Oh, Pengikut Setiaku!!!

Saturday, March 16, 2013

#17CERPEN: Pintu Bahagia


PINTU BAHAGIA...
Tajuk : Pintu Bahagia..
Nama Penulis :NOORAIHAS
Tarikh post :  16 MAC 2013



Faiz Hasbullah menyedut asap rokoknya dalam-dalam. Menghayati kenikmatan asap rokok dari jenama KENT itu. Mahal sikit pun takpe, asal ketagihnya tak melarat!

Halim hanya sengih melihat temannya yang ralit menikmati rokoknya. Macam setahun tak dapat! Desis hatinya.

“Kau pehal bro? Diam je?” soal Halim sebaik sahaja puntung rokok yang dihisap Faiz ditutuh ke lantai. Habis satu rokok, Faiz mencapai yang lain pula. Lighter miliknya dinyalakan dan dicucuh ke hujung rokok yang baru.

Wajah berjambang Halim dipandangnya sekejap sebelum kembali menghisap rokoknya yang baru.

“Aku takde benda nak cakap. So, better aku diam je! Kau tu yang menyemak kat sini pehal?” marah Faiz dalam nada mendatar. Tiada mood nak bersembang. Entah macam mana pulak si Halim ni boleh cari dia kat kebun milik ayahnya ini. Musykil betul!

Halim sengih lagi menampakkan barisan giginya yang kekuningan, kesan daripada merokok. Dia ada permintaan dan dia tahu Faiz pasti akan tunaikan.

“ Aku nak pinjam duit sikit,” pinta Halim pada Faiz.

Faiz menghembuskan asap rokok yang baru disedutnya ke muka Halim. Terbatuk-batuk Halim  dek tindakan tiba-tiba Faiz itu.

“ Dua minggu lepas kau dah pinjam. Minggu ni pun kau nak lagi?” sindir Faiz lalu memakukan anak matanya ke dalam anak mata Halim yang muda 3 tahun darinya itu.

Halim menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Salah dia jugak! Berjudi ! Dah berjudi, asyik kalah pulak tu! Terpaksalah dia berhutang. Nak minta pada ayahnya memang nak kena pelangkunglah jawabnya.

“Ala, kau bagi jelah Iz. Aku...Aku betul- betul sesak ni!” rayu Halim. Sudah hilang malunya pada Faiz. Malu jatuh nombor lain. Yang penting budak-budak Helmi tak pukul dia sampai mati!

Faiz sudah mengangkat keningnya. Pelik.

“ Kau ni kenapa?” Faiz sudah hilang sabar. Pantang datuk nenek dia kalau orang suka paksa-paksa dia.
Halim mengetap giginya. Serba salah nak bagitahu atau diamkan sahaja masalahnya itu.Tapi, dia perlukan duit sebelum hujung minggu ni. Ahh, bagitahu jelah...

“Aku...Aku kalah judi. Budak-budak Helmi nanti cari aku kalau aku tak bayar. Tolonglah Iz,” terang Halim sekaligus merayu.

Faiz membulatkan matanya tapi sekejap sahaja. Tak guna dia nak marahkan si Halim ni, sedangkan dia jugak sepesen je dengan pemuda 24 tahun itu . Berjudi, minum arak, racing haram, pecah masuk rumah orang, semua dia dah buat. Cuma tak sentuh perempuan je satu-satunya perkara jahat yang dia tak pernah buat agaknya. Tapi sejak dia sudah berkerja, semua benda tu sudah ditinggalkannya.

“ Orang berjudi kau pun nak berjudi, bila dah kalah tak reti pulak nak bayar sendiri,”perli Faiz seraya mengambil dompetnya dan mengeluarkan beberapa keping not RM50.

Muka Halim berseri-seri melihat kepingan wang kertas yang keluar dari dompet Faiz itu. Ringan otaknya sekejap. Tapi masih ada sesuatu lagi yang Faiz tak tahu dan dia harus bagitahunya.

“Nah, aku rasa cukupkan?” Tanya Faiz serentak menghulurkan wang kertas berwarna hijau itu kepada Halim.

Halim menyambut dengan gembira.

“Thanks, nanti bila aku ada duit aku bagi kau,” janjinya.

Faiz mencebik. Yelah tu...

“Err...Faiz,” panggil Halim bilamana dia melihat Faiz sudah mahu beredar.

Faiz berpaling, memandang mukanya Halim. Ada benda lagi ke yang tak selesai?

“Helmi...”

“Hmm...Kenapa dengan budak tu?”

“....dia nak ajak kau race hujung minggu ni,” sambung Halim sambil mengurut pangkal lehernya. Risau.

“ Kalau kau menang dia bagi apa dia ada kat kau. Kau nak join tak?”
Faiz mengukir senyum sinis. Helmi nak lawan dia? Lawan tauke nampak! Boleh Helmi! Boleh! Aku Cuma takut cagarannya nanti kau tak boleh bagi!

“Aku in..Tapi pesan kat dia....” Faiz menarik telinga Halim rapat kepadanya.

Halim membulatkan matanya. Tidak percaya!
***
Faiz tersenyum sendiri. Dia yakin dia menang! Dia harus menang walau apa-pun. Itu janjinya! Muka Helmi yang tidak puas hati di jelingnya sekilas. Nampak benar tak puas hati! Tapi apa dia peduli. Janji tetap janji!
“Kau dah sedia ke Helmi?” ejek Faiz.

Helmi mengecilkan matanya. Nak kena jantan ni!

“Hei, ini Helmilah! Siapa tak kenal Mi? Janji ditepati!”

“Tak payah nak Satu Malaysia sangat kat sini! Sekarang mana dia?”sela Faiz sambil matanya melilau sekeliling.

Helmi menguis kakinya ke tanah. Serba salah.

“Kau tipu aku ke?”

Faiz mendekati Helmi. Matanya sudah merah! Marah!

“Aku...Aku tahu aku kalah, tapi aku tak sanggup nak bagi adik aku kat kau!” balas Helmi tergagap-gagap.

Faiz mendengus kasar. Topi besbolnya di buang kasar ke tanah. Geram!

“Masa kau ajak aku berlumba, kau tak nak pulak fikir sanggup ke tak sanggup dengan cagaran kau tu?” bentak Faiz.

Helmi menekur pandangannya ke tanah.

“ Aku tak kira, aku nak jugak adik kau sekarang! Kau buatlah macam manapun asalkan adik kau melutut depan aku!”
Helmi mengetap bibirnya. Ini semua salah dirinya! Tak pernah fikir lawan tu siapa. Melihat Faiz yang tinggi lampai dan sasa itu mendatangkan ketakutan padanya. Risau tulang-temulangnya patah riuk dikerjakan si Faiz. Tapi dia lagi tak sanggup untuk melihat adiknya, Haiza di ratah Faiz! Dia bukan abang yang dayus! Fikirnya, dia yang akan menang perlawanannya itu memandangkan Faiz dah lama tak turun padang. Namun, dia silap! Silap yang besar!

“Ka..Kalau kau nak jugak Ija...”Bicara Helmi terhenti seketika.

Faiz menanti dengan tidak sabar.

“...kau kahwin dengan dia. Kalau kata kau dah puas, kau ceraikan dia!” sambung Helmi dengan tegas. Dia tiada pilihan. Janji tetap janji. Bukan anak jantan kalau dia memungkiri janji! Sekurang-kurangnya  dengan cara ini adik perempuannya itu tidak akan di labelkan perempuan sundal di mata masyarakat nanti.

Senyuman sinis tersungging jahat di bibir Faiz. Kahwin?


