BAB
2
Your
bad is my bad...
Warga
ARMAND Holding terkejut apabila Syarifah
Armalia bertindak melemparkan fail yang di pegangnya ke muka setiausahanya.
Tindakan melampau itu bagaimanapun tidak menerima sebarang tidak balas agresif
daripada Khalif. Pemuda itu hanya diam dan mengutip fail yang jatuh di lantai
dengan sabar. Pekerja ARMAND Holding pula yang merasa geram dengan perbuatan
Syarifah Armalia itu.
Sudah
sebulan Syarifah Armalia menggantikan tempat Dato’ Syed Armand. Ini bermakna
sudah sebulan perkerja ARMAND Holding melihat Khalif menjadi mangsa kemarahan Syarifah Armalia.
Wanita itu seakan tidak dapat menahan amarahnya terutamanya apabila Khalif
bertindak menasihatinya.
“You
tak payah sibuk nak nasihat-nasihatkan i. Kalau you nak nasihatkan i you cermin
diri you tu dulu. Ikut suka hati i la nak datang pukul berapa? Lagi pun office
ni bapak you punya ke?” marah Syarifah Armalia.
Khalif hanya mendiamkan diri. Hendak melawan, dia
bukannya ada kuasa. Apa yang mampu dia lakukan hanyalah bersabar. Tambahan
pula, Dato’ Syed Armand sudah memberitahunya terlebih dahulu mengenai sikap
anaknya yang cerewet, ego serta mementingkan diri sendiri.
“Baiklah Cik Melly, kalau tak ada apa-apa lagi saya
keluar dulu ye,” ujar Khalif tenang.
Syarifah Armalia memandang Khalif dengan pandangan yang
tajam. Tiada perasaankah lelaki itu? Sudah dimarahi, ditengking serta di lempar
fail ke muka pun masih boleh bertenang?Ajaib....
“Whatever. By the
way, next time don’t you ever dare try to interrupt my life?”jawab Syarifah
Armalia dengan angkuh sambil mengisyaratkan lelaki itu supaya beredar. Tanpa
menunggu masa, Khalif mengangkat kakinya keluar daripada bilik majikannya itu.
Syarifah Armalia memejamkan matanya.Untuk seketika dia
merasa sedikit nyaman. Sebenarnya dia sedar yang Khalif berniat baik dengan
menasihatinya supaya menepati waktu bekerja, namun dia tidak boleh terima jika
ada orang lain yang berani menegurnya selain papanya sendiri. Ahh, siapa-siapa
pun tidak layak menegurnya, kecuali papa!
Di luar
Sarimah mendekati Khalif yang baru sahaja melabuhkan punggungnya di
kerusi. Dari riak muka Khalif, Sarimah tahu pemuda itu sudah semestinya agak
tertekan melayan perangai majikan yang selalu angin satu badan seperti Syarifah
Armalia itu.
“You
okey ke Khalif?”sapa Sarimah. Khalif hanya tersenyum.
“Kenapa
you nampak i macam tak okey ke?” soal Khalif pula.
Sarimah mencebik.
“Dah
kenapa pulak you tayang muka macam tu?” Tanya Khalif lagi demi melihatkan
ekspresi muka Sarimah yang mencebik tiba-tiba itu.
“You
ni kan, dah kena lempar fail, dah kena tengking pun boleh buat lawak lagi?Apa
jenis manusia you ni?You tak malu ke?Mana harga diri you?” marah Sarimah
selepas mendiamkan diri untuk beberapa saat.
Khalif
senyum. Buku-buku di atas mejanya yang
sudah sedia ada tersusun rapi di kemaskan lagi kedudukannya.
“Apalah
yang ada setakat kena tengking dengan kena baling fail tu cik Sarimah? Bukannya
dia telanjangkan i sampai i nak kena malu. Even kalau i naked pun ,bukan i yang
malu, entah-entah dia yang malu sampai pengsan!” balas Khalif sambil
menyelitkan sedikit jenaka. Cuba membangkitkan sense of humor dirinya.
“Itulah
you, kalau i kata sikit pun you tak pernah nak dengar. Sikit-sikit nak back up perempuan tu. I tahu you ni baik
orangnya, tapi janganlah sampai dia pijak-pijak kepala you tu,” nasihat Sarimah
lalu beredar ke tempat duduknya yang bertentangan dengan meja Khalif.
“
Sarimah, you ni my colleagues yang
paling sweet tau. Thanks untuk nasihat you tu. Someday bila i dah tak sanggup nak kerja
dengan Cik Melly tu i quit je. Hah,
lagi senang!”jawab Khalif sambil ketawa perlahan.
