Tajuk : Demi Dia...
Tarikh post : 4 September 2014
Aku jahat. Dia terima... Aku jahil. Dia terima...Aku benci. Dia
terima...Aku goncang kesabarannya. Dia terima.... Nikmat dunia apa yang sedang
aku tolak dan nafikan ini?
“Betul kau sanggup terima semua syarat aku?” Soalku dengan tegas.
Lebih tegas dari kebiasaanku. Apa syaratku? Hmm...hanya syarat-syarat klise
yang selalu dinyatakan apabila watak heroinnya dipaksa untuk terima watak heronya
sebagai suami. Tak boleh sekamar, tak boleh sentuh menyentuh, tak boleh jatuh
cinta sama sendiri,tak boleh ganggu uruskan peribadi masing-masing dan
bla...bla...bla...
Dia mengangguk laju.
“Saya serius. Tak main-main. Lagipun saya...”
“Sudah! Aku tak nak dengar alasan kau. Sekarang kau Cuma perlu cakap
kat Tok Wan yang kau setuju,” pintasku tanpa dia menghabiskan bicaranya. Malas
mahu mendengar alasan selanjutnya dari pemuda itu. Pastinya alasan klise!
Dia terkedu sebelum sekali lagi mengangguk. Memang lurus! Memang
kampong sangat!
“Tapi saya pun ada syarat jugak,” ujarnya terus membuatkan mataku
membulat. Amboi, pandainya nak pakai syarat jugak!
“Just say it. I will try to reconsider it,” balasku dengan bunyi yang
memang sombong.
Aku nampak halkumnya bergerak-gerak. Entah gugup atau cuba menahan
rasa tidak puas hatinya, aku sendiri pun tidak pasti.
“Saya tak nak sain kontrak ni. Dalam islam tak ada kahwin kontrak.
Bila urusan kita bersama dah selesai, saya akan lepaskan awak macam mana yang
awak mahukan. Boleh?”
Oh..terasa sungguh kejahilan diri. Mungkin saat ini aku nampak sangat
bodoh di depannya, nampak sangat kosong dalam ilmu agama. Sungguh aku tidak
tahu tapi untuk mengaku kesilapan diri, aku tidak rela.
“Baik. Aku pegang kata-kata kau. Kalau kau langgar mana-mana syarat
lisan ni, aku akan tarik balik semua pertolongan yang aku berikan pada kau.
Faham?” gertakku dengan lagak serius. Separuh rela juga sebenarnya. Tapi aku
tahu, jejaka kampong yang lurus bendul seperti dia pastinya boleh aku
pijak-pijakkan kepalanya sampai dia menurut kataku.
Dia mengangguk setuju. Sekali imbas, aku pandang wajah bulat itu.
Sangat kemerah-merahan kulitnya, mungkin tak tahan hangat dibakar mentari.
Tinggi orangnya tapi berisi sedikit. Huh, macam manalah tok wan beria nak
padankan aku dengan dia! So not my taste!
“Okay. Kalau ada apa-apa
masalah sila kontak nombor aku. Jangan nak mengadu straight kat tok wan. Aku
paling pantang orang suka mengadu ni. Faham?” tegasku di akhir bicara. Cuba
memberi peringatan keras. Sakit hati bila teringat setiap perjumpaan kami ini
mesti di atur tok wan atas permintaan
dia.
Wajah itu nampak sedikit tersentak. Hmmm...tahu pun terasa! Bagus!
“Err...saya minta...”
“Whatever! Aku tak nak dengar!” cantasku tanpa sempat dia menghabiskan
kata-katanya.
Bola mataku terkesan raut wajah itu berubah muram. Tapi Puteri Nadrah
tak akan pernah kisah perkara remeh macam ni! Buang masa!