Oh, Pengikut Setiaku!!!

Saturday, July 13, 2013

#21 Yakinlah Cintaku- Part A

Tajuk : Yakinlah Cintaku
Nama penulis : NOORAIHAS
Tarikh post : 14 Julai 2013


PART A

Dalam hidup ini banyak perkara pelik dan melangkaui akal fikiran kita akan terjadi. Apa yang kita duga, tidak akan menjadi, manakala apa yang kita tidak pernah duga pulak yang berlaku. Hidup ini aneh!  Jodoh juga aneh! Boleh jadi orang yang berselisih sebentar tadi adalah jodoh kita.Cuma perlukan perasa CINTA dan rencah SAYANG untuk menjadikannya sebuah jalan cerita yang bernama KEHIDUPAN...

“Aku terima nikahnya Khadijah Syuhaidah binti Khalid dengan mas kahwinnya RM 80 tunai,” lafaz Muhammad Farhan dengan yakin.

“Sah!”

“Sah!”

“Sah!”

Sebaik sahaja saksi dan imam mengesahkan akadnya, Paan segera bangun dan begerak kearah bapa mertuanya.

“Terima kasih ya bapak. Terima gua jadi menantu!” bisik Muhammad Farhan yang suka di gelar Paan dalam kalangan member-member motornya.

Lelaki tua separuh abad itu hanya menjeling tajam. Tidak suka dengan jejaka yang baru sahaja bergelar menantunya beberapa saat tadi. Pandangannya dihalakan pada si anak gadis yang ayu bersimpuh di suatu dudut rumah.  Walaupun dia tidak pasti apa sebab anak gadisnya bertindak  mengahwini mat rempit itu, namun dia tetap tidak bersetuju!

Khadijah Syuhaidah memandang ke dalam mata papanya. Dia tahu mata tua itu masih marah dengan tindakannya mengahwini kaki motor seperti  Paan tapi dia terpaksa! Bukan salah orang lain, tapi salah papanya jugak! Beria inginkan cucu dari kerabat yang baik-baik.  Oleh itu, dengan mengahwini Muhammad Farhan, dia yakin papanya tidak akan mengungkit isu cucu ini. Maklumlah, siapa yang akan berkehendakkan cucu jika susur galurnya bermasalah seperti Paan!

Cucu? Maknanya harus berkahwin dan hamil! Tapi ,Khadijah Syuhaidah trauma! Ya, dia seorang gadis yang cukup  trauma bila mendengar perkataan HAMIL! Apatah lagi melihat dan mengalaminya! Cukuplah peristiwa dia melihat arwah mamanya yang tumpah darah ketika mengandungkan  adiknya, Khalif tujuhbelas tahun lalu itu dijadikan pengajarannya. Dia tak akan MAHU mengandung!

Perkahwinannya dengan Paan bukan kahwin kontrak atau kahwin kerana terpaksa.  Tapi kerana masing-masing punya kepentingan tersendiri . itu puncanya! Ini bukan drama atau novel melayu kini yang selalu dibaca dan ditontonnya. Ini kisah realiti antara Khadijah Syuhaidah dan Muhammad Farhan yang baru bermula.

Bunyi pintu dikuak dari luar mengejutkan Muhammad Farhan yang sedang bermalasan di atas katil isterinya. Wajah kepenatan Khadijah Syuhaidah dipandang bersahaja.  Tiada niat nak menyapa apatah lagi beramah mesra seperti pasangan pengantin lain dimalam pertama pernikahan!

“Assalamualaikum,” Khadijah Syuhaidah memberi salam.

