Oh, Pengikut Setiaku!!!

Monday, October 22, 2012

#05 Cerpen : Elya Mikhail


Elya Nasuha memandang skrin laptopnya dengan pandangan yang tidak berkelip. Tekun menyiapkan artikel yang akan di masukkan dalam ruangan ‘KERJAYAKU DUNIAKU’ untuk majalah lelaki yang sedang meningkat naik, ‘GAYA MACHOKU’. Dia sebenarnya agak kurang berkeyakinan semasa awal berkerja untuk majalah itu. Bukan apa, majalah itu sendiri sudah menggambarkan yang dia bakal di kelilingi jantina yang di klasifikasi sebagai LELAKI. Dari wartawan sampailah editornya semuanya lelaki! Nasib baiklah makcik cleaner tu perempuan kalau tak terkontang-kantinglah dia dalam dunia pekerjaan yang dipenuhi lelaki ini.

Bunyi ketukan di pintu sedikit mengganggu kosentrasinya. Tangannya sudah berhenti menaip.

“ Masuk,” arahnya sambil mata masih tertancap di skrin laptopnya.Membaca ulasan artikel yang baru ditulisnya.

“L?” panggil Azman, senior Editor untuk majalah lelaki itu sambil mengambil posisi tempat duduk di hadapan rakan sekerjanya itu.

“ Man, ada apa kau datang bilik aku ni?” Soal Elya Nasuha yang selesa di gelar ‘L’ di kalangan rakan sekerjanya itu. Rakan- rakan sekerjanyalah yang memberi nama panggilan tu. Kata mereka, baru boleh masuk jadi wartawan majalah ni kalau ada nama yang ‘cool’. Cool lah sangat!

Azman tersenyum. Dia menilik wajah gadis di hadapannya ini.  Sekali pandang pun dia tahu yang Elya Nasuha seorang yang sangat berkarisma dan senang diajak berbincang. Sebab itulah dia selalu berkerjasama dengan gadis itu selain hasil kerjanya yang sangat bagus dalam memikat para pembaca lelaki di luar sana.

“ Aku saje datang melawat kau. Nak tunggu kau melawat aku memang taklah kan?” ujar Azman seperti berjauh hati. Sengaja menguji setakat mana gadis itu akan memberi reaksi.

Elya Nasuha hanya tersenyum penuh makna. Azman ni mesti nak mintak tolong ni. Kalau tak memang dia takkan singgah bilik aku ni.

“ Hah terus terang jelah, kau nak aku tolong kau apa pulak kali ni?” Elya Nasuha malas nak memanjangkan cerita. Lebih baik kita terus ke tajuk utama dari berlengah membuang masa. Betul kan?

“ Kau ni tak menyempat aku nak bermukadimah, dah kau terjah. Tak romantik betul kau ni,”

“ kau tu takkan masuk bilik aku ni kalau bukan nak mintak tolong aku,” perli Elya Nasuha sambil mengetuk mejanya.

Azman tersenyum kambing!

“Aku nak mintak kau cover ‘KERJAYAKU DUNIAKU’ untuk bulan seterusnya,”

“Laa, tu je ke? Kan memang aku yang cover column tu tiap-tiap bulan,” ujar Elya Nasuha sambil mengambil Samsung Tab miliknya.

“ Tapi kau kena pergi interview orangnya minggu ni jugak,”

“Apa?” jerit Elya Nasuha. Terkejut.

“ Tapi, kan ni awal lagi. Artikel aku untuk bulan depan punya baru je siap,” keluh Elya Nasuha lalu memandang Azman yang sudah menyengih, buat muka tak bersalah lagi!

“ Alaa.. Bolehlah L. Aku yakin kau boleh interview dalam masa terdekat and in the same time kejar dateline column magazine kita yang dua bulan lagi,”

“ No way Man.  Kau ingat aku tak perlu makan, mandi bagai ke?” Elya Nasuha mula mendengus kasar. Baru ingat nak senang-senang!

“ L, tolonglah. Orang yang bakal kau interview tu busy orangnya. Jarang ada masa free,” rayu Azman. Bersungguh!

Elya Nasuha merenung ke dalam anak mata Azman. Masih menimbang tara sama ada nak tolong atau tak. Azman sudah banyak menolongnya, dari zaman belajar dulu sampailah  dia bekerja  sekarang. Takkan dia tak nak tolong.Hmm...

“Okeylah...” Akhirnya Elya Nasuha mengalah.

Azman tersenyum senang hati. Kalau tak kerana dia ada lawatan di Korea, dia sendiri akan turun padang untuk menemubual orang tersebut. Apa –apa nanti kau claim kat aku ye L!


@@@@@

Elya Nasuha menilik jam tangan yang tersarung elok di tangan kirinya. Sudah setengah jam dia menunggu untuk menemubual ketua jurutera Syarikat PETROLEUM itu. Sibuk bebenar! Gadis yang merangkap setiausaha kepada ‘Encik Jurutera’ itu hanya tersenyum nipis sahaja melihat dirinya yang sudah seperti cacing kepanasan dek sudah lama menunggu.  Air kopi yang disediakan gadis itu juga sudah lama licin!
Kalau tak mengenangkan yang Azman tu rakan yang selalu menolongnya dah lama dia blah dah dari tempat ni. Agaknya memang sudah menjadi satu kebiasaan untuk orang yang dah berjaya ni untuk selalu melengahkan waktu dan buat orang lain tertunggu-tunggu akan kedatangan mereka gamaknya. Nasib baiklah dia sudah lali dengan  perangai ‘orang besar’ macam ni.

“ Lisa, buatkan saya kopi,” arah satu suara.

Elya Nasuha segera memandang ke arah suara itu. Lelaki itu turut memandangnya, sebelum penglihatannya kelam.

Elya Nasuha merasakan ada tangan kasar yang sedang mengelus rambutnya. Penglihatan yang tadinya kelam sudah mula kembali terang. Perlahan-lahan dia mengerdipkan matanya beberapa kali sebelum terbangun akibat terkejut dengan figura di hadapannya ini.

“ Kau!” jerit Elya lalu mengengsot menjauhi tubuh lelaki di sebelahnya itu.

Mikhail Hadi hanya tersenyum melihat  gelagat Elya Nasuha yang terkejut ala-ala badak termakan spaghetti tu! Lawak sangat!

“ Hai, Cik Elya . Baru bangun dari mimpi ngeri ke?” perli Mikhail dengan senyum sinisnya.

“ Apa kau buat kat sini?”

“ Aku yang patut tanya kau soalan tu la mangkuk!”

Elya menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Perlahan-lahan rambutnya yang panjang mengurai itu disanggul tinggi, menampakkan lehernya yang jinjang itu.

“ Aku datang nak interview Chief Engineer kat sini, Encik Hadi,” ujar Elya selepas siap menyanggul rambutnya

Mikhail  hanya tersenyum sinis lagi. Perempuan ni terkejut ke tak terkejut ke sama je.

