BAB 7
I will be there right for your command....
Syarifah
Armalia mengerling jam tangannya sebentar. Dah pukul Sembilan malam rupanya.
Lama betul dia menghadap kertas-kertas kerja. Boleh naik juling rasanya dek
terlalu lama memandang kertas putih dan tulisan sahaja . Agak-agak Khalif dah
balik ke? Tak perasan pulak dia. Yelah dia awal-awal lagi sudah berpesan pada
lelaki itu supaya tidak mengacaunya seharian ini. kalau nak balik pun jangan
cakap. Balik je. Itu kata-katanya pada lelaki itu. Sekarang rasa menyesal
pulak. Suasana pejabat ini pun rasa macam seram semacam pulak. Kalau ada
setiausahanya itu tidaklah terasa sangat takutnya.
Haih...tak
boleh jadi ni. Aku kena balik jugak. Tekadnya lalu menutup laptop dan mengemas
kertas dan fail yang berselerakan di atas mejanya. Selesai mengemas, dia
cepat-cepat mencapai beg tangannya dan bergerak ke muka pintu pejabat.
Saat
dia mengunci pintu bilik pejabatnya entah kenapa dia terasa seperti
diperhatikan. Bagai ada anasir jahat pulak yang berhampiran. Ada ke macam tu?
Lengan baju diselaknya. Huihh...meremang
bulu roma aku! Pak guard ni masa-masa gawat macam ni tak nak pulak meronda.
Sempat lagi dia menyalahkan pak guard kerana tidak melakukan rondaan pada waktu
sekarang.
“Hai
sayang!”
Syarifah
Armalia segera berpaling ke arah suara yang tiba-tiba menyapanya. Sekejapan
sahaja rasa takut tadi digantikan dengan rasa marah. Meluap-luap rasa marahnya.
Seperti gunung berapi yang menunggu masa sahaja untuk mengeluarkan lavanya.
“You
nak apa datang sini?” Keras Syarifah Armalia menyoal.
Zarif
senyum menggoda. Naik menyampah pulak Syarifah Armalia melihatnya. Kalau tujuan
lelaki itu datang sini semata-mata nak flashback-flashback
kisah lama, dia memang tak ada masa nak dengar semua tu!
“I
nak you balik semula kat i. I rindukan you.”
Syarifah
Armalia tarik senyum. Senyuman sinis. Rindu? Ada apa dengan rindu dari lelaki
yang sanggup meninggalkannya semata-mata kerana harta? Kalau dari segi harta
dan wang ringgit, dia juga tak kurang kayanya. Walaupun harta kekayaan semua
itu milik papanya. Tapi Zarif tamak! Tetap mahukan yang lebih. Hah, itu yang
tua pangkat mak-mak pun dia rembat buat bini!
“Dear
Zarif, thanks sebab rindukan i…”
Zarif
tersenyum lebar mendengarnya. Nampak macam ada chance Syarifah Armalia nak terima dia semula.
“But...”
Syarifah Armalia berjeda seketika. Sengaja bagi Zarif saspen. Biar terpusing
kepala lelaki itu dek teruja menunggu kata seterusnya dari dia.
“Tapi
apa sayang?”Tanya Zarif sudah tidak sabar.
Syarifah
Armalia menahan rasa nak ketawakan lelaki itu. Memang tak sabar ya kau Zarif!
Dasar gelojoh!
“I....tak...”
Sekali lagi Syarifah Armalia membiarkan kata-katanya tergantung buat seketika.
“You
tak apa?” Sambut Zarif dengan raut wajah terujanya.
Sekali
lagi Syarifah Armalia menarik senyuman mengejeknya sambil mengelilingi Zarif.
Pandangannya ditala ke wajah lelaki yang pernah menghancur lumatkan perasaannya
dulu. Rasa jengkel ya amat! Macam nak bagi penampar berkali-kali kat muka
Zarif. Tapi Syarifah Armalia berpegang
pada prinsip; lidah lebih tajam daripada pisau...
