BAB
Syarifah
Armalia sibuk meneliti fail-fail kerja yang menimbun di atas mejanya. Satu-
satu di belek dan di baca. Kosentrasinya menjadi sedikit terganggu apabila
interkom yang berada di atas mejanya
berbunyi.
“Cik
Melly, Encik Lukman is here, he want to meet you,” Suara Khalif kedengaran
jelas di intercom.
“Hmm,
just let him in,”jawab Syarifah Armalia, ringkas.
Syarifah
Armalia tersenyum senang hati saat melihat kelibat Lukman yang memasuki ruang
pejabatnya. Lelaki yang segak memakai pakaian jenis three pieces suits itu
juga turut tersenyum apabila melihat
Syarifah Armalia yang duduk elok di meja kerjanya.
“
Jemput duduk,” Pelawa Syarifah Armalia sambil mengemas fail-fail yang sedikit
berselerak di atas mejanya.
“
Sibuk nampak?” ujar Lukman sebaik sahaja
melihat Syarifah Armalia yang sedang menyusun fail- fail kerjanya.
“Hmm,
adalah sikit. Tapi i tak lah sibuk macam orang tu,sibuk dia macam perdana
menteri,” jawab Syarifah Armalia sedikit memerli.
Lukman
ketawa kecil demi mendengar kata-kata yang terkeluar dari bibir gadis di
hadapannya itu. Syarifah Armalia masih seperti dahulu, dalam kata ada sinisnya.
Mungkin sebab itu ramai lelaki tidak
berani menghulurkan salam pengenalan.
“You
ni mulut longkang you tu tak habis-habis.”
Syarifah
Armalia hanya menjungkitkan bahunya lalu mencebik bosan.
“Kat
luar tu secretary you ke?” Tanya
Lukman tiba-tiba bersama senyum penuh
maknanya.
Syarifah
Armalia menggelengkan kepalanya beberapa kali. Lukman masih tidak berubah
rupanya.
“
You ni, bila nak berubah selera you tu?”
“Alah,
you mengata i, yang you tu pun sama, bila nak habis perspektif buruk you
terhadap lelaki ?”balas Lukman sambil memandang tajam ke anak mata Syarifah
Armalia. Gadis itu terdiam.
Lukman
tahu sejarah silam Syarifah Armalia. Mereka berkawan daripada sekolah menengah
lagi. Sehingga melanjutkan pelajaran ke luar Negara pun mereka masih berkawan
rapat. Syarifah Armalia mula membenci lelaki selepas di tinggalkan Zarif, kekasihnya
demi minah salleh yang selayaknya di
panggil mak.
Syarifah
Armalia juga tahu yang dia seorang homoseksual. Itu sudah menjadi rahsia mereka
berdua untuk bertahun lamanya. Sudah
beratus kali Syarifah Armalia menasihatinya namun tidak di pedulinya
seperti mana Syarifah Armalia tidak mempedulikan nasihatnya untuk tidak
membenci lelaki.
“
Melly, i mintak maaf kalau you terasa.”
Syarifah
Armalia hanya tersenyum. Dia tahu Lukman betul. Sikit pun kata-kata Lukman
tidak mengganggu emosinya.
“
Takpelah macamlah i tak biasa dengan mulut you tu,” balas Syarifah Armalia
sambil menepuk bahu Lukman perlahan.
“
Eh, sembang- sembang lupa pulak nak tanya you nak minum apa?”
“
Ha... Tulah you, dah naik kering dah tekak i ni.”
Syarifah Armalia senyum
sebelum bertindak menekan butang intercom.
“Khalif
bawakkan kopi untuk I dan tetamu I ni,”
arah Syarifah Armalia dengan nada garangnya.
Lukman
hanya mampu menggelengkan kepalanya untuk beberapa kali. Degil yang tak boleh
nak di ajar!
ZARIF memicit kepalanya yang terasa
berdenyut-denyut. Dua tiga hari ini dia rasa tidak enak badan. Mungkin kerana
masalah yang datang bertimpa-timpa ke arahnya yang membuatkan kepalanya seperti
ingin meletup! Perlahan cermin mata yang di pakai di tanggalkannya. Batang hidung
yang sedia terletak di urut lembut. Penat dan tertekan!
Fail-fail
kerja yang berada diatas meja di pandang sepi. Entah bila boleh di siapkan
kerja-kerja yang berlambak itu. Mana nak siapkan kerja, mana nak cari duit nak
bayar hutang syarikat papanya. Dia betul-betul tertekan! Baru-baru ini pula
bekas isterinya meminta pampasan dan ganti rugi kerana menyebabkan kecederaan
kepada skandal bekas isterinya.