***
Sudah sebulan Faiz Hasbullah menikahi Haiza.  Selama sebulan itulah Haiza digaulinya dengan sesuka hati! Dia puas! Melihat wajah merana Haiza dan wajah serba salah Helmi ketika bersua, dia jadi gembira. Dia tahu keluarga Haiza menetang keras sewaktu wakil keluarganya datang melamar wanita itu. Haiza menangis-nangis menolak pinangan itu. Namun kerana pengaruh ayahnya, sebagai ketua kampong dia berjaya juga mengikat isterinya itu. Ada sesuatu yang menarik perhatiannya pada Haiza. Haiza biasa-biasa sahaja. Badan pun tembam tapi taklah gemuk! Muka pun taklah secantik Lisa Surihani. Tapi Haiza manis!

Sejak  dia membawa Haiza tinggal bersama di rumah yang dibelinya di Kuala Lumpur, dia semakin bebas memperlakukan wanita itu. Namun, bukan mengasari tubuh itu! Bukan caranya menaikkan tangan ke badan wanita. Dia tidak peduli air mata yang mengalir dari tubir mata bundar itu setiap kali dia mendekati wanita 25 tahun itu. Apa yang penting kehendaknya sebagai lelaki di salurkan pada tempat yang betul! Jahat-jahat dia tak pernah rosakkan anak dara orang. Sebab dia juga tidak mahu  bakal anak gadisnya dirosakkan nanti. Anak? Bukan sekaranglah...

Faiz terjaga daripada lenanya.  Telapak kaki yang terasa digerak-gerakkan memaksa bola anak matanya menghala ke situ. Dia tersenyum di luar sedarnya. Haiza sedang menanggalkan sarung kaki yang sedang dipakainya. Saat tangan Haiza beralih ke baju kemeja, cepat-cepat Faiz memejamkan matanya. Berpura-pura tidur semula.

Haiza tekun menyalin pakaian kerja suaminya kepada baju tidur. Sejahat-jahat Faiz dia tak pernah menaikkan tangan ke mukanya. Dia hormati Faiz kerana itu.Walaupun, hatinya sayu melihat terkadang Faiz balik dalam keadaan mabuk dan rokok yang tak putus-putus menyinggah di bibir nipis suaminya. Apabila Faiz merokok dia menjauh. Dia pesakit asma. Dan Faiz tidak tahu itu. Kalau sahaja Faiz tahu belum tentu dia akan berhenti merokok.

Sebaik sahaja siap menukar pakaian lelaki itu, dia menuju ke bilik air. Mengambil air wudhu. Hampir setiap malam dia pasti akan mengerjakan solat sunat dan mengaji. Itupun sebaik sahaja kehendak Faiz dilayaninya. Dia mahu jadi hamba Allah yang di cintaiNya. Dia ingin menjadi hamba Allah yang sentiasa diredhai. Dia ingin menjadi umat yang baik pada rasulNya. Jahat-jahat Faiz, syurganya tetap pada lelaki itu.

Alunan ayat-ayat suci Al-Quran yang dibaca Haiza sangat menyentuh kalbu Faiz. Terasa tenang dan mendamaikan. Sejuk  halwa telinga mendengar. Entah kenapa dia sebak tiba-tiba. Kolam mata yang terasa panas dibiarkan sehinggalah dia terlena kembali.

***

HUJUNG minggu itu, Faiz membersihkan Mitsubishi Lancer miliknya. Senyuman tersungging manis di bibirnya. Terasa bernilai jerih perihnya menahan perut untuk memiliki kereta itu. Selama 3 tahun dia menyimpan gajinya sebagai arkitek, demi kenderaan buatan Jepun itu. Sebaik habis degree terus cari kerja demi kegilaannya untuk memiliki jentera impiannya itu.

Siap mengelap bahagian depan keretanya, Faiz mencapai kotak rokoknya. Sebatang rokok dicapai dan dibakar sebelum disuakan ke mulutnya. Asap rokok di sedutnya dalam-dalam dan dilepaskan perlahan-lahan. Melepaskan kepenatan.

Pandangannya dihalakan ke dalam rumah. Mencari Haiza. Tatkala matanya menangkap susuk tubuh tembam itu sedang mengemop lantai, dia senyum sendiri. Comel bila Haiza termengah-mengah sambil mencekak pinggangnya bila penat menyental lantai marmar rumahnya.
Tiba-tiba akal jahatnya muncul. Lantas dia menggamit wanita itu.

“Iz nak apa?” soal Haiza sedikit menjauh apabila melihat kepulan asap rokok Faiz.

“Lap kereta aku!” arah Faiz bersahaja. Wajah berkerut tidak puas hati milik isterinya mengundang tawanya dalam hati.

“Tapi Ija tengah mop lantai kat dalam,” bangkang Haiza. Penat menyental lantai dalam rumah pun belum habis lagi suaminya suruh pula menggilap kenderaan merah hati itu. Termengahlah macam ni!

“Lap!” tegas Faiz dengan muka seriusnya. Haiza tanpa mempedulikan lelahnya segera mengambil kain yang terletak di atas kereta dan menggilap kenderaan itu.

Faiz senyum kemenangan. Arahan demi arahan dikeluarkan. Haiza hanya menurut walaupun terkadang terdengar rungutan kecil terluah dari bibir munggilnya. Seronok  Faiz mengenakan isterinya itu. Namun, keseronokkannya tidak lama apabila dia terkesan sesuatu pada raut wajah itu.

Haiza mula memegang dadanya. Nafasnya sudah tidak teratur. Penat! Tambahan pula, dia sudah lemas dengan asap rokok yang dihembuskan oleh Faiz sedari tadi. Nafas mula ditarik dan dihembus berat. Dia cuba menyembunyikan ketidakselesaannya dengan berlalu ke dalam rumah. Tapi,  tidak dapat bergerak apabila tangan Faiz sudah mencengkam lengannya.

“Kau kenapa? Pucat je”

                Haiza menggeleng. Menyedapkan hati lelaki itu meskipun dadanya sakit bukan kepalang! Saluran pernafasannya sudah merasa sesak dan sempit. Bagai tiada oksigen boleh disedutnya. Dadanya dicengkam erat dengan tangan. Benar-benar kesakitan!

Faiz panik! Wajah pucat dan nafas yang sudah tidak teratur itu benar-benar membuatkan hatinya tidak keruan. Pantas tubuh wanita itu dicempung dan dimasukkan ke dalam kereta.  Haiza sudah kelihatan tidak bermaya.Sebaik mengunci pintu rumahnya, kenderaan Mitsubishi itu dipecut ke klinik berhampiran.

“Nasib baik you sampai cepat!” ujar doctor cina itu pada Faiz sejurus merawat Haiza.

“Kenapa dengan my wife doc?” Tanya Faiz. Ingin tahu.

Wife you tu ada asthma. Sebab kepenatan sangat penyakit dia datanglah. Dia takde inhaler puff tu ke?” doctor cina itu sudah melabuhkan duduknya di kerusi.

Faiz mengerutkan dahinya sebelum menggeleng.

“ Saya tak perasan pulak sebab kami baru kahwin. Dia pun takde pulak bagitahu saya,” jelas Faiz. Baik berterus terang daripada mengaku tahu serba-serbi.

Doctor lelaki itu hanya mengangguk. Faham.

“ Takpelah. You boleh ambil ubat kat luar. Next time suruh dia jangan buat kerja berat-berat. Jauhkan dia dari makanan dan minuman sejuk, berkolestrol dan asap rokok,”nasihat doctor Chan.

Faiz tersentak! Rokok pun tak boleh? Agaknya sebab itulah Haiza kelelahan. Lelah hidu asap rokok, lelah dibuli dirinya.

Thanks doc,” ucap Faiz sebelum berlalu ke kaunter farmasi diluar.

Sampai sahaja di rumah, Haiza sudah meluru ke dapur. Dia ingin menyiapkan makan tengahari mereka. Walaupun, baru baik dari sakit dia tak mahu Faiz kelaparan kerananya. Bahan-bahan basah dikeluarkan dari peti.

Faiz pelik apabila bayang Haiza menghilang. Sangkanya wanita itu pasti akan berehat di bilik mereka. Namun, jangkaannya meleset. Segera dia turun semula ke ruang tamu. Matanya meliar ke segenap ruang tamu, tapi tetap isterinya tiada di situ sehinggalah dia bergerak ke dapur.

