Oh, Pengikut Setiaku!!!

Monday, June 10, 2013

# 18 Cerpen: Annoyingnya Cinta Dia!


Tajuk : Annoyingnya Cinta Dia
Nama penulis : NOORAIHAS
 tarikh post : 10 JUN 2013

Dalam hidup ini ada banyak jenis gaduh. Gaduh  gangster. Gaduh suami isteri. Gaduh antara kekasih. Gaduh  dengan kawan. Gaduh rakan sekerja dan  gaduh jiran tetangga!  Dalam banyak-banyak gaduh ni, aku terperangkap dalam jenis gaduh antara jiran tetangga! Hei, jangan salah sangka ya! Dengan jiran tetangga yang lain aku tersangatlah dikenali sebagai jiran yang prihatin dan sukalah bantu membantu ni! Tapi dengan jiran sebelah rumah  kanan aku ni aje aku tak boleh blah!

Untuk pengetahuan korang semua, masuk tahun ni, dah satu tahun tiga bulan tiga hari aku menjadi jiran yang sangat-sangat bersabar dengan karenahnya. Tapi sekali lagi aku tekankan, jangan terpedaya dengan statement  bawa sedar  yang baru sahaja aku nyatakan tadi yang bahawasanya aku telah menjadi ‘jiran yang sangat-sangat bersabar’ kerana ternyata  kenyataan yang sebenar jauh senduk dari periuk!

Pada awalnya, jiran aku yang seorang ni tak adalah menjengkelkan hati aku sampai mencecah tahap dewa seperti  hari ini. Maklumlah tak pernah bersembang! Lagipun  dalam kawasan taman yang sedang aku diami ini hanya kami berdua sahaja yang masih tidak berkahwin.  Aku  dara dan dia teruna. Tinggal seorang. Jadi, aku tidak mahu timbul sebarang desas-desus yang tidak enak jika aku beramah mesra sangat dengan jiran sebelah kanan rumah aku ni! Sebarang komunikasi yang tidak penting adalah dilarang sama sekali! Sehinggalah  pada suatu hari yang tragik...

PINTU pagar rumah yang terasa diketuk-ketuk menggamit perhatianku. Siapa pulaklah yang datang malam-malam buta ni! Chup! Baru pukul 8 malam.hehehe...Exaggerating pulak! Dengan rasa malas dan penat yang bersatu aku pun menuju ke muka pintu. Buka sahaja pintu utama rumah, mataku sudah dapat menangkap kelibat manusia yang mengetuk pagar rumahku tadi. Oh..jiran sebelah! Agaknya dia salah ketuk pagar gamaknya. Maklumlah jenis pagar rumah kami sama!

“Maaf ya Encik, ini rumah saya. Rumah awak sebelah sini,” ujarku dengan penuh berhemah. Siap tunjuk arah lagi! Mana nak dapat jiran yang baik macam aku ni!

Malangnya lelaki di hadapan aku ini bagaikan tidak peka dengan kata-kataku sebentar tadi. Matanya yang tajam menikam itu menakutkan aku. Manalah tahu dia ada menyimpan niat jahat padaku. Aku pun  mulalah tergaru-garu kepala yang dibaluti tudung. Nak cari idea selamatkan diri! Bahaya kalau terus berdiri kat luar begini. Walaupun dipisahkan pagar!

“Perempuan! Semuanya sama! Murah!” katanya, keras. Tapi masih dapat ditangkap oleh telinga lintah aku ni.

“Apa Encik?” Soalku. Manalah tahu aku salah dengar. Kan?

“Huh! Kau dengar tapi buat-buat tak dengar. Memang dasar murah!” bentaknya lagi sambil menggoyangkan pagar rumahku sekali lagi.

Kali ini aku baru perasan. lelaki ini sebenarnya bukan dalam keadaan sedar! Apa ? sleep walking? Bukan! Dia terhuyung- hayang macam orang mabuk. Pembetulan...Bukan macam tapi memang MABUK! Jiran sebelah rumah aku ni rupanya di bawah pengaruh alcohol! Nauzubillahminzalik!

“Hei, Encik Jiran! Awak ni dah mabuk! Baik awak balik rumah awak sekarang!” arahku dalam keadaan marah! siap bercekak pinggang bagai! Encik jiran pun encik jiranlah! Dah aku tak tahu nama dia, hentam ajelah!

Dia ketawa untuk beberapa saat dan kemudiannya menangis secara  tiba-tiba. Buat aku jadi seram semacam! Kecut perut pun ada. Langkah nak lari tu ada. Tapi kaki ni aje degil! Tak mahu berganjaklah pulak! Hei, jiran-jiran aku yang lain ni mana? Tak dengar ke kekecohan yang sedang dibuat oleh tetangga baru kita ni! Bisik hatiku risau.

“Setia? Cinta? Jujur? Untuk apa semua tu? Untuk mudahkan kau tipu aku. Macam tu?”

Aku mula menelan air liurku dengan susah payah. Apa pulak dia ni cinta, jujur bagai ni? Aku bukan kekasih kau lah mangkuk!

Tapi sebaik sahaja dia mula melangkah ke  arah rumahnya, aku hampir menarik nafas lega. Tapi tidak lama kerana dia kembali semula dengan membawa tong sampah milik kediamannya datang ke rumahku.

“Ini hadiah untuk kau sebab curang dengan aku!” jeritnya serentak segala isi tong sampah milik rumahnya disiramkannya ke atas kepalaku. Tergamam aku! Busuknya!

“Ya ALLAH! Firman!” jerit Pak cik Hadi yang baru balik dari masjid. Cepat-cepat lelaki separuh abad itu mendekati lelaki yang bernama Firman, merangkap jiran biadap aku ni dan merampas tong sampah ditangannya.

Sementara aku terkibas-kibas baju milikku, Pak cik Hadi sudah menarik tangan Firman menjauh dari perkarangan rumahku. Lelaki itu sekali sekala cuba membentak ingin dilepaskan.

“Lepas! Hei, lepas aku kata! Lepas!” teriak Firman sambil meronta-ronta.

“Amani...masuk lekas!Firman ni biar Pak cik  bawa balik rumah dia. Mabuk pulak budak sorang ni! Haish!” keluh Pak cik Hadi setelah menyuruh aku masuk ke dalam rumah.

Aku hanya mengangguk lemah. Baru aku nak sembur! Nasib baik Pak cik Hadi sampai pada masa yang tepat. Kalau tak memang mamat yang bernama Firman tu mandi sampah jugak malam ni macam yang dia buat kat aku tadi! Takpe...ada hari aku balas jugak nanti!



Sejak kejadian itu, aku memang tak boleh jumpa dengan si Firman ni. Aku kalau nampak aje kereta Honda City dia, terus berlari masuk ke dalam rumah. Memang suka cari gaduh lelaki seorang ni! Kata Aunty Maria, jiran depan rumah aku,  si Firman ni dah kronik jiwanya! Bukan gila tapi meroyan bila nampak perempuan muda! Kata Aunty Maria lagi Firman ni kena tinggal dengan makwe dia. Makwe dia berpaling tadah dan suka pada abang tiri si Firman. Sebab itulah dia berpindah ke taman kami ni dan mula berjinak dengan arak.
Aku geleng kepala mendengarnya. Simpati pun ada. Tapi sekejap ajelah. Kenapa? Sebabnya si Firman ni suka cari pasal dengan aku! Nampak aje muka aku terus start gaduh!

“Hei, Orang sebelah!”

Dia dah mula dah! Keluh hatiku sebelum melangkah keluar ke pintu dengan lambatnya. Kalau tak keluar karang, mahu bergegar satu taman mendengar suara dia menjerit! Kenapalah ALLAH hantar jiran yang macam ni duduk sebelah rumah aku?

“Ya, ada apa?” Soalku. Malas dan tak ada mood.

Lelaki yang sedang  berdiri di sebelah pagar  itu mula menunjuk ke arah kain basuhan aku yang tersidai di pagar yang memisahkan rumah aku dan dia. Wajahku berkerut. Kenapa dengan kain basuhan aku tu?

“Kenapa?” Tanyaku. Ringkas.

Firman tidak menjawab dengan mulut tapi perbuatannya. Dengan selambanya dia melemparkan kain basuhanku yang baru nak kering itu ke halaman rumahku! Bulat mata aku! Penat-penat aku basuh, kau campak ke tanah macam tu aje? Memang melampau!

“Pagar  bukan tempat sidai kain baju kau! Aku paling tak suka halaman rumah aku diceroboh walaupun untuk sehelai kain tuala! Faham?” tempelaknya sambil bercekak pinggang.

Aku mencebik! Kau ingat aku takut?

“Hello Encik Jiran yang kurang sopan! Pagar rumah ni tak ada nama awak pun, kan? Suka hati sayalah nak sidai kain tuala ni kat pagar ni. Saya bayarlah sewa rumah ni!” serangku dengan suara yang lantang.

Firman tersenyum sinis.

“Sewa? Kau sewa aje rumah ni? Hei, dengar sini! Rumah  ni aku beli ! Bukan sewa macam kau! Jadi, lagilah kau tak ada hak nak sentuh pagar ni pun!” balasnya pula sambil memeluk tubuhnya sendiri.

Aku mula membuat muka. Memang berlagak betul jiran aku yang seorang ni! Baru beli rumah teres empat bilik macam ni pun nak berlagak.

“Awak ni memang suka cari pasal kan?Pasal pagar pun nak kecoh-kecoh. Bukannya masalah dunia pun. Macam tak boleh cakap elok-elok. Patutlah kena tinggal dengan makwe pun!” sindirku agak pedas walaupun untuk pendengaranku sendiri.

Berubah air muka Firman mendengarnya. Tapi aku kisah apa!

“Perempuan! Semuanya sama! Tahu menyakitkan hati lelaki je!”marahnya sebelum berlalu masuk ke dalam rumahnya. Pintu rumahnya dihempas kasar! Protes dengan akulah tu! Baru kau tahu siapa Amani! Bangga hatiku sambil mengutip kain basuhan aku tadi dan melangkah masuk ke dalam rumah. Haih, sekali lagi basuh!

***
Hujung minggu adalah hari aku menunjukkan bakat memasak aku yang terendam nih! Kalau nak masak hari-hari tu memang tidaklah! Sibuk! Mana ada masa. Untuk sarapan pun aku makan roti bakar aje! Jadi, hujung-hujung minggu beginilah aku nak merasa air tangan aku lebih sikit, kan?
Memandangkan  aku tersangatlah teringin nak makan gulai tempoyak ikan patin, maka subuh-subuh tadi aku dah keluar ke pasar dan membeli barangan basah yang diperlukan. Antaranya adalah ikan patin, kunyit hidup, daun kesom, bunga kantan, dan mayonis orang Melayu, tak lain dan tak bukan tempoyak!
Ikan patin yang sudah dipotong-potong itu aku basuh dan cuci sebelum memerapnya dengan asam jawa serta sedikit garam untuk menghilangkan bau hanyir. Sementara ikan patin diperap, aku mula membuat kuahnya. Tempoyak secukup rasa seleraku dimasukkan ke dalam periuk yang sudah berisi air diikuti daun kesom dan bunga kantan. Haruman tempoyak yang mendidih  cukup merangsang nafsu makanku! Mesti terangkat!Malulah kalau aku anak jati Pahang tidak tahu cara untuk memasak resipi yang melambangkan identiti Pahang ni!

