Oh, Pengikut Setiaku!!!

Wednesday, September 3, 2014

#37 Cerpen : Demi Dia

Nama penulis : NOORAIHAS
Tajuk : Demi Dia...
Tarikh post : 4 September 2014



 DEMI DIA....


Aku jahat. Dia terima... Aku jahil. Dia terima...Aku benci. Dia terima...Aku goncang kesabarannya. Dia terima.... Nikmat dunia apa yang sedang aku tolak dan nafikan ini?


“Betul kau sanggup terima semua syarat aku?” Soalku dengan tegas. Lebih tegas dari kebiasaanku. Apa syaratku? Hmm...hanya syarat-syarat klise yang selalu dinyatakan apabila watak heroinnya dipaksa untuk terima watak heronya sebagai suami. Tak boleh sekamar, tak boleh sentuh menyentuh, tak boleh jatuh cinta sama sendiri,tak boleh ganggu uruskan peribadi masing-masing dan bla...bla...bla...

Dia mengangguk laju.

“Saya serius. Tak main-main. Lagipun saya...”

“Sudah! Aku tak nak dengar alasan kau. Sekarang kau Cuma perlu cakap kat Tok Wan yang kau setuju,” pintasku tanpa dia menghabiskan bicaranya. Malas mahu mendengar alasan selanjutnya dari pemuda itu. Pastinya alasan klise!

Dia terkedu sebelum sekali lagi mengangguk. Memang lurus! Memang kampong sangat!

“Tapi saya pun ada syarat jugak,” ujarnya terus membuatkan mataku membulat. Amboi, pandainya nak pakai syarat jugak!

“Just say it. I will try to reconsider it,” balasku dengan bunyi yang memang sombong.

Aku nampak halkumnya bergerak-gerak. Entah gugup atau cuba menahan rasa tidak puas hatinya, aku sendiri pun tidak pasti.

“Saya tak nak sain kontrak ni. Dalam islam tak ada kahwin kontrak. Bila urusan kita bersama dah selesai, saya akan lepaskan awak macam mana yang awak mahukan. Boleh?”

Oh..terasa sungguh kejahilan diri. Mungkin saat ini aku nampak sangat bodoh di depannya, nampak sangat kosong dalam ilmu agama. Sungguh aku tidak tahu tapi untuk mengaku kesilapan diri, aku tidak rela.

“Baik. Aku pegang kata-kata kau. Kalau kau langgar mana-mana syarat lisan ni, aku akan tarik balik semua pertolongan yang aku berikan pada kau. Faham?” gertakku dengan lagak serius. Separuh rela juga sebenarnya. Tapi aku tahu, jejaka kampong yang lurus bendul seperti dia pastinya boleh aku pijak-pijakkan kepalanya sampai dia menurut kataku.

Dia mengangguk setuju. Sekali imbas, aku pandang wajah bulat itu. Sangat kemerah-merahan kulitnya, mungkin tak tahan hangat dibakar mentari. Tinggi orangnya tapi berisi sedikit. Huh, macam manalah tok wan beria nak padankan aku dengan dia! So not my taste!

“Okay. Kalau  ada apa-apa masalah sila kontak nombor aku. Jangan nak mengadu straight kat tok wan. Aku paling pantang orang suka mengadu ni. Faham?” tegasku di akhir bicara. Cuba memberi peringatan keras. Sakit hati bila teringat setiap perjumpaan kami ini mesti  di atur tok wan atas permintaan dia.

Wajah itu nampak sedikit tersentak. Hmmm...tahu pun terasa! Bagus!

“Err...saya minta...”

“Whatever! Aku tak nak dengar!” cantasku tanpa sempat dia menghabiskan kata-katanya.

Bola mataku terkesan raut wajah itu berubah muram. Tapi Puteri Nadrah tak akan pernah kisah perkara remeh macam ni! Buang masa!



***
Sudah banyak kali lelaki itu ke hulu dan ke hilir di hadapanku. Nampak macam tidak senang. Lalu majalah yang sedang aku baca segera aku tutup dengan kasar. Nak baca pun tak senang kalau ada gangguan macam ni!

“Apa masalah kau hah gemok?” Soalku sedikit kasar. Sudah hilang sabar. Memang banyak sabar aku dah hilang sejak berumah tangga dengan si gemok, Ahmad Muiz intan payung Tok Wan yang seorang ni!

“Err...Muiz nak bagitahu awak something. Tapi Muiz takut awak terkejut,” luahnya dalam nada ragu-ragu.

Naik juling mata aku mendengarnya. Menyampah!

“Cakap ajelah. Aku tak makan lagi orang setakat ni. Nak-nak yang gemok macam kau ni! Obesity pulak aku nanti.” ujarku dalam nada sindiran juga.

“Betul ni?  Awak tak marah?”

Aku jeling dia kali ini. Berani betul mengajukan soalan yang berulang pada aku. Sekali aku naikkan kening macam Ziana Zain mahu si Muiz ni terkencing! Banyak sangat songehnya.

“Muiz...” Meleret suaraku menyebut namanya. Amaran fasa pertama.

“Okay...Okay...sebenarnya Muiz dapat tawaran jadi pensyarah kat tempat awak belajar.”

Kepala aku jatuhkan beberapa kali. Faham dengan kandungan maklumat yang disampaikan. Tiada apa yang perlu nak dimarahkan setakat ini. Apalah yang si Muiz ni fikir sampai dia nak gelabah sakan. Sungguh aku tak faham!

“I don’t see any problem Muiz. Apasal kau nak kelam kabut sangat ni?” Tanyaku masih dalam lagak tenang.

Kali ini Muiz melabuhkan duduknya di sebelahku. Wajahku yang bebas dari make-up dipandangnya penuh gusar. Kaca mata jenama Rayban yang tersangkut di batang hidungnya segera dibetul-betulkan sebelum membawa tangannya ke belakang leher.

“Awak tak marah ke? Tak takut kawan-kawan awak tahu pasal kita?” Akhirnya apa yang bersarang di dalam fikiran Ahmad Muiz ini terluah juga.

Bibir aku ketap perlahan cuba menahan tawa. Tapi tawa itu meletus juga. Apa jenis soalan dia tanya ni? Tak praktikal langsung! Tak mencabar IQ pun.

“Kenapa awak ketawa?” Polos betul Ahmad Muiz ni! Dasar orang kampong! Lurus macam kayu pembaris!

Aku geleng kepala sebentar sebelum menjawab.

“Dear gemok, kalau kau tak bagitahu, orang lain tak akan tahu. Relaks! Let me control the game. Kau ikut je faham?” Dengan lagak angkuh seperti biasa, aku menenangkan kepala kusutnya si Muiz.

“Ohh...aah kan! Apalah saya ni!” gumam Muiz, nampaknya dia turut bersetuju dengan idea bernasku.

“Pandainya awak!”

Amboi, nada suaranya ini tak dapat aku pastikan jenisnya. Perli atau memuji. Tapi seperti biasa, aku kisah apa dengan kata-kata dia. I own him! Hanya aku yang boleh mengawal rentak jalan cerita rumah tangga kami ini. Bukan dia.

“Mok, tolong angkat aku naik atas. Aku malas nak jalan,” arahku bila aku sudah malas nak bermalasan di atas sofa di ruang tamu rumah Tok wan ini.

Pantas dia mengangguk setuju. Tak tahulah aku apa yang difikirnya kerana dia rela sahaja aku membulinya. Tak membentak pun bilamana aku dengan suka hatinya memanggilnya ‘gemok’. Sabar aje melayan karenahku tanpa terfikir  untuk mengambil kesempatan. Jadi, mungkin sebab itu aku tak kisah untuk ber’skinship’ dengannya. Tambahan pula kami halal!

“Gemok, aku teringin nak makan pavlova yang kau buat haritu.” Usulku bila tubuh ini sudah berada di atas belakangnya. Teringat-ingat pula pavlova yang dia buat minggu lepas. Pavlova yang dibuatnya selepas dia melihat cara membuatnya  di kaca tv.

“oh, awak nak makan bila?”

“Tak kisahlah. Asalkan dapat makan,” balasku acuh tak acuh sebelum menyembamkan wajahku di bahunya. Mengantuk.

“Okay. Sleep tight my little star,” bisiknya di telingaku sebaik sahaja tubuh ini diletakkannya dengan berhati-hati diatas katil.

Dengan mata yang hampir terkatup rapat, aku memegang lengannya.

“Kau nak ke mana?” Serak suaraku menyoalnya.

Muiz senyum segaris sebelum menjawab.

“Nak siapkan baju untuk awak esok.”

“Okay. Jangan tidur lambat.” Anggap sahaja aku yang mamai bilamana aku memberi pesanan begitu padanya.

“Baik!” balasnya lalu membetulkan selimut di tubuhku sebelum berlalu ke pintu.

***

Campak dan terus mencampak. Dan Muiz hanya mampu memerhati dengan wajah sedihnya. Dan aku seperti biasa tak ambil pusing rasa hatinya. Sehingga katil lelaki itu penuh dengan pakaian dan tenaga aku juga hampir habis barulah aku berhenti dari terus mencampak baju-bajunya di atas katil.

