Oh, Pengikut Setiaku!!!

Thursday, May 8, 2014

#31 Cerpen : The Untouchable...



Tajuk : The Untouchable
Nama Penulis: NOORAIHAS
Tarikh post : 8 May 2014


How unforgivable when I can't reach your heart...

Adakalanya hidup bukan tentang terlalu berhati-hati. Bukan tentang soal menahan hati dan perasaan daripada menyayangi yang lain. Bukan tentang berapa kali kita terjatuh dan berapa lama rasa sakit yang perlu ditanggung kerana sering terjatuh. Tapi itu yang selalu dia pertahankan. Terlalu mempertahankan sehingga ruangan hati itu tidak boleh di sentuh sesiapa...  

“Syafiah!”

Aku melepaskan keluhan perlahan sebelum  menjongketkan kening kananku padanya.

“It’s Husna, Noah. Husna. H.U.S.N.A!” tegasku pada lelaki itu. Tak habis-habis Syafiah! Memang nama aku juga tapi Syafiah tu aku simpan untuk bakal suami aku panggil nanti. Walaubagaimanapun itu bukan masalah besar pun, sebab aku pun memang suka dia ni. Tapi dia yang tak nampak!

“You talk too much! Back to our point, which company still don’t agree to cooperate with us?”  Soalnya tanpa mempedulikan kata-kataku tadi.

“John’s Brothers”

 “Why?”

“I think they don’t like us!”

“Syafiah!” Kali ini suaranya kedengaran sedikit tegas.

“It’s the truth! I don’t play around with my words.” Geram aku bila dia tidak mahu percaya pada jawapanku. Dah memang John’s Brothers tu tak nampak gaya suka untuk berurusan dengan syarikat kami. Bila aku balas macam tu dia tak nak percaya pulak!

“As a PR you know what you should do, right?”

Aku mengangguk beberapa kali. Betullah tu. tapi...

“Habis tu? tak kan itu pun nak aku ajar! Apa guna company bayar gaji kau mahal-mahal kalau kerja macam ni pun kau tak boleh settle!” tengkingnya lalu melemparkan fail yang dibeleknya tadi ke lantai.

Air liur aku teguk laju. Terkejut tambah berdebar.

“Tapi....saya...”

“Apa tapi-tapi?” bentaknya dengan pandangan tajam menikam.

“Saya dah buat segala yang termampu. Pihak John’s brohers still degil. Tak nak sign agreement.  Pihak mereka tak nak bekerjasama dengan syarikat kita walau apa pun yang kita bakal tawarkan,” jawabku sedikit tegas kali ini.

 “Yeah...right!” sindirnya dengan suara yang aku klasifikasikan sebagai ‘menjengkelkan’.

“Apa yang awak maksudkan dengan ‘yeah right’ tu? kalau  awak tak percaya i’ll find time and let’s meet them!”ujarku dalam nada tidak berpuas hati tapi masih menyelitkan cadangan. Tak percaya sangatkan!

“Sure! Why not? Aku pun nak tahu jugak PR standard apa kau ni sampai tak boleh nak buat kerja senang macam ni!” sambutnya pantas.

Dengar sahaja butir bicaranya itu, telingaku terus berasap. Macam tengah makan wasabi pun ya jugak rasanya! Hailah...macam manalah kau yang aku suka dalam diam!

“Fine!” putusku seraya bangun dari duduk, ingin bergerak keluar dari bilik si naga, Noah Iman.

“Syafiah Husna!” panggilnya sebelum tanganku sempat memulas tombol pintu pejabatnya.

Aku berpaling memandangnya. Kening sengaja aku angkat sebelah, macam yang dia selalu buat. Projek memprovokasi dalam diam.

“Please take your file. Over there,” tunjuknya pada fail yang terdampar di atas lantai dengan hanya menggunakan lirik mata. Sangat menyakitkan hati!

Aduh! Geramnya! Why he so terukkkk?

“I’ll take it as soon as we finish this matter! Lagipun awak yang campak. Jadi, awaklah yang ambil!” luahku, tetap tak mahu kalah lalu pintu biliknya aku buka dan mula melangkah ke ruangan pejabatku. Entah apalah yang aku minat sangat dengan si naga ni!



***

Selama aku bekerja sebagai Public Relation Officer, jarang sekali aku mendengar orang bercerita mengenai Noah. Lelaki itu sangat misteri tapi GARANG!      Bukan seorang dua pekerjanya diherdik dan dimaki, tapi banyak! Ada yang sanggup berhenti kerja sebab tak tahan sangat dah kena marah. Bukan itu sahaja, sebagai seorang stalker dan peminat kipas-susah-mati Noah, aku mendapati dia juga tidak punyai ramai kawan. Dunianya hanya tempat kerja dan rumah. Social Networking pun tak ada! Yang ada hanyalah email sahaja.

Noah memang bukan lelaki idaman Malaya, itu aku berani cakap. Tapi entah kenapa dia ada sesuatu yang lelaki lain tiada. Sesuatu yang aku juga mahu tahu.

“Mata tu boleh pandang tempat lain rasanya!” Suara bernada sindiran akhirmya keluar dari mulut Noah.

Mungkin tidak selesa bilamana aku dari tadi tidak henti memandang sisi wajahnya yang sedang focus memandu.

“Hehehe...sorry. awak handsome sangat, sampai mata saya tak nak pandang lain dah!” ujarku selamba tapi ikhlas dari hati.

Terus  wajah itu berubah riak. Suram.

“Aku handsome ke?” Soalnya selepas mendiamkan diri untuk beberapa saat.

“Well...tak sebenarnya. Tapi...entah. saya suka tengok awak. the only word that can describe all about
you is MYSTERY!”

“Mystery?”

Aku mengangguk.

“Kenapa?”

“Entah! Anggap saje selera saya yang pelik,” balasku mudah.

“Jadi kau suka aku? Cinta?”

Sekali lagi aku menjatuhkan kepala. Tapi tidak mampu untuk memandangnya. Melihat reaksinya yang mungkin terkejut. Mungkin marah. Mungkin... suka? Itu mustahil!

“Sudah-sudahlah menunduk tu. kita dah sampai!” beritahu Noah tanpa memberi ‘maklumbalas’ dengan pengakuan secara tidak langsung aku tadi.

Tidak tunggu lama, terus aku pandang ke sisi tingkap. Lah...cepatnya sampai! Tak sempat  aku nak ‘dating’ dengan Noah lama-lama. Keluh hatiku. Kecewa.

Bila aku mahu membuka pintu kereta, Noah terlebih dahulu melakukannya untuk aku. Oh...terharu kita!

“Jangan nak senyum sangat. Aku bukan nak berlagak gentle ke apa. Kau tu lambat sangat nak keluar!” potongnya dalam nada kejam.

Aku mengetap bibir. Geram!

“Orang tahulah! Sana nak jalan!” marahku lalu menolak sedikit badannya.

“Frustrated ke Cik Syafiah?”

Kali ini aku menjelingnya pula sebelum menyambung langkah ke pintu pejabat John’s Brother. Baik pulak mood si naga ni nak kenakan aku!

MASUK kali ini sudah  tujuh kali aku memandang muka Noah. Tujuh soalan. Tujuh kali aku pandang lelaki itu. Begitulah aku dari tadi bila setiap kali Encik Kim Ah Beng mengajukan soalan dalam bahasa Cina, aku jadi terpinga-pinga bilamana Noah menbalasnya dalam bahasa yang sama dengan jelasnya.

“Tā shì nǐ de yuángōng?”Soal Encik Kim lagi.

“Zhèngquè. Tā shì yīgè tèbié de rén ” Sekilas Noah memandang ke arahku sebelum memandang Encik Kim semula.

Terkebil-kebil aku menentang anak matanya tadi.

“Tā shì yīgè hǎo zhǔyì. Nǐ shì xìngyùn de,” balas Encik Kim lagi lalu tersenyum memandangku.

Walaupun tak faham apa yang dia katakan, aku tetap membalas senyumannya. Bukan kena bayar pun!

“Wǒ zhīdàole. Xièxiè.”sambut Noah.

Okey. Perkataan hujung itu aku faham. Tapi apa yang nak diterima kasihkan ni?

“Hòulái gàosu wǒ, dāng wǒ zhèng yào hé tā jiéhūn. Wǒ xiǎng angpau,”tambah Encik Kim lalu menyerahkan fail yang berisi tandantangannya kepada Noah.

Sebaik sahaja fail berada di tangan Noah, lelaki itu segera berdiri. Aku juga sama.

“Thank you. I’ll let you know.”Noah senyum sebelum berjabat tangan dengan Encik Kim. Tanda ikatan perjanjian sudah Berjaya.

Keluar sahaja dari pejabat CEO John’s Brothers, aku terus merapati Noah. Teringin betul aku nak tahu apa yang disembangkan mereka.

“Nak tahu aku cakap apa tadi lah ni kan?” Tanya dia bagai dapat membaca fikiranku.

Aku mengangguk kepala beberapa kali. Sengaja juga aku tayangkan muka ‘seposen’, cuba meraih perhatiannya.

“Nantilah. Sekarang aku lapar!” ujar Noah selamba.

Heish...dia ni memang sengaja tau!

“Nak makan apa?”Soalnya padaku sebaik sahaja Audi SQ5 miliknya sudah berada di atas jalan raya.

Bila dia tanya begitu, aku terus kalih memandangnya dengan mata yang membulat besar. Hilang sudah rasa geram. Bibir pula sudah diketap separa kuat, berusaha menyembunyikan senyuman. Seriuslah dia ajak aku makan? Sukanya!!!

“Chinese food! Boleh?” pintaku agak mengada bunyinya. Kalau ada yang tidak mengenali aku, pasti tak kurang atau lebih, mesti rasa nak tampar-tampar aku!

“Okay. The treat is on you.”

Aku kerutkan dahi. Eh, ayat belakang tu...

“Eh, kenapa pulak? Bukan awak yang nak belanja ke? Sebab awak yang lapar,” protesku. Baru ingat nak merasa dia belanja. Ini nampak gayanya macam tinggal harapan aje.

“Aku memang lapar. Tapi kau yang kena belanja sebagai tanda terima kasih sebab aku yang close deal dengan John’s brothers tadi. Remember? You owed me.”

Keluhan berat aku lepaskan. Hmmm...betullah tu!

“Bawalah mana-mana yang awak suka. Janji dapat makan dan saya belanja.” Putusku lalu mengalihkan kepala, memandang sisi luar kereta. Haih, nak buat macam mana, dia menang!

***

“Aku nak balik rumah kejap. Ambil barang,” beritahu Noah sambil memusingkan stereng Audi SQ5 miliknya ke arah bertentangan dengan jalan yang menuju ke pejabat.

“Kau dengar tak?” Soalnya sekali lagi bilamana aku tidak memberi respons pada kata-katanya tadi.

“Dengar,” balasku sepatah. Malas nak melayan. Satu....sebab dia dah ‘paw’ duit aku lunch tadi. Dua...sebab perut aku sudah kekenyangan dengan nasi ayam Hainan plus dim sum.

“Tak payah nak protes tunjuk perasaan lama-lama. Nanti aku bawa kau makan Chinese food yang lagi sedap dari hari ni,” ujarnya lalu memberhentikan keretanya di lot parkir kawasan kondominiumnya.

Sebaik sahaja telingaku menangkap bait perkataan yang keluar dari mulutnya tadi, mata ini tidak dapat tidak membulat dengan besarnya. Seriuslah?

“Betul? Ada yang lagi sedap dari tadi?” Soalku meminta kepastian. Muka ini jika diberi cermin pasti jelas benar buruknya! Buruk lantak. Buruk rupa. A complete set!

“Tak kan aku nak tipu kau. Sudahlah. Aku nak naik ambil barang. Kau duduk sini,” arahnya lalu membuka pintu kereta dan bergerak ke arah lif.

“Cehh...bukan nak pesan jaga diri ke apa. Main pergi macam tu je. Tak romantik betul!” rungutku dan mula mencapai handphone, mendengar lagu kegemaranku.

Beberapa minit kemudian. Aku terdengar cermin kereta diketuk. Wajah Noah jelas meminta aku membuka lock pintu. Tak menunggu masa, aku menariknya. Pintu belakang dibuka lelaki itu. Jelas di mataku dia meletakkan sebuah bakul yang berisi kucing. Oh...kucing?

“Jangan nak terkejut sangat. Lisa sakit. Aku nak bawa Lisa jumpa vet,” terangnya sebelum memboloskan diri ke seat pemandu dan mula bergerak ke susur keluar kondominiumnya.

“Lisa?” Soalku. Hairan bercampur lawak sebenarnya. Ada kucing nama Lisa. Seriuslah? Mesti Noah ni  hard core fan Lisa Surihani. Cuma malu nak cakap je.

“Kenapa? Ada masalah?”

Kepala aku gelengkan beberapa kali. Malas nak cari gaduh dengan dia hanya semata-mata sebab kucing!

“Comel!” kataku ringkas. Memang comel pun Lisa ni. Putih. Gebu. Memang dijaga first class la oleh tuannya! Untung Lisa...

“Kau suka kucing?”

“Tak!” jawabku pantas. Aku kerling sekilas raut wajah Noah. Nampak sedikit berubah. Kenapa?

“Why?”

“Entah. Mungkin tak suka haiwan berbulu. Mungkin sebab tak pernah ada,” balasku lagi. Jujur.

Memang aku alah dengan kucing. Jumpa mesti lari punya! Itu hakikat! Kalau Noah potong namaku dari senarai calon isterinya semata-mata Lisa, aku tak boleh kata apa. Takkan nak hipokrit dengan dia semata-mata nak menambat hatinya. It’s so not me!

“Kalau ditakdirkan kau dapat suami yang suka kucing? Kau sanggup sama-sama bela?” Tanya dia lagi.

