendiri yang lelaki yang macam  tiada perasaan pun boleh dicintai dengan baik.  Walaupun ambil masa untuk menyedari. Encik ‘No Feeling’....a...o....u!!!( I love you).

       “Jom teman Pak Su dengan Uncle Azfar pergi kursus kahwin?” ajak Pak Su Aril. Aku memandang pelik bapa saudaraku yang baru pulang dari kerja itu.

      “Kursus kahwin?” Soalku dengan kening yang hampir bertaut. Hairan.

     “Ha’ah. Kursus kahwinlah. Pak Su belanja!” kata Pak Su Aril, bersungguh. Wajah yang kepenatan itu berseri kembali demi melihatku yang memberi tindak balas pada pertanyaannya tadi.

      Aku memuncungkan bibirku bersama dahi yang berkerut seribu. Nak ikut ke tak? Pak Su nak belanja tu! Bisik hatiku.
    “Alaa...bolehlah Noorin ye. Teman bakal Mak Su awak tu. Nanti dia sorang-sorang. Kesian dia...” meleret suara Pak Su Aril memujukku.

       Segera terlayar di fikiranku bakal Mak Su aku yang pemalu tu. Kesian jugak kalau bakal Mak Su aku tu keseorangan sepanjang kursus kahwin tu. Lagipun, bagus jugak aku pergi sama. Aku pun kalau dari segi umur dah layak pergi kursus macam tu. Sweet 25 gitu!

    “Hmm, okeylah! Pak Su belanja,kan!” sambutku, bersetuju akhirnya.

    Pak Su Aril terlompat-lompat gembira sambil menepuk tangannya beberapa kali sebelum naik ke biliknya. Macam kera dapat bunga pun ye gak gayanya. Harap umur je dah 34 tahun, tapi perangai macam budak-budak! Lain benar dengan Uncle Azfar walaupun sebaya.

     Cakap pasal Uncle Azfar aku sedikit tak suka. Lelaki itu sangat dingin dan pendiam orangnya. Lain dengan perangai bapa saudara aku yang mulut murai dan sengal tu! Entah macam mana boleh jadi kawan pun aku tak tahu. Masa Pak Su Aril bawa Uncle Azfar datang rumah, perkenal dekat nenek, aku baru 15 tahun masa tu. Pak su Aril menyuruh aku memanggil  sahabat karibnya dengan panggilan ‘uncle’ kononnya sebagai tanda menghormati lelaki itu yang sama baya sahaja dengannya. Sebab tulah sampai sekarang aku selesa panggil Uncle pada lelaki itu.

       Kalau nak tunggu Uncle Azfar buka mulut, aku rasa sampai tahun depan belum tentu lagi Berjaya. Tapi kalau dengar dia cakap, aku rasa macam nak bagi penyepaklah pulak! Apa tidaknya kata-katanya sangat tajam! Hampir terbunuh aku mendengarnya! Nasib baik dah nak kahwin. Pilihan keluarga, sebab tengok gaya pun aku tahu, perempuan takut nak dekat dengan dia ni!

       “Noorin, apa yang kamu dok termenung sorang-sorang tu?”

      Aku mengurut dadaku perlahan. Bila masa pulak nenek balik dari baca yassin ni? Buat saspen aku je! Nenek...Nenek...Nenek...

    
     “Er... tak. Tak ada apalah nek,” ujarku sambil tersengih.

    Nenek menggelengkan kepalanya beberapa kali sebelum menghilang ke dapur dan kembali semula dengan air minuman di tangannya. Nenek melabuhkan punggung disebelahku. Air minuman yang diambil tadi diteguknya perlahan. Belum sempat nenek letak air yang diminumnya tadi, aku sudah menyambar dan meneguknya dengan rakus! Apa punya cuculah aku ni!

     “Hish, kamu ni! Perangai tak senonoh!” marah nenek lalu menepuk pehaku.

     “Adui!” jeritku. Memang hebatlah ‘penangan’ nenek aku ni! Kalau selak seluar kotak-kotak aku ni mesti peha aku dah merah menyala! Aku mengusap pehaku yang baru dipukul nenek tadi. Sakit!

     “Sakit,” tangisku bersama sendu yang sengaja dibuat-buat. Menarik simpati nenek. Mesti nenek pujuk aku kejap lagi! Maklumlah cucu tunggal pulak tu!

      “Sakit ke?” Tanya nenek lalu mengusap pehaku yang dipukulnya tadi. Aku menahan senyuman sambil mengangguk perlahan. Got, you! Hahaha...

     “Mak jangan nak manjakan cucu mak ni. Dia ni drama je lebih!” Entah bila pulak bapa saudara aku ni muncul. Bukan tadi dah naik bilik ke? Ahh, tak penting! Yang penting Pak Su Aril selalu jadi spoiler!

     “Bukan dia nangis betul-betul pun!” tambah Pak Su Aril lagi. Aku terus menunjukkan buku lima aku. Pak Su Aril hanya mencebik. Tak makan dengan ugutan aku.

      Nenek dah mula pandang aku. Aku mengetap bibir geram tapi masih memberikan simbol ‘peace’ pada nenek. Serentak itu cubitan pulak menghinggap lenganku.

      “Pak Su ni,” bentakku, tak puas hati. Pak Su Aril sudah gelak sakan. Aku memeluk tubuh. Merajuk!

     “Yelah, siapalah kita ni, kan? Anak yatim piatu. Tak ada mak ayah nak menumpang kasih,” rajukku. Sayu!

      Nenek mula memeluk bahuku. Mahu memujuk. Pak Su Aril pulak dah mengambil tempat di sebelahku, juga mahu memujuk.

         “Apa Noorin cakap ni? Nenek sayang Noorin tau,” pujuk nenek lalu mengelus tanganku.

        “Nenek sayang Noorin lebih dari Pak Su tau! Jealous Pak Su,” Pak Su Aril pulak menambah.

        “Ye?” Soalku ada makna tersembunyi. Kening pun sudah naik sebelah, macam Ziana Zain pun ada dah ni!

       “Ye!” jawab nenek dengan Pak Su Aril serentak.

       Aku senyum. Ada permintaan yang aku mahu mereka tunaikan.

    “Kenny rogers malam ni,” Aku sudah mula buat permintaan serentak itu jugak Pak Su Aril tarik telingaku. Pedih!

      “Banyak Kenny rogers Noorin. Dah pergi siap apa yang patut, hujung minggu ni kan nak ikut Pak Su pergi kursus kahwin,”kata Pak Su Aril.

      Aku mencebik! Macam lari je kursus kahwin tu kalau aku tak pergi! Bukan aku nak kahwin dalam masa terdekat ni pun! Marahku dalam hati sahaja.

       “Oh, kamu jadi bawak Noorin sekali pergi kursus kahwin tu?” Tanya nenek lalu mengalihkan pandangan pada Pak Su Aril.

       Pak Su Aril mengangguk sambil memandang aku yang masih memuncung.  Masih tidak berganjak dari tempat duduk.

       “Pergilah bersiap. Kata nak makan Kenny Rogers malam ni,”Sekali imbas Pak Su Aril memberi arahan.

     “Seriously? Yeay!” Aku pulak sudah terlompat-lompat. Nenek menggelengkan kepalanya beberapa kali.

        “Kamu ni Aril, rosak budak ni kamu manjakan!” tegur nenek pada Pak Su Aril.
Pak Su Aril sengih.

      “Takpelah mak, lepas kahwin nanti matanglah  dia,” bela Pak Su Aril lalu membuat simbol ‘peace’ padaku. Aku jugak membalasnya dengan simbol yang sama. Dua-dua ting-tong! Kepala masuk air je!

       “Eloklah, bapa saudara dengan anak saudara satu kepala! Pening mak,”keluh nenek. Sudah malas nak melayan aku dan Pak Su Aril.


***
       Aku terkulat-kulat memandang Pak Su Aril dan bakal Mak Su aku yang berlalu  membeli makanan sebaik sahaja kursus kahwin selesai. Meninggalkan aku dan Uncle Azfar berdua. Lelaki itu seperti biasa dingin selalu. Aku nak pandang pun tak lalu. Aku yang banyak cakap ni boleh jadi pendiam kalau tinggal berdua je dengan kawan bapa saudara aku ni! Tapi diam hanya menambah kekok, kan? Baik aku cakap, walau aku tahu kalau cakap dengan Uncle Azfar sebijik macam cakap dengan tiang!

       “uncle tak bawak ke tunang uncle?” Aku sudah memulakan bicara. Handphone aku yang berada di atas meja sengaja diputar-putar. Menghilangkan bosan!

