Tajuk : Suami Cadangan
Nama penulis:NOORAIHAS
Tarikh post: 26 Februari 2014
Jeaz Jazaril bin Jamsari. Dia
anak jiran sebelah rumahku. Peramah orangnya. Mungkin sebab itulah mak ayah aku
suka kat dia, siap berkenan nak jadikan menantu lagi! suami untuk aku! Tapi
aku...tak mahu. Alasan paling klise aku bagi kat mak ayah bila keduanya nak
menjodohkan aku dan dia adalah ‘I don’t love him’. Namun... aku tak sangka
pulak alasan aku dulu akan menghantui aku untuk seumur hidupku...
***
Aku memakirkan kereta kelisa
kesayanganku di sebelah kereta Perdana milik ayah. Sebaik sahaja enjin kereta
dimatikan, gegendang telingaku menangkap sapaan seseorang. Lantas aku berpaling
dan mengukirkan senyuman ringkas.
“Baru balik jugak Jeaz?” Aku
menyapanya kembali.
Jeaz senyum seraya mengangguk.
“Lama tak nampak Along? Kursus
ke?” Tanya Jeaz sambil menyeluk poket seluarnya.
Aku mengangguk perlahan. Jeaz
sekeluarga memang selesa memanggil aku ‘Along’ kerana sudah terbiasa mendengar
mak dan ayah memanggilku begitu. Hampir sepuluh tahun kami berjiran sejak
keluarga Jeaz berpindah ke sini ketika aku baru sahaja menginjak ke angka 16
tahun. Lamalah jugak tu kan?
“Uncle Jay dengan Aunty Sari
mana? Tak nampak pun. Biasanya petang-petang macam ni diorang selalu bersembang
kat depan ni,”Soalku pada Jeaz sambil mata ini tidak lepas memandang ke hadapan
rumah orang tuanya. Mencari kelibat Uncle Jay dan Aunty Sari yang sudah
beberapa hari aku tak nampak.
“Mama dengan abah tidur rumah
Kaklong Anim. Esok baliklah tu. Katanya rindu dengan Damia,” jawabnya masih
tidak lepas dengan senyuman.
“Ohh...patutlah tak nampak,”
“Along outstation kat mana kali
ni?” Jeaz mengajukan soalannya lagi bilamana aku sudah berkira-kira mahu masuk
ke dalam rumah.
“Terengganu. Ehh...Jeaz, saya
masuk dulu ye. Penat. Badan pun dah bau kambing ni.” Aku masih sempat berjenaka
setelah meminta diri.
Jeaz tertawa kecil. Mungkin
terkesan dengan lawakku tadi.
“Yelah. Kirim salam dengan
mak ayah Along ye,” Jeaz menitipkan
salam buat kedua orang tuaku sebaik sahaja tawanya reda.
Aku mengangguk sebelum berlalu ke
dalam rumah.
MAK cepat-cepat meluru ke sofa
sebaik sahaja melihat aku yang mula menapak ke pintu rumah. Bukan aku tak
nampak, tadi mak punyalah lama berdiri kat tepi sliding door itu. Mungkin mahu
mengintai aku dan Jeaz berbual. Mak...Mak... sampai macam tu sekali berkenan
kat Jeaz!
“Assalamualaikum.”Aku memberi
salam.
Mak menjawab salamku sambil
tersenyum-senyum. Satu perlakuan yang menggambarkan betapa dia sedang gembira
dan aku tahu apa punca kegembiraannya itu.Jeaz!
“Lama borak dengan Jeaz. Borak
apa?” Mak mula mengendalikan sesi ‘Q and A’. Bibirnya masih mengukirkan
senyuman penuh makna.
Aku meletakkan beg sandangku di
atas sofa dan menghenyakkan punggungku di situ. Mata di pejamkan sebentar.
Penat!
“Along!” Panggil mak sambil
mencuit pahaku.
Beria betul dia nak tahu apa yang
aku sembangkan dengan Jeaz! Haish...mak!
“Tak ada apa-apa mak. Sembang
biasa je,” jawabku sambil lewa.
“Sembang biasa ke macam tu? Mak
nampak muka masing-masing bercahaya je! Macam kekasih lama yang jumpa kembali!
Nak-nak muka Jeaz!”
Aku mengerutkan dahi. Ada pulak
macam tu! Mak ni memang suka exaggerating!
Jeaz tu biasa-biasa je aku tengok. Tak ada pun muka bercahaya macam yang mak
cakapkan.
“Mak ni ada-ada je. Hah, ayah
mana mak? Kereta ada, orangnya takde.” Aku cuba mengalihkan perhatian mak. Lari
dari topik yang dia sangat gemari bila bersembang denganku. Apa lagi kalau
bukan tentang si Jeaz tu!
“Nak larilah tu!” kata mak, sudah
masak agaknya dengan sikapku yang suka ‘menyimpang’ kalau berbicara pasal Jeaz.
Aku menyengih sahaja.
“Ayah kau tu mesti tersekat kat
restoran kat simpang sana tu. Bersembang sampai petang macam ni tak
balik-balik,” jawab mak bersama rungutan kecilnya.
“Takpelah mak. Nasib baik ayah
pergi bersembang, buatnya ayah pergi kahwin lagi satu? Hah, menangis mak
nanti!” Usik aku pada mak.
Mak mencerlungkan matanya. Marah!
“Hish kau ni mulut! Mak cili-cili
sampai jadi bibir Angelina Jolie baru kau tahu!” Marah mak lalu mencubit
pinggangku.
Tubuhku mengelak ke kiri dan ke
kanan kerana cubitan mak yang sangat menyengat itu sebelum tawaku meletus di
segenap ruang tamu rumah. Up grade
betul mak aku ni! Angelina Jolie punya bibir pun dia tahu!
***
Hari minggu yang sentiasa dinanti
pun tiba. Aku memang gemar waktu hujung minggu begini. Boleh bersantai dengan
keluarga dan bebas daripada tekanan kerja! Opps, bukan aku sorang je tapi semua
orang yang berkerja pun akan berfikiran begitu.
Mak dan ayah awal-awal pagi lagi
sudah bangun dan berkebun di luar rumah. Katanya nak dapatkan vitamin dari
cahaya matahari pagi. Barulah awet muda! Nak harapkan aku turun padang sekali
memang tidaklah! Aku kalau bab-bab berkebun ni memang tak pernah tersenarai dalam hobi atau azam tahun baru !
Dalam bahasa sopannya, aku tiada bakat. Tapi kalau dalam bahasa kasarnya, aku
memang PEMALAS! Kalau ada minat, bakat boleh datang dengan sendirinya. Namun,
kalau dah MALAS, bagi cincin Tiffany and Co free sebagai ganjaran pun aku tak
nak!
“Hah, anak dara! Dah puas
termenung?” Tegur ayah lalu menepuk bahuku. Terbang segala lamunanku sebentar
tadi.
Aku membuat muka. Sakit hati dan
jantung aku ni dek sergahan kuasa lapan milik ayah. Mujur sahaja jantung dengan
hati aku ni dah diservis baik punya! Kalau tak dah lama aku ‘jalan’.
“Ayah ni. Sakit Along tau! Kalau
ALong mati macam mana?” Soalku dalam nada menggedik. Nama aje aku ni anak
sulong, tapi perangai kalah budak tadika! Berbeza tingkahku dengan adik
bongsuku, Hanim yang nyata seorang yang matang tapi paling suka ikut kepala
sendiri!
“Macam tu lah!” Balas ayah dengan
selambanya.
Aku menarik muncung. Ayah tak
sayang aku dah...Sobs...Sobs...
“Ayah memang tak sayang Along.
Biarlah Along bawak hati yang lara ni ke KFC. Kalau KFC tak bukak, McD ada lagi
nak terima Along dengan penuh kasih sayang,” luahku dengan penuh perasaan
sebelum bangkit meninggalkan gazebo yang aku duduki tadi.
Baru kaki aku nak melangkah ke
dalam rumah, telingaku menangkap suara
orang ketawa. Aku berpaling seraya mataku membulat dengan besarnya!
Jeaz dengan ayah gelakkan aku!
Agak-agak berapa lama dah lelaki itu berada di situ? Kenapa aku tak sedar? Lupa
pulak tadi masa aku sedang dalam sesi meluahkan perasaan, aku memejamkan mata
sambil meletakkan tangan kanan di dada kiriku. Konon-kononnya hatiku sedang
dalam mode pilu!
Aku menjeling ayah! Kalau Jeaz
ketawa aku boleh terima, ini dengan ayah sekali ketawa! Tak nak support anak sendiri langsung! Takpe,
Father’s Day nanti, Along tak nak bagi ayah hadiah! Huh!
“Itulah Jeaz, Pak cik dah cakap
anak Pak cik ni ‘Drama Queen’. Jangan layan sangat! Kalau siapa jadi suami dia
ni, habislah!” Sakat ayah lagi.
Jeaz hanya ketawa sambil menutup
mulutnya. Lawak sangat la tu!
“Takpe pak cik, rumah tangga lagi
berseri. Tak adalah sunyi macam dalam library!”
Jeaz pula sambung mengusikku.
Aku mendengus kasar sambil
memeluk tubuhku. Haish...ada anak Uncle Jay ni aku tolak dalam longkang besar
karang! Pandai sangat mengusik aku!
“Apa-apa jelah Jeaz. Ehh...Pak
cik nak masuk dalam dulu. Tengok Mak cik kamu buat apa lama sangat kat dalam
tu. Kamu sembang-sembanglah dulu dengan Along,” pamit ayah lalu meninggalkan
aku dan Jeaz di luar.
Aku dan Jeaz hanya di pisahkan pagar rumah. Tapi
kalau boleh aku nak duduk jauh lagi dengan dia. Ini semua gara-gara ayah! Kalau
tak, tak adanya aku nak malu-malu harimau dengan Jeaz ni!
“Along marah Jeaz ke?” Jeaz
memulakan bicaranya denganku.
Aku memandangnya sebentar sebelum
kembali duduk di gazebo. Jeaz pula masih setia berdiri di balik pagar,
memerhatikanku.
“Marah! Marah sangat! Tapi sebab
Along baik hati dan dalam mood cuti hujung minggu,maka Jeaz Along maafkan,”
ujarku membangga diri. Lantaklah kalau Jeaz nak muntah sebab dengar aku cakap
macam tu
pun! Kira baiklah aku tak ambil hati sebab dia ketawakan aku tau!
Jeaz ketawa lagi. Haish...lelaki
ni dah kenapa? Asyik ketawa je kerjanya! Aku lempar dalam Sungai Pahang karang
baru tahu!
“Along ni so adorable lah. Rasa nak cubit-cubit je pipi tembam tu! Nasib baik
bukan muhrim, kalau tak dah lama...” Jeaz berhenti dan kemudiannya ketawa lagi.
Aku mengerutkan dahi. Agaknya
Jeaz lupa nak makan ubat pagi ni. Itu yang asyik ketawa je dari tadi. Cakap pun
tak habis! Kesian Uncle Jay dengan Aunty Sari ada anak tak siuman macam Jeaz!
“Kalau tak dah lama apa Jeaz?
kamu sembang apa dengan Along tu?” Tegur Aunty Sari lalu mendekati anak
bujangnya itu.
Jeaz sengih sambil menggaru
rambutnya. Seganlah tu...Tertangkap dengan mak sendiri!
Aku melebarkan senyuman sebaik
sahaja melihat Aunty Sari. Wanita sebaya mak itu masih anggun walaupun sudah
bergelar nenek! Aku kalau boleh nak jadi anggun macam itulah! Tak payah cucu
aku nanti sibuk-sibuk nak panggil nenek! Panggil aje granny! Kasi up sikit!
Cehh...Berangan tak sudahlah kau! Suami
pun tak ada lagi. Ada hati nak cucu!
“Kamu mengorat Along ye? Kalau
kamu suka Along cakaplah kat mama. Mama dengan abah boleh tolong pinangkan,”
ujar Aunty Sari. Sengaja mengusik anak lelakinya itu.
Jeaz hanya senyum. Muka aku pulak
sudah memerah tidak semena. Malu! Straight
forward sungguh Aunty Sari ni! Naik segan aku!