“Ini aje yang kau ada?” Soalku garang.

Muiz menjatuhkan kepalanya dengan perlahan-lahan. Mengaku.

“What is this? Zaman bila punya ni? Gemok... Tok Wan pun dah tak pakai fesyen baju macam ni, kau tahu tak?” perliku dengan kepala pula menggeleng. Sungguh aku tak percaya!

Muiz cuba mencapai salah satu baju yang aku campak tadi, tapi aku pantas merampas pakaian out dated itu. Jangan harap dia boleh pakai!

“Nadrah...bagilah baju tu. Muiz nak iron. Esok dah start kerja,” rayunya dan sekaligus cuba menghampiri aku.

Kali ini aku cekak pinggang. No! Dia tak akan boleh pergi masuk Universiti aku dengan kemeja zaman Jepun tu!

“No! Jangan cuba nak malukan aku!” tegasku lalu mencampak baju kemejanya kembali ke katil sebelum menarik tangannya ke luar dari biliknya.

“Kita nak ke mana?” Tanya dia polos.

“Shopping!”

“Tapi Muiz takde duitlah.”

“Relaks! Aku tahu kau takde duit. Tapi aku ada!” jawabku dan terus menekan pedal minyak, menuju ke pusat membeli belah.

“Muiz tak nak! Muiz malu. Kita balik ya? Nanti Muiz gaji, Muiz belilah yang baru. Bolehlah ya? Kita balik ya?” Dia cuba pula memujukku kali ini.

Tapi aku balas dengan dengusan. Tanda amaran!

“Maaf kalau awak marah. Tapi cukuplah dengan ihsan awak bagi tempat tinggal, makan dengan spek mata berjenama yang saya pakai ni. Biarlah baju saya...saya beli sendiri bila.... saya dah dapat duit.”

Mendengar kata-katanya itu, aku terus memulas stereng ke bahu jalan dengan serta-merta. Mujur sahaja kereta tak banyak. Kalau tak aku dan Muiz dah ‘jalan’!

‘’Yang kau nak syahdu sangat ni kenapa? Kan aku dah cakap aku ada duit. Sekarang kau duduk diam-diam. Jangan nak goncang emosi aku dengan ayat tangkap leleh kau tu. faham?” gertakku dengan mata yang sengaja dijegilkan padanya.

Dan dengan separuh rela, Muiz ikut juga arahan aku. Sehingga kereta tiba ke destinasi, Muiz hanya diam tanpa suara. Mungkin dia protes. Tapi aku jenis tak kisah!

 “Ini semua baju yang aku beli ni, aku nak kau pakai esok dan hari-hari kerja kau yang seterusnya. Tak tahu nak mix and match baju, meh sini datang bilik aku. Biar aku tolong!” Beritahu aku sebaik sahaja kami tiba dirumah atau lebih tepat lagi di dalam kamarnya. Beg kertas yang berpuluh-puluh jumlahnya, Muiz letak segera di atas katil.

Macam biasa, Muiz jadi burung belatuk. Hanya tahu mengangguk bila dia tak mampu nak merajuk dengan aku!

“Minyak wangi...”

“The perfume is compulsory! Aku suka bau dia dan aku suka bila kau pakai. Lagipun kau tahukan bau badan kau macam mana kalau kau banyak buat kerja?” cantasku dengan nada tegas.

Serta-merta pipi Muiz yang putih gebu itu menjadi kemerah-merahan. Malulah tu! tapi aku tak salah! Sebab benda betul dan aku cakap depan-depan dia. Bukan buka aib dia depan orang ramai. Kan?

“Okay. Untuk esok kau cuba pakai baju ni dengan seluar ni. And the tie...ah, kau ambil yang ni” Aku terus mengeluarkan baju dan seluarnya, membiarkan beg-beg kertas yang mengandungi pakaian miliknya berterabur di atas lantai sebelum menghulurkannya pada lelaki itu.

Baju, seluar serta tali leher yang aku hulurkan pada Muiz segera lelaki itu sambut sebelum mengukir senyum kecilnya. Nyata dia juga suka dengan pilihan aku!

“Pandailah awak pilih. Mesti selalukan awak beli baju-baju lelaki ni.”

Ayat tu macam...tubuh segera aku pusingkan menghadapnya. Elok-elok aku nak beredar, dia bagi soalan yang ada kandungan perli pula! Bikin panas ajelah! Jari telunjuk aku luruskan menghala wajahnya bersama renungan tajam.

“Kau...perli aku ke?”

Muiz geleng laju-laju. Muka serba salah jelas terbias di situ. Secara rasionalnya, aku tahu Muiz bukan orang yang suka memerli dan tadi tu aku tahu dia tak ada niat pun nak perli. Tapi aku dan telinga nipis milik aku ini yang tak mampu nak mencerna positif dek badan yang letih. Namun, tetap aku nak buat dia rasa bersalah sekaligus mengenakan dia!

“Macam ni kan kau balas budi orang yang tolong kau?”

“Sssa....Muiz minta maaf...” Dia pandang  aku dengan rasa gementar. Memang dalam rumah tangga ini, akulah pihak dominannya. Yang lebih kasar, yang lebih dahulu buat keputusan, yang lebih mengeluarkan arahan, yang lebih....melindungi? Aha...itu aku tak pasti!

Malas nak berlama mengenakan dia, aku gamit lelaki itu dengan tangan, memintanya menghampiri. Dan tanpa membuang masa, Muiz ikut sahaja arahanku. Dia tak bodoh. Dia tak dayus. Dia Cuma lelaki lurus yang aku ambil kesempatan!

“Aku mengantuk. Nak tidur. Tolong bawa aku ke bilik,” arahku sebelum menguap kecil. Layu sudah mata ini.

Mendengar itu, Muiz terkebil-kebil sebentar sebelum memaut tubuhku ke dalam gendongannya seperti ala-ala bridal style tak jadi versi kami.

Usai meletakkan aku di atas katil, Muiz membetul-betulkan selimutku sebelum menapak keluar. Baru sahaja dia memulas tombol pintu....

“Congrats. And  good luck for tomorrow!” ucapku lalu mengiring menghadap dinding. Mata juga aku pejam rapat. Sungguh aku mengantuk. Dah malas nak fikir apa dah. Cuma yang aku dapat rasakan hanyalah kucupan hangat di dahiku. Mungkin ini mimpi. Muiz tak akan mampu melangkaui batas skinship kami dengan ciuman kerana aku tersangat melarangnya!

***
Badan aku pusingkan ke belakang bila suara sumbang Baihakki memanggil namaku. Lelaki ini memang bermasalah dengan nada suaranya. Langsung tak menyejukkan hati! Tak macam Muiz! Ehh??

“Lajunya kau jalan,” rungut Baihakki sebaik sahaja lelaki itu berdiri di hadapanku dengan nafas tercungap-cungap. Macam penat sangat! Padahal tak sampai 10 minit pun dia berlari ke arah aku.

“Asal?” Soalku sambil menyeka peluh di dahi. Panas!

“Hehe...aku saja je nak tegur kau. Eh, kau buat apa ya sekarang? Busy betul sampai lupa night life kita!” balas Baihakki dengan senyuman jahatnya.

“Night life tengkorak kau!” marahku lalu menarik telinga kirinya.

Dan si budak Baihakki ini pun hanya mampu mengaduh sakit. Memang salah dia pun. Cakap macam aku selalu pergi club. Dia ingat aku macam dia yang ada dua alam? Siang pelajar cemerlang, dan malam harinya kaki clubbing. Baru dua tiga kali aku pergi dengan dia, terus dia cop muka aku dua alam! Ada night life? Memang tak patut!

“Sakitlah Nad!” Baihakki menyeringai sakit dengan tangannya mengusap telinga yang telah aku pulas tadi.

“Aku busy sikit. Ada hal. Lagipun aku bukan gian macam kau sampai hari-hari nak pijak lantai club,” balasku sekaligus memerlinya.

Baihakki hanya mencebik bosan.

“Aku dengar ada pensyarah baru masuk ya?” Aku mencuba mengalih topik dan dalam masa yang sama merisik maklumat dari Baihakki si bulletin utama ini mengenai Muiz. Aku mahu tahu keadaan semasanya. Kerana aku tahu, Muiz akan jadi pensyarah untuk kelas Baihakki. Itu pun setelah aku mencuri lihat jadual mengajar milik dia pagi tadi.

“Aah. Lelaki. Ahmad Muiz namanya. Boleh tahanlah dia ajar. Yang susah nampak senang pulak. Tapi yang tak boleh blah tu, si Sherry yang acah-acah baik tu asyik nak menempel je. Sampai aku nak minta Sir Muiz tu ajar aku topik lain  pun si Sherry ni nak caras. geram betul aku!” Cerita Baihakki dengan mimic air muka tak puas hatinya.

Aku yang mendengarnya hanya mampu menyunggingkan senyuman sinis sendiri. Tak sangka si gemok ni ada peminat juga! Dan bagai di seru-seru, dua batang tubuh yang sangat aku kenali melintas di hadapan aku dan Baihakki.

