Oh, Pengikut Setiaku!!!

Saturday, December 7, 2013

#28 Cerpen : TROPHY WIFE



Tajuk : TROPHY WIFE
Nama penulis: NOORAIHAS
Tarikh post : 7 December 2013


Kadang-kadang ada suatu perkara kita perlu lakukan diluar batas moral manusia. Sampai satu tahap, kita bukan diri kita lagi. Bukan sengaja suka-suka...Tapi terpaksa...

“Betul ke apa yang kita buat ni,Zam?” Aku mula ragu-ragu. Bila aku pandang muka Nizam, lelaki itu hanya tenang sahaja.

“Kau relaks la Mary. Aku tahu apa yang aku buat. Lagipun aku nak tolong ni.”Nizam dengan muka yang confident, membalas.

Aku menjelingnya sekali imbas sebelum mencubit lengan kanannya.

“Eeii...kau ni! Mary...Mary...Nama aku Siti Maryam la mangkuk!”marahku bersungguh. Pantang betul aku kalau orang meng’omputih’kan nama aku yang serba klasik lagi tersendiri ni! Kalau dulu asyik-asyik Cik Yam...Cik Yam...Tetiba pulak hari ni jadi Mary. Gedik betul!

“Shhh...Dengar. kalau kau nak rancangan berjaya, kau ikut aje apa yang aku cakap. Okay? Mulai malam ni, nama kau Mary. Faham?”Nizam sudah memberi arahannya dengan lagak serius.

Melihat pandangan matanya yang penuh ketegasan, aku terus menjatuhkan kepala beberapa kali.

Ya...hari ini aku berada di tempat yang sangat diluar kemampuanku untuk berdiri. Andai aku dan Nizam tak pernah berkawan, pasti sampai mati pun belum tentu aku akan dapat merasa semua ini. Dari kaki hingga ke kepala barang yang aku pakai hari ini, semuanya merupakan tajaan ikhlas dari Nizam demi menjayakan cita-citaku. Cita-cita yang ‘busuk’ caranya. Tapi aku harus jayakan juga demi niatku.

“Kau nampak yang berdiri kat hujung kolam sana tu?”bisik  Nizam perlahan sambil memandang ke arah yang bertentangan dengan kedudukan kami.

Aku sedikit tersentak mendengarkan bicaranya yang agak tiba-tiba setelah lama mendiamkan diri. Tapi tidak lama. Kerana apa yang penting FOKUS! Walau apa pun yang berlaku, misi malam ini perlu dijayakan! Meski apa pun risikonya.

Tanpa menghiraukan orang ramai, aku membawa pandanganku seperti mana yang telah dikatakan oleh Nizam tadi. Jelas dipandanganku seorang jejaka yang sangat segak memakai tuxedo sedang bersembang bersama beberapa tetamu yang lain. mungkinkah dia...

“Rizqin. Tengku Rizqin. CEO La Feur Malaysia,”terang Nizam senada.

Aku berpaling melihat raut wajahnya.

“Kau serius? Ehh...aku...aku takutlah Zam. Takde yang biasa-biasa ke? Ini kaya sangat ni!” Hati ini sudah mula dihambat rasa resah.

Nizam memandangku dengan reaksi yang tidak berpuas hati.

“Dah terlambat kalau nak patah balik. Kau dah melangkah setapak dalam permainan ni.” Marah Nizam sebelum menyeluk poket seluarnya.

Air liur aku telan dengan sukar. Ada rasa gementar. Ada rasa mahu berpaling dari keputusan yang aku buat. Tapi seperti kata Nizam, aku sudah melangkah jauh dari titik selesaku. There is no turning back!

“Kau faham tak?” gesa Nizam sambil mencari anak mataku.

Jelas dia juga tidak main-main.

Perlahan aku mengangguk. Mengerti.

“Okay. Good.  Sekarang, apa yang kau perlu tahu, Rizqin sama aje stereotaip macam orang-orang kaya yang lain.”

Kening aku hampir bertaut. Kali ini memang aku tak faham dengan apa yang dia cakapkan. Entah apa  yang Nizam maksudkan dengan ‘stereotaip’?

“Stereotaip? Maksudnya?” Soalku.

Nizam senyum. Agak sinis juga di mataku.

“Well, they don’t have faith in Cinderella’s story. Apa yang diorang tahu kaya berhak bersama yang setaraf  je. Bukan dengan si miskin,” terang Nizam dalam nada yang aku rasa juga agak... sinikal.

“Ohhh...macam tu.”

“Jadi kau jangan takut kalaupun kau tak berjaya dengan hubungan ni nanti sebab kau tetap akan dapat manfaatnya jugak.”sambung Nizam lagi.

“Maksud kau?”

Nizam sekali lagi menarik senyum sengetnya sebelum menjawab.

“Duit. Kita akan gunakan dia sebaik mungkin. Gunakan setiap kelemahan yang dia ada untuk kepentingan kau. Lagipun, mengikut sumber yang boleh dipercayai, dia tengah cari isteri. Jadi tak ada masalah kau nak cuba nasib,” jawab Nizam. Yakin!

Terkebil-kebil mata aku demi mendengar jawapannya yang penuh keyakinan dan tak kurang juga ada bunyi kekejaman di situ. Atau mungkin aku seorang aje yang rasa macam tu?

“Tapikan, Nizam...Dia...nak ke aku ni? Cuba kau tengok kat parti ni, ramai betul perempuan cantik-cantik. Dah lah tak kaya. Takkanlah dia boleh terpikat dengan aku ni.”Aku mula rasa rendah diri.

Nizam menepuk perlahan bahuku.

“Don’t worry. He will fall for you. Sebab...walaupun dia nampak ada segalanya tapi tak semua TUHAN boleh bagi kat dia,” jawab Nizam penuh pengertian.

“Hmm...mendalam betul ayat kau ni. Entah-entah kau nak kenakan aku kan?”tebakku, musykil. Takut jugak kalau ini semua salah satu rancangannya untuk kenakan aku. Nizam ni boleh tahan nakalnya.

“Dalam hal ni, aku langsung tak ada benefit apa-apa, Mary. Niat aku nak membantu kau aje. Mungkin kau nampak aku terlebih emo tapi aku tak ada niat jahat. Aku tengah feeling jadi orang tengah aje sekarang.” ujar Nizam lalu tersengih lebar.

Melihat sengihannya, aku jadi lega. Oh, feeling-feeling jadi orang tengah je rupanya!

“Heish...kau ni! Suka main-main tau!”Aku pura-pura memarahinya.

“Okay enough. Time is running out. Sekarang, kau pergi jayakan misi kau, tangkap jerung besar tu!” arah Nizam dengan penuh semangat.

Aku mengangguk. Langkah segera aku buka dengan mengumpul setiap keyakinan yang ada ke arah si jerung besar, Tengku Rizqin.



***

Tiga  tahun kemudian...

“Clarice, mawar putih yang i suruh you order dari Cameron Highland tu dah sampai ke belum?”

“Belum puan!”

“Belum? Clarice you know that i don’t take ‘NO’ as answer!”marahku dengan mencekak pinggang.

“Okay. I will call them for confirmation now,” balas Clarice sebelum berlalu bersama handphone miliknya.

Bila bayangan Clarice menghilang, aku segera kalih pandangan ke arah meja makan tetamu pula. Meneliti susunan pinggan dan cutlery yang berada di setiap meja makan yang bakal menjadi tempat tetamu menjamu selera.

Leka meneliti satu persatu persediaan majlis, aku jadi terkejut bila pipiku menerima kucupan. Tidak perlu menoleh kebelakang kerana bau wangiannya sahaja sudah memenuhi rongga hidungku. Cukup untuk aku mengenalinya.

“Qin?”

Dia senyum. Tapi cuma sebentar dan kembali kepada dirinya yang asal. Serius.

“How’s the preparation? Is it okay?”Tanya dia sambil menyeluk poket seluar kirinya.

Aku mengangguk sambil pandangan ini melingas ke sekeliling. Memeriksa jika ada perkara yang masih tidak kena dipandangan mataku. Dan...mungkin juga matanya.

“Okay. Tinggal nak touch-up yang sikit-sikit je,” balasku dan kembali focus memandangnya.

“Great! I hope you’re not going to embarrass me.”tegasnya dan menyimpul senyuman kecil. Senyuman yang memang tidak panjang jangka hayatnya.

Aku senyum pahit. Tidakkah ada sikit rasa dihatinya untuk menyampaikan kata-kata pujian atau pun kata semangat dalam cara yang menenangkan aku? Tapi ini mungkin ‘harga’ yang aku harus bayar demi bersamanya. Walaupun enggang dan pipit terbang bersama sekalipun, tetap pipit tak boleh berubah menjadi enggang. Kan?

“Are you alright?”

“Huh? I’m ok...okay!” jawabku sedikit terkejut.

“Focus!” pesannya sebelum berlalu ke sudut lain bersama tongkat yang selama ini menyokong kaki kanannya.

Benar kata Nizam, tak semua Tengku Rizqin boleh dapat dalam dunia ini. aku jadi insaf dan mengagumi kebesaran Yang Esa sewaktu pertama kali berhadapan dengan lelaki itu. Walaupun kaya mana sekalipun, ada perkara tetap tak boleh diubah kejadiannya. Tengku Rizqin memang kaya dan berupa tapi dia...cacat!
Kaki yang selama ini elok berdiri sudah tidak mampu untuk menyokong tubuh sasa itu sebaik sahaja dia dilanggar oleh sebuah lori! Kemalangan yang telah menghancurkan tulang kaki kanannya! Mujur sahaja ALLAH memanjangkan nyawanya dan tulang kaki kanan itu telah dimasukkan besi untuk menyokong badannya. Namun, Tengku Rizqin tetap memerlukan tongkat untuk membantunya jalan seperti biasa.  

