Oh, Pengikut Setiaku!!!

Friday, July 26, 2013

# 24 Yakinlah Cintaku -Part C [End]


Tajuk : Yakinlah Cintaku - Part C [End]
Nama penulis : NOORAIHAS
Tarikh post : 26 Julai 2013


PART C

 Hari ini Paan membantu Khadijah mengemas rumah.  Sebenarnya dia tak adalah  rajin sangat nak membantu isterinya itu mengemas rumah tapi demi kasih sayang dan cintanya pada Khadijah dia ringankan segala tulang temulangnya untuk membantu.

“Han kemas semua bilik. Biar Dijah kemas ruang tamu dan dapur. Okey?”Arah Khadijah pada Paan.

Paan hanya mengangguk lesu. Malas sebenarnya. Khadijah sedar yang suaminya itu hanya separuh rela untuk melakukan kerja rumah. Jadi dia perlu ada alternatif tersendiri untuk memastikan Paan membantunya.

Baru sahaja Paan mahu melangkah, Khadijah sudah menarik tangannya. Ciuman lembut diberikan pada kedua-dua belah pipi suami tercinta. Terkebil-kebil Paan menerima ciuman tiba-tiba dari si isteri.

“Kalau nak yang seterusnya kena siapkan kerja rumah. Malam nanti Han boleh claim,”ujar Khadijah bersama lirikan mata yang menggoda.

Lebar senyuman Paan mendengarnya. Wajah yang separuh terpaksa tadi kembali ceria sebelum kepalanya diangguk laju-laju. Bersetuju! Langkah yang tadi lesu kembali bersemangat! Cepat-cepat dia beredar ke bilik utama untuk mengemas.

Perkara pertama yang dia lakukan adalah mengumpul baju-baju kotor dan meletakkannya di dalam bakul. Seterusnya cadar dan sarung bantal ditukar dan dikemaskan. Buku-bukuan milik Khadijah di susun sebelum dia beredar ke meja solek. Baru sahaja dia mahu menyusun alatan solek milik isterinya, Paan secara tidak sengaja menjatuhkan tas tangan Khadijah. Berterabur barang-barang yang ada di dalamnya. Cepat-cepat dia memasukkan barang yang berterabur tadi ke dalam beg tangan isterinya. Namun, pergerakkannya terhenti apabila pandangannya tertancap pada paket kecil yang berada di lantai.

Ubat? Dijah sakit ke?soal hatinya risau! Paket kecil itu di belek-belek sebelum membaca jenis ubatan itu. Pil pencegah kehamilan?


“Han, Dijah nak ta...” Khadijah tergamam! Tidak jadi untuk meneruskan bicaranya. Dia kaku di muka pintu.

“Dijah, kenapa ada pil pencegah hamil dalam beg Dijah?”Tanya Paan bersama air muka yang penuh tanda tanya.

“Han...”Khadijah kelu.

“Bukan pil ni untuk cegah hamil ke? Kenapa boleh ada dalam beg tangan Dijah?” Sekali lagi Paan menyoal.

Khadijah menarik tangan Paan untuk melabuhkan duduknya di birai katil. Nampaknya sudah sampai masanya dia menerangkan segalanya.

“Dijah tak nak pregnant.”Ringkas dan padat kata pemula Khadijah. Namun, getar di dalam dada hanya ALLAH sahaja yang tahu.

“Kenapa?”Paan bernada kecewa. Keruh wajahnya. Walaupun dia dan Khadijah baru sahaja memulakan kehidupan sebagai suami isteri dalam kata sebenar, tapi jauh di sudut hatinya dia tetap menginginkan zuriat sebagai penyambung kasih sayang mereka.

 “Sebelum Dijah kahwin dengan Han, papa pernah paksa Dijah kahwin dengan anak kawan baiknya, dari ketururnan yang baik-baik sebab papa nak jaga susur keturunannya. Mahu cucu yang baik-baik asalnya. Jadi dengan mengahwini Han, Dijah yakin papa tidak akan ungkit tentang cucu malah pastinya papa akan halang perkara tu daripada berlaku,” terang Khadijah lagi.

“Jadi sebab tu Dijah kahwin dengan Han? Dijah tak nak anak dari Han?”Lirih suara Paan bertanya. Sungguh dia ingat Khadijah ikhlas menikahinya.

Khadijah mengangguk perlahan. Dia tahu Paan pasti kecewa mendengarnya.

“Satu perkara lagi yang Han perlu tahu adalah Dijah trauma. Dulu arwah mama jatuh masa mengandungkan Khalif and she passed away! Sebab nak bawa satu nyawa, nyawa mama terkorban. Tinggalkan orang tersayang. Dijah tak nak semua tu berulang. Dijah tak nak tinggalkan Han!” sambung Khadijah yang mula teresak-esak.