“ Jadi kaulah wartawan yang nak interview aku tu? Soal Mikhail dengan berlagaknya.

“Kau ke ketua jurutera tu? Impossible betul!” Elya tidak mahu mengalah dalam lagaknya. Kau ingat kau 
sorang je boleh tunjuk lagak, aku pun bolehlah!

“ Apa-apapun aku tetap berada atas kau sekarang,” Mikhail masih lagi dengan nada sombongnya. Senyuman sinis di lemparkan sebentar kearah wanita di hadapannya sekarang ini.

“ Whateverlah!”

“ Sekarang kau boleh interview aku, aku tak cukup masa nak layan wartawan hingus macam kau ni,” ujar Fadhil sambil menyinsing lengan bajunya ke siku.

Elya hanya menjeling tajam demi mendengar kata-kata yang terkeluar dari bibir lelaki yang suatu dahulu pernah merangkap menjadi teman lelakinya itu. Tanpa melengahkan masa dia mengeluarkan sebatang pen dan buku nota dan tidak di lupakan juga pita rakaman dari beg tangannya sebelum memulakan sesi interview bersama lelaki sombong dan perasan bagus ini!

@@@@@@

" Aku nak kita putus!”

“ Tapi kenapa Mikhail? Apa salah saya sampai awak nak kita putus? Dah dua tahun kita couple, awak tak rasa sayang ke dengan hubungan kita ni?”

Elya memandang anak mata Mikhail dalam-dalam. Cakaplah ini semua hanya main-main je Mikhail. Cakaplah awak sengaja nak prank saya macam yang awak selalu buat. Cakaplah...

“ Tak. Aku tak sayang dengan perempuan yang curang dengan aku.  Mentang-mentang aku selalu sibuk dengan tugasan aku, kau selamba badak je cari jantan lain belakang aku!” marah Mikhail hingga menampakkan urat-urat hijau di mukanya.

Elya memaut lengan Mikhail lembut. Namun, segera lelaki itu menepis dan menarik lengannya supaya tidak disentuh olehnya.

“ Aku jijik dengan kau!”

“ Awak dengarlah saya cakap dulu,” rayu Elya bersama juraian air mata.

“ Sudahlah, mulai saat ini aku tak kenal dengan perempuan yang bernama Elya Nasuha lagi!”

“Mikhail!” jerit Elya sambil berlari mendapatkan lelaki itu.

“Mikhail!”

Elya terbangun daripada lenanya. Skrin laptop yang masih bercahaya dipandangnya pelik. Ceh, tertidur rupanya aku ni!

Apa punya mimpilah yang aku dapat ni. Mimpi mamat perasan bagus tu pesal! Atau itu satu petunjuk yang hati aku ni masih sayangkan dia?Tak... rasanya tak. Dia dah buang aku! Aku takkan pernah jatuh cinta dengan lelaki tu dah. Taubat tak nak dah!
Cukuplah sekali aku dituduhnya curang!

@@@@@

Mikhail hanya merenung kosong kearah laman rumahnya. Sunyi. Itu yang dia rasa semenjak papa dan mamanya meninggal dunia lebih kurang setahun lalu. Sejak itu, dia sengaja menyibukkan dirinya dengan kerja-kerjanya di pejabat. Pertemuan dengan Elya Nasuha kelmarin cukup membuat hatinya tersayat.
Wanita itu sudah pandai bergaya. Tipu kalau dia kata yang dia tidak tergoda melihat penampilan  penuh bergaya Elya. Namun, mengenangkan apa yang gadis itu buat padanya semasa mereka sama-sama menuntut di universiti sedikit sebanyak merobek hatinya kembali.

Cubalah kalau Elya Nasuha tidak berlaku curang padanya. Tentu dia sudah melamar wanita itu untuk menyerikan taman hatinya yang sunyi sepi ini. Sudahlah!Terlalu banyak ‘kalaulah’ pun tak baik untuk kesihatan. Lagipun bunga bukan sekuntum. Rilek sudah Mikhail oii!

ELYA NASUHA tergopoh-gapah memasuki pintu lif yang hampir tertutup itu. Termengah-mengah dia menyedut nafas yang bagaikan kehabisan simpanan udara. Ini semua gara-gara si Azman yang terlewat bagi tahu lokasi untuk sesi fotografi cover untuk bulan ini.

“ Hai, kalut kak! Lambat ye!” perli satu suara di belakangnya.

Elya memalingkan kepalanya. Bulat matanya dek terpandangkan lelaki yang teramat dikenalinya itu. Nasib baiklah dalam lif itu hanya ada dia dan mamat perasan bagus ni je. Kalau tak, takde orang suka tengok muka terkejut dirinya itu. Macam monyet jatuh pokok!

“ Aku takde masa nak bertekak dengan kau hari ni. Jadi baik kau duduk senyap-senyap dan jangan kacau aku,” Elya sudah mengeluarkan amarannya.

Mikhail tergelak sinis. Kau ingat aku takut dengan amaran kau tu!

“ uhhh... Takutnya aku,” sindir Mikhail lagi. Giat dia mengacau wanita di hadapannya ini.

“Eeii, kau ni betul-betul menguji kesabaran aku,” Kerana terlalu geram Elya Nasuha terus mencekak leher baju lelaki itu lalu menekan badan sasa Fadhil ke dinding. Nafasnya sudah tidak teratur. Dia sudahlah lambat, lif pulak macam tak nak bergerak dan lelaki ini pulak seronok mengacau ‘mood’nya yang sudah lari ni.

Mikhail yang tadinya sedikit tersentak kembali tersenyum sinis. Tunjuk kuat ye...Dengan tidak semena-mena dia pulak menarik wanita itu ke dalam pelukannya. Erat! Sehingga terasa setiap lekuk di badan gadis itu.

Elya meronta-ronta ingin melepaskan diri. Dia semakin kalut apabila lelaki itu sudah mendaratkan hidungnya ke lehernya yang memang sedikit terdedah itu.

“ Eeei.. Lepaslah” jerit Elya lalu menampar pipi milik Mikhail sebaik sahaja lelaki itu melepaskan pelukannya. Saat pintu lif terbuka, Elya terus berlari keluar tanpa memandang lelaki itu.

Mikhail hanya tersenyum pahit. Salah dia jugak. Bergurau terlampau! Selama dia bercinta dengan Elya dulu pun dia tidak pernah menyentuh mana-mana bahagian badan gadis itu. Entah apa yang merasuknya tadi sampai bertindak memeluk dan hampir meninggalkan ‘gigitan cinta’ di leher gadis itu. Ahh, kalau sudah berdua mesti ada yang ketiga, desis hati Mikhail sebelum berlalu pergi.


@@@@@@

AZMAN memandang pelik rakan sejawatnya itu. Sibuk termenung! Entah bila Elya menambah hobinya yang terbaru itu. Elya yang sedang leka memandang ke luar jendela pejabatnya tidak menyedari yang dirinya sedang di perhatikan oleh si Azman.

