Oh, Pengikut Setiaku!!!

Saturday, September 27, 2014

#novel : Bab 5 Don't Say Good Bye.






BAB 5


Is there ‘us’ in our story?

Syarifah Armalia memandang ke luar pejabatnya. Lebih tepat lagi ke arah meja milik Khalif. Melihat lelaki itu dia jadi teringat pada kata-kata Mak Adah kembali. Teringat peristiwa yang berlaku di rumah Mak Adah.

Sebaik sahaja dia bersiap-siap ingin tidur, pintu biliknya diketuk Mak Adah. Wanita bertubuh gempal itu tersenyum memandangnya sebelum duduk di birai katil bersaiz queen itu. Syarifah Armalia dapat merasakan kedatangan Mak Adah pasti ada hubung kaitnya dengan kejadian di meja makan tadi. Dia diam, menanti hujah daripada Mak Adah.

“Mak Adah minta maaf bagi pihak Khalif,” Mak Adah memulakan bicaranya. Tangan tua itu mencapai tangan milik Syarifah Armalia. Kedua-dua tangan itu bertaut. Erat!
Syarifah Armalia mengukir senyumannya. Meredakan gusar di hati tua itu.

“Mak Adah salah sebab bagi kamu kain batik tu. Mak Adah ingat kamu pandai pakai. Rupanya tak,” jelasnya lagi.

Syarifah Armalia menggeleng perlahan.

“Salah saya sebenarnya Mak Adah. Sepatutnya saya bertanya, macam mana nak pakai kain batik tu. Tapi tidak, saya diam je. Berlagak  macam tahu,”ujar Syarifah Armalia. Tidak  mahu Mak Adah terus-terusan menyalahkan diri. Hakikatnya,  salah datang daripada dirinya sendiri.Cuba dia bertanya dahulu, pasti kejadian memalukan itu tidak akan berlaku!

Mak Adah tersenyum lega. Dia tahu gadis di hadapannya ini baik orangnya walaupun memakai pakaian yang tidak cukup kain. Pakaian kadang-kadang tidak mampu mencerminkan akhlak seseorang dengan baik. Semuanya terletak pada hati! Baik hatinya, maka baiklah budinya.

“Kamu jangan bimbang, Mak Adah dah suruh Khalif padamkan kejadian tu dari memori dia,” tambah Mak Adah bersungguh-sungguh.

Syarifah Armalia meledakkan tawanya. Boleh ke macam tu?

Sunday, September 21, 2014

# Novel : Bab 4 Don't Say Good Bye...






BAB 4
To get to know you is the precious moment...

“Kita nak ke mana ni Khalif?” Tanya Syarifah Armalia dengan nada yang keras. Dia pelik apabila lelaki itu tidak menghala ke susur keluar Kuantan sebaik sahaja siap menunaikan solat Asar tadi. Sangkanya mereka akan terus pulang ke Kuala Lumpur.

Khalif diam. Pandangannya masih difokuskan di jalan. Tidak ambil peduli dengan soalan majikannya itu.

“Hei, you dengar ke tidak ni? Dah pekak ke apa?”marah Syarifah Armalia. Panas hatinya apabila Khalif hanya mendiamkan diri seperti tidak mendengar soalannya tadi.

Khalif memegang  telinga kirinya. Boleh tertanggal telinganya mendengar suara tinggi milik Syarifah Armalia tadi. Kalau Ziana Zain ada ini belum tentu dia boleh menang lawan dengan majikan wanitanya ini.

“Saya nak balik rumah mak saya kejap. Kakak saya kirim barang suruh saya bagi kat mak,” Khalif akhirnya membuka bicaranya.

Syarifah Armalia mendengus kasar.

“Siapa bagi you keizinan untuk balik rumah mak you? Ada i kata you boleh balik rumah mak you? Ada?” Serang Syarifah Armalia. Langsung tidak prihatin!

Khalif memandang sekejap ke arah Syarifah Armalia. Dia mengeluh perlahan.

