Tajuk : Demi Dia...
Tarikh post : 4 September 2014
Aku jahat. Dia terima... Aku jahil. Dia terima...Aku benci. Dia
terima...Aku goncang kesabarannya. Dia terima.... Nikmat dunia apa yang sedang
aku tolak dan nafikan ini?
“Betul kau sanggup terima semua syarat aku?” Soalku dengan tegas.
Lebih tegas dari kebiasaanku. Apa syaratku? Hmm...hanya syarat-syarat klise
yang selalu dinyatakan apabila watak heroinnya dipaksa untuk terima watak heronya
sebagai suami. Tak boleh sekamar, tak boleh sentuh menyentuh, tak boleh jatuh
cinta sama sendiri,tak boleh ganggu uruskan peribadi masing-masing dan
bla...bla...bla...
Dia mengangguk laju.
“Saya serius. Tak main-main. Lagipun saya...”
“Sudah! Aku tak nak dengar alasan kau. Sekarang kau Cuma perlu cakap
kat Tok Wan yang kau setuju,” pintasku tanpa dia menghabiskan bicaranya. Malas
mahu mendengar alasan selanjutnya dari pemuda itu. Pastinya alasan klise!
Dia terkedu sebelum sekali lagi mengangguk. Memang lurus! Memang
kampong sangat!
“Tapi saya pun ada syarat jugak,” ujarnya terus membuatkan mataku
membulat. Amboi, pandainya nak pakai syarat jugak!
“Just say it. I will try to reconsider it,” balasku dengan bunyi yang
memang sombong.
Aku nampak halkumnya bergerak-gerak. Entah gugup atau cuba menahan
rasa tidak puas hatinya, aku sendiri pun tidak pasti.
“Saya tak nak sain kontrak ni. Dalam islam tak ada kahwin kontrak.
Bila urusan kita bersama dah selesai, saya akan lepaskan awak macam mana yang
awak mahukan. Boleh?”
Oh..terasa sungguh kejahilan diri. Mungkin saat ini aku nampak sangat
bodoh di depannya, nampak sangat kosong dalam ilmu agama. Sungguh aku tidak
tahu tapi untuk mengaku kesilapan diri, aku tidak rela.
“Baik. Aku pegang kata-kata kau. Kalau kau langgar mana-mana syarat
lisan ni, aku akan tarik balik semua pertolongan yang aku berikan pada kau.
Faham?” gertakku dengan lagak serius. Separuh rela juga sebenarnya. Tapi aku
tahu, jejaka kampong yang lurus bendul seperti dia pastinya boleh aku
pijak-pijakkan kepalanya sampai dia menurut kataku.
Dia mengangguk setuju. Sekali imbas, aku pandang wajah bulat itu.
Sangat kemerah-merahan kulitnya, mungkin tak tahan hangat dibakar mentari.
Tinggi orangnya tapi berisi sedikit. Huh, macam manalah tok wan beria nak
padankan aku dengan dia! So not my taste!
“Okay. Kalau ada apa-apa
masalah sila kontak nombor aku. Jangan nak mengadu straight kat tok wan. Aku
paling pantang orang suka mengadu ni. Faham?” tegasku di akhir bicara. Cuba
memberi peringatan keras. Sakit hati bila teringat setiap perjumpaan kami ini
mesti di atur tok wan atas permintaan
dia.
Wajah itu nampak sedikit tersentak. Hmmm...tahu pun terasa! Bagus!
“Err...saya minta...”
“Whatever! Aku tak nak dengar!” cantasku tanpa sempat dia menghabiskan
kata-katanya.
Bola mataku terkesan raut wajah itu berubah muram. Tapi Puteri Nadrah
tak akan pernah kisah perkara remeh macam ni! Buang masa!
***
Sudah banyak kali lelaki itu ke hulu dan ke hilir di hadapanku. Nampak
macam tidak senang. Lalu majalah yang sedang aku baca segera aku tutup dengan
kasar. Nak baca pun tak senang kalau ada gangguan macam ni!
“Apa masalah kau hah gemok?” Soalku sedikit kasar. Sudah hilang sabar.
Memang banyak sabar aku dah hilang sejak berumah tangga dengan si gemok, Ahmad
Muiz intan payung Tok Wan yang seorang ni!
“Err...Muiz nak bagitahu awak something. Tapi Muiz takut awak
terkejut,” luahnya dalam nada ragu-ragu.
Naik juling mata aku mendengarnya. Menyampah!
“Cakap ajelah. Aku tak makan lagi orang setakat ni. Nak-nak yang gemok
macam kau ni! Obesity pulak aku nanti.” ujarku dalam nada sindiran juga.
“Betul ni? Awak tak marah?”
Aku jeling dia kali ini. Berani betul mengajukan soalan yang berulang
pada aku. Sekali aku naikkan kening macam Ziana Zain mahu si Muiz ni
terkencing! Banyak sangat songehnya.
“Muiz...” Meleret suaraku menyebut namanya. Amaran fasa pertama.
“Okay...Okay...sebenarnya Muiz dapat tawaran jadi pensyarah kat tempat
awak belajar.”
Kepala aku jatuhkan beberapa kali. Faham dengan kandungan maklumat
yang disampaikan. Tiada apa yang perlu nak dimarahkan setakat ini. Apalah yang
si Muiz ni fikir sampai dia nak gelabah sakan. Sungguh aku tak faham!
“I don’t see any problem Muiz. Apasal kau nak kelam kabut sangat ni?”
Tanyaku masih dalam lagak tenang.
Kali ini Muiz melabuhkan duduknya di sebelahku. Wajahku yang bebas
dari make-up dipandangnya penuh gusar. Kaca mata jenama Rayban yang tersangkut
di batang hidungnya segera dibetul-betulkan sebelum membawa tangannya ke
belakang leher.
“Awak tak marah ke? Tak takut kawan-kawan awak tahu pasal kita?”
Akhirnya apa yang bersarang di dalam fikiran Ahmad Muiz ini terluah juga.
Bibir aku ketap perlahan cuba menahan tawa. Tapi tawa itu meletus
juga. Apa jenis soalan dia tanya ni? Tak praktikal langsung! Tak mencabar IQ
pun.
“Kenapa awak ketawa?” Polos betul Ahmad Muiz ni! Dasar orang kampong!
Lurus macam kayu pembaris!
Aku geleng kepala sebentar sebelum menjawab.
“Dear gemok, kalau kau tak bagitahu, orang lain tak akan tahu. Relaks!
Let me control the game. Kau ikut je faham?” Dengan lagak angkuh seperti biasa,
aku menenangkan kepala kusutnya si Muiz.
“Ohh...aah kan! Apalah saya ni!” gumam Muiz, nampaknya dia turut
bersetuju dengan idea bernasku.
“Pandainya awak!”
Amboi, nada suaranya ini tak dapat aku pastikan jenisnya. Perli atau
memuji. Tapi seperti biasa, aku kisah apa dengan kata-kata dia. I own him!
Hanya aku yang boleh mengawal rentak jalan cerita rumah tangga kami ini. Bukan
dia.
“Mok, tolong angkat aku naik atas. Aku malas nak jalan,” arahku bila
aku sudah malas nak bermalasan di atas sofa di ruang tamu rumah Tok wan ini.
Pantas dia mengangguk setuju. Tak tahulah aku apa yang difikirnya
kerana dia rela sahaja aku membulinya. Tak membentak pun bilamana aku dengan
suka hatinya memanggilnya ‘gemok’. Sabar aje melayan karenahku tanpa
terfikir untuk mengambil kesempatan.
Jadi, mungkin sebab itu aku tak kisah untuk ber’skinship’ dengannya. Tambahan
pula kami halal!
“Gemok, aku teringin nak makan pavlova yang kau buat haritu.” Usulku
bila tubuh ini sudah berada di atas belakangnya. Teringat-ingat pula pavlova
yang dia buat minggu lepas. Pavlova yang dibuatnya selepas dia melihat cara
membuatnya di kaca tv.
“oh, awak nak makan bila?”
“Tak kisahlah. Asalkan dapat makan,” balasku acuh tak acuh sebelum menyembamkan
wajahku di bahunya. Mengantuk.
“Okay. Sleep tight my little star,” bisiknya di telingaku sebaik
sahaja tubuh ini diletakkannya dengan berhati-hati diatas katil.
Dengan mata yang hampir terkatup rapat, aku memegang lengannya.
“Kau nak ke mana?” Serak suaraku menyoalnya.
Muiz senyum segaris sebelum menjawab.
“Nak siapkan baju untuk awak esok.”
“Okay. Jangan tidur lambat.” Anggap sahaja aku yang mamai bilamana aku
memberi pesanan begitu padanya.
“Baik!” balasnya lalu membetulkan selimut di tubuhku sebelum berlalu
ke pintu.
***
Campak dan terus mencampak. Dan Muiz hanya mampu memerhati dengan
wajah sedihnya. Dan aku seperti biasa tak ambil pusing rasa hatinya. Sehingga
katil lelaki itu penuh dengan pakaian dan tenaga aku juga hampir habis barulah
aku berhenti dari terus mencampak baju-bajunya di atas katil.
“Ini aje yang kau ada?” Soalku garang.
