Oh, Pengikut Setiaku!!!

Friday, July 7, 2023

BAB 8: Don't Say Good Bye

 Bab 8


      Dato Syed Armand berdiri di hadapan pintu kediamannya dengan hati yang gelisah. Dia tidak tidak sabar  menanti kepulangan anak perempuan tunggalnya itu.

      Walaupun sudah dimaklumkan keadaan Syarifah Armalia selamat oleh Khalif, namun lelaki separuh abad itu masih tidak senang duduk. Dia bimbang jika anaknya itu trauma selepas peristiwa yang berlaku sebentar tadi. 

       Dalam hati dia sempat mengutuk sehabisnya perbuatan Zarif. Berani sungguh lelaki itu bertindak kurang ajar dengan anak kesayangan dia! 

       Selama ini dia menjaga Syarifah Armalia dengan penuh kasih sayang dan perhatian terutama selepas kematian isteri tercinta. Seekor nyamuk pun tidak diberi peluang menggigit anaknya.

       Namun, perbuatan tidak bertamadun Zarif pastinya telah meninggalkan parut di hati Syarifah Armalia.

       Tapi tidak mengapa. Tahulah dia nanti nak dibuat apa dengan lelaki spesis seperti Zarif itu. 

       Tatkala melihat kereta milik Khalif memasuki kawasan rumah, Dato Syed Armand mula menarik nafas lega. Orang yang ditunggu tunggu tiba jua.

       Naluri bapanya sekelip mata bertukar sayu apabila melihat wajah Syarifah Armalia yang muram serta tubuh yang berbalut dengan kemeja yang pastinya bukan milik anak tunggalnya itu.

       Tanpa membuang masa, Dato Syed Armand segera memeluk anak gadisnya itu. Serentak itu, air mata Syarifah Armalia mengalir deras bersama esakkan halusnya.

        Khalif yang berada di tepi anak dan bapa itu hanya diam melihat. Walaupun tadi Syarifah Armalia kelihatan sudah okay, tapi dia yakin wanita itu hanya cuba menyembunyikan segala emosi daripada dilihatnya. 

        Syarifah Armalia dikenali sebagai seorang yang suka memperlihatkan sisi dominannya. Pun begitu, tidak pada hari ini. Dan Khalif yakin mana-mana perempuan normal pun akan berada dalam keadaan trauma dan ketakutan seperti Syarifah Armalia jika berdepan dengan situasi itu.

       "Melly takut papa. Takut sangat," luah Syarifah Armalia dengan suara tenggelam timbul bersama tangisan di dada bapanya.

       "Papa tahu. Papa tak akan biarkan jantan tak guna tu terlepas!" Janji Dato Syed Armand.

         Apabila tangisan Syarifah Amalia mulai reda, Datuk Syed Armand menyuruh anaknya itu masuk ke dalam rumah untuk membersihkan diri sebelum mencari kelibat Khalif pula.

         Bahu pemuda itu ditepuk perlahan sebelum menjemputnya duduk.

      "Terima kasih Khalif sebab dah tolong Melly. Saya tak tahu apa nasib Melly kalau Khalif tak datang tepat pada waktu tu," luah Dato Armand, ikhlas.

        Khalif ukir senyum segaris.

       "Tak perlu berterima kasih Dato. Saya pun kebetulan ada kat situ. Bersyukur Allah gerakkan hati saya nak balik semula pejabat. 

      "Lagipun siapa-siapa yang ada dalam situasi Cik Melly tu pasti saya akan cuba tolong," balas Khalif, tenang.

     Dato Syed Armand mengangguk faham. Dia kenal hati budi Khalif. Pemuda itu sudah lama bekerja bersamanya. Tapi dia rasa tidak selesa jika tidak mengucapkannya.

     "Kalau tak ada apa-apa lagi saya nak beransur dulu, Dato. Dah lewat malam sangat ni. Takut bangun lambat pulak esok," pamit Khalif seraya bangun daripada duduknya.

     "Eh, tak payahlah. Kamu tidur sini sajelah malam ni. Rumah saya banyak bilik tidur. Lagipun, bahaya kalau memandu malam ni," larang Dato Syed Armand.

     Khalif serba salah jadinya. Rasa tak selesa pula bermalam di rumah majikan sendiri. Kalau di rumah keluarga atau kawan rapat tak adalah rasa janggal sangat.

      "Eh tak apalah Dato. Saya dah biasa dengan kawasan sini. Insha-Allah, tak ada apa."

       "Khalif, saya dah anggap kamu macam anak saya sendiri. Kalau kamu risau Melly marah, saya yang akan marah Melly semula. Jangan risau." 

      Mahu tak mahu, Khalif menjatuhkan kepalanya jua. Takkanlah dia mahu biadap menolak bila majikannya itu sudah bersungguh mengajak.

      "Baiklah. Terima kasih, Dato!"