“Cik Syarifah Armalia binti Syed Armand. Sekarang dah di luar waktu kerja. Jadi saya tak perlu nak minta izin bagai dari cik Armalia untuk balik rumah mak saya. Awak bos saya dari pukul 9 pagi sampai 5 petang sahaja. Lebih daripada masa itu, awak tak ada hak untuk arah-arahkan saya!” Tegas Khalif.

Tersentak Syarifah Armalia mendengarnya. Selama ini dia menyangkakan Khalif boleh dipijak sesuka hati. Rupanya tidak! Khalif tegas dalam diam!

“Baik! Kali ni i ikut cakap you.Tapi dengan syarat malam ni jugak kita balik. I tak suka bermalam kat tempat kampong macam ni!” putus Syarifah Armalia tanpa memandang Khalif.

Khalif hanya tersenyum mendengarnya. Itu pun kalau mak aku bagi baliklah. Bisik hati Khalif. Dia tahu yang emaknya itu pasti tidak akan membenarkannya memandu di malam hari.

SAMPAI sahaja di hadapan rumah milik keluarga Khalif, Syarifah Armalia terus memejamkan matanya. Berpura-pura tidur! Dia tidak mahu keluar daripada kereta semata-mata mahu menyapa ahli keluarga Khalif dan kemudiannya terpaksa bermalam di situ. Memang dia tidak betah!

Khalif tahu yang Syarifah Armalia hanya berpura-pura tidur. Bukan dia tidak nampak gelagat wanita itu sepanjang perjalanan mereka. Syarifah Armalia tidak tidur, tetapi apabila sampai sahaja diperkarangan rumah orang tuanya terus sahaja dia memejamkan mata. Mahu mengelaklah tu!

“Cik Armalia, bangun. Kita dah sampai,” gerak Khalif dekat di telinganya Syarifah Armalia..

Bulat mata Syarifah Armalia mendengar suara Khalif yang kedengaran hampir di telinganya. Pantas dia menjauhkan diri.

“Apahal you ni? Orang nak tidur pun susah!” marah Syarifah Armalia kemudian kembali memejamkan matanya.

Khalif hanya tersenyum melihat gelagat majikannya itu. Tidur konon! Malas melayan karenahnya Syarifah Armalia, Khalif terus membuka pintu keretanya dan memberi salam. Melihat kelibat ibunya, Khalif pantas merapati tubuh tua itu.

“Apa khabar mak?”

Mak Adah memeluk anak bongsunya itu. Rindu! Sebaik pelukan dilepaskan Khalif mencapai tangan ibunya lantas dikucupnya.

“Mak, baik je. Alhamdulillah!” jawab Mak Adah dalam masa yang sama dia meninjau ke dalam kereta anak lelakinya itu.

“Kata bawak kawan, mananya?” Mak Adah terus bertanya.

Khalif turut melihat ke dalam keretanya. Nampaknya tiada tanda-tanda yang Syarifah Armalia akan keluar. Degil betul majikannya itu!

“Dia malu mak. Mak  pergilah ajak dia masuk Khalif nak bawa masuk barang kejap,”pinta Khalif lalu bergerak ke belakang keretanya.

Mak Adah bergerak ke pintu kereta sebelah kanan pemandu. Cermin tingkap kereta itu di ketuknya perlahan.

Syarifah Armalia membuka matanya bila mendengar ketukan di cermin tingkap. Pandangannya tertancap pada wajah wanita separuh abad yang sedang melihatnya dengan senyuman. Mesti mak Khalif! Desis hatinya. Dengan rasa yang berbelah bahagi, dia membuka pintu kereta dan keluar dari kenderaan itu.

“Anak ni kawannya Khalif ye?” Soal Mak Adah, ramah.

Syarifah Armalia mengangguk seraya menyalami tangan tua itu. Tidak  mahu dikata kurang ajar, jika dia berbuat tidak tahu dengan kehadiran wanita itu.

“Mak cik ni, maknya Khalif. Panggil Mak cik, Mak Adah,” beritahu Mak Adah lalu tersenyum. Anak gadis di hadapannya ini sungguh cantik! Alangkah bertuahnya jika dapat bermenantukan gadis ini. Tapi masalahnya, pakaiannyalah pulak! Macam tak cukup kain!