Muiz menjatuhkan kepalanya dengan perlahan-lahan. Mengaku.
“What is this? Zaman bila punya ni? Gemok... Tok Wan pun dah tak pakai
fesyen baju macam ni, kau tahu tak?” perliku dengan kepala pula menggeleng.
Sungguh aku tak percaya!
Muiz cuba mencapai salah satu baju yang aku campak tadi, tapi aku
pantas merampas pakaian out dated itu. Jangan harap dia boleh pakai!
“Nadrah...bagilah baju tu. Muiz nak iron. Esok dah start kerja,”
rayunya dan sekaligus cuba menghampiri aku.
Kali ini aku cekak pinggang. No! Dia tak akan boleh pergi masuk
Universiti aku dengan kemeja zaman Jepun tu!
“No! Jangan cuba nak malukan aku!” tegasku lalu mencampak baju kemejanya
kembali ke katil sebelum menarik tangannya ke luar dari biliknya.
“Kita nak ke mana?” Tanya dia polos.
“Shopping!”
“Tapi Muiz takde duitlah.”
“Relaks! Aku tahu kau takde duit. Tapi aku ada!” jawabku dan terus
menekan pedal minyak, menuju ke pusat membeli belah.
“Muiz tak nak! Muiz malu. Kita balik ya? Nanti Muiz gaji, Muiz belilah
yang baru. Bolehlah ya? Kita balik ya?” Dia cuba pula memujukku kali ini.
Tapi aku balas dengan dengusan. Tanda amaran!
“Maaf kalau awak marah. Tapi cukuplah dengan ihsan awak bagi tempat
tinggal, makan dengan spek mata berjenama yang saya pakai ni. Biarlah baju saya...saya
beli sendiri bila.... saya dah dapat duit.”
Mendengar kata-katanya itu, aku terus memulas stereng ke bahu jalan
dengan serta-merta. Mujur sahaja kereta tak banyak. Kalau tak aku dan Muiz dah
‘jalan’!
‘’Yang kau nak syahdu sangat ni kenapa? Kan aku dah cakap aku ada duit.
Sekarang kau duduk diam-diam. Jangan nak goncang emosi aku dengan ayat tangkap
leleh kau tu. faham?” gertakku dengan mata yang sengaja dijegilkan padanya.
Dan dengan separuh rela, Muiz ikut juga arahan aku. Sehingga kereta
tiba ke destinasi, Muiz hanya diam tanpa suara. Mungkin dia protes. Tapi aku
jenis tak kisah!
“Ini semua baju yang aku beli
ni, aku nak kau pakai esok dan hari-hari kerja kau yang seterusnya. Tak tahu
nak mix and match baju, meh sini datang bilik aku. Biar aku tolong!” Beritahu
aku sebaik sahaja kami tiba dirumah atau lebih tepat lagi di dalam kamarnya.
Beg kertas yang berpuluh-puluh jumlahnya, Muiz letak segera di atas katil.
Macam biasa, Muiz jadi burung belatuk. Hanya tahu mengangguk bila dia
tak mampu nak merajuk dengan aku!
“Minyak wangi...”
“The perfume is compulsory! Aku suka bau dia dan aku suka bila kau
pakai. Lagipun kau tahukan bau badan kau macam mana kalau kau banyak buat
kerja?” cantasku dengan nada tegas.
Serta-merta pipi Muiz yang putih gebu itu menjadi kemerah-merahan.
Malulah tu! tapi aku tak salah! Sebab benda betul dan aku cakap depan-depan
dia. Bukan buka aib dia depan orang ramai. Kan?
“Okay. Untuk esok kau cuba pakai baju ni dengan seluar ni. And the
tie...ah, kau ambil yang ni” Aku terus mengeluarkan baju dan seluarnya,
membiarkan beg-beg kertas yang mengandungi pakaian miliknya berterabur di atas
lantai sebelum menghulurkannya pada lelaki itu.
Baju, seluar serta tali leher yang aku hulurkan pada Muiz segera
lelaki itu sambut sebelum mengukir senyum kecilnya. Nyata dia juga suka dengan
pilihan aku!
“Pandailah awak pilih. Mesti selalukan awak beli baju-baju lelaki ni.”
Ayat tu macam...tubuh segera aku pusingkan menghadapnya. Elok-elok aku
nak beredar, dia bagi soalan yang ada kandungan perli pula! Bikin panas ajelah!
Jari telunjuk aku luruskan menghala wajahnya bersama renungan tajam.
“Kau...perli aku ke?”
Muiz geleng laju-laju. Muka serba salah jelas terbias di situ. Secara
rasionalnya, aku tahu Muiz bukan orang yang suka memerli dan tadi tu aku tahu
dia tak ada niat pun nak perli. Tapi aku dan telinga nipis milik aku ini yang
tak mampu nak mencerna positif dek badan yang letih. Namun, tetap aku nak buat
dia rasa bersalah sekaligus mengenakan dia!
“Macam ni kan kau balas budi orang yang tolong kau?”
“Sssa....Muiz minta maaf...” Dia pandang aku dengan rasa gementar. Memang dalam rumah
tangga ini, akulah pihak dominannya. Yang lebih kasar, yang lebih dahulu buat
keputusan, yang lebih mengeluarkan arahan, yang lebih....melindungi? Aha...itu
aku tak pasti!
Malas nak berlama mengenakan dia, aku gamit lelaki itu dengan tangan,
memintanya menghampiri. Dan tanpa membuang masa, Muiz ikut sahaja arahanku. Dia
tak bodoh. Dia tak dayus. Dia Cuma lelaki lurus yang aku ambil kesempatan!
“Aku mengantuk. Nak tidur. Tolong bawa aku ke bilik,” arahku sebelum
menguap kecil. Layu sudah mata ini.
Mendengar itu, Muiz terkebil-kebil sebentar sebelum memaut tubuhku ke
dalam gendongannya seperti ala-ala bridal style tak jadi versi kami.
Usai meletakkan aku di atas katil, Muiz membetul-betulkan selimutku
sebelum menapak keluar. Baru sahaja dia memulas tombol pintu....
“Congrats. And good luck for
tomorrow!” ucapku lalu mengiring menghadap dinding. Mata juga aku pejam rapat.
Sungguh aku mengantuk. Dah malas nak fikir apa dah. Cuma yang aku dapat rasakan
hanyalah kucupan hangat di dahiku. Mungkin ini mimpi. Muiz tak akan mampu
melangkaui batas skinship kami dengan ciuman kerana aku tersangat melarangnya!
***
Badan aku pusingkan ke belakang bila suara sumbang Baihakki memanggil
namaku. Lelaki ini memang bermasalah dengan nada suaranya. Langsung tak
menyejukkan hati! Tak macam Muiz! Ehh??
“Lajunya kau jalan,” rungut Baihakki sebaik sahaja lelaki itu berdiri
di hadapanku dengan nafas tercungap-cungap. Macam penat sangat! Padahal tak
sampai 10 minit pun dia berlari ke arah aku.
“Asal?” Soalku sambil menyeka peluh di dahi. Panas!
“Hehe...aku saja je nak tegur kau. Eh, kau buat apa ya sekarang? Busy
betul sampai lupa night life kita!” balas Baihakki dengan senyuman jahatnya.
“Night life tengkorak kau!” marahku lalu menarik telinga kirinya.
Dan si budak Baihakki ini pun hanya mampu mengaduh sakit. Memang salah
dia pun. Cakap macam aku selalu pergi club. Dia ingat aku macam dia yang ada
dua alam? Siang pelajar cemerlang, dan malam harinya kaki clubbing. Baru dua
tiga kali aku pergi dengan dia, terus dia cop muka aku dua alam! Ada night
life? Memang tak patut!
“Sakitlah Nad!” Baihakki menyeringai sakit dengan tangannya mengusap
telinga yang telah aku pulas tadi.
“Aku busy sikit. Ada hal. Lagipun aku bukan gian macam kau sampai
hari-hari nak pijak lantai club,” balasku sekaligus memerlinya.
Baihakki hanya mencebik bosan.
“Aku dengar ada pensyarah baru masuk ya?” Aku mencuba mengalih topik
dan dalam masa yang sama merisik maklumat dari Baihakki si bulletin utama ini
mengenai Muiz. Aku mahu tahu keadaan semasanya. Kerana aku tahu, Muiz akan jadi
pensyarah untuk kelas Baihakki. Itu pun setelah aku mencuri lihat jadual
mengajar milik dia pagi tadi.
“Aah. Lelaki. Ahmad Muiz namanya. Boleh tahanlah dia ajar. Yang susah
nampak senang pulak. Tapi yang tak boleh blah tu, si Sherry yang acah-acah baik
tu asyik nak menempel je. Sampai aku nak minta Sir Muiz tu ajar aku topik
lain pun si Sherry ni nak caras. geram
betul aku!” Cerita Baihakki dengan mimic air muka tak puas hatinya.
Aku yang mendengarnya hanya mampu menyunggingkan senyuman sinis
sendiri. Tak sangka si gemok ni ada peminat juga! Dan bagai di seru-seru, dua
batang tubuh yang sangat aku kenali melintas di hadapan aku dan Baihakki.