Siap! Api dapur aku tutup dan mencari bekas untuk meletakkan kuah gulai tempoyak ini untuk diberikan pada Pak cik Hadi dan Aunty Maria yang amat menggemari  gulai tempoyak ikan patin! Kata Pak cik Hadi, nasib baiklah anak lelakinya semua sudah berumah tangga. Kalau tidak mesti dia kahwinkan aku dengan salah seorang anaknya semata-mata untuk menikmati gulai tempoyak ni hari-hari!

Selesai bertudung ala kadar, aku segera menapak ke rumah Aunty Maria dahulu sebelum ke rumah Pak cik Hadi yang terletak di sebelah rumah Firman. Untuk Firman? Maaf, tak ada dan tak hingin! Sampai sahaja di hadapan rumah Pak cik Hadi, aku segera memberi salam. Malangnya, si Firman ni pulak keluar dulu dari rumahnya. Sudahlah pakai boxer aje! Agaknya dia ingatkan ada orang yang datang rumah dia kot!
Pak cik Hadi menyambut salamku dan membuka pagarnya.

“Amani. Ada apa?” Tanya Pak cik Hadi lalu senyum.

Aku menyengih sebentar sebelum menghulurkan bekas yang mengandungi gulai tempoyak ikan patin yang telah dimasak oleh aku tadi.

“Apa ni?”

“Ala...bukalah dulu,”ujarku berahsia konon-kononnya.

Pak cik Hadi membuka penutup bekas itu serentak dia memandangku dengan pandangan yang bersinar-sinar. Gembira!

“Ya ALLAH, Amani! Macam tahu-tahu aje Pak cik nak makan gulai tempoyak kamu ni! Terima kasih!”Pak cik Hadi terjerit kecil. Excitedlah tu!

“Hehehe...ada-ada aje pak cik ni!” Cover aku. Malulah sangat!

“Uwekk!” serentak aku dan Pak cik Hadi berpaling ke sebelah rumah Firman. Aku menyangkakan dia geli mendengar kata-kataku tapi rupa-rupanya dia betul-betul muntah di tepi longkang rumahnya.

Pak cik Hadi terus meletakkan lauk yang diberikan aku tadi di atas meja taman dan menghampiri Firman yang masih terbongkok-bongkok muntah. Aku pulak jadi tukang pemerhati sahaja!

“Kenapa kamu ni Firman? Tak sihat?” Prihatin Pak cik Hadi menyoal.

Firman menggeleng lemah.

“Sa...Saya terbau tempoyak!”jawabnya dengan tercungap-cungap.

Pak cik Hadi hanya menggeleng sebelum tersenyum.

Aku pulak tergelak. Menyindir! Tak boleh bau tempoyak aje pun! Ingatkan apalah tadi. Macamlah  bau tempoyak aku tu racun! Boleh mati kalau hidu!

“Hei, perempuan! Kau apasal gelak-gelak? Nak mati?”marahnya bersama mata yang mencerlung tajam.

Sekali lagi aku membuat muka. Sengaja mata aku julingkan. Mengejeknya dalam diam!

“Sudah! jangan gaduh-gaduh!”Tegah Pak cik Hadi sebaik sahaja melihat Firman mendekati aku.

“Siapa yang cari gaduh Pak cik Hadi? Bukan saya! Tapi  Encik Firman, jiran tak bersopan, badan kurus macam papan, bajet handsome macam cipan ini yang suka cari gaduh dengan saya,”Sindirku dalam  rhythms’ words  lagi!

Firman sudah menarik muka! Sakit hatilah tu! Pak cik Hadi pula tergelak kecil mendengar kata-kata yang keluar dari mulutku.

“Hei, dengar!Cik Amani jiran tak makan saman, badan kembang macam setaman, muka pecah gaya  jamban! Ada hati nak kenakan Firman! Boleh blah la!” balas Firman juga menggunakan perkataan beritma!

Aku mencebik! Ada dia kata muka aku macam jamban! Punya cun macam ni pun boleh dia cap muka aku muka jamban? Memang biadaplah!

“Awak yang muka macam jamban!” Selaku, berani.

“Hei! Kau ni memang...”Firman tak sempat menghabiskan kata-katanya.

“Sudahlah kamu berdua! Karang Pak cik panggil kadi nikahkan kamu baru tahu!” usik Pak cik Hadi bersama tawanya.

Kali ini aku dan Firman sama-sama mencebik. Tak setuju!

“Saya kan Pak cik tak sukalah perempuan tak reti jaga badan macam dia ni! Bukan citarasa! Belum kahwin badan dah besar macam ni! Lepas kahwin nanti mesti mengembang dengan jayanya! Kan Cik Amani?” ejek Firman sambil memandang tubuhku dari atas sehingga ke bawah dengan pandangan yang menjengkelkan.

Aku menjelingnya dengan geram! Suka hati aje kata aku tak reti jaga badan! Aku jaga okey! Siap diet lagi. Gemuk sangat ke aku ni?  56 kilo dengan ketinggian 156 cm gemuk ke? Aunty Maria kata badan aku comel. Sedap dipeluk katanya. Tak gemuk manalah! Kan?

“Kamu ni Firman. Amani mana gemuknya! Comel aje pak cik tengok. Kamu yang mata rosak kot.” Pak cik Hadi membela aku.

Tersenyum lebar aku mendengarnya tapi tidak bagi Firman. Lelaki itu siap membuat muka lagi! Geli gamaknya dengan kata-kata yang keluar dari mulut Pak cik Hadi.

Pak cik Hadi menggelengkan kepalanya sebelum berkata lagi.

“Kamu jaga kata-kata kamu tu. Mana tahu suatu hari nanti perempuan yang tak reti jaga badan ni jugak yang kamu peluk malam-malam,”tambah Pak cik Hadi dengan senyuman mengusik.

“Hish...Tak hingin!” Serentak aku dan Firman mengucapkan ayat yang sama.

“Hah, tengok dah ada keserasian ni!” giat Pak cik Hadi lagi dan meletuskan tawanya.

Aku mencebik geram. Apalah Pak cik Hadi ni!

“Pak cik...Saya balik dulu ya?”pamitku pada Pak cik Hadi lalu meninggalkan perkarangan rumah lelaki separuh abad itu sebaik sahaja dia mengangguk. Malas nak berlama-lama kalau ada mangkuk seorang ni!
Lalu sahaja di hadapan rumah Firman, lelaki itu sekali lagi menyerangku dengan kata-kata pedasnya!

“Balik rumah jangan tidur aje. Excercise sikit! Karang buat malu bakal suami aje dapat bini anak badak!” sindirnya bersama tawa mengejek.

“Firman!” tegur Pak cik Hadi yang masih berada di situ.

Aku hanya menjawab dengan jelingan tajam. Mangkuk ayun punya jiran!

***
Hari ini aku mengikuti  Arsyad, majikanku berjumpa dengan kawan baiknya sebaik sahaja kami selesai bertemu dengan klien syarikat. Sebagai setiausaha yang sangat berdedikasi,  aku sentiasa menemaninya ke mana sahaja. Sebenarnya aku teramat berhutang budi dengan Arsyad.  Tanpa pertolongannya aku tidak mungkin Berjaya seperti hari ini. perkenalan aku dengan lelaki itu bermula apabila dia menyelamatkan aku daripada sekumpulan budak nakal yang mahu mengusikku. Waktu itu aku baru lepas STPM dan mencari kerja. Untuk pengetahuan korang semua sebelum itu, aku sebenarnya lari daripada rumah! Akibat tidak tahan di dera oleh bapa tiriku aku nekad melarikan diri!

Kini, hampir tujuh tahun semuanya berlalu. Selama itu,  Arsyad dan keluarganya adalah keluargaku. Kerana budinya, aku berjanji untuk membalasnya pada suatu hari nanti.

“Diam aje Cik Amani kita ni? Kenapa?” Suara  Arsyad mengembalikan aku dari lamunan semalam.

Aku menyengih. Malu tertangkap sedang mengelamun!

“Hehe...mana ada Arsyad. Saya okey je,” tipuku.

“Yalah awak tu,” balasnya bersama senyuman di bibir.

“Err... Arsyad,” panggilku.

“Hmm...apa?”

“Saya ni gemuk sangat ke?” Tanyaku. Masih tidak berpuas hati dengan kenyataan yang dibuat oleh Firman beberapa hari lepas. Anak badak dia panggil aku!

Arsyad senyum lagi.

“Awak tak gemuklah tapi sedap dipeluk. Let me tell you something, lelaki tak suka badan perempuan yang kurus kering sangat. Badan awak ni dah okey,” jawab  Arsyad,tenang.

Aku tersenyum senang hati mendengarnya.

“Hmm...”

Aku dan  Arsyad sama-sama berpaling pada suara yang berdehem tadi.  Arsyad bangun dan memeluk lelaki yang merangkap kawan baiknya itu sedangkan aku sudah terpaku dan kaku di kerusi. Apa ni?

“Firman. Ini setiausaha aku, Amani.”  Arsyad memperkenalkan aku pada Firman.

Lelaki itu hanya mengangkat kening kanannya sahaja. Kerek betul!

“Setiausaha kau yang sedap dipeluk ya?”sindir Firman lebih kepada aku.

 Arsyad ketawa mendengarnya sedangkan aku sudah berasap mendengarnya.

“Banyak mana dah kau dengar sembang petang aku dengan Amani ni? Tak baik curi-curi dengar tau! Boleh salah sangka kalau dengar separuh aje,” kata  Arsyad setelah tawanya reda.

Aku pula hanya menarik senyuman plastik. Firman dan sindiran memang tak boleh dipisahkan. memanglah  Jiran kurang sopan!

Dua sahabat baik ini bersembang kencang. Hanya sesekali sahaja  Arsyad bertanya itu dan ini padaku. Firman pulak memang pelakon yang baik! Pandai membawa wataknya yang konon-kononnya tidak mengenali aku, jiran sebelah rumahnya ini.

Tepat pukul 5.30 petang, kami masing-masing bergerak untuk pulang. Tapi malangnya Arsyad tidak dapat menghantar aku pulang kerana ada kecemasan di rumah orang tuanya. Oleh itu, dia telah meminta Firman, jiran ‘kesayangan’ aku ni untuk menghantar aku pulang.

