Tajuk : TROPHY WIFE
Nama penulis: NOORAIHAS
Tarikh post : 7 December 2013
Kadang-kadang ada suatu perkara
kita perlu lakukan diluar batas moral manusia. Sampai satu tahap, kita bukan
diri kita lagi. Bukan sengaja suka-suka...Tapi terpaksa...
“Betul ke apa yang kita buat
ni,Zam?” Aku mula ragu-ragu. Bila aku pandang muka Nizam, lelaki itu hanya
tenang sahaja.
“Kau relaks la Mary. Aku tahu apa
yang aku buat. Lagipun aku nak tolong ni.”Nizam dengan muka yang confident,
membalas.
Aku menjelingnya sekali imbas
sebelum mencubit lengan kanannya.
“Eeii...kau ni! Mary...Mary...Nama
aku Siti Maryam la mangkuk!”marahku bersungguh. Pantang betul aku kalau orang
meng’omputih’kan nama aku yang serba klasik lagi tersendiri ni! Kalau dulu
asyik-asyik Cik Yam...Cik Yam...Tetiba pulak hari ni jadi Mary. Gedik betul!
“Shhh...Dengar. kalau kau nak rancangan
berjaya, kau ikut aje apa yang aku cakap. Okay? Mulai malam ni, nama kau Mary.
Faham?”Nizam sudah memberi arahannya dengan lagak serius.
Melihat pandangan matanya yang
penuh ketegasan, aku terus menjatuhkan kepala beberapa kali.
Ya...hari ini aku berada di
tempat yang sangat diluar kemampuanku untuk berdiri. Andai aku dan Nizam tak
pernah berkawan, pasti sampai mati pun belum tentu aku akan dapat merasa semua
ini. Dari kaki hingga ke kepala barang yang aku pakai hari ini, semuanya merupakan
tajaan ikhlas dari Nizam demi menjayakan cita-citaku. Cita-cita yang ‘busuk’
caranya. Tapi aku harus jayakan juga demi niatku.
“Kau nampak yang berdiri kat
hujung kolam sana tu?”bisik Nizam
perlahan sambil memandang ke arah yang bertentangan dengan kedudukan kami.
Aku sedikit tersentak
mendengarkan bicaranya yang agak tiba-tiba setelah lama mendiamkan diri. Tapi
tidak lama. Kerana apa yang penting FOKUS! Walau apa pun yang berlaku, misi
malam ini perlu dijayakan! Meski apa pun risikonya.
Tanpa menghiraukan orang ramai,
aku membawa pandanganku seperti mana yang telah dikatakan oleh Nizam tadi.
Jelas dipandanganku seorang jejaka yang sangat segak memakai tuxedo sedang
bersembang bersama beberapa tetamu yang lain. mungkinkah dia...
“Rizqin. Tengku Rizqin. CEO La
Feur Malaysia,”terang Nizam senada.
Aku berpaling melihat raut
wajahnya.
“Kau serius? Ehh...aku...aku
takutlah Zam. Takde yang biasa-biasa ke? Ini kaya sangat ni!” Hati ini sudah
mula dihambat rasa resah.
Nizam memandangku dengan reaksi
yang tidak berpuas hati.
“Dah terlambat kalau nak patah
balik. Kau dah melangkah setapak dalam permainan ni.” Marah Nizam sebelum
menyeluk poket seluarnya.
Air liur aku telan dengan sukar.
Ada rasa gementar. Ada rasa mahu berpaling dari keputusan yang aku buat. Tapi
seperti kata Nizam, aku sudah melangkah jauh dari titik selesaku. There is no
turning back!
“Kau faham tak?” gesa Nizam
sambil mencari anak mataku.
Jelas dia juga tidak main-main.
Perlahan aku mengangguk.
Mengerti.
“Okay. Good. Sekarang, apa yang kau perlu tahu, Rizqin
sama aje stereotaip macam orang-orang kaya yang lain.”
Kening aku hampir bertaut. Kali
ini memang aku tak faham dengan apa yang dia cakapkan. Entah apa yang Nizam maksudkan dengan ‘stereotaip’?
“Stereotaip? Maksudnya?” Soalku.
Nizam senyum. Agak sinis juga di
mataku.
“Well, they don’t have faith in Cinderella’s
story. Apa yang diorang tahu kaya berhak bersama yang setaraf je. Bukan dengan si miskin,” terang Nizam dalam
nada yang aku rasa juga agak... sinikal.
“Ohhh...macam tu.”
“Jadi kau jangan takut kalaupun
kau tak berjaya dengan hubungan ni nanti sebab kau tetap akan dapat manfaatnya
jugak.”sambung Nizam lagi.
“Maksud kau?”
Nizam sekali lagi menarik senyum
sengetnya sebelum menjawab.
“Duit. Kita akan gunakan dia
sebaik mungkin. Gunakan setiap kelemahan yang dia ada untuk kepentingan kau.
Lagipun, mengikut sumber yang boleh dipercayai, dia tengah cari isteri. Jadi
tak ada masalah kau nak cuba nasib,” jawab Nizam. Yakin!
Terkebil-kebil mata aku demi
mendengar jawapannya yang penuh keyakinan dan tak kurang juga ada bunyi
kekejaman di situ. Atau mungkin aku seorang aje yang rasa macam tu?
“Tapikan, Nizam...Dia...nak ke
aku ni? Cuba kau tengok kat parti ni, ramai betul perempuan cantik-cantik. Dah
lah tak kaya. Takkanlah dia boleh terpikat dengan aku ni.”Aku mula rasa rendah
diri.
Nizam menepuk perlahan bahuku.