Mungkin ALLAH S.W.T juga sudah menetapkan jodohku dengannya. Dengan sekali salam pengenalan dihulurkan, Tengku Rizqin sudah menunjukkan minatnya padaku. Tidak menghiraukan kekurangannya, aku menerima dia sebagai suami demi masa depanku. Demi kesenangan keluargaku. Usah ditanya berapa ramai mulut mengata akan aku kerana mengahwininya sebab...aku sudah tidak mampu lagi nak menghitungnya...

***

Raut wajah itu ceria sahaja sebaik sahaja majlis pelancaran produk terbaru La Feur berjalan dengan lancarnya. Aku tahu ramai yang memuji kelancaran majlis itu dan tak kurang juga yang kagum dengan tema yang aku gunakan untuk majlis itu. Senang aje nak dengar orang lain memuji.  Tapi nak dengar si suami sendiri memuji, rasanya seperti mustahil! Walau bagaimanapun aku sedar diri. Siapalah aku untuk merengek padanya demi kata-kata seperti, ‘Bagus! You’ve done well.’ Atau pun. ‘Thank you for this lovely event!’. Nampaknya aku cuma boleh bermimpi sahaja untuk dengar dia menuturkan kata-kata itu.

“Sampai mana dah berangan?”

Berterabur angan-anganku demi mendengar suara garau itu menegur secara tiba-tiba. Cepat pulak dia mandi. Kalau tak aku kena tunggu setengah jam lamanya.

Aku senyum sebelum menepuk permukaan katil. Memintanya melabuhkan duduk di situ. Dia tak mengambil masa yang lama sebelum menurut.

Bahu bidangnya aku usap-usap perlahan sebelum bertindak mengurutnya lembut. Tengku Rizqin hanya diam. Mungkin menikmati urutanku.

“Penat?” Soalku pendek. Lebih kepada mahu menariknya untuk berbual.

“Hmm...”

“Qin...” panggilku meleret bunyinya.

“Hmm...”

“Hujung minggu ni saya nak balik kampong. Rindulah kat mak dengan ayah. Dah sebulan tak balik. Boleh ya?”

Dia diam kali ini.

“Qin, boleh ya?” pintaku dengan suara yang penuh pengharapan.

Tengku Rizqin berpaling menghadapku. Saling bertentangan begini buat aku mahu melarikan diri. Terlalu lemah hati ini jika menatap sepasang mata bundar itu. Tiga  tahun...cukup tiga tahun sahaja Tengku Rizqin sudah mampu memegang hatiku. Tapi hatinya, aku tidak tahu. Terlalu rumit untuk memahami seorang Tengku Rizqin.

“Qin? Awak okey tak ni?”ujarku mula dihimpit bimbang melihatnya diam tidak berkutik.

Dia menggeleng perlahan.

“Kalau macam tu takpelah. Saya balik sorang-sorang kalau awak tak nak,”putusku dengan suara perlahan.
Dia diam tidak melarang langsung. Buat aku bertambah terkilan.

“Okeylah, giliran saya pulak mandi.” Aku bingkas bangun dan mengambil tuala dari almari lalu memboloskan diri dalam bilik mandi. Menyembunyikan rasa kecewa seorang diri.

Selesai mandi, aku lihat Tengku Rizqin sedang meneliti beberapa buah fail di meja kerjanya. Bila dia memandangku, aku melarikan pandangan mataku ke arah lain dan berlalu ke meja solek.

Baru sahaja tanganku mahu mencapai krim malam, tangan lelaki itu sudah memegangnya dahulu. Aku mendongakkan kepalaku sedikit, memandangnya. Belum sempat aku bertanya dia sudah membuka penutup krim dan mencalit krim sedikit sebelum meletakkannya di beberapa bahagian mukaku.

Terkebil-kebil aku dengan tindakan tiba-tibanya itu.

“Wajah ini...wajah kebanggaan saya...” ujarnya sambil menyapu krim ke seluruh wajahku. Lembut dan berhati-hati.

“Wajah ini jugak membuatkan orang disekeliling saya cemburu macam mana si cacat ni ada isteri yang cantik untuk dibawa ke majlis,” sambungnya lagi.

“Wajah ini simbol kejayaan saya selama tiga tahun ini...”

Aku menahan rasa di hati. Itu sahajakah aku di mata dan hatinya? A trophy wife?

Selesai menyapu krim ke seluruh muka, dia tunduk mencium sebentar bibirku. Tengku Rizqin...tolong jangan buat hati saya macam ini! rayu hatiku pilu.

“Come. Let’s get some sleep.” Ajaknya lalu menarik tanganku sementara sebelah tangannya lagi memegang tongkat yang dari tadi menyokong kaki kanannya.

Beberapa minit kemudian, Tengku Rizqin sudah kedengaran dengkur halus miliknya. Sedangkan aku masih merenung ke wajahnya itu. Lama aku begitu. Bagai merenung kifarah yang ALLAH jatuhkan untuk aku kerana mempergunakan hamba-Nya yang lain.

“Dosa saya sebab tamak dengan harta awak ke sampai awak tak nampak saya cintakan awak? hmm?” Tanyaku perlahan sambil mengelus wajah itu. Sesak jiwa ini dengan rasa bersalah.

Tangannya yang terletak elok di atas perut, aku capai perlahan sebelum membawanya ke bibir lalu mengucup belakang tangan kirinya itu dan memejamkan mata.

Dalam lenaku...dia turut mencium jari jemariku yang digenggamnya erat. Hangat dan penuh rasa cinta...

***

Pagi hujung minggu yang suram. Hujung minggu yang sepatutnya aku habiskan masa di rumah kedua orang tuaku. Tapi demi Tengku Rizqin, aku tahan rasa rindu untuk bertemu dengan mereka. Akibatnya, barangan makanan dalam peti ais yang jadi mangsa. Hampir separuh darinya, aku gunakan untuk memasak. Sejak berkahwin dengan Tengku Rizqin, aku dapati itulah cara yang paling mujarab sekali untuk memujuk hati. Nasib baik dia tidak berkata apa. Makan aje! Walaupun kuantitinya seperti untuk satu majlis kesyukuran!

Bila aku dengar bunyi tongkatnya yang semakin mendekat kearah dapur, aku berpura-pura mengacau kuah masak lemak di atas dapur. Bunyi kerusi ditarik menghantar makna bahawa dia sudah berada di belakangku.

“Do you want me to hire a maid?” Soalnya tiba-tiba.

Aku kalih kebelakang memandangnya. Hairan. Tiba-tiba sahaja dia membangkitkan isu orang gaji?

 “Why so sudden?” Aku menyoalnya kembali tanpa membalas soalannya.

Dia membalas pandanganku bersama senyuman nipis.

“To help you cook all this feast food.” Balasnya bersahaja. Macam menyindir pun ada.

Aku mengetap bibir. Geram. Sedapnya mulut! Sebab awaklah saya masak semua ni Tengku Rizqin oi! Sebab geram dengan awak! desis hatiku bengang.

Dia menggelengkan kepalanya perlahan sambil menuangkan susu ke dalam gelas. Bila dia mahu meminumnya, aku teringatkan sesuatu.

“Stop!”

Dia mengerutkan dahi. Tidak mengerti dengan tingkahku yang tiba-tiba begitu.

“Itu susu full cream. I’ll get yours.” Langkah aku buka ke peti ais lalu mengambil susu rendah lemak Dutchlady yang selalu dia minum.

Bila aku berpaling untuk memberikan susunya, suamiku itu sudah pun meneguk susu penuh berkrim milikku. Tercengang aku melihat dia meminumnya dan tak kurang juga rasa tergoda bila melihat halkumnya bergerak-gerak menelan setiap titis susu. Sangat seksi!

Dia hanya mengangkat bahunya demi melihat aku yang tercengang sendiri. Tapi melihat bibir atasnya yang masih ada kesan susu, akal nakalku mula memikirkan sesuatu. Lantas tubuh yang hanya memakai t-shirt tanpa kolar putih itu aku hampiri.

Kening kemas milik Tengku Rizqin sudah naik sebelah tapi riaknya masih tenang. Menanti reaksi seterusnya dari aku. Beberapa saat kemudian, lehernya sudah aku rangkul lembut dan membawa wajahku menghampiri wajahnya. Mataku bertentang matanya. ‘Mengunci’ kata. Lalu bibirku mampir mengucup bibirnya. Lama sehingga dia memberi tindak balas dengan memaut pinggangku rapat ke tubuhnya.

“Assalamualaikum!”

“Ya ALLAH!”

“Mak? Ayah?”

MAKAN tengahari itu hanya aku yang masih diselubungi rasa malu yang teramat. Malu tertangkap dalam keadaan begitu di hadapan mak dan ayahku. Sedangkan Tengku Rizqin, suamiku yang bertuah itu hanya tenang menjamu selera.

“Mak ayah nak tambah nasi?” Tanya Tengku Rizqin. Memecahkan suasana sepi yang sudah berlansung selama beberapa minit.

“Aah, mak ayah. Tambahlah. Penat Yam masak tau!” ujarku lalu mengambil mangkuk yang berisi nasi di sebelahku. Bersedia untuk menyendukkan nasi untuk kedua orang tuaku itu.

“Eh, takpelah. Ayah kenyang dah.”

“Mak pun,” sambut mak pula sambil tersenyum penuh makna padaku.

Aduh, naik hangat telingaku mendengar kata-kata mak dan ayah yang bagai tersirat tu. Aku jeling sebelah ke arah lelaki itu tetapi seperti biasa reaksinya hanya tidak beriak. Walaupun tertangkap dalam keadan begitu dengannya oleh mak dan ayah, tapi aku bersyukur kerana rinduku pada mereka terlerai dengan dengan adanya mereka di sini. Terima kasih Tengku Rizqin...

***

“Buat apa tu?”

Aku mengusap perlahan dadaku. Terkejut.

“Nothing!” balasku ringkas dengan kedua-dua belah tangan yang dibawa sorok ke belakang.

Tengku Rizqin nampak tidak percaya dengan kata-kataku.

“Show me your hand!” arahnya senada.

Tidak menunggu masa yang lama aku menghulurkan tangan kananku. Masih berusaha untuk menyembunyikan sesuatu darinya.

