Elya
Nasuha memandang skrin laptopnya dengan pandangan yang tidak berkelip. Tekun
menyiapkan artikel yang akan di masukkan dalam ruangan ‘KERJAYAKU DUNIAKU’
untuk majalah lelaki yang sedang meningkat naik, ‘GAYA MACHOKU’. Dia sebenarnya
agak kurang berkeyakinan semasa awal berkerja untuk majalah itu. Bukan apa,
majalah itu sendiri sudah menggambarkan yang dia bakal di kelilingi jantina
yang di klasifikasi sebagai LELAKI. Dari wartawan sampailah editornya semuanya
lelaki! Nasib baiklah makcik cleaner tu perempuan kalau tak
terkontang-kantinglah dia dalam dunia pekerjaan yang dipenuhi lelaki ini.
Bunyi
ketukan di pintu sedikit mengganggu kosentrasinya. Tangannya sudah berhenti
menaip.
“
Masuk,” arahnya sambil mata masih tertancap di skrin laptopnya.Membaca ulasan
artikel yang baru ditulisnya.
“L?”
panggil Azman, senior Editor untuk majalah lelaki itu sambil mengambil posisi
tempat duduk di hadapan rakan sekerjanya itu.
“
Man, ada apa kau datang bilik aku ni?” Soal Elya Nasuha yang selesa di gelar ‘L’
di kalangan rakan sekerjanya itu. Rakan- rakan sekerjanyalah yang memberi nama
panggilan tu. Kata mereka, baru boleh masuk jadi wartawan majalah ni kalau ada
nama yang ‘cool’. Cool lah sangat!
Azman
tersenyum. Dia menilik wajah gadis di hadapannya ini. Sekali pandang pun dia tahu yang Elya Nasuha
seorang yang sangat berkarisma dan senang diajak berbincang. Sebab itulah dia
selalu berkerjasama dengan gadis itu selain hasil kerjanya yang sangat bagus
dalam memikat para pembaca lelaki di luar sana.
“
Aku saje datang melawat kau. Nak tunggu kau melawat aku memang taklah kan?”
ujar Azman seperti berjauh hati. Sengaja menguji setakat mana gadis itu akan memberi
reaksi.
Elya
Nasuha hanya tersenyum penuh makna. Azman ni mesti nak mintak tolong ni. Kalau
tak memang dia takkan singgah bilik aku ni.
“
Hah terus terang jelah, kau nak aku tolong kau apa pulak kali ni?” Elya Nasuha
malas nak memanjangkan cerita. Lebih baik kita terus ke tajuk utama dari
berlengah membuang masa. Betul kan?
“
Kau ni tak menyempat aku nak bermukadimah, dah kau terjah. Tak romantik betul
kau ni,”
“
kau tu takkan masuk bilik aku ni kalau bukan nak mintak tolong aku,” perli Elya
Nasuha sambil mengetuk mejanya.
Azman
tersenyum kambing!
“Aku
nak mintak kau cover ‘KERJAYAKU DUNIAKU’ untuk bulan seterusnya,”
“Laa,
tu je ke? Kan memang aku yang cover column tu tiap-tiap bulan,” ujar Elya
Nasuha sambil mengambil Samsung Tab miliknya.
“
Tapi kau kena pergi interview orangnya minggu ni jugak,”
“Apa?”
jerit Elya Nasuha. Terkejut.
“
Tapi, kan ni awal lagi. Artikel aku untuk bulan depan punya baru je siap,”
keluh Elya Nasuha lalu memandang Azman yang sudah menyengih, buat muka tak
bersalah lagi!
“
Alaa.. Bolehlah L. Aku yakin kau boleh interview dalam masa terdekat and in the
same time kejar dateline column magazine kita yang dua bulan lagi,”
“
No way Man. Kau ingat aku tak perlu
makan, mandi bagai ke?” Elya Nasuha mula mendengus kasar. Baru ingat nak
senang-senang!
“
L, tolonglah. Orang yang bakal kau interview tu busy orangnya. Jarang ada masa
free,” rayu Azman. Bersungguh!
Elya
Nasuha merenung ke dalam anak mata Azman. Masih menimbang tara sama ada nak
tolong atau tak. Azman sudah banyak menolongnya, dari zaman belajar dulu
sampailah dia bekerja sekarang. Takkan dia tak nak tolong.Hmm...
“Okeylah...”
Akhirnya Elya Nasuha mengalah.
Azman
tersenyum senang hati. Kalau tak kerana dia ada lawatan di Korea, dia sendiri
akan turun padang untuk menemubual orang tersebut. Apa –apa nanti kau claim kat
aku ye L!
@@@@@
Elya
Nasuha menilik jam tangan yang tersarung elok di tangan kirinya. Sudah setengah
jam dia menunggu untuk menemubual ketua jurutera Syarikat PETROLEUM itu. Sibuk
bebenar! Gadis yang merangkap setiausaha kepada ‘Encik Jurutera’ itu hanya
tersenyum nipis sahaja melihat dirinya yang sudah seperti cacing kepanasan dek
sudah lama menunggu. Air kopi yang
disediakan gadis itu juga sudah lama licin!
Kalau
tak mengenangkan yang Azman tu rakan yang selalu menolongnya dah lama dia blah
dah dari tempat ni. Agaknya memang sudah menjadi satu kebiasaan untuk orang
yang dah berjaya ni untuk selalu melengahkan waktu dan buat orang lain
tertunggu-tunggu akan kedatangan mereka gamaknya. Nasib baiklah dia sudah lali
dengan perangai ‘orang besar’ macam ni.
“
Lisa, buatkan saya kopi,” arah satu suara.
Elya
Nasuha segera memandang ke arah suara itu. Lelaki itu turut memandangnya,
sebelum penglihatannya kelam.
Elya
Nasuha merasakan ada tangan kasar yang sedang mengelus rambutnya. Penglihatan
yang tadinya kelam sudah mula kembali terang. Perlahan-lahan dia mengerdipkan
matanya beberapa kali sebelum terbangun akibat terkejut dengan figura di
hadapannya ini.
“
Kau!” jerit Elya lalu mengengsot menjauhi tubuh lelaki di sebelahnya itu.
Mikhail
Hadi hanya tersenyum melihat gelagat
Elya Nasuha yang terkejut ala-ala badak termakan spaghetti tu! Lawak sangat!
“
Hai, Cik Elya . Baru bangun dari mimpi ngeri ke?” perli Mikhail dengan senyum
sinisnya.
“
Apa kau buat kat sini?”
“
Aku yang patut tanya kau soalan tu la mangkuk!”
Elya
menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Perlahan-lahan rambutnya yang panjang
mengurai itu disanggul tinggi, menampakkan lehernya yang jinjang itu.
“
Aku datang nak interview Chief Engineer kat sini, Encik Hadi,” ujar Elya
selepas siap menyanggul rambutnya
Mikhail
hanya tersenyum sinis lagi. Perempuan ni
terkejut ke tak terkejut ke sama je.
“
Jadi kaulah wartawan yang nak interview aku tu? Soal Mikhail dengan
berlagaknya.
