Tajuk : Oh My Hubby!
Nama penulis : NOORAIHAS
Tarikh pos : 5 Disember 2012
Hai, nama aku Kamariah. Semua orang panggil
aku Kay! Aku ni nak kata lemah lembut dan sopan tu, takdelah sangat.
Cukup-cukup je! Tak ganas macam budak lelaki dan tak lembik sangat macam budak
perempuan. Pendek kata bukan stok-stok perempuan melayu terakhirlah! Hidup aku
biasa aje. Aku ada ibu dan ayah yang sangat mempercayai aku, memandangkan aku
ni anak perempuan tunggallah katakan disamping dua orang abang yang sangat suka
mengusik dan menyemak pun ye jugak! Abang Alif dan Abang Hadi. Masing-masing
dah kahwin, tapi perangai macam budak-budak tak akil baligh je!
Aku sekarang
ni baru je habiskan pengajianku dalam jurusan perniagaan. Untuk sementara waktu
yang ada ni, aku melepak kat rumah mak saudara aku yang paling sporting dalam
abad ini, tak lain dan tak bukan Mak Su Anim. Aku memang rapat gila-gilalah
dengan Mak Su Anim, memandangkan mak saudara aku ni dah lama kematian suaminya yang tercinta, Pak
Su Ahmad dan tinggal sorang-sorang kat rumah banglo yang di tinggalkan arwah
suaminya. Anaknya? Mak Su Anim memang ada seorang anak lelaki. Ahmad Umar Haidi
namanya. Bercerita pasal anak lelakinya itu memang aku cukup tak berkenan.
Kalau nak masuk senarai lelaki untuk dijadikan suami pun tak layak! Maafkan Kay
ye Mak su sebab kutuk anak Mak su tu. Tapi memang ye pun si Haidi tu ada
masalah. Masalah besar punya!
Masalahnya
ialah Ahmad Umar Haidi tu ‘patah’ orangnya.
Erk...Korang fahamkan ‘patah’ tu apakan? Kalau nak aku sebut dalam
bahasa kasarnya, sepupu aku tu PONDAN atau pun LELAKI LEMBUT! Kesian Mak su dah
banyak cara dia cuba buat untuk pastikan anak terunanya yang seorang itu
kembali menjadi lelaki sejati. Entah dari mana datangnya keturunan lembut ni?
Bagi aku Haidi ni betul-betul merugikan beras je! Rupa ada. Tinggi pun dah
macam model. Kulit muka? Tak payah kata, mana ada dalam keturunan aku yang
berkulit gelap, semuanya putih-putih belaka dan paling kurang pun sawo matang.
Aku terasa
lengan aku dicubit lembut oleh Mak su. Aku pandang mak su yang sudah tersengih-sengih
macam kerang busuk. Dah kenapa?
“Mak su ni
kenapa? Siap cubit-cubit orang ni?” marahku. Marah-marah manja aje sebenarnya.
“Mak su tengok
kamu ni dari tadi pandang gambar abang Haidi kamu tu dah kenapa? Dah jatuh
cinta?” usik Mak su lalu tersenyum ringkas.
Erk...ada pulak ke situ?
“ Mana ada
sampai jatuh cinta, mak su ni. Kay saje je tengok gambar abang Haidi tu. Intai
apa kurangnya dia sampai jadi macam tu,” balasku sedikit berhati-hati
sebenarnya. Biasanya ibu bapa yang ada anak-anak lembut macam ni mudah sentap bila orang mengata kekurangan
anak mereka.
Mak Su Anim
diam. Dalam masa yang sama dia turut memandang gambar Haidi yang melekat di
sudut ruang tamu bungalow itu. Gambar semasa konvokesyen Haidi.
“Mak su pun
tak tahu nak kata apa kay. Mak Su rasa mak su dah asuh betul-betul. Entah mana
dia dapat perangai ‘patah’ tu? Setahu mak su,arwah pak su kamu bukan tergolong
dalam golongan yang macam tu. Keturunan kita pun takde,” luah mak su perlahan.
Aku mengambil tangan mak su dan
mengusapnya lembut.
“Lagi satu
umur Abang Haidi kamu tu dah masuk 27 tahun ni. Dengan perwatakan dia yang
macam tu ada ke orang nak kahwin dengan dia?” keluh mak su lagi.
Aku tak tahu
nak jawab apa. Kesian betul aku tengok keadaan mak su aku ni. Dalam dilemma sungguh! Kalau aku ada
anak lelaki macam tu dah lama aku piat-piat telinga, biar telinga tu terpusing
ke belakang terus!
Haidi...Haidi...kenapalah
kau macam ni? Aku rasa kau ni semua dah cukup. Rupa ada. Pelajaran tinggi dah.
Kerjaya mantap. Cup! Did i mention mantap tadi? Okey, aku telan balik ayat
belakang tu. Haidi Cuma menyandang jawatan sebagai ketua chef dekat Hotel Blue
Wave je! Bukan hebat pun. Tapi sebab arwah pak su Ahmad ada syarikat sendiri
yang sedang dijaganya, maka poket seluarnya boleh dikatakan tebal dan hebat
jugaklah! hehehe...
“Takpelah mak
su, Kay yakin adanya nanti orang suka kat abang Haidi tu,” ujarku setelah agak
lama mendiamkan diri.
“Memanglah ada
yang suka. Tapi kalau yang suka abang Haidi kamu tu lelaki macam mana? Mana mak
su nak letak muka mak su ni?”
Aku tersentak! Ha’ah kan. Macam
mana pulak tu?
***
Kelibat Haidi
yang baru balik dari kerja itu aku pandang biasa. Bukan tak biasa melihat dia
dalam rumah ini. Dan aku rasa dia jugak begitu. Dari zaman aku belajar di uitm
shah Alam lagi aku selalu melepak kat rumah dia, merangkap rumah mak su aku ni.
“Hai, abang
Haidi!” tegurku sedikit ceria. Maklumlah aku nikan selalu menyemak kat rumah
mak dia ni, jadi kenalah buat baik jugak dengan dia.
“Kamariah, tak
perasan Didi yang Kamariah ada kat sini tau!” Dengan gedik yang berjayanya,
Haidi yang sangat suka menggelarkan dirinya sebagai Didi itu menyapa aku.
Aku menyegih
terpaksa di depannya. Erk,,,gediknyalah kau Haidi oi! Nasib baik sepupu aku,
kalau tak dah lama aku sepak naik atas
bumbung!
Haidi
merapatiku yang sedang enak bermalasan di atas sofa di ruang tamu. Dia
melabuhkan duduknya di sebelahku. Apabila berdekatan dengan Haidi begini, aku
tak rasa pun yang aku ni sebenarnya sedang duduk di sebelah lelaki. Mungkin
sebab aura ‘patahnya’ itu lagi kuat berbanding aura kelakiannya kot. Dengan
baju bunga-bunganya lagi! Adui, kalah aku!
“Mama mana
Kamariah? Didi tak nampak pun dari tadi,” Soalnya dengan manjanya sambil
meliarkan anak matanya ke segenap ruang tamu.
“Mak su naik
bilik sembahyang Asar jap,” balasku. Televisyen yang sedari tadi menyiarkan
rancangan Maharaja Lawak itu di tonton kembali oleh aku.
“Kamariah dah
jumpa kerja?”Ramah betullah Haidi ni. Sampai aku nak tonton rancangan kegemaran
aku ni pun tak senang. Nasib baik rumah kau!
Aku berpaling menghadapnya.
Haidi tersenyum manis memandangku. Bantal kecil yang berada di dalam dakapannya
dikutil-kutil lembut dengan jari-jemarinya. Dah kenapa ni, macam aku nak
mengorat dia pulak! Kena rasuk
agaknya mamat ni!
“Tak.Kay tak
jumpa lagilah abang Haidi,” jawabku bersahaja walau dalam hati dah macam nak
muntah tengok perangai lelaki ‘patah’ ni.