“Don’t worry. He will fall for
you. Sebab...walaupun dia nampak ada segalanya tapi tak semua TUHAN boleh bagi
kat dia,” jawab Nizam penuh pengertian.
“Hmm...mendalam betul ayat kau ni.
Entah-entah kau nak kenakan aku kan?”tebakku, musykil. Takut jugak kalau ini
semua salah satu rancangannya untuk kenakan aku. Nizam ni boleh tahan nakalnya.
“Dalam hal ni, aku langsung tak ada benefit
apa-apa, Mary. Niat aku nak membantu kau aje. Mungkin kau nampak aku terlebih
emo tapi aku tak ada niat jahat. Aku tengah feeling jadi orang tengah aje
sekarang.” ujar Nizam lalu tersengih lebar.
Melihat sengihannya, aku jadi
lega. Oh, feeling-feeling jadi orang tengah je rupanya!
“Heish...kau ni! Suka main-main
tau!”Aku pura-pura memarahinya.
“Okay enough. Time is running
out. Sekarang, kau pergi jayakan misi kau, tangkap jerung besar tu!” arah Nizam
dengan penuh semangat.
Aku mengangguk. Langkah segera
aku buka dengan mengumpul setiap keyakinan yang ada ke arah si jerung besar,
Tengku Rizqin.
***
Tiga tahun kemudian...
“Clarice, mawar putih yang i
suruh you order dari Cameron Highland tu dah sampai ke belum?”
“Belum puan!”
“Belum? Clarice you know that i
don’t take ‘NO’ as answer!”marahku dengan mencekak pinggang.
“Okay. I will call them for
confirmation now,” balas Clarice sebelum berlalu bersama handphone miliknya.
Bila bayangan Clarice menghilang,
aku segera kalih pandangan ke arah meja makan tetamu pula. Meneliti susunan pinggan
dan cutlery yang berada di setiap meja makan yang bakal menjadi tempat tetamu
menjamu selera.
Leka meneliti satu persatu
persediaan majlis, aku jadi terkejut bila pipiku menerima kucupan. Tidak perlu
menoleh kebelakang kerana bau wangiannya sahaja sudah memenuhi rongga hidungku.
Cukup untuk aku mengenalinya.
“Qin?”
Dia senyum. Tapi cuma sebentar
dan kembali kepada dirinya yang asal. Serius.
“How’s the preparation? Is it
okay?”Tanya dia sambil menyeluk poket seluar kirinya.
Aku mengangguk sambil pandangan
ini melingas ke sekeliling. Memeriksa jika ada perkara yang masih tidak kena
dipandangan mataku. Dan...mungkin juga matanya.
“Okay. Tinggal nak touch-up yang
sikit-sikit je,” balasku dan kembali focus memandangnya.
“Great! I hope you’re not going
to embarrass me.”tegasnya dan menyimpul senyuman kecil. Senyuman yang memang
tidak panjang jangka hayatnya.
Aku senyum pahit. Tidakkah ada
sikit rasa dihatinya untuk menyampaikan kata-kata pujian atau pun kata semangat
dalam cara yang menenangkan aku? Tapi ini mungkin ‘harga’ yang aku harus bayar
demi bersamanya. Walaupun enggang dan pipit terbang bersama sekalipun, tetap
pipit tak boleh berubah menjadi enggang. Kan?
“Are you alright?”
“Huh? I’m ok...okay!” jawabku
sedikit terkejut.
“Focus!” pesannya sebelum berlalu
ke sudut lain bersama tongkat yang selama ini menyokong kaki kanannya.
Benar kata Nizam, tak semua
Tengku Rizqin boleh dapat dalam dunia ini. aku jadi insaf dan mengagumi
kebesaran Yang Esa sewaktu pertama kali berhadapan dengan lelaki itu. Walaupun
kaya mana sekalipun, ada perkara tetap tak boleh diubah kejadiannya. Tengku
Rizqin memang kaya dan berupa tapi dia...cacat!
Kaki yang selama ini elok berdiri
sudah tidak mampu untuk menyokong tubuh sasa itu sebaik sahaja dia dilanggar
oleh sebuah lori! Kemalangan yang telah menghancurkan tulang kaki kanannya!
Mujur sahaja ALLAH memanjangkan nyawanya dan tulang kaki kanan itu telah
dimasukkan besi untuk menyokong badannya. Namun, Tengku Rizqin tetap memerlukan
tongkat untuk membantunya jalan seperti biasa.
Mungkin ALLAH S.W.T juga sudah
menetapkan jodohku dengannya. Dengan sekali salam pengenalan dihulurkan, Tengku
Rizqin sudah menunjukkan minatnya padaku. Tidak menghiraukan kekurangannya, aku
menerima dia sebagai suami demi masa depanku. Demi kesenangan keluargaku. Usah
ditanya berapa ramai mulut mengata akan aku kerana mengahwininya sebab...aku
sudah tidak mampu lagi nak menghitungnya...
***
Raut wajah itu ceria sahaja
sebaik sahaja majlis pelancaran produk terbaru La Feur berjalan dengan lancarnya.
Aku tahu ramai yang memuji kelancaran majlis itu dan tak kurang juga yang kagum
dengan tema yang aku gunakan untuk majlis itu. Senang aje nak dengar orang lain
memuji. Tapi nak dengar si suami sendiri
memuji, rasanya seperti mustahil! Walau bagaimanapun aku sedar diri. Siapalah
aku untuk merengek padanya demi kata-kata seperti, ‘Bagus! You’ve done well.’
Atau pun. ‘Thank you for this lovely event!’. Nampaknya aku cuma boleh bermimpi
sahaja untuk dengar dia menuturkan kata-kata itu.