Salam yang diberi hanya disambut di dalam hati Paan sahaja. Dia bukan berminat sangat dengan peguam muda itu. Tapi memandangkan wanita itu sudah membantu menyelesaikan hutangnya, maka dia terima sahajalah bila Khadijah Syuhaidah ‘melamarnya’ untuk dijadikan suami kepadanya. Inilah makannya bila berhutang, dengan badan dan statusnya sekali tergadai! Dulu bujang, kini suami orang! Pertemuannya dengan wanita itu bermula apabila dia telah membantu menyelamatkan Khadijah daripada menjadi mangsa ragut  salah seorang rakan rempitnya. Pada masa itu mereka masih dalam perlumbaan. Kerana menolong Khadijah, Paan yang biasa menang perlumbaan haram,kalah pada hari itu dan menanggung hutang pertaruhan. Dua minggu selepas dia menyelamatkan Khadijah, wanita itu kembali dengan niat untuk membantunya tetapi dengan syarat dia harus menikahinya dan kerana terdesak Paan menerimanya tanpa berfikir dua kali. Dia juga sudah berjanji dengan Khadijah untuk tidak terlibat dalam dunia rempit lagi. Jika dia ingkar, Khadijah akan meminta ganti rugi lebih dari apa yang dia mampu!

Khadijah  Syuhaidah  mengerling sekilas kearah Paan. Muka lelaki itu nampak sangat terpaksa. Namun, walau apa pun lelaki itu tetap sudah sah bergelar suaminya petang tadi. Melihat kepada kepala anginnya Paan, nampak gayanya dialah yang harus mencorakkan hubungan baru ini. Bukan nak kata apa, pada pandangannya, Paan seorang lelaki yang tidak matang, suka bertindak melulu dan panas baran. Seratus peratus kontra dengannya! Untuk memastikan Paan tidak kembali ke dunia rempitnya sahaja Khadijah harus mengugutnya dengan ganti rugi yang dia tahu Paan tidak akan mampu bayar!

Paan yang menyedari pandangan isterinya itu bertindak menuruni katil dan menuju ke sofa sudut yang terdapat dalam bilik itu.

“Han,” panggil Khadijah Syuhaidah senada.



Paan berpaling memandang isterinya. Han?

“Tidur je sebelah saya. Tak ada dalam ajaran Nabi kita suami harus tidur berasingan dari isterinya, melainkan dalam keadaan tertentu,” ujar Khadijah Syuhaidah, tenang.

Paan terkedu! Eh, perempuan ni, tak takut ke kalau aku terkam dia malam karang?

Khadijah Syuhaidah berlalu ke katil dan membaringkan tubuhnya yang sudah kelesuan di situ. Melihat suaminya yang terkebil-kebil memandangnya, dia menghulurkan senyuman kecil yang sedikit sinis. Kata mat rempit sejatilah, pailanglah, abang longlah...ini baru ajak tidur sekatil dah terkebil-kebil? What a childish! Bisik hatinya.

“Err...gua bukan apalah kan lu ni tak takut ke kalau gua terkam lu tengah malam karang? Lu tu macam ikan, gua pulak kucing. Mana ada kucing tak makan ikan!” Kata Paan sambil menggaru rambutnya. Serabut pulak dia! Macam terbalik pun ada! Yalah, dia pulak gabra, isterinya itu relaks aje!

kucing? Ikan? Tiada dalam kamus rumah tangganya. Dia sedar tanggungjawabnya dan hak yang sepatutnya menjadi milik Paan. Dia terlebih tahu. Dia peguam masakan dia boleh terlupa atau pura-pura lupa dengan nafkah batin untuk Paan. Kalau Paan mahukannya malam ini, apa hak dia untuk melarang? Risau mengandung? Dia awal-awal lagi sudah mengambil pil perancang!`

Khadijah Syuhaidah senyum lagi  sebelum menepuk lembut bantal di sebelah kanannya. Menggamit suaminya yang jelas nampak kekok dengan situasi yang melanda mereka saat ini.  Namun dalam situasi mereka sekarang,  dia perlu bijak mengawal keadaan. Paan masih terkejut dan tidak biasa menerima layanan istimewa daripada orang disekelilingnya. Maklumlah, mat rempit! Mana ada mat rempit cakap lembut-lembut apatah lagi menerima layanan first class macam ini.  Yang ada pun sumpah seranah dan maki hamun! Tambahan, Paan anak yatim piatu! Sudah tentu dia tidak terdidik dengan rapi!

Paan ragu-ragu. Nak gerak ke tidak? Biar betul perempuan ni?Namun, dalam tidak sedar kakinya tetap juga melangkah ke birai katil. Dia meneguk air liur yang nyata susah ditelan. Punggungnya dilabuhkan di situ. Matanya terkelip-kelip menentang pandangan Khadijah Syuhaidah.

