Oh, Pengikut Setiaku!!!

Wednesday, March 25, 2015

BAB 6 - Don't Say Good Bye

                                                                                                                                                                              

BAB 6

Your existence is a mysterious puzzle for me...

Dato Syed Armand memerhatikan kelakuan anak gadisnya dari tadi lagi. Termenung. Dia kehairanan. Biasanya Syarifah Armalia akan menggunakan waktu hujung minggu begini untuk berhibur. Mungkin ke pusat membeli belah atau berjalan-jalan, makan angin. Tapi pada hari ini lain pula gelagatnya. Mengapa? Ada masalahkah yang menghantui fikiran anaknya itu? Masalah peribadi atau kerja?

Lantas, surat khabar yang dibaca tadi ditutup. Dia tidak senang hati melihat anaknya begitu. Naluri seorang bapa dapat merasakan, ada sesuatu yang sedang berlegar di fikiran gadis itu, tinggal dia sahaja untuk bertanya. Dato’ Syed Armand kenal benar anaknya itu. Jika ada sesuatu yang sedang bermain di kepalanya, anaknya itu akan termenung dan diam sepanjang hari. Terpaksalah dia yang memulakan dahulu, bertanya. Kalau tidak sampai tahun depan pun anak gadisnya itu tidak akan berkata apa-apa.

Syarifah Armalia yang sedang terbaring di atas sofa didekatinya. Duduknya dilabuhkan di atas kerusi yang bertentangan dengan kedudukan anaknya. Dia memandang raut wajah anak tunggalnya yang seolah-olah tidak menyedari kehadirannya itu.

“Melly,”


            
“Hmm...papa,”
           
“You’ve got any problem?”

            “Nope!” ringkas Syarifah Armalia menjawab sambil menyelak malas majalah hiburan yang berada dalam genggamannya.

            “Ye ke? Papa nampak macam Melly ni macam tengah fikir masalah dunia. Tak pun Melly gaduh dengan boyfriend?” usik Dato Syed Armand dengan senyuman meleretnya.

Syarifah Armalia terus bangun dari baringannya  sebaik sahaja mendengar kata-kata yang terkeluar dari mulut papanya itu. Rasanya macam papa tahu semua yang ada dalam kepala dia saat ini. walaupun kata-kata itu Cuma sekadar usikan tapi entah kenapa mengena sasaran pula.

Khalif bukan masalah dunia. Tapi dalam kepalanya sekarang Cuma ada figura lelaki itu dan kata-katanya sahaja. Khalif juga bukan teman istimewanya tapi lelaki itu juga yang mengundang macam –macam rasa dalam hatinya. Aduh, kalau cerita dekat papa agak-agak papa ketawa tak? Bisik hati Syarifah Armalia. Gusar.

“Hai, takkanlah betul yang papa cakap tadi? Kamu gaduh dengan siapa ni Melly? Khalif lagi ke?” teka Dato Syed Armand. Dia tahu yang anak perempuannya itu selalu bertikam lidah dengan Khalif walaupun pemuda itu tidak pernah mengadu apa-apa pun tentang itu.
          
  Berbahang muka Syarifah Armalia saat papanya menyebut nama Khalif. Memang tak akan dapat sembunyi apa-apa dari pengetahuan Dato Syed Armand ni! Getus hati kecilnya lagi.

            “Eh, mana ada! Melly dah kuranglah cari gaduh dengan Khalif tu. Sayang sangat orang kanan dia tu. Entah-entah papa lagi sayang Khalif tu dari Melly tak?”Sengaja Syarifah Armalia mengubah arah perbualannya.

            Dato Syed Armand senyum lebar. Orang muda! Mudah betul melatah. Bila malu nak berterus terang dia pusing ikut arah lain. kata hati Dato Syed Armand sambil menggelengkan kepalanya perlahan.

            “Papa pun pernah muda, Melly. Janganlah kamu nak pusing jauh-jauh. Alih-alih nanti terkena batang hidung kamu jugak. Kalau suka kata suka. Habis cerita,” usik Dato Syed Armand lagi.

            “Papa!”Terjerit Syarifah Armalia demi mendengarkan perkataan yang terkeluar dari mulut papanya.

            Terburai juga ketawa Dato Syed Armand bila melihat anak tunggalnya itu jadi gelabah tak tentu arah begitu. Betullah tekaannya itu.

            “Mana ada Melly suka Khalif tu. Tak mahulah! Rela tak kahwin sampai ke tua. Yang papa ni asyik-asyik Khalif ni dah kenapa?” bentak Syarifah Armalia manja sebelum memeluk tubuhnya sendiri. Merajuk!

