Oh, Pengikut Setiaku!!!

Saturday, July 20, 2013

# 23 Yakinlah Cintaku- Part B

Tajuk: Yakinlah Cintaku - Part B
Nama Penulis: NOORAIHAS
Tarikh Post: 21 Julai 2013


Paan menggeleng untuk yang kesekian kalinya. Dia tetap tidak mahu! Apa barang pakai barang macam tu! Jatuhlah maruah dia! Mesti Meon nanti gelak guling-guling tengok dia pakai barang tu!

“Kenapa tak nak? Comel apa? Kita beli yang couple punya. Barulah nampak yang Han suami Dijah dan Dijah isteri Han,” kata Khadijah tidak mahu beralah.

“Ish, Han tak naklah. Nanti Meon gelak guling-guling tengok Han pakai handphone warna macam ni,” balas Paan sambil menunjuk tangannya ke arah Samsung Note 2 yang berwarna pink itu. Pink? Sangat bukan jiwanya!

“Tak boleh! Han dah banyak kali tolak hadiah yang Dijah nak bagi kat Han. Tapi kali ni Han tak boleh menolak lagi. Titik!” Tegas Khadijah lagi sambil mencekak pingganggnya.

“Dijah nak beli Dijah belilah. Tapi Han tak akan pakai!” Bentak Paan.  Sedikit keras.

Khadijah membulatkan matanya.

“Dijah dah beli. Han kena pakai kalau tak...” Khadijah membiarkan bicaranya tergantung. Sengaja bikin saspen sikit.

“Kalau tak apa?”Soal Paan tidak puas hati.

I will kiss you right now. In front of the people,”ugut Khadijah bersama kening yang sudah terangkat.

Paan mengerutkan dahinya. Apa bendalah yang mak cik ni mencarut dalam bahasa Inggeris ni? Macam gua fahamlah kan? Tapi takkan tak nak balas pulakkan? Nanti jatuhlah maruah gua!

Whatever! I don’t err...err...kisah-kisahlah!” balas Paan dalam bahasa Inggeris yang memang tahap dewa rosaknya!

Khadijah Syuhaidah hanya mampu menahan tawanya dalam hati. Tidak mahu Paan berkecil hati.

“Han...Dijah ambil ya? Nanti kita boleh video call, boleh wechat, boleh macam-macam bolehlah!Han terima ya?” pujuk Khadijah lagi.

Paan berkerut dahi mendengarnya. Video call mungkin dia faham lagi. Tapi wechat? Benda apa tu? Paan...Paan... buta teknologi rupanya! Bukan dia tidak mahu terima telefon canggih begitu. Masalah selain warnanya yang sangat ‘menarik’ hati, Paan tidak mahu digelar menumpang kesenangan isterinya itu. Lagipun dia bukannya tahu sangat guna gadget canggih macam itu. Nanti-nanti jadi hiasan sajelah!

“Dijah isteri Han yang baik hati...Han memang nak tapi Han tak reti guna. Han tak tahu wechat tu apa. Han buta teknologi.” Akhirnya Paan mengaku juga. Mungkin ianya boleh mematahkan hasrat isterinya itu.

“It’s okay. Dijah ajar. “Putus Khadijah lalu berpaling pada jurujual dan membuat urusan jual beli telefon itu.

Paan hanya mengeluh melihat kedegilan isterinya itu. Terlalu banyak budi yang Khadijah taburkan padanya selama hampir lima bulan mereka bernikah. Sedangkan dia, nak memberi nafkah dari segi kewangan pun susah! Nasib baiklah mereka sudah berpindah ke apartment milik isterinya itu. Kalau tidak... mahu dia mati menahan malu dek kata-kata cacian yang sering di hidangkan di cuping telinganya oleh bapa mertuanya itu!