         Lelaki itu hanya menggeleng perlahan. kan, aku dah cakap! Dia ni spesis tunggul agaknya!

    “Kenapa tak datang?Hish, rugi betul! Seelok-eloknya majlis macam ni kena pergi berdua. Baru romantic,” kataku, bersungguh campur hairan. Aku pulak yang ter’over’ reaksi! Uncle Azfar relaks je. Relaks ke tiada perasaan? Alaa...dia ni mesti jenis tak kisah!

     “Eh, bila yek majlis Uncle ? Nanti boleh  Noorin plan nak bagi hadiah apa kat Uncle,”Sekali lagi aku bertanya. Dah macam orang gila! Cakap sorang-sorang, walau ada orang!

      “Mesti Uncle dah tak sabar nak kahwin kan? Yelah lepas kahwin ada orang yang boleh jaga makan minum uncle,” Aku masih mencuba ‘membuka’ mulut lelaki itu untuk sekian kalinya.

      Uncle Azfar hanya memeluk tubuhnya sebelum berdehem beberapa kali. Bengang agaknya aku asyik bertanya! Tapi aku lagi bengang, sebab pertanyaan aku tak dilayan! Hish, lama betul Pak Su pergi beli makanan! Rungutku. Aku pandang jam. Baik aku blah pergi tandas ke apa dari duduk sini!

      “Aah...alamak sakit perut!”jeritku perlahan tetapi tetap mengundang reaksi Uncle Azfar. Perut aku tekan beberapa kali. Kononnya sakit sangat. Pada hal mahu lari!

       “Kenapa?” Akhirnya suara ‘emas’ milik Uncle Azfar keluar jugak. Itupun satu perkataan je! Memang tension la perempuan yang jadi bini Uncle Azfar!

      “Perut Noorin sakit. Nak buang air besar. Nanti Uncle cakap kat Pak Su, Noorin pergi ladies ye,” pesanku seraya bangun dari kerusi. Muka aku mesti tak boleh blah! Berkerut-kerut. Feeling tengah sakitlah ni!

      Uncle Azfar mengangguk kepalanya, faham. Tanpa membuang masa aku bergerak ke tandas dengan muka yang masih berkerut. Sampai di tandas, aku melepaskan nafas kelegaan! Hish, Noorin baik kau jadi pelakon dari jadi cikgu! Kata hatiku.

            Telefon yang berada di tangan aku pandang sebelum bertindak menghubungi Ammar, kawan baikku dari sekolah menengah sampailah sekarang. Aku mahu dia ambil aku kat sini sekarang jugak! Boleh jalan-jalan! Hehehe...

AMMAR menghantar pesanan mengatakan yang dia sudah sampai. Aku pun cepat-cepat keluar dari tandas dan menuju ke meja makan yang menempatkan Pak Su Aril, bakal Mak Su Jiha dan Uncle Azfar. Dari jauh aku sudah nampak batang hidung Ammar. Segera aku menggamitnya.

      “Lamanya Noorin pergi tandas?” Soal Pak Su Aril sebelum menyedut air minumannya.

      Aku hanya tersengih dan duduk disebelah bakal Mak Su Jiha. Makanan  yang sudah dibeli Pak Su Aril segera aku kunyah perlahan. Malas nak membuka mulut, nanti kantoi dengan Pak Su pulak!

      “Assalamualaikum,”

      Aku segera pandang Ammar dan berhenti makan. Pak Su Aril, bakal Mak Su Jiha dan Uncle Azfar masing-masing menjawab salam Ammar.

      “Am,” tegur Pak Su Aril.

     Ammar senyum sebelum memandang aku. Aku mengisyaratkan padanya supaya diam sahaja. Dia mengangguk faham.

        “Pak Su, Noorin dengan Am nak pergi rumah kawan kitaorang ,” ujarku lalu mencapai beg tangan seraya berdiri.

        “Eh, tak nak teman Pak Su dengan Mak Su cari barang ke?”Pak Su sudah mengerutkan dahinya.
Aku cepat-cepat menggeleng.

      “Takpelah, Pak Su, Mak Su, lain kali jelah,” Aku sudah berdiri disebelah Ammar. Aku pandang sebentar Uncle Azfar yang  hanya bertindak menjadi pemerhati perbualan kami dari tadi.

      “Hmm...take care. Am tengokkan Noorin ye,” pesan Pak Su Aril. Ammar mengangguk. Aku   bertindak menyalam Pak Su Aril dan bakal Mak Su Jiha. Pada Uncle Azfar aku hanya melemparkan senyuman sebelum berlalu bersama Ammar.


***
            “Awal balik!” Aku mengurut perlahan dadaku. Kurus semangat aku! Aku pandang pada suara yang menyapaku tadi.

            “Uncle Azfar!” tegurku pada lelaki yang santai duduk di sofa ruang tamu rumah nenek. Wajahnya yang bersahaja itu membuatkan aku gagal meneka bentuk pertanyaannya tadi. Perli atau sekadar menyapa?

            “Pak Su Aril dengan nenek mana?” Tanyaku sebelum duduk di kerusi rotan yang bertentangan dengan lelaki itu.

            “Dapur,” balasnya, pendek.

            Aku mengangguk kemudiannya bangun, ingin berlalu. Belum sempat anak tangga pertama aku pijak, suara Pak Su Aril menyapa halwa telingaku.

            “Haa...balik pun anak dara ni. Pukul 9 malam baru nampak batang hidung dia,” perli Pak Su Aril, sedikit lantang.

            Aku mengetap bibir geram. Apalah Pak Su ni, macamlah aku tak pernah balik lagi lewat daripada ni! Malu aku dengan Uncle Azfar!

            “Alaa...Pak Su ni slow la sikit. Malu Noorin dekat Uncle Azfar,”marahku sambil bercekak pinggang.

            Pak Su Aril mencebik.

            “Pergi mana dengan Am, lewat macam ni baru balik? Ni dah makan ke belum ni?” Soal Pak Su Aril, prihatin.

            “Err...jalan-jalan. Lepas tu makan,” balasku selamba sambil memerhati kearah dapur sebelum  memandang ke ruang tamu yang terdapat Uncle Azfar di situ. Tak nak balik ke Uncle Azfar ni?

            “Eh, Pak Su, Uncle Azfar tak nak balik ke?”

           Pandangan Pak Su terarah ke sudut ruang tamu sebelum memandangku semula. Wajah Pak Su Aril serius tiba-tiba. Macam ada perkara penting je.

            “Err...Noorin naik dulu ye. Mandi, solat lepas tu turun. Ada perkara yang Pak Su nak bincang dengan Noorin,” ujar Pak Su Aril seraya menolak tubuhku supaya segera beredar.

            Aku mengerutkan dahi memandang Pak Su Aril yang seperti menyembunyikan sesuatu dariku. Pak Su Aril menggaru kepalanya sebelum beredar ke ruang tamu. Aku menjungkit bahu seraya naik ke bilikku.

“APA!” Bergema suaraku disegenap sudut ruang tamu. Sangat terkejut dan super terkejut! Wajah Pak Su Aril, nenek dan Uncle Azfar bergilir aku pandang.  Masing-masing menunduk  kepala. Apa ni?

            “Alaa...Noorin tolonglah Uncle Azfar,”rayu  Pak Su Aril padaku.

         Aku menjeling pada Uncle Azfar yang masih membatu. Tak nampak gaya macam orang perlukan pertolongan pun! Bapa saudara aku pulak yang melebih-lebih! Gerutu hatiku.

       “Pak Su cakap senanglah,” bentakku lalu memeluk tubuh. Dia ingat perkara macam ni boleh main-main ke? Macam budak-budak!

     “Apa yang senangnya? Apa Noorin dah ada pakwe?” tebak Pak Su Aril dengan kening yang sudah naik sebelah.

       Aku menggeleng. Memanglah aku takde teman lelaki tapi aku masih tidak bersedia untuk berkahwin! Nak, nak dengan kawan kepada bapa saudara aku sendiri. Dah macam terdesak pulak dek mata orang yang kenal kami.

       “Pak su, i’m not ready to get married yet,”jawabku lemah dalam masa yang sama  merenung nenek, meminta bantuan!

            Nenek hanya menghantar pandangan sayu padaku. Tanda wanita lewat 60-an itu juga tidak tahu nak cakap macam mana.

            “Ril, takpelah. Jangan paksa Noorin. Biar  aku selesaikan masalah aku sendiri,” Akhirnya Uncle Azfar bersuara. Untuk seketika dia memandangku. Segera aku mengalihkan pandanganku ke tempat lain.