“You
tak apa sayang? Bagitahu i?”
“I...”
“tak…”
“rindukan you. Lagi satu i tak suka ambil
bekas orang macam you? It’s so disgusting!”
Dengan nada yang menyakitkan hati, Syarifah Armalia menyambung kata yang
dinantikan oleh Zarif dari tadi.
Zarif
terpempan! Berbahang muka lelaki itu demi mendengarkan setiap baris ayat yang
keluar dari bibir Syarifah Armalia. Semuanya menyakitkan hati dan telinganya!
Memang kurang ajar betul perempuan ni!
“Oh,
you geli dengan i? Jijik?”
Perlahan
Zarif merapati Syarifah Armalia. Dia betul-betul tak boleh terima kata cacian
dari gadis itu.
“Kalau
you jijik sebab i bekas orang, apa kata i buat bakal suami you nanti pun jijik dengan
you sebab you pun bekas orang?”ugut Zarif dengan kening yang sudah terangkat
sebelah.
Terasa
kesat air liur yang ditelan Syarifah Armalia. Jantungnya juga sudah berdetak
diluar kebiasaan. Janganlah si Zarif ni apa-apakan dia. Doanya dalam hati.
“You
jangan buat gila Zarif. I ...I jerit nanti!” Syarifah Armalia sudah dihambat rasa
gementar. Bimbang jika Zarif buat perkara tidak senonoh padanya.
“Kenapa?
Takut?” Provok Zarif semakin menghampiri gadis itu.
Peluh
sudah memenuhi ruangan dahi Syarifah Armalia. Dia ketakutan. Hendak lari Zarif
sudah betul-betul berada di depannya. Masalah betul!
“Tadi
berani sangat? Sekarang...hah jeritlah. Jerit!”cabar Zarif sebelum menolak
Syarifah Armalia jatuh ke lantai.
“Aduh!
Sakitlah!” jerit Syarifah Armalia sebaik sahaja badannya menyentuh lantai
pejabat.
Zarif
duduk mencangkung di depan Syarifah Armalia. Muka gadis itu dicengkamnya kuat.
Wajah kesakitan itu dipandang tanpa belas kasihan. Meronta-ronta Syarifah
Armalia, sakit dikasari begitu.
“Kalau
perempuan tu buat cara perempuan. Jangan nak berlagak sangat kalau orang dah offer tu. Faham?”
Puih!
Zarif
menyapu wajahnya yang baru diludah oleh Syarifah Armalia sebentar tadi. Telapak
tangan yang basah dengan air ludahan gadis itu dipandang geram.
“Kurang ajar!” Serentak itu dia menampar wajah Syarifah Armalia berkali-kali.
Air
mata yang ingin mengalir segera ditahan sekuat hatinya. Walau apa pun yang
berlaku dia tak akan menangis sebab Zarif! Kalaupun ditakdirkan Zarif Berjaya
menyentuhnya, Syarifah Armalia tak akan berdiam diri. Lelaki itu pasti akan
mendapat balasannya.
“Kau
ni memang nak kena kan?”Soal Zarif seraya mengoyak bahagian depan baju yang
dipakai oleh gadis itu.
“Jangan!
Hei, lepaslah!”jerit Syarifah Armalia.
Seboleh
mungkin dia cuba menepis tangan kotor Zarif dari terus mengoyak baju yang
dipakainya. Tak cukup dengan tangan, kakinya ditendang-tendang ke badan lelaki
itu. Namun, Zarif yang bagai sudah dirasuk itu seperti langsung tak terasa
sakitnya.
‘Ya
Allah…Tolonglah aku…’Bisik hati Syarifah Armalia. Dia sudah hampir pasrah!
Bukk!
Zarif
terlentang ke tepi. Sakit badannya akibat ditendang oleh seseorang dari
belakang. Segera dia mencari gerangan yang telah menendangnya tadi.
“Awak
tak apa-apa?” Tanya Khalif sebelum membuka bajunya dan menghulurkannya pada
Syarifah Armalia yang sudah mengesot ke tepi dinding. Nafas yang tadi tidak
menentu sudah kembali tenang.
“Tak,”
jawab Syarifah Armalia lalu menyarungkan baju kemeja milik Khalif ke badannya.
Dalam hati, dia merasa sangat lega kerana ALLAH menghantar seseorang untuk
membantunya. Walaupun seseorang itu orang yang paling dia tak suka sebelum ini.
Bunyi
tepukan beberapa kali dari arah belakang menggamit perhatian kedua-duanya.
Hampir sahaja Khalif terlupa dengan lelaki
yang baru ditendangnya tadi.
“Auchh…Sangat
terharu. Hero selamatkan heroin ye?Tapi...kau ni hero apa? Hero Tamil ke?”sindir
Zarif dengan senyuman sinisnya lalu memeluk tubuhnya.
Khalif
menggelengkan kepalanya beberapa kali. Nampak sangat ‘psiko’nya lelaki ni.
Macam manalah Syarifah Armalia boleh kenal? Kesian betul...
“Aku
pun rasa terharu...”balas Khalif lalu tersenyum ringkas.
Mati
senyuman Zarif demi mendengar kata-kata lelaki yang menendangnya tadi dan
digantikan pula dengan kerutan di dahinya. Kenapa?
“Apa
maksud kau ni?” Soal Zarif, kasar. Sungguh dia tidak faham.
Syarifah
Armalia turut mengerutkan dahinya. Dua kali lima jugak tak fahamnya. Apa yang
si Khalif ni nak terharu sangatnya?
“Aku
pun rasa terharu jugak sebab... kau kena
tidur lokap malam ni. Opps...Sorry?” sambung Khalif bersahaja dan tak kurang
juga jengkelnya.
“Hah?
Apa?”Zarif semakin terpinga-pinga.
“Tahan
dia!” Arah satu suara dari belakang Zarif.
Serentak
itu tangan Zarif digari oleh dua orang pegawai polis. Meronta-ronta dia ingin melepaskan
diri.
“Lepaslah. Aku tak salah! Lelaki tu yang
salah!” jerit Zarif sebelum dibawa pergi oleh pihak berkuasa.
“Terima
kasih Encik,” ucap Khalif kepada salah seorang pegawai polis dan mengiringinya
sampai ke muka pintu pejabat.
“Hmmm...”
Syarifah Armalia berdehem seketika.
Khalif
berpaling, memandang wajah majikannya itu.
“Yes?”
“Thanks. I owe you one.”ujar
Syarifah Armalia dengan suara rendah. Ada rasa malu. Ada juga rasa ego. Tapi
orang dah berbudi tak kan kita tak nak berbahasa?
“Eh...Not a big deal la. Saya pun tadi ternampak aje. Tu yang saya
tolong.”
Syarifah Armalia hanya mengangguk
lemah. Nak cakap apa lagi, kan?
“Err...baju ni?”Segera Syarifah
Armalia teringat dengan baju yang sedang dipakainya itu.
“Balik karang Cik Melly basuhlah. Saya
nak semula baju tu. maklumlah saya jarang bagi barang kat orang tak dikenali
ni. Takut kena manderam.” selamba
Khalif berkata.
Merah padam muka Syarifah Armalia
mendengarnya. Macamlah aku hingin
sangat dengan baju dia ni!
“Eii...I
pun tak hadaplah dengan baju you ni.
I boleh beli sepuluh!Lagi satu I pun tak pernah hayat terniat nak manderam you. Feeling-
feeling bagus jugak you ni, kan.”balas Syarifah Armalia sekaligus memerli
Khalif. Geram.
“Okay. Good to hear that.”Bersahaja
Khalif memberi respon pada setiap kata majikannya itu.
Syarifah
Armalia mengecilkan matanya. Hei...naik minyak pulak dia. Mentang-mentang dah
berbudi dekat aku, makin mengada ya kau!
“Eh,
Cik Melly tak nak balik ke? Tak nak kerja
esok? Ke nak cuti peristiwa?” usik Khalif lagi. Seronok pulak dia
mengenakan majikan yang memang terkenal dengan ego tingginya itu.
“Nak
baliklah ni!Eii…menyampah!”bentak Syarifah Armalia lalu mencapai beg tangannya
dan keluar dari ARMAND Holding. Sakit jiwa kalau lama-lama dengan setiausaha
yang sudah pandai mengenakannya itu.
Khalif
pula hanya mampu menggelengkan kepalanya beberapa kali sebelum membuntuti gadis
itu keluar. Syarifah Armalia...Syarifah
Armalia...what a temper you have!
p/s: Terima kasih kepada pembaca yang masih sudi menunggu update dari saya. Saya sayang korang mcm saya sayang nak makan ayam goreng sayaaa...
31 comments:
kenapa pendek sangat
Berakhir sudah penantian. Thank you.... Nak lagi...
Hmmm. Lmbatnya sis update. Mohon update lelaju. Atau update cerpen baru pls.
Yeahhh.. dah lama menanti..update la cerpen baru banyak2..hee
Ya ALLAH dah lama tunggu.. good luck for your next entries :)
Ada lagi takk smbungan.. best la cita ni..☺
Ada lagi takk smbungan.. best la cita ni..☺
Sis, please don't let us waiting anymore. Pleasssseeeeee.....
Can't wait anymore..cepat2 smbung sis...btw xdak cite baru ke sis
Xde sambungan ke cite nie sis??..hihihi..best sgt cerpen2 yg sis buat..kipidap..lalalala :)
Best sesangat sis, nk new n3.. X sabo nyer nk baca
Nk lg..cpt smbg sis..falling in luv with khalif...
Sis please sambung
sis... bila nak sambung.. dah dekat 2 bulan.
. nk.. lagi cita ni.. best.. sngat. sis smbung la..
sis... bila nak sambung.. dah dekat 2 bulan.
. nk.. lagi cita ni.. best.. sngat. sis smbung la..
Sis.. Plz la sambung crita ni..
Akak taknak smbg dh ke citer nih??
Akk dh x nk wat cerpen terbaru ke? Dh lama tunggu
Sambung please. You have improve a lot! Baca your blog dari awal sampai skrg, and ur cerpen improve byk!please continue writing. Cant wait for the next cerpen/novel
Haaish cmne la aq bleh terjebak dgn novel ni..
Please update bru sis...
Still waiting😔
alaaa dah 2017😠x der smbunganðŸ˜ðŸ˜
ðŸ˜ðŸ˜ðŸ˜Takda sambungan ka niiiii....
Sangat berbakat..saya tunggu update baru ya .Teruskan usaha menghasilkan karya..semoga terus maju...jangan lupa juga lawat blog sya ya kat https://ceritaberemosi.blogspot.my/
kak bila sambung cerita nie lagi tak sabar nak baca..
Huhuhu..mana sambungan dia?tgh syok bace tibe2 tgantung..btw.. tbaik penulisan hakak<3
Bila nk sambung?....
bila nak sambung?...
Hebat penulisannya. Salam dari blogger baru seram mistik.
Hai awakk , dah 2023! Dari zaman sy sklh , kolej dan dh keja skrg masih lg berharap awak update cerita yg terbaru . Rindu kenangan baca2 cerpen dulu 😠.
Akak..sambung la crita..bertahun dah akk pi mkn ayam goreng nie..mai la sayang kami balik😢😢 suka penulisan dia nieðŸ˜
Post a Comment