“Kau
ke ketua jurutera tu? Impossible betul!” Elya tidak mahu mengalah dalam
lagaknya. Kau ingat kau
sorang je boleh tunjuk lagak, aku pun bolehlah!
“
Apa-apapun aku tetap berada atas kau sekarang,” Mikhail masih lagi dengan nada
sombongnya. Senyuman sinis di lemparkan sebentar kearah wanita di hadapannya
sekarang ini.
“
Whateverlah!”
“
Sekarang kau boleh interview aku, aku tak cukup masa nak layan wartawan hingus
macam kau ni,” ujar Fadhil sambil menyinsing lengan bajunya ke siku.
Elya
hanya menjeling tajam demi mendengar kata-kata yang terkeluar dari bibir lelaki
yang suatu dahulu pernah merangkap menjadi teman lelakinya itu. Tanpa
melengahkan masa dia mengeluarkan sebatang pen dan buku nota dan tidak di
lupakan juga pita rakaman dari beg tangannya sebelum memulakan sesi interview
bersama lelaki sombong dan perasan bagus ini!
@@@@@@
" Aku nak kita putus!”
“
Tapi kenapa Mikhail? Apa salah saya sampai awak nak kita putus? Dah dua tahun
kita couple, awak tak rasa sayang ke dengan hubungan kita ni?”
Elya
memandang anak mata Mikhail dalam-dalam. Cakaplah ini semua hanya main-main je
Mikhail. Cakaplah awak sengaja nak prank saya macam yang awak selalu buat.
Cakaplah...
“
Tak. Aku tak sayang dengan perempuan yang curang dengan aku. Mentang-mentang aku selalu sibuk dengan
tugasan aku, kau selamba badak je cari jantan lain belakang aku!” marah Mikhail
hingga menampakkan urat-urat hijau di mukanya.
Elya
memaut lengan Mikhail lembut. Namun, segera lelaki itu menepis dan menarik
lengannya supaya tidak disentuh olehnya.
“
Aku jijik dengan kau!”
“
Awak dengarlah saya cakap dulu,” rayu Elya bersama juraian air mata.
“
Sudahlah, mulai saat ini aku tak kenal dengan perempuan yang bernama Elya
Nasuha lagi!”
“Mikhail!”
jerit Elya sambil berlari mendapatkan lelaki itu.
“Mikhail!”
Elya
terbangun daripada lenanya. Skrin laptop yang masih bercahaya dipandangnya
pelik. Ceh, tertidur rupanya aku ni!
Apa
punya mimpilah yang aku dapat ni. Mimpi mamat perasan bagus tu pesal! Atau itu
satu petunjuk yang hati aku ni masih sayangkan dia?Tak... rasanya tak. Dia dah
buang aku! Aku takkan pernah jatuh cinta dengan lelaki tu dah. Taubat tak nak
dah!
Cukuplah
sekali aku dituduhnya curang!
@@@@@
Mikhail
hanya merenung kosong kearah laman rumahnya. Sunyi. Itu yang dia rasa semenjak
papa dan mamanya meninggal dunia lebih kurang setahun lalu. Sejak itu, dia
sengaja menyibukkan dirinya dengan kerja-kerjanya di pejabat. Pertemuan dengan
Elya Nasuha kelmarin cukup membuat hatinya tersayat.
Wanita
itu sudah pandai bergaya. Tipu kalau dia kata yang dia tidak tergoda melihat penampilan penuh bergaya Elya. Namun, mengenangkan apa
yang gadis itu buat padanya semasa mereka sama-sama menuntut di universiti
sedikit sebanyak merobek hatinya kembali.
Cubalah
kalau Elya Nasuha tidak berlaku curang padanya. Tentu dia sudah melamar wanita
itu untuk menyerikan taman hatinya yang sunyi sepi ini. Sudahlah!Terlalu banyak
‘kalaulah’ pun tak baik untuk kesihatan. Lagipun bunga bukan sekuntum. Rilek
sudah Mikhail oii!
ELYA
NASUHA tergopoh-gapah memasuki pintu lif yang hampir tertutup itu.
Termengah-mengah dia menyedut nafas yang bagaikan kehabisan simpanan udara. Ini
semua gara-gara si Azman yang terlewat bagi tahu lokasi untuk sesi fotografi
cover untuk bulan ini.
“
Hai, kalut kak! Lambat ye!” perli satu suara di belakangnya.
Elya
memalingkan kepalanya. Bulat matanya dek terpandangkan lelaki yang teramat
dikenalinya itu. Nasib baiklah dalam lif itu hanya ada dia dan mamat perasan
bagus ni je. Kalau tak, takde orang suka tengok muka terkejut dirinya itu.
Macam monyet jatuh pokok!
“
Aku takde masa nak bertekak dengan kau hari ni. Jadi baik kau duduk
senyap-senyap dan jangan kacau aku,” Elya sudah mengeluarkan amarannya.
Mikhail
tergelak sinis. Kau ingat aku takut dengan amaran kau tu!
“
uhhh... Takutnya aku,” sindir Mikhail lagi. Giat dia mengacau wanita di
hadapannya ini.
“Eeii,
kau ni betul-betul menguji kesabaran aku,” Kerana terlalu geram Elya Nasuha
terus mencekak leher baju lelaki itu lalu menekan badan sasa Fadhil ke dinding.
Nafasnya sudah tidak teratur. Dia sudahlah lambat, lif pulak macam tak nak
bergerak dan lelaki ini pulak seronok mengacau ‘mood’nya yang sudah lari ni.
Mikhail
yang tadinya sedikit tersentak kembali tersenyum sinis. Tunjuk kuat ye...Dengan
tidak semena-mena dia pulak menarik wanita itu ke dalam pelukannya. Erat!
Sehingga terasa setiap lekuk di badan gadis itu.
Elya
meronta-ronta ingin melepaskan diri. Dia semakin kalut apabila lelaki itu sudah
mendaratkan hidungnya ke lehernya yang memang sedikit terdedah itu.
“
Eeei.. Lepaslah” jerit Elya lalu menampar pipi milik Mikhail sebaik sahaja
lelaki itu melepaskan pelukannya. Saat pintu lif terbuka, Elya terus berlari
keluar tanpa memandang lelaki itu.
Mikhail
hanya tersenyum pahit. Salah dia jugak. Bergurau terlampau! Selama dia bercinta
dengan Elya dulu pun dia tidak pernah menyentuh mana-mana bahagian badan gadis
itu. Entah apa yang merasuknya tadi sampai bertindak memeluk dan hampir
meninggalkan ‘gigitan cinta’ di leher gadis itu. Ahh, kalau sudah berdua mesti
ada yang ketiga, desis hati Mikhail sebelum berlalu pergi.
@@@@@@
AZMAN
memandang pelik rakan sejawatnya itu. Sibuk termenung! Entah bila Elya menambah
hobinya yang terbaru itu. Elya yang sedang leka memandang ke luar jendela
pejabatnya tidak menyedari yang dirinya sedang di perhatikan oleh si Azman.
“
Kau ni dah kenapa?” Termenung je,” Azman memulakan bicara. Malas menunggu dan
tertunggu-tunggu. Kalau tunggu nanti jawapannya tak dapat jugak!