“Another hand?”

Baru sahaja aku mahu membawa tangan kananku ke belakang semula, Tengku Rizqin cekap mencapainya dahulu. Dan mahu tak mahu, aku terpaksa juga menghulurkan tangan kiriku yang sedang menggenggam...

“Pregnant test kit?”

Wajah aku tundukkan ke bawah. Serba salah.

“Which part you don’t understand, Siti Maryam?” Nada suaranya kedengaran seperti marah. Tak kurang juga bunyinya seperti kecewa.

“Saya...saya...Cuma...”Pandanganku sudah mula dikaburi dengan air mata. Sebak bila memikirkan yang lelaki itu sedang memarahiku.

“Come here!” Dia meminta aku menghampirinya. Baru sahaja aku mahu menentang pandangan matanya, tubuhku sudah di tarik rapat ke badannya.

Tanpa sedar aku menangis di bahunya.

“Syhhh...I’m sorry,” pintanya sambil mengusap belakang badanku lembut.

“Saya Cuma nak...”

“Saya tahu...tapi belum sampai rezeki kita lagi, kan?” pujuknya lagi.

“Saya minta maaf.” Pohonku pula dengan suara serak.

Bila tangisanku sudah reda, Tengku Rizqin membawa tangannya ke kedua-dua belah pipiku. Melihat  wajahnya yang semakin dekat dan nafasnya yang semakin hangat menampar hidungku, tiba-tiba sahaja aku tersedar akan sesuatu.

“Qin...”

“Hmm...” Itu sahaja dijawabnya bila bibirnya sudah sibuk mencium telinga sebelum jatuh ke leherku. Malah pautan dipinggangku semakin ditarik rapat ke badannya.

“Kita... kat dalam bilik mandi,”sambungku dan akhirnya tertawa kecil apabila melihat wajahnya yang sudah merah menahan malu.

“Jom, masuk!”Terus dia menarik tanganku keluar dari bilik mandi. Pregnant test kit yang dari tadi aku pegang segera aku campak ke dalam sinki. Bersedia untuk melunaskan tanggungjawab seorang isteri kepada Tengku Rizqin!

***

“Puan, there’s someone here to see you,”beritahu Clarice.

Aku pandang dia.

“Without appointment?” Soalku serius.

Clarice mengangguk.

“Name?”

“Dia tak beritahu. Dia suruh bagi hint kat puan.”

“ A hint? What is it?”

“Cik Yam!” jawab Clarice pantas.

Perlahan-lahan senyuman terukir di bibirku.

“Panggil dia masuk,” arahku pada Clarice.

Clarice mengangguk faham lalu keluar dari pejabatku untuk memanggil gerangan manusia paling berani datang berjumpaku tanpa melakukan temujanji itu.

Bunyi derapan tapak kasut menghala ke arahku membuatkan aku mendongakkan kepala memandangnya.
“Hai Cik Yam? Or should I say, assalamualaikum Siti Maryam?” sapanya dalam nada usikan. Masih seperti dahulu. Nizam...Nizam...

“Waalaikumsalam,” jawabku lalu tersenyum lebar.

“Eh duduklah,” pelawaku sambil menutup fail-fail yang berselerak di atas meja.

Nizam duduk lalu menyilangkan tangannya ke dada. Pandangannya meneroka ke sekeliling bilik pejabatku. Sekali sekala dia menjatuhkan kepalanya beberapa kali. Raut wajahnya seperti orang yang sangat berpuas hati.

“Bagus betul anak didik aku ni. Maju!” ujarnya  lalu tersenyum. Senyuman bangga.

Aku hanya mencebik. Perasan! tapi aku tidak menyangkal kata-katanya. Kalau bukan kerana Nizam aku tidak mungkin berada di sini. Jika tidak mengenalinya, aku mungkin masih lagi bergelar kerani walaupun memegang segulung Master. Bila di fikir-fikir, peluang pekerjaan zaman sekarang memang menakutkan!

“Lama kau hilang. Dah sampai benua mana kau pergi?” usikku padanya.

“Aku sambung Phd la. kat London. Yang kau ni dah berapa orang pewaris dah kau bagi kat Suami kau tu?” balas Nizam lalu menyelitkan pertanyaannya sekali.

Aku terdiam. Soalan maut betul!

“Belum ada rezeki lagi.”

“Family planning?” tekanya dengan muka curiga.

Aku geleng.

“Usaha lagi. Nanti jangan datang kat aku nangis-nangis sebab Tengku Rizqin nak kahwin lain,” nasihat Nizam serius.

Mendengar kata-kata Nizam, terus wajahku bertukar mendung.

“Eh, aku gurau ajelah. Takdenya dia nak cari lain kalau dia sendiri jenis one-woman man. Believe me. Aku kenal laki kau tu!” Nizam kembali menenangkan aku.

Perlahan aku melepaskan nafas kelegaan. Kalau Nizam tak cakap begitu pun aku tahu Tengku Rizqin seorang yang setia. Cuma aku sedih andai suatu hari nanti aku kena berkongsi Tengku Rizqin dengan perempuan lain demi membolehkannya mempunyai zuriat. Itu sahaja!

“Takpelah. Aku saje datang singgah. Nak tengok keadaan kau sekarang,” Kata Nizam lalu berdiri.

“Eh, sekejapnya singgah?” Soalku hairan.

“Sekejap jelah. Nanti jumpa laki kau, mampus aku. Okeylah, aku balik dulu” pamitnya dan bergerak menuju ke pintu.

Aku hanya mampu mengangguk dan turut bergerak mengiringinya ke muka pintu. Mungkin Nizam ada hal lain. fikirku. Namun, sebaik sahaja pintu dibuka Nizam, wajah Tengku Rizqin menyapa pandangan kami berdua. Aku terdiam. Nizam dan Tengku Rizqin pula saling merenung antara satu sama lain.

“Oh, hai Tengku Rizqin?”Sapa Nizam selamba.

Tengku Rizqin pula hanya menyungging senyuman sinis pada Nizam.

“Hmm..look what we have here. Mr. Nizam. Or should i say Tengku Nizam?” balas suamiku itu pula. Sinis sekali bunyinya.

Eh, sejak bila nama Nizam ada ‘tengku’ ni? Dan kenapa dua-manusia di depan aku ni macam ada sesuatu yang aku tak tahu je? Soal hatiku.

***

“What? Sepupu?”Soalku dalam nada terperanjat. Bulat mataku mendengar kata-kata Nizam itu.

Tapi Nizam hanya mengangkat bahu seperti tiada apa-apa yang nak dibanggakan dengan gelaran sepupu kepada Tengku Rizqin.

“Kenapa kau tak bagitahu awal? Patutlah dulu kau cakap macam kenal dia. Aku pun naik hairan!” ujarku lalu menggelengkan kepala. Tertipu jugak aku!

“Memang kami sepupu. Tapi tak rapat. Sebab keluarga aku jauh terpinggir bila baba kahwin dengan ibu aku yang orang biasa, bukan keturunan Tengku. Jadi, Tok Engku halau baba dan tak mengaku baba jadi anaknya. Itu dululah lepas arwah Tok Engku meninggal semua dah okay. Sempatlah dia minta maaf kat baba dengan ibu aku. Bila kau minta tolong, aku teringatkan si Riz. Tak ada niat pun aku nak kenakan kau atau apa. Niat aku Cuma nak bantu kau aje. Lagipun, okey apa? Aku kau bestfriend and sekarang kau jadi bini kepada sepupu aku. We’re one big family! ”terangnya dalam nada ikhlas sambil menyelitkan sedikit lawak.

Aku mengeluh tapi nak jugak senyum demi mendengar katanya. Hailah...Nizam!

***

“Awak tak nak tanya kenapa dia ada dalam ofis saya?” Tanyaku bila melihat Tengku Rizqin hanya tenang memandang fail-fail kerja. Sikit pun dia tidak bertanya tentang Nizam walaupun selepas lelaki itu beredar dari pejabatku.

Tengku Rizqin menggeleng.

“Awak tak nak tahu hubungan saya dengan Nizam apa?”

Sekali lagi dia menggeleng.

“Betul tak nak tahu?”

Kali ini dia meletakkan pen miliknya dengan kasar sebelum memandangku serius.

Aku meneguk air liur dengan susah payahnya. Alamak, dia marah ke?

 “Kalau niat awak Cuma nak tahu saya cemburu atau tidak...jawapannya adalah tak. Saya tak cemburu,” katanya dengan menekan perkataan ‘tak’.

Aku mengeluh perlahan. Apalah yang aku harapkan dari lelaki seperti Tengku Rizqin bila lelaki itu Cuma bijaksana dalam hal yang berurusan dengan ‘keuntungan’ bukan perasaan. Mungkin suasana akan berbeza kalau aku dan dia mempunyai zuriat kerana anakkan pelengkap keluarga. Tapi nak buat macam mana belum rezeki kami lagi nak bercahaya mata.

“Takpelah. Saya tidur dulu,”

“Hmm... Lagi satu esok jangan lupa ada majlis kat rumah Tan Sri Yaacob. Dress properly!”

Aku mencebik. Kalau pakai cantik pun bukannya nak puji. Tahu nak tengok jenama aje! Huh!

“Dengar tak?”

“Dengar!” jawabku  dalam intonasi malas. Selimut aku tarik sehingga menutupi muka. Tidur lagi bagus!
RASA seperti baru sahaja aku lena. Tapi kenapa Tengku Rizqin tiba-tiba datang dalam mimpi aku? Kenapa dalam mimpi aje wajahnya lembut dan mendamaikan? Kenapa tak dalam dunia nyata juga begitu?Ahh...seronoknya bila dia membelai rambutku begini. Rasa dihargai.

“I was so jealous, sayang. But how can i say that to you? Hmm...” bisiknya lembut ditelingaku.

Ahh...mimpi begini sungguh indah.Ya ALLAH, kalaulah semua ini bukan mimpi...

***

“Pusing!” Arahnya sambil menilik tubuhku dari atas sehingga ke bawah. Lagaknya sudah seperti juri fesyen.

