Oh, Pengikut Setiaku!!!

Saturday, September 27, 2014

#novel : Bab 5 Don't Say Good Bye.






BAB 5


Is there ‘us’ in our story?

Syarifah Armalia memandang ke luar pejabatnya. Lebih tepat lagi ke arah meja milik Khalif. Melihat lelaki itu dia jadi teringat pada kata-kata Mak Adah kembali. Teringat peristiwa yang berlaku di rumah Mak Adah.

Sebaik sahaja dia bersiap-siap ingin tidur, pintu biliknya diketuk Mak Adah. Wanita bertubuh gempal itu tersenyum memandangnya sebelum duduk di birai katil bersaiz queen itu. Syarifah Armalia dapat merasakan kedatangan Mak Adah pasti ada hubung kaitnya dengan kejadian di meja makan tadi. Dia diam, menanti hujah daripada Mak Adah.

“Mak Adah minta maaf bagi pihak Khalif,” Mak Adah memulakan bicaranya. Tangan tua itu mencapai tangan milik Syarifah Armalia. Kedua-dua tangan itu bertaut. Erat!
Syarifah Armalia mengukir senyumannya. Meredakan gusar di hati tua itu.

“Mak Adah salah sebab bagi kamu kain batik tu. Mak Adah ingat kamu pandai pakai. Rupanya tak,” jelasnya lagi.

Syarifah Armalia menggeleng perlahan.

“Salah saya sebenarnya Mak Adah. Sepatutnya saya bertanya, macam mana nak pakai kain batik tu. Tapi tidak, saya diam je. Berlagak  macam tahu,”ujar Syarifah Armalia. Tidak  mahu Mak Adah terus-terusan menyalahkan diri. Hakikatnya,  salah datang daripada dirinya sendiri.Cuba dia bertanya dahulu, pasti kejadian memalukan itu tidak akan berlaku!

Mak Adah tersenyum lega. Dia tahu gadis di hadapannya ini baik orangnya walaupun memakai pakaian yang tidak cukup kain. Pakaian kadang-kadang tidak mampu mencerminkan akhlak seseorang dengan baik. Semuanya terletak pada hati! Baik hatinya, maka baiklah budinya.

“Kamu jangan bimbang, Mak Adah dah suruh Khalif padamkan kejadian tu dari memori dia,” tambah Mak Adah bersungguh-sungguh.

Syarifah Armalia meledakkan tawanya. Boleh ke macam tu?


“Takpe Mak Adah, benda dah berlaku. Lagipun, sebelum ni macamlah saya tak dedahkan betis saya pada orang lain macam tadi,” sela Syarifah Armalia perlahan tetapi masih mampu didengari Mak Adah.
Mak Adah memaut dagu milik anak gadis itu. Memaksanya memandang ke dalam anak matanya.

“Lia tak teringin ke nak tutup aurat? Maafkan Mak Adah kalau Lia terasa,”

Syarifah Armalia sebak! Melihat Mak Adah seperti melihat ibunya. Kalau sahaja ibunya masih hidup saat ini, pasti dia tidak akan begini. Kehilangan punca hidup! Kalau tidak kerana kemalangan itu, pasti ibunya masih hidup!

“Takpelah, Mak Adah Cuma nak nasihat, wanita ni dia semakin berharga bila tertutup. Lia fahamkan maksud Mak Adah?”ucap Mak Adah seraya bangun merapati pintu.
Syarifah Armalia menekur pandangannya ke lantai. Terharu!

“Mak Adah doakan supaya suatu hari nanti Lia dapat petunjuk Allah untuk berubah. InsyaAllah, Mak Adah doakan,” tambah Mak Adah lagi sebelum hilang di sebalik muka pintu.


SYARIFAH ARMALIA tersedar dari lamunannya tatkala telefon bimbitnya berbunyi nyaring, meminta segera diangkat. Dia kerling seketika di dada skrin telefonnya. Melihat nama si pemanggil. Malangnya panggilan itu hanya tertera nombor  sahaja.

Siapa? Tanya hatinya. Curiga! Tanpa membuang masa dia menekan kekunci sentuh di telefon itu.

“Hello,” sapanya, tegas.

“Hai, sayang.”

Syarifah Armalia terkesima! Zarif!

“Aa..apa you nak?” tergagap sebentar Syarifah Armalia mendengar suara bekas kekasihnya itu.

“I nak jumpa you boleh?”

“I sibuk. Takde masa. By the way, wife you tak marah ke you nak jumpa i?” perli Syarifah Armalia, sengaja.

“I’m a divorcee, kalau itu yang you nak tahu Melly,” jawab Zarif, selamba.

Syarifah Armalia tersenyum sinis. Mudahnya lelaki! Sudah bercerai, senang aje nak mencari pengganti!

“Oh, really?I’m sorry to hear that. Got to go!” pantas butang merah itu ditekan Syarifah Armalia, menamatkan perbualan tanpa sempat Zarif membalasnya. Dia puas dapat menyakitkan hati lelaki itu sebagaimana lelaki itu pernah menyakiti hatinya suatu masa dahulu.