Elya
menjeling ke arah Azman. Serta-merta dia
naik angin! Dia teringatkan apa yang Mikhail sudah lakukan padanya tadi.
Kalaulah Azman tak menyuruh dia pergi ke lokasi fotografi itu tadi tentu dia
tak akan terserempak dengan lelaki itu.
“Eh,
kita tanya dia elok-elok, dia jelingnya kat kita,”tegur Azman dengan muka tak
berpuas hatinya.
“Aku
tak nak cakap dengan kau sehari,” rajuk Elya lalu memalingkan mukanya kearah
lain.
“La..
tetiba pulak tak nak kawan dengan aku. Sehari je pulak tu,”gurau Azman sambil
buat muka peliknya lagi. Memang dia tengah pelik pun. Datang bulan ke apa
perempuan ni?
“Whateverlah.
Kalau aku cerita kat kau nanti lain pulak jadinya,”
“
Pulak?”Macam-macam hal lah kau ni,” ujar Azman lalu menggelengkan kepalanya.
Elya
memuncungkan mulutnya. Protes dengan Azman sehari pun jadi. Kalau lama-lama pun
buat apa. Bukan salah Azman pun kalau ikutkan. Anggap sahaja kejadian hari ni
satu mimpi buruk. Ye, satu mimpi buruk je! Nanti-nanti bila dah lama-lama mesti
dah tak ingat dah!
MIKHAIL
menjengahkan kepalanya keluar dari kereta beberapa kali. Betul ke tempat ni?
Soal hatinya. Entah kenapa dia berasa tidak sedap hati. Telefon bimbit jenama
Samsung Ace di ambil dan nombor Hisyam, rakan sepejabatnya di dail.
Ahh,
masa ni jugaklah Hisyam tak nak angkat telefon! Entah kenapa la pulak si Hisyam
ni menyuruh dia ke rumah kenalannya untuk mengambilnya di situ. Apa masalah Hisyam
sampai menumpang di rumah kenalannya itu?
Loceng
rumah di tekan beberapa kali. Mana pulaklah tuan rumah ni?Tak cukup dengan
loceng pintu di tekannya, pintu rumah jugak di ketuk beberapa kali. Setelah
beberapa kali di ketuk barulah ada yang membukanya.
Sekali
lagi Mikhail terkejut! Elya!
“
Kau?” Elya terjerit kecil.
Mikhail
menjelingnya tajam sebelum bersuara.
“
Mana Hisyam?” tanya Mikhail dengan suara yang sudah melantun tinggi. Dia tak
sangka Elya perempuan yang sanggup bawa lelaki bukan muhrim masuk ke rumah.
Sungguh dia tak sangka! Lalu badan wanita itu di tolaknya kasar sebelum
merempuh masuk ke dalam rumah milik Elya.
“
Hisyam apa kau ni? Baik kau keluar sebelum jiran-jiran aku perasan kau!” marah
Elya. Dia sedikit pelik bagaimana Mikhail tahu alamat rumahnya.
“
Hisyam!” Panggil Mikhail dengan kuat. Entah kenapa dia sangat geram dengan
Hisyam. Sanggup Hisyam buat pekara-perkara terkutuk ini! Dengan bekas kekasih
dia pulak! Memang panas hatinya!
Wajah
Elya yang penuh tanda tanya itu dijelingnya lagi. Ahh, sakitnya hati ni! Bilik
Elya diceroboh pula. Mencari kalau-kalau si Hisyam itu ada di kamar, lagi
sedang menunggu kekasihnya itu datang ‘melayan’.
“
Hisyam apa kau ni? Aku tak kenal pun siapa-siapa nama Hisyam,” marah Elya sambil
menunjal-nunjal bahunya Mikhail sehingga lelaki itu ke belakang. Mikhail mula
mengerutkan dahinya. Main kasar nampak!
“
Kalau kau tak kenal Hisyam macam mana Hisyam boleh suruh aku datang ambil dia
kat alamat rumah kau ni!” Mikahil jugak tak kurang kasarnya. Kepala Elya Nasuha
ditolak-tolaknya dengan jari telunjuknya. Kerana kurang bersedia, Elya akhirnya
terjatuh ke atas katilnya. Nasib baik dia memakai seluar tidur, kalau tidak habis terselak semua!
“
Dah aku kata tak kenal, tak kenallah! Kau tak faham bahasa melayu ke apa?” Elya
sudah sangat-sangat bengang. Mikhail juga begitu. Masing-masing sudah kelihatan
menyinga.
“
Aku tak sangka kau macam ni! Aku bersyukur sebab aku dah putus dengan kau!”
“
Aku pun sama!” Elya masih lagi melawan.
Tanpa
kesabaran yang tinggi, Mikhail menerjah ke arah Elya yang masih terdampar di
katil lalu bertindak ingin menamparnya.
“
Berhenti!” Larang satu suara.
Kedua-dua
mereka segera menoleh ke arah suara tadi. Apa ni?
“
Kamu berdua didapati sedang berkhalwat di alamat ini tanpa ditemani mana-mana
muhrim kamu, sila ikut kami ke balai,” ujar salah satu suara yang rata-ratanya
berserban dan memakai kopiah itu.
Mikhail
sudah kelihatan tercengang. Elya pulak sudah bertakung air matanya. Apa ni?
@@@@@
“
Pandai-pandailah kamu nak hidup lepas ni!” marah Encik Hafis tanpa memandang ke
arah anak perempuannya itu.
Elya
sudah meraung. Lengan ayahnya ditarik lembut, cuba meraih simpati. Malangnya,
Encik Hafis merentap tangannya kasar sehingga gadis itu jatuh terduduk.
“
Ayah takde anak yang memalukan ayah,”luah Encik Hafis. Sedih!
“Selama
ni, ayah percayakan Elya sebab ayah yakin yang anak ayah ni takkan berani
menconteng arang ke muka ayah. Tapi ini yang kamu bagi kat ayah!”
“
Tak ayah, Elya tak salah,” terang Elya sambil diperhatikan oleh lelaki yang
sudah sah menjadi suaminya kini, tak lain dan tak bukan, Mikhail Hadi.
Mikhail
hanya menghadiahkan jelingan kepada Elya saat mata mereka bertaut. Dia semakin
benci perempuan itu! Kalau tak mengenangkan reputasinya di pejabat bakal tergugat
dengan beritanya yang ditangkap khalwat, pasti dia tidak akan menikahi
perempuan tak guna tu! Tambahan,dia tidak mahu membazirkan masanya yang
berharga itu dengan urusan naik turun mahkamah! Apa-apa pun perkahwinan ini
mesti dirahsiakan daripada pandangan umum. Tak kira macam mana pun caranya.
“
Mulai hari ini Elya jangan jumpa ayah!” Putus Encik Hafis lalu beredar dari
rumah mewah sederhana besar milik Mikhail
tanpa menyapa menantunya itu.
“Ini
semua salah kau!” Elya sudah menyerang Mikhail. Meletakkan semua kesalahan di
atas bahu lelaki itu seorang.