“Qin, saya dah penatlah. Tak boleh ke kita ambil je yang ni?” rungutku.

Dia menggeleng.

“Nope. It doesn’t suit you at all,” katanya bersahaja.

Aku mencebik.

“Tukar!”

Kaki aku hentakkan ke lantai. tanda protes yang amat. Siapa kata kahwin dengan orang yang kaya ni senang?ini semua karma! Padan muka aku. Nak sangatkan kahwin dengan orang kaya!

“Yang ini okey? Kalau tak okey lagi saya tak tahulah.”

Dia memandangku sekali lagi dari atas ke bawah sebelum mampir. Sekalipan dia menarik badan aku rapat padanya. Jangan salah sangka ya! Dia Cuma nak membelek jenama pada baju yang sedang aku pakai ini. No romantic scene!

“Okay!”

Sudahku tahu jawapannya pasti begitu bila dia menarik badanku tadi.

“Now put on your tudung!”

“Baik!” balasku. Lega akhirnya.

MAJLIS yang berlansung di kediaman Tan Sri Yaacob adalah bersempena kepulangan anak lelakinya yang baru sahaja tamat pelajaran di London. Masuk sahaja ke dalam kediaman ahli perniagaan itu, ramai mata yang memberi tumpuan pada kami.

“Thanks for coming, Tengku?” ucap Tan sri Yaacob sambil bersalaman dengan suamiku itu.

“Thanks for inviting too,” balas Tengku Rizqin, tenang.

Aku yang berada di sebelahnya hanya menundukkan sedikit kepala tanda hormat pada lelaki separuh abad itu. Baru beberapa minit Tan sri Yaacob berbual bersama suamiku, anak lelakinya datang menyapa.

“Hai!”  tegurnya.

Tan sri Yaacob berpaling dan menepuk bahu anaknya itu.

“Tengku, inilah anak saya yang baru balik dari London tu. Ammar, ini Tengku Rizqin and his wife.” Tan sri Yaacob memperkenalkan kami pada anaknya yang dipanggil Ammar itu.

“Wife?”

Lain macam sungguh reaksi si Ammar ni. Apa tak layak ke aku jadi isteri Tengku Rizqin?

“Yes? Any problem?” sambut Tengku Rizqin. Serius.

Ammar geleng perlahan. tapi aku tahu hatinya pasti menyuarakan sesuatu. Sesuatu yang tidak elok tentang kami. Terutamanya bila pandangannya dipakukan pada tongkat milik Tengku Rizqin dari tadi.

“Err...will you excuse us?” pamit Tan sri Yaacob lalu menarik tangan anaknya itu ke suatu sudut lain.

Sebaik sahaja anak beranak itu beredar, aku segera memaut lengan Tengku Rizqin. Dia kalih memandangku bersama keningnya yang sudah di angkat sebelah.

“Lapar...Jom makan?”Sengaja aku mengalihkan tumpuannya dari terus memikirkan hal tadi. Fikir lebih pun tak guna. Manusia memang suka mempersoalkan kelemahan yang lain.

Dia mengangguk perlahan.

“You better find something light. You’ve gained so much weight,” pesannya. Tegas.

“Alaa...baru ingat nak makan sate...” keluhku dalam lenggok manja. Dan dia...hanya senyum. Walaupun tidak lama.

Ketika aku sedang mengambil minuman, sekali lagi si Ammar datang menghampiri. Mujur sahaja Tengku Rizqin sedang berada di meja makan tetamu.

“Yes?” Tanyaku agak kerek bunyinya.

“I rasa...you terlalu cantik untuk dibazirkan pada suami you tu...”

“Straight to the point!” potongku sedikit keras bunyinya. Malas nak berlama semata-mata melayan si hingusan ni.

Dia terpempan seketika. Mungkin tidak menyangka aku seserius ini.

“I boleh bagi you lebih kaya kalau you kahwin dengan i.”

Mendengar kata-katanya yang mengandungi unsur riak dan takbur itu , maka dengan sengajanya aku menyunggingkan senyuman sinis. Bodoh!

“Why?”Sengaja aku menyoalnya lagi.

“Sebab dia cacat. You can’t give the rest of your life to a man like that. He’s nothing!” Selamba sahaja lelaki itu mengeluarkan kata. Tapi dia akan menyesal. Sangat menyesal bila dia mendengar kata-kataku nanti.

“Oh, i’m sorry but the answer is no! Mr.Ammar you tahu tak you tengah bermain dengan api. Sekali i bagitahu my husband, your father’s company will be in trouble. Big trouble,” kataku dengan menekankan perkataan ‘big’.

Ammar terdiam seketika sebelum kembali menyoal.

“Trouble?”

“Well, how can i put this short and simple? Oh, yes. How about telling you that my husband is the largest contributor in your father’s company? Is that understood?”

Kali ini dia terkedu. Jelas riak wajahnya terkejut mendengarkan perihal syarikat ayahnya itu. Ada hati nak mengayat isteri Tengku Rizqin!

“Oh..okay...i faham. I pergi dulu...” kelam kabut anak Tan sri Yaacob itu meminta diri.

Selesai satu masalah. Namun,tatkala  aku memusingkan badanku, Tengku Rizqin sudah berada di situ. Aku tak tahu berapa lama atau sebanyak mana dia mendengar perbualan antara aku dan Ammar tapi apa yang aku pasti...now i’m dead meat!

“Hehe...drinks?”Pelawaku padanya lebih kepada nak ‘cover’ sebenarnya.

Dia menggeleng. Buat aku bertambah risau.

“Come here!” Dia menggamit aku datang menghampirinya.

Dengan hanya beberapa langkah sahaja, aku sudah berada di hadapan suamiku itu. Tak sempat aku nak berkata apa-apa dia sudah menarik tubuhku ke dalam pelukannya.

“You’re cool!”  bisiknya.

Para tetamu yang lain sudah mula memerhati tingkah kami.

“Err...Qin kita kat public la.” Aku mengingatkannya. Takut-takutlah dia terlupa.

“Let them be. In fact, we’re husband and wife.”

Naik kebas tulang pipiku dek menahan senyuman demi mendengar bicaranya tadi. Bangga betul! Daripada mengucapkan terima kasih atau kata-kata penghargaan yang lain, dia...Tengku Rizqin mengatakan bahawa aku ‘cool’. Bunyi macam tak romantik, tapi aku suka! Untuk pertama kalinya dia memuji aku!

***

“Dah siap?”

Aku geleng kepala. Melihat Tengku Rizqin yang sudah bersiap segak, buat aku malu sendiri. Dia dah kacak-kacak. Wangi lagi! Aku? Haih, macam mana nak keluar shopping kalau macam ni? Keluh hatiku.

“What’s wrong with all these jeans on our bed?” Soalnya bila pandangannya jatuh pada permukaan katil kami yang penuh dengan longgokan seluar jean milikku.

“I try to put them on. But all of them doesn’t fit me anymore!” ceritaku lalu mengeluh.

Dia melabuhkan duduknya di sofa sebelum menyilangkan tangannya di dada.

“Pusing!”

Aku hanya mengikut arahannya. Bila aku pandang dia, suamiku itu hanya menggelengkan kepalanya perlahan.

“You’ve gained weight. Saya dah suruh awak kawal makan, kan? Awak ikut tak?”

Kepala aku tundukkan sebelum menggeleng.

“Saya dah cakap awal-awal hari tu sebab saya nampak badan awak tu dah berisi sikit dari biasa. Especially your hips and tummy,” katanya lagi.

Bila mendengar dia kata begitu, aku segera mendekati cermin berdiri yang terdapat dalam bilik tidurku itu. Lantas baju t-shirt aku angkat separuh sehingga aku boleh nampak permukaan perutku. Ya, memang agak buncit di situ!

“Qin...macam mana ni? Saya dah gemuk!” rintihku sedih.

“Then, do the exercises!” balasnya. Senang betul!

“Saya dah buat. Tapi tak turun jugak. Makin nak makan lagi adalah!”

Kali ini dia tidak menjawab. Sebaliknya suamiku itu sudah mencapai telefon bimbitnya dan menekan permukaan skrin sebelum melekapkannya di telinga.

“Hajar. Yes it’s me. I want to see you this afternoon. Okay, thank you!”

Aku mengetap bibir bila mendengar nama perempuan yang di sebut oleh suamiku itu. Baru gemuk sikit dah nak cari perempuan lain ke?

“Bersiap. Kita nak keluar ni.”

“Nak jumpa siapa? Girlfriend baru awak tu, kan? Sampai hati awak. saya baru gemuk sikit awak dah nak cari lain!”Kali ini aku betul-betul rasa nak menangis. Sampai hati dia!

Tengku Rizqin hanya mengangkat bahunya.

“Well...you have to do something to loss your weight lah.” Sekali lagi dengan selambanya dia mengenakan aku.

“Tak nak! Biar aje gemuk macam ni!” protesku sambil menghentakkan kaki ke bilik pakaian kami dan mula menukar persalinan yang lain.

“Okay. I’ll find another woman lah kalau macam tu.” Tinggi nada suaranya menggugutku sehingga membuat aku keluar semula dari bilik pakaian dengan hanya memakai singlet dan seluar slack yang baru ku pakai sebentar tadi. Bengang!

Bila melihat aku keluar begitu, dia mengecilkan matanya sebelum menyilangkan tangannya  ke dada. Lagak seperti berfikir. Tapi sebenarnya nak kritik aku lagilah tu!

“Apa lagi nak komen?”marahku sambil mencekak pinggang.

“Nothing. Cepat... I think we need to see the doctor!” balasnya sambil mengangguk sendiri. Entah apa yang sedang difikirnya pun aku tak tahu.

Eee...benci Tengku Rizqin!

***

“Doktor...saya dah gemuk sangat ke? Dah nak obesity ke?”

Doktor yang bernama Hajar itu hanya senyum sambil menggeleng.

