Oh, Pengikut Setiaku!!!

Tuesday, December 17, 2013

#29 Poll dan E-cerpen?


Assalamualaikum dan hai!



Trophy Wife nampaknya mempunyai peminat sendiri. alhamdulillah...syukur. hampir2 saje saya ingat Siti Maryam akan dapat 'haters' sebab saya. hehehe...maklumlah masa nak create watak si Mary ni pun saya berbelah bahagi. takut orang tak dapat terima...si heroin pisau cukur!

anyhow...terima kasih pada yang sudi comment 'Trophy Wife'. it is greatly appreciated! korang semua memang sporting!

kepada yang membaca  saje pun terima kasih saya ucapkan. nanti2 free silalah tinggalkan komentar kamu ya! pada yang sudi tinggalkan komen kat poll dan chatbox  saya 'kamsahamnida'....eceh...bajet korea pulak kau!



baik....sekian dengan upacara 'terima kasih' kita, kat sini saya nak berkongsi satu cadangan tidak langsung yang saya dapat. tentang e-cerpen. somehow saya tak berapa clear dengan apa yang dia cuba katakan, tapi dapatlah juga tangkap satu dua point yang si dia cuba sampaikan. 

So, beginilah...saya memang tak berkeupayaan lagi nak menulis novel...tapi kalau ada yang berhasrat nak menyimpan karya karut marut tak seberapa saya ni atas dasar menghargai, saya tak kisah. malah berbesar hati. jadi, cadangan tidak langsung ini saya hargai. bukan atas dasar 'nak buat duit atas angin'.... rezeki kan ada di mana2. maka, tinggalkanlah komen anda tentang cadangan ini. saya terima apa sahaja jawapan. tidak tergugat hati saya jika ada yang katakan tidak pada cadangan ini. kerana....'aku menulis bukan kerna nama'( dalam intonasi lagu ye). hahaha...


salam sayang ;
NOORAIHAS :)

Saturday, December 7, 2013

#28 Cerpen : TROPHY WIFE



Tajuk : TROPHY WIFE
Nama penulis: NOORAIHAS
Tarikh post : 7 December 2013


Kadang-kadang ada suatu perkara kita perlu lakukan diluar batas moral manusia. Sampai satu tahap, kita bukan diri kita lagi. Bukan sengaja suka-suka...Tapi terpaksa...

“Betul ke apa yang kita buat ni,Zam?” Aku mula ragu-ragu. Bila aku pandang muka Nizam, lelaki itu hanya tenang sahaja.

“Kau relaks la Mary. Aku tahu apa yang aku buat. Lagipun aku nak tolong ni.”Nizam dengan muka yang confident, membalas.

Aku menjelingnya sekali imbas sebelum mencubit lengan kanannya.

“Eeii...kau ni! Mary...Mary...Nama aku Siti Maryam la mangkuk!”marahku bersungguh. Pantang betul aku kalau orang meng’omputih’kan nama aku yang serba klasik lagi tersendiri ni! Kalau dulu asyik-asyik Cik Yam...Cik Yam...Tetiba pulak hari ni jadi Mary. Gedik betul!

“Shhh...Dengar. kalau kau nak rancangan berjaya, kau ikut aje apa yang aku cakap. Okay? Mulai malam ni, nama kau Mary. Faham?”Nizam sudah memberi arahannya dengan lagak serius.

Melihat pandangan matanya yang penuh ketegasan, aku terus menjatuhkan kepala beberapa kali.

Ya...hari ini aku berada di tempat yang sangat diluar kemampuanku untuk berdiri. Andai aku dan Nizam tak pernah berkawan, pasti sampai mati pun belum tentu aku akan dapat merasa semua ini. Dari kaki hingga ke kepala barang yang aku pakai hari ini, semuanya merupakan tajaan ikhlas dari Nizam demi menjayakan cita-citaku. Cita-cita yang ‘busuk’ caranya. Tapi aku harus jayakan juga demi niatku.

“Kau nampak yang berdiri kat hujung kolam sana tu?”bisik  Nizam perlahan sambil memandang ke arah yang bertentangan dengan kedudukan kami.

Aku sedikit tersentak mendengarkan bicaranya yang agak tiba-tiba setelah lama mendiamkan diri. Tapi tidak lama. Kerana apa yang penting FOKUS! Walau apa pun yang berlaku, misi malam ini perlu dijayakan! Meski apa pun risikonya.