“Err...Aunty, Along masuk dulu
ye. Nak tolong mak memasak,” dalihku. Tidak mahu terus menjadi bahan usikan anak
beranak itu.
Aunty Sari mengangguk sebelum
tersenyum. Jeaz juga begitu. Haish... kenapalah aku hari ni jadi bahan usikkan
je? Salah bangun tidur ke aku subuh tadi? Getus hatiku sebelum melangkah masuk
kedalam rumah.
***
Hari ini aku dikejutkan dengan kedatangan
Marissa. Bekas kawan baikku! Kenapa
bekas? Hmmm...sebab dia tertangkap dengan bekas teman lelakiku di atas katil di
rumah sewa kami! tapi itu cerita zaman belajar dulu. Mungkin dia sudah
berkahwin dengan Zakuan memandangkan dia datang dalam keadaan berbadan dua.
Nampak sarat. Mungkin sudah masuk bulan ke tujuh.
“Apa khabar Imtiaz?” ujarnya
bersama senyuman nipis sebaik sahaja aku mempelawanya untuk duduk.
“Alhamdulillah. Hidup lagi,”
balasku, ringkas bersama pandangan yang dalam.
Untuk seketika suasana bertukar
sepi. Rasa janggal bila dia terus-terusan merenung aku tanpa menyatakan
tujuannya ke mari.
“Berapa bulan dah?”Soalku bila
dia masih tidak bersuara.
“Tujuh bulan,”Dia menjawab sambil
mengusap perutnya.
Aku mengangguk perlahan. Haih,
canggung betul!
“So, apa tujuan kau datang? “
Bunyinya macam aku kejam sangat kan? Macam nak menghalau.
Wajah itu tiba-tiba bertukar
sendu.
“Zakuan nak ceraikan aku.”
Mulanya dengan air mata yang sudah bertakung.
Menarik! Fikir hatiku.
“Dia masih cintakan kau dan nak
kembali pada kau,” sambungnya lagi.
“Walaupun kau dah bulat macam
ni?” sampukku sedikit sarkastik nadanya.
Dia mengangguk lalu menyapu air
mata.
“Cakap kat Zakuan, aku tak
berminat nak menjilat ludah sendiri. Dan kau jangan bimbang, aku tak suka ‘barang
terpakai’,” sinisku tapi aku benar-benar memaksudkannya.
Marissa tersenyum pahit. Mungkin
terasa!
“Kalau dia merayu kau?” Dia
menginginkan kepastianku.
“Aku dah ada pilihan hati!”
tegasku, menjawab dan sekaligus meyakinkan dia. Entah mana aku nak cekau Encik
Pilihan Hati ni!
SETELAH pertemuan antara aku dan
Marissa berlaku seminggu lepas, semakin kerap aku menerima bunga dan kad ucapan
dari Zakuan. Semakin rimas hati ini! bertambah bengang bila dia bertindak
datang ke rumah orang tuaku. Dasar lelaki tak reti bahasa!
“Salah ke saya nak datang rumah
teman wanita saya?”soalnya dengan wajah yang sengaja dibiarkan dalam mode
menggoda. Sikitpun aku tak tergoda!
“Bekas teman wanita!” Aku
membetulkan status hubungan kami.
“Saya akan ceraikan Marissa kalau
itu yang awak bimbangkan!” tegasnya sambil cuba meraih tanganku.
“Maaf! Tapi saya tak suka ‘bekas’
orang!” perliku dengan suara yang sudah tinggi.
Terpempan sebentar lelaki itu.
“But i still love you Imtiaz!”
Dia menyatakan cintanya padaku.
Itu bukan cinta Zakuan. Itu
ketaksuban! Gumam hatiku. Senyuman aku sunggingkan dengan penuh sindiran.
“Just love your wife and your
incoming baby, okay? They need you more!” ujarku bersahaja.
Zakuan semakin resah melihat
kekerasan hatiku.
“Saya akan terus berusaha untuk
dapatkan kembali awak! no matter what happen, you’ll be mine! Walaupun saya
kena korbankan nyawa orang lain!” Zakuan sudah menyatakan janjinya.
Entah kenapa aku jadi tidak sedap
hati mendengarnya. Aku kenal Zakuan. Dia seorang yang nekad dalam melakukan
sesuatu. Risau aku jika dia akan mengapa-apakan orang-orang disekelilingku demi
kegilaannya padaku. Itu yang aku paling bimbangkan.
Keluhan berat aku lepaskan entah
untuk kali yang ke berapa. Isu Zakuan bertandang ke rumahku petang tadi memang
menjadi tanda tanya mak serta ayah. Nyata-nyata mak dan ayah tidak menggemari
Zakuan. Jelas air muka keduanya berkerut tidak senang dengan kewujudan watak si
Zakuan dalam hidupku.
“Along,” tegur ayah lalu
melabuhkan duduknya di sisiku.
Mata tua itu aku pandang. Jelas
ada riak bimbang di situ.
“Ayah tak nak buat mukadimah
panjang-panjang. Apa yang ayah nak cakap, ayah dengan mak tak suka budak Zakuan
tu,”kata ayah terus pada isi kandungannya.
Aku mengangguk faham.
“Along dah tak suka dia yah. Tapi
dia siap ugut-ugut nak dapatkan Along tak kira apa pun terjadi walaupun ada
yang jadi mangsanya. Along takutlah ayah.” Aku sudah meluahkan kerisauanku.
Ayah terdiam sebentar. Nampak
seperti sedang berfikir.
“Hmm...mungkin Jeaz boleh tolong
Along,”ujar ayah setelah lama mendiamkan diri.
Keningku hampir bercantum
mendengar cadangan ayah. Apa yang Jeaz boleh tolong?
“Tolong macam mana?”Soalku,
kabur.
Malangnya ayah Cuma tersenyum
penuh makna dan mengangkat sebelah keningnya. Mencetuskan elemen saspen padaku.
Apa pulak rancangan ayah ni...
Jarum jam sudah hampir menginjak
angka 9 malam. Tapi aku masih tersangkut di pejabat dan baru hendak berkemas
untuk pulang ke rumah. Suasana yang sunyi kadang-kala mendatangkan gentar juga
dalam hatiku. Siapa aje yang tak takut duduk di tempat sunyi tanpa berteman.
Bila lampu pejabatku sudah aku
tutup, langkah segera aku buka ke tempat parkir kereta. Hmm... parkir kereta
pun sunyi sepi! Ini yang buat aku nak menangis ni. Mana semua orang? Baru pukul
Sembilan kot! Haih...
“Imtiaz,”
Aku berpaling ke belakang bila
namaku diseru dan serentak itu tubuhku dipaut kasar.
“Hei, lepas! Lepaskan aku!”
bentakku lalu meronta kasar untuk melepaskan diri.
“Syyhh...sayang. Jangan
marah-marah,” ujar lelaki itu tanpa memperlihatkan wajahnya padaku. Namun dia
silap besar, kerana aku tahu siapa dia!
“Zakuan! Kau nak buat apa ni?”
jeritku lantang sambil mata melilau mencari kelibat manusia yang mungkin boleh
membantuku.
“Nak buat apa? Nak sayanglah!”
balasnya membuatkan aku rasa loya mendengarnya.
Nampaknya, aku tak ada cara lain.
Terpaksalah aku melepaskan segala keayuanku demi menyelamatkan maruahku. Nafas
aku tarik dan hembus. Cuba bertenang. Bila pautan Zakuan terasa longgar di
badanku lalu kakiku hayun sekuat hati ke belakang, menendang tempurung
lututnya. Hampir terlentang tubuh lelaki itu.
Tubuh yang sudah bebas dari
cengkamannya membuatkan aku lebih bersedia untuk membuka langkah taekwando yang
pernah aku pelajari dulu. Kedua tanganku
genggam dan kakiku buka. Zakuan yang nampak berang mula menghampiri dan
menyerangku. Tanpa melengahkan masa tubuh lelaki itu aku ‘hadiahkan’ dengan
tumbukan yang bertubi-tubi serta tendangan padu di perut dan ‘sentuhan
terakhir’ di celah kelangkangnya! Touchdown!
Aku mengibas-ngibas tudung serta
bajuku.
“Ada hati nak aniaya aku!” Aku membangga
diri sekejap dan bila aku berpaling, mata ini hampir terbeliak besar melihat
Jeaz di sini! Entah berapa lama dia berdiri dan melihat ‘keganasan’ aku.
“Jeaz?”
“Along okey?”Tanya Jeaz dengan
air muka yang masih terkejut.
Gugup pulak aku nak meluahkan
kata. Jadi aku hanya mengangguk perlahan. Baru sahaja mahu melangkah ke kereta,
Jeaz menarik lenganku dan mendorong tubuh ini ke belakang badannya sebelum dia
bertindak menumbuk Zakuan yang sudah bangkit dan mahu menyerangku tanpa aku
sedari. Terdampar lelaki itu di atas jalan.
Kali ini aku pulak yang terpana!
Hanya sekali tumbukan Jeaz, Zakuan sudah terbaring!
“Nak bawak dia ke balai polis
tak?” Soal Jeaz sambil bercekak pinggang memandang Zakuan yang sedang mengerang
kesakitan.
“Tak payahlah Jeaz. Along tak nak
masalah jadi kes polis. Dia ada anak bini yang perlu dijaga,”jawabku dengan
nada simpati.
“Okeylah kalau Along dah cakap
mcam tu. Jadi, hari ini Along balik dengan Jeaz ye?”pintanya lalu menolak
tubuhku lembut menuju ke keretanya.
“Tapi, kereta...”
“Esok Jeaz hantar Along pergi
kerja. Lagipun ayah Along yang suruh Jeaz tengokkan Along tadi,” potongnya lalu
membukakan pintu kereta untuk aku.
Mahu tidak mahu terpaksalah aku
pulang bersamanya malam itu.
***
Mak menarik tanganku menuju ke
sofa. Ada hal yang mahu dia bincangkan, katanya. Entah apa yang mak mahu
bincangkan pada hujung minggu begini!
“Dalam sampul putih ni ada 10
orang calon suami cadangan Along,” ujar mak lalu menyerahkan sampul putih itu
ke tanganku.
Ternganga sebentar aku.
“Apa mak? Calon suami cadangan?”
Soalku mahu kepastian.
Mak mengangguk sebelum tersenyum
nipis. Aku mengeluh kasar.
“Untuk apa ni mak? Pandai-pandai
mak aje!” marahku dan meletakkan sampul itu di atas meja.
“Untuk apa? Untuk kaulah. Mak tak
nak kejadian minggu lepas berulang lagi. Bahaya! Kalau Along kahwin, ada jugak
orang yang boleh jagakan keselamatan Along,” jelas mak dengan air muka yang
jelas
risau.
Aku mencebik. Apa guna polis kat
Malaysia ni kalau tak boleh jaga keselamatan aku?
“Poliskan ada untuk jaga keselamatan
Along! Tak payahlah mak risau sangat sampai suruh kahwin bagai,”
Aku tidak
setuju dengan pandangan mak.
Kali ini mak pulak mencebik.
“Kau ingat polis tu ada masa
banyak nak jaga keselamatan kau sorang? Banyak lagi tau kerja dia!” bangkang
mak bersungguh.
“Habis mak ingat dengan berkahwin
suami Along tu ada masalah nak selalu jagakan Along?”
“Dia mesti kena adakan masa
jugak. Sebab kau bini dia! Faham?”
Aku diam. Hmm...betul jugak!
“Dah jangan nak bantah-bantah
cakap mak. Kau pergi aje temujanji yang mak dah atur dengan 10 orang calon
suami yang mak cadangkan untuk kau tu. Lepas jumpa bagitahu kat mak yang mana
kau berkenan nak jadikan suami,” putus mak. Serius!
Aku mengangguk setuju.
Hmmm...pergi ajelah. Tak berkenan, tolak. Habis cerita!
***
Temujanji yang diaturkan oleh mak
aku jalani dengan penuh kesabaran. Sudah berpuluh-puluh kali aku mengeluh
melihat karenah calon-calon suami cadangan aku ini. semuanya baik-baik belaka.
Cuma aku rasa tidak selesa bila bersama mereka. Mungkin kerana ini kali pertama
aku berjumpa dengan mereka. Tapi takpe, tinggal lagi seorang sahaja lagi!