            “Tapi kau tu mana ada kawan perempuan. Jadi, kau nak selesai masalah kau macam mana? Si Farah ni pun satulah, nak batalkan majlis kahwin saat-saat akhir macam ni. Batallah enam bulan sebelum tarikh kahwin ke? Ini tidak lagi seminggu nak kahwin baru nak lari,” bebel Pak Su Aril dengan muka cemberutnya. Kalah nenek!

       Uncle Azfar diam. Mungkin sedang berfikir.

      “Ada anak saudara pun tak boleh tolong. Macamlah kita suruh dia kahwin dengan perompak ke penagih ke? Ini dia dah kenal dari kecil. Itu pun nak berkira!” Pak Su Aril sudah menyindirku bersama lirikan anak matanya yang tajam.

Aku mengetap bibir. Terasa!

    “Ala...Pak Su lagi teruk! Patutlah beria nak belanja Noorin pergi kursus kahwin, rupa-rupanya nak suruh Noorin kahwin dengan Uncle Azfar,” jeritku, geram.

        Terkejut  nenek dengan Uncle Azfar mendengar kelantangan suaraku.

      “Eee.. budak ni!” Suara Pak Su Aril sudah meninggi. Pak Su Aril ingin mendekatiku tapi dihalang Uncle Azfar.

      “Ril, sudahlah. Kan Azfar tak kisah,” Nenek sudah bersuara, memujuk Pak Su Aril yang emosi terlebih!

     “Tapi mak, kesianlah keluarga Azfar. Mesti diorang malu besar. Lagipun, cucu kesayangan mak ni dah boleh  kahwin, bukan budak bawah umur lagi,” keluh Pak Su Aril.

       Nenek terdiam. Mengangguk tidak, menggeleng jugak tidak! Macam bersetuju je.

     “Bukan mak jugak ke cakap kat Ril kalau boleh sebelum mak tutup mata mak nak tengok cucu perempuan kesayangan mak ni bersanding, kan?” tambah Pak Su Aril lagi.

       Bulat anak mataku mendengarnya. Pak Su ni memang sengaja kan tokok tambah cerita?

        “Apa pandang-pandang, bukan Pak Su yang buat cerita! Nenek yang cakap kat Pak Su,” Pak Su Aril seolah-olah boleh membaca fikiranku.

            Aku menjeling lagi bapa saudaraku itu. Pak Su Aril pula menjeling padaku. Saling balas membalas!

           “Noorin,” panggil nenek setelah lama mendiamkan diri.

        Aku dan Pak Su Aril serentak memandang nenek. Menunggu kata-kata dari bibir tua itu.

     “Kahwin dengan Azfar.... demi nenek,” pinta nenek tiba-tiba.

        Aku melurut jatuh ke atas permaidani. Terkejut! Pak Su Aril segera merapatiku. Bapa saudaraku itu cuba memapah aku bangun kembali tetapi aku bertindak membekukan diri dari segala pergerakkan.

         Tak sangka nenek akan kata begitu. Tadi nenek macam tak kisah kalau aku tak kahwin dengan Uncle Azfar, tapi sekarang...

        “Mak Yam, jangan paksa Noorin. Saya okey,” celah Uncle Azfar yang kemudiannya berdiri.

       “Eh, kau nak pergi mana pulak ni?”Soal Pak Su Aril bila dia melihat kawan karibnya itu sudah bangun dari duduk.

     “Aku balik dulu Ril. Aku minta maaf dah buat kau bergaduh dengan keluarga kau,” pintanya dengan suara mendatar.

“Tak payahlah. Sekarang dah pukul berapa? Pukul 12 tengah malam dah ni. Tidur sini jelah,” larang Pak Su Aril.

Uncle Azfar menggeleng perlahan. Lelaki itu sudah bergerak ke muka pintu rumah. Mahu beredar.
Semua orang dalam rumah ni nak buat aku serba salah ke? Kalau aku tak tolong dan tak mahu ikut kehendak nenek samalah macam aku menderhaka! Adui!

“Sekejap,” Aku menahan lelaki itu dari keluar. Semua mata kini  memandangku. Menunggu kata-kata yang keluar dari ulas bibirku.

“Demi nenek...Noorin setuju kahwin dengan Uncle,” putusku lalu beredar ke bilikku dengan hati yang hancur remuk! Masa ini aku hanya ingin melelapkan mata, melupakan segalanya.

***

Aku bangun dari tidur tepat jam 8.00 pagi. Mujur sahaja aku uzur dan sekarang cuti sekolah. Kalau tidak mesti aku sudah lewat ke sekolah! Tanpa merapikan diri, aku turun ke dapur kerana perutku yang sudah kebulur minta segera diisi. Biarlah nampak selekeh pun! Bukannya ada orang lain dalam rumah ni! Cuma ada nenek dengan Pak Su je! Tambah, dengan peristiwa semalam membuatkan aku mati mood untuk merapikan diri.

“Noorin, kamu tak basuh muka ke?” tegur nenek sebaik sahaja aku melabuhkan duduk di kerusi meja makan. Aku menggeleng.

            Kuih tepung bungkus yang berada dalam pinggan aku ambil dan buka pembalutnya sebelum menjamahnya.

Aku tahu mukaku saat ini macam isteri hilang suami je! Dengan rambut di sanggul bodoh begitu sahaja, seluar kotak-kotak dan baju t-shirt warna kuning yang ada gambar Garfield! Memang teruk!

“Kalau kamu macam ni sampai dah kahwin ,risau nenek nanti. Lari Azfar tengok kamu macam ni!” bebel nenek yang sudah duduk disebelahku.

Aku menjungkitkan bahu. Biarlah kalau dia lari pun! Lagi senang hidup aku!

“Eh, baik kamu naik mandi. Salin baju tu! Pakai yang molek sikit. Uncle Azfar ada kat sini tahu,” beritahu nenek. Tapi aku buat bodoh sahaja. Langsung tak ambil pusing! Aku tahu nenek sengaja je cakap macam tu, suruh aku cepat-cepat mandi. Anak dara kan kenalah kemas! Tapi sekarang, aku betul-betul takde ‘mood’...

“Pagi, mak!” tegur Pak Su Aril serentak itu aku berpaling padanya. Alamak! Uncle Azfar pun ada kat sini! Bulat mataku! Pak su Aril jugak begitu.  Uncle Azfar hanya diam memandangku.

“Noorin, naik!” arah Pak Su Aril, tegas. Apa tidaknya, kepalaku langsung tidak beralas apa-apa. Menampakkan auratku pada Uncle Azfar, meskipun dia bakal suamiku!

Aku bergegas naik ke bilikku dengan mulut yang masih penuh dengan kuih tepung bungkus tadi. Tak senonoh betul!

***
“Far, kau jagalah anak saudara aku ni baik-baik. Dia ni manja. Cakap main lepas je, tapi hati dia baik,” pesan Pak Su Aril sebaik sahaja majlis sambut menantu dipihak lelaki selesai.

            Azfar mengangguk, faham. Wajahku yang berada dalam pelukan nenek dipandangnya sekejap sebelum memandang semula Pak Su Aril.

Nenek memelukku kejap. Macam tak nak lepaskan aku! Bakal Mak Su Jiha hanya mampu mengukirkan senyuman padaku. Aku membalasnya dengan senyuman tawar.

“Kalau ada masalah nanti, bawak bincang. Jangan nak ikut kepala Noorin je,” nenek pulak memberi nasihat. Aku Cuma mengangguk.

“Kalau Noorin buli, kau bagitahu aku. Tahulah macam mana aku nak brainwash budak ni,” tambah Pak Su Aril lagi disambut tawa yang lain.

Lelaki yang sudah bergelar suamiku itu hanya tersenyum nipis manakala aku diam menunduk.

“okeylah, kami gerak dulu,” Nenek sudah meminta diri, mahu beredar. Aku sudah bertindak menyalami nenek dan bakal Mak Su Jiha sebelum Pak Su Aril. Azfar juga begitu.

Kereta jenama Vios milik Pak Su Aril yang sudah bergerak meninggalkan perkarangan rumah orang tuanya Azfar mengundang sayuku. Kini, tinggallah aku bersama lelaki itu. Memulakan langkah kami  dalam hubungan suami isteri pula.

“Jom, masuk,” ajak Azfar. Aku mengangguk dan membuntuti langkahnya memasuki rumah banglo kepunyaan keluarga Azfar.

Di dalam bilik Azfar, aku termanggu-manggu seorang diri. Besar  sungguh bilik lelaki itu! Pak Su Aril tak pernah cakap pun yang Azfar anak orang  kaya! Haih, rasa rendah diri pulak aku! Nasib baik mama dan papa Azfar baik orangnya tidak menyombong macam orang kaya dalam tv, kalau tidak memang kesianlah aku!