“Awak tidur okey. Jangan risau, saya tak kacau awak!” Serentak itu Khadijah Syuhaidah menarik selimut. Dalam mata yang terpejam, Khadijah Syuhaidah masih sempat tersenyum. Kalau sepuluh mat rempit macam ini, aman dunia...Getus hatinya.

Perlahan Paan merebahkan badannya di sebelah isterinya. Berdebar! Biasalah, pertama kali tidur dengan yang berlainan jantina ni! Sejahil-jahil dia pun, tak pernah merosakkan anak dara orang. Hidup biar pailang! Janji tak tebuk anak dara orang! Itu pegangannya selama 28 tahun ini.

***

“Han!” Kejut Khadijah Syuhaidah perlahan.

Paan masih lagi tidak berkutik. Lena sungguh dia! Khadijah Syuhaidah memerhati segenap raut wajah suaminya itu. Manis! Paan bukanlah lelaki yang jatuh dalam kategori kacak tetapi lelaki itu masih ada manisnya. Sekali pandang macam Arjun Rampal, pelakon Hindustan yang dia sangat minat itu. Itu kalau sekali pandanglah. Kalau dua tiga kali pandang...memang Muhammad Farhan!

“Han!” Gerak Khadijah Syuhaidah sekali lagi. Sekali sekala matanya melirik ke jam di dinding. 6.30 pagi! Subuh semakin tiba dipenghujungnya. Paan pula masih liat untuk bangun.

“Han!” Kali ini Khadijah Syuhaidah menyentuh kaki lelaki itu.

Paan bergerak sikit.

“Meon, lu janganlah kacau gua. Gua penat ni!”Paan menarik selimut terus menutupi mukanya. Bengang betul bila ada yang mengganggu masa lenanya.

“Han, bangun subuh!” ujar Khadijah Syuhaidah sedikit lantang. Dekat di cuping telinga Paan. Ngigau ke apa suami aku ni? Meon dia panggil aku?

Paan secara automatik membuka matanya. Terkejut! Terus terduduk di birai katil. Dia menggosok matanya beberapa kali. Khadijah Syuhaidah! Bukan Meon lah Paan oiii!

“Hmm... apa?”Soalnya dengan suara serak. Nak cover sebenarnya! Kedua-dua belah telapak tangannya dibawa ke sekitar mulut. Meraba-raba kawasan berhampiran bibirnya itu. Manalah tahu tidur malam tadi ada meninggalkan kesan  ‘empangan pecah’.

“Subuh. Awak tak nak solat?”Tanya Khadijah Syuhaidah lalu menghulurkan tuala.

Paan mengetap bibirnya. Solat? Solat yang tenggelam timbul itu?sekejap buat sekejap tidak? Dalam serba salah Paan tetap menyambut huluran tuala dari isterinya itu. Malu sebenarnya.

Khadijah Syuhaidah memandang suaminya yang melangkah ke kamar bilik air bersama senyuman. Dia perasan riak wajah Paan berubah bila ditegur begitu. Tapi menjadi tanggungjawabnya untuk ’menarik’ Paan ke jalan-Nya. Bukankah itu salah satu tugas seorang isteri?

Dia tahu Paan lelaki yang baik. Sebelum  berkahwin lagi dia sudah siasat latar belakang Paan. Suaminya itu mula terjerat dalam dunia motor kerana desakan hidup. Mungkin dalam fikirannya, hanya dengan berlumba haram sahaja dia dapat meningkatkan pendapatannya untuk terus hidup di bumi Kuala Lumpur.

PAAN menyapu gel disekitar rambutnya. Sekali sekala matanya tertancap juga pada Khadijah Syuhaidah yang juga sedang bersiap untuk ke pejabat.  Wanita itu menghadiahkan senyuman padanya sebaik sahaja dia selesai   menunaikan solat Subuhnya tadi. Mungkin menzahirkan kegembiraannya melihat dia mengerjakan solat.

“Hari ni Han balik pukul berapa?”Khadijah Syuhaidah memandang Paan sambil membetulkan kot yang tersarung di badannya.

