Oh, Pengikut Setiaku!!!

Wednesday, August 16, 2023

Bab 10: Don't Say Good Bye

 Bab 10 


Syarifah Armalia tekun memerhati tingkah laku Khalif dari bidai cermin bilik pejabatnya. Dari lelaki itu duduk menghadap komputer, membaca dan menyemak fail-fail kerja sehinggalah bergerak ke meja staf yang lain.

      Kadang kala dia nampak lelaki itu ketawa bersama Sarimah dan staf yang lain. Seolah-olah tiada perkara besar yang berlaku. Hari-hari lelaki itu seperti berlalu dengan tenangnya.

      Manakala, dia di sini berasa sangat teruja dan gembira untuk ke pejabat demi melihat wajah pemuda itu. Haih, tidak mengapalah. Sekarang masih terlalu awal. Pujuk hatinya.

    Lagipun, dia sudah berjanji untuk memberi masa. Tapi memberi masa tidak bermakna dia berdiam sahaja. Bahkan, dia akan tetap menjalankan strateginya untuk memenangi hati Khalif.

    Khalif terasa seperti ada yang memerhati. Lalu pandangannya ditebarkan ke sekeliling sebelum anak matanya tertangkap kelibat Syarifah Armalia yang ralit memandang ke arahnya.

     Tidak lama kemudian, dia perasan ada bunyi getaran dari telefon pintarnya yang diletakkan di dalam poket seluar kanan nya. 

     'In my office. Now!' Dalam hati, dia membaca arahan yang terpapar di dada skrin telefonnya. Pesanan ringkas dari bos 'kecil' ARMAND Holding.

      "Sorry guys. Got work to do. Bos dah panggil tu," Khalif meminta diri lalu melangkah ke bilik Syarifah Armalia. 

       Apabila Khalif memasuki ruangan pejabat Syarifah Armalia, dia melihat wanita itu sudah duduk tenang di sofa.


       "Ada apa yang boleh saya bantu,?" Tanya Khalif dalam nada profesional. 


      Nada suara lelaki itu buat Syarifah Armalia berasa geram. Dia rasa seperti Khalif cuba membina tembok antara mereka berdua. 


      Tak boleh ke Khalif cuba jadi lelaki budiman seperti lelaki lain? Bermanis mulut dan beri reaksi positif dengan perempuan cantik macam dia?


    Come on, Melly! Kalau dia jadi buaya macam lelaki lain, dah tentu kau tak jatuh hati dengan dia. He's one in a million! Takkan sebab dia lambat respond to your feelings, kau nak emosi macam ni? 


     Dalam diam, Syarifah Armalia mengumpul kesabaran dan keberanian. Kalau Khalif lambat, biar dia saje yang melakukan langkah. Dia yakin lambat laun Khalif akan balas juga. Dia kan cantik, pandai dan kaya! Tak akan ada lelaki menolak pakej begini.


       "Jom, dating!" Ajak dia dengan nada berani dan yakin diri.


       "Dating? Itu kerja untuk harini ke?"Khalif menyoal. Bunyi macam lurus tapi pada masa sama pun kedengaran seperti menyindir. Dia macam tak percaya dengan angin bos kecil dia ni.


      "Bukan kerja. Tapi ini arahan. And you tak boleh menolak!"


     "Kenapa tak boleh tolak? Ini bukan urusan kerja. And sekarang masa bekerja. And bila masa kita bercinta?" 


      Mendengar itu, Syarifah Armalia mengetap bibirnya. Geram dan rasa tercabar.


       "I dah putuskan sejak you tak bagi jawapan, you diam, means you setuju untuk jadi boyfriend I!"


      "Eh, boleh pulak macam tu? Saya fikir bercinta ni kita kongsi perasaan yang sama antara satu sama lain. Bukan perasaan sehala saja?"


       "Kenapa tak boleh? I akan usahakan sampai you jatuh hati dengan I!"

         

        "Yakinnya Cik Melly ni. Tak nak tanya dulu ke saya ada girlfriend ke tunang ke crush ke?" Khalif balas dengan sedikit rasa jengkel di hati. Boleh pulak main paksa-paksa macam ni?


       "Selagi I tahu you tak berkahwin lagi, so selagi itulah I ada peluang dan ruang untuk berusaha!"


       "We will see! Jangan nangis pulak kalau end up saya masih tak rasa apa-apa. Saya dah bagi amaran awal-awal kat Cik Melly," selamba Khalif mencuba mematahkan semangat majikannya itu.


     "See you this weekend!" Malas Syarifah Armalia nak memanjangkan perbualan mereka. Dia yakin Khalif akan jatuh cinta jugak dengan dia. Ini semua hanya tentang masa dan usaha!




KHALIF ingat temujanji dia dan Syarifah Armalia adalah temujanji yang biasa. Apabila ia 'biasa-biasa', maka Khalif ada banyak sebab untuk tak rasa apa-apa dengan wanita itu.