“Saya Syarifah Armalia, majikannya Khalif,” Syarifah Armalia pula memperkenalkan diri. Apabila dia sedar pandangan Mak Adah yang sedang meneliti pakaiannya, dia menjadi segan sendiri. Ahh, ini semua salah Khalif! Pandai-pandai je paksa aku ikut balik rumah orang tua dia! Marah Syarifah Armalia.

“Eh, jemputlah naik!” pelawa Mak Adah lalu menarik tangan gadis itu menuju ke dalam rumah separuh batu dan papan itu.

Syarifah Armalia memerhati segenap ruang dalam rumah milik keluarga Khalif itu. Susun atur perabotnya rapi walaupun tak semoden dan semahal perabot di rumah keluarganya. Sejuk mata memandang!

Dalam rumah itu terdapat empat buah bilik. Salah sebuahnya tentulah bilik Khalif! Tapi yang mana itu dia tidak pasti. Ahh, bukan penting pun untuk aku tahu! Fikirnya.

“Kalau Cik Syarifah Amalia nak berehat, masuklah bilik kedua dari kanan tu. Itu bilik anak perempuan sulung Mak Adah,” beritahu Mak Adah bila dia melihat gadis itu leka memerhati ke arah deretan bilik tidur . Mungkin gadis itu mahu berehat.

“Err...tak. Bukan!” nafi Syarifah Armalia sedikit terkejut bila ditegur secara tiba-tiba begitu.

“Takpelah Mak Adah,” ucap Syarifah Armalia setelah rasa terkejutnya hilang.

Mak Adah hanya tersenyum.

“Cik Syarifah Armalia kalau nak apa-apa jangan segan beritahu Mak Adah,” pesan Mak Adah sebaik sahaja melihat Syarifah Armalia seperti berfikir sesuatu.

“Eh, Mak Adah janganlah ber’cik’ dengan saya. Panggil Melly je,” ujar Syarifah Armalia sopan.

“Kalau Mak Adah nak panggil Lia je boleh?”

“Boleh, Mak Adah. Asal Mak Adah selesa,”

Khalif yang sedang menatang air minuman ketika itu hanya tersenyum ringkas mendengarnya. Sopanlah pulak majikannya ini. kena sampuk ke apa?

Syarifah Armalia memandang pekerja lelakinya yang tekun menuangkan air minuman ke dalam cawan. Cukup berhati-hati dan tertib! Kalah dia!

“Jemput minum Cik Armalia,” pelawa Khalif lalu menyua secawan air Nescafe yang masih berasap itu kepada Syarifah Armalia.

Syarifah Armalia menyambutnya dengan berhati-hati. Minumannya di sisip ke mulutnya setelah meniupnya perlahan.

“Mak Adah tak minum?”Tanya Syarifah Armalia apabila dia perasan yang wanita itu tidak mengambil minuman yang dibancuh Khalif tadi.

“Mak Adah tak minum air manis bila dah malam macam ni. Nanti gula dalam darah naik. Bila dah tua macam ni lah” terang Mak Adah sebelum ketawa kecil.

Syarifah Armalia hanya mengangguk seraya senyum.

“Kamu balik esok ye Lif,” ujar Mak Adah bila memandang anak lelakinya yang senyap dari tadi dan tanpa sedar membuatkan Syarifah Armalia tidak keruan duduknya.

“Aar..Kalau Lif nak balik malam ni jugak mak tak boleh ke?” Khalif mencuba nasib. Dia perasan renungan Syarifah Armalia yang tajam padanya.

Mak Adah menggeleng. Tidak bersetuju.

“Tapi mak...”

“Takde tapi-tapi. Kamu tak ingat apa yang berlaku kat kamu dulu?” marah Mak Adah.

Syarifah Armalia mengetap bibirnya. Tak puas hati dalam diam. Namun, dalam hati tertanya-tanya juga, apa yang berlaku pada Khalif dulu?

“Mak Adah minta maaf ye Lia. Mak Adah harap Lia tak marah sebab tak benarkan Lif balik malam-malam macam ni sekaligus buat kamu tak boleh balik jugak,” pohon Mak Adah.