“Baihakki.” Tegur Muiz pada lelaki yang sedang duduk di sebelah aku ini.

“Sir!” balas Baihakki dengan senyuman ramah.

Sekalipan aku tetap melirik pada penampilan Muiz meskipun si Sherry acah-acah baik itu giat memerhatiku. Menarik! Pandai aku jadi stylist dia! Bangga aku dalam hati.

“Sir jangan nak layan budak dua orang ni. Bukan bagus sangat. Malam-malam ada aje agenda. Dasar kaki clubbing!” Sherry cuba mempengaruhi Muiz bila melihat lelaki itu nampak senang melihat aku dan Baihakki.

Pandangan Muiz mula tepat pada anak mataku. Baihakki pula sudah menarik tangan aku untuk berdiri. Dia dah panas dengar Sherry bercakap buruk tentang kami. Memang betul Baihakki dan aku kaki clubbing tapi dengan bercakap buruk depan orang lain tentang kami, bukankah dia pun tak kurang buruknya?

“Hei, perempuan! “ jeritku. Geram!

“Tengok sir?” adunya pada Muiz.

Serentak itu aku menerkam dia. Menarik-narik rambut dia. Sherry tak tinggal diam, rambut milikku juga ditariknya kasar.Muiz dan Baihakki yang terkejut segera maju untuk meleraikan drama tarik menarik rambut kami.

Muiz menarik kuat badanku sebelum memelukku dari belakang. Sampai terangkat-angkat kaki aku dalam cubaan nak menendang si Sherry. sementara Baihakki cuba meleraikan pegangan tangan Sherry di rambutku. Para pelajar yang melintasi kami bersorak melihat insiden itu. Tapi penangan Baihakki semuanya bersurai.

“Enough!” Muiz meninggikan suaranya. Membuatkan aku dan Sherry sama-sama terkedu. Tambah-tambah aku!

“Baihakki, Sherry awak berdua boleh balik. Awak ikut saya,” arah Muiz dengan jari telunjuknya lurus ke wajahku.

Sherry mendengus tak puas hati dan beredar dari situ. Manakala Baihakki memandangku sebelum menepuk perlahan bahuku.

“Sir, saya balik dulu.” Pamit Baihakki lalu meninggalkan aku bersama Muiz.

“Jom. Ikut saya!”ajak Muiz dan aku hanya membuntuti langkahnya. Sungguh aku geram dengan tindakannya melepaskan Sherry begitu sahaja sedangkan aku bakal di kenakan hukuman!

Masuk sahaja ke biliknya, aku terus melabuhkan dudukku di atas kerusinya. Bukan di atas kerusi yang biasa di duduki para pelajar yang akan mencarinya. Muiz nampak macam tak kisah kerana tanpa sebarang protes dia melabuhkan duduknya di atas kerusi yang bukan sepatutnya dia duduki.

“Kau tahu aku marah?” Tanyaku dengan jelingan yang tajam. Jari jemari pula aku bawa ke rambut. Membetul-betulkan kekemasan rambut yang hampir rosak dek ulah Sherry. Mahal-mahal aku buat treatment, perempuan acah-acah baik tu dengan selambanya tarik-tarik. Memang salah aku sebab tarik rambut dia dulu, tapi tak boleh ke dia pura-pura pasrah dan lemah? Haish...geram betul!

Muiz jatuhkan kepalanya beberapa kali. Nafasnya di tarik dan di hembus lemah.

“Nadrah....Muiz minta maaf. “

Tapi aku pura-pura tak dengar permintaan maafnya. Sengaja.

“Muiz tak nak awak kena gantung semester sebab awak gaduh tadi. Inikan sem akhir. Tak baiklah buat perangai. Awak fahamkan?” Kali ini Muiz cuba pula memujukku.

Diam. Sebenarnya aku penat. Penat bergaduh. Sampai nak cari gaduh dengan Muiz pun aku dah malas. Jadi aku terima sahajalah apa pun alasan dia.

“Okay. Aku maafkan. Tapi sekarang aku penat....”

“Errr...Muiz tak boleh nak gendong awak macam kat rumah. Sini fakulti. Apa kata lecturer dengan students kalau....”

“Eh, stop! Siapa cakap aku nak suruh kau gendong aku sekarang.” Potong aku sebelum dia sempat menghabiskan kata-katanya.

Muiz segera tayang gigi penuhnya. Maklumlah tersalah bicara. Serentak pipi gebu itu cepat aje bertukar merah.

“Perasan! Aku memang penat. Tapi sebab aku penat dan masih ada rasa marah-marah kat kau jadi, aku nak kau teman aku pergi spa. Aku nak relaks!” tambahku dengan senyuman jahat. Boleh tahan tahap perasan kau ya Ahmad Muiz!

“Spa?” Muiz bertanya ringkas.

Aku jatuhkan kepala. Mengiakanya.

“Sekarang lunch kan? So, itu denda kau! Teman aku pergi buat rawatan spa. Stress aku menjerit dengan tarik-tarik rambut perempuan acah-acah baik tu. kalau betul-betul baik takpe jugak. Ini jahat. Habis rambut aku,” balasku dan berdiri sambil membebel sendiri tentang  kejadian tadi.

Dan Muiz juga bangun mengikuti. Tabah dan pasrah mendengar bebelan dan rasa tidak puas hatiku mengenai Sherry sepanjang perjalanan kami.

HUJUNG MINGGU yang sangat penat. Mengerahkan sepenuh perhatian pada kertas kerja projek akhir memang bukan antara senarai aktiviti yang pelajar suka buat! Bila aku kerling pada Muiz yang khusyuk membaca buku tebal rujukannya, aku jadi tambah-tambah muaknya! Bukan apa aku jadi ingat dengan final exam yang akan bermula lagi sebulan.

“Kenapa pandang Muiz macam nak makan?” Muiz tersedar juga aku sedang memerhatikannya.

Tidak menjawab pertanyaannya aku malah membetul-betulkan bentuk rambut.  Tadi lepas bebas, sekarang bersanggul macam orang dalam pantang! Usai itu, aku mula menggerakkan kepala ke kiri dan ke kanan.  Melegakan urat leher yang sudah tegang,

“Muiz rasa awak stress! Err...apa kata kalau kita keluar? Ke kinokuniya ke? Taman ke? Zoo ke?”

“Clubbing ke....” sambungku perlahan.

“Aar....apa?”

“Tak ada apa-apa. Menarik jugak idea kau ni. Aku pun dah malas nak tengok skrin ni. Jomlah kita siap-siap!” Aku bangun dan tarik Muiz.

Tapi Muiz mengeraskan badannya.

“Asal kau ni?”

“Err...takkan nak pergi pakai hot pant dengan singlet je...”

“Yalah! Yalah! Aku tukar!” ujarku separuh geram. Kalau ikut otak aku yang kadang-kadang tak centre ni, boleh aje keluar dengan hot pant dan singlet. Tapi entah kenapa demi Muiz, aku selalu merasa perlu untuk melindungi apa yang hanya lelaki itu yang berhak mendapatkannya. Mesti aku dah gila!

***

“Awak merokok?”

Terangkat bahuku dek sapaan tiba-tiba Muiz. Terus terjatuh putung rokok yang sudah separuh aku hisap. Entah bila masa dia berdiri di belakang aku. Sengaja betul buat aku terkejut!

“Hmmm...bila aku stress. Kenapa? Tak suka?” Aku mengaku sekaligus memprovoknya. Memang aku pantang kalau ada yang nak cuba menyibuk urusan peribadiku. Walaupun untuk dia yang bergelar suami...

“Bukan tak suka. Tapi rokok kan tak baik untuk kesihatan.”Muiz membalas bersama tazkirah percumanya.

“Kan aku dah cakap. Aku merokok bila stress. Bukan selalu pun!”bangkangku selamba. Membela diri seperti biasa.

Muiz mengeluh berat. Tapi aku masih lagi buat tak tahu. Apa sangatlah seorang lelaki yang bernama Ahmad Muiz ini boleh buat dengan Puteri Nadrah?

“Tapi...”

Aku hentak meja mendadak. Malah tubuh aku angkat berdiri. Dia betul-betul sudah membangunkan naga yang sedang tidur!

“Apa yang kau risau sangat ni! Yang nak sakit tu aku! Yang nak mati pun aku! Bukannya aku hisap rokok guna mulut kau! Guna paru-paru kau!” tengkingku lantang.

“Muiz tahu. Tapi muiz rasa tak patut sebab awak isteri muiz. Jaga kesihatan awak kan salah satu kewajipan Muiz,” balas dia bersungguh.

Dengan sinisnya aku menghamburkan tawa. Apa? Isteri? Kewajipan? Muiz masih dalam alam mimpi rasanya. Perlukah aku sedarkan dia? Sedarkan dia yang perkahwinan dan status ini tak akan ke mana-mana?

“Come on, Muiz! Come to your sense. This relationship won’t take us forever! Sedarlah.”

Saat ini Muiz diam menunduk. Mungkin dia baru tersedar dengan hakikat ini.