“Sampai mana dah berangan?”
Berterabur angan-anganku demi
mendengar suara garau itu menegur secara tiba-tiba. Cepat pulak dia mandi.
Kalau tak aku kena tunggu setengah jam lamanya.
Aku senyum sebelum menepuk
permukaan katil. Memintanya melabuhkan duduk di situ. Dia tak mengambil masa
yang lama sebelum menurut.
Bahu bidangnya aku usap-usap
perlahan sebelum bertindak mengurutnya lembut. Tengku Rizqin hanya diam.
Mungkin menikmati urutanku.
“Penat?” Soalku pendek. Lebih
kepada mahu menariknya untuk berbual.
“Hmm...”
“Qin...” panggilku meleret
bunyinya.
“Hmm...”
“Hujung minggu ni saya nak balik
kampong. Rindulah kat mak dengan ayah. Dah sebulan tak balik. Boleh ya?”
Dia diam kali ini.
“Qin, boleh ya?” pintaku dengan
suara yang penuh pengharapan.
Tengku Rizqin berpaling
menghadapku. Saling bertentangan begini buat aku mahu melarikan diri. Terlalu
lemah hati ini jika menatap sepasang mata bundar itu. Tiga tahun...cukup tiga tahun sahaja Tengku Rizqin
sudah mampu memegang hatiku. Tapi hatinya, aku tidak tahu. Terlalu rumit untuk
memahami seorang Tengku Rizqin.
“Qin? Awak okey tak ni?”ujarku
mula dihimpit bimbang melihatnya diam tidak berkutik.
Dia menggeleng perlahan.
“Kalau macam tu takpelah. Saya
balik sorang-sorang kalau awak tak nak,”putusku dengan suara perlahan.
Dia diam tidak melarang langsung.
Buat aku bertambah terkilan.
“Okeylah, giliran saya pulak
mandi.” Aku bingkas bangun dan mengambil tuala dari almari lalu memboloskan
diri dalam bilik mandi. Menyembunyikan rasa kecewa seorang diri.
Selesai mandi, aku lihat Tengku
Rizqin sedang meneliti beberapa buah fail di meja kerjanya. Bila dia
memandangku, aku melarikan pandangan mataku ke arah lain dan berlalu ke meja
solek.
Baru sahaja tanganku mahu
mencapai krim malam, tangan lelaki itu sudah memegangnya dahulu. Aku mendongakkan
kepalaku sedikit, memandangnya. Belum sempat aku bertanya dia sudah membuka
penutup krim dan mencalit krim sedikit sebelum meletakkannya di beberapa
bahagian mukaku.
Terkebil-kebil aku dengan
tindakan tiba-tibanya itu.
“Wajah ini...wajah kebanggaan saya...”
ujarnya sambil menyapu krim ke seluruh wajahku. Lembut dan berhati-hati.
“Wajah ini jugak membuatkan orang
disekeliling saya cemburu macam mana si cacat ni ada isteri yang cantik untuk
dibawa ke majlis,” sambungnya lagi.
“Wajah ini simbol kejayaan saya
selama tiga tahun ini...”
Aku menahan rasa di hati. Itu
sahajakah aku di mata dan hatinya? A trophy wife?
Selesai menyapu krim ke seluruh
muka, dia tunduk mencium sebentar bibirku. Tengku Rizqin...tolong jangan buat
hati saya macam ini! rayu hatiku pilu.
“Come. Let’s get some sleep.”
Ajaknya lalu menarik tanganku sementara sebelah tangannya lagi memegang tongkat
yang dari tadi menyokong kaki kanannya.
Beberapa minit kemudian, Tengku
Rizqin sudah kedengaran dengkur halus miliknya. Sedangkan aku masih merenung ke
wajahnya itu. Lama aku begitu. Bagai merenung kifarah yang ALLAH jatuhkan untuk
aku kerana mempergunakan hamba-Nya yang lain.
“Dosa saya sebab tamak dengan
harta awak ke sampai awak tak nampak saya cintakan awak? hmm?” Tanyaku perlahan
sambil mengelus wajah itu. Sesak jiwa ini dengan rasa bersalah.
Tangannya yang terletak elok di
atas perut, aku capai perlahan sebelum membawanya ke bibir lalu mengucup
belakang tangan kirinya itu dan memejamkan mata.
Dalam lenaku...dia turut mencium
jari jemariku yang digenggamnya erat. Hangat dan penuh rasa cinta...
***
Pagi hujung minggu yang suram.
Hujung minggu yang sepatutnya aku habiskan masa di rumah kedua orang tuaku.
Tapi demi Tengku Rizqin, aku tahan rasa rindu untuk bertemu dengan mereka.
Akibatnya, barangan makanan dalam peti ais yang jadi mangsa. Hampir separuh
darinya, aku gunakan untuk memasak. Sejak berkahwin dengan Tengku Rizqin, aku
dapati itulah cara yang paling mujarab sekali untuk memujuk hati. Nasib baik
dia tidak berkata apa. Makan aje! Walaupun kuantitinya seperti untuk satu
majlis kesyukuran!
Bila aku dengar bunyi tongkatnya
yang semakin mendekat kearah dapur, aku berpura-pura mengacau kuah masak lemak
di atas dapur. Bunyi kerusi ditarik menghantar makna bahawa dia sudah berada di
belakangku.
“Do you want me to hire a maid?”
Soalnya tiba-tiba.
Aku kalih kebelakang
memandangnya. Hairan. Tiba-tiba sahaja dia membangkitkan isu orang gaji?
“Why so sudden?” Aku menyoalnya kembali tanpa
membalas soalannya.