“Huh, perempuan memang suka menggoda, kan?”sela Firman tiba-tiba setelah hampir 20 minit kami mendiamkan diri di dalam keretanya.

Wajah Firman aku pandang sekilas. Antara senarai hobi jiran aku ni mesti suka menyindir, kan? Dari dulu sehingga kini. Tajam sungguh lidahnya!

“Kalau menggoda pada yang hak, saya rasa tak salah.” Aku membalasnya dengan suara yang sengaja dikeraskan. Biar nampak yakin dan muktamad dipendengarannya.

“Aku yakin kau ni jenis yang pandai menggoda walaupun dengan penampilan yang biasa-biasa macam ni. Aku tertanya-tanya jugak, siapalah malang sangat beristerikan kau. Arshad mungkin?”sinisnya bersama senyuman yang menyakitkan hati aku.

“Pandai menggoda atau tidak, hanya suami saya aje yang tahu. Awak tak ada hak untuk tertanya-tanya benda yang terlalu peribadi macam ni. Kita bukan rapat pun! Assalamualaikum,” tegasku sebagai penutup memandangkan tempat yang dituju sudah sampai.

Baru aku nak membuka pintu keretanya, lenganku sudah dipaut kasar oleh lelaki itu. Mata itu tajam menikam anak mataku. Mendatangkan kerisauan pula padaku. Janganlah dia nak buat gila!

“Patutkah aku tawarkan diri kau untuk jadi perempuan simpanan aku untuk menguji tahap godaan kau dan mengetahui perempuan jenis apa kau ni untuk dijadikan isteri? Mungkin kau penggoda, pisau cukur atau perempuan yang suka mempermainkan perasaan lelaki? Agaknya kau yang mana satu?”

Sakit telinga! Sakit lagi hati! Murah betul aku pada pandangan Firman. Janganlah sebab kekecewaan dia dulu, semua perempuan dia labelkan yang bukan-bukan!

“Saya tak murah macam tu!  Awak pun bukannya lelaki yang baik-baik! ALLAH pasti akan mengurniakan perempuan yang baik untuk lelaki yang baik. Jadi, jangan suka menghukum orang  atas kesalahan orang lain. Jangan ambil tugas TUHAN!” tempelakku dan merentap lengan yang masih dipautnya tadi. Pintu kereta aku buka dan hempas sekuatnya. Tercabut pun aku tak kisahlah! Puas hati aku!

SEMENJAK kejadian Firman menghantar aku pulang tu, dia sudah kurang cari pasal dengan aku. Inilah kuasa mulut wanita! Boleh jadi manis seperti gula dan boleh jadi pedih berbisa kerana ayatnya sahaja!

Walaubagaimanapun, kegembiraan aku tidak lama. Entah kenapa perasaan aku dua tiga hari ini tidak berapa enak. Macam ada perkara buruk yang akan berlaku. Mungkin perasaan aku aje kot! Tapi, rasa tak enak itu tetap aku fikirkan. Tipikal kan pemikiran aku! Asal hati rasa tak sedap aje ada perkara buruk nak berlaku!

Oleh kerana hati aku berasa tidak enak, aku mengambil keputusan untuk menonton televisyen sehingga lewat malam bagi menghilangkan perasaan resah gelisah aku ini.  Tepat pukul 2 pagi mata aku mula rasa berat lalu suis tv dipadam.

Baru kaki memijak anak tangga yang pertama, aku terdengar pintu belakang rumahku dibuka. Hati mula rasa berdebar! Mungkin pencuri! Teka hatiku risau. Lalu kayu besbol yang aku letakkan di belakang pintu hadapan aku ambil dan pegang sekuat hati. Malangnya si pencuri sudah memasuki rumahku dan memukul tubuhku sebelum mengikat kedua-dua belah tanganku.

“Hei, siapa korang hah? Apa korang nak masuk rumah aku malam-malam ni?” jeritku pada dua orang pencuri yang memakai topeng muka itu. Aku meronta kasar ingin melepaskan diri.

“Nak apa? Nak mencurilah bodoh! Dan nampaknya kau seorang dalam rumah ni. Kau jangan nak menjerit minta tolong. Kalau kau buat mati kau,” jawab si pencuri yang berbadan sedikit gempal.

Aku telan air liur yang terasa kesat. Takut!

“Hmm...ayam muda ni Mat!” ujar si pencuri nombor dua sambil mengelilingi tubuhku dan memandang tajam di bahagian dadaku. Kurang ajar!

“Korang nak ambil barang, ambillah!tapi jangan apa-apakan aku. Tolonglah,”rayuku bersama suara serak ingin menangis.

“Barang tu barang jugaklah. Kau pun barang jugak. Barang muda lagi ni,” sahut si pencuri nombor dua lalu merapatiku dan memegang pipiku. Aku bawa tubuh yang ketakutan berganjak ke belakang sehingga menyentuh pasu hiasan rumah. Dalam ketakutan, pasu itu terjatuh ke lantai dan pecah berderai! Air mata sudah lebat membasahi pipiku bila pencuri itu bertindak mengoyak baju tidurku di bahagian hadapan sehingga menampakkan yang tidak sepatutnya.  Tangisan aku sudah mula kuat. Ingin sahaja aku menutup tubuh yang terdedah ini tapi apakan daya, kedua-dua belah tanganku masih lagi berikat.

“To...tolong. jangan apa-apakan aku! Tolonglah!” rayuku sekali lagi. Malangnya pencuri itu tidak mengendahkan rayuan aku. Malah tubuh aku di tolaknya jatuh ke sofa sebelum menindihku kasar. Aku cuba menendang celah kelangkangnya tapi tidak Berjaya.

Ingin menjerit meminta tolong aku tidak berdaya akibat terlalu takut. Akhirnya aku hanya pasrah bersama air mata yang lebat menangisi takdirku. Dalam hati aku meminta semoga ALLAH menghantar seorang penyelamat untuk aku.

 Dan...  serentak itu pintu depan rumahku ditendang kasar dari luar. Wajah Firman memenuhi ruang penglihatanku.

“Hei, apa kau buat tu setan!” jerkah Firman lalu menumbuk pencuri yang berbadan gempal itu bertalu-talu.  Tidak sempat pencuri gemuk itu membalasnya.

Sebaik sahaja pencuri gemuk itu tidak berdaya untuk membalas tumbukannya, Firman beralih pada pencuri nombor dua yang masih menindihku dan menariknya sebelum melepaskan tumbukan pada perutnya berkali-kali sehinggalah pencuri itu pengsan!

Kedua-dua pencuri itu diikat oleh Firman sementara menunggu pihak berkuasa datang. Aku yang masih ketakutan mula perasan pandangan Firman yang beralih padaku. Namun, tidak kujangka tindakan Firman yang membuka kemejanya dan meletakkan bajunya itu di bahagian depan tubuhku ini, melindungi tubuhku dari terus terdedah. Kedua-dua tanganku yang masih berikat segera dia buka ikatan talinya. Tanpa membuang masa aku membetulkan baju kemejanya yang menutupi bahagian badanku.

Badan  yang masih bergetar menahan ketakutan segera Firman tarik ke dalam dakapannya. Tanpa dipaksa, air mataku sekali lagi membasahi pipi tapi kali ini tiada esakan kasar yang mengiringi. Hati ini mula tertanya-tanya sendiri, kenapa dalam dakapan lelaki yang selalu menyakitkan hati aku ini juga yang aku terasa selamat? Seolah-olah segala ketakutan tadi sudah dibawa pergi setelah dia memelukku.

Pihak berkuasa tiba dan membawa kedua-dua pencuri itu ke balai untuk tindakan selanjutnya. Tidak semena-mena kawasan taman ini meriah dengan kenderaan polis seawal 3 pagi! Untuk hari itu, aku dipaksa Aunty Maria untuk bermalam di rumahnya. Risau jika aku teringat-ingat kejadian tadi! Aku hanya mengangguk setuju. Tahu yang Aunty Maria bimbang akan keadaanku yang nampak lemah.

Firman? Dari tadi aku lihat dia asyik bersembang serius dengan Pak cik Hadi. Tidak sempat aku nak mengucapkan terima kasih padanya kerana telah menyelamatkan diri dan maruahku.Hmm... tapi satu aje persoalan aku. Macam mana dia boleh datang selamatkan aku pada masa yang tepat? Dia berdiri tepi rumah aku sepanjang malam ke? Tak kisahlah! Asalkan dia dah selamatkan aku! Kalau dia mahu sindir aku pun aku sudah tidak kisah! Biarlah! Yang penting dia sudah menyelamatkan aku dan budinya itu harus aku kenang dan balas. Tekadku dalam hati.

***
“Aku nak kau kahwini aku!”

Sebaris ayat yang keluar dari mulut Firman membuatkan mulutku melopong akibat terkejut. Kahwin? Hey, siapa punya cadangan dia rompak ni? Tak ada angin. Tak ada ribut. Tak ada tsunami. Tiba-tiba aje ajak aku kahwin? Aku tahulah dia dah berbakti pada aku sebab selamatkan maruah aku dua bulan lepas. Tapi janganlah sebab budi, body aku ni tergadai! Sudahlah ayat yang dia gunakan tadi macam aku yang kena pinang dia. Aku yang kena jabat tangan kadi. Aku yang kena siapkan duit hantaran. ‘Aku nak kau kahwini aku!’. Banyak handsome muka kau! Dulu, kau jugaklah yang cakap tak nak perempuan tak reti jaga badan macam aku ni! Sekarang apa jadi, bro? Dah berubah selera ke?

“Err...Encik Firman. Saya tahu awak dah tolong saya dulu. Tapi tak kanlah sebab nak suruh saya balas budi awak tu awak paksa saya kahwin dengan awak. banyak lagi cara lain kalau nak saya balas budi awak tu. Duit misalnya.” Aku cuba berdiplomasi dengan Firman. Mana tahu terbuka sikit otak dia tu! Nak balas budi bukan dengan ‘body’ aje!

 Firman tertawa sinis. Jengkel pulak telinga aku mendengarnya! Kalau tak ikhlas ketawa jangan ketawa!

“Duit? Kau ingat kalau kau bagi duit, otak aku ni akan kembali ‘bersih’ macam dulu? Kau ingat dengan duit kau, aku akan pandang kau macam aku tak pernah nampak lebih daripada ni?” kata Firman sambil memandang tubuh aku dari atas sampai ke bawah.

Wajah aku mula rasa berbahang menahan malu! Bibir diketap tanda geram.

“Tapi Encik Firman, saya ni perempuan yang awak tak suka. Awak selalu cakap yang perempuan selalu menyusahkan! Tambahan, saya perempuan yang awak cakap tak pandai jaga badan. Badan saya bukan citarasa awak. kita selalu bergaduh. Tak sependapat. Nampak sangat kita tak sesuai. Lagipun kalau awak tak boleh kawal nafsu awak tu,...awak puasa ajelah”dalihku dengan panjang lebar. Harap-harap dia terima alasan aku tu.