Kadangkala
Zarif merasakan hidupnya sebuah pembalasan dari Tuhan. Pembalasan kerana
mempermainkan cinta dan kasih sayang seorang gadis. Hanya kerana di butakan
dengan wang ringgit, dia sehingga terlupa makna cinta sejati yang tidak boleh
di ukur dengan kekayaan. Dia sudah mempermainkan cinta Syarifah Armalia!
Selama beberapa tahun mereka bersama
namun akhirnya dia di kalahkan dengan cinta yang baru di kenali sebulan, cinta
yang berdasarkan materialistik!
Entah
bagaimana Syarifah Armalia sekarang? Adakah dia masih menunggu aku? Masih ada
cintakah dalam hatinya untuk lelaki seperti aku?
“Kenapa
Zarif? Kenapa you buat i macam ni?” tangis Syarifah Armalia lalu air mata yang
mengalir di pipinya di kesat menggunakan belakang tapak tangannya.
“I
mintak maaf, tapi i tak tahu dan i pun tak faham dengan diri i sendiri,” jawab
Zarif ringkas,lansung tidak memandang Syarifah Armalia. Entah kenapa hatinya
seolah-olah keras, walaupun di hadapannya sekarang ini Syarifah Armalia lagi mengalirkan air matanya.
“
Tak faham? Apa maksud you dengan tak faham? You sebenarnya sukakan duit minah
salleh tu kan?” sela Syarifah Armalia dengan nada suara yang tinggi.
“
Jawab Zarif!” jerit Syarifah Armalia. Tidak berpuas hati apabila melihat lelaki
itu hanya berdiam diri sahaja.
“
I takkan kata apa-apa. Tapi kalau itu anggapan you, i nak buat macam mana,”ulas
Zarif ringkas namun sangat menyakitkan hati Syarifah Armalia yang mendengarnya
Syarifah
Armalia menganggukkan kepalanya untuk beberapa kali.
“
Sekarang barulah i faham betapa murahnya cinta you, Zarif,” tukas gadis itu sambil memandang tajam.
“
katalah apa yang you nak kata, tapi bagi
i you dah takde dalam hidup i. Anggap saje kisah kita hanya sebuah
mimpi. I mintak maaf sekali lagi,”
Syarifah
Armalia hanya memandang Zarif yang berlalu pergi dengan linangan air mata.
Perlahan
Zarif membuka matanya. Keluhan berat dilepaskan entah untuk kali ke berapa.
Rasanya seperti baru semalam dia memutuskan hubungannya dengan Syarifah
Armalia. Mahukah Syarifah Armalia kembali padanya jika dia meminta maaf?
SYARIFAH ARMALIA
merengus geram sambil mengerling ke arah jam tangannya. Entah berapa kali dia
memandang jam tangan berjenama Tag Huer itu. Dia paling benci dengan orang yang
suka membuatkannya tertunggu-tunggu. Paling tidak boleh di terimanya orang yang
membuat dia tertunggu-tunggu seperti orang sasau tengahari buta macam ni adalah
Khalif!
Entah
ke mana lelaki itu menghilang. Katannya mahu bergerak ke Kuantan sebelum pukul
sebelas pagi. Sekarang sudah pukul 12.30 tengahari! Bayang batang hidungnya pun
masih tidak kelihatan. Makan gaji buta betul lelaki ni!
Sambil
mengetuk lutut kakinya yang terasa lenguh Syarifah Armalia melebarkan pandangan
matanya. Masih tekun mencari kelibat Khalif. Beberapa minit kemudian dia
melihat Khalif membawa kereta berjenama Suzuki Swift dan sedang bergerak menuju
ke arahnya. Dia mengecilkan anak matanya dari jauh.
Khalif
hanya memandu Suzuki Swift sahaja! Seriuslah! Alah, apa yang nak di kisahkan
sangat, setiausaha je kot! Kalau dia bawak BMW yelah aku kena kisah. ‘Sesuatu’
lah kalau setiausaha mampu pakai BMW.
Sempat lagi Syarifah Armalia ‘mengutarakan’ pendapatanya tentang jenama kereta
yang di pakai Khalif dalam hati dan yang paling penting dalam keadaan sakit
hati!
Khalif
memberhentikan keretanya betul-betul di hadapan Syarifah Armalia yang nyata
tidak berpuas hati. Hatinya agak gementar demi melihatkan wajah Syarifah
Armalia yang sudah merah menahan marah.
“
Maaf saya lambat,” tegur Khalif sopan.
Syarifah
Armalia masih mengecilkan matanya. Entah kenapa Khalif nampak kecil di matanya.
Rasa macam nak cekik-cekik pun ada! Tapi mengenangkan mereka sedang berada di
tempat awam, di pendamkan sahaja ‘cita-citanya’ itu.
“
You tahu tak sekarang dah pukul berapa?
