Tajuk : Oh My Hubby!
Nama penulis : NOORAIHAS
Tarikh pos : 5 Disember 2012
Hai, nama aku Kamariah. Semua orang panggil
aku Kay! Aku ni nak kata lemah lembut dan sopan tu, takdelah sangat.
Cukup-cukup je! Tak ganas macam budak lelaki dan tak lembik sangat macam budak
perempuan. Pendek kata bukan stok-stok perempuan melayu terakhirlah! Hidup aku
biasa aje. Aku ada ibu dan ayah yang sangat mempercayai aku, memandangkan aku
ni anak perempuan tunggallah katakan disamping dua orang abang yang sangat suka
mengusik dan menyemak pun ye jugak! Abang Alif dan Abang Hadi. Masing-masing
dah kahwin, tapi perangai macam budak-budak tak akil baligh je!
Aku sekarang
ni baru je habiskan pengajianku dalam jurusan perniagaan. Untuk sementara waktu
yang ada ni, aku melepak kat rumah mak saudara aku yang paling sporting dalam
abad ini, tak lain dan tak bukan Mak Su Anim. Aku memang rapat gila-gilalah
dengan Mak Su Anim, memandangkan mak saudara aku ni dah lama kematian suaminya yang tercinta, Pak
Su Ahmad dan tinggal sorang-sorang kat rumah banglo yang di tinggalkan arwah
suaminya. Anaknya? Mak Su Anim memang ada seorang anak lelaki. Ahmad Umar Haidi
namanya. Bercerita pasal anak lelakinya itu memang aku cukup tak berkenan.
Kalau nak masuk senarai lelaki untuk dijadikan suami pun tak layak! Maafkan Kay
ye Mak su sebab kutuk anak Mak su tu. Tapi memang ye pun si Haidi tu ada
masalah. Masalah besar punya!
Masalahnya
ialah Ahmad Umar Haidi tu ‘patah’ orangnya.
Erk...Korang fahamkan ‘patah’ tu apakan? Kalau nak aku sebut dalam
bahasa kasarnya, sepupu aku tu PONDAN atau pun LELAKI LEMBUT! Kesian Mak su dah
banyak cara dia cuba buat untuk pastikan anak terunanya yang seorang itu
kembali menjadi lelaki sejati. Entah dari mana datangnya keturunan lembut ni?
Bagi aku Haidi ni betul-betul merugikan beras je! Rupa ada. Tinggi pun dah
macam model. Kulit muka? Tak payah kata, mana ada dalam keturunan aku yang
berkulit gelap, semuanya putih-putih belaka dan paling kurang pun sawo matang.
Aku terasa
lengan aku dicubit lembut oleh Mak su. Aku pandang mak su yang sudah tersengih-sengih
macam kerang busuk. Dah kenapa?