Oh, Pengikut Setiaku!!!

Friday, October 9, 2015

# BAB 7 : DON'T SAY GOOD BYE





BAB 7


I will be there right for your command....



Syarifah Armalia mengerling jam tangannya sebentar. Dah pukul Sembilan malam rupanya. Lama betul dia menghadap kertas-kertas kerja. Boleh naik juling rasanya dek terlalu lama memandang kertas putih dan tulisan sahaja . Agak-agak Khalif dah balik ke? Tak perasan pulak dia. Yelah dia awal-awal lagi sudah berpesan pada lelaki itu supaya tidak mengacaunya seharian ini. kalau nak balik pun jangan cakap. Balik je. Itu kata-katanya pada lelaki itu. Sekarang rasa menyesal pulak. Suasana pejabat ini pun rasa macam seram semacam pulak. Kalau ada setiausahanya itu tidaklah terasa sangat takutnya.

Haih...tak boleh jadi ni. Aku kena balik jugak. Tekadnya lalu menutup laptop dan mengemas kertas dan fail yang berselerakan di atas mejanya. Selesai mengemas, dia cepat-cepat mencapai beg tangannya dan bergerak ke muka pintu pejabat.

Saat dia mengunci pintu bilik pejabatnya entah kenapa dia terasa seperti diperhatikan. Bagai ada anasir jahat pulak yang berhampiran. Ada ke macam tu? Lengan  baju diselaknya. Huihh...meremang bulu roma aku! Pak guard ni masa-masa gawat macam ni tak nak pulak meronda. Sempat lagi dia menyalahkan pak guard kerana tidak melakukan rondaan pada waktu sekarang.

“Hai sayang!”

Syarifah Armalia segera berpaling ke arah suara yang tiba-tiba menyapanya. Sekejapan sahaja rasa takut tadi digantikan dengan rasa marah. Meluap-luap rasa marahnya. Seperti gunung berapi yang menunggu masa sahaja untuk mengeluarkan lavanya.

“You nak apa datang sini?” Keras Syarifah Armalia menyoal.

Zarif senyum menggoda. Naik menyampah pulak Syarifah Armalia melihatnya. Kalau tujuan lelaki itu datang sini semata-mata nak flashback-flashback kisah lama, dia memang tak ada masa nak dengar semua tu!

“I nak you balik semula kat i. I rindukan you.”

Syarifah Armalia tarik senyum. Senyuman sinis. Rindu? Ada apa dengan rindu dari lelaki yang sanggup meninggalkannya semata-mata kerana harta? Kalau dari segi harta dan wang ringgit, dia juga tak kurang kayanya. Walaupun harta kekayaan semua itu milik papanya. Tapi Zarif tamak! Tetap mahukan yang lebih. Hah, itu yang tua pangkat mak-mak pun dia rembat buat bini!



“Dear Zarif, thanks sebab rindukan i…”

Zarif tersenyum lebar mendengarnya. Nampak macam ada chance Syarifah Armalia nak terima dia semula.

“But...” Syarifah Armalia berjeda seketika. Sengaja bagi Zarif saspen. Biar terpusing kepala lelaki itu dek teruja menunggu kata seterusnya dari dia.

“Tapi apa sayang?”Tanya Zarif sudah tidak sabar.

Syarifah Armalia menahan rasa nak ketawakan lelaki itu. Memang tak sabar ya kau Zarif! Dasar gelojoh!

“I....tak...” Sekali lagi Syarifah Armalia membiarkan kata-katanya tergantung buat seketika.

“You tak apa?” Sambut Zarif dengan raut wajah terujanya.

Sekali lagi Syarifah Armalia menarik senyuman mengejeknya sambil mengelilingi Zarif. Pandangannya ditala ke wajah lelaki yang pernah menghancur lumatkan perasaannya dulu. Rasa jengkel ya amat! Macam nak bagi penampar berkali-kali kat muka Zarif. Tapi Syarifah Armalia  berpegang pada prinsip; lidah lebih tajam daripada pisau...