You tahu tak berapa lama dah i tunggu
kat sini?” marah Syarifah Armalia dalam nada yang masih mampu di kawal.Tempat
awam tak tempat awam. Bila dia rasa nak sembur, dia sembur!
Khalif
hanya mengerdipkan matanya beberapa
kali. Bukan kerana matanya masuk habuk, atau nak berlagak comel,tapi itu sahaja
yang mampu dia buat bila sudah terang lagi sudah bersuluh dia yang salah.
Kaklongnya, Kak Alina telah mengirimkan barang untuk di beri kepada ibu
memandangkan dia akan balik ke Kuantan
hari ini. namun, kerana kesesakan jalan raya membuatkannya terlewat dari waktu yang
sepatutnya.
“Apa
yang you terkebil-kebil sorang-sorang tu! Nampak sangat you yang salah!” sela
Syarifah Armalia sambil bercekak pinggang. Walaupun dalam hati dia agak pelik
melihat reaksi sebegitu daripada Khalif.
“Kalau
i tahu baik i ambil flight. Papa ni
pun satu, kalau i tak pergi dengan you, i
dah sampai agaknya!” bebel Syarifah Armalia lalu membuka pintu kereta
Khalif dengan tanpa rasa bersalahnya.
Baru
sahaja punggungnya ingin mencecah tempat duduk kereta, suara Khalif telah membantutkan niatnya.
“Cik
Melly tak bawak beg baju ke?”
“
Soalan apa you tanya i ni? I tak kira i nak balik hari ni jugak! I tak nak
bermalam kat Kuantan!”
“Tapi
Cik Melly lawatan kita maybe akan take time,” ujar Khalif dengan muka yang
pelik. Dato’ tak bagitahu kat anak dia ke kena bermalam?
“
I tak kira, kita lambat pun sebab you. So, you yang takkan balik kalau kita
lewat sampai!”bentak Syarifah Armalia lalu menutup pintu kereta Khalif dengan
kuat.
Haih,
jahanam kereta aku! Sombong yang tak
boleh nak di ajar betul perempuan ni...
KHALIFmemberhentikan
keretanya betul-betul di hadapan tapak projek ARMAND yang berhampiran dengan
pantai Teluk Cempedak. Syarifah Armalia yang masih nyenyak tidur di pandang
sebentar. Nak gerak ke tak?
Kalau
gerak karang dia risau Syarifah Armalia tidak suka. Kalau tak gerak macam mana
nak balik awal? Haih, rasa-rasanya hidup aku akan lebih bahagia kalau Syarifah
Armalia ni tak wujud kot.
Syarifah
Armalia...ohh, Syarifah Armalia... Seru Khalif dalam hati. Manalah tahu
berkesan cara ini. Syarifah Armalia bergerak sedikit. Walaubagaimanapun,
gerakan itu membuatkan mini skirt yang di pakai Syarifah Armalia sedikit
terangkat. Menampakkan peha putihnya wanita itu. Khalif terkedu! Dia
memalingkan wajahnya ke arah lain. Sudahlah dia terkedu melihat ‘pemandangan’
sebegitu, sekarang dia sudah tersedu pula!
Syarifah
Armalia tersedar apabila terdengar bunyi orang tersedu. Siapa pulak tersedu ni?
Dia menggosok matanya beberapa kali. Walaupun rasa mengantuk masih berbaki,
namun dia masih boleh melihat dengan jelas yang Khalif sedang memalingkan
wajahnya ke arah lain sambil cuba menutup mulutnya dengan kedua-dua belah
tangannya dengan bahu yang terhinggut-hinggut. Bunyi sedu juga kedengaran dari
arah lelaki itu. Khalif yang tersedu rupanya. Dah besar pun tersedu. Hmm... lantak
kau lah...
“
Dah sampai ke?” Soal Syarifah Armalia lalu membetulkan rambutnya menggunakan
tangannya sahaja.
Dia
malas menjadi prihatin untuk bertanya sama ada setiausahanya itu penat atau
tidak selepas memandu untuk beberapa jam dari Kuala Lumpur ke Kuantan.
Menunjukkan kasih sayang dan prihatin memang bukan caranya.
Khalif
hanya mengangguk perlahan, masih menahan
sedu yang di perolehinya secara tiba-tiba, ‘bahana’ memandang aurat seorang
bukan muhrimnyalah tu! Tapi selama ini dia sudah biasa melihat ‘pemandangan’
itu di majlis-majlis besar. Mungkin yang biasa di pandangnya itu bukan Islam
dan bukan dalam jarak yang dekat seperti ini. Mungkinlah kot...
“
Yang you ni kenapa sedu tiba-tiba ni?”tanya Syarifah Armalia lagi.