Jam di dinding aku kerling. Sudah pukul 10.00 malam. Nasib baik sahaja aku sudah membersihkan diri seterusnya solat. Seharian berdiri dan melayan tetamu yang bertandang, benar-benar memenatkan aku. Lantas tubuh yang kepenatan aku baringkan di atas katil.

Bunyi pintu bilik yang dikuak dari luar membuatkan aku berdebar dengan tiba-tiba.  Azfar! Aku segera memejamkan mata, berpura-pura tidur. Bimbang kalau Azfar mahu bertindak lebih malam ini selepas tidak melakukannya di rumah nenek.

            Lelaki  itu merebahkan tubuhnya disebelahku sebelum mencampak bantal golek yang berada diantara kami. Apabila tangannya sudah mendarat di pipi, aku membuka mataku seluas-luasnya dan kami saling berpandangan. Dia langsung  tidak terkejut sebaliknya meneruskan perlakuannya tadi sehinggalah tangannya menyentuh bibirku. Mukanya semakin didekatkan dengan mukaku sehingga bibir kami bertaut.
Untuk beberapa seketika kami begitu sehingga aku merasakan tangannya bergerak liar di dalam bajuku. Segera aku menolak tubuhnya. Terkejut! Tetapi lelaki itu tetap dengan muka bersahajanya. Takde rasa marah ke?

“Saya penat,” ujarku ringkas, memberi alasan. Lelaki itu hanya mengangguk. Selepas itu aku menyelimuti tubuhku dan mengiring membelakanginya. Biarlah apa lelaki itu mahu fikir pun! Yang penting saat ini, aku mahu tidur tanpa diganggu!

AZFAR membawaku pulang ke rumahnya selepas bermalam di rumah keluarganya selama tiga hari. Rumah teres yang dibelinya tahun lepas itu mengandungi 4 bilik tidur. Cukup besar untuk kami berdua. Hiasan dalaman rumahnya juga aku kagumi, cukup santai dan tak sesak mata memandang! Kenalah dengan seleraku.

“Ini bilik master. Bilik kita. Saya dah tukar almari yang besar sikit. Boleh letak barang awak dan saya sekali. Sebelah kanan ni bahagian saya. Sebelah kiri ni bahagian awak,” terangnya sambil menunjukkan bahagian yang dimaksudkannya sebentar tadi.

Aku mengangguk sambil memandang persekitaran dalam bilik ini. selesa. Terdapat sebuah  katil bersaiz king yang bercadar putih, sofa sudut, meja kerja serta bilik mandi. Warna bilik juga mendamaikan! Citarasa yang bagus! Bisik hatiku.

“Awak tak nak kemas barang?” Tanya Azfar yang sudah merebahkan badan di atas katil dengan mata yang terpejam.

“Kenapa? Awak nak tolong ke?” Entah apa yang merasukku untuk berkata begitu. Spontan aku menekup mulut. Hish, mulut ni!

Azfar membuka matanya seraya memandangku. Aku mengetap bibir. Serba salah kerana meluahkan kata-kata begitu.

“Apa yang saya dapat kalau saya tolong?”Dia kembali menyoalku dengan wajah yang serius dan suara yang mendatar sahaja.

Dapat apa? Soal hatiku sendiri. Takkanlah minta tolong kemas barang yang setakat 3 beg itu pun nak upah duit! Melampaulah tu!

“Hmm...takpelah. awak rehat. Biar saya kemas barang saya ni dulu,” dalihku  lalu segera mendapatkan beg-beg milikku dan membukanya satu persatu. Azfar pula kembali memejamkan matanya di atas katil.

“AUWWW!!!” jeritku, kesakitan. Azfar yang sedang menyiapkan kerjanya di bilik bergegas turun ke bawah.

“Kenapa?” Soalnya sambil memandang wajahku.

Aku hulurkan jari yang sudah berdarah dek penangan mata pisau yang tajam. Berair mataku menahan sakit. Lelaki itu segera menilik jariku yang berdarah itu sebelum mengheretku ke sinki dan membasuh darah yang memancut keluar tadi.

“Jangan masak kalau tak pandai,” keras suaranya menyindirku.

“Mana awak tahu saya tak pandai masak? Saya ni juara masak okey, kalah chef wan!” tipuku, sengaja. Panas telingaku mendengar sindirannya itu.

“Saya kenal awak dah lama. Dari umur awak limabelas tahun. Selama sepuluh tahun saya keluar masuk rumah nenek awak tu, tak pernah saya tengok awak memasak. Nak tipu saya lagi?” perlinya lagi sambil membalut jari yang terluka  dengan plaster yang diambilnya dari peti kecemasan tadi.

Aku mencebik. Sedih! Memanglah aku tak pandai masak, tapi sekurang-kurangnya hargailah usaha aku nak memasak untuk pertama kalinya! Hati batu! Langsung tak peduli perasaan orang kalau nak bercakap tu!

“Saya nak cuba memasak untuk kita berdua makan. Hargailah sikit usaha saya.Sampaikan hati awak cakap macam tu!”rajukku lalu menarik tangan dari pegangan Azfar dan bergerak naik ke bilik sebelum tertidur dengan air mata.

Pipi yang terasa dielus lembut menyedarkan aku dari lena. Aku  tersenyum dalam keadaan mamai. Nenek! Nenek sedang duduk di sebelahku!

“Nenek,” rengekku, manja. Sejak bila pulak nenek datang? Ahh, tak penting! Yang penting aku memang rindukan nenek.

“Rindunya,” meleret suaraku sambil tanganku menggapai muka nenek. Nenek merapatkan mukanya dan menghadiahkan kucupan di bibirku. Bibir?

Aku memejam dan membuka kembali kelopak mataku. Ini bukan nenek! Ini...

“Uncle Azfar!” jeritku dan segera bangun. Akibat tindakan meluluku itu kepalaku terhantuk di hidung lelaki itu.

Terjerit suamiku itu sambil memegang hidungnya. Tajam matanya memandangku. Mungkin sakit sangatlah kot. Siapa suruh buat macam tu! Masuk kali ini sudah dua kali bibirku menjadi sasarannya!

“Jom, turun makan,” ajaknya lalu berdiri dan masih lagi memegang hidung.

Aku mengangguk. Bagai terlupa kejadian di dapur tadi yang membuatkan aku merajuk sehingga tertidur kerana mulutnya yang tajam itu.

“Sorry,” pintaku sambil menyanggul tinggi rambutku.

“Hmm...” balasnya ringkas.

Aku berjalan membuntutinya. Tiba-tiba langkahnya berhenti dan berpaling memandangku.

“ By the way, Noorin, don’t call me Uncle Azfar anymore. I’m no longer your ‘uncle’, i’m your husband,” pesannya, tegas!

“Err.. tadi saya lupa. Ingat kita tak kahwin lagi,”kataku lalu menggaru kepala yang tidak gatal.

“Bukan nenek?” sindirnya.

“Itu pun ye jugak,”balasku selamba.

“Apa?”Tinggi suaranya.

“Eh, tak. Saya  mimpi nenek tadi,” bohongku

“Hmm...” jawabnya kemudian beriringan denganku ke dapur.

***
Setelah cuti sekolah tamat, aku kembali sibuk dengan rutin harianku sebagai guru. Mujur sahaja jarak sekolah dari rumah Azfar tidak sejauh rumah nenek. Kalau tidak masak jugak aku! Tiada apa yang berbeza dalam kehidupanku setelah bergelar isteri. Takdelah sesusah mana jadi isteri ni. Azfar pulak lepas pulang dari pejabat terus menghilang ke dalam bilik kerja, meninggalkan aku termanggu-manggu sendiri. Sunyi betul!

Televisyen yang sedang menayangkan cerita Mohabaten itu Berjaya menghilangkan kesunyianku untuk seketika. Memang sedih cerita ni! Ulang sepuluh kali di tv, sepuluh kali jugak aku merambu air mata! Langsung tak bosan! Lagu-lagu cerita tu pun best!

Pak Su Aril selalu kata aku ‘over’, tapi last-last dia pun tumpang sekaki jugak nangis! Apa punya pesenlah bapa saudara aku tu.

Aku mencapai lagi helaian tisu dan menghembuskan hingusku. Tanpa sedar aku teresak sendiri. Feeling habis! Di atas meja sudah bersepah tisu aku buang kerana cerita Hindustan menyentuh hati yang dibintangi Shah Rukh Khan itu.

“Awak buat apa ni?”

Aku memandang Azfar yang baru melabuhkan punggungnya di sebelahku. Bila pulak dia turun? Kerja dah habis ke?