Dia membalas pandanganku bersama
senyuman nipis.
“To help you cook all this feast
food.” Balasnya bersahaja. Macam menyindir pun ada.
Aku mengetap bibir. Geram.
Sedapnya mulut! Sebab awaklah saya masak semua ni Tengku Rizqin oi! Sebab geram
dengan awak! desis hatiku bengang.
Dia menggelengkan kepalanya
perlahan sambil menuangkan susu ke dalam gelas. Bila dia mahu meminumnya, aku
teringatkan sesuatu.
“Stop!”
Dia mengerutkan dahi. Tidak
mengerti dengan tingkahku yang tiba-tiba begitu.
“Itu susu full cream. I’ll get
yours.” Langkah aku buka ke peti ais lalu mengambil susu rendah lemak Dutchlady
yang selalu dia minum.
Bila aku berpaling untuk
memberikan susunya, suamiku itu sudah pun meneguk susu penuh berkrim milikku.
Tercengang aku melihat dia meminumnya dan tak kurang juga rasa tergoda bila
melihat halkumnya bergerak-gerak menelan setiap titis susu. Sangat seksi!
Dia hanya mengangkat bahunya demi
melihat aku yang tercengang sendiri. Tapi melihat bibir atasnya yang masih ada
kesan susu, akal nakalku mula memikirkan sesuatu. Lantas tubuh yang hanya
memakai t-shirt tanpa kolar putih itu aku hampiri.
Kening kemas milik Tengku Rizqin
sudah naik sebelah tapi riaknya masih tenang. Menanti reaksi seterusnya dari
aku. Beberapa saat kemudian, lehernya sudah aku rangkul lembut dan membawa
wajahku menghampiri wajahnya. Mataku bertentang matanya. ‘Mengunci’ kata. Lalu
bibirku mampir mengucup bibirnya. Lama sehingga dia memberi tindak balas dengan
memaut pinggangku rapat ke tubuhnya.
“Assalamualaikum!”
“Ya ALLAH!”
“Mak? Ayah?”
MAKAN tengahari itu hanya aku
yang masih diselubungi rasa malu yang teramat. Malu tertangkap dalam keadaan
begitu di hadapan mak dan ayahku. Sedangkan Tengku Rizqin, suamiku yang bertuah
itu hanya tenang menjamu selera.
“Mak ayah nak tambah nasi?” Tanya
Tengku Rizqin. Memecahkan suasana sepi yang sudah berlansung selama beberapa
minit.
“Aah, mak ayah. Tambahlah. Penat
Yam masak tau!” ujarku lalu mengambil mangkuk yang berisi nasi di sebelahku.
Bersedia untuk menyendukkan nasi untuk kedua orang tuaku itu.
“Eh, takpelah. Ayah kenyang dah.”
“Mak pun,” sambut mak pula sambil
tersenyum penuh makna padaku.
Aduh, naik hangat telingaku
mendengar kata-kata mak dan ayah yang bagai tersirat tu. Aku jeling sebelah ke
arah lelaki itu tetapi seperti biasa reaksinya hanya tidak beriak. Walaupun
tertangkap dalam keadan begitu dengannya oleh mak dan ayah, tapi aku bersyukur
kerana rinduku pada mereka terlerai dengan dengan adanya mereka di sini. Terima
kasih Tengku Rizqin...
***
“Buat apa tu?”
Aku mengusap perlahan dadaku.
Terkejut.
“Nothing!” balasku ringkas dengan
kedua-dua belah tangan yang dibawa sorok ke belakang.
Tengku Rizqin nampak tidak
percaya dengan kata-kataku.
“Show me your hand!” arahnya
senada.
Tidak menunggu masa yang lama aku
menghulurkan tangan kananku. Masih berusaha untuk menyembunyikan sesuatu
darinya.
“Another hand?”
Baru sahaja aku mahu membawa
tangan kananku ke belakang semula, Tengku Rizqin cekap mencapainya dahulu. Dan
mahu tak mahu, aku terpaksa juga menghulurkan tangan kiriku yang sedang
menggenggam...
“Pregnant test kit?”
Wajah aku tundukkan ke bawah.
Serba salah.
“Which part you don’t understand,
Siti Maryam?” Nada suaranya kedengaran seperti marah. Tak kurang juga bunyinya
seperti kecewa.
“Saya...saya...Cuma...”Pandanganku
sudah mula dikaburi dengan air mata. Sebak bila memikirkan yang lelaki itu
sedang memarahiku.
“Come here!” Dia meminta aku
menghampirinya. Baru sahaja aku mahu menentang pandangan matanya, tubuhku sudah
di tarik rapat ke badannya.
Tanpa sedar aku menangis di
bahunya.
“Syhhh...I’m sorry,” pintanya
sambil mengusap belakang badanku lembut.
“Saya Cuma nak...”
“Saya tahu...tapi belum sampai
rezeki kita lagi, kan?” pujuknya lagi.
“Saya minta maaf.” Pohonku pula
dengan suara serak.
Bila tangisanku sudah reda,
Tengku Rizqin membawa tangannya ke kedua-dua belah pipiku. Melihat wajahnya yang semakin dekat dan nafasnya yang semakin
hangat menampar hidungku, tiba-tiba sahaja aku tersedar akan sesuatu.
“Qin...”
“Hmm...” Itu sahaja dijawabnya
bila bibirnya sudah sibuk mencium telinga sebelum jatuh ke leherku. Malah
pautan dipinggangku semakin ditarik rapat ke badannya.
“Kita... kat dalam bilik mandi,”sambungku
dan akhirnya tertawa kecil apabila melihat wajahnya yang sudah merah menahan
malu.