“Kau buat apa ni?”tegur Faiz sambil bercekak pinggang. Sakit-sakit pun  nak masak lagi!

Haiza berpaling menghadap  Faiz. Raut wajah itu tegang. Marah agaknya.

“Ija...ija nak masak untuk Iz lah,”jawabnya.

“Dah, tak payah. Tinggal. Aku beli makanan kat luar je untuk kita. Sekarang kau tu kena rehat,” kata Faiz lalu ditariknya tangan Haiza menuju ke kamar mereka.

Haiza melabuhkan duduknya di birai katil. Apabila sedar Faiz merenungnya, dia mengalihkan pandangannya ke tempat lain.

“Kenapa kau tak pernah bagitahu aku yang kau ada lelah?”

Haiza diam.

“Kalau aku tanya, maksudnya aku perlukan jawapan,” suara Faiz sudah meninggi. Keras.cukup untuk menggentarkan Haiza.

“Kalau Ija bagi tahu pun Iz kisah ke? Iz peduli ke?”

Faiz mengeluh. Dia tahu dia salah. Haiza betul.Selama ini Haiza hanya di anggap teman seranjangnya sahaja. Teman yang memenuhi kehendak batinnya. Tidak pernah dia bertanya penat lelah isterinya itu. Bicara pun bila perlu sahaja.

Haiza menahan air matanya daripada menitis membasahi pipi. Cukuplah selama ini dia berendam air mata saban malam demi mengenangkan hakikat yang dia tidak lebih sekadar tempat melepaskan nafsu lelaki itu.

Faiz merapati tubuh Haiza. Lalu melabuhkan punggungnya disebelah wanita itu. Tangan isterinya di elus lembut.

“Maafkan aku sebab abaikan kau. Aku janji lepas ni aku akan concern semua pasal kau,” pujuk Faiz sedikit mendatar. Namun, cukup untuk menyentuh hati kecil Haiza.

Haiza pandang mata kuyu milik suaminya. Ada sinar keikhlasan didasarnya.

“Dah, kau baring. Rehatkan diri. Kejap lagi kau bangun kita makan,”

Haiza mengangguk lantas tubuhnya direbahkan ke tilam.
***

“kita nak cari apa lagi Iz?”tanya Haiza sambil membuntuti langkah suaminya dari belakang.

Faiz berpaling. Troli yang ditolaknya sedari tadi dibiarkan di tepi. Wajah Haiza yang kepenatan di pandang lama.

“Kenapa kau dah penat?”Lembut Faiz menyoal.

Haiza menggeleng perlahan. Dia mengusap perutnya. Manakala Faiz sudah membuntangkan matanya! Takkanlah?

“Kau mengandung?” tinggi sudah suara Faiz. Dia mendorong tubuh wanita itu duduk di kerusi yang disediakan di pusat membeli-belah itu.

Haiza mengerutkan dahinya. Bila masa pulak aku cakap aku mengandung? Takkanlah usap perut sendiri pun dah kira mengandung?

              “Ija kau jangan cakap kat aku yang kau mengandung! Aku...aku tak sedia lagi ni!” marah Faiz tiba-   tiba. Dia betul-betul tak bersedia lagi nak jadi seorang bapa. Bukan sekarang!

“Ija  laparlah!” jawab Haiza ringkas. Apalah Faiz ni, orang bagi hint lapar dia ingat aku mengandung pulak!

Faiz  melepaskan nafasnya. Lega!

“O..okey. jom kita pergi makan,” ajak Faiz seraya bangun. Lebih kepada nak menutup malu.

Haiza pula masih diam membatu di kerusi. Kenapa reaksi Faiz tadi macam tu? Dia tak suka ke kalau betul aku mengandung? Kalaupun aku mengandung itukan anak dia jugak.

“Tunggu apa lagi tu?”

Haiza tersentak lantas bangun bergerak mendekati suaminya. Wajah Faiz dikerling sekejap. Agak-agaknya bilalah Faiz nak anggap aku macam isterinya. Layan selayaknya aku sebagai bidadarinya?
BAHAGIAN pakaian dalam wanita itu dipandang gelisah oleh Haiza.  Nak masuk, tapi Faiz pulak disebelah. Macam mana ni?

Kegelisahan Haiza dikesan juga oleh Faiz. Matanya menyorot mengikut anak mata isterinya. Dia senyum nakal sebaik sahaja menangkap maksud anak mata wanita itu. Nak beli ‘anak-anak’ ye..desis hati kecilnya. Idea nak mengenakan Haiza muncul.

“Aku nak pi gents kejap kau jaga barang. Kalau kau nak cari barang pergilah. Nanti aku call,”ujar Faiz .

Haiza lega. Akhirnya dapat jugak dia ke bahagian itu. Tanpa berlengah dia bergerak masuk ke dalam. Faiz hanya memandang sambil tersenyum di sebalik dinding.

Haiza mengeluh. Inilah masalah dia apabila datang ke tempat macam ni. Susahnya nak buat pilihan! Dua-dua cantik! Dua-dua menarik hatinya.

“Ambil aje dua-dua,” tegur satu suara.

Haiza terkejut! Serentak itu dia berpaling. Faiz!

“Bi...bila Iz datang? Ke..kena...kenapa tak call Ija dulu?”  tergagap-gagap Haiza menyoal suaminya. ‘anak-anak kecilnya’ di lepaskan ke tempatnya kembali. Malu dan terperanjat menjadi satu. Kenapalah lelaki itu perlu datang sekarang?

“Dah lama kot. Sempatlah tengok kau pilih baju kecil kau ni?”Selamba Faiz mengambil semula ‘anak-anak kecil’ yang Haiza pilih sebentar tadi dan di sua ke tangan wanita itu. Teragak-agak Haiza mengambilnya. Mukanya juga sudah bertukar warna demi mendengar pengakuan Faiz tadi.

“Kau malu ke?” Faiz masih mahu mengusik isterinya lagi. Wajah kemerah-merahan Haiza di pandang dalam. Senyuman mula terukir.

Haiza mengalihkan pandangannya ke arah lain. Ya, Allah segannya aku!

“Apa yang kau nak malu sangat ni? Kan lebih daripada ni pun aku dah tengok! Aku rasa saiz kau pun aku tahu! Nak aku sebut ke saiz kau?” giat Faiz mengocak emosi Haiza.

Kelam kabut Haiza menggeleng. Haish, Faiz ni kat tempat awam macam ni pun nak bercakap ’18sx’ dengan dia!

“Dah la. Jom balik!” ajak Haiza segera berlalu. Tidak jadi dia nak membeli ‘baju kecil’ itu. Ini semua Faiz punya pasallah!

Faiz menggamit pekerja wanita di situ dan menyerahkan ‘baju kecil’ yang tidak jadi dipilih isterinya sebelum berlalu ke kaunter pembayaran. Tersipu-sipu pekerja wanita itu melihat dia menyerahkan pakaian dalam itu. Dia juga malu. Tapi ini sudah abad ke berapa untuk malu dengan perkara sebegini? Open minded la sikit!
Ketika membuat pembayaran, mata Faiz tertancap pada sehelai gaun malam yang sangat cantik! Pasti bertambah cantik jika tersarung pada tubuh isterinya. Kerana berkenan, gaun itu turut disekalikan dengan pakaian dalam tadi. Selesai membuat pembayaran dia segera mendapatkan Haiza yang memandangnya pelik kerana lewat keluar dari bahagian itu.

Malam itu Haiza merebahkan tubuhnya di atas sofa di ruang tamu. Bayang Faiz sudah tidak kelihatan sebaik sahaja mereka selesai menikmati makan malam. Di bilik kerja agaknya! Matanya dipejamkan. Dia teringat kejadian siang tadi. Dalam dinginnya Faiz, nakalnya masih ada.