“Tengok Mohabaten. Sedih,” balasku sambil mengelap pipi yang sudah basah dengan air mata. Mataku segera dipakukan di skrin tv semula.

“Apa yang sedihnya?”

“Sedihlah. Lelaki ni ada makwe tapi makwe dia bunuh diri sebab ayah makwe ni tak suka lelaki ni. Tapi lelaki ni setia tak pandang lain pun. Malah sanggup datang balik kat sekolah yang dia belajar dulu tu untuk ubah tanggapan ayah makwe dia yang masih lagi jadi pengetua kat situ. Walaupun dia buat macam tu, tapi makwe dia tetap tak boleh hidup semula, kan?Sedihlah, kan? Huhuhu,” jelasku sambil menangis.

“Ini kan cerita . Membazir air mata aje,” ujar suamiku itu dengan muka tak bersalahnya.

“Awak takde perasaan! Bolehlah awak cakap macam tu,” bentakku tak setuju. Suka-suka dia je kata aku membazir air mata!

“Setakat cerita bukannya realiti. Rasanya tak perlu feel sangat,” tambahnya, menyakitkan hatiku.

“Kenalah feel! Baru kita faham mesej cerita ni,”Aku masih lagi menegakkan pendapatku.

“Nak faham sesuatu tak payah pakai perasaan bagai,”tegasnya dengan pandangan yang menikam, tajam.

“Hish, susah cakap dengan orang takde perasaan macam awak ni! Baik saya sambung tengok cerita ni lagi bagus dari layan awak,” marahku lalu menonton kembali cerita tadi.

Baru beberapa saat aku menonton semula cerita Hindustan itu, skrin tv menjadi gelap tiba-tiba. Rupa-rupanya dah dimatikan oleh suamiku yang ‘tercinta’ ini.

Aku merenung tajam anak matanya. Dia juga begitu. Untuk seketika kami saling berpandangan.

“Buka balik tv. Nanti habislah cerita saya!” jeritku, geram.

“Nope!”Azfar sudah menggelengkan kepalanya beberapa kali.

“Bukalah! Cerita tu sikit lagi nak habis,”rayuku. Sengaja mengalirkan air mata. Mahu memancing simpatinya.

“Tak nak!” balasnya selamba.

“Tolonglah lagi, setengah jam lagi nak habis. Lepas tu awak boleh tutup,” pohonku lagi sambil memaut lengannya.

Dia masih menggeleng.

Aku  memeluk tubuhku. Merajuk!

“Tahulah rumah awak, harta awak. Siapalah saya ni, kan,”Aku bersuara perlahan. Berlagak terasa. Taktik terakhir.

Mataku menangkap pandangannya. Serentak itu dia meletakkan remote control dan berlalu ke bilik.

Aku melebarkan senyuman dan segera menekan butang kawalan tv. Dapat jugak aku tengok cerita ni sampai habis dengan tenang.

Setengah jam sudah berlalu, cerita Mohabaten juga sudah tamat lalu tangga ke tingkat atas aku panjat. Tak sabar nak jumpa katil! Mengantuknya. Tubuh Azfar sudah  terbaring di atas katil. Dengan rasa mengantuk yang sudah mencapai tahap maksimum, aku segera merebahkan tubuhku disebelah lelaki itu. Baru sahaja memejamkan mata, aku kembali membukanya semula dek wajahku yang terasa hangat disapa nafas milik Azfar.

Terkebil-kebil mataku memandangnya.

“Aw...awak nak buat apa ni?” Tergagap-gagap aku bertanya. Gementar. Hilang terus rasa mengantuk!
Dia merenung mataku dalam. Membuatkan aku kaku sendiri.

“ Expressing my feeling,” ringkas jawapannya sebelum membawaku menikmati perasaan yang tidak pernah kualami selama ini.

“MIANG!” marahku lalu membaling bantal ke lantai. Sakit hatiku bila mengenangkan kejadian malam semalam. Sebaik bangun dari tidur, aku segera membersihkan diri dan gerak ke sekolah. Aku tidak mahu bertembung dengan lelaki gatal tu! Oleh itu, sejurus waktu sekolah tamat, aku terus ke rumah nenek. Terkejut nenek menerima kunjungan tak terdugaku itu. Namun, nenek tak berkata apa-apa.

“Pak cik tua gatal! Ambil kesempatan! Pervert!” Habis semua keluar dari mulutku yang sedang di amuk marah ni!

Kalau boleh aku nak hempuk-hempuk mukanya dengan bantal. Biar puas hati aku! Mujur sahaja dia takde. Tapi, bila difikir-fikir,entah apa yang nak aku marahkan dengan lelaki itu. Dia Cuma mengambil haknya dalam diriku. Menjadikan  kami sama-sama memiliki dan dimiliki. Dia langsung tak menggunakan kekerasan.

Aku mengeluh berat. Sepatutnya aku bersyukur kerana sekurang-kurangnya aku sudah melunaskan tanggungjawab zahir dan batin padanya. Tapi aku rasa terkilan kerana perkara itu terjadi bukan atas dasar cinta. Hanya sprit melunaskan tanggungjawab! Perasaanku terhadapnya masih kabur. Tapi aku tahu ada rasa yang sedang memenuhi ruang hatiku kala ini. Rasa untuk dia.

Aku  segera menyapu air mata yang mengalir di pipi tatkala nenek memanggilku untuk makan. Sedih-sedihlah jugak. Bila sampai masa makan, jangan nak berlapar pulak! Bukan idea yang baik kalau bersedih dalam keadaan berlapar.

Bila aku tiba di dapur, wajah Azfar menyapa pandanganku. Lelaki itu sedang duduk elok disebelah Pak Su Aril. Nampaknya dia baru sampai dari tempat kerja kerana badannya masih tersarung kemeja yang selalu dipakainya ke pejabat.

“Noorin salam Azfar ni dulu,” tegur nenek bila aku sudah menarik kerusi untuk duduk. Dengan lambat-lambat aku bergerak mendekati suamiku itu dan menyalamnya.

“Dah, jemput makan semua,” pelawa Pak Su Aril bila semuanya sudah mengambil tempat.

Aku menikmati makan malamku tanpa menghiraukan Azfar yang sekali-sekala mencuri  pandangku. Sunyi sepi sahaja makan malam kami, Cuma sesekali suara Pak Su dan nenek sahaja yang  kedengaran. Selesai makan malam, aku membantu nenek mengemas dapur sebelum mengambil keputusan untuk naik semula ke bilikku.

Belum sempat aku masuk ke bilik, Pak Su Aril memanggilku dari arah biliknya. Di tangannya terdapat sehelai baju t-shirt dan kain pelikat miliknya.

“Bagi kat Azfar,”arah Pak Su Aril. Aku hanya mengangguk dan terus menghilang ke bilikku.

Aku meletakkan baju dan kain pelikat yang diberi Pak Su Aril tadi di atas katil. Sementara menunggu Azfar mandi, aku membuka almari pakaian, mencari baju tidur untuk di pakai. Aku mengeluh. Semua baju tidur yang aku tinggal mendedahkan betis memandangkan semua pyjama aku bawa ke rumah Azfar.  Aah, apa susah, pakai jelah dengan kain batik! Tekadku lalu mencapai baju tidur separas betis itu bersama kain batik.

Dalam masa yang sama, Azfar keluar dari bilik mandi dengan hanya bertuala. Badannya yang terdedah itu menyesakkan dadaku, teringat kembali peristiwa malam semalam. Panas mukaku secara tiba-tiba. Tanpa berlengah, aku menuju ke bilik mandi.

Siap mandi, aku melihat suamiku itu sedang melipat sejadah sebelum meletakkan sejadah di penyidai, baru selesai solat. Aku pulak terus menghala ke cermin solek dan melabuhkan duduk di kerusi. Dari ekor mataku, lelaki itu masih lagi memandangku dengan muka dinginnya.

Tuala kecil di tangan aku gunakan untuk mengelap rambut yang masih lembab. Aku rasa sangat marah bila dia masih tidak mengalihkan perhatiannya dariku. Tanpa sedar aku menjelingnya.

“You’ve been childish to me!” serangnya tiba-tiba dalam nada yang sukar aku kesan. Marah atau dingin?

Aku segera berpaling menghadapnya. Tajam mataku menentang anak matanya. Senang hatinya mengelarkan aku begitu!

“Siapa yang budak-budak kat sini?” marahku dan berdiri.

“Awak lari macam  tu je pagi tadi! Tak budak ke macam tu?” sindirnya lalu merapatiku. Dia sudah bercekak pinggang.

“Oh, okey. Saya budak. Kalau dah tahu saya ni budak-budak, kenapa awak bersetuju bila Pak Su Aril cadangkan awak kahwin dengan saya? Kenapa, huh?” Suaraku sudah meninggi.