    Tapi apabila dia di bawa ke rumah anak yatim di hujung kota ini membuatkan Khalif di jentik rasa anehlah pula. Kenapa orang yang berperwatakan garang, pentingkan diri dan panas baran ini boleh bawa dia ke sini untuk menjalankan aktiviti kemasyarakatan?


     Adakah ini cara Syarifah Armalia untuk jadi lain daripada yang lain? Atau mahu membuktikan yang wanita garang seperti dia juga masih ada jiwa penyayang? Boleh jadi ini juga salah satu strategi dan nilai tambah supaya dia segera terbuka hati untuk terima Syarifah Armalia sebagai kekasih hati?


     "Tak suka ke datang tempat macam ni?" Sapaan tiba-tiba  Syarifah Armalia mengejutkan Khalif.


    "Saya suka. Cuma terkejut sebab yang ajak tu Cik Melly."


     "So, you have bad perception on me?"


     "Not you, but your personality yes!"


     "I see. I tak salahkan you. Tapi memang betul pun, I ni banyak yang tak betul daripada betul. Tapi apa yang you perlu tahu, I sentiasa ada soft spot untuk anak yatim piatu. Mereka ni sama nasib dengan I. Cuma I lagi bertuah sebab papa masih ada."


       Khalif memandang Syarifah Armalia. Lama. Apabila wanita itu berbicara dari hati ke hati begini, menyebabkan dia dijentik rasa pelik lagi.


      "That's why, I berjanji, kalau Tuhan kurniakan I suami yang baik, i akan lahirkan anak yang banyak untuk dia. Sebab I nak  kasih sayang kami melimpah ruah dan dapat dikongsikan dengan anak-anak yatim dekat sini pulak." 


     "Wah, tak tahu pulak Cik Melly ada impian besar dan murni macam ni. Besar tanggungjawab nak besarkan anak yang ramai tu." Khalif kagum.


       Dia fikir orang cantik dan berkerjaya macam Syarifah Armalia tak mahu anak ramai, sebab tak mahu menyusahkan diri. Tapi mendengarkan impian wanita itu tadi, dia rasa semuanya bertentangan dengan fizikal dan karakter  luaran bos kecilnya itu.


     "Kan? Tapi I kan ada you nanti untuk jadi suami I, so I rasa tak ada masalah untuk capai impian tu nanti. Kita akan sama-sama capai apa yang I nak tu!" Syarifah Armalia sengaja kenyit mata pada Khalif sebaik menghabiskan ayatnya tadi.


     Dia disentuh rasa terharu melihat layanan Khalif pada anak-anak yatim tadi. Khalif yang baik, bertanggungjawab dan penyayang. 


     Khalif tak canggung melayan kanak-kanak, mungkin kerana lelaki itu sendiri sudah ada anak saudara dari kakak-kakaknya. Tapi melayan darah daging sendiri dan orang lain mungkin akan terasa berbeza, tapi Khalif melayan karenah anak-anak tadi sama rata, seperti mereka semua ahli keluarganya sendiri.


    Syarifah Armalia pernah juga membawa Zarif ke rumah anak yatim ketika mereka bercinta. Tetapi dia rasa, Zarif tiada aura yang sama dengan Khalif. Walaupun, ketika itu Zarif berusaha nak menampakkan sisi baiknya. Mungkin  Khalif ikhlas, manakala Zhariff tidak.


     "Saya tak ada beri kata setuju pun lagi nak jadi suami Cik Melly." Khalif sudah merah muka apabila Syarifah Armalia kenyit mata dan pandang lama muka dia.


     Rasa macam wanita itu dapat melihat menembusi ruang tubuh dan hati dia pula. Inilah bahaya kalau pandang orang lama-lama! Rasa tak selesa, berdebar pun ya juga!


      "Ya ke? Takpelah, I boleh jumpa terus Mak Adah, bakal mak mertua I tu. I nak meminang you terus. Mak Adah mesti tak keberatan kalau I jadi menantu perempuan tunggal dia kan?" Usik Syarifah Armalia.


       "Cik Melly boleh cuba, tapi tak semestinya mak saya setuju." Yakin saje Khalif menutur kata.


      Tapi jauh sudut hati, dia tahu Mak Adah suka saje dengan Syarifah Armalia. Kerana, setiap kali dia bersembang dengan ibunya itu,  Mak Adah tak habis tanya bila Khalif nak bawa majikan perempuannya itu ke rumah mereka lagi.


       "Okey. Betul ya? Minggu depan I bawak papa pergi kampung you, masuk merisik terus meminang!"Putus Syarifah Armalia. Serius!


       Khalif telan air liur. Tidak percaya! Adakah ini yang pepatah lama kata, kerana mulut badan binasa? 




P/S: Sorry. Take forever nak menulis balik. Rasa dia macam menyelam tapi kadang boleh timbul kadang tenggelam balik.