Dia benar-benar tidak sangka yang Faiz betul-betul belikannya kedua-dua pakaian dalam itu. Faiz benar-benar di luar jangkaan! Malah Faiz juga telah membelikannya sepasang gaun tidur malam. Naik merah padam mukanya melihat gaun yang seksi itu. Faham apa yang terselit di dalam fikiran Faiz.

Kalau dulu, dia hanya memandang Faiz sebagai teman serumah sahaja, tapi kini Faiz telah menunjukkan sisi dirinya yang sebenar. Dingin namun tetap ada hangatnya! Bukan dia tidak kenal Faiz, bekas pelajar sekolah Tunas Bakti, sekolah untuk budak-budak nakal dan anak ketua kampong yang selalu buat masalah. Tanya sahaja siapa tak kenal Faiz dalam kampong tu. Agaknya budak kecil pun tahu!Tapi kini Faiz telah membuktikan yang nakal-nakal dia pun ada ijazah!

Namun, satu sahaja yang masih dia tidak faham sehingga kini, kenapa Faiz beria-ia nak kahwin dengannya? Dia sukakan aku ke?

“Jauh kau termenung? Teringatkan siapa?”

Haiza terperanjat seketika kerana teguran tiba-tiba Faiz. Bila masa pulak dia ada kat sini?

“Err...Tak...tak teringat kat siapa-siapa,” balasnya lambat-lambat. Kurus semangat dia kalau selalu suaminya ini muncul dengan tiba-tiba macam ni.

Faiz menjungkitkan bahunya sebelum melabuhkan duduknya di sebelah Haiza. Alat kawalan tv dicapai dan dibuka. Dari satu saluran ke satu saluran yang lain ditukarnya, namun satu pun gagal menarik minatnya serentak itu alat kawalan dan siaran tv dibiarkan sahaja terpasang.Dia beralih menghadap Haiza.

“Kau tak ngantuk ke?” Soal Faiz tepat merenung anak mata isterinya.

Haiza memandang jam dinding yang terletak diruang tamu. Baru pukul 9. Lantas kepalanya digelengkan.

“Awal lagi nak tidur. Ka..kalau Iz nak tidur, Iz tidur la dulu,”

Faiz diam. Dia sememangnya penat hari ini. Penat memandu dan penat berjalan satu mall untuk cari barang keperluan rumah. Sebaik tiba di rumah dia terus membersihkan diri dan makan malam sebelum bilik kerjanya diserbu. Menyiapkan pelan-pelan yang masih tergendala.

Perlahan dia merebahkan kepalanya diribaan isterinya. Tangan Haiza di capai dan diletakkan di atas kepalanya. Haiza tergamam! Lain macam pulak mood suami aku malam ni...

“Tolong elus rambut aku,” pinta Faiz lembut.

Haiza mengangguk perlahan. Rambut hitam pekat milik Faiz dielusnya lembut. Persis seorang ibu membelai rambut anaknya. Faiz tersenyum manis. Gembira!

“Kau ingat tak masa kau kecil dulu kau pernah belajar mengaji kat masjid. Masa kau nak balik kau terserempak dengan budak lelaki ni yang tak pandai nak bezakan mana selipar untuk kaki kanan dan kiri,” cerita Faiz sebelum berhenti sebentar. Memberi peluang untuk wanita itu mengingati.

Haiza mengetapkan bibirnya. Dahinya sudah berkerut-kerut untuk mengingatinya. Lama. Dalam 10 minit barulah memori itu kembali ke dalam kotak ingatannya. Budak lelaki yang pernah ditolongnya untuk pakaikan selipar!Tapi apa kaitan budak lelaki tu dengan Faiz?

“Aaah, Ija dah ingat. Budak tu selalu biar budak-budak  belajar mengaji balik dulu sebab dia malu nak jalan dengan selipar terbalik dia,” kata Haiza lantas tersenyum. Kenangan itu benar-benar mencuit hatinya. Agak-agaknya budak lelaki tu dah pandai bezakan selipar kanan dengan kiri ke?

“Hmmm...Jangan nak senyum lebih-lebih,” keras suara Faiz.
Haiza mematikan senyumannya. Itu pun nak marah! Erk...marah ke cemburu?

“Kau nak tahu sesuatu...”

Haiza memandang Faiz, menanti jawapan. Gementar pulak apabila mereka saling berbicara dari hati ke hati macam ini.

“...budak lelaki tu.... aku,” sambung Faiz bersahaja.

Terhenti elusan tangan Haiza pada rambut Faiz. Faiz pandang wajah isterinya. Pelik apabila gerakan lembut di rambutnya terhenti.

“Kenapa?”

Haiza menggeleng.

“Tak sangka pulak itu Iz,” jawab Haiza perlahan. Memang dia tidak percaya itu Faiz. Budak lelaki yang pernah dia tolong beberapa tahun lalu itu sedikit tembam berbanding yang ada di depannya sekarang ini. Dan yang penting, budak lelaki itu dulu baik dan manja. Tapi yang sekarang...

“Kenapa tak sangka?” Faiz masih memakukan pandangannya pada wajah Haiza yang mendung tiba-tiba.

“Err...sebab...sebab budak lelaki yang Ija tolong dulu tu, tembam, comel dan manja,”

“Habis tu sekarang?” pangkas Faiz pantas.

“Sekarang...er...”Haiza tak tahu nak jawab apa.

“Sekarang...budak lelaki tu dah jadi lelaki dewasa yang handsome, sasa dan matang. Suami kau lagi!”sambung Faiz yang lebih kepada memuji diri sendiri.

Haiza mencebik! Yelah tu...

“Kalau awak rasa macam tu, betullah kot,” Haiza malas nak komen apa-apa. Karang tak pasal-pasal kena marah.

Faiz senyum ringkas mendengar ‘maklum balas’ tak berapa ikhlas dari isterinya.Jarum jam di dinding dikerling. Pukul 10.30 dah? Masa berlalu pantas tanpa mereka sedari. Faiz angkat badannya. Berdiri.

“Jom, masuk tidur,”ajak Faiz lalu tangan isterinya di capai.

“Tapi saya nak tengok tv lagi,” protes Haiza. Pandangan mata Faiz yang tajam menghantar seribu satu makna. Haiza faham itu.

“ Get into room right now!” tekan Faiz.

Haiza mengeluh. Ingatkan dah okey perangai dingin dia tu. Kata  hati Haiza lalu berdiri.

“Lagipun, takkan kau tak nak bagi upah kat aku sebab bawa kau jalan-jalan siang tadi,”bisik Faiz nakal.
Haiza membulatkan matanya tidak percaya. Mahu tidak mahu terpaksa juga dia ikut langkah Faiz memandangkan lelaki itu sudah pun menuntunnya menaiki tangga.

HAIZA menekan nombor telefon suaminya beberapa kali. Geram apabila panggilannya tidak diangkat, dia mengambil tindakan untuk meninggalkan pesanan ringkas sahaja untuk memberitahu yang dia mengikuti Salmah, rakan baiknya jalan-jalan sekitar Kuala Lumpur.

“Faiz tak marah ke kau keluar ni?” Tanya Salmah. Risau. Bukan dia tak kenal Faiz, anak ketua kampong yang dulu selalu buat masalah.

“ Dia tak angkat call aku tadi. Tapi aku dah mesej dia tadi. Sibuk agaknya,” balas Haiza sambil menghirup air jus tembikai miliknya.

“Kau okey ke kahwin dengan budak Faiz tu? Dia kan pernah masuk...”

“Sal, buruk baik Faiz tu dia suami aku. Walaupun dia pernah masuk sekolah pemulihan akhlak, sekolah untuk budak-budak nakal, tak semestinya dia jahat selamanya...” pangkas Haiza.tahu apa yang bakal keluar dari teman baiknya itu.

“...lagipun dia dah Berjaya pun sekarang. Ada kerjaya, ada rumah, kereta dan sekarang bini pun dah ada!” sambung Haiza sambil menyelitkan jenakanya.

