Oh, Pengikut Setiaku!!!

Sunday, July 6, 2014

# 32 NOVEL : BAB I :DONT SAY GOOD BYE!

Tajuk : Don't Say Good Bye! - BAB 1
Nama penulis : NOORAIHAS
Tarikh post : 6 JULAI 2014





BAB 1
I don’t like you...

Syarifah Armalia merengus geram apabila tidurnya terganggu kerana terdengar  ketukan yang bertalu-talu di pintu biliknya.Lantas bantal yang terletak elok di kepalanya di angkat dan di letakkan pula di kedua-dua belah telinganya.Lega apabila bunyi ketukan di pintu biliknya sudah tidak kedengaran lagi.

“Syarifah Armalia!”Tinggi suara Dato’Syed Armand memanggil nama anak tunggalnya itu.Dalam hatinya hanya Tuhan sahaja yang tahu betapa dia sangat geram dengan perangai anak gadisnya yang seorang ini.

Syarifah Armalia segera terbangun dari lenanya.Matanya membulat besar apabila melihat kelibat papanya yang sedang bercekak pinggang dengan mata yang tidak kurang juga bulatnya demi melihatnya yang masih terbongkang di atas katil.Ahh, sudah!

“Err...Papa...Morning!”Sapa Syarifah Armalia kepada Dato’ Syed Armand dalam keadaan yang masih di selubungi mamai.

Dato’ Syed Armand mengetap bibirnya.Geram dengan tingkah anak daranya itu.Serasa anak gadisnya itu begitu kecil di pandangannya sekarang.

“Morning kamu kata?Cuba kamu tengok jam loceng kat sebelah katil kamu tu, pagi lagi ke?” Serang Dato’ Syed Armand dengan kening yang sudah terangkat.

Syarifah Armalia mengerling sekilas pada jam loceng yang terletak elok di atas meja di  sebelah katilnya.12.30 tengahari baru.

“Hmm...Baru pukul 12.30 tengahari pa.Belum masuk lunch hour lagi.Kenapa papa balik lunch awal sangat hari ni?”Soal Syarifah Armalia dengan tidak bersalahnya.Rambut yang sedikit kusut di betul-betulkan menggunakan jarinya.

Dato’ Syed Armand mengecilkan  anak matanya.Agak-agaknya anaknya itu terlupa akan agendanya pada hari ini atau Syarifah Armalia hanya buat-buat lupa dengan temujanjinya. Sepatutnya Syarifah Armalia datang ke syarikatnya hari ini untuk sesi pengenalan dan suai kenal memandangkan anaknya itu bakal menggantikan posisinya sebagai ketua pengarah merangkap CEO disyarikatnya namun dari pagi kelibat anaknya itu tidak kelihatan di sekitar pejabatnya.

“Kamu lupa ke apa yang sepatutnya kamu buat hari ni?”Dato’ Syed Armand memerhatikan kelakuan anaknya itu yang seolah-olah sedang berusaha mengingat sesuatu.

Syarifah Armalia menggaru kepalanya yang tidak gatal.Apa agaknya yang sepatutnya dia lakukan hari ini sampai papa balik dari office awal?Wait...Wait...Did I mention office?Alamak, hari ni aku kena turun pejabat papa la sebab papa nak kenalkan aku pada semua staff memandangkan aku bakal menggantikan posisi papa sebagai CEO.Adui!!!

Perlahan dahinya di tepuk .Memang benar dia terlupa akan janjinya hari ini untuk bertemu dengan staff di syarikat papanya. Ligat otaknya memikirkan jawapan yang kreatif untuk di berikan kepada papanya.

“Melly lupa la pa.Lagipun papa bagitahu lewat sangat.Semalam kan papa baru bagi tahu suruh datang ke office? Manalah Melly nak ingat,” Jawab Syarifah Armalia lalu memandang sekilas ke wajah papanya. Jelas kedutan di kening lelaki separuh abad itu, menandakan Dato’ Syed Armand sedang memikirkan sesuatu atau sedang mengingat sesuatu.

Dato’ Syed Armand menyeluk poket seluarnya lalu mengeluarkan telefon bimbitnya.Syarifah Armalia hanya memerhati gerak-geri  papanya serta menunggu reaksi yang bakal di berinya.