Paan yang sebelum ini merasa hampa mula serba salah mendengarnya. Lalu bahu si isteri diusap lembut. Cuba menenangkan Khadijah yang nyata dipengaruhi emosi. Dahi wanita kesayangannya itu dikucup syahdu.

“Han tak akan paksa Dijah untuk mengandung. Tapi Han tak nak Dijah ambil dah ubat ni. Han takut ubat ni bagi kesan apa-apa kat Dijah. Mana tahu satu hari nanti hati Dijah terbuka nak ada zuriat, tapi sebab ubat ni, Dijah tak hamil. Macam mana? Kebarangkalian untuk kesan sampingan itu selalu ada, kan?”nasihat Paan, tenang.

“Han akan tunggu hari di mana Dijah mahu membawa junior Han. Anak kita berdua,” tambah Paan lagi.

Tangisan Khadijah kembali reda sebelum dia bertindak memandang anak mata suaminya itu. Mencari keikhlasan dari sinar mata kuyu milik Paan. Perlahan-lahan bibirnya mengukir senyuman.

“Kita rancang baby secara sihat dan selamat. Boleh kan?” Paan meminta kepastian. Walaupun dihatinya ada sedikit hampa, namun demi isteri tercinta dia turutkan sahaja.

Khadijah mengangguk. Setuju! Pelukannya dieratkan. Dia berjanji untuk membahagiakan lelaki yang bernama Muhammad Farhan ini sehingga akhir nafasnya.

***
Lima tahun kemudian...

“Paan ini laporan kewangan bengkel kita untuk bulan ni” ujar Meon sambil menyerahkan fail yang mengandungi laporan kewangan bengkel yang diusahakan bersama Meon hasil duit simpananya dan Meon selama beberapa tahun ini. paan menyambut pantas fail berwarna biru gelap itu dan menelitinya.

Alhamdulillah...Bengkel yang sudah diusahakan hampir lima tahun itu mendapat sambutan yang memberangsangkan daripada orang ramai. Bakat yang dahulu terpendam akhirnya dapat digunakan dan menjana pendapatannya. Ini juga berkat sokongan padu dari Khadijah yang tidak jemu memberi kata semangat untuk dia Berjaya.

“Paan bukan hari ni anniversary kau dengan Dijah ke?” Soal Meon.

“Hmm...Dijah dah suruh aku balik awal hari ni. Tak sabar aku nak balik,” balas Paan teruja. Bibirnya tersengih lebar. Gembira!

“Selamat ulang tahunlah aku ucapkan. Semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki,” ucap Meon sambil tersenyum.

“Thank you so much! I’ll appreciate it,” kata Paan bersama wajah bahagianya. Akhirnya dia mampu jugak untuk bertutur dalam bahasa Inggeris dengan lancar hasil tunjuk ajar si isteri.

“Cakap pasal rezeki ni kan bila korang nak ada baby ni? Dah hampir enam tahun kahwin kan? Kau pun kerja dah tetap, pendapatan pun mantap. Dijah lagilah memang Berjaya orangnya. so, bila lagi nak ada orang baru ni?”Meon mengajukan soalan cepumas pada Paan.

Paan mengeluh perlahan. Dia sendiri tak tahu jawapan kepada persoalan Meon itu. Sejak kes penemuan pil cegah hamil itu, Khadijah tidak lagi mengambil ubat itu dan mereka merancang kehamilan secara tradisional sehingga sekarang. Adakah sekarang waktu terbaik untuk dia dan  Khadijah menimang cahaya mata?

KHADIJAH merapati tubuh suaminya yang sedang duduk mengelamun sendirian di balkoni partment mereka. Tubuh tinggi lampai itu dipeluk dari belakang sebelum melekapkan wajahnya ke tubuh lelaki itu. Haruman mandian Lifebuoy itu dihidu sepuasnya.

“Han...ada masalah kat bengkel ke?”Tanya Khadijah masih lagi memeluk tubuh Paan.

Paan meleraikan pelukan dan berpaling menghadap wajah isteri kesayangannya. Lama wajah itu di tatapnya. Wajah yang sentiasa tenang dan sentiasa bersabar itu tidak pernah mengecewakannya. Wanita yang sentiasa memandang tinggi darjatnya sebagai suami tanpa merendahkannya. Jadi, patutkah dia meminta lebih setelah apa yang Khadijah berikan padanya? Tapi tidak salah dia mencuba. Kan?

“Dijah kalau Han nak minta sesuatu dengan Dijah boleh tak?” pinta Paan dengan muka yang jelas mengharap.

“Apa dia?” Pendek Khadijah menyoal. dia tahu Paan ada sesuatu yang sedang merunsingkan kepalanya.

Paan tidak menjawab. Sebaliknya tubuh si isteri dipeluk dari belakang. Tangan kasarnya dilekapkan di perut Khadijah sebelum diusapnya lembut.