“You tak apa sayang? Bagitahu i?”

“I...”

“tak…”

 “rindukan you. Lagi satu i tak suka ambil bekas orang macam you? It’s so disgusting!” Dengan nada yang menyakitkan hati, Syarifah Armalia menyambung kata yang dinantikan oleh Zarif dari tadi.

Zarif terpempan! Berbahang muka lelaki itu demi mendengarkan setiap baris ayat yang keluar dari bibir Syarifah Armalia. Semuanya menyakitkan hati dan telinganya! Memang kurang ajar betul perempuan ni!

“Oh, you geli dengan i? Jijik?”

Perlahan Zarif merapati Syarifah Armalia. Dia betul-betul tak boleh terima kata cacian dari gadis itu.

“Kalau you jijik sebab i bekas orang, apa kata i buat bakal suami you nanti pun jijik dengan you sebab you pun bekas orang?”ugut Zarif dengan kening yang sudah terangkat sebelah.

Terasa kesat air liur yang ditelan Syarifah Armalia. Jantungnya juga sudah berdetak diluar kebiasaan. Janganlah si Zarif ni apa-apakan dia. Doanya dalam hati.

“You jangan buat gila Zarif. I ...I jerit nanti!” Syarifah Armalia sudah dihambat rasa gementar. Bimbang jika Zarif buat perkara tidak senonoh padanya.

“Kenapa? Takut?” Provok Zarif semakin menghampiri gadis itu.

Peluh sudah memenuhi ruangan dahi Syarifah Armalia. Dia ketakutan. Hendak lari Zarif sudah betul-betul berada di depannya. Masalah betul!

“Tadi berani sangat? Sekarang...hah jeritlah. Jerit!”cabar Zarif sebelum menolak Syarifah Armalia jatuh ke lantai.

“Aduh! Sakitlah!” jerit Syarifah Armalia sebaik sahaja badannya menyentuh lantai pejabat.

Zarif duduk mencangkung di depan Syarifah Armalia. Muka gadis itu dicengkamnya kuat. Wajah kesakitan itu dipandang tanpa belas kasihan. Meronta-ronta Syarifah Armalia, sakit dikasari begitu.

“Kalau perempuan tu buat cara perempuan. Jangan nak berlagak sangat kalau orang dah offer tu. Faham?”

Puih!

Zarif menyapu wajahnya yang baru diludah oleh Syarifah Armalia sebentar tadi. Telapak tangan yang basah dengan air ludahan gadis itu dipandang geram.

            “Kurang ajar!” Serentak itu dia menampar wajah Syarifah Armalia berkali-kali.

Air mata yang ingin mengalir segera ditahan sekuat hatinya. Walau apa pun yang berlaku dia tak akan menangis sebab Zarif! Kalaupun ditakdirkan Zarif Berjaya menyentuhnya, Syarifah Armalia tak akan berdiam diri. Lelaki itu pasti akan mendapat balasannya.

“Kau ni memang nak kena kan?”Soal Zarif seraya mengoyak bahagian depan baju yang dipakai oleh gadis itu.

“Jangan! Hei, lepaslah!”jerit Syarifah Armalia.

Seboleh mungkin dia cuba menepis tangan kotor Zarif dari terus mengoyak baju yang dipakainya. Tak cukup dengan tangan, kakinya ditendang-tendang ke badan lelaki itu. Namun, Zarif yang bagai sudah dirasuk itu seperti langsung tak terasa sakitnya.

‘Ya Allah…Tolonglah aku…’Bisik hati Syarifah Armalia. Dia sudah hampir pasrah!


Bukk!


Zarif terlentang ke tepi. Sakit badannya akibat ditendang oleh seseorang dari belakang. Segera dia mencari gerangan yang telah menendangnya tadi.

“Awak tak apa-apa?” Tanya Khalif sebelum membuka bajunya dan menghulurkannya pada Syarifah Armalia yang sudah mengesot ke tepi dinding. Nafas yang tadi tidak menentu sudah kembali tenang.