Salmah ketawa kecil. Benarlah, Haiza sudah bahagia sekarang. Lega sikit hatinya.

“Kau bila pulak nak kahwin ni?”Soal Haiza.

Salmah sengih sahaja.

“Aku tunggu kerabat diraja Brunei datang masuk meminang. Hehehe...” gurau Salmah disambut ketawa Haiza.

Dalam mereka rancak bersembang, mata Haiza tertancap pada susuk tubuh yang sangat dikenalinya. Faiz! Dengan perempuan lain??? Hatinya berdebar kencang! Mata pulak rasa macam nak terkeluar tengok pemandangan di depan matanya ini. Saat mata kedua-duanya bertembung, dunia seakan terhenti masanya. Faiz dengan pandangan tajam menikam, tak kurangnya dengan pandangan Haiza. Dua kali lima sahaja sama tajamnya!

“Haiza!” Salmah melayang-layangkan tangannya di depan muka Haiza tatkala melihat wanita itu kaku sendiri. Kenapa pula Haiza ni?

“Sal jom kita gerak. Teman aku cari barang sekejap,” ujar Haiza. Dia malas nak berlama-lama di situ. Entah kenapa hatinya rasa seperti ditikam-tikam apabila melihat Faiz bersama wanita lain. Tanpa membuang masa kedua-dua wanita itu bergerak meninggalkan kawasan restoran.

***
Haiza melepaskan keluhan beratnya tatkala melihat kereta milik suaminya sudah tersadai elok di hadapan rumah. Awal pulak dia balik. Kalau ikutkan hatinya, mahu sahaja dia bermalam di rumah Salmah. Tapi memandangkan dia risau Salmah beranggapan yang bukan-bukan,terpaksalah dia membatalkan hasratnya itu. Kereta Salmah yang baru sahaja berlalu dipandangnya sayu sebelum melangkah masuk kerumah.

“Mana kau pergi?” Bergema kuat suara Faiz menyapanya pulang petang itu.

Haiza yang baru sahaja menutup pintu rumah terkejut mendengarnya. Seraut wajah Faiz yang tegang dipandangnya dalam.

“Jumpa kawan,” Bersahaja Haiza menjawab. Lansung tiada gentar seperti sebelum ini.

Faiz mengetap bibirnya. Dia tahu Haiza nampak dia tengahari tadi makan bersama Fasha, rakan sekerjanya. Dia bimbang kalau-kalau Haiza beranggapan yang buruk padanya. Tapi dia tidak tahu bagaimana nak berbicara dengan lemah lembut. Bukan caranya!

“Duduk, kita bincang,” arah Faiz lalu melabuhkan punggungnya di atas sofa yang terdapat di sudut ruang tamu.

Haiza teragak-agak untuk duduk di sebelah Faiz. Tapi, dia tetap duduk juga.

“Tengahari tadi kau nampak aku makan tengahari dengan Fasha kan?” Tanya Faiz.

Haiza mengangguk perlahan.

“Kau marah?”

Haiza mengetapkan bibirnya.

“Ija takde hak nak larang Iz makan dengan siapa pun Iz suka. Ija sedar yang Ija ni Cuma teman seranjang Iz. Bila Iz nak, Iz datang pada Ija. Ija faham,” luah Haiza. Sayu.

Faiz tergamam. Pada mulanya memang dia Cuma menganggap isterinya itu begitu. Tapi, kini dia sudah mula terima Haiza sebagai teman istimewanya. Haiza sahaja yang tidak tahu. Malah, demi wanita itu dia sanggup berhenti merokok, minum minuman keras dan tidak lagi mengunjungi kelab malam seperti diawal perkahwinan mereka. Semuanya demi Haiza!

Haiza memandang Faiz apabila lelaki itu tidak membalas kata-katanya. Raut wajah Faiz yang mendung menambahkan rasa peliknya. Dia marah, tapi tak sembur macam selalu. Kenapa?

“Aku naik dulu,” Faiz beredar tanpa berkata apa-apa pada isterinya itu. Haiza semakin hairan.

SIAP membersihkan diri, Haiza berlalu ke almari pakaian. Mencari baju tidur untuk dipakai. Rambut yang masih basah dibiarkan beralun bebas. Di saat dia leka mencari pakaiannya, Haiza terasa tubuhnya dipaut dari belakang. Faiz! Dia kenal dengan bau badan lelaki itu. Ciuman  hangat di bahu dan lehernya dari Faiz di terima seadanya. Haiza masih terasa hati dengan Faiz! Dia tertunggu-tunggu penjelasan dari Faiz. Sekurang-kurangnya dengan penjelasan dari Faiz dia tahu mana letak dirinya dalam hati lelaki itu.

Faiz memalingkan tubuhnya. Saling berhadapan. Haiza memejamkan matanya saat wajah Faiz mendekat dan mengucup bibirnya.  

Faiz kemudiannya mencempung tubuh isterinya ke katil dan membaringkannya di situ. Ubun-ubun Haiza dicium lembut. Menzahirkan rasa cintanya pada wanita itu.

“Percayakan aku! Dalam hati aku hanya ada nama kau. Dah tak muat dah nak simpan nama perempuan lain,” bisik Faiz di telinga Haiza.

 Haiza tersenyum manis mendengar pengakuan suaminya itu. Akhirnya! Biarpun Faiz tidak melafazkan cinta, namun Haiza tahu lelaki itu sudah menempatkannya dalam hati. Hanya dia seorang!  Lega!

Tangannya melingkar ke leher Faiz  sebelum mengucup dahi lelaki itu. Pertama kali dia ikhlas menyerah hatinya pada lelaki itu tanpa linangan air mata yang menjadi teman.

***
“Sayang, bangun! Subuh!” Gerak Faiz lembut. Dia sudah bertekad. Dia mahu berubah! Dia mahu membina sebuah perkahwinan yang bahagia dan yang penting di redhai Allah S.W.T! Bagaimana nak mendapat keredhaan Allah? Jangan buat apa yang dilarangNya dan ikuti perintah-Nya. Salah satu perintah-Nya adalah mengerjakan solat lima waktu!

Haiza memisat matanya lembut. Siapa pulak yang panggil aku sayang tengah malam buta ni? Entah-entah hantu? Cepat-cepat dia memeluk Faiz yang di sebelahnya. Eh, kenapa badan suami aku ni lembut sangat? Haiza mencelikkan matanya. Ini bukan Faiz! Ini bantal peluk!

Faiz ketawa besar melihat gelagat isterinya itu. Macam budak-budak! Mungkin dia ingat bantal peluk tu aku kot? Haiza...Haiza...

“Iz! Apa gelakkan Ija?” marah Haiza. Dia malu sebenarnya.

“Sorry. Dah sayang bangun okey. Subuh dah nak masuk ni. Iz tunggu kita jemaah sama-sama,” arah Faiz dengan lembut. Terkedu Haiza mendengarnya. Faiz? Imam? Solat? Ahh, apa-apalah! Yang penting dia sangat bersyukur dengan perubahan suaminya itu. Alhamdulillah,doanya diterima Allah! Cepat-cepat Haiza bangkit dan menuju ke bilik air. Hari ini subuh pertamanya berimamkan Faiz! Yeay!

“Okey, Iz tunggu Ija tau! Ija mandi sekejap je!” jerit Haiza, riang.

Faiz gelengkan kepalanya. Macam-macam...

MAK KIAH memandang tepat ke muka Haiza yang sibuk membuat minuman untuk santapan petang. Muka anak gadisnya yang berseri-seri itu mengundang rasa lega dalam hatinya. Dia bimbang sekiranya Haiza tidak bahagia hidup bersama Faiz, anak ketua kampong itu. Dalam  hati tetap merasa pelik, mengapa anaknya itu yang Faiz suka? Tambahan dengan sokongan kuat si Helmi yang bersetuju dengan ikatan perkahwinan itu membuatkan hati tuanya gusar sendiri. Bukan dia tidak tahu yang si Helmi dan Faiz itu seteru. Tapi, sekarang tiada apa yang perlu dirisaukan, kerana raut wajah Haiza yang bahagia membuatkannya yakin yang Faiz menjaganya dengan baik!