“ Kau ni dah kenapa?” Termenung je,” Azman memulakan bicara. Malas menunggu dan tertunggu-tunggu. Kalau tunggu nanti jawapannya tak dapat jugak!

Elya menjeling ke arah  Azman. Serta-merta dia naik angin! Dia teringatkan apa yang Mikhail sudah lakukan padanya tadi. Kalaulah Azman tak menyuruh dia pergi ke lokasi fotografi itu tadi tentu dia tak akan terserempak dengan lelaki itu.

“Eh, kita tanya dia elok-elok, dia jelingnya kat kita,”tegur Azman dengan muka tak berpuas hatinya.

“Aku tak nak cakap dengan kau sehari,” rajuk Elya lalu memalingkan mukanya kearah lain.

“La.. tetiba pulak tak nak kawan dengan aku. Sehari je pulak tu,”gurau Azman sambil buat muka peliknya lagi. Memang dia tengah pelik pun. Datang bulan ke apa perempuan ni?

“Whateverlah. Kalau aku cerita kat kau nanti lain pulak jadinya,”

“ Pulak?”Macam-macam hal lah kau ni,” ujar Azman lalu menggelengkan kepalanya.

Elya memuncungkan mulutnya. Protes dengan Azman sehari pun jadi. Kalau lama-lama pun buat apa. Bukan salah Azman pun kalau ikutkan. Anggap sahaja kejadian hari ni satu mimpi buruk. Ye, satu mimpi buruk je! Nanti-nanti bila dah lama-lama mesti dah tak ingat dah!

MIKHAIL menjengahkan kepalanya keluar dari kereta beberapa kali. Betul ke tempat ni? Soal hatinya. Entah kenapa dia berasa tidak sedap hati. Telefon bimbit jenama Samsung Ace di ambil dan nombor Hisyam, rakan sepejabatnya di dail.

Ahh, masa ni jugaklah Hisyam tak nak angkat telefon! Entah kenapa la pulak si Hisyam ni menyuruh dia ke rumah kenalannya untuk mengambilnya di situ. Apa masalah Hisyam sampai menumpang di rumah kenalannya itu?

Loceng rumah di tekan beberapa kali. Mana pulaklah tuan rumah ni?Tak cukup dengan loceng pintu di tekannya, pintu rumah jugak di ketuk beberapa kali. Setelah beberapa kali di ketuk barulah ada yang membukanya.

Sekali lagi Mikhail terkejut! Elya!

“ Kau?” Elya terjerit kecil.

Mikhail menjelingnya tajam sebelum bersuara.

“ Mana Hisyam?” tanya Mikhail dengan suara yang sudah melantun tinggi. Dia tak sangka Elya perempuan yang sanggup bawa lelaki bukan muhrim masuk ke rumah. Sungguh dia tak sangka! Lalu badan wanita itu di tolaknya kasar sebelum merempuh masuk ke dalam rumah milik Elya.

“ Hisyam apa kau ni? Baik kau keluar sebelum jiran-jiran aku perasan kau!” marah Elya. Dia sedikit pelik bagaimana Mikhail tahu alamat rumahnya.

“ Hisyam!” Panggil Mikhail dengan kuat. Entah kenapa dia sangat geram dengan Hisyam. Sanggup Hisyam buat pekara-perkara terkutuk ini! Dengan bekas kekasih dia pulak! Memang panas hatinya!

Wajah Elya yang penuh tanda tanya itu dijelingnya lagi. Ahh, sakitnya hati ni! Bilik Elya diceroboh pula. Mencari kalau-kalau si Hisyam itu ada di kamar, lagi sedang menunggu kekasihnya itu datang ‘melayan’.

“ Hisyam apa kau ni? Aku tak kenal pun siapa-siapa nama Hisyam,” marah Elya sambil menunjal-nunjal bahunya Mikhail sehingga lelaki itu ke belakang. Mikhail mula mengerutkan dahinya. Main kasar nampak!

“ Kalau kau tak kenal Hisyam macam mana Hisyam boleh suruh aku datang ambil dia kat alamat rumah kau ni!” Mikahil jugak tak kurang kasarnya. Kepala Elya Nasuha ditolak-tolaknya dengan jari telunjuknya. Kerana kurang bersedia, Elya akhirnya terjatuh ke atas katilnya. Nasib baik dia memakai seluar tidur,  kalau tidak habis terselak semua!

“ Dah aku kata tak kenal, tak kenallah! Kau tak faham bahasa melayu ke apa?” Elya sudah sangat-sangat bengang. Mikhail juga begitu. Masing-masing sudah kelihatan menyinga.

“ Aku tak sangka kau macam ni! Aku bersyukur sebab aku dah putus dengan kau!”

“ Aku pun sama!” Elya masih lagi melawan.

Tanpa kesabaran yang tinggi, Mikhail menerjah ke arah Elya yang masih terdampar di katil lalu bertindak ingin menamparnya.

“ Berhenti!” Larang satu suara.

Kedua-dua mereka segera menoleh ke arah suara tadi. Apa ni?

“ Kamu berdua didapati sedang berkhalwat di alamat ini tanpa ditemani mana-mana muhrim kamu, sila ikut kami ke balai,” ujar salah satu suara yang rata-ratanya berserban dan memakai kopiah itu.

Mikhail sudah kelihatan tercengang. Elya pulak sudah bertakung air matanya. Apa ni?

@@@@@

“ Pandai-pandailah kamu nak hidup lepas ni!” marah Encik Hafis tanpa memandang ke arah anak perempuannya itu.

Elya sudah meraung. Lengan ayahnya ditarik lembut, cuba meraih simpati. Malangnya, Encik Hafis merentap tangannya kasar sehingga gadis itu jatuh terduduk.

“ Ayah takde anak yang memalukan ayah,”luah Encik Hafis. Sedih!

“Selama ni, ayah percayakan Elya sebab ayah yakin yang anak ayah ni takkan berani menconteng arang ke muka ayah. Tapi ini yang kamu bagi kat ayah!”

“ Tak ayah, Elya tak salah,” terang Elya sambil diperhatikan oleh lelaki yang sudah sah menjadi suaminya kini, tak lain dan tak bukan, Mikhail Hadi.

Mikhail hanya menghadiahkan jelingan kepada Elya saat mata mereka bertaut. Dia semakin benci perempuan itu! Kalau tak mengenangkan reputasinya di pejabat bakal tergugat dengan beritanya yang ditangkap khalwat, pasti dia tidak akan menikahi perempuan tak guna tu! Tambahan,dia tidak mahu membazirkan masanya yang berharga itu dengan urusan naik turun mahkamah! Apa-apa pun perkahwinan ini mesti dirahsiakan daripada pandangan umum. Tak kira macam mana pun caranya.

“ Mulai hari ini Elya jangan jumpa ayah!” Putus Encik Hafis lalu beredar dari rumah mewah sederhana besar milik Mikhail  tanpa menyapa menantunya itu.

“Ini semua salah kau!” Elya sudah menyerang Mikhail. Meletakkan semua kesalahan di atas bahu lelaki itu seorang.