“Jom, masuk!”Terus dia menarik
tanganku keluar dari bilik mandi. Pregnant test kit yang dari tadi aku pegang
segera aku campak ke dalam sinki. Bersedia untuk melunaskan tanggungjawab
seorang isteri kepada Tengku Rizqin!
***
“Puan, there’s someone here to
see you,”beritahu Clarice.
Aku pandang dia.
“Without appointment?” Soalku
serius.
Clarice mengangguk.
“Name?”
“Dia tak beritahu. Dia suruh bagi
hint kat puan.”
“ A hint? What is it?”
“Cik Yam!” jawab Clarice pantas.
Perlahan-lahan senyuman terukir
di bibirku.
“Panggil dia masuk,” arahku pada
Clarice.
Clarice mengangguk faham lalu
keluar dari pejabatku untuk memanggil gerangan manusia paling berani datang
berjumpaku tanpa melakukan temujanji itu.
Bunyi derapan tapak kasut
menghala ke arahku membuatkan aku mendongakkan kepala memandangnya.
“Hai Cik Yam? Or should I say,
assalamualaikum Siti Maryam?” sapanya dalam nada usikan. Masih seperti dahulu.
Nizam...Nizam...
“Waalaikumsalam,” jawabku lalu
tersenyum lebar.
“Eh duduklah,” pelawaku sambil
menutup fail-fail yang berselerak di atas meja.
Nizam duduk lalu menyilangkan
tangannya ke dada. Pandangannya meneroka ke sekeliling bilik pejabatku. Sekali
sekala dia menjatuhkan kepalanya beberapa kali. Raut wajahnya seperti orang
yang sangat berpuas hati.
“Bagus betul anak didik aku ni.
Maju!” ujarnya lalu tersenyum. Senyuman
bangga.
Aku hanya mencebik. Perasan! tapi
aku tidak menyangkal kata-katanya. Kalau bukan kerana Nizam aku tidak mungkin
berada di sini. Jika tidak mengenalinya, aku mungkin masih lagi bergelar kerani
walaupun memegang segulung Master. Bila di fikir-fikir, peluang pekerjaan zaman
sekarang memang menakutkan!
“Lama kau hilang. Dah sampai
benua mana kau pergi?” usikku padanya.
“Aku sambung Phd la. kat London.
Yang kau ni dah berapa orang pewaris dah kau bagi kat Suami kau tu?” balas
Nizam lalu menyelitkan pertanyaannya sekali.
Aku terdiam. Soalan maut betul!
“Belum ada rezeki lagi.”
“Family planning?” tekanya dengan
muka curiga.
Aku geleng.
“Usaha lagi. Nanti jangan datang
kat aku nangis-nangis sebab Tengku Rizqin nak kahwin lain,” nasihat Nizam
serius.
Mendengar kata-kata Nizam, terus
wajahku bertukar mendung.
“Eh, aku gurau ajelah. Takdenya
dia nak cari lain kalau dia sendiri jenis one-woman man. Believe me. Aku kenal
laki kau tu!” Nizam kembali menenangkan aku.
Perlahan aku melepaskan nafas
kelegaan. Kalau Nizam tak cakap begitu pun aku tahu Tengku Rizqin seorang yang
setia. Cuma aku sedih andai suatu hari nanti aku kena berkongsi Tengku Rizqin
dengan perempuan lain demi membolehkannya mempunyai zuriat. Itu sahaja!
“Takpelah. Aku saje datang
singgah. Nak tengok keadaan kau sekarang,” Kata Nizam lalu berdiri.
“Eh, sekejapnya singgah?” Soalku
hairan.
“Sekejap jelah. Nanti jumpa laki
kau, mampus aku. Okeylah, aku balik dulu” pamitnya dan bergerak menuju ke
pintu.
Aku hanya mampu mengangguk dan
turut bergerak mengiringinya ke muka pintu. Mungkin Nizam ada hal lain.
fikirku. Namun, sebaik sahaja pintu dibuka Nizam, wajah Tengku Rizqin menyapa
pandangan kami berdua. Aku terdiam. Nizam dan Tengku Rizqin pula saling
merenung antara satu sama lain.
“Oh, hai Tengku Rizqin?”Sapa
Nizam selamba.
Tengku Rizqin pula hanya
menyungging senyuman sinis pada Nizam.
“Hmm..look what we have here. Mr.
Nizam. Or should i say Tengku Nizam?” balas suamiku itu pula. Sinis sekali
bunyinya.
Eh, sejak bila nama Nizam ada ‘tengku’
ni? Dan kenapa dua-manusia di depan aku ni macam ada sesuatu yang aku tak tahu
je? Soal hatiku.
***
“What? Sepupu?”Soalku dalam nada
terperanjat. Bulat mataku mendengar kata-kata Nizam itu.
Tapi Nizam hanya mengangkat bahu
seperti tiada apa-apa yang nak dibanggakan dengan gelaran sepupu kepada Tengku
Rizqin.
“Kenapa kau tak bagitahu awal?
Patutlah dulu kau cakap macam kenal dia. Aku pun naik hairan!” ujarku lalu
menggelengkan kepala. Tertipu jugak aku!
“Memang kami sepupu. Tapi tak
rapat. Sebab keluarga aku jauh terpinggir bila baba kahwin dengan ibu aku yang
orang biasa, bukan keturunan Tengku. Jadi, Tok Engku halau baba dan tak mengaku
baba jadi anaknya. Itu dululah lepas arwah Tok Engku meninggal semua dah okay.
Sempatlah dia minta maaf kat baba dengan ibu aku. Bila kau minta tolong, aku
teringatkan si Riz. Tak ada niat pun aku nak kenakan kau atau apa. Niat aku
Cuma nak bantu kau aje. Lagipun, okey apa? Aku kau bestfriend and sekarang kau
jadi bini kepada sepupu aku. We’re one big family! ”terangnya dalam nada ikhlas
sambil menyelitkan sedikit lawak.
Aku mengeluh tapi nak jugak
senyum demi mendengar katanya. Hailah...Nizam!
***
“Awak tak nak tanya kenapa dia
ada dalam ofis saya?” Tanyaku bila melihat Tengku Rizqin hanya tenang memandang
fail-fail kerja. Sikit pun dia tidak bertanya tentang Nizam walaupun selepas
lelaki itu beredar dari pejabatku.
Tengku Rizqin menggeleng.
“Awak tak nak tahu hubungan saya
dengan Nizam apa?”
Sekali lagi dia menggeleng.
“Betul tak nak tahu?”
Kali ini dia meletakkan pen
miliknya dengan kasar sebelum memandangku serius.
Aku meneguk air liur dengan susah
payahnya. Alamak, dia marah ke?
“Kalau niat awak Cuma nak tahu saya cemburu
atau tidak...jawapannya adalah tak. Saya tak cemburu,” katanya dengan menekan
perkataan ‘tak’.
Aku mengeluh perlahan. Apalah
yang aku harapkan dari lelaki seperti Tengku Rizqin bila lelaki itu Cuma
bijaksana dalam hal yang berurusan dengan ‘keuntungan’ bukan perasaan. Mungkin
suasana akan berbeza kalau aku dan dia mempunyai zuriat kerana anakkan
pelengkap keluarga. Tapi nak buat macam mana belum rezeki kami lagi nak
bercahaya mata.
“Takpelah. Saya tidur dulu,”
“Hmm... Lagi satu esok jangan
lupa ada majlis kat rumah Tan Sri Yaacob. Dress properly!”
Aku mencebik. Kalau pakai cantik
pun bukannya nak puji. Tahu nak tengok jenama aje! Huh!
“Dengar tak?”
“Dengar!” jawabku dalam intonasi malas. Selimut aku tarik
sehingga menutupi muka. Tidur lagi bagus!
RASA seperti baru sahaja aku
lena. Tapi kenapa Tengku Rizqin tiba-tiba datang dalam mimpi aku? Kenapa dalam
mimpi aje wajahnya lembut dan mendamaikan? Kenapa tak dalam dunia nyata juga
begitu?Ahh...seronoknya bila dia membelai rambutku begini. Rasa dihargai.
“I was so jealous, sayang. But
how can i say that to you? Hmm...” bisiknya lembut ditelingaku.
Ahh...mimpi begini sungguh
indah.Ya ALLAH, kalaulah semua ini bukan mimpi...
***
“Pusing!” Arahnya sambil menilik
tubuhku dari atas sehingga ke bawah. Lagaknya sudah seperti juri fesyen.
“Qin, saya dah penatlah. Tak
boleh ke kita ambil je yang ni?” rungutku.
Dia menggeleng.
“Nope. It doesn’t suit you at
all,” katanya bersahaja.
Aku mencebik.
“Tukar!”
Kaki aku hentakkan ke lantai.
tanda protes yang amat. Siapa kata kahwin dengan orang yang kaya ni senang?ini
semua karma! Padan muka aku. Nak sangatkan kahwin dengan orang kaya!
“Yang ini okey? Kalau tak okey
lagi saya tak tahulah.”
Dia memandangku sekali lagi dari
atas ke bawah sebelum mampir. Sekalipan dia menarik badan aku rapat padanya.
Jangan salah sangka ya! Dia Cuma nak membelek jenama pada baju yang sedang aku
pakai ini. No romantic scene!
“Okay!”
Sudahku tahu jawapannya pasti
begitu bila dia menarik badanku tadi.
“Now put on your tudung!”
“Baik!” balasku. Lega akhirnya.
MAJLIS yang berlansung di
kediaman Tan Sri Yaacob adalah bersempena kepulangan anak lelakinya yang baru
sahaja tamat pelajaran di London. Masuk sahaja ke dalam kediaman ahli
perniagaan itu, ramai mata yang memberi tumpuan pada kami.
“Thanks for coming, Tengku?” ucap
Tan sri Yaacob sambil bersalaman dengan suamiku itu.
“Thanks for inviting too,” balas
Tengku Rizqin, tenang.
Aku yang berada di sebelahnya
hanya menundukkan sedikit kepala tanda hormat pada lelaki separuh abad itu.
Baru beberapa minit Tan sri Yaacob berbual bersama suamiku, anak lelakinya
datang menyapa.
“Hai!” tegurnya.
Tan sri Yaacob berpaling dan
menepuk bahu anaknya itu.
“Tengku, inilah anak saya yang
baru balik dari London tu. Ammar, ini Tengku Rizqin and his wife.” Tan sri
Yaacob memperkenalkan kami pada anaknya yang dipanggil Ammar itu.
“Wife?”
Lain macam sungguh reaksi si
Ammar ni. Apa tak layak ke aku jadi isteri Tengku Rizqin?
“Yes? Any problem?” sambut Tengku
Rizqin. Serius.
Ammar geleng perlahan. tapi aku
tahu hatinya pasti menyuarakan sesuatu. Sesuatu yang tidak elok tentang kami.
Terutamanya bila pandangannya dipakukan pada tongkat milik Tengku Rizqin dari
tadi.
“Err...will you excuse us?” pamit
Tan sri Yaacob lalu menarik tangan anaknya itu ke suatu sudut lain.