“Depends. Saya bukan kejam sangat sampai mati kucing tu saya bela.”Ikhlas aku menyuarakan jawapanku.

“Glad to hear that!” tukas Noah seolah-olah lega.

Aku yang leka memandang pemandangan di luar kereta jadi terpinga-pinga. Hah? Apa? Baru nak bertanya...

“Kita dah sampai. Kau naik dulu. Aku nak ke klinik haiwan.”

Mahu tidak mahu, aku jatuhkan kepala dan membolos keluar dari kenderaannya. Belum sempat pintu keretanya aku tutup rapat, telinga ini sempat menangkap bicara Noah bersama Lisa.

“Sabar ya Lisa. Sekejap lagi kita sampai klinik. Please stay strong for papa!” luah Noah yang leka membelai Lisa  yang elok berada dalam bakul. Sedikit pun tidak menyedari bahawa aku mendengarnya.

Saat pintu keretanya aku tutup kemas, Noah memandangku dengan raut terkejut. Tidak menghiraukan reaksinya, aku terus melambai-lambai tangan dan bergerak ke pintu pejabat. Lisa dan papa? Haih, sejak bila Noah jadi comel ni!

***
Semua warga ZEN-D sudah kecoh-kecoh dengan hari keluarga yang bakal diadakan pada hujung minggu ini. kecuali Noah. Lelaki itu langsung tidak menunjukkan reaksi yang sepatutnya. Setiap tahun begitulah air mukanya bila hari keluarga di anjurkan. Kosong! Perginya pun jarang-jarang. Entah macam manalah dia deal dengan pihak atasan.

“Hujung minggu ni...”

“Tak. Aku tak pergi!” Amboi! Belum habis soalan aku, dia dah bagi jawapan. Bagus betul perangai!

“Tapi...Tuan Haji cakap, awak pergi tahun ni. In fact, awak adalah perancang utama hari keluarga tahun ni,” ujarku yang sudah kehairanan. Takkanlah Tuan Haji Zamri nak menipu kot?

“What? How? Ishh...” Noah sudah mendengus kasar. Telefon bimbit yang berada dalam poket seluar dicapainya.

Manakala aku hanya diam dan memerhati. Nak call Tuan Haji la tu! lama aku lihat dia bercakap dengan Tuan Haji. Ke hulu dan ke hilir. Macam orang susah hati. Sekali sekala rambutnya di ramas kasar. Hmm...memang susah hati!

“So?” Aku meminta jawapannya sebaik sahaja taliannya di matikan.

“This is ridiculous! Totally a mess!” marahnya lalu menghenyakkan punggungnya di kerusi. Betul-betul serabut ni!

“Apa yang awak tak suka sangat dengan hari keluarga ni? Bukan mati pun kalau pergi. Tiap-tiap tahun officemate kita mengata pasal awak yang selalu lari bila hari keluarga. Awak tak rasa malu ke?” ujarku sedikit keras bunyinya.

Noah pandang aku dengan jelingan tajamnya.

“I don’t give a damn on what people are going to say about me! I just hate it!” marahnya lalu menumbuk permukaan meja.

Sedikit tersentak juga hati ini melihat amukannya. Tapi sebab dah biasa, aku buat bodoh ajelah! Just bear it for a few second Husna. It’s gonna be fine!

“Kenapa? awak jealous tengok diorang bawa keluarga? Dan awak tak ada siapa-siapa yang boleh dibawa? Macam tu?” tebakku.

Dia mendengus lagi.

“You just don’t get it Syafiah!”

“It’s Husna!” Sempat lagi aku membetulkan namaku.

“Ahh...Whatever!”pintasnya.

Untuk berapa ketika, aku menggelengkan kepala. Keras kepala!

“Okey. Ada satu solution,” ujarku agak tiba-tiba. Tapi bukan idea yang bernas dan mengikut piawaian lelaki itulah. Confirm dia tak akan setuju!

“Apa?”Teruja Noah menyoalku.

“Bila time berkumpul atau kena buat aktiviti yang awak tak suka. Awak panggil saya. Kita lari. So, tak adalah obvious sangat yang awak ni ‘anak emas’ Tuan Haji sampai boleh skip family day. Boleh?”

Noah diam. Tapi nampak macam setuju. Ke aku aje yang rasa macam tu?

“Lari dengan kau? Ke mana?”

“Dating!” sambutku pantas lalu menayangkan gigi penuh milikku.

Noah mengetap bibirnya. Nampak macam geram...

“Kau ni memang...” Dia kalihkan wajahnya ke sisi sebelum meraup rambutnya dan kembali memandangku.

“....gedik!” sambungnya membuatkan aku terngadah.

“What?” Terjerit aku mendengarnya. Sedangkan lelaki itu sudah ketawa berdekah-dekah. Hei...Lawak sangat ke derr?

***

“Make sure bila ada game, kau bagitahu aku dulu. Senang aku nak lari! Kalau tak siap kau!” ugut dia. Keras.

“Saya tahulah. Trust me! I’m a girl with my word!” ujarku mendabik dada seketika.

Noah hanya mencebik sebelum berjalan meninggalkan aku.  Di mataku, lelaki itu nampak sangat kasual
hari ini. Nampak lebih relaks. Mungkin sebab pakaiannya. Biasanya si naga tu tahunya kemeja, slack dan kot memanjang.  Bosan betul! Tapi hari ini dia tampil dengan t-shirt kolar bulat hitam dipadankan dengan cardigan nipis berwarna putih dan seluar Bermuda hitam. Buat ramai staff wanita yang single memandangnya tak lepas!

“Eh? Noah nak ikut!” jeritku bilamana aku sedar yang dia sudah jauh meninggalkan aku.

“Apa masalah kau ni? Asyik nak ikut aku je! Takde kerja lain?” marahnya sambil menyepak pasir pantai.

Aku sengih dalam diam.

“Tanya lagi? Kan dah janji nak dating...” balasku agak meleret nadanya. Menggedik!

Dia berhenti melangkah tiba-tiba sebelum pusing memandangku.

“Dating? Tak takut aku buat benda tak baik kat kau?” Noah sengaja buat aku jadi seram tau!

Tapi aku geleng. Yakin dia bukan jenis yang macam tu. Err...95 peratus aku yakin. Yang lebihnya...berjaga-jaga! Lelaki tetap lelaki! Kan?

“Tak bimbang orang mengata kau gatal? Jalan-jalan berdua dengan aku?” Asaknya lagi dengan soalan yang ‘panas’.

“Confirm tak! Paling tidak pun diorang cakap ‘wah, untungnya Kak Husna dapat jalan dengan Encik Noah’.” Ujarku sambil mengulang dialog yang pernah di sebut Amna bila aku asyik keluar berdua dengan Noah.

“Perasan!” tukasnya selamba.

“Awak yang perasan. saya cakap bukan atas dasar saya bangga keluar dengan lelaki handsome tapi sebab bangga dapat jinakkan naga!”

“Naga?”Wajah Noah sudah memerah. Bengang!

“Yup!”

“Kau!” jerit Noah lalu tanpa aku bersedia, dia menolakku ke tepi pantai.

Bushhh!!!

“Aahhh!” jeritku terkejut.

Dan Noah hanya mengangkat kedua-dua bahunya santai. Sengaja betul!

“Eii...Habis basah! Janganlah gurau kasar macam ni!” marahku sedaya upaya bangun sebelum akhirnya Noah menarik lenganku, berdiri.

“Sorry!” Sepatah sahaja yang keluar.

“Macam mana nak balik chalet kalau basah macam ni?”rungutku sambil menarik-narik baju yang terasa melekat di badan. Haih...bahaya sungguh!

“Tunggu jelah sampai kering! Nak beli yang baru, aku tak nampak pun kedai yang jual baju kat sini,” balas
Noah selamba dan masih sempat lagi meletakkan idea ‘bombastiknya’. Apa? Tunggu sampai kering?

“Tunggu? Encik Noah, sekarang dah pukul berapa? Pukul enam awak tahu? Pukul 8 malam karang kita ada dinner dengan officemate kita. Lupa?” Geram pulak aku dengan tahap ‘ke-tidak-endah-an’ si Noah ni!

“Siapa suruh kau gatal ikut aku tadi!” serang Noah pula lalu melabuhkan duduknya di atas pasir.

Aku mendengus kasar. Memang padan muka aku! Menggatal lagi dengan anak teruna orang! Tengok! Allah bayar cash! Keluhku dan sekali lagi aku cuba membetul-betulkan baju yang melekat di badan. Berdoa juga semoga bajuku ini cepat kering. Tapi nampak gayanya...

Pakk!

Noah melemparkan cardigannya ke badan aku. Tidak menunggu reaksi aku, dia segera melabuhkan duduknya di atas pasir pantai.

“Pakai baju aku tu. sakit mata aku tengok. Kalau macam ukuran model takpelah jugak. Ini macam kurang sikit  aje dari beruang,”arahnya sambil sempat lagi menyelitkan kata ‘pujiannya’ tentang bentuk badanku. Memanglah takde macam badan model tapi takdelah gemuk sampai tak berbentuk! Just nice dengan tinggi aku. Heii...

Walaupun berterima kasih dengan tindakkannya yang ‘baik hati’ memberikan aku cardigannya, tapi sebab sakit hati dia mengata bentuk badanku, terima kasih itu aku simpan ajelah. Tunggu raya! Boleh pulak? Aku jeling dia. Sabar. Orang dah tolong...

“Duduk jelah. Setengah jam karang keringlah baju kau tu. lagi satu, kau tak nak hargai ke peluang dating dengan aku sambil tengok matahari terbenam?”arah Noah sekaligus mengusulkan cadangan yang lebih ‘masuk bakul angkat sendiri’.

Matahari terbenam? Hmm...boleh jugak.  Terus aku lupakan rasa sakit hatiku tadi. Apa-apa pun boleh.Asalkan tak melarat sampai ke malam. Kena tangkap basah karang buat naya je! Akhirnya, aku melabuhkan duduk di sebelahnya. Lama kami tidak bersuara, hanya melemparkan pandangan ke lautan yang luas terbentang. Indah sungguh ciptaan Allah...

“Noah...”

“Hmmm..,”

“Kenapa awak tak suka datang family day? Is there something that makes you feel uncomfortable?”
Tanyaku sedikit tiba-tiba. Lama aku mencari korelasi dan menyenaraikan hipotesis mengenai keengganan Noah menghadiri hari keluarga setiap kali ianya di adakan. Tapi tidak aku temui juga. Ianya terlalu kompleks.

Noah tarik nafas sebelum menghembusnya kembali. Sekejapan dia memandang aku.

“Kalau aku cerita, boleh kau janji ianya akan jadi rahsia sampai mati?”

Air liur aku telan dengan payah. Rahsia? Sampai mati?

“In sha Allah!” sambutku dengan debar. Bila aku pandang Noah, lelaki itu erat menggenggam pasir. Nampak payah! Resah! Gelisah! semuanya terbias dari lakunya itu.

 “Kalau tak sedia...you don’t have to...”

“I have to!” pintas Noah. Tepat memandangku. Buat aku terkelu!

“Sebenarnya aku.....”

Noah terus bercerita. Dan aku...walau terkejut mana pun, aku biarkan telinga dan hatiku menerima setiap butir bicaranya. Membiarkan dia meluahkan dukanya.

“Syafiah...” panggil Noah bila kami sudah bersiap untuk pulang.

Segera aku paling melihat dia.

“I’m telling you this, because i believe in you!”

“And I keep on listening to you because i believe in you too!” sambungku, menyatakan janji disebalik janji...

***

Seperti yang dirancangkan, tepat pukul 8 malam aku berada di restoran. Menikmati makan malam bersama-sama rakan sepejabatku yang lain. sayangnya dari tadi aku masih tidak nampak batang hidung si Noah. Takkan dia mungkir janji? Tak mungkin...

Noah sudah berjanji dengan aku. Semua aktiviti riadah yang diadakan tidak akan melibatkan dia kecuali sesi makan malam di hari terakhir.  Hanya itu yang dia akan hadiri. Ahh...mungkin dia tak sihat!

“Amna, jom teman akak panggil Encik Noah?” ajakku pada Amna yang sedang duduk menikmati makananannya.

“Alah...kak.  Amna nak makan ni!” rengeknya tidak puas hati

Memang salah aku mengajaknya ketika dia sedang sibuk makan. Tapi aku dah tak tahu nak ajak siapa. Semua pekerja nampak sibuk dengan keluarga masing-masing! Dan paling penting, hanya dia yang aku percayakan!

“Please!!! Akak belanja kasut baru bulan depan?” umpanku sambil kening dinaikkan beberapa kali.

“Kasut?” Amboi berseri muka budak ni!

Aku mengangguk beberapa kali. Mengiayakan!

“Okey! Jom!” tidak tunggu lama, si Amna ini pun bersetuju.

SAMPAI di bilik Noah, aku mengetuk pintu beberapa kali. Tapi tidak ada yang menjawabnya. Tombol pintu yang sudah dicapai segera aku cuba pulas. Eh...tak berkunci?

“Amna, akak masuk sekejap. Takut Encik Noah pengsan ke apa. Orang call tak jawab. Ini pintu pun tak kunci. Amna tolong jaga kat luar ya? Akak tak tutup pintu ni,” pesanku pada Amna.

Dan gadis itu hanya mengangguk sambil membuat tabik padaku. Tanda patuh!

Masuk sahaja ke ruangan bilik si Noah, aku lihat baju dan seluarnya bersepah di atas katil. Bunyi air yang menderu jatuh ke lantai dari bilik mandi cukup menghantar makna yang lelaki itu sedang mandi. Patutlah tak dengar aku ketuk pintu tadi!

Langkah kaki aku atur semula ke pintu biliknya, mahu keluar. Fikirku sebentar lagi siaplah si Noah dengan urusan mandinya. Tapi tidak sempat aku keluar, suara Noah menampang gegendang telingaku.