Mikhail
sudah menarik nafasnya sebelum menghembusnya dengan kasar. Matanya sudah
memerah. Banyak cantik muka kau letakkan semua salah atas bahu aku
sorang-sorang!
“Hei,
perempuan kau dengar sini, ini semua salah kau dengan Hisyam keparat tu!”
“
Korang yang berasmaradana, aku pulak yang terkena!” Tambah Mikhail lagi sambil
mengetap bibirnya geram.
“
Nasib aku gamaknya dapat ‘bekas’ Hisyam. Tapi kau jangan risau, sampai saatnya
nanti aku pasti lepaskan kau,” sindir Mikhail dan sekali lagi menghadiahkan
Elya Nasuha dengan jelingan mautnya itu.
“
Hei, berapa kali aku nak bagitahu kau yang aku tak kenallah Hisyam tu!” Jerit
Elya lalu mengangkat tangannya ke muka Mikhail. Geram dengan tuduhan tak
berasas lelaki itu.
Mikhail
memegang pipinya yang baru sahaja di tampar isterinya. Perit!
“
Kau,dah melampau!”
“
Siapa yang melampau?” Elya sudah berdiri menghadap Mikhail yang nyata tidak
berpuas hati dengannya.
“
Nanti aku ajar kau cukup-cukup...”
“.....
tapi sebelum tu aku nak ingatkan kau satu perkara. Jangan sesekali kau bagi
tahu orang lain pasal perkahwinan kita ni. Ingat!” Mikhail sudah memberi
amaran.
Elya
Nasuha melemparkan senyuman sinisnya.
“
Kau ingat aku suka ke nak bagitahu semua orang pasal perkahwinan kita ni? Weh,
aku pun tak hadaplah!” jawab Elya dengan kasar lalu bergerak menuju ke bilik
yang awal-awal lagi sudah di tetapkan oleh suaminya itu. Pintu biliknya di
hempas kasar! Protes!
Mikhail
hanya memerhatikan tindakan isterinya itu dengan pandangan mengejek. Takpe awal
lagi, kau tengoklah nanti, terbalik hidup kau aku buat, desis hati kecil lelaki
itu.
ELYA
NASUHA merenung ke luar jendela pejabatnya. Dia kepenatan. Penat fizikal dan
mental! Setiap awal pagi dia sudah di kerah tenaga dengan menyediakan sarapan,
menggosok baju dan mengemas rumah untuk lelaki itu. Rasa seperti di neraka!
Kerja-kerja
yang selama ini yang dibuat kalau ada masa sudah menjadi aktiviti rutin
sehariannya pulak sejak berkahwin dengan Mikhail Hadi. Lelaki itu memang
berniat nak menyeksa dia habis-habisan agaknya. Dia teringat kejadian Subuh
tadi.
“
Kau ni pandai gosok baju ke tak? Berkedut seribu je aku tengok baju ni,” marah
Mikhail sambil bercekak pinggang. Memang macam bos besar!
Elya
memakukan pandagannya ke arah baju kemeja yang di katakan ‘berkedut seribu’
oleh suaminya itu. Mana ada kedut!
“
Mana datangnya kedut? Kau je yang lebih-lebih,” pangkas Elya selamba.
“
Aku tak kira, aku nak kau gosok balik baju ni!” Arah Mikhail tanpa rasa
bersalahnya.
Elya
sudah membuat muka tapi tetap mengambil semula baju kemeja tersebut lalu
menggosoknya. Untuk seketika air mukanya sedikit berubah apabila suaminya itu
bertindak menanggalkan seluar slack yang dipakai di hadapannya. Nasib baiklah
lelaki itu memakai boxer di dalamnya. Kalau tak percuma je dia tengok ‘tayangan
perdana’ hari ini.
“Malu?” Tanya Mikhail. Sinis.
“
Orang yang dah ada pengalaman macam kau ni pun masih malu lagi tengok
pemandangan macam ni?” Mikhail masih mahu mencari gaduh dengan isterinya itu.
“
Nah, baju kau!” Elya menyerahkan baju kemeja yang sudah siap digosoknya ke
tangan lelaki itu.Malas nak melayan suaminya itu.
Mikhail
tidak berpuas hati apabila Elya Nasuha tidak memberi reaksi dengan
kata-katanya.
“
Hebat sangat ke Hisyam tu?” Soal Mikhail lagi. Sengaja.
Elya
sudah menjungkitkan keningnya. Menguji kesabaran betullah lelaki ni!
“Hebat!
Mungkin lagi hebat dari kau,” sambut Elya dengan yakin sebelum bergerak menuju
ke muka pintu bilik, mahu keluar dari suhu ‘kepanasan’ lelaki itu. Sengaja.
Memang dia sengaja.
Baru
sahaja kakinya ingin melangkah keluar,dengan tidak semena-mena lengannya di
tarik kasar dan tubuhnya dihumban kekatil milik lelaki itu. Elya nampak dengan
jelas yang suaminya itu sudah hilang kesabaran. Dia boleh lihat rahang milik
Mikhail bergerak-gerak kasar.
“Kau
dah kenapa?” jerit Elya sambil berusaha untuk bangun tapi tindakan Mikhail yang
menindih tubuhnya membuatkan segala gerakannya terbatas.
“
Dia lagi hebat ke, atau aku lagi hebat kalau macam ni,” ujar Mikhail lalu
membenamkan kepalanya di leher wanita itu lama. Bahunya yang sedari tadi
dipukul wanita itu lansung tidak membantutkan niatnya.
Elya
mengetapkan bibirnya. Menahan rasa sakit hati yang bukan kepalang. Jahanam kau
Mikhail!
Mikhail
tersenyum sinis melihat ‘gigitan cinta’ yang terpamer cantik disekitar leher
isterinya itu. Bibir Elya Nasuha yang kemerah-merahan itu pula seolah-olah
menggamitnya untuk menyentuhnya.
Rontaan
wanita itu lansung tidak dipedulikannya. Yang penting hajatnya terlaksana! Lama
bibir merah itu dipagutnya sebelum melepaskannya.
Elya
mengesat bibirnya dengan telapak tangannya. Jijik dicium oleh lelaki itu.
“
For time being, aku bagi itu aje,”kata Mikhail sambil memakukan pandangannya
sekali lagi di sekitar leher isterinya itu.senyuman kepuasan terukir di
bibirnya.
“
Bangsat kau!” jerit Elya sebelum bangkit keluar dari bilik lelaki itu dengan
hati yang sebal.
MIKHAIL
mengurut perlahan dahinya sebelum tangannya itu jatuh ke bibirnya. Hatinya
sangat gembira apabila dapat menyakitkan perasaan isterinya itu. Selama sebulan
mereka duduk bersama, dia sengaja mencari pasal dengan wanita itu. Kecewa. Ya,
itu perasaannya setiap kali melihat Elya. Dia teringat peristiwa yang dimana
dia ternampak wanita itu dengan seorang lelaki berjalan sambil bertepuk tampar
mesra sewaktu mereka sama-sama belajar dulu. Itu mungkin boleh dimaafkan, tapi
dia tak boleh maafkan bila Elya Nasuha ada hubungan dengan rakan sepejabatnya,
Hisyam. Sampai sekarang dia tak nampak batang hidung Hisyam.