Mikhail sudah menarik nafasnya sebelum menghembusnya dengan kasar. Matanya sudah memerah. Banyak cantik muka kau letakkan semua salah atas bahu aku sorang-sorang!

“Hei, perempuan kau dengar sini, ini semua salah kau dengan Hisyam keparat tu!”

“ Korang yang berasmaradana, aku pulak yang terkena!” Tambah Mikhail lagi sambil mengetap bibirnya geram.

“ Nasib aku gamaknya dapat ‘bekas’ Hisyam. Tapi kau jangan risau, sampai saatnya nanti aku pasti lepaskan kau,” sindir Mikhail dan sekali lagi menghadiahkan Elya Nasuha dengan jelingan mautnya itu.

“ Hei, berapa kali aku nak bagitahu kau yang aku tak kenallah Hisyam tu!” Jerit Elya lalu mengangkat tangannya ke muka Mikhail. Geram dengan tuduhan tak berasas lelaki itu.

Mikhail memegang pipinya yang baru sahaja di tampar isterinya. Perit!

“ Kau,dah melampau!”

“ Siapa yang melampau?” Elya sudah berdiri menghadap Mikhail yang nyata tidak berpuas hati dengannya.

“ Nanti aku ajar kau cukup-cukup...”

“..... tapi sebelum tu aku nak ingatkan kau satu perkara. Jangan sesekali kau bagi tahu orang lain pasal perkahwinan kita ni. Ingat!” Mikhail sudah memberi amaran.

Elya Nasuha melemparkan senyuman sinisnya.

“ Kau ingat aku suka ke nak bagitahu semua orang pasal perkahwinan kita ni? Weh, aku pun tak hadaplah!” jawab Elya dengan kasar lalu bergerak menuju ke bilik yang awal-awal lagi sudah di tetapkan oleh suaminya itu. Pintu biliknya di hempas kasar! Protes!

Mikhail hanya memerhatikan tindakan isterinya itu dengan pandangan mengejek. Takpe awal lagi, kau tengoklah nanti, terbalik hidup kau aku buat, desis hati kecil lelaki itu.

ELYA NASUHA merenung ke luar jendela pejabatnya. Dia kepenatan. Penat fizikal dan mental! Setiap awal pagi dia sudah di kerah tenaga dengan menyediakan sarapan, menggosok baju dan mengemas rumah untuk lelaki itu. Rasa seperti di neraka!

Kerja-kerja yang selama ini yang dibuat kalau ada masa sudah menjadi aktiviti rutin sehariannya pulak sejak berkahwin dengan Mikhail Hadi. Lelaki itu memang berniat nak menyeksa dia habis-habisan agaknya. Dia teringat kejadian Subuh tadi.

“ Kau ni pandai gosok baju ke tak? Berkedut seribu je aku tengok baju ni,” marah Mikhail sambil bercekak pinggang. Memang macam bos besar!

Elya memakukan pandagannya ke arah baju kemeja yang di katakan ‘berkedut seribu’ oleh suaminya itu. Mana ada kedut!

“ Mana datangnya kedut? Kau je yang lebih-lebih,” pangkas Elya selamba.

“ Aku tak kira, aku nak kau gosok balik baju ni!” Arah Mikhail tanpa rasa bersalahnya.

Elya sudah membuat muka tapi tetap mengambil semula baju kemeja tersebut lalu menggosoknya. Untuk seketika air mukanya sedikit berubah apabila suaminya itu bertindak menanggalkan seluar slack yang dipakai di hadapannya. Nasib baiklah lelaki itu memakai boxer di dalamnya. Kalau tak percuma je dia tengok ‘tayangan perdana’ hari ini.

“Malu?”  Tanya Mikhail. Sinis.

“ Orang yang dah ada pengalaman macam kau ni pun masih malu lagi tengok pemandangan macam ni?” Mikhail masih mahu mencari gaduh dengan isterinya itu.

“ Nah, baju kau!” Elya menyerahkan baju kemeja yang sudah siap digosoknya ke tangan lelaki itu.Malas nak melayan suaminya itu.

Mikhail tidak berpuas hati apabila Elya Nasuha tidak memberi reaksi dengan kata-katanya.

“ Hebat sangat ke Hisyam tu?” Soal Mikhail lagi. Sengaja.

Elya sudah menjungkitkan keningnya. Menguji kesabaran betullah lelaki ni!

“Hebat! Mungkin lagi hebat dari kau,” sambut Elya dengan yakin sebelum bergerak menuju ke muka pintu bilik, mahu keluar dari suhu ‘kepanasan’ lelaki itu. Sengaja. Memang dia sengaja.

Baru sahaja kakinya ingin melangkah keluar,dengan tidak semena-mena lengannya di tarik kasar dan tubuhnya dihumban kekatil milik lelaki itu. Elya nampak dengan jelas yang suaminya itu sudah hilang kesabaran. Dia boleh lihat rahang milik Mikhail bergerak-gerak kasar.

“Kau dah kenapa?” jerit Elya sambil berusaha untuk bangun tapi tindakan Mikhail yang menindih tubuhnya membuatkan segala gerakannya terbatas.

“ Dia lagi hebat ke, atau aku lagi hebat kalau macam ni,” ujar Mikhail lalu membenamkan kepalanya di leher wanita itu lama. Bahunya yang sedari tadi dipukul wanita itu lansung tidak membantutkan niatnya.

Elya mengetapkan bibirnya. Menahan rasa sakit hati yang bukan kepalang. Jahanam kau Mikhail!

Mikhail tersenyum sinis melihat ‘gigitan cinta’ yang terpamer cantik disekitar leher isterinya itu. Bibir Elya Nasuha yang kemerah-merahan itu pula seolah-olah menggamitnya untuk menyentuhnya.
Rontaan wanita itu lansung tidak dipedulikannya. Yang penting hajatnya terlaksana! Lama bibir merah itu dipagutnya sebelum melepaskannya.

Elya mengesat bibirnya dengan telapak tangannya. Jijik dicium oleh lelaki itu.

“ For time being, aku bagi itu aje,”kata Mikhail sambil memakukan pandangannya sekali lagi di sekitar leher isterinya itu.senyuman kepuasan terukir di bibirnya.

“ Bangsat kau!” jerit Elya sebelum bangkit keluar dari bilik lelaki itu dengan hati yang sebal.

MIKHAIL mengurut perlahan dahinya sebelum tangannya itu jatuh ke bibirnya. Hatinya sangat gembira apabila dapat menyakitkan perasaan isterinya itu. Selama sebulan mereka duduk bersama, dia sengaja mencari pasal dengan wanita itu. Kecewa. Ya, itu perasaannya setiap kali melihat Elya. Dia teringat peristiwa yang dimana dia ternampak wanita itu dengan seorang lelaki berjalan sambil bertepuk tampar mesra sewaktu mereka sama-sama belajar dulu. Itu mungkin boleh dimaafkan, tapi dia tak boleh maafkan bila Elya Nasuha ada hubungan dengan rakan sepejabatnya, Hisyam. Sampai sekarang dia tak nampak batang hidung Hisyam.