“Lagipun, tak payahlah kau nak cerita bab kewajipan semua ni. Nak muntah aku! Kau pun menumpang duduk rumah aku. Makan guna duit aku. Ada hati nak cerita pasal kewajipan? Huh!” tambahku bersama kata-kata perlian.

“Jadi saya...”

“Yes! Shut your mouth up and keep the game on, Muiz. Susah sangat ke? Kau jaga hal kau  dan buat  apa yang aku suruh. Faham?” bentakku memintas ayat seterusnya dari Muiz sebelum mengangkat kaki masuk ke dalam rumah.

***

 Baihakki datang dan menghempaskan buku-bukuannya di atas meja dengan rasa marah. ekspresi yang sangat jarang aku lihat sepanjang aku berkawan dengannya kerana Baihakki seorang yang sangat menghormati ilmu walaupun untuk seorang yang suka clubbing. Mungkin ada yang menjolok sarang tebuan itu.

“Kau tahu apa? Aku rasa macam nak bunuh Sherry sekarang!”

“Explain!” Aku meminta penjelasan bersama pandangan yang sekali sekala di fokuskan pada skrin laptop dan juga lelaki itu. Cuba untuk ‘membunuh dua ekor burung dengan satu batu’.

“Melampau. Sekarang dia dah rapat nak mampus dengan Sir Muiz tu! Dasar perempuan jahat. Dengan Sir Muiz yang lurus tu pun nak goda. For sure untuk kepentingan dia!” marah Baihakki dalam masa yang sama menerangkan kejadian yang sebenar.

“Sir Muiz dan Sherry?” Suara aku agak kedengaran bergetar. Diserang rasa geram tiba-tiba.

Baihakki mengangguk mengiakan.

Lama aku berfikir. Ya, memang sejak malam aku tertangkap merokok dengan Muiz, lelaki itu agak diam dari biasa. Hanya menurut setiap arahanku tanpa bersoal jawab lebih. Malah, sebarang skinship makin dia elakkan. Contohnya, bila aku minta di gendong, dia memberi beribu alasan.  Tapi sekarang alasannya hanya satu. Semuanya sebab Sherry! Dah ada dahan untuk berpaut rupanya!

“You know what....”

“Apa?”

“Jom pergi clubbing malam ni. Kita release tension!” sambungku dengan otak yang sudah merangka rancangan jahat. Rancangan untuk membalas dendam.

“Set!”  sahut Baihakki yang tak tahu menahu. Hanya menurut dengan rasa gembira.

PERLAHAN-LAHAN aku menapakkan kaki masuk ke dalam rumah. Bila kasut tumit tinggi sudah aku letakkan elok di dalam cabinet kasut, segera pula aku menapak ke sofa di hadapan ruang tamu. Melepaskan lelah di situ. Namun, serentak itu lampu ruang tamu menyala. Aku menjangkakan Muiz akan berdiri di belakangku dengan raut risaunya. Tapi...

Bila aku palingkan wajah ke belakang, raut wajah tok wan yang merah padam menyapa pandanganku. Mampus aku!

“Puteri Nadrah! Awal kamu balik? Kenapa tak balik masa subuh je?” tegur Tok wan dengan suara tinggi.

Cepat-cepat aku bangun berdiri sambil tertarik tarik baju dress paras lutut ini. Eii...macam mana Tok wan boleh ada pulak ni? Kenapa si gemok tu tak call aku bagitahu?

“Err...tok wan? Bi...bila Tok wan sampai?” Tergagap-gagap aku menyapa Tok wan tanpa menjawab soalan bernada perlinya tadi.

Tok wan mendengus kasar. Wajah itu nampak sangat marahnya. Sampai urat tua itu kelihatan.

“Muiz! Macam mana kamu ajar isteri? Balik pagi buta macam ni? Macam jantan! Pakai baju tak cukup kain. Ingatkan dah kahwin makin berubah! Rupanya tak!” marah tok wan mengarah ke belakangku.

Serentak itu aku berpaling ke belakang. Wajah Muiz yang serba salah menyapa ruangan mataku. Bila Muiz menapak menghampiri Tok Wan, segera Tok Wan menghayunkan tongkat yang digunakan untuk menampung badannya ke belakang badan Muiz dengan kuat beberapa kali.

Muiz terjatuh menyembah lantai dengan wajah yang menahan kesakitan. Aku tahu, walaupun tok wan sudah memasuki angka 80 tapi kekuatannya aku tak pernah sangkal. Bekas guru silat itu masih berbisa penangannya. Pasti berbirat belakang badan Muiz. Suamiku  itu seakan-akan pasrah sahaja menerima hukuman daripada Tok Wan.

Bila Tok wan mahu memukul belakang badan Muiz sekali lagi, aku segera menerpa kea rah Muiz dan menghalang tongkat itu dari terkena di badan itu. Sungguh aku di serang rasa bersalah!

“Tok wan, Nadrah janji tak buat lagi. Jangan pukul Muiz dah,” rayuku sambil memeluk belakang badan Muiz.

Tok wan perlahan-lahan mengangkat tongkatnya menjauh dari badan lelaki itu. Aku menarik nafas lega.

“Tok wan rasa menyesal nikahkan kamu dengan Muiz. Sungguh tok wan katakan!” Tok wan melabuhkan duduknya di sofa. Sekali-sekala dia mengelelngkan kepala. Kesal dengan aku!

Badan Muiz aku cuba paut. Tapi lelaki itu segera menjauh. Menolak bantuanku dalam diam. Buat aku terasa hati secara tiba-tiba. Bila aku pandang dia, anak mata itu terus dilarikan dari memandang wajahku.

“Nadrah minta maaf tok wan,” pintaku sambil menundukkan wajah ke lantai.

“Tak payah minta maaf pada tok wan. Itu minta maaf pada suami kamu tu.  tok wan pukul dia sebab kamu. Untuk sedarkan kamu!” pintas tok wan dengan nada tinggi.

Mendengar itu aku jadi terkaku. Betul! Muiz kena pukul sebab aku. Semuanya salah aku!

“Tok wan menyesal paksa kamu nikah dengan Nadrah, Muiz. Tok wan minta maaf....” tambah tokwan meminta maaf pada Muiz pula.

Sedangkan Muiz hanya diam tanpa membalas apa-apa.

“Dan kalau kamu nak ceraikan Nadrah, Tok wan pasrah. Kamu memang terlalu baik untuk Nadrah. Hidup kamu mungkin lebih baik tanpa dia.” Sambung tok wan lagi dan terus membuatkan aku mengangkat kepala memandang wajah Tok wan dan Muiz silih berganti.

Tapi Muiz masih tidak membuka bicaranya. Buat hatiku tiba-tiba di serang panik. Muiz nak ceraikan aku?

“Kamu berdua pergilah naik atas. Hujung bulan ni kita settle kan urusan perceraian kamu kat pejabat agama,” putus Tok wan lalu bangkit meninggalkan aku dan Muiz berdua di ruang tamu.

Aku melepaskan lelah sebelum menghenyakkan punggungku di atas sofa usai bayangan tok wan menghilang. Jari jemari pula aku bawa ke dahi, memicit-micit di situ. Pening! Namun, bila Muiz juga mahu meninggalkan aku di ruang tamu, tanpa membuang masa aku mengikutinya juga.

Apabila dia mahu menutup rapat pintu bilik, aku segera menahannya sebelum membolos ke dalam biliknya. Wajah Muiz yang tertanya-tanya tidak aku hiraukan sebaliknya aku terus memegang hujung bajunya.

Muiz menepis dengan rasa terkejut yang tak boleh aku jangkakan.

“Awak nak buat apa?”Dia hampir terjerit menyoalku.

“Buka baju kau!” arahku dan sekali lagi memegang hujung bajunya sebelum menyelaknya sedikit ke atas.

Dan Muiz sekali lagi terkejut.

“Uu..untuk apa?”

Malas nak bersoal jawab lebih, aku tolak badan dia jatuh ke atas katil dengan kuat. Muiz yang tak bersedia jatuh dengan senangnya. Tanpa membuang masa aku menarik bajunya ke atas dan menekan kasar badannya sedikit bila dia cuba nak meronta. Cubaan dia gagal. Huh... Dia tak tahu ke aku ni cucu tok wan!

Minyak gamat yang memang tersedia dalam laci meja sisi katil aku ambil dan buka penutupnya. Muiz yang masih meronta membuatkan aku hampir hilang sabar.

“Aku nak sapu minyak kat badan kau. Bukan nak apa-apakan kau! Sekarang buka baju kau dan duduk diam-diam,” arahku dalam mode bisikan di tepi telinga kirinya. Serentak itu dia membuka bajunya dan terus mendiamkan diri.

Melihat belakang badan Muiz yang berbirat kemerahan hampir membuatkan aku menitiskan air mata tanpa sebab. Apatah lagi di tambah dengan kenyataan yang sebentar lagi hubungan ini akan tamat dengan perceraian.

Sungguh aku menyesal. Niatku keluar dan balik pagi-pagi buta adalah untuk menyakiti hati Muiz dan cuba meraih perhatiannya padaku yang semakin hilang bila Sherry semakin merapatinya. Tapi tidak aku sangka pula Tok wan akan berkunjung dan terus mengambil keputusan sedrastik ini.