“Doktor bagitahu je terus terang. Tahulah saya nak habiskan duit suami saya tu as long as i get my ideal weight back. Please...” rayuku, sudah mula diserang rasa panik dan terdesak. Demi kurus...apa pun boleh!

Kali ini Doktor Hajar ketawa kecil.

“Bertenang, Puan Maryam. You’ll be fine.” Tenang sahaja Doktor Hajar berkata.

Aku sudah mengetap bibir. Tidak senang. Apa yang okey kalau gemuk? Nanti Tengku Rizqin lari!

“Tengok Hajar...Dia nak habiskan duit i untuk kurus?” sampuk seseorang. Siapa lagi kalau bukan Tengku Rizqin.

Kepala aku toleh ke belakang. Baru sekarang nak masuk? Desis hatiku, marah.

“Wife you ni unik betul karakter dia,” luah Doktor Hajar dan ketawa sekali lagi.

Tengku Rizqin senyum sebelum duduk di kerusi bersebelahan denganku.

“I know. So, how’s the result? As what as i thought ke?”  Tanya Tengku Rizqin tenang.

Doctor Hajar mengangguk.

“Alhamdulillah...” ucap Tengku Rizqin perlahan.

Aku kalih, memandangnya.

“Qin...kenapa? apa masalahnya?” Lengan baju t-shirt Polo miliknya aku tarik perlahan. meraih perhatiannya.

Dia pandang ke wajahku dengan mukanya yang serius.

“You better keep all of your heels away.”

“Eh, kenapa pulak?” Perkara lain boleh main-main. Tapi bukan kasut tumit tinggi aku!

“Because you’re pregnant!” ujar Tengku Rizqin selamba.

Oh...pregnant... Mengandung...Alahai rasa macam nak pitam...

“Siti Maryam! Wake up!”

“Puan Maryam?”

***

Lima bulan kemudian...

 “Ex-girlfriend?”

Wanita Pan-Asian di hadapanku ini menganggukkan kepalanya dengan yakin.

“Since when?” Soalku lagi. Pandanganku bagai sudah dikunci pada anak mata wanita yang mengaku dia pernah bercinta dengan suamiku itu.

“Since we’re in university. About six years,” beritahunya lagi.

Aku menganggukkan kepala. Tanda faham.

“So, tujuan you datang sini?”

Kali ini dia senyum sinis.

“I tak rasa you bodoh Mary. You know why i came here.”

“I memang tak bodoh...” ayat aku biarkan tergantung seketika. Mahu bangun dari kerusi yang sedang aku duduk. Sudah tidak selesa.

Riak wajah Jessy berubah sebaik sahaja pandangannya tertancap pada perutku.

“Oh...Don’t get too surprise. My baby is almost 4 months now,”  kataku bersahaja.

Berubah lagi riak wajah si Pan-Asian itu.

“So, back to the point, you datang nak ambil suami i balik. Begitu?” tebakku agak sinis bunyinya.

“Well, kalau you tak kisah kita boleh jadi madu.”

“So sweet of you. Tapi apakan daya... I tak suka...kongsi!” tukasku selamba.

Jessy tergelak seketika.

“Jangan tamak Mary. You tak ada apa-apa keuntungan untuk Riz simpan you. Lainlah i...papa i Dato’. Ada syarikat sendiri. You...ada apa? Kampong halaman?” ejeknya.

Mendengar katanya itu, tak sengaja senyuman jahatku keluar.

“Oh...syarikat papa you yang nak bankrupt ni?”Sindirku tajam lalu melemparkan fail yang mengandungi maklumat tentang syarikat milik ayah Jessy itu. Terus wajah jelita itu berubah kelat.

Wanita itu memang silap besar jika dia mencari pasal denganku. Kerana apa sahaja persoalan yang aku terima, semuanya pasti akan berakhir dengan jawapan!

“Ma..macam mana you tahu?” Sudah tergagap bicara Jessy. Tahu dah kantoi!

“Well...kalau i tak tahu... jangan panggil i Mrs. Tengku Rizqin lah.”Dengan lagak angkuh aku mengeluarkan kata. Orang yang macam Jessy ni tak perlu adab kalau mahu berbicara.

Tanpa membuang masa, Jessy terus bangun dari duduknya dan bergerak ke muka pintu. Belum sempat tangannya mencecah tombol pintu, aku sekali lagi mengeluarkan kata.

“Kalau you minta tolong cara baik, i tak ragu-ragu nak bantu. Tapi sebaliknya yang you buat. For your information, i paling pantang kalau ada yang cuba kacau kebahagiaan keluarga i.” Serentak itu dia membuka pintu dan menghempasnya kuat. Benganglah tu!

“Anak mama...jangan ikut perangai mama yang ni, okay.” nasihatku pada anak dalam kandunganku sambil mengusap permukaan perut yang semakin menonjol.

“Betul. Papa pun takut!”sampuk satu suara.

Aku kalih ke belakang. Terangkat bahuku akibat terkejut. Entah bila Tengku Rizqin berada didalam ofisku ini. sungguh aku tak perasan. mungkin dia berada di bahagian rehat yang terdapat dalam bilikku ini selama aku ‘berdebat’ dengan si Jessy tadi. Kerana ruangan itu memang dipisahkan oleh dinding. Maka, tentu sahaja aku tidak sedar akan kehadirannya.

“Qin...bila awak ada kat sini?” Soalku lalu menghampirinya yang enak duduk di sofa. Tangannya aku capai , ingin bersalam sebelum turut melabuhkan duduk di sebelahnya.

“Before you and Jessy came.”

“So, you listen to everything i said to her?”

“Yup!”

“Tak marah?”

“Nope. She deserves that.”

Aku menarik nafas kelegaan. Fuh!

“Malam esok ada gathering kat rumah family saya. Bonda pun ada.” Beritahu Tengku Rizqin setelah agak lama kami mendiamkan diri.

Aku mengangguk. Faham. Setahun sekali, keluarganya pasti akan berkumpul. Jadi tiada masalah.

“Tak ada tema?” Tanyaku bila teringatkan majlis berkumpul keluarganya tahun lalu yang mengenakan tema pada pakaian.

“Hmm...bonda nak buat majlis kesyukuran jugak malam esok . So, sebab awak dah bulat macam ni, just wear something that you’re comfortable with but elegent.”

“Baik, bos!”

Dan...Tengku Rizqin hanya senyum melihat telatahku. Tapi entah kenapa aku rasa senyumannya itu senyuman gelisah. Ada sesuatu yang sedang difikirnya...

***

Usai majlis kesyukuran, semua ahli keluarga Tengku Rizqin berkumpul diruang tamu. Wajah masing-masing kelihatan sangat penat. Aku jugak tak kurang penatnya. Penat membawa perut! Tapi aku rasa bahagia kerana Tengku Rizqin sentiasa di sisiku sepanjang malam ini. Mungkin dia rasa insaf melihat aku yang bersusah payah demi membawa zuriat yang dinanti hampir 3 tahun lamanya. Jadi, dia lebih toleransi denganku. Mungkinlah...

“Memandangkan semua ada malam ini jadi bolehlah bonda berkongsi sesuatu dengan korang semua. Rahsia terbesar yang bonda simpan. Tapi sebab bonda dah pasti dan ada bukti, baru sekarang boleh dibongkarkan,” ujar bonda Tengku Rizqin tiba-tiba. Mendalam dan tersirat. Pandangan matanya juga tak lepas memandang aku.

Serentak itu Tengku Rizqin bangun. Tanganku yang berada dalam genggamannya turut dia tarik perlahan. meminta aku turut sama berdiri.

“I don’t have time to listen to all your rubbish!”  tegas Tengku Rizqin pada bondanya membuatkan aku terpinga-pinga sendiri. Apakah yang sedang berlaku?

“Kenapa? Riz tak nak percaya yang bini Riz tu hanya mempergunakan Riz? Buta sangat dah? Tak nampak buruk dia?” marah bonda Tengku Rizqin sambil menjeling ke arahku.

“Dia Cuma nak harta Riz aje selama ni. Dia guna kekurangan Riz supaya dapat perangkap kamu. Perempuan macam ni memang tak layak ada dalam keluarga kita!” sambungnya lagi.

Rasa seperti terhenti detak jantungku demi mendengar bicara ibu mertuaku itu. bonda tahu?

“Bonda! Just stop!” Suara Tengku Rizqin sudah naik tinggi. Jelas marah.

“Nizam, masuk!” panggil bonda. Juga masih tidak berpuas hati sehingga memanggil seseorang untuk masuk. Mungkin itulah bukti yang bonda nak tunjukkan pada Tengku Rizqin.

“Nizam?” Perlahan dan tanpa sedar aku menyebut nama Nizam. Adakah Nizam yang memberitahu semuanya?

“Hah? Apa lagi? Kamu tanya sepupu kamu ni Riz?”Jerit bonda dengan mata yang mencerlung geram.

“Aku minta maaf Maryam. Semua ni tak disengajakan. Bonda Riz ternampak gambar kita masa university dulu dan paksa aku bagitahu semua,” Nizam memohon pengertianku. Tapi masih relevankah?

“Riz, aku minta maaf,” pohon Nizam pada Tengku Rizqin pula.

Aku kalih memandangnya di sisi. Cuba mengamati reaksinya. Dan apa yang aku lihat wajah itu jelas tegang. Malah, jari jemariku yang dari tadi berada dalam genggamannya turut dilepaskan.

“Sekarang percaya?” celah bonda Tengku Rizqin dengan suara nyaring. Tidak aku sangka wanita yang selama ini lemah lembut  akan jadi menakutkan begini.

Tengku Rizqin diam kali ini. tiada kata yang berunsur pembelaan lagi yang keluar dari bibirnya.

“Bonda rasa dalam perut dia tu pun bukan anak kamu!” tuduh bonda Tengku Rizqin.

“Aunty!” jerit Nizam.

Tersentap hatiku mendengarnya. Bonda Tengku Rizqin boleh kata aku gilakan harta anaknya. Kerana memang itu benar.Tapi aku tak boleh terima dia mengatakan anak dalam kandunganku bukan dari Tengku Rizqin! Walau busuk mana pun hatiku, namun aku tak pernah menduakan lelaki itu hanya kerana kekurangan yang dia ada. Tak pernah! Malah, aku terima kekuranganya. Langsung tidak pernah mengecilkan kekurangannya itu.

“Kenapa? Kamu tak percaya Nizam?  Kalau kamu tak percaya, kamu bagitahu Aunty kenapa hampir tiga tahun dia kahwin dengan Riz baru sekarang dia mengandung? Kamu terang kat Aunty sekarang?”provok bonda Tengku Rizqin.

Sekali lagi aku pandang Tengku Rizqin. Melihat wajah itu kosong, tembok kekuatanku roboh begitu sahaja. Ternyata dia juga meraguiku.

Senyuman hampa akhirnya terukir di bibirku. Kecewa. Jika Tengku Rizqin hanya menganggap aku hanyalah ‘trophy wife’, aku faham. Kerana tujuan aku mengahwininya juga tidaklah sesuci mana. Semuanya demi harta dan kesenanganku. Tapi sekurang-kurangnya aku menerima dia seadanya dengan harapan dia akan mencintaiku sebagaimanaku mencintai dia. Namun, mungkin aku terlalu berangan besar. Bila jatuh, aku yang terasa peritnya. Terlalu tinggi berangan...

“Aunty...sebenarnya begini...”Nizam sudah berura-ura mahu menerangkan situasi sebenar tapi aku cepat melarangnya.

“Nizam... takpe!”

Aku berjalan mendekati ibu mertuaku sebelum menghulurkan tangan untuk bersalam. Sayangnya, salamku tidak bersambut. Lalu aku bergerak ke ahli keluarga yang lain. Malangnya reaksi mereka sama sahaja. Tidak berlengah lagi aku menuju ke arah satu-satu lelaki yang pernah aku sayangi.

Tangannya aku capai sebelum menciumnya syahdu. Sedaya upaya aku menahan air mataku daripada menitis. Kerana aku haramkan air mataku dari menitis di hadapan lelaki yang tidak mampu untuk melindungiku seperti mana aku selalu melindunginya...

“Maafkan saya. Halalkan makan minum saya dan segala harta yang awak pernah bagi, saya akan pulangkan.Cuma satu aje pinta saya...” Aku berjeda seketika. Menahan sebak di dada dan bicara seterusnya. Bicara pemutus kata...

“....jangan pernah kita berjumpa lagi. Sebab saya...tak perlukan lelaki yang tak boleh lindungi hati dan maruah saya.” Putusku di akhir kata.

Tanganku yang masih bertaut dengannya segera aku tarik bilamana genggamannya erat untuk aku leraikan. Kali ini, kaki aku angkat menuju ke arah Nizam pula.

Nizam  menggeleng. Tidak rela aku pergi. Hanya dia saja yang berduka jika aku pergi sedangkan lelaki yang sekatil dan sebantal bersamaku selama tiga tahun ini hanya sepi tanpa kata. Aneh, bukan?

“Zam...aku tak suka kisah Cinderella versi kau. Kalau aku ubah ending dia, kau marah tak?”Tanyaku dalam nada melawak. Dulu...Nizam kata aku Cinderella, sebab Berjaya kahwin dengan Tengku Rizqin. 

Dan Cinderella Siti Maryam akan berbahagia bersama Puteranya Tengku Rizqin selama-lamanya...Itu penamat kisah Cinderella versi Nizam. Tapi, nampaknya kena ubah juga.

Nizam ketawa lirih.

“Aku lebih suka versi aku. Tapi untuk kau...just do as you wish,” balasnya dengan mata yang berair.

Aku senyum sebelum berpaling dan melangkah keluar dari kisah ini. Perut yang membulat aku usap lembut. Mulai hari ini...hanya ada kita berdua sahaja dalam kisah kita. Hanya kita...Bisik hatiku pada si dia yang ada dalam kandungan.

***

Lima bulan kemudian...

Hidup memang tenang jika tidak ada sejarah buruk untuk dikenang. Mungkin sebab itu aku tidak merasa tenang, kerana aku ada sejarah buruk. Dan sejarah buruk itu adalah Tengku Rizqin. Hampir sembilan bulan kandunganku kini. Maknanya sudah hampir lima bulan aku membawa hati ke Perlis. Membawa diri jauh darinya.

“Betul ke jauh?”

Aku berpaling. Mencari suara yang tiba-tiba menyampuk itu.

“Siapa?”Air liur sudah aku teguk payah. Seperti berpasir pulak rasanya.

“I was expecting that you went to Mauritious, Spain or perhaps Abu Dhabi. Not in...Malaysia. ” Kali ini nada suara misteri itu seperti menyindir. Seperti...

Tengku Rizqin... Hatiku pantas menyebut namanya.

“As a wife to Tengku Rizqin, the CEO of La Feur you should find a prestigeous place to hide. That’s for your husband’s pride,” tambahnya lagi lalu menghampiriku.

Mata aku pejam rapat sebelum membukanya semula. Bayu pantai yang meniup lembut kala ini tak mampu untuk medamaikan debar hati ini bila melihat wajahnya. Setiap kali wajah itu muncul dalam mimpi sekalipun, hati ini rasa terkoyak sehingga ke cebisan paling kecil sekali! Betapa sakitnya hati ini kerana menyedari hakikat yang dia tidak mampu untuk melindungiku dari kekejaman mulut bondanya.

“What are you doing here Tengku Rizqin?”Soalku senada. Aku pasti dia ke sini bukan demi aku. Mungkin ada kepentingannya sendiri. Urusan perniagaan mungkin!

“Well, as you can see...i’m on my business trip.”jawabnya.

Aku sungging senyuman sendiri. Benar tekaanku! Sambil menebarkan pandangan ke lautan yang luas terbentang, aku menghembuskan nafas berat. Jelas di ekor mataku, lelaki itu sedikitpun tidak mengalihkan pandangannya dari terus memandangku. Apa sebenar mahunya?

“If you keep staring me like that, i’ll end up giving birth here, Tengku Rizqin.”

Dia tertawa kecil.

“This is why i can’t help myself but fall for you, Siti Maryam.”

Aku pandang dia. Apa maksudnya tu?

“I love you...Siti Maryam.”

Bicaranya buat aku tergelak pedih.

“Awak bimbang tak dapat cari trophy wife yang lagi bagus dari saya ke sampai nak buat confession palsu kat tepi pantai ni?”Soalku dengan rasa hati yang sakit bagai ditikam-tikam sendiri.

“Hmm...Betullah tu. Gadis-gadis yang saya jumpa sebelum ni semuanya tak macam awak.The coolest person that i’ve ever met.”

“Is that a compliment?”

“Yup!”

Diam. Sama-sama tenggelam dalam emosi sendiri. Sehinggalah dia mecapai jari jemariku dan mencampakkan tongkatnya ke sisi sebelum melutut.

“Tengku Rizqin! Apa awak buat ni? Bangun! Sakit kaki awak tu nanti!” marahku bersama rasa terkejut dengan tindakan tiba-tibanya itu. Terkesan juga di mataku dia yang sedaya upaya menahan rasa sakit di kakinya.

Tapi dia tetap menggeleng sebelum memakukan matanya dalam mataku.

“Listen!” pintanya.

Aku diam. Memberi ruang untuknya berkata.

“Sebenarnya saya dah lama tahu tujuan awak berkenalan dengan saya sampai kita kahwin. I hired someone to investigate your background.”

Terpana! Terkejut! Terkedu!

“You what?”jeritku tinggi sehingga terasa sakitnya diperutku.

“Yes. That’s the truth!”Dia mengiyakan. Makin pedih hatiku mendengarnya.

“Tapi kenapa awak tak...” Bicaraku terhenti. Terlalu sakit untuk mengingati peristiwa lepas.

“Sebab saya tak suka dimalukan. It hurts my pride the most. Saya ingat tiga tahun saya dah lupakan sebab kenapa  awak berkahwin dengan saya. Tapi bila bonda ungkit balik depan semua ahli keluarga, saya jadi malu!” terangnya dengan mata yang berkaca.

Disaat matanya berkaca, air mataku sudah lebat membasahi pipi. Itu sahaja?

“Tapi ikhlas saya katakan, saya tak marah awak kahwin dengan saya sebab harta. Sebab saya pun berkahwin dengan awak supaya orang lain tak pandang rendah dengan kekurangan saya. And the most important is, I love you and i’m sorry.” Tambahnya lagi.

Mudahnya dia! Kerana malu dan maruahnya di perkotak -katik dihadapan keluarganya, dia langsung tidak membelaku.

“Maruah awak terluka? Tercalar? Habis macam mana dengan saya?”Aku sapu air mata yang menghalang pandanganku dari melihatnya.

Dia mengetap bibirnya sebelum menggeleng perlahan.

“Saya...betul-betul perlukan awak saat tu, Tengku Rizqin....”

Kali ini aku sudah teresak kecil sebelum menyambung.

“Saya perlukan suami saya.  Seorang lelaki yang saya sangka mampu melindungi saya...”

“Please...stop!” pintanya dengan suara lemah.

Aku geleng.

“....seorang lelaki yang saya cinta walaupun pada awalnya semua yang saya lakukan demi kekayaan awak...kesenangan saya. Dengan harapan, awak akan sedar saya lagi cintakan awak dari harta awak...”

“Saya sedar...” potongnya dengan suara yang sudah sumbang. Tangan itu pula sudah mencapai kembali jari jemariku.

Tapi aku tepis tangannya kasar. Sehingga dia jatuh menyembah pantai.

“Awak sedar? Tapi apa yang awak buat? Awak pijak hati saya!” luahku dengan rasa marah yang meluap.

Akhirnya tangisan lelaki Tengku Rizqin pecah. Lama aku membiarkan dia begitu. Sehinggalah perutku terasa memulas-mulas. Aku sentuh permukaan perutku. Sudah rasa lain macam...

“Siti Maryam...tolong ma...”Ucapannya terhenti.