“Kenapa awak yang matang ni tak cari perempuan lain yang lebih matang macam awak tu? Kenapa saya?” Aku sudah hilang kesabaran. Sangat geram sehingga air mataku mengalir.

“Noorin, i’m already 34 years old. Saya dah ada segalanya kecuali isteri. Bila Farah lari seminggu sebelum majlis tu saya jadi buntu. Orang akan mengata keluarga saya. Masa tulah Aril bagi cadangan supaya mengahwini awak,” keluhnya.

Aku mengetap bibir.

“Mungkin bagi awak saya dah ambil kesempatan atas hubungan yang terjalin antara saya dan Aril. Tapi bagi saya perkahwinan bukan perkara yang main-main. Bila saat awak bersetuju, saya dah belajar untuk mencintai awak. Tapi awak tolak bila saya nak sentuh awak semasa malam di rumah keluarga saya. Pada  saya, awaklah yang main-main dan tak matang dalam hubungan kita,” Dia masih menyalahkan aku.

“But, you still get me right?” sinisku sambil memeluk tubuh.

“Hmm...saya Cuma nak buktikan yang saya masih ada perasaan,”

Aku membulatkan mataku. Selambanya dia cakap macam tu. Ini mesti kes Mohabaten yang dimana aku kata dia takde perasaan bagai.

“Pak cik tua gatal! Miang!” kutukku tanpa memandangnya.

“Takpe, saya miang dan gatal dengan isteri saya je,” balasnya lalu menarikku ke dalam pelukannya. Memujuk.

***
Mujur sahaja keesokkannya hari cuti. Maka, aku dan Azfar tidak perlu berkejar-kejar pulang ke rumah dan ke tempat kerja semula. Pagi-pagi lagi aku sudah membantu nenek di dapur manakala Azfar dan Pak Su Aril berada di ruang tamu, menonton tv.

Ketika aku sedang memotong buah, aku secara tak sengaja telah mencederakan jariku sekali lagi. Aku terjerit kecil, kesakitan. Nenek hanya menggelengkan kepalanya sebelum membantuku membersihkan luka.

“Kenapa ni?” Soal Pak Su Aril, hairan.

Aku menunjukkan jari yang sudah berbalut dengan plaster. Azfar yang masuk bersama Pak Su Aril hanya menggelengkan kepalanya dan mendapatkan aku. Dia membelek jariku yang terluka tadi.

“Hish, itulah tak berhati-hati. Macam mana agaknya Noorin masak kat rumah ye Azfar?” perli Pak Su Aril lalu memandang Azfar.

Suamiku itu hanya menjungkitkan bahu dan tersenyum penuh makna pada sahabat baik merangkap bapa saudaranya itu.

“Hmm..aku rasa aku tahu, Noorin tak memasak tapi kau, kan?” teka Pak Su Aril dengan sebelah kening yang sudah terangkat.

“You know me better,” jawab Azfar ringkas. Lantas, Pak Su Aril gelak sambil memandangku. Nenek hanya senyum.

Aku mengetap bibir dan menjeling kedua-dua sahabat baik itu. Ketawalah! Biar sampai pecah perut!

“ Sudahlah, jom kita makan,” celah nenek bila melihat aku yang sudah menarik muka.

DIAM tak diam usia perkahwinan aku dan Azfar sudah masuk bulan ke sepuluh. Hubungan kami semakin hari semakin baik. Aku sudah boleh menyesuaikan diri dengan peribadinya dan menerima dirinya itu. Kami selalu meluangkan masa bersama. Dan tidak keterlaluan jika aku kata yang aku sudah jatuh cinta padanya. Tetapi untuk mengungkapnya dahulu, memang bukan caraku. Biarlah dia yang memulakan dahulu meskipun dia pernah menyatakan yang dia sudah belajar mencintaiku dari hari aku bersetuju menerimanya.

Walaubagaimanapun, perkahwinan mana yang tak dilanda badai? Tapi kalau badai yang datang itu berbentuk godaan, memang aku tak sanggup! Tapi itu jugak yang terjadi bilamana Farah, bekas tunangnya Azfar kembali dan ingin menjalin semula hubungan yang terputus. Itu pun aku tahu bila perempuan itu menghantar mesej pada handphone Azfar pada tengah malam buta. Nasib baik aku sedar!

Sejak hari itu aku semakin berhati-hati dan bersikap lebih memerhati pada diri Azfar. Dari waktu dia pergi kerja sehingga pulang. Kadang-kadang bila dia keluar, aku akan mengekorinya. Itu pun kalau aku berkesempatan. Nampak macam paranoid, kan? Tapi biarlah! Aku Cuma menjaga sesuatu yang memang hak aku! Salah ke?

Segalanya nampak normal, sehinggalah Farah menghantar mesej padaku mengatakan yang Azfar ada bersamanya. Kebetulan pada hari itu Azfar memang sedang outstation ke Melaka. Bersama Pak Su Aril, aku turun ke Melaka dan menuju ke hotel yang menjadi tempat penginapan Azfar.

Betapa kejamnya kenyataan yang terhampar di depan mataku ini! Melihat Azfar yang masih lena di sisi Farah. Dan perempuan itu hanya tersenyum sinis melihatku.

“Azfar!” jerit Pak Su Aril lalu meluru kearah suamiku yang terdampar di atas katil manakala aku hanya terkaku di muka pintu.

Bila Pak Su Aril ingin melayangkan penumbuknya ke muka Azfar, aku cepat-cepat menahannya. Azfar yang baru bangun, terpinga-pinga melihat aku, Pak Su Aril dan Farah di dalam kamar hotelnya. Dia nampak terkejut melihat keadaan dirinya yang tidak berbaju, sekadar berseluar pendek sahaja.

“Aku tak sangka kau macam ni, Far!” marah Pak Su Aril, kedengaran suara kesalnya.

“Ril aku...aku tak bersalah! Kau...kau kenal, kan aku?” Azfar cuba membela dirinya membuatkan aku tersenyum sinis sendiri. Mana ada orang nak mengaku salah sendiri, kan?

Pak Su Aril mengeluh kasar lalu memicit kepalanya.

“Rin, saya tak buat!” tegasnya pula padaku bersama pandangan sayunya.

“Sayang, apa yang you cakap ni? Tadi you yang kata rindu kat i, kan?” Farah tiba-tiba mencelah dan merapati Azfar sebelum memaut lengan suamiku itu.

Azfar merentap tangannya kasar dan menghantar jelingan tajam pada Farah sehingga perempuan itu mengundur ke belakang.

“Kau berambus sekarang! Berambus!” jerit Azfar kuat menyebabkan Farah terkejut dan segera keluar dari bilik hotel itu, meninggalkan dia, aku dan Pak Su Aril.

Dia segera merapatiku dan mengenggam jemariku, erat. Memohon pengertianku. Aku memalingkan muka, tidak sudi memandangnya.

“Rin, please percayakan saya. Saya tak buat semua tu!” rayunya lagi. Hilang sudah raut wajah yang selama ini bersahaja dan dingin digantikan pula dengan raut mendungnya.

“Azfar, saya doakan kebahagiaan awak dengan Farah. Dia jodoh awak dari mula, kan? Saya pergi dulu,” pamitku seperti tiada perasaan, lalu menarik tangan Pak Su Aril keluar dari bilik hotel, meninggalkan lelaki itu mungkin untuk selamanya. Aku bukan wanita yang sempurna. Aku juga ambil masa untuk memaafkan dan melupakan.

SETELAH beberapa bulan menghilangkan diri dari keluarga tercinta, aku akhirnya terpaksa menjejakkan kaki semula ke rumah nenek kerana Pak Su Aril bakal berkahwin. Aku tidak tahu bagaimana hubungan bapa saudaraku dengan suamiku itu selepas aku pergi, dan aku kembali untuk menamatkan semuanya. Tidak ada guna aku terusan melarikan diri, sedangkan kenyataan tetap tak berubah! Sesungguhnya pengalaman memang mendewasakan seseorang.

“Mana Noorin pergi?”Tanya Pak Su Aril dengan air muka bimbangnya.

“Bercuti. Jalan-jalan satu Malaysia,” balasku selamba  serentak itu nenek mencubit perutku tanpa sempat aku mengelak.

Muka nenek berubah. Aku tahu apa yang bermain difikiran nenek. Nampaknya rahsiaku sudah pecah.

“Noorin,” panggil nenek dengan suara keras. Aku menundukkan kepala.

“Dah berapa bulan ni?” Tanya nenek, masih lagi serius. Pak Su Aril terpinga-pinga sendiri.