“Sakit?” soalku sedaya upaya menahan sebak. Jari jemari ini pula masih lagi menyapu lembut permukaan kulitnya yang kemerahan.

Muiz mengangguk perlahan. tapi wajah yang masih di sembamkan ke permukaan bantal iitu menyukarkan aku untuk menebak air mukanya.

Ah, buat apa nak membaca air mukanya lagi! Siapa-siapa pun akan marah kalau dikenakan hukuman di atas sesuatu yang bukan salahnya. Malah, Muiz dari tadi cuba mengelak memandangku. Mungkin sudah terlalu benci dengan aku!

“I’m sorry....” Aku meminta maaf lalu memeluk belakang badannya erat. Sudah tidak aku hiraukan bau minyak gamat yang akan melekat di bajuku.

Untuk beberapa saat Muiz tidak memberi respon. Hanya membiarkan aku dan tangisanku yang semakin membasahi belakang badannya yang tidak berbaju. Tapi setelah itu, aku merasakan tanganku di alihkan dari terus memeluknya. Muiz bangun menghadapku. Malah tubuh ini di bawa pula ke dalam dakapan hangatnya. Erat!

Ubun-ubunku dikucupnya perlahan sebelum jatuh pula di bahuku yang memang tinggal tali dress sahaja.

“It’s okay...” bisiknya setelah lama mendiamkan diri dan di selang selikan dengan kucupan di ubun-ubunku.

Entah kenapa, bila dia mengucup ubun-ubun tadi, aku rasa sebak dan mula memandang berat dengan hubungan ini. malah, aku sedar bahawa tiada satu pun kewajipan sebagai isteri yang  aku pernah jalankan dengan sebaik-baiknya. Apatah lagi fikiran ini masih lagi teringatkan kata-kata tok wan tadi. Ah, ada apa dengan Ahmad Muiz ini? kenapa aku tidak boleh melepaskannya? Bukankah ini satu peluang melepaskan diri dari lelaki ini? kenapa aku rasa tidak rela?

Aku tersedar dari lamunan bila Muiz melepaskan pelukan dan cuba mengangkat tubuhku. Dia menyangkakan aku sudah lena dan mahu membawa aku ke kamar seperti biasa. Tapi aku keraskan tubuh dan pegang lengannya kemas.

Muiz nyata terkejut dan cuba menjauhkan diri. Namun, pegangan kemasku di lengannya membataskan pergerakkan lelaki itu. Bila dia nampak leka dengan renunganku, lengan itu segera aku tarik dengan mudahnya. Hasilnya, badan Muiz jatuh di atas badanku.

“Aku tak akan lepaskan kau dengan mudah,” bisikku di tepi telinganya sebelum mencium lembut bibir itu dan Muiz yang awal-awalnya nampak teragak-agak mula membalasnya. Malam itu, Muiz benar-benar menjadi lelaki dan suami untukku.

***
“Muiz! Bangun subuh!”

Suara Tok wan menyedarkan aku dari lena. Untuk seketika aku mengeliat membetulkan urat badan yang seakan-akan sudah remuk sebelum memandang wajah Muiz yang masih lena tak berkutik walaupun Tok wan memanggilnya untuk subuh.

Tuala putih milik Muiz aku balutkan ke badan sebelum menapak ke almarinya, mengambil jubah mandi dan memakainya ke badan. Selesai menutup badan aku bergerak ke pintu tanpa membangunkan Muiz.

Apabila aku sudah bersedia untuk membuka pintu, Tok wan terlebih dahulu membukanya. Wajah tua itu nampak terkejut sebelum pandangan itu di halakan pula pada Muiz yang masih nyenyak di atas katil.

“Nadrah...” Suara serak Muiz yang tiba-tiba memanggilku menambahkan lagi kerutan di dahi Tok wan. Bertambah curiga sebenarnya.

“Nad cuba kejutkan Muiz tapi dia tak nak bangun!” beritahuku sebelum menapak keluar dari bilik Muiz dengan wajah sehabis tenang.


FUHH! Aku melepaskan nafas lega. Nyaris tertangkap dengan tok wan. I’m totally insane! Bisik hatiku lalu mengetuk kepala perlahan. Bila semua rasa sudah reda, aku mengambil tuala milikku dan berjalan ke bilik mandi, membersihkan diri.

SUASANA sarapan pagi ini sangat menyebalkan. Tok wan dengan pandangan penuh tersiratnya dan Muiz yang bila bertentang mata denganku wajahnya terus bertukar merah! What is wrong?

“Tok wan balik petang ni.” Tok wan membuka bicaranya sambil memandang wajah aku dan Muiz.

“Petang ni? Kenapa tak esok?” Tanya Muiz pula, mula membuka bicara.

Sedangkan aku lebih suka mendengar sahaja tanpa bertanya. Lagipun tok wan memang tak suka duduk rumah orang lama-lama.

“Tok wan rasa semua dah okey. Jadi tok wan nak baliklah. Tak nak ganggu rumah tangga kamu berdua,” balas Tok wan bersama senyuman kecilnya.

“Err...” Muiz yang mendengar jadi kelu.

“Nad dah siap!” Aku mula berdiri dan membawa pinggan kotor ke sinki. Apa-apa bual bicara antara Muiz dan Tok wan sudah tidak aku dengar lagi. Kalau ada, mesti kata-kata nasihat dari tok wan untuk Muiz.

***

“Buat apa?” Aku menegur Muiz yang sedang sibuk mengasingkan telur putih dan kuning sebelum memasukkannya ke dalam bekas yang berasingan.

Muiz berpaling dan memandang aku dengan wajah yang masih malu-malu.

“Kek coklat,” balasnya ringkas.

Aku mengangguk perlahan sambil melabuhkan duduk di atas bar chair, berhadapan dengan lelaki itu.

“Hari tu kau keluar dengan Sherry. Best ke?” Aku cuba merisik maklumat atau sebenarnya mengorek rasa hati lelaki itu mengenai Sherry.

Muiz nampak serba salah tiba-tiba. Mungkin dia rasa bersalah kerana menipu di belakang aku. Tapi bukan itu yang aku nak tengok.

“Aku tanya je. Sebab Baihakki bagitahu kau makin rapat dengan Sherry,” tambahku lalu memasukkan buah anggur yang sudah di basuh itu ke dalam mulut.

“Sherry tak seronok macam awak. Dia membosankan.” Muiz  berkata perlahan sambil merenung mataku. Pandangan lelaki itu nampak jujur dan ikhlas menyatakan yang sebenar.

“ Bosan? Perempuan manja macam tu bukan lelaki-lelaki suka ke?” provokku dengan kening yang sudah terjungkit sebelah.

 “Bukan semua. Macam saya....saya suka gadis macam awak. Tak hipokrit.”Muiz berterus terang dengan wajah yang bersungguh.

 Mata yang membulat itu nampak comel di pandanganku bila dia bersungguh-sungguh meyakinkan aku. Malah pipi dan dagu yang bulat itu juga nampak comel apatah lagi di serikan dengan wajah yang putih kemerah-merahan itu. Bibirnya yang merah dan kecil itu juga nampak comel. Rasa macam nak gigit!

“Err...awak okey?” Tanya Muiz sambil mengibas-ngibas tangannya di hadapan mukaku.

Tak tunggu lama untuk sedar, aku segera berdehem kecil.

“Aku okey!” sahutku dengan wajah yang acah-acah tenang.

“Err...pasal malam tadi... awak...okey?” Kali ini Muiz mencuba menganalisis reaksiku mengenai peristiwa malam tadi.

Mendengar itu, wajahku tiba-tiba rasa berbahang.

“Aa...aku okey!” balasku langsung berdiri. Mahu cepat-cepat beredar. Apasal si gemok ni berani tanya soalan private and confidential macam ni? Naik segan aku!

Namun, tubuh yang tiba-tiba dipeluk dari belakang membataskan segala pergerakkan aku. Serta-merta badan ini juga jadi kaku tapi tetap rasa hangat dan selesa.

“Terima kasih....sebab benarkan saya menjadi yang pertama dan in shaa Allah terakhir untuk awak, Puteri Nadrah. I’m all yours forever,” bisiknya lembut dan nyaman seperti selalu. Dan kali ini lebih romantis...

***
Setelah beberapa bulan mengharungi tahun akhir sebagai penuntut, akhirnya kesengsaraan ini berakhir dengan kertas terakhir tadi. Dan Baihakki yang baik hati ini telah mengajak aku untuk berjumpa pensyarah kesayangannya, Ahmad Muiz untuk mengucapkan terima kasih.

Dengan separuh relanya aku mengikut lelaki itu. Apabila kami sampai di hadapan bilik Sir Muiz a.k.a suami aku, si Baihakki ini dengan wajah berkeyakinannya ingin mengetuk pintu bilik pensyarah kesayangannya itu. Namun, tindakkannya terbantut apabila suara Muiz kedengaran tinggi nadanya. Seperti sedang marah.