Syarifah Armalia diam. Tidak tahu untuk berkata apa-apa. Kalau ikut hatinya, dia mahu pulang sekarang jugak! Tapi bila Mak Adah melarang keras, dia jadi serba salah! Dia tak betah bermalam di rumah orang!

Dalam terpaksa dia mengangguk juga. Tidak rela kalau Mak Adah menggelarnya majikan tidak prihatin semata-mata memaksa Khalif memandu malam. Tambahan, mata tua itu kelihatan menyembunyikan sesuatu. Sesuatu yang menyedihkan.

Mak Adah perlahan mengukir senyuman lega.

Khalif mengalihkan pandangannya. Menatap seraut wajah milik Syarifah Armalia. Kecewa,marah terpaksa, semuanya bercampur aduk!


SYARIFAH ARMALIA mengeluh berat. Sudah berapa kali dia cuba memakai kain batik yang diberikan Mak Adah kepadanya, namun dia masih gagal untuk memakainya. Baru bergerak sedikit, ikatan kain batik itu sudah terlerai! Menyusahkan betul!

Tetapi mahu tidak mahu, itu sahaja pakaian yang diberikan wanita itu selain sehelai t-shirt berwarna kuning muda kepunyaan kakak Khalif. Agaknya kain batik memang pakaian rasmi gadis kampong, kalau tidak mengapa Mak Adah tidak memberikannya pakaian lain.

Hendak menyesal pun tiada guna. Semalam, papanya sudah menyuruhnya membawa sehelai dua pakaian untuk dibawa ke sini, malangnya dia tidak mendengar! Malah, pagi tadi Khalif  juga ada berpesan perkara yang sama sebelum mereka meneruskan perjalanan. Dia sahaja yang degil!

“Lia,” panggil Mak Adah dari luar pintu bilik milik anak sulungnya itu.

Syarifah Armalia tersedar daripada lamunannya.

“Ye, Mak Adah,” jawab Syarifah Armalia.

“Jom, turun makan,” ajak Mak Adah.

“Aar...kejap lagi saya turun,”

“Jangan lama sangat, nanti lauk sejuk. Mak Adah turun dulu,” ujar Mak Adah lalu bergerak ke dapur.

Syarifah Armalia melepaskan keluhan beratnya. Macam mana nak turun kalau kain batik pun tak tersimpul kemas lagi di tubuhnya?

Mahu tidak mahu Syarifah Armalia keluar juga dari kamar yang dihuninya dengan kain batik yang diikat tidak rapi.

Semasa keluar dari bilik, Syarifah Armalia terserempak dengan Khalif yang juga ingin turun ke dapur. Lelaki itu tersenyum melihatnya. Dia geram! Mesti Khalif sedang mentertawakannya dalam hati. Lawak sangatkah cara dia memakai kain batik? Syarifah Armalia kembali meneliti diri sendiri.

“Cantik Cik Armalia pakai kain batik. Manis!” puji Khalif ikhlas walau dalam hati rasa lucu juga melihat gadis itu menyarung kain batik begitu. Sebagai seorang lelaki yang membesar bersama empat orang wanita, dia cukup arif bagaimana kain batik sepatutnya tersarung. Tetapi dia tidak mahu mengecilkan hati majikannya itu. Kritikan pada halwa telinga Syarifah Armalia hanyalah berbunyi cacian! Dia pasti itu.

“You perli i ye?” teka Syarifah Armalia sudah bercekak pinggang. Geram!

Khalif mengangkat kedua belah bahunya. Terserah!

Syarifah Armalia mengetap bibirnya. Jagalah kau! Amboi bukan main lagi perangai lelaki ini diluar pejabat. Kalau di pejabat, Khalif hanya menikus, mendengar semua arahannya.

“Lia, Lif, mari makan!” panggil Mak Adah dari dapur.

Khalif mengangkat kakinya dahulu sebelum diikuti Syarifah Armalia. Wanita itu hanya diam di meja makan. Tidak banyak bersuara. Sekali-sekala bila ditanya ibunya barulah Syarifah Armalia bersuara.

“Lia tak makan kari daging tu?” Mak Adah mengunjukkan mangkuk yang berisi kuah kari daging ke arah gadis yang duduk disebelahnya itu.

Syarifah Armalia menggeleng sebelum tersenyum, menolak. Daging? Lauk bersantan? Memang bukan selera tekaknya!

“Saya tak makan daging merah Mak Adah,” jelas Syarifah Armalia sebaik sahaja melihat kerutan di dahi tua itu.

              Khalif segera memandang Syarifah Armalia. Pelik!

“Kenapa?”Mak Adah kehairanan.  Dia jarang melihat orang tak makan daging. Kecualilah penganut agama Hindu. Itu pun daging lembu sahaja. Anak  gadis di sebelahnya ini pulak boleh dikategorikan tak makan semua jenis daging. Hilang nikmat dunia!

“Tekak saya tak boleh terima. Kalau setakat ayam dengan ikan tu bolehlah,” balas Syarifah Armalia, ringkas.

“Hmm...macam tu pun ada ye? Apa-apa pun nanti kamu kena belajar makan jugak. Mana tahu nanti dapat suami suka makan daging. Susah kamu nanti,” seloroh Mak Adah.

Syarifah Armalia menyambutnya dengan senyuman sahaja manakala Khalif sudah tertawa kecil mendengarnya.

Selesai menjamu makan malam, Syarifah Armalia bertindak membantu Mak Adah mengemas meja sementara Khalif membasuh pinggan mangkuk kotor yang telah digunakan tadi.

Ketika Syarifah Armalia sibuk mengelap meja, tanpa disedari kain batik yang dipakainya terlucut ! Menampakkan peha gadis itu yang gebu. Mujur sahaja baju yang dipakainya labuh menutupi bawah punggungnya. Khalif yang baru berpaling untuk meletakkan pinggan di rak terkejut! Terhempas pinggan di tangannya.

Mak Adah segera memandang ke arah anak terunanya itu sebelum pandangannya jatuh pada Syarifah Armalia pula.

“Ya, Allah!”jerit Mak Adah. Patutlah anak lelakinya yang seorang itu tergamam! Dapat melihat ‘tayangan percuma’ rupanya.

Syarifah Armalia yang mulai sedar keadaan dirinya, segera menaikkan kain batiknya semula dan menyimpulnya ala kadar sahaja sebelum beredar ke bilik yang didiaminya.

Sebaik  mengunci pintu bilik itu, dia memegang kedua belah pipinya. Panas! Dia benar-benar malu! Untuk pertama kalinya dia malu bila mendedahkan anggota tubuhnya! Selama ini dia langsung tidak kisah dengan pandangan orang bila dia memakai skirt yang menampakkan betisnya. Hairan! Mengapa kini baru terbit rasa malu? Ahh, ini mungkin kerana dia hormatkan Mak Adah. Apa-apa pun, lepas ni dia takkan pakai kain batik! Tekadnya.




p/s : Nak lagi tak? ada yang minat tak dengan karakter melly-Khalif ni? sebab mengikut perkiraan saya, cerita ni akan jadi acah-acah melodrama. benci-cinta-konflik-air mata- nak berkorban tak kena tempat, keluarga menentang- benci balik- sayang balik  etc...tapi kalau ada yg nak ikut, saya alu-alukan. hehe

Saturday, September 6, 2014

#NOVEL : Bab 3 Don't Say Good Bye


BAB 


Syarifah Armalia sibuk meneliti fail-fail kerja yang menimbun di atas mejanya. Satu- satu di belek dan di baca. Kosentrasinya menjadi sedikit terganggu apabila interkom  yang berada di atas mejanya berbunyi.

“Cik Melly, Encik Lukman is here, he want to meet you,” Suara Khalif kedengaran jelas di intercom.

“Hmm, just let him in,”jawab Syarifah Armalia, ringkas.

Syarifah Armalia tersenyum senang hati saat melihat kelibat Lukman yang memasuki ruang pejabatnya. Lelaki yang segak memakai pakaian jenis three pieces suits itu juga  turut tersenyum apabila melihat Syarifah Armalia yang duduk elok di meja kerjanya.