Tapi, sekurang-kurangnya pagi ni hatinya puas kerana dapat membalas dendamnya. Sedikit sebanyak hati lelakinya tercabar apabila di bandingkan dengan lelaki lain walaupun pada awalnya dia yang memulakan topik sensitif itu. Agaknya kalau tak mengenangkan yang dia harus mengejar meeting hari ini, pasti isterinya itu sudah terkulai di dalam dakapannya. Peduli apa dia kalaupun Elya Nasuha tidak rela. Dengan Hisyam dia boleh bagi, takkan dengan dirinya yang sudah sah lagi halal ini dia nak halang.

“ Encik Fadhil, lunch dengan pengurus projek KAZA kat Hotel Nikko pukul 12.30 tengahari ni confirm ye?” Suara Lisa, setiausahanya bergema di muka pintu biliknya. Entah bila gadis itu mengetuk pintu pun dia tidak perasan. Tapi yang penting dia sudah memberi kebenaran untuk Lisa terus masuk ke biliknya andai dia tidak perasan dengan kehadiran setiausahanya itu.

“Confirm Lisa. Pukul 12 karang awak ingatkan saya,” balas Fadhil lalu tersenyum ringkas kepada setiausaha yang sudah 3 tahun berbakti dengannya itu.

“ Baik!” Sambut Lisa dengan ceria sebelum melangkah keluar dari pejabat majikannya itu.

“Err, Lisa awak ada tahu tak Encik Hisyam pergi mana?” Tanya Fadhil sebelum setiausahanya itu keluar dari biliknya.

Lisa mengerutkan dahinya sebentar.

“ Kalau tak silap saya, Encik Hisyam digantung kerja dua bulan lepas sebab projek kat Brunei tu,khabarnya berlaku penyelewengan dan pecah amanah,” terang Lisa sebelum meminta kebenaran keluar.

Fadhil termanggu di kerusinya. Apa makna semua ni?

ELYA NASUHA tergelak sakan mendengar Azman membuat lawak bodohnya. Hilang sebentar tekanannya. Azman sahabat yang baik. Sejak zaman mereka sama-sama belajar di universiti lagi Azman banyak menolongnya walaupun waktu itu Azman sudah bergelar seniornya. Malah, Azman juga yang membantunya mendapatkan kerja di majalah lelaki itu.

“ Sudahlah, penat dah aku ketawa ni,”ujar Elya Nasuha dengan sisa tawanya.
Azman tersenyum senang.

“ Kalau macam tu, kau kena belanja aku makan,”

Elya Nasuha menjungkitkan keningnya.

“ Bukan kau dah janji ke yang lunch ni kau belanja?” Soal Elya Nasuha dengan muka tak bersalahnya.

“ Ala, aku dah tolong kau ceriakan pagi moody kau ni dengan lawak bodoh aku,apa salahnya kau belanja aku sebagai ucapan terima kasih,” rayu Azman sambil membuat muka comelnya.

“Heish, jangan buat muka macam tulah, geli aku,” kata Elya Nasuha sambil membuat isyarat ‘nak muntah’.

Akhirnya kedua-dua mereka ketawa tanpa disedari ada mata yang sedang memerhati dari jauh dengan hati yang sudah terbakar!

@@@@@@

MIKHAIL melonggarkan tali leher yang dipakainya. Runsing. Dia runsing dan pening dengan perasaannya sekarang ini. Kenapa dia sakit hati apabila melihat Elya Nasuha dengan lelaki itu. Ya, lelaki itu lelaki yang sama dia lihat bersama isterinya itu sewaktu zaman mereka belajar dulu. Lelaki yang dianggapnya kekasih gelap kepada Elya Nasuha.

“Ahh!” jerit Mikhail sambil meramas rambutnya. Geram!

Keadaan rumahnya yang sunyi sepi membuatkannya bertambah geram. Mesti tak balik lagi! Hatinya bertambah sakit apabila membayangkan yang isterinya itu lagi sedang bergembira dengan kekasih gelapnya itu.

Baru sahaja melewati sofa diruang tamu, mata Fadhil tertancap pada sekujur tubuh yang sedang enak tidur di atas sofa tersebut. Elya Nasuha!

Wajah pulas isterinya yang sedang tidur itu ditatapnya. Perlahan rambut Elya Nasuha di usapnya lembut. Untuk seketika tangan kasarnya pula mengusap lembut bahagian leher yang di tinggalkan kesan olehnya pagi tadi. Naluri lelakinya bergetar!

Ahh, ada apa dengan kau Elya Nasuha? Kenapa kau jugak yang aku nak walaupun kau sudah curang padaku? Mikhail menggelengkan kepalanya beberapa kali. Lantas, tubuh lansing milik isterinya itu dicempung dan dibawa ke bilik. Perlahan tubuh Elya Nasuha diletakkan di atas katil.

Saat dia ingin melangkah keluar, dia terdengar Elya Nasuha mengigau. Memanggil nama seseorang. Segera dia mendekati tubuh isterinya itu, ingin mendengar dengan jelas siapa yang diigaukan wanita itu.

“Mikhail!”

Berubah riak muka lelaki itu demi mendengar namanya yang di sebut oleh Elya Nasuha walaupun dalam keadaan separuh sedar!

Segera dia merapati isterinya sebelum membawa tubuh itu ke dalam pelukannya. Erat!

Elya Nasuha tersedar daripada lenanya apabila terasa ada yang memeluknya. Mikhail!

“ Apa ni peluk-peluk! Lepaslah!” marah Elya Nasuha dalam mamai yang masih bersisa. Tapi tak dipedulikan oleh suaminya. Malah, wajahnya dicium lembut oleh lelaki itu.

“ Aku tahu kau masih cintakan aku. Betulkan?” Mikhail bertanya sebaik sahaja merenggangkan pelukannya.

“Apa yang kau mengarut ni?”naïf Elya Nasuha. Tapi dalam hati tetap ada debar yang perlu disembunyikan.

“Tak, aku tak percaya! Kalau tak kenapa kau sebut nama aku dalam tidur kau?” Mikhail masih menggesa isterinya itu. Demi sebuah kebenaran.

“ Kalaupun aku sebut nama kau dalam tidur aku, itu semua sebab kau mimpi buruk aku!”

Mikhail mengetap giginya. Dia Cuma hadir sebagai mimpi buruk? Jadi,dalam mimpi indah wanita itu Cuma ada lelaki yang bersamanya di Hotel Nikko tadi dan Hisyam sahaja, begitu?

“Jadi, dalam mimpi indah kau ada Hisyam? Ada lelaki yang makan tengahari dengan kau tadi tu je?” Mikhail sudah hilang sabar. Elya Nasuha benar-benar membuatkannya tercabar sebagai seorang lelaki yang bergelar suami.