Penat menunggu, aku letakkan
kepala di atas meja dengan beralaskan kedua-dua lenganku. Selesa! Bila
difikir-fikir ini semua tak akan terjadi kalau Zakuan tak buat hal! Psiko betul! Macam manalah aku boleh
tersangkut dengan dia dulu? Haih...
“Cik Imtiaz?”
Aku tidak mengangkat kepalaku
kerana aku tahu ini mungkin calon terakhir suami cadangan untuk aku yang mak
aturkan.
“Biar saya teka. Awak belum
berpunya. Suka makan. Jarang kemas rumah. suka bola sepak.
Jarang masak dan ada perniagaan sendiri. “ Aku membuat andaian rambang
memandangkan itu semua adalah jawapan klise daripada calon-calon lepas!
Lama dia mendiamkan diri, aku
bertindak mengangkat kepala. Tidak semena-mena dahi ini berkerut seribu. Lalu
sampul putih yang mengandungi gambar calon suami aku itu aku capai dan belek
satu persatu. Sah, lain dari dalam gambar! Tapi kenapa?
“Saya bakal berpunya. Memang suka
makan. Selalu kemas rumah dan memasak, awak boleh tanya mama saya kalau awak
sangsi. Perniagaan sendiri? Saya takde perniagaan sendiri tapi tetap ada
kerjaya sendiri.”
Dia membalas setiap satu andaian rambangku tadi dengan
senyuman manis di bibir.
Aku hanya mampu tersengih.
“May i have a seat?” pintanya.
“Eh, duduklah Jeaz,” pelawaku.
Jeaz duduk. Dia nampak tenang dan
selesa dengan temujanji ini. Tapi, kalau ikut gambar bukan dia yang sepatutnya
aku jumpa. Mungkin dia lalu di sini dan nampak aku lalu datang untuk menyapa.
“Calon suami Along yang ke
sepuluh tarik diri sebab dia jumpa makwe lama dia balik. So, i’m here to
replace him and i’m really looking forward for this relation to succees,”
terangnya masih lagi dengan wajah tenang.
“Hehehe...Jeaz ni main-main
pulak.” Aku tertawa kecil kerana aku tahu dia sedang bergurau. Dan...aku harap
dia betul-betul bergurau!
Jeaz menggeleng kepalanya.
“I’m dead serious!” jawabnya
dengan muka yang tak main-main.
Okey...dia serius. Mak, tolong!
***
“Nak bie tolong sayang ke?”Soal
Jeaz, menggoda. Baju di tanganku dibelek-beleknya.
Aku hanya senyum seraya
menggeleng. Bie? Sayang? Hahaha...Korang jangan fikir yang bukan-bukan! Kami
belum kahwin lagilah! Baru bertunang lebih kurang 3 bulan. Dia yang menggedik
sangat nak panggil bie-sayang. Aku follow aje!
Walaupun, hampir 3 bulan menjadi
tunangannya, aku masih tidak dapat mengenali dirinya dengan sepenuhnya. Misteri
betul! Kadang-kala aku berfikir sendiri, kenapa dia nampak easy-going dari jauh tapi bila aku makin merapati,
ternyata dia lebih misteri dari dasarnya!
“Menung apa lagi yang?”Dia
menggamit perhatianku.
“takde apa-apalah. Cuma risau
sebab kita nak nikah lagi 2 bulan, barang-barang ada sikit lagi tak cari,”luahku,
perlahan.
Dia mengangkat keningnya.
“Itu aje? Bie ingatkan apalah sangat. Mama dengan mak kan ada,”balasnya bersahaja.
“Memanglah. Tapi...”
“Takde tapi-tapi. Sekarang
jom kita pergi makan!” ajaknya tanpa
sempat aku menghabiskan kata.
Lenganku di tariknya ke salah sebuah restoran.
Beginilah dia bila aku cuba
membincangkan persiapan perkahwinan kami. Agaknya dia serius atau tidak untuk
berkahwin dengan aku? Kenapa aku rasa seperti terhegeh-hegeh ni?
***
Tinggal dua minggu lagi aku dan
Jeaz bakal berumah tangga. Tapi dek kesibukkan aku menguruskan urusan
perkahwinan, kami sudah semakin jarang berjumpa walaupun rumah sebelah-menyebelah. Bila aku
mencarinya di rumah, bakal mama mertua aku cakap Jeaz ada di rumahnya. Sibuk
mengemas untuk persediaan aku masuk ke rumahnya.
Wah, nampaknya Jeaz betul-betul
sudah bersedia nak kahwin, kan? Aku rasa nak kejutkan dialah! Agaknya dia marah
tak kalau aku tiba-tiba muncul di hadapan rumahnya? Mestilah tak, kan? Aku kan bakal isterinya. Tak salah
aku nak melihat rumah yang bakal aku diami. Tak gitu?
Lalu dengan keyakinan dan rasa
ingin tahu yang membuak-buak, aku menuju ke rumahnya. Rumah yang telah
diberitahu oleh mamanya itu hanya mengambil masa 20 minit sahaja dari rumah
orang tua kami. sampai sahaja di simpang rumahnya aku memperlahankan kelajuan
kereta dan mula mencari nombor rumahnya.
Hampir 5 minit mataku meliar
mencari nombor rumah Jeaz, pandanganku tertancap pada susuk tubuh itu yang
sedang keluar dari Suzuki Swift berwarna biru gelap. Wajah lelaki itu tersenyum
manis. Aku terus menukar gear dan menghampirinya. Kereta aku berhentikan tidak
jauh dari rumahnya. Baru sahaja aku mahu keluar dari kereta, mata ini menangkap
kelibat seorang wanita keluar dari kereta Suzuki Swift tadi dan datang untuk
memeluk Jeaz!
Aku sentap! Tapi tidak untuk
Jeaz. Wajah itu kelihatan sangat gembira menerima pelukan ketat-ketat dari perempuan
itu. Tanpa membuang masa aku keluar daripada kereta dan menapak laju ke arah
pasangan itu.
“Hmm...sweetnya korang! Peluk
ketat-ketat! Berapa lama dah bercinta ni?” perliku bersama senyuman yang memang
dibuat-buat.
Jeaz terkedu! Manakala perempuan
yang memeluknya tadi pula memandang pelik padaku. Mungkin tidak tahu siapa aku
pada Jeaz.
“Eh, lupa pulak nak kenalkan
diri! Saya Imtiaz, tunang Jeaz! Eh, bukan! Bakal jadi bekas tunang!” ujarku
selamba sambil menghulurkan tangan untuk bersalam.
Perempuan itu menjeling tajam
tanpa menghulurkan tangan. Memang sombong! Bila aku memandang kea rah Jeaz
pula, dia cepat-cepat memaut tangan lelaki itu.
“Imtiaz...listen to me,” pinta
Jeaz mendatar. Tidak mesra seperti selalu.
“No! You listen to me! Majlis perkahwinan kita batal! Tak akan ada majlis! Faham?” tegasku dan bergerak meninggalkannya.
Berkali-kali dia menyeru namaku
tapi sikitpun aku tidak berpaling! Biarlah majlis perkahwinan ini tidak
berlangsung! Biarlah aku dan keluarga menanggung malu kerana majlis yang tidak
jadi ini. biarlah keluargaku dan Jeaz bermusuh! Asalkan hidup aku tidak musnah
di tangan lelaki yang belum tentu tahu erti SETIA!
Di saat aku sudah memberi tapak
dalam hatiku untuknya...bersedia untuk memberi dan menerima cinta
untuknya...sanggup Jeaz hancurkan semua rasaku untuk dia!-
WAJAH mak dan ayah nampak sedang
dilanda kerisauan. Terbang segala ayat mukadimah yang bermain dalam fikiran
yang aku reka untuk memujuk mak dan ayah
membatalkan majlis perkahwinan aku dan Jeaz. Nampaknya belum sampai masanya aku
mengkhabarkan berita itu pada mereka. Kalau aku memberitahu sekarang mahu
serabut kepala mereka!
“Mak. Ayah. Kenapa muka ketat
ni?”Soalku dan melabuhkan duduk. Mata ini leka memerhati gelagat ayah yang
sibuk memegang telefon seolah-olah menanti panggilan daripada seseorang dan mak
yang sudah siap dengan bagasi kecil di tepi sofa.
“Pak Anjang kau yang duduk kat
kedah tu tengah sakit. Nazak katanya. Itu yang mak dengan ayah risau ni. Ayah
tunggu diorang call tapi sampai sekarang tak call-call lagi,” beritahu ayah
risau.
“Sakit? sakit apa yah?”
“Biasalah sakit orang tua,”
sambut mak.
Aku mengangguk.
“Ini mak dengan ayah takde kat
rumah, Along tinggal dengan Aunty Sari ya? Bukan apa mak takut kalau jadi
apa-apa kat Along. Along tu darah manis. Nanti jadi apa-apa susah,”ujar mak
lalu menepuk tanganku.
“Eh, mak tak payahlah! Along
boleh duduk soranglah. Along bukan kecil lagi,” bantahku tidak setuju. Bukan
itu yang jadi masalahnya. Masalahnya aku tak mahu melihat muka Jeaz walaupun
untuk sehari!
“Alah, Along jangan risaulah.
Uncle Jay dengan Aunty Sari tak kisahlah. lagipun Uncle Jay dah suruh Jeaz
duduk rumah dia sementara nak tunggu hari perkahwinan korang. Mak dan ayah
pergi sana dua tiga hari aje,” tambah mak.
Bila aku mahu berkata, telefon
bimbit ayah tiba-tiba berdering. Ayah menjawab untuk beberapa minit sebelum
menekan butan merah.
“Jom kita gerak sekarang”
“Okey. Along ingat pesan mak tu!”
pesan mak dan berlalu ke pintu bersama ayah.
“Kalau ada apa-apa hal telefon
ayah. Jaga diri elok-elok!” Kali ini ayah pula menitipkan pesanannya padaku.
Aku hanya mengangguk perlahan.
Aduh, macam mana ni? Masa bila aku nak cakap?
AKU sudah bertekad! Walaupun
tanpa berbincang dengan mak dan ayah, aku tetap akan membatalkan perkahwinan
aku dan Jeaz! Walau apa pun risikonya! Ini tentang masa depanku! Tanpa membuang
masa, aku segera merapati Aunty Sari yang sedang sibuk membelek tanaman
orkednya.
“Aunty?” Tegurku lalu melabuhkan
duduk di bangku batu.
Aunty Sari memandang seraya
tersenyum manis.
“Hei? Berapa kali mama nak cakap?
Panggil mamalah. Kurang dua minggu lagi Imtiaz nak kahwin dengan Jeaz. Nanti
dah kahwin tergeliat pulak lidah tu nak panggil mama,” usiknya.
Aku tersenyum nipis. Aduh, Aunty
Sari! Kenapalah Aunty baik sangat? Susahlah saya nak beritahu Aunty!
“Err...Aunty eh mama, Imtiaz nak
ca..cak...cakap sesuatu boleh?”Aku membuka kata.
Aunty Sari senyum lagi.
“Ini kenapa tergagap-gagap?
Imtiaz ada buat salah ya?”
“Eh, bukan! Bukan macam tu.” Aku
sudah menggaru-garu kepala.
“Habis tu?”
Baru sahaja aku mahu membuka
mulut, kereta Jeaz sudah menjalar masuk ke perkarangan rumah. Alamak! Apasal
pulak mamat ni balik hari ni? Mesti Aunty Sari panggil balik!
“Mama!”tegur Jeaz lalu menyalami
Aunty Sari. Mata itu dikalihkan ke arahku.
Cepat-cepat aku mengalihkan
pandangan. Benci betul!
“Eh, jomlah kita masuk. Mama dah
buatkan makan petang untuk kita!” ajak Aunty Sari lalu menarik tanganku masuk ke dalam rumah dan di ikuti anak lelaki
kesayangannya itu!
Malamnya, aku menolong Aunty Sari
menyediakan makan malam. Jeaz dan Uncle Jay pula sedang menonton televisyen di
ruang tamu sementara menunggu kami menyediakan makanan. Bila sudah siap
menghidangkan makanan, Aunty Sari ke ruang tamu dan memanggil kedua beranak
itu.