 PAGI itu, Syarifah Armalia bangun dengan rasa sedikit sakit di beberapa bahagian badannya. Mungkin kesan pergelutan dengan Zarif, semalam.

      Pun begitu, dia bersyukur kerana Tuhan masih memberinya peluang untuk menjaga kehormatan diri. Selama ini dia memandang enteng saja perkara yang satu itu.

   Dia juga bersyukur dan berterima kasih kerana Tuhan menggerakkan hati Khalif untuk kembali ke pejabat mereka malam semalam. 

   Tanpa pertolongan Khalif, mungkin pagi ni dia bangun dengan perasaan jijik dan  tidak mampu memandang diri sendiri. 

      Justeru dia rasa sangat terhutang budi dan semakin ingin mengenali peribadi serta hati Khalif. Rasanya hati dia dah betul-betul mahukan Khalif. 

    'Patut ke kalau aku yang mulakan langkah menambat hati Khalif? Teruk sangat ke kalau perempuan mulakan dulu? Macam mana kalau Khalif reject?'

    Lamunan panjang Syarifah Armalia terhenti tatkala mendengar ketukan di pintu biliknya.

   "Cik Melly, Dato suruh turun makan pagi," panggil pembantu rumahnya.

     "Okay, bagitahu papa kejap lagi i turun," balas Syarifah Armalia.

   Seraya rambut separas bahunya segera di kemaskan dengan penyepit rambut. Pintu bilik di buka dan kakinya dibawa melangkah menuruni tangga.

    Tiba di bahagian dapur, Syarifah Armalia perasan kelibat seorang lelaki yang sedang membelakanginya. Melihat daripada susuk tubuh itu, wanita itu segera tahu ianya milik siapa.

    "Khalif? Kenapa you ada kat sini pagi-pagi macam ni?" Soalnya pelik.

    Khalif senyum segaris. Dia sedikit terkejut dan geli hati apabila  melihat penampilan ringkas majikannya itu.  

     Dengan t-shirt kosong berwarna hijau dan seluar sweatpants bersaiz besar warna kelabu, Syarifah Armalia kelihatan muda dan polos walaupun wajah itu sedikit sembab. Mungkin masih terkesan dengan kejadian semalam.

     "Assalamualaikum and good morning to you too!" Bersahaja saja suara Khalif menyapa namun tetap menyebabkan Syarifah Armalia termalu sendiri.

    'Oh my god! Sejak bila aku pandai segan-segan dengan Khalif ni?' 

    "Papa yang ajak Khalif tidur sini semalam. Kamu jangan nak marah-marah dia tak tentu hala ya. Ingat sikit ini superhero kamu semalam," jawab Dato' Syed Armand bersama amaran.

   Bukan dia tak kenal angin anaknya itu. Kalau datang angin kus-kus dia itu wajah tenang Khalif pun boleh jadi punca kemarahan. Tak kira dah yang hati dia tu dah terpaut dengan jejaka di hadapannya ini.

    "Papa ni. Melly cuma terkejut saja. Takkanlah Melly nak marah superhero Melly ni."

     "Baguslah kalau macam tu. Ini kamu dah okay ke? Nak masuk office ke hari ni?"

   Syarifah Armalia memandang Khalif sekilas sebelum menjawab soalan daripada bapanya itu.

   "Melly rasa nak masuk kerja tapi lewat sikit. Badan Melly sakit. Boleh tak Melly ajak Khalif teman pergi klinik, pa?" 

   Dato' Syed Armand hantar pandangan ke wajah Khalif. Jejaka itu seperti biasa tenang sahaja.

     "Boleh ke Khalif?" Tanya Dato' Syed Armand.

     "Sure, no problem!" 

        'Yes!' Sorak Syarifah Armalia dalam hati. Gembira.

        Mulai hari ini,  dia berjanji akan sedaya upaya berusaha menambat hati Khalif. Tak kisah apa pun halangan di depan. Khalif, tetap akan menjadi miliknya!

    

      


7 comments:

Anonymous said...

WAHHHH DAH ADA SAMBUNGANNNN RINDU SEMUA WRITER2 CERPEN KAT BLOG NIIU BYK YG DAH MENGHILANG HUHUHU THANK YOU SANGAT2 SBB DAH UPLOAD😭😭😭😭

Anonymous said...

Alhamdulillah. Ad sambungan. Thx author. Rindu nak baca

Anonymous said...

wow ada sambungan....teruskan berkarya sis

Anonymous said...

Thank you writer! The best ever penulis.

Anonymous said...

Alhamdullilah, akak dah balik ke blog ni lagi. Rindu sangatt. Semangat akak

Anonymous said...

Yeayy dah ada. Please berkarya lagi. Bestt sgt

Anonymous said...

Kak dari saya zaman sekolah sampai dh keje, ulang ulang baca karya akak. 🥰🥰🥰