Elya Nasuha malas melayan angin suaminya itu. Tanpa pamitan dia bergerak keluar. Belum sempat kakinya mencecah luar bilik, tubuhnya di tarik kasar oleh Mikhail.

“ Jawab, bila aku tanya!” Suara Mikhail sudah melantun tinggi.

Elya Nasuha merengus kasar. Apa lagi yang lelaki ni tak puas hati?

“Kalau aku jawab ye?” Provok Elya Nasuha sambil memakukan pandangannya ke dalam anak mata suaminya itu tanpa gentar.

“Kau memang murah!”Jawab Mikhail. Tubuh Elya Nasuha di cempung kasar menuju ke katil.
Elya Nasuha panik! Dia meronta-ronta ingin melepaskan diri.

“Lepaskan akulah!” Arah ELya Nasuha dengan cemas. Apa yang Mikhail nak buat?

Mikhail tersenyum sinis. Badan isterinya itu di hempas kasar ke katil. Butang baju kemejanya di buka satu persatu.

Elya Nasuha sudah ketakutan. Tidak! Aku tak sedia!

“ Jangan Mikhail. Jangan kau cuba nak sentuh aku!” Halang Elya Nasuha sambil cuba mengengsot ke sisi katil. Bagaimanapun tindakannya terhenti serta merta apabila lelaki itu sudah menindihnya.

“Kenapa aku tak boleh sentuh kau? Dengan Hisyam kau boleh bagi, dengan aku yang halal ni kau halang! Kau tak ubah macam perempuan jalang!” Jerit Mikhail lalu merentap baju tidur yang dipakai Elya Nasuha sebelum membenamkan kepalanya dileher isterinya itu.

Elya Nasuha tidak mampu menghalang  lagi. Dia sudah lemah. Dia sudah tewas ditangan suaminya sendiri! Hanya air matanya sahaja yang sudi menemaninya malam itu...

ELYA NASUHA membelek-belek sekitar lehernya. Penuh kesan-kesan merah! ‘Sagu hati’ dari suaminya. Ahh, Mikhail memang tak guna! Apa saje yang tinggal pada dirinya selepas kesuciannya diragut tanpa relanya semalam. Dirinya tak ubah seperti pelacur! Selepas lelaki itu puas, dirinya ditinggalkan terkontang-kanting keseorangan.

Pagi-pagi lagi Mikhail terus keluar dari kamar yang dihuninya. Elya Nasuha sedar, kerana semalaman dia tidak dapat melelapkan matanya. Hatinya sakit, kepalanya sakit, dan badannya juga sakit akibat perbuatan lelaki itu. Oleh sebab itu,dia sudah memberitahu Azman yang dia tidak dapat hadir ke pejabat hari ini. Nasib baiklah Azman tak banyak soal, kalau tak masak jugak nak jawab.

Fikirannya menerawang ke peristiwa malam tadi. Apa maksud Mikhail dengan lelaki yang makan tengahari bersamanya semalam? Siapa sebenarnya Hisyam ni? Dan Mikhail ada kata yang aku ada sebut namanya dalam tidur aku semalam, yang membuktikan yang aku sebenarnya masih cintakan dia? Ahh, apa semua ni?

@@@@@@@

Sudah sebulan Mikhail melarikan dirinya daripada isterinya. Dia malu dengan Elya Nasuha. Isterinya itu masih suci! Dia sahaja yang beranggapan buruk dengan wanita itu. Malah, dia sudah berkasar dengan Elya Nasuha. Tuhan sahaja yang tahu betapa dia mahu bersemuka dan mengatakan betapa rindunya dia pada isterinya itu. Tapi dia malu.

Sengaja dia pulang ke rumah lewat malam dan bangkit di awal-awal pagi supaya dia tidak berhadapan dengan Elya Nasuha. Setiap malam dia hanya mampu menjengah ke kamar isterinya itu setelah Elya Nasuha sudah lena. Hanya itu yang mampu dia lakukan untuk ubati kerinduannya.
Walaubagaimanapun, dalam hatinya masih ada kemushkilan. Pertanyaan yang masih perlu Elya Nasuha jawab untuknya. Siapa lelaki yang dilihatnya bertepuk tampar mesra dengan Elya Nasuha semasa di universiti? Lelaki yang sama dilihatnya makan tengahari dengan isterinya di Hotel Nikko. Apa hubungan mereka? Dan apa kaitan Hisyam dengan Elya Nasuha jika isterinya itu lansung tak mengenali mana-mana lelaki yang bernama Hisyam?

“ Encik Mikhail?” Tegur Lisa.

“Aaah, Lisa, ada apa?” Mikhail memandang pelik ke arah Lisa. Sejak bila Lisa ada kat sini?

“ Malam ni dinner dengan Global Intec dan press,” ujar Lisa sambil tersenyum.

“Oh, okey. Thanks Lisa,” ucap Mikhail.

MIKHAIL memerhati keadaan majlis yang serba mewah itu. Matanya tiba-tiba tertancap disuatu sudut yang dimana dia ternampak Elya Nasuha yang anggun dengan dress labuhnya lagi sedang berbual dengan sekumpulan wartawan yang hadir di situ.  Isterinya itu pasti turut diundang pada acara malam ini.
 Pantas dia mendekati Elya Nasuha dan menyapa mesra rakan- rakan isterinya itu. Elya Nasuha terkejut tapi masih mampu mengawal riak mukanya.

“Eh, you lah kan lelaki yang L cover untuk column dia bulan ni kan?” Tanya Ikwan, rakan sekerja Elya Nasuha.

Mikhail hanya menganguk sebelum tersenyum mesra.

“ Hmm, not bad jugak you ni,” puji Ikwan disambut hilai tawa yang lain.

Mikhail senyum lagi. Sekali-sekala matanya melirik ke arah Elya Nasuha yang bagai tiada perasaan itu. Marah lagi ke?

“ L.” Tegur satu suara. Mikhail segera memandang kearah suara yang memanggil isterinya itu. Lelaki itu!

“ Man,” Elya Nasuha memandang ke arah Azman.

“ Eh, Encik Mikhail pun ada kat sini?” Azman menyapa lelaki yang segak di hadapannya ini. lelaki yang sepatutnya di temubual olehnya , tetapi kerana ada perkara yang tak dapat dielakkan, Elya Nasuha pulak yang menggantikannya.

Mikhail mengerutkan dahinya. Lelaki ni kenal aku?

“ Azman...Saya Senior Editor Majalah GAYA MACHOKU, yang sepatutnya temubual encik hari tu, tapi sebab ada hal, kawan saya ni yang  pergi,” Azman menghulurkan tangannya. Mesra.

Mikhail menyambut dengan lambat-lambat. Elya Nasuha di sebelahnya diam tidak berkutik. Hanya setia memerhati.

“Ohh...” Mikhail hanya mengangguk . kawan ke makwe? Desis hatinya.

“ L, jom kita pergi sebelah sana,” ajak Azman sambil buat muka comelnya. Mikhail yang melihatnya rasa macam nak muntah.