“Hmmm...bau sedap! Imtiaz ke yang
masak semua ni?” Tanya Uncle Jay lalu duduk di kerusi.
“En, mana ada! Imtiaz tolong
sikit-sikit aje. Ini semua mama buat,”nafiku lalu menyengih.
“Baguslah sayang tolong mama kat
dapur. Nanti lagi meningkat skill memasak sayang. Betul tak cakap bie?” Jeaz
melemparkan pertanyaannya padaku.
Aku yang baru nak menyuap nasi ke
dalam mulut jadi tergendala sekejap.
“Hah? Hmm...”Itu sahaja yang
keluar dari mulutku.
“Alah, jangan risau. Mama ada nak
bantu Imtiaz masak lepas korang berdua kahwin. Mama pun masa mula-mula kahwin
dengan abah pun macam tu jugak,” ujar mama.
Aku hanya mengangguk. Itu tak
akan mungkin terjadi Aunty Sari! Tak mungkin! Getus hatiku.
MATA yang sudah mengantuk
memaksaku tidur dengan lebih awal. Ini mesti penangan masakan Aunty Sari! Sedap
betul! Kalau aku betul-betul ditakdirkan jadi menantunya, mahu gemuk badan aku
ni. Tapi aku pasti itu semua tidak mungkin terjadi. Lambat laun aku akan
memberitahu mereka juga tentang perkahwinan yang bakal terbatal ini. Antara
cepat atau lambat...
***
Perut yang tiba-tiba sahaja
memulas, menyedarkan aku dari tidur yang lena. Mata yang masih mengantuk
terpaksa aku buka demi ‘tuntuan alam’ ini. hei, perut ni masa sedap tidur jugak
dia nak buat hal! Marah hatiku dan mengangkat tubuh dari perbaringan.
Namun, kerana ada sesuatu
menimpaku, aku tidak boleh mengangkat badan daripada bangun. Lalu dalam
kesuraman cahaya, aku memfokuskan pandanganku.
“Ya ALLAH! Jeaz!” Aku terjerit
kecil seraya menolak kakinya yang menindih kakiku.
Lelaki itu segera terjaga dek
jeritan kecilku tadi. Dia pantas menekup mulutku.
“Diamlah! Awak nak mama dengan
abah saya dengar ke?” marahnya bila aku masih tidak berhenti meronta.
Bila aku sudah bertenang dia
melepaskan tangannya yang masih dimulutku.
“Hei, kau memang sengaja buat
semua ni kan?” Aku menyoal kasar sebaik sahaja dia melepaskan tangannya dari
mulutku. Memang tak guna jantan ni! Hilang terus rasa nak ‘membuang’.
Dia berdehem beberapa kali
sebelum menyandar tenang di kepala katil.
“Memang! Memang sengaja pun!”balasnya,
menyakitkan hatiku.
“Aku tetap nak batalkan
perkahwinan ni!”putusku lalu berdiri. Mata aku jatuhkan pada badan sendiri.
Mujur pakaian masih elok melekap dibadanku. Ini meyakinkan aku bahawa tiada apa
yang terjadi malam tadi.
“Walaupun awak dah tak suci macam
ni?” Sarkastik dia menyoalku.
Aku mendengus kasar.
“Jangan nak kelentong akulah!
Malam tadi tak ada jadi apa-apa, kan?”
Dia ketawa sinis.
“Jangan yakin sangat sayang!”Sindirnya
lalu bangun dari katil dan menghampiriku. Rambutku yang
panjang mengurai
melepasi bahu diselaknya sebelum menekan permukaan leherku.
Tidak membuang masa, aku menepis
tangan lelaki gatal itu! Tak sangka dia masih nak mengambil kesempatan walaupun
tertangkap macam ni! Dasar buaya!
“Harap awak pandai-pandailah
cover tempat merah kat leher awak tu ya?” pesannya dan menapak ke pintu.
Aku membulatkan mata dan menekan
suis lampu sebelum berlalu ke cermin. Jelas ada sedikit tanda merah di situ.
Tapi tak nampak macam lovebite pun. Nampak macam kesan kena gigit nyamuk
adalah! Penipu!
“Oh, ya! Kurang dua minggu lagi
kita bernikah. Kalau awak berani batalkan perkahwinan kita, saya akan
bongkarkan peristiwa malam tadi!” ugutnya lalu memboloskan diri dari ruangan kamar.
Terduduk aku mendengarnya. Air
mata perlahan menuruni permukaan pipiku.Apa muslihat Jeaz sebenarnya dengan
memerangkap aku begini? Atas dasar apa dia melakukan semua ini? kalau betul dia
mahu meneruskan perkahwinan ini, baiklah! Tapi aku akan pastikan hidup dia tak
akan bahagia! He started the game. I’ll finish the game! Ini dendamku!
***
Ucapan tahniah dan selamat yang
bertali arus daripada kaum keluarga mahupun sahabat handai hanya menjadi
santapan telingaku untuk masa yang singkat. Masuk telinga kanan dan keluar
telinga kiri. Langsung tak melekat dalam fikiran apatah lagi hati!
Sepandai manapun Jeaz berdrama,
aku juga tidak kurang hebatnya! Sedaya upaya aku mengikut rentak permainan
buaya darat ini. aku mahu buktikan padanya bahawa aku tidaklah senaif yang dia
sangka. Aku tidak mungkin tertipu lagi untuk kali kesekiannya.
Memandangkan rumah keluarga kami
sebelah menyebelah, maka majlis hanya berlangsung sekali. Malah tiada istilah
bermalam di rumah mana-mana pihak. Kedua orang tua aku dan Jeaz sepakat untuk
membenarkan kami menginap selama 3 hari 2 malam di Hotel Seri Malaysia di Terengganu.
“Aku tidur dalam bilik ni. Kau
pandai-pandailah cari bilik lain,” ujarku sebaik sahaja masuk ke dalam bilik
yang sudah ditempah untuk bulan madu aku dan Jeaz oleh orang tua kami.
Jeaz senyum sebelum mampir
padaku. Pinggang yang tak berapa nak ramping ini di sauknya sekali ke dalam
pelukannya.
“Kita kan tengah honeymoon ni
sayang. Tak kan sayang sanggup tengok bie tidur sorang-sorang. Macam mana nak
raikan malam pertama kita kalau tidur asing-asing?” Pintanya dengan suara
mengada.
Tangan yang melingkari pinggangku
segera aku tolak dengan kasar sebelum berhadapan memandangnya tajam.
“Malam pertama? Eh, setahu aku
kita dah sambut malam pertama sebelum kita kahwin. Kurang dua minggu sebelum
kita kahwin lagi kan? Nak malam pertama apa lagi?” sindirku kasar sebelum
melemparkan senyuman sinis padanya.
Baju-baju yang ada dalam bagasi
aku keluarkan dan gantung ke dalam almari yang disediakan. Sengaja buat tidak
kisah dengan kehadirannya. Lama dia memerhatikan tingkahku sehinggalah dia
sudah hilang sabar dan mencampakkan baju-baju yang sudah aku letakkan ke dalam
almari ke lantai.
Kening aku angkat sebelah.
Mencabar dalam diam. Sikit pun aku tidak gentar dengan amukannya.
“Aku suami! Aku boleh minta hak
aku bila saje aku nak!” marahnya lalu menolak badanku jatuh ke atas katil.
Sebaik sahaja lelaki itu mendekat, aku pantas
bangun namun tetap tidak Berjaya bilamana dia sudah mengunci kakiku dengan
kakinya. Lama kami saling bergelut. Aku dengan tujuanku untuk melepaskan diri
dan dia dengan tujuannya mahu memuaskan nafsu.
Penat bergelut aku kembali
bertenang membiarkan dia melakukan sesuka hatinya untuk beberapa saat. Lelaki
seperti Jeaz tak akan berganjak dari keputusannya. Mahu tak mahu aku hanya
boleh menggoncang
emosinya sahaja.
“Kau boleh ambil aku secara paksa
banyak kali pun. Tapi bukan hati aku!”kataku perlahan. Menyerang psikologinya
dalam diam.
Kucupan yang baru menjalar di
telinga terhenti dek kata-kataku tadi. Terus sahaja dia mengalihkan badannya
dari badanku dan kembali menyandar di kepala katil.
Aku menarik nafas kelegaan dan segera
mengengsot menjauhinya.
“Kisah kita akan jadi banyak
konflik, kan?”Soalnya bersama senyuman pahit setelah agak lama mendiamkan diri.
Senyuman sinis aku hadiahkan
padanya.
“Kisah kita tak sepatutnya ada.
Tak sepatutnya ada Jeaz dan Imtiaz dalam kisah ni! Tapi kau yang mulakan dan
aku akan tamatkannya,”luahku sebak dan menapak perlahan ke bilik mandi tanpa
menunggu dia membalasnya.
‘***
Tarian salah sebuah kumpulan K-pop yang aku minati,
aku ikut dengan penuh dedikasi. Habis berpeluh satu badan! Tapi itulah yang aku
mahukan. Tak perlu keluar berjoging bagai. Cuma duduk depan tv dan ikut tarian
pun dah cukup bagi aku. Hilang tekanan kerja mahupun tekanan berhadapan dengan
Jeaz!
“Saya lapar!”
Aku berpaling memandang suara
yang tiba-tiba bertandang di belakangku. Lelaki itu duduk sambil merenung ke
arahku.
“Berapa lama dah kau duduk situ?”
Aku menyoalnya dengan suara mendatar. Botol yang mengandungi minuman mineral
itu aku capai dan meneguknya dengan rakus.
“Lama jugaklah. Setengah jam,”
balasnya, perlahan.
Aku menghela nafas. Penat!
“Saya lapar. Nak makan. Awak
tolong masakan?” pintanya setelah beberapa ketika mendiamkan diri lalu menekan
perut.
“Malas!” jawabku. Mudah!
“Tolonglah. Saya lapar sangat
ni,” rayunya lagi.
Aku pandang dia. Bila aku tenung
dengan teliti, barulah aku perasan yang raut wajah Jeaz sebenarnya sudah pucat.
Tanda tidak sihat! Dengan sedikit kerisauan, aku menapak ke arahnya.
“Kau okey tak ni?”
Dia geleng. Tak menunggu balasan yang
seterusnya, aku meraba dahi serta lehernya. Panas!
“Eh, kau demam ni! Jom aku bawa
ke klinik,” kataku cemas dan menarik tangannya untuk bangun.
Namun, sekali lagi dia
menggeleng.
“Demam sikit aje. Lepas makan
ubat okeylah,” dalihnya.
“Aku tak kira kita pergi hospital
jugak!” bentakku dengan air muka yang memerah. Heish, geram betul!
“Tak nak!”
“Kau nikan nama aje doctor. Tapi
takut klinik apasal?” marahku.
“Doktor haiwan okey! Bukan doctor
manusia!” balasnya juga nampak tidak berpuas hati.
Tengok! Ada hati nak menjawab
masa sakit-sakit macam ni!
“Jomlah kita ke klinik,” pujukku,
kali ini dengan suara rendah pula.
Dia mendengus kasar.
“I don’t need a doctor! What i
need is my wife!” jeritnya sudah hilang sabar dan kemudiannya berlalu ke
tingkat atas. Dia menghempas kuat pintu. Tanda marah!
Tidak mengambil masa yang lama,
aku terus mendaki tangga ke biliknya. Masuk sahaja ke biliknya, pandangan ini
terus tertancap pada susuk badan suamiku itu yang sudah berkelubung dalam
selimut.
Melihat tingkap bilik yang terbuka luas, aku segera menutupnya
memandangkan hari juga kelihatan mendung. Cuma tunggu masa untuk hujan.
“Merajuk aje! Susah kalau kahwin
dengan anak lelaki bongsu ni!” rungutku dengan suara rendah sebelum mengambil tuala kecil untuk dibasahkan.
Badan itu aku sentuh sedikit.
Nampaknya dia betul-betul sudah lena. Selimutnya aku tarik sehingga paras dada dan
tuala kecil yang aku basahkan tadi aku letakkan di atas dahinya. Merajuk sampai
tertidur! Bagus jugak! Bolehlah aku ke dapur dan memasak. Selepas itu boleh
bagi dia ubat. Karang demam melarat aku jugak yang kena tuduh tak pandai jaga
suami!