Sarimah
menggelengkan kepalanya beberapa kali. Hati lembut betul kau ni Khalif! Kalau
nak di hitung dengan jari berapa kerat sangatlah lelaki dalam dunia ni yang
berhati lembut macam kau. Rela ego di pijak pulak tu.Hmm...
“Ikut
you lah. I Cuma nak nasihat. Whatever it
is, Cik Melly tu memang melampau. One day i nak sangat tengok siapa yang
jadi suami dia. Entah tahan entah tidak suami dia tu dengan perangai bossy and fussy dia tu. Memang kesian
habislah lelaki tu.”kata Sarimah dalam nada mengejeknya.
“Heissh...
You ni dah ke situ pulak. Dah la jom sambung kerja,”ujar Khalif sambil
tersenyum simpul.
“Ala...i
tahu you pun sebenarnya curious jugak
kan?”usik Sarimah dengan senyum nakalnya. Khalif hanya menjungkitkan kedua-dua
bahunya. Malas melayan bicara Sarimah yang tidak akan berhenti bercakap selagi
ada orang melayannya.
KHALIF menghempaskan
tubuhnya di atas sofa empuk yang berada di ruang tamu rumahnya.Perlahan dia melepaskan keluhannya. Penat seharian di
pejabat melayan kerenah Syarifah Armalia
begitu terasa.Untuk seketika dia memejamkan matanya.Menikmati ketenangan
keadaan sekeliling tanpa maki hamun dan amarah Syarifah Armalia. Sungguh nikmat!
Khalif
tiba –tiba sahaja teringat akan
perbualannya dengan Sarimah tengahari tadi mengenai bakal suami Syarifah
Armalia.Ahh, tidak perlu bakal suami, entah-entah teman lelaki wanita itu pun
pastinya akan lari di sebabkan tidak tahan dengan perangainya yang cerewet
dalam semua hal ,walaupun sekecil zarah pun!
Pada
pandangan mata lelaki Khalif, Syarifah Armalia memang seorang wanita yang
cantik. Tipu jika dia mengaku yang dia sikit pun tidak tertarik dengan
kecantikannya.Walaupun Syarifah Armalia cerewet orangnya dengan etika kerja
yang buruk namun Akhalil tahu yang hasil
kerja wanita itu memang yang terbaik! Telus dan sempurna!
Walaubagaimanapun,
jika hasil kerja yang sempurna itu datang dengan budi pekerti yang baik dan
perlakuan yang sopan, pastinya dia sendiri tidak ragu-ragu untuk menjadikan
wanita itu teman wanitanya sekalipun dalam mimpi! Ini tidak, mengamuk aje
kerjanya. Memang tahap kasihanlah bakal suami wanita itu. Khalif tersenyum
sendiri apabila memikirkannya. Akhirnya pemuda itu terlena.
SYARIFAH ARMALIA
menutup telinganya dengan kedua- dua belah telapak tangannya. Tidak sanggup untuk
mendengar ceramah pagi daripada papanya. Dato’ Syed Armand menggelengkan
kepalanya. Degil sungguh!
“Ingat,
papa tak mahu dengar cerita yang Melly tengking-tengking Khalif. Karang tak
sampai beberapa bulan lari budak tu sebab tak tahan sangat dengan sikap kamu
tu,”tegas Dato’ Syed Armand beserta amarannya.
Syarifah
Armalia mencebik. Bosan. Ahh, kaki mengadu betul!Macam perempuan. Papa pun satu,
sayang sangat dengan Khalif. Entah apa yang lelaki itu gula-gulakan papa.
“Lagi
satu papa nak tanya, Melly lawat tapak projek kat Kuantan tu minggu depan kan?”
“Hmm...”jawab
Syarifah Armalia sambil menghirup secawan teh yang masih panas.
“
Baguslah, projek kita kat Kuantan tu memang perlukan perhatian lebih. Kalau nak
tahu lebih lanjut lagi tanya Khalif,” kata Dato’ Syed Armand.
“What!!!” jerit
Syarifah Armalia.Terkejut. Dato’ Syed Armand juga tidak kurang juga terkejutnya
demi melihat reaksi anak gadisnya itu.
“
Khalif pun ikut? Lawatan je kan papa. Rasanya Khalif tak payah ikut pun takpe
kan?Lagi pun apa yang dia tahu pasal projek kat Kuantan tu? Dia kan setiausaha
je.”
Dato’ Syed Armand
berdehem sebentar sambil membetulkan duduknya.