“ Ada apa kat sana tu? Interesting sangat ke?” Elya Nasuha menyoal sambil menjenguk-jengukkan kepalanya ke tempat yang ditunjukkan Azman. Suaminya di sebelah tidak dihiraukan.

“Alaa.. Adalah,” rengek Azman. Tidak mempedulikan orang disekeliling.

Mikhail menjeling kearah Elya Nasuha. Dia tidak mahu isterinya mengikut lelaki itu. Tiba-tiba sahaja idea jahatnya timbul. Hehehe...

Air minumannya yang masih berbaki ditumpahkan ke atas baju isterinya sebaik sahaja dia ingin bergerak.

“ Heish, apa ni?” marah Elya Nasuha. Habis bajunya basah dengan air minuman suaminya itu.

“ I’m so sorry, Cik Elya. I tak sengaja,” terang Mikhail. Sengaja ditekannya perkataan ‘cik’ itu di depan semua.

Elya Nasuha menjeling tajam sebelum bergerak keluar. Dia tahu Mikhail sengaja menumpahkan air ke atas bajunya. Tak guna betullah!

Mikhail tersenyum ringkas kepada semua rakan-rakan isterinya itu sebelum membuntuti langkah wanita itu keluar.

Elya Nasuha keluar dari tandas dengan muka ketatnya. Dalam hati sudah berbakul-bakul seranah rasanya ingin disemburkan ke muka suaminya itu.

“ Dah okey ke?” tegur Mikhail selamba. Matanya tak lepas memandang ke tempat yang sudah dia tumpahkan air minumannya tadi. Teruk juga.

“ Kau sengaja je kan? Tumpahkan air atas aku!” Elya Nasuha sudah menyerang. Panas hatinya melihat suaminya itu.

Mikhail buat bodoh. Malas nak gaduh. Memang salah dia pun tumpahkan air kat baju Elya Nasuha supaya isteriya itu tak ikut Azman yang mengada tu!

“ Dah, jom kita balik!” arah Mikhail dengan tegas. Ada banyak yang perlu di selesaikan.

“ Aku tak nak balik lagi. Aku kena stay,”

“ Aku nak kau balik jugak!

“ Aku kata aku kena stay. Kau tak faham atau sengaja buat tak faham ni?” bentak Elya Nasuha.

“ Kau yang tak faham. Kau isteri aku. Kau kena ikut arahan aku!”

Mikhail sudah melelar tangan wanita itu sehingga ke keretanya. Rontaan Elya Nasuha sedikit pun tak dipedulikannya. Tubuh isterinya itu ditolak masuk kedalam kereta sebaik sahaja pintu dibuka.

“ Apa lagi yang kau nak ni?” soal Elya Nasuha tidak puas hati sebaik sahaja Mitsubishi Lancer milik lelaki itu bergerak.

Mikhail memandang sisi muka isterinya. Jelas riak muka orang yang tidak puas hati! Dia tak peduli! Yang penting urusan mereka perlu diselesaikan malam ini juga!

“ Err...Pertama aku nak tanya, kau sihat?” Tanpa serba salahnya Mikhail bertanya.

Elya Nasuha merengus kasar. Sebulan tinggalkan aku macam sampah, baru sekarang nak tanya aku sihat ke tidak!

“ Aku mintak maaf,”

“ Untuk apa?

“Untuk semua!”

“Dah terlambat!”

“Aku nak kita mula semula,”

“Aku tak nak!

Mikhail menjeling isterinya itu. Perlahan kereta yang dipandunya dibawa ke bahu jalan.

“Sekarang cakap, kenapa kau tak nak kita mula semula?”

Elya Nasuha pula menjeling tajam kearah suaminya. Dah orang tak nak! Tak naklah!

“Aku dah serik!

“Tipu! Ini mesti sebab Azman!”

Elya Nasuha mengerutkan dahinya. Azman?

“ Dia takde kena mengena dalam soal kita,”

“Ada!”sambut Mikhail berang.

“Jangan salahkan dia kalau salah tu datang daripada kau,”

“ Dia salah. Sebab dia punca kita putus dulu!”

Elya Nasuha mengetap giginya. Geram!

“Kau curang dengan aku sebab diakan masa kita study dulu...”

“Jadi, sebab dialah kau mengamuk dan putuskan hubungan kita. Macam tu?” tebak Wlya Nasuha. Sayu!

Mikhail mengangguk kepalanya.

Elya Nasuha mengeluh perlahan. Kenapa sekarang baru semua nak dijelaskan? Kenapa tak dulu?

“ Aku nak balik!” pinta Elya Nasuha. Air matanya sudah bergenang. Dia perlu kekuatan sedikit untuk melangkah ke belakang, masa yang dimana semuanya bermula.

Mikhail memandang Elya Nasuha seketika sebelum melepaskan keluhan beratnya. Gear keretanya dimasukkan dan perlahan Mitsubishi Lancer itu bergerak memasuki lebuh raya.

Bunyi telefon bimbit milik Mikhail menggangu focus kerjanya. Skrin Samsung Ace itu dipandang sekejap. Hisyam?

“ Kalau kau nak bini kau ni selamat kau datang dekat kawasan Pelabuhan Klang lama tu. Jangan report kat Polis atau bawa siapa-siapa!” ujar Hisyam dengan suara tingginya.

Hati lelaki Mikhail berdebar kencang. Segera dia mengucap perlahan dalam hati. Mengawal debar.

“ Apa kau mengarut ni Syam?” ucap Mikhail dalam nada tenang.

“Oh, kau tak percayakan? Nah, kau dengar suara bini kau ni!” marah Hisyam .

“ Lepaskan akulah bodoh!”

Elya Nasuha! Mikhail mengurut dahinya perlahan. Ya Allah,Isterinya dalam bahaya!

“Apa yang kau nak?” Mikhail masih cuba berdiplomasi. Ketegangan hanya mencipta masalah.

“ Bagus! Aku nak kau mengaku dekat board yang semua penyelewengan yang aku buat tu sebenarnya 
kau yang buat,”

“Kalau aku tak nak?” provok Mikhail.

“Kalau kau tak nak, bini ekspres  kau yang cantik ni tinggal nama  sajelah untuk kau kenang!” ugut 
Hisyam seraya mematikan panggilan.

“Hello...Ahhh!”

Mikhail meramas rambutnya kasar. Dia perlu lakukan sesuatu. Kot bajunya dicapai dan segera dia keluar dari pejabatnya sebelum menitipkan beberapa pesanan kepada Lisa, setiausahanya.

@@@@@@

“Hisyam!” panggil Mikhail. Kuat. Kawasan terbiar di hujung pelabuhan klang lama ini dipandang dengan debaran yang kencang. Mencari kelibat Hisyam yang masih tidak kelihatan.

Baru sahaja dia ingin memalingkan badannya ke belakang, kepalanya sudah diketuk kuat dari belakang. Pandangannya berbalam-balam sebelum kelam.

Kaki yang terasa ditendang beberapa kali mengejutkan Mikhail dari lenanya. Segera pandangannya dipakukan ke hadapannya. Elya Nasuha!

