Nama penulis : NOORAIHAS
Tarikh post : 6 JULAI 2014
BAB 1
I
don’t like you...
Syarifah
Armalia merengus geram apabila tidurnya terganggu kerana terdengar ketukan yang bertalu-talu di pintu
biliknya.Lantas bantal yang terletak elok di kepalanya di angkat dan di
letakkan pula di kedua-dua belah telinganya.Lega apabila bunyi ketukan di pintu
biliknya sudah tidak kedengaran lagi.
“Syarifah
Armalia!”Tinggi suara Dato’Syed Armand memanggil nama anak tunggalnya itu.Dalam
hatinya hanya Tuhan sahaja yang tahu betapa dia sangat geram dengan perangai
anak gadisnya yang seorang ini.
Syarifah
Armalia segera terbangun dari lenanya.Matanya membulat besar apabila melihat
kelibat papanya yang sedang bercekak pinggang dengan mata yang tidak kurang
juga bulatnya demi melihatnya yang masih terbongkang di atas katil.Ahh, sudah!
“Err...Papa...Morning!”Sapa
Syarifah Armalia kepada Dato’ Syed Armand dalam keadaan yang masih di selubungi
mamai.
Dato’
Syed Armand mengetap bibirnya.Geram dengan tingkah anak daranya itu.Serasa anak
gadisnya itu begitu kecil di pandangannya sekarang.
“Morning
kamu kata?Cuba kamu tengok jam loceng kat sebelah katil kamu tu, pagi lagi ke?”
Serang Dato’ Syed Armand dengan kening yang sudah terangkat.
Syarifah
Armalia mengerling sekilas pada jam loceng yang terletak elok di atas meja
di sebelah katilnya.12.30 tengahari
baru.
“Hmm...Baru
pukul 12.30 tengahari pa.Belum masuk lunch
hour lagi.Kenapa papa balik lunch awal sangat hari ni?”Soal Syarifah
Armalia dengan tidak bersalahnya.Rambut yang sedikit kusut di betul-betulkan
menggunakan jarinya.
Dato’
Syed Armand mengecilkan anak
matanya.Agak-agaknya anaknya itu terlupa akan agendanya pada hari ini atau
Syarifah Armalia hanya buat-buat lupa dengan temujanjinya. Sepatutnya Syarifah
Armalia datang ke syarikatnya hari ini untuk sesi pengenalan dan suai kenal
memandangkan anaknya itu bakal menggantikan posisinya sebagai ketua pengarah
merangkap CEO disyarikatnya namun dari pagi kelibat anaknya itu tidak kelihatan
di sekitar pejabatnya.
“Kamu
lupa ke apa yang sepatutnya kamu buat hari ni?”Dato’ Syed Armand memerhatikan
kelakuan anaknya itu yang seolah-olah sedang berusaha mengingat sesuatu.
Syarifah
Armalia menggaru kepalanya yang tidak gatal.Apa agaknya yang sepatutnya dia
lakukan hari ini sampai papa balik dari office awal?Wait...Wait...Did I mention office?Alamak, hari ni aku kena turun
pejabat papa la sebab papa nak kenalkan aku pada semua staff memandangkan aku
bakal menggantikan posisi papa sebagai CEO.Adui!!!
Perlahan
dahinya di tepuk .Memang benar dia terlupa akan janjinya hari ini untuk bertemu
dengan staff di syarikat papanya. Ligat otaknya memikirkan jawapan yang kreatif
untuk di berikan kepada papanya.
“Melly
lupa la pa.Lagipun papa bagitahu lewat sangat.Semalam kan papa baru bagi tahu
suruh datang ke office? Manalah Melly
nak ingat,” Jawab Syarifah Armalia lalu memandang sekilas ke wajah papanya.
Jelas kedutan di kening lelaki separuh abad itu, menandakan Dato’ Syed Armand
sedang memikirkan sesuatu atau sedang mengingat sesuatu.
Dato’
Syed Armand menyeluk poket seluarnya lalu mengeluarkan telefon
bimbitnya.Syarifah Armalia hanya memerhati gerak-geri papanya serta menunggu reaksi yang bakal di
berinya.
“Papa
dah bagi tahu Melly dekat seminggu dah.Papa dah tulis dalam handphone papa ni
tarikh dan waktunya . Melly nak tipu papa ke?Semalam papa rasa papa inform Melly je. Entah untuk kali yang
ke berapa papa bagitahu Melly tu,”
Syarifah
Armalia mengetap bibirnya dengan perasaan yang bercampur baur.Malu, geram,
sakit hati, sedih dan macam –macam lagi perasaan menyelubungi hatinya saat ini.
Malu kerana tertangkap berbohong, geram dan sakit hati kerana dia sebenarnya
masih tidak bersedia lagi untuk mengambil alih tempat papanya dan sedih kerana
dia sedar hanya dia harapan papanya memandangkan dia adalah satu-satunya anak
dan waris yang papanya ada untuk menerajui syarikat milik papanya itu.
Dato’
Syed Armand mengambil tempat di sebelah Syarifah Armalia.Perlahan punggungnya
di labuhkan di sisi anaknya itu.
“Papa
harap apa pun alasan yang Melly bagi papa
nak Melly tahu yang Melly sorang je anak papa dan harapan untuk ARMAND
Holding terus maju ke hadapan. Beribu nasib pekerja ARMAND terletak kat tangan
Melly. Kebijaksanaan dan kewibawaan Melly penentu masa depan ARMAND.Melly kena
faham dan harus faham tu,” ujar Dato’ Syed Armand sambil menepuk tangan anak
gadisnya itu.
Syarifah
Armalia tersentak. Entah mengapa dia merasakan satu tanggungjawab yang berat
sedang menantinya. Dia sedar akan tanggungjawab yang bakal di pikulnya nanti,
namun darah mudanya yang menginginkan keseronokan dan masa berlibur yang
panjang seolah-olah menyekatnya dari menyedari hakikat yang dia bakal mengambil
alih posisi papanya dalam masa terdekat ini.
“Melly
tak berani nak janji dengan papa, tapi Melly akan berusaha buat yang terbaik
untuk masa depan ARMAND Holding,”
Dato’
Syed Armand tersenyum gembira demi mendengarkan kata-kata yang terkeluar dari
mulut anaknya itu. Sekurang-kurangnya dia tahu yang Syarifah Armalia sedar akan
komitmen yang bakal di galasnya kelak.
“Papa
yakin yang anak papa mampu buat yang terbaik,” kata Dato’ Syed Armand lalu dahi
Syarifah Armalia di kucup lembut. Syarifah Armalia hanya mampu tersenyum hambar.
DATO’
SYED ARMAND tersenyum bangga memperkenalkan Syarifah Armalia kepada semua
pekerja ARMAND Holding. Walaubagaimanapun, dia masih tercari-cari kelibat
setiausahanya, Khalif. Entah ke mana
pula lelaki itu pergi. Baru sebentar tadi dia melihat Khalif muncul
bersama i-padnya untuk mengambil catatan daripadanya sebelum meminta diri untuk
ke tandas. Sakitkah pemuda itu?Sudah sebegini lama pun masih tidak keluar dari
tandas.
Syarifah Armalia pelik melihat
papanya yang seolah-olah mencari seseorang. Perlahan Syarifah Armalia mendekati
papanya yang sedang asyik melihat kearah pintu.
“Papa tunggu siapa?” tegur Syarifah
Armalia lalu mengambil tempat di sebelah papanya. Dato’ Syed Armand tersenyum
sebelum menjawab.
“Papa tunggu Khalif,” Syarifah
Armalia mengerutkan dahinya.Siapa?
Dato’
Syed Armand menepuk dahinya perlahan. Lupa bahawa anaknya itu belum berjumpa
dengan pemuda yang merangkap setiausahanya itu.
“Papa
lupa Melly belum jumpa dengan Khalif, setiausaha papa,”kata Dato’ Syed Armand
sekaligus menjawab pertanyaan yang bermain
di fikiran Syarifah Armalia.
“Tapi
pa, where is Kak Maria? Bukan dia ke setiausaha papa?” Tanya Syarifah Armalia.
“Hmm..
Maria dah tiga tahun dah berhenti kerja, katanya nak bagi tumpuan pada keluarga
pulak. Itulah bila papa suruh kerja dengan papa kamu tak nak.Sibuk nak enjoy
lepas habis study kat UK tu. Tengok satu apa pun tentang syarikat kamu tak
tahu,”terang Dato’ Syed Armand sekaligus membebel.
Syarifah
Armalia pura-pura memandang kearah lain. Malas nak menjawab, risau telinganya
berdarah pula demi mendengarkan bebelan yang keluar dari mulut papanya
itu.Sekaligus tidak mahu membunuh moodnya pada hari ini.
“Dato’...”
sapa satu suara. Dato’ Syed Armand menoleh kea rah suara itu. Perlahan bibirnya
mengukir senyuman.
“Hah,
kamu Khalif, kenapa lama sangat kat tandas tu?Kamu sakit perut ke?” Soal Dato’
Syed Armand lalu menepuk lembut bahu
pemuda itu. Syarifah Armalia hanya memandang sinis ke arah lelaki itu. Matanya
sibuk memerhatikan cara pemakaian pemuda yang lebih di kenali sebagai Khalif
itu.
Khalif hanya tersenyum lesu seraya mengangguk, cukup
menghantar jawapan kepada persoalan Dato’ Syed Armand. Apa nak buat, dia betul-
betul sakit perut. Entah kenapa perutnya tiba-tiba meragam pula pagi ini. Agak-
agaknya sebab makan asam pedas semalam kot. Sempat lagi Khalifmemikirkan faktor
yang menyebabkan dia berulang- alik ke tandas hari ini.
“
Ha..Lupa pulak nak perkenalkan,inilah anak gadis saya Syarifah Armalia. Melly
ni Khalif setiausaha papa dan bakal setiausaha kamu,” ujar Dato’ Syed Armand
dengan senyum lebarnya.
“What?”
Jerit Syarifah Armalia. Setiausaha lelaki?
“Apa
yang kamu terkejut sangat ni Melly?” Soal Dato’ Syed Armalia pelik. Khalif
hanya memerhati kedua-dua beranak itu. Daripada pemerhatiannya, Syarifah
Armalia tidak senang dengan kehadirannya sebagai setiausaha lelaki.
“Papa,
Melly tak nak setiausaha lelaki, lecehlah macam ni!”rungut Syarifah Armalia
lalu menghempas dirinya di atas sofa yang terdapat di dalam bilik papanya itu.
Dato’ Syed Armand mengisyaratkan Khalif untuk beredar, membiarkan dirinya untuk
bersendirian bersama anak gadisnya itu. Khalif hanya menurut lalu bergerak
keluar.
“Apa
lagi yang kamu tak puas hati ni, Melly?”marah Dato’ Syed Armand. Sakit pula
hatinya mengenangkan sikap Syarifah Armalia yang terlalu cerewet dan memilih
dalam semua hal. Apa yang salahnya jika setiusaha yang bakal berkerja dengannya
itu lelaki?
“Lecehlah...Nanti
kena gossip berdua pulak,” ujar Syarifah Armalia lebih kepada alasan sebenarnya.Dato’ Syed Armand merengus kasar.
“Melly,
stop being childish!” marah Dato’ Syed
Armand. Syarifah Armalia terkedu di tempatnya. Tidak pernah papanya memarahinya
sebegitu.
“Nak
tak nak, papa hanya nak Khalif yang jadi
setiausaha Melly. Khalif tu baik orangnya. Teliti dan bijaksana. Sangat sesuai
untuk membantu kamu,”
Syarifah
Armalia merengus perlahan. Dia sebenarnya tidak mahu dengan adanya Khalif nanti
semua pergerakkannya menjadi tidak kena dan terbantut. Kata hatinya
mengatakan Khalif akan menghalang semua
aktivitinya dan akan memerhatikan tindak-tanduknya untuk di laporkan kepada
papanya. Dalam erti kata sebenar, Khalif itu pengintip papanya. Ahh, rasa rugi
pulak dia termakan pujukan papanya untuk menggantikan posisi CEO itu.
“Suka
hati papalah, tapi yang penting Melly takkan terima dia jadi setiausaha
Melly!’’ Tegas Syarifah Armalia lalu
bergerak keluar dari pejabat Dato’ Syed Armand dengan muka cemberutnya. Dato’
Syed Armand hanya mampu menggelengkan kepalanya
demi melihat kedegilan anaknya yang satu itu.
2 comments:
best..
ππ
Post a Comment