“Tak,” jawab Syarifah Armalia lalu menyarungkan baju kemeja milik Khalif ke badannya. Dalam hati, dia merasa sangat lega kerana ALLAH menghantar seseorang untuk membantunya. Walaupun seseorang itu orang yang paling dia tak suka sebelum ini.

Bunyi tepukan beberapa kali dari arah belakang menggamit perhatian kedua-duanya. Hampir sahaja Khalif  terlupa dengan lelaki yang baru ditendangnya tadi.

“Auchh…Sangat terharu. Hero selamatkan heroin ye?Tapi...kau ni hero apa? Hero Tamil ke?”sindir Zarif dengan senyuman sinisnya lalu memeluk tubuhnya.

Khalif menggelengkan kepalanya beberapa kali. Nampak sangat ‘psiko’nya lelaki ni. Macam manalah Syarifah Armalia boleh kenal? Kesian betul...

“Aku pun rasa terharu...”balas Khalif lalu tersenyum ringkas.

Mati senyuman Zarif demi mendengar kata-kata lelaki yang menendangnya tadi dan digantikan pula dengan kerutan di dahinya. Kenapa?

“Apa maksud kau ni?” Soal Zarif, kasar. Sungguh dia tidak faham.

Syarifah Armalia turut mengerutkan dahinya. Dua kali lima jugak tak fahamnya. Apa yang si Khalif ni nak terharu sangatnya?

“Aku pun  rasa terharu jugak sebab... kau kena tidur lokap malam ni. Opps...Sorry?” sambung Khalif bersahaja dan tak kurang juga jengkelnya.

“Hah? Apa?”Zarif semakin terpinga-pinga.

“Tahan dia!” Arah satu suara dari belakang Zarif.

Serentak itu tangan Zarif digari oleh dua orang pegawai polis. Meronta-ronta dia ingin melepaskan diri.

 “Lepaslah. Aku tak salah! Lelaki tu yang salah!” jerit Zarif sebelum dibawa pergi oleh pihak berkuasa.

“Terima kasih Encik,” ucap Khalif kepada salah seorang pegawai polis dan mengiringinya sampai ke muka pintu pejabat.

“Hmmm...” Syarifah Armalia berdehem seketika.

Khalif berpaling, memandang wajah majikannya itu.

“Yes?”

“Thanks. I owe you one.”ujar Syarifah Armalia dengan suara rendah. Ada rasa malu. Ada juga rasa ego. Tapi orang dah berbudi tak kan kita tak nak berbahasa?
            
             “Eh...Not a big deal la. Saya pun tadi ternampak aje. Tu yang saya tolong.”
            
              Syarifah Armalia hanya mengangguk lemah. Nak cakap apa lagi, kan?
            
             “Err...baju ni?”Segera Syarifah Armalia teringat dengan baju yang sedang dipakainya itu.
            
             “Balik karang Cik Melly basuhlah. Saya nak semula baju tu. maklumlah saya jarang bagi barang kat orang tak dikenali ni. Takut kena manderam.” selamba Khalif berkata.
            
             Merah padam muka Syarifah Armalia mendengarnya. Macamlah aku hingin sangat dengan baju dia ni!

“Eii...I pun tak hadaplah dengan baju you ni. I boleh beli sepuluh!Lagi satu I pun tak pernah hayat  terniat nak manderam you. Feeling- feeling bagus jugak you ni, kan.”balas Syarifah Armalia sekaligus memerli Khalif. Geram.

Okay. Good to hear that.”Bersahaja Khalif memberi respon pada setiap kata majikannya itu.

Syarifah Armalia mengecilkan matanya. Hei...naik minyak pulak dia. Mentang-mentang dah berbudi dekat aku, makin mengada ya kau!

“Eh, Cik Melly tak nak balik ke? Tak nak kerja  esok? Ke nak cuti peristiwa?” usik Khalif lagi. Seronok pulak dia mengenakan majikan yang memang terkenal dengan ego tingginya itu.