Tapi,
sekurang-kurangnya pagi ni hatinya puas kerana dapat membalas dendamnya.
Sedikit sebanyak hati lelakinya tercabar apabila di bandingkan dengan lelaki
lain walaupun pada awalnya dia yang memulakan topik sensitif itu. Agaknya kalau
tak mengenangkan yang dia harus mengejar meeting hari ini, pasti isterinya itu
sudah terkulai di dalam dakapannya. Peduli apa dia kalaupun Elya Nasuha tidak
rela. Dengan Hisyam dia boleh bagi, takkan dengan dirinya yang sudah sah lagi
halal ini dia nak halang.
“
Encik Fadhil, lunch dengan pengurus projek KAZA kat Hotel Nikko pukul 12.30
tengahari ni confirm ye?” Suara Lisa, setiausahanya bergema di muka pintu
biliknya. Entah bila gadis itu mengetuk pintu pun dia tidak perasan. Tapi yang
penting dia sudah memberi kebenaran untuk Lisa terus masuk ke biliknya andai
dia tidak perasan dengan kehadiran setiausahanya itu.
“Confirm
Lisa. Pukul 12 karang awak ingatkan saya,” balas Fadhil lalu tersenyum ringkas
kepada setiausaha yang sudah 3 tahun berbakti dengannya itu.
“
Baik!” Sambut Lisa dengan ceria sebelum melangkah keluar dari pejabat
majikannya itu.
“Err,
Lisa awak ada tahu tak Encik Hisyam pergi mana?” Tanya Fadhil sebelum
setiausahanya itu keluar dari biliknya.
Lisa
mengerutkan dahinya sebentar.
“
Kalau tak silap saya, Encik Hisyam digantung kerja dua bulan lepas sebab projek
kat Brunei tu,khabarnya berlaku penyelewengan dan pecah amanah,” terang Lisa
sebelum meminta kebenaran keluar.
Fadhil
termanggu di kerusinya. Apa makna semua ni?
ELYA
NASUHA tergelak sakan mendengar Azman membuat lawak bodohnya. Hilang sebentar
tekanannya. Azman sahabat yang baik. Sejak zaman mereka sama-sama belajar di
universiti lagi Azman banyak menolongnya walaupun waktu itu Azman sudah
bergelar seniornya. Malah, Azman juga yang membantunya mendapatkan kerja di
majalah lelaki itu.
“
Sudahlah, penat dah aku ketawa ni,”ujar Elya Nasuha dengan sisa tawanya.
Azman
tersenyum senang.
“
Kalau macam tu, kau kena belanja aku makan,”
Elya
Nasuha menjungkitkan keningnya.
“
Bukan kau dah janji ke yang lunch ni kau belanja?” Soal Elya Nasuha dengan muka
tak bersalahnya.
“
Ala, aku dah tolong kau ceriakan pagi moody kau ni dengan lawak bodoh aku,apa
salahnya kau belanja aku sebagai ucapan terima kasih,” rayu Azman sambil
membuat muka comelnya.
“Heish,
jangan buat muka macam tulah, geli aku,” kata Elya Nasuha sambil membuat
isyarat ‘nak muntah’.
Akhirnya
kedua-dua mereka ketawa tanpa disedari ada mata yang sedang memerhati dari jauh
dengan hati yang sudah terbakar!
@@@@@@
MIKHAIL
melonggarkan tali leher yang dipakainya. Runsing. Dia runsing dan pening dengan
perasaannya sekarang ini. Kenapa dia sakit hati apabila melihat Elya Nasuha
dengan lelaki itu. Ya, lelaki itu lelaki yang sama dia lihat bersama isterinya
itu sewaktu zaman mereka belajar dulu. Lelaki yang dianggapnya kekasih gelap
kepada Elya Nasuha.
“Ahh!”
jerit Mikhail sambil meramas rambutnya. Geram!
Keadaan
rumahnya yang sunyi sepi membuatkannya bertambah geram. Mesti tak balik lagi!
Hatinya bertambah sakit apabila membayangkan yang isterinya itu lagi sedang
bergembira dengan kekasih gelapnya itu.
Baru
sahaja melewati sofa diruang tamu, mata Fadhil tertancap pada sekujur tubuh
yang sedang enak tidur di atas sofa tersebut. Elya Nasuha!
Wajah
pulas isterinya yang sedang tidur itu ditatapnya. Perlahan rambut Elya Nasuha
di usapnya lembut. Untuk seketika tangan kasarnya pula mengusap lembut bahagian
leher yang di tinggalkan kesan olehnya pagi tadi. Naluri lelakinya bergetar!
Ahh,
ada apa dengan kau Elya Nasuha? Kenapa kau jugak yang aku nak walaupun kau
sudah curang padaku? Mikhail menggelengkan kepalanya beberapa kali. Lantas,
tubuh lansing milik isterinya itu dicempung dan dibawa ke bilik. Perlahan tubuh
Elya Nasuha diletakkan di atas katil.
Saat
dia ingin melangkah keluar, dia terdengar Elya Nasuha mengigau. Memanggil nama
seseorang. Segera dia mendekati tubuh isterinya itu, ingin mendengar dengan
jelas siapa yang diigaukan wanita itu.
“Mikhail!”
Berubah
riak muka lelaki itu demi mendengar namanya yang di sebut oleh Elya Nasuha
walaupun dalam keadaan separuh sedar!
Segera
dia merapati isterinya sebelum membawa tubuh itu ke dalam pelukannya. Erat!
Elya
Nasuha tersedar daripada lenanya apabila terasa ada yang memeluknya. Mikhail!
“
Apa ni peluk-peluk! Lepaslah!” marah Elya Nasuha dalam mamai yang masih bersisa.
Tapi tak dipedulikan oleh suaminya. Malah, wajahnya dicium lembut oleh lelaki
itu.
“
Aku tahu kau masih cintakan aku. Betulkan?” Mikhail bertanya sebaik sahaja
merenggangkan pelukannya.
“Apa
yang kau mengarut ni?”naïf Elya Nasuha. Tapi dalam hati tetap ada debar yang
perlu disembunyikan.
“Tak,
aku tak percaya! Kalau tak kenapa kau sebut nama aku dalam tidur kau?” Mikhail
masih menggesa isterinya itu. Demi sebuah kebenaran.
“
Kalaupun aku sebut nama kau dalam tidur aku, itu semua sebab kau mimpi buruk
aku!”
Mikhail
mengetap giginya. Dia Cuma hadir sebagai mimpi buruk? Jadi,dalam mimpi indah
wanita itu Cuma ada lelaki yang bersamanya di Hotel Nikko tadi dan Hisyam
sahaja, begitu?
“Jadi,
dalam mimpi indah kau ada Hisyam? Ada lelaki yang makan tengahari dengan kau
tadi tu je?” Mikhail sudah hilang sabar. Elya Nasuha benar-benar membuatkannya
tercabar sebagai seorang lelaki yang bergelar suami.
