Oh, Pengikut Setiaku!!!

Saturday, September 6, 2014

#NOVEL : Bab 3 Don't Say Good Bye


BAB 


Syarifah Armalia sibuk meneliti fail-fail kerja yang menimbun di atas mejanya. Satu- satu di belek dan di baca. Kosentrasinya menjadi sedikit terganggu apabila interkom  yang berada di atas mejanya berbunyi.

“Cik Melly, Encik Lukman is here, he want to meet you,” Suara Khalif kedengaran jelas di intercom.

“Hmm, just let him in,”jawab Syarifah Armalia, ringkas.

Syarifah Armalia tersenyum senang hati saat melihat kelibat Lukman yang memasuki ruang pejabatnya. Lelaki yang segak memakai pakaian jenis three pieces suits itu juga  turut tersenyum apabila melihat Syarifah Armalia yang duduk elok di meja kerjanya.

“ Jemput duduk,” Pelawa Syarifah Armalia sambil mengemas fail-fail yang sedikit berselerak di atas mejanya.

“ Sibuk nampak?” ujar  Lukman sebaik sahaja melihat Syarifah Armalia yang sedang menyusun fail- fail kerjanya.

“Hmm, adalah sikit. Tapi i tak lah sibuk macam orang tu,sibuk dia macam perdana menteri,” jawab Syarifah Armalia sedikit memerli.

Lukman ketawa kecil demi mendengar kata-kata yang terkeluar dari bibir gadis di hadapannya itu. Syarifah Armalia masih seperti dahulu, dalam kata ada sinisnya. Mungkin sebab itu ramai lelaki tidak  berani menghulurkan salam pengenalan.

“You ni mulut longkang you tu tak habis-habis.”

Syarifah Armalia hanya menjungkitkan bahunya lalu mencebik bosan.

“Kat luar tu secretary you ke?” Tanya Lukman tiba-tiba  bersama senyum penuh maknanya.

Syarifah Armalia menggelengkan kepalanya beberapa kali. Lukman masih tidak berubah rupanya.

“ You ni, bila nak berubah selera you tu?”

“Alah, you mengata i, yang you tu pun sama, bila nak habis perspektif buruk you terhadap lelaki ?”balas Lukman sambil memandang tajam ke anak mata Syarifah Armalia. Gadis itu terdiam.

Lukman tahu sejarah silam Syarifah Armalia. Mereka berkawan daripada sekolah menengah lagi. Sehingga melanjutkan pelajaran ke luar Negara pun mereka masih berkawan rapat. Syarifah Armalia mula membenci lelaki selepas di tinggalkan Zarif, kekasihnya demi  minah salleh yang selayaknya di panggil mak.

Syarifah Armalia juga tahu yang dia seorang homoseksual. Itu sudah menjadi rahsia mereka berdua untuk bertahun lamanya. Sudah  beratus kali Syarifah Armalia menasihatinya namun tidak di pedulinya seperti mana Syarifah Armalia tidak mempedulikan nasihatnya untuk tidak membenci lelaki.

“ Melly, i mintak maaf kalau you terasa.”

Syarifah Armalia hanya tersenyum. Dia tahu Lukman betul. Sikit pun kata-kata Lukman tidak mengganggu emosinya.

“ Takpelah macamlah i tak biasa dengan mulut you tu,” balas Syarifah Armalia sambil menepuk bahu Lukman perlahan.

“ Eh, sembang- sembang lupa pulak nak tanya you nak minum apa?”

“ Ha... Tulah you, dah naik kering dah tekak i ni.”
           
             Syarifah Armalia senyum sebelum bertindak menekan butang intercom.

“Khalif  bawakkan kopi untuk I dan tetamu  I  ni,” arah Syarifah Armalia dengan nada garangnya.

Lukman hanya mampu menggelengkan kepalanya untuk beberapa kali. Degil yang tak boleh nak di ajar!



ZARIF  memicit kepalanya yang terasa berdenyut-denyut. Dua tiga hari ini dia rasa tidak enak badan. Mungkin kerana masalah yang datang bertimpa-timpa ke arahnya yang membuatkan kepalanya seperti ingin meletup! Perlahan cermin mata yang di pakai di tanggalkannya. Batang hidung yang sedia terletak di urut lembut. Penat dan tertekan!

Fail-fail kerja yang berada diatas meja di pandang sepi. Entah bila boleh di siapkan kerja-kerja yang berlambak itu. Mana nak siapkan kerja, mana nak cari duit nak bayar hutang syarikat papanya. Dia betul-betul tertekan! Baru-baru ini pula bekas isterinya meminta pampasan dan ganti rugi kerana menyebabkan kecederaan kepada skandal bekas isterinya.

            Kadangkala Zarif merasakan hidupnya sebuah pembalasan dari Tuhan. Pembalasan kerana mempermainkan cinta dan kasih sayang seorang gadis. Hanya kerana di butakan dengan wang ringgit, dia sehingga terlupa makna cinta sejati yang tidak boleh di ukur dengan kekayaan. Dia sudah mempermainkan cinta Syarifah Armalia! Selama  beberapa tahun mereka bersama namun akhirnya dia di kalahkan dengan cinta yang baru di kenali sebulan, cinta yang berdasarkan materialistik!

Entah bagaimana Syarifah Armalia sekarang? Adakah dia masih menunggu aku? Masih ada cintakah dalam hatinya untuk lelaki seperti aku? 

“Kenapa Zarif? Kenapa you buat i macam ni?” tangis Syarifah Armalia lalu air mata yang mengalir di pipinya di kesat menggunakan belakang tapak tangannya.

“I mintak maaf, tapi i tak tahu dan i pun tak faham dengan diri i sendiri,” jawab Zarif ringkas,lansung tidak memandang Syarifah Armalia. Entah kenapa hatinya seolah-olah keras, walaupun di hadapannya sekarang ini Syarifah Armalia lagi  mengalirkan air matanya.

“ Tak faham? Apa maksud you dengan tak faham? You sebenarnya sukakan duit minah salleh tu kan?” sela Syarifah Armalia dengan nada suara yang tinggi.

“ Jawab Zarif!” jerit Syarifah Armalia. Tidak berpuas hati apabila melihat lelaki itu hanya berdiam diri sahaja.

“ I takkan kata apa-apa. Tapi kalau itu anggapan you, i nak buat macam mana,”ulas Zarif ringkas namun sangat menyakitkan hati Syarifah Armalia yang mendengarnya

Syarifah Armalia menganggukkan kepalanya untuk beberapa kali.

“ Sekarang barulah i faham betapa murahnya cinta you, Zarif,” tukas gadis  itu sambil memandang tajam.

“ katalah apa yang you nak kata, tapi bagi  i you dah takde dalam hidup i. Anggap saje kisah kita hanya sebuah mimpi. I mintak maaf sekali lagi,”

Syarifah Armalia hanya memandang Zarif yang berlalu pergi dengan linangan air mata.

Perlahan Zarif membuka matanya. Keluhan berat dilepaskan entah untuk kali ke berapa. Rasanya seperti baru semalam dia memutuskan hubungannya dengan Syarifah Armalia. Mahukah Syarifah Armalia kembali padanya jika dia meminta maaf?

SYARIFAH ARMALIA merengus geram sambil mengerling ke arah jam tangannya. Entah berapa kali dia memandang jam tangan berjenama Tag Huer itu. Dia paling benci dengan orang yang suka membuatkannya tertunggu-tunggu. Paling tidak boleh di terimanya orang yang membuat dia tertunggu-tunggu seperti orang sasau tengahari buta macam ni adalah Khalif!

Entah ke mana lelaki itu menghilang. Katannya mahu bergerak ke Kuantan sebelum pukul sebelas pagi. Sekarang sudah pukul 12.30 tengahari! Bayang batang hidungnya pun masih tidak kelihatan. Makan gaji buta betul lelaki ni!

Sambil mengetuk lutut kakinya yang terasa lenguh Syarifah Armalia melebarkan pandangan matanya. Masih tekun mencari kelibat Khalif. Beberapa minit kemudian dia melihat Khalif membawa kereta berjenama Suzuki Swift dan sedang bergerak menuju ke arahnya. Dia mengecilkan anak matanya dari jauh.

Khalif hanya memandu Suzuki Swift sahaja! Seriuslah! Alah, apa yang nak di kisahkan sangat, setiausaha je kot! Kalau dia bawak BMW yelah aku kena kisah. ‘Sesuatu’ lah kalau  setiausaha mampu pakai BMW. Sempat lagi Syarifah Armalia ‘mengutarakan’ pendapatanya tentang jenama kereta yang di pakai Khalif dalam hati dan yang paling penting dalam keadaan sakit hati!

Khalif memberhentikan keretanya betul-betul di hadapan Syarifah Armalia yang nyata tidak berpuas hati. Hatinya agak gementar demi melihatkan wajah Syarifah Armalia yang sudah merah menahan marah.

“ Maaf saya lambat,” tegur Khalif sopan.

Syarifah Armalia masih mengecilkan matanya. Entah kenapa Khalif nampak kecil di matanya. Rasa macam nak cekik-cekik pun ada! Tapi mengenangkan mereka sedang berada di tempat awam, di pendamkan sahaja ‘cita-citanya’ itu.

“ You  tahu tak sekarang dah pukul berapa? You tahu tak berapa lama dah i  tunggu kat sini?” marah Syarifah Armalia dalam nada yang masih mampu di kawal.Tempat awam tak tempat awam. Bila dia rasa nak sembur, dia sembur!

Khalif  hanya mengerdipkan matanya beberapa kali. Bukan kerana matanya masuk habuk, atau nak berlagak comel,tapi itu sahaja yang mampu dia buat bila sudah terang lagi sudah bersuluh dia yang salah. Kaklongnya, Kak Alina telah mengirimkan barang untuk di beri kepada ibu memandangkan dia akan  balik ke Kuantan hari ini. namun, kerana kesesakan jalan raya membuatkannya terlewat dari waktu yang sepatutnya.

“Apa yang you terkebil-kebil sorang-sorang tu! Nampak sangat you yang salah!” sela Syarifah Armalia sambil bercekak pinggang. Walaupun dalam hati dia agak pelik melihat reaksi sebegitu daripada Khalif.

“Kalau i tahu baik i ambil flight. Papa ni pun satu, kalau i tak pergi dengan you, i  dah sampai agaknya!” bebel Syarifah Armalia lalu membuka pintu kereta Khalif  dengan tanpa rasa bersalahnya.

Baru sahaja punggungnya ingin mencecah tempat duduk kereta, suara Khalif  telah membantutkan niatnya.

“Cik Melly tak bawak beg baju ke?”

“ Soalan apa you tanya i ni? I tak kira i nak balik hari ni jugak! I tak nak bermalam kat Kuantan!”

“Tapi Cik Melly lawatan kita maybe akan take time,” ujar Khalif dengan muka yang pelik. Dato’ tak bagitahu kat anak dia ke kena bermalam?

“ I tak kira, kita lambat pun sebab you. So, you yang takkan balik kalau kita lewat sampai!”bentak Syarifah Armalia lalu menutup pintu kereta Khalif dengan kuat.

Haih, jahanam kereta aku! Sombong yang tak  boleh nak di ajar betul perempuan ni...

KHALIFmemberhentikan keretanya betul-betul di hadapan tapak projek ARMAND yang berhampiran dengan pantai Teluk Cempedak. Syarifah Armalia yang masih nyenyak tidur di pandang sebentar. Nak gerak ke tak?

Kalau gerak karang dia risau Syarifah Armalia tidak suka. Kalau tak gerak macam mana nak balik awal? Haih, rasa-rasanya hidup aku akan lebih bahagia kalau Syarifah Armalia ni tak wujud kot.

Syarifah Armalia...ohh, Syarifah Armalia... Seru Khalif dalam hati. Manalah tahu berkesan cara ini. Syarifah Armalia bergerak sedikit. Walaubagaimanapun, gerakan itu membuatkan mini skirt yang di pakai Syarifah Armalia sedikit terangkat. Menampakkan peha putihnya wanita itu. Khalif terkedu! Dia memalingkan wajahnya ke arah lain. Sudahlah dia terkedu melihat ‘pemandangan’ sebegitu, sekarang dia sudah tersedu pula!

Syarifah Armalia tersedar apabila terdengar bunyi orang tersedu. Siapa pulak tersedu ni? Dia menggosok matanya beberapa kali. Walaupun rasa mengantuk masih berbaki, namun dia masih boleh melihat dengan jelas yang Khalif sedang memalingkan wajahnya ke arah lain sambil cuba menutup mulutnya dengan kedua-dua belah tangannya dengan bahu yang terhinggut-hinggut. Bunyi sedu juga kedengaran dari arah lelaki itu. Khalif yang tersedu rupanya. Dah besar pun tersedu. Hmm... lantak kau lah...
“ Dah sampai ke?” Soal Syarifah Armalia lalu membetulkan rambutnya menggunakan tangannya sahaja.

Dia malas menjadi prihatin untuk bertanya sama ada setiausahanya itu penat atau tidak selepas memandu untuk beberapa jam dari Kuala Lumpur ke Kuantan. Menunjukkan kasih sayang dan prihatin memang bukan caranya.

Khalif  hanya mengangguk perlahan, masih menahan sedu yang di perolehinya secara tiba-tiba, ‘bahana’ memandang aurat seorang bukan muhrimnyalah tu! Tapi selama ini dia sudah biasa melihat ‘pemandangan’ itu di majlis-majlis besar. Mungkin yang biasa di pandangnya itu bukan Islam dan bukan dalam jarak yang dekat seperti ini. Mungkinlah kot...

“ Yang you ni kenapa sedu tiba-tiba ni?”tanya Syarifah Armalia lagi.

