Oh, Pengikut Setiaku!!!

Showing posts with label #Yakinlah Cintaku-part a. Show all posts
Showing posts with label #Yakinlah Cintaku-part a. Show all posts

Sunday, July 14, 2013

#21 Yakinlah Cintaku- Part A

Tajuk : Yakinlah Cintaku
Nama penulis : NOORAIHAS
Tarikh post : 14 Julai 2013


PART A

Dalam hidup ini banyak perkara pelik dan melangkaui akal fikiran kita akan terjadi. Apa yang kita duga, tidak akan menjadi, manakala apa yang kita tidak pernah duga pulak yang berlaku. Hidup ini aneh!  Jodoh juga aneh! Boleh jadi orang yang berselisih sebentar tadi adalah jodoh kita.Cuma perlukan perasa CINTA dan rencah SAYANG untuk menjadikannya sebuah jalan cerita yang bernama KEHIDUPAN...

“Aku terima nikahnya Khadijah Syuhaidah binti Khalid dengan mas kahwinnya RM 80 tunai,” lafaz Muhammad Farhan dengan yakin.

“Sah!”

“Sah!”

“Sah!”

Sebaik sahaja saksi dan imam mengesahkan akadnya, Paan segera bangun dan begerak kearah bapa mertuanya.

“Terima kasih ya bapak. Terima gua jadi menantu!” bisik Muhammad Farhan yang suka di gelar Paan dalam kalangan member-member motornya.

Lelaki tua separuh abad itu hanya menjeling tajam. Tidak suka dengan jejaka yang baru sahaja bergelar menantunya beberapa saat tadi. Pandangannya dihalakan pada si anak gadis yang ayu bersimpuh di suatu dudut rumah.  Walaupun dia tidak pasti apa sebab anak gadisnya bertindak  mengahwini mat rempit itu, namun dia tetap tidak bersetuju!

Khadijah Syuhaidah memandang ke dalam mata papanya. Dia tahu mata tua itu masih marah dengan tindakannya mengahwini kaki motor seperti  Paan tapi dia terpaksa! Bukan salah orang lain, tapi salah papanya jugak! Beria inginkan cucu dari kerabat yang baik-baik.  Oleh itu, dengan mengahwini Muhammad Farhan, dia yakin papanya tidak akan mengungkit isu cucu ini. Maklumlah, siapa yang akan berkehendakkan cucu jika susur galurnya bermasalah seperti Paan!

Cucu? Maknanya harus berkahwin dan hamil! Tapi ,Khadijah Syuhaidah trauma! Ya, dia seorang gadis yang cukup  trauma bila mendengar perkataan HAMIL! Apatah lagi melihat dan mengalaminya! Cukuplah peristiwa dia melihat arwah mamanya yang tumpah darah ketika mengandungkan  adiknya, Khalif tujuhbelas tahun lalu itu dijadikan pengajarannya. Dia tak akan MAHU mengandung!

Perkahwinannya dengan Paan bukan kahwin kontrak atau kahwin kerana terpaksa.  Tapi kerana masing-masing punya kepentingan tersendiri . itu puncanya! Ini bukan drama atau novel melayu kini yang selalu dibaca dan ditontonnya. Ini kisah realiti antara Khadijah Syuhaidah dan Muhammad Farhan yang baru bermula.

Bunyi pintu dikuak dari luar mengejutkan Muhammad Farhan yang sedang bermalasan di atas katil isterinya. Wajah kepenatan Khadijah Syuhaidah dipandang bersahaja.  Tiada niat nak menyapa apatah lagi beramah mesra seperti pasangan pengantin lain dimalam pertama pernikahan!

“Assalamualaikum,” Khadijah Syuhaidah memberi salam.

Salam yang diberi hanya disambut di dalam hati Paan sahaja. Dia bukan berminat sangat dengan peguam muda itu. Tapi memandangkan wanita itu sudah membantu menyelesaikan hutangnya, maka dia terima sahajalah bila Khadijah Syuhaidah ‘melamarnya’ untuk dijadikan suami kepadanya. Inilah makannya bila berhutang, dengan badan dan statusnya sekali tergadai! Dulu bujang, kini suami orang! Pertemuannya dengan wanita itu bermula apabila dia telah membantu menyelamatkan Khadijah daripada menjadi mangsa ragut  salah seorang rakan rempitnya. Pada masa itu mereka masih dalam perlumbaan. Kerana menolong Khadijah, Paan yang biasa menang perlumbaan haram,kalah pada hari itu dan menanggung hutang pertaruhan. Dua minggu selepas dia menyelamatkan Khadijah, wanita itu kembali dengan niat untuk membantunya tetapi dengan syarat dia harus menikahinya dan kerana terdesak Paan menerimanya tanpa berfikir dua kali. Dia juga sudah berjanji dengan Khadijah untuk tidak terlibat dalam dunia rempit lagi. Jika dia ingkar, Khadijah akan meminta ganti rugi lebih dari apa yang dia mampu!

Khadijah  Syuhaidah  mengerling sekilas kearah Paan. Muka lelaki itu nampak sangat terpaksa. Namun, walau apa pun lelaki itu tetap sudah sah bergelar suaminya petang tadi. Melihat kepada kepala anginnya Paan, nampak gayanya dialah yang harus mencorakkan hubungan baru ini. Bukan nak kata apa, pada pandangannya, Paan seorang lelaki yang tidak matang, suka bertindak melulu dan panas baran. Seratus peratus kontra dengannya! Untuk memastikan Paan tidak kembali ke dunia rempitnya sahaja Khadijah harus mengugutnya dengan ganti rugi yang dia tahu Paan tidak akan mampu bayar!

Paan yang menyedari pandangan isterinya itu bertindak menuruni katil dan menuju ke sofa sudut yang terdapat dalam bilik itu.

“Han,” panggil Khadijah Syuhaidah senada.