Oh, Pengikut Setiaku!!!

Sunday, July 6, 2014

#34 NOVEL : BAB 2 : DONT SAY GOOD BYE!





BAB 2
Your bad is my bad...

Warga ARMAND Holding terkejut apabila Syarifah Armalia bertindak melemparkan fail yang di pegangnya ke muka setiausahanya. Tindakan melampau itu bagaimanapun tidak menerima sebarang tidak balas agresif daripada Khalif. Pemuda itu hanya diam dan mengutip fail yang jatuh di lantai dengan sabar. Pekerja ARMAND Holding pula yang merasa geram dengan perbuatan Syarifah Armalia itu.

Sudah sebulan Syarifah Armalia menggantikan tempat Dato’ Syed Armand. Ini bermakna sudah sebulan perkerja ARMAND Holding melihat Khalif  menjadi mangsa kemarahan Syarifah Armalia. Wanita itu seakan tidak dapat menahan amarahnya terutamanya apabila Khalif bertindak menasihatinya.

“You tak payah sibuk nak nasihat-nasihatkan i. Kalau you nak nasihatkan i you cermin diri you tu dulu. Ikut suka hati i la nak datang pukul berapa? Lagi pun office ni bapak you punya ke?” marah Syarifah Armalia.

            Khalif hanya mendiamkan diri. Hendak melawan, dia bukannya ada kuasa. Apa yang mampu dia lakukan hanyalah bersabar. Tambahan pula, Dato’ Syed Armand sudah memberitahunya terlebih dahulu mengenai sikap anaknya yang cerewet, ego serta mementingkan diri sendiri.

            “Baiklah Cik Melly, kalau tak ada apa-apa lagi saya keluar dulu ye,” ujar Khalif tenang.

            Syarifah Armalia memandang Khalif dengan pandangan yang tajam. Tiada perasaankah lelaki itu? Sudah dimarahi, ditengking serta di lempar fail ke muka pun masih boleh bertenang?Ajaib....

            Whatever. By the way, next time don’t you ever dare try to interrupt my life?”jawab Syarifah Armalia dengan angkuh sambil mengisyaratkan lelaki itu supaya beredar. Tanpa menunggu masa, Khalif mengangkat kakinya keluar daripada bilik majikannya itu.

            Syarifah Armalia memejamkan matanya.Untuk seketika dia merasa sedikit nyaman. Sebenarnya dia sedar yang Khalif berniat baik dengan menasihatinya supaya menepati waktu bekerja, namun dia tidak boleh terima jika ada orang lain yang berani menegurnya selain papanya sendiri. Ahh, siapa-siapa pun tidak layak menegurnya, kecuali papa!

Di  luar  Sarimah mendekati Khalif yang baru sahaja melabuhkan punggungnya di kerusi. Dari riak muka Khalif, Sarimah tahu pemuda itu sudah semestinya agak tertekan melayan perangai majikan yang selalu angin satu badan seperti Syarifah Armalia itu.

“You okey ke Khalif?”sapa Sarimah. Khalif hanya tersenyum.

“Kenapa you nampak i macam tak okey ke?” soal Khalif pula.

 Sarimah mencebik.

“Dah kenapa pulak you tayang muka macam tu?” Tanya Khalif lagi demi melihatkan ekspresi muka Sarimah yang mencebik tiba-tiba itu.

“You ni kan, dah kena lempar fail, dah kena tengking pun boleh buat lawak lagi?Apa jenis manusia you ni?You tak malu ke?Mana harga diri you?” marah Sarimah selepas mendiamkan diri untuk beberapa saat.
Khalif senyum. Buku-buku di atas mejanya  yang sudah sedia ada tersusun rapi di kemaskan lagi kedudukannya.

“Apalah yang ada setakat kena tengking dengan kena baling fail tu cik Sarimah? Bukannya dia telanjangkan i sampai i nak kena malu. Even kalau i naked pun ,bukan i yang malu, entah-entah dia yang malu sampai pengsan!” balas Khalif sambil menyelitkan sedikit jenaka. Cuba membangkitkan sense of humor dirinya.

“Itulah you, kalau i kata sikit pun you tak pernah nak dengar. Sikit-sikit nak back up perempuan tu. I tahu you ni baik orangnya, tapi janganlah sampai dia pijak-pijak kepala you tu,” nasihat Sarimah lalu beredar ke tempat duduknya yang bertentangan dengan meja Khalif.

“ Sarimah, you ni my colleagues yang paling sweet tau. Thanks untuk nasihat you tu. Someday bila i dah tak sanggup nak kerja dengan Cik Melly tu i quit je. Hah, lagi senang!”jawab Khalif sambil ketawa perlahan.