“Baihakki.” Tegur Muiz pada lelaki yang sedang duduk di sebelah aku
ini.
“Sir!” balas Baihakki dengan senyuman ramah.
Sekalipan aku tetap melirik pada penampilan Muiz meskipun si Sherry
acah-acah baik itu giat memerhatiku. Menarik! Pandai aku jadi stylist dia!
Bangga aku dalam hati.
“Sir jangan nak layan budak dua orang ni. Bukan bagus sangat.
Malam-malam ada aje agenda. Dasar kaki clubbing!” Sherry cuba mempengaruhi Muiz
bila melihat lelaki itu nampak senang melihat aku dan Baihakki.
Pandangan Muiz mula tepat pada anak mataku. Baihakki pula sudah
menarik tangan aku untuk berdiri. Dia dah panas dengar Sherry bercakap buruk
tentang kami. Memang betul Baihakki dan aku kaki clubbing tapi dengan bercakap
buruk depan orang lain tentang kami, bukankah dia pun tak kurang buruknya?
“Hei, perempuan! “ jeritku. Geram!
“Tengok sir?” adunya pada Muiz.
Serentak itu aku menerkam dia. Menarik-narik rambut dia. Sherry tak
tinggal diam, rambut milikku juga ditariknya kasar.Muiz dan Baihakki yang
terkejut segera maju untuk meleraikan drama tarik menarik rambut kami.
Muiz menarik kuat badanku sebelum memelukku dari belakang. Sampai
terangkat-angkat kaki aku dalam cubaan nak menendang si Sherry. sementara
Baihakki cuba meleraikan pegangan tangan Sherry di rambutku. Para pelajar yang
melintasi kami bersorak melihat insiden itu. Tapi penangan Baihakki semuanya
bersurai.
“Enough!” Muiz meninggikan suaranya. Membuatkan aku dan Sherry
sama-sama terkedu. Tambah-tambah aku!
“Baihakki, Sherry awak berdua boleh balik. Awak ikut saya,” arah Muiz
dengan jari telunjuknya lurus ke wajahku.
Sherry mendengus tak puas hati dan beredar dari situ. Manakala
Baihakki memandangku sebelum menepuk perlahan bahuku.
“Sir, saya balik dulu.” Pamit Baihakki lalu meninggalkan aku bersama
Muiz.
“Jom. Ikut saya!”ajak Muiz dan aku hanya membuntuti langkahnya.
Sungguh aku geram dengan tindakannya melepaskan Sherry begitu sahaja sedangkan
aku bakal di kenakan hukuman!
Masuk sahaja ke biliknya, aku terus melabuhkan dudukku di atas
kerusinya. Bukan di atas kerusi yang biasa di duduki para pelajar yang akan
mencarinya. Muiz nampak macam tak kisah kerana tanpa sebarang protes dia melabuhkan
duduknya di atas kerusi yang bukan sepatutnya dia duduki.
“Kau tahu aku marah?” Tanyaku dengan jelingan yang tajam. Jari jemari
pula aku bawa ke rambut. Membetul-betulkan kekemasan rambut yang hampir rosak
dek ulah Sherry. Mahal-mahal aku buat treatment, perempuan acah-acah baik tu
dengan selambanya tarik-tarik. Memang salah aku sebab tarik rambut dia dulu,
tapi tak boleh ke dia pura-pura pasrah dan lemah? Haish...geram betul!
Muiz jatuhkan kepalanya beberapa kali. Nafasnya di tarik dan di hembus
lemah.
“Nadrah....Muiz minta maaf. “
Tapi aku pura-pura tak dengar permintaan maafnya. Sengaja.
“Muiz tak nak awak kena gantung semester sebab awak gaduh tadi. Inikan
sem akhir. Tak baiklah buat perangai. Awak fahamkan?” Kali ini Muiz cuba pula
memujukku.
Diam. Sebenarnya aku penat. Penat bergaduh. Sampai nak cari gaduh
dengan Muiz pun aku dah malas. Jadi aku terima sahajalah apa pun alasan dia.
“Okay. Aku maafkan. Tapi sekarang aku penat....”
“Errr...Muiz tak boleh nak gendong awak macam kat rumah. Sini fakulti.
Apa kata lecturer dengan students kalau....”
“Eh, stop! Siapa cakap aku nak suruh kau gendong aku sekarang.” Potong
aku sebelum dia sempat menghabiskan kata-katanya.
Muiz segera tayang gigi penuhnya. Maklumlah tersalah bicara. Serentak
pipi gebu itu cepat aje bertukar merah.
“Perasan! Aku memang penat. Tapi sebab aku penat dan masih ada rasa
marah-marah kat kau jadi, aku nak kau teman aku pergi spa. Aku nak relaks!”
tambahku dengan senyuman jahat. Boleh tahan tahap perasan kau ya Ahmad Muiz!
“Spa?” Muiz bertanya ringkas.
Aku jatuhkan kepala. Mengiakanya.
“Sekarang lunch kan? So, itu denda kau! Teman aku pergi buat rawatan
spa. Stress aku menjerit dengan tarik-tarik rambut perempuan acah-acah baik tu.
kalau betul-betul baik takpe jugak. Ini jahat. Habis rambut aku,” balasku dan
berdiri sambil membebel sendiri tentang
kejadian tadi.
Dan Muiz juga bangun mengikuti. Tabah dan pasrah mendengar bebelan dan
rasa tidak puas hatiku mengenai Sherry sepanjang perjalanan kami.
HUJUNG MINGGU yang sangat penat. Mengerahkan sepenuh perhatian pada
kertas kerja projek akhir memang bukan antara senarai aktiviti yang pelajar
suka buat! Bila aku kerling pada Muiz yang khusyuk membaca buku tebal
rujukannya, aku jadi tambah-tambah muaknya! Bukan apa aku jadi ingat dengan
final exam yang akan bermula lagi sebulan.
“Kenapa pandang Muiz macam nak makan?” Muiz tersedar juga aku sedang
memerhatikannya.
Tidak menjawab pertanyaannya aku malah membetul-betulkan bentuk
rambut. Tadi lepas bebas, sekarang
bersanggul macam orang dalam pantang! Usai itu, aku mula menggerakkan kepala ke
kiri dan ke kanan. Melegakan urat leher
yang sudah tegang,
“Muiz rasa awak stress! Err...apa kata kalau kita keluar? Ke
kinokuniya ke? Taman ke? Zoo ke?”
“Clubbing ke....” sambungku perlahan.
“Aar....apa?”
“Tak ada apa-apa. Menarik jugak idea kau ni. Aku pun dah malas nak
tengok skrin ni. Jomlah kita siap-siap!” Aku bangun dan tarik Muiz.
Tapi Muiz mengeraskan badannya.
“Asal kau ni?”
“Err...takkan nak pergi pakai hot pant dengan singlet je...”
“Yalah! Yalah! Aku tukar!” ujarku separuh geram. Kalau ikut otak aku
yang kadang-kadang tak centre ni, boleh aje keluar dengan hot pant dan singlet.
Tapi entah kenapa demi Muiz, aku selalu merasa perlu untuk melindungi apa yang
hanya lelaki itu yang berhak mendapatkannya. Mesti aku dah gila!
***
“Awak merokok?”
Terangkat bahuku dek sapaan tiba-tiba Muiz. Terus terjatuh putung
rokok yang sudah separuh aku hisap. Entah bila masa dia berdiri di belakang
aku. Sengaja betul buat aku terkejut!
“Hmmm...bila aku stress. Kenapa? Tak suka?” Aku mengaku sekaligus
memprovoknya. Memang aku pantang kalau ada yang nak cuba menyibuk urusan
peribadiku. Walaupun untuk dia yang bergelar suami...
“Bukan tak suka. Tapi rokok kan tak baik untuk kesihatan.”Muiz
membalas bersama tazkirah percumanya.
“Kan aku dah cakap. Aku merokok bila stress. Bukan selalu
pun!”bangkangku selamba. Membela diri seperti biasa.
Muiz mengeluh berat. Tapi aku masih lagi buat tak tahu. Apa sangatlah
seorang lelaki yang bernama Ahmad Muiz ini boleh buat dengan Puteri Nadrah?
“Tapi...”
Aku hentak meja mendadak. Malah tubuh aku angkat berdiri. Dia
betul-betul sudah membangunkan naga yang sedang tidur!
“Apa yang kau risau sangat ni! Yang nak sakit tu aku! Yang nak mati
pun aku! Bukannya aku hisap rokok guna mulut kau! Guna paru-paru kau!”
tengkingku lantang.
“Muiz tahu. Tapi muiz rasa tak patut sebab awak isteri muiz. Jaga
kesihatan awak kan salah satu kewajipan Muiz,” balas dia bersungguh.
Dengan sinisnya aku menghamburkan tawa. Apa? Isteri? Kewajipan? Muiz
masih dalam alam mimpi rasanya. Perlukah aku sedarkan dia? Sedarkan dia yang
perkahwinan dan status ini tak akan ke mana-mana?
“Come on, Muiz! Come to your sense. This relationship won’t take us
forever! Sedarlah.”
Saat ini Muiz diam menunduk. Mungkin dia baru tersedar dengan hakikat
ini.