“Syafiah? What are you doing here?”

Tidak dapat tidak, aku terpaksa berpaling melihatnya. Serasanya, merah mukaku melihat keadaan dia yang hanya berbalut dengan tuala sahaja!

Melihat aku yang tercengang dan air muka yang pasti sudah memerah, Noah mula kelam kabut berpusing dan mencapai bajunya yang terdampar di atas katil. Tapi saat dia kalut berpaling, mengambil bajunya, mata ini terkesan sesuatu yang tidak enak. Sesuatu yang tak elok dipandang!

“Noah...itu....” tunjukku pada belakang badan dia.

Noah tidak tunggu lama, dia terus memakai bajunya di hadapanku. Saat dia memandangku, wajah itu sudah bertambah keruh. Lebih kelat dari biasa...

“We’ll talk later!” ulasnya dan terus menolak badanku ke muka pintu.

Bila pintu sudah di tutup rapat, fikiranku masih tidak dapat mencerna apa yang dilihat tadi. Seolah-olah ianya masih satu kejutan.

“Kak? Okey tak ni? Ada Encik Noah kat dalam?” Soal Amna bertubi-tubi.

Dengar sahaja suara Amna, aku menggelengkan kepala beberapa kali, cuba membawa minda ke posisi sedarnya.

“A..ada. dia suruh kita pergi dulu.  Kejap lagi dia datang,” beritahuku pada Amna.

“Okeylah kalau macam tu. Jomlah kita gerak. Amna nak sambung makan,” ujar Amna lalu menarik tanganku ke arah dewan tadi.

***

Faith is a matter of trust...

Suara hati ini tidak dapat mengatakan perkara yang tidak benar bila masuk bab Noah. Adakah sebab apa yang pernah diberitahunya dulu? Ahh...itu tidak mungkin! Aku bukan orang yang mudah jatuh simpati pada orang lain. awal-awal sudahku ajar hati ini untuk jadi sedikit ‘keras’ dan lebih realistic. Bukan untuk percaya bulat-bulat dengan apa yang diberitahu atau dilihat. Mungkin cinta yang terlalu kuat untuk Noah menjadikan aku orang yang sebaliknya?

“Aku...”

“It’s okay! You don’t have to tell me anything.” Pintasku menghalang kata-katanya.

Noah nampak terkejut.

“Why?” Soalnya.

“...because i choose to believe in you. Whatever it takes or happen in future, i still want to believe in you.
Keep my word!” sambungku, menyalurkan segala rasa hatiku padanya.

Melihat wajahnya yang tercengang bercampur terharu itu, mahu tidak mahu, senyuman ringkas aku terbias juga diwajah ini.

“Sudahlah tu. hari tu kan saya dah janji untuk percaya awak.  That’s why i don’t need your further explanation.” Aku berusaha untuk menyedapkan hatinya. Biar dia tidak rasa terhutang budi denganku.

“Tattoo tu aa...”Tapi Noah tetap nak bersuara walaupun aku menghalangnya.

Jadi terpaksa jugalah aku ambil kuih lompang dan sumbat ke mulutnya. Menutup mulut itu dari membuka aib sendiri. Terkelip-kelip mata Noah memandangku. Telinga dan pipi usah ceritalah warnanya. Merah betul!

“Aib sendiri tolong jaga ya. Saya berusaha jaga aib awak dengan tak mahu ambil tahu tentang your past. Lainlah kalau saya ni isteri awak. hah, masa tu barulah awak cerita supaya kita saling jaga aib satu sama lain. faham?”

Usai aku berkata-kata, Noah masih terkebil-kebil melihat aku sambil berusaha juga untuk mengunyah kuih lompang yang telah aku sumbat tadi. Comel betul aksi separa sedar Noah ni! Sempat rakam tak ya? Boleh upload kat Youtube. Bisik hati nakalku.

Selesai Noah mengunyah, dia masih lagi merenungku. Buat aku juga terhanyut dalam renungan yang penuh misteri itu. Lama. Sehinggalah dia mengucapkan...

“Syafiah...” Noah menyeru namaku dalam nada yang agak....lembut?

“Be my world and show me how are we suppose to live as a family...”sambungnya dengan pandangan yang penuh harapan dan keikhlasan.

Dan aku...hanya mampu mengucapkan syukur dalam hati. Sekurang-kurangnya penantianku selama ini berbaloi. Doaku...semoga aku mampu menjadi ‘cahaya’ dalam hidupnya yang selama ini kelam dan suram Ya ALLAH...

***

Love is when i see the ugliest part of you but i’m still staying...

Teraba-raba tanganku mencari tubuh Noah dalam  mata yang terpejam. Hampa bila tidak ada apa yang kurasa di situ. Perlahan aku membuka mata. Haih...entah ke mana dia pergi? Dalam rasa mengantuk yang masih berbaki, aku gagahkan diri bangun dari katil. Mahu mencari di mana lelaki yang sudah mengangkat taraf diriku dengan gelaran isteri itu.

Bathrobe yang sudah tersarung dibadan segera aku ketatkan ikatannya sebelum berlalu ke sudut balkoni kamar hotel yang sudah 3 hari aku dan Noah menginap sempena  bulan madu kami. Ternyata dia ada di situ!

“Awalnya bangun,” sapaku lalu memeluk tubuh itu dari belakang. Tanganku yang sedang memeluknya segera dia capai dan rungkaikan pelukanku.

“Noah, what’s wrong?” Tanyaku bila terkesan di mata ini yang suamiku itu ada sesuatu yang mahu dibicarakan.

Namun, dia hanya menggeleng sebelum mendudukkan aku di kerusi rotan yang tersedia ada di balkoni. Kedua-dua jemariku di capainya. Jelas terbias kerisauan di wajah itu. Tapi kenapa?

“Awak malu ke pasal malam tadi?” usikku selamba bilamana dia masih tidak membuka bicara. Sengaja aku mengusiknya tentang peristiwa malam tadi. Peristiwa di mana aku dan dia menjadi suami isteri dalam erti kata sebenar. Walaupun hakikatnya aku juga masih terasa malunya.

Kali ini dia berubah riak. Tapi reaksi yang aku juga sukar untuk menggambarkan yang bagaimana.

“Pasal malam tadi...you saw the tattoo, isn’t it? You saw it clearly, right?” Tanya dia dalam nada risau dan bimbang.

Haih...Itu rupanya yang dibimbangkannya. Tapi memang jelas di mataku bagaimana rupa tattoo yang terlukis di belakang badan Noah itu walaupun dalam kesamaran lampu  tidur. Dekat dengan bahu kanannya. Tattoo yang  berupa sayap helang sebesar telapak tangan itu. Dan..dalam terpaksa, aku mengangguk juga.

“Saya nampak, Noah. Sebelum ni pun saya nampak tapi malam tadi  lebih jelas. Kenapa? Awak risau saya tak dapat terima?” tebakku.

Noah meraup wajahnya sebelum dijatuhkan tangan ke pangkal lehernya. Gelisah benar.

“You tak nak tanya macam mana...”

“Kalau awak sudi dan dah bersedia untuk bercerita, baru kita bincang pasal ni. I love you. Not your past, Noah. Ingat tu?” sampukku sedikit tegas tanpa sempat dia menghabiskan ayatnya.

Selesai aku berbicara, Noah tiba-tiba menarik tubuhku berdiri, sebelum badan ini di sauknya dalam pelukan. Erat! Dengan rasa bahagia yang menggebu, aku membalas pelukannya. Noah...Noah...

“I know you love me too. Tapi saya tak mandi lagi ni. Tak berbau ke?” Sengaja aku mengusiknya lagi bila dia mencium ubun-ubunku beberapa kali.

“Nope! You smell good Syafiah...”

Senyum ke  telinga aku mendengarnya. Haih... kalau suka, kentut pun bau wangi!

“...good enough for me to throw you into the bath tub!”  sambungnya sebelum mencempung tubuhku masuk ke dalam kamar mandi.

“Noah!” jeritku memanggil namanya. Terkejut bercampur geram dengan aksinya yang tiba-tiba nakal! Haih...sejak bila Noah saya jadi nakal ni?

Showing your affection is not a great thing if you feel nothing...

MENCUKA raut wajahku bila terpaksa akur dengan kehendak Noah yang tidak mahu sesiapa pun di pejabat kami tahu tentang perkahwinan ini. aku faham, dia masih perlukan masa untuk membiasakan diri dengan situasi dan status baru yang kami pegang. Noah Iman suami                 Syafiah Husna dan Syafiah Husna isteri kepada Noah Iman...Tapi haruskah perkara baik disembunyikan?

“Pergi kerja pun asing-asing?” Soalku entah untuk soalan yang ke berapa pun aku tak sedar. Bengang sangat!

Noah senyum sebelum mengangguk. Pipiku di usap perlahan sebelum memicit hidungku perlahan.  menzahirkan rasa maafnya dalam bentuk sentuhan. Sentuhan yang  penuh kasih sayang dari lelaki itu yang aku rasakan, dari hari ke hari. Semakin jelas....

“Lisa come to papa!” panggil Noah sebaik sahaja dia terpandang kelibat si Lisa yang menapak penuh ‘elegan’ ke arah papanya itu. Haih...Cemburu aku!

“Lisa nak makan? Kali ni mama bagi makanlah ya? Papa dah lambat nak pergi kerja,”bicara Noah sambil mengusap lembut kepala Lisa.

Lisa yang seolah-olah memahami bicara Noah itu hanya mengelip-ngelipkan matanya sambil menggeselkan kepalanya di tangan Noah.

 “Good girl!” ujar Noah lalu berjalan ke cabinet tv dan mengambil briefcase miliknya.

Kot Noah yang terletak di atas sofa segera aku capai dan hulurkan padanya bila lelaki itu seperti terlupa. Ini semua Lisa punya pasallah! Lisa sana! Lisa sini! Akhirnya nyaris terlupa kot. Dalam separa sedar, aku menggelengkan kepala. Tak relevan betul cemburu dengan kucing!

“By tomorrow, you boleh masuk kerja. Lagi satu, kalau ada apa-apa you nak makan bagitahu i. i’ll grab it for you. Dalam peti tu semua dah tak elok,” pesan Noah sambil menyarung kasut.

“Baik!”

“ohh...yeah. Before i forget...” Noah berpaling memandangku. Buat aku jadi terpinga-pinga.

“Apa?” Soalku ringkas.

“....please be nice to Lisa,” sambungnya dengan riak risau.

Aku mengeluh demi mendengarnya. Asyik-asyik Lisa. Confius aku siapa isteri Noah sekarang? Lisa ke aku?

“Ya...Pak Encik. Saya menurut perintah.” Akur juga aku  dengan permintaannya. Nak buat macam mana, sayang suami kan? Sayang Noah bermakna harus sayang Lisa!

“Good. I gerak dulu!” pamitnya tapi sempat aku paut tangan itu.

“Baby...awak lupa sesuatu...”

“Oh!” Noah tepuk perlahan dahinya sebelum meraih aku ke dalam pelukannya. Dahi serta kedua-dua belah pipiku di ciumnya lembut sebelum meleraikan pelukan dan menghulurkan tangannya padaku.

Tidak tunggu lama, tangan itu segera aku sambut lembut dan kukucupnya syahdu. Doaku, dia akan menyayangi dan menghormatiku sebagaimana aku sayang dan hormat padanya.

“Gonna miss you!” luahku penuh perasaan. Cuba menyemai rasa rindu-rinduan sesama suami isteri. Mengeratkan hubungan yang baru terbina dengan luahan rindu antara kami.

Tapi sayangnya...Noah hanya tersenyum sebelum mengangguk. Usai memberi salam dia terus menapak keluar ke pintu lif.

Takpelah...Noah malu lagi. Noah tak pandai nak mengekspresikan rasa sayangnya lagi. Bisik hatiku sendiri.  Cuba menghilangkan rasa sedih. Telefon bimbit yang terletak di atas meja aku capai. Dengar lagulah!

Bila pandangan aku halakan pada skrin, kening ini sudah terangkat sebelah. Eh, ada mesej? Dari Noah? Terujanya! Terus aku sentuh skrin dan mengamati mesej yang tertera di situ.

‘Gonna miss you and Lisa...’

Amboih! Tipu kalau aku tak senyum sampai ke telinga. Tapi ayat yang belakang tu....

“Meoww!!!”

Haih...Macam tahu-tahu aje si Lisa ni. Terus Lisa menggesel-geselkan kepalanya di kaki aku. Seram bercampur geli jugaklah. Tapi nak buat macam mana, sekarang aku ‘mama’ si Lisa. Takkan nak tendang ke tepi pulak? Langsung, Lisa aku capai ke dalam gendongan dengan berhati-hati. Baik belajar berbaik dengan Lisa dari sekarang...

“Papa cakap dia rindu Lisa jugak.”

Dan Lisa membalas dengan menggeselkan kepalanya di tanganku sekali lagi. Haih... Manja betul  si Lisa
ni!

***

“What are you trying to do?” Soalku usai bangun dari tidur pada pagi itu.

Badan Noah yang tersarung apron bunga kecil berwarna pink itu kelihatan menarik dan lucu juga di mataku yang baru sahaja bangkit dari lena ini. hairan. Macam mana dia tiba-tiba sahaja bangun pagi ini dan bertungkus-lumus di dapur untuk buat breakfast. Err...roti bakar yang....err terbakar?

“Tak nampak? I tengah cuba buat roti bakar,” balasnya dengan suara sedikit keras  lalu menunjukkan padaku sekeping roti bakar yang terbakar itu. Raut wajahnya nampak tegang. Tension gamaknya bila roti bakar jadi terbakar.

“My dear, meh saya betulkan apa yang kurang dalam steps roti bakar awak ni,” ujarku sebelum berdiri di belakang badannya yang sedang duduk di bar stool. Hmmm...wangi! bisik hatiku sempat lagi menghidu bauan Noah yang nyata sudah mandi.

Sambil berdiri rapat di belakang Noah, aku gerakkan tangan mengambil kepingan roti dan menyapunya sedikit buttercup di situ. Di dalam toaster aku letakkan roti yang sudah di sapu buttercup. Resepi ciptaan aku sebenarnya. Nak rasa lagi sedap sebelum dan selepas makan!

Tap!

“There you go! Siap!” kataku teruja bila roti itu sudah masak dan ternaik dari toaster. Jem berperisa kekacang itu segera aku sapu cermat di atas kepingan roti yang sudah siap dibakar dengan cantiknya oleh aku tadi. Sendiri masak sendiri teruja! Apa punya perangai entah!

“Senangnya bila you buat,” gumam Noah berbunyi kecewa.

Sapu tangan aku capai dan lapkan tangan yang bersisa habuk roti dan buttercup. Sebaik terperasan wajah Noah yang semakin keruh itu, aku segera mencium pipi kanannya. You know... sebagai pembakar semangat!

“It’s okay dear. Next time ada lagi,” pujukku sebelum mensuakan roti yang sudah bersapu jem itu hampir ke mulutnya.

“Bismillahhirahmanirrahim...” ucapku bila dia membuka mulutnya, menerima roti bakar hasil tanganku tadi.

Sambil mengunyah dia merenung ke mata aku. Hampir tergoda dengan panahan matanya sehingga aku tidak sedar jari jemarinya sudah mengusap pipiku lembut.

“Nak cuba lagi tak next time?”

Dia geleng laju. Nyaris terburai tawaku dengan tingkah lakunya itu. Macam budak-budak!

“You kan ada. You boleh buat untuk i,” balasnya selamba.

Well...as i said earlier, Noah memang bukan hero klise ciptaan penulis novel di luar sana. Kan?

Cupp!

Errrr???Maaf... Ciuman curi-curi oleh Noah tadi adalah diluar jangkaanku.

“Thanks!” ucapnya ringkas dan berlalu keluar dari dapur.

***

NOAH hilang usai menunaikan solat subuh. Sedar-sedar saje hanya mesej yang dikirimkan tanda pemberitahuan dimana dia berada. Misterikan dia? Hampir bulan kedua pun dia masih misteri dipandanganku. Noah yang misteri. Noah yang ‘naga’. Noah yang ‘sejuk’. Noah yang kadang-kadang ‘manis’ tetiba.  Noah yang senyum bila perlu. Dan macam-macamlah tentang Noah yang aku suka!

Bila Noah menghilangkan diri begini dan hanya meninggalkan pesanan melalui mesej sahaja, aku tidak begitu terkilan. Jujur aku katakan itu. Hati isteri ini sentiasa mempercayainya. Sinar matanya yang redup dan penuh misteri itu sentiasa menggamitku untuk belajar memahaminya. Belajar untuk memahami masa silamnya yang masih kabur.  Belajar untuk mengerti masa silamnya yang terlalu jauh dari apa yang boleh aku bayangkan.

“Noah iman...you are really the untouchable,” ujarku lebih pada diri sendiri.

Bila terpandangkan gumpalan baju yang berkumpul di atas katil, aku mengeluh perlahan sebelum tersenyum dan mula melipat baju-bajunya. Noah yang sangat suka buat semak! Suka buat aku kemas dua tiga kali. Tapi ini juga salah satu sebab kenapa aku sayang dia. The imperfect side of Noah. Sekurang-kurangnya aku tahu dia juga tidak sesempurna mana!

Selesai melipat, aku susunkan baju-bajunya di dalam almari. Tidak mengambil masa yang lama, tugasan menyusun baju-baju Noah selesai. Tangan aku cekakkan dipinggang sebelum melebarkan senyuman. Selesai! Pandangan ini menyorot dari atas almari sehingga ke ruangan bawah. Kemas! Tapi tiba di penjuru  ruangan baju bahagian bawah sekali,mata ini tiba-tiba terkesan sesuatu. Lalu aku membongkokkan badan, ingin mencapainya. Sebuah kotak merah bersaiz kecil akhirnya berada di tanganku. Tanpa membuang masa, aku membukanya. Oh, CD? Takkanlah Noah...kepala aku gelengkan beberapa kali. Tak. Tak mungkin Noah tengok benda bukan-bukan!

Namun, hati manusia ini tak boleh menolak keinginan untuk mengetahui isi kandungan sebenar CD itu. Lantas, kaki aku angkat menuju ke arah pemain cakera yang terletak di ruang tamu dan mula menyumbat masuk CD. Sementara menunggu paparan keluar, aku melabuhkan duduk di atas sofa.
 Satu minit...dua minit...tiga minit...empat minit...lima minit...dan akhirnya air mataku menitis dengan lajunya. Ya Allah Noah! Apa yang sebenarnya...

“Syafiah Husna!”

Aku paling ke belakang seraya berdiri menentang pandangannya. Noah yang tegang. Noah yang bernafas dengan tidak teraturnya. Noah yang sudah memerah mukanya menahan marah!

“Noah...”panggilku perlahan. sungguh aku tidak sedar bila dia masuk!

“What are you doing? Kenapa selongkar barang-barang aku!” tempiknya lalu melangkah kearah pemain cakera dan mengeluarkan CD tadi sebelum melemparnya di atas lantai!

“Saya...saya...”

“Aku benci kau!” jeritnya dan berlalu ke kamar.

Wajah aku raup beberapa kali. Ya Allah apa yang aku buat ni? Bisik hatiku, resah. Saat aku ingin melangkah menuju ke kamar untuk memujuk Noah, pintu bilik itu kembali terbuka dan Noah telah melempar segala barang-barangku ke luar dari bilik itu.

Terkedu aku melihat tingkahnya yang sangat jauh dari biasa. Pandangan kami bersatu. Noah dengan rasa bencinya dan aku yang tidak mengerti mula rasa terluka.

“Kenapa?”

“Aku tak nak satu bilik dengan perempuan yang dah hancurkan kepercayaan aku!” balasnya bersama pandangan yang tajam menikam. Seolah-olah mencari mangsa untuk diterkam!

“Saya tak sengaja Noah. Saya minta maaf dan saya bersimpati...”

“Sudah! Aku tak nak dengar!” cantas dia dengan pantas tanpa aku menyudahkan bicara.

Belum sempat dia melangkah semula ke dalam bilik, aku pantas mendapatkannya sebelum memeluk tubuh itu dari belakang. Noah meronta. Tapi aku kerahkan sepenuh tenagaku untuk bertahan, memeluknya.
Berharap semoga semua rasa hati ini sampai ke dasar hatinya juga.

“Jangan benci saya. Saya janji saya akan anggap saya tak nampak apa-apa tadi. Tolonglah...”mohonku dengan esak tangis yang sudah menggila.

Lama dia mendiamkan diri. Hanya tangisanku yang melatari ruangan ini. tolonglah Noah...jangan buat saya macam ni...

Bila aku mula leka, dia mula merungkaikan tanganku yang memeluknya. Mahu tidak mahu, akhirnya pelukakanku terlerai juga dari tubuh itu. Untuk seketika dia memandangku. Tapi kali ini pandangan itu sungguh sayu. Pandangan yang penuh kelukaan! berbeza sungguh dari yang tadi.

“Tak pernah wujud peluang kedua dalam hidup aku, Syafiah. Tak pernah! Aku sendiri tak pernah diberi peluang apatah lagi untuk kau!”

Dan...aku yakin itulah kata pemutusnya. Bicara yang menghiris rasa. Lebih terluka...lebih terseksa...

***

Sejak  dari hari itu, Noah bukan seperti mana yang aku kenal lagi. Sedingin mana dulu dia, masih ada ruang untuk aku hangatkan dengan kasih sayang ini.  setegang mana kemarahannya, masih boleh aku lenturkan dengan kelembutan bicara.Tapi hari ini semuanya sudah sangat lain. malah makin teruk! Diri ini betul-betul dianggap tiada. Tidak lagi diberi keutamaan. Sakitnya...hanya Allah sahaja yang tahu.

Seperti orang bodoh, aku menantinya di pintu setiap hari. Sangat berharap yang dia akan menyapaku kembali. Seperti orang bodoh, aku menunggunya untuk makan bersama. Seperti orang bodoh, aku menerima setiap herdikannya di pejabat. Seperti orang bodoh, aku tetap mencintainya walaupun dia beku. Lebih beku dari bongkah ais!

“Noah...ada baju nak basuh?”

Dia berpaling sebentar memandangku sebelum kembali menonton rancangan di televisyen. Perlahan...aku melepaskan lelah. Payah!

“Noah awak nak makan? Saya dah siapkan.” Sepenuh harapan aku taruhkan yang dia akan mengangguk bersetuju kerana sedari dari pejabat sehingga pulang ke rumah aku tidak nampak dia menjamah apa-apa
pun!

Kali ini dia bangun. Tapi bukan untuk menghampiriku sebaliknya menghilangkan diri ke dalam kamarnya. Kamar yang dulunya pernah kami kongsi bersama. Satu lagi penolakkan yang aku terima! Penolakkan yang halus caranya tapi pedihnya hingga ke ulu hati!

Apa yang saya kena buat lagi Noah untuk raih kembali kepercayaan awak? Saya bukan kuat mana pun Noah. Saya tak kuat nak menerima semua kebencian awak. tolonglah...

Tidak berdaya lagi kaki ini untuk menampung beban. Serasa mahu sahaja aku rebah di sini. Tapi menunjukkan kelemahan bukan caraku. Walaupun tiada mata yang melihat...

***

Jari jemari aku bawa ke pelipis kening sebelum dijatuhkan pada hidung. Pening! Pusing! Sungguh runsing aku dengan karenah Noah. Semakin hari semakin dia baran. Puncak kemarahannya hanya padaku. Walaupun jelas salah itu bukan datangnya dariku. Sekali lagi aku membelek kertas-kertas yang baru sahaja dilemparkan oleh Noah tadi. Milik Malik sebenarnya tapi kerana Malik berkerja dibawahku, nyata kesalahannya itu aku yang harus pikul.

Pintu bilik tiba-tiba diketuk dari luar. Tidak mahu menambah denyutan di kepalaku dek bunyi ketukan itu, cepat-cepat aku meminta orang diluar masuk.

“Yes, Malik. Anything i can do for you?” tanyaku dengan suara mendatar. Sekalipan memandang wajah itu.

“Saya nak minta maaf Cik. Sebab saya, cik kena marah tadi,” luahnya dengan nada kesal.

Mendengar sahaja bicaranya itu, aku terus  bangun menghampirinya yang sedang berdiri di hadapan meja kerjaku. Raut wajah serba salah itu aku pandang penuh simpati. Memang salah dia dengan kecuaian kerjanya tapi kesalahan aku lebih besar. Aku telah menjadikannya bahan untuk Noah lampiaskan kemarahannya.

“I pun nak minta maaf. I pun salah. I tak double check kerja you.”

Malik menundukkan kepalanya. Dia sesal. Aku tahu. Tapi benda sudah jadi. Lagi parah, yang sebenarnya ingin di marahi Noah itu aku! Bukan dia. Tapi dengan dia-dia sekali terkena tempiasnya. Ahh...makin pening aku dengan karenah Noah!

“Cik, okay tak?” Soal Malik bila aku sudah memicit-micit kembali dahiku.

Aku cuba tarik senyum.

“I...pening sikit. Nak rehat. I rasa kita dah okay, kan? Kosong-kosong?”

Malik mengangguk perlahan.

“Saya keluar dulu ya cik?” pamit Malik. Ingin beredar.

Tapi dek kerana pening yang mencengkam kepala, aku tidak dapat memberi reaksi.

“Cik? Cik?” panggil Malik. Cemas.

“Syafiah!”

Noah!Bayang Noah yang mendekat aku sambut dengan senyum lesu. Badan yang sudah hampir rebah nyaris di sambut Malik. Tapi dalam keadaan aku yang semakin lemah, aku masih dapat melihat, Noah menolak Malik ke tepi sebelum menyambut tubuhku pantas ke dalam pelukannya.

“Syafiah! Don’t scare me!”bisik Noah di tepi telinga.

Tubuh yang sudah sedia ada lemah terasa melayang bila dia mencempungku. Serentak dengan pandangan yang makin kabur, wajah panik Noah hilang dari pandangan mataku.

SILAUAN lampu kalimantang terasa mencucuk ke mata membuatkan aku ingin mengangkat kelopak mata yang terasa lebih berat dari biasa. Sakitnya kepala, rintih hatiku.

“It’s okay Malik. Amna. I can take care of her. You both may go.”

Suara Noah menampan pendengaranku. Nampak gayanya dia sedang menghalau Amna dan Malik yang mungkin datang melawatku. Dek letih badan berbaring, aku angkat badan menyandar di kepala katil.

“Amna!” panggilku dengan suara yang lemah.

“Kak!” Amna terus meluru masuk ke bilik. Wajah itu jelas benar risaunya.

Serentak itu juga Noah menapak menghampiri lalu selendang milikku dibawa menutup rambut. Amna yang sudah berada di sisiku hanya memandang hairan.

“Malik you may come in!” arahnya pada Malik yang mungkin berada di luar bilik wad yang sedang di duduki aku ini.

“Kak, okay tak ni?” Soal Amna prihatin.

Wajah Amna aku pandang sebelum menjatuhkan kepalaku.

“Akak nak balik. Amna tolong akak ya,” rayuku lemah  tanpa memandang reaksi Noah.

“Tapi akak tak sihat lagi ni!” tegah Amna serba salah.

Aku mengetap bibir demi mendengarkan jawapan si Amna. Lalu mata aku bawa memandang Malik pula.

“Malik tolong bawa i keluar dari hospital...”