Dia ketawa mengejek

“Aku boleh cakap  apa aje yang aku nak. Boleh ubah apa yang pernah aku cakap. Anytime! In fact, aku berkemampuan untuk kahwin. Dah cukup syarat!”

Aku diam. Lama. Berbolak-balik hati ini. antara mahu menerima atau menolak.

“Aku lelaki. Normal. Ada Sembilan akal satu nafsu. Tapi yang satu tulah aku susah nak kawal. Kau nak  ke aku tanggung dosa sebab kau?Membayangkan yang bukan-bukan. Kalau kau susah sangat nak terima, anggap ajelah aku menjaga maruah kau dengan perkahwinan,”jelasnya lagi.

Kali ini aku terkedu! Agaknya jiran aku ni dah siapkan skrip sebelum bercakap. Semua alasan aku ditepisnya dengan bijak!

 “Aku anggap kau setuju dengan rancangan aku memandangkan kau senyap aje. Jadi,perkahwinan kita Pak cik Hadi akan uruskan. Kenduri akan berlansung di rumah Aunty Maria. Memandangkan  kau anak yatim piatu, kan? Yang ada pun bapa tiri kau. Itu pun kalau kau nak jemput dialah,” putus Firman. Tegas! Tanpa aku menyatakan persetujuan!

Aku memandangnya tajam. Mana dia tahu semua pasal aku? Dia siasat ke? Nampaknya dia betul-betul bersungguh dengan perkahwinan kami jika latar belakang aku pun dia tahu. Tapi dia tak sentuh pun pasal keluarga dia setuju ke tidak.

“Keluarga awak...”

“Jangan sibuk pasal aku! Ini hal kita.” Cantasnya tanpa sempat aku menghabiskan kata-kataku. Wajahnya serius.

“Kalau kau ada sesiapa yang kau nak jemput ke perkahwinan kita bagitahu aku cepat. Senang aku nak bagi kad jemputan. Tapi ingat! Kalau kau lari sebelum tarikh kita kahwin, aku akan cari kau sampai lubang cacing!”ugutnya diakhir kata sebelum berlalu masuk ke dalam rumahnya.

Aku melepaskan keluhan berat. Cerekarama bergenre apa yang Firman sedang garap ni? Kenapa aku yang dipaksa menjadi watak dalam ceritanya tanpa melakukan ujibakat terlebih dahulu? Hmmm...

***
“Firman. Mana saya nak letak barang saya ni?” Soalku pada lelaki yang sudah bergelar suami lebih kurang dalam tempoh 60 jam tadi. Bergelar jiran pula selama 2 tahun lima hari dan menjadi suami mungkin untuk selamanya. Itupun kalau dia tidak melepaskan aku.

“Letak aje dalam stor!” jawabnya selamba tanpa menghiraukan perasaan aku. Surat khabar ditangan terus dibacanya tanpa sikit pun memandang aku.

 Keluhan kasar aku lepaskan. Masakan aku mahu meletakkan koleksi barangan kenangan aku ni dalam bilik stor? Baik aku tak payah punggah barang masuk rumah dia! Biar aje letak dalam rumah sewa aku terus! Tak penat pindah-randah macam ni! Nasib baiklah rumah sebelah-sebelah! Marahku dalam hati.

Kotak yang berwarna hijau itu segera aku letakkan ke lantai dan melangkah kea rah dia yang masih menumpukan perhatian pada Utusan. Surat khabar itu aku tarik dan lipat sebelum meletakkannya di meja kopi.

Berkerut-kerut muka Firman. Tak puas hati! Mata dia tak payah cakaplah! Tajam selalu! Macam kata-katanya!

“We need to talk!” tegasku sambil memeluk tubuh.

“What?” Soalnya. Sepatah.

“kita pernah berjiran but not a good one. Selama 2 tahun lima hari 6 jam 12 minit 10 saat. Okey. Salah introduction. Back  to my point! Apa yang saya nak cakap adalah, saya isteri awak. Kalaupun sebab awak kahwini saya ni untuk mengurangkan dosa-dosa awak tu dan bukan sebab sayang, tapi tolonglah saya kemas barang. Tolonglah saya sebagai manusia kalau awak tak nak anggap saya isteri awak pun.” Aku berhenti sekejap sebelum menyambung.

Firman  masih diam tidak beriak. Mungkin memberi ruang untuk aku berkata-kata.

“Saya ni perempuan. Tak kuat nak angkat benda berat-berat. Saya bukan mengeluh tapi saya penat dan awak boleh buat tak nampak dan baca surat khabar awak tu macam saya tak ada! Awak buat saya macam orang luar! Untuk apa awak beria kahwini saya dan kemudian layan saya macam saya ni mannequin kat pasaraya!”marahku dengan suara yang melantun tinggi.

Firman tiba-tiba bangun dan berdiri.

“Stop! Perempuan semuanya sama! Suka mengeluh! Mengada-ngada! Buat kerja sikit pun tak boleh!” jerit Firman lalu melangkah keluar.

Beberapa minit kemudian bunyi enjin keretanya menderu keluar dari perkarangan rumah. Senangkan jadi lelaki! Ada masalah terus keluar rumah. Hati perempuan aku ni langsung tidak dipedulikan! Perangai Firman buat aku teringat zaman kecil aku. Diherdik dan didera oleh lelaki yang bergelar bapa tiri! Perasaan dan situasi itu bagaikan sama Cuma pelakunya sahaja berbeza.Tubir mataku akhirnya menitiskan air mata kesedihan. Mungkin nasib aku tidak baik dengan insan yang berjenama lelaki, kan?

AUNTY MARIA tersenyum-senyum memandangku. Buat aku jadi tidak selesa tiba-tiba. Entah apa yang bermain di fikirannya. Yang pasti, ianya perkara yang menggembirakan, bukan? Kalau ianya perkara yang buruk takkanlah dia berani senyum lagi!

“Aunty Maria senyum je. Ada berita gembira ke?” Tanyaku. Sudah malas meneka sendiri tentang apa yang bermain dalam fikirannya.

“Tak ada apalah. Cuma Aunty teringat kisah kamu dengan Firman aje. Dulu rumah sebelah-sebelah. Selalu bertengkar. Sekarang duduk satu rumah. Mesti bahagiakan Firman dengan kamu?” teka Aunty Maria dengan senyum lebarnya.

Aku menyengih terpaksa. Memang bahagia! Bahagia menyeksakan aku adalah! Aunty Maria buat aku kembali berfikir. Betulkah tujuan Firman mengahwiniku adalah untuk mengurangkan dosanya yang mungkin terbayangkan yang bukan-bukan sejak peristiwa dia menyelamatkan maruah aku dan kenapa aku rasa itu semua hanyalah pembohongannya sahaja?

Kalau betul tujuannya mengahwini aku adalah untuk mengawal nafsunya, mengapa hampir 3 minggu kami bernikah dia tidak pernah menyentuh aku? Kucing mana yang tak makan ikan ni? Kucing bertanduk ke?

“Amani, apasal kamu berkerut tu?” Suara Aunty Maria mengembalikan aku ke dunia nyata.
Cepat-cepat aku gelengkan kepala.

“Eh, minumlah air ni Aunty. Dah sejuk dah hah!” Aku mempelawa Aunty Maria minum untuk menutup kegugupan aku. Karang kantoi pulak masalah rumah tangga aku ni dengan Aunty Maria!

FIRMAN pulang awal hari ini. Biasanya, selagi jam tak menunjukkan angka Sembilan malam jangan haraplah nak nampak muka dia. Juruukur bahan agaknya memang selalu balik lambat, kot?

“Malam ni papa buat gathering kat rumah. Bersiap! Saya dah beli dress, kasut, handbag dan tudung yang sesuai untuk awak. saya nak perkenalkan awak pada keluarga saya,”beritahu Firman.

“Keluarga awak?”Soalku tidak percaya.

“Keluarga sayalah. Bukan awak nak sangat jumpa diorang. Asal blurr tiba-tiba ni?”

“Heh, sorry. Tapi kenapa awak siap belikan baju untuk saya? Papa awak jemput orang luar jugak ke? Pakai baju kurung aje tak boleh ke?”Tanyaku.  bertalu-talu. hairan bercampur teruja.

“Family only! Jangan banyak cakap. Bersiap cepat! Lepas isyak kita gerak!”arah Firman dengan suara keras. Bunyinya macam dia ada rahsiakan sesuatu dari aku. Apa dia?

Makan malam bersama kaum kerabat Firman membuatkan aku terpinga-pinga sendiri dengan kelakuan lelaki itu. Malam ini dia terlebih romantik sangat! Siap tarikkan kerusi untuk aku. Suap aku makan. Peluk pinggang aku! What is wrong with him?

“Fir, tak lari isteri kamu ni,”tegur papa Firman dengan senyuman sebaik sahaja Firman memaut pinggang aku dari tadi tanpa melepaskannya.

“Bukan takut dia lari pa, takut ada orang kebas nanti!” jawab Firman selamba dan membuatkan wajah papanya berkerut dan abang serta wanita yang dikenali sebagai kakak ipar kepada Firman menundukkan pandangan ke bawah. Macam pesalah!

Aku hanya tersengih macam tak ada apa-apa yang berlaku. Sememangnya aku tidak tahu apa-apa tentang keluarga Firman!

“Hmm...Fir sudah-sudahlah tu. Lupakan hal yang dulu. Lagipun masing-masing dah berkeluarga kan?”ujar papa Firman.

Aku pandang wajah Firman. Suamiku itu hanya menyunggingkan senyuman sinisnya sahaja. Bila papa berlalu 
Firman merapatkan tubuhnya padaku dan melabuhkan bibirnya di dahiku. Terpana sebentar aku! Ini kali kedua Firman menyentuh dahiku. Kali pertama masa akad nikah kami.

Malu pun ada kerana dia melakukannya di hadapan abang serta kakak iparnya. Tapi aku tahan sahaja.

“Fir, abang minta maaf!”ucap abang Khalil  dengan suara rendah.

Tapi Firman buat-buat tidak tahu. Malah, perutku yang sedikit buncit akibat malas bersenam ini diusap-usapnya lembut.

“Sayang, abang tak sabar nak ada baby . Mesti comel dan tembam macam sayang, kan?” Firman menyoalku bersama senyuman manisnya. Bukannya nak melayan abangnya yang tercongok di depan kami dari tadi.

Aku tidak tahu nak jawab apa lalu senyuman ringkas aku tarik untuknya sebagai jawapan.

“I’m miss you, sayang!” ucap Firman lagi dan menarik aku rapat ke dalam pelukan. Membuatkan aku tidak senang kerana dia melakukannya di hadapan orang lain tentang apa yang sepatutnya dilakukan dalam bilik tidur. Dadanya aku tolak sedikit. Melarang dalam diam.