“Kalau
Kamariah nak, Didi boleh lantik Kamariah jadi setiausaha Didi,” katanya bersungguh.
Bersinar-sinar matanya seperti mengharap pulak.
Aku ternganga sekejap.
Biar betul? Mana kak Maria setiausaha Haidi ni pergi? Dah berhenti kerja ke?
“Setiausaha? Habis
kak Maria macam mana?”
“Kak Maria dah
berhenti kerjalah. Didi dah kelam kabut dah ni. Penat tau mana nak urus company
papa, mana nak urus Blue Wave lagi,” keluhnya yang lebih berbaur rungutan itu.
Betul-betul
pucuk dicita ulam mendatang ni! Perlahan-lahan aku mengangguk setuju. Yes!
Dapat kerja dah! Alhamdulillah!
“Kay janji
akan tolong Abang Haidi dan takkan main-main!” Bersungguh aku melafazkan ikrar.
Haidi hanya senyum mendengar kata-kataku.
Diam-tak diam
sudah sebulan aku menjawat jawatan sebagai setiausaha kepada Haidi. Penat
memang penat tapi berbaloi jugak apabila gaji pertama aku terima. Melihat
betapa bersungguhnya Haidi melakukan dua kerja dalam satu masa betul-betul
membuatkan aku terkagum sendiri. Lelaki itu benar-benar komited dengan
tanggungjawabnya. Kadang-kadang, Haidi pernah menghadiri mensyuarat syarikat
dengan masih memakai uniform chef sahaja dek kerana kesuntukan masa dan
pertindihan jadual kerjanya.
Pekerja-pekerja
syarikatnya juga sangat menghormati Haidi sebagai ketua. Namun, tak kurang juga
yang mengata tentang identiti ‘dua alam’Haidi. Aku sebagai sepupu turut merasa
geram jugak apabila ada mulut-mulut yang tak ‘berinsuran’ ni mengutuk lelaki
itu. Rasa macam nak sumbat cili ke dalam mulut sorang-sorang yang mengata Haidi
kat belakang tu!
Bunyi telefon
bimbit yang menjerit-jerit nyaring menyedarkan aku daripada lamunan tentang
Haidi. Skrin telefon jenama Samsung itu aku kerling sebentar. Melihat nama si
pemanggil.Mak su!
“Assalamualaikum
mak su,” Aku memberi salam kepada Mak su Anim dengan hormat.
“Waalaikumussalam,
Kay. Mak su nak mintak tolong Kay ni,” terjah Mak su sebaik sahaja salam yang
aku beri dijawabnya.
“Tolong apa ni
Mak su?”
“Tolong suruh
anak bertuah Mak su tu balik sekarang jugak!” arah Mak su dengan tegas.
Tergamam sekejap aku mendengarnya. Tak pernah-pernah mak su meninggikan
suaranya sebegini. Ini mesti ada apa-apa yang tak kena ni dengan Haidi.
“Okey, Mak su.
Bertenang jangan marah-marah. kay suruh Abang Haidi balik sekarang jugak,”
ujarku serentak panggilan ditamatkan oleh Mak su. Marah sungguh mak su ni!
Pintu bilik
Haidi aku ketuk dahulu sebelum di suruh masuk oleh Haidi. Dingin sahaja raut
wajah lelaki itu seperti ada masalah besar gayanya. Rambut pendek hitam pekat
milik Haidi yang selama ini terisir kemas tiba-tiba sahaja seperti baru dilanda
taufan Katrina! Serabut!
“Mama panggil
balik rumah ye kamariah?” Tanyanya risau. Aik, dah tahu? Aku belum bagitahu
lagi. Tak surprise betullah!
“A’ah. Mak su
panggil balik sekarang jugak,” Aku mengiyakan pertanyaannya.
“Ala...mesti
mama nak fire Didi habis-habislah tu. Apa Didi nak buat ni Kamariah?”Soal Haidi
dengan gaya orang nak nangis pun ada.
“Apa yang
Abang Haidi dah buat?” Dengan prihatinnya aku bertanya.
“Didi tak buat
apa. Mama yang salah faham!”
Aku mengerutkan dahiku. Apa yang
salah fahamnya?
***
“Mama salah
faham?” Bergema ruang tamu banglo mak su dengan suaranya yang sudah melantun
tinggi. Aku sendiri takut mendengarnya.
“Ini kamu kata
mama salah faham lagi dengan kamu?” Tanya Mak Su Anim lalu melemparkan beberapa
keping gambar ke atas meja kopi yang terdapat di ruang tamu.
Terkesima aku
melihat adegan-adegan Haidi dan seorang lelaki sedang berpimpinan tangan dan
berpelukan dalam kepingan gambar tersebut. Gelinya!
Haidi hanya mengetapkan bibirnya.
“Ahmad Umar
Haidi! Boleh kamu jelaskan kat mama apa makna semua gambar ni?”tekan Mak Su
lagi. Benar-benar sudah hilang sabar Mak su ni! Desisku . Nafas mak su pun sudah
turun naik tidak teratur demi menahan amarahnya terhadap anak terunanya yang
seorang itu.
“Haidi dengan
Jay kawan jelah mama. Haidi tak gila lagi nak bercinta dengan kaum sejenis!
Lembut-lembut Haidi, masih suka lagi kat perempuan la. Apa mama ni,” bentaknya
seperti anak kecil saje.
“Then, prove
me that i was wrong!” cabar Mak su.
“Maksud mama?”
Tanya Haidi mungkin kurang jelas. Aku sendiri kurang jelas dengan maksud Mak su
tu.
“ kahwin
dengan seorang gadis and bagi mama cucu. Masa tu mama sendiri akan mengaku yang
mama salah,” terang Mak su bersahaja sedangkan Haidi sudah tidak keruan. Macam
cacing kepanasan!
“Fine! If mama
said so, i’m gonna find my wife-to-be ASAP!” janji Haidi. Aku tersenyum sinis.
Manalah kau nak cekau gadis yang sanggup jadi bini kau Haidi oii? Dalam tak
sedar aku menggelengkan kepalaku beberapa kali.
“Mama bagi
Haidi sebulan dari sekarang. Kalau Haidi tak bawa bini Haidi, anggap je mama
dah mati!” ugut Mak su lalu bergerak ke kamarnya. Haidi terkedu!
Aku sudah
mengerutkan dahiku. Ini dah macam drama kat televisyen ni. Tak sabar nak tunggu
watak heroin pulak masuk. Hero dah kenal, mak hero pun dah kenal. Apa agaknya
konflik drama swasta tak berbayar ni ye? Hmmm...
***
Puas aku
menahan telinga mendengar Mak Su Anim membebel gara-gara anak terunanya yang
seorang itu. Apa tidaknya, si Haidi yang
‘bijaksana’ ni kantoi tipu Mak su
apabila cek kosong yang di tandatanganinya tercicir dari dompet ‘bakal
isterinya’. Ternyatalah perempuan yang dibawa balik konon-kononnya untuk dijadikan bini
tu dah dibayar awal-awal lagi oleh si Haidi!
“Haidi
main-main dengan mama ke?” Mak Su Anim sudah melepaskan ‘ledakannya’ yang
pertama.
Haidi menunduk. Tahu pun kau dah
buat salah!
“Mama tak
sangka anak mama sanggup tipu mama!”
“Mama, Haidi
minta maaflah. Haidi terpaksa. Mana cukup nak bawa balik isteri dalam masa
sebulan je,” Haidi sudah mengemukakan ‘hujah’ pembelaannya.
Mak su Anim menjeling ke arah
satu-satunya anak lelakinya itu. Geram betul!
“Mama nak
isteri. Bukan perempuan simpanan yang boleh dibayar sesuka hati!” Pangkah Mak
Su Anim.
Haidi mengeluh
berat. Kesian pulak aku tengok sepupu aku yang seorang ni. Nak tolong back-up
karang aku pulak kena fire dengan Mak Su. Tak kiralah anak saudara kesayangan
ke tidak!