Elya
Nasuha malas melayan angin suaminya itu. Tanpa pamitan dia bergerak keluar.
Belum sempat kakinya mencecah luar bilik, tubuhnya di tarik kasar oleh Mikhail.
“
Jawab, bila aku tanya!” Suara Mikhail sudah melantun tinggi.
Elya
Nasuha merengus kasar. Apa lagi yang lelaki ni tak puas hati?
“Kalau
aku jawab ye?” Provok Elya Nasuha sambil memakukan pandangannya ke dalam anak
mata suaminya itu tanpa gentar.
“Kau
memang murah!”Jawab Mikhail. Tubuh Elya Nasuha di cempung kasar menuju ke
katil.
Elya
Nasuha panik! Dia meronta-ronta ingin melepaskan diri.
“Lepaskan
akulah!” Arah ELya Nasuha dengan cemas. Apa yang Mikhail nak buat?
Mikhail
tersenyum sinis. Badan isterinya itu di hempas kasar ke katil. Butang baju
kemejanya di buka satu persatu.
Elya
Nasuha sudah ketakutan. Tidak! Aku tak sedia!
“
Jangan Mikhail. Jangan kau cuba nak sentuh aku!” Halang Elya Nasuha sambil cuba
mengengsot ke sisi katil. Bagaimanapun tindakannya terhenti serta merta apabila
lelaki itu sudah menindihnya.
“Kenapa
aku tak boleh sentuh kau? Dengan Hisyam kau boleh bagi, dengan aku yang halal
ni kau halang! Kau tak ubah macam perempuan jalang!” Jerit Mikhail lalu
merentap baju tidur yang dipakai Elya Nasuha sebelum membenamkan kepalanya
dileher isterinya itu.
Elya
Nasuha tidak mampu menghalang lagi. Dia
sudah lemah. Dia sudah tewas ditangan suaminya sendiri! Hanya air matanya
sahaja yang sudi menemaninya malam itu...
ELYA
NASUHA membelek-belek sekitar lehernya. Penuh kesan-kesan merah! ‘Sagu hati’
dari suaminya. Ahh, Mikhail memang tak guna! Apa saje yang tinggal pada dirinya
selepas kesuciannya diragut tanpa relanya semalam. Dirinya tak ubah seperti
pelacur! Selepas lelaki itu puas, dirinya ditinggalkan terkontang-kanting
keseorangan.
Pagi-pagi
lagi Mikhail terus keluar dari kamar yang dihuninya. Elya Nasuha sedar, kerana
semalaman dia tidak dapat melelapkan matanya. Hatinya sakit, kepalanya sakit,
dan badannya juga sakit akibat perbuatan lelaki itu. Oleh sebab itu,dia sudah
memberitahu Azman yang dia tidak dapat hadir ke pejabat hari ini. Nasib baiklah
Azman tak banyak soal, kalau tak masak jugak nak jawab.
Fikirannya
menerawang ke peristiwa malam tadi. Apa maksud Mikhail dengan lelaki yang makan
tengahari bersamanya semalam? Siapa sebenarnya Hisyam ni? Dan Mikhail ada kata
yang aku ada sebut namanya dalam tidur aku semalam, yang membuktikan yang aku
sebenarnya masih cintakan dia? Ahh, apa semua ni?
@@@@@@@
Sudah
sebulan Mikhail melarikan dirinya daripada isterinya. Dia malu dengan Elya
Nasuha. Isterinya itu masih suci! Dia sahaja yang beranggapan buruk dengan
wanita itu. Malah, dia sudah berkasar dengan Elya Nasuha. Tuhan sahaja yang
tahu betapa dia mahu bersemuka dan mengatakan betapa rindunya dia pada
isterinya itu. Tapi dia malu.
Sengaja
dia pulang ke rumah lewat malam dan bangkit di awal-awal pagi supaya dia tidak
berhadapan dengan Elya Nasuha. Setiap malam dia hanya mampu menjengah ke kamar isterinya
itu setelah Elya Nasuha sudah lena. Hanya itu yang mampu dia lakukan untuk
ubati kerinduannya.
Walaubagaimanapun,
dalam hatinya masih ada kemushkilan. Pertanyaan yang masih perlu Elya Nasuha
jawab untuknya. Siapa lelaki yang dilihatnya bertepuk tampar mesra dengan Elya
Nasuha semasa di universiti? Lelaki yang sama dilihatnya makan tengahari dengan
isterinya di Hotel Nikko. Apa hubungan mereka? Dan apa kaitan Hisyam dengan
Elya Nasuha jika isterinya itu lansung tak mengenali mana-mana lelaki yang
bernama Hisyam?
“
Encik Mikhail?” Tegur Lisa.
“Aaah,
Lisa, ada apa?” Mikhail memandang pelik ke arah Lisa. Sejak bila Lisa ada kat
sini?
“
Malam ni dinner dengan Global Intec dan press,” ujar Lisa sambil tersenyum.
“Oh,
okey. Thanks Lisa,” ucap Mikhail.
MIKHAIL
memerhati keadaan majlis yang serba mewah itu. Matanya tiba-tiba tertancap disuatu
sudut yang dimana dia ternampak Elya Nasuha yang anggun dengan dress labuhnya
lagi sedang berbual dengan sekumpulan wartawan yang hadir di situ. Isterinya itu pasti turut diundang pada acara
malam ini.
Pantas dia mendekati Elya Nasuha dan menyapa
mesra rakan- rakan isterinya itu. Elya Nasuha terkejut tapi masih mampu
mengawal riak mukanya.
“Eh, you lah kan lelaki yang L cover untuk column dia bulan ni kan?” Tanya Ikwan, rakan sekerja Elya Nasuha.
Mikhail
hanya menganguk sebelum tersenyum mesra.
“
Hmm, not bad jugak you ni,” puji Ikwan disambut hilai tawa yang lain.
Mikhail
senyum lagi. Sekali-sekala matanya melirik ke arah Elya Nasuha yang bagai tiada
perasaan itu. Marah lagi ke?
“
L.” Tegur satu suara. Mikhail segera memandang kearah suara yang memanggil
isterinya itu. Lelaki itu!
“
Man,” Elya Nasuha memandang ke arah Azman.
“
Eh, Encik Mikhail pun ada kat sini?” Azman menyapa lelaki yang segak di
hadapannya ini. lelaki yang sepatutnya di temubual olehnya , tetapi kerana ada
perkara yang tak dapat dielakkan, Elya Nasuha pulak yang menggantikannya.
Mikhail
mengerutkan dahinya. Lelaki ni kenal aku?
“
Azman...Saya Senior Editor Majalah GAYA MACHOKU, yang sepatutnya temubual encik
hari tu, tapi sebab ada hal, kawan saya ni yang
pergi,” Azman menghulurkan tangannya. Mesra.
Mikhail
menyambut dengan lambat-lambat. Elya Nasuha di sebelahnya diam tidak berkutik. Hanya
setia memerhati.
“Ohh...”
Mikhail hanya mengangguk . kawan ke makwe? Desis hatinya.
