Oh, Pengikut Setiaku!!!

Sunday, July 6, 2014

#33 NOVEL :PROLOG Dont Say Good Bye!


    PROLOG



“Mama!!!!”

Melly cuba meronta-ronta mahu lepas dari pautan papanya. Melihat kereta yang di naiki mereka terbabas dan bertembung dengan kereta dari arah bertentangan cukup memilukan hatinya. Apatah lagi bila mengenangkan mamanya masih lagi berada dalam kereta. Pihak bomba dan penyelamat pula masih belum berhasil mengeluarkan mama dari kenderaan mereka.

Semuanya berlaku terlalu pantas. Pertembungan kereta dari arah kiri yang secara tiba-tiba menyebabkan mama terhimpit lebih teruk dari bahagian pemandu. Tidak mampu mengeluarkan mama, papa berusaha membawa dia keluar dahulu seterusnya menghubungi  pihak berkuasa.

Perjalanan pulang dari makan malam sekelip mata bertukar menjadi tragedi. Kegembiraan di ragut di hadapan mata. Orang ramai semakin mengerumuni kawasan kejadian. Melihat itu, dia semakin cemas.

“Papa...”rintihnya lalu memeluk papa.

“Sabar Melly. In shaa Allah mama selamat.” Pujuk Syed Armand lalu mengusap bahu anak gadisnya itu.

Dia juga gelisah. Tidak sanggup membayangkan yang bukan-bukan. Hanya berharap pihak bomba dan penyelamat mampu menyelamatkan isterinya dan semuanya selamat. Itu sudah cukup menggembirakan hatinya.

Melly terus menolak pautan tangan papanya sebaik sahaja melihat pihak penyelamat membawa pengusung ke arah ambulan. Berlari-lari dia menghampiri tapi dia hampa bila bukan tubuh mamanya yang berada di atas pengusung itu tetapi seorang remaja lelaki. Terkesima sebentar dia apabila melihat wajah yang penuh darah itu.

“Tekanan darah dia makin rendah!”

“Denyutan jantung lemah!”

“Maaf dik, tolong ke tepi!” ujar salah seorang anggota paramedik sebelum menolaknya jauh dan menutup pintu ambulan.

Bukan mama! Mama...Rintih Melly dengan renungan kosong pada kenderaan ambulan yang sudah berlalu. Sekali lagi pandangan dia beralih ke kenderaan yang dinaikinya tadi.

Namun, serentak itu anggota penyelamat berlari ke tepi sebelum kenderaan Mercedez yang masih ada mama di dalamnya meletup!

“Mama!!!!”




p/s : sorry kalau tak organize. kelam kabut sikit tanpa admin. tapi happy comment dan keep waiting for Dont say good bye! kisah antara cinta dan rasa ingin pergi yang tidak pasti...

No comments: