Oh, Pengikut Setiaku!!!

Wednesday, August 28, 2013

#26Cerpen : Gelabah-gelabah Cinta!

Tajuk : Gelabah-gelabah Cinta!
Nama penulis : NOORAIHAS
Tarikh post : 28 ogos 2013



“You’re fired!” jerit majikanku dengan muka yang merah. Ops, bekas majikan!

Kepala aku jatuhkan ke bawah sebelum menapak keluar dari pejabat.  Kena buang kerja lagi...Huh! Masuk kali ini, sudah sepuluh kali aku kena buang kerja! Bukan silap orang lain. Silap aku jugak! Aku pun tak tahu kenapalah aku  ni mudah sangat gelabah dan cuai! Dalam bahasa inggerisnya, clumsy! Sampai kawan baik aku si Huda pun panggil aku Miss Clumsy! Kalau gelabah sikit-sikit tak apalah jugak! Ini sampai mendatangkan kemarahan kepada  bekas-bekas majikan aku.

Biar aku bagi contoh hasil kegelabahan dan kecuaian aku yang telah menyebabkan bekas bos-bos aku yang terdahulu mengamuk sakan! Kita mulakan dari sekecil-kecil kesalahan sehinggalah kepada sebesar-besar kesalahan. Pertama,tersilap bancuh minuman kegemaran bos. Nampak macam remeh aje kesilapan aku ni, kan? Tapi kalau sampai  3 bulan kerja dan masih  salah bancuh lagi memang makan sumpah seranahlah. Aku akui memang silap aku kerana tidak prihatin dengan perkara kecil begitu!

 Okey, kecuaian yang kedua,terlupa nak  aturkan temujanji bos dengan isterinya. Memandangkan temujanji bos aku tu dengan isteri dia sendiri, maka aku pun buat relaks aje kerana pada fikiran otak aku yang tak berapa nak seimbang ini, takkanlah dengan  isteri sendiri pun nak buat temujanji. Nak kena ingatkan jugak. Pandai-pandailah isteri bos tu datang sendiri. Tapi natijahnya sangat besar kerana bekas majikan aku dan isterinya akhirnya bercerai dengan alasan bos aku tak luangkan sikit pun masa untuknya! Sedih, kan? Aku pun turut bersimpati dan merasa bersalah kerana kecuaian aku  yang telah meruntuhkan masjid orang lain.

 Kesilapan  ketiga ini sangat dasyat! Tersilap  hantar  fail yang bos minta. Aku masih ingat lagi , waktu itu aku sedang berusaha menahan teksi untuk ke tempat yang bos katakan. Pada saat genting dengan  lalu lintas yang sesak, majikan aku telah menelefon untuk memberitahu bahawa dia sudah mengubah tempat dia dan klien berjumpa.  Kerana terlalu panik, aku terlupa alamat yang telah bos beritahu.  Hanya dengan sebuah panggilan telefon, aku melakukan kecuaian dengan pergi ke alamat yang salah bersama fail yang salah! Akibat kesalahan ini, syarikat tempat aku bekerja kehilangan tender yang bernilai jutaan ringgit.

“Haih!”Aku mengeluh lagi.  Pendek kata,semuanya salah aku!

“Sudah-sudahlah Mira! Tak guna kau nak mengeluh. Benda nak jadi. Anggap ajelah kau tak ada rezeki kat situ,” nasihat Huda sebelum melabuhkan duduknya di sebelahku.

Wajah jelita milik Huda aku pandang sekilas sebelum menggeleng.

“Bukan tak ada rezeki. Tapi salah aku sebab cuai sangat! Selalu cuai,” keluhku dengan suara rendah.

Huda menepuk bahuku perlahan.

“Kecuaian tu memang selalu berlaku. Tapi kalau kita bertenang dan berfikir sebelum bertindak, semuanya boleh di atasi,” ujar Huda, tenang.

“Tapi aku selalu sangat jadi macam ni. Aku takut tak ada orang nak ambil aku jadi pekerja nanti. Kalau keadaan berterusan, apa aku nak bagi mak aku kat kampong tu makan? Mana lagi aku nak cari kerja ni?” risauku.

Huda diam. Mungkin sedang berfikir sejenak.

“Hah!”Dia tiba-tiba menjerit setelah lama mendiamkan diri.

“Apa?”Soalku tidak sabar.

“Aku ada sepupu,” beritahunya bersama senyuman lebar.

“So?”Aku kehairanan. Ada apa dengan sepupu dia?

“Dia ada syarikat sendiri. Mungkin aku boleh tolong recommend kau kerja kat syarikat dia,” usul Huda bersama kening yang terangkat.

“Syarikat sendiri? Whoa...Dasyatnya sepupu kau!”Terkagum aku sekejap.
Huda senyum bangga.

“ Kenapa kau tak pernah cakap pun pasal ni?”Aku bertanya hairan. Punyalah banyak kali aku kena pecat, baru hari ini dia nak bagitahu yang sepupu dia ada syarikat sendiri!
Senyuman Huda tiba-tiba mati.

“Aku tak nak cakap, tapi aku kesian tengok muka kau yang macam hilang laki ni!” jawabnya.

Aku mencebik. Bukan hilang laki! Hilang kerja...

“Sepupu aku ni pelik sikit. Kalau kau cuai, dia cermat! Teliti! Semua kena lengkap! Sebab tulah aku takut nak suggest kau kerja dengan dia bila setiap kali kau kena buang kerja,” jelasnya dengan air muka bimbang.

Aku mengerutkan dahi. Itu aje? Memang semua majikan macam tu apa! Tak hairanlah! Janji ada kerja.

“Aku nasihatkan, bila kau dah kerja dengan dia, kau carilah kerja lain sama. Buat back up! Aku bukan apa takut dia tak tahan kerja dengan kau dan kau pun tak tahan kerja dengan dia!”Huda memberi amaran.

“Kau jangan risau, demi kau...aku akan kerja sungguh-sungguh!” janjiku bersama tangan yang diangkat sebelah.

Huda mengangguk.

“Janji dengan aku jugak yang kau kena baiki kelemahan kau tu. Jangan asyik ulang kesilapan yang sama!” tegas Huda lagi dengan riak muka serius.

Kepala aku jatuhkan beberapa kali. Berjanji pada Huda yang aku akan baiki kelemahan aku yang selalu sangat cuai dalam apa jua pekerjaan. Bertuah aku ada rakan serumah yang prihatin macam Huda. Ya ALLAH, permudahkanlah segala urusanku untuk mencari rezeki...



***

“Yazz Amira binti Khairul!”

Lelaki di hadapan aku ini menyebut nama penuhku dengan muka serius. Mungkin inilah sepupu Huda merangkap bakal majikanku.

“Ya, saya!” jawabku bersemangat.

“Berdasar profile awak ni banyak pengalaman bekerja tapi tak lama. Boleh jelaskan sebab musababnya? 
Sebab gaji kecil ke?” tebaknya, memulakan sesi temuduga ini.

Aku menggeleng lemah.

“Bukan.”Aku menidakkan andaiannya. Mahu menipu dan memberi alasan yang tidak wajar seperti sebelum-sebelumnya, aku serba salah kerana ini adalah syarikat sepupu Huda. Aku tidak mahu memburukkan namanya kerana diriku.

“I’m waiting Cik Yazz Amira!” tegas lelaki itu.

“Err...saya dibuang kerja kerana selalu menyebabkan kecuaian,” jawabku perlahan.

Lelaki itu merenungku tajam sebelum bersuara.

“Awak bernasib baik sebab Huda merayu saya untuk bagi peluang awak bekerja di sini. Kalau tidak dah lama saya reject awak ni!” beritahunya senada.

Aku meneguk air liur dengan kasar.

“Saya terima awak bekerja di sini sebagai setiausaha saya. Saya tak akan letakkan awak di mana-mana bahagian lain dalam syarikat saya dengan darjah kecuaian awak tu kalau itu yang buat awak tertanya mengapa saya mengubah posisi awak dalam surat tawaran.” Terangnya dengan tegas.

Aku mengangguk laju. Lain macam sungguh sepupu Huda ni!

“Pastikan awak tak akan melakukan sebarang kecuaian lagi! Faham?”Dia memberi peringatan.

“Baik Encik!” jawabku, pantas.

“Baiklah, untuk hari ini saya nak awak jumpa Nani, penyelia merangkap bekas setiausaha saya untuk penerangan tugas-tugasan awak,” tambahnya lalu menutup fail yang mengandungi maklumat peribadiku.

“Kalau tak ada apa-apa saya keluar dulu ya encik?” pamitku sebelum berdiri.

Dia hanya mengangguk tanpa memandang wajahku. Serius benar lelaki ini. Bisik hatiku.

NANI menerangkan satu persatu tugasan yang aku perlu lakukan untuk bekerja dengan lelaki yang bernama Ahmad Syahrain itu. Berkerut dahiku mendengarnya. Senarai kerja aku tak ubah macam senarai kerja orang gaji! Antaranya, bersihkan meja sebelum dan selepas waktu kerja, lap cermin tingkap pejabatnya, kemaskan fail yang berterabur atas meja, lap sofa, bancuh air Horlick sebelum dan semasa dia ada dan bungkuskan makanan tengahari kalau dia tak sempat keluar. Tak nampak macam kerja setiausaha langsung! Agaknya Nani kena macam tu jugak ke dulu?

“Nani,” panggilku sebaik sahaja Nani selesai memberi tugasan padaku.

“Ya, kenapa?”

“Dulu awak macam ni jugak ke?”

Dia menggangguk sebelum senyum.

“Encik Rain memang macam tu. Sesiapa aje yang bekerja dengannya akan diuji dahulu sebab dia mahu pekerja dia cermat dan teliti dalam melakukan kerja. Tapi kes awak ni pelik sikit,”balasnya dengan muka hairan.

“Apa yang peliknya?” Soalku tidak sabar.

“Masa saya mula-mula kerja dulu saya tak buat semua ni. Sediakan air tu biasalah. Tapi bungkuskan makanan dan lap tingkap pejabat tu saya tak pernah buat.”Nani menjelaskan padaku.

Hmm...mungkin Huda dah beritahu tentang aku pada sepupunya awal-awal lagi! Getus hatiku seraya mengangguk.

“Sebelum saya terlupa, Encik Rain ada suruh saya bagi awak sticky note. Dia suruh awak tampal semua tugasan yang dia bagi di tepi computer awak. Tapi  apa sahaja arahannya awak kena tulis pada sticky note dan tampal pada organizer,” ujar Nani lalu menyerahkan sticky note yang berwarna warni itu padaku.

Aku mengambil sticky note yang dihulurkan Nani itu sebelum membeleknya.

“Dia nak tengok segala tugasan yang dia minta awak buat dah ditulis dan  bertampal pada PC awak hari ini jugak,” sambung Nani sebelum berlalu dari mejaku.

Punggung aku labuhkan di kerusi sebelum mengeluh melihat sticky note yang diberi Nani. Ahmad Syahrain adalah majikan yang paling dasyat pernah aku jumpa! Belum apa-apa lagi dia sudah sediakan payung sebelum hujan. Maknanya dia sudah bersedia menghadapi segala kesilapan aku!

***
“Am!” jerit Encik Rain, lantang.

Terus aku terbangun dari duduk akibat terkejut. Entah apa lagilah yang tak kena dengan mamat seorang ni! Sudahlah panggil aku Am! Ingat aku lelaki apa! Tanpa berlengah aku segera menuju ke bilik pejabat majikan ‘kesayangan’ aku ini. pandangan daripada staf lain tidak aku hiraukan. Maklumlah dah terbiasa. 
Hampir dua bulan aku bekerja, dua bulan jugak telinga mereka disajikan dengan jeritan Encik Rain memanggil namaku dengan nada marah.

“Yes, bos!” tegurku lalu memandang wajah Encik Rain yang tak berapa nak clear itu. Maklumlah ada jerawat. Sepupu Huda ni bukanlah hensem sangat pun!

“Apa yang awak buat dengan surat ni? Saya tak nampak pun awak betulkan mana-mana spelling error kat sini!” marah Encik Rain lalu melemparkan surat itu ke lantai.

Aku melepaskan keluhan seketika sebelum mengutip kembali kertas yang berada di lantai. halaman muka surat itu aku pandang sebentar. Aah! Ada dua tiga perkataan lagi yang aku  tak betulkan! Mampuslah aku!

“Tapi bos, ada dua tiga perkataan je kan yang salah eja. Nak kena betulkan jugak ke?”

“Harus betulkan! Sudah,saya tak nak dengar alasan awak! sekarang awak duduk sini, awak betulkan spelling error semua tu sekarang jugak! I’ll give you 10 minutes to settle it!”  arahnya lalu bangun dari tempat duduknya dan mengarahkan aku duduk di situ.

Aku mengetap bibir geram. Aduh, kena buat depan dia ke?

“Sekarang ke bos?” Aku menyoal soalan bodoh.

“Now!” tekannya sebelum memicit dahinya. Pening dengan karenah aku agaknya.

“o..ok..okey bos! Sa..saya buat sekarang!”

Cepat-cepat aku duduk di kerusinya dan membuka program Microsoft Word itu untuk menaip dan membetulkan kesalahan ejaan yang telah aku lakukan pada surat tadi dengan segera. Aku sudah tidak sanggup nak mendengar ceramah dari lelaki yang serba cerewet dan teliti melampau macam dia ni!

Bila aku mula membuat kerja, Encik Rain pula berlalu ke sofa yang terdapat dalam pejabatnya ini. duduknya dilabuhkan di situ sebelum mengambil beberapa fail untuk di semak dan ditandatangani.
Sepuluh minit hampir berlalu tapi aku tinggal satu perenggan lagi untuk di taip. Adus, macam mana ni?

Pandangan aku halakan sebentar di sofa, nampaknya si cerewet itu sudah bersiap sedia untuk ke mari. Malah fail-fail sudah dikemasnya dan disusun ke tepi.

Tangan aku semakin ligat menari di atas papan kekunci. Cepat Mira! Gesa hatiku. Bimbang seandainya aku disembur lagi. Aku tak sanggup! Bila lelaki itu sudah berada di tepi meja, aku akhirnya berjaya meletakkan titik pada perenggan terakhir itu! Yes, siap!

“Siap?” Tanyanya bersama pandangan yang di tala ke skrin computer ribanya.

Aku bangun dari kerusi dan meregangkan jari jemari yang sudah cramp akibat terlebih bekerja tadi.

“Sudah, bos!” sahutku, bersemangat.

Segera dia merapati computer ribanya itu dan memeriksa surat yang telah aku taip tadi dengan muka yang serius. Aku pun tidak ketinggalan untuk turut memeriksa apa yang aku tulis tadi. Maklumlah tak sempat nak double check! Badan aku tundukkan sehingga separas bahu Encik Rain yang sudah duduk di kerusinya.

“Hmm. Okey. Lepas ni awak boleh print dan serahkan pada saya,” komennya lalu memusingkan kerusi ke arah aku.

Malangnya, dia berpusing ke arah aku semasa aku masih tidak bersedia untuk menegakkan badan, serentak itu bibir milik lelaki itu secara tidak sengaja singgah di pipiku. Spontan aku menjauhkan tubuhku darinya. Dia juga melakukan perkara yang sama. Terkejut!

Untuk seketika kami mendiamkan diri sebelum dia akhirnya berdehem beberapa kali. Mungkin membetulkan kotak suaranya atau membetulkan suasana janggal yang memenuhi ruangan antara kami.

“Maaf, saya tak sengaja,” pintanya dengan suara mendatar.

“Tapi bukan salah saya sepenuhnya, awak yang rapat sangat dengan saya tadi kenapa?” sambungnya. Kali ini dia menyalahkan aku dengan raut wajah menyinga miliknya.

Dahi aku berkerut mendengarnya. Baru aku nak kata, ‘ tak apa, bukan salah bos sorang. Salah saya jugak’. Tapi memandangkan dia sudah mengeluarkan ayat pertuduhan,yang jelas meletakkan semua kesalahan atas bahuku seorang, aku tarik balik kata-kata itu. Simpan dalam perut lagi bagus!

Malas memanjangkan cerita, aku bertindak menjatuhkan kepala. Terima  ajelah dengan tuduhannya. Tak ikhlas pun tak ikhlaslah! Janji tak kena buang kerja!

“Saya keluar dulu ya bos?” pamitku dengan muka kosong.

Lama dia memandang wajahku sehingga mengangguk, membenarkan aku keluar dari pejabatnya. Sebaik  
sahaja aku keluar dari pejabatnya, aku terus mengelap bahagian pipi yang telah dicium oleh Encik Rain secara tidak sengaja tadi. Gelinya! Maafkan saya cik pipi. Saya telah mencemarkan permukaan awak dengan ciuman dari lelaki yang saya tak suka! Sudahlah bukan mahram. Berdosa saya pada awak cik pipi. Gumam hatiku lalu menyapu permukaan pipiku dengan tisu.

HUDA telah mengajak aku makan tengahari bersama. Peluang yang ada ini tidak akan aku siakan. Maklumlah Huda selalu sibuk dengan kerjayanya sebagai arkitek dan jarang ada masa untuk menemaniku makan tengahari.

“Bos, saya nak keluar lunch ni. Bos nak saya bungkuskan ke?” Soalku sebaik sahaja lelaki itu seperti tiada tanda mahu keluar untuk makan tengahari.

Dia memandang sebentar padaku.

“Hmm...bungkuskan makanan yang boleh saya makan,”balasnya senada sebelum meneruskan bacaannya pada fail projek.

“Okey.”Aku menjawab dan segera keluar dari bilik pejabat tanpa bertanya lebih lanjut padanya tentang  makanan apa yang dia boleh makan.

Keluar sahaja dari pintu utama syarikat, Huda sudah menungguku dengan senyuman lebarnya. Suzuki Swift miliknya bergerak laju menuju ke destinasi makan tengahari kami hari itu.

“Ada masa pulak kau teman aku makan hari ni. Tak banyak kerja ke?” Aku memulakan sembangku sementara menunggu makan tengahari kami tiba.

Huda sengih.

“Aku baru siapkan projek terbaru company aku. So, sementara tak ada projek lain ni bolehlah kita makan sama-sama,” jawab Huda dengan senang hati.

Aku mencebik.

“Untunglah!”sambutku, bernada cemburu.

“Apa yang untungnya? Kau lagi untung apa? Tak payah kejar date projek. Tolong uruskan Abang Rain aje,” sela Huda lalu menyedut air buahnya.

Aku membuat muka tak berpuas hati.

“Huh! Bos aku tu tak payah ada orang uruskan pun aku pasti 150 percent dia boleh hidup!”Aku menyuarakan pandanganku tentang lelaki yang bernama Ahmad Syahrain itu.

Huda ketawa kecil.

“Abang sepupu aku tu memang macam tu. Dari kecil lagi dia dah diajar untuk berdikari. Janganlah kau jealous tengok dia macam tu,” jelas Huda dengan gelengan kepala.

Aku memeluk tubuh. Protes kerana Huda membela Abang sepupunya itu.

“Kau okey tak kerja dengan dia?”Kali ini raut wajah Huda serius.

Aku melepaskan keluhan berat.

“Okey tu memanglah okey. Tapi sikit-sikit, ‘Am! Mana sticky note baru awak! Am, mana fail yang saya suruh awak cari tadi! Am, spelling error ni! Am, jangan lipat kertas atau halaman buku! Am, air awak ni manis sangat!’. Sampai naik tension aku.” Aku menyuarakan ketidakpuasan hatiku dan mengajuk beberapa dialog yang Encik Rain selalu guna bila bersamaku siap dengan lenggok bahasa lelaki itu pun aku tiru!.

Huda gelak sakan mendengarnya. Siap tekan-tekan perut lagi! Lawak sangatlah tu!

“Hei, tak lawaklah!” marahku bila tawa Huda masih tidak reda.

“Sorry. Sorry. Tapi lawaklah. Mungkin inilah yang orang tua-tua cakap bagai bertemu buku dengan ruas!”ujar Huda sambil meletakkan jemarinya di dagu, lagak orang berfikir.

Perbualan kami terhenti untuk seketika bila pelayan restoran menghidangkan makanan tengahari. Menu yang terhidang didepan mata membuatkan kami masing-masing tenggelam dalam dunia sendiri. Laparlah katakan! Terus sudu dan garfu dicapai dan memulakan sesi mengenyangkan perut!

“Buku tak buku. Ruas tak ruas! Kalau aku tak tahan, aku ikut aje saranan kau, berhenti kerja!”Aku kembali menjawab bersama mulut yang masih penuh dengan makanan.

Huda hanya menggelengkan kepalanya.

“Kalau kau makan macam ni depan abang sepupu aku tu, habislah kau kena...”

“Ceramah!” potongku sebelum Huda menghabiskan ayatnya.

Huda mengecilkan matanya. Curiga!

“Hmm...First time aku nampak kau alert macam ni. Nak-nak bila perkara tu tentang majikan kau. Kalau dulu sampai tiga bulan kau tak ingat minuman kegemaran bekas majikan kau yang ke...entahlah! aku pun tak ingat,” balas Huda dengan senyuman meleretnya.

Aku hanya mengangkat bahu. Mana tak alert! Semuanya ada dalam organizer aku dengan siap bersticky note bagai! Kalau aku lupa, mahu tertidur jugaklah aku mendengar ceramah percuma! Bisik hatiku.

TEPAT pukul 2 petang aku tiba di pejabat. Perut yang kenyang betul-betul membaikpulihkan mood aku. Terima kasih untuk sahabat baik merangkap teman serumah aku, Huda! Sekarang, kembali kepada kerja! 

Tapi baru sahaja aku tiba di meja, mataku sudah dijamu dengan kehadiran Encik Rain yang elok duduk di kerusiku.

Aku tepuk perlahan dahiku. Melihat dia di situ barulah aku sedar yang aku sudah terlupa untuk melakukan sesuatu.Oh My God! Lunch untuk Encik Rain! I’m totally dead meat!

“Lunch saya?” Dia sudah meminta sesuatu yang tak ada. Habislah!

Pantas jari jemariku digenggam sesama sendiri, seperti orang merayu.

“Bos, saya sebenarnya tak ingat nak bungkuskan lunch bos tadi. Saya makan dengan housemate saya tadi. Sembang punya sembang terus terlupa nak bungkuskan makanan untuk bos. Tapi kalau saya belikan pun belum tentu bos nak makan sebab saya tak tahu apa yang bos boleh makan, apa yang tak boleh. 
Lagipun bos tahukan Huda tu...”

“Dah! Banyak alasan awak! masa awal tadi tak nak tanya. Tak menyempat sangat nak keluar !” cantas 
Encik Rain lalu berdiri.

Terangkat bahuku akibat lontaran vocal majikanku ini. Rakan sekerjaku yang lain mula berbisik sesama sendiri. Isu aku dan Encik Rain merupakan topik hangat mereka dan mungkin juga penyuntik semangat mereka untuk ke tempat kerja! Gossip is everywhere, you know!

“Sa..saya...”

“Jangan banyak cakap! Sekarang bawa organizer awak dan ikut saya!” arahnya dan berlalu keluar pejabat.

Tanpa membuang masa, aku segera  mencapai organizer yang berada dalam laci dan berlari anak mengikutnya ke parking lot. Hampir sahaja aku menyaingi langkah lelaki itu, aku tersembam ke belakang badannya. Oh, kelajuan yang berlebihan! Selalu berlaku bila kita tidak bersedia untuk berhenti...

“Ma..maaf. sa..saya tak sengaja,” pohonku dengan suara yang sudah tergagap-gagap sebelum menjauhkan jarak antara kami.

Dia mula mengecilkan matanya.

“Awak ni nak ambil kesempatan atas saya kan? Hari tu ci...”

Mulut lelaki itu aku tutup dengan telapak tangan kananku sebelum sempat dia menghabiskan kata-katanya. Sudahlah suara tinggi! Adik beradik Ziana Zain agaknya!

Bila dia sudah merenungku dengan pandangan yang tajam, aku mula melepaskan telapak tanganku yang melekap di mulutnya tadi dan membuat muka tak bersalah.

“Sorry. Suara bos kuat sangat. Malulah saya kalau orang lain dengar. Jatuh saham!” Aku segera memberi alasan.

Dia menjeling tajam sambil mengesat sekitar mulutnya.

“Tangan bau ayam goreng! Awak tak reti cuci dengan pencuci tangan  ke?” kutuknya dengan muka yang menjengkelkan.

Aku hanya tersengih, menayangkan gigi penuh milikku. Kantoi sudah!

MITSUBISHI LANCER milik Encik Rain berhenti betul-betul di hadapan restoran yang berhampiran dengan syarikatnya. Cuma mengambil masa 15 minit sahaja! Restoran itu nampak sangat eksklusif dan berada dalam klassnya yang tersendiri! Sebab apa aku cakap macam tu? Sebab artis pun makan di situ! Hafiz awan nano pun makan kat tempat macam ni! Aku nak ambil autograph dialah! Kaki aku angkat bertentangan dengan langkah Encik Rain. Teruja nampak Hafiz terus lupa Encik Rain!

“Awak nak ke mana tu?” sergah Encik Rain dengan muka garangnya.

Serta merta langkah aku jadi pegun. Kacau daun betullah mamat ni!

“Saya nak,,,err...nak...”

“Nak apa?”cantasnya dengan suara tinggi.

“Nak minta autograph Hafiz awan nano!” jawabku sekali nafas. Terus hilang gagap!

Untuk seketika dia mengalihkan badannya ke arah lain. Bahu lelaki itu sekali -sekala terhinjut-hinjut seperti menahan sesuatu. Lantas aku bergerak ke hadapannya dan memandang wajah itu dengan rasa curiga . Jelas muka dia merah menahan ketawa!

“Apa yang lawaknya bos?” Soalku, terkandung nada marah sebenarnya. Keningku sudah terangkat sebelah.

Dia berdehem sebelum membuat muka serius semula.

“Jom, kita pergi sana. Esok-esok ajelah awak minta autograph Hafiz tu,” dalihnya, tidak menjawab pertanyaanku dan berlalu ke meja makan yang kosong.

Bila melihat dia sudah ke hadapan, aku mengajuk percakapannya tanpa bunyi, siap dengan mimik-mimik mukanya sekali! Frust betul aku tak dapat autograph Hafiz! Ini semua Encik Rain punya pasal! Tak boleh langsung tengok aku bahagia. Macam lagu terbaru Hafiz tu, ‘Bahagiamu Deritaku’. Encik Rain tersangatlah bahagia bila melihat aku derita kerana tak dapat tandatangan Hafiz awan nano!

“Am!” panggilnya.

“Yes,  bos! Coming!” sahutku, segera melangkah mendapatkannya.

Encik Rain membuka tali leher dan menghulurkannya padaku. Dahi ini mula berkerut, tanda tidak mengerti. Apasal bagi aku tali leher tu? Bukannya aku boleh pakai pun! Ke nak buat lap mulut? Sekejap , mana ada orang buat tali leher untuk lap mulut!

“Err...bos nak saya buat apa dengan tali leher bos ni?” Soalku, lurus.

Dia mengeluh seketika.

“Tolong simpankan dalam beg tangan awak tu. Saya tak biasa pakai tali leher masa makan,” jelasnya, ringkas sebelum memanggil pelayan.

Tanpa membuang masa, tali leher miliknya aku simpan dalam beg tangan. Haih, macam tak ada poket nak simpan! Dengus hatiku geram.

 Sambil memerhati pelayan datang dan mengambil pesanan, tangan aku ligat menekan skrin telefon bimbitku untuk menghilangkan bosan.

“Bos, saya tanya satu soalan boleh tak?”Aku mula bersuara setelah agak lama menahan rasa bosan.

“Hmm...Apa dia?”balasnya sambil melipat lengan bajunya.

“ Bos ajak saya datang sini semata-mata nak temankan bos makan je ke?”

“Awak rasa?”

“Saya rasa ya. Mungkin bos malu datang makan sorang-sorang. Sebab tu bos ajak saya datang sini. Kan? Kan?” Aku meneka jawapannya dengan riak wajah yang teruja.

Dia membulatkan matanya sebelum menjentik dahiku dengan jarinya.

“Aduh!” Aku terjerit kecil menahan rasa sakit di dahi.

“Apa ni bos? Main kasar! Mesti merah dahi saya!”rungutku sambil mengurut dahi yang terasa pedih.

Dia hanya mencebik lalu memeluk tubuhnya.

“Dah. Jangan nak mengada. Sikit aje. Bunyi  lebih!”

Aku menjuihkan bibir. Dasar Hitler!

“Sekarang buka organizer awak tu dan catatkan apa yang saya cakap ni,” arahnya.

Dengan hati yang mendongkol geram aku segera membuka organizer dan mula mencatat setiap patah perkataan yang keluar dari mulut majikanku ini. hampir 20 minit mencatat, jari jemariku mula terasa sengal kerana terlalu lama menulis. Isi kandungannya? Hmm...boleh dikatakan hampir semuanya tentang menu makanan apa yang boleh dia makan  dan tidak. Complicated  benar lelaki yang bernama Ahmad Syahrain ini!

***

“Mira!”

Hampir tersedak aku dek jeritan Huda. Entah apa yang dijeritkannya sampai rumah teres jiran sebelah pun mungkin boleh mendengarnya.

“Apa kau ni?” marahku.

Huda datang sambil menyembunyikan sesuatu di belakangnya.

“Ini bukan tali leher Abang Rain ke? Macam mana boleh  ada dalam handbag kau?”Tanyanya berbaur hairan lalu meletakkan tali leher itu di atas meja.

Aku menjeling sekilas. Mesti Huda terjumpa masa nak ambil purse aku! Kena terangkan jugaklah nampaknya.

“Hmm...Abang sepupu kau tu suruh aku simpankan sekejap masa dia nak makan tengahari tadi. Katanya tak biasa makan pakai tali leher. Esok aku pulangkan. Tadi lupa,”jelasku sambil mengunyah apam balik yang dibeli di pasar malam tadi.

Huda mengecilkan matanya. Tidak percaya!

“Nampak macam ada yang pelik je antara korang berdua ni. Scandal ya?” Usik Huda dengan sengihan nakalnya.

Aku menjulingkan mata. Scandal? Dengan bos sendiri? No way!

OKEY! Kemas meja sudah. Lap meja pun sudah. Lap sofa selesai. Tinggal nak mengelap tingkap aje. Hari-hari rutin yang sama. Bosan sungguh! Haip! Jangan mengeluh Mira. Nak cari rezeki memang banyak dugaannya. Sabar. Sabar. Pesan hatiku.

Kain pengelap dan penyembur yang mengandungi pencuci aku ambil. Memandangkan ketinggian aku tidak begitu memberansangkan, maka aku selalunya akan mengambil meja kopi yang diperbuat daripada jenis kayu jati itu untuk dijadikan ‘tangga’ bagi mencuci bahagian paling atas tingkap.

Sambil mengelap tingkap, mata ini dijamukan dengan pemandangan luar yang begitu mendamaikan. Ahh, tapi masih tidak sedamai panorama di kampong aku! Bercakap tentang kampong, dah lama aku tidak menghubungi ibu kesayangan aku! Hampir dua hari aku tidak mendengar suaranya. Tapi takpe malam karang aku call. Untuk masa sekarang kita gosok tingkap ni sampai  berkilat! Tapi sebelum itu, ini dia lagu khas untuk aku, Gosok daripada kumpulan Spider! Usul hatiku lalu memasang earphone dan menekan playlist, memilih lagu tema sempena tugas aku mencuci tingkap!

“Gosok! Jangan tak gosok! Gosok sampai berkilat!”Nyanyiku sambil menggilap tingkap pejabat.

Baru bersemangat sikit nak cuci tingkap ni! Sambil menyanyi kaki aku goyang-goyangkan mengikut alunan rentak muzik. Mujur sahaja bilik pejabat Encik Rain ini berbidai dan bidai itu masih tidak aku buka, kalau tidak mahu satu pejabat boleh melihat perangai tak senonoh aku ni!

Encik Rain? Ah, lelaki itu biasanya akan tiba tepat pukul 10! Sekarang baru pukul 9 pagi. Masih terlalu awal untuk dia muncul di dalam kamar pejabatnya. Kecuali hari Jumaat, dia akan datang awal untuk membereskan kerjanya sebelum bergegas untuk Solat Jumaat. Hari ini baru hari apa. Bisik hatiku lalu mengerling sekilas pada jam tangan yang juga berfungsi untuk menunjukkan tarikh dan hari. Hmm...Jumaat rupanya! Hati kecilku sekali lagi menggumam sendiri.

Apa? Jumaat! Tubuh aku pusing dengan cepat. Mahu memastikan sama ada Encik Rain sudah berada di sini atau tidak sehingga aku terlupa bahawasanya aku masih berada di atas meja kopi! Bila pandanganku sudah bersatu dengan pandangannya, segala-galanya sudah terlambat buat aku! Tubuh ini akhirnya mendarat dengan selamat di atas badan majikan ‘kegemaranku’ ini.

Bukk!

“Aduh! Beratnya!” rungutnya lalu menjeling tajam padaku.

Untuk beberapa saat, aku tergamam. Eh...Macam dalam cerita Hindustanlah! Aku heroinnya dan Encik Rain heronya. Encik Rain heronya?

“Aahh! Tak nak!” Aku terjerit kecil lalu terus terbangun daripada posisiku tadi yang menindihnya.

“Akhirnya! Bangun jugak awak. sakit badan saya ni tahu?” marahnya lalu turut sama berdiri. Pinggangnya ditekan-tekan perlahan.

“Maaf bos!” Itu sahaja yang keluar daripada mulutku memandangkan memang akulah yang bersalah dalam kemalangan ini.

“Maaf? Itu aje yang awak cakap? Kecuaian awak tadi boleh mengakibatkan saya tercedera. Itulah kerja asyik nak berangan aje. Awak ingat ini cerita Hindustan? Heroin jatuh atas hero terus ada kat kawasan pergunungan mana. Terus ada scene menari dengan menyanyi! Macam tu?” serangnya lagi sambil bercekak pinggang.

Kepala aku tunduk. Sesi ceramah mula dah!

“Buat kerja tak pernah nak betul. Ada aje salahnya.” Encik Rain terus membebel sebelum bergerak ke tempat duduknya.kot yang tersarung ditanggalkan dan dihulurkan padaku.

Kelam kabut aku menyambut huluran kot itu sehingga aku tidak sedar kaki ini sudah tersandung pada bucu sofa dan akhirnya...

“Aduh!” Sekali lagi aku terjerit. Ibu jari kaki aku tekan-tekan. Pedihnya!

Encik Rain bangun dari kerusi dan mendapatkan aku.

“Haih, awak ni! Kelam kabut betul!”gumamnya lebih kepada membebel. Kaki aku dibelek-beleknya.

Mendengar sahaja kata-kata yang memang ditujukan untuk aku, mulut ini sudah bertambah seinci muncungnya. Panas pulak hati aku!

“Tepilah! Kalau nak tolong, buatlah cara nak tolong! Tak payahlah perli-perli!” bentakku lalu menepis tangannya. Tubuh aku angkat menuju ke pintu. Mahu keluar!

“Eloklah tu! Cuai! Kelam-kabut! Bodoh sombong! Cukup pakej!” Dia pulak membentak. Kot miliknya dicapai dan dilempar kasar ke sofa.

Aku menjelingnya sebelum keluar dan menghempas pintu bilik pejabatnya. Huh, dia ingat dia sorang aje boleh naik angin? Aku pun bolehlah! Kalau nak pecat aku hari ini pun aku dah tak kisah! Err... terlebih berani dan emosi pulak aku hari ni. Mesti tersalah bangun tidur!

“Mira, apasal bos mengamuk tu?” Nani sudah menghampiri sebelum menyoal. raut wajahnya bimbang.

Aku hanya mengangkat bahu. Konflik itu biasa berlaku antara bos dan setiausaha. Jadi, sekarang aku nak sediakan surat perletakkan jawatan. Just in case...

Bersiap sedia untuk makan tengahari bersama Nani dan beberapa orang lagi rakan sekerjaku. Tapi secara tiba-tiba atau memang SENGAJA, Encik Rain sudah meletakkan lebih kurang 12 buah fail atas meja untuk aku semak dan serahkan padanya selepas dia selesai Solat Jumaat.

“Pastikan tak ada halaman yang berconteng, berlipat, terkoyak atau dihilangkan oleh awak. Faham?” Dia memberi amaran keras bersama jelingan tajam.

“Baik bos.” Balasku dengan suara perlahan. Hilang mood!

“Do you get me Am?”  tekannya sekali lagi dalam nada tidak berpuas hati.

“Yes, bos!” Kali ini suara aku tinggikan sedikit, konon-kononnya bersemangat.

Sebaik  sahaja dia melepasi pintu utama pejabat, aku melepaskan keluhan. Fail yang bertimbun di atas meja aku pandang sayu. Bekerja dengan Ahmad Syahrain memang tidak mudah tetapi dialah antara majikan yang bukan sahaja pandai mengarah tapi juga bijak mendidik aku menjadi pekerja yang lebih baik dari hari semalam. Walaupun, dia kurang hensem!

***

“Am!” jerit Encik Rain.

Tanpa melengahkan masa biliknya aku masuki. Bila melihat lelaki itu sedang mundar-mandir sambil menggaru-garu badannya, aku kehairanan sendiri. Apasal?

“Bos,” tegurku dengan kening yang hampir bertaut. Dah macam monyet bila dia tergaru-garu macam tu!

“Apa awak beli untuk saya tadi? Habis gatal satu badan saya ni!” ujarnya lalu membuka butang kemejanya dibahagian atas dan menunjukkan bintik-bintik merah yang terdapat di situ.

“Saya beli apa? Saya beli ayam masak merah, kancang buncis goreng, timun sikit. Hah tu jelah bos,” jawabku dengan yakin.

“ Kuah? Awak letak kuah apa atas nasi saya?” Soalnya dengan tangan yang sudah sibuk menggaru lengan pula.

“Hmm...Kuah saya ambil kuah masak lemak ketam.”

“Masak lemak ketam?”

“Haah, bos!” Lurus aku menjawab.

“Ya ALLAH Am, saya bukan je tak boleh makan ketam tu, dengan kuah ketam pun saya tak boleh makan!  Takkanlah awak tak tahu?” kesalnya lalu duduk di sofa dengan menggaru kakinya pula.

Kepala aku tunduk. Serba salah. Manalah aku tahu!

“Sorry bos. Err...bos takde ubat gatal ke? Tak pun kita ke hospital. Jom?” cadangku sepintas lalu.

Dia menggeleng.

“I hate hospitals. Sekarang awak cuma tolong hulurkan segelas air untuk saya,” pintanya lalu membaringkan tubuhnya di sofa bersama mata yang tertutup.

Botol mineral dan gelas kaca yang memang aku sediakan setiap hari di atas mejanya, segera aku capai. Air mineral itu aku tuangkan ke dalam gelas dan bawa padanya. Namun, bila kaki ini mampir padanya, langkahku mulai sumbang akibat terlalu tergesa-gesa! Sebagai bahananya, air dalam gelas tadi tercurah elok atas tubuh Encik Rain. Habis basah baju lelaki itu!

“Apa awak buat ni Am? Habis basah baju saya!” marahnya lalu mengengsot untuk duduk kembali. 

Terkibas-kibas tangannya menepis air mineral yang tumpah pada bajunya.

“So...sorry bos. Tak sengaja!” pintaku dengan rasa bersalah sebelum mengambil tempat di sebelahnya. Tanganku juga sibuk menepis air daripada membasahi baju majikanku ini.

“Sudah. Tak payah nak ambil kesempatan pulak,” larang Encik Rain sekaligus menuduhku yang bukan-bukan.

Bulat mataku mendengarnya. Terus pergerakkan tangan ini terhenti. Macam aku hadap sangat!

Bila Encik Rain mahu membuka butang bajunya, aku mula mengalihkan pandangan. Tak malu betul!

“Saya pakai singletlah! Malulah sangat! Padahal awak suka kan?” Kali ini dia giat mengusikku.
Merah padam wajahku.

Baru sahaja aku mahu membalas kata-katanya, pintu pejabatnya sudah dibuka dari luar. Terjengul wajah wanita separuh abad yang anggun jelita di situ.

“Ahmad Syahrain! What’s going on here?” Soalnya, keras bersama pandangan yang tajam.

Pandanganku dan Encik Rain bersatu. Kelu!

HAMPIR seminggu duniaku tunggang terbalik dek insiden itu. Bertambah tunggang langgang bila dia menawarkan aku untuk jadi teman wanita olok-oloknya. Bertuah punya bos! Dia ingat aku pelakon? Nak bawak watak teman wanita kepada lelaki yang bernama Ahmad Syahrain. Ingat senang?

Mama Encik Rain ni pun satu hal lah! Bukannya kitaorang buat apa-apa pun sampai nak syak bagai. Setakat cakap situasi masa itu sangat mencurigakan kerana muka anak dia merah-merah dengan baju kemeja yang sudah terlerai butangnya, bagi aku itu semua tidak logic kerana waktu itu Encik Rain sedang diserang penyakit alahannya!

“Macam mana?” gesa majikan berkepala batu itu.

Aku menggeleng.

“Heish, tak mahulah bos. Berdosa tipu orang ni,” bantahku tidak bersetuju.

Encik Rain mendengus kasar.

“Habis tu awak nak saya buat macam mana? Mama dah fikir yang bukan-bukan pasal kita. Dia siap suruh kita kahwin lagi. Ke awak lagi suka berkahwin dengan saya dari jadi teman wanita olok-olok? Dia memprovokku dengan air muka penuh curiga.

Cepat-cepat aku menggeleng. Huh, siapa nak kahwin dengan dia!

“Eh, tak naklah saya! Bos bukannya hensem sangat pun!”

“Dan awak pun bukannya cantik mana pun!” Cantasnya dengan pantas!

Aku mengecilkan mataku. Encik Rain pula sudah terjongket-jongket keningnya. Mencabar!

“Okay! Fine!” Aku mengalah akhirnya. Lagipun teman wanita olok-olok ajekan. Mesti tak lamalah!

“Bagus! Awak sepatutnya rasa bertuah,”ujarnya lalu tersenyum nipis.

“Apasal pulak saya bertuah?” Soalku tidak faham.

“Sebab awak perempuan pertama yang akan saya ajak dating walaupun sebagai kekasih olok-olok aje,” jelasnya. Membangga diri!

Aku tertawa menyindir mendengarnya. Pertamalah sangat!

“Itu sebab bos tak laku!” selaku, selamba bersama tawa yang masih bersisa. Huh, mana nak dapat setiausaha macam aku ni? Kutuk bos depan-depan! Riak  hatiku.

Tanpa amaran, dahiku sekali lagi dijentik oleh jari kasar itu. Muka dia langsung tak bersalah!

“Apa ni bos? Jentik-jentik dahi saya! Ingat saya tak bayar zakat ke?”marahku sambil menggosok dahi perlahan.

Dia mencebik.

“So, lain kali jangan cakap saya tak laku lagi kalau rasa dahi tu nak selamat!” ugutnya.

Lambat-lambat aku mengangguk tanpa rela.Huh! Itu pun nak marah! Sensitif betul!

***

Hujung minggu yang amat membosankan jugak apabila aku harus menemani Encik Rain pergi membeli belah. Ternyata tidak mudah membeli belah bersamanya. Majikanku ini bukan spesis lelaki-lelaki biasa! Kalau tentang kerja dia nak teliti bagai, aku tak berapa kisah. Tapi sampai pakaian pun...Hmm...barulah aku sedar betapa aku sebenarnya sangat penyabar orangnya bila perkara itu berkaitan dengan lelaki yang bernama Ahmad Syahrain ini!

“Aduh!” jeritku tiba-tiba sambil menekan perut.

“What’s wrong?” Tanya Encik Rain, prihatin. Terus terhenti langkahnya.

“Sakit perut. Macam nak ‘melabur’,” luahku dengan muka yang berkerut menahan sakit.

“Pulak? Kalau macam tu awak pergilah tandas. Saya tunggu sini,” ujarnya lalu duduk dibangku yang telah disediakan oleh JUSCO.

Aku mengangguk lalu meletakkan beg kertas yang mengandungi baju-baju miliknya di atas bangku dan mula menapak ke tandas. Lain macam pulak sakit ni. Dah tiba masa period ke? Baru lima minit masuk dalam tandas aku terpaksa keluar balik. Datang bulanlah pulak! Dahlah tak bawa stok simpanan! Keluhku dalam hati.

Telefon bimbitku tiba-tiba berdering. Tak kena masa langsung! Masa  darurat inilah ada aje yang nak menelefon!

“Lama lagi ke?” Soal Encik Rain. Nampak macam marah. Marah sebab kena tunggulah tu!

“Lama kalau awak tak tolong saya,” balasku, dengan maksud tersembunyi.

Sudah tidak ada cara lain. Aku harus meminta tolong Encik Rain untuk membeli lampin wanita itu. Kalau tidak sampai kiamatlah aku bertapa dalam tandas JUSCO ni! Lalu dengan rasa malu yang berkilo-kilo beratnya aku terpaksa memberitahunya apa yang patut. Hampir bernanah jugaklah telinga aku mendengar bebelannya. Tapi nak buat macam mana dah namanya pun terpaksa!

“Nah! Betulkan jenama dan jenisnya?” Dia meminta kepastian.

Aku membelek bungkusan lampin wanita itu sebelum mengangguk. Bagus jugak dapat majikan yang teliti ni! Sekali cakap aje, faham terus!

“Terima kasih,” ucapku bersama sengihan. Lebih kepada nak cover malu sebenarnya.

“Wah, untungnya akak tu! Pakwe dia belikan pad untuk dia. Sweetnya!Cemburunya aku!”

Aku dan Encik Rain sama-sama berpaling memandang pada suara yang bercakap tentang kami itu. 

Nampaknya ada dua orang remaja perempuan yang sedang tersipu-sipu memandang ke arah kami. senyuman aku lemparkan pada mereka sebelum berlalu masuk ke tandas. Macam tu pun sweet?

SESI makan tengahari bersama keluarga Encik Rain berlangsung dengan harmoni sebaik sahaja kami selesai membeli belah di JUSCO. Tapi itu untuk seketika. Apabila mama dan papa Encik Rain mula bertanyakan tentang hala tuju hubungan kami ini, aku mulai rasa tidak sedap hati. Lelaki itu juga tidak memberi reaksi yang aku harapkan. Seolah-olah saat inilah yang dia tunggu.

“Mama tak nak cakap lebih Rain. Cuma mama nak nasihatlah. Kamu tu makin berumur. Lama mana lagi kamu nak bercinta dengan Am ni? Lagipun mama rasa kamu dah buat macam-macam dengan dia, kan?”nasihat mama Encik Rain sekaligus menyelitkan tuduhan tidak berasasnya tentang aku.

Aku menundukkan kepala. Kalaulah tak difikirkan mama Encik Rain ini orang tua, dah lama aku tepis-tepis tuduhannya itu. Jadi, sebagai langkah mengelak dosa, aku anggap sahajalah mamanya tidak sengaja untuk berkata begitu!

“Mama, Rain akan kahwin dengan Am bila Rain rasa dah sampai masanya untuk kami berbuat begitu. Bukan sebab Rain dah buat macam-macam pada dia atau sebab mama paksa!” bidas Encik Rain, masih lagi berhemah.

Okey! Aku merasakan sedikit kelegaan bila dia berkata begitu. Sekurang-kurangnya dia bukanlah watak tipikal hero Melayu yang sekali digertak sang ibu, terus menurut! Bagus. Encik Rain ada pendirian sendiri!

“Hmm..takpelah Mah. Dah Rain cakap macam tu awak jangan nak paksa-paksa dia pulak. Tahulah dia cakap kat kita bila dia nak kahwin dengan si Am ni,” sokong papa Encik Rain, tenang.

Mama Encik Rain diam. Terpaksa bersetuju juga. Majikanku itu pula hanya tersenyum nipis manakala aku sudah tentu teramatlah lega! Bebas daripada satu bala!

3 bulan setelah menjadi pasangan olok-olok...

Encik Rain pergi meletakkan keretanya di lot parkir. Sementara menunggu dia memarkirkan keretanya, aku berdiri di hadapan sebuah restoran.

“Mana bos ni?” rungutku bila kaki ini sudah kebas berdiri menunggunya. Agaknya bos aku ni pergi parkir kereta ke buat parkir kereta? Lama bukan main!

“Hai Mira!”

Aku membulatkan mata. Tidak percaya! Betulkah dia?

“Azril?”

Dia tersenyum kecil seraya mengangguk.

“Lama tak jumpa. You look great!” pujinya.

Kembang kuncup hatiku mendengarnya. Dia pun apa kurangnya makin hensem aku tengok.

“Thanks. Awak pun makin segak saya tengok.” Aku membalas pujiannya.

Untuk seketika kami sama-sama diam. Saling merenung antara satu sama lain.

“I miss you so much!” ucapnya, perlahan.

Aku hanya mampu tersenyum kelat. Untuk apalah dia merindui aku jika dia kepunyaan orang lain? Aku tidak mahu lari dari realistik. Hidup harus berpijak pada bumi bukan langit!

“Hmm...”

Aku berpaling apabila mendengar deheman seseorang. Hah, baru nak sampai sekarang! Ingat aku kena tunggu sampai tahun depan sementara nak  tunggu dia letak kereta! Tapi  belum sempat aku berkata apa-apa dia sudah meraih jari jemariku dan menggenggamnya erat.

“Sayang, siapa ni? Kawan sayang ke?” Tanya Encik Rain dengan lenggok suara mengada.

Hampir bercantum keningku mendengarnya. Sayang? Depan mama dengan papa dia pun lelaki ini tak pernah panggil aku sayang. Kenapa tiba-tiba ni?

“Ini Azril. Kawan satu university dengan saya. Azril ini Encik Rain majikan...”

“ ...and  her husband to be!” potong Encik Rain dengan nada tegas.

Azril tersenyum kelat sebelum menghulurkan tangannya untuk bersalam. Salam disambut Encik Rain. Lama jugak mereka bersalam. Mata masing-masing pulak saling bertemu. Macam ingin menyampaikan sesuatu. Curiga betul!

“Azril... saya dan Rain nak lunch. Awak nak join?” pelawaku, sekadar berbahasa.

Dia hanya menggeleng.

“Saya ada appointment dengan klien. Dah lambat ni. Nanti apa-apa hal saya contact awak. nombor lama lagi kan?”

Aku hanya mengangguk.

“Sayang jom?” ajak Encik Rain lalu menarik tanganku masuk ke restoran. Sedikit menggesa.

“Err...jumpa lagi Ril. Bye!” pamitku dan mengikut langkah majikanku ini. Azril hanya mengangguk sebelum berlalu.

Aku mengeluh. Entah apa yang tak kena dengan bos ni!

 Sampai sahaja di pejabat, Encik Rain terus melelar tanganku ke dalam pejabatnya. Pintu pejabat di tutup dan di kunci malah bidai juga ditutup. Mujur sahaja tidak ramai lagi staf pejabat yang masuk kalau tidak entah apa yang mereka fikirkan dengan melihat tindakan bos yang sangat mencurigakan.

Belum sempat aku nak bersuara, badan aku sudah ditolaknya kasar ke sofa. Aku mula terasa takut. Tapi bila melihat dia melabuhkan duduknya di sofa juga, aku menarik nafas lega, ingatkan apa tadi!

“Siapa Azril?” Soalnya tenang. Bukan! Nampak tenang tapi tegang sebenarnya.

“Ala...tak payahlah bos nak tahu. Ini kisah peribadi saya. Privasi saya,” tegasku dengan muka yang serius. Majikan apalah dia ni sampai kisah hidupku pun nak diselongkarnya!

“Your privacy is mine!”  bentak lelaki itu sehingga terangkat bahuku akibat terkejut.

“Bos kenapa? Lakonan dah habislah tadi,” ujarku dengan suara rendah, mengalah. Tidak faham aku dengan karenah majikan aku yang seorang ini. emosi semacam!

“Ini bukan lakonan! Untuk saya ini semua bukan lakonan, Am! I really love you, stupid! Don’t you get me?”jeritnya lalu meramas kasar rambutnya.

Aku tergamam. ‘ i love you, stupid!’. Bergema ayat terakhirnya di telingaku. Serius? Kenapa aku tak sedar?

***

Sembilan  tahun kemudian...

“Alamak!” Aku terjerit kuat bila fikiran ini mula teringatkan sesuatu.

“What’s wrong?” Soal dia lalu melepaskan pautan tangannya dipinggangku lambat-lambat.

“Kek saya! Kek saya!” Aku mula cemas dan mula membuka langkah ke dapur. Tapi dia memaut lenganku, menghalang daripada berlalu. Tubuhku diraihnya kembali ke dalam pelukan.

“Relaks ! Semua dah diuruskan,” katanya lalu mengurut perlahan perutku.

Mata aku pejamkan. Selesa. Sejak mengandung, perhatiannya ditumpukan seratus peratus padaku. Tidak mahu kejadian menakutkannya berulang lagi. Aku hampir keguguran dek kecuaianku sendiri untuk kandungan pertama dan kedua kalinya. Walaubagaimanapun, aku tetap menjadi setiausahanya yang sentiasa buat dia marah, tapi itu di pejabat punya ceritalah. Di rumah dan di luar daripada pejabat, akulah ratu yang diberi sepenuh perhatian dan  kasih sayang olehnya.

“Ibu?” Ahmad Syahmi memanggil namaku. Mata aku buka sebelum tersenyum padanya.

Ahmad Syahmi...anak sulung aku bersama lelaki yang bernama Ahmad Syahrain yang kini berumur lapan tahun. Comel macam aku dan selainnya dia lebih selesa menurut ayahnya. Cerewet dan super teliti!

“Oh, anak ibu hiaskan kek untuk ibu ke?” Tanyaku, terharu sebaik sahaja aku melihat di tangannya terdapat kek yang sudah siap dihias. Kek yang aku sangkakan sudah hangus dalam ketuhar!

“Syahmi dengan ayah tolong hiaskan kek ibu. Kan, ayah?”

Suamiku itu hanya mengangguk sebelum tersenyum pada anak lelakinya itu. Tubuh aku dipimpinnya duduk ke sofa. Manakala Syahmi meletakkan kek dengan berhati-hati di atas meja kopi. Kek itu dipotongnya dengan teliti dan diletakkan ke dalam piring kecil tanpa melakukan kecuaian. Untuk anak kecil yang berusia lapan tahun, dia sudah cukup hebat di mata aku!

“He just like me isn’t?”  bisik suamiku penuh bangga. Bahuku dipautnya lembut. Menyalurkan kasih sayang dan cinta yang tak pernah berkurang walaupun Sembilan tahun sudah berlalu.

“And he’s cute just like me!” Giliran aku pula membangga diri dan disambut tawa kecil olehnya.

Pandangan aku dan dia dipakukan pada permata hati sulong kami itu. Hampir-hampir sahaja dia menjadi yang pertama dan terakhir yang dapat aku berikan pada Ahmad Syahrain. Namun, kuasa ALLAH...melebihi kuasa yang ada pada manusia, kan?

Hmm...mesti korang tertanya-tanya apa yang berlaku Sembilan tahun sebelum itu kan? Aku pun tak ingat! Okey, aku tipu aje! Sebenarnya begini...

HUDA masih lagi ketawa walaupun aku sudah banyak kali memarahinya supaya tidak berbuat begitu. 
Wajah itu merah padam akibat terlalu banyak ketawa. Lucu sangat ke?

“Huda!” marahku lagi dengan suara yang serak. Maklumlah baru nak baik demam.

Sebaik sahaja Ahmad Syahrain membuat pengakuan cintanya hari itu, aku terus demam! Seminggu pulak tu! Memang terkejut sangat agaknya sampai badan aku pun terkena tempiasnya.

“Apalah kau ni Mira. Sampai demam macam ni! Memanglah kau ni spesis pelik!” ujarnya bersama sisa tawa.

Aku menjelingnya sebentar. Spesis pelik? Sepupu kau  tu yang spesis pelik! Gumam hatiku marah.

“Siapa aje yang tak demam? Abang sepupu kau tu melamar masa aku dengan dia tengah bertikam lidah. Tengah gaduh-gaduh boleh pulak dia kata ayat keramat tu!”luahku dengan riak muka mencuka.

Huda menggeleng perlahan bersama senyuman.

“Biasalah tu. Abang Rain tu kalau kau nak tahu, dia mana pernah bercinta. Itu yang takde pengalaman tu. Main terjah aje tak kena masa,” jelas Huda, membongkar rahsia sebenar lelaki yang bernama Ahmad Syahrain itu.

“Maksud kau aku first love dialah?” Soalku tidak percaya.

Aku terlopong sekejap. Seriuslah? 30 tahun hidup langsung tak pernah bercinta? Ada lagi ke lelaki macam tu? Ada! Yang tak hensem! Dialah tu! Kutukku dalam hati walaupun aku tahu muka Encik Rain tu ada iras-iras si Sabhi Saddi. Tapi versi yang ada jerawat sikitlah!

Huda mengangguk.

“So, macam mana? kau nak terima dia ke tidak?”

Aku menggaru kepala. Soalan killer ni tapi aku sudah menemui jawapannya! Cuma tidak mahu Huda mengetahuinya dahulu. Jadi sebelum dia mengoreknya baik aku angkat kaki!

Baru sahaja aku mahu beredar ke bilik, Huda sudah menahanku. Niat dalam hati nak mengelak daripada menjawab soalan, tapi tiba-tiba sahaja Huda memuncungkan mulutnya ke arah luar rumah.

“Abang Rain tunggu kat luar,” katanya ringkas sambil tersenyum-senyum.

Haih, apalah yang lelaki itu mahu? Lambat-lambat, aku menapak jugak keluar pintu. Dia...Ahmad Syahrain sedang elok bersandar pada keretanya. Entah kenapa wajah yang suatu ketika dahulu aku labelkan sebagai tak hensem, sekarang nampak hensem pulak pada mata ini! Setiap langkah yang di atur menujunya diiringi dengan detak yang aku pun tak tahu maksudnya. Dulu...dengan Azril tak begitu pun! Mungkin penangan demam terkejut kot?

“Ada apa bos datang sini?”Tanyaku terus tanpa salam apatah lagi mukadimah yang panjang berjela.

Dia senyum. Nampak tenang tapi mata itu seperti menahan debar yang amat besar!

“Saya mencari setiausaha yang gelabah dan suka buat saya marah. selain itu, saya jugak mencari cinta hati yang sedang demam terkejut kerana saya meluahkan isi hati saya padanya. Awak jumpa tak?” Dia cuba mengusikku tanpa sedar nada suaranya sedikit bergetar. Takutlah tu!

Aku membuat muka.

“Ha...ha...ha...Lawaknya!” Aku mengeluarkan tawa yang tidak ikhlas bunyinya membuatkan majikanku itu menggaru kepala seraya tersenyum kelat sendiri. Maklumlah lawak tak berapa menjadi!
Sekarang kau pulak yang menggelabah!

“Okey...I love you! Are you satisfied?” luahnya sedikit gelisah.

Aku mengangkat bahu. Sengaja mengujinya. Seminggu demam cukup buat aku berfikir secara tunggang-langgang! Tapi dalam keserabutan itu, aku tetap menjumpai  kesimpulannya. Aku akan memberi peluang untuk diriku dan dirinya. Well, semua orang kena bergerak dari masa silam masing-masing, kan?

“Awak suka lelaki hari tu kan?” tebaknya pula dengan muka tegang.

Aku mengangguk tanpa rasa bersalah. Dengusan kasar milik majikanku itu menerpa gegendang telingaku. Dah berasaplah tu!

“Awak tak pernah suka saya sikit pun?”Kali ini dia menyoalku, lirih.

Sekali lagi aku mengangguk. Tapi bila wajah itu semakin mendung, aku rasa... cukuplah untuk hari ini! menangis karang satu hal pulak aku kena pujuk.

“Dulu. Itu semua dulu! Saya pernah bercinta dengan Azril tapi hubungan kami tak berhasil,”

Ahmad Syahrain mula menarik senyumnya. Tapi masih nampak tak ikhlas!

“Dulu jugak saya pernah tak suka awak.” Untuk seketika aku berhenti menarik nafas.

Wajah Ahmad Syahrain kembali kelat. Dia menundukkan kepalanya.

“Tapi sekarang saya buka peluang untuk kita melangkah ke hubungan baru. Awak teman lelaki saya dan saya teman wanita awak. kalau jodoh panjang in shaa ALLAH awak suami dan saya isteri awak,” sambungku dengan senyuman jahat. Seronok pulak aku tengok bos patah hati!

Dia lantas mengangkat kepalanya.

“Are you serious?”Dia tidak percaya. Pandangannya penuh curiga.

“Tak nak? Tak nak takpelah!” Sengaja aku mengusiknya.

“Eh..Eh...mestilah nak!” Gelabah dia menjawab bersama senyuman simpulnya.

Aku senyum.

“Bos pun pandai menggelabah?”Usikku bila dia tidak keruan.

“Belajar dari awaklah!” Sambutnya, mengenakan aku pula.

Akhirnya, kami sama-sama tertawa. A good start isn’t?

***

“Do we have to go to your friend’s party, tonight?”Tanyaku, malas.

“Kenapa tak nak pergi? Awak nak membuta yek?”tebaknya dengan senyuman nipisnya. Sticky note milikku diambil dan sengaja dilekatkan di dahiku.

Aku mencebik. Tahu je! Sticky note yang ditampalnya di dahi tadi aku buka dan aku lekatkan di hidungnya pula. Memang sicky note ini habis sebab dia aje! Sama ada atas urusan rasmi atau tidak.

“Kita tak akan lama kat situ. I’ll promise you,” janjinya.

Aku mengangguk, setuju.

“Habis sticky note ni karang!”Aku pura-pura marah dan merampas sticky note yang baru dia mahu capai. Nak koyak yang barulah tu!

“Alah, biasanya sebab awak jugak!” usiknya dan kami melepaskan tawa bersama-sama.

Malam akhirnya tiba. Turun daripada kereta, Ahmad Syahrain tiba-tiba meneliti pakaianku dari atas sampai ke bawah.

“Kenapa? Ada yang tak kena ke?”Soalku sambil membetul-betulkan tudung.

Dia mengetapkan bibirnya. Gelisah tiba-tiba.

“Awak cantik sangat malam ni. Saya jadi takut,”

Aku senyum kecil.

“Takde apa yang awak nak risau sangat. Hati saya Cuma pandang awak aje. Shall we?” pujukku.

Senyuman kelegaan mula diukirnya dan dia mengangguk seraya melangkah masuk ke dalam kawasan rumah kawannya.

Suasana majlis malam ini ternyata meriah.  Ramai kenalan teman lelakiku yang hadir pada malam ini. masing-masing membawa pasangan. Makanan dan minuman yang dihidangkan pula sangat membuka seleraku.

“Am...saya nak pergi jumpa kawan saya kat sana. Awak makanlah dulu. Nanti saya datang,” ujar dia sambil menunjukkan satu sudut.

Aku mengangguk lalu tersenyum.

“Cepat sikit tau. Saya tak biasa majlis macam ni,”  pesanku sebelum dia melangkah.

“Baik cik puan!” balasnya dan pergi.

Hmm...apa aku nak makan ni? Gumam hatiku lalu memandang satu persatu hidangan dihadapan mataku.

“Hai?” sapa seseorang.

Aku berpaling untuk memandang gerangan yang menyapa.

“Oh, Azril. Awak pun ada kat sini,”jawabku mendatar. Apasal dia pun ada kat sini? Nampak dek Ahmad Syahrain habis aku!

“Kawan saya yang ajak datang sini. Tak sangka pulak awak pun ada. Datang dengan siapa?” Tanya dia ramah.

“Saya datang dengan teman lelaki saya, Rain. Awak kenalkan yang hari tu kita jumpa depan restoran,” balasku mengingatkannya.e

Dia tersenyum kelat.

“Oh...err pilihlah makanan lepas tu boleh kita sembang-sembang sambil makan,” cadangnya lalu menyuakan pinggan padaku.

“Err..sa...saya tung..tunggu....”Mataku meliar mencari Ahmad Syahrain. Mana pulak dia pergi?

“Eh...jomlah,” pujuknya bersungguh lalu meletakkan beberapa jenis makanan di atas pinggan yang sedang aku pegang.

Mahu tidak mahu terpaksa jugak aku mengangguk memandangkan dia sudah bersungguh begitu. Bukan bersungguh tapi lebih kepada memaksa! Dia membawaku duduk di satu ruangan yang agak terpencil.

Aku mengunyah perlahan sosej bakar sambil mendengar Azril bersembang itu dan ini padaku.  Setiap apa yang dia katakan, aku hanya membalas dengan anggukan dan deheman mengiayakan kata-katanya. 
Bosannya! Ahmad Syahrain tolonglah call saya...

“Mira...”Meleret Azril memanggil namaku.

Aku mengangkat kepala yang dari tadi tunduk memandang makanan.

“Hmm...”balasku, malas.

“Kita mula semula,” luahnya lalu membawa tangannya ke tepi bibirku dan mengesatnya perlahan.

Aku mengerutkan dahi dan ingin menepis tangannya. Tapi belum sempat aku berbuat demikian telinga ini sudah menangkap bunyi hempasan kerusi dari tepi. Pandangan aku talakan ke situ. Ahmad Syahrain! Lelaki itu berlari anak keluar dari majlis ini tanpa menungguku.

Tidak mengambil masa yang lama, aku menapak keluar dari majlis ini tanpa membalas kata-kata Azril. Apa yang penting saat ini adalah Ahmad Syahrain!

“Ahmad Syahrain!” jeritku bila dia mahu membuka pintu keretanya. Wajah  itu kelat sekelatnya! Pantas aku merapatinya. Lengan yang dibaluti baju kemeja berlengan panjang miliknya aku capai.

“Listen to me!”arahku bila dia membentak mahu dilepaskan.                                

“Apa lagi yang nak didengarkan? Penipuan  apa lagi?”marahnya dengan mata yang memerah, menahan marah dan mungkin juga tangis.

Aku diam. Ini semua Azril punya pasal! Mangkuk betul!

“Apa? Hati awak Cuma pandang saya? Itu semua bohong!” ejeknya lagi lalu berpaling kea rah lain.

“I love you!” luahku perlahan. Memang itulah letaknya dia dalam hatiku. Hampir 6 bulan kami bercinta, aku tahan mulut ini dari melafazkannya kerana aku mahu menunggu masa dan hari yang sesuai. Nampaknya terpaksa jugak aku melafazkannya dengan cara yang tak romantik begini!

“No! You don’t love me!”cantasnya dengan suara kuat. Tidak percayakan aku!

“Then, marry me! Barulah awak tahu saya cinta atau pun tidak pada awak!” cabarku dengan nafas yang tertahan-tahan. Benci sungguh aku bila aku kata perkara betul orang tak nak percaya!

Dia tergamam.

“Mira!”panggil Azril dengan kuat sambil merapati kami. Dia memandang silih berganti ke arah aku dan Ahmad Syahrain.

“Apa lagi?” marahku lalu memandangnya dengan pandangan yang geram. Aku lagi ada masalah dengan teman lelaki aku, penyibuk ni nak jugak ganggu!

“Mira please bagi saya peluang!” rayu Azril dan ingin meraih jari jemariku.

Dengan pantas Ahmad Syahrain menghalang. Lenganku ditarik rapat ke sisinya. Hmm...marah-marah pun  sayang lagi kat aku!

“Baliklah. Awak merayu pun saya tak nak kat awak. saya nak bos saya ni je,”ujarku lalu menarik lengan baju Ahmad Syahrain.

“Tapi...”

“Takde tapi-tapi. Kisah kita dah tamat empat tahun lepas bila awak tinggalkan saya sebab awak malu dapat teman wanita yang gelabah macam saya! Teman wanita yang awak kata perosak majlis dan lagi teruk awak sanggup curangi saya,” kataku dengan air mata yang sudah bertakung.

Azril menunduk.

“Tapi saya yakin lelaki yang bernama Ahmad Syahrain ni tak akan tinggalkan mahupun curang dengan saya sebab dia terima saya apa adanya,” sambungku lagi.

Bila melihat Azril masih menunduk aku merapati telinga Ahmad Syahrain. Ingin berbisik.

“Err...awak tak akan tinggalkan atau curang dengan saya kan?” bisikku perlahan. Ingin mendapatkan kenyataan rasmi darinya.

Dia mengerutkan dahi sebelum menjentik dahiku lembut.

“Adoi!”Aku terjerit kecil lalu menyapu tempat yang dia jentik tadi.

“Soalan apa ni, Am? Mestilah tak!” balasnya, sedikit geram bercampur manja.

Azril memandang pelik ke arah kami.

“Sorry. Saya tanya aje. Janganlah marah!” Aku menggaru kepala yang dibaluti tudung. Malu kerana masih meraguinya!

“Hah...Mr. Azril or whatever, dengar sini! Bakal isteri aku dah terang-terang cakap yang dia tak nak kat kau. so, back off! Apa-apa kenangan sila simpan dalam muzium!” ujar Ahmad Syahrain sedikit keras bercampur sinis.

Azril mengetap bibirnya. Tidak berpuas hati.

“Pandai tak saya cakap? Cool tak?” bisik Ahmad Syahrain di tepi telingaku.

Aku memandangnya dan mengangkat kedua-dua belah ibu jariku padanya. Double thumbs up for my hubby to be!

“Lagipun dia dah lamar aku tadi!” tambah Ahmad Syahrain lagi. Yakin!

Aku memusingkan kepala ke arahnya. Dahi  aku kerutkan. Aku memang melamar tapi bukan secara direct la mangkuk!

Ahmad Syahrain buat muka selamba dan sikit pun tak memandang padaku.

“Betul ke Mira?” Tanya Azril bernada kecewa.

“Betul! Jangan lupa datang masa majlis kami nanti. Kan, sayang? Awak jemput dia jugak kan?”

“Of course sayang!” jawab Ahmad Syahrain mengada-ngada dan melemparkan pandangan menggodanya terus ke mataku.

Aku membalasnya dengan senyuman yang tak kurang menggodanya.

“Okay! Fine! Good bye forever!” pamit Azril kasar dan berlalu pergi.

Aku menghantar Azril hanya dengan pandangan mata sedangkan Ahmad Syahrain sudah melambai-lambai gembira menghalau lelaki itu.

“Lah? Macam tu aje?” keluhku sedikit kecewa. Baru nak berdrama lebih sikit dah blah macam tu?

 “Apa yang macam tu? Jangan bagitahu saya yang awak kecewa sebab dia tak merayu-rayu kat awak!” marah Ahmad Syahrain dengan pandangan curiganya.

“Alah, bos saya cakap aje. Janganlah emo sangat!” usikku lalu menayangkan gigi penuh milikku.

Dia senyum.

“Kita kahwin ya?” katanya tiba-tiba.

“Okey!” jawabku pantas dan beberapa saat kemudian tersipu-sipu malu. Ades! Apasal la kau tak main tarik tali dulu, Mira! Kutuk hatiku.

“Alhamdulillah!” lafaznya penuh kesyukuran bersama senyuman manis untukku.

Dan...begitulah cerita romantika antara aku dan Ahmad Syahrain. Bahagia in shaa ALLAH selamanya.  Apa? Si Azril? Si Azril memang tak jumpa-jumpa aku dah lepas dia cakap ‘good bye forever’. Bagus jugak macam tu! Kalau tak satu hal pulak aku nak kena handle cemburu si Ahmad Syahrain! Gelabah aku pulak memang ada tapi Berjaya dikawal supaya tidak ke tahap kronik jadinya.Thanks to my hubby, Ahmad Syahrain!  Pesannya..kalau  nak gelabah sila bertenang, tarik nafas-hembus dan kira sampai sepuluh dan ingat dia! Tapi dia kata tips  tu untuk aku aje! Sorry ya :P


...TAMAT...


p/s : ini mungkin my last masterpiece. harap sudi komen ya para pembaca sekalian :)

27 comments:

Unknown said...

best :-)

Anonymous said...

best2

Anonymous said...

rajin2 la update cik writer...hihihi...
mini novella or novel xde ke???
selamat berkarya

Anonymous said...

nk cerpen lagiiiii

Anonymous said...

like2

Anonymous said...

Tq. Best sgt. Cik writer, jgn la stop menulis cerpen. Kalau cik writer xmau tulis cerpen lg, apa kata tulis novel pulak. Confirm meletops

Anonymous said...

dh nk stop menulis ke????knp????

Anonymous said...

Best...nk cerpen lgi..jgn laa stop...huhu

Anonymous said...

last???whyyy???

Nooraihas said...

salam... pembaca2 karya saya! terima kasih sudi komen ye. really appreciate :) Ttg nk bhenti menulis, saya masih fikirkan. ada rezeki saya pasti akn mnulis lgi...

Anonymous said...

maybe kene promote lebih sikit kot.baru orang tahu pasal blog ne.ape pon, teruskan usaha.bukan senang nak dpt kelebihan cam awak ade, so gunakan lah sebaik nye.keep good work girl:)

Anonymous said...

best2
jangan la berhenti menulis.
semua karya awak mmg best!
hope akan ada cerpen seterusnya :)

Unknown said...

tak sabar nak baca yang serterusnya...terbaiklah

Kak Sue said...
This comment has been removed by the author.
Kak Sue said...

besttt... janganlah berhenti menulis...
cerita blog ni mudah difahami...

sentebale-hk said...

I pun gelabah gelabah jugak mbaca ni...hehe..wehhh cik writer, bakat terbaikkk mcm u nak resign dah ke? Arrr sudah..kat mn lah lg nak singgah menggelabah sambil layan cervel besttt mcm kat sini kalau u off!?
Teruskan..keep it up okayy..sayang la bakat gile punye best mcm ni x show offffff!!

ija anas said...

alalaaa.. janganlah berhenti menulis. gelabah jugak saya nak mencari penulis best macam awak ni. hee :)

Anonymous said...

best2 suke2 like2 cik writer janganla bhnti tengah jalan sayang bakat tpendam nih....

hasu aiman said...

Kontroversi je seme nie... nk promosi.. huh...

Unknown said...

hahaha . saket btol gelak . :D . best !!

Anonymous said...

dah bnyak kali khatam cerpen2 cik bloggertpi x pernah bosan..best sngt teruskN BERKARYA ye cik blogger!!

Anonymous said...

Haha..lawak btul cerpen ni.. Best sgt2..

Unknown said...

Best la cerpen ni miss writer..si husband caring sngt dngn sifat gelabah si wife..ohh i can't feel how romantic they all

nur faizah said...

Best laa

nur faizah said...

Best laa

Anonymous said...

Kak aihas xnk buat cervel baru ke? Xpe saya sabar menunggu berita baik dari akak.

Unknown said...

Sweet sgt !! Nk lgi cite