Rasa curiga dan ingin tahu yang membuak menyebabkan aku menarik baju Baihakki apabila lelaki itu mahu beredar dari bilik pejabat Muiz. Aku buat isyarat memintanya untuk mendiamkan diri dan Baihakki mahu tak mahu menurut jua.

“Apa yang saya tak ada Sir? Kenapa dia?” marah suara yang amat aku kenali, tak lain dan tak bukan Sherry!

This is getting more interesting. Bisik hatiku bersama pandangan tersirat pada Baihakki dan lelaki itu hanya menjulingkan matanya tanda tak berminat.

“Saya cantik, baik, pandai. Apa lagi yang kurang?”

“Tak ada apa yang kurang, Sherry. Cuma jodoh saya dengan dia,” balas Muiz masih berlemah lembut.

Tersenyum lebar aku mendengarnya. Kembang hati ini dengan bunga-bunga.

“Ohh...saya tahu! Sebab dia kayakan? Betul kan?” Sherry nampak masih lagi tak berpuas hati.

“Bukan macam tu....” Muiz kedengarannya seperti ingin membetulkan kenyataan yang di buat Sherry tadi.

“Tak payah cakap Sir!” pintas Sherry dengan pantas.

“ Saya tahu dia goda Sir dengan duit dia kan? Dia manjakan Sir dengan bagi barang-barang yang mahal supaya Sir suka dia. Dengar cakap dia. Betul kan?” provok Sherry. Nampak gayanya cuba membakar jiwa Muiz.

“Betul kan cakap saya, Sir suka dia sebab harta kan? Bukan sebab cinta!” Sekali lagi nada suara Sherry seperti menyimbah minyak ke dalam api.

“So, what if i say yes?” bentak Muiz tinggi.

Dan kali ini aku dan Baihakki sama-sama terangkat bahu akibat terkejut.  Tambah-tambah aku!

“Memang saya kahwin dengan dia sebab harta! Kenapa? Awak nak marah?”

Suara Sherry tak kedengaran pula kali ini. digantikan pula dengan tangisan sendunya.

“Saya kahwin dengan dia sebab dia ada segalanya. Saya kahwin dengan dia sebab dia mampu beri apa yang saya tak mampu. Saya kahwin dengan dia sebab dia ada status dalam masyarakat. Dia ada pangkat yang boleh dibangga dipangkal awal namanya. Puas?” marah Muiz lagi.

Entah kenapa hatiku rasa seperti ditikam-tikam bila dia berkata begitu. rasa pedih tiba-tiba. Serentak itu pintu bilik Muiz di buka dari dalam. Wajah Sherry yang sudah merah dengan tangisan terpampang jelas di mataku. Malah, pandangan itu juga tajam.

“Puas hati kau? Dasar perempuan gatal!” herdik Sherry kasar sebelum berlari meninggalkan pejabat Muiz.

“Nadrah?” tegur Muiz dalam nada terkejut. Baru tersedar kewujudan aku dan Baihakki di hadapan muka pintu biliknya.

“Sir, apa yang....”

Soalan dari Baihakki sudah  tidak aku dengar lagi bila kaki ini pantas berlari meninggalkan ruangan pejabat Muiz tanpa menunggu penjelasannya.

USAI tiba di rumah, aku segera menuju ke bilik yang sudah aku huni bersama Muiz selama beberapa bulan ini. Bilik yang asalnya bilik Muiz dan menjadi bilik bersama setelah kami bersetuju untuk tinggal sebilik.

Tanpa membuang masa aku menghampiri almari yang mengandungi baju milik Muiz dan aku keluarkan isinya. Melempar segala barang miliknya ke lantai dengan segala rasa benci. Malah, buku-bukuan miliknya aku lempar merata di atas lantai.

Sumpah jika ini cemburu, aku akan berbesar hati mengakuinya. Tapi ini bukan cemburu tapi sakit hati! Kenapa dalam banyak-banyak sebab aku rasa sakit begini adalah kerana  Muiz mengakui dia mengahwiniku kerana harta? Bukankah sejak dari awal lagi aku sudah menganggap dia mengahwiniku kerana harta? Jadi apa yang bermasalahnya di sini?

‘Dia lelaki kampong memang gilakan harta kau dari mula!’ Bisik akal jahatku.

‘Nadrah, tanya dia dulu. Berbincang. Mana tahu dia cakap macam tu sebab dah marah sangat bila asyik kena provoke dengan Sherry.’ Nasihat akal baikku pula.

“Ahhh!!!” jeritku melampiaskan rasa tertekan.

Serentak itu, Muiz masuk dengan raut cemasnya.

“Nadrah, awak okey?”Soal Muiz sambil menebarkan pandangannya di sekitar bilik.

 Aku jeling dia! Muiz yang hampir mendekat cepat-cepat berundur ke belakang semula. Mungkin gentar dengan jelinganku.

“Sepatutnya aku dengar cakap arwah papa dari dulu.”

Muiz memandangku dengan riak tidak mengerti.

“kau pernah dengar? hanya yang setaraf boleh bersama. Papa cakap darjat garis pengukur bahagia sebab tak akan ada isu siapa manfaat siapa. Tapi sejak aku kahwin dengan kau, aku langgar prinsip yang aku pegang.”

Jika tadi Muiz tidak mengerti, kini wajah itu berganti muram. Tanda memahami isi kandungan kata-kataku yang penuh tersirat.

“Tapi kesilapan yang paling besar pernah aku buat adalah membenarkan hati aku untuk menerima cinta kau dan yang  paling teruk adalah mencintai lelaki yang macam kau!”

Bila Muiz masih diam, aku bertindak mencapai buku cek  yang memang tersedia di atas meja kerja dan menulis sejumlah wang di situ sebelum mencampaknya ke muka lelaki itu.

“Ambil dan berambus dari sini!” jeritku sebelum menolak tubuh itu berkali-kali secara paksa.

“Nadrah tolonglah dengarkan saya dulu....” rayu Muiz.

“Aku tak mahu dengar cakap pembohong macam kau. Kaki kikis! Keluar!”

“Nadrah please...”

Panggg!

Aku tampar dia sekuat hati. Rasa amarah ini memang menutup segala tindakan rasionalku. Wajah Muiz yang terluka berkali-kali tidak sedikitpun mendatangkan belas kasihan padaku. Untuk apa menabur simpati pada orang yang menyakiti? Untuk apa berbelas ihsan pada orang yang berniat nak menikamku dari belakang? Atau yang mengkhianati seperti dia.



***


Kaki aku hentakkan ke lantai tanda protes bila Baihakki memaksaku untuk ke fakulti, menguruskan urusan majlis konvo kami yang tinggal lagi  dua minggu. Sememangnya aku tiada masalah dengan urusan konvo. Tapi secara teknikalnya, aku ada masalah dengan kemungkinan besar yang aku dan Ahmad Muiz akan berjumpa. Dan seperti wanita-wanita konservatif yang lain, aku tetap tak suka suasana ‘kekok’ jika aku dan Muiz bertemu. Moga-moga sahaja kami tidak berjumpa atau si Baihakki tidak tiba-tiba gatal ajak aku untuk menjumpainya lagi!

“ So, sekarang kita Cuma tinggal nak try jubah je. Yang lain semua dah beres. Aku nak kita cepat. Sebab aku tak nak jubah aku nanti terlebih besar or singkat kat badan aku. Sebab kau kan tahu aku paling pantang kalau bergambar dengan figure tak sempurna,” bebel Baihakki sambil menilik beberapa borang yang sudah siap di isi dan di tandatangani di tangannya.

Aku hanya mengangguk sahaja. Memang aku hilang mood nak bersembang lebih. Malah, borang-borang aku semuanya di isi oleh Baihakki dek ketiadaan mood aku. Nampak tak besarnya penangan aura Muiz pada aku? Sampai berada dalam satu tempat yang sama dengannya sahaja aku bisa ‘angin’ satu badan. Inikan kalau terjumpa...

“Tapikan aku laparlah. Apa kata kita pergi makan  dulu,” usul Baihakki dengan mempamerkan riak minta diberi perhatian.

“Okey. Okey. Tapi kat luar kawasan uni boleh?”

“Tak boleh! Aku malaslah nak keluar masuk dengan jumpa pak guard lagi. Dah la aku ni wanted.” Baihakki berkeras tidak mahu menerima cadanganku.

Mahu tak mahu aku terpaksa akur juga. Aku juga tidak mahu Baihakki bersusah lagi.

“Baiklah!”

Pijak sahaja lantai cafe, Baihakki sudah berdiri di hadapan barisan makanan. Terpaksalah aku beralah mencari tempat duduk. Kalau tidak makan berdirilah kami. Tengahari macam ini memang cafe penuh!

Baru sahaja ingin melabuhkan duduk di kerusi, pandangan ini tertancap pada tubuh yang amat aku kenali. Nak lari, tapi dah terlambat! Muiz dah menghampiri tapi bukan menghampiriku. Malah, tanpa menyapaku dia menapak ke dalam cafe seperti tidak pernah melihatku!