“Lagipun, tak payahlah kau nak cerita bab kewajipan semua ni. Nak
muntah aku! Kau pun menumpang duduk rumah aku. Makan guna duit aku. Ada hati
nak cerita pasal kewajipan? Huh!” tambahku bersama kata-kata perlian.
“Jadi saya...”
“Yes! Shut your mouth up and keep the game on, Muiz. Susah sangat ke?
Kau jaga hal kau dan buat apa yang aku suruh. Faham?” bentakku memintas
ayat seterusnya dari Muiz sebelum mengangkat kaki masuk ke dalam rumah.
***
Baihakki datang dan
menghempaskan buku-bukuannya di atas meja dengan rasa marah. ekspresi yang
sangat jarang aku lihat sepanjang aku berkawan dengannya kerana Baihakki seorang
yang sangat menghormati ilmu walaupun untuk seorang yang suka clubbing. Mungkin
ada yang menjolok sarang tebuan itu.
“Kau tahu apa? Aku rasa macam nak bunuh Sherry sekarang!”
“Explain!” Aku meminta penjelasan bersama pandangan yang sekali sekala
di fokuskan pada skrin laptop dan juga lelaki itu. Cuba untuk ‘membunuh dua
ekor burung dengan satu batu’.
“Melampau. Sekarang dia dah rapat nak mampus dengan Sir Muiz tu! Dasar
perempuan jahat. Dengan Sir Muiz yang lurus tu pun nak goda. For sure untuk
kepentingan dia!” marah Baihakki dalam masa yang sama menerangkan kejadian yang
sebenar.
“Sir Muiz dan Sherry?” Suara aku agak kedengaran bergetar. Diserang
rasa geram tiba-tiba.
Baihakki mengangguk mengiakan.
Lama aku berfikir. Ya, memang sejak malam aku tertangkap merokok
dengan Muiz, lelaki itu agak diam dari biasa. Hanya menurut setiap arahanku
tanpa bersoal jawab lebih. Malah, sebarang skinship makin dia elakkan.
Contohnya, bila aku minta di gendong, dia memberi beribu alasan. Tapi sekarang alasannya hanya satu. Semuanya
sebab Sherry! Dah ada dahan untuk berpaut rupanya!
“You know what....”
“Apa?”
“Jom pergi clubbing malam ni. Kita release tension!” sambungku dengan
otak yang sudah merangka rancangan jahat. Rancangan untuk membalas dendam.
“Set!” sahut Baihakki yang tak
tahu menahu. Hanya menurut dengan rasa gembira.
PERLAHAN-LAHAN aku menapakkan kaki masuk ke dalam rumah. Bila kasut
tumit tinggi sudah aku letakkan elok di dalam cabinet kasut, segera pula aku
menapak ke sofa di hadapan ruang tamu. Melepaskan lelah di situ. Namun,
serentak itu lampu ruang tamu menyala. Aku menjangkakan Muiz akan berdiri di
belakangku dengan raut risaunya. Tapi...
Bila aku palingkan wajah ke belakang, raut wajah tok wan yang merah
padam menyapa pandanganku. Mampus aku!
“Puteri Nadrah! Awal kamu balik? Kenapa tak balik masa subuh je?”
tegur Tok wan dengan suara tinggi.
Cepat-cepat aku bangun berdiri sambil tertarik tarik baju dress paras
lutut ini. Eii...macam mana Tok wan boleh ada pulak ni? Kenapa si gemok tu tak
call aku bagitahu?
“Err...tok wan? Bi...bila Tok wan sampai?” Tergagap-gagap aku menyapa
Tok wan tanpa menjawab soalan bernada perlinya tadi.
Tok wan mendengus kasar. Wajah itu nampak sangat marahnya. Sampai urat
tua itu kelihatan.
“Muiz! Macam mana kamu ajar isteri? Balik pagi buta macam ni? Macam
jantan! Pakai baju tak cukup kain. Ingatkan dah kahwin makin berubah! Rupanya
tak!” marah tok wan mengarah ke belakangku.
Serentak itu aku berpaling ke belakang. Wajah Muiz yang serba salah
menyapa ruangan mataku. Bila Muiz menapak menghampiri Tok Wan, segera Tok Wan
menghayunkan tongkat yang digunakan untuk menampung badannya ke belakang badan
Muiz dengan kuat beberapa kali.
Muiz terjatuh menyembah lantai dengan wajah yang menahan kesakitan.
Aku tahu, walaupun tok wan sudah memasuki angka 80 tapi kekuatannya aku tak
pernah sangkal. Bekas guru silat itu masih berbisa penangannya. Pasti berbirat
belakang badan Muiz. Suamiku itu
seakan-akan pasrah sahaja menerima hukuman daripada Tok Wan.
Bila Tok wan mahu memukul belakang badan Muiz sekali lagi, aku segera
menerpa kea rah Muiz dan menghalang tongkat itu dari terkena di badan itu.
Sungguh aku di serang rasa bersalah!
“Tok wan, Nadrah janji tak buat lagi. Jangan pukul Muiz dah,” rayuku
sambil memeluk belakang badan Muiz.
Tok wan perlahan-lahan mengangkat tongkatnya menjauh dari badan lelaki
itu. Aku menarik nafas lega.
“Tok wan rasa menyesal nikahkan kamu dengan Muiz. Sungguh tok wan
katakan!” Tok wan melabuhkan duduknya di sofa. Sekali-sekala dia mengelelngkan
kepala. Kesal dengan aku!
Badan Muiz aku cuba paut. Tapi lelaki itu segera menjauh. Menolak
bantuanku dalam diam. Buat aku terasa hati secara tiba-tiba. Bila aku pandang
dia, anak mata itu terus dilarikan dari memandang wajahku.
“Nadrah minta maaf tok wan,” pintaku sambil menundukkan wajah ke
lantai.
“Tak payah minta maaf pada tok wan. Itu minta maaf pada suami kamu
tu. tok wan pukul dia sebab kamu. Untuk
sedarkan kamu!” pintas tok wan dengan nada tinggi.
Mendengar itu aku jadi terkaku. Betul! Muiz kena pukul sebab aku.
Semuanya salah aku!
“Tok wan menyesal paksa kamu nikah dengan Nadrah, Muiz. Tok wan minta
maaf....” tambah tokwan meminta maaf pada Muiz pula.
Sedangkan Muiz hanya diam tanpa membalas apa-apa.
“Dan kalau kamu nak ceraikan Nadrah, Tok wan pasrah. Kamu memang
terlalu baik untuk Nadrah. Hidup kamu mungkin lebih baik tanpa dia.” Sambung
tok wan lagi dan terus membuatkan aku mengangkat kepala memandang wajah Tok wan
dan Muiz silih berganti.
Tapi Muiz masih tidak membuka bicaranya. Buat hatiku tiba-tiba di
serang panik. Muiz nak ceraikan aku?
“Kamu berdua pergilah naik atas. Hujung bulan ni kita settle kan
urusan perceraian kamu kat pejabat agama,” putus Tok wan lalu bangkit
meninggalkan aku dan Muiz berdua di ruang tamu.
Aku melepaskan lelah sebelum menghenyakkan punggungku di atas sofa
usai bayangan tok wan menghilang. Jari jemari pula aku bawa ke dahi,
memicit-micit di situ. Pening! Namun, bila Muiz juga mahu meninggalkan aku di
ruang tamu, tanpa membuang masa aku mengikutinya juga.
Apabila dia mahu menutup rapat pintu bilik, aku segera menahannya
sebelum membolos ke dalam biliknya. Wajah Muiz yang tertanya-tanya tidak aku
hiraukan sebaliknya aku terus memegang hujung bajunya.
Muiz menepis dengan rasa terkejut yang tak boleh aku jangkakan.
“Awak nak buat apa?”Dia hampir terjerit menyoalku.
“Buka baju kau!” arahku dan sekali lagi memegang hujung bajunya
sebelum menyelaknya sedikit ke atas.
Dan Muiz sekali lagi terkejut.
“Uu..untuk apa?”
Malas nak bersoal jawab lebih, aku tolak badan dia jatuh ke atas katil
dengan kuat. Muiz yang tak bersedia jatuh dengan senangnya. Tanpa membuang masa
aku menarik bajunya ke atas dan menekan kasar badannya sedikit bila dia cuba
nak meronta. Cubaan dia gagal. Huh... Dia tak tahu ke aku ni cucu tok wan!
Minyak gamat yang memang tersedia dalam laci meja sisi katil aku ambil
dan buka penutupnya. Muiz yang masih meronta membuatkan aku hampir hilang
sabar.
“Aku nak sapu minyak kat badan kau. Bukan nak apa-apakan kau! Sekarang
buka baju kau dan duduk diam-diam,” arahku dalam mode bisikan di tepi telinga
kirinya. Serentak itu dia membuka bajunya dan terus mendiamkan diri.
Melihat belakang badan Muiz yang berbirat kemerahan hampir membuatkan
aku menitiskan air mata tanpa sebab. Apatah lagi di tambah dengan kenyataan
yang sebentar lagi hubungan ini akan tamat dengan perceraian.