Paan menjungkitkan bahunya. Kerja Mat Despatch sepertinya memang  tiada masa balik yang tetap. Jadi, untuk soalan isterinya itu dia sendiri tiada jawapan. Tapi, kalau dia nak, dia boleh je ponteng!hehehe...Lawaknya dalam hati.

khadijah Syuhaidah mengerutkan dahi melihat tingkah Paan yang tiba-tiba senyum sendiri.

“Han?Okey?”

“Ehh....Hmm...Kenapa lu tanya soalan KBKK macam ni? Gua tak suka betul! Gua  tak larang kalau lu nak balik lewat.  jadi, lu jangan nak memandai nak ambil port dalam hal hidup gua!” Tegas Paan, tidak mahu terlalu berlembut dengan Khadijah Syuhaidah.

Khadijah Syuhaidah senyum lagi. Mudah betul Muhammad Farhan ni naik angin! Tapi yang hairannya dia tak rasa nak marah!

Paan mengerutkan dahinya. Kena marah macam itu pun boleh senyum lagi? Pelik! Isterinya ini sejenis spesis yang baru ditemui ni!

“Dijah tanya sebab Han kan suami Dijah. Nanti apa pulak Dijah nak cakap kat papa kalau Han balik lewat. Sementara kita tinggal kat rumah papa, Dijah harap Han dapat bersabar. Nanti Dijah pujuk papa dan kita pindah rumah lain. Boleh ya?”

Paan memegang dahinya. Alah, macamlah susah sangat nak jawab ‘YA’ Paan oii! Macam nak jawab soalan antara hidup dan mati! Paan...Paan...

“Bolehlah...Tapi gua tak janji paling lewat gua boleh sampai rumah pukul berapa. Tapi gua akan cuba balik awal jugaklah untuk lu,” kata Paan dalam nada malasnya.

Khadijah Syuhaidah senyum. Good boy!

“Lagi satu, boleh tak Dijah nak request something?” pinta Khadijah Syuhaidah, lembut. Matanya merenung tepat ke dalam anak mata suaminya.

Paan mengerutkan dahinya. Apa lagi ni?

“Hmm...Apa?” Soal Paan sambil  memakai jam tangan yang baru dibelinya . Jenama Tag Heur you alls! Tapi cap Petaling Street lah! Hehehe...

“Dijah tak nak ada gua-lu antara kita. Yang ada Cuma Han dan Dijah. Boleh kan?”

Paan mencebik. Apa Han-Dijah? Macamlah aku dengan dia ni cintan-cintun! Macam geli! Tak! Memang geli pun!

“Tak nak! Gua-lu lah! Baru rock!”protes Paan.

“Nope! Han dan Dijah!”

“Tak nak!!!” Dengan nada yang menjengkelkan, Paan bersuara. Sengaja dia menarik muka bersama mata yang sudah dijulingkan! Budak-budak betul Paan ni! Padahal dah boleh jadi bapak budak! Ish...Ish...

Khadijah senyum manis sambil mengangkat keningnya sebelah lalu dia berjalan menghampiri suaminya itu.
Paan yang menyedari langkah isterinya yang kian menghampiri, tiba-tiba rasa kalut! Perasaannya seperti isterinya itu mahu merogolnya pulak! Cit! Ada pulak perempuan nak rogol lelaki!

“Lu ni kenapa? Jangan nak buat yang bukan-bukan dengan gua! Gua ni teruna lagi okey? Tak pernah kena punch dengan mana-mana puncher okey?” Sudah melalut-lalut ayat yang keluar dari bibir Paan. Khadijah yang mendengarnya hampir menghamburkan tawanya! Ada pulak tak pernah kena punch dengan mana-mana puncher? Tak pernah kena tebuk dengan tupai ada la! Paan...Paan...merosakkan peribahasa!

“Kalau awak tak nak saya punch awak, sila tukar bahasa ganti diri awak. immediately!” Khadijah sudah memberi amaran keras. Wajahnya sengaja diseriuskan. Biar Paan takut!