Dah buta agaknya! Bentak hatiku geram lalu menyepak batu-batuan kecil menggunakan high heel setinggi 5 cm! Sebagai balasan akibat melampiaskan geram tidak kena pada tempat, kaki kananku terpelecok dan punggungku jatuh menyentuh tanah.

“Ahh!”

“Nad!” jerit Baihakki dari belakang.

“Adoi! Sakitnya!” rintihku sambil membuka kasut tumit tinggi di sebelah kaki kananku.

“Asal kau boleh jatuh ni, Nad? Ya Allah kau ni macam-macamlah!” bebel Baihakki sambil berusaha membantuku bangun.

“Ahh! Perlahanlah sikit. Sakit kaki aku ni!” marahku tak sengaja pada Baihakki.

“Sorry la!” Baihakki meminta maaf segera.

“Kenapa ni, Baihakki?”

Aku pandang si tukang tanya seraya membuat muka menyampah. Geram. Tadi macam buta. Jalan menonong macam tak nampak aku! Sekarang tiba-tiba jadi baik hati bertanya! Hipokrit! Marah isi hatiku.

“Entahlah sir. Boleh pulak si Nad ni tiba-tiba terseliuh hari ni. Biasanya kalau pakai kasut tinggi macam ni, lari pun dia boleh. Hari ni aje bad luck. Terjatuh!” balas Baihakki selamba sahaja terus mengutukku.

Aku jeling Baihakki. Tapi tahu sahajalah lelaki itu mana pernah makan saman! Selalu buat muka ‘kayu’ dia! Macam tak ada apa-apa!

“Mari saya hantar klinik. Awak Baihakki, boleh pergi fitting baju konvo. Nadrah saya tolong bawa ke klinik.”

“Okey sir! Bagus sangatlah tu!” sambut Baihakki gembira.

“Eh, tak boleh! Tak boleh! Baihakki kau kena hantar aku. Lagipun aku tak biasalah dengan orang lain. sir Muiz tak pernah ajar aku. Aku tak biasa. Tak boleh.” Aku memberi alasan tak logic. Kononnya tak mengenali Ahmad Muiz ini. tak kenallah sangat...

“Dont worry. Sir Muiz baiklah. Dia tak makan orang. Kan, Sir?”

Amboi, senangnya Baihakki! Getus hatiku, geram.

Manakala Muiz hanya senyum ringkas membalas sebagai jawapan.

SUASANA klinik kesihatan 24 jam itu begitu tegang buat aku dan Muiz. Dari dalam kereta lagi Muiz tidak berbicara. Aku apatah lagi! Ingin sahaja aku memintanya memberhentikan kereta di perhentian bas supaya senang aku ke klinik dengan menaiki teksi. Tapi akal rasionalku melarang. Apa class naik teksi kalau ada orang boleh hantarkan! Betul tak?

“Aku rasa kau boleh balik.” Dengan selamba, aku menghalaunya pulang. Jemu bila ada teman tapi tak berbicara seperti Muiz. Selebihnya aku lagi ingin menguji ketabahan dia melayan karenahku.

Muiz bangun. Dan aku meneguk air liur dengan payah. Serius dia nak balik?

“Get well soon!” Seraya itu Muiz berjalan perlahan ke pintu lif.

Dan aku yang tiba-tiba di serang tidak puas hati dengan tindakkannya meninggalkan aku begitu sahaja mula membuat ulah! Merebahkan badan secara tiba-tiba di lantai dan cepat-cepat memejamkan mata. Ya, aku berpura-pura pengsan!

Dari bukaan mataku yang tidak tertutup rapat, aku dapat melihat Muiz mendekat dengar raut cemasnya, menampar perlahan pipiku sebelum mencempung tubuhku ke bilik kecemasan. Bila tubuhku di baringkan di atas katil wad dalam suhu dingin, mata ini benar-benar tertutup rapat dek rasa mengantuk yang datang tiba-tiba.

Aku hanya tersedar daripada lena apabila terasa ada sentuhan lembut di bibirku.

“Dah bangun? Baguslah sebab Muiz ada benda nak bagitahu awak.” raut Muiz serius menutur kata sambil menentang anak mataku.

Mendengar itu, aku mahu tak mahu menyandarkan badan di kepala katil sebelum berdehem kecil.

“Kenapa kau ada kat sini lagi? Kenapa tak balik?” Aku berpura-pura bertanya padahal sudah aku tahu sebabnya. 

Jangan tanya kenapa aku berkelakuan pelik begini, kerana aku juga tidak tahu! Yang aku tahu, marah macam mana pun aku pada Muiz, aku mahu dia tidak jauh dari aku. Cukuplah 3 minggu ini dia hilang dari pandanganku kerana kemarahanku.

“Apa yang kau nak cakap?” Tanyaku bila Muiz tidak menjawap pertanyaanku yang terdahulu.

Muiz tidak menjawab tapi dia mengeluarkan dompetnya sebelum menghulurkan cek yang pernah aku lempar pada dia dulu.

Dahi segera aku kerutkan tanda tidak mengerti.

“Muiz tak nak cek ni. Muiz simpan untuk buat pertukaran.”

Pertukaran? Pertukaran apa?

“ In exchange of what?” Dengan nada tidak berpuas hati, aku memprovoknya.

“My baby!”Muiz menjawab pantas.

Dan kali ini aku betul-betul pengsan!

 ***

Tergesa-gesa aku menuruni tangga. Bukan apa, takut tertangkap dek Muiz.  Bila sampai ke cabinet kasut, aku terus membukanya dan mencapai high heels berwarna merah itu. Baru sahaja berjaya menyarungnya sebelah kaki, suara Muiz yang berdehem mengejutkan jiwa ragaku. Alhasilnya, aku nyaris terjatuh kerana tidak stabil dan tragiknya Muiz yang menyambutku dari belakang.

“Dah berapa kali Muiz cakap tak boleh pakai baju macam ni? Kasut yang macam ni?” tegur dia dengan nada keras.

Seraya aku jatuhkan lirikan mata ke bawah. Melihat sepasang blause nipis berwarna krim dan  skirt ketat paras lutut yang tersarung di badan. Tak ada apa yang salah pun di mataku. Secara fizikalnya, semuanya perfect from head to toe! Muiz sahaja yang bermasalah!

“Muiz aku boleh lagi pakai macam ni! Skirt ni tak ketat lagi!” bangkangku tidak bersetuju bila aku sudah tahu hala tuju soalannya itu.

“Tak ketat?” Muiz mendekat. Serentak itu jari jemarinya melekap pada permukaan perutku yang memang sudah lari benar ukurannya. Memang aku akui, skirt ini agak ketat di bahagian perut, tapi selagi boleh pakai, aku akan tetap pakai!

Bila sentuhan Muiz berubah menjadi usapan, aku mengejang sendiri. Entah kenapa sejak di sahkan mengandung, aku tak mampu mengasarinya dengan ayat-ayat pedasku. Mungkin anak yang sedang aku kandung ini tidak menyukai ibunya memarahi babanya.

“Tukar! Awak tak boleh ke office dengan pakaian dan kasut tinggi ni. Bahayakan baby. Nanti  kesian baby baba tak boleh membesar sebab awak pakai ketat-ketat.” Arah Muiz sekaligus menyelitkan kata perlian buat aku.

“Okay! Okay! Fine, aku tukar!” akurku lalu membuka kasut tumit tinggi yang baru aku pakai sebelah tadi.

Bila aku mahu beredar naik ke atas, Muiz menahan. Serentak itu dia mencempung tubuhku dan meniti anak tangga ke bilik kami dengan berhati-hati.

“Thanks!” ucapku dalam usaha menahan debar dada.

“sama-sama. Lagipun, Muiz buat untuk baby,” jawabnya bersahaja lalu keluar dari bilik.

Sebaik sahaja Muiz keluar, aku secara separuh sedarnya menghentakkan kaki ke lantai. protes! Tak habis-habis baby! Semuanya untuk baby! Habis aku ni apa?

 ***

Usia kandungan yang hampir mencecah 5 bulan membuatkan badanku sedikit berat dari biasa.  Mahu bergerak turun dari bilik juga aku sudah malas. Hanya bergerak-gerak dalam kawasan bilik. Muiz juga dua tiga bulan ini sangat sibuk dari biasa. Bagai tiada masa untuk melayan karenahku lagi. Sedar-sedar sahaja, tiap malam sebelum dia tidur, lelaki itu akan membelai dan mencium permukaan perutku yang terkandung bayi milik bersama ini sebelum tidur.

Ting ! bunyi emel yang memasuki I-phone milik Muiz menarik perhatianku. Untuk seketika aku toleh kanan dan kiri, memeriksa keberadaan lelaki itu sebelum membuka peti emelnya. Rasa excited betul! Sudah lama aku tak buat kerja-kerja jahat macam ni sejak kali terakhir aku bergaduh dengan Muiz. Kalaupun tertangkap, biasanya Muiz tidak akan memarahiku. Lagipun, kandungan emelnya tidak berisi rahsia atau maklumat sulit apa pun.