“Ya ALLAH! You’re bleeding!” jerit Tengku Rizqin lalu mencapai tongkatnya sebelum berdiri dan mendapatkan aku.

Perutku disentuhnya perlahan tapi aku segera menepisnya.

“Jangan sentuh saya! I don’t need you! I don’t need your help!”Aku sempat melampiaskan rasa marahku padanya walaupun diserang rasa sakit yang amat.

Dia pegang lenganku kejap bersama air muka serius miliknya.

“Marah saya lepas saya hantar awak ke hospital!” tegasnya lalu memimpinku menuju ke kereta.

Dalam terpaksa, aku mengikutnya. Sakit ini tidak sanggup lagi aku menanggungnya...

***

Tujuh tahun kemudian...

“Akhirnya... putera dan Cinderella hidup bahagia untuk selama-lamanya.” Ujarku sebelum memandang si kecil yang sudah berusia enam tahun bersama senyuman. Buku ditangan segera aku tutup.

“Macam mana buku cerita kita malam ni?” Soalku pada si dia.

“Rayyan tak suka cerita ni!”

Kening aku sudah bertaut. Hairan.

“Kenapa?”

Rayyan meniarap sebelum memandangku dengan mata bulatnya. Comel betul anak aku ni!

“Papa cakap...”

Aku mengeluh. Tak habis-habis papa cakap!

“...tak baik kita pandang harta.”

Dushh! Kena sedas di dahiku.

“Tapi Cinderella tak pandang harta,” sangkalku. Lebih kepada nak membela diri.

“Pandanglah mama. Cuba mama baca semula, mana ada orang miskin pergi ball macam tu. Jadi mesti dia tahu Putera tu kaya,” balasnya dengan bersemangat.

“Okay...mama faham dah,”

“Papa cakap lagi...”

Ada lagi? Desis hatiku sudah mula geram.

“...kalau kita sayang seseorang, kita mesti jaga hati dan maruah dia. Macam Rayyan sayang mama. Jadi, Rayyan tak boleh sakitkan hati mama...”sambungnya lagi.

Aku terpempan.

 “Mama?”

“Aaa...Ya...apa lagi papa cakap?”Tanyaku sebaik sahaja sedar dari lamunan.

“Papa cakap...hmmm...” Rayyan sudah senyum-senyum kerang busuk.

“Rayyan...” panggilku dengan suara keras.

“Papa cakap... I love you kat mama!” jawabnya sebelum bangun dan melarikan diri dariku.

Aku menggelengkan kepala. Haih...Tengku Rizqin...apa yang awak ajar kat anak awak ni? Bisik hatiku sebelum turun dari katil dan berpaling ke arah pintu. Serentak itu juga pandanganku terkaku.

“Saya rasa tujuh tahun dah cukup untuk kita tamatkan semua ni, kan?”Tanya dia sambil melangkah perlahan padaku bersama tongkatnya.

Aku diam sebelum melarikan anak mataku jauh dari anak matanya.

“Tujuh tahun cukup untuk saya raih kembali trophy wife saya ni, kan?”Soalnya lagi.

“Trophy wife atau Cinderella tak ada bezanya pun, kan?”Keras suaraku memerlinya.

Namun, lelaki itu hanya senyum. Senyuman yang sudah panjang jangka hayatnya selama tujuh tahun ini. tujuh tahun yang memisahkan kami kerana aku yang mahukan begitu. Walaubagaimanapun, aku tetap isterinya yang sah.

“Ada bezanya. Nak saya bagitahu apa bezanya?”

Aku diam. Tapi tetap nak mendengar penjelasannya tentang perbezaan ‘Trophy wife’ dan ‘Cinderella’seperti yang dikatakannya. Ada beza ke?

“Okay...should i start now?”

Aku cebirkan bibir. Menyampah! Start ajelah.

 “Let’s start with Cinderella. Cinderella walaupun kahwin dengan putera, dia hanya duduk dalam istana tak buat apa-apa. Tapi trophy wife, dia keluar dan bersinar walau dimanapun suaminya berada. She’s the pride of the husband.” Dia sudah mula menjelaskan perbezaannya.

“Cinderella...dia Cuma pandai menangis. Pasrah aje kalau ada yang mengancamnya. But, the trophy wife is the cool one. Bila diancam...dia melawan bukan menyerah,”sambungnya lagi.

Bila melihat aku diam tidak berkata apa, dia meneruskan lagi bicaranya.

“Cinderella... sebab dia lemah, dia tak pernah melindungi putera walaupun untuk satu baris ayat. Cuma tunggu untuk dilindungi aje.Tak macam trophy wife. She will protect the love one even if she had to hurt herself with her words.”

“Akhir sekali...You’re not the Cinderella. You’re the trophy wife. Not the ordinary one but my precious trophy wife that i love the most.”  Serentak itu dia meraih tubuhku ke dalam pelukannya.

“I miss you! I love you so much till i can’t breathe when i kept thinking about you,” luahnya penuh perasaan.

Aku mengetap bibir mendengarnya. Mata yang sudah berkaca, aku seka perlahan sebelum membalas pelukannya.

“Lama awak buat saya tunggu awak, Qin!” Kali ini aku pula meluahkan rasa hati. Tidak sanggup lagi begini selamanya. Biarlah yang sudah berlalu...

“I know! I just want to come to you as someone who can protect you. Sorry to kept you waiting.” Balasnya, tenang.

Aku mengangguk perlahan. sebelum mengeratkan lagi pelukan.

“Maryam...” panggilnya setelah agak lama kami mendiamkan diri. Tenggelam dalam pelukan masing-masing.

“Hmmm...”

“If you keep hugging me like this, i’m afraid that we might end up sleeping on Rayyan’s bed,” ujarnya dengan makna yang tersirat. Terus aku tolak perlahan badannya.

“Jangan nak mengada!” larangku sedikit keras. Sedangkan muka sudah panas menahan malu.

Dia hanya mengangkat bahunya sebelum menghamburkan tawa kecil.

“Jangan nak ketawa. Anak awak tu lepas ke mana dah. Dah pukul 9.30 pun tak tidur lagi,” marahku sekaligus membebel padanya.

“Tengku Rayyan!” panggil Tengku Rizqin sambil berjalan perlahan ke luar bilik anak lelaki kami itu.

“Lah...He’s sleeping here,” kata Tengku Rizqin membuatkan aku turut sama keluar dari bilik.

Tatkala terpandang anak lelakiku itu tidur sambil duduk di tepi pintu biliknya, aku terus menggelengkan kepalaku. Bertuah punya anak! Dan bila aku mahu mengangkat Rayyan, suamiku itu segera menghalangku.

“Let me do this.”katanya.

“Tapi kaki awak...”bimbangku sambil memandang kakinya.

Dia senyum sebelum menggeleng.

“Kalau awak pun saya boleh angkat, takkan Rayyan tak boleh. Just keep your energy for tonight!” ujarnya lalu tersenyum nakal.

Aduh. Sekali  lagi wajahku hangat mendengar ayat belakangnya itu. Bertuah punya suami!

***

“Pusing!” arahku pada anak lelakiku itu. Meneliti pakaiannya dari atas sehingga ke bawah sebelum menggeleng.

“Tukar!” putusku.

“Tapi mama...Rayyan suka baju ni!” bentaknya perlahan.

Aku mencekak pinggang. Tidak sempat nak memberi komen, Tengku Rizqin sudah masuk line.

“Nope. It doesn’t suit you at all!” sampuk Tengku Rizqin sambil membetulkan kot miliknya.

“Alaa...papa. Please...” rayu Rayyan dengan mata yang sudah membulat besar. Meraih simpati papanya pula.

 “Nope! Change now!”

Rayyan akhirnya kembali ke bilik pakaian dan menukar pakaian lain. Aku tahu dia marah. Tapi biarlah dia marah sekarang. Nanti dia akan sedar akan kepentingan  ‘first impression’ bila sudah dewasa. Tambahan pula, dia adalah bakal pewaris La Feur kelak.

“You look great sayang!” puji Tengku Rizqin sebelum menghampiriku.

“You too.” Balasku pula dan tersenyum manis.

“Mama...Papa...yang ini okey? Kalau tak okey lagi Rayyan tak tahulah.”rungut Rayyan dengan muncungnya.

Aku pandang Rayyan sebentar sebelum memandang Tengku Rizqin. Lelaki itu juga turut memandangku bersama senyumannya. Dan akhirnya ketawa kami bergema di ruangan bilik. Rayyan pula sudah terpinga-pinga. Tidak mengerti.

“Sounds like you!” tukasnya lalu memeluk anak lelakinya itu.

Ya...bunyinya seperti aku suatu ketika dahulu. Ketika aku tidak memahami situasinya...statusnya...dan maruahnya sebagai peneraju La Feur. Namun, walau setinggi mana pun aku berdiri gah dengan gelaran isteri kepada Tengku Rizqin, aku selalu berdoa supaya aku tidak lupa daratan dan mengabaikan tanggungjawabku sebagai seorang anak dan hamba ALLAH S.W.T.  Kalau ada yang bertanya, sampai bila aku rela menjadi  ‘Trophy wife’? Jawapanku hanya satu...sehingga ALLAH menarik nyawaku pergi dari sisi Tengku Rizqin...

***

“Err...hai? Eh, Assalamualaikum!”

Lelaki itu diam tapi dari gerakan bibirnya aku tahu dia sedang menjawab perlahan salamku. Manakala, pandangannya dipakukan ke mataku bersama kening yang sudah terangkat sebelah. Mungkin tertanya-tanya siapa aku yang tiba-tiba menyapanya.

“Siti Maryam.” Aku memperkenalkan diri lalu menghulurkan tangan untuk bersalam.

Sayangnya salamku dipandang sepi. Aduh, malunya!

“Tengku Rizqin...”Dia bersuara senada sebelum mengoyak senyuman nipis sebelum kembali serius.