            “Papa memang berkenan dengan budak tu. Kalau jadi menantu Alhamdulillah. Bolehlah dia bimbing kamu. Ringan sikit dosa papa ni dari duk menggalas dosa kamu. Itu pun  kalau kamu kahwin dengan dia.” Dato Syed Armand sempat memerli anaknya itu.

            Makin tajam muncung Syarifah Armalia mendengar sindiran tidak langsung dari papanya itu.

            “Papa ni nanti orang berubahlah. Mintak sabar ya?”dalih Syarifah Armalia lalu menyumbat potongan buah-buahan yang dibawa orang gajinya tadi.

            “Itu ajelah alasan kamu. Malas dah papa nak dengar. Lebih baik papa tengok tv kat atas,” ujar Dato Syed Armand lalu berdiri, ingin beredar.

Dia mungkin tak Berjaya membuatkan anaknya itu meluahkan masalah dengan sendirinya. Tapi sekurang-kurangnya dia tahu apa yang ada dalam hati anak perempuannya itu. Syarifah Armalia sudah jatuh cinta! Love is in the air...


KHALIF terpinga-pinga dengan ‘angin’ Syarifah Armalia. Tiba-tiba sahaja mengajaknya keluar makan tengahari bersama. Salah bangun tidur ke mak cik ni? Ke terhantuk kepala kat katil?

“Salah ke kalau  I nak ajak my secretary pergi lunch? Kalau rasa tak selesa tak perlu paksa diri ikut. Bukannya I tak biasa makan sorang-sorang,” ujar Syarifah Armalia dalam nada mendatar sebaik sahaja dia mulai dapat mengesan reaksi hairan campur tak sudi di muka setiausahanya itu.

Khalif menggeleng laju.

“Eh...bukan.Sekejap saya kemas meja.” Gelabah Khalif menyusun kertas-kertas yang berselerakkan di atas mejanya.

Dalam diam, Syarifah Armalia mengukir senyuman kecil. Entah kenapa hatinya kini rasa senang melihat Khalif. Kalau dulu rasa nak marah je. Mungkin dia suka dengan peribadi yang ditonjolkan lelaki itu. Mungkin...

“Cik Melly?” Khalif menggawang-gawangkan tangannya hampir dengan muka Syarifah Armalia. Boleh menggelamun pulak dia!

“Eh...Dah siap? I ingat kena tunggu lama lagi.” Syarifah Armalia menutup malunya dengan mengeluarkan kata sindiran di hujung bicaranya.

Sebaik sahaja Syarifah Armalia menapak ke hadapan, Khalif pulak masih dengan tanda tanya yang besar memenuhi ruangan kepalanya. Tadi ajak aku lunch. Lepas tu mengelamun depan aku, apa yang tak kena dengan mak cik sorang ni? Tanya hati Khalif yang masih dibelenggu kehairanan sebelum bertindak mengikut langkah majikannya itu.

“Diam je.”

Khalif yang sedang memandu segera pandang ke sisi kirinya sebentar. Memandang empunya yang bertanya soalan. Hari ini, Syarifah Armalia sangat-sangat pelik! Semakin Syarifah Armalia berkelakuan baik padanya, semakin dia ditimpa rasa hairan yang berbakul-bakul.Itu hipotesisnya untuk separuh hari ini.

“Saya jarang bercakap masa memandu. Nak-nak kalau bawa nyawa orang lain. takut kalau accident pulak nanti,” jawab Khalif lebih berterus terang. Seboleh mungkin dia tidak mahu membahayakan nyawa orang yang dibawanya. Harap Syarifah Armalia faham.

“You’re so boring. Ajak sembang pun tak boleh. Kalau I pasang radio boleh?” Sempat lagi Syarifah Armalia mengutuk Khalif sebelum meminta izin untuk membuka siaran radio.

Khalif hanya mengangguk. Fokusnya masih di jalan raya.

Syarifah Armalia mencebik tanda menyampah bila Khalif hanya memberi reaksi pasif begitu. Geram betul. Hah, pandanglah jalan tu sampai tembus! Orang lain pun bawak kereta takdelah sampai focus macam tu. Boleh aje bercakap masa memandu. Dia aje skema! Dengus hati Syarifah Armalia sambil membawa jari telunjuknya ke punat suis radio. Tapi belum sempat dia menekan, pandangannya tertarik pada deretan cakera disk yang tersusun kemas dibahagian menyimpan cd milik lelaki itu.

Tanpa membuang masa dia memilih rambang cd tersebut sebelum menyumbatnya ke dalam pemain cakera. Sengaja dia memilih untuk mendengar lagu dari deretan cd yang ada dalam kereta setiausahanya itu dari mendengar lagu yang diputarkan radio. Mahu tahu feel lelaki itu.