“Mak,” Panggil Haiza. Pelik melihat ibunya yang ralit memandang wajahnya.

“Haa...kenapa?” Soal Mak Kiah setelah sedar dari lamunannya.

“Mak tu pandang Ija macam nak makan. Ada yang tak kena ke dengan muka Ija ni?”

Mak Kiah menggeleng seraya tersenyum.

“Mak saje je nak tengok muka anak mak ni. Makin tembam mak tengok kamu ni, dah berisi ke?” usik Mak Kiah.

Haiza memegang kedua-dua belah pipinya.

“Mana ada! Mak ni memandai je.  Memang macam ni kan badan Ija dari dulu,” sangkal Haiza lalu menarik muncungnya. Merajuk!

“Alaa...Merajuk pulak dah dia. Amboi, sekarang ni mak nak gurau pun tak boleh. Pembawakan baby ni,” gurau Mak Kiah lagi.

Muka Haiza sudah kemerah-merahan menahan malu. Ada ke situ pulak mak ni. Dengar dek Faiz karang mampus aku!

Dia masih teringat kata-kata amaran Faiz yang keras tidak mahukan anak kerana lelaki itu masih tidak bersedia untuk menimang cahaya mata. Tapi tidak pernah pula dia melihat Faiz menggunakan sebarang alat pencegah kehamilan. Pada dirinya juga Faiz tidak pernah berpesan mengambil sebarang pil perancang kehamilan. Cuma Faiz tidak akan menyentuhnya semasa dia dalam keadaan subur.

“Hah, termenung pulak dia! Dah pergi panggil suami dengan abang kamu turun minum petang. Mak nak pergi panggil ayah kamu kat belakang,” pesan Mak Kiah sebelum bangkit keluar rumah.

Haiza mengangguk faham.

HELMI memandang tajam ke arah Faiz yang sedang duduk santai di atas sofa ruang tamu sambil membelek Ipad. Tubuh sederhana sasa itu didekatinya dan melabuhkan duduknya di kerusi yang bertentangan dengan sofa yang diduduki Faiz.

“Bila kau nak lepaskan adik aku?” Helmi bertanya kasar. Dia tidak mahu adiknya itu terus berada dalam permainan Faiz.

Faiz meletakkan ipad miliknya di atas meja kopi di sebelahnya demi mendengar pertanyaan yang keluar dari mulut abang iparnya itu.

“Kau nak sangat ke adik kau tu jadi janda?” Soalan dibalas soalan juga oleh Faiz. Keningnya sudah menjungkit tinggi. Mencabar!

“Aku lagi rela adik aku tu jadi janda dari terus terseksa hidup dengan kau!” marah Helmi masih dengan suara yang dikawal.

Faiz senyum mengejek.

“Betul ke Haiza terseksa hidup dengan aku? Cuba kau teliti sikit muka dia tu, ada gaya orang merana ke?” Tanya Faiz sambil memeluk tubuhnya. Dia yakin Haiza bahagia hidup disisinya setelah kes Haiza cemburu melihat dia makan tengahari bersama Fasha.

Helmi mendengus kasar. Tidak berpuas hati.

“Aku akan bagi tahu Haiza tentang pertaruhan kita,” ugut Helmi.

Faiz terkedu! Tidak, dia tidak sanggup Haiza mengetahui tentang pertaruhan itu. Dia tidak sanggup kehilangan Haiza sebab pertaruhan bodoh itu. Dia sudah cintakan Haiza dan dia tidak mahu isterinya itu membencinya sebab pertaruhan itu!

“Jangan kau berani bagitahu dia Helmi! Dia isteri aku dan sampai bila-bila dia akan jadi isteri aku!”tegas Faiz.

Helmi tergamam mendengarnya.

Faiz berlalu ke dapur. Dia ingin mencari Haiza dan memeluk wanita itu. Hatinya rasa berat apabila memikirkan tentang pertaruhan bodoh yang akhirnya mengikat Haiza dalam perkahwinan ini. dia risau sekiranya Haiza merasa tertipu dengannya gara-gara pertaruhan itu.

Haiza yang sedang membasuh pinggan tergamam seketika apabila suaminya memeluknya dari belakang.

“Iz,terkejut Ija.Ija baru nak pergi panggil Iz dengan Abang Mi makan,”kata Haiza lembut.

“Hmm...awak lama sangat kat dapur. Iz rindu,” bisik Faiz perlahan. Matanya terasa hangat. Ingin menangis. Namun, di tahannya.

“Iz ni manjalah. Lama apanya,” balas Haiza lalu memusingkan badannya menghadap suami tercinta. Wajah Faiz ditatap penuh kasih. Hatinya merasa sedikit hairan melihat mata kuyu Faiz seperti berkaca. Seolah-olah ingin menangis.

“Kenapa ni? Ada masalah ye?” Prihatin Haiza bertanya.

Faiz menggeleng lantas menghadiahkan senyuman manis pada isterinya itu.

“Selama hampir enam bulan kita  bersama sayang bahagia tak?” Faiz ingin tahu.

“Bahagia sangat-sangat. Ija kalau boleh nak ada...” Haiza terhenti bicaranya. Dia risau kalau dia meneruskan kata-katanya Faiz akan marah.

“Nak ada apa?” Faiz pelik mendengar ayat isterinya yang tak habis itu.

“Iz janji tak marah,” pinta Haiza.

Faiz mengangguk laju.

“Ija kalau boleh nak ada anak dengan Iz. Itu pun kalau Iz tak kisah,”perlahan sahaja Haiza bersuara. Bimbang juga Faiz melenting kerana membangkitkan isu yang lelaki itu tidak suka.

Faiz diam. Tubuh isterinya ditarik ke dalam dakapannya semula. Simpatinya tumpah pada Haiza. Bukan  dia tidak mahukan cahaya mata cuma dia tak bersedia. Dirinya masih banyak yang perlu diperbaiki. Dia juga inginkan anak. Lambang kasih dan cintanya. Tapi sebelum itu dia perlu betulkan dirinya dahulu supaya menjadi ketua keluarga yang dapat memimpin isteri serta anak-anaknya ke jalan yang di redhai Allah S.W.T.

Helmi tersenyum senang melihat Faiz dan adiknya di sebalik pintu dapur. Dia dapat merasakan betapa lelaki itu mencintai adik perempuannya. Masakan lelaki tidak mengerti sesama lelaki?

***
“Faiz, kau betul-betul serius ke dengan Haiza tu?”Soal Halim dengan raut wajah yang pelik. Penat dia berkejar ke rumah ketua kampong itu sebaik sahaja tahu yang Faiz ada di situ.
Faiz senyum.

“Kenapa kau tanya aku soalan macam tu?”

“Yelah...aku ingat kau Cuma nak rasa budak Haiza tu supaya Helmi rasa looser sebab kau dah rosakkan adik dia. Lepas tu habis madu sepah di buang la. Itu yang aku fikir kau akan buat,”jelas Halim lalu senyum penuh makna.

“Jadi sekarang kau tengok aku macam mana?” Soal Faiz lagi.

Halim memandang wajah lelaki di hadapannya ini.

“Sekarang aku tengok kau macam betul-betul serius. Dah tak macam dulu. Betul-betul tangkap cintan dengan budak tu,” balas Halim dengan yakin.

Faiz tergelak mendengarnya. Memang dia dah tangkap cinta dengan Haiza.

“Jadi sekarang macam mana dengan pertaruhan kau tu? Haiza tahu tak yang abang kesayangan dia tu dah jadikan dia sebagai ‘hadiah’ untuk kau dalam pertandingan lumba haram korang tu?” Halim masih menyoal. Tidak puas hati kalau Faiz hanya membalasnya dengan senyuman dan ketawa sahaja dari tadi.

