BAB
5
Is
there ‘us’ in our story?
Syarifah
Armalia memandang ke luar pejabatnya. Lebih tepat lagi ke arah meja milik Khalif.
Melihat lelaki itu dia jadi teringat pada kata-kata Mak Adah kembali. Teringat
peristiwa yang berlaku di rumah Mak Adah.
Sebaik
sahaja dia bersiap-siap ingin tidur, pintu biliknya diketuk Mak Adah. Wanita
bertubuh gempal itu tersenyum memandangnya sebelum duduk di birai katil bersaiz
queen itu. Syarifah Armalia dapat
merasakan kedatangan Mak Adah pasti ada hubung kaitnya dengan kejadian di meja
makan tadi. Dia diam, menanti hujah daripada Mak Adah.
“Mak
Adah minta maaf bagi pihak Khalif,” Mak Adah memulakan bicaranya. Tangan tua
itu mencapai tangan milik Syarifah Armalia. Kedua-dua tangan itu bertaut. Erat!
Syarifah Armalia
mengukir senyumannya. Meredakan gusar di hati tua itu.
“Mak
Adah salah sebab bagi kamu kain batik tu. Mak Adah ingat kamu pandai pakai.
Rupanya tak,” jelasnya lagi.
Syarifah
Armalia menggeleng perlahan.
“Salah
saya sebenarnya Mak Adah. Sepatutnya saya bertanya, macam mana nak pakai kain
batik tu. Tapi tidak, saya diam je. Berlagak
macam tahu,”ujar Syarifah Armalia. Tidak
mahu Mak Adah terus-terusan menyalahkan diri. Hakikatnya, salah datang daripada dirinya sendiri.Cuba
dia bertanya dahulu, pasti kejadian memalukan itu tidak akan berlaku!
Mak
Adah tersenyum lega. Dia tahu gadis di hadapannya ini baik orangnya walaupun
memakai pakaian yang tidak cukup kain. Pakaian kadang-kadang tidak mampu
mencerminkan akhlak seseorang dengan baik. Semuanya terletak pada hati! Baik
hatinya, maka baiklah budinya.
“Kamu
jangan bimbang, Mak Adah dah suruh Khalif padamkan kejadian tu dari memori
dia,” tambah Mak Adah bersungguh-sungguh.
Syarifah
Armalia meledakkan tawanya. Boleh ke macam tu?
“Takpe
Mak Adah, benda dah berlaku. Lagipun, sebelum ni macamlah saya tak dedahkan
betis saya pada orang lain macam tadi,” sela Syarifah Armalia perlahan tetapi
masih mampu didengari Mak Adah.
Mak
Adah memaut dagu milik anak gadis itu. Memaksanya memandang ke dalam anak
matanya.
“Lia
tak teringin ke nak tutup aurat? Maafkan Mak Adah kalau Lia terasa,”
Syarifah
Armalia sebak! Melihat Mak Adah seperti melihat ibunya. Kalau sahaja ibunya
masih hidup saat ini, pasti dia tidak akan begini. Kehilangan punca hidup!
Kalau tidak kerana kemalangan itu, pasti ibunya masih hidup!
“Takpelah,
Mak Adah Cuma nak nasihat, wanita ni dia semakin berharga bila tertutup. Lia
fahamkan maksud Mak Adah?”ucap Mak Adah seraya bangun merapati pintu.
Syarifah Armalia
menekur pandangannya ke lantai. Terharu!
“Mak
Adah doakan supaya suatu hari nanti Lia dapat petunjuk Allah untuk berubah.
InsyaAllah, Mak Adah doakan,” tambah Mak Adah lagi sebelum hilang di sebalik
muka pintu.
SYARIFAH ARMALIA
tersedar dari lamunannya tatkala telefon bimbitnya berbunyi nyaring, meminta
segera diangkat. Dia kerling seketika di dada skrin telefonnya. Melihat nama si
pemanggil. Malangnya panggilan itu hanya tertera nombor sahaja.
Siapa?
Tanya hatinya. Curiga! Tanpa membuang masa dia menekan kekunci sentuh di
telefon itu.
“Hello,”
sapanya, tegas.
“Hai,
sayang.”
Syarifah
Armalia terkesima! Zarif!
“Aa..apa
you nak?” tergagap sebentar Syarifah Armalia mendengar suara bekas kekasihnya
itu.
“I
nak jumpa you boleh?”
“I
sibuk. Takde masa. By the way, wife
you tak marah ke you nak jumpa i?” perli Syarifah Armalia, sengaja.
“I’m a divorcee,
kalau itu yang you nak tahu Melly,” jawab Zarif, selamba.
Syarifah
Armalia tersenyum sinis. Mudahnya lelaki! Sudah bercerai, senang aje nak mencari
pengganti!
“Oh, really?I’m sorry to hear that.
Got to go!” pantas butang merah itu ditekan Syarifah Armalia,
menamatkan perbualan tanpa sempat Zarif membalasnya. Dia puas dapat menyakitkan
hati lelaki itu sebagaimana lelaki itu pernah menyakiti hatinya suatu masa
dahulu.
Dia
menekan intercom, memanggil Khalif. Hari ini dia perlu meneliti beberapa fail
penting syarikat. Mahu tidak mahu, Syarifah Armalia perlu bersemuka juga dengan
setiausahanya itu untuk berbincang mengenai beberapa projek yang bakal beroperasi hujung tahun ini
atas arahan papanya.
“Cik
Armalia ada apa yang boleh saya bantu?”
Syarifah
Armalia memandang Khalif sekejap sebelum kembali menatap fail berwarna biru
itu.
“Duduk,”
arah Syarifah Armalia dalam nada suara mendatar.
“I’ve a few ideas that I need to
ask your view. If you don’t mind may I proceed?”
pinta Syarifah Armalia, serius.
Khalif
mengangguk. Dia mendengar dengan teliti setiap penerangan daripada Syarifah
Armalia. Apabila Syarifah Armalia selesai menerangkan, Khalif pula mula mengemukakan idea dan pendapatnya.
Sekali-sekala dia memandang raut wajah majikannya yang khusyuk mendengar.
Berkerut-kerut dahinya bila cuba mencerna penerangannya.
“Hmm...okey
i suka pendapat you. No wonder papa
believes you so much!” Syarifah Armalia secara tidak langsung memuji Khalif.
Khalif
melebarkan senyumannya. Tak sangka gadis itu memberi pujian padanya. Pertama
kali, secara langsung begini. Dalam diam, dia mengakui kata ibunya yang
Syarifah Armalia masih ada lembutnya. Cuma terlindung dengan perwatakkannya
yang keras hati dan sombong diri itu.
“Ini
apahal you senyum sorang-sorang ni? Teringat hal kat rumah mak you ke?” terjah
Syarifah Armalia, tiba-tiba. Hatinya mendongkol geram bila senyuman dan
pandangan Khalif masih padanya, walaupun perbincangan mereka sudah reda beberapa
minit tadi. Fikirnya, pasti Khalif teringat peristiwa di rumah Mak Adah.
Khalif
menggaru kepalanya yang tidak gatal. Malu bila di tangkap begitu. Malu lagi
bila dia dituduh mengingati kejadian yang berlaku dirumah maknya oleh gadis
itu.
“Tak.
Tentang kejadian tu saya dah lupakan. Dah delete dari memori pun,” jelas Khalif
dengan muka yang sudah merona merah.
“Whatever! I don’t give a damn
pun pasal tu. By the way, betul ke
you dah delete?”Sinis nada suara
Syarifah Armalia.
“Lelaki
kan spesis mata keranjang, pantang nampak!” tambahnya lagi sambil memeluk
tubuhnya
Khalif
tenang mendengarnya. Sudah tahu feel
gadis yang memiliki hati sekeras batu itu bagaimana.
“Well,
bergantung! Pada saya kejadian tu salahnya datang dari Cik Melly sendiri. Saya
lelaki normal. Pada pandangan pertama, kejadian tu umpama rezeki. Pada
pandangan kedua dah dosa jadinya,”
“...
dan tak semua lelaki mata keranjang. Lelaki-lelaki kat dunia ni jadi mata keranjang
pun sebab ada perempuan-perempuan macam cik Melly ni lah. Terdedah sana-sini! Buat tambah dosa ayah dan
suami je,” Tajam kata-kata Khalif, menyucuk sehingga ke dasar hati Syarifah
Armalia yang paling dalam.
Tanpa
sedar, gadis itu mendengus kasar. Marah dengan kenyataan yang keluar dari bibir
setiausahanya itu.
“Kalau
perempuan seperti I ni yang terdedah sana-sini ni punca lelaki jadi mata
keranjang, macam mana pulak dengan lelaki curang kat luar sana yang buat kami
wanita sengsara? Hilang kepercayaan pada cinta?Hmm?” provok Syarifah Armalia,
sudah hilang sabar.
Khalif
membetulkan duduknya. Tidak selesa dengan bentuk soalan yang diajukan gadis di
hadapannya ini. Soalan hati dan cinta memang bukan soalan kegemarannya. Tanya
sejuta kali pun, belum tentu dia boleh bagi jawapan yang betul dan dikehendaki.
Bagaimana
dia hendak terangkan pada Syarifah Armalia tentang betapa ‘kosongnya’ dia dalam
hal cinta-cinta ini? jika dia menolak atau berdiam diri, mesti gadis egois
sepertinya akan membuat spekulasi yang bukan-bukan. Malah, lebih sadisnya nanti
Syarifah Armalia akan meletak tanda di dahinya sebagai lelaki curang juga.
Namun,
jika dia membuat pengakuan bahawa dia tidak pernah mengalami perasaan cinta dan
bercinta selama 28 tahun hidupnya, mahukah Syarifah Armalia memahaminya?silap
hari bulan, dirinya dikatakan menipu, tidak pun dikatakan tidak normal! Ahh,
rumitnya!
“Hello!
Jauh berfikir?” Suara Syarifah Armalia menembusi ruang lamunan Khalif. Dia
memandang ke luar tingkap, mencari idea.
“Maafkan
saya Cik Melly. Bagi saya, berbeza orang, berbeza pendapatnya. Tapi bagi saya,
kalau teras percintaan itu kesetiaan dan saling mempercayai takdir yang
tertulis, maka isu hilang kepercayaan
pada cinta ni tak sepatutnya timbul. Betul tak?”
Syarifah
Armalia mengakui dalam diam kata-kata yang diucapkan Khalif tadi. Berlapik dan
tidak menyebelah mana-mana pihak. Kemarahannya bagai reda dengan kata-kata itu.
Khalif
melepaskan nafasnya, lega. Entah bagaimana ayat sebegitu boleh keluar dari
mulutnya? Macam orang yang berpengalaman pulak! Dari reaksi Syarifah Armalia,
dia tahu gadis itu memahaminya, tapi ego untuk mengaku secara lisannya.
“Err...saya
rasa cukuplah sampai di sini sahaja perbincangan kita. Dah macam keluar topic
pulak. Saya mintak diri dulu Cik Melly,” pamit Khalif bila Syarifah Armalia
hanya diam selepas mendengar kata-kata ‘hikmat’ darinya.
Syarifah
Armalia mengangguk sahaja.
Ketika
tangan Khalif menyentuh tombol pintu pejabat, suara Syarifah Armalia
kedengaran. Membuatnya terpaku di situ.
“
Kisah cinta you mesti menarik, kan?”
Khalif
tidak memandang Syarifah Armalia, tapi dia tahu gadis itu sedang memandangnya.
Masih menunggu jawapan darinya.
“InsyaAllah
bakal menarik kisahnya nanti,” kata Khalif sebelum menghilangkan dirinya
disebalik pintu. Syarifah Armalia membawa tangannya ke dada. Ada debar bertamu
di situ demi mendengar kata akhir lelaki itu. Tapi untuk apa?
DI PEJABAT, Zarif
menolak segala barang yang ada di atas meja kerjanya. Dia sudah tidak peduli
kalau barang-barang itu rosak. Apa yang penting rasa di hatinya dilepaskan.
Rasa marah dan malu menjadi satu. Berani
sungguh Syarifah Armalia berkurang ajar dengannya!
Tidak
sepatutnya gadis itu memerlinya seperti tadi. Memutuskan panggilan tanpa sempat
dia berkata apa-apa! Sangat tidak boleh diterima!
Dia
baru sahaja memasang niat untuk menjernihkan hubungan mereka. Memujuk dan
memulakan kembali cinta yang pernah dia sendiri musnahkan. Namun, bila Syarifah
Armalia memperlakukannya seperti orang
tiada maruah, dia jadi sangat marah!
Dia
juga ada harga diri! Keluhan berat dilepaskan. Tidak sangka, hanya beberapa
tahun cukup untuk mengubah bekas kekasihnya itu.
Tapi walaubagaimanapun dia berjanji akan
merebut kembali cinta Syarifah Armalia. Dia betul-betul perlukan gadis itu!
Demi kepentingannya. Cinta, mungkin sekadar selingan sahaja. Yang penting,
hutang-hutangnya langsai dan dalam masa yang sama gadis itu akan terkulai dalam
dakapannya!
“I’ll do something to get her back!
Cara baik atau kasar!” tekadnya bersama senyuman penuh muslihat.
12 comments:
smbung2 please....
berbakat sungguh .. terbaik lahh.. i like :)
kelapangan singgah blog saya yer... murah,murah & murah ada di sana.
http://izzium2u.blogspot.com/
Lamenye xupdate....ramai silent readers da mengeluh :-(
Mana gi cik penulis ni. Lamanya menyepi
Tak nak sambung lagi ke? Dah part best da ni..sambung laa.... :(
Smbung please..dah lama tnggu smbungan cerita nie:((
Bila nak sambung? Selalu skodeng blog in case ada sambungan.
Assalamuaalaikum! hihi suka saya baca cerpen awak dekat p2u. gigih jugak cari blog awak nih. nasib nama blog pun sama dengan nama pena. lama awak tak post karya. rindu nak baca karya awak. your plot,your storyline truly profesional and talented. awak sihat-sihat sajakan? ^-^ you're truly gifted in writing so chaiyok! good luck for your future. InshaAllah awak boleh!
Nooraihas....di manakah dikau. Mengapa sepi tanpa berita
Pls update lagi. Saya suka baca cerpen dan novel awak.
Hye mmg dia senyap, bz kot. Cube cri dkt tweet die. Slalu nmpk die dkt situ.
Hai gan.. Kunjungi website dibawah ini yaa :)
Jual Lab bahasa Murah meriah. Makasih Admin..
Laboratorium Bahasa Murah
Post a Comment