“Don’t be so easy underestimate people,
Syarifah Armalia. For your information,
projek kat Kuantan tu ideanya semua datang daripada Khalif tahu. He know better than you,” terang Dato’
Syed Armand lalu bangkit meninggalkan Syarifah Armalia yang nyata tidak berpuas
hati.
“ Papa ni kan semua Khalif. Kalau papa suka sangat Khalif
tu why not papa ambik je dia ganti
tempat papa,” bentak Syarifah Armalia sambil menyilangkan kedua-dua belah
tangannya di dada.
Dato’ Syed Armand mengerutkan dahinya.
“Apa
yang kamu nak marah sangat dengan Khalif ni? Dia cuma tolong syarikat kita
je,”tukas Dato’ Syed Armand lalu memandang
kea rah wajah Syarifah Armalia yang nyata tidak berpuas hati mendengar
penerangan darinya.
“
Papa tu macam tak percayakan Melly. Asyik-asyik nama Khalif juga yang papa
sebut. Habis apa guna Melly kat sini kalau papa dah ada Khalif untuk tolong
papa?”jawab Syarifah Armalia masih tidak
senang walaupun sudah mendengar penerangan daripada papanya itu.
“
Papa percayakan anak papa. Siapa kata papa tak percayakan anak papa? Tapi
Khalif dah lama tolong papa dan dia ada idea yang bernas, takkan kita nak
biarkan je tanpa buat apa-apa. Itu tindakan bodoh namanya.”
Dato’
Syed Armand membetulkan kotnya sebelum menyambung kembali.
“
Lagi pun papa perlukan idea-idea yang out of the box dari orang muda seperti
kamu dan Khalif untuk memastikan ARMAND Holding berjalan lancar tanpa sebarag
masalah serta mampu bersaing dengan syarikat-syarikat besar yang lain,” terang
Dato’ Syed Armand dengan panjang
lebarnya.
Syarifah
Armalia hanya diam mendengar papanya bercakap. Tidak mahu mengulas lanjut
mahupun membangkang seperti tadi.
Walau
bagaimanapun, Syarifah Armalia tahu yang
Khalif sudah ada tempat di mata papanya. Tidak ada gunanya jika dia bertindak
menentang papanya hanya kerana tidak berpuas hati dengan Khalif.
“
Baiklah kalau itu yang papa nak, Melly akan cuba bertahanlah, walaupun Melly tak
suka berkerja dengan Khalif,” putus
Syarifah Armalia setelah lama mendiamkan diri.
Dato’
Syed Armand tersenyum bahagia demi mendengar jawapan yang keluar dari mulut anak gadisnya itu.
“
Macam tulah anak papa,” ujar Dato’ Syed Armand dengan senyum lebarnya.
Syarifah
Armalia hanya tersenyum seadanya sahaja. Jangan papa terfikir nak buat Khalif
menantu sudah! Harap-harap tidaklah hendaknya.
KHALIF tersenyum
demi melihat kedua beranak itu saling
tersenyum. Tiba-tiba sahaja dia teringatkan ibunya di kampung. Walaupun baru
kelmarin dia menelefon ibunya untuk bertanya khabar, tapi dia sudah merasa
rindu! Ahh, mungkin dia anak bongsu dan yang paling rapat dengan ibunya. Kakak-kakaknya
masing-masing mempunyai kerjaya dan
keluarga untuk di jaga. Hanya dia sahaja yang masih belum berkeluarga. Menjadi
satu kemestian pula baginya untuk menjaga ibunya sebaik sahaja ayahnya
meninggal dunia sewaktu dia berumur 18 tahun kerana kemalangan jalan raya.
Sejak
itu dia berjanji akan menjaga ibunya selama hidupnya. Dia juga berjanji hanya
akan menerima wanita yang mampu menerima ibunya untuk dijadikan isteri. Namun,
sehingga sekarang pun dia masih tidak menjumpai wanita yang betul-betul sesuai
untuk di jadikan pedamping hidupnya.
Telefon
bimbit yang berada di dalam poket seluar diambil. Lantas nombor telefon ibunya
didail. Beberapa minit kemudian talian disambungkan.
“Assalamualaikum,
mak?”
Dan
senyuman terusan melebar demi mendengar celotehan dari ibu tercinta. Ibarat
melodi yang paling terindah pernah mengalun di telinganya...
5 comments:
Nak lagi... Best♥
thumbs up girl ! love ur novel . keep it up and all the best
Nak lagi..serius best..keep it up..
Best..
Suka..suka...suka. Sy suka semua karya awk. Baca byk kali pun x jemu
Post a Comment