Sungguh aku menyesal. Niatku keluar dan balik pagi-pagi buta adalah
untuk menyakiti hati Muiz dan cuba meraih perhatiannya padaku yang semakin
hilang bila Sherry semakin merapatinya. Tapi tidak aku sangka pula Tok wan akan
berkunjung dan terus mengambil keputusan sedrastik ini.
“Sakit?” soalku sedaya upaya menahan sebak. Jari jemari ini pula masih
lagi menyapu lembut permukaan kulitnya yang kemerahan.
Muiz mengangguk perlahan. tapi wajah yang masih di sembamkan ke
permukaan bantal iitu menyukarkan aku untuk menebak air mukanya.
Ah, buat apa nak membaca air mukanya lagi! Siapa-siapa pun akan marah
kalau dikenakan hukuman di atas sesuatu yang bukan salahnya. Malah, Muiz dari
tadi cuba mengelak memandangku. Mungkin sudah terlalu benci dengan aku!
“I’m sorry....” Aku meminta maaf lalu memeluk belakang badannya erat.
Sudah tidak aku hiraukan bau minyak gamat yang akan melekat di bajuku.
Untuk beberapa saat Muiz tidak memberi respon. Hanya membiarkan aku
dan tangisanku yang semakin membasahi belakang badannya yang tidak berbaju.
Tapi setelah itu, aku merasakan tanganku di alihkan dari terus memeluknya. Muiz
bangun menghadapku. Malah tubuh ini di bawa pula ke dalam dakapan hangatnya.
Erat!
Ubun-ubunku dikucupnya perlahan sebelum jatuh pula di bahuku yang
memang tinggal tali dress sahaja.
“It’s okay...” bisiknya setelah lama mendiamkan diri dan di selang
selikan dengan kucupan di ubun-ubunku.
Entah kenapa, bila dia mengucup ubun-ubun tadi, aku rasa sebak dan
mula memandang berat dengan hubungan ini. malah, aku sedar bahawa tiada satu
pun kewajipan sebagai isteri yang aku
pernah jalankan dengan sebaik-baiknya. Apatah lagi fikiran ini masih lagi
teringatkan kata-kata tok wan tadi. Ah, ada apa dengan Ahmad Muiz ini? kenapa
aku tidak boleh melepaskannya? Bukankah ini satu peluang melepaskan diri dari
lelaki ini? kenapa aku rasa tidak rela?
Aku tersedar dari lamunan bila Muiz melepaskan pelukan dan cuba
mengangkat tubuhku. Dia menyangkakan aku sudah lena dan mahu membawa aku ke
kamar seperti biasa. Tapi aku keraskan tubuh dan pegang lengannya kemas.
Muiz nyata terkejut dan cuba menjauhkan diri. Namun, pegangan kemasku
di lengannya membataskan pergerakkan lelaki itu. Bila dia nampak leka dengan
renunganku, lengan itu segera aku tarik dengan mudahnya. Hasilnya, badan Muiz jatuh
di atas badanku.
“Aku tak akan lepaskan kau dengan mudah,” bisikku di tepi telinganya
sebelum mencium lembut bibir itu dan Muiz yang awal-awalnya nampak teragak-agak
mula membalasnya. Malam itu, Muiz benar-benar menjadi lelaki dan suami untukku.
***
“Muiz! Bangun subuh!”
Suara Tok wan menyedarkan aku dari lena. Untuk seketika aku mengeliat
membetulkan urat badan yang seakan-akan sudah remuk sebelum memandang wajah
Muiz yang masih lena tak berkutik walaupun Tok wan memanggilnya untuk subuh.
Tuala putih milik Muiz aku balutkan ke badan sebelum menapak ke
almarinya, mengambil jubah mandi dan memakainya ke badan. Selesai menutup badan
aku bergerak ke pintu tanpa membangunkan Muiz.
Apabila aku sudah bersedia untuk membuka pintu, Tok wan terlebih dahulu
membukanya. Wajah tua itu nampak terkejut sebelum pandangan itu di halakan pula
pada Muiz yang masih nyenyak di atas katil.
“Nadrah...” Suara serak Muiz yang tiba-tiba memanggilku menambahkan
lagi kerutan di dahi Tok wan. Bertambah curiga sebenarnya.
“Nad cuba kejutkan Muiz tapi dia tak nak bangun!” beritahuku sebelum
menapak keluar dari bilik Muiz dengan wajah sehabis tenang.
FUHH! Aku melepaskan nafas lega. Nyaris tertangkap dengan tok wan. I’m
totally insane! Bisik hatiku lalu mengetuk kepala perlahan. Bila semua rasa
sudah reda, aku mengambil tuala milikku dan berjalan ke bilik mandi,
membersihkan diri.
SUASANA sarapan pagi ini sangat menyebalkan. Tok wan dengan pandangan
penuh tersiratnya dan Muiz yang bila bertentang mata denganku wajahnya terus
bertukar merah! What is wrong?
“Tok wan balik petang ni.” Tok wan membuka bicaranya sambil memandang
wajah aku dan Muiz.
“Petang ni? Kenapa tak esok?” Tanya Muiz pula, mula membuka bicara.
Sedangkan aku lebih suka mendengar sahaja tanpa bertanya. Lagipun tok
wan memang tak suka duduk rumah orang lama-lama.
“Tok wan rasa semua dah okey. Jadi tok wan nak baliklah. Tak nak
ganggu rumah tangga kamu berdua,” balas Tok wan bersama senyuman kecilnya.
“Err...” Muiz yang mendengar jadi kelu.
“Nad dah siap!” Aku mula berdiri dan membawa pinggan kotor ke sinki.
Apa-apa bual bicara antara Muiz dan Tok wan sudah tidak aku dengar lagi. Kalau
ada, mesti kata-kata nasihat dari tok wan untuk Muiz.
***
“Buat apa?” Aku menegur Muiz yang sedang sibuk mengasingkan telur
putih dan kuning sebelum memasukkannya ke dalam bekas yang berasingan.
Muiz berpaling dan memandang aku dengan wajah yang masih malu-malu.
“Kek coklat,” balasnya ringkas.
Aku mengangguk perlahan sambil melabuhkan duduk di atas bar chair,
berhadapan dengan lelaki itu.
“Hari tu kau keluar dengan Sherry. Best ke?” Aku cuba merisik maklumat
atau sebenarnya mengorek rasa hati lelaki itu mengenai Sherry.
Muiz nampak serba salah tiba-tiba. Mungkin dia rasa bersalah kerana
menipu di belakang aku. Tapi bukan itu yang aku nak tengok.
“Aku tanya je. Sebab Baihakki bagitahu kau makin rapat dengan Sherry,”
tambahku lalu memasukkan buah anggur yang sudah di basuh itu ke dalam mulut.
“Sherry tak seronok macam awak. Dia membosankan.” Muiz berkata perlahan sambil merenung mataku.
Pandangan lelaki itu nampak jujur dan ikhlas menyatakan yang sebenar.
“ Bosan? Perempuan manja macam tu bukan lelaki-lelaki suka ke?”
provokku dengan kening yang sudah terjungkit sebelah.
“Bukan semua. Macam
saya....saya suka gadis macam awak. Tak hipokrit.”Muiz berterus terang dengan
wajah yang bersungguh.
Mata yang membulat itu nampak
comel di pandanganku bila dia bersungguh-sungguh meyakinkan aku. Malah pipi dan
dagu yang bulat itu juga nampak comel apatah lagi di serikan dengan wajah yang
putih kemerah-merahan itu. Bibirnya yang merah dan kecil itu juga nampak comel.
Rasa macam nak gigit!
“Err...awak okey?” Tanya Muiz sambil mengibas-ngibas tangannya di
hadapan mukaku.
Tak tunggu lama untuk sedar, aku segera berdehem kecil.
“Aku okey!” sahutku dengan wajah yang acah-acah tenang.
“Err...pasal malam tadi... awak...okey?” Kali ini Muiz mencuba
menganalisis reaksiku mengenai peristiwa malam tadi.
Mendengar itu, wajahku tiba-tiba rasa berbahang.
“Aa...aku okey!” balasku langsung berdiri. Mahu cepat-cepat beredar.
Apasal si gemok ni berani tanya soalan private and confidential macam ni? Naik
segan aku!
Namun, tubuh yang tiba-tiba dipeluk dari belakang membataskan segala
pergerakkan aku. Serta-merta badan ini juga jadi kaku tapi tetap rasa hangat
dan selesa.
“Terima kasih....sebab benarkan saya menjadi yang pertama dan in shaa
Allah terakhir untuk awak, Puteri Nadrah. I’m all yours forever,” bisiknya
lembut dan nyaman seperti selalu. Dan kali ini lebih romantis...
***
Setelah beberapa bulan mengharungi tahun akhir sebagai penuntut,
akhirnya kesengsaraan ini berakhir dengan kertas terakhir tadi. Dan Baihakki
yang baik hati ini telah mengajak aku untuk berjumpa pensyarah kesayangannya,
Ahmad Muiz untuk mengucapkan terima kasih.
Dengan separuh relanya aku mengikut lelaki itu. Apabila kami sampai di
hadapan bilik Sir Muiz a.k.a suami aku, si Baihakki ini dengan wajah
berkeyakinannya ingin mengetuk pintu bilik pensyarah kesayangannya itu. Namun,
tindakkannya terbantut apabila suara Muiz kedengaran tinggi nadanya. Seperti
sedang marah.