Sebaik sahaja anak beranak itu
beredar, aku segera memaut lengan Tengku Rizqin. Dia kalih memandangku bersama
keningnya yang sudah di angkat sebelah.
“Lapar...Jom makan?”Sengaja aku
mengalihkan tumpuannya dari terus memikirkan hal tadi. Fikir lebih pun tak
guna. Manusia memang suka mempersoalkan kelemahan yang lain.
Dia mengangguk perlahan.
“You better find something light.
You’ve gained so much weight,” pesannya. Tegas.
“Alaa...baru ingat nak makan
sate...” keluhku dalam lenggok manja. Dan dia...hanya senyum. Walaupun tidak
lama.
Ketika aku sedang mengambil
minuman, sekali lagi si Ammar datang menghampiri. Mujur sahaja Tengku Rizqin
sedang berada di meja makan tetamu.
“Yes?” Tanyaku agak kerek
bunyinya.
“I rasa...you terlalu cantik
untuk dibazirkan pada suami you tu...”
“Straight to the point!” potongku
sedikit keras bunyinya. Malas nak berlama semata-mata melayan si hingusan ni.
Dia terpempan seketika. Mungkin
tidak menyangka aku seserius ini.
“I boleh bagi you lebih kaya
kalau you kahwin dengan i.”
Mendengar kata-katanya yang
mengandungi unsur riak dan takbur itu , maka dengan sengajanya aku
menyunggingkan senyuman sinis. Bodoh!
“Why?”Sengaja aku menyoalnya
lagi.
“Sebab dia cacat. You can’t give
the rest of your life to a man like that. He’s nothing!” Selamba sahaja lelaki
itu mengeluarkan kata. Tapi dia akan menyesal. Sangat menyesal bila dia
mendengar kata-kataku nanti.
“Oh, i’m sorry but the answer is
no! Mr.Ammar you tahu tak you tengah bermain dengan api. Sekali i bagitahu my
husband, your father’s company will be in trouble. Big trouble,” kataku dengan
menekankan perkataan ‘big’.
Ammar terdiam seketika sebelum
kembali menyoal.
“Trouble?”
“Well, how can i put this short
and simple? Oh, yes. How about telling you that my husband is the largest
contributor in your father’s company? Is that understood?”
Kali ini dia terkedu. Jelas riak
wajahnya terkejut mendengarkan perihal syarikat ayahnya itu. Ada hati nak
mengayat isteri Tengku Rizqin!
“Oh..okay...i faham. I pergi
dulu...” kelam kabut anak Tan sri Yaacob itu meminta diri.
Selesai satu masalah. Namun,tatkala aku memusingkan badanku, Tengku Rizqin sudah
berada di situ. Aku tak tahu berapa lama atau sebanyak mana dia mendengar
perbualan antara aku dan Ammar tapi apa yang aku pasti...now i’m dead meat!
“Hehe...drinks?”Pelawaku padanya
lebih kepada nak ‘cover’ sebenarnya.
Dia menggeleng. Buat aku
bertambah risau.
“Come here!” Dia menggamit aku
datang menghampirinya.
Dengan hanya beberapa langkah
sahaja, aku sudah berada di hadapan suamiku itu. Tak sempat aku nak berkata
apa-apa dia sudah menarik tubuhku ke dalam pelukannya.
“You’re cool!” bisiknya.
Para tetamu yang lain sudah mula
memerhati tingkah kami.
“Err...Qin kita kat public la.”
Aku mengingatkannya. Takut-takutlah dia terlupa.
“Let them be. In fact, we’re
husband and wife.”
Naik kebas tulang pipiku dek
menahan senyuman demi mendengar bicaranya tadi. Bangga betul! Daripada
mengucapkan terima kasih atau kata-kata penghargaan yang lain, dia...Tengku
Rizqin mengatakan bahawa aku ‘cool’. Bunyi macam tak romantik, tapi aku suka!
Untuk pertama kalinya dia memuji aku!
***
“Dah siap?”
Aku geleng kepala. Melihat Tengku
Rizqin yang sudah bersiap segak, buat aku malu sendiri. Dia dah kacak-kacak.
Wangi lagi! Aku? Haih, macam mana nak keluar shopping kalau macam ni? Keluh
hatiku.
“What’s wrong with all these
jeans on our bed?” Soalnya bila pandangannya jatuh pada permukaan katil kami
yang penuh dengan longgokan seluar jean milikku.
“I try to put them on. But all of
them doesn’t fit me anymore!” ceritaku lalu mengeluh.
Dia melabuhkan duduknya di sofa
sebelum menyilangkan tangannya di dada.
“Pusing!”
Aku hanya mengikut arahannya.
Bila aku pandang dia, suamiku itu hanya menggelengkan kepalanya perlahan.
“You’ve gained weight. Saya dah
suruh awak kawal makan, kan? Awak ikut tak?”
Kepala aku tundukkan sebelum
menggeleng.
“Saya dah cakap awal-awal hari tu
sebab saya nampak badan awak tu dah berisi sikit dari biasa. Especially your
hips and tummy,” katanya lagi.
Bila mendengar dia kata begitu,
aku segera mendekati cermin berdiri yang terdapat dalam bilik tidurku itu.
Lantas baju t-shirt aku angkat separuh sehingga aku boleh nampak permukaan
perutku. Ya, memang agak buncit di situ!
“Qin...macam mana ni? Saya dah
gemuk!” rintihku sedih.
“Then, do the exercises!”
balasnya. Senang betul!
“Saya dah buat. Tapi tak turun
jugak. Makin nak makan lagi adalah!”
Kali ini dia tidak menjawab.