“ Jemput duduk,” Pelawa Syarifah Armalia sambil mengemas fail-fail yang sedikit berselerak di atas mejanya.

“ Sibuk nampak?” ujar  Lukman sebaik sahaja melihat Syarifah Armalia yang sedang menyusun fail- fail kerjanya.

“Hmm, adalah sikit. Tapi i tak lah sibuk macam orang tu,sibuk dia macam perdana menteri,” jawab Syarifah Armalia sedikit memerli.

Lukman ketawa kecil demi mendengar kata-kata yang terkeluar dari bibir gadis di hadapannya itu. Syarifah Armalia masih seperti dahulu, dalam kata ada sinisnya. Mungkin sebab itu ramai lelaki tidak  berani menghulurkan salam pengenalan.

“You ni mulut longkang you tu tak habis-habis.”

Syarifah Armalia hanya menjungkitkan bahunya lalu mencebik bosan.

“Kat luar tu secretary you ke?” Tanya Lukman tiba-tiba  bersama senyum penuh maknanya.

Syarifah Armalia menggelengkan kepalanya beberapa kali. Lukman masih tidak berubah rupanya.

“ You ni, bila nak berubah selera you tu?”

“Alah, you mengata i, yang you tu pun sama, bila nak habis perspektif buruk you terhadap lelaki ?”balas Lukman sambil memandang tajam ke anak mata Syarifah Armalia. Gadis itu terdiam.

Lukman tahu sejarah silam Syarifah Armalia. Mereka berkawan daripada sekolah menengah lagi. Sehingga melanjutkan pelajaran ke luar Negara pun mereka masih berkawan rapat. Syarifah Armalia mula membenci lelaki selepas di tinggalkan Zarif, kekasihnya demi  minah salleh yang selayaknya di panggil mak.

Syarifah Armalia juga tahu yang dia seorang homoseksual. Itu sudah menjadi rahsia mereka berdua untuk bertahun lamanya. Sudah  beratus kali Syarifah Armalia menasihatinya namun tidak di pedulinya seperti mana Syarifah Armalia tidak mempedulikan nasihatnya untuk tidak membenci lelaki.

“ Melly, i mintak maaf kalau you terasa.”

Syarifah Armalia hanya tersenyum. Dia tahu Lukman betul. Sikit pun kata-kata Lukman tidak mengganggu emosinya.

“ Takpelah macamlah i tak biasa dengan mulut you tu,” balas Syarifah Armalia sambil menepuk bahu Lukman perlahan.

“ Eh, sembang- sembang lupa pulak nak tanya you nak minum apa?”

“ Ha... Tulah you, dah naik kering dah tekak i ni.”
           
             Syarifah Armalia senyum sebelum bertindak menekan butang intercom.

“Khalif  bawakkan kopi untuk I dan tetamu  I  ni,” arah Syarifah Armalia dengan nada garangnya.

Lukman hanya mampu menggelengkan kepalanya untuk beberapa kali. Degil yang tak boleh nak di ajar!

Wednesday, September 3, 2014

# 38 NOORAIHAS Yang Pemalas Kembali.


Assalamualaikum dan hai! i'm back for good!!! hari ini saya baru saja post new cervel. mungkin hasilnya tak seberapa tapi im trying my very best untuk membalas kerinduan pembaca2 yang teringin nak baca my next masterpiece.

Seperti yang pembaca2 sekalian tahu NOORAIHAS memang pemalas. Buat novel baru suku saja yang di postnya... Buat cervel setahun sekali...Tapi tolong maafkan saya ya. Saya tetap manusia biasa yang ada sisi buruknya.

seperti biasa saya bawakan sebuah aliran jalan cerita yang sesuka hati perut limpa saya. Harap sangat pembaca tak marah ya. Kalau nak komen yang pedas2 saya alu-alukan saja. Tak marah pun. pendapat manusia berbeza dan kadang2 mampu membuka mata dan minda waima sekejam dan tajam ayatnya sekalipun.

last but not least...doakan urusan saya dipermudahkan ya. Esok lusa in shaa ALLAH saya akan kembali bergelar pelajar di UiTM Shah Alam. Journalism and journalist in shaa ALLAH. Amin. Eh tolong doakan juga untuk adik saya yang sekarang berada di Universiti Malaysia Sabah. Dengan keadaan sabah yang tidak menentu, saya minta pembaca2 sekalian mendoakan keselamatan adik saya. Budi dan doa2 pembaca sekalian tidak akan saya lupakan. Terima kasih....