Khadijah meneguk air liurnya. Dia yang baru sahaja ingin menikmati pelukan hangat si suami tiba-tiba sahaja rasa berdebar.

“Han nak perut ni berisi. Han nak dalam ni ada junior Han yang akan dilahirkan. Anak kita berdua,” luah Paan, tenang. Tapi tidak bagi Khadijah.

Perlahan Khadijah merungkaikan pelukan si suami.

“Han bukan kita dah bincang pasal ni kan? Han tak akan paksa Dijah pregnant until i’m ready for it. Isn’t?”

Paan mengeluh lemah.

“Memanglah. Tapi Han bosan. Kita kahwin almost six years and now i’m already 33.  Han nak ada zuriat. Sekurang-kurangnya seorang pun jadilah Dijah,”ujar Paan sudah seperti merayu.

Khadijah mendengus lembut dan memalingkan kepalanya kea rah lain.

“Sampai bila Dijah nak fobia macam ni? Lupakan kenangan pahit Dijah tu. Tak semua perempuan mengandung mati masa bersalin. Teknologi dalam perubatan dah maju sekarang ni. Lagipun, melahirkan umat Nabi Muhammad itu satu jihad, Dijah.”tambah Paan semakin beremosi.

Khadijah sekali lagi mengeluh kasar sebaik sahaja Paan berhenti berkata.

“Dijah minta maaf kalau apa yang Dijah nak cakap ni akan mengguriskan hati kita berdua. Kalau Han betul nak zuriat, Han boleh dapat. Tapi bukan daripada Dijah. Dengan perempuan lain. Dijah rela Han kahwin lain,”tegas Khadijah tanpa memandang suaminya.

“Dijah! Apa ni?”marah Paan. Wajahnya sudah berkerut menahan rasa terkilan.

“Memang itulah jalan penyelesaiannya, Han!”Sekali lagi Khadijah menegaskan keputusannya.

Paan tersentak! Sampai begitu sekali Khadijah menolak permintaannya. Sungguh dia kecewa! Lama dia mendiamkan diri sebelum melangkah ke dalam rumah, meninggalkan Khadijah seorang diri di balkoni.

SEJAK kejadian itu, hubungan Khadijah dan Paan menjadi dingin. Paan selalu melarikan diri bila Khadijah mendekati.  Paan hanya berbicara soal yang penting sahaja dengan Khadijah. Selalu juga Khadijah mencari ruang untuk bermesra seperti dahulu namun dia hampa bila Paan memberi alasan dan buat endah tak endah dengannya.

“Dijah,”tegur Encik Khalid pada anak gadisnya yang sedang termenung.

Khadijah tersedar daripada lamunannya dan segera memandang papanya. Senyuman di bibir di tarik paksa.

“Ada masalah ke dengan menantu bertuah papa tu?”Soal Encik Khalid sedikit sinis.

Khadijah menggeleng. Menafikan.

“Kalau tak ada, takpelah. Ni papa nak kamu tolong nasihatkan adik kamu tu,”

“Kenapa dengan Khalif pa?”

“Dia dah mula jinak dengan motor. Ini mesti pengaruh suami kamulah tu!” tuduh Encik Khalif.

Khadijah mengerutkan dahinya.

“Kenapa papa cakap macam tu? Farhan tak pernah ajar yang bukan-bukan kat Khalif,”kata Khadijah, membela  suaminya.

“Papa tak akan tuduh kalau papa tak nampak. Ini papa selalu nampak adik kamu tu melepak kat bengkel suami kamu tengah baiki motor. Belek sana belek sini motor tu. Macam nak buat persediaan merempit,”jelas Encik Khalid.
Khadijah diam.

“Balik nanti kamu brainwash suami kamu tu dulu. Lepas tu baru nasihat kat adik kamu. Papa balik dulu,” pamit Encik Khalid lalu keluar dari pejabat anaknya.

PAAN merebahkan tubuhnya di atas sofa yang terdapat di ruang tamu. Penat ! otaknya seakan tidak dapat berfikir saat ini. hatinya pula sangat penat merindukan Khadijah. Rindukan saat-saat mesra mereka. Tapi dia masih terasa dengan kata- kata yang terkeluar dari bibir isterinya itu. Oleh itu, dia bertindak mendiamkan diri.

“Lambat balik?”

Paan membuka mata yang tadinya tertutup demi mendengar suara isterinya itu. Pandangannya dihalakan pada wajah isteri yang dirinduinya itu.

“Baru balik merempit ke?” perli Khadijah, bersahaja. Namun cukup menyentap tangkai hati Paan.
Segera lelaki itu bangkit dari duduknya dan memandang tajam mata Khadijah.

“Apa maksud Dijah ni?”

“Tak ada maksud lain. Cuma Dijah nak ingatkan Han. Kalau Han balik semula ke dunia Han yang dulu dan pengaruh Khalif jadi macam Han, Dijah tak teragak-agak untuk saman Han. Ingat tu!” tegas Khadijah dengan wajah yang serius.