Untuk seketika dia merenungku lama dan aku juga nampaknya hanyut dalam pandangan penuh rahsia miliknya. Pandangan itu tidak berunsur menggoda tapi aku tetap rasa tergoda! Ahh...inikah yang orang panggil ‘Love at first sight’?

Walaubagaimanapun tenungan itu tidak lama bilamana seseorang merempuh Tengku Rizqin dengan kasar. Cepat-cepat aku memaut pinggangnya rapat sementelah tongkat yang menyokong kakinya jatuh menyembah lantai. Bimbang dia juga rebah tanpa penyokong yang menyokong kakinya itu. Sesuatu yang aku perasan, namun tidak aku kisah kerana aku tahu kita manusia memang tidak sempurna. Jadi, kesempurnaannya tidak mahu aku persoalkan!

“I’m sorry!” ucap si perempuh selamba sebelum berlalu.

“Hei...you!” Aku cuba memanggil si lelaki yang telah merempuhnya, tetapi Tengku Rizqin menghalangku.
Sebaik sahaja tongkat diberi semula oleh pekerja hotel, Tengku Rizqin mula menjauhkan badannya dariku sebelum meletuskan tawanya beberapa saat kemudian. Buat aku jadi terpinga-pinga sendiri! Dah kenapa?

“A little bit kampung style but i love it.” Ulasnya perlahan.

“Ahh?” Aku jelas tak faham. Malah bertambah tak faham!

Dia menggeleng lalu menyimpul senyuman kecilnya.

“Would you like to have dinner with me?” Soalnya, sopan.

Kali ini aku pula menarik senyum.

“Kalau awak sudi... saya sejuta lemon kali sudi!”

     ....TAMAT...



P/S : biasanya konteks tropy wife wujud dalam kalangan orang berada. Terutama yang sudah berusia dan berkahwin dengan wanita muda supaya boleh dibawa ke majlis untuk ditayang-tayang. Berbeza sikit dalam konteks trophy wife saya, cerita ini adalah mengenai  si Cinderella tak jadi, Siti Maryam dan satu lagi Trophy wife untuk Tengku Rizqin. Dua-dua ada motifnya yang tersendiri. Seorang nak kaya cepat dengan mengahwini orang kaya. Seorang lagi tak nak orang pandang rendah dengan kekurangan yang dia ada dengan mengahwini si cantik jelita. Kalau ada yang rasa cerita ini tak relevan, cuba berfikir dari sudut wanita yang bergelar isteri. Walaupun kita nak pergi makan dinner company tempat suami kita kerja sekalipun, mesti kita nak nampak cantik, kan? Yelah, supaya suami kita tak malu. Si suami pun sama, mesti tak nak kan bawa isteri yang selekeh ke majlis besar-besar? Jadi, begitulah idea saya keluar untuk di kongsi bersama di kisah kita. Kalau ada terkurang, terlebih dalam cerpen ni saya minta maaflah. Budak baru berlajar. Hehe,

p/ s : kalau boleh tolong bagitahu saya scene mana yang korang pling suka dan kenapa. panjag lebar pun takpe. saya baca! this is for my reference for my next cervel. have a nice day beautiful people with beautiful hearts :)

-NOORAIHAS




50 comments:

Izzah said...

Salam.. akak, daebak.!!! Nangis wktu scene kt rmh bonda n beach tu.. huhu.. memang best giler ahh.!!! :-)

Izzah said...

Salam.. akak, daebak.!!! Nangis wktu scene kt rmh bonda n beach tu.. huhu.. memang best giler ahh.!!! :-)

Unknown said...

Terbaik.. ;)

Unknown said...

Terbaik.. ;)

Unknown said...

nak nangis tp sayang...dekat office.walaupon lama menunggu,tapi berbaloi.suka sangat cerita ni.sedih menusuk jiwa.keep it up.
terus menunggu...menunggu karya baru.

Tiara aka Nurul Fairuz said...

Terbaiklah kak...^^

ada said...

Terbaek..berbaloi tggu cite nie..
Tq cik writer..

Anonymous said...

Terima kasih.... But a bit confuse about masa. Slps 5 bulan jumpa dr hajar, sepatutnye mesti pregnant 5++ bulan. 7 tahun after bersalin, mesti rayyan dah berumur 7 tahun

Nooraihas said...

salam, terima kasih kepada yang mberi komen...tentang pregnancy tu...mungkin saya terlepas pandang. terima kasih sebab beritahu. saya akn lebih teliti utk next cerpen :)

Anonymous said...

Sangat best jalan cerita yg menarik Suka Watak perempuan tu ......Harap dpt wat cerpen yang menarik lagi Daripada Sit

Anonymous said...

Dua Kali ulang Baca. Besttt :) tahniah writer for the best masterpiece ... Teruskan buat cerpen yg terbaik ....
Miss Y

Anonymous said...

next cerpang plisss

Anonymous said...

best best best

Anonymous said...

best..sangat unik.tp part sedeyh tu mcm xmenusuk. cm xsampai. tu pndapat sy la. sy suke story yg unpredictable. kite ingt hala ni rupenyer hala tu.sangat bes cite neh

Anonymous said...

Best,cerpen dlm blog ni semua best2

aida zayani said...

saya suke.. saya suke.. :)

Anonymous said...

best!!!

Unknown said...

Best sgt2 ..... mcm cerpen sis yg lain....

Farihah The Cutes said...

bes cite ni! cute sgt.. hehe. lbh2 lgi time ank dye nak pilih bju tuh.. so sweet...

Farihah The Cutes said...

bes cite ni! cute sgt.. hehe. lbh2 lgi time ank dye nak pilih bju tuh.. so sweet...

Mira_Othman said...

wahh! scene yg Mira paling suka scene yg akak letak paling last tu, scene yg mana Siti Maryam usya Rizqin! haha .. best scene ever! And i, imagine it! xD


“A little bit kampung style but i love it.”


suka ayat tu!Much! Keep it up kak AiHa! =D Goodluck 4 the next cerpen! I'll vote for this cerpen! <3

Anonymous said...

saya suka scan awal jumpa, kelakar. . . . . .n saat x gf suami datang kat ofis, dia tak takut

Anonymous said...

best...:)

FeArLeSs AiZaBiNa said...

akak best nyee!! Lookin forward ur next ones. ;)

Anonymous said...

such a lovely story..

fieyza said...

jalan cite best....suke sgt..tp feeling x sampai..kalau tkankn kat feeling marah n sedih tu kuat sikit rsa lg mantop...hehe

Unknown said...

best cerpen ni, tahniah. di karut dengan jayanya oleh anda.

Tahniah sekali lagi. Bila nak buat novel pula?

Anonymous said...

Semua part dlm cerpen ni sangat best.. Sangat jujur.. Sy suka sangat.. Even sy masih berusaha untuk jd prmpuan cntik dihati suami sy..

Anonymous said...

Akak penulis, sambung la banyak2 lg.. karya2 akak semua best!!! Alhamdulillah, akak memang berbakat :B

Anonymous said...

Best

Unknown said...

Akak peminat setia cerpen sis... Berulang kali baca setiap cerpen kat sini..... Cerpen yg bagi akaK bukan sekadar cerita tp lebih dari itu... Teruskan menulis ya... Dan akak akan terus menyokong....

Anonymous said...

gempakz giler...cuma part konflik tu sikit sangat r...ader novel ker citer ni???

Unknown said...

Awesome... :)

Unknown said...

Mcm biasa xmenghampakan

Anonymous said...

Best..daebak...terbaik!!!..

Hatsune said...

Dah bce byk2 kali, xkira pulak brpe byk ulang bce. Haha, best!!

umklsm khairudin said...

Tak pernah tak nangis bce cerpen akk 😂 keepidupp!!👍

RyanaSakura said...

Best nyerrrrrr 😁

Unknown said...

The nice cervel from you miss writer..I really like it..part yg pling i ska ialah masa siti maryam mrh dkat jessy n amar sbb cba untuk porak perandakan rumah tangganya.ad sstngah watak heroin hanya mengalah dan tidak berani untuk mempertahnkan dirinya as a wife. .tpi lain dengan watak siti maryam ni,dia adalh wtak heroin yg pling cool n i like it..thank you..tak sabar nk tnggu cervel yg bru from miss writer..

Unknown said...

Jalan cerita yg perfectly ... Menarik sangat... Best!!

Unknown said...

Jalan cerita yg perfectly ... Menarik sangat... Best!!

Anonymous said...

Mashaallah best sangat. Reality story yang jarang orang tahu dan nampak depan mata.

Unknown said...

Tahniah sis....dah berpuluh kali ulang bca...tetap best...hebat

Anonymous said...

best weh serioussss !! good jobbbb ��������

Unknown said...

Assalamualaikum akak. Terbaik la. Selalunya saya kurang baca cerpen ni sbb membosakan. Tp cerpen akak memang buat saya rasa 'woww' xboring langsung. Hampir 3 tahun saya mengikuti perkembangan cerpen akak tp secara silent. Ni je baru berani nk selitkan comment sbb akak dh lama x update cerpen baru. Boring pulak saya nak baca cerpen penulis lain sbb meleret2. Cerpen akak straight to the point. Berkali2 dh duk ulang baca yg sama x boring pun lg excited nk baca ade la. Terbaik la kak.

Unknown said...

Betullah,dia kan diusir dr rumah awal2 mengandung,mengandung itu mengambil masa selama 9 bulan,hampir setahun

Misslovely said...

Sorry sy rakyat marhaen je x nak ikutan bangsa kayangan ni

Hanahreum said...

19 April 2022. After a few times, here am I. Never tired and never get boring. Sometimes I really miss your cervel and open it. I never forget to leave a comment to noted myself how many times I already read your cervel. Hope you always in good health miss/mrs writer. Lots of love ��.

Anonymous said...

Aku baca lagi tahun ni... The Best story of u sis noor

Anonymous said...

Dulu saya baca cerpen ni berkali2 sebab sangat best. Baru2 ni tiba2 teringat balik, teringin nak baca balik. Tak sangka dah 10 tahun berlalu...dah berapa banyak kali dah ulang baca still nangis yaaaa malam ni!