MANGKUK yang berisi bubur ayam
dan segelas air suam aku letakkan ke dalam dulang dan bergerak ke tingkat atas,
ke bilik Jeaz. Sebaik sahaja melabuhkan punggung di sebelahnya, aku mengambil
tuala basah di dahinya dan meletakkannya di sisi katil meja.
“Jeaz bangun!” Aku menggerakkan
tubuhnya sedikit.
Dia perlahan-lahan membuka
kelopak matanya dan beberapa saat kemudian mengiring membelakangiku.
“Bangun. Makan bubur ni. Lepas tu
makan ubat,” arahku dengan suara yang tidak mesra. Bukan tidak risau tapi
biarlah kerisauan itu aku sembunyikan disebalik sifat tidak mesraku. Tidak mahu
dia mengambil kesempatan di atas kebaikanku lagi.
Dia masih diam tidak berkutik.
Nampaknya ada orang melancarkan perang dingin hari ini!
“Bangunlah. Makan ubat. Sakit
melarat nanti saya tak nak bertanggungjawab!”tambahku lagi bila dia masih tidak
beriak.
“Biarlah! Mama saya ada. Saya kan
anak bongsu kesayangan. Mesti mama
sanggup datang jaga saya. Bukan macam orang tu!” tukasnya dalam masa yang sama
memerliku.
Aku membuat muka. Dasar anak mak!
“Okeylah anak mama...makanan,
minuman dengan ubat ada kat sini. Pandai-pandailah awak makan ya! Saya keluar
dulu,” pamitku malas nak berlama lagi di dalam biliknya.
Baru nak menapak, lenganku sudah
ditariknya duduk di katil. Wajah itu merenung sayu padaku. Eh, tadi beria
sangat tak kisah! Mama adalah! Apalah!Sekarang tarik-tarik tangan orang pulak.
“Nak suap!” rengeknya manja. Buat
aku nak kasi penyepak aje!
“Hei, makan sendiri tak boleh
ke?” marahku lalu berdiri bercekak pinggang.
“Awak tak suap saya bagitahu
mama!” ugutnya pula.
Mangkuk ni kan! Demam-demam pun
boleh ugut orang ya. Siap kau nanti. Gumam hatiku geram lalu kembali duduk dan
mencapai mangku berisi bubur lantas menyumbat makanan ke mulutnya.
“Hei, perlahanlah sikit. Nak
bunuh orang ke?” Dia memarahiku kali ini dengan nada suara yang sudah sumbang.
Aku hanya membuat muka kosong dan
kembali menyuapnya sehinggalah bubur itu luak separuh.
“Dah lah. Tolong hulurkan ubat,”
pintanya dalam nada merajuk.
Paket ubat segera aku hulurkan
padanya.
“Okeylah. Aku keluar dulu,”
pamitku sebaik sahaja dia selesai menelan ubat.
Dia hanya mengangguk dan kembali
berbaring sementara aku terus mengangkat kaki, keluar dari kamarnya itu.
JAM di dinding aku kerling
seketika. Baru pukul 6.00 petang. Tapi hujan yang lebat beserta guruh
menjadikan kawasan sekeliling seperti pukul tujuh malam. Menggigil badanku
menahan sejuk. Aku yang sihat walafiat pun rasa sejuk sampai ke tulang hitam
macam manalah keadaan orang sakit masa hujan-hujan macam ni ya? Hmm...orang
sakit? Alamak Jeaz!
Bergegas aku menapak ke bilik
Jeaz. Sebaik sahaja pintunya aku buka, pandangan ini tertancap pada tubuh
lelaki itu yang sedang menahan sejuk. Siap boleh dengar giginya bergetar lagi!
Lantas suis penghawa dingin aku tutup dan merapatinya.
Baru sahaja aku nak menarik
selimut menutup badannya, dia tiba-tiba memegang lenganku bersama renungan yang
dalam. Lama kami saling merenung antara satu sama lain sehinggalah bunyi guruh
yang kuat menampang pendengaranku. Spontan aku terduduk di birai katil.
“Just trust me once again, will
you?”luahnya perlahan dengan suara lirih.Aku cuba melepaskan lenganku dari
tangannya. Tidak selesa.
“Eh, ka...kau dah sihat ke?” dalihku
lalu menyentuh dahi dan lehernya. Nampak macam dah okey.
Dia tidak menjawab sebaliknya
menarik bahuku rapat dengannya. Bila wajah itu mendekat, aku berpaling.
Aku
dapat mendengar keluhan kasar daripada lelaki itu.
“Demam ni tak ada apa-apa kalau
nak dibandingkan sakit kat sini,” ujarnya lalu membawa telapak tanganku ke
dadanya.
Tanganku tarik semula.
“Yang sakit kat sini bukan kau
tapi aku. Sakit ditipu. Dicurangi,” cantasku dengan air mata yang sudah
bertakung. Sebak.
Dia mendengus kasar dan menggugah
bahuku.
“Semua tu kisah lama. Semua orang
buat silap!”balasnya, geram.
Aku senyum mengejek. Senangkan
kalau bercakap?
“Semua orang boleh buat silap
tapi bukan kesilapan yang macam kau buat. Aku paling pantang dengan lelaki yang
main kayu tiga! Kau pun dua kali lima aje dengan Zakuan!” jeritku lantas
berdiri dengan nafas yang sudah tidak teratur.
Jeaz menumbuk permukaan katil.
Dia melepaskan geram di situ. Dalam hati aku mengutuknya, tak padan dengan tak
sihat!
“Habis apa awak nak saya buat?
Apa?” bentaknya kuat dan bangun menghadap aku.
Aku meneguk air liur . Sedikit
takut sebenarnya. Tapi sakit hati itu melebihi segalanya. Biarlah jika dia mahu
berkasar pun! Aku akan berdiri di sini dan menentangnya habis-habisan. Tekadku.
“Apa aku nak? Kau tanya apa aku
nak dari kau?” Soalku dengan sarkastiknya.
Dia memandang tepat ke mataku.
Tidak mengangguk mahupun membalas kata. Betul-betul mahu menunggu jawapan dariku.
“Aku nak kau lepaskan aku.
Ceraikan aku!” sambungku dengan menekankan perkataan ‘cerai’ itu. Biar dia
sedar betapa aku serius untuk ‘membuang’ lelaki bermain kayu tiga sepertinya
dari hidupku!
Dia tersentak! Lama dia memandang
ke dalam anak mataku. Seolah-olah bertanya dalam hati sama ada tekadkah aku
untuk lari dari kehidupannya. Tapi satu perkara yang dia perlu tahu bahawa aku bukan
hanya setakat mahu lari malah sudah bersedia untuk lenyap dari hidupnya. Sudah
lama bersedia untuk melepaskan statusku sebagai isteri kepada Jeaz Jazaril
kerana aku tidak rela nasibku dipertaruhkan pada lelaki curang!
“Baiklah!” Akhirnya dia
mengeluarkan sepatah perkataan.
Aku hampir menarik nafas kelegaan
tapi tidak kesampaian demi mendengar setiap patah ayat seterusnya yang keluar
dari mulut lelaki itu yang berbunyi...
“Saya boleh lepaskan awak tapi
dengan syarat...”Jeaz merapatkan bibirnya ditelingaku. Berbisik.
Kali ini aku pula yang tersentak!
***
Zakuan datang menemuiku di
pejabat. Raut wajah yang kusam dan tidak bermaya itu menarik perhatianku. Tapi
aku langsung tidak berminat untuk bertanya kerana aku sendiri ada perkara yang
perlu dirisaukan dan diambil perhatian lebih daripada untuk memikirkan lelaki
itu!
“Apa tujuan kau datang sini? Kau
tak reti bahasa ya? Kan aku cakap aku dah kahwin! Kau nak apa lagi?” marahku
sambil bercekak pinggang.
Dia diam menunduk untuk seketika
sebelum bertindak membuka mulutnya.
“Marissa nak jumpa awak sebelum
dia melahirkan bayi kami. Tolonglah jumpa dia,” rayunya dengan suara yang sudah
bertukar sebak.
Ini berita yang sangat
mengejutkan aku. Simpati pun ada. Tapi...demi mengenangkan apa yang pernah
mereka lakukan dulu, aku jadi berat hati walau untuk mengangguk sekalipun.
“So, apa kena mengena dengan
aku?”provokku setelah lama mendiamkan diri.
“Tolonglah jumpa dia. Saya merayu
sangat...”pinta Zakuan, lirih.
Otak ini gigih berfikir sama ada
mahu menurutnya atau tidak. Patutkah aku memberi peluang dan ruang kemaafan
pada mereka?
“Tolonglah...sekali ini aje...”
***
Keinsafan boleh datang dalam
pelbagai bentuk mahupun pendekatan. Melihat Marissa yang menahan kesakitan
melahirkan cukup menjentik rasa keinsafan dalam hatiku meskipun dia pernah
melakukan kesilapan padaku.
“Ma..ma...maafkan aku.
Tol...tolong maafkan aku...”Dengan susahnya Marissa meminta kemaafan dariku.
Wajah itu dibasahi titisan peluh kesakitan.
Sekeras manapun hatiku cuba untuk
mempedulikan maaf yang dipinta, tapi naluri ihsan sebagai manusia itu melebihi
segala-galanya. Maaf mungkin tiada harga tapi itu yang membuat hati kita lega.
Lantas dengan segala rasa dendam yang aku leburkan, kepala aku jatuhkan
beberapa kali. Memaafkan dia seikhlas hatiku...
Sebaik sahaja aku memberi
kemaafan, Marissa akhirnya menghembuskan nafasnya yang terakhir tanpa sempat
melihat bayi lelakinya. Apa yang mampu aku lakukan hanyalah mensedekahkan
Al-Fatihah padanya kerana urusan maut memang bukan dalam kemampuanku. Kita manusia wajib redha dengan
ketentuan-Nya...
SEMINGGU selepas pemergian
Marissa, aku sibuk membantu Zakuan menyesuaikan dirinya dengan kehadiran bayi
lelakinya sehingga terlupa dengan kewujudan Jeaz. Masa aku lebih diberikan
kepada dua beranak itu berbanding suamiku sendiri. Namun, aku tidak rasa serba
salah langsung, kerana berada jauh dari Jeaz adalah matlamatku!
“Seronok?”
Aku mengalihkan pandangan pada
pemilik suara yang sangat aku kenali itu.
“Apa yang seronok?”Aku bertanya
semula. Tidak mengerti dengan pertanyaan yang berbaur sindiran itu.
Dia tidak menjawab sebaliknya
melabuhkan punggungnya di sofa lalu memeluk tubuhnya. Mata itu tajam
merenungku. Seolah-olah akulah pesalah di sini!
“Seronok dapat berdua-duan dengan
kekasih lama? Sampai lupa rumah. Hebat betul jantan tu!”tambahnya dengan niat
menyakitkan hatiku.
Tubuh aku angkat. Jelingan tajam
aku berikan percuma untuk dia. Sepatutnya soalan begitulah yang aku tanyakan
padanya sewaktu dia tertangkap berpelukkan dengan kekasihnya dahulu.
“Jangan masuk campur urusan aku.
Selama ini aku tak pernah ganggu hidup kau. Jadi kau jangan ganggu hidup aku.
Ada aku larang kau keluar dengan mana-mana perempuan? Ada?” provokku kasar dan
ingin berlalu ke tingkat atas.
Entah bila dia bangun,
sedar-sedar sahaja tanganku sudah ditarik kasar sebelum menolak badanku jatuh
ke sofa. Wajah itu bengis sungguh!
“Aku tak suka kau keluar dengan
jantan tu! Walau sekalipun, kau jangan nak mengada keluar dengan dia! Faham?”
marahnya sehingga menampakkan urat-urat di muka serta lehernya.
Aku mendengus kasar.
“Aku tolong jaga anak dia. Bukan
saje-saje aku nak jumpa Zakuan. Yang kau nak emosi sangat ni kenapa?”
“Jaga anak?”Jeaz seakan tidak
percaya dengan alasanku.
“Kalau kau nak anak...nak jaga
anak... Aku boleh bagilah! Tak payah nak jaga anak orang lain,”
Merah padam mukaku mendengarnya.
“Huh, whatever!” dengusku kasar
bersama rasa menyampah yang melampau!
“I really mean it Imtiaz. Lagi
pun hari tu...”
“Stop! Aku tak nak dengar!”
pintasku lalu bangun dan menolak tubuhnya kasar ke sofa. Kemudian aku berlari
anak naik ke tangga atas, meninggalkan Jeaz dengan ketawa penuh maknanya.
Bagiku peristiwa itu tak
sepatutnya dia bangkitkan. Buat hatiku makin sakit dan rasa takut dengan segala
kemungkinan yang bakal terjadi. Semoga apa yang aku fikir tidak terjadi.
***
Lewat petang itu Zakuan datang ke
rumahku dengan muka yang muram. Dalam gendongannya ada Zarith yang sedang
menangis kuat.
“Kenapa ni?” Tanyaku risau sambil
menyua tangan, mahu mengambil Zarith.
Zakuan segera menyerahkan anak lelakinya itu ke dalam
gendonganku. Kepalanya digaru-garu. Wajah itu kusut masai. Seperti orang tak
cukup rehat!
“Zarith asyik menagis dari tadi.
Saya dah cuba bagi susu, tapi dia tetap menangis lagi. Saya tak tahu nak buat
apa,” keluhnya lalu melabuhkan punggung di kerusi batu di taman mini milik
Jeaz.
“Mungkin perut dia kembung. Takpe
awak duduk sini dulu saya masuk rumah tengok Zarith,”beritahuku lalu membawa
bayi lelaki itu ke dalam rumah, meninggalkan Zakuan di luar.
Hampir limabelas minit berlalu,
tangisan Zarith masih lagi nyaring. Aku sudah kehabisan idea bagaimana untuk
menenangkan si kecil, Zarith. Aku tahu Zakuan di luar juga sudah mundar-mandir
keresahan sehingga dia aku lihat menapak masuk kedalam rumahku.
“Zarith tak okey lagi ke Imtiaz?”
Tanyanya risau sebelum mendekati aku yang sedang duduk elok di sofa sambil
memangku Zarith. Melihat dia merapatiku, hati ini mula dibelenggu kerisauan
memandangkan kami Cuma berdua sahaja di dalam rumah tanpa kehadiran mahramku
iaitu Jeaz.
“Saya dah sapu minyak kat perut
dengan telapak kaki Zarith tapi dia masih menangis,” terangku dengan riak muka
yang tidak selesa. Ingin menyuruh Zakuan keluar semula, aku tidak sanggup pula
bila melihat wajah itu yang semakin risau. Tidak langsung nampak seperti
berniat jahat. Akhirnya aku mendiamkan diri sahaja.
Zakuan yang mendengar segera
menundukkan sedikit badannya untuk mengambil bayi lelakinya itu yang berada
dalam pangkuanku. Tapi belum sempat dia mengambilnya, suara Jeaz bergema
melaungkan namanya. Serta merta tangisan Zarith berhenti!
“Zakuan!”
Aku memalingkan kepala ke arah
belakang. Terkedu sebentar aku melihat dia sudah pulang. Dia berada betul-betul berada di muka pintu dengan
air muka yang merah padam menahan marah!
Tidak membuang masa, Jeaz meluru
ke arah Zakuan dan melayangkan penumbuknya di muka lelaki itu. Terduduk Zakuan
menerima tumbukan padu dari Jeaz. Melihat Jeaz yang bagai orang dirasuk, aku
segera bangun sambil memangku Zarith dan melangkah merapati Jeaz dan Zakuan.
“Berhenti!” arahku dengan suara
sedikit keras. Tidak mahu mengejutkan Zarith yang masih terjaga.
Jeaz menikam anak mataku dengan
pandangannya yang tajam. Nafasnya menderu laju. Nampak sangat marah! tapi aku
entah mengapa rasa biasa. Seolah-olah aku tidak kisah tertangkap dalam cara
begini oleh Jeaz walau pada mulanya aku sangat risau perkara ini terjadi.
Mungkin kerana dia juga pernah tertangkap begini oleh aku sebelum kami
berkahwin dulu. Jadi, adil dan saksamalah! Kan?
“Berhenti? Awak suruh saya
berhenti bila ada jantan lain masuk rumah saya. Berdua-duaan dengan isteri saya
dan hampir melakukan perkara yang tidak senonoh. Awak suruh saya berhenti?”
tekan Jeaz dengan suara yang sudah melantun tinggi.
Aku mendengus kasar demi
mendengar kata-kata yang diluahkan Jeaz. Ya. Memang salah aku membiarkan Zakuan
masuk ke dalam rumah. Tapi aku yakin Zakuan tidak berniat jahat. Lelaki itu
Cuma merisaukan bayinya sahaja sebab itulah dia terlupa bahawa dia sudah
bertindak tidak wajar dengan memasuki rumahku semasa ketiadaan mahramku.
“Jeaz, kami tak buat apa-apa.
Saya Cuma nak ambil anak saya tadi. Anak saya menangis tak henti-henti. Itu
yang saya minta tolong Imtiaz,” celah Zakuan memberi penjelasan.
“Damn it! Nak ambil anak kau ke
nak ambil kesempatan pada bini aku? Dah jauh mana dah kau bermesra dengan bini
aku ni?” sindir Jeaz, kasar.
“Jeaz!” Jeritku kuat. Lantas
Zarith yang berada dalam dukungan, aku berikan semula pada Zakuan. Cepat-cepat
Zakuan mengambil bayi lelakinya itu dan memujuk bila Zarith kembali menangis.
“Zakuan, awak balik dulu. Saya
ada hal dengan Jeaz,” suruhku senada.
Sedaya upaya aku menahan rasa amarah yang terbuku di dada.
Zakuan mengangguk dan menapak ke
pintu.
“Sekejap!” tahan Jeaz pada
Zakuan. Segera Zakuan berpaling dan memandang suamiku itu.
Aku memandang pelik ke arah Jeaz.
Apa lagi yang dia nak cari pasal sangat ni!
“Bersaksikan kau Zakuan, aku Jeaz
Jazaril bin Jamsari ceraikan Imtiaz binti Hussien dengan talak satu,”lafaz Jeaz
sambil merenung sayu ke mataku.
Zakuan tergamam. Aku kelu.
***
2 tahun kemudian...
Orang kata...kesilapan boleh dibuat hari-hari.
Tapi nak betulkan kesilapan makan masa lebih dari sehari malah bertahun
lamanya.
“Mama kita kat mana?” Soal Zarith,
hairan sebaik sahaja aku memberhentikan kereta di hadapan rumah orang tuaku. Ehan
yang masih nyenyak tidur di baby seat
di sebelah kiri tempat pemandu aku ambil.
“Ini rumah atok dengan nenek. Mama nak
jumpa atok dengan nenek. Ayith nak jumpa atok dengan nenek tak?” Lembut aku
menyoal anak lelaki Zakuan yang sudah berusia tiga tahun itu.
“Nak!” jawabnya pantas seraya membuka
pintu kereta dan keluar. Aku pula segera mendukung Ehan yang masih tidur dan
membuka pintu kereta.
Loceng rumah aku tekan beberapa kali
sambil memandang ke sebelah kanan rumah orang tuaku ini. rumah bekas mertuaku.
Rumah itu masih seperti dulu. Tiada apa yang berubah. Hanya hubungan antara
kami sahaja yang berubah.
“Imtiaz!” seru mak mengejutkan aku
dari lamunan. Cepat-cepat aku kalihkan pandangan ini ke muka mak diikuti wajah
ayah yang turut keluar bersama mak.
Pelukan erat dari mak dan ayah hampir
menitiskan air mataku. Hampir dua tahun aku tidak menjejakkan kaki ke rumah
orang tuaku ini sebaik sahaja aku sah bercerai dengan Jeaz. Aku tidak tahu
mengapa aku yang harus membawa diri jauh dari sini. Pada mak dan ayah, aku katakan bahawa aku perlukan masa dan telah ke suatu tempat untuk menyambung pelajaranku supaya mereka tak tertanya-tanya dan melihat sisi terluka hati ini.
Tangisan Ehan yang terjaga
membangunkan aku dari kisah semalam. Segera aku memujuk pengarang jantungku
ini. Bila mak merenungku penuh tanda tanya pada Ehan, aku tahu hati tua itu
sudah jumpa jawapannya.
“Mak. Ayah. Ini anak Along ,Zarith dan
Ehan.” Aku memperkenalkan Zarith dan Ehan.
Ayah dan mak saling berpandangan. Hairan.
Namun tidak pula mereka bertanya apa-apa. Mungkin mereka risau kalau-kalau aku
bakal lari lagi seperti dua tahun lepas jika mereka terlebih soal tentang
Zarith dan Ehan.
“Eh, jomlah masuk Along. Jom Zarith
ikut atok masuk rumah,” ajak ayah lalu menarik tangan Zarith masuk ke dalam
rumah.
Aku mengangguk lalu menapak masuk
bersama mak.
MALAM itu, mak berhempas pulas
bertanyakan soal kewujudan Zarith dan Ehan dalam hidupku. Tidak tahan dengan
desakkan mak, aku akhirnya terpaksa membuka mulut kerana hendak menipu, aku
tidak sanggup apatah lagi dengan orang yang sudah membawa aku ke dunia.
“Kalau Along tak kahwin lagi dan
Zarith pulak anak Zakuan dengan arwah Marissa. Jadi siapa Ehan? Siapa ibu bapa
kandungnya?”
Tidak sempat aku mahu memberi jawapan,
tangisan Ehan sudah kedengaran. Mata aku kerling ke arah jam di dinding. Sudah tiba masanya
Ehan menyusu. Lantas Ehan yang sedang baring di atas katil aku ambil dan pangku
diribaan sebelum menarik bajuku sedikit
lalu menyusukannya.
Mak terpempan melihat kelakuanku tadi.
“Ehan...Ehan...anak...”Tergagap-gagap
mak memberi jawapan.
“Jehan Jazaril bin Jeaz Jazaril. Anak Along
dengan Jeaz. Anak yang Jeaz tak tahupun kewujudannya,”terangku pada mak.
“Ya ALLAH Along! Kenapa tak beritahu?
Kenapa rahsiakan semua ni? Kenapa?” Mak ternyata sangat kecewa denganku.
Aku mengetap bibir.
“Along tahu tak, lepas korang bercerai
Jeaz dah tak macam dulu. Hidup dia Cuma kerja dan kerja sampai dah tak nampak macam manusia! Along nak tahu
sebab apa? Sebab dia kecewa dengan perkahwinan korang yang musnah tu!”
Aku mendengus kasar sebelum meletakkan
Ehan yang sudah kekenyangan di atas katil.
“Dia
kecewa bukan salah Along. Dia yang pilih jalan tu,” bentakku, tidak rela
terus dipersalahkan mak.
“Ada kaitannya!” cantas mak.
“Dia cintakan kamu. Sayangkan kamu
dari sebelum kamu berdua berkahwin
lagi,” sambung mak.
“Dia tipu! Kalau dia cintakan Along,
kenapa masa kami bertunang dulu dia sempat lagi main kayu tiga? Sedangkan waktu
tu Along dah sayang dia. Kalau dia sayang Along dia tak kan lepaskan Along
dengan mudah! Mak tahu tak!” Tangisku dengan esakkan yang berat. Biar mak tahu
aku juga pihak yang kecewa bila Jeaz
membuangku. Walaupun sepanjang perkahwinan kami, akulah orang yang selalu
menyakitkan hatinya, tapi aku tetap seorang isteri biasa. Seorang isteri yang
tetap terselit rasa sayang dan bimbang padanya biarpun lidah ini mengungkapkan
benci!
Mak diam sebelum memeluk eratku.
“Semua orang buat silap Along. Semua
orang! Tapi dengan membenci Jeaz begini, menafikan haknya pada Ehan itu silap
besar yang Along pernah buat. Jadi apa beza Along dengan Jeaz?” pujuk mak.
Aku menahan sedu.
“Jangan biasakan diri mengira silap
orang. Kira silap sendiri dulu,”tambah mak lalu mengusap air mataku.