“ Kalau macam
tu, mama cari jelah isteri untuk Haidi. Haidi terima je pilihan mama,” Haidi
sudah beralah. Mungkin tidak mahu memanjangkan isu ‘tipu-menipu’ ni kot.
Mak Su Anim
perlahan mengukirkan senyuman. Aik, Mak Su aku ni split-personality ke apa?
Tadi marah sekarang dah boleh senyum dah? Something wrong somewhere ni...
“Baik! Kalau
Haidi dah kata macam tu. Mama will find someone yang lebih layak jadi seorang
isteri and mom for your future child,”Mak su Anim berpaling ke arah aku sebelum
mengeyitkan anak mata kanannya.
Haidi hanya mengangguk pasrah.
Wah! Mak su ni
dah macam bersumpah pun ye jugak ni. Muka macam dah dapat ilham je siap
kenyit-kenyit mata kat aku. Mesti ada yang tak kena ni...
***
Bunyi
bising dibahagian dapur rumah Mak su Anim sikit pun tidak menarik perhatianku.
Mata yang sedari tadi melekat pada siaran televisyen tidak aku alihkan
kemana-mana. Biarkan! Biarkan aku merawat luka dihati ini...dah kenapa aku berjiwang
karat tetiba ni? Macam orang patah hati! Kecewa!
Memang aku
patah hati! Memang aku juga sedang kecewa! Aku patah hati dan kecewa sejak dipaksa-rela
menikahi Haidi, abang sepupuku sendiri! Lelaki yang maha lembut itu sudah sah
menjadi suamiku sejak dua bulan lalu. Why? Why? And why Mak su? Why me? Marah hatiku bila
teringatkan kata-kata mak su Anim dulu.
“Kay, hanya
pada Kay lah Mak su boleh bergantung harap. Yang Mak su percaya dapat mengubah
abang Haidi kamu tu. Mak su percaya kamu boleh buat. Lagipun, kamu satu-satunya
anak saudara perempuan yang Mak su paling sayang,” pujuk Mak su Anim apabila
aku ingin menolak hasrat hatinya itu.
Apa yang aku
harus buat apabila sesuatu itu diletakkan atas nama KEPERCAYAAN dan KASIH
SAYANG? Namun, aku tahu satu perasaan yang pasti bila berada di antara kedua-duanya
iaitu TERSEPIT!
Aku memejamkan
mata rapat-rapat. Tangan pula sudah aku bawa ke telinga. Menekap kedua-dua
anggota pendengaran itu daripada mendengar kata-kata Mak su Anim yang sudah
merangkap ibu mertua aku! Tertekannya hidup!
“Kamariah,”
Suara Haidi mengembalikan aku ke alam yang nyata. Alam yang di mana Cuma ada
aku dan dia sebab Mak su Anim pergi bercuti di Langkawi. Katanya nak bagi ruang
untuk kami. Apa-apa jelah Mak su.
“Hmm...”
“Haidi dah
masak. Jom kita makan?” pelawanya lembut. Lupa pulak nak bagitahu. Sejak Haidi
berkahwin dengan aku, dia dah berhenti jadi chef kat hotel. Sepenuh masanya
kini ditumpukan pada syarikat arwah papanya sahaja. Atas alasan apa pun aku tak
tahu. Dalam erti kata sebenarnya aku malas nak ambil tahu! So, sekarang dia
jadi chef kat rumah jelah!
“Saya tak
lapar,” balasku lalu menekapkan muka dengan bantal kecil sofa.
Apabila tidak
mendengar apa-apa balasan dari Haidi, aku memberanikan diri membuka mata dan
bantal dialihkan daripada menutupi mukaku . Terkejut aku melihat muka Haidi
yang rapat dengan mukaku. Buang tebiat ke apa lelaki ni?
“Baik Kamariah
ikut Haidi makan tengahari, sebelum Haidi jadikan Kamariah lauk tengahari
Haidi,”ugut Haidi lalu menjungkitkan keningnya ala-ala Dwane Johnson.
Lauk ? sebelum aku jadi lauk, kau dulu aku tibai jadi
roti canai! Luah hatiku geram sebelum membuntuti langkahnya ke ruangan dapur.
“Hari ni Haidi
masak gulai tempoyak ikan patin, ayam goreng berlada dan sayur pucuk paku masak
belacan. Your favourite kan?” Ramah suara Haidi menerangkan menu kami hari ini.
Aku hanya mendengar dan mengangguk sahaja. Malas nak komen apa-apa sebelum
menyuap makanan ke mulut. Masakan Haidi memang tak akan pernah mengecewakan
perut bagi sesiapa yang menikmatinya. Sumpah sedap! Tak rugi aku dengar cakap
dia supaya makan.
Bunyi telefon
bimbit Haidi tiba-tiba memecah keheningan dapur. Haidi segera membersihkan
tangannya dan menjawab panggilan
tersebut. Dari dapur aku dapat mendengar sedikit sebanyak isi kandungan
perbualannya. Nampak tegang sungguh muka Haidi. Entah kenapa aku rasa muka
Haidi sangat kacak dan kelakian dalam ekspressi begitu. Mendatangkan debaran
yang tiba-tiba. Takkan dah jatuh cinta kot? Kalau ye pun apa salahnya Kamariah
oii, laki kau jugak!
“Please Jay.
Never cross the line!”Suara Haidi sudah meninggi.
Haidi gaduh dengan Jay ke? Tapi
kenapa? Musykil ni...
“She is my
wifey Jay. Kalau you buat jugak our friendship are finish!”Tegas Haidi sebelum
menamatkan perbualannya.
Apabila
menyedari Haidi sudah bergerak ke dapur, aku segera berpura-pura mengambil lauk
dan menikmati hidangan.
“ Sedap?”
Tanyanya dalam suara yang mendatar sahaja bunyinya. Kerusi ditarik dan
dilabuhkan punggungnya di situ. Aku hanya mengangguk seraya tersenyum ringkas.
“Siapa call?”
Aku cuba menyiasat walau sudah aku tahu gerangan siapa yang membuat panggilan
tadi.
“Kawan,”
Ringkas Haidi menjawab.
Aku perhatikan
yang Haidi seperti menyembunyikan sesuatu dariku. Tapi apa? Selera makannya
juga seperti sudah hilang setelah menjawab panggilan daripada Jay tadi. Sebelum
jawab panggilan itu bukan main senyap dia makan. Berselera sungguh! Sekarang
macam nak tak nak je...
Siap sahaja
menikmati hidangan tengahari tadi aku terus berlalu ke kamar. Sambil duduk di atas sofa, aku membaca
majalah Wanita. Banyak jugak tips yang boleh aku gunakan untuk mengharmonikan
rumah tangga aku ni. Kalau dulu asyik baca majalah Remaja je. Maklumlah dulu
remaja yang single and available. Sekarang dah dual and not available!
Pintu bilik
yang dibuka tiba-tiba oleh Haidi tidak mengejutkan aku dari meneruskan bacaan
sehinggalah dia melabuhkan duduknya di sebelahku. Aku mula rasa tidak selesa.
Hati pulak dah bergendang rentak apa pun aku tak tahu. Kalau dulu duduk
sebelah-sebelah macam ni aku tak rasa apa pun. Sekarang, macam nak pecah pulak
dada ni menahan rasa! Hati, kau dah kenapa?
Majalah yang
aku baca di turunkan perlahan oleh Haidi daripada peganganku. Sekarang kami
betul-betul berhadapan antara satu sama lain. Haidi memandangku dengan
pandangan yang sukar untuk aku jelaskan. Sekarang baru aku faham apa yang
novelis-novelis di luar sana tulis tentang ‘pandangan yang sukar dijelaskan’
itu bukan suatu auta tapi fakta!
“Izinkan Haidi...”