Laju-laju Paan mengangguk. Gentar pulak kalau betul isterinya mahu melakukan yang bukan-bukan! Biarpun dia lelaki, tapi dia masih menjaga maruahnya! Ingat perempuan aje tahu jaga maruah diri ni? Lelaki pun sama, okey?jiwa dan raganya hanya bakal diserahkan kepada cintanya yang halal! Eh, yang halal tu Khadijah lah!  Cuma dia tidak mencintainya lagi. Belum tangkap cintan lagi! Apalah kau Paan!

Okey, good boy!” ujar Khadijah lalu diusap-usap rambut Paan yang baru disapukan gel tadi. Habis berselerak rambut suaminya itu!

“Hei! Apa main rambut gua ni!” marah Paan tanpa sedar menggunakan kembali bahasa kasarnya itu.sedar akan keterlanjurannya, Paan cepat-cepat menekup mulutnya dengan kedua-dua belah tangannya. Oh Mak Gayah! Gua dah salah!

Khadijah pula sudah mengerutkan dahinya. Haish, dia ni memang tak makan saman ya? Marah Khadijah dalam hati bersama tangan yang sudah dicekak di pinggang. Sepenuh akalnya memerah idea untuk mengenakan si suami yang keras kepala! Okey, dapat!

“Han, Dijah dah bagi amaran tadikan? Kenapa tak ikut? Hmm?” khadijah kian merapati Paan yang kebetulan masih berada di penjuru katil. Langkah diatur dengan lagak si penggoda.

Paan yang melihat hampir tertelan air liur. Gugup! Biasalah tak pernah digoda dan menggoda maka kelulah jadinya. Kelam kabut dia menapak ke belakang sebaik melihat isterinya yang makin dekat.

“Jangan dekat! Gua janji gua tak cakap lagi,”rayu Paan.

What? Gua lagi?”Khadijah berpura-pura marah.

“Opps! Han janji tak sebut lagi!” Paan segera membetulkan kata ganti dirinya. Rasa nak muntah pun ada. Tapi tahan jelah demi isteri ‘tercinta’ ni!

“Hmmm...Macam tulah suami Dijah. Dengar kata!” ujar Khadijah sambil mencuit hidung mancung milik Paan.

Paan meneguk air liurnya kasar. Berdebar! Sudah jatuh cintakah? Eh, bukan berdebar sebab jatuh cinta,  tapi takut je...Gumam hatinya. Resah dan tidak pasti.

“Okey Han, Dijah nak gerak dulu. Nak salam?” pinta Khadijah sambil menyuakan tangannya pada Paan.
Bagai dipukau, Paan menghulurkan tangannya untuk bersalam.

“Assalamualaikum Han.”

“Waalalaikumsalam.” Paan menyambut salam isterinya dengan nada perlahan sambil melihat bayang isterinya menghilang disebalik pintu bilik.




bersambung.....

15 comments:

WhiteBlueSnow said...

Best... bile kuar Part B pulak? Hehe

nur hannatie said...

wah best..good job writer...cepat lah sambung ^_^..

Anonymous said...

Best...nk lgi..cumel laa paan nie...

Mira_Othman said...

best3x! >.<

Anonymous said...

best :) sy suka semua cerita awak .. sila sila buat lagi cerita yg ada isi, plot menarik ye.. moga terus sukses dan diberi idea yg meletopp buat cerpen yang ohsem xD

myaz (tak boleh nak letak nama on mobile ni)

Anonymous said...

Wah...best!best!writer cpt tau buat part B punya.dah lama ni tunggu cerpen cik writer.hu hu sampai berjanggut ni hah!! He he :-)
-Nursha-

N.A said...

interesting!!!

cikjah said...

best2...sile la smbung ye.

nisa said...

suka..Han Dan Dijah :)

nisa said...

suka..Han Dan Dijah :)

Anonymous said...

besttttt sambung lagi plisssss
jgn lme sgt post nex entri

Anonymous said...

best..
nk lagi...
ad brape part???

Ai said...

hehe comel :) Ai tunggu lagi :)

Linda said...

Bestnye... Nak lagi

Nooraihas said...

Terima kasih kepada para pembaca yg sudi komen!sabar menanti kisah Han-Dijah yang selanjutnya ya!

salam sayang, NOORAIHAS :)