HUJUNG minggu  biasanya Paan akan keluar lepak bersama Meon. Tapi minggu ini kempunanlah dia! Meon pulang ke kampong katanya. Ada hal keluarga yang perlu diuruskan. Untung Meon ada keluarga lagi. Dia jugaklah yang tak beribu dan berbapa. Nasib baiklah sudah beristeri! Ada jugalah teman nak mengisi hujung  minggu yang membosankan seperti ini. kalaulah arwah ayah dan ibunya ada macam manalah kehidupannya ya? Fikir Paan.

 “Han!” tegur Khadijah sebaik sahaja melihat suaminya itu duduk termenung seorang diri di balkoni apartment. Dia mendekati suaminya itu sebelum melabuhkan jari jemarinya di bahu lelaki itu.

Paan tersentak daripada lamunan panjangnya.  Haish, dia ni! Tak boleh aku nak melayan perasaan sikit! Ada aje kat mana-mana. Opps, inikan rumah dia, haruslah dia ada! Apalah aku ni! Bisik hati Paan sendiri.

“Apa yang Han menungkan tu? Tak nak share dengan Dijah? Dijah minta maaf tinggalkan Han sorang-sorang tadi.  Dijah sibuk meneliti kes baru. Maaf ya?” pinta Khadijah lalu memeluk lengan Paan.

“Takpelah. Han faham Dijah sibuk. Dijah peguam. Han ni lainlah mat despatch aje. Tak menjejaskankan keuntungan negara pun kalau Han tak ada,”keluh Paan. Tiba-tiba sahaja dia merasa rendah diri. Dia tahu mengapa dia merasa begitu. Dia sebenarnya sudah jatuh cinta dengan Khadijah Syuhaidah! Tapi dia malu untuk mengaku kerana dia sedar siapa dirinya jika hendak dibandingkan dengan wanita itu. Sampai masanya nanti, pasti Khadijah Syuhaidah akan meminta untuk dilepaskan!

Khadijah ternyata tidak senang mendengar bicara yang keluar dari bibir suaminya itu. Ada apa pada pangkat dan kerjaya? Sedangkan ALLAH S.W.T tetap memandang pada ketakwaan hamba-Nya sahaja. Dia mengaku perkahwinannya dengan Muhammad Farhan ada motif. Ada agendanya yang tersendiri. Namun, dia sudah sematkan dalam hatinya bahawa ikatan antara dia dan Paan adalah yang pertama dan terakhir! Mungkin Paan merasa begitu kerana lelaki itu tidak yakin dengannya!

“Han nak Dijah buat apa untuk memastikan yang Han tidak rasa rendah diri dengan Dijah? Cara apa lagi Dijah nak guna untuk yakinkan Han yang Dijah hanya mahukan Han untuk perkahwinan kita ni? Han bagitahu Dijah,” ujar Khadijah sudah dilanda emosi. Matanya sudah berkaca.

Han memejamkan matanya. Kejamkah dia membuat seorang wanita sehebat Khadijah merayunya? Hanya kerana rasa rendah diri ini? Hanya kerana ingin menyembunyikan rasa cinta yang mula mencambah dalam hati?

“Tak ada apa-apa Dijah. Cuma Han nak pesan, setiap yang bermula pasti ada akhirnya. Macam rumahtangga kita. Satu hari nanti Dijah pasti akan mintak cer...” Tidak sempat Paan nak menyudahkan kata-kata, bibirnya sudah dikucup oleh isterinya.

Terkebil-kebil matanya sekejap. Terkejut! Oh Mak Gayah! Gua dah tak teruna lagi! Bibir gua dah kena cium!

“Dijah haramkan perkatan itu dalam rumah kita ni.  Mungkin Han anggap Dijah umpan Han untuk kahwin kan? Sebab yelah Dijah tolong bayarkan hutang-hutang Han. Tapi  tak boleh ke Han anggap yang jodoh kita memang dah ditakdirkan oleh ALLAH? Dijah boleh terima Han dari awal kahwin sampai sekarang. Kenapa Han tak boleh terima Dijah macam mana Dijah boleh terima Han?"

Khadijah sudah teresak-esak menangis di bahu Paan sedangkan lelaki itu hanya mengetap bibirnya bersama mata yang masih terpejam. Paan takut untuk memandang wajah isterinya itu. Dia bimbang kalau-kalau dia tidak mampu menahan dirinya dan terjatuh dalam permainan perasaan ini. dia sedar dia bukan siapa-siapa. Andai suatu hari nanti ikatan ini  tiba dipenghujungnya bagaimana dia hendak merawat lukanya? Siapa yang hendak dia salahkan melainkan dirinya sendiri!

“Dijah...Han Cuma ada satu hati. Satu hati inilah yang Han kena jaga betul-betul biar yang menerima dan menduduki hati ini adalah yang selayaknya untuk orang yang macam Han ni.Dijah carilah orang yang layak untuk Dijah sebab Han...tak layak untuk mencintai dan dicintai Dijah,” kata Paan lalu bergerak masuk ke dalam rumah meninggalkan Khadijah sendiri di balkoni.

Khadijah menyapu air matanya dan menapak laju menyaingi langkah Paan. Dia berhenti betul-betul di hadapan lelaki itu. Menghalang Paan dari memasuki kamar tidur mereka.

“Kalau Han tak yakin dan rasa tak layak untuk cinta Dijah, izinkan DIjah sentuh hati Han tu dengan kasih sayang Dijah yang sememangnya untuk Han,” putus Khadijah lalu meraih jari jemari Paan sebelum dikucupnya.

 Tubuh tinggi lampai itu di tarik ke dalam dakapannya. Erat! Malah wajah suaminya itu dikucup syahdu dari dahi sehinggalah berlabuh lama di bibir milik lelaki itu.

Paan hanya merelakan setiap perlakuan isterinya itu dan membalasnya. Dia tidak dapat mengelak kerana rasa cintanya pada wanita yang bergelar isterinya itu melebihi segala-galanya! Biarlah jika ada yang menganggapnya mengambil kesempatan. Tapi apa yang penting dia tahu Khadijah Syuhaidah juga mencintainya sebagaimana dia juga mencintainya...

 PAAN tersedar daripada lenanya. Terkebil-kebil matanya memandang syiling. Kenapa rasa lain sangat ya? Dia mengiring menghadap isterinya. Terbuntang matanya melihat keadaan Khadijah sebelum matanya di tala pada tubuhnya pula!

“Aaahhh!” jeritnya sambil menarik selimut menutupi tubuhnya

“Han? Kenapa ni” Tanya Khadijah dengan suara yang serak. Maklumlah tidurnya yang lena terganggu dek jeritan si suami. Jam di sisi meja dikerling. Pukul 3 pagi baru!

“A...apa yang Dijah dah buat kat Han ni? Han tak rela!” Suara Paan sudah sedikit tinggi. Mungkin paranoid melihat keadaan dirinya dan Khadijah pada waktu ini.

“Han tak ingat apa yang kita buat malam tadi? Han ingat Dijah ambil kesempatan pada Han?” Soal Khadijah hampir naik angin bila Paan seperti orang hilang ingatan dan fikir dia sudah mengambil kesempatan pada lelaki itu.

Paan mengerutkan dahinya. Mula berfikir dan mengingati kejadian malam tadi. Satu-satu terlayar jelas dalam kotak ingatannya sehingga membuatkan dia jadi malu sendiri! Berbahang wajahnya menahan malu.

“Sorry...Han terlupa,” kata Paan sambil tersengih sebelum  menggaru kepalanya yang nyata tidak gatal.

Khadijah tersenyum melihat gelagat suaminya yang nyata kurang matang itu. Nasib baiklah Paan tidak menuduhnya cuba mengambil kesempatan. Kalau tidak haru jadinya!

It’s okay. Now i’m officially your lady and you are my man,” ujar Khadijah sebelum mengucup lembut dahi Paan.

