PROLOG
“Mama!!!!”
Melly
cuba meronta-ronta mahu lepas dari pautan papanya. Melihat kereta yang di naiki
mereka terbabas dan bertembung dengan kereta dari arah bertentangan cukup
memilukan hatinya. Apatah lagi bila mengenangkan mamanya masih lagi berada dalam
kereta. Pihak bomba dan penyelamat pula masih belum berhasil mengeluarkan mama
dari kenderaan mereka.
Semuanya
berlaku terlalu pantas. Pertembungan kereta dari arah kiri yang secara
tiba-tiba menyebabkan mama terhimpit lebih teruk dari bahagian pemandu. Tidak
mampu mengeluarkan mama, papa berusaha membawa dia keluar dahulu seterusnya
menghubungi pihak berkuasa.
Perjalanan
pulang dari makan malam sekelip mata bertukar menjadi tragedi. Kegembiraan di
ragut di hadapan mata. Orang ramai semakin mengerumuni kawasan kejadian. Melihat itu,
dia semakin cemas.
“Papa...”rintihnya
lalu memeluk papa.
“Sabar
Melly. In shaa Allah mama selamat.” Pujuk Syed Armand lalu mengusap bahu anak
gadisnya itu.
Dia
juga gelisah. Tidak sanggup membayangkan yang bukan-bukan. Hanya berharap pihak
bomba dan penyelamat mampu menyelamatkan isterinya dan semuanya selamat. Itu
sudah cukup menggembirakan hatinya.
Melly
terus menolak pautan tangan papanya sebaik sahaja melihat pihak penyelamat
membawa pengusung ke arah ambulan. Berlari-lari dia menghampiri tapi dia hampa
bila bukan tubuh mamanya yang berada di atas pengusung itu tetapi seorang
remaja lelaki. Terkesima sebentar dia apabila melihat wajah yang penuh darah
itu.
“Tekanan
darah dia makin rendah!”
“Denyutan
jantung lemah!”
“Maaf
dik, tolong ke tepi!” ujar salah seorang anggota paramedik sebelum menolaknya
jauh dan menutup pintu ambulan.
Bukan
mama! Mama...Rintih Melly dengan renungan kosong pada kenderaan ambulan yang
sudah berlalu. Sekali lagi pandangan dia beralih ke kenderaan yang dinaikinya
tadi.
Namun,
serentak itu anggota penyelamat berlari ke tepi sebelum kenderaan Mercedez yang masih
ada mama di dalamnya meletup!
“Mama!!!!”
No comments:
Post a Comment