Rasa curiga dan ingin tahu yang membuak menyebabkan aku menarik baju Baihakki
apabila lelaki itu mahu beredar dari bilik pejabat Muiz. Aku buat isyarat
memintanya untuk mendiamkan diri dan Baihakki mahu tak mahu menurut jua.
“Apa yang saya tak ada Sir? Kenapa dia?” marah suara yang amat aku
kenali, tak lain dan tak bukan Sherry!
This is getting more interesting. Bisik hatiku bersama pandangan
tersirat pada Baihakki dan lelaki itu hanya menjulingkan matanya tanda tak
berminat.
“Saya cantik, baik, pandai. Apa lagi yang kurang?”
“Tak ada apa yang kurang, Sherry. Cuma jodoh saya dengan dia,” balas
Muiz masih berlemah lembut.
Tersenyum lebar aku mendengarnya. Kembang hati ini dengan bunga-bunga.
“Ohh...saya tahu! Sebab dia kayakan? Betul kan?” Sherry nampak masih
lagi tak berpuas hati.
“Bukan macam tu....” Muiz kedengarannya seperti ingin membetulkan
kenyataan yang di buat Sherry tadi.
“Tak payah cakap Sir!” pintas Sherry dengan pantas.
“ Saya tahu dia goda Sir dengan duit dia kan? Dia manjakan Sir dengan
bagi barang-barang yang mahal supaya Sir suka dia. Dengar cakap dia. Betul
kan?” provok Sherry. Nampak gayanya cuba membakar jiwa Muiz.
“Betul kan cakap saya, Sir suka dia sebab harta kan? Bukan sebab cinta!”
Sekali lagi nada suara Sherry seperti menyimbah minyak ke dalam api.
“So, what if i say yes?” bentak Muiz tinggi.
Dan kali ini aku dan Baihakki sama-sama terangkat bahu akibat
terkejut. Tambah-tambah aku!
“Memang saya kahwin dengan dia sebab harta! Kenapa? Awak nak marah?”
Suara Sherry tak kedengaran pula kali ini. digantikan pula dengan
tangisan sendunya.
“Saya kahwin dengan dia sebab dia ada segalanya. Saya kahwin dengan
dia sebab dia mampu beri apa yang saya tak mampu. Saya kahwin dengan dia sebab
dia ada status dalam masyarakat. Dia ada pangkat yang boleh dibangga dipangkal awal
namanya. Puas?” marah Muiz lagi.
Entah kenapa hatiku rasa seperti ditikam-tikam bila dia berkata begitu.
rasa pedih tiba-tiba. Serentak itu pintu bilik Muiz di buka dari dalam. Wajah
Sherry yang sudah merah dengan tangisan terpampang jelas di mataku. Malah,
pandangan itu juga tajam.
“Puas hati kau? Dasar perempuan gatal!” herdik Sherry kasar sebelum
berlari meninggalkan pejabat Muiz.
“Nadrah?” tegur Muiz dalam nada terkejut. Baru tersedar kewujudan aku
dan Baihakki di hadapan muka pintu biliknya.
“Sir, apa yang....”
Soalan dari Baihakki sudah
tidak aku dengar lagi bila kaki ini pantas berlari meninggalkan ruangan
pejabat Muiz tanpa menunggu penjelasannya.
USAI tiba di rumah, aku segera menuju ke bilik yang sudah aku huni
bersama Muiz selama beberapa bulan ini. Bilik yang asalnya bilik Muiz dan
menjadi bilik bersama setelah kami bersetuju untuk tinggal sebilik.
Tanpa membuang masa aku menghampiri almari yang mengandungi baju milik
Muiz dan aku keluarkan isinya. Melempar segala barang miliknya ke lantai dengan
segala rasa benci. Malah, buku-bukuan miliknya aku lempar merata di atas
lantai.
Sumpah jika ini cemburu, aku akan berbesar hati mengakuinya. Tapi ini
bukan cemburu tapi sakit hati! Kenapa dalam banyak-banyak sebab aku rasa sakit
begini adalah kerana Muiz mengakui dia
mengahwiniku kerana harta? Bukankah sejak dari awal lagi aku sudah menganggap
dia mengahwiniku kerana harta? Jadi apa yang bermasalahnya di sini?
‘Dia lelaki kampong memang gilakan harta kau dari mula!’ Bisik akal
jahatku.
‘Nadrah, tanya dia dulu. Berbincang. Mana tahu dia cakap macam tu
sebab dah marah sangat bila asyik kena provoke dengan Sherry.’ Nasihat akal
baikku pula.
“Ahhh!!!” jeritku melampiaskan rasa tertekan.
Serentak itu, Muiz masuk dengan raut cemasnya.
“Nadrah, awak okey?”Soal Muiz sambil menebarkan pandangannya di
sekitar bilik.
Aku jeling dia! Muiz yang
hampir mendekat cepat-cepat berundur ke belakang semula. Mungkin gentar dengan
jelinganku.
“Sepatutnya aku dengar cakap arwah papa dari dulu.”
Muiz memandangku dengan riak tidak mengerti.
“kau pernah dengar? hanya yang setaraf boleh bersama. Papa cakap
darjat garis pengukur bahagia sebab tak akan ada isu siapa manfaat siapa. Tapi
sejak aku kahwin dengan kau, aku langgar prinsip yang aku pegang.”
Jika tadi Muiz tidak mengerti, kini wajah itu berganti muram. Tanda
memahami isi kandungan kata-kataku yang penuh tersirat.
“Tapi kesilapan yang paling besar pernah aku buat adalah membenarkan
hati aku untuk menerima cinta kau dan yang paling teruk adalah mencintai lelaki yang
macam kau!”
Bila Muiz masih diam, aku bertindak mencapai buku cek yang memang tersedia di atas meja kerja dan
menulis sejumlah wang di situ sebelum mencampaknya ke muka lelaki itu.
“Ambil dan berambus dari sini!” jeritku sebelum menolak tubuh itu
berkali-kali secara paksa.
“Nadrah tolonglah dengarkan saya dulu....” rayu Muiz.
“Aku tak mahu dengar cakap pembohong macam kau. Kaki kikis! Keluar!”
“Nadrah please...”
Panggg!
Aku tampar dia sekuat hati. Rasa amarah ini memang menutup segala
tindakan rasionalku. Wajah Muiz yang terluka berkali-kali tidak sedikitpun
mendatangkan belas kasihan padaku. Untuk apa menabur simpati pada orang yang
menyakiti? Untuk apa berbelas ihsan pada orang yang berniat nak menikamku dari
belakang? Atau yang mengkhianati seperti dia.
***
Kaki aku hentakkan ke lantai tanda protes bila Baihakki memaksaku
untuk ke fakulti, menguruskan urusan majlis konvo kami yang tinggal lagi dua minggu. Sememangnya aku tiada masalah
dengan urusan konvo. Tapi secara teknikalnya, aku ada masalah dengan
kemungkinan besar yang aku dan Ahmad Muiz akan berjumpa. Dan seperti
wanita-wanita konservatif yang lain, aku tetap tak suka suasana ‘kekok’ jika
aku dan Muiz bertemu. Moga-moga sahaja kami tidak berjumpa atau si Baihakki tidak
tiba-tiba gatal ajak aku untuk menjumpainya lagi!
“ So, sekarang kita Cuma tinggal nak try jubah je. Yang lain semua dah
beres. Aku nak kita cepat. Sebab aku tak nak jubah aku nanti terlebih besar or
singkat kat badan aku. Sebab kau kan tahu aku paling pantang kalau bergambar
dengan figure tak sempurna,” bebel Baihakki sambil menilik beberapa borang yang
sudah siap di isi dan di tandatangani di tangannya.
Aku hanya mengangguk sahaja. Memang aku hilang mood nak bersembang
lebih. Malah, borang-borang aku semuanya di isi oleh Baihakki dek ketiadaan
mood aku. Nampak tak besarnya penangan aura Muiz pada aku? Sampai berada dalam
satu tempat yang sama dengannya sahaja aku bisa ‘angin’ satu badan. Inikan
kalau terjumpa...
“Tapikan aku laparlah. Apa kata kita pergi makan dulu,” usul Baihakki dengan mempamerkan riak
minta diberi perhatian.
“Okey. Okey. Tapi kat luar kawasan uni boleh?”
“Tak boleh! Aku malaslah nak keluar masuk dengan jumpa pak guard lagi.
Dah la aku ni wanted.” Baihakki berkeras tidak mahu menerima cadanganku.
Mahu tak mahu aku terpaksa akur juga. Aku juga tidak mahu Baihakki
bersusah lagi.
“Baiklah!”
Pijak sahaja lantai cafe, Baihakki sudah berdiri di hadapan barisan
makanan. Terpaksalah aku beralah mencari tempat duduk. Kalau tidak makan
berdirilah kami. Tengahari macam ini memang cafe penuh!
Baru sahaja ingin melabuhkan duduk di kerusi, pandangan ini tertancap
pada tubuh yang amat aku kenali. Nak lari, tapi dah terlambat! Muiz dah
menghampiri tapi bukan menghampiriku. Malah, tanpa menyapaku dia menapak ke
dalam cafe seperti tidak pernah melihatku!