Terpinga-pinga Paan mendengar kata-kata yang keluar dari mulut isterinya itu.  Khadijah yang terlupa menepuk dahinya perlahan.

“Dijah cintakan suami Dijah ni!” Bisik Khadijah lembut di telinga Paan. Satu penerangan yang lengkap dan padat!

Tersenyum lebar lelaki itu mendengarnya.

“Lagi satu Dijah tak nak dengar lagi perkataan tak layak atau tak yakin dari mulut Han. Dijah dengar siaplah Han. Han tidur luar!” ugut Khadijah sedikit keras.

Paan menyengih sebelum menaikkan tangannya seakan-akan memberi tabik hormat pada isterinya itu.

“Yes Mam!” jawabnya dengan yakin. Ya, dia mula yakin dengan hubungannya dengan Khadijah! Hanya Khadijah permaisuri dan penakluk hatinya untuk selamanya...

“Lepas ni Han kena masuk kelas bahasa Inggeris la Dijah rasa. Belajar bahasa Inggeris,” cadang Khadijah tiba-tiba.

“Kalau Dijah cikgunya, Han tak kisah.  Sebab Dijah kan baik... Mesti tak marah Han kan kalau Han salah? ” usik Paan bersama senyuman kerang busuknya.

“Eii...takde maknanya! Han salah, Dijah cubit perut Han tu!” sambut Khadijah bersama ugutan kecilnya.

“Kalau macam tu tak naklah kawan dengan Dijahlah!” Paan dah tarik muka. Merajuk!

Khadijah senyum geli hati. Macam tu pun nak merajuk. Haih...suami siapalah ni? Pantas dia membawa telapak tangannya ke pipi suaminya lembut.

“Han adalah khalifah yang Dijah harus hormati. Salah apa pun Han, Dijah kena bagi peluang untuk Han betulkan kesilapan. Han pulak sebagai khalifah kena jugak bagi peluang pada Dijah kalau Dijah ada buat salah sebab Dijah pun manusia biasa, buat salah. Faham?”

 Paan menarik senyumnya seraya mengangguk faham sebelum membawa tubuh isterinya rapat ke dalam pelukannya. Moga bahagia ini untuk selamanya. Doa Paan dalam hati.

***
“Paan!” jerit Mrs. Choi pada Paan yang sedang duduk membaca surat khabar. Terkejut Paan mendengarnya. Nyaris tak terkeluar gegendang telinganya.

“Haiyoo! Mrs. Choi. Naik kembang gegendang telinga saya dengar suara Mrs. Choi tau!”Kata Paan lantas melipat surat khabar yang dibacanya tadi dan meletakkannya di atas meja kopi semula.

“Saya manyak mintak maaf Paan. Saya tak sengaja. Saya nak minta tolong awak hantar ini surat pada alamat ni ya? Emergency ni!”ujar Mrs. Choi pada Paan sambil menunjukkan alamat yang tertera pada sampul surat tadi.

Paan membacanya sekali imbas sebelum menyimpan sampul surat itu ke dalam beg sandang yang selalu dibawanya untuk menyimpan sampul surat yang perlu dihantar.

“Okey Mrs. Choi dalam setengah jam surat ni sampai kat alamat ni!” Janji Paan pada Mrs. Choi.

“Thank you Paan. Awak manyak baik la. Sejak kahwin ni manyak berseri itu muka,” puji Mrs.Choi.

Senyuman Paan melebar mendengarnya.  Ketara sangatkah cahaya kebahagiaan di wajahnya? Mungkin betullah tu. Meon pun cakap benda yang sama. Memang dia bahagia kini. Khadijah Syuhaidah sangat membahagiakan dirinya yang serba kekurangan ini. sungguh dia bersyukur kerana ALLAH S.W.T mengurniakannya seorang isteri yang memahami dan menyejuk pandangan matanya. Alhamdulillah...

