Oh, Pengikut Setiaku!!!

Monday, February 9, 2026

Bab 18: Don't Say Goodbye

Bab 18

 

Dari tadi, Khalif tidak fokus memandang skrin laptopnya. Nak buat kerja tapi hati rasa tak senang. Semuanya gara-gara kehadiran Lukman. 

 

Bukanlah dia tidak tahu, Lukman itu kawan baik Syarifah Armalia. Tapi mengenangkan Lukman itu lelaki, bukan wanita buat hati lelakinya rasa tidak selesa. Rasa di jentik cemburu.

 

Apatah lagi mendengar gelak tawa mesra kedua-duanya yang bergema sehingga ke luar bilik kerja. Apa yang lucu entah! Ini kan waktu bekerja, bukan waktu bergembira. Boleh professional sikit ke?

 

Astaghfirullah! Cepat-cepat Khalif memohon ampun pada Tuhan. Bisikan hatinya tadi sudah membawa kepada perkara negatif. 

 

Nasiblah dia tidak betul-betul suarakan di luar kotak fikirannya. Kalau tidak, mahu bergaduh dia dan Syarifah Armalia di sini. Dah satu Hal mereka berdua jadi sumber gosip pejabat!

 

CEO dan pembantu peribadi merangkap suami bergaduh kerana cemburu!  

 

Betul-betul bahan sensasi FYP media sosial kalau ada yang merakam pergaduhan dia Dan isteri. Bayangkan saja Khalif sudah tidak sanggup!

 

"Sayang, jom makan!" Sapa Syarifah Armalia lalu melabuhkan jari jemarinya di bahu Khalif yang sedang duduk. Bahu suami di urut perlahan. 

 

"Hmm." Khalif respon singkat lalu menolak lembut tangan si isteri. Kerusi di tolak keluar sebelum tangan isteri di capai dan di sulam kembali ke jari jemarinya pula.

 

"Lukman tak ikut lunch sekali?"Tanya dia ketika mereka menunggu lif untuk turun.

 

Syarifah Armalia menggeleng sambil menahan senyum. Lantas bibirnya di bawa ke tepi telinga si suami.

 

"Lukman cakap nak gerak dulu, sebab dia kata ada terbau benda hangus terbakar. Tapi bukan barang. Mungkin dia maksudkan hati you!" Nakal Syarifah Armalia mengenakan si suami.

 

Khalif dengus perlahan. Tentulah Lukman tahu! Dia lelaki. Dan mereka sama-sama lelaki! Sekilas pandangan saja sudah tahu!

 

Khalif pandang sekilas wajah Syarifah Armalia. Geram pula dia bila perasan senyum nakal si isteri. Seronoklah tu dapat kenakan dia! 

 

"Nak pergi makan ke tak? Nampak macam kenyang je dapat sembang dengan bestfriend." Tidak mahu mengaku, Khalif alih topik.

 

Rahsia hati, biarlah di dalam hati. Kalau ditakdirkan waktu yang sesuai barulah dia buat apa yang patut. Sekarang dia cuma nak bina tapak yang kukuh dalam rumah tangganya. Cinta boleh hadir bila masing-masing dah sedar tanggungjawab.

 

"Alah merajuk pulak sayang i ni. Jom makan. I lapar dan dahaga sangat tau. Lama sangat bersembang dengan Lukman. Banyak cerita dia sejak balik dari London ni,"balas Syarifah Armalia lalu memaut lengan si suami.

 

"Hmm tahu pun lapar!"Khalif mencemik.

 

“Alah, merajuk lagi ke ni?” Pipi Khalif di sentuh dengan jemarinya. Lantas mata menikam lembut ke mata suami tercinta.

 

"No matter how much i click dengan Lukman pun, he's not my husband. You are. You yang i pilih dari dulu, walaupun i kenal Lukman lagi lama dari you." Sungguh-sungguh Syarifah Armalia 'membeli' kembali hati si suami.

 

Dia tak mahu Khalif rasa tersaingi. Padahal Khalif adalah lelaki yang dia mahukan.Yang hatinya dambakan.  Mungkin selepas ini dia perlu menjaga batas hubungan dengan Lukman. Lukman pun ada beritahu, tidak mahu dah berjumpa kalau tanpa kehadiran Khalif. Status berkahwin takkan sama dengan bujang.