“
L, jom kita pergi sebelah sana,” ajak Azman sambil buat muka comelnya. Mikhail
yang melihatnya rasa macam nak muntah.
“
Ada apa kat sana tu? Interesting sangat ke?” Elya Nasuha menyoal sambil
menjenguk-jengukkan kepalanya ke tempat yang ditunjukkan Azman. Suaminya di
sebelah tidak dihiraukan.
“Alaa..
Adalah,” rengek Azman. Tidak mempedulikan orang disekeliling.
Mikhail
menjeling kearah Elya Nasuha. Dia tidak mahu isterinya mengikut lelaki itu.
Tiba-tiba sahaja idea jahatnya timbul. Hehehe...
Air
minumannya yang masih berbaki ditumpahkan ke atas baju isterinya sebaik sahaja
dia ingin bergerak.
“
Heish, apa ni?” marah Elya Nasuha. Habis bajunya basah dengan air minuman
suaminya itu.
“
I’m so sorry, Cik Elya. I tak sengaja,” terang Mikhail. Sengaja ditekannya
perkataan ‘cik’ itu di depan semua.
Elya
Nasuha menjeling tajam sebelum bergerak keluar. Dia tahu Mikhail sengaja
menumpahkan air ke atas bajunya. Tak guna betullah!
Mikhail
tersenyum ringkas kepada semua rakan-rakan isterinya itu sebelum membuntuti
langkah wanita itu keluar.
Elya
Nasuha keluar dari tandas dengan muka ketatnya. Dalam hati sudah berbakul-bakul
seranah rasanya ingin disemburkan ke muka suaminya itu.
“
Dah okey ke?” tegur Mikhail selamba. Matanya tak lepas memandang ke tempat yang
sudah dia tumpahkan air minumannya tadi. Teruk juga.
“
Kau sengaja je kan? Tumpahkan air atas aku!” Elya Nasuha sudah menyerang. Panas
hatinya melihat suaminya itu.
Mikhail
buat bodoh. Malas nak gaduh. Memang salah dia pun tumpahkan air kat baju Elya
Nasuha supaya isteriya itu tak ikut Azman yang mengada tu!
“
Dah, jom kita balik!” arah Mikhail dengan tegas. Ada banyak yang perlu di
selesaikan.
“
Aku tak nak balik lagi. Aku kena stay,”
“
Aku nak kau balik jugak!
“
Aku kata aku kena stay. Kau tak faham atau sengaja buat tak faham ni?” bentak
Elya Nasuha.
“
Kau yang tak faham. Kau isteri aku. Kau kena ikut arahan aku!”
Mikhail
sudah melelar tangan wanita itu sehingga ke keretanya. Rontaan Elya Nasuha
sedikit pun tak dipedulikannya. Tubuh isterinya itu ditolak masuk kedalam
kereta sebaik sahaja pintu dibuka.
“
Apa lagi yang kau nak ni?” soal Elya Nasuha tidak puas hati sebaik sahaja
Mitsubishi Lancer milik lelaki itu bergerak.
Mikhail
memandang sisi muka isterinya. Jelas riak muka orang yang tidak puas hati! Dia
tak peduli! Yang penting urusan mereka perlu diselesaikan malam ini juga!
“
Err...Pertama aku nak tanya, kau sihat?” Tanpa serba salahnya Mikhail bertanya.
Elya
Nasuha merengus kasar. Sebulan tinggalkan aku macam sampah, baru sekarang nak
tanya aku sihat ke tidak!
“
Aku mintak maaf,”
“
Untuk apa?
“Untuk
semua!”
“Dah
terlambat!”
“Aku
nak kita mula semula,”
“Aku
tak nak!
Mikhail
menjeling isterinya itu. Perlahan kereta yang dipandunya dibawa ke bahu jalan.
“Sekarang
cakap, kenapa kau tak nak kita mula semula?”
Elya
Nasuha pula menjeling tajam kearah suaminya. Dah orang tak nak! Tak naklah!
“Aku
dah serik!
“Tipu!
Ini mesti sebab Azman!”
Elya
Nasuha mengerutkan dahinya. Azman?
“
Dia takde kena mengena dalam soal kita,”
“Ada!”sambut
Mikhail berang.
“Jangan
salahkan dia kalau salah tu datang daripada kau,”
“
Dia salah. Sebab dia punca kita putus dulu!”
Elya
Nasuha mengetap giginya. Geram!
“Kau
curang dengan aku sebab diakan masa kita study dulu...”
“Jadi,
sebab dialah kau mengamuk dan putuskan hubungan kita. Macam tu?” tebak Wlya
Nasuha. Sayu!
Mikhail
mengangguk kepalanya.
Elya
Nasuha mengeluh perlahan. Kenapa sekarang baru semua nak dijelaskan? Kenapa tak
dulu?
“
Aku nak balik!” pinta Elya Nasuha. Air matanya sudah bergenang. Dia perlu
kekuatan sedikit untuk melangkah ke belakang, masa yang dimana semuanya
bermula.
Mikhail
memandang Elya Nasuha seketika sebelum melepaskan keluhan beratnya. Gear
keretanya dimasukkan dan perlahan Mitsubishi Lancer itu bergerak memasuki lebuh
raya.
Bunyi
telefon bimbit milik Mikhail menggangu focus kerjanya. Skrin Samsung Ace itu
dipandang sekejap. Hisyam?
“
Kalau kau nak bini kau ni selamat kau datang dekat kawasan Pelabuhan Klang lama
tu. Jangan report kat Polis atau bawa siapa-siapa!” ujar Hisyam dengan suara
tingginya.
Hati
lelaki Mikhail berdebar kencang. Segera dia mengucap perlahan dalam hati.
Mengawal debar.
“
Apa kau mengarut ni Syam?” ucap Mikhail dalam nada tenang.
“Oh,
kau tak percayakan? Nah, kau dengar suara bini kau ni!” marah Hisyam .
“
Lepaskan akulah bodoh!”
Elya
Nasuha! Mikhail mengurut dahinya perlahan. Ya Allah,Isterinya dalam bahaya!
“Apa
yang kau nak?” Mikhail masih cuba berdiplomasi. Ketegangan hanya mencipta
masalah.
“
Bagus! Aku nak kau mengaku dekat board yang semua penyelewengan yang aku buat
tu sebenarnya
kau yang buat,”
“Kalau
aku tak nak?” provok Mikhail.
“Kalau
kau tak nak, bini ekspres kau yang
cantik ni tinggal nama sajelah untuk kau
kenang!” ugut
Hisyam seraya mematikan panggilan.
“Hello...Ahhh!”
Mikhail
meramas rambutnya kasar. Dia perlu lakukan sesuatu. Kot bajunya dicapai dan
segera dia keluar dari pejabatnya sebelum menitipkan beberapa pesanan kepada
Lisa, setiausahanya.
@@@@@@
“Hisyam!”
panggil Mikhail. Kuat. Kawasan terbiar di hujung pelabuhan klang lama ini
dipandang dengan debaran yang kencang. Mencari kelibat Hisyam yang masih tidak
kelihatan.