Sayangnya Malik juga sama seperti Amna. Malah, dia memandang Noah pula. Bagai meminta persetujuan dari lelaki itu.

Jelingan dari Noah membuatkan Malik menggelengkan kepalanya. Tidak mahu membantuku juga.

“Malik...Amna... i think you guys may leave now.”Noah melangkah kearah pintu bilik dan membukanya.

Mahu tidak mahu mereka berdua beredar juga meninggalkan aku dan Noah berdua. Dek malas memandang wajahnya, aku jatuhkan kembali badan ke tilam. Mengiring membelakanginya.

“You hate me so much Noah. Then, you may leave too.” Serak suaraku menahan tangis.

Noah tidak membalas. Nyata.... dia sangat membenciku!



Love hurts when i’m trying to hurt you too...

AMNA sudah mengerutkan dahinya. Dari tadi mata itu memang tajam memerhati tingkahku. Seperti ada yang tidak kena di pandangannya. Dan aku pula malas hendak bertanya. Tahu sahaja karenah Amna yang memang suka merumus spekulasi yang pelik-pelik bila perkara itu berkaitan dengan aku. Tapi bukanlah spekulasi yang menjatuhkan. Aku kenal dia. Mesti ada perkara yang hendak dia suakan padaku. Pastinya berkaitan antara aku dan Noah.

“Kak?”

“Apa?”

“Macam pelik aje akak dengan Encik Noah ni. Hari tu bila Encik Noah marah-marah mesti akak balas balik. Lepas tu, Amna nampak Encik Noah macam dah jatuh cinta dengan akak. Bila lunch aje, mesti dengan akak. Tapi sekarang ni macam...” Amna berhenti, mungkin sengaja membiarkan aku merumuskan sendiri apa yang bermain di fikirannya.

Wajah penuh curiga milik Amna aku pandang sebelum tersenyum. Senyum pahit!

“Takde apa-apalah Amna. Kami Cuma berkawan je. Tak lebih. Tak kurang dari tu,” nafiku. Hakikatnya, hubunganku dan Noah lebih dari sekadar kawan!

 “Tapi kak, masa akak masuk wad sebab pengsan hari tu, muka Encik Noah panik gila! Masa akak pengsan tu Malik nak sambut tapi Encik Noah tolak badan dia. Macam tak suka akak kena pegang dengan lelaki lain.”

Aku hanya diam sahaja mendengar cerita Amna.  Relevan  kerana aku tahu memang itu kebenarannya.

“Diakan ketua. Mestilah dia panik kalau nampak anak buah dia tiba-tiba pengsan. Betul tak?” sanggahku lemah.

Amna menyengetkan bibirnya. Tetap tak berpuas hati!

Kali ini aku tepuk lembut  jari jemari itu. Memohon pengertiannya.

“Ada perkara kalau berusaha macam mana pun dan hasilnya tiada lebih baik biarkan sahaja tanpa arah,” ujarku berselindung dengan kiasan yang aku harap Amna tidak akan memahaminya. Cukup untuk dia diam dan terus berfikir.

Amna nyata memberi respons seperti yang aku harapkan. Terkebil-kebil mata itu memandangku sebelum dia berdiri dan mengalih pula pandangannya ke belakangku.

“Kak, Encik Noah...”

Sebaik sahaja mendengar Amna menyebut nama Noah, aku segera memalingkan kepala. Nyata lelaki itu berada di belakangku. Sejak bila dan kenapa aku tiada jawapan untuk itu. Yang jelas, wajah itu tidak beriak. Hanya kedinginannya sahaja yang aku rasa.

“Oh, hai?” Sapaku langsung berdiri.

Noah tetap tidak membalas apa-apa. Tidak bersuara untuk perkara yang tidak penting. Dan kini aku juga bukan kepentingannya lagi.

“Err...Amna jom. Kita dah siap makan kan?” ajakku sebelum menarik tangan Amna.

Tapi tidak sempat aku melangkah, lenganku pula ditarik Noah sebelum dia membuka handbag milikku dan mengambil kunci kereta. Tergamam sebentar diri ini dengan  tindakan drastiknya itu. Amna lagilah. Sudah melopong tidak percaya Noah memegangku.

“Amna you balik sendiri. Drive kereta Syafiah. I ada hal dengan dia,” arah Noah dan meletakkan kunci keretaku di atas meja lalu menarikku keluar dari restoran tanpa sempat Amna membalas apa-apa.

Di dalam kereta, tidak Noah mahupun aku bersuara membuka kata. Membiarkan suasana sunyi waima bunyi radio juga tiada memandangkan Noah tidak memasangnya seperti biasa. Sebentar, aku kerling melihatnya sebelum kembali memandang ke luar tingkap.

Kalau dilihat hala tuju ini seperti mahu pulang ke rumah. Ada apa Noah membawa aku pulang ke rumah waktu tengahari begini? Adakah dia sudah bersedia untuk...ah tak mungkin! Aku tidak sanggup!

Sampai sahaja di rumah, aku terus menonong ke pintu bilikku.  Baru sahaja tombol mahu aku capai, Noah terlebih dahulu menarik lenganku sekali lagi ke pintu biliknya. Terus badan ini di tolaknya kasar ke katil.

“Apa yang kau cakap kat Amna? Apa yang kau cuba maksudkan tadi?” Turun naik dada Noah menahan marah.

Dengar sahaja pertanyaannya itu, segera aku kalihkan wajah dari memandangnya. Sebak! Aku sahaja yang rindu dia separuh jiwa, tapi Noah masih dengan keras hatinya.

“I’m not telling her anything. Tak payah risau. Dia tak tahu apa-apa,”balasku dengan suara yang agak bergetar.

Bila Noah melabuhkan duduknya di sebelah dan memaksa diri ini memandangnya, aku jadi semakin lemah.  Tidak mampu untuk menatap pandangan itu lagi sedangkan dia hanya diam tanpa bicara. Aku perlukan sebab mengapa dia begini, tapi memaksanya bercerita bukan caraku.

Saat tangan kasarnya menyentuh tudungku dan membukanya, jiwa ini antara rela dan tidak rela mengalirkan air mata.

“Noah, can you please stop torturing me? “Serak suaraku meraih perhatiannya.

Noah diam tidak memberi respons. Hanya tangannya sahaja yang bergerak menyapu air mata yang mengalir lemah dipipiku.

“Berapa banyak air mata yang dah you bazirkan sepanjang tempoh bersama dengan i, Syafiah?” Soalnya tiba-tiba tanpa menjawab soalanku.

Tiada jawapan khusus yang mampu aku berikan pada dia. Lantas, aku biarkan kesepian melatari ruang antara kami.

“Berapa banyak masa lagi yang you harus bazirkan semata-mata untuk dilukai oleh i?”

Kali ini aku geleng lemah. Pandangan pula aku bawa ke arah lain. asalkan bukan mata yang penuh derita itu.

“Kenapa i juga rasa derita bila i seksa you? Kenapa i juga yang rasa sakit bila air mata ni mengalir?” Noah menyapu lagi air mata yang keluar dari tubir mataku.

Jemari yang mengusap air mataku tadi dibawanya pula ke daguku. Memaksaku memandangnya sebelum wajah itu semakin menghampiri wajahku pula. Membawa bibirnya bersatu dengan bibir milikku yang bergetar menahan sebak. Serentak itu aku memejamkan mata. Sungguh aku rindukan dia!

“Noah...”Belum sempat aku meluahkan bicara, jemari telunjuknya sudah melekap di bibirku. Menghalangku dari melontar kata.

“I need you today,” luahnya perlahan lalu menolak lembut tubuh ini ke permukaan katil. Terus aku kehilangan kata bila Noah mengucup dahiku dan menarik tubuhku rapat dan erat ke dalam pelukannya.

Sungguh, waktu yang menjarakkan kami berdua membuatkan aku rindu segalanya tentang dia. Rela memberi sepenuh kasih sayangku padanya meski semakin banyak persoalan yang menerjah benak fikiran ini...

KUCUPAN bertalu-talu di ubun-ubun akhirnya menyedarkan aku dari lena. Malah, tangan Noah yang melingkari pinggang membuatkan aku terpinga-pinga. Is this for real? Sudah berminggu rasanya aku tidur sendiri sejak Noah mengisytiharkan perang dingin. Tapi hari ini, aku sedar dari lena dalam pelukan lelaki itu. Adakah ini bermaksud dia sudah memaafkan kesalahanku?

“Bangun. Asar dah nak dekat habis. After magrib kita gerak makan,” beritahu Noah sebelum mencapai tuala dan melilitkannya dipinggangnya.

Terkebil-kebil aku melihat moodnya. Rasanya macam baru tadi aku berendam air mata dan Noah  kelihatan sangat terluka. Tapi usai bangun, semuanya seperti sudah kembali kepada asal. Bukan aku tidak gembira, tapi ianya sangat tiba-tiba. Tanpa merungkaikan segalanya, hubungan kami kembali seperti biasa. Tak pelikkah? Dan aku bukanlah seorang yang mudah percaya pada konklusi yang ringkas begini.

“Syafiah? Are you listening? “Tanya Noah dengan mata yang dipakukan di wajahku.

Aku mengangguk perlahan.

“Ke you nak mandi dengan i?” Kali ini nada suara Noah seperti mengusikku pula.

Mulalah wajah ini berbahang tiba-tiba. Aduh, boleh pulak dia tanya soalan macam tu?

“Eh, cepatlah mandi!” gesaku setelah getaran di dada dapat diredakan. Malah, bertambah lega bila mendengar tawa riang milik Noah. Rasanya seperti separuh risauku hilang dibawa pergi walaupun masih ada pertanyaan yang membelenggu fikiran ini...

RESTORAN NASI AYAM UNCLE WONG. Perlahan aku membaca nama restoran seperti yang tertera. Menarik! Ramai pelanggan jugak. Sekilas aku pandang wajah Noah, dia hanya senyum Cuma padaku sebelum memaut pinggangku lembut dan bergerak masuk ke dalam restoran itu.

“Inilah restoran yang i janji you akan lebih suka dari yang dulu. Nasi ayam dia is the best! The chicken is so delicious!”Noah tiba-tiba menjadi si tukang promote sebaik sahaja kami melabuhkan duduk di kerusi.

Dengar sahaja mulut Noah meluah itu dan ini membuatkan aku melopong sendiri. Cerianya dia!

“Syafiah?” Panggil Noah cuba menyedarkanku.

Tapi aku tetap melihatnya tidak berkelip. Seolah-olah wajah itu bisa tembus dengan pandangan mata ini.

“Noah Iman...are you alright?” Lambat-lambat aku menyoalnya. Sungguh aku risau melihat dia begini!

“Why? You nampak i tak okay ke?”

Aku mengangguk.

“I okey, Syafiah. Sekarang ni i lapar. I nak makan nasi ayam favourite i.”

Diam.

“Kalau you nak tahu dulu masa nasi ayam ni baru buka, i selalu datang sini hari-hari sampai Uncle Wong labelkan i jadi regular custromer dia. Selalu jugak dia bagi discount kat i walaupun i mampu sekarang.”

Sepi.

“Nasi ayam dia just nice dengan selera i. you kena belajar buat. Sebab i nak makan nasi ayam yang
macam ni dari  air tangan you. Then, barulah i sayang you lebih.”

Bibir aku ketap perlahan. Menahan diri dan emosi...

“Mesti you tertanya-tanya kenapa i suka restoran ni, kan?”

“Semuanya sebab Lisa. I jumpa Lisa kat tepi restoran ni. I dengan Lisa tak beza jauh mana pun kan.
Terbuang... Terpinggir... Sendiri...”

“Manusia macam i ni memang tak akan pernah ada peluang kedua untuk bahagia. Maybe, you pun suatu hari nanti akan tinggalkan i.”

Kali ini jari jemari aku genggam sesama sendiri bila mendengar bait katanya yang sangat mengusik jiwaku sebagai isteri. Tak cukup dengan itu, kolam mata yang terasa panas dan bertakung, aku cuba tahan sedaya upaya supaya tidak tumpah sebagaimana tumpahnya air mata seorang lelaki yang bernama Noah Iman...

Saat dia menyapu air matanya, aku mula bangkit merapatinya. Mujur  sahaja ruangan meja makan kami agak terlindung dan jauh dari orang ramai. Kalau tidak, sudah semestinya ramai yang menyaksikan drama sebabak kami.

Usai melabuhkan duduk di sebelahnya, aku terus  menarik lembut tubuh itu ke dalam pelukanku. Malah, sengaja aku sembamkan kepalanya di bahuku. Menutup wajah yang sudah dibasahi air mata itu. Biar aku dan dia sahaja yang melihatnya. Biarlah bajuku ini basah dengan air mata lelakinya. Sungguh, aku tidak kisah walaupun dia meronta-ronta lemah ingin melepaskan diri. Kerana aku tahu, Noah tidak okay bila dia banyak berkata-kata...

“Lepaskanlah apa yang awak pendam selama ini, Noah. My shoulder is always here for you,” bisikku lembut sambil cuba menahan sebak yang sudah mula menguasai dada.

“I’m not crying. Just let me go, Syafiah. People will stare at us!” nafi Noah sedikit keras sebelum sekali lagi cuba menolak tubuhku. Nyata dia tidak bersungguh. Nyata dia memerlukan aku. Nyata dia ingin menyembunyikan kesedihannya. Nyata di sebalik sifatnya yang seperti naga, Noah masih anak kecil di mataku.

“Syhhh...I know you need me. Just let people say what they want. I don’t even care.”

 Dan Noah terus memaut erat tubuhku bersama tangisan yang sayu. Pedih hatinya menghamburkan derita, pedih jua hatiku merasakan deritanya....