“Okeylah Mrs.Choi, saya gerak dulu,” pamit Paan lalu meninggalkan perkarangan tempat kerjanya.

Hampir 15 minit berada dalam kesesakkan jalan, akhirnya Paan tiba juga ditempat yang harus ditujunya. Motorsikal jenama LC itu diparkirkan di tempat meletakkan kenderaan bermotor.  Langkah dibuka  memasuki ruangan lobi syarikat .Besar juga klien Mrs. Choi ni! Tengok banggunan pun dah tahu. Banyaklah bonus aku tahun ni! Gumam hatinya.

Sebaik sahaja kaki Paan melangkah masuk ke pintu utama, Samsung note 2 edisi pink itu berbunyi nyaring menandakan ada panggilan masuk. Skrin besar itu dikerling. My Lady... Tersenyum Paan sebelum menerima panggilan isterinya itu.

“Assalamualaikum My Lady Khadijah Syuhaidah,” Paan memberi salam pada isterinya itu. ‘My Lady’ panggilan yang telah diajar oleh Khadijah padanya ketika wanita itu mengajarnya belajar bahasa Inggeris. Kata Khadijah panggilan itu hanya untuknya . Tak ada perempuan lain yang Paan boleh panggil ‘My Lady’ selain dia. Paan pula  digelar ‘My Man’ oleh Khadijah. Tanda yang hanya Paan satu-satunya lelaki untuk Khadijah Syuhaidah!

 Sambil berbual bersama Khadijah, Paan berjalan menuju ke arah receptionist syarikat dan menyerahkan sampul surat yang berada dalam beg sandangnya. Senyuman ringkas dihulurkan pada si gadis receptionist. Nak mampus kalau terlebih senyum? Nanti Khadijah marah walaupun dia tak ada di sini.

Apabila Paan mahu berpaling keluar, tubuhnya terlanggar bahu seseorang. Dengan segera dia memandang orang yang melanggarnya tadi. Mujur sahaja dia tidak tersungkur dek rempuhan kasar itu.

Tengku Aman yang mulai sedar yang dia sebenarnya terlanggar mat despatch mula naik angin! Memang nak kena! Buta apa tak nampak aku yang handsome macam ni? Dah la mat despatch. Tak reti nak mintak maaf ke? Kutuk Tengku Aman walaupun dia sedar segalanya adalah salahnya.

“Hei you? Buta ke? Tak nampak?” marah Tengku Aman dengan suara yang kuat.

Paan yang baru sahaja berkira nak meminta maaf mula melupakan hasratnya itu. Orang tak ada adab dan bongkak macam lelaki di hadapannya ini memang perlu di ajar! Kau tengoklah nanti. Salah oranglah kalau kau nak buli. Getus hati Paan.

“Hei mangkuk! Lu  yang langgar gua dulu ada hati nak tengking-tengking gua pulak! Mulut lu memang busuk macam bau longkang!” jerit Paan lantang. Sudah keluar kata ganti dirinya yang dulu. Bahu Tengku Aman ditunjal-tunjal dengan hujung jari telunjuknya.

Tengku Aman mula dilanda bengang. Hei, mamat ni memang nak kena! Marah hati Tengku Aman. Dia yang sudah mengepal jari jemarinya mula melayangkan penumbuknya ke muka Paan.

Bukk!

Tubuh Paan hampir rebah dek tumbukan padu Tengku Aman. Kuat jugak mamat ni! Selalu pergi gim lah tu! Itulah kau, Khadijah dah selalu nasihat pergi gim kau tak nak! Sekarang mulalah lembik! Marah hati Paan.  Bibirnya dikesat kasar.

“Lu ni memang biadab kan?” marah Paan sambil mendekati lelaki yang memang nampak angkuh itu. Salah! Lelaki di hadapannya ini memang angkuh!

“Aku biadab? Kau tu yang biadablah! Kalau dah mat despatch tu memanglah! Bodoh!” sindir Tengku Aman serentak itu dia pula yang menerima tumbukan sulung daripada Paan. Jatuh tertiarap dia!

Orang ramai yang mengerumuni mereka mula berbisik sama sendiri.

What is going on here?” Tanya satu suara.

Paan mengerutkan dahinya. Macam kenal suara ni? Lantas dia berpaling ke belakangnya. Matanya mula  membulat dengan dasyatnya. Khadijah!

Khadijah terkejut apabila melihat Paan yang berada di situ. Matanya dihalakan pula pada Tengku Aman yang masih tertiarap di atas lantai. paan bergaduh?soal hatinya. Resah.

“Dijah! Thank god you’re here! Tengok mat despatch ni tumbuk i. I nak saman mat despatch ni!” kata 
Tengku Aman tanpa menyedari hubungan sebenar Paan dan Khadijah.

Paan mengepal tangannya. Geram dengan kenyataan yang keluar dari mulut mamat berlagak itu. Kalau sahaja Khadijah tak ada dah lama dia tumbuk muka mamat berlagak ni! Biar pecah! Namun, demi Khadijah dia sanggup menahan barannya.

“Awak berdua sila ikut saya!” Arah Khadijah sebelum berlalu ke pejabatnya.

Paan tersentak! Ini kawasan kerja Khadijah? Jadi syarikat Khadijah berkerja ni klien terbesar syarikat aku berkerja? Kerana inginkan jawapan, Paan mengangkat kakinya, mengikut langkah Khadijah menuju ke pejabatnya.

“Aman you kenal lelaki yang tumbuk you ni?” Soal Khadijah sebaik sahaja Paan dan Tengku Aman melabuhkan duduknya di sofa yang terdapat dalam pejabatnya.

“Entah! I tak tahu. Tapi i tahu dia kerja mat despatch. Sebab i perasan dia hantar surat kat receptionist tadi. Lepas tu dia langgar i masa i nak keluar tadi. Dah lah i nak cepat!”Tengku Aman mula mengadu sebaik sahaja peluang dibuka oleh Khadijah.

Khadijah Cuma menganggukkan kepalanya mendengar penjelasan dari Tengku Aman yang merupakan klien firmanya.

Paan yang menjadi pemerhati mula tidak berpuas hati. Mamat ni memang suka menipu! Aku yang dipersalahkan untuk salah dia? Dia ingat aku ni apa? Mesin untuk dipersalahkan? Mentang-mentang kaya ada hak lah kau nak rendah-rendahkan aku? Aku mat despatch pun ada adab lagi! Ada hati nak hina aku.

“Hei mangkuk! Lu  memang suka bohongkan? Nak lepas diri! Lu  yang langgar gua dulu. Lepas tu tak pandai nak mintak maaf! Mata letak kat lutut. Otak letak kat cagu! Adab letak kat rumah mak tiri lu,” marah 
Paan sambil memandang tepat anak mata Tengku Aman. Berasap kepalanya mendengar pembohongan lelaki yang digelar Aman oleh isterinya itu.

“Hei, kau ni!” Tengku Aman sudah berdiri. Mukanya sudah memerah menahan geram.

“Sudah!” tegas Khadijah sambil memandang Tengku Aman.

“ Dua tiga orang pekerja i nampak kejadian yang sebenar Aman. You yang langgar Encik Muhammad Farhan dulu. Lepas tu you tumbuk dia. Jangan sebab you nak cepat orang lain jadi mangsa,” tegur Khadijah bersama pandangannya yang tajam. Bukan dia tak tahu perangai kliennya yang seorang ini. semuanya nak cepat!

Tengku Aman terdiam lalu menundukkan kepalanya. Malu.

Paan tersenyum gembira sambil membuat simbol ‘peace’ pada Khadijah. Walaubagaimanapun, isterinya itu masih beriak serius.