Baru
sahaja dia ingin memalingkan badannya ke belakang, kepalanya sudah diketuk kuat
dari belakang. Pandangannya berbalam-balam sebelum kelam.
Kaki
yang terasa ditendang beberapa kali mengejutkan Mikhail dari lenanya. Segera
pandangannya dipakukan ke hadapannya. Elya Nasuha!
“
Baru nak bangun sekarang?” perli Elya Nasuha sebaik lelaki itu mencelikkan
matanya.
“Kau
okey?”
“
Tak okey! Tangan aku kena ikat dengan
entah hantu raya mana pun aku tak tahu dan sekarang kau
pulak sama dua kali
lima je dengan aku,” balas Elya Nasuha dengan bengang.
Mikhail
senyum nipis. Tahulah dia yang Elya Nasuha baik-baik sahaja. Matanya meliar
mencari Hisyam sebelum pandangannya tertancap kepintu. Hisyam!
“Haa,
dah bangun pasangan sehati dan sejiwa ni? Ujar Hisyam lalu melemparkan senyuman
sinisnya kearah suami isteri itu.
“
Aku dah buat macam yang kau suruh, sekarang lepaskan kami,” kata Mikhail sambil
meronta-ronta.
“Lepaskan?
Tak mungkin aku buat macam tu!”
“Habis
kau nak apa lagi? “ soal Elya Nasuha tidak puas hati.
“
Apa aku nak lagi ye? Takpe, sebelum tu biar aku bagitahu satu rahsia...” Hisyam
berjeda sebentar.
“...sebenarnya
kes korang kena tangkap khalwat tu aku yang buat. Aku tahu yang korang pernah couple once upon a
time dulu tapi clash sebab cemburu. Pastu bila korang jumpa balik, korang
saling benci-membenci. Betul tak?”
Mikhail
tersentak! Elya Nasuha ternganga.
“
Jadi kaulah yang perangkap kami?” tanya Mikhail sudah kurang kesabaran.
“Ye,
aku yang perangkap kau. Bini kau ni tak kenal aku pun kalau kau nak tahu,”
jelas Hisyam masih dengan senyum sinisnya.
“Kenapa
kau perangkap aku?”
“
Sebab apa ye? Ahh, sebab kau dah rampas jawatan chief engineer tu dari aku!”
marah Hisyam tiba-tiba. Dah macam split personality pun ada...
“Sekarang
aku nak bunuh kau. Tapi aku confused, nak bunuh kau dulu ke bini kau dulu?”
sambung Hisyam lagi. Pistol ditangan diusap-usap.
Elya
Nasuha merungkai ikatan ditangannya perlahan. Berjaya! Penat dia berusaha
membuka ikatan ditangannya sepanjang si Hisyam dan suaminya ‘bersembang mesra’.
“Biar
aku bagi jawapan, kau yang kena mampus dulu,” ujar Elya Nasuha sejurus itu
menendang pistol yang berada dalam genggaman Hisyam. Pistol itu jatuh
terpelanting kebawah kayu-kayu usang.
Mikhail
terkejut dengan tindakan isterinya itu. Hisyam dilihatnya mendengus kasar
sebelum menyerang isterinya itu. Lelaki itu mengepal jari jemarinya, bersiap
sedia untuk menumbuk Elya Nasuha.
Elya
Nasuha segera mengelak daripada di tumbuk Hisyam dan menghadiahkan lelaki itu dengan
tendangan padunya dikelangkangnya Hisyam. Terduduk Hisyam dek penangan wanita
itu.
Sejurus
itu kedengaran siren kenderaan polis memasuki kawasan kilang itu. Polis segera
menggari Hisyam yang masih terduduk menahan kesakitan di celah kelangkangnya.
Elya
Nasuha melepaskan ikatan ditangan Mikhail. Tanpa pamitan, tubuhnya didakap oleh
suaminya itu. Erat! Pelukan dilepaskan.
“
Terima kasih dan maafkan aku sebab tuduh kau macam –macam,” tutur Mikhail
lembut lalu mencium ubun-ubun isterinya mesra.
Elya
Nasuha tersenyum manis. Tiada siapa yang perlu dimaafkan lagi. Ini semua
kehendak takdir untuk menguji dan mengembalikan cinta yang sememangnya milik
mereka berdua.
“Aku
nak bagitahu kau yang aku dengan Azman takde apa-apa hubungan,”terang Elya
Nasuha lalu memaut tangan suaminya. Memohon pengertian.
Mikhail
mengangguk perlahan seraya tersenyum.
“
Lagi satu, kau kena ucapkan terima kasih dekat seseorang,” tambah Elya Nasuha
dengan suspen.
“Siapa?”
tanya Mikhail pelik. Matanya memerhati sekeliling. Mencari orang yang
dimaksudkan isterinya itu.
Elya
Nasuha tergelak kecil melihat reaksi pelik suaminya itu sebelum menarik tangan
lelaki itu ke perutnya.
Tangan Mikhail diusapkan lembut keperutnya.
Mikhail
tersentak! Biar betul?
“Betul?”
soal Mikhail meminta kepastian. Raut wajah Elya Nasuha direnung lembut.
“Hmm..dah
3 minggu,” jawab Elya Nasuha malu-malu.
Mikhail
menarik tubuh isterinya kedalam pelukannya. Gembira dengan berita yang
dikhabarkan wanita itu.
“Sebab
anak kitalah aku ada keberanian nak sepak Hisyam ‘kawan baik’ kau tu,” tambah Elya
Nasuha tapi masih sempat memerli suaminya itu. Sengaja ditekan perkataan kawan
baik itu.
Mikhail
tergelak besar sahaja. Tahu dirinya diperli oleh si isteri.
“
Yelah, jom kita balik. My baby nak rest. Pastu kita minta maaf dan restu
daripada ayah. Okey, sayang?” ujar Mikhail lalu memaut bahu Elya Nasuha keluar
dari tempat itu. Biarlah kenangan pahit itu tertinggal disitu untuk
selama-lamanya...
12 comments:
best gila gila
uat la lgi cerpen yg best2..
yg xda konflik bnyk sngat..
hehe,
cerita dah bagus... kalau buat panjang2 jadik novel, lagi best.. :D
cuma satu je cam kurang logik sket.. err... mikhail dah tinggalkan elya sebulan lepas bersama sekali itu, camna buleh pregnant baru tiga minggu??
terima kasih kerana sudi komen.nk jadik novel tu saya pun tak tahu lagi.hehe klau psal mengandung ni, rasanya ada kot.
hello cik writer. dah pandai post cerita sendiri dah ni, tak payah ada admin dah kot????? hahahaha.
AZ...admin tu penting! baru aman hidup! hahaha <3
terbaiklah teruskan usaha kami sentia menanti
sebenarnya, siapa fadhil?? hehe..
Cerpen2 yg akak buat semua best2 .. SUKA ! SUKA !
Cerpen2 yg akak buat semua best2 .. SUKA ! SUKA !
Cerpen2 yg akak buat semua best2 .. SUKA ! SUKA !
Urm..sy nk tnya siapa fadhil yer?
Ke cik writer tertypo??
Tertnya2 jgk..siapa fadhil??
Post a Comment