Sarimah menggelengkan kepalanya beberapa kali. Hati lembut betul kau ni Khalif! Kalau nak di hitung dengan jari berapa kerat sangatlah lelaki dalam dunia ni yang berhati lembut macam kau. Rela ego di pijak pulak tu.Hmm...

“Ikut you lah. I Cuma nak nasihat. Whatever it is, Cik Melly tu memang  melampau. One day i nak sangat tengok siapa yang jadi suami dia. Entah tahan entah tidak suami dia tu dengan perangai bossy and fussy dia tu. Memang kesian habislah lelaki tu.”kata Sarimah dalam nada mengejeknya.

“Heissh... You ni dah ke situ pulak. Dah la jom sambung kerja,”ujar Khalif sambil tersenyum simpul.

“Ala...i tahu you pun sebenarnya curious jugak kan?”usik Sarimah dengan senyum nakalnya. Khalif hanya menjungkitkan kedua-dua bahunya. Malas melayan bicara Sarimah yang tidak akan berhenti bercakap selagi ada orang melayannya.



KHALIF menghempaskan tubuhnya di atas sofa empuk yang berada di ruang tamu rumahnya.Perlahan dia  melepaskan keluhannya. Penat seharian di pejabat melayan kerenah Syarifah Armalia  begitu terasa.Untuk seketika dia memejamkan matanya.Menikmati ketenangan keadaan sekeliling tanpa maki hamun dan amarah Syarifah Armalia. Sungguh nikmat!

Khalif tiba –tiba sahaja teringat  akan perbualannya dengan Sarimah tengahari tadi mengenai bakal suami Syarifah Armalia.Ahh, tidak perlu bakal suami, entah-entah teman lelaki wanita itu pun pastinya akan lari di sebabkan tidak tahan dengan perangainya yang cerewet dalam semua hal ,walaupun sekecil zarah pun!

Pada pandangan mata lelaki Khalif, Syarifah Armalia memang seorang wanita yang cantik. Tipu jika dia mengaku yang dia sikit pun tidak tertarik dengan kecantikannya.Walaupun Syarifah Armalia cerewet orangnya dengan etika kerja yang buruk namun Akhalil tahu  yang hasil kerja wanita itu memang yang terbaik! Telus dan sempurna!

Walaubagaimanapun, jika hasil kerja yang sempurna itu datang dengan budi pekerti yang baik dan perlakuan yang sopan, pastinya dia sendiri tidak ragu-ragu untuk menjadikan wanita itu teman wanitanya sekalipun dalam mimpi! Ini tidak, mengamuk aje kerjanya. Memang tahap kasihanlah bakal suami wanita itu. Khalif tersenyum sendiri apabila memikirkannya. Akhirnya pemuda itu terlena.



SYARIFAH ARMALIA menutup telinganya dengan kedua- dua belah  telapak tangannya. Tidak sanggup untuk mendengar ceramah pagi daripada papanya. Dato’ Syed Armand menggelengkan kepalanya. Degil sungguh!

“Ingat, papa tak mahu dengar cerita yang Melly tengking-tengking Khalif. Karang tak sampai beberapa bulan lari budak tu sebab tak tahan sangat dengan sikap kamu tu,”tegas Dato’ Syed Armand beserta amarannya.

Syarifah Armalia mencebik. Bosan. Ahh, kaki mengadu betul!Macam perempuan. Papa pun satu, sayang sangat dengan Khalif. Entah apa yang lelaki itu gula-gulakan papa.

“Lagi satu papa nak tanya, Melly lawat tapak projek kat Kuantan tu minggu depan kan?”

“Hmm...”jawab Syarifah Armalia sambil menghirup secawan teh yang masih panas.

“ Baguslah, projek kita kat Kuantan tu memang perlukan perhatian lebih. Kalau nak tahu lebih lanjut lagi tanya Khalif,” kata Dato’ Syed Armand.

“What!!!” jerit Syarifah Armalia.Terkejut. Dato’ Syed Armand juga tidak kurang juga terkejutnya demi melihat reaksi anak gadisnya itu.

“ Khalif pun ikut? Lawatan je kan papa. Rasanya Khalif tak payah ikut pun takpe kan?Lagi pun apa yang dia tahu pasal projek kat Kuantan tu? Dia kan setiausaha je.”
Dato’ Syed Armand berdehem sebentar sambil membetulkan duduknya.