Sejurus Khadijah siap berbicara, Paan menepuk tangannya kuat. Seolah-olah Khadijah baru sahaja selesai berucap di majlis.

“Hebat cara Dijah sambut suami balik dari kerja! Hebat sangat! Boleh jadi tokoh isteri mithali!” sinis Paan. Wajahnya nampak benar terluka! Cedera dengan kata-kata yang keluar dari mulut isteri sendiri.

Khadijah mengetap bibirnya. Terasa!

“Tapi Han nak pesan, sebelum tuduh yang bukan-bukan, silalah siasat dulu. Eh, tak payahlah Han nak ajar lebih-lebih. Dijah kan peguam. You know better! Right?” perli Paan lagi sebelum melangkah ke kamar  tidur mereka.

Terduduk Khadijah mendengarnya. Dia sendiri tidak tahu mengapa lancang benar mulut ini meluahkan kata. Menyakitkan hati si suami yang memang sudah terluka!
Langkah diatur ke bilik tidur. Melihat tubuh Paan yang sudah berbaring di katil membuatkan 



Khadijah semakin bersalah. Sudah tentu Paan tidur dalam keadaan berlapar! Paan tidak pernah makan di luar semenjak berkahwin dengannya.


Khadijah menempatkan tubuhnya di sebelah suaminya. Tubuh itu dipeluk kejap! Wajahnnya sengaja disembamkan pada belakang badan Paan yang lagi sedang mengiring membelakanginya. Air matanya mengalir tanpa dapat ditahan.

Paan yang sengaja berpura-pura lena itu hanya mengetap bibirnya menahan rasa. Dia sebak! Dia terluka! Hatinya cedera! Namun, dia tidak mahu memujuk sendiri hatinya. Dia mahu Khadijah yang memujuknya seperti dahulu! Saat di mana Khadijah melayannya seperti anak kecil yang memerlukan perhatian! Paan tahu dia agak kebudak-budakkan! Tapi salahkah?

Dia masih boleh terima jika Khadijah masih tidak mahu zuriat lagi tetapi untuk memaksanya bernikah dengan wanita lain semata-mata untuk memanjangkan keturunannya, Khadijah masih tidak memahami hatinya. Bagaimana dia hendak mengahwini wanita lain jika dalam hatinya Cuma ada Khadijah? Kejam sungguh Khadijah mahu menyerahkannya pada wanita lain semata-mata tidak mahu membawa zuriatnya!

Jika pasal Khalif, nyata Khadijah tidak tahu yang dia sebenarnya selalu menasihati adik iparnya itu untuk tidak terjebak dalam dunia rempit! Cuma Khalif aje yang selalu membuta hati dan menulikan telinga untuk mendengar nasihatnya, maklumlah dia juga bekas mat rempit sebelum ini!

“Maafkan Dijah, Han!” bisik Khadijah di telinga Paan.

 “Dijah salah! Dijah kejam dengan Han!” tambah Khadijah lagi. Esakkannya cuba ditahan. Dia tidak mahu Paan terjaga kerananya.

“Dijah rindukan Han. Rindu sangat...”

Paan tidak dapat menahan hatinya lagi. Tangisan isterinya bagaikan sembilu yang menyucuk hatinya. Lantas tubuhnya berpaling menghadap si isteri. Terpana Khadijah sebaik sahaja Paan berpusing menghadapnya. Paan tak tidur lagi?

“Han?”

Paan menarik tubuh isterinya ke dalam pelukannya. Ubun-ubun Khadijah dicium kudus!

“I miss you too, sayang! Rindu sangat-sangat...” bisik Paan pula.

Khadijah membalas pelukan daripada suaminya. Erat! Rindu yang terbeban dalam hati selama beberapa hari ini terlerai sudah...

***
Khadijah baru sahaja keluar daripada mahkamah apabila telefon bimbitnya berbunyi. Skrin di pandang sekilas. Papa! Cepat-cepat dia mengangkat panggilan tersebut.

“Hello pa!” tegur Khadijah ceria namun sebentar Cuma. Senyuman yang baru terukir di bibir, hilang sebaik sahaja mendengar bicara yang keluar dari mulut papanya.

Talian ditamatkan dan dia segera berlari kearah kereta dan memandunya ke Hospital. Papanya baru sahaja memberitahunya bahawa Khalif terlibat dalam satu kemalangan. Dan paling menyakitkan hatinya, adiknya itu kemalangan ketika sedang berlumba haram dengan kawan-kawannya!

Sampai sahaja di hospital, pandangan Khadijah tertumpu pada tubuh Paan yang bermandi darah dan sedang dimarahi papanya. Paan hanya menunduk tanpa membalas tamparan demi tamparan yang hinggap di pipinya.

“Papa kenapa? Han?” soal Khadijah cemas.

“Kalau kamu nak tahu suami kamu inilah penyebab adik kamu tu terlantar dalam bilik bedah!”jawab Encik Khalid, keras sambil menolak tubuh Paan ke belakang.

Paan tidak membalas.

“Han, betul ke?”Tanya Khadijah dengan wajah yang merah padam.

Paan diam.

“Han, Dijah tanya betul atau tidak Han yang sebabkan Khalif kemalangan? Jawab!” Sekali lagi Khadijah menyoal. nada suaranya sudah meninggi.

Paan masih diam. Dia hanya memandang bawah dari tadi. Langsung tidak berkutik!

“Muhammad Farhan! Awak pergi sekarang! Jangan bagi saya nampak muka awak lagi. Pergi!” jerit Khadijah, kuat. Tangannya pula menolak tubuh Paan kasar. Menghalaunya!

Dengan hati terluka, Paan berlalu. Mungkin inilah pengakhiran cerita cinta Muhammad Farhan dan Khadijah Syuhaidah. Cinta itu bukan tentang bersatu sahaja tetapi berpisah juga...

***
“Ahhh!”

Khadijah berlari  sebaik sahaja mendengar jeritan kuat mamanya. Bila pandangannya dapat mengesan kelibat mamanya, tubuh kecilnya kaku melihat darah yang mengalir banyak di lantai.

“Mama...”Serak suaranya menahan takut dan tangis.

“Sayang...jangan takut ya. Pang...panggil papa sayang,” pinta mama dalam suara tersekat-sekat. 

Sesekali Khadijah nampak mama memegang perutnya yang besar seperti menahan sakit yang amat.

“Papa!” jerit Khadijah kuat tanpa mengambil masa yang lama.

KHADIJAH SYUHAIDAH tersedar daripada lenanya. Wajahnya basah dengan peluh-peluh dingin. Mimpi lagi! Perlahan dia membawa tubuhnya menyandar di kepala katil. Pandangannya dihalakan di sebelah kanannya. Kosong! Tiada lagi Paan yang menemani lenanya di saban hari.
Telapak tangan kanan dibawa ke permukaan perutnya sebelum mengusapnya lembut. Bagai boleh merasa denyutan nyawa si kecil di situ. Automatik juring matanya panas menahan air mata yang mulai bertakung di situ.

“Han...baliklah. Dijah rindu...”

***
Perasaan ini sangat menyeksakan... Perasaan di mana ingin mendekati tetapi kaki tidak mampu berlari mendekatinya. Jarak? Nampak macam dekat tapi jauh sebenarnya. Hari-hari memandang, tapi tidak dapat bersuara. Seksanya rindu! Kerana rindu ini Khadijah Syuhaidah sudah menjadi perindu! Perindu kepada suami sendiri.

Sebaik sahaja Khalif sedar daripada koma. Dia sudah menceritakan segala-galanya pada Khadijah. Bukan salah Paan rupanya! Paan sudah beberapa kali menasihati adiknya untuk tidak merempit tapi Khalif sahaja yang tidak mahu mendengar. sebaliknya sebaik sahaja Paan tahu Khalif ada perlumbaan hari itu, terus sahaja Paan mengekorinya seterusnya membawanya ke hospital untuk di rawat sebaik sahaja motor Khalif terbabas di bahu jalan. Dan dari hari itu sehingga kini, dia dan papa merasa  bersalah yang amat kepada Paan.

Maaf? Hari-hari dia dan papa datang dan memohon maaf pada Paan, tapi lelaki itu Cuma diam. Hanya Meon yang selalu menjadi pengantara. Tetapi, cukuplah setakat ini sahaja Meon jadi pengantara. Biar dia sendiri yang berbicara dari hati ke hati dengan  Paan. Walaupun Paan tidak rela.

Assalamualaikum,” Khadijah memberi salam.

“Waalaikumsalam,” jawab Paan lalu berpaling menghadap suara yang disangka datang dari pelanggannya.

Paan terkedu dan ingin berpaling.

“Han, Dijah ada perkara nak bagitahu Han,” ujar Khadijah sambil meraih tangan suaminya. 

Namun, Paan mengelak.

“Kereta puan rosak ke? Kalau nak baiki kejap saya panggilkan kawan saya. Meon! Meon!” panggil Paan. Berpura-pura tidak kenal akan isterinya itu.

“Han!”panggil Khadijah.

“Baliklah. Ini tempat saya cari rezeki. Saya kena cari duit lebih sebab  ada orang nak saman saya kerana sebabkan adik kesayangannya accident,” sindir Paan, bersahaja.

Merah wajah Khadijah bila diperli begitu. Namun, itu tidak akan mematahkan semangatnya. Lantas tubuh tinggi itu didekatinya.

“Han...I’m pregnant,” perlahan sahaja perkataan yang keluar dari mulut Khadijah bila Paan seakan tidak mahu memberi perhatian kepadanya.

Paan tersentak! Serta merta pergerakkannya terhenti lalu tangan isterinya di capai dan ditarik masuk ke ruangan pejabatnya, Khadijah hanya menurut langkah suaminya itu.

“Apa Dijah cakap tadi?”

Khadijah mengetap bibirnya.

“I’m pregnant. Almost three weeks,” jawab Khadijah, lemah.

Paan duduk termanggu. Memang dia gembira tapi bukankah selalunya mereka berhati-hati bila bersama? Macam  mana pulak boleh hamil? Oh, baru dia teringat malam yang dia bergaduh dengan Khadijah tu dia tak ambil precaution. Mesti Khadijah marah! bisik hati Paan.

“You’re not happy. Aren’t you?” Tanya Paan lagi sebaik sahaja dia merenung segenap wajah yang muram dari tadi.

Khadijah mengangguk.

“Han masih marahkan Dijah dan papa. Han tak nak maafkan Dijah dan selalu lari bila nampak Dijah. I’m so depressed! So, this baby comes not in the right time!”  tangis Khadijah sambil menghalakan jari telunjuk kearah perutnya.

Paan menarik lembut tubuh isterinya itu ke dalam pelukannya.

“Syyy...jangan nangis lagi. Han tak marah, Dijah. Cuma Han terasa bila papa dan Dijah tuduh Han yang bukan-bukan. Han sedih bila Dijah masih tak percayakan Han. Han sedar diri Han siapa. Kalau Dijah tak kutip Han dulu, mesti sekarang ni Han masih jadi mat rempit lagi. Rempit sana... rempit sini. Tapi Han dah tak buat dah semua tu. Han dah cuba nasihatkan Khalif. Tapi dia tak mahu dengar,” jelas Paan, sebak.

“Dijah tahu...Khalif dah bagitahu semuanya. Maafkan Dijah, Han. Dijah yang berdosa.”Khadijah sudah berlinang air matanya.

“Han maafkan semuanya. Jangan nangis dah. And please don’t blame our baby for all my wrongdoings. Please...” rayu Paan sambil menentang anak mata isterinya.

“I’m sorry. Dijah pengsan bila Khalif bagitahu yang sebenarnya. Rasa serba salah. And bila Dijah sedar, doctor bagitahu yang Dijah dah pregnant. Bila Dijah balik rumah nak minta maaf dari Han, Han tak ada. Pakaian Han semua tak ada. Dijah tertekan! Dijah tak nak lalui proses kehamilan ni tanpa Han. Dijah takut nak lalui trauma Dijah ni seorang diri!” esak Khadijah lagi.

Paan mengeratkan lagi pelukannya.

“I won’t let you go through this pregnancy by your own. I’ll always beside you. Kalau Dijah kata anak ini adalah yang pertama dan terakhir dari Dijah pun Han tak kisah.  Han tak akan minta lebih jika Dijah tak mahu. Janji Dijah jangan paksa Han nikah dengan perempuan lain untuk panjangkan keturunan Han sudah. Han tak mampu buat macam tu,” tukas Paan juga dengan linangan air mata.

Khadijah hanya mengangguk. Paan mengucup lembut dahi Khadijah. Dalam hatinya tidak habis mengucap syukur pada Yang Esa. Sekurang-kurangnya dengan segala ujian yang melanda mereka, Khadijah masih boleh menerima dan kuat untuk mengatasi rasa traumanya untuk hamil.

***
Empat  tahun kemudian...

“Muhamad Farish Khalish!”

“Muhamad Fahim Khalish!”

“Muhamad Firman Khalish!”

Khadijah Syuhaidah mengerutkan dahinya sebaik sahaja mendengar suara suaminya memanggil ketiga-tiga heronya itu dengan lantang.  Berlari bertempiaran ketiga-tiga orang anak lelakinya itu ke bilik tidur. Ada yang tak kenalah tu! Getus hatinya.

Paan mendekati isterinya yang lagi sedang meneliti fail kes klien-kliennya. Melihat senyuman dari isteri tercinta membuatkan hatinya sejuk kembali. Perlahan Paan melabuhkan duduknya di sebelah isterinya itu. Dahi licin milik Khadijah dikucup lembut.

“Abang... kenapa menjerit macam monkey ni?” Soal Khadijah sebaik sahaja Paan melabuhkan duduk disebelahnya. Senyuman kecil ditariknya sebagai tanda bergurau.

Paan segera menarik muncungnya. Terasa hati bila kuasa jeritannya disamakan   dengan monyet.

“Apa monkey-monkey? Abang tengah marah ni tau,” marah Paan bersama muncung yang panjang.

Khadijah tergelak kecil. Perangai keanak-anakkan suaminya ini tidak pernah berkurang! Makin bertambah adalah! Ibaratnya jumlah bilangan anak-anaknya yang sebenar adalah empat orang bila dicampur Paan sekali! Segera fail kes yang sedang ditelitinya ditutup. Ingin memberi perhatian kepada ‘anak sulongnya’ ini dahulu!