Khalif hanya mengerdipkan matanya untuk beberapa kali. Bukan nak berlagak comel, tapi dia rasa memang dia bersalah sangat sebab pandang sesuatu yang tak patut untuk di pandang. Kalaupun tak dapat minta maaf sebab tengok aurat wanita itu, dia boleh menyatakan ke tidakbersalahannya dengan bertindak seperti innocent. Ada pulak macam tu?

Ada rasionalnya jugak. Kalau dia bagitahu ‘saya nampak peha awak lah, maafkan saya ye’ belum tentu Syarifah Armalia akan memberi respons yang positif. Entah –entah, mahu terbalik Suzukinya di buat wanita itu. Jadi, konklusinya jangan bagitahu! Minta maaf bila raya nanti je. Itu pun jangan bagi sebab kenapa nak minta maaf.

“ Haish, malaslah i layan orang tak betul macam you ni. Buang masa!”ujar Syarifah Armalia dalam nada keras lalu membuka pintu kereta dan bergerak ke arah tapak projek.

Khalif menarik nafas lega sebelum bertindak berjalan mengekori langkah wanita itu.

SYARIFAH ARMALIA hanya mendengar penerangan daripada Encik Faiz sepintas lalu. Tidak mahu mengambil bahagian rasanya. Tapi memandangkan dia yang harus mengetuai projek syarikat bapanya itu, maka dia sangatlah terpaksa mendengar butiran projek itu! Ini semua gara-gara buah idea Khalif yang tersangatlah ‘bernas’ itu. Papa pun satulah, pergi terima bulat-bulat idea si Khalif tu apasal. Tak pasal-pasal dia kena jadi ‘patung cendana’ kat tapak projek ni.

“Macam mana Cik Armalia?” Syarifah Armalia segera memandang kearah suara yang bertanya.

“Err, i rasa dah okey dah untuk permulaan ni, betul tak Khalif?”

Syarifah Armalia sengaja mengenakan setiausahanya itu. Malas nak  bersoal jawab sekiranya projek yang sedang di lawatinya ini bukan tercetus dari buah fikirannya.

“ Saya rasa untuk bahagian depan dan belakang....”

Syarifah Amalia malas nak mendengar yang selanjutnya lalu dia bergerak menuju ke kereta milik Khalif yang di parkirkan di sebelah jalan. Radio kereta itu di bukanya perlahan. Seterusnya lena di ulit mimpi.

Khalif mengeluh kecil apabila melihat ketuanya yang seorang itu lagi tidur nyenyak dalam kereta. Jam tangan yang berjenama Tag Huer miliknya itu di kerling sekilas. Sudah masuk Asar. Baik aku singgah kat mana-mana masjid. Karang tak pasal-pasal terlepas solat Asar aku.

Tanpa berlengah lagi Khalif segera masuk ke dalam keretanya dan menghidupkan enjin keretanya, sudah bersedia untuk bergerak. Raut wajah Syarifah Armalia di pandangnya sekejap. Dia sudah berkira-kira untuk mengejutkan Syarifah Armalia nanti setibanya mereka di mana-mana masjid atau surau berdekatan.

Apabila sampai di Masjid besar Kuantan, Khalif terus menggerakkan Syarifah Armalia. Wanita itu memisat matanya beberapa kali sambil memandang keluar kereta.

Where are we?” Tanya Syarifah Armalia dalam mamai yang masih bersisa. Suara pun masih serak-serak!

Khalif tersenyum. Walaupun wanita di sebelahnya ini selalu serius dan kurang sense of humor, tapi tetap nampak comel dalam masa-masa tertentu contohnya seperti sekarang, dengan wajah mamai dan separuh sedarnya.

“Kat masjid. Saya nak solat Asar kejap. Kalau Cik Armalia boleh solat kat sebelah sana tu tempat ambil air sembahyang perempuan,” kata Khalif sambil menunjukkan bahagian yang dikatakannya.

“Hmm...”

Syarifah Armalia hanya memandang Khalif yang berjalan masuk ke dalam perkarangan masjid. Dia tidak boleh bersolat hari ini. Maka dia tidak dapat mengikut Khalif untuk bersolat. Dalam hatinya tetap memuji betapa lelaki itu taat mengerjakan perintah Tuhan walau sesibuk manapun dia mengendalikan projek tadi. Kalau dia,memang  dah lama ‘terbang’ solat Asarnya hari ini.

3 comments:

Unknown said...

Nak lagi... Best

Anonymous said...

Best..next n3..

Anonymous said...

Hey,lmbt lg ke nxt entry..can't wait..u know what I read all ur posts for third times..plz write a lot..make a novel if u may..thnx writer