Aku mengerutkan
dahi tanda tidak faham. Apa yang dia nak minta izin ni? Namun, bila bibirku
sudah bersatu dengan bibirnya, barulah aku tahu apa makna ‘izin’ tu. Spontan
itu aku memejamkan mata. Lama kami begitu sehinggalah aku merasakan tangannya
sudah bergerak liar ke dalam bajuku. Segera aku menolak badannya. Haidi
tergamam!
“Maaf, Kay tak
sedia lagi,” pintaku.
Haidi bangun
dan melabuhkan duduknya di birai katil. Dia mengeluh kasar! Kepalanya menunduk
ke lantai. Aku tahu dia kecewa. Selama dua bulan kami duduk bersama, dia tidak
pernah meminta haknya. Mungkin aku rasa selamat, tapi dalam hati kadang-kadang
mengiakan yang Haidi sebenarnya tidak normal sebagai lelaki. Setelah kejadian
hari ini, baru aku dapat memastikan yang Haidi masih lelaki yang normal! Lelaki
yang masih ada nafsu pada halalnya. Dan halalnya adalah aku!Cuma aku sahaja
yang takut menghadapinya kerana mengenangkan dia bukan pilihan hatiku!
MESEJ yang baru aku terima
daripada Jay, kawannya Haidi benar-benar mengusutkan fikiranku. Terpaksa aku
menipu Haidi dengan mengatakan yang aku ada perjumpaan dengan kawan university
aku malam ini.Entah apa yang si Jay ni nak cakap sampai kena jumpa kat hotel
bagai. Aku harus berhati-hati. Mungkin Jay ada agenda buruk! Haish, kau ni
Kamariah, pengaruh novel betullah! Marah hatiku. Bersangka baiklah wahai
Kamariah! Aku cuba bertenang.
Sebaik
ternampak kelibat Jay di lobi hotel, aku mempercepatkan ayunan langkahku. Aku
nak selesaikan apa yang tak selesai secepat mungkin! Bimbang andai ada yang
mengenali melihat aku dan Jay tanpa ditemani Haidi. Tak pasal-pasal jadi buah
fitnah mulut orang karang!
“Apa yang you
nak cakap. Cakap cepat!” arahku setelah melabuhkan duduk di atas kerusi.
Jay senyum sinis memandangku.
“You ingat i
nak sangat jumpa dengan perampas macam you?” sindirnya.
Aku
mengetapkan bibirku. Geram betul dengan orang songsang macam ni! Aku pulak
digelarnya perampas. Kalau perempuan yang keluarkan kenyataan macam tu tak apalah,
ini lelaki. Ada rupa pulak tu! Anugerah Allah yang telah disia-siakan! Tak
bersyukur Jay ni!
“Tak ada isu
rampas-merampas dalam hal kita ni. You bukan perempuan! Kalau you perempuan i
sanggup tandatangan borang poligami tu. Ini tidak, you lelaki. Sedarlah diri tu
sikit!” marahku. Jay tersentak! Tak sangka mulut aku beginilah kot.
Kalau kau
ingat aku ni perempuan yang lemah lembut dan sopan, kau memang silap Jay ye.
Walaupun aku bertudung dan tutup seluruh aurat aku dari pandangan kau, tak
semestinya aku perlu bersopan dengan orang macam kau ni! Aku bukan watak
perempuan baik macam dalam drama melayu atau Indonesia tu! Menangis memanjang!
“Entah apa
yang Haidi pandang you! Kasar! Tak gentle macam perempuan melayu terakhir
lansung!” perlinya lagi.
“Sekurang-kurangnya
i tak tentang hukum Allah. I tetap minat lelaki. Bukan kaum sejenis!” bidasku
lancar.
“Eeei,
perempuan ni...” Tak sempat Jay menghabiskan ayatnya apabila pelayan restoran
menghantar minuman.
Bila pulak aku
order air ni?. Tapi melihat si Jay terus minum air minumannya, tanpa
teragak-agak aku pun meneguk minuman milik aku. Mungkin minuman ni servis
restoranlah kot.
“Aku akan buat
Haidi benci kau!” ujar Jay tegas sambil menjeling kepadaku.
Aku memeluk tubuhku. Apa-apalah Jay...
“You tak akan
Berjaya. I kenal Haidi,” balasku bersahaja. Tapi entah kenapa badanku merasa
panas secara tiba-tiba. Air-cond restoran ni dah tak berfungsi ke? Aku sudah
semakin kepanasan. Rasa macam nak tanggal je pakaian kat sini!
“Jay!” Jerit
satu suara.
Jay terkejut memandang gerangan
suara yang memanggil dari belakangku.
Aku berpaling
dan sedikit gembira melihat Haidi. Cupp, kenapa aku gembira? Ahh,lantaklah!
Tapi kenapa kepala aku sudah
pening-pening ni?
“Apa you cakap
kat wife i hah?” marahnya. Aku sekadar membiarkannya. Tak ingin masuk campur
kerana suhu badanku semakin berbahang dan kepala pula berat seperti dihempap
batu rasanya. Melihat Haidi, aku tiba-tiba sahaja di serang satu keinginan.
“Abang Haidi,”
rengekku tiba-tiba dan bergerak memaut lengannya. Haidi nampak terkejut melihat
reaksiku yang tiba-tiba ni. Aku juga tak mengerti mengapa aku jadi begini.Tanpa
berlengah,Haidi segera menarik tanganku dan bergerak keluar dari restoran dan
lobi hotel itu.
Sampai sahaja
di rumah, aku memaut leher Haidi dan mendekatkan tubuhnya ke tubuhku. Haidi
menolak tubuhku lembut. Mukanya seperti orang serba salah sahaja. Dia berlalu ke bilik dan aku mengikutinya.Aku
tak peduli aku Cuma nak dia datang padaku sekarang jugak!
Aku melepaskan
lilitan tudung. Rambut yang disanggul aku biarkan terlepas bebas. Butang baju
kemeja yang aku pakai dibuka satu persatu. Panas sungguh! Segera aku mendekati
Haidi yang baru keluar dari kamar mandi dan memeluknya erat! Tergamam lelaki
itu melihatku.
“Kay nak Abang
Haidi,” bisikku yang lebih kepada menggoda. Haidi teragak-agak membalas
pelukanku sebelum membaringkan aku di atas katil kami. Dan selepas itu aku
sudah tidak mengingati apa-apa lagi...
Aku terjaga
dari lena. Berat sungguh kepalaku. Pening betul. Jam loceng di sisi katil aku
kerling. 5.30 pagi. Baik aku mandi dulu. Pantas aku menyelak selimut. Namun,
selimut itu tidak sempat aku selak habis kerana aku terkejut melihat tubuhku
yang tidak di baluti Seurat benang pun!Ya, Allah!
Aku pandang
sebelah kananku. Haidi juga begitu! Aku cuba mengingati kejadian semalam.
Satu-satu terlayar jelas di mataku. Oh, tidak! Air mataku mengalir perlahan.
Tersesak-esak aku menangis sehingga mengejutkan Haidi dari lenanya.
“Kamariah,”
panggilnya lembut. Tubuhku dibawa ke dalam dakapannya. Nafasnya hangat
menyentuh bahuku yang terdedah.
“I’m sorry,”
pintanya bersama kucupan di bahu kananku.
Aku menggeleng
kasar. Aku tidak mahu memaafkannya. Ini mesti rancangannya dan Jay! Walaupun
aku yang memulakan semuanya malam tadi.
“Keluar!”
arahku dengan suara yang mendatar. Lelaki itu hanya mengangguk lesu dan
memandang sekilas ke arahku sebelum berlalu keluar bilik. Aku kembali menangis
demi melihat baju-baju yang berteraburan di lantai kamar.
MAK SU ANIM yang merangkap mama
mertuaku memandang aku sambil tersenyum-senyum. Mama baru sampai dari percutiannya di Langkawi
tengahari itu setelah diambil Haidi di KLIA. Aku mengerutkan dahi. Sungguh aku
tak faham makna senyumannya. Aku meraba-raba kulit mukaku. Manalah tahu ada
kotoran yang melekat ke. Tapi tiada.