Mata Khalif sekali sekala di larikan ke arah majikannya itu. Aduh, tadi kata nak pasang radio je. Macam mana boleh pasang cd pulak ni? Hailah...lalang jugak dia rupanya! Gumam hati Khalif bimbang. Bukan apa, dia risau kalau...

“Lagu Korea?”Soal Syarifah Armalia sebaik sahaja lagu ‘Don’t Say Good Bye’ nyanyian kumpulan Dong bang shin ki berkumandang.

Khalif mahu tidak mahu hanya mampu menayangkan senyuman serba salahnya. Malu tertangkap oleh Syarifah Armalia.

“You’re really something.” Ringkas Syarifah Armalia menyuarakan komennya. Nak ketawa rasanya tak patut. Dia faham demam K-POP ini memang menyerang tak kira umur dan jantina.

“Eh, bukan macam tu!” nafi Khalif bersungguh tapi pandangannya masih di hadapan.

“Hmm...nice song. Apa tajuk lagu ni?”puji Syarifah Armalia bersama soalan. Langsung tidak dipedulikannya penafian yang dibuat Khalif sebentar tadi.

“Hah? Eh, ki...kita dah sampai. Cepat pulak kita sampai. Mungkin sebab jam kurang kot hari ni. Err,,,Jom?” Dalih Khalif seraya menarik handbreak dan mematikan enjin keretanya. Mujur betul Syarifah Armalia bertanya saat mereka sudah tiba di destinasi makan tengahari. Kalau tidak merah sajelah muka dia sementara nak jawab soalan. Harap-harap dia lupalah.

Syarifah Armalia menggelengkan kepalanya demi melihat Khalif yang tak tentu arah. Dengan muka merahnya... You’re really something, Khalif. Bisik hatinya lantas pintu kereta ditolak dan melangkah keluar dari Suzuki Swift milik setiausahanya itu.

“Makanlah. Today is my treat. Hope we can get along together after this,”ujar Syarifah Armalia sebaik sahaja makanan yang dipesan sudah terhidang di depan mata.

            “Thanks for your treat. Ada masa nanti saya pulak belanja Cik Melly,”balas Khalif lurus tanpa ada unsur hipokrasi.

`           sebaik sahaja mendengar kata-kata yang di ucapkan Khalif tadi, Syarifah Armalia menghamburkan tawanya. Mujur saje tak kuat.

            “You ni memang bukan stok-stok gentleman kan? Bukan sweet talker. Kalau lelaki lain yang I pernah jumpa mesti diorang halang I dari tolong bayarkan. Even I cakap I yang nak belanja,” jelas Syarifah Armalia sambil menolak rambutnya ke belakang.

            Terpaku sekejap Khalif melihat tawa Syarifah Armalia. Belum pernah sekalipun dia melihat tawa sebegitu sepanjang 6 bulan lebih  dia berkerja dengan Syarifah Armalia. Ini yang pertama. Manisnya!

            “Is that a compliment?” Tanya Khalif acah-acah serius sebaik sahaja dia tersedar dari lamunan. 
Kembali ke akal sedarnya.

            “Yelah cik abang oii!” sambut Syarifah Armalia pula bersama senyuman ikhlasnya.

Okay, thank you then,” ucap Khalif, membangga diri.

“Ya ALLAH, boleh tahan perasan jugak you ni!”Syariah Armalia sudah menggeleng-gelengkan kepalanya, tidak percaya setiausahanya itu ada karakter yang sebegini juga. Ingatkan lurus macam kayu pembaris aje!

“Sikit-sikit aje,” balas Khalif bersama senyuman simpulnya. I love to see this side of you, Syarifah Armalia. Bisik hati Khalif sendiri.

Tanpa kedua-duanya menyedari, ada mata yang sedang memerhati dari jauh dengan hati yang rentung terbakar.


TAK GUNA! Spontan Zarif mengepal jari jemarinya. Geram betul dia bila melihat Syarifah Armalia bersama lelaki lain. Entah dari mana pulak datangnya lelaki itu. Nampaknya Syarifah Armalia sudah jumpa penggantinya. Posisinya sekarang betul-betul di hujung tanduk! Kalau dia terlambat, pasti bekas kekasihnya itu akan jatuh ke tangan lelaki itu! Apa-apa pun aku kena cepat bertindak! Tekadnya.




6 comments:

Unknown said...

Dah lama x nampak akak post. Finally.. Akak, nak cerpennn.😊😊

Ain Najwa said...

Wahhh. Best2. Sukanyaa. Lpas nih update bebanyak cerpen kk.

Anonymous said...

Bila...nak datangkan cerpen yg trbaru.....seriously x sabar

Unknown said...

Conti please

Unknown said...

akk, cerpen terbaru x de ke?? dh lama tunggu cerpen dari akk ni..

Anonymous said...

Lah asal stop. Continue plsss