***

Melihat Noah sudah lena dengan tenangnya, hati ini juga berasa tenang. Hari ini, sungguh hari yang amat payah untuk aku dan Noah.  Payah bagaimana? Payah bila aku perlu menempatkan diri ini dalam situasinya. Payah untuk  Noah bila dia masih dibelenggu kenangan lalu. Payah untuk aku bila wajah terluka Noah buat aku berkali-kali rasa terlukanya. Payah untuk Noah bila dia harus meletakkan kepercayaannya kembali setelah aku secara tidak sengajanya meruntuhkannya.

Pandangan aku jatuhkan semula di wajah Noah yang berada di atas peha sebelum aku usap lembut rambut hitam lebat miliknya, penuh kasih sayang. Tenang lenanya seolah-olah  dia tidak pernah melalui episod duka. Seolah-olah wajah ini tidak pernah merintih kesakitan...

 “Daddy, sakit!”

“Sakit? Hati i lagi sakit! Kalau Cathrine  tak mengandungkan you, dia pasti tak akan mati! Ini semua sebab dia pilih untuk lahirkan you! I benci you!”

“Daddy, tolong...sakit...Noah sakit...”

“Sakit? Hahaha...Sakit? Hahaha...”

“Daddy...”

“Hei, sini! Mana you  nak lari? I tak habis lagi!”

Pap!

“Aaahhh!”

Bagai pita rakaman, wajah Noah yang sedang menahan sakit terlayar dimataku. Seolah-olah kesakitannya dipukul dengan tali pinggang juga mampu aku rasa. Entah berapa usia Noah ketika itu aku juga tidak tahu secara tepatnya, yang aku tahu dia sudah remaja dewasa. Mungkin dalam belasan tahun. Dalam usia belasan tahun Noah masih menjadi manga dera daddynya. Kenapa Noah membiarkannya? Kenapa Noah tidak melawan? Adakah hanya kerana memikirkan bahawa lelaki itu ayah kandungnya? Sungguh aku tidak boleh lupa reaksi lelaki yang merangkap bapa mertuaku  itu.  Wajah bengis daddy Noah yang penuh kebencian masih melekat di kotak fikiran ini. kebencian yang seolah-olah tiada noktahnya...
Perlahan-lahan air mataku jatuh membasahi pipi. Sengasaranya awak...

 “Kenapa you nangis?” Serak suara Noah tiba-tiba menampang pendengaranku. Noah terus bangun dari baringnya. Duduk merenung mata ini.

Aku geleng lembut seraya tersenyum padanya. Meredakan segala tanda tanya di benaknya.

“i just realize something...”luahku bersama tangan yang sudah mengusap pipi lelaki itu.

“Apa?”Soalnya polos.

Sebelum menjawab pertanyaanya, aku tarik lembut tubuh itu ke dalam pelukan. Belakang badannya aku usap penuh kasih sayang.

“...i just realize that i love you more than yesterday,”sambungku lembut.

“...and i love you from the begining, Syafiah.  Love how you can control me. Love how you’re accepting my dark side...”Kali ini Noah menambah sebelum mengucup kedua-dua mataku.

“I know i’m good in controlling you,” ujarku selamba sengaja mahu mengenakannya. Sudah tidak selesa berada dalam kesedihan sepanjang masa. Biarlah yang pedih dan luka itu pergi. Datanglah bahagia.
Biarkan kami bahagia selamanya...

Dan lelaki itu menyambutnya dengan gelak tawa yang lepas.

“Perasan!”

Haih...yalah. aku jugak yang dikatanya perasan!

***

Just let the past go, will you?

“Lepas makan kita shopping ya?” Luahku meleret bunyinya. Nak bermanja, orang kata!

“Orang perempuan dengan shopping memang tak boleh separate ke?”Soal Noah bersahaja. Tapi bila tengok muka, nampak juga aura-ura dia memang sedang ‘tertanya-tanya’.

“Tak! Alah Noah bolehlah...Please...”

“Bosanlah. Aktiviti yang lain takde ke?”

Laju-laju aku geleng. Ada aktiviti sihat yang lain ke selain dari shopping selepas makan? Hmm...

Noah mengeluh perlahan sambil memicit dahinya. Peninglah tu dengan karenah aku!

“Macam manalah i boleh kahwin dengan you?” Dia menggumam sendiri tapi sempat lagi telinga bionic aku ini menangkap.

“Hah, mengungkit-mengungkit! Tak baik, okay!” Nasihatku sebelum menarik lengan Noah ke deretan bahagian yang menjual kasut. Mahu tak mahu, dia tetap mengikut langkahku. Yalah, mana tak ikut kalau aku dah tarik lengan dia guna kuasa tahap Benzita!

Lepas satu ke satu kedai aku dan Noah terjah. Beg kertas semakin bertambah bilangannya di tangan Noah! Sorry awak! bisik hatiku, nakal. By the way, aku shopping tak guna duit dia, okay! Walaupun Noah berkeras mahukan aku menggunakan duit dia. Takpelah, dear awak simpan duit awak dan guna bila waktu kecemasan nanti.

Sibuk berjalan sambil bercerita itu dan ini dengan Noah sampai aku secara tidak sengaja terlanggar seseorang.

“Maaf, saya tak sengaja,” pintaku sebelum mengangkat wajah memandang orang yang telah aku langgar bahunya tadi. Macam kenal, tapi biarlah!

Tak sempat nak senyum tanda aku betul-betul meminta maaf, Noah tarik lenganku supaya berdiri dibelakangnya.

“Noah....”Aku cuba nak protes. Tapi...

“Long time no see, Noah! Or should i say...Son?”

Serentak itu aku kalih memandang wajah Noah.  Jelas wajah itu sudah pucat lesi! Pegangan tangannya di lenganku juga semakin kuat.

Gusar melihat Noah yang masih kaku, aku segera melepaskan pegangannya dan kali ini aku pula menolaknya berdiri di belakang aku. Berharap di dalam hati Noah akan sedar dari memori buruknya dan berharap jua dia  tahu aku masih ada untuk melindunginya!

Lelaki yang merangkap bapa kepada Noah mula memfokuskan pandangannya pada aku. Tertanya-tanya. Memang itu yang terbias dari muka separuh abad miliknya.

“Ohh...who are you honey?”Lagak jengkil, ayah Noah yang tidak aku ketahui namanya itu menyoalku atau lebih tepat lagi bertanyakan hubungan sebenar aku dan Noah!

Aku julingkan mata ke atas sebentar. Sebenarnya dia dah tahu, kan? Tapi buat-buat tak tahu!

“Wife... His wife!”tegasku dengan pandangan yang tajam.

Ekspresi wajah lelaki separuh abad itu setelah aku nyatakan statusku amat menakutkan ya. Tidak klise seperti drama-drama melayu mahupun sinetron dari negara seberang. Tiada unsur dia terkejut mahupun tergamam dengan kenyataan dariku. Malah, dia hanya senyum seperti seorang psiko! Adakah aku patut tarik tangan Noah dan lari dari sini? Air liur aku telan beberapa kali tapi air muka tetap aku kakukan seperti
tadi. Lagak seorang perwira!

“What a brave wife you have, Noah! Brave enough untuk you yang lemah macam tikus ni!” perlinya dengan anak mata yang tepat memandang Noah yang masih kaku!

Telinga aku yang mendengarnya pula sudah naik capang! Apa? Lemah macam tikus? Hei, orang tua ni!

Aku berdehem beberapa kali. Meminta perhatian dari lelaki tua itu.

“Mister-who- suddenly –interrupt, please lend your ears. First, suami saya takde ayah macam encik. Second, suami saya seorang yang berani! Third, suami saya tak lemah macam tikus! Believe me, i’m his wife. I know his strength. Is that clear?” tekanku seperti peluru berpandu, membela Noah yang sudah mula ‘sedar’ dari rasa traumanya bilamana tangan itu menggenggam erat jari jemariku.

Senyuman sinis lelaki itu semakin melebar sebaik sahaja dia mencerna kata-kataku sebentar tadi. Pandangannya sekejap dikalih pada Noah, sekejap di bawa memandang aku pula. Seperti cuba membandingkan personality antara aku dan Noah saja.

“Noah, she’s great. A great lover, perhaps? Tapi once dia tinggalkan you, seperti mana mummy you tinggalkan i, you akan tahu perasaan i masa tu. you akan buat seperti mana i buat pada you, kalau ditakdirkan you ada anak dengan dia.” Daddy Noah mula menakutkan Noah.
Aah, tak semua lelaki macam tu! noah juga tidak akan jadi begitu kalaupun Allah menarik nyawaku ketika aku melahirkan anaknya. Tak akan!

“Thanks for the advice. But, he doesn’t need it.”putusku, geram lalu menarik tangan Noah.Meninggalkan daddynya tanpa apa-apa kesimpulan.

***

Happines is about leaving the pain behind...

“Sorry to say, saya tak suka apa yang keluar dari mulut daddy awak tadi,” ulasku dalam nada tidak berpuas hati.

Noah hanya duduk mendiamkan diri. Tidak membalas.  Dari sepanjang perjalanan dari shopping mall ke rumah begitu sahajalah dia. Bukan niatku ingin mencurah minyak di atas bara, tapi memang itu hakikatnya. Daddy Noah bukan hanya cuba menakutkan lelaki itu sahaja, tapi aku juga.

“Macam tak percaya pada kuasa Allah. Urusan hidup mati ni bukan tangan kita yang tentukan. Sebagai orang islam dia sepatutnya percaya...”

“Daddy i bukan islam, Syafiah,” cantas Noah pantas.

Menganga mulut aku mendengarnya. Noah tatap mataku, cuba meyakinkan bahawa dia tidak menipu.

“Daddy i keturunan baba nyonya. He’s married to a Chinese-indian lady, which is my mom,” terang
Noah lagi.

Patutlah aku terkesan wajah daddy Noah yang seperti orang cina dan dengan senangnya aku menganggap bahawa orang melayu kini ramai yang berwajah campuran. Jadi, aku tak hairanlah. Tapi tak sangka pula aku salah!

Tubuh segera aku angkat menghampirinya. Melabuhkan duduk di sisi lelaki itu.

“I’m sorry. I don’t know,” pintaku dengan suara perlahan. ingin menjaga perasaannya kembali.

“It’s okay. You deserve to know.”

“Err...macam mana awak...”

“Uncle Wong. Dia kawan daddy. Dia tak sanggup tengok i kena dengan daddy macam tu. jadi dia pujuk
daddy, suruh serah i pada papa Zamri.”

Kali ini aku mengerutkan dahi. Papa Zamri?

“Tuan Haji Zamri, our company’s owner.” Ulasnya lebih lanjut bila riak aku nampak seperti terpinga-
pinga.

“What?” jeritku bila aku sudah mampu mencerna siapa papa Zamrinya itu.

Noah mengangguk, mengiakan.

“Since that, i anak angkat Haji Zamri dan i converted to Islam masa umur i 18 tahun.”

Patutlah, Tuan Haji Zamri buat pejam mata saja bila dia tak hadirkan diri dalam hari keluarga sebelum-sebelumnya. Dan patutlah bosnya itu hanya tersenyum setiap kali dia keluar bersama Noah. Lelaki itu sudah tahu statusnya dengan Noah.

Aku kalih memandang wajah Noah. Lelaki itu seolah-olah sedang merenung masa depan. Jauh benar renungannya. Ya, Allah kalau boleh kau berikan deritanya padaku, aku rela! Biarlah aku yang merasa derita itu. Kuatkan hati ini untuk terus mencintai dan melindunginya.

“Syafiah...”

“Noah...”

“Err...awaklah cakap dulu,” ujarku, memberi ruang untuk dia berbicara.

Noah mengangguk. Mata itu tajam menikam seperti ingin memohon pengertianku di atas bicara yang akan dikeluarkannya nanti.

Lama aku menunggu dia berkata-kata. Entah apa yang sedang di fikirnya.

“Kita...Ba..baik kita berpisah!”

Bum!!!

Kata yang terlafaz dari bibir itu benar-benar memeritkan hatiku. Berpisah? Atau dalam bahasa kasarnya bercerai? Begitu?

Segera aku angkat tubuh. Sungguh aku tidak dapat terima! Adakah ini semua berpunca dari kata-kata daddynya yang telah menakutkannya?

“Noah! Apa yang awak cakap ni? Awak sedar tak?”Hampir terjerit aku menyoalnya. Hilang segala kelembutan bicara yang aku khaskan untuk dia.

Noah turut bangkit dari duduknya. Berdiri betul-betul berhadapan denganku. Pandangan itu kelihatan lemah dan sayu. Tapi hatiku terlalu retak seribu semata-mata untuk memujuk kembali. Meminta hati menidakkan kenyataan yang keluar dari mulut itu. Memujuk hati sendiri bahawa sesungguhnya Noah tak sengaja menuturkan perkara halal tetapi sungguh dibenci Allah itu!

“Memang itu yang sepatutnya dan terbaik untuk kita Syafiah,” selanya sebelum meraup wajah beberapa kali. Gelisah!

Bibir aku ketap geram.

“Saya tak rela awak buat saya macam ni Noah! We have been married for 6 months. And everything was just fine!”bentakku. sungguh aku tidak setuju!

“No! Everything wasn’t fine, Syafiah. I’ve hurt you a lot! Can’t you see? We’re not happy!” Tinggi suara Noah menangkah kata-kataku tadi.

Aku geleng kepala beberapa kali. Apa ertinya bahagia jika aku harus berpisah jiwa, berpisah status, dan berpisah bumbung dengannya? Apa yang bahagianya jika kami sama-sama terluka? Apa yang bahagianya kalau aku tidak rela? Bahagiaku hanya bila aku berkongsi suka dan duka dengannya. Susah sangatkah untuk dia faham itu?

“Noah, tolonglah! Bahagian mana yang awak rasa kita tak bahagia?”Soalku, dengan suara yang sudah serak. Air mata sudah jatuh bertimpa-timpa membasahi permukaan pipi. Bila lengan milik Noah aku capai, dia segera membentak. 