“Mama kenapa?”
Soalku sambil menuang air minuman ke dalam gelas dan aku serahkan pada mama
yang masih duduk di sofa. Haidi yang duduk di sebelah mama, hanya diam
melihatku. Mungkin dihantui rasa bersalah kerana kejadian malam tadi.
“Besar ye
gigitan nyamuk kat leher kamu tu? Agaknya nyamuk jantan kot yang gigit,” kata
mama lalu menutaskan pandangannya ke sekitar leherku.
Aku segera
memandang cermin hiasan yang terdapat di dinding ruang tamu. Melihat ‘gigitan
nyamuk’ yang mama katakan tadi. Serentak itu darah mula menyerbu ke mukaku.
Macam mana aku boleh terlupa nak cover leher ni!Ya, Allah malunya!
Aku berpaling
semula dan memandang Haidi geram. Ini semua gara-gara lelaki itu. Haidi hanya
menggaru-garu kepalanya dan sengih apabila mama memandangnya.
Mama senyum lagi.
“Bagus. Mesti
tak lama lagi ada berita baik ni,” ujar mama dengan muka yang teruja. Lantas
kedua-dua belah pipiku di cium mama. Gembira betul dia! Aku hanya mampu
tersenyum pahit.
“Terima kasih
Kay. Mama tahu Kay boleh buat. Tak rugi mama pergi bercuti,” bisik mama sambil
menepuk bahuku lembut sebelum beredar ke kamarnya untuk berehat.
Kini, tinggal
aku dan Haidi berdua di ruang tamu. Tanpa menunggu lama aku mula bangun. Turut
ingin beredar. Namun, tangan Haidi pantas menarik tanganku sehingga aku terduduk
semula di atas sofa.
“Awak nak
apa?” Kasar sahaja nada suaraku.
Haidi mengetapkan bibirnya.
“About last
night, Haidi minta maaf. You seduced me first. I can’t reject your offer,” ujar
Haidi yang lebih kepada meletakkan semua kesalahan atas bahuku.
“I was under
my control Haidi. Can’t you see? Mesti your gay partner tu put something in my
drink. So , that i can turn my self like last night,” marahku sambil sengaja
menekankan perkataan ‘gay partner’ itu.
Muka Haidi merah mendengarnya.
“I’m not a gay
Kamariah,” tekannya. Aku hanya menjungkitkan kedua-dua bahuku sambil memandang
ke arah lain. Whateverlah!
“Seriously i’m
not a gay. Kalau Haidi gay, Haidi takkan bagi ni kat Kamariah,” jelasnya dalam
nada gatal sambil menyentuh sekitar leherku yang merah kerana perbuatannya
malam tadi.
Aku segera
menepis tangannya. Gatal! Namun, dalam hati turut mengakui kebenaran kata-kata
Haidi. Suami aku ni sudah nyata normal dan sudah pun membuktikannya. Tapi macam
mana kalau suami aku ni suka dua-dua jenis? Lelaki ke perempun dua-dua dia
rembat?
“Yelah tu.
Kalau awak tak gay, awak ni mesti biseksual. Dua-dua awak suka!” Tuduhku seraya
menerima jelingan maut Haidi.
“Astaghfirullah
Kamariah! Sampai hati Kamariah cakap macam tu kat Haidi. Kalau tak nak percaya
pun janganlah tuduh yang bukan-bukan,” marah Haidi dan bergerak meninggalkan
aku keseorangan di ruang tamu. Kan dah merajuk!
Malam minggu
itu, keluarga aku mengadakan majlis tahlil dan doa selamat sempena kelahiran
anak sulung Abang Alif. Maka, aku, Haidi dan Mak su Anim datang dan membantu
apa yang patut.
Muka Abang
Alif dan Kak Maya berseri-seri menyambut kedatangan tanda cinta mereka itu. Tak
perlu kata-kata pun aku tahu.
“Hah, Kay
dengan Haidi bila lagi?” Tanya Abang Alif pada aku dan Haidi.
Aku menjeling geram pada Abang
Alif. Haidi hanya senyum ringkas.
“Tahulah dah
keluar sorang,” kataku sambil mencubit lembut pipi Adam Maliki yang nyenyak
tidur di ribaan Kak Maya.
“Kau tengok tu
Haidi, dia cubit pipi anak aku. Jangan cubit anak Alonglah. Nak cubit pergilah
buat anak sendiri. Hah, lepas tu cubit puas-puas,”usik Abang Alif di sambut
tawa yang lain.
Muka aku sudah
merah menahan malu sedangkan Haidi masih dengan senyumannya yang entah ikhlas
atau tidak tu.
“Kay nak cuba
pegang Adam?” Soal Kak Maya sambil menyua bayi lelaki itu.
Aku
menggeleng. Namun, Kak Maya sudah meletakkan Adam diribaanku. Terketar-ketar
tanganku memangku Adam yang masih tidur itu.
“Meh, Haidi
pangku,”pelawa Haidi perlahan. Mungkin menyedari betapa kekoknya aku memangku
anak saudaraku itu. Lalu Adam diangkat ke ribaannya.
“Tengok tu,
Haidi dah ada ciri jadi bapa dah!” usik ayah pula. Ahh, ayah ni buat aku malu
je!
Malam itu aku
dan Haidi bermalam di rumah keluargaku atas permintaan ibu. Nasib baik bawa baju lebih!Sebaik sahaja mama
pulang, Haidi terus berlalu ke kamarku manakala aku masih bersembang dengan
sanak saudaraku yang lain. Seronok sungguh apabila dapat berkumpul ramai macam
ni. Macam-macam cerita keluar.
Setelah
seorang demi seorang ahli keluargaku beredar ke kamar masing-masing, aku pun tanpa
melengahkan masa turut beredar ke kamarku. Kelibat Haidi yang masih di baluti
tuala mencuri perhatianku. Tak nak pakai baju ke cik abang oii?
“Kenapa tak
pakai baju lagi?” Tanyaku dengan muka pelik.
“Tak bawak
baju lebih,”
“Kay bawaklah,”
kataku lalu mengambil beg sederhana besar berwarna coklat itu dan mengeluarkan
baju tidurnya.
Haidi terus
mengambil baju tidurnya yang kotak-kotak itu dan memakainya di hadapanku.
Haish, tak malu betul! Sekarang giliran aku pulak mandi lalu tualaku ambil dan
bergerak ke kamar mandi. Haidi hanya memandangku kosong. Mungkin masih merajuk!
Ahh, tak kuasa aku nak pujuk!
Selesai mandi,
aku mengeringkan rambutku. Dari cermin almari solek, aku dapat melihat betapa
tajamnya pandangan Haidi padaku. Apabila dia bergerak ke arahku, aku melarikan
pandangan dan menyapu krim ke mukaku.
Haidi mengusap
lembut bahuku. Rambutku yang masih lembab di ciumnya. Berdebar aku jadinya.
“Kenapa
Kamariah tak boleh terima Haidi?”
“Apa kurangnya
Haidi?”
“Atau Kamariah
dah ada teman lelaki sebelum kahwin dengan Haidi?”
Aku bangun
daripada duduk dan memandangnya dalam. Asakan soalannya membuat aku geram.
“Kay nak
seorang lelaki yang mampu melindungi diri Kay. Yang lebih kelakian!” jawabku
tegas.
Haidi mendengus.
“Malam tu
Haidi tak cukup kelakian ke untuk Kamariah? Tak cukup ke?” marah Haidi sambil
memaut bahuku kasar agar aku memandangnya.
“Cukup! Tapi
Haidi bukan lelaki yang Kay cinta. Dengan perwatakan Haidi yang lembut macam
ni, Kay susah nak serahkan hati Kay dekat Haidi. Susah untuk mencintai Haidi,”
jelasku dalam tangisan.