Dia menekan intercom, memanggil Khalif. Hari ini dia perlu meneliti beberapa fail penting syarikat. Mahu tidak mahu, Syarifah Armalia perlu bersemuka juga dengan setiausahanya itu untuk berbincang mengenai beberapa  projek yang bakal beroperasi hujung tahun ini atas arahan papanya.

“Cik Armalia ada apa yang boleh saya bantu?”

Syarifah Armalia memandang Khalif sekejap sebelum kembali menatap fail berwarna biru itu.

“Duduk,” arah Syarifah Armalia dalam nada suara mendatar.

“I’ve a few ideas that I need to ask your view. If you don’t mind may I proceed?” pinta Syarifah Armalia, serius.

Khalif mengangguk. Dia mendengar dengan teliti setiap penerangan daripada Syarifah Armalia. Apabila Syarifah Armalia selesai menerangkan, Khalif  pula mula mengemukakan idea dan pendapatnya. Sekali-sekala dia memandang raut wajah majikannya yang khusyuk mendengar. Berkerut-kerut dahinya bila cuba mencerna penerangannya.

“Hmm...okey i suka pendapat you. No wonder papa believes you so much!” Syarifah Armalia secara tidak langsung memuji Khalif.

Khalif melebarkan senyumannya. Tak sangka gadis itu memberi pujian padanya. Pertama kali, secara langsung begini. Dalam diam, dia mengakui kata ibunya yang Syarifah Armalia masih ada lembutnya. Cuma terlindung dengan perwatakkannya yang keras hati dan sombong diri itu.

“Ini apahal you senyum sorang-sorang ni? Teringat hal kat rumah mak you ke?” terjah Syarifah Armalia, tiba-tiba. Hatinya mendongkol geram bila senyuman dan pandangan Khalif masih padanya, walaupun perbincangan mereka sudah reda beberapa minit tadi. Fikirnya, pasti Khalif teringat peristiwa di rumah Mak Adah.

Khalif menggaru kepalanya yang tidak gatal. Malu bila di tangkap begitu. Malu lagi bila dia dituduh mengingati kejadian yang berlaku dirumah maknya oleh gadis itu.

“Tak. Tentang kejadian tu saya dah lupakan. Dah delete dari memori pun,” jelas Khalif dengan muka yang sudah merona merah.

“Whatever! I don’t give a damn pun pasal tu. By the way, betul ke you dah delete?”Sinis nada suara Syarifah Armalia.

“Lelaki kan spesis mata keranjang, pantang nampak!” tambahnya lagi sambil memeluk tubuhnya

Khalif tenang mendengarnya. Sudah tahu feel gadis yang memiliki hati sekeras batu itu bagaimana.

“Well, bergantung! Pada saya kejadian tu salahnya datang dari Cik Melly sendiri. Saya lelaki normal. Pada pandangan pertama, kejadian tu umpama rezeki. Pada pandangan kedua dah dosa jadinya,”

“... dan tak semua lelaki mata keranjang.  Lelaki-lelaki kat dunia ni jadi mata keranjang pun sebab ada perempuan-perempuan macam cik Melly ni lah.  Terdedah sana-sini! Buat tambah dosa ayah dan suami je,” Tajam kata-kata Khalif, menyucuk sehingga ke dasar hati Syarifah Armalia yang paling dalam.

Tanpa sedar, gadis itu mendengus kasar. Marah dengan kenyataan yang keluar dari bibir setiausahanya itu.

“Kalau perempuan seperti I ni yang terdedah sana-sini ni punca lelaki jadi mata keranjang, macam mana pulak dengan lelaki curang kat luar sana yang buat kami wanita sengsara? Hilang kepercayaan pada cinta?Hmm?” provok Syarifah Armalia, sudah hilang sabar.

Khalif membetulkan duduknya. Tidak selesa dengan bentuk soalan yang diajukan gadis di hadapannya ini. Soalan hati dan cinta memang bukan soalan kegemarannya. Tanya sejuta kali pun, belum tentu dia boleh bagi jawapan yang betul dan dikehendaki.

Bagaimana dia hendak terangkan pada Syarifah Armalia tentang betapa ‘kosongnya’ dia dalam hal cinta-cinta ini? jika dia menolak atau berdiam diri, mesti gadis egois sepertinya akan membuat spekulasi yang bukan-bukan. Malah, lebih sadisnya nanti Syarifah Armalia akan meletak tanda di dahinya sebagai lelaki curang juga.

Namun, jika dia membuat pengakuan bahawa dia tidak pernah mengalami perasaan cinta dan bercinta selama 28 tahun hidupnya, mahukah Syarifah Armalia memahaminya?silap hari bulan, dirinya dikatakan menipu, tidak pun dikatakan tidak normal! Ahh, rumitnya!