Hendak membantah mahupun menangkah
cakap mak, aku sudah hilang modal. Semua yang mak cakap, semuanya benar!
Kebenaran memang menyakitkan...
“Along jumpa Jeaz ya? Bincang dan
beritahu perkara sebenar pada dia. Kasihankanlah dia. Selama kamu tak ada
,dia hidup menyeksa diri sendiri,”ujar
mak dengan suara yang lirih.
Kepala aku jatuhkan beberapa kali. Bersetuju.
Pandangan ini ditala pula pada Ehan. Anak itu Cuma ada aku dari saat dia
dilahirkan. Nampaknya sudah tiba masa dia mengenali siapa papanya.
***
Lagi seminggu umat Islam akan
menyambut bulan Ramadhan. Untuk itu, mak sudah mengerah tenagaku membeli
barangan untuk persiapan menyambut bulan penuh rahmat itu. Walaupun hati ini
mendongkol geram, tapi tetap aku melakukannya dengan gembira kerana sudah
hampir 3 tahun aku tidak melakukannya.
Hari ini aku hanya ditemani Ehan,
memandangkan Zarith sudah Zakuan bawa pulang untuk menyambut pertama Ramadhan
di kampungnya. Stroller yang membawa Ehan aku tolak dengan berhati-hati. Tidak
mahu mengejutkannya dari lena.
Selesai mencari barangan yang telah
mak senaraikan, aku angkat kaki melencong ke POPULAR. Aku ingin mencari buku
resepi biskut raya yang terbaru. Tapi belum sempat aku menapak ke dalam gedung
buku itu, aku di sapa seseorang.
“Puan, i believe this is yours.”
Cepat-cepat aku berpaling dan melihat
gerangan yang menegurku itu. Hati ini. mata ini. seolah-olah berhenti berfungsi
melihatnya berdiri di hadapanku dengan memegang tuala kecil milik Ehan setelah
hampir dua tahun tidak bertemu.
Dia pula segera menanggalkan kaca mata
hitam yang tersarung. Bagai tidak percaya yang dia akan menemuiku hari ini.
Masa seakan terhenti bila mata dia dan aku bersabung dalam satu pandangan.
Lama kami begitu sehinggalah dia
bertindak meletakkan tuala kecil milik Ehan di dalam stroller lalu
berpaling
dan bersedia untuk melangkah tanpa berkata apa-apa.
“Jeaz!” Aku memanggilnya.
Dia berhenti namun tidak sedikitpun
berpaling untuk memandangku. Seolah-olah dia tidak pernah mengenaliku sebelum
ini. seolah-olah akulah memori terburuk dalam hidupnya.
“Saya ada sesuatu nak cakap dengan
awak,”pintaku seringkas mungkin.
“I’ve nothing to say. Just leave!”
“Tapi...”
Belum sempat aku hendak menyambung
kata, tangisan Ehan sudah memenuhi
ruangan POPULAR sehingga menggamit perhatian beberapa orang yang lalu lalang di
situ. Baru sahaja aku mahu menolak stroller, tanganku sudah ditepis Jeaz
sebelum dia menolaknya ke bangku yang terdapat di luar POPULAR. Aku hanya
menurut langkahnya.
“Buat anak pandai. Jaga tak pandai!” sindirnya
pedas bila aku sudah mengangkat Ehan dari stroller.
Berasap telingaku mendengarnya. Lalu Ehan
yang berada dalam dukungan, aku hulurkan pada dia. Kelam kabut Jeaz menyambut Ehan.
Dan dia nampak super kekok bila dia cuba
memangku Ehan.
“Awak pandai kan jaga anak. Awak jaga
sekejap. Saya nak ke tandas,”pamitku sengaja mengenakannya.
“Eh, anak ni macam mana?” jeritnya
bila aku sudah menapak ke tandas. Sengaja aku buat tidak dengar dengan
soalannya. Biarlah Jehan berkenalan dengan papanya itu.
Hampir sepuluh minit berada dalam
tandas, aku mengambil keputusan untuk keluar dan melihat perkembangan anak dan
bapa itu. Keluar sahaja dari tandas, aku sudah dapat melihat senyuman dari Jehan
mahupun Jeaz. Kedua-duanya saling berpandangan. Jeaz nampak leka mengelus pipi
Jehan yang bulat dan gebu itu. Sekali-sekala dia mengacahnya dengan mendekatkan
mukanya dengan Jehan sebelum membuat muka lawak. Tawa galak Jehan boleh aku
dengari hanya dalam sepuluh tapak sahaja dari mereka!
“Hmm...”Aku berdehem.
Jeaz kembali menukar moodnya.
Kaku dan beku. Malah Jehan yang sedang dipangkunya segera dia hulurkan semula
padaku. Tergawang-gawang tangan kecil Jehan sebaik sahaja aku mengambilnya.
Bagai tidak rela berjauhan dari papanya itu.
“Pa...pa...”
Terkejut! Bulat
mataku memandang Jehan demi mendengar sebutan tidak lancar yang lahir dari
bibirnya. Bagaimana aku tidak terkejut, Jehan tidak pernah sekalipun Berjaya
memanggilku mama tapi hari ini, dalam tempoh kurang 24 jam bersama Jeaz, Jehan
Berjaya memanggilnya papa. Aku pandang Jeaz. Lelaki itu juga bagai terpempan.
Tidak percaya dengan apa yang didengarnya.
“Ehan...Ehan
sebut apa tadi sayang. Sebut sekali lagi untuk mama,” pujukku sambil merenung
mata Jehan.
Jeaz juga
sudah menghampiri kami. tidak mahu ketinggalan mendengar Jehan memanggilnya
‘papa’.
“I’ve heard
that he’s calling me papa,”ujar Jeaz teruja lalu memandangku dalam. Mata itu
bersinar gembira.
Dada ini kembali
berdebar melihat wajah gembiranya. Tetapi hati ini tetap dihambat rasa bersalah
melihat dia tetap senang hati walaupun
tidak mengetahui kebenarannya. Kebenaran yang meletakkan hakikat bahawa Jehan
adalah darah daging Jeaz.
“Dia panggil tak
Zakuan papa?”Tanya Jeaz lembut sambil mengusap rambut Jehan.
Pertanyaan
Jeaz seperti kilat yang menghentam laman hatiku. Benar kata mak, merahsiakan
kewujudan Jehan dari Jeaz adalah kesilapan terbesarku kerana lelaki itu sudah
beranggapan yang tidak benar. Dia sudah beranggapan bahawa Jehan anak Zakuan!
“Tak. Sebab
Zakuan bukan papa Ehan,”balasku setelah lama mendiamkan diri.
Jeaz
mengangkat kepalanya sebaik sahaja mendengar jawapan daripadaku. Mencari anak
mataku seolah-olah meminta kebenaran disebalik kata-kata yang aku luahkan
sebentar tadi. Penuh tanda tanya
berlegar di atas kepalanya.
“Jehan Jazaril
bin Jeaz Jazaril, your biological son.”sambungku. Tidak lagi mahu berselindung
dari rahsia sebesar ini.
Dia tergamam
sehingga perbuatannya mengusap rambut Jehan, terhenti.
“He’s my... son?”
***
Diam dan terus
diam. Apa lagi yang aku harus lakukan bila semua yang hadir memandangku seperti
akulah pesalah yang nyata di sini. Ayah diam manakala mak bersikap neutral,
langsung tidak menentang mahupun membelaku. Aunty Sari dan Uncle Jay pula
nampak sungguh kecewa. Jeaz? Entah hilang ke mana dia.
“Kenapa
sembunyi Imtiaz?” Aunty Sari mengemukan soalan yang pernah mak tanyakan dulu.
Agaknya semua mak-mak di dunia ni memang bernaluri yang sama. Soalan pun dah
jadi sama.
“Imtiaz tak
bermaksud nak sembunyi atau pun lari. Tapi masa tu Imtiaz pun tak tahu Imtiaz
pregnant. Lepas, Jeaz ceraikan Imtiaz baru Imtiaz tahu. Imtiaz minta maaf,
Aunty,Uncle,” terangku dengan sepenuh hati.
“Sudahlah
benda nak jadi. Kita tak boleh nak putar balik. Sekarang apa yang penting Jehan
dengan Jeaz. Imtiaz dah berbincang dengan Jeaz tentang Jehan?” Soal Uncle Jay
pulak.
Kepala aku
gelengkan. Peristiwa dua hari lepas bersiaran ulangan dalam fikiranku. Sebaik
sahaja aku mengiayakan Jehan anaknya, Jeaz terus berlari meninggalkan aku.
Tanpa mengeluarkan sepatah perkataan pun.
“I want the
baby. I want Ehan!”
Suara yang
tiba-tiba mencelah itu mengejutkan aku. Membawa pandangan ini menikam anak
matanya. Lantas tubuh aku angkat. Kaget.
“Ehan anak
saya. Saya yang lahirkan dia. Saya yang besarkan dia. Awak tak boleh ambil dia
sesuka hati macam ni!” bentakku sudah tidak mampu menyembunyikan kegelisahan
hati jika benar Jeaz mahu mengambil Jehan nanti.
Jeaz mengetap
bibirnya. Nampak geram dan tidak berpuas hati. Dia menapak perlahan ke arahku.
Sehingga jarak muka kami hanya tinggal seinci, suara Uncle Jay sudah kedengaran,
menghalang.
“Jeaz,
behave!”
Jeaz langsung
tak makan saman. Dia terus merapati dekat dengan cuping telingaku. Ingin
berbisik.
“Kalau betul
dia anak aku, kenapa sekarang baru kau nak bagitahu? Kenapa tak lama dulu?
Kenapa kau takut sangat aku nak ambil dia? Atau kau datang ni sekadar nak mengaburi pandangan
keluarga kita yang anak tu anak haram kau...”
“Jeaz!”jeritku
kuat sebelum menampar pipi kanannya. Mak
dan ayah segera datang menarik tubuhku jauh dari lelaki itu. Sementara
itu,Uncle Jay dan Aunty Sari sudah menggeleng lemah. Kecewa!
Jeaz memegang
pipinya yang baru di tampar oleh aku dengan renungan tajam menikam.
“Kalau awak
masih ragu yang Ehan anak awak kenapa awak masih nak Ehan? Kenapa?” soalku,
kasar.
Jeaz
melepaskan dengusan kasarnya.
“Memang awak pernah nampak Zakuan masuk dalam
rumah kita, tapi kami tak buat apa-apa. Saya tak serendah itu! Semua orang buat
silap. Salah saya Cuma menyembunyikan
kewujudan Jehan dari awak.”luahku, kesal bersama nafas yang menderu ganas!
“Baru hari ni
awak nak nyatakan kesalahan awak. nak betulkan salah awak....”Jeaz berjeda
seketika lalu menyungging senyuman sinis.
“....Saya...Saya
ni...sebab kesalahan saya curang dengan awak masa kita bertunang, awak hukum
saya sepanjang perkahwinan kita. Saya pun buat salah jugak masa tu. Ada awak
nak faham? Ada awak nak berikan peluang untuk saya? Ada?”
Begitukah aku
selama ini di matanya. Seorang penghukum? Hinanya! Perlahan-lahan kelopak
mataku terasa suam.
“Sekalipun
awak tak nampak usaha saya untuk betulkan silap saya. Di mata awak, sayalah
yang buruknya. Sayalah lelaki kayu tiga yang tak berhak untuk peluang kali
kedua. Zakuan yang curang dengan kawan awak...awak boleh maafkan. Kenapa
saya...awak tak boleh buat macam tu?”Lirih suara Jeaz menuturkan luahan hatinya
yang selama ini dipendamnya. Mata itu sudah merah. Mungkin menahan tangis.
Dadaku terasa
sakit mendengar rintihannya. Bibir ini kalau boleh berkata-kata, tentu sudah
menangis menahan sakit diketap gigi! Tapi masih tetap tidak boleh melawan rasa
sakit dalam hati ini. melihat dia sakit begini...membuatkan aku juga merasa
deritanya. Hati tak akan dapat menyentuh apa-apa rasa jika orang yang kita
sayang tidak menyayangi kita...
“Jeaz...”Aku
menyeru namanya. Memintanya berhenti dari terus mengeluarkan kata-kata yang akan
membuatkan aku terluka sama!