Haidi meraup mukanya sebelum
memeluk tubuhku lembut.
“Bagi Haidi
masa Kamariah. Haidi akan menjadi lelaki sebenar dalam hati Kamariah,” luah
Haidi juga dengan linangan air mata. Alahai, suami aku. Bisik hatiku turut
membalas pelukannya. Erat!
***
Aku merenung
Haidi yang tekun membaca laporan kewangan yang dibawa Jasmin, akauntan
syarikat. Sekali-sekala mereka saling senyum dan ketawa. Aku cemburu! Sungguh!
Sejak malam di rumah keluargaku, penampilan Haidi mula berubah. Minyak wanginya
sudah ditukar kepada bauan yang lebih kelakian, baju juga sudah tiada yang
bercorak bunga-bunga. Rambut pula sudah disapu gel rambut dan di pacak-pacak
lagi! Nada suara juga sudah semakin tegas. Tiada lagi lenggok-lenggok lembutnya.
Risau aku!
Tanpa membuang
masa aku menerjah masuk ke dalam bilik Haidi. Terkejut lelaki itu, begitu juga Jasmin.
“Min, you can
go now,” arah Haidi. Jasmin mengangguk faham dan keluar meninggalkan aku dan
Haidi berdua.
“Kamariah,”
panggilnya lembut.
“Apa yang awak
dan Jasmin sembangkan?” Aku terus menyoal. Tiada mukadimah langsung!
“Kamariah
jealous?” Eh, dia soal kita balik! Orang tanya jawab jelah. Marahku dalam hati
sahaja.
“Jawab soalan
Kay dulu!” tegasku serentak itu Haidi meletuskan tawanya.
“Kami tak sembang apa-apa.
Cuma dia puji Haidi. Kata Jasmin, Haidi makin handsome!” terang Haidi sebaik sahaja tawanya reda.
Aku memeluk tubuhku sambil menjelingnya. Menyampah!
“Sukalah kena
puji?” bentakku.
“Kamariah
sayang. Janganlah marah. Apa kata Haidi bawa Kamariah jalan-jalan hari ni. Kita
date!”pujuknya lantas melelar tanganku keluar. Berlari -lari anak kami keluar
dari banggunan syarikat dan menuju ke tempat letak keretanya. Pandangan pelik
daripada staff syarikat langsung tidak dipedulikan Haidi.
“Hari ni
kita pergi semua tempat yang pasangan bercinta selalu pergi!” ujar Haidi
teruja.Tangan kirinya yang masih menggengam tangan kananku mencambahkan rasa
bahagia di hati.
Tempat
pertama yang kami kunjungi ialah TGV. Cerita yang di pilih Haidi pulak seram
amat! Sengaja agaknya nak test power aku! Ini Kamariah la. Tak takut, tapi
cepat terkejut je!
Walaupun penghawa dingin TGV tidaklah sesejuk
GSC, tapi Haidi tetap memaksa aku memakai kot miliknya. Mungkin nak tunjuk dia
romantiklah kot! Sepanjang cerita Nang
Nak ditayang, sekali-sekala Haidi akan menyembamkan mukanya di bahuku.
Takut! Aku senyum mengejek sahaja melihatnya.
“Dah tahu
takut pilih cerita seram tu apasal?” Aku pura-pura memarahinya.
Haidi hanya tersengih
menunjukkan barisan gigi yang teratur kemas.
“Jom kita
pergi tempat lain pulak!” ajaknya lalu memeluk bahuku. Aku tersenyum tanda
setuju.
Sepanjang
hari kami berjalan-jalan. Dari KLCC untuk menonton wayang dan membeli buku di
kinokuniya, kami ke I-City di shah Alam seterusnya ke Tasik Titiwangsa untuk
menikmati pemandangan dari Eye On Malaysia. Macam dah pusing satu KL je
rasanya!
Ketika
Haidi beredar ke tandas, aku menunggunya di bangku luar taman sambil menikmati
aiskrim. Sedang aku asyik menikmati aiskrim cornetto chocolate itu, suara Haidi
menjerit menampang ke gegendang telingaku. Rupa-rupanya beg tangan aku dah
dikebas pencuri tanpa aku sedari!
Aku dan
Haidi berlari mengejar pencuri yang tak bertauliah itu. Aku sudah berhenti
akibat kepenatan manakala Haidi masih gigih mengejar si pencuri. Dengan
tindakan pantas Haidi mencapai beg tanganku, pencuri itu tidak semena-mena
jatuh tersadung akibat tersilap langkah.
Beg tangan
milikku dilempar Haidi kepadaku. Aku menyambutnya dengan senang. Sementara
Haidi masih berurusan dengan si pencuri, aku di sini hanya jadi tukang
pemerhati. Apabila Haidi berpaling dan bergerak ke arahku, si pencuri bertindak
menyepak badan Haidi. Jatuh terlentang suami aku!
Aku mula
berlari mendapatkan pencuri bedebah tu. Dan mencekak kolar bajunya sebelum menghadiahkan
buku limaku di perutnya. Ternganga Haidi melihatku! Aku berpaling dan tersengih
padanya tapi dalam masa yang sama si pencuri mula membalas dendam dengan
menyepak kakiku. Aku pulak yang terjatuh.Haidi yang melihat kelihatan berang
dan memukul si pencuri sehinggalah polis peronda sampai dan meleraikan mereka.
Terkejut aku!
Aku
benar-benar tak sangka yang Haidi mempunyai ilmu mempertahankan diri. Aku ingat
dia memang lembut segalanya! Hah, itulah kau lain kali Don’t judge a book by
its cover ye Kay! Bisik hatiku.
“Kamariah
okey?” prihatin Haidi bertanya sambil membelek muka dan tanganku.
Aku mengangguk.
“Dah jom kita
balik,” ajaknya lalu memimpin tanganku. Dalam diam aku tersenyum bahagia.
Malamnya aku
membantu Haidi memasak dan menghidangkan lauk di meja makan. Mama yang
bertindak memerhati dari tadi hanya melemparkan senyuman padaku tatkala mata
kami bertembung. Sinar bahagia terpancar dari sepasang mata tua itu.
“Mama suka
tengok anak menantu mama ni makin mesra,” ujar mama. Aku dan Haidi hanya tersenyum
mendengarnya.
Makan malam
kami di penuhi dengan cerita yang berlaku sepanjang hari ini. mama hanya ketawa
mendengarnya. Aku dan Haidi saling berpandangan. Bahagia!
Aku bahagia
bersama Haidi. Aku bukanlah membantah sepenuhnya ikatan ini. Cuma aku tidak
boleh menerima Haidi kerana aku tidak mencintainya. Tentang isu ‘patah’ itu aku
tahu ianya Cuma alasan sahaja. Andai dirinya aku cinta dari dulu, pasti aku
tidak akan membangkitkan kelemahannya itu. Seperti sekarang aku sudah mampu
terima dan tak kisah andai dia begini selamanya kerana aku sudah mencintainya.
Aku
menunggu Haidi masuk ke kamar. Sementara itu aku membetulkan baju tidur satin
yang aku pakai. Rasa macam tak percaya pulak aku sedang memakai baju tidur
macam ni. Selama ni pyjama kotak-kotak je, yang macam Haidi pakai selalu tu.
Aku betul-betul ingin menyerahkan diri dan hatiku padanya malam ini. Aku mahu
menyatakan padanya yang aku terima apa adanya dia dan mahu mencintainya selama
hayatku. Aduh, tak sangka betul aku ni jiwang!
“Kamariah,”
Aku
memandang ke arah pintu kamar. Aik, bila pulak Haidi masuk? Kenapa aku tak
dengar? Dah sibuk berangan bila masa kau nak sedar! Getus hatiku.
Aku senyum
menggoda. Haidi menggaru kepalanya sebagai reaksi. Lantas tangannya memegang
tombol pintu. Ingin keluar.
“Abang
Haidi,” panggilku lembut dan menggamitnya.
Haidi mula
bergerak ke arahku dan duduk di birai katil. Telapak tangannya diletakkan di
dahi dan sekitar leherku.
“Tak demam
pun,” katanya bersahaja. Aku mencebik! Apa pulak aku dikatanya demam?
“ Dah la.
Kay nak tidur!” rajukku lalu baring. Selimut aku tarik menutupi seluruh badan.
Terbantut niatku untuk berterus terang tentang perasaanku kepadanya. Spoil
betul!
Haidi
ketawa sebelum turut membaringkan tubuhnya di sebelahku. Tubuhku di dakapnya
lembut.
“ Senangnya
Kamariah give up,” bisiknya di telingaku. Aku segera berpaling menghadapnya.
Bertentang mata dalam suasana yang hanya diterangi lampu tidur.
“Haidi
cintakan Kamariah!” ujarnya tiba-tiba seraya mengucup pipiku. Aku tersenyum gembira.
“...dari
dulu lagi,” sambungnya membuatku terkedu sendiri.
“Tapi
kenapa...” Aku tak sempat menyudahkan kata-kataku kerana bibir Haidi sudah mula
‘bekerja’.
“Kita ada
seumur hidup untuk saling bercerita, but not tonight sayang. Haidi dah rindu
la,” rengeknya dengan suara yang mengada. Bukan menggoda ye...
Aku
mengucup dahinya sebelum Haidi membawaku rapat dan tenggelam dalam
kerinduannya.
***
Baru sahaja
bahagia menjengah, kini duka pula mengambil alih. Ada seseorang telah mengirim
kepadaku gambar Haidi dan Jay sedang bercium! Astaghfirullahalazim! Patut ke
aku percaya? Kalau gambar yang dahulu
Cuma berpegang tangan dan peluk-peluk, tapi sekarang bercium pulak! Adakah
gambar ni sudah di edit? Aku harap begitulah. Apa-apa pun aku kena siasat.
Haidi tidak tahu tentang gambar yang ada kat tangan aku sekarang. Biarlah dia
tak tahu. Senang sikit aku nak buat kerja siasat menyiasat ni.
Aku
mengekori kereta Jay daripada rumahnya lagi. Apabila sampai ke tempat yang di
tujunya. Aku menyembunyikan diriku disebalik pokok yang terdapat di situ.
Beberapa minit kemudian, muncul sebuah kereta yang amat aku kenali. Haidi!
Ya, Allah!
Apa yang suami aku buat kat sini? Haidi aku lihat sedang serius berbicara
manakala si Jay bagai orang gila mendapat bunga apabila Haidi datang padanya.
Siap peluk dan cium di kedua belah pipinya lagi! Haidi tidak pulak menghalang.
Haidi,
permainan apa yang kau cuba mainkan ni? Tak cukup ke apa yang aku bagi selama
ni? Kenapa lelaki ni selalu ada antara kita? Kesal hatiku.
Tanpa menunggu
masa yang lama, aku bergerak ke arah dua orang lelaki itu. Jay yang masih
memeluk lengan Haidi aku jeling tajam. Haidi yang sudah perasan kehadiranku
terus berusaha melepaskan pautan Jay di lengannya.
“Kamariah?
Apa sayang buat kat sini?” Soal Haidi mula gelabah.
Jay yang berada di sebelah
Haidi menjelingku. Ahh, ada aku kisah!
“Apa yang
Haidi buat dengan Jay kat sini?”
“It is not
what you thinking dear!” ujar Haidi menafikan.
“Eloklah
you ada kat sini. I nak bagitahu yang Haidi nak i semula. Nampak sangat you tak
pandai serve hubby you!” sampuk Jay tiba-tiba.
Aku
membulatkan mata. Lelaki ni aku bagi sebijik karang masuk hospital seminggu.
“Jay! What
on earth you try to do! Kita tak pernah ada apa-apa selain kawan!” marah Haidi
menampakkan rahangnya yang bergerak-gerak. Tegang!
“Didi
sayang, please. I tak boleh hidup tanpa you!” rayu Jay lantas memaut kembali
lengan Haidi. Menambahkan rasa jijik aku pada pasangan ini!
“Do,
whatever you wanna do Haidi,” Aku sudah malas nak berlama dan menyaksikan
sketsa tanpa tajuk itu. Baik aku pergi sebelum air mata aku mengalir di depan
mereka yang tak layak aku tangisi.
Selama ini
gambar-gambar yang berada dalam tanganku itu benar belaka! Aku jijik dengan
Haidi! Kenapa setelah aku serahkan semuanya barulah kebenaran mahu menjelma?
“Sayang!”
Haidi menghalangku dari berlalu. Jari jemariku ditariknya lembut. Namun, aku
segera merentapnya kasar. Haidi terkejut dengan tindakanku.
“Don’t call
me sayang anymore! Kay jijik dengan Haidi! Kay menyesal serahkan semua dekat
Haidi! Kay nak berpisah!” jeritku sebelum berlari memasuki kereta dan
meninggalkannya yang masih berlari mendapatkan keretaku.
***
Sudah sebulan aku
menetap kembali ke rumah orang tuaku. Biarlah! Biar apa Mak su Anim nak kata
dan orang lain nak kutuk pun! Aku tak kisah langsung apa orang lain nak cakap
melihat haidi setiap hari datang memujuk! Hati yang sakit bertambah sakit lagi
apabila ujian kehamilan yang aku buat jelas menunjukkan yang aku sedang membawa
benihnya Haidi! Untuk kepastian aku ke klinik dan dokor telah mengesahkan
bahawa aku sudah hamil 3 bulan. Tak sangka selepas hampir 7 bulan berkahwin
dengan Haidi kini aku sedang membawa
‘junior’nya.Perkara ini walaubagaimanapun telah aku rahsiakan daripada
pengetahuan keluargaku apatah lagi Haidi.
“Kay, ibu
masuk boleh,” pinta ibuku. Masih tidak jemu-jemu mahu memujukku supaya kembali
pada Haidi.
“Kay nak
tidur,” jawabku dengan suara lemah. Entah dengar entah tidak.
Bunyi pintu
yang di kuak tiba-tiba membuatkan hatiku menggelegak panas. Mesti ibu! Desis
hatiku.
“Kan Kay
cakap Kay nak tidur!” marahku lalu menyembamkan muka ke bantal. Tidak mahu ibu
melihat mata yang sudah membengkak kerana menangis.
Belaian di rambut
mengembalikan aku ke alam yang nyata. Ini bukan ibu! Ini...
“Haidi!”
jeritku sebelum menjauh darinya.
“Sayang,
please dengar cakap Haidi dulu,” pintanya.
Aku
memalingkan muka ke arah lain. Malas nak mendengar alasannya. Aku jijik juga memandang mukanya. Muka lelaki
yang sudah berjaya menjatuhkan benihnya ke dalam rahimku. Lelaki yang aku
cintai tetapi di cintai dan saling mencintai lelaki lain! Hakikat yang tidak
akan aku terima seumur hidup aku! Hakikat yang buat aku rasa mahu muntah!
Erk... tapi memang aku rasa nak muntah ni! Lalu aku bergegas ke tandas yang terdapat
dalam bilik dan menghamburkan isi perutku. Langsung tidak menghiraukan reaksi
Haidi yang panik dan turut mengekori langkahku dari belakang.
“Sayang,
okey?” Haidi menyoal prihatin.
“No, i’m
not okay Haidi! Just get out!” Aku sudah meninggikan suara. Pintu kamar bilik
mandi aku tutup kasar tanpa sempat Haidi menghalangnya. Haidi masih setia
mengetuk pintu sedangkan aku sudah terduduk di atas lantai kamar mandi.
Menangis.