Dah buta agaknya! Bentak hatiku geram lalu menyepak batu-batuan kecil
menggunakan high heel setinggi 5 cm! Sebagai balasan akibat melampiaskan geram
tidak kena pada tempat, kaki kananku terpelecok dan punggungku jatuh menyentuh
tanah.
“Ahh!”
“Nad!” jerit Baihakki dari belakang.
“Adoi! Sakitnya!” rintihku sambil membuka kasut tumit tinggi di
sebelah kaki kananku.
“Asal kau boleh jatuh ni, Nad? Ya Allah kau ni macam-macamlah!” bebel
Baihakki sambil berusaha membantuku bangun.
“Ahh! Perlahanlah sikit. Sakit kaki aku ni!” marahku tak sengaja pada
Baihakki.
“Sorry la!” Baihakki meminta maaf segera.
“Kenapa ni, Baihakki?”
Aku pandang si tukang tanya seraya membuat muka menyampah. Geram. Tadi
macam buta. Jalan menonong macam tak nampak aku! Sekarang tiba-tiba jadi baik
hati bertanya! Hipokrit! Marah isi hatiku.
“Entahlah sir. Boleh pulak si Nad ni tiba-tiba terseliuh hari ni.
Biasanya kalau pakai kasut tinggi macam ni, lari pun dia boleh. Hari ni aje bad
luck. Terjatuh!” balas Baihakki selamba sahaja terus mengutukku.
Aku jeling Baihakki. Tapi tahu sahajalah lelaki itu mana pernah makan
saman! Selalu buat muka ‘kayu’ dia! Macam tak ada apa-apa!
“Mari saya hantar klinik. Awak Baihakki, boleh pergi fitting baju
konvo. Nadrah saya tolong bawa ke klinik.”
“Okey sir! Bagus sangatlah tu!” sambut Baihakki gembira.
“Eh, tak boleh! Tak boleh! Baihakki kau kena hantar aku. Lagipun aku
tak biasalah dengan orang lain. sir Muiz tak pernah ajar aku. Aku tak biasa.
Tak boleh.” Aku memberi alasan tak logic. Kononnya tak mengenali Ahmad Muiz
ini. tak kenallah sangat...
“Dont worry. Sir Muiz baiklah. Dia tak makan orang. Kan, Sir?”
Amboi, senangnya Baihakki! Getus hatiku, geram.
Manakala Muiz hanya senyum ringkas membalas sebagai jawapan.
SUASANA klinik kesihatan 24 jam itu begitu tegang buat aku dan Muiz.
Dari dalam kereta lagi Muiz tidak berbicara. Aku apatah lagi! Ingin sahaja aku
memintanya memberhentikan kereta di perhentian bas supaya senang aku ke klinik
dengan menaiki teksi. Tapi akal rasionalku melarang. Apa class naik teksi kalau
ada orang boleh hantarkan! Betul tak?
“Aku rasa kau boleh balik.” Dengan selamba, aku menghalaunya pulang.
Jemu bila ada teman tapi tak berbicara seperti Muiz. Selebihnya aku lagi ingin
menguji ketabahan dia melayan karenahku.
Muiz bangun. Dan aku meneguk air liur dengan payah. Serius dia nak
balik?
“Get well soon!” Seraya itu Muiz berjalan perlahan ke pintu lif.
Dan aku yang tiba-tiba di serang tidak puas hati dengan tindakkannya
meninggalkan aku begitu sahaja mula membuat ulah! Merebahkan badan secara
tiba-tiba di lantai dan cepat-cepat memejamkan mata. Ya, aku berpura-pura
pengsan!
Dari bukaan mataku yang tidak tertutup rapat, aku dapat melihat Muiz
mendekat dengar raut cemasnya, menampar perlahan pipiku sebelum mencempung
tubuhku ke bilik kecemasan. Bila tubuhku di baringkan di atas katil wad dalam
suhu dingin, mata ini benar-benar tertutup rapat dek rasa mengantuk yang datang
tiba-tiba.
Aku hanya tersedar daripada lena apabila terasa ada sentuhan lembut di
bibirku.
“Dah bangun? Baguslah sebab Muiz ada benda nak bagitahu awak.” raut
Muiz serius menutur kata sambil menentang anak mataku.
Mendengar itu, aku mahu tak mahu menyandarkan badan di kepala katil
sebelum berdehem kecil.
“Kenapa kau ada kat sini lagi? Kenapa tak balik?” Aku berpura-pura
bertanya padahal sudah aku tahu sebabnya.
Jangan tanya kenapa aku berkelakuan pelik begini, kerana aku juga
tidak tahu! Yang aku tahu, marah macam mana pun aku pada Muiz, aku mahu dia
tidak jauh dari aku. Cukuplah 3 minggu ini dia hilang dari pandanganku kerana
kemarahanku.
“Apa yang kau nak cakap?” Tanyaku bila Muiz tidak menjawap
pertanyaanku yang terdahulu.
Muiz tidak menjawab tapi dia mengeluarkan dompetnya sebelum
menghulurkan cek yang pernah aku lempar pada dia dulu.
Dahi segera aku kerutkan tanda tidak mengerti.
“Muiz tak nak cek ni. Muiz simpan untuk buat pertukaran.”
Pertukaran? Pertukaran apa?
“ In exchange of what?” Dengan nada tidak berpuas hati, aku
memprovoknya.
“My baby!”Muiz menjawab pantas.
Dan kali ini aku betul-betul pengsan!
***
Tergesa-gesa aku menuruni tangga. Bukan apa, takut tertangkap dek
Muiz. Bila sampai ke cabinet kasut, aku
terus membukanya dan mencapai high heels berwarna merah itu. Baru sahaja berjaya
menyarungnya sebelah kaki, suara Muiz yang berdehem mengejutkan jiwa ragaku.
Alhasilnya, aku nyaris terjatuh kerana tidak stabil dan tragiknya Muiz yang menyambutku
dari belakang.
“Dah berapa kali Muiz cakap tak boleh pakai baju macam ni? Kasut yang
macam ni?” tegur dia dengan nada keras.
Seraya aku jatuhkan lirikan mata ke bawah. Melihat sepasang blause
nipis berwarna krim dan skirt ketat
paras lutut yang tersarung di badan. Tak ada apa yang salah pun di mataku.
Secara fizikalnya, semuanya perfect from head to toe! Muiz sahaja yang
bermasalah!
“Muiz aku boleh lagi pakai macam ni! Skirt ni tak ketat lagi!”
bangkangku tidak bersetuju bila aku sudah tahu hala tuju soalannya itu.
“Tak ketat?” Muiz mendekat. Serentak itu jari jemarinya melekap pada
permukaan perutku yang memang sudah lari benar ukurannya. Memang aku akui,
skirt ini agak ketat di bahagian perut, tapi selagi boleh pakai, aku akan tetap
pakai!
Bila sentuhan Muiz berubah menjadi usapan, aku mengejang sendiri.
Entah kenapa sejak di sahkan mengandung, aku tak mampu mengasarinya dengan
ayat-ayat pedasku. Mungkin anak yang sedang aku kandung ini tidak menyukai
ibunya memarahi babanya.
“Tukar! Awak tak boleh ke office dengan pakaian dan kasut tinggi ni.
Bahayakan baby. Nanti kesian baby baba
tak boleh membesar sebab awak pakai ketat-ketat.” Arah Muiz sekaligus
menyelitkan kata perlian buat aku.
“Okay! Okay! Fine, aku tukar!” akurku lalu membuka kasut tumit tinggi
yang baru aku pakai sebelah tadi.
Bila aku mahu beredar naik ke atas, Muiz menahan. Serentak itu dia
mencempung tubuhku dan meniti anak tangga ke bilik kami dengan berhati-hati.
“Thanks!” ucapku dalam usaha menahan debar dada.
“sama-sama. Lagipun, Muiz buat untuk baby,” jawabnya bersahaja lalu
keluar dari bilik.
Sebaik sahaja Muiz keluar, aku secara separuh sedarnya menghentakkan
kaki ke lantai. protes! Tak habis-habis baby! Semuanya untuk baby! Habis aku ni
apa?
***
Usia kandungan yang hampir mencecah 5 bulan membuatkan badanku sedikit
berat dari biasa. Mahu bergerak turun
dari bilik juga aku sudah malas. Hanya bergerak-gerak dalam kawasan bilik. Muiz
juga dua tiga bulan ini sangat sibuk dari biasa. Bagai tiada masa untuk melayan
karenahku lagi. Sedar-sedar sahaja, tiap malam sebelum dia tidur, lelaki itu
akan membelai dan mencium permukaan perutku yang terkandung bayi milik bersama
ini sebelum tidur.
Ting ! bunyi emel yang memasuki I-phone milik Muiz menarik
perhatianku. Untuk seketika aku toleh kanan dan kiri, memeriksa keberadaan
lelaki itu sebelum membuka peti emelnya. Rasa excited betul! Sudah lama aku tak
buat kerja-kerja jahat macam ni sejak kali terakhir aku bergaduh dengan Muiz.
Kalaupun tertangkap, biasanya Muiz tidak akan memarahiku. Lagipun, kandungan
emelnya tidak berisi rahsia atau maklumat sulit apa pun.