“Tell me... what Ayish, Ayim and Iman did to you? Did they harm my baby anywhere?” Soal 

Khadijah sambil membelek-belek wajah suaminya itu dengan penuh kasih sayang.

Paan menggeleng laju. Mukanya masih masam mencuka!

“Ayish, Ayim dan Iman dah habiskan ais krim Vanila abang dalam peti. Tadi, abang baru nak makan. Tengok-tengok ais krim tu tinggal bekas aje isi tak ada. Lepas tu mulut sorang-sorang comot dengan kesan ais krim tu. Kempunan abang. Lepas nampak abang sorang-sorang lari,” adu Paan dengan muka yang sudah tercebik-cebik, nak menangis!

  Khadijah tersenyum mendengarnya. Dengan kasih sayang yang tidak pernah pudar, rambut suaminya itu dibelai sebelum dahi lelaki itu dikucupnya. Semenjak dua menjak ini, Paan bertambah-tambah sensitifnya dan Khadijah tahu kenapa. Cuma tunggu masa sahaja untuk sampaikan pada Paan. Dan dia rasa sekaranglah masa yang sesuai!

Tangan kasar milk Paan di tarik dan dikucupnya lembut. Lelaki inilah ‘lelakinya’ yang sentiasa ada bersamanya, dalam waktu sukar dan bahagia. Tidak dapat Khadijah bayangkan jika Paan tidak ada di sisinya sepanjang tempoh kehamilan. Pasti dirinya tidak kuat! Dia masih ingat betapa cemasnya Paan sewaktu doctor memberitahu yang dia sedang mengandungkan kembar tiga. Hampir sahaja Paan menyarankan pembedahan demi memastikan dia tidak merasa kesakitan untuk melahirkan.

 Tapi dengan kuasa ALLAH, dia mampu melahir ketiga-tiga zuriatnya itu secara normal dan Paan sendiri ada sepanjang tempoh dia melahirkan. Sejak kelahiran si kembar, Paan tidak lagi membangkitkan isu ingin menambah zuriat. Tidak sanggup katanya. Malah, Paan kembali mengambil precaution. Tapi atas permintaannya yang ingin hamil semula, Paan tidak lagi menggunakannya. Dan akhirnya, semalam doctor mengesahkannya hamil dua bulan. Kuasa TUHAN... dulu dia takut dan fobia untuk hamil. Kini, dia yang meminta-minta pada Paan untuk hamil lagi! Aneh betul hidup!

“I love you,” ucap Khadijah, romantis.

Paan senyum lebar. Kembang kuncup hatinya mendengar.

“i love you too, my lady Khadijah Syuhaidah,” balas Paan lalu mencium kedua-dua belah pipi gebu milik isterinya itu.

“Dijah ada sesuatu nak bagitahu Han.”Khadijah sudah memulakan mukadimahnya.

Paan menaikkan keningnya sebelah.

“Dijah pregnant. Two months.”

Mulut Paan perlahan-lahan terbuka. Ternganga akibat terkejut!

“Serius?” Paan meminta kepastian.

“Yes. Sebab tulah, Dijah perhatikan abang terlebih sensitive dua tiga menjak ni. Macam masa Dijah pregnant tiga hero abang tu. Sampai pasal ais krim pun nak marah,” usik Khadijah lalu mencuit 
hidung mancung Paan.

Paan tersengih malu. Kepala yang tidak gatal digaru.

 “Janganlah sebut. Malu abang!”Paan menutup mukanya dengan kedua belah telapak tangannya. Malu pulak bila teringatkan perangainya yang mengalahkan perangai si kembarnya.

Khadijah menarik telapak tangan Paan dari mukanya dan menggenggam jari jemari kasar itu.

“Terima kasih. Kalau abang tak ada Dijah tak mungkin akan lalui saat-saat bahagianya membawa satu nyawa. Dijah tak mungkin kuat untuk mengatasi trauma Dijah,” pohon Khadijah sambil menentang anak mata suaminya.

Berkaca-kaca mata Paan mendengarnya.

“Abang lagilah nak berterima kasih dengan Dijah. Kalau Dijah tak hadir dalam hidup abang, abang mesti masih tersadai kat tepi jalan. Merempit sana sini. Tak ada tujuan hidup. Jadi sampah masyarakat. Tanpa Dijah, abang mesti tak akan menikmati saat-saat bahagia menjadi suami dan bapa serta kasih sayang keluarga yang sebenar. Terima kasih sudi terima anak yatim piatu yang serba kekurangan ini,” luah Paan lirih. Air mata lelakinya sudah jatuh membasahi pipi.

Khadijah menarik tubuh suaminya ke dalam dakapan. Erat! Untuk seketika keduanya tenggelam dalam pelukan.

“Papa!”