Tanpa menghiraukan orang ramai, aku membawa pandanganku seperti mana yang telah dikatakan oleh Nizam tadi. Jelas dipandanganku seorang jejaka yang sangat segak memakai tuxedo sedang bersembang bersama beberapa tetamu yang lain. mungkinkah dia...

“Rizqin. Tengku Rizqin. CEO La Feur Malaysia,”terang Nizam senada.

Aku berpaling melihat raut wajahnya.

“Kau serius? Ehh...aku...aku takutlah Zam. Takde yang biasa-biasa ke? Ini kaya sangat ni!” Hati ini sudah mula dihambat rasa resah.

Nizam memandangku dengan reaksi yang tidak berpuas hati.

“Dah terlambat kalau nak patah balik. Kau dah melangkah setapak dalam permainan ni.” Marah Nizam sebelum menyeluk poket seluarnya.

Air liur aku telan dengan sukar. Ada rasa gementar. Ada rasa mahu berpaling dari keputusan yang aku buat. Tapi seperti kata Nizam, aku sudah melangkah jauh dari titik selesaku. There is no turning back!

“Kau faham tak?” gesa Nizam sambil mencari anak mataku.

Jelas dia juga tidak main-main.

Perlahan aku mengangguk. Mengerti.

“Okay. Good.  Sekarang, apa yang kau perlu tahu, Rizqin sama aje stereotaip macam orang-orang kaya yang lain.”

Kening aku hampir bertaut. Kali ini memang aku tak faham dengan apa yang dia cakapkan. Entah apa  yang Nizam maksudkan dengan ‘stereotaip’?

“Stereotaip? Maksudnya?” Soalku.

Nizam senyum. Agak sinis juga di mataku.

“Well, they don’t have faith in Cinderella’s story. Apa yang diorang tahu kaya berhak bersama yang setaraf  je. Bukan dengan si miskin,” terang Nizam dalam nada yang aku rasa juga agak... sinikal.

“Ohhh...macam tu.”

“Jadi kau jangan takut kalaupun kau tak berjaya dengan hubungan ni nanti sebab kau tetap akan dapat manfaatnya jugak.”sambung Nizam lagi.

“Maksud kau?”

Nizam sekali lagi menarik senyum sengetnya sebelum menjawab.

“Duit. Kita akan gunakan dia sebaik mungkin. Gunakan setiap kelemahan yang dia ada untuk kepentingan kau. Lagipun, mengikut sumber yang boleh dipercayai, dia tengah cari isteri. Jadi tak ada masalah kau nak cuba nasib,” jawab Nizam. Yakin!

Terkebil-kebil mata aku demi mendengar jawapannya yang penuh keyakinan dan tak kurang juga ada bunyi kekejaman di situ. Atau mungkin aku seorang aje yang rasa macam tu?

“Tapikan, Nizam...Dia...nak ke aku ni? Cuba kau tengok kat parti ni, ramai betul perempuan cantik-cantik. Dah lah tak kaya. Takkanlah dia boleh terpikat dengan aku ni.”Aku mula rasa rendah diri.

Nizam menepuk perlahan bahuku.

“Don’t worry. He will fall for you. Sebab...walaupun dia nampak ada segalanya tapi tak semua TUHAN boleh bagi kat dia,” jawab Nizam penuh pengertian.

“Hmm...mendalam betul ayat kau ni. Entah-entah kau nak kenakan aku kan?”tebakku, musykil. Takut jugak kalau ini semua salah satu rancangannya untuk kenakan aku. Nizam ni boleh tahan nakalnya.

“Dalam hal ni, aku langsung tak ada benefit apa-apa, Mary. Niat aku nak membantu kau aje. Mungkin kau nampak aku terlebih emo tapi aku tak ada niat jahat. Aku tengah feeling jadi orang tengah aje sekarang.” ujar Nizam lalu tersengih lebar.

Melihat sengihannya, aku jadi lega. Oh, feeling-feeling jadi orang tengah je rupanya!

“Heish...kau ni! Suka main-main tau!”Aku pura-pura memarahinya.

“Okay enough. Time is running out. Sekarang, kau pergi jayakan misi kau, tangkap jerung besar tu!” arah Nizam dengan penuh semangat.

Aku mengangguk. Langkah segera aku buka dengan mengumpul setiap keyakinan yang ada ke arah si jerung besar, Tengku Rizqin.