Sungguh aku berjauh hati dengan tindakannya tadi. Seolah-olah dia jijik denganku.

“Mungkin awak tak bahagia hidup dengan saya, kan? Saya tak membahagiakan awak, kan?”tebakku perlahan.

“No! It was not like that, Syafiah!”

“Habis tu?”Soalku lagi dalam nada marah bercampur sebak.

Noah diam. Tak mampu memberi jawapan pada persoalanku tadi.

“Kalau sebab saya tak mampu membahagiakan awak...saya rela berpisah dengan awak, Noah. tapi...kalau sebab awak nak berpisah dengan saya semata-mata takut dengan apa yang daddy awak cakap tu terjadi, saya tak boleh terima. Sungguh saya tak akan terima!” tegasku sebelum menyapu air mata.

Anak mata aku lirikkan pada figura itu. Nyata dia juga lelah. Lelah bila harus memilih antara masa lalu dengan masa kininya. Sumpah, aku tidak berniat pun untuk membebani fikirannya dengan memaksa dia untuk memilih. Tapi noah lelaki. Dia harus betah menerima apa yang sudah. Aku masa depannya. Tak seharusnya dia membuang aku kerana masa lalu yang tiba-tiba kembali. Meretakkan apa yang kami ada kini.

Tubuh itu segera aku  rapati dan meletakkan jari jemariku di pipinya. Memaksanya memandang anak mataku yang penuh kasih sayang untuknya. Noah...fahamilah apa yang sudah tidak bererti akan kembali berulang...

“Suami saya... Noah Iman tahu apa yang terbaik untuk dirinya. Macam mana kuatnya saya berdiri dibelakang untuk melindungi awak, saya harap awak buat perkara yang sama juga. Saya tak pilih lelaki yang lemah sebagai pelindung saya, Noah. Dan...saya tahu awak juga tak pilih perempuan lemah untuk menjadi teman hidup awak, kan? Sebab tu awak pilih saya di antara ramai perempuan cantik diluar sana.”

Helaan nafas Noah menampar wajahku. Lembut dalam resah. Lalu dadanya yang sederhana bidang aku usap lembut sebelum meletakkan kepalaku di situ. Indah benar saat aku terdengar degupan jantungnya itu. Bersyukur kerana kesayanganku ini masih bernafas.

“I give you time. Take as much as you want. And please come to me with clear and fresh mind!”

Langkah aku atur ke bilik bila tubuh itu sudah aku tolak jauh dari tubuhku. Bila aku kerling Noah, lelaki itu kembali menundukkan wajahnya. Dia keliru. Aku tahu. Jadi memberi ruang dan waktu untuk dia berfikir adalah jalan terbaik. Lebih baik dari berpisah!

***

Hari ini hari kelima aku memberi waktu dan ruang untuk Noah memikirkan tentang masa depan kami bersama. Selama tempoh ini juga dia mengasingkan dirinya dari melihatku. Bukan aku tidak cuba datang dekat padanya, tapi dia yang mahukan begitu. Cuma aku sedar bila dilewat malam dia akan masuk ke kamar kami dan mengucup dahiku sebelum keluar ke bilik tamu.

“Assalamualaikum...” Noah memberi salam usai menapak masuk ke dalam rumah.

Wajah yang keletihan itu aku sambut dengan huluran salam dan ciuman di kedua-dua belah pipinya walaupun dia tidak membalasnya dengan kucupan di dahi seperti biasa. Usai itu, aku mula mengangkat kaki beredar ke bilik.

Baru sahaja aku ingin merapatkan daun pintu, tangan Noah tiba-tiba menghalang. Jadi, aku lepaskan tombol pintu dan membiarkan dia menapak masuk ke dalam bilik kami.

Wajah itu nampak serius. Merenung dan merapatiku seperti pemangsa! Astaghfirullah....apa fikir macam tu, Syafiah Husna!

“Syafiah i want to say something. Dan i harap you boleh terima.”

“Ap...apa?” Soalku menahan debar.

Noah memalingkan wajahnya sebentar ke luar tingkap sebelum kembali memandang wajahku dengan raut seriusnya.

“Syafiah Husna binti Sulaiman...”

Oh...tidak! Adakah dia sudah benar-benar tekad untuk melepaskan aku? Sungguh aku bukan memberi masa semata-mata untuk dia melepaskan aku! Sungguh aku tidak sanggup mendengar lafaz itu! Ya Allah tolong aku. Idea...idea...Gesaku memikirkan jalan untuk dia berhenti melafazkan lafaz itu!

“I...Noah Iman bin Abdullah....”

Cuppp!!!

Hanya itu caranya untuk menghentikan dia dari terus meluahkan kata-kata itu. Ya, hentikan bibir dengan bibir! Lama aku bertindak menciumnya sehingga aku rasakan tindak balasnya pula. Bila aku ingin melepaskan tautan bibir kami, dia menarik tubuhku rapat ke tubuhnya. Enggan! Sehinggalah dia melepaskannya bila menyedari aku hampir kehabisan oksigen dek ciumannya itu.

Perlahan dia menyapu bibirnya dengan ibu jarinya dan tersenyum senang hati. Sedangkan aku sudah merah dan terasa betapa berbahangnya mukaku dek menahan malu. Entah apalah yang dia fikir melihat reaksiku begitu.

“It was a great kiss. Tapi tetap tak boleh halang i dari terus cakap apa yang i nak cakap, Syafiah.”tegasnya.

Patah hatiku mendengarnya. Sampai hati awak, Noah!

“So, i guess it was just a kiss. Nothing can stop you right?” Tanyaku dengan suara lirih dan senyuman yang perih.

Noah tidak mengangguk. Tapi raut wajah itu kembali serius. Menambah debar di hatiku. Wahai hati, mohon tabah. Wahai air mata, mohon berhentilah untuk saat ini.

“Syafiah Husna binti Sulaiman, I Noah Iman bin Abdullah.....” Noah berjeda seketika. Mungkinkah  dia tidak sanggup melafazkannya di sini? Adakah dia tiba-tiba rasa tidak sanggup untukmmeninggalkan aku?
Ahh...Noah seorang yang nekad! Jika A katanya, maka A lah jadinya!

Kepala sudah aku bawa tunduk ke bawah. Menghalangnya dari melihat air mataku yang sudah bertakung di situ.

 “..... i don’t need any further time or spaces to come to you. I belive in qada’ and qadar. What is done can’t be undone. Now, you are my destiny and i want you to be a part of me,” sambung Noah dalam nada tegas.

Terkejut dengan bicaranya yang ternyata kontra dari apa yang berada dalam fikiran, aku terus bawa mata ini menentang anak matanya kembali. Memohon pengertiannya. Nyata dia sedang tersenyum sebelum membawa tubuhku sekali lagi ke dalam pelukannya. Bahuku diciumnya lembut.

“Bahagia i Cuma you, Syafiah. I can’t find any other happiness besides you. Thinking about to leave you is a disaster. Then, how can i ever live a day without you? I can’t go through it again,”bisiknya lembut di tepi telingaku.

Akhirnya esak tangisku memenuhi ruang kamar ini. Syukur ya Allah!

Air mataku disapunya lembut sebelum mengucup pipiku. Bila melihat wajah itu, aku jadi teringat dengan daddynya. Adakah betul dia tidak akan membangkitkan isu daddynya itu?

“Daddy...”

“Syyyhhhh...I think cukuplah kisah dia dan kisah silam i habis di sini. I tak janji apa yang i akan lakukan kalau i nampak dia lagi, tapi i tahu yang i ada you untuk sedarkan i. sedarkan i yang kisah silam tak akan bawa kita ke mana. Right honey?”jelasnya dan meminta reaksiku.

Lalu aku jatuhkan kepala beberapa kali. Tapi adakah itu bermakna dia sudah maafkan daddynya itu?

“Err...Awak dah maafkan dia?”

Noah geleng seketika.

“Entah. I tak nak jadi klise. So, biar masa yang menentukannya.”

Sekali lagi aku mengangguk. Ya, kemaafan itu sesuatu yang subjektif. Kadang-kadang tak perlu kata untuk menyatakannya. Kadang-kadang berdiam dan tidak membicarakan tentangnya mungkin lebih baik dari terus memeram dendam. Seiring dengan masa, mungkin Noah akan lupa dan akhirnya memaafkannya.

“Syafiah...”

“Hmm...”

“I feel sleepy. Wanna accompany me?” bisiknya menggoda di cuping telingaku sebelum turun memainkan bibirnya di sekitar leherku.

Sungguh aku resah dengan godaannya. Err...mungkin turut tergoda. Tapi...

“Noah....” panggilku. Risau bercampur malu sebenarnya.

“Hmm...” gumamnya sudah malas melayan bicaraku.

“Err...bukan saya tak nak tapi Lisa tengah pandang kita,” ujarku dan serentak itu Noah menghentikan tingkahnya.

“Meowww!!!”

“Lisa...since when Lisa ada kat situ?” Soal Noah lembut lalu mengambil Lisa yang sedang duduk di atas
katil kami.

Aku hanya menggeleng bersama senyuman. Sungguh kasih sayang manusia terhadap binatang itu murni. Buktinya, Noah tak naik angin langsung walaupun Lisa sudah merosakkan moodnya untuk beromantika
denganku.

Untuk seketika Noah meninggalkan aku keseorangan di bilik, menghantar Lisa kembali ke ‘rumahnya’.

“Lisa dah tidur?” Tanyaku bila Noah kembali ke ruangan kamar.

Dia hanya senyum tanda mengiakan.

“Lapar...”luahnya sebelum merapatiku di sisi katil.

“Oh, nak makan? Saya masakkan?”Dengan lurusnya aku menyoal.

Untuk beberapa saat kemudian dia ketawa. Kali ini aku kerutkan dahi. Faham. Ohhhh....itu?

“Malam ni i nak control you!” ucapnya nakal.

Dan...aku hanya menaikkan sebelah keningku. Mencabarnya dalam diam. Haih...macam-macam!

***

“Are you serious?” Soalku benar-benar inginkan kepastiannya.

Noah mengangguk tanpa rasa ragu.

“I buat semuanya untuk Hana,” ujarnya lalu tunduk mencium Nur Hanania, permata hati aku dan Noah
yang sedang menyusu dipangkuanku. Sudah 6 bulan usia puteri kami ini. Anugerah tidak ternilai dari Ilahi di ulang tahun perkahwinan aku dan Noah yang ketiga.

“Tapi awak tahukan tak buat pun takpe benda tu?” asakku lagi dengan soalan.

“I know. Tapi i tak nak suatu hari nanti bila Hana dah besar dia terkejut tengok tattoo yang ada kat belakang i ni. I tak nak dia keliru atau takut dengan i,” terang Noah lagi dalam nada risau.

“Okey. Kalau itu yang awak dah putuskan. Sebagai isteri saya sokong apa yang awak fikir baik untuk masa depan kita.” Akhirnya aku turut bersetuju dengan ideanya untuk membuang tattoo miliknya itu.
Tattoo yang diperolehnya tanpa rela bilamana daddynya telah mencecah tattoo itu ketika umurnya baru sahaja menginjak 15 tahun. ‘Hadiah’ hari jadi yang paling menyakitkan apatah lagi dalam keadaan dia tidak
bersedia!

Apabila Hana sudah selesai menyusu, Noah segera mengambil bayi perempuan kami ke pangkuannya. Tubuh kecil Hana dibawa ke dada kanannya. Bila Hana sudah selesa dengan tubuh papanya, perlahan-lahan Noah mengusap belakang tubuh Hana. Ingin memastikan Hana melepaskan sendawa kecilnya.

Burp!!!

“Good girl!” puji Noah sebelum mencium pipi montel itu.

Panorama yang indah dimataku. Subhanallah, maha suci Allah di atas kurniaMu ini. bisik hatiku.

Bila Noah sudah meletakkan Hana ke dalam baby crib, lelaki itu kembali menghampiriku dengan sebuah kotak kecil di tangannya dan menghulurkannya padaku.

“Apa ni?”

“Hadiah untuk you! Hadiah sebab sudi jadi isteri i dan sudi lahirkan baby untuk i,” balasnya lalu melabuhkan duduknya di sisiku sebelum memaut bahuku.

Aku hanya senyum seraya menggeleng. Ada-ada aje dia ni!

“Bukalah!” gesanya.

Tidak ingin menghampakan hasratnya, lalu kotak kecil yang berwarna hitam dan berbalut reben pink itu segera aku buka.

“Kunci?” Agak berbentuk persoalan sebenarnya perkataan yang keluar dari mulutku ini.

Noah mengangguk dan melabuhkan bibirnya di pipiku.

“Rumah?”

“Yes, my honey! Kunci rumah.”

“And why kunci rumah?” Masih tidak berpuas hati dengan penerangan pendeknya tadi. Anggap saja coverage aku slow.

“Well...let’s say our house now is not really good untuk family kita sekarang. We need a house that more family-oriented. Sesuai untuk besarkan anak-anak. Ada jiran. Ada space untuk gardening. Ada playground untuk Lisa jalan-jalan. Something like that,”jelasnya lagi.

Hampir tergelak juga aku sebenarnya mendengar penjelasannya. Tapi...ya kami memerlukan sesuatu yang mampu menaikkan lagi rasa dan suasana kekeluargaan. Betul.  Sebuah rumah!

“Thank you!” ucapku lalu mencium pipinya pula. Dan Noah hanya tersenyum suka sambil menyatukan
jari jemari kami.

“Sebenarnya i jealous dengan Hana,” luahnya tiba-tiba membuka topik paling disukainya itu. Ya, Hana!

“Kenapa?”

“Sebab selama ni i tak perlu kongsi you. Tapi sejak ada Hana, i kena kongsi dan beralah everything dengan Hana.” Terang Noah sebelum melentokkan kepalanya di bahuku.