“Abang!”tegurku dengan suara yang sengaja dilembutkan. Karang kalau aku buat suara keras nanti nampak sangatlah kami bermasalah.

 Tiba-tiba kakak ipar kepada Firman berlalu tanpa berkata apa-apa diikuti oleh suaminya. Masam sungguh wajahnya!

Hmm...kenapa aku rasa ada yang tak kena di sini? Konflik adik-beradik? Mana mama Firman?

***
“i think i need an explanation! A good one!” Aku menyuarakan apa yang bermain dalam fikiranku sebaik sahaja kami sampai ke rumah.

Firman melabuhkan punggungnya di atas sofa. Wajahnya sinis. Tapi malam ini air mukanya seperti senang hati! Seolah-olah dia senang dengan makan malam keluarganya yang berlansung dalam keadaan tegang. Apa sebenarnya yang dia fikirkan?

“Firman? Hello Encik Jiran! Dengar tak ni?” panggilku bila dia masih tenggelam dalam dunianya sendiri. Dia tersentak seketika. Baru nak sedar!

“Hmm...saya rasa nak tidur awal malam ni. Do you want to join me?”ujarnya bersahaja siap kenyit-kenyit mata lagi! Unbelieveable!

Aku geleng kepala perlahan. Hairan! Aku tanya lain, dia jawab lain! Apa masalah bekas jiran aku ni? Bola mataku mengikut pergerakan Firman yang melangkah mendaki tangga ke bilik. Tiba di anak tangga yang pertama, dia berpaling dan memandang aku.

“Jangan tidur lambat sangat. Nanti saya tak boleh tidur tanpa my fluffy teddy bear!”usik Firman dengan muka tak bersalah!

Aku menjelingnya tajam lalu membuat muka. What? My fluffy teddy bear? Betulkah itu Firman? Bukan jin jembalang tanah?  Tiba-tiba aku rasa the old Firman is better than this! Seram pulak aku bila dia baik-baik macam ni...

***
Arsyad telah menghantarku pulang bilamana kereta kesayanganku tiba-tiba sahaja tidak boleh dihidupkan. Mungkin sudah lama tidak diservis. Keluar dari kereta Arsyad aku dikejutkan dengan figura Firman yang elok menyandar di tepi Honda City miliknya. Baru pulang dari kerja jugalah tu.

Kereta Arsyad berlalu sebaik sahaja dia membunyikan hon sebagai tanda menyapa pada Firman. Suami aku itu hanya mengangkat sebelah tangannya sebagai balasan. Kerek sungguh! Dengan kawan baik sendiri pun nak kerek-kerek! Macam manalah  Arsyad boleh jadi kawan baik si Firman ni!

“Mana kereta?” Soalan pertama dari Firman. Macam ada nada marah di situ. Tapi kenapa? Takkan sebab aku tumpang Arsyad balik?

“Rosak. Tiba-tiba tak boleh nak start,” jawabku sambil membuka kasut.

Firman mengangguk. Tapi muka macam tak berpuas hati.

“Awal balik?” Soalku pula. Berbasa basi.

“Rindu isteri,”balasnya ringkas dan menapak masuk ke dalam rumah dengan muka yang masam mencuka.

Aku mengerutkan dahi. Hairan. Aku ada buat dia marah ke? Wait! Rindu  isteri?

Jam di dinding sudah menunjukkan angka 10 malam. Aku sudah bergolek-golek di atas katil sementara menunggu Firman selesai solat Isyak. Firman dan solat? Macam tak percayakan? Aku tiba-tiba teringat  waktu pertama kali aku jumpa dia dalam keadaan mabuk dulu. Alhamdulillah. Mungkin dia sudah bertaubat dan sedar kesilapannya. Apalah hak aku nak meragukannya.

“Jauh termenung. Ingat Arsyad ke?”

“Nope!” Ringkas jawapanku.

Firman melabuhkan duduknya di sebelah kananku. Organizer miliknya dibuka dan dibelek-belek seketika sebelum menutupnya kembali.

“Dulu...Awak pernah cakap yang tak salah menggoda pada yang hak. Sekarang kita suami isteri yang sah, kan?” Dia berhenti seketika.

“So?” Soalku masih blurr. Mungkin akibat mengantuk.

“ So, if i want you to prove it, will you do that to me?”Bisiknya di sebelah telingaku.

Mataku yang tadinya kuyu, kembali segar sebaik aku mendengar sambungan kata-katanya yang mengandungi maksud tersirat.

“Firman? Are you sure?”Aku meminta kepastiannya. Mana tahu dia bercakap masa tengah mamai ke?

Malangnya, Firman mengangguk  bersama pandangan matanya yang seperti mengharap. Tiba-tiba aku jadi kecut perut! Firman pula semakin mendekat dan memaut tubuh aku yang suatu ketika dahulu dikata sebagai bukan citarasanya!

“I love you, sayang,”

***
“SYAD, Amani is taking a leave today,”

Aku membuka mata sebaik sahaja mendengar suara Firman bercakap dengan seseorang di telefon.

“Yeah, she’s fine.Mungkin penat sikit,” kata Firman lagi.

Telinga aku pasang lagi. Mahu tahu lebih lanjut perbualan dua sahabat itu. Tiba-tiba Firman ketawa. Entah apa yang lucunya pun aku tak tahu.

“Mungkin aku perlu usaha lebih sikit. Jangan risau ada berita gembira aku bagitahu kau dulu. Okey bye,” pamitnya dan tersenyum lebar.

Tubuh aku angkat bila dia melabuhkan punggungnya di birai katil sebelum tangan kananku di ciumnya, lembut.

“Penat?” Prihatin Firman bertanya.

“Hmm...” Hanya itu yang keluar dari bibirku.  Memang penat pun!

Sekali lagi Firman tertawa kecil. Aku memberi pandangan pelik kepadanya. Sihat tak suami aku ni?

“Kenapa?”

“Tak ada apa-apa. Cuma teringat yang  Pak cik Hadi pernah kata kat saya yang perempuan tak reti jaga badan inilah yang akan saya peluk setiap malam.  Tak sangka betul,”jawabnya bersama senyuman lebar.

Aku mencebik. Tahu pun!

“Apa-apa pun thank you for last night! You complete me,” ucapnya romantic dan memeluk bahuku.
Senyum. Itu aje aku mampu balas untuk kata-katanya tadi.

Firman... Lelaki ini banyak sangat perkara yang masih belum aku tahu. Kadang-kadang dia boleh jadi keras, lembut, drama king dan annoying! Nampaknya sebagai isteri yang mithali, aku kena biasakan diri dengan perubahan moodnya!

PETANG itu aku menikmati minum petang bersama Firman di halaman rumah. Senang hati ini melihat bahagian diri Firman yang lembut dan penuh berhemah ini berbanding bahagian dirinya yang kasar dan suka melepaskan ayat-ayat pedas! Mesti ada sesuatu yang membuatkan Firman jadi begini. Tapi apa? Mesti ada kaitan dengan kisah hidupnya. Maka, kisah silamnya harus aku korek dengan berhati-hati! Gambate Amani!

“Firman,” panggilku, lembut bersama pandangan yang penuh kasih sayang.

Dia hanya menjungkitkan sebelah keningnya tanda membenarkan aku meneruskan kata-kata.

“Apa kata hari ini, kita bercerita dari hari ke hati. Mengenali diri masing-masing. Sebelum ni kita memang berjiran tapi...”Aku tidak sempat menyudahkan kata-kataku kerana Firman sudah memintas.

“Not a good one,” sampuknya bersama senyuman mengusik.

Aku sengih. Dah hafal skrip akulah tu!

“Betul! Bukan yang mesra. Tup-tup jadi suami isteri. Itu  pun selalu bertikam lidah. Jadi saya harap dengan apa yang berlaku malam tadi, kita boleh buka lembaran baru untuk hubungan kita. Yang lebih positif. Boleh?” jelasku lalu memerhati reaksi Firman.

Firman diam tapi pandangannya masih ditala padaku.

“Saya tahu awak memang berbeza dari perempuan lain kat luar sana tu. Tak silap pilihan Pak cik Hadi ni.”mula Firman sebelum tertawa kecil.

Oh, Pak  cik Hadi punya rancanganlah yang dia rompak! Pak cik Hadi...Pak cik Hadi...Keluhku dalam hati. Namun, tidak aku suarakan ketidakpuasan hati. Benda sudah pun berlaku.Aku hanya diam. Memberi ruang untuk dia meneruskan kata-katanya.

“Boleh kata hari-hari saya cari pasal dengan awak, kan? Pada awalnya  awak  hanya wanita biasa pada pandangan saya. Tapi kata-kata awak, cara awak melayan jiran tetangga buat saya mula suka awak. you just be yourself!setiap hari saya berdiri depan pagar rumah awak tu sampai lewat malam. Macam orang tak betul. Memikirkan perasaan sebenar saya pada awak. Sebab tulah saya boleh sampai tepat pada masanya masa rumah awak kena rompak hari tu. “

Oh, patutlah dia boleh sampai tepat  pada waktunya. Bisik hatiku mulai faham.

“ Sejak kejadian tu,hati saya semakin pasti untuk memilih awak sebagai isteri kerana saya nak melindungi awak dan menyayangi awak selamanya.Sengaja saya beri alasan tak boleh kawal nafsu supaya awak setuju kahwin dengan saya. Tapi percayalah saya tak jadikan awak sebagai isteri saya semata-mata untuk memuaskan nafsu aje. That’s why saya tak sentuh awak masa awal kahwin dulu. Saya bagi awak masa dan ruang untuk fikir mengapa saya mengahwini awak.”

Okey, aku semakin faham.

“saya tahu, awak selalu makan hati dengan kata-kata saya. But, it just me. Saya tak romantik. Saya tak mahu janjikan awak perkara yang indah-indah sahaja akan jadi dalam hidup kita. Tapi saya berdoa supaya saya diberi kekuatan untuk terus setia dan menyayangi awak sampai saya mati.” Firman meluahkan bicaranya.

Aku mula terharu.

“Tapi satu perkara yang saya masih tak sedia nak berkongsi dengan awak adalah kisah hidup saya. Saya minta maaf kalau awak rasa tak adil. Yalah, kisah hidup awak, saya beria siasat tapi kisah saya, keluarga saya, sikit pun saya tak sentuh,”tambahnya lagi dalam nada serba salah.

Tangan kasar itu aku tepuk perlahan. Memberitahunya bahawa aku tidak kisah jika dia masih tidak bersedia berkongsi cerita walaupun hakikat yang sebenar, aku tersangatlah kisah!

“It’s okay. Saya tak kisah tapi saya akan tunggu awak sendiri beritahu,”luahku, memahami.

“Saya dah agak dah awak tak kisah! Buat penat saya tulis mukadimah ni subuh-subuh tadi,”ujarnya tiba-tiba.