“ Baru nak bangun sekarang?” perli Elya Nasuha sebaik lelaki itu mencelikkan matanya.

“Kau okey?”

“ Tak okey! Tangan  aku kena ikat dengan entah hantu raya mana pun aku tak tahu dan sekarang kau 
pulak sama dua kali lima je dengan aku,” balas Elya Nasuha dengan bengang.

Mikhail senyum nipis. Tahulah dia yang Elya Nasuha baik-baik sahaja. Matanya meliar mencari Hisyam sebelum pandangannya tertancap kepintu. Hisyam!

“Haa, dah bangun pasangan sehati dan sejiwa ni? Ujar Hisyam lalu melemparkan senyuman sinisnya kearah suami isteri itu.

“ Aku dah buat macam yang kau suruh, sekarang lepaskan kami,” kata Mikhail sambil meronta-ronta.

“Lepaskan? Tak mungkin aku buat macam tu!”

“Habis kau nak apa lagi? “ soal Elya Nasuha tidak puas hati.

“ Apa aku nak lagi ye? Takpe, sebelum tu biar aku bagitahu satu rahsia...” Hisyam berjeda sebentar.

“...sebenarnya kes korang kena tangkap khalwat tu aku yang buat. Aku  tahu yang korang pernah couple once upon a time dulu tapi clash sebab cemburu. Pastu bila korang jumpa balik, korang saling benci-membenci. Betul tak?”

Mikhail tersentak! Elya Nasuha ternganga.

“ Jadi kaulah yang perangkap kami?” tanya Mikhail sudah kurang kesabaran.

“Ye, aku yang perangkap kau. Bini kau ni tak kenal aku pun kalau kau nak tahu,” jelas Hisyam masih dengan senyum sinisnya.

“Kenapa kau perangkap aku?”

“ Sebab apa ye? Ahh, sebab kau dah rampas jawatan chief engineer tu dari aku!” marah Hisyam tiba-tiba. Dah macam split personality pun ada...

“Sekarang aku nak bunuh kau. Tapi aku confused, nak bunuh kau dulu ke bini kau dulu?” sambung Hisyam lagi. Pistol ditangan diusap-usap.

Elya Nasuha merungkai ikatan ditangannya perlahan. Berjaya! Penat dia berusaha membuka ikatan ditangannya sepanjang si Hisyam dan suaminya ‘bersembang mesra’.

“Biar aku bagi jawapan, kau yang kena mampus dulu,” ujar Elya Nasuha sejurus itu menendang pistol yang berada dalam genggaman Hisyam. Pistol itu jatuh terpelanting kebawah kayu-kayu usang.

Mikhail terkejut dengan tindakan isterinya itu. Hisyam dilihatnya mendengus kasar sebelum menyerang isterinya itu. Lelaki itu mengepal jari jemarinya, bersiap sedia untuk menumbuk Elya Nasuha.

Elya Nasuha segera mengelak daripada di tumbuk  Hisyam dan menghadiahkan lelaki itu dengan tendangan padunya dikelangkangnya Hisyam. Terduduk Hisyam dek penangan wanita itu.

Sejurus itu kedengaran siren kenderaan polis memasuki kawasan kilang itu. Polis segera menggari Hisyam yang masih terduduk menahan kesakitan di celah kelangkangnya.

Elya Nasuha melepaskan ikatan ditangan Mikhail. Tanpa pamitan, tubuhnya didakap oleh suaminya itu. Erat! Pelukan dilepaskan.

“ Terima kasih dan maafkan aku sebab tuduh kau macam –macam,” tutur Mikhail lembut lalu mencium ubun-ubun isterinya mesra.

Elya Nasuha tersenyum manis. Tiada siapa yang perlu dimaafkan lagi. Ini semua kehendak takdir untuk menguji dan mengembalikan cinta yang sememangnya milik mereka berdua.

“Aku nak bagitahu kau yang aku dengan Azman takde apa-apa hubungan,”terang Elya Nasuha lalu memaut tangan suaminya. Memohon pengertian.

Mikhail mengangguk perlahan seraya tersenyum.

“ Lagi satu, kau kena ucapkan terima kasih dekat seseorang,” tambah Elya Nasuha dengan suspen.

“Siapa?” tanya Mikhail pelik. Matanya memerhati sekeliling. Mencari orang yang dimaksudkan isterinya itu.

Elya Nasuha tergelak kecil melihat reaksi pelik suaminya itu sebelum menarik tangan lelaki itu ke perutnya. 
Tangan Mikhail diusapkan lembut keperutnya.

Mikhail tersentak! Biar betul?

“Betul?” soal Mikhail meminta kepastian. Raut wajah Elya Nasuha direnung lembut.

“Hmm..dah 3 minggu,” jawab Elya Nasuha malu-malu.

Mikhail menarik tubuh isterinya kedalam pelukannya. Gembira dengan berita yang dikhabarkan wanita itu.

“Sebab anak kitalah aku ada keberanian nak sepak Hisyam ‘kawan baik’ kau tu,” tambah Elya Nasuha tapi masih sempat memerli suaminya itu. Sengaja ditekan perkataan kawan baik itu.
Mikhail tergelak besar sahaja. Tahu dirinya diperli oleh si isteri.

“ Yelah, jom kita balik. My baby nak rest. Pastu kita minta maaf dan restu daripada ayah. Okey, sayang?” ujar Mikhail lalu memaut bahu Elya Nasuha keluar dari tempat itu. Biarlah kenangan pahit itu tertinggal disitu untuk selama-lamanya...














12 comments:

Ruunna Qizbal said...

best gila gila
uat la lgi cerpen yg best2..
yg xda konflik bnyk sngat..
hehe,

Syah Shah said...

cerita dah bagus... kalau buat panjang2 jadik novel, lagi best.. :D

cuma satu je cam kurang logik sket.. err... mikhail dah tinggalkan elya sebulan lepas bersama sekali itu, camna buleh pregnant baru tiga minggu??

Nooraihas said...

terima kasih kerana sudi komen.nk jadik novel tu saya pun tak tahu lagi.hehe klau psal mengandung ni, rasanya ada kot.

AZ said...

hello cik writer. dah pandai post cerita sendiri dah ni, tak payah ada admin dah kot????? hahahaha.

Nooraihas said...

AZ...admin tu penting! baru aman hidup! hahaha <3

Unknown said...

terbaiklah teruskan usaha kami sentia menanti

ija anas said...

sebenarnya, siapa fadhil?? hehe..

Nirzah said...

Cerpen2 yg akak buat semua best2 .. SUKA ! SUKA !

Nirzah said...

Cerpen2 yg akak buat semua best2 .. SUKA ! SUKA !

Nirzah said...

Cerpen2 yg akak buat semua best2 .. SUKA ! SUKA !

Unknown said...

Urm..sy nk tnya siapa fadhil yer?
Ke cik writer tertypo??

Unknown said...

Tertnya2 jgk..siapa fadhil??