“Papa dah bagi tahu Melly dekat seminggu dah.Papa dah tulis dalam handphone papa ni tarikh dan waktunya . Melly nak tipu papa ke?Semalam papa rasa papa inform Melly je. Entah untuk kali yang ke berapa papa bagitahu Melly tu,”

Syarifah Armalia mengetap bibirnya dengan perasaan yang bercampur baur.Malu, geram, sakit hati, sedih dan macam –macam lagi perasaan menyelubungi hatinya saat ini. Malu kerana tertangkap berbohong, geram dan sakit hati kerana dia sebenarnya masih tidak bersedia lagi untuk mengambil alih tempat papanya dan sedih kerana dia sedar hanya dia harapan papanya memandangkan dia adalah satu-satunya anak dan waris yang papanya ada untuk menerajui syarikat milik papanya itu.

Dato’ Syed Armand mengambil tempat di sebelah Syarifah Armalia.Perlahan punggungnya di labuhkan di sisi anaknya itu.

“Papa harap apa pun alasan yang Melly bagi papa  nak Melly tahu yang Melly sorang je anak papa dan harapan untuk ARMAND Holding terus maju ke hadapan. Beribu nasib pekerja ARMAND terletak kat tangan Melly. Kebijaksanaan dan kewibawaan Melly penentu masa depan ARMAND.Melly kena faham dan harus faham tu,” ujar Dato’ Syed Armand sambil menepuk tangan anak gadisnya itu.

Syarifah Armalia tersentak. Entah mengapa dia merasakan satu tanggungjawab yang berat sedang menantinya. Dia sedar akan tanggungjawab yang bakal di pikulnya nanti, namun darah mudanya yang menginginkan keseronokan dan masa berlibur yang panjang seolah-olah menyekatnya dari menyedari hakikat yang dia bakal mengambil alih posisi papanya dalam masa terdekat ini.

“Melly tak berani nak janji dengan papa, tapi Melly akan berusaha buat yang terbaik untuk masa depan ARMAND  Holding,”

Dato’ Syed Armand tersenyum gembira demi mendengarkan kata-kata yang terkeluar dari mulut anaknya itu. Sekurang-kurangnya dia tahu yang Syarifah Armalia sedar akan komitmen yang bakal di galasnya kelak.

“Papa yakin yang anak papa mampu buat yang terbaik,” kata Dato’ Syed Armand lalu dahi Syarifah Armalia di kucup lembut. Syarifah Armalia  hanya mampu tersenyum hambar.

DATO’ SYED ARMAND tersenyum bangga memperkenalkan Syarifah Armalia kepada semua pekerja ARMAND Holding. Walaubagaimanapun, dia masih tercari-cari kelibat setiausahanya, Khalif. Entah ke mana  pula lelaki itu pergi. Baru sebentar tadi dia melihat Khalif muncul bersama i-padnya untuk mengambil catatan daripadanya sebelum meminta diri untuk ke tandas. Sakitkah pemuda itu?Sudah sebegini lama pun masih tidak keluar dari tandas.

            Syarifah Armalia pelik melihat papanya yang seolah-olah mencari seseorang. Perlahan Syarifah Armalia mendekati papanya yang sedang asyik melihat kearah pintu.

            “Papa tunggu siapa?” tegur Syarifah Armalia lalu mengambil tempat di sebelah papanya. Dato’ Syed Armand tersenyum sebelum menjawab.

            “Papa tunggu Khalif,” Syarifah Armalia mengerutkan dahinya.Siapa?

Dato’ Syed Armand menepuk dahinya perlahan. Lupa bahawa anaknya itu belum berjumpa dengan pemuda yang merangkap setiausahanya itu.

“Papa lupa Melly belum jumpa dengan Khalif, setiausaha papa,”kata Dato’ Syed Armand sekaligus  menjawab pertanyaan yang bermain di fikiran Syarifah Armalia.

“Tapi pa, where is Kak Maria? Bukan dia ke setiausaha papa?” Tanya Syarifah Armalia.

“Hmm.. Maria dah tiga tahun dah berhenti kerja, katanya nak bagi tumpuan pada keluarga pulak. Itulah bila papa suruh kerja dengan papa kamu tak nak.Sibuk nak enjoy lepas habis study kat UK tu. Tengok satu apa pun tentang syarikat kamu tak tahu,”terang Dato’ Syed Armand sekaligus membebel.