“Kamariah,
sayang. Jangan buat Haidi macam ni! Jay bukan siapa-siapa dalam hati
Haidi. Jay yang rancang semua ni. Ingat
tak hari yang Jay jumpa Kamariah dulu? Betul tekaan Kamariah, Jay masukkan pil
peransang dalam minuman Kamariah sebab dia dah upah lelaki lain untuk rosakkan
sayang tapi Haidi sempat datang dan halang niat jahat dia. Tentang yang hari
tu, Haidi nak settle kan semua perkara dengan Jay supaya dia tak kacau kita
lagi. I thought i can finish everything that day. But i’ve failed! Sepatutnya
Haidi bagitahu dulu rancangan Haidi kat Kamariah. Tak lah kita jadi macam ni! Sayang
percayalah dari dulu lagi nama Kamariah je yang ada dalam hati ni,” pujuk Haidi
dengan panjang lebarnya.
Aku membuka
pintu bilik mandi. Air mata yang mengalir dibiarkan mengalir demi mendengar
pengakuannya. Haidi mendapatkan aku dan memeluk erat tubuhku. Aku membalasnya.
“Sayang
percayakan? Haidi tak pernah buat perkara terkutuk tu. Haidi tak pernah cium
Jay. You’re my first kiss. Haidi tak pernah sentuh Jay. Kamariah adalah wanita
pertama yang Haidi sentuh! Haidi tak sanggup kalau Kamariah jijik dengan Haidi.
Cuma Kamariah je wanita yang mampu menggetarkan hati Haidi dari kita kecil
sampai dah besar. Haidi loves you so much sayang,” luahnya lagi.
Aku
menangis teresak-esak mendengar bicaranya sebentar tadi. Betul aku wanita yang
dia cintai dari kecil hingga dewasa. Dia sudah menceritakannya. Aku menyesal
kerana tidak mempercayainya dan merahsiakan kandunganku darinya.
“I’m sorry
too. Kay yang salah sebab masih tak percayakan Haidi. I love you too,” bisikku.
Haidi senyum sambil mengucup
dahiku dan mengeratkan lagi pelukan.
“Sayang dah
gemuklah,” komen Haidi tiba-tiba.
Aku
merenggangkan pelukan dan memandang badanku sendiri. Ketara sangatkah perubahan
bentuk badanku?
“Ini semua
Haidi punya pasallah!” marahku tapi tawaku meletus apabila melihat wajah
terpinga-pinganya.
“ Kenapa
pulak?” Tanya Haidi.
“ Because
of your love, my tummy are getting bigger,” kataku dan membawa tangannya ke perutku
yang sudah menampakkan bentuknya.
“Sayang
makan banyak sangat ke kat rumah ibu?” Haidi lurus menyoalku. Masih tidak dapat
menangkap kiasanku. Tangannya masih meraba-raba sekitar perutku.
“Bukanlah!”
nafiku.
“Habis tu?”
“Haish,
Haidi ni! What i’m trying to say is you are going to be daddy and i’m going to
be...”
“Mummy!”
sambungnya dengan muka teruja. Jari jemariku digenggamnya erat dan segera
menarik tubuhku bangun.
“Eh, kita
nak pergi mana ni?” soalku kepelikkan.
“Balik
rumah mamalah. Nak bagi tahu mama yang
Haidi dah berjaya jadi daddy!”jawabnya selamba bercampur bangga.
Aku menyambutnya dengan tawa
bahagia. Macam-macam...
Empat bulan kemudian...
“Sayang,
abang nak jugak baju warna pink ni,” bentak Haidi persis anak kecil.
Aku mengecilkan anak mataku tanda tidak
berpuas hati. Pink? Biar betul!
“ Tak nak
dan tak mungkin!” jawabku tegas. Perut yang sudah memboyot aku usap perlahan.
Senak!
“Abang nak
jugak! Tak kira!” Haidi sudah merengek. Menggelegak jugak darah aku melayan
kerenah suami aku ni! Tambahan, si gadis promoter yang dari tadi menjadi
pemerhati sudah tergelak kecil melihat adegan kami suami isteri berperang
memilih baju bayi.
“Abang...Kay
bukan tak nak, tapi baby kita ni lelaki. Bukan perempuan!” Aku masih cuba
berdiplomasi.
Haidi terdiam. Wajahnya muram.
“Ala..kalau
lelaki pakai warna pink pun okey apa,” Haidi membalas selamba.
“Okeylah,
kita ambil satu,” Aku mengalah. Malas
nak berbalah di hadapan orang. Sementara Haidi sudah mengukir senyuman.
“Thanks
sayang!” Haidi mencapai baju bayi berwarna pink itu dan menghulurkannya kepada
si promoter. Pipiku yang tembam dikucupnya lembut. Gembiralah tu!
Sewaktu
kami berjalan-jalan disekitar mall, kelibat seseorang mencuri perhatian kami,
siapa lagi kalau bukan Jay! Lelaki itu sedang jalan berpimpinan tangan dengan
seorang gadis yang manis bertudung. Jay datang ke arah kami apabila dia menyedari
kelibat kami.
“Hai,”
sapanya mesra.
Haidi
melemparkan senyuman. Aku pula berpura-pura memandang ke arah lain. Tidak mahu
memandang lelaki yang hampir memusnahkan rumah tanggaku suatu ketika dahulu.
“Kenalkan,
Maisarah, Isteri i,” Ujar Jay.
Aku memandang
muka Jay dan isterinya Maisarah. Dalam hati aku mengucapkan rasa syukur yang
tidak terhingga. Baguslah dia sudah berubah. Perlahan senyumanku terukir. Haidi
juga tersenyum gembira.
Jay dan
Maisarah meminta diri setelah berbual seketika kerana ada hal penting katanya.
Haidi dan aku hanya melihat pasangan itu
menjauh. Haidi memaut bahu dan mengusap lembut perutku.
“Syukur kan
Jay dah berubah. Muka pun bahagia je,” ujar Haidi.
Aku Cuma
mengangguk. Bersyukur lelaki yang dahulunya menyukai suami aku sudah kembali
pada fitrah alam dan kini sudah berbahagia dengan cintanya, seorang wanita yang
aku yakin mampu membimbingnya ke jalan yang diredhai Allah S.W.T. Sementara aku berbahagia dengan suamiku Ahmad
Umar Haidi dan bakal bayi kami selama nikmat hidup masih diberi sang
Pencipta...
25 comments:
best sngat2
yeay entry br =)
best!!!
terima kasih komen! komen anda sangat2 dihargai =)
wah, gembiranya dia! saya suka dapat puaskan hati pembaca!
Hadduh! bestnya! Semua cerpen raiter menarik!
Best cite ni...lain dari yang lain
Keep it up .. thumbs up
hehehe...terima kasih. harap sudi komen. kutuk pun takpe. saya sudi terima :)
thank you so much Miss Aiyn! saya gembira awak suka cerpen saya!
Best sangat. ulang baca cerpen ni dah 5 kali. suka2. :D
hahaha...serius la? thank you :)
Wah!Coollah Kak Aiha! (y)
Best!!!
cite ni best walaupun mula baca macam geli-geli jugak.. hee :)
Best best best...5 bintang. terasa mcm nak kawen lelaki lembut plak...tp nk yg. mcm haidi...hahahaah
best :)
best sangat cerpen ne,, dah banyak kali baca,,
Best la..bagus penulis,,cerita tk mmbosankan lngsung...teruskan pengarang yer..:3
Best cerpen ni..watak yg dbawakan hero dn heroin sngt spadan..yg boy lembut dn yg girl kasar..sesuai sngt..sling mlengkpi..ku tunggu cerpen baru darimu..haha
Love this cerpen.. Seronok sangat!
BEST!!!
Saya suka baca cerpen Kak Aiha......
Best. Sweet je haidi.even dia macam tuh. Keep it up. Smile.
Sweet gila. . Saya minat semua cerpen akak. .terbaiklah!
Best gila ii....cerpen akk semua best....good job🔥
Best gila ii....cerpen akk semua best....good job🔥
Best giler citer nihh
Post a Comment