Faiz menggeleng.

“Dia tak tahu dan aku harap dia tak tahu sebab...”

“Sebab apa Iz?”

Faiz dan Halim sama-sama berpaling ke arah suara itu. Haiza!

Faiz bangun dan mendapatkan isterinya itu. Manakala Halim bertindak meminta diri. Tidak mahu terlibat dalam pergaduhan suami isteri itu.

“Ija...please dengar saya jelaskan hal yang sebenar,” pinta Faiz separa merayu.

“Saya dah dengar semuanya Faiz Hasbullah! Cukup untuk saya buat kesimpulan,”Haiza sudah menitiskan air matanya. Sungguh dia tidak sangka yang dirinya hanyalah hadiah pertaruhan! Cagaran untuk Faiz dari abang kandungnya sendiri, Helmi. Hancur hatinya!

Faiz memandang tubuh isterinya yang berlalu ke dalam rumah dengan perasaan sebal. Dia sudah melukakan hati wanita itu.

SUDAH seminggu Haiza melancarkan perang dingin dengan Faiz. Walaupun makan dan pakaian lelaki itu masih dijaganya, namun untuk berbual seperti dahulu adalah sesuatu yang tidak mungkin!

Bunyi kereta memasuki laman rumah menarik minat Haiza. Awalnya Faiz balik? Langsir tingkap diselak sedikit. Melihat lelaki itu semakin mendekat, dia cepat-cepat beredar ke sofa.

“Assalamualaikum,” Faiz memberi salam. Senyumannya melebar tatkala pandangan pertama tertancap pada wajah sang isteri.

Haiza hanya menjawab salam dalam hati sahaja. Bantal kecil sofa dibawa kedalam pelukannya. Masih merajuk.

Faiz melabuhkan duduknya disebelah Haiza. Tali leher yang dipakai dilonggarkannya. Lega. Dia memandang wajah muram wanita itu. Sudah seminggu Haiza diam. Dia rindukan Haiza yang dulu. Jadi, cukuplah seminggu ini dia membiarkan isterinya itu melayan rajuk. Sekarang tibalah masanya untuk memujuk pula. Walaupun, dia sendiri tak tahu bagaimana nak memujuk!

“Sayang, saya mintak maaf,” pinta Faiz lalu mencapai tangan Haiza dan diciumnya.

Haiza memalingkan mukanya ke arah lain. Tidak mahu memaafkan Faiz.

“Awak ingat senang nak maafkan awak?” marah Haiza.

Faiz mengeluh panjang.

“Sampai bila awak nak merajuk, marah-marah macam ni? Tak boleh ke awak lupakan je tentang pertaruhan bodoh tu?”

Haiza pandang semula wajah lelaki itu. Lupakan? Senangnya Faiz cakap!

“Saya tak boleh lupakan! Saya terluka. Awak mempermainkan saya dan perkahwinan kita!” serang Haiza. Matanya sudah mula bergenang.

“Itu dulu. Sekarang saya dah betul-betul cintakan awak!” balas Faiz bersungguh!

“Yelah tu? Agaknya sebab tulah awak tak nak ada anak kan? Sebab perkahwinan kita Cuma pertaruhan. Awak tak nak bertanggungjawab kalau saya mengandung. Betul kan?” perli Haiza lalu menjeling tajam pada Faiz.

Faiz mengurut lehernya perlahan. Tak sangka begini payah nak memujuk bila isterinya merajuk . lantas, kedua-dua tangannya berlabuh di atas bahu isterinya.

Faiz merenung dalam mata Haiza. Menyalurkan rasa cinta yang semakin mekar dan tidak berbelah bahagi kepada isterinya itu.

Hati haiza berdebar kencang menatap pandangan suaminya itu. Perlahan-lahan amarahnya reda, diganti dengan perasaan tenang tatkala pandangan mereka bersabung begini.

“Saya cintakan awak. Maafkan saya kerana mempersendakan perkahwinan kita dan melukakan hati awak sepanjang tempoh kita bersama. Saya berjanji akan membahagiakan awak dan menjaga ikatan perkahwinan kita sampai akhir hayat saya,” luah Faiz,ikhlas.

Haiza mengalirkan air matanya demi mendengar pengakuan dan janji lelaki itu. Perlahan dia mengangguk, bersedia memaafkan dan melupakan segalanya. Dia tahu Faiz ikhlas. Sepatutnya dia tidak bertindak melulu, merajuk bagai. Seharusnya dia berfikiran matang. Faiz sudah meminta maaf dan dia harus memaafkan.

Faiz membawa tubuh Haiza ke dalam pelukannya. Haiza memeluk lelaki itu dengan erat. Dia tenang dalam dakapan Faiz. Lega setelah semua isi hati terungkai.

“Should we ...?” bisik Faiz perlahan dekat di telinga Haiza.Haiza melonggarkan pelukan. Pelik? Petang-petang begini nak masuk bilik buat apa?

Faiz senyum lebar. Dia tahu isterinya masih tidak dapat menangkap maksudnya tadi. Dia kemudian menarik kembali tubuh isterinya ke dalam dakapan sebelum mencium lembut bahu Haiza.

“Hari tu kata nak baby? Nak bagilah ni. Lagipun sayang tengah subur kan sekarang?” bisik Faiz lagi, nakal. Merah padam muka Haiza mendengarnya.

“Iz!” jerit Haiza. Malu!

Faiz tergelak melihat wajah isteri kesayangannya yang sudah memerah kerana malu. Kepalanya digeleng perlahan. Gadis ini tidak akan pernah habis malu rasanya! Takpe...dia suka begitu.

“Eh,marah pulak! Seminggu tau awak buat saya tidur kat bilik tamu. Itu yang saya balik awal nak pujuk, mana tahu kalau dah okey malam ni boleh tidur peluk dia dan boleh buat baby jugak,” sakat Faiz bila tawanya reda.

Haiza mengetap bibirnya geram. Tiba-tiba idea nakalnya muncul. Tanpa melengahkan waktu, dia berlari ke tingkat atas, ke dalam bilik tamu lalu menguncinya dari dalam. Sengaja dia masuk ke dalam bilik itu. Faiz yang mulanya terpinga-pinga, akhirnya turut berlari mendapatkan isterinya itu.

“Ija, bukak pintu. Kalau Iz dapat masuk, ija jaga-jagalah,” ugut Faiz bersahaja. Kunci pendua bilik sudah ada di tangannya. Hujung kunci dimasukkan kedalam tombol.

Haiza tersenyum manis bila wajah Faiz muncul di sebalik pintu. Dia tahu lelaki itu menggunakan kunci pendua untuk membuka bilik ini.

“Nakal ye. Saje buat Iz penat kan?” Faiz menapak perlahan ke arah isterinya. Pandangannya menggoda.

“Ija saje je masuk bilik ni. Macam best jugak tidur sini. Iz tidurlah bilik kita, ija tidur bilik tamu ni,” usik Haiza, bersahaja. Tidak dipedulikan Faiz yang sudah mendekatinya di birai katil.

“Apa? Ija nak Iz tidur sorang-sorang? Mana boleh!”Faiz sudah bercekak pinggang. Bengang!

“Apa salahnya!” Selamba Haiza mengenakan Faiz. Dia suka melihat wajah masam mencuka suaminya itu.

“Jangan buat Iz macam ni lagi. Iz tak sanggup tidur sorang-sorang,” pinta Faiz perlahan sebelum membawa tubuh isterinya ke dalam pelukannya. Haiza tersenyum mendengarnya. Moga mereka lebih tabah menghadapi dugaan yang akan datang. Doa Haiza dalam hati.
***

  “Fahim Haikal!”Panggil Faiz kuat.

Haiza terkejut mendengar suara Faiz yang kuat memanggil  satu-satunya anak lelaki mereka itu. Mesti ada yang tidak kenalah tu! Bisik hati Haiza lalu bergerak ke ruang tamu, tempat Faiz berada. Wajah suaminya itu tegang!