“No! Let me
finish...”pintasnya sambil mengangkat sebelah tangannya, tanda menghalangku dari
berbicara.
Kelu. Lidah
kaku. Diri ini juga membeku. Patuh pada arahan tidak rasminya yang memintaku untuk
terus mendengar.
“Tahu sebab
apa saya lafazkan cerai? Sebab apa saya tetap lepaskan awak walaupun saya yakin
awak tak bersalah masa tu?” sambungnya dalam bentuk pertanyaan pula.
Tiada jawapan
yang aku mampu berikan bila air mata ini lebih pantas memberi reaksi sebenar
gambaran emosi dan hati yang cedera teruk!
“Jeaz
sudahlah!” tegur Uncle Jay sedikit keras.
“Tak abah!
Biar Jeaz selesaikan semuanya hari ini!” halangnya. Keras.
Mata aku
pejamkan sebentar. Mencari kekuatan yang lebih nipis dari kulit bawang! Sedikit
kekuatan untuk terus mendengar luahan darinya...yang mungkin lebih melukakan...
“Imtiaz binti
Hussien...”Dia memanggilku dengan rasa yang bercampur baur.
“...menjadi
suami cadangan awak...saya bahagia...sikitpun tak ada rasa terpaksa. Tapi... untuk
melihat awak terluka kerana ingin menyakiti saya....sungguh saya tak sanggup.
Tak sanggup melihat wanita yang saya cinta dapat dosa free, kerana tak patuh
pada suami walaupun hati saya ikhlas disakiti awak atas silap saya dulu...”
Mendengar itu,
kaki ini sudah tidak dapat menampung badan. Terus aku jatuh terjelepok di atas
permukaan permaidani bersama tangisan yang kuat. Jadi... dia melepaskan aku
bukan sebab curiga melihat aku berdua-duaan dengan Zakuan...tapi sebab tidak mahu aku terus menggalas dosa
menzalimi zahir dan batinnya!
“Imtiaz. Bangun sayang. Jangan macam ni,”
pujuk Aunty Sari lalu memaut bahuku. Mak dan ayah juga sudah merapat sebelum
menarik tubuhku bangun.
Walau dengan
pandangan mata yang kabur dengan air mata, aku tetap boleh melihat wajah Jeaz
yang tidak kurang juga lencun dek air mata. Saling terseksa... Saling
terluka...saling memendam rasa...
Perlahan-lahan
aku melepaskan pegangan tangan mak dan ayah yang memaut tubuhku supaya kukuh
berdiri tadi. Ingin merapati lelaki yang aku cintai dalam aku sibuk membencinya
suatu ketika dahulu...
Wajahnya yang
basah aku sentuh dengan telapak tangan sebelum mengusapnya lembut. Bila
pandangan kami saling bersatu, aku gelengkan kepala beberapa kali.
“I hate you so
much!” luahku dengan suara yang serak. Telapak tangan pula sudahku bawa ke
dadanya.
Halkum Jeaz bergerak kasar, menelan air liur yang
mungkin terasa kesat di kerongkongnya. Berdebar...kerana aku juga dapat merasa
getaran di jantungnya yang tidak menentu.
“....but
please love me back!” rayuku sebelum
menumbuk lembut dadanya beberapa kali sehingga Jeaz bertindak memegang
kedua-dua belah pergelangan tanganku, menghentikan pergerakkanku yang mungkin
menyakitkannya sebelum tubuhku ditarik ke dalam dakapannya. Erat! Ketat!
“Syyhh...I’ll
always love you. Always...”bisiknya di tepi cuping telingaku.
Aku
menghamburkan tangisan yang lebih kuat saat ini. Dalam hati mengucap syukur
pada Yang Esa kerana TUHAN masih melindungi cinta Jeaz padaku walau hati dia
teruk aku lukai...Untuk beberapa ketika kami saling tenggelam dalam drama air
mata arahan kami berdua sehinggalah ayah dan Uncle Jay berdehem beberapa kali.
Mahu tidak
mahu aku terpaksa menolak tubuh Jeaz menjauh meski dia bagai tidak mahu
melepaskan aku pergi dari dakapannya. Merah wajahku sebaik sahaja pandangan ini
bertembung dengan pandangan mak, Aunty Sari, Ayah dan Uncle Jay yang merenung
penuh makna pada kami.
“Aku rasa esok
pejabat kadi buka lagi kan Sein?” Soal Uncle Jay pada ayah. Sengaja mengusik
aku dan Jeaz.
Baru ayah nak
membuka mulut,Jeaz sudah mencelah untuk membantah.
“Asal esok
bah? Hari ni tak boleh ke?”
Rasa nipis
kulit mukaku demi mendengar butir bicara yang keluar dari mulut lelaki itu,
sehingga
membuahkan bunga tawa dari ahli keluarga yang lain. Haih, tak
menyempat betul!
“Boleh je
kalau kamu tak sabar sangat Jeaz!” usik ayah pula membuatkan wajah lelaki itu
merah padam menahan malu!
“Yeay...Ehan
dapat papa Ehan balik!” sorak mak sambil membawa Jehan yang baru bangun tidur didalam
dukungannya. Entah bila mak pergi ambil Jehan pun aku tak sedar.
Mak
menyuakan Jehan pada Jeaz. Bulat mata anak lelakiku itu memandang
papanya.
“Anak papa!”
sambut Jeaz lalu mencium pipi gebu
Jehan bertalu-talu. Melepaskan rindu!
Aku hanya
melemparkan senyuman manis bila Jeaz merenung ke mataku, menzahirkan
cintanya.
Semua orang
boleh cerita tentang CINTA, PELUANG KEDUA dan MAAF banyak kali pun. Tapi bila
sampai masa terkena batang hidung sendiri...ketiga-tiga perkara tadi macam
perkara terakhir yang kita akan lakukan. Hanya hati yang boleh yakinkan diri
sama ada mahu terus berada di dalam kisah semalam atau tidak...
***
“Papa!”
“Ya, mama!”
“Mama nak
makan rendang tok yang papa masak masa hari raya hari tu,” pintaku sedikit
mengada-ngada sambil menarik lengan bajunya.
Jeaz yang
sedang membaca segera menanggalkan kaca matanya dan meletakkannya di meja
lampu. Dia mengerutkan dahinya sambil memandang wajahku yang lagi berbaring.
“Eh, mama
bukan tak makan ke rendang tu?”Jeaz sudah hairan.
Aku menarik
muncung. Banyak tanya pulak laki aku ni!
“Alah papa ni!
Banyak tanya pulak. Tolonglah masakkan? Ya? Ya?”Kali ini aku merengek pula.
Jeaz senyum.
“Mama ni makin
hari makin cantik. Apa rahsia?”goda Jeaz lalu mendekatkan mukanya dengan
mukaku.
Dadanya aku
tolak lembut. Orang cakap lain, dia lipat ikut lain! Proteslah macam ni! Bisik
hatiku geram lalu mengiring membelakanginya. Merajuk!
Baru sahaja
mata inginku pejamkan, Jeaz sudah melilit tangannya di pinggangku. Kemas!
Beberapa ketika kemudian dia menepuk lembut perutku.
“Papa masakkan
untuk mama. Anything for my sweet lady. Dah jangan merajuk. Tak comel!”
pujuknya dalam masa yang sama mengenakan aku.
“Macam tak
ikhlas je!” Aku sengaja menduganya. Pura-pura masih berasa hati.
Dia menarik
tubuhku berpaling menghadapnya. Wajah itu jelas nampak serius! Macam nak marah
je. Eh, siapa marah siapa ni?
“Jangan cakap
macam tu. Papa tak suka. For mama, Ehan and this incoming baby...buat rendang
tok tu
hari-hari pun papa sanggup,”ujarnya lalu mengucup lembut dahiku.
Aduh,
syahdunya! Gumam hatiku bersama senyuman menggedik.
“Thanks papa.
Sayang papa!”kataku, teruja sebelum mencium pipinya.
“Love you too
mama. Love you too!” bisiknya lembut dan
mengeratkan pelukan.
“Dah....Jom
tidur.”Jeaz menepuk lembut badanku, mendodoikan aku seperti mana dia buat untuk
menidurkan Jehan. Nyaman....TUHAN...biarlah nikmat bahagia ini sampai syurga...Jika ada
halangan yang datang...biarlah kami tabah menghadapinya...Doaku sebelum
melelapkan mata dengan tenang dalam dakapan seorang suami yang pernah aku
lukai...
Peluang itu
tak akan datang banyak kali...Tak akan datang dengan tawaran yang sama... Jadi
hargai PELUANG!
***TAMAT***
p/s : cervel ni agak bosan bagi saya. tapi saya upload ajelah. tak sanggup tengok blog bersawang. hiks! selamat membaca dan memberi komen dear readers :)
24 comments:
Waaa tggu2 cerpen baru hri2 tq miss writter. :)
Bosan? Eh eh mana ada. Besttt dan terbaek sis. Dah boleh kenal penulisan sis, u hv ur own trademark! :) Pliss buat satu novel then hantar mana2 penerbitan..... Hehe
-myaz-
pertama memang agak bosan, lepas itu macam rasa best sikit, lah lama2 jeaz macam berubah watak lepas kahwin , waktu pertama dulu suka senyum2 ketawa2 hbis itu jadi cool dingin ,, , tapi keseluruhan tetap best, suka cerpen2 akak,,, semua best2 ,
BEST SGT!!
best...
-ada
Masa start baca agak bosan tapi bila kat pertengahan sampai la ending memang daebak!
Best sngt2 walaupun ade rase mcm kurang sikit kat zakuan tu tapi keseluruhannya best!!!
serius x bosan....menarik and yg penting ada pengajarannya...
Serius besttt sangtttt :-)....jgn lupa upload banyak2 lagi yerw....always support u ;-)
Best ada la mna da bosan... nk request cerpen lg bley? Cerpen awk mmg x pernah mengecewakan. .. ★★★★★
best la..terus kan lagi usaha..hehe x boring pon...
best......
Daebak. Mmg terbaik
Best gilee.. Tp pnggiln mama and papa tu mcm tk elok sbenrnye.. Tu yg sy dengar lhaa. Suami isteri x elok gune pnggilan mama papa and yg seangktn dengan nye..hehhe.. :)
Best gilerr...Jgn berhenti buat cerpen best2 please...
Sedih tapi best.... memang terbaik lah cerpen Kak Aiha
kenapa jeaz curang ye? sedangkan dia kan dah suka dekat imtiaz. just bertanya
Best!!!!
Best sangat Cik writer . Memang terbaik lah.. saya sentiasa tunggu cervel terbaru dari cik writer. Teruskan usaha. Banyak pengajaran yg saya dpt setelah baca cervel cik writer.
Bosan bagi akak tp tak bagi saya. Apepun memang terbaik kak. Cerpen mengenai cinta, maaf dan peluang kedua yg jarang sekali dapat. Miss your incoming cervel a lot.
Malam ni menjengah lagi cerpen suami cadangan kak aihas walaupun dah tak terkira ulang baca. Miss kak Aihas and her work in writing.
Kalau dlm dunia nyatA saya tak nak lah perkawinan macam ni,kurang logik,tak berimbang,drama sangat,imtiaz mmg salah selalu marah suami,tapi jeaz yg curang dan blm minta maaf lg dan minta lanjutkan pertunangan dgn cara tak betul itu tak dosa ke??? Patutlah pernikahan bnyk masalah tak dapat Rahmat Allah kot,tak berkah,untungnya cuma cerpen,bukan realiti,perkawinannya kurang baik dalam berkomunikasi,hikshiks
Watak jeaz bukanlah baik sangat macam pikiran papa mama imtiaz,betul kata imtiaZ "penuh misteri"
22 April 2022. Here I am again. Miss kak Aihas cervel. Tak pernah boring walau dah baca berulang kali. Malah akan teringat-ingat. Jalan cerita yang smooth relly kena dengan jiwa saya. Baca cervel oleh writer lain takde sampai teringat-ingat macam ni. Haish. Sentiasa menunggu khabar berita dari akak. Tak sangka dah 8 tahun usia 'Suami Cadangan' ni.
Post a Comment