Hampir-hampir sahaja aku ketawa mendengar kata-kata suamiku itu. Haih...dengan anak sendiri pun cemburu?

“Tapi i suka. I rasa sempurna. Ada you. Ada Hana. Seluruh hidup i dah lengkap,” tambahnya tanpa sempat aku membalas bicaranya yang tadi.

“Betul dah lengkap?” Tanyaku lebih kepada inginkan kepastiannya.

Dia mengangguk seraya mengeratkan pelukan dibahu. Dengan itu senyumanku makin melebar.

Cepat sungguh masa berlalu.  Rasanya macam baru semalam aku dan Noah berkahwin. Rasanya baru semalam, Noah mengumumkan pada rakan-rakan sepejabat kami tentang perkahwinan ini. ironinya, dia memberitahu pada sambutan hari keluarga tahun lepas. Sambutan hari keluarga yang pertama buat aku dan Noah sebagai suami isteri.

“Oh...by the way...I nak tunjuk you sesuatu...” Noah bangun dan menghampiri almari, mengambil sesuatu yang di sorokkannya dalam salah satu saku kot miliknya. Sebuah buku!

Bila dia duduk kembali, buku itu dia jatuhkan di atas tanganku. Mengerti dengan pandangan kosongku, Noah membuka bicaranya...

“Diari....”

Mulutku tidak dapat ditutup lagi. Noah ada...DIARI?

“Yes...satu-satunya evidence masa silam i yang you tak jumpa selain video tu adalah diari ni. Curahan hati i yang selama ni ada je dalam salah satu saku kot i, tapi you tak jumpa.”

Ceh...dasyat betul tempat persembunyiannya!

“Saya boleh baca?” Tanyaku perlahan. menjaga hatinya.

Noah mengangguk lalu mencium ubun-ubunku.

“Dan untuk my lovely princess juga....” sambung dia.

“Untuk Hana?”

“Ya untuk Hana...supaya dia tahu hebatnya mama dia dalam mencintai papa sampai papa dia jadi manusia yang penuh kasih sayang!”Bangga Noah..Tulus...

Aku senyum lagi. Senyum senang hati...Indahnya hidup dalam kasih sayang yang sebenar-benarnya...

“I love you!” ucap Noah sebelum menyulam jari jemariku dan mengucupnya lembut.

“I love you too!” sambutku juga bersama lebaran senyuman. Akhirnya...

***

Cardigan Noah yang membaluti badan aku letakkan elok, menutup bayang tubuhku dari pandangan matanya. Sementara menunggu dia meneruskan bicaranya. Rahsia sampai matinya...

“Sebenarnya aku hanya anak angkat dalam keluarga aku yang sekarang. I was adopted masa aku umur 16 tahun. All of them are being nice to me. Tapi aku tetap rasa ada jurang dalam hubungan tu.” Noah pandang aku sekilas sebelum melepaskan pandangannya semula ke lautan.

Aku diam. Cuba memberi sepenuh hatiku untuk mendengar.

“Sampai umur aku 24 tahun, aku minta izin keluar berdikari. Tapi papa angkat aku tak bagi aku pergi jauh-jauh. So, here i am. Working with....err...his friend’s company,” sambung Noah sedikit teragak-agak.

Kali ini aku mengangguk-angguk kepala pula. Ya, sudah enam tahun Noah bekerja dengan syarikat kepunyaan Tuan Haji Zamri itu.

“Kau tak nak tanya kenapa aku jadi anak angkat?”Tanya Noah cuba memancing aku untuk berbicara agaknya.

“Well if you’re ready to share, i can lend my ears for you,” balasku berlapik.

Noah gelak tiba-tiba. Segera aku jeling dia.

“Penyibuk macam kau ni, tahu bersopan jugak ya?” perlinya sebaik sahaja tawanya reda.

Dek geram dengan sindirannya, aku terus menarik muncung itik. Merajuk!

“Okay. Okay. I’m sorry my sweet!”

Hah! Sejuk hatiku mendengar dia memanggilku begitu. My sweet! Terus tak jadi nak merajuk lama-lama.

“Noah...”

Lelaki itu pandang aku dengan kening yang sudah terangkat sebelah.

“I know you’ve had a hard life. I can feel that.”

Noah senyum seketika.

“Thank you for trying to understand me, Syafiah.”

Dan aku hanya membalas senyumannya dengan anggukan....Dia mungkin lelaki yang sukar di sentuh hatinya, tapi aku tak suka dia hidup dalam zon itu. Hidup bukan untuk sentiasa berhati-hati dan menahan hati dari menyayangi dengan alasan tidak mahu terluka. Aku tak mahu Noah hidup tanpa variasi! Tak ada gelak tawanya. Tak ada sedihnya. Tak ada senyumnya. Bagi aku...tak salah jika sekali-sekala merasa terluka. Tak salah kalau membiarkan hati untuk menyayangi siapa pun yang dipilihnya. Tapi aku faham...dia mungkin pernah terluka. Dari itu, dia terus bertahan dengan sikapnya yang seolah-olah tak tersentuh itu supaya dia sendiri tak terluka di akhirnya. Hidup dalam kurungan perasaan...lalu menjadi the untouchable of Noah....


****

Dunia kegelapan apa yang sedang aku diami ini? sunyinya seperti aku memang dilahirkan sendiri....sunyinya seperti ikatan kasih sayang itu tak pernah wujud...sunyinya seperti aku memang ditakdirkan untuk berjuang berseorangan dan rebah tanpa sokongan...

Daddy tak pernah mengerti....dan aku selalu berada di pihak yang selalu berusaha untuk memahaminya...memahami dengan membiarkan dia memperlakukan aku sesuka hatinya...sebagai lelaki, aku memang pengecut kerana membiarkan badan aku disakiti tanpa niat sikit pun untuk membalasnya...namun sebagai anak lelakinya...aku rela demi kasih sayangku sebagai anak...jika dengan menyakiti aku itu yang membuatkan dia gembira dan merasa terbalas sakitnya...aku sanggup! Mengurangkan segala  kesakitan dek kehilangan wanita yang dicintainya demi aku....

Kalaupun selamanya aku akan diperlakukan seperti ini...aku rela...aku rela kerana aku lahir dari rahim perempuan yang disayanginya...aku lahir dari rahim perempuan yang bersabung nyawa untuk aku...melahirkan aku...dan meninggalkan aku...

Melihat daddy terseksa kerana wanita yang paling di cintainya pergi tanpa kembali membuatkan aku juga berjanji pada diri sendiri...Berjanji bahawa tidak akan ada kasih sayang antara lelaki dan wanita dalam hidupku. Biarlah selamanya aku sendiri dan menyepi...tanpa cinta seorang wanita bila aku mampu hidup dengan cahaya dari Pencipta...

Selamat tinggal Noah Chen Christopher.....ASSALAMUALAIKUM....Noah Iman Bin Abdullah....

“I love you papa!” ucap Hanania dengan genangan air mata bersama pelukan erat di tubuh Noah.

“I love you more, sweety!” balas Noah juga dengan air mata yang sedaya upaya di tahan....

“....and i love mama a lot...” sambung Hanania lalu menyorot anak matanya di batu nisan yang tertera sebaris nama yang amat di sayanginya....

Dan Noah mengangguk seraya mengucup ubun-ubun anak gadisnya itu.

Syafiah....Hana kita dah besar...Dah cukup dewasa untuk mengenali cinta. Bila abang beri diari yang kita dah janji akan beri bila dia dewasa, dia akhirnya mengerti dengan kisah kita... Kisah cinta dan kasih sayang Syafiah Husna untuk Noah Iman...Dia faham kan yang cinta mama dialah yang merubah papa dia untuk jadi seorang penyayang?Dia mengerti, kan? Sebab dia sebahagian dari sayang. Syafiah Husna yang memahami dan penuh kasih sayang ada dalam diri Nur Hanania...Dan sekarang Hana kita dah jatuh cinta...tapi abang tak nak dia jatuh cinta untuk sehari dua. Biar cinta yang selamanya macam kita! Cinta yang sebenar-benarnya cinta...





Kusangka hidupku,
Selamanya kelam,
Terbelenggu ikatan tanpa manisnya cinta,
Memaksa diriku,
Menapaki jalan,
Arah yang tak pernahku mahu dalam hatiku,
Kini kau pun hadir,
Memberi cahaya
Membangunkan ku dari suramnya mimpi ngeri,
Menuntun hatiku ke palung asmara,
Seakan ku hidup kembali dari matiku
Ku relakan jiwa
Untuk menjadi penghuni dalam sangkar hatimu
Kerna engkaulah nadi yang menghidupkan aku,
Yang mampu melarut kian setiap sepi hatiku
Hati bukan untuk dimiliki,
Tapi untuk dicintai dan mencintai
Engkaulah cinta
Yang selama ini aku cari
Kurelakan jiwa
Untuk menjadi penghuni dalam sangkar hatimu
Kerna engkaulah nadi yang menghidupkan aku
 yang mampu melarut kian setiap sepi hatiku
Seandainya waktu
Tak pernah pertemukan aku dengan dirimu
Akan ku biarkan hati hatiku selamanya
Sehingga engkau datang membangunkan aku...



TAMAT....

Happy reading guys! sorry for being late. truly sorry....

NOORAIHAS :)

43 comments:

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

Seperti biasa tak menghampakan :)
Ending yang memuaskan, perjalanan kesakita penderitaan seorang Noah dgn kecekalan seorang syafiah. Tahniah cik writer dan terimakasih atas cerita yang indah ini.

Miss M

Anonymous said...

Waiting for the entry like forever and tq for this beautiful story.keep it up :)

Anonymous said...

akhirnye dpt gak bace cite ni..ok laa.. xla segempak cite len

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

best sangat2 n sedih gile.... i love it much.. good job writer ... =)

Unknown said...

Macam nukilan sis yg lepas2..... ^_^... Sgt2 best.... Tersentuh hati saya dan buatkan saya berfikir... Tahniah sis... Good job.... Teruskan berkarya ya.... Dan saya akan terus menyokong.... Insha Allah...

beginner said...

superb!!! i love it
and bnyk pengajaran

Anonymous said...

sedih....

sqaseeh said...

good job!!!momentum nye still xdpt dnafikn..still mengancam as before..

Anonymous said...

tak kick macam yang lepas2...ada yang kureng sket

Anonymous said...

Kak buat cerpen sedih lagi... Nak feeling emosii sikit hihi

Anonymous said...

kawan sy suruh sy bace ... sbb die kate cite ni ade iras iras pasal Jebat ... pd sy, mmg ada sket .. tattoo, kena dera ... pape pon gud luck utk next cerpen.

Anonymous said...

penantian yang tidak menghampakan..best sangat!!!

Anonymous said...

Kak next cerpen pliss !!! muahhxxx

koonamu said...

Kenapa Syafiab meninggal? Tsk tsk TT.TT

ada said...

Best sgt..antara cerpen sis yg trbaek...

Anonymous said...

Best...tp syafiah meninggal sbb apa?

Unknown said...

Baru je nak feeling happy...tapi akhir dia sedih. By the way memang awesome! Tersentuh jiwa saya. :D

Anonymous said...

Yg last s3kali tu xpaham sgt tp best

Muza Gray said...

Beautiful and matured. Well done!!

Unknown said...

tangkap sahdu....penulisan yang baik seperti karya yang lepas-lepas. Tahniah! teruskan berkarya...

Anonymous said...

Sia x pernah komen karya orang tapi ini bukan cerita klise n saya suka. Where on earth u dapat superb idea ni? By read and comment it on 2015 is an awkward act i ever did haha

Anonymous said...

Cerpen yg sgtt bagus..

Anonymous said...

Story yg sgt menyedihkn...karya sis mmg hebat2 belaka..thumbs up..-kin-

Anonymous said...

mcm cite hotel king

Unknown said...

Superb job writer!!!

Lolipops said...

Gudjob cik writer...seriously buat emosi jadi runtun huhu....ending pun cantik jer...keep it up!

Rose.StokisDyxy said...

Best tpy endding dye sdih sbb safiyah mnggaldunia

Unknown said...

👍

Unknown said...

Waaaa....😭😭😭😭....kenapa in the end syafiah mati....tragis weiii.....apapun thumbs up sis...you hebat...🖒

dhia said...

kesiannya...shafiah meninggal juge ye....tgglkn noah...sedih betol....

maisarah hatta said...

love it😍❤

maisarah hatta said...

love it😍❤

maisarah hatta said...

love it😍❤

Anonymous said...

Kak Aihas terbaik la jalan cerita cerpen the untouchable ni. Saya suka Saya suka. Kak Aihas busy ke ? Rasanya dh lama akak xupdate cerpen baru. Rindu pulak. Hampir setiap bulan jugak la saya bukak blogspot akak mana tahu kut2 akak ada update sayangnya xde. Hampa jugaklah.tp mesti akak ada musaqah akak sendiri xsempat nk update cerpen baru. Apepun saya sentiasa sabar menanti cerpen baru Dari akak.keep it up kak. Saya pembaca setia cerpen akak tau.bak kata dalam bahasa korea daebakkkkkk.

Anis_sue said...

Ending dia sangat sedih...
But you story the best

Anonymous said...

Crita ni mnrik tetapi agk mmbosankn terutama jln pnceritaannya yg agk berterabur dan xtrsusun dan klau bleh ditmbhkn lg dialog supaya crita xnmpk bosan...anyway keep it up and don't give up:)

Anonymous said...

Bhagian yg berterabur dan kekurangan dialog tu adalah di akhir crita dan klau bleh dijelaskn mksud perbualan noah dgn encik kim

Unknown said...

sedih gilerrr... arghhh ada bawang masuk mata ...balas komen aku ni penulisss pleaseeeeeeeee

Unknown said...

What the reason Syafiah died?

Unknown said...

Best gila cerpen ni. ..knp lah tak jumpa awal2 😅😅

Anonymous said...

Best