“Berapa bulan apa mak?” Pak Su Aril sudah mengajukan soalan pada nenek.

“Berapa bulan dah kandungan kamu ni?”Ternganga Pak Su Aril mendengarnya.

“Noorin mengandung?”

Aku mengangguk perlahan akhirnya, mengaku.

“Dah 4 bulan,” sambungku lagi.

“Patutlah nampak tembam semacam,”celah Pak Su Aril lalu memandang tubuhku dari atas sampai bawah.

“kenapa sembunyi Noorin? Tak baik kamu buat Azfar macam tu,”nasihat nenek padaku. Pak Su Aril mengangguk kepalanya, setuju dengan pertanyaan nenek tadi.


Aku hanya menunduk.

“Noorin tahu tak, Azfar macam orang gila cari Noorin,” terang Pak Su Aril lalu mengunyah donut coklat Jacko yang dibelinya tadi.

“Sekarang kan Noorin dah balik dan Noorin akan selesaikan semuanya,”Jawabku dengan yakin.
“Selesaikan apa?”

Aku berpaling ke muka pintu demi mendengar suara yang begitu dekat dalam hatiku itu. Azfar! Mesti Pak Su Aril sudah memberitahunya tentang kedatanganku. Aku menjeling ke arah Pak Su Aril yang hanya membuat muka selambanya.

“Far, masuklah,”pelawa Pak Su Aril dengan ramahnya. Nampaknya mereka masih berkawan baik.

Azfar masuk dan berdiri di sebelahku. Wajah itu masih dingin seperti biasa kecuali ketika dia ‘tertangkap’ dengan Farah dulu.

“Nek, Ril saya mintak izin bawak Noorin naik bilik dulu ye?” pinta Azfar sopan.

Aku membulatkan mataku. Apa? Bapa saudaraku dan nenek mengangguk sambil tersenyum memandangku. Aku segera berdiri.

“Tak payah! Kita selesaikan kat sini je. Depan semua!” bantahku namun tidak dipedulikannya malah tubuhku dicempungnya ke bilikku.

“Apa ni?”jeritku setelah tubuhku selamat mendarat di atas katil. Aku segera membetulkan blausku. Blaus  yang sedangku pakai ini agak luas lehernya.

“Apa pandang-pandang!” marahku bila aku sedar yang dia masih memandangku.

Dia masih bersahaja. Langsung tidak terkesan denganku.

“I’m looking at something that fully mine. Tak salah, kan?” ujarnya dengan senyuman nipisnya.
Aku membalasnya dengan senyuman sinisku. Dasar miang!

“Lelaki macam awak ni tak pernah puas dengan satu,kan? Mana Farah? Dia kan ada untuk puaskan awak,” sindirku seraya berdiri.

“Sebagai lelaki normal saya akan jawab ye untuk soalan awak tu. Maklumlah saya ditinggalkan lebih 4 bulan lamanya kan. Tapi, bukan Farah orang yang saya mahukan untuk diri saya. Bukan jugak orang lain. Dan untuk pengetahuan awak, Farah dah kahwin. Jadi tentulah dia dengan suami dia,” jelasnya sambil memeluk tubuhnya.

Aku menjelingnya.Yelah tu.

“Ha...ha...ha...ulasan awak menarik. Tapi saya susah nak percaya. Lagipun, suami Farah tu awaklah kan? Sebab awak dan dia kan dah...”

“Tak jadi apa-apa hari tu. Farah Cuma letakkan ubat tidur dalam minuman saya sebab dia dah mengandung dan lelaki tu tak nak bertangungjawab. Jadi, dia perangkap saya untuk menutup rahsianya.Tapi sekarang dia dengan lelaki tu dah kahwin,” potongnya sebelum sempat aku menghabiskan kata-kataku.

Berlipat dahiku mendengarnya. Betul ke?

“Kalau awak nak tahu, Farah dulu putuskan pertunangan kami sebab dia kata saya macam tunggul kayu,tak romantik dan dingin. Macam yang awak pernah kata, saya takde perasaan,” sambungnya dalam masa yang sama memerliku.

Aku mengetap bibir, serba-salah. Namun, dalam masa yang sama sakit hati jugak kerana kata-katanya langsung tidak seperti memujukku, perli adalah! Dia masih merenungku, mengharapkan aku membalas kata-katanya tadi.

Aku kembali duduk di birai katil tanpa berkata apa-apa pada lelaki itu. Aku sedar aku perlu memohon maaf padanya kerana sudah bersangka buruk padanya. Tapi aku malu.

“So, macam mana awak nak selesaikan masalah kita? Sebab  sekarang terbukti saya tak bersalah,” tekannya dengan lagak serius. Bercekak pinggang lagi.

Aku meneguk air liur dengan payah demi mendengarnya. Dia mahu kami berpisah ke? Tadi, aku yang beria dan bertekad mahu berpisah. Sekarang, dah, terbalik pulak!

Dia melabuhkan punggungnya di sisiku. Menatap anak mataku. Tajam! Saling meluahkan rasa melalui pandangan mata. Aku melarikan anak mataku bila air mata sudah bertakung di tubirnya. Tubuh aku angkat dan berpaling dari memandangnya.

“Untuk menebus salah saya kerana salah sangka dengan awak, saya pinta awak lepaskan saya,” putusku, tegas lebih dipengaruhi emosi. Serentak itu tanganku ditariknya. Aku terhumban betul-betul di atas badannya. Nafasku turun naik dengan pantasnya akibat tindakannya tadi. Tetapi dia masih bersahaja, tetap merenungku seperti tadi.

Entah bagaimana dan bila masanya, sekarang dia pula berada di atasku. Masih setia menikam mataku dengan pandangannya.

“I miss you like crazy! Dan bila awak balik, awak nak saya lepaskan awak? Awak memang tak matang! Macam budak-budak!” keras suaranya meluahkan isi hatinya. Aku memejamkan mata bersama air mata yang mengalir lesu di pipi.

“Saya tak matang! Saya budak-budak! Jadi awak le...” Aku tak sempat menghabiskan ayatku bilamana dia sudah mencium bibirku.

“I’m not letting you go again. Cause i’ve already fallen for you. Only you!” luahnya dengan anak mata yang sudah berkaca. Bicaranya membuatkan aku teresak-esak menangis di dadanya. Inilah saat yang aku tunggu, saat dia mengikrarkan cintanya hanya untukku.

“Me too.I’m sorry,”akuiku perlahan.

Dia mengucup dahiku, lembut sebelum bertindak meletakkan telapak tangannya di perutku yang semakin membulat dan mendaratkan bibirnya di situ pula. Aku sedikit terkejut dengan perbuatannya itu. Dia tahu?

“Dah masuk empat bulan, kan?”Soalnya dengan wajah teruja. Tak pernah aku melihat wajah terujanya selama tempoh kami bersama, sehinggalah saat ini.

Aku mengangguk walau dalam hati terselit kehairanan macam mana dia boleh tahu usia kandunganku dengan tepat. Adakah dia terdengar perbualanku bersama nenek dan Pak Su Aril tadi?

“Macam mana awak tahu? Awak dengar saya cakap dengan nenek tadi ye?” Aku cuba mengorek jawapan.

Dia menggeleng sebelum bangun dan menyandar di kepala katil. Dia menarikku untuk duduk di sisinya. Aku menurut dan meletakkan kepalaku di bahunya.

“Saya kira,” jawabnya ringkas membuatkan aku terkejut. Dia kira? Macam mana?

“Selama hampir setahun kita hidup bersama saya dah hafal bila kitaran haid awak datang. Sebagai suami dan lelaki yang matang, tentulah saya prihatin dengan setiap perubahan awak. Sebelum awak merajuk lari tinggalkan saya sebab kes Farah tu, awak langsung tak tinggalkan solat walau dah jatuh tarikh yang sepatutnya awak datang,kan? “ Tanyanya.

Aku mengangguk dengan muka yang sudah memerah. Memang betul aku sudah terlewat dari tarikh sebenar periodku. Tapi tak sangka pulak dia sedar.

“Dari situlah saya buat andaian rambang Selain itu, bila saya angkat awak tadi andaian saya semakin kuat.  Bila saya tarik awak jatuh atas saya, saya boleh rasa perut awak dan awak dah berat dari biasa,”

“Apa?” marahku. Berat ni isu sensitif perempuan serata dunia! Boleh pulak dia dengan selambanya cakap aku berat? Lagipun, aku jadi berat begini pun sebab dia jugak!

“Sorry, tapi itu hakikatnya. Awak dah berat,” ujarnya bersahaja. Langsung tak memikirkan perasaan aku!
Aku bergerak menjauhinya. Merajuk! Tapi dia menarikku kembali ke pangkuannya.