“Hello! Jauh berfikir?” Suara Syarifah Armalia menembusi ruang lamunan Khalif. Dia memandang ke luar tingkap, mencari idea.

“Maafkan saya Cik Melly. Bagi saya, berbeza orang, berbeza pendapatnya. Tapi bagi saya, kalau teras percintaan itu kesetiaan dan saling mempercayai takdir yang tertulis, maka  isu hilang kepercayaan pada cinta ni tak sepatutnya timbul. Betul tak?”

Syarifah Armalia mengakui dalam diam kata-kata yang diucapkan Khalif tadi. Berlapik dan tidak menyebelah mana-mana pihak. Kemarahannya bagai reda dengan kata-kata itu.

Khalif melepaskan nafasnya, lega. Entah bagaimana ayat sebegitu boleh keluar dari mulutnya? Macam orang yang berpengalaman pulak! Dari reaksi Syarifah Armalia, dia tahu gadis itu memahaminya, tapi ego untuk mengaku secara lisannya.

“Err...saya rasa cukuplah sampai di sini sahaja perbincangan kita. Dah macam keluar topic pulak. Saya mintak diri dulu Cik Melly,” pamit Khalif bila Syarifah Armalia hanya diam selepas mendengar kata-kata ‘hikmat’ darinya.

Syarifah Armalia mengangguk sahaja.

Ketika tangan Khalif menyentuh tombol pintu pejabat, suara Syarifah Armalia kedengaran. Membuatnya terpaku di situ.

“ Kisah cinta you mesti menarik, kan?”

Khalif tidak memandang Syarifah Armalia, tapi dia tahu gadis itu sedang memandangnya. Masih menunggu jawapan darinya.

“InsyaAllah bakal menarik kisahnya nanti,” kata Khalif sebelum menghilangkan dirinya disebalik pintu. Syarifah Armalia membawa tangannya ke dada. Ada debar bertamu di situ demi mendengar kata akhir lelaki itu. Tapi untuk apa?


DI PEJABAT, Zarif menolak segala barang yang ada di atas meja kerjanya. Dia sudah tidak peduli kalau barang-barang itu rosak. Apa yang penting rasa di hatinya dilepaskan. Rasa  marah dan malu menjadi satu. Berani sungguh Syarifah Armalia berkurang ajar dengannya!

Tidak sepatutnya gadis itu memerlinya seperti tadi. Memutuskan panggilan tanpa sempat dia berkata apa-apa! Sangat tidak boleh diterima!

Dia baru sahaja memasang niat untuk menjernihkan hubungan mereka. Memujuk dan memulakan kembali cinta yang pernah dia sendiri musnahkan. Namun, bila Syarifah Armalia memperlakukannya seperti  orang tiada maruah, dia jadi sangat marah!

Dia juga ada harga diri! Keluhan berat dilepaskan. Tidak sangka, hanya beberapa tahun cukup untuk mengubah bekas kekasihnya itu.

 Tapi walaubagaimanapun dia berjanji akan merebut kembali cinta Syarifah Armalia. Dia betul-betul perlukan gadis itu! Demi kepentingannya. Cinta, mungkin sekadar selingan sahaja. Yang penting, hutang-hutangnya langsai dan dalam masa yang sama gadis itu akan terkulai dalam dakapannya!

“I’ll do something to get her back! Cara baik atau kasar!” tekadnya bersama senyuman penuh muslihat.




12 comments:

Anonymous said...

smbung2 please....

HaziziYusof said...

berbakat sungguh .. terbaik lahh.. i like :)

kelapangan singgah blog saya yer... murah,murah & murah ada di sana.

http://izzium2u.blogspot.com/

sherlyn said...

Lamenye xupdate....ramai silent readers da mengeluh :-(

Lynn said...

Mana gi cik penulis ni. Lamanya menyepi

Anonymous said...

Tak nak sambung lagi ke? Dah part best da ni..sambung laa.... :(

roshellazira.blogspot.com said...

Smbung please..dah lama tnggu smbungan cerita nie:((

Kim said...

Bila nak sambung? Selalu skodeng blog in case ada sambungan.

fthnnM said...

Assalamuaalaikum! hihi suka saya baca cerpen awak dekat p2u. gigih jugak cari blog awak nih. nasib nama blog pun sama dengan nama pena. lama awak tak post karya. rindu nak baca karya awak. your plot,your storyline truly profesional and talented. awak sihat-sihat sajakan? ^-^ you're truly gifted in writing so chaiyok! good luck for your future. InshaAllah awak boleh!

Anonymous said...

Nooraihas....di manakah dikau. Mengapa sepi tanpa berita

Ain Najwa said...

Pls update lagi. Saya suka baca cerpen dan novel awak.

cat said...

Hye mmg dia senyap, bz kot. Cube cri dkt tweet die. Slalu nmpk die dkt situ.

Anonymous said...

Hai gan.. Kunjungi website dibawah ini yaa :)
Jual Lab bahasa Murah meriah. Makasih Admin..
Laboratorium Bahasa Murah