 Untuk seketika aku membaca kandungan emel itu. Dan apabila aku sudah mampu menangkap isi kandungannya, serentak itu juga aku memaut bucu meja belajar dengan rasa sukar untuk bernafas. Aku tekup mulut dengan telapak tanganku sendiri. Tak percaya! Aku tak percaya!

“Awak dah baca emel tu?” Suara Muiz yang menyapa tiba-tiba dari belakang mengejutkan aku. Malah, mata ini tiba-tiba jadi berat dengan takungan air mata. Hangat!

“Bila flight kau?”

“Lepas awak due. Muiz dah lama nak bagitahu tapi....”

“Kenapa?” Aku cantas Muiz dengan pertanyaan kerana pada hemahku Muiz sekarang hanya mahu beralasan.

Muiz nampak kelu. Malah, halkumnya bergerak-gerak resah.

“Kenapa Muiz? Kenapa?” Tanyaku dengan suara yang sudah meninggi. Air mata yang mengiringi tidak aku hiraukan.

Muiz menapak perlahan ke arah pintu gelonsor balkoni. Dia merenung jauh ke luar. Sengaja buat aku terpinga-pinga dengan mendiamkan diri begitu.

“Muiz terluka. Muiz rasa terhina bila awak rendahkan maruah Muiz dengan cek awak tu dulu. Awak tampar Muiz. Awak halau Muiz. Sekalipun awak tak pernah pandang Muiz. Cintakan Muiz sebagai suami awak.”

Aku hela nafas beratku dengan susah payah.

“ Muiz tahu awak salah faham. Tapi Muiz memang tak boleh terima apa yang awak cakap dulu. Jadi, Muiz fikir, kita perlukan masa.”

“Masa? Kenapa kau tak ceraikan aje aku!” provokku.

Muiz mencengkam kedua-dua bahuku.

“Apa yang awak cakap ni?” Marah Muiz dengan mata yang memerah.

“Oh,aku lupa... Aku kan mengandung. Mana kau boleh  cerai perempuan mengandung macam aku ni, kan?” tambahku, masih giat menyakitkan hatinya.

Kali ini Muiz ketap pula bibirnya.

“Lagipun kau masih bertahan dengan aku pun sebab aku mengandungkan anak kau. Oh, baru aku ingat, awal-awal lagi kau dah cakap nak anak ni sebagai pertukaran kan? Sebab kau tak nak anak ni ikut perangai buruk aku bila kita dah berpisah! Kan?” jeritku sehingga urat-urat di leher jadi tegang.

“Puteri Nadrah! Tolong bawa bersabar!” tegas Muiz lalu menarik lenganku duduk di birai katil.

Bila sudah duduk, Muiz tarik aku ke dalam pelukan dia. Tapi sebab aku terlalu terbawa emosi, dadanya aku pukul-pukul perlahan. geram dan sedih bercampur baur. Fahamkah Muiz kalau aku sedang terluka dengan keputusannya?

“Nad....sakitlah Muiz kalau awak terus pukul Muiz macam ni...” Muiz menggumam di tepi telingaku. Meraih perhatian dan belas kasihanku.

“Habis tu, kau ambil keputusan sambung phd diam-diam kat UK tu kau ingat aku tak sakit hati? Kau nak larikan diri sebab marah dengan aku kan? Baby pun kau nak bawa jugak. Nak tinggalkan aku kat sini sorang-sorang, kan?” Tanyaku lurus tapi masih dalam nada bengang.

Muiz tak bagi balasan tapi dia gelak. Apa? Gelak? Cepat-cepat aku tolak bahu dia. Merenung anak mata bulat itu dengan rasa tersinggung dan tertanya-tanya.

“Kenapa gelak?”

“Sorry! Tapi muiz rasa awak dah salah faham banyak ni. Yes, memang Muiz mohon sambung phd kat Uk. Nak bawa hati. Tapi, Muiz dah ambil keputusan nak sambung kat UKM je bila awak mengandung. Muiz tak sanggup nak jauh dari awak dan baby.”

“Oh, kalau aku tak pregnant kau memang dah fly kan?”

“Yup! Tapi Muiz baru cancel kan tiket flight tu, kebetulan tarikh dia jatuh masa awak due. Bukan Muiz nak tinggalkan awak lepas melahirkan.” Terang Muiz lalu merebahkan badannya ke atas tilam.

Sebaik mendengar penerangannya, aku jadi lega sendiri. Walaupun kedengaran lurus dan semua yang dilakukannya adalah untuk bayi kami, tapi aku tetap rasa bersyukur kerana sekurang-kurangnya aku tidak terlambat untuk meminta maaf dari dia. Peluang begini tak akan datang dua kali untuk orang seperti aku, isteri yang hanya tahu menyakiti dari mengubati...

Dengan perlahan-lahan aku merebahkan badan ini rapat di badannya sebelum memeluknya hangat. Pipi yang bulat kemerahan itu juga aku sedaya upaya capai dan menghadiahkannya dengan sebuah ciuman penuh kasih sayang. Muiz mengiring berhadapan dengan wajahku seraya menarik tubuh ini kemas dalam dakapannya dengan mata yang terpejam.

“I’m sorry!” pintaku perlahan dan merendah diri.

“Kalau Muiz tak nak maafkan?” provoke dia masih dengan mata yang tertutup.

“I will do anything!” balasku yakin!

***

Enam tahun kemudian....

“Nad? Puteri Nadrah?”

Aku pusingkan kepala apabila mendengar suara yang memanggil namaku. Macam kenal...

“Baihakki!” jeritku. Teruja sebenarnya berjumpa sahabat lama! My old and warm friend, Baihakki...

“Gilalah kau! Macam supermom dah aku tengok! So, who is the lucky guy?”Baihakki tidak membuang masa dengan bertanyakan soalan klise. Jelas pengamatanku dia teruja melihat aku memimpin, Maliki dan membawa kandungan yang hampir menginjak ke angka 7. Sesuatu yang jauh dari bayangan Baihakki.

Aku mengerutkan dahi. Takkan dia tak tahu?

“That lucky guy is me!” jawab satu suara yang memang arif di pendengaranku.

“Sir!” Baihakki buat muka terkejut dia.

“ya, sayalah. Suami kepada Puteri Nadrah. Baba kepada Ahmad Maliki Nashriq dan in shaa Allah Puteri Nafissa Masyitah.” Yakin dan jelas, Muiz memberitahu si Baihakki yang terpinga-pinga sambil mengusap perutku yang jelas bulatnya.

“Okay. Ini awesome! Tak sangka bestfriend aku dah jadi isteri dan ibu. Rasa syahdu pulak!” usik Baihakki sambil berpura-pura menyapu pipinya.

Aku dan Muiz sama-sama gelak.

“Cakap pasal aku je. Kau sekarang buat apa? Dah berapa orang isteri?” usikku bersama pertanyaan.

Baihakki gelak besar.

“Isteri belum kira lagi. Sebab sekarang aku tengah berusaha mengayat. Payah betul minah ni nak lekat!” balasnya dengan muka yang sudah berkerut tanda kesallah kononnya.

“Tak payah nak mengayat sangat, Baihakki. Tengok saya ni. Nad yang lebih mengayat sampai saya lagi bulat dari dulu.”

Mendengar itu, aku terus menarik pipi suami bertuah itu. Amboi...dulu tak ada pun komen macam ni.

“Sakitlah sayang!”

“Cakap lagi macam tu!”protesku dalam nada geram-geram manja.

“Okey-okey. Jangan gaduh depan akulah, Nad. Ngeri!”

Muiz dan aku hanya menyambutnya dengan tawa. Tangan Muiz yang berada di bahuku terasa begitu erat dan nyaman di situ. Aku pandang dia dan dia juga membalas kembali pandanganku. Mesra. Penuh cinta. Lelaki ini mengajar aku erti kesabaran. Sesuatu yang aku tiada. Tapi aku belajar daripada dia. Kesabaran...ketenangan...kebahagaiaan...Muiz yang mendidik aku untuk menjadi manusia yang bersyukur dengan apa yang aku ada hari ini. Bergerak dan berubah dari sisi gelap dan jahil aku suatu ketika dahulu. Kesabaran Muiz...berbaloi! Terima kasih Allah!

                                                TAMAT....



13 comments:

Unknown said...

Tq sis :)

ada said...

Best..

meeka42 said...

Nak lagiiiii.hehe

Anonymous said...

Bestkannya lau ad yg sabar mcm tu....

Unknown said...

Mcm biasa xpenah mengecewakan... Awk memang penulis yg sy kagumi, Writer...

Unknown said...

best..... tp nk request bolh?? ... hehehe.... buat cerpen ttg si Baihakki tu.. spe 'heroin'ye??... mesti GEMPAK!!

Anonymous said...

Daebak arr.. btol ckp cahaya princess tu..h0h0..

mayangbakingmadness said...

gile best koootttt... terbaik

Unknown said...

I really loved it ! best sangatt .. keep it up ..watak2 dye semua Best

Ain [Yeyen] said...

Huhuhuhu...*nangis part muiz kene pukul

Unknown said...

always the best....!

Euyun khafifa said...

tak tahu nak cakap macam mana memang terbaikkk👍

Unknown said...

Best laa sis