“Apa? Awak tulis? Bukan dari hati awaklah?” marahku. Tidak puas hati. Aku dah tangkap sedih campur terharu dah tadi! Bertuah punya suami!

“Dari hati. Tapi kena fikir lepas tu susun, tulis dan hafal!” balasnya selamba lalu menyumbat kuih karipap ke dalam mulut.

Aku melepaskan keluhan perlahan.Alahai, suami aku! Kenapalah annoying sangat!

***
“Amani!” tegur seseorang.

Segera aku berpaling untuk melihat siapakah gerangan yang menyapa aku itu.

“Ingat saya lagi tak?”Tanya dia lalu menanggalkan kaca mata hitam miliknya.

Perlahan aku mengangguk. Kakak ipar Firman rupanya! Buat apa dia ke mari? Ke tempat kerja aku dalam waktu pejabat begini? Ada kecemasankah?

“Isteri abang Khalil, kan?”jawabku sebelum mengukir senyuman.

“Isteri tapi bakal jadi bekas.” Selamba sahaja kata-kata itu keluar dari bibir wanita itu.

Kening aku hampir bersambung mendengarnya. Bakal jadi bekas? Maksudnya nak bercerailah?

“Let me keep it straight and simple, Amani. Your husband adalah bekas teman lelaki saya. Saya dan Khalil bakal bercerai dan saya akan kembali pada kekasih saya tu which mean your husband dalam masa terdekat ini,” terangnya bila aku jelas kabur dengan kata-katanya tadi.

Terlopong mulut aku mendengarnya. Jadi, inilah bekas teman wanita Firman yang ada hubungan dengan abang tiri Firman suatu ketika dahulu yang Aunty Maria pernah cerita? Teman wanita yang membuatkan suami aku itu paranoid dan prejudis  dengan makhluk berjenama wanita. Inilah orangnya!

“In your dream, Melisa!” sambut seseorang.

Terkesima aku bila melihat Firman berada di sini. Macam dah dirancang pulak! Bila tubuh aku dipaut rapat ke tubuh suamiku itu, wajah isteri Abang Khalil yang bernama Melisa itu muram tiba-tiba.

“Baby, please! Kita mula semula?” rayu Melisa dengan riak sedih.

“Mula semula bapak kau! Buang aku macam sampah ada hati nak mula semula! Sudahlah kau kahwin dengan abang tiri aku! Kau ada fikir perasaan aku macam mana bila kau buat aku macam tu? Ada?” jerkah Firman. Naik segala urat-urat biru yang ada di lehernya.

“Awak,”tegurku, perlahan. Maklumlah dengan kelantangan suaranya, Firman boleh menggamit perhatian rakan sekerja aku di sini.

“Let me finish with her!”bentak Firman padaku dengan suara yang keras. Terus sentap hati kecil aku ni! Sudahlah hati aku ini memang sudah berasap bila Melisa panggil suami aku baby! Aku pun tak pernah panggil dia manja-manja macam tu! Huh!

“I tak sengaja masa tu baby! Your mummy yang suruh i buat macam tu. Sebab masa tu i marah sangat dengan you terus i setuju dengan cadangan mummy you tu. I’m really sorry!” pinta Melisa bersama penjelasannya. Air mata jangan ceritalah, kalah pelakon sinetron!

“Mummy?”Firman tersentak. Bagai menerima sebuah kejutan bila mendengar mummynya disebut oleh Melisa.

“Mummy you punya cadangan semua ni! I tak salah!” Kali ini Melisa membela dirinya dengan bersungguh! Siap kepala dijatuhkan beberapa kali!

Firman mencerlung tajam memandang Melisa sehingga kakak ipar merangkap bekas teman wanitanya itu berundur kebelakang akibat ketakutan!

Tanpa membalas Melisa, Firman melepaskan tanganku dan melangkah keluar dari banggunan tempat kerjaku dengan muka yang sedang menahan marah. bila Melisa mahu mengejar Firman, aku segera menahannya.

“Saya tak tahu apa-apa pasal korang berdua. Tapi nasihat saya, baliklah pada takdir awak. Firman takdir untuk saya. Awak tak berkeupayaan untuk menangani dia seperti saya. Sebab tulah ALLAH tak memanjangkan jodoh awak dengan dia. Bila  timbul aje masalah dalam hubungan korang, awak mudah berpaling dari cinta dia. Tapi saya in shaa ALLAH tak. Baliklah pada Abang Khalil,”nasihatku.
Melisa tunduk.

“Tapi saya cintakan dia,”

“Dulu. Itu dulu Melisa,” potongku.

“Cinta wanita adalah untuk suami. Jadi, cinta awak sekarang dan selamanya adalah untuk Abang Khalil. 

He’s the one for you. Believe me!” sambungku lagi bagi meyakinkan Melisa.

Wanita itu segera memelukku. Erat!

“Saya tak tahu, tapi saya akan cuba,” ujarnya bersama sendu.

Aku menepuk lembut belakang tubuh wanita itu. Menenangkannya.

“Awak akan jadi seorang isteri yang baik, Melisa. Just try your best!” pujukku.

Dia hanya mengangguk lemah. Bila tangisannya sudah reda, aku meminta diri. Ada insan yang perlu aku beri perhatian lebih saat ini. Firman!

PUAS aku mendail nombor telefon Firman. Tapi satu pun dia tak jawab! Hati aku ini mula dilanda resah. Ke mana mungkin dia pergi?Ya, ALLAH, bantulah hambaMu! Doaku dalam hati.

Lama berfikir, barulah aku teringat reaksi Firman bila Melisa menyebut tentang mummynya. Entah-entah 
Firman pergi bersua dengan mummynya? Segera aku menelefon Arsyad, bertanya di mana aku boleh jumpa mummy Firman yang tidak aku tahu kewujudannya.

Kereta aku berhentikan di tepi sebuah banglo sederhana besar. Alamat yang telah Arsyad kirimkan menerusi sms aku pandang sekali lagi. Betullah! Pintu kereta aku buka dan keluar merapati pintu pagar rumah mummy Firman.

“Mummy tak pernah sayang Fir!” jerit Firman. Kuat!

Kaki aku langkah seluas-luasnya. Bimbang Firman mengeluarkan ayat-ayat pedasnya pada ibu sendiri! Masuk neraka pulak laki aku tu karang!

“Sayang? Buat apa aku nak sayang anak kepada lelaki yang curang pada aku? Aku tak nak ada kaitan dengan jantan keparat tu! Tapi kau! Sebab kau...aku asyik teringat pada dia! Pada perbuatan zalim dia pada aku!” Kali ini mummy Firman pula menjerit.

Barulah aku tahu dari mana datangnya kelantangan suara Firman ini dan ayat-ayat super pedasnya. Rupa-rupanya diwarisi turun-temurun oleh mummynya! Janganlah anak aku nanti menurun penyakit dasyat macam ni!

“Firman.” Lengan Firman aku tarik perlahan. Memberi isyarat agar dia tidak terus berlaku kurang ajar dengan ibunya sendiri. Sayangnya, suami kesayangan aku ni membentak pula! Melepaskan pegangan tanganku di lengannya.

“Kalau mummy nak benci arwah daddy, benci ajelah dia seorang! Firman langsung tak ada kaitan dengan hal mummy dan daddy! Mummy tak adil! Mummy lebih sayang Abang Khalil, anak tiri mummy tu dari Firman! Sampai mummy sanggup musnahkan kebahagiaan Fir. Cinta Fir!”balas Firman dengan muka yang sudah merah menyala.

kaku aku berada dalam situasi filem Melayu versi kehidupan aku ni! Terkebil-kebil aku memandang anak dan ibu itu bertengkar. Mahu mencelah, dua-dua nampak macam tak beri ruang langsung!

“Memang aku sengaja cadangkan Melisa kahwin dengan Khalil bila korang gaduh besar hari tu supaya kau merana! Aku puas tengok kau tak tentu arah macam tu! Macam saat ayah kau tinggalkan aku untuk perempuan lain!”

Nafas Firman mula tidak teratur. Geram. Sedih aku melihat situasi Firman ini. Memang patutlah kalau dia mudah paranoid dan prejudis dengan kaum wanita. Kisah silamnya sangat tragic! Ibu sendiri membencinya atas kesilapan yang nyata-nyata bukan datang dari dia!

“Mummy kejam!” Tinggi suara Firman. Lagi tinggi dari sebelum ini.

“Memang aku kejam! Kau pulak anak dari lelaki tak guna! Jadi kau pun tak guna! Aku tak hadap ada anak macam kau! Lebih baik kau mati dari ada dalam dunia ni!”maki mummy Firman. Kasar.

Pantas aku merapati tubuh suamiku itu dan menekup telinganya dengan kedua-dua belah telapak tanganku agar dia tidak mendengar kata cacian yang lahir dari mulut ibu kandungnya sendiri. Tubuh itu jatuh melorot ke lantai. tapi aku sikit pun tidak menjauh malah tubuh itu aku dakap seeratnya! Biarlah kalau ibu kandungnya tidak dapat menerimanya dan memberi kasih sayang seorang ibu pun kerana aku isterinya akan berusaha memberi yang sebaiknya sehingga dia tak merasa kekurangan sedikit pun!

Sakit hati aku mendengar tangisan Firman yang sayu itu. Air mata dari seorang anak yang tidak diterima oleh ibu kandungnya sendiri. Air mata dari anak yang ketandusan kasih sayang seorang ibu!

“Amani,” panggil Firman lirih dengan linangan air mata.

“Syyh...Jangan dengar!”bisikku perlahan  di telinganya bila Firman meronta mahu lepas dari pelukanku.

Wajah mummy Firman aku pandang sekilas. Angkuh sungguh makhluk ALLAH ini! Hati miliknya mesti sudah hitam dan kelam dengan dendam. Sehingga air mata yang mengalir dari anaknya sendiri dipandang sebelah mata sahaja.

“Ibu jenis apa Puan ni? Hina anak sendiri! Maki dia macam-macam! Musnahkan hidup dia atas kesalahan yang bukan dia buat! Orang lain berdoa siang malam supaya dikurniakan anak untuk pelengkap hidup. Tapi puan buang dia! Langsung tak beri dia peluang nak merasa kasih sayang ibu. Tak beri dia peluang untuk menyayangi seorang ibu. Yang salahnya bekas suami puan! Bukan dia! Saya jarang kurang ajar dengan orang tua ni, tapi puan memang  gagal sebagai seorang wanita dan  ibu!” marahku pada wanita yang merangkap ibu mertuaku itu.

Dia Cuma menjeling tajam dan melangkah masuk ke kamarnya tanpa membalas kata-kataku. Aku melepaskan nafas berat.  Hati keras memang tak boleh nak buat apalah! Tubuh lemah Firman aku dorong 
supaya berdiri.

“Kita balik ya?” pujukku.

Firman mengangguk lemah dan menuruti langkahku.