 

Dia peluk pinggang Khalif lalu suaminya itu membalas dengan ciuman kecil di dahinya. Buat Syarifah Armalia tersenyum kecil. Indahnya!

 

"Nak makan mana?"Soal Khalif. Cemburu di hati sudah mereda. Tangannya sudah mencari tangan si isteri. Rasa tak lengkap betul kalau tidak menggenggam jemari wanita miliknya itu.

 

"Rasa nak makan lauk kampunglah hari ni. Tapi nak yang mak mertua i masak!"

 

Khalif pandang wajah isteri yang sudah tayang wajah mengharap. Mata Syarifah Armalia sudah membulat, bersinar-sinar persis kucing dalam Puss In Boot. Buat dia terkelu. Terus dia melepaskan keluhan kecil sebelum tertawa.

 

Dia memang hopelessly in love dengan perempuan di depannya ini! Titik!

 

Lantas telefon di capai, nombor Mak Adah di dail dengan tenang.

 

"Assalamualaikum mak. Sihat? Menantu mak nak makan masakkan mak harini. Boleh ke?"  

 

Sementara, Khalif  menelefon Mak Adah, Syarifah Armalia diam menunggu. Dia pun tak faham kenapa hari ini seleranya mahu masakan si ibu mertua. Mungkin nak datang bulan kot. Hormon jadi haywire.

 

Tapi sempat ke dia dan Khalif nak balik semula ke Kuala Lumpur dari Kuantan?Kuantan ke Kuala Lumpur lebih kurang 3 ke 4 jam perjalanan itu pun kalau tak jam. Rasa menyesal pulak menggedik nak makan mak mertua punya masakan.

 

Dah kenapalah dia tak fikir tadi? Sekarang nak batalkan, dah terlambat. Khalif dah call Mak Adah. Macam menyusahkan semua orang pulak! Adoi macam mana ni?


“Hello, assalamualaikum Dato’, meeting hari ini, saya terpaksa tunda kepada minggu depan Isnin boleh ke? Puan Syarifah Armalia ada hal yang tak dapat di elakkan hari ini. Maaf sekali lagi. Okay see you next week. “Tergamam Syarifah Armalia mendengar suara Khalif menghubungi client mereka.


Sebaik talian di matikan, Khalif masih lagi menekan-nekan permukaan telefon pintarnya. Muka lelaki itu serius tapi masih terbias tenang.


“Okay, done!” Beritahu Khalif sambil memasukkan telefon pintarnya Kembali ke dalam poket seluar.


“I’m so sorry darling!” Ucap Syarifah Armalia bebrbaur kesal. Wajahnya sedikit mendung kerana merasakan dia telah menambah beban kerja kerana permintaan mengada-ngadanya.


Bukannya dia tidak tahu, jadual kerja dia sangat penuh! Dia pewaris dan pengganti  Dato’ Syed Armand. The one and only! Kalau tak sibuk dia tak layak dengan semua kekayaaan papa.


“It’s okay, yang. Saya dah settle semua yang saya boleh settle. Anything that not require your present, saya dah delegate pada yang bertanggungjawab,” balas Khalif, meyakinkan isterinya.


Bagi dia ini bukanlah pertama kali dia menyelesaikan masalah seperti ini. Tak mudah, tapi tak semestinya tak boleh di selesaikan. Dia sudah lama bekerja, sudah mahir mengendalikan isu seperti ini.


“But promise me, no more sudden cravings macam ni? Next time saya melayan kalau awak pregnant betul-betul je!”Khalif memberi amaran.


Mendengar amaran suaminya itu membuatkan Syarifah Armalia mengulum senyum. Pregnant? Buat dia rasa tak sabar nak mengandung anak Khalif!


“Aye…aye boss!”Sambut Syarifah Armalia lalu mencium pipi si suami.


Khalif geleng kepala seketika. Suis kereta dihidupkan dan pedal minyak ditekan, lalu destinasi Kuantan di tuju demi memenuhi keinginan isteri tercinta yang mahukan makanan si ibu mertua,


 

 P/S: Macam mana puasa semua orang? Sekejap je ramadan dah nak habis. Novel ni je rasa tak habis2. Entah bila nak jumpa klimaks dan ending dia. Doakan saya berjaya habiskan cerita Khalif dan Syarifah Armalia ni.Yang bersabar menunggu, terima kasih. Jumpa lagi bila2 kita berjumpa! Selamat Hari Raya Aidilfitri in advance semua!

 

 


No comments: