BAB 6
Your
existence is a mysterious puzzle for me...
Dato Syed Armand memerhatikan
kelakuan anak gadisnya dari tadi lagi. Termenung. Dia kehairanan. Biasanya
Syarifah Armalia akan menggunakan waktu hujung minggu begini untuk berhibur.
Mungkin ke pusat membeli belah atau berjalan-jalan, makan angin. Tapi pada hari
ini lain pula gelagatnya. Mengapa? Ada masalahkah yang menghantui fikiran
anaknya itu? Masalah peribadi atau kerja?
Lantas, surat khabar yang dibaca tadi ditutup. Dia
tidak senang hati melihat anaknya begitu. Naluri seorang bapa dapat merasakan,
ada sesuatu yang sedang berlegar di fikiran gadis itu, tinggal dia sahaja untuk
bertanya. Dato’ Syed Armand kenal benar anaknya itu. Jika ada sesuatu yang
sedang bermain di kepalanya, anaknya itu akan termenung dan diam sepanjang
hari. Terpaksalah dia yang memulakan dahulu, bertanya. Kalau tidak sampai tahun
depan pun anak gadisnya itu tidak akan berkata apa-apa.
Syarifah Armalia yang sedang terbaring di atas sofa
didekatinya. Duduknya dilabuhkan di atas kerusi yang bertentangan dengan
kedudukan anaknya. Dia memandang raut wajah anak tunggalnya yang seolah-olah
tidak menyedari kehadirannya itu.
“Melly,”
“Hmm...papa,”
“You’ve
got any problem?”
“Nope!”
ringkas Syarifah Armalia menjawab sambil menyelak malas majalah hiburan yang
berada dalam genggamannya.
“Ye ke? Papa nampak macam Melly ni
macam tengah fikir masalah dunia. Tak pun Melly gaduh dengan boyfriend?” usik
Dato Syed Armand dengan senyuman meleretnya.
Syarifah Armalia terus bangun dari baringannya sebaik sahaja mendengar kata-kata yang
terkeluar dari mulut papanya itu. Rasanya macam papa tahu semua yang ada dalam
kepala dia saat ini. walaupun kata-kata itu Cuma sekadar usikan tapi entah
kenapa mengena sasaran pula.
Khalif bukan masalah dunia. Tapi dalam kepalanya
sekarang Cuma ada figura lelaki itu dan kata-katanya sahaja. Khalif juga bukan
teman istimewanya tapi lelaki itu juga yang mengundang macam –macam rasa dalam
hatinya. Aduh, kalau cerita dekat papa agak-agak papa ketawa tak? Bisik hati
Syarifah Armalia. Gusar.
“Hai, takkanlah betul yang papa cakap tadi? Kamu
gaduh dengan siapa ni Melly? Khalif lagi ke?” teka Dato Syed Armand. Dia tahu
yang anak perempuannya itu selalu bertikam lidah dengan Khalif walaupun pemuda
itu tidak pernah mengadu apa-apa pun tentang itu.
Berbahang muka Syarifah Armalia saat
papanya menyebut nama Khalif. Memang tak akan dapat sembunyi apa-apa dari
pengetahuan Dato Syed Armand ni! Getus hati kecilnya lagi.
“Eh, mana ada! Melly dah kuranglah
cari gaduh dengan Khalif tu. Sayang sangat orang kanan dia tu. Entah-entah papa
lagi sayang Khalif tu dari Melly tak?”Sengaja Syarifah Armalia mengubah arah perbualannya.
Dato Syed Armand senyum lebar. Orang
muda! Mudah betul melatah. Bila malu nak berterus terang dia pusing ikut arah
lain. kata hati Dato Syed Armand sambil menggelengkan kepalanya perlahan.
“Papa pun pernah muda, Melly.
Janganlah kamu nak pusing jauh-jauh. Alih-alih nanti terkena batang hidung kamu
jugak. Kalau suka kata suka. Habis cerita,” usik Dato Syed Armand lagi.
“Papa!”Terjerit Syarifah Armalia
demi mendengarkan perkataan yang terkeluar dari mulut papanya.
Terburai juga ketawa Dato Syed
Armand bila melihat anak tunggalnya itu jadi gelabah tak tentu arah begitu.
Betullah tekaannya itu.
“Mana ada Melly suka Khalif tu. Tak
mahulah! Rela tak kahwin sampai ke tua. Yang papa ni asyik-asyik Khalif ni dah
kenapa?” bentak Syarifah Armalia manja sebelum memeluk tubuhnya sendiri.
Merajuk!
“Papa memang berkenan dengan budak
tu. Kalau jadi menantu Alhamdulillah. Bolehlah dia bimbing kamu. Ringan sikit
dosa papa ni dari duk menggalas dosa kamu. Itu pun kalau kamu kahwin dengan dia.” Dato Syed Armand
sempat memerli anaknya itu.
Makin tajam muncung Syarifah Armalia
mendengar sindiran tidak langsung dari papanya itu.
“Papa ni nanti orang berubahlah.
Mintak sabar ya?”dalih Syarifah Armalia lalu menyumbat potongan buah-buahan
yang dibawa orang gajinya tadi.
“Itu ajelah alasan kamu. Malas dah
papa nak dengar. Lebih baik papa tengok tv kat atas,” ujar Dato Syed Armand
lalu berdiri, ingin beredar.
Dia mungkin tak Berjaya membuatkan anaknya itu
meluahkan masalah dengan sendirinya. Tapi sekurang-kurangnya dia tahu apa yang
ada dalam hati anak perempuannya itu. Syarifah Armalia sudah jatuh cinta! Love is in the air...
KHALIF
terpinga-pinga dengan ‘angin’ Syarifah Armalia. Tiba-tiba sahaja mengajaknya
keluar makan tengahari bersama. Salah bangun tidur ke mak cik ni? Ke terhantuk
kepala kat katil?
“Salah ke kalau
I nak ajak my secretary pergi lunch? Kalau rasa tak selesa tak perlu
paksa diri ikut. Bukannya I tak biasa makan sorang-sorang,” ujar Syarifah
Armalia dalam nada mendatar sebaik sahaja dia mulai dapat mengesan reaksi
hairan campur tak sudi di muka setiausahanya itu.
Khalif menggeleng laju.
“Eh...bukan.Sekejap saya kemas meja.” Gelabah Khalif
menyusun kertas-kertas yang berselerakkan di atas mejanya.
Dalam diam, Syarifah Armalia mengukir senyuman
kecil. Entah kenapa hatinya kini rasa senang melihat Khalif. Kalau dulu rasa
nak marah je. Mungkin dia suka dengan peribadi yang ditonjolkan lelaki itu.
Mungkin...
“Cik Melly?” Khalif menggawang-gawangkan tangannya
hampir dengan muka Syarifah Armalia. Boleh menggelamun pulak dia!
“Eh...Dah siap? I ingat kena tunggu lama lagi.”
Syarifah Armalia menutup malunya dengan mengeluarkan kata sindiran di hujung
bicaranya.
Sebaik sahaja Syarifah Armalia menapak ke hadapan, Khalif
pulak masih dengan tanda tanya yang besar memenuhi ruangan kepalanya. Tadi ajak
aku lunch. Lepas tu mengelamun depan aku, apa yang tak kena dengan mak cik
sorang ni? Tanya hati Khalif yang masih dibelenggu kehairanan sebelum bertindak
mengikut langkah majikannya itu.
“Diam je.”
Khalif yang sedang memandu segera pandang ke sisi
kirinya sebentar. Memandang empunya yang bertanya soalan. Hari ini, Syarifah
Armalia sangat-sangat pelik! Semakin Syarifah Armalia berkelakuan baik padanya,
semakin dia ditimpa rasa hairan yang berbakul-bakul.Itu hipotesisnya untuk
separuh hari ini.
“Saya jarang bercakap masa memandu. Nak-nak kalau
bawa nyawa orang lain. takut kalau accident
pulak nanti,” jawab Khalif lebih berterus terang. Seboleh mungkin dia tidak
mahu membahayakan nyawa orang yang dibawanya. Harap Syarifah Armalia faham.
“You’re so
boring. Ajak sembang pun tak boleh. Kalau I
pasang radio boleh?” Sempat lagi Syarifah Armalia mengutuk Khalif sebelum
meminta izin untuk membuka siaran radio.
Khalif hanya mengangguk. Fokusnya masih di jalan
raya.
Syarifah Armalia mencebik tanda menyampah bila Khalif
hanya memberi reaksi pasif begitu. Geram betul. Hah, pandanglah jalan tu sampai
tembus! Orang lain pun bawak kereta takdelah sampai focus macam tu. Boleh aje
bercakap masa memandu. Dia aje skema! Dengus hati Syarifah Armalia sambil
membawa jari telunjuknya ke punat suis radio. Tapi belum sempat dia menekan,
pandangannya tertarik pada deretan cakera disk yang tersusun kemas dibahagian
menyimpan cd milik lelaki itu.
Tanpa membuang masa dia memilih rambang cd tersebut
sebelum menyumbatnya ke dalam pemain cakera. Sengaja dia memilih untuk
mendengar lagu dari deretan cd yang ada dalam kereta setiausahanya itu dari mendengar
lagu yang diputarkan radio. Mahu tahu feel lelaki itu.
Mata Khalif sekali sekala di larikan ke arah
majikannya itu. Aduh, tadi kata nak pasang radio je. Macam mana boleh pasang cd
pulak ni? Hailah...lalang jugak dia rupanya! Gumam hati Khalif bimbang. Bukan
apa, dia risau kalau...
“Lagu Korea?”Soal Syarifah Armalia sebaik sahaja
lagu ‘Don’t Say Good Bye’ nyanyian kumpulan Dong
bang shin ki berkumandang.
Khalif mahu tidak mahu hanya mampu menayangkan
senyuman serba salahnya. Malu tertangkap oleh Syarifah Armalia.
“You’re really
something.” Ringkas Syarifah Armalia
menyuarakan komennya. Nak ketawa rasanya tak patut. Dia faham demam K-POP ini
memang menyerang tak kira umur dan jantina.
“Eh, bukan macam tu!” nafi Khalif bersungguh tapi
pandangannya masih di hadapan.
“Hmm...nice
song. Apa tajuk lagu ni?”puji Syarifah Armalia bersama soalan. Langsung
tidak dipedulikannya penafian yang dibuat Khalif sebentar tadi.
“Hah? Eh, ki...kita dah sampai. Cepat pulak kita
sampai. Mungkin sebab jam kurang kot
hari ni. Err,,,Jom?” Dalih Khalif seraya menarik handbreak dan mematikan enjin keretanya. Mujur betul Syarifah
Armalia bertanya saat mereka sudah tiba di destinasi makan tengahari. Kalau
tidak merah sajelah muka dia sementara nak jawab soalan. Harap-harap dia
lupalah.
Syarifah Armalia menggelengkan kepalanya demi
melihat Khalif yang tak tentu arah. Dengan muka merahnya... You’re really something, Khalif. Bisik
hatinya lantas pintu kereta ditolak dan melangkah keluar dari Suzuki Swift
milik setiausahanya itu.
“Makanlah. Today
is my treat. Hope we can get along together after this,”ujar Syarifah
Armalia sebaik sahaja makanan yang dipesan sudah terhidang di depan mata.
“Thanks
for your treat. Ada masa nanti saya pulak belanja Cik Melly,”balas Khalif
lurus tanpa ada unsur hipokrasi.
` sebaik sahaja mendengar kata-kata
yang di ucapkan Khalif tadi, Syarifah Armalia menghamburkan tawanya. Mujur saje
tak kuat.
“You ni memang bukan stok-stok gentleman kan? Bukan sweet talker. Kalau lelaki lain yang I
pernah jumpa mesti diorang halang I dari tolong bayarkan. Even I cakap I yang
nak belanja,” jelas Syarifah Armalia sambil menolak rambutnya ke belakang.
Terpaku sekejap Khalif melihat tawa
Syarifah Armalia. Belum pernah sekalipun dia melihat tawa sebegitu sepanjang 6
bulan lebih dia berkerja dengan Syarifah
Armalia. Ini yang pertama. Manisnya!
“Is
that a compliment?” Tanya Khalif acah-acah serius sebaik sahaja dia
tersedar dari lamunan.
Kembali ke akal sedarnya.
“Yelah cik abang oii!” sambut
Syarifah Armalia pula bersama senyuman ikhlasnya.
“Okay, thank
you then,” ucap Khalif, membangga diri.
“Ya ALLAH, boleh tahan perasan jugak you ni!”Syariah
Armalia sudah menggeleng-gelengkan kepalanya, tidak percaya setiausahanya itu
ada karakter yang sebegini juga. Ingatkan lurus macam kayu pembaris aje!
“Sikit-sikit aje,” balas Khalif bersama senyuman
simpulnya. I love to see this side of you,
Syarifah Armalia. Bisik hati Khalif sendiri.
Tanpa kedua-duanya menyedari, ada mata yang sedang memerhati
dari jauh dengan hati yang rentung terbakar.
TAK
GUNA! Spontan Zarif mengepal jari jemarinya. Geram betul dia bila melihat
Syarifah Armalia bersama lelaki lain. Entah dari mana pulak datangnya lelaki
itu. Nampaknya Syarifah Armalia sudah jumpa penggantinya. Posisinya sekarang
betul-betul di hujung tanduk! Kalau dia terlambat, pasti bekas kekasihnya itu
akan jatuh ke tangan lelaki itu! Apa-apa pun aku kena cepat bertindak!
Tekadnya.
6 comments:
Dah lama x nampak akak post. Finally.. Akak, nak cerpennn.😊😊
Wahhh. Best2. Sukanyaa. Lpas nih update bebanyak cerpen kk.
Bila...nak datangkan cerpen yg trbaru.....seriously x sabar
Conti please
akk, cerpen terbaru x de ke?? dh lama tunggu cerpen dari akk ni..
Lah asal stop. Continue plsss
Post a Comment