“Don’t be so easy underestimate people, Syarifah Armalia. For your information, projek kat Kuantan tu ideanya semua datang daripada Khalif tahu. He know better than you,” terang Dato’ Syed Armand lalu bangkit meninggalkan Syarifah Armalia yang nyata tidak berpuas hati.
            
“ Papa ni kan semua Khalif. Kalau papa suka sangat Khalif tu why not papa ambik je dia ganti tempat papa,” bentak Syarifah Armalia sambil menyilangkan kedua-dua belah tangannya di dada.
           
Dato’ Syed Armand mengerutkan dahinya.

“Apa yang kamu nak marah sangat dengan Khalif ni? Dia cuma tolong syarikat kita je,”tukas Dato’ Syed Armand lalu memandang  kea rah wajah Syarifah Armalia yang nyata tidak berpuas hati mendengar penerangan darinya.

“ Papa tu macam tak percayakan Melly. Asyik-asyik nama Khalif juga yang papa sebut. Habis apa guna Melly kat sini kalau papa dah ada Khalif untuk tolong papa?”jawab Syarifah Armalia  masih tidak senang walaupun sudah mendengar penerangan daripada papanya itu.

“ Papa percayakan anak papa. Siapa kata papa tak percayakan anak papa? Tapi Khalif dah lama tolong papa dan dia ada idea yang bernas, takkan kita nak biarkan je tanpa buat apa-apa. Itu tindakan bodoh namanya.”

Dato’ Syed Armand membetulkan kotnya sebelum menyambung kembali.

“ Lagi pun papa perlukan idea-idea yang out of the box dari orang muda seperti kamu dan Khalif untuk memastikan ARMAND Holding berjalan lancar tanpa sebarag masalah serta mampu bersaing dengan syarikat-syarikat besar yang lain,” terang Dato’ Syed Armand dengan panjang  lebarnya.

Syarifah Armalia hanya diam mendengar papanya bercakap. Tidak mahu mengulas lanjut mahupun membangkang seperti tadi.

Walau bagaimanapun,  Syarifah Armalia tahu yang Khalif sudah ada tempat di mata papanya. Tidak ada gunanya jika dia bertindak menentang papanya hanya kerana tidak berpuas hati dengan Khalif.

“ Baiklah kalau itu yang papa nak, Melly akan cuba bertahanlah, walaupun Melly tak suka  berkerja dengan Khalif,” putus Syarifah Armalia setelah lama mendiamkan diri.

Dato’ Syed Armand tersenyum bahagia demi mendengar jawapan yang keluar dari  mulut anak gadisnya itu.

“ Macam tulah anak papa,” ujar Dato’ Syed Armand dengan senyum lebarnya.

Syarifah Armalia hanya tersenyum seadanya sahaja. Jangan papa terfikir nak buat Khalif menantu sudah! Harap-harap tidaklah hendaknya.
KHALIF tersenyum demi  melihat kedua beranak itu saling tersenyum. Tiba-tiba sahaja dia teringatkan ibunya di kampung. Walaupun baru kelmarin dia menelefon ibunya untuk bertanya khabar, tapi dia sudah merasa rindu! Ahh, mungkin dia anak bongsu dan yang paling rapat dengan ibunya. Kakak-kakaknya masing-masing  mempunyai kerjaya dan keluarga untuk di jaga. Hanya dia sahaja yang masih belum berkeluarga. Menjadi satu kemestian pula baginya untuk menjaga ibunya sebaik sahaja ayahnya meninggal dunia sewaktu dia berumur 18 tahun kerana kemalangan jalan raya.

Sejak itu dia berjanji akan menjaga ibunya selama hidupnya. Dia juga berjanji hanya akan menerima wanita yang mampu menerima ibunya untuk dijadikan isteri. Namun, sehingga sekarang pun dia masih tidak menjumpai wanita yang betul-betul sesuai untuk di jadikan pedamping hidupnya.

Telefon bimbit yang berada di dalam poket seluar diambil. Lantas nombor telefon ibunya didail. Beberapa minit kemudian talian disambungkan.

“Assalamualaikum, mak?”

Dan senyuman terusan melebar demi mendengar celotehan dari ibu tercinta. Ibarat melodi yang paling terindah pernah mengalun di telinganya...


P/ S: nak lagi tak? rasa nak tahu tak kisah mereka macam mana? 

5 comments:

Unknown said...

Nak lagi... Best♥

Anonymous said...

thumbs up girl ! love ur novel . keep it up and all the best

hannatie said...

Nak lagi..serius best..keep it up..

ada said...

Best..

Anonymous said...

Suka..suka...suka. Sy suka semua karya awk. Baca byk kali pun x jemu