“Awak dah berat tapi berat yang saya suka,” tambahnya lalu memelukku, menyejukkan hatiku kembali.

***
Majlis perkahwinan Pak Su Aril berlangsung dengan meriahnya. Kedua-duanya nampak gembira dan sangat sepadan! Kahwin jugak bapa saudaraku itu akhirnya! Harap-harap bertambah matanglah lepas ni.
“Yang ni?” Tunjukku pada lauk ayam kurma di atas meja.

Azfar menggeleng.

“Ayam masak merah?” Aku sudah memegang senduk dari tray hidangan itu.

Dia mencebik pulak.

“Awak nak makan apa ni? Semua lauk yang saya tunjuk, semua awak tak nak,” keluhku padanya.
Dia menghantar pandangan tajamnya padaku. Marahlah tu!

“Saya tak selera nak makan semua ni,” ujarnya lalu menanggal songkok miliknya dan menarikku duduk di kerusi yang berdekatan.

“Habis tu awak nak makan apa?” Tanyaku.

“Saya nak makan apa yang awak masak. Sekarang !” arahnya tiba-tiba. Aku mengerutkan dahi kehairanan. Macam mana aku nak masak, kalau aku tak reti? Selama ini pun dia yang masak untuk aku.

“Tapi, saya tak reti masak. Awak tahu, kan?”

“Awak masak jelah. Makanan awak rentung pun saya janji saya akan telan!” bersungguh-sungguh dia berkata padaku.

“Tapi...”

“Saya nak sekarang!” Azfar sudah membentak kecil. Aku segera memandang sekeliling. Risau ada mata yang memandang kami.

“Hmmm...”Akhirnya aku bersetuju.

PAK SU ARIL ternganga melihat sahabat baiknya iaitu suami aku menelan makanan yang aku masak tadi dengan berselera! Sekali-sekala bapa saudaraku itu mengerdipkan matanya, seperti tidak percaya yang suamiku itu sanggup menelan lauk yang hampir rentung itu.

“Sedap ke Far?” Tanya Pak Su Aril yang sedang duduk di sisi isterinya.

Azfar mengangguk laju dengan mulut yang masih mengunyah makanan. Aku juga sedang kehairanan. Bagaimana dia boleh menelan masakan aku tu?

Aku pandang nenek yang tersenyum dari tadi. Nenek langsung tak menggambarkan air muka terkejut atau hairan dengan selera suamiku itu.

“Far, tekak kau ni sihat ke tak? Makanan yang kau telan ni tak serupa makanan manusia tau. Kau sedar tak?”

Aku menjeling Pak Su Aril. Suka hati panggil makanan aku bukan makanan untuk manusia. Memanglah!
“Sudah Ril jangan kacau Azfar. Dia tu tengah mengidam,”Nenek akhirnya bersuara.

Berkerut dahiku mendengarnya. Bukan aku ke yang sepatutnya mengidam bagai ni?

“Eh, apasal pulak Azfar yang mengidam mak? Bukan dia yang mengandung,” Pak Su Aril semakin hairan.

“Biasalah. Sesetengah pasangan, isteri mengandung, suami yang mengidam. Mintanya jugak yang bukan-bukan. Yang dulu dia tak suka, sekarang jadi suka pulak,” terang nenek membuatkan kami semua mengangguk faham.

“Ril harap kalau Jiha mengandung nanti, janganlah Ril yang mengidam. Seram!” kata Pak Su Aril di sambut tawa yang lain.

Aku tersenyum manis tatkala pandanganku dan Azfar bersatu. Lelaki itu hanya bersahaja, tetap dengan air muka yang macam tiada perasaan itu. Tetapi aku masih boleh merasakan cintanya yang kuat untukku hanya melalui pandangannya.

Jadi,beginilah ceritaku dan ‘Encik No Feeling’. Cinta kadang-kadang bukan tentang bagaimana nak dapat pasangan yang romantic, sweet talker dan pandai buat lawak sahaja.  Tapi cinta jugak adalah bila kita sakit hati dengan pasangan kita kerana karenahnya dan bersedia untuk menerima cara si dia meluahkan rasa cintanya pada kita walaupun tak seperti yang kita harapkan...

35 comments:

Ruunna Qizbal said...

best gila kot..

Nooraihas said...

thanks! penat perah otak! otak pun rasanya dah terpusing kot!hehehe.

Unknown said...

best cite ni .good job!teruskan berkarya.

Nooraihas said...

baik :)

Unknown said...

seriously memang mantap dan kelakar...
hahhahah..! :D
dah lebih dari 2 kali membaca tapi tetap x menjemukan...
thumbs up..!

Nooraihas said...

terima kasih nurul syafiqah ^^

Noorizzah Afifah Azhar. :) said...

wahhhh!!! bestnyaa!!

Anonymous said...

Waaa...memg bez gler arr krya yg writer wt,cne nk wt ni sy dh bnyak Kli bce pn tetp nk ulang bce lgi...xjemu2x..tp de Satu je sy tgk crpen2 writer yg terbru ni cm agk kurg umphhm,xmcm yg dlu...but congratulate psl writr dh cube wt yg terbaik,kmi readers akn sbar menanti krya2 terbru yg btol2 umphhm..^^v

Unknown said...

Huhu awak pyr cerpen rupanya... Susah nak suke story org (teruk tak?!) but I lov u'r story!

ija anas said...

best. lagi lagi best. :)

sentebale-hk said...

Kalau semua nak pasangan yg best2..yg perfect..yg awesome...huhu cmne dgn yg agak x best..agak kurengggg...amat x awesome kan? Hehe..you make me think twice dear..:)

Anonymous said...

Burok citer nie... urgh...

Anonymous said...

Best giler arr...cite ni!!! :-) sa cam x puas baca...good job Ainum Hajar! You the best...teruskan lagi karya anda!

Shahida said...

Congrate dik. Akak baca cerpen2 adik berulang2 kali.. mmg best.. gaya bersahaja nnsantai tetapi lenih banyak kisah2 org2 biasa alami.. garapan yg sgt2 menarik.. teruskan berkarya.. kalau ada tukis novel . Akak doakan berjaya diterbitkan...

Nadddddddd said...

Good job sayang! You've done very well! Kahwin paksa yg menarik! ;)

Unknown said...

Cerita yg best.blh djdikn filem..haha..cerpen ni best msa noorin terbayangkan neneknya padahal suaminya..gduh2 syang g2 sweet la..wife mrajuk husband pjuk,husbamd mrajuk,wife pujuk..by the way,karanglah lg cerpen..

nur faizah said...

Best beb!!!gmpkla..

nur faizah said...

Best beb!!!gmpkla..

Unknown said...

Bestnya cerpen ni

Massy said...

Best sangat2

Massy said...

Best sangat2

Unknown said...

Story yg best dan awesome!!!😄
Nobody is perfect!!ok..
Kite tkkn jumpe kesempurnaan dlm diri seseorg..Dan cite ni sweet sgt2..I loved it😁
Good job,dear!!

Unknown said...

Story yg best dan awesome!!!😄
Nobody is perfect!!ok..
Kite tkkn jumpe kesempurnaan dlm diri seseorg..Dan cite ni sweet sgt2..I loved it😁
Good job,dear!!

khayrinnur said...

Saya suka cerpen awak
Best sangat cerpen
Good job :):)

haliza_siti said...

best giler dah berapa kali ulang baca

Anonymous said...

Best sangat cerpen ni
buatlah sambungan cerpen ni

meyl said...

Best sngatttt .. Harap adaa smbungan cerita ni. Heheh .. Pleaseee

Anonymous said...

Susunan jalan cerita yang daeeebak cik writer.. im loving it.

Unknown said...

Jangn lupa bg tau ye bila dh tulis novel..gempak cite ni..

Unknown said...

Good

Anonymous said...

Like always. Rindu nak baca cerpen terus buka cerpen akak. Walau dah baca cerpen lain still tak best macam cerper akak. Ni dah repeat berulang kali baca sampai tak boleh bilang tapi still tak jemu - jemu. Akak dimana ? Adakah akak sihat ? Saya tunggu khabar baik dari akak.

Unknown said...

Cerpen2 nooraihas memang semua best bca banyak kli pun tak jemu2

Unknown said...

Cerpen2 nooraihas memang semua best bca banyak kli pun tak jemu2

Hanahreum said...

Menjenguk cerpen akk lg. Bila rasa nak baca cerpen selalu bukak page akk. I miss you and I miss your cerpen 😊

Anonymous said...

Dah banyak kali repeat baca. .rindu nk singgah blog ni lg