Syarifah Armalia pura-pura memandang kearah lain. Malas nak menjawab, risau telinganya berdarah pula demi mendengarkan bebelan yang keluar dari mulut papanya itu.Sekaligus tidak mahu membunuh moodnya pada hari ini.

“Dato’...” sapa satu suara. Dato’ Syed Armand menoleh kea rah suara itu. Perlahan bibirnya mengukir senyuman.

“Hah, kamu Khalif, kenapa lama sangat kat tandas tu?Kamu sakit perut ke?” Soal Dato’ Syed Armand lalu menepuk  lembut bahu pemuda itu. Syarifah Armalia hanya memandang sinis ke arah lelaki itu. Matanya sibuk memerhatikan cara pemakaian pemuda yang lebih di kenali sebagai Khalif itu.

Khalif  hanya tersenyum lesu seraya mengangguk, cukup menghantar jawapan kepada persoalan Dato’ Syed Armand. Apa nak buat, dia betul- betul sakit perut. Entah kenapa perutnya tiba-tiba meragam pula pagi ini. Agak- agaknya sebab makan asam pedas semalam kot. Sempat lagi Khalifmemikirkan faktor yang menyebabkan dia berulang- alik ke tandas hari ini.

“ Ha..Lupa pulak nak perkenalkan,inilah anak gadis saya Syarifah Armalia. Melly ni Khalif setiausaha papa dan bakal setiausaha kamu,” ujar Dato’ Syed Armand dengan senyum lebarnya.

“What?” Jerit Syarifah Armalia. Setiausaha lelaki?

“Apa yang kamu terkejut sangat ni Melly?” Soal Dato’ Syed Armalia pelik. Khalif hanya memerhati kedua-dua beranak itu. Daripada pemerhatiannya, Syarifah Armalia tidak senang dengan kehadirannya sebagai setiausaha lelaki.

“Papa, Melly tak nak setiausaha lelaki, lecehlah macam ni!”rungut Syarifah Armalia lalu menghempas dirinya di atas sofa yang terdapat di dalam bilik papanya itu. Dato’ Syed Armand mengisyaratkan Khalif untuk beredar, membiarkan dirinya untuk bersendirian bersama anak gadisnya itu. Khalif hanya menurut lalu bergerak keluar.

“Apa lagi yang kamu tak puas hati ni, Melly?”marah Dato’ Syed Armand. Sakit pula hatinya mengenangkan sikap Syarifah Armalia yang terlalu cerewet dan memilih dalam semua hal. Apa yang salahnya jika setiusaha yang bakal berkerja dengannya itu lelaki?

“Lecehlah...Nanti kena gossip berdua pulak,” ujar Syarifah Armalia lebih kepada alasan  sebenarnya.Dato’ Syed Armand merengus kasar.

“Melly, stop being childish!”  marah Dato’ Syed Armand. Syarifah Armalia terkedu di tempatnya. Tidak pernah papanya memarahinya sebegitu.

“Nak tak nak, papa hanya nak  Khalif yang jadi setiausaha Melly. Khalif tu baik orangnya. Teliti dan bijaksana. Sangat sesuai untuk membantu kamu,”

Syarifah Armalia merengus perlahan. Dia sebenarnya tidak mahu dengan adanya Khalif nanti semua pergerakkannya menjadi tidak kena dan terbantut. Kata hatinya mengatakan  Khalif akan menghalang semua aktivitinya dan akan memerhatikan tindak-tanduknya untuk di laporkan kepada papanya. Dalam erti kata sebenar, Khalif itu pengintip papanya. Ahh, rasa rugi pulak dia termakan pujukan papanya untuk menggantikan posisi CEO itu.

“Suka hati papalah, tapi yang penting Melly takkan terima dia jadi setiausaha Melly!’’ Tegas Syarifah Armalia  lalu bergerak keluar dari pejabat Dato’ Syed Armand dengan muka cemberutnya. Dato’ Syed Armand hanya mampu menggelengkan kepalanya  demi melihat kedegilan anaknya yang satu itu.


P/S : First trial post novel yang berzaman terperap dalam folder. masa awal-awal buat cervel. skema je tulis. haha....watak dari femininnya suamiku tapi diolah tajuk, nama dan cerita antara mereka. selamat membaca dan selamat sakit hati dengan perangai si heroinnya evelibudi!- salam sayang NOORAIHAS :)


2 comments:

Anonymous said...

best..

Anonymous said...

πŸ‘πŸ‘