Khalif
hanya mengerdipkan matanya untuk beberapa kali. Bukan nak berlagak comel, tapi
dia rasa memang dia bersalah sangat sebab pandang sesuatu yang tak patut untuk
di pandang. Kalaupun tak dapat minta maaf sebab tengok aurat wanita itu, dia
boleh menyatakan ke tidakbersalahannya dengan bertindak seperti innocent. Ada
pulak macam tu?
Ada
rasionalnya jugak. Kalau dia bagitahu ‘saya nampak peha awak lah, maafkan saya
ye’ belum tentu Syarifah Armalia akan memberi respons yang positif. Entah
–entah, mahu terbalik Suzukinya di buat wanita itu. Jadi, konklusinya jangan
bagitahu! Minta maaf bila raya nanti je. Itu pun jangan bagi sebab kenapa nak
minta maaf.
“
Haish, malaslah i layan orang tak betul macam you ni. Buang masa!”ujar Syarifah
Armalia dalam nada keras lalu membuka pintu kereta dan bergerak ke arah tapak
projek.
Khalif
menarik nafas lega sebelum bertindak berjalan mengekori langkah wanita itu.
SYARIFAH ARMALIA hanya
mendengar penerangan daripada Encik Faiz sepintas lalu. Tidak mahu mengambil
bahagian rasanya. Tapi memandangkan dia yang harus mengetuai projek syarikat bapanya
itu, maka dia sangatlah terpaksa mendengar butiran projek itu! Ini semua
gara-gara buah idea Khalif yang tersangatlah ‘bernas’ itu. Papa pun satulah,
pergi terima bulat-bulat idea si Khalif tu apasal. Tak pasal-pasal dia kena
jadi ‘patung cendana’ kat tapak projek ni.
“Macam
mana Cik Armalia?” Syarifah Armalia segera memandang kearah suara yang
bertanya.
“Err,
i rasa dah okey dah untuk permulaan ni, betul tak Khalif?”
Syarifah
Armalia sengaja mengenakan setiausahanya itu. Malas nak bersoal jawab sekiranya projek yang sedang di
lawatinya ini bukan tercetus dari buah fikirannya.
“
Saya rasa untuk bahagian depan dan belakang....”
Syarifah
Amalia malas nak mendengar yang selanjutnya lalu dia bergerak menuju ke kereta
milik Khalif yang di parkirkan di sebelah jalan. Radio kereta itu di bukanya
perlahan. Seterusnya lena di ulit mimpi.
Khalif
mengeluh kecil apabila melihat ketuanya yang seorang itu lagi tidur nyenyak
dalam kereta. Jam tangan yang berjenama Tag Huer miliknya itu di kerling
sekilas. Sudah masuk Asar. Baik aku singgah kat mana-mana masjid. Karang tak
pasal-pasal terlepas solat Asar aku.
Tanpa
berlengah lagi Khalif segera masuk ke dalam keretanya dan menghidupkan enjin
keretanya, sudah bersedia untuk bergerak. Raut wajah Syarifah Armalia di pandangnya
sekejap. Dia sudah berkira-kira untuk mengejutkan Syarifah Armalia nanti
setibanya mereka di mana-mana masjid atau surau berdekatan.
Apabila
sampai di Masjid besar Kuantan, Khalif terus menggerakkan Syarifah Armalia.
Wanita itu memisat matanya beberapa kali sambil memandang keluar kereta.
“Where are we?” Tanya Syarifah Armalia
dalam mamai yang masih bersisa. Suara pun masih serak-serak!
Khalif
tersenyum. Walaupun wanita di sebelahnya ini selalu serius dan kurang sense of humor, tapi tetap nampak comel
dalam masa-masa tertentu contohnya seperti sekarang, dengan wajah mamai dan
separuh sedarnya.
“Kat
masjid. Saya nak solat Asar kejap. Kalau Cik Armalia boleh solat kat sebelah
sana tu tempat ambil air sembahyang perempuan,” kata Khalif sambil menunjukkan
bahagian yang dikatakannya.
“Hmm...”
Syarifah
Armalia hanya memandang Khalif yang berjalan masuk ke dalam perkarangan masjid.
Dia tidak boleh bersolat hari ini. Maka dia tidak dapat mengikut Khalif untuk
bersolat. Dalam hatinya tetap memuji betapa lelaki itu taat mengerjakan
perintah Tuhan walau sesibuk manapun dia mengendalikan projek tadi. Kalau dia,memang
dah lama ‘terbang’ solat Asarnya hari
ini.
3 comments:
Nak lagi... Best
Best..next n3..
Hey,lmbt lg ke nxt entry..can't wait..u know what I read all ur posts for third times..plz write a lot..make a novel if u may..thnx writer
Post a Comment