“Nak baliklah ni!Eii…menyampah!”bentak Syarifah Armalia lalu mencapai beg tangannya dan keluar dari ARMAND Holding. Sakit jiwa kalau lama-lama dengan setiausaha yang sudah pandai mengenakannya itu.

Khalif pula hanya mampu menggelengkan kepalanya beberapa kali sebelum membuntuti gadis itu  keluar. Syarifah Armalia...Syarifah Armalia...what a temper you have!



p/s: Terima kasih kepada pembaca yang masih sudi menunggu update dari saya. Saya sayang korang mcm saya sayang nak makan ayam goreng sayaaa...


            

31 comments:

KrisWu said...

kenapa pendek sangat

Anonymous said...

Berakhir sudah penantian. Thank you.... Nak lagi...

Ain Najwa said...

Hmmm. Lmbatnya sis update. Mohon update lelaju. Atau update cerpen baru pls.

Anonymous said...

Yeahhh.. dah lama menanti..update la cerpen baru banyak2..hee

Anonymous said...

Ya ALLAH dah lama tunggu.. good luck for your next entries :)

Unknown said...

Ada lagi takk smbungan.. best la cita ni..☺

Unknown said...

Ada lagi takk smbungan.. best la cita ni..☺

Anonymous said...

Sis, please don't let us waiting anymore. Pleasssseeeeee.....

Aya Damia said...

Can't wait anymore..cepat2 smbung sis...btw xdak cite baru ke sis

Unknown said...

Xde sambungan ke cite nie sis??..hihihi..best sgt cerpen2 yg sis buat..kipidap..lalalala :)

syamimi said...

Best sesangat sis, nk new n3.. X sabo nyer nk baca

Anonymous said...

Nk lg..cpt smbg sis..falling in luv with khalif...

Suraya said...

Sis please sambung

Unknown said...

sis... bila nak sambung.. dah dekat 2 bulan.
. nk.. lagi cita ni.. best.. sngat. sis smbung la..

Unknown said...

sis... bila nak sambung.. dah dekat 2 bulan.
. nk.. lagi cita ni.. best.. sngat. sis smbung la..

Anonymous said...

Sis.. Plz la sambung crita ni..

Ain Najwa said...

Akak taknak smbg dh ke citer nih??

Unknown said...

Akk dh x nk wat cerpen terbaru ke? Dh lama tunggu

Anonymous said...

Sambung please. You have improve a lot! Baca your blog dari awal sampai skrg, and ur cerpen improve byk!please continue writing. Cant wait for the next cerpen/novel

Pendekar kayu said...

Haaish cmne la aq bleh terjebak dgn novel ni..
Please update bru sis...

Unknown said...

Still waiting😔

Unknown said...

alaaa dah 2017😭 x der smbungan😭😭

Unknown said...

😭😭😭Takda sambungan ka niiiii....

Sarjen Pencerita said...

Sangat berbakat..saya tunggu update baru ya .Teruskan usaha menghasilkan karya..semoga terus maju...jangan lupa juga lawat blog sya ya kat https://ceritaberemosi.blogspot.my/

Unknown said...

kak bila sambung cerita nie lagi tak sabar nak baca..

Anonymous said...

Huhuhu..mana sambungan dia?tgh syok bace tibe2 tgantung..btw.. tbaik penulisan hakak<3

maisarah hatta said...

Bila nk sambung?....

Noor said...

bila nak sambung?...

Syahmi Md Dom said...

Hebat penulisannya. Salam dari blogger baru seram mistik.

Anonymous said...

Hai awakk , dah 2023! Dari zaman sy sklh , kolej dan dh keja skrg masih lg berharap awak update cerita yg terbaru . Rindu kenangan baca2 cerpen dulu 😭 .

Joe said...

Akak..sambung la crita..bertahun dah akk pi mkn ayam goreng nie..mai la sayang kami balik😢😢 suka penulisan dia nie😭