“ Dan awak Encik Muhammad Farhan, please mind your language! It’s really harsh! Panggil gua-lu dengan orang yang awak tak kenal. Tolong jaga adab!” Kali ini Khadijah pula menegur suaminya itu. Paan pun apalagi mulalah menarik muka masamnya!

“Okey kalau tak ada apa-apa, Aman you boleh keluar. I ada surat nak bagi pada Encik Muhammad Farhan ni,” ujar Khadijah.

Tengku Aman mengangguk perlahan sebelum menapak keluar dari bilik peguam muda itu. Sebelum itu sempat lagi dia menjeling Paan. Paan yang perasan jelingan lelaki sombong itu mula membuat muka. Tengku Aman menghempas pintu pejabat dengan kuat tanda marah. paan tergelak-gelak melihatnya.

“Sudah!” tegur Khadijah yang sebenarnya perasan tingkah laku kedua-dua lelaki itu.

“Ehem....Apa surat yang Puan Khadijah Syuhaidah nak saya hantarkan?” Soal Paan kembali serius dan bernada sindiran sebaik sahaja tawanya reda. Mukanya sengaja dimasamkan. Tanda protes!

“Han...” panggil Khadijah lembut.

Paan berpura-pura memandang ke arah lain. Khadijah senyum melihat sikap keanak-anakkan suaminya itu. Mudah sangat Paan merajuk! Dia bangun dan melabuhkan duduknya disebelah Paan. Tangan lelaki itu dielus lembut sebelum menciumnya.

“Han kalau marah, muka makin handsome!” Usik Khadijah.

“Tapi tak sehandsome lelaki tadi kan?”Sinis Paan. Masih mahu merajuk.

“Dalam hati Dijah seorang lelaki aje yang handsome. Han kenal lelaki tu, kan?” Khadijah berusaha untuk memujuk suaminya yang masih merajuk itu.

“Hah? Dijah ada orang lain? Siapa? Jadi selama ini Dijah mainkan perasaan Han lah?” tuduh Paan. Dia sudah mula salah faham dengan Khadijah.

Khadijah menggelengkan kepalanya. Orang nak pujuk, dia salah faham pulak! Getus hati kecil Khadijah.

“Dijah hanya cintakan Han. Tak ada orang lain yang lebih layak selain daripada Han. Dijah dah serahkan segalanya pada Han. Hati dan hidup Dijah hanya untuk Han. Han percayakan?” pujuk Dijah lagi.

Paan mengetap bibirnya. Serba salah. Betul Khadijah adalah sebaik-baik wanita yang pernah dia kenali.  Setia dan selalu memahaminya.

“Maafkan Han . Han sakitkan hati Dijah pulak.kalau Dijah nak, Dijah boleh pukul kepala Han ni sampai Dijah puas hati,”kata Paan sambil menyuakan tangan  isterinya dekat ke kepalanya.

Khadijah tidak menarik kembali tangannya sebaliknya meletakkannya ke rambut si suami sebelum mengusapnya lembut. Jauh daripada jangkaan Paan yang menyangka isterinya itu akan berbuat seperti yang disarankannya.

“Itu bukan caranya. Kalau Han salah, Dijah tak ada hak untuk menghukum. Begitu jugak sebaliknya. Kita suami isteri Han. Han salah, Dijah maafkan. Kalau Dijah salah, Han maafkan. Boleh kan?”lembut Khadijah berkata.

Paan mengangguk laju sebelum menarik tubuh isterinya ke dalam pelukannya. Bertuah sungguh dia kerana memiliki isteri yang baik hati seperti Khadijah.


bersambung...

7 comments:

Mira_Othman said...

wah! ada lagi ea?? -><-

good luck untuk next cerpen! -^^-

Anonymous said...

Besttt

cikjah said...

hahahaha....cepat la sambung lg.lawak ble bace karakter lelaki n perempuan tertukar

Ruunna Qizbal said...

best2... smbng lagiiii

Linda said...

Nak lagii....

Unknown said...

best2 . .

hasu aiman said...

Jerk..