***
Wajah itu masih mendung. Merenung keluar jendela tanpa berkata apa-apa. Sejak pulang, begitulah Firman. Dan rasanya sudah cukup masa aku biarkan dia bersendirian dan menenangkan diri. Sekarang, tibalah masa aku memaksanya untuk  berkongsi rasa hatinya.

Punggung aku labuhkan disebelah si suami yang sedang berduka cita ini. tangan kasar itu aku genggam, menyatukan jari jemariku dicelah jari jemarinya. Nafas aku tarik dan hembus sebelum memulakan kata.

“Awak tahu...Dulu bapa tiri saya selalu dera saya.  Fizikal  dan mental. Masa tu...saya langsung tak ada tempat nak mengadu. Ayah meninggal dari saya dalam kandungan, kemudian mak. Langsung tak ada tempat saya nak mengadu. Nak kongsi dengan kawan-kawan, saya malu. Semuanya saya pendam sorang-sorang.”Aku mula memancing perhatiannya dengan cara aku.

Firman menoleh. Jelas sepasang mata itu bengkak akibat terlalu banyak mengeluarkan air mata pada hari ini. walaubagaimanapun, dia masih tidak memberi reaksi pada cerita aku tadi.

“Saya selalu bayangkan kehidupan saya yang sempurna. Ada mak dan ayah. Adik beradik. Macam orang lain. Tapi malangnya itu semua bukan boleh kita tentukan. Bukan dalam tangan kita. Kerja ALLAH, Fiman...Siapalah kita untuk menyoal,” sambungku, meneruskan cerita.

Pandangan aku halakan sebentar pada si suami. Jelas Firman sedang menyapu air mata yang mengalir pelahan di pipi dengan belakang telapak tangannya. Mungkin dia sedih mendengar ceritaku dan mungkin juga dia sedang menangisi hidupnya.

“Awak kuat!”tukasnya tiba-tiba bersama mata yang berkaca.

“Awak pun kuat!” balasku. Yakin!

Dia diam.

“Hidup ini adalah tentang memberi dan menerima Firman. Kalau mummy tak boleh beri kasih sayang pada awak, masih ramai lagi yang boleh memberi dan menerima awak dengan penuh kasih sayang and so do you!
Jangan sebab awak tak terima kasih sayang dari seorang wanita yang bergelar ibu...awak prejudis dengan semua wanita! Jangan lemah macam ni! Orang lemah memang suka menyerah dan paling susah nak berubah kea rah positif!” nasihatku, tegas.

Firman tidak membalas sebaliknya merebahkan kepalanya di ribaanku sebelum sekali lagi teresak-esak seperti anak kecil! Rambut hitam lebat itu aku elus lembut. Lama.Persis seorang ibu!
“isteri saya seorang yang hebat!”gumamnya di sebelah telingaku sebaik dia mengangkat kepalanya. Bibir nipis itu mula mengukirkan senyuman. Hati isteriku mulai merasa lega.

“Isteri saya...Amani Zahrin seorang bekas jiran yang dasyat. Isteri yang hebat dan bakal ibu pada anak-anak saya yang kuat!” tambahnya.

Tawa kecil aku meletus. Bekas jiran yang dasyat? Firman...Firman...dalam sedih-sedih sempat lagi nak cari pasal dengan aku!

“Kerana hanya dia... yang mampu menjadi seorang jiran, isteri dan ibu pada Firman Hazim...selamanya,” sambung Firman bersama suara seraknya.

Tanpa menunggu lama, aku menarik tubuh suamiku itu ke dalam dakapan dan menghamburkan tangisan bersama. Yatim piatuku adalah kerana ALLAH menjemput kedua orang tuaku kerana sudah tiba masanya. Tapi yatim piatunya Firman terjadi sebelum masanya... kerana mummy menidakkan kehadirannya dengan alasan yang tak boleh diterima!Ya ALLAH kuatkanlah hati suamiku ini untuk menerima dugaan ini. moga dia diberi kesempatan untuk merasa kasih sayang seorang ibu. Walaupun sebentar...

***
Mata aku pejam dan buka untuk beberapa kali. Peningnya! Selimut yang berada pada paras dada aku angkat menutupi muka. Baru sahaja mahu memejamkan mata, Firman sudah menarik selimut dan tersengih dengan lebarnya.

“Yang...malam ni malam jumaat.”Firman mengeluarkan ayat penyatanya.

Mata aku mengecil mendengarnya sebelum kening kanan aku angkat.

“Boleh ya...”pinta Firman dengan suara meleret.

Tubuh tinggi lampai itu segera mendekat sebaik sahaja aku mengangguk. Firman mula melabuhkan bibirnya di dahiku. Habis di dahi, pandangannya beralih pada bibirku dan perlahan merapati sasarannya itu.
Baru sahaja bibir itu mahu dilabuhkan di bibirku, aku segera menolak dadanya dan berlari ke bilik air. Sisa makanan untuk hari ini keluar tanpa relaku. Peritnya!Belakang badanku yang lemah diusap perlahan oleh Firman.

“Kenapa tak cakap yang sayang tak sihat,”kesal Firman lalu mengeluh hampa.

Mungkin dia hampa kerana keinginannya tidak tercapai malam ini. entah kenapa aku malam ini. tadi hanya pening tapi sebaik sahaja Firman mahu mencium bibirku rasa mual mula menerpa kerana aku terbau...

“Abang makan tempoyak ke hari ni?”Soalku, curiga. Kerana setahu aku Firman tak suka mayonis versi Melayu itu. Takkan sudah berubah selera?

Firman meneguk air liurnya, kasar sebelum mengangguk perlahan.

“Bukan abang tak makan ke?”

Kali ini Firman sengih lalu menggaru rambutnya.

“Abang teringin nak makan. Abang belilah masa lunch tadi dan bawa balik rumah sikit. Macam mana sayang tahu, abang dah gosok gigi dah tadi?” jawab Firman dengan hairan bercampur musykil.

Persoalannya tidak sempat aku jawab kerana rasa mual itu datang lagi. Sekali lagi aku menghamburkan muntahku ke dalam sinki. Bila rasa mual aku sedikit reda, Firman membawaku ke hospital, bimbang aku keracunan makanan katanya.

DOKTOR HAYATI tersenyum lebar melihat kertas yang mengandungi hasil laporan ujian air kencing yang baru tadi aku jalani. Wajah aku serta Firman dia pandang bersilih ganti. Suami tersayang aku ini sudah mencuit pahaku beberapa kali, memberi isyarat yang dia tidak mengerti dengan pandangan doctor wanita itu. Aku hanya menepuk tangannya lembut. Memintanya bersabar. Dalam hati aku dapat meneka apa keputusan yang terpampang di laporan itu.

“Berdasarkan hasil ujian air kencing ini...puan telah di sahkan...”

“Isteri saya sakit apa doctor? Laporan tu semua tipu aje kan?” pintas Firman tanpa sempat Doktor Hayati menghabiskan ayatnya.

Wajah Firman sudah bertukar pucat. Tangan yang aku genggam tadi sudah sejuk! Takut benar dia jika aku menghidapi penyakit yang merbahaya.ini yang buat aku sayang sangat pada suami aku ni!

“Sabar Encik...Your wife is fine. Let me finish my word,” ujar Doktor Hayati tenang.

Firman mengangguk. Wajah aku ditatapnya dengan bimbang. Lalu senyuman manis aku ukir bagi menenangkan hatinya.

“Puan Amani telah di sahkan hamil lapan minggu. Congrats to both of you!” ucap Doktor Hayati.

Senyuman aku ukirkan sebagai tanda terima kasih padanya manakala Firman melepaskan nafas kelegaannya dan mengucap kata-kata syukur pada Illahi atas kurniaan tidak terhingga ini.

Keluar dari bilik rawatan, Firman sudah mencapai telefon bimbitnya dan menelefon seseorang. Siapa lagi kalau bukan Arsyad!

“You should congrats me! I’m going to be a father soon!”luahnya, bangga!

Tergeleng-geleng kepala aku mendengarnya. Lelaki ! Berita begini sangat menggembirakan mereka termasuklah suami aku!

“Yeah, thanks! Okay...bye” kata Firman mengakhiri sembangnya bersama Arsyad.

Bahu lelaki itu aku tepuk perlahan bila dia menghampiriku. Berkerut dahinya menahan sakit yang tidak seberapa itu.

“What?”Soalnya dengan muka tidak bersalah.

“Saya ada cadangan, apa kata awak announce kat kaunter farmasi tu yang saya pregnant. Lagi ramai orang tahu Encik Firman!” perliku bersahaja.

“Hmm...cadangan yang menarik! Eh, okeylah abang nak pergi kaunter tu sekarang!” Firman berkata selamba dan bersedia untuk melangkah ke kaunter farmasi.

Aku membulatkan mata sebelum menarik telinganya. Loyar buruk pulak  dia!

“Aduh yang! Sakitlah!” bentaknya, manja! Opps,mengada pun ya!

“Tahu pun! Hati saya ni lagi sakit sebab malu ! Ingat saya tak malu awak bagitahu Arsyad saya mengandung? Macam nak berbangga pulak!”marahku lalu duduk di kerusi menunggu yang disediakan oleh pihak hospital.

“Alaa...yang. i’m sorry la. Lelaki kan?Macam tulah,”ucapnya dengan nada bangga.

Aku mencebik. Memanglah!

“But the most important...thank you sebab bagi peluang untuk Firman Hazim bergelar papa! Thank you so much sayang!” tambahnya sebelum mengucup jari jemariku yang berada dalam genggamannya.

Terharu! Itu perasaan aku saat ini. tapi saat indah begini aku rasa sesuai untuk dijadikan medium melembutkan hati ibu mertua aku yang keras tu! Mungkin ini masa yang sesuai untuk Firman dan mummynya saling berbaik.

“Tapi peluang tu tak akan ada jika mummy tak lahirkan abang, kan?”selaku, mencuba nasib.

Tanganku yang berada dalam genggamannya tadi dia lepaskan secara drastik.

“Kita jumpa mummy ya? Mungkin dengan bayi kita ni...hati dia lembut,” pujukku sambil menarik tangannya kembali dan menggengamnya.

Mata Firman tajam memandangku. Nampak sangat tak bersetuju!

“Please...for me!” rayuku lagi.

Antara rela dan tidak, Firman menjatuhkan kepalanya. Bersetuju!

***
“Fir datang sini sebab Fir nak bagitahu yang mummy bakal jadi nenek,” ujar Firman sebaik sahaja kami melangkah masuk ke rumah mummynya.

Wanita dalam lingkungan awal 50-an itu hanya mendengar tanpa memberi reaksi yang positif. Masih dengan muka sombongnya.

“Amani dah pregnant almost two month,” tambah Firman lagi. Kaku.

Kali ini mummy Firman tersenyum sinis.

“Kalau budak tu dari kau...dia bukan cucu aku!” balas mummy Firman. Keras.

Merah wajah Firman mendengar perkataan yang keluar dari mulut ibunya. Tubuh tinggi lampai itu segera bangun dan menarik tanganku untuk berdiri sama.

“Kita balik! Tak guna cakap dengan orang yang dah buta hati ni! “ bentak Firman dan melelar tanganku keluar tapi aku menahannya.

“Let me talk with her,” pintaku dengan pandangan yang dalam. Meminta pengertiannya.

Lambat-lambat Firman mengangguk dan berjanji untuk menungguku di luar.

“Mummy,” tegurku, lembut.

“Hah, apa lagi? Laki bini sama aje! Menyakitkan mata aku aje tengok korang ni. Apasal tak berambus lagi ni?” marah mummy Firman sambil bercekak pinggang.

“Saya tak akan berambus selagi masalah keluarga ni tak selesai.” Aku berkata dalam nada serius. Orang berlembut, dia berkasar pulak! Tak guna konsep ‘orang berbudi kita berbahasa’ langsung! Gumam hatiku.

“Apa yang kau nak selesaikan? Nak duit? Berapa kau cakap aje!”Mummy Firman membalas dengan sombongnya.

“Untuk pengetahuan mummy saya tak hadap wang dan kekayaan. Yang saya nak sangat adalah mummy sedar yang mummy ada anak yang sayangkan mummy sepenuh hati. Satu-satunya anak mummy. Saya nak mummy sedar yang Firman tak ada kaitan dan bukan punca arwah daddy curang dengan mummy. Sudah tersurat jodoh mummy dengan arwah daddy berakhir begitu. Terimalah qada’ dan qadar  ALLAH.
Mummy patut bersyukur sebab tanpa kasih seorang ayah dan ibu Firman masih menjadi manusia yang Berjaya hari ini. tapi macam mana kalau dia jadi sebaliknya? Mummy nak menyesal pun tak guna dah!” nasihatku panjang berjela. Moga ibu mertuaku ini lembut hati untuk menerima.

“Ah, sudah. Aku tak nak dengar kau cakap! Keluar kau sekarang!” jerit mummy Firman lalu menolak tubuhku ke belakang dengan kasar sehingga aku jatuh terduduk di lantai.

“Aduh!” Aku terjerit kuat sehingga Firman yang berada di luar masuk ke dalam rumah dengan wajah yang cemas.

Tubuhku dicempungnya sebelum menalakan pandangannya pada mummy. Wanita anggun tapi angkuh itu sudah pucat wajahnya.

“Kalaupun mummy tak sayang Fir, jangan bunuh anak Fir! Mummy tak mampu nak jadi ibu yang baik untuk Fir. Jadi jangan musnahkan impian Fir dengan Amani untuk jadi papa dan mama yang terbaik untuk anak kami!” marah Firman dengan mata yang memerah menahan tangis.

 “Abang,” tegurku dalam nada lemah.

“If anything happen to Amani and my baby...i will sue you!”Firman memberi amaran, keras.

“Mummy...mummy tak...”

Tidak sempat mummy Firman menghabiskan kata, Firman membawa aku keluar dari rumah ibunya itu. Aku tidak dapat berbuat apa-apa kerana rasa sakit yang mencengkam di bawah perutku.

***
“Abang!” Aku memanggil Firman sebaik sahaja sedar dari lena yang panjang.

“Sayang dah sedar? Alhamdulillah!” ucap Firman penuh syukur. Jari jemariku di raihnya lembut.

Aku senyum ringkas padanya. Namun, wajah itu bertukar keruh.

“You’re scared me to death! Nasib baik sayang dengan baby kita selamat,” marah Firman dalam nada rendah. Marah-marah manja!

 Kali ini aku pula membawa jemari kasar itu hampir ke bibirku dan mengucupnya lembut.

“Jiran saya ni kalau marah makin comel pulak saya tengok.” Aku mengusik Firman.

Mencebik lelaki itu mendengarnya.

“Orang serius dia main-main pulak. Tapi ada pembetulan. Abang tak comel tapi handsome, okey?” Firman membangga diri.

Aku hanya membuat muka bila mendengarnya. Perasan betul suami aku ni! Tapi, biarlah! Kerana aku bahagia melihat dia bahagia.  Sepasang mata itu aku tahu di dalamnya lebih banyak duka berbanding bahagia. Jadi biarkan dia bahagia walau bagaimanapun caranya.

“We are going to be a good parent, right?”Soalnya, meminta kepastianku.

“Yes, we are!” jawabku dengan pasti serentak itu Firman mengucup kening kananku. Syahdu!

“Assalamualaikum!” celah seseorang dengan memberi salam. Aku dan Firman sama-sana berpaling pada muka pintu bilik rawatan yang sedang aku diami ini.

“Mummy?” tegurku bagai tidak percaya sedangkan Firman sudah berpaling memandang ke lain.

Terus wanita itu meluru padaku dan meminta maaf dengan tangisan yang penuh nada penyesalan. Aku hanya mengangguk dan memberinya senyuman ikhlas tanda aku memaafkannya. Untuk apa aku berdendam dengan ibu mertuaku sedangkan aku juga bakal bergelar ibu!

Wajah Firman yang berpaling menghadap tingkap aku pandang. Aku tahu dengan semua yang berlaku hari ini dia semakin sukar untuk memaafkan mummynya itu. Tapi dendam tak akan bawa kita ke mana melainkan kemaafan.

“Fir, mummy minta maaf ya?” pohon mummy Firman lalu menghampiri anak lelakinya itu. Bahu Firman dia sentuh. Malangnya Firman membentak kasar sebelum menjauh dari ibunya itu.

“Mummy hampir bunuh anak Fir hari ini! fir tak akan maafkan mummy!” marah Firman dengan mata yang mencerlung tajam memandang mummynya.

Ibu mertuaku itu perlahan menjatuhkan kepala. Mungkin dihantui rasa bersalah!

“Maafkan mummy Fir. Mummy memang berdosa dengan kamu. Dari dulu sehingga kini. Tapi mummy pinta kamu maafkanlah mummy. Mummy dah sedar salah mummy! Mummy janji akan jadi ibu yang terbaik untuk Fir dan Amani serta nenek yang baik pada bakal cucu mummy,” rayu mummy Firman  lagi.

Firman mengeluh kasar sambil memicit dahinya.

“Abang, maafkanlah mummy.” Aku mencelah bila Firman masih diam.

Sayu aku melihat wajah tua ibu mertuaku yang merayu dan memohon di maafkan atas kesilapannya yang lalu pada suamiku itu. Aku tahu Firman sedang berbolak- balik sama ada mahu memaafkan atau tidak. Luka yang mummynya beri dalam hidupnya  terlalu dalam dan masih meninggalkan parut yang nyata!

“Mungkin inilah balasan mummy dari ALLAH. Amani...Mummy pergi dulu,”pamit mummy Firman lalu bergerak ke muka pintu.

Keluhan berat aku lepaskan bersama gelengan perlahan. Tidak dapat berbuat apa-apa. Semuanya bergantung pada Firman kerana selama ini semua keperitan dia seorang sahaja yang rasa.

“Mummy,” panggil Firman,perlahan.

Segera ibu mertuaku itu berhenti dan berpaling  memandang anak lelakinya itu. Wajah itu sudah basah dengan air mata.

“Fir maafkan mummy. Demi Amani. Demi anak Fir dan demi diri Fir sendiri,” luahnya sebak sebelum memeluk mummynya.

Aku senyum lebar mendengarnya. Anak  dan  ibu itu akhirnya berbaik! Alhamdulillah...

“Anak mummy!” tangis mummy Firman teresak-esak.

“Okeylah papa dengan nenek! Hentikan drama air mata ni sebab bakal baby mama ni dah lapar,”ujarku ceria sambil menggosok perutku sebelum disambut tawa oleh suami dan ibu mertuaku.

Wanita umpama jenama paling termahal dalam dunia kerana mereka ada nilai yang tinggi bukan sahaja di mata dunia malah  syurga juga. Bersyukurlah bagi mereka yang bergelar ibu dan isteri kerana dilahirkan sebagai wanita...
...TAMAT...

P/S : Selamat membaca entry terbaru saya. Maaf sebab lama menghilangkan diri. sedang mencari material untuk next2 cerpen. maaf sekali lagi ya. bak kata Amer Sofaz, maaf dari hati...sekian :)

23 comments:

Ruunna Qizbal said...
This comment has been removed by the author.
Ruunna Qizbal said...


rindu cerpen akak.. ♥

Anonymous said...

Best rindu nk bce cerpen2 kt cini....

Anonymous said...

lame tngu cerpen..hihi

nisa said...

best seperti kebiasaan..

nisa said...

best seperti kebiasaan..

Unknown said...

.wahh, best sgt cerpen kli nie. .
.dan sye bangga jd seorang wanita. .
.thumbs up for writer. .

sentebale-hk said...

Just drop by...
Fallin in love with ur story...
Congrats..
Btw, i had an annoying male neighbour too..TDHA..tall dark handsome and ofcoz annoyinggg. Haha..
Oh mr tdh my leftside neighbour..please jump to this sweet blog and be like firman..:p

Nooraihas said...

Assalamualaikum dan hai semua!
terima kasih kepada semua yang memberi komen. saya sangat menghargainya :)komen2 yg membina dri anda semua akn saya jdikan motivasi utk karya sya yang seterusnya- NOORAIHAS

Unknown said...

Best2...sedey pon ade jgk..huhuhu

ija anas said...

besttttt.. hehe nasib jiran kite perempuan.. :)

makieteng said...

sangat menarik. Tahniah.!

Anonymous said...

Best sgt2 cerpen ni...keep it up..

tengku adellia qaisara said...

best!!!!

sri_pagi said...

good job writer..
tahniah...

Unknown said...

Cerpen sngt bgus..trdpt bnyk nilai2 murni yg ptut dtladani shari2..good writing cik writer..

nur faizah said...

Best..

nur faizah said...

Best..

Anonymous said...

Kak aihas . Saya paling suka entry ni. Satu sisi yg lain drpd cerpen akak yg sebelum ni. Keep it up. Chaiyokk kak aihas.

Unknown said...

Akak. Terbaik lah. Saya suka material cerpen ni.

Hanahreum said...

Akak

Hanahreum said...

Singgah lagi di entry akk yg ni. TBH sangat rindu entry terbaru dari akk 😉. Salam sayang dari Hana.

Hanahreum said...

Selamat malam kak nooraihas. Hana menjenguk lagi cerpen akak 'Annoyingnya Cinta Dia' di bulan 9 tahun 2023. Bila je rindu nak baca cerpen mesti singgah dekat blog akak. Entry akak memang tak pernah jemu saya baca sebab boleh relate dengan real life. Dari hana yang sangat menanti entry terbaru dari akak. Mini love.