 “Papa,” Fahim Haikal datang bersahaja ke arah papanya. Raut wajahnya yang dingin mengingatkan Haiza pada Faiz ketika awal perkahwinan mereka dulu. Bapak borek anak rintik betul!

“Cikgu bagitahu papa Fahim ponteng kelas Muzik. Kenapa?” Soal Faiz, keras sebaik sahaja anak terunanya itu duduk.

Fahim Haikal  memandang sebentar ke arah mamanya, meminta bantuan dalam diam sebelum pandangannya jatuh pada anak mata papanya yang sedang menahan marah.

“Fahim tak suka kelas tu,” jawab Fahim Haikal, ringkas. Raut mukanya masih tidak menampakkan apa-apa perasaan. Dingin selalu.

Faiz mengeluh kasar. Nak dimarahi anak lelakinya yang berumur 16 tahun itu rasanya tidak sanggup. Kalau marah Fahim samalah macam dia memarahi dirinya sewaktu remaja dahulu. Fahim Haikal anak yang bertanggungjawab, bijak, menghormati orang tua dan nakal dalam diam, sama sepertinya!

“Kenapa tak suka?” Haiza pula bertanya. Dia tahu Faiz sudah kehilangan kata.

“Kelas tu bising dan Im tak suka muzik. Mama tahu kan?” balas Fahim Haikal. Tenang.

Haiza senyum. Dia tahu. Tapi dia sengaja nak Faiz dengar alasan dari anak kesayangannya itu. Sudah banyak kali Fahim mengatakan yang dia mahu berhenti daripada menghadiri kelas muzik, tapi Faiz sahaja yang tidak mahu dengar.

“Tapi kelas muzik bagus untuk Im. Dapat release tension,” Faiz mencelah, setelah mendengar alasan dari anak lelakinya itu.

“But, i don’t like. I like art most! Im nak jadi arkitek macam papa!”  Suara Fahim Haikal sudah meninggi.

Faiz terdiam. Kenapa tak bagitahu awal-awal! Desis hatinya.

Haiza masih bertindak memerhati kedua beranak itu. Dia senyum dalam diam. Mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi!

“Papa minta maaf. Papa tak tahu,” Faiz mendekati anaknya itu. Dia senyum. Fahim Haikal juga sudah mengukir senyuman.

“Im pun salah tak bagitahu papa,”

“Dah Im asyik bagitahu mama je,” perli Faiz selamba sambil memandang wajah Haiza yang sudah mencebik.

“Eh, mama pulak disalahkan papa. Padahal Im larang mama bagitahu papa,”Haiza membela diri.

Faiz Hasbullah pandang Fahim Haikal. Dua-duanya saling senyum.

“Okeylah, Im lepas ni jangan sembunyikan apa-apa dari papa lagi. After this, no more music class but its gonna be art class. Fine?” Tanya Faiz pada Fahim Haikal

Fahim Haikal mengangguk laju. Setuju.

“Baiklah, semua dah okey. Siapa nak makan aiskrim?” Soal Haiza ceria.

Faiz Hasbullah dan Fahim Haikal cepat-cepat angkat tangan sebelum dua-duanya ketawa, gembira.  

Haiza senyum lagi. Macam budak-budak!

 Faiz Hasbullah belajar sesuatu hari ini. sesuatu itu tidak akan berhasil tanpa usul periksa dan toleransi. Mungkin dulu ayahnya tidak begitu bertoleransi. Garang  sangat, jadi dia tak berani nak membela diri dan terus hanyut dengan kesalahan diri. Tapi kini,dia mulai faham semuanya. Dia mula memahami perasaan ayahnya bila dipanggil guru kerana kesalahannya. Dia faham apa perasaannya terluka bila anak sendiri mengecewakan kita.

Apa-apa pun dia bahagia dengan keluarganya sekarang. Haiza dan Fahim Haikal adalah sinar menuju Pintu bahagia hidupnya. Faiz bersyukur kerana Allah S.W.T memberinya peluang untuk menikmati saat-saat bahagia dalam hidupnya...

 P/S : Isteri adalah permata bukan teman memuaskan nafsu semata. Atas apa hubungan itu terjadi tidak bermakna  kita ada hak untuk saling menyakiti. Selain itu, hidup adalah tentang hari ini. Jangan pernah pandang ke belakang dan berusahalah untuk menjadi Hamba-Nya yang terbaik- NOORAIHAS

26 comments:

in zfyrh said...

best....
semoga terus berkarya cik penulis...
gud luck final exam...=)

Anonymous said...

best3....
like like like

Nooraihas said...

Terima kasih pada yang sudi komen dan doakan saya utk final exam :)Harap sabar menunggu cerpen saya yang seterusnya. Saya ada good news. hehehe... sekarang saya sedang siapkan novel pendek yg pertama, tajuknya adalah.....Suami Cadangan! Doakan saya cepat2 siap dan boleh post utk korang yek!-NOORAIHAS

in zfyrh said...

wahhh......xsbr tnggu novel pertama awk!!
teruskan berkarya...=)

Unknown said...

Goodluck utk exam cik writer! Best as usual! keep up ur goodwork! Tak sabar nak baca novel pendek pula!

Unknown said...

Goodluck utk exam cik writer! Best as usual! keep up ur goodwork! Tak sabar nak baca novel pendek pula!

Ruunna Qizbal said...

best la... saya suka sngat2
♥♥♥♥♥♥

Anonymous said...

Best cerpen akak nak lagi

Kiesya_White said...

akak nie.. memang bombastiklah....>_<
hahahaha,just kidding...
tak sabornyer nak tunggu....
ape-ape pon good luck for your final exam yerr kak...
dan doakan saye jugak cause saye pon exam jugok tahun nie... PMR....chewahhh
>_____________<

Nur nieysa

Anonymous said...

Suke sgt dgn cerpen akak, bile nak ada cerpen baru lagi? tak sabar nak bace hehehe

Anonymous said...

bkn tunas bakti skola perempuan ker...ke acanne...dlu sy pnah pasang lampu kt tunas bakti..xde laki pon sana..sume perempuan jer...ker faiz tuh faizah...

Anonymous said...

Tunas Bakti ada untuk lelaki dan perempuan. saya ada kawan lelaki dari sekolah Tunas Bakti...

Anonymous said...

writer, u are such talented... really enjoyed, loved to reading ur story..sila buat lagi ye...selalu jenguk2 blog awak

Unknown said...

Best2 cerpen u bt..ske sgt2

Yamapinku39 said...

Hmm..interesting! Kerabat Di-Raja Brunei yang mana satukah jadi pujaan hati Salmah ni? Yg tengah ditunggu-tunggu tu? Huhuhu! ;)

Good work, keep it up!

dja_amiensukhri said...

best! saya suka! :)

Anonymous said...

best gilerr....

Anonymous said...

Suka cerpen kat blog,, awesome,

Anonymous said...

Suka cerpen kat blog,, awesome,

Anonymous said...

tq...buat cerpen yg gempakz2

Anonymous said...


Akak...nak tau knp dia nak adik helmi sbgai ptaruhan..
Huhulalaa

Fatin Liyana Jamaludin said...

Watak dalam cerpen ni faiz and fahim nama orang yang saya kenal . hahahahaha . btw cerpen ni memang best .

Nur Arin Airina said...

Best sangat. Harap dapat buat yang baik lagi.

Anonymous said...

MEMAKANKAN BAGAIMANA MENDAPATKAN SUAMI EX ATAU KEMAHIRAN EKAT? RAHARI LEBIH LANJUT DI SINI ADALAH PELUANG ANDA ANDA EMAIL YAKAYATEMPLE@GMAIL.COM ATAU PANGGIL +2347050270227 Saya GOT MINYAK DENGAN SPELL LOVE SANGAT KUASA.

Unknown said...

A good cerpen

Anonymous said...

Saya suka semua cerita akak