“Mama!”

“Kenapa nangis?” Serentak si kembar meyoal.

Paan dan Khadijah cepat-cepat meleraikan pelukan masing-masing. Paan memalingkan wajahnya dan menyapu sisa air matanya. Malulah kalau anak-anak lelakinya melihat papa mereka menangis! 

Khadijah hanya mampu melemparkan senyuman manis kepada si kembar.

“Mana ada papa nangis. Papa gembira sebab lepas ni Ayish, Ayim dengan Iman nak dapat adik.”terang Paan bersama senyuman.

“Adik?” Sekali lagi si kembar menyoal. hairan!

“Adiklah. Adik kepada Ayish, Ayim dengan Iman. Happy?” jelas Khadijah lalu menarik anak-anak lelakinya rapat.

“Oh. Happy!  Lepas ni Ayish, Ayim dengan Iman ada banyak geng nak buli papa!” Selamba Ayish berkata serentak itu Paan menarik lembut telinga anak lelakinya itu.

“Aduh, papa! Sakitlah! Mama!” jerit Ayish.

Khadijah hanya menggelengkan kepalanya.
“Banyak handsome muka Ayish nak buli papa. Ayim dengan Iman jangan jadi macam Ayish, okey?”

Ayim dan Iman hanya menyengih menayangkan gigi yang tak penuh.

“Sudah... Ayish, Ayim dengan Iman minta maaf dengan papa. Korang dah bagi habis ais krim papa kan? Tak baik tau makan tanpa kebenaran,” pinta Khadijah.

“Baik mama!”

Si kembar mula merapati papanya dan menyalaminya. Paan menyambutnya dengan senang dan gembira. Dahi ketiga-tiga orang anak lelakinya dikucup sayang. Permata hatinya dan Khadijah Syuhaidah!

Khadijah dan Paan saling berpandangan. Masing-masing mengukirkan senyuman bahagia.

Membesarlah sayang-sayang papa dan mama! Jadilah insan yang berbakti kepada agama, bangsa dan negara. Moga kamu menjadi anak-anak yang soleh dan mendoakan kesejahteraan papa dan mama bila kami sudah tiada.Ya ALLAH, lindungilah dan sejahterakanlah insan-insan yang istimewa dan melengkapi hidupku ini. Dengan penuh rasa bersyukur kulafazkan  Alhamdulillah atas kurniaan-Mu...TUHANku!

p/s : cinta itu tentang keyakinan bukan kelayakan. Siapa pun jodoh kita, terimalah dia dengan hati yang yakin tanpa mempersoalkan kelayakannya di mata dunia -NOORAIHAS.

Tokophobia rasa takut untuk mengandung, mengalami proses mengandung dan melahirkan. Itu nama fobia bagi orang yang takut nak pregnant ya!

*Dah baca  harap sudi komen ya ;)


20 comments:

Ai said...

yeay~ happy ending :)

comel betul kalau dapat kembar tiga~ aww

Anonymous said...

Cumelnye paan cam babies diorg...
Nk lgi crpen yg camni leh x cik writer....

Anonymous said...

Seronok baca :)

Nina Shukri said...

so sweet

Anonymous said...

best...sronok bca cerpen nooraihas..

hannatie said...

Seronok gila baca cerpen ni...
Sweet sangat......
Good job cik writer ^_^

Anonymous said...

best...
unik...
teruskan berkarya...
^_^

Anonymous said...

Wahhh...saya suka ! saya suka ! Cik writer buat lagi tau cerpen yg best2.Suka sangat !!! :-)
-Nursha-

Unknown said...

kembar tiga ? btw agak kelakar la kalau lelaki merajuk . .

ija anas said...

seronoknya kisah ni..................
hohoi, awak berjaya membuat air mata saya mengalir. semua salah awak wahai cik writer. :) keep it up. good luck!

Unknown said...

Dalam semua cerpen, saya paling suka cerpen nih :)

Anonymous said...

Nak lg cerpen mcm ni akak....best la...sweeeeeeeeet sgttt..... ^_^ -Aini-

Anonymous said...

Bestttt....

Anonymous said...

Semenjak 2 3 hri ni sye asyik follow up cerpen dr blog ni .. semua best2 xpernah bosan utk bce

Anonymous said...

cerite ni sangat bestttt....x cliche lgsg

Nirzah said...

Tak sia2 kawin selama 6 tahun tanpa zuriat , last2 dpt anak kembar 3 terus , hahah . rezeki . btw best cerpen ni 👌

Anonymous said...

Sgat sweet..love it <3

Anonymous said...

Best! Best! Best! °_°_°_°

Anonymous said...

sweet dan best sangat sangat.

nurlina abd aziz said...

Cerita yg sarat dgn pengajaran..kisah mat rempit yg jarang diketengahkan,cinta antara 2drjat yg amat menarik,yg paling penting dpt tahu apa itu tokophobia..