Salam sayang.

NOORAIHAS :)

#37 Cerpen : Demi Dia

Nama penulis : NOORAIHAS
Tajuk : Demi Dia...
Tarikh post : 4 September 2014



 DEMI DIA....


Aku jahat. Dia terima... Aku jahil. Dia terima...Aku benci. Dia terima...Aku goncang kesabarannya. Dia terima.... Nikmat dunia apa yang sedang aku tolak dan nafikan ini?


“Betul kau sanggup terima semua syarat aku?” Soalku dengan tegas. Lebih tegas dari kebiasaanku. Apa syaratku? Hmm...hanya syarat-syarat klise yang selalu dinyatakan apabila watak heroinnya dipaksa untuk terima watak heronya sebagai suami. Tak boleh sekamar, tak boleh sentuh menyentuh, tak boleh jatuh cinta sama sendiri,tak boleh ganggu uruskan peribadi masing-masing dan bla...bla...bla...

Dia mengangguk laju.

“Saya serius. Tak main-main. Lagipun saya...”

“Sudah! Aku tak nak dengar alasan kau. Sekarang kau Cuma perlu cakap kat Tok Wan yang kau setuju,” pintasku tanpa dia menghabiskan bicaranya. Malas mahu mendengar alasan selanjutnya dari pemuda itu. Pastinya alasan klise!

Dia terkedu sebelum sekali lagi mengangguk. Memang lurus! Memang kampong sangat!

“Tapi saya pun ada syarat jugak,” ujarnya terus membuatkan mataku membulat. Amboi, pandainya nak pakai syarat jugak!

“Just say it. I will try to reconsider it,” balasku dengan bunyi yang memang sombong.

Aku nampak halkumnya bergerak-gerak. Entah gugup atau cuba menahan rasa tidak puas hatinya, aku sendiri pun tidak pasti.

“Saya tak nak sain kontrak ni. Dalam islam tak ada kahwin kontrak. Bila urusan kita bersama dah selesai, saya akan lepaskan awak macam mana yang awak mahukan. Boleh?”

Oh..terasa sungguh kejahilan diri. Mungkin saat ini aku nampak sangat bodoh di depannya, nampak sangat kosong dalam ilmu agama. Sungguh aku tidak tahu tapi untuk mengaku kesilapan diri, aku tidak rela.

“Baik. Aku pegang kata-kata kau. Kalau kau langgar mana-mana syarat lisan ni, aku akan tarik balik semua pertolongan yang aku berikan pada kau. Faham?” gertakku dengan lagak serius. Separuh rela juga sebenarnya. Tapi aku tahu, jejaka kampong yang lurus bendul seperti dia pastinya boleh aku pijak-pijakkan kepalanya sampai dia menurut kataku.

Dia mengangguk setuju. Sekali imbas, aku pandang wajah bulat itu. Sangat kemerah-merahan kulitnya, mungkin tak tahan hangat dibakar mentari. Tinggi orangnya tapi berisi sedikit. Huh, macam manalah tok wan beria nak padankan aku dengan dia! So not my taste!

“Okay. Kalau  ada apa-apa masalah sila kontak nombor aku. Jangan nak mengadu straight kat tok wan. Aku paling pantang orang suka mengadu ni. Faham?” tegasku di akhir bicara. Cuba memberi peringatan keras. Sakit hati bila teringat setiap perjumpaan kami ini mesti  di atur tok wan atas permintaan dia.

Wajah itu nampak sedikit tersentak. Hmmm...tahu pun terasa! Bagus!

“Err...saya minta...”

“Whatever! Aku tak nak dengar!” cantasku tanpa sempat dia menghabiskan kata-katanya.

Bola mataku terkesan raut wajah itu berubah muram. Tapi Puteri Nadrah tak akan pernah kisah perkara remeh macam ni! Buang masa!