Untuk seketika aku membaca
kandungan emel itu. Dan apabila aku sudah mampu menangkap isi kandungannya,
serentak itu juga aku memaut bucu meja belajar dengan rasa sukar untuk
bernafas. Aku tekup mulut dengan telapak tanganku sendiri. Tak percaya! Aku tak
percaya!
“Awak dah baca emel tu?” Suara Muiz yang menyapa tiba-tiba dari
belakang mengejutkan aku. Malah, mata ini tiba-tiba jadi berat dengan takungan
air mata. Hangat!
“Bila flight kau?”
“Lepas awak due. Muiz dah lama nak bagitahu tapi....”
“Kenapa?” Aku cantas Muiz dengan pertanyaan kerana pada hemahku Muiz
sekarang hanya mahu beralasan.
Muiz nampak kelu. Malah, halkumnya bergerak-gerak resah.
“Kenapa Muiz? Kenapa?” Tanyaku dengan suara yang sudah meninggi. Air
mata yang mengiringi tidak aku hiraukan.
Muiz menapak perlahan ke arah pintu gelonsor balkoni. Dia merenung
jauh ke luar. Sengaja buat aku terpinga-pinga dengan mendiamkan diri begitu.
“Muiz terluka. Muiz rasa terhina bila awak rendahkan maruah Muiz
dengan cek awak tu dulu. Awak tampar Muiz. Awak halau Muiz. Sekalipun awak tak
pernah pandang Muiz. Cintakan Muiz sebagai suami awak.”
Aku hela nafas beratku dengan susah payah.
“ Muiz tahu awak salah faham. Tapi Muiz memang tak boleh terima apa
yang awak cakap dulu. Jadi, Muiz fikir, kita perlukan masa.”
“Masa? Kenapa kau tak ceraikan aje aku!” provokku.
Muiz mencengkam kedua-dua bahuku.
“Apa yang awak cakap ni?” Marah Muiz dengan mata yang memerah.
“Oh,aku lupa... Aku kan mengandung. Mana kau boleh cerai perempuan mengandung macam aku ni,
kan?” tambahku, masih giat menyakitkan hatinya.
Kali ini Muiz ketap pula bibirnya.
“Lagipun kau masih bertahan dengan aku pun sebab aku mengandungkan
anak kau. Oh, baru aku ingat, awal-awal lagi kau dah cakap nak anak ni sebagai
pertukaran kan? Sebab kau tak nak anak ni ikut perangai buruk aku bila kita dah
berpisah! Kan?” jeritku sehingga urat-urat di leher jadi tegang.
“Puteri Nadrah! Tolong bawa bersabar!” tegas Muiz lalu menarik
lenganku duduk di birai katil.
Bila sudah duduk, Muiz tarik aku ke dalam pelukan dia. Tapi sebab aku
terlalu terbawa emosi, dadanya aku pukul-pukul perlahan. geram dan sedih
bercampur baur. Fahamkah Muiz kalau aku sedang terluka dengan keputusannya?
“Nad....sakitlah Muiz kalau awak terus pukul Muiz macam ni...” Muiz
menggumam di tepi telingaku. Meraih perhatian dan belas kasihanku.
“Habis tu, kau ambil keputusan sambung phd diam-diam kat UK tu kau
ingat aku tak sakit hati? Kau nak larikan diri sebab marah dengan aku kan? Baby
pun kau nak bawa jugak. Nak tinggalkan aku kat sini sorang-sorang, kan?”
Tanyaku lurus tapi masih dalam nada bengang.
Muiz tak bagi balasan tapi dia gelak. Apa? Gelak? Cepat-cepat aku
tolak bahu dia. Merenung anak mata bulat itu dengan rasa tersinggung dan
tertanya-tanya.
“Kenapa gelak?”
“Sorry! Tapi muiz rasa awak dah salah faham banyak ni. Yes, memang
Muiz mohon sambung phd kat Uk. Nak bawa hati. Tapi, Muiz dah ambil keputusan
nak sambung kat UKM je bila awak mengandung. Muiz tak sanggup nak jauh dari
awak dan baby.”
“Oh, kalau aku tak pregnant kau memang dah fly kan?”
“Yup! Tapi Muiz baru cancel kan tiket flight tu, kebetulan tarikh dia
jatuh masa awak due. Bukan Muiz nak tinggalkan awak lepas melahirkan.” Terang Muiz
lalu merebahkan badannya ke atas tilam.
Sebaik mendengar penerangannya, aku jadi lega sendiri. Walaupun
kedengaran lurus dan semua yang dilakukannya adalah untuk bayi kami, tapi aku
tetap rasa bersyukur kerana sekurang-kurangnya aku tidak terlambat untuk
meminta maaf dari dia. Peluang begini tak akan datang dua kali untuk orang
seperti aku, isteri yang hanya tahu menyakiti dari mengubati...
Dengan perlahan-lahan aku merebahkan badan ini rapat di badannya
sebelum memeluknya hangat. Pipi yang bulat kemerahan itu juga aku sedaya upaya
capai dan menghadiahkannya dengan sebuah ciuman penuh kasih sayang. Muiz
mengiring berhadapan dengan wajahku seraya menarik tubuh ini kemas dalam
dakapannya dengan mata yang terpejam.
“I’m sorry!” pintaku perlahan dan merendah diri.
“Kalau Muiz tak nak maafkan?” provoke dia masih dengan mata yang
tertutup.
“I will do anything!” balasku yakin!
***
Enam tahun kemudian....
“Nad? Puteri Nadrah?”
Aku pusingkan kepala apabila mendengar suara yang memanggil namaku.
Macam kenal...
“Baihakki!” jeritku. Teruja sebenarnya berjumpa sahabat lama! My old
and warm friend, Baihakki...
“Gilalah kau! Macam supermom dah aku tengok! So, who is the lucky
guy?”Baihakki tidak membuang masa dengan bertanyakan soalan klise. Jelas
pengamatanku dia teruja melihat aku memimpin, Maliki dan membawa kandungan yang
hampir menginjak ke angka 7. Sesuatu yang jauh dari bayangan Baihakki.
Aku mengerutkan dahi. Takkan dia tak tahu?
“That lucky guy is me!” jawab satu suara yang memang arif di pendengaranku.
“Sir!” Baihakki buat muka terkejut dia.
“ya, sayalah. Suami kepada Puteri Nadrah. Baba kepada Ahmad Maliki
Nashriq dan in shaa Allah Puteri Nafissa Masyitah.” Yakin dan jelas, Muiz
memberitahu si Baihakki yang terpinga-pinga sambil mengusap perutku yang jelas
bulatnya.
“Okay. Ini awesome! Tak sangka bestfriend aku dah jadi isteri dan ibu.
Rasa syahdu pulak!” usik Baihakki sambil berpura-pura menyapu pipinya.
Aku dan Muiz sama-sama gelak.
“Cakap pasal aku je. Kau sekarang buat apa? Dah berapa orang isteri?”
usikku bersama pertanyaan.
Baihakki gelak besar.
“Isteri belum kira lagi. Sebab sekarang aku tengah berusaha mengayat.
Payah betul minah ni nak lekat!” balasnya dengan muka yang sudah berkerut tanda
kesallah kononnya.
“Tak payah nak mengayat sangat, Baihakki. Tengok saya ni. Nad yang
lebih mengayat sampai saya lagi bulat dari dulu.”
Mendengar itu, aku terus menarik pipi suami bertuah itu. Amboi...dulu
tak ada pun komen macam ni.
“Sakitlah sayang!”
“Cakap lagi macam tu!”protesku dalam nada geram-geram manja.
“Okey-okey. Jangan gaduh depan akulah, Nad. Ngeri!”
Muiz dan aku hanya menyambutnya dengan tawa. Tangan Muiz yang berada di
bahuku terasa begitu erat dan nyaman di situ. Aku pandang dia dan dia juga
membalas kembali pandanganku. Mesra. Penuh cinta. Lelaki ini mengajar aku erti
kesabaran. Sesuatu yang aku tiada. Tapi aku belajar daripada dia.
Kesabaran...ketenangan...kebahagaiaan...Muiz yang mendidik aku untuk menjadi
manusia yang bersyukur dengan apa yang aku ada hari ini. Bergerak dan berubah
dari sisi gelap dan jahil aku suatu ketika dahulu. Kesabaran Muiz...berbaloi!
Terima kasih Allah!
TAMAT....
13 comments:
Tq sis :)
Best..
Nak lagiiiii.hehe
Bestkannya lau ad yg sabar mcm tu....
Mcm biasa xpenah mengecewakan... Awk memang penulis yg sy kagumi, Writer...
best..... tp nk request bolh?? ... hehehe.... buat cerpen ttg si Baihakki tu.. spe 'heroin'ye??... mesti GEMPAK!!
Daebak arr.. btol ckp cahaya princess tu..h0h0..
gile best koootttt... terbaik
I really loved it ! best sangatt .. keep it up ..watak2 dye semua Best
Huhuhuhu...*nangis part muiz kene pukul
always the best....!
tak tahu nak cakap macam mana memang terbaikkk👍
Best laa sis
Post a Comment