Sebaliknya suamiku itu sudah mencapai telefon bimbitnya dan menekan permukaan
skrin sebelum melekapkannya di telinga.
“Hajar. Yes it’s me. I want to
see you this afternoon. Okay, thank you!”
Aku mengetap bibir bila mendengar
nama perempuan yang di sebut oleh suamiku itu. Baru gemuk sikit dah nak cari
perempuan lain ke?
“Bersiap. Kita nak keluar ni.”
“Nak jumpa siapa? Girlfriend baru
awak tu, kan? Sampai hati awak. saya baru gemuk sikit awak dah nak cari lain!”Kali
ini aku betul-betul rasa nak menangis. Sampai hati dia!
Tengku Rizqin hanya mengangkat
bahunya.
“Well...you have to do something
to loss your weight lah.” Sekali lagi dengan selambanya dia mengenakan aku.
“Tak nak! Biar aje gemuk macam
ni!” protesku sambil menghentakkan kaki ke bilik pakaian kami dan mula menukar
persalinan yang lain.
“Okay. I’ll find another woman
lah kalau macam tu.” Tinggi nada suaranya menggugutku sehingga membuat aku
keluar semula dari bilik pakaian dengan hanya memakai singlet dan seluar slack
yang baru ku pakai sebentar tadi. Bengang!
Bila melihat aku keluar begitu,
dia mengecilkan matanya sebelum menyilangkan tangannya ke dada. Lagak seperti berfikir. Tapi
sebenarnya nak kritik aku lagilah tu!
“Apa lagi nak komen?”marahku
sambil mencekak pinggang.
“Nothing. Cepat... I think we
need to see the doctor!” balasnya sambil mengangguk sendiri. Entah apa yang
sedang difikirnya pun aku tak tahu.
Eee...benci Tengku Rizqin!
***
“Doktor...saya dah gemuk sangat
ke? Dah nak obesity ke?”
Doktor yang bernama Hajar itu
hanya senyum sambil menggeleng.
“Doktor bagitahu je terus terang.
Tahulah saya nak habiskan duit suami saya tu as long as i get my ideal weight
back. Please...” rayuku, sudah mula diserang rasa panik dan terdesak. Demi
kurus...apa pun boleh!
Kali ini Doktor Hajar ketawa
kecil.
“Bertenang, Puan Maryam. You’ll
be fine.” Tenang sahaja Doktor Hajar berkata.
Aku sudah mengetap bibir. Tidak
senang. Apa yang okey kalau gemuk? Nanti Tengku Rizqin lari!
“Tengok Hajar...Dia nak habiskan
duit i untuk kurus?” sampuk seseorang. Siapa lagi kalau bukan Tengku Rizqin.
Kepala aku toleh ke belakang.
Baru sekarang nak masuk? Desis hatiku, marah.
“Wife you ni unik betul karakter
dia,” luah Doktor Hajar dan ketawa sekali lagi.
Tengku Rizqin senyum sebelum
duduk di kerusi bersebelahan denganku.
“I know. So, how’s the result? As
what as i thought ke?” Tanya Tengku
Rizqin tenang.
Doctor Hajar mengangguk.
“Alhamdulillah...” ucap Tengku
Rizqin perlahan.
Aku kalih, memandangnya.
“Qin...kenapa? apa masalahnya?”
Lengan baju t-shirt Polo miliknya aku tarik perlahan. meraih perhatiannya.
Dia pandang ke wajahku dengan
mukanya yang serius.
“You better keep all of your
heels away.”
“Eh, kenapa pulak?” Perkara lain
boleh main-main. Tapi bukan kasut tumit tinggi aku!
“Because you’re pregnant!” ujar
Tengku Rizqin selamba.
Oh...pregnant... Mengandung...Alahai
rasa macam nak pitam...
“Siti Maryam! Wake up!”
“Puan Maryam?”
***
Lima bulan kemudian...
“Ex-girlfriend?”
Wanita Pan-Asian di hadapanku ini
menganggukkan kepalanya dengan yakin.
“Since when?” Soalku lagi.
Pandanganku bagai sudah dikunci pada anak mata wanita yang mengaku dia pernah
bercinta dengan suamiku itu.
“Since we’re in university. About
six years,” beritahunya lagi.
Aku menganggukkan kepala. Tanda
faham.
“So, tujuan you datang sini?”
Kali ini dia senyum sinis.
“I tak rasa you bodoh Mary. You
know why i came here.”
“I memang tak bodoh...” ayat aku
biarkan tergantung seketika. Mahu bangun dari kerusi yang sedang aku duduk.
Sudah tidak selesa.
Riak wajah Jessy berubah sebaik
sahaja pandangannya tertancap pada perutku.
“Oh...Don’t get too surprise. My
baby is almost 4 months now,” kataku
bersahaja.
Berubah lagi riak wajah si
Pan-Asian itu.
“So, back to the point, you
datang nak ambil suami i balik. Begitu?” tebakku agak sinis bunyinya.
“Well, kalau you tak kisah kita
boleh jadi madu.”
“So sweet of you. Tapi apakan
daya... I tak suka...kongsi!” tukasku selamba.
Jessy tergelak seketika.
“Jangan tamak Mary. You tak ada
apa-apa keuntungan untuk Riz simpan you. Lainlah i...papa i Dato’. Ada syarikat
sendiri. You...ada apa? Kampong halaman?” ejeknya.
Mendengar katanya itu, tak
sengaja senyuman jahatku keluar.
“Oh...syarikat papa you yang nak
bankrupt ni?”Sindirku tajam lalu melemparkan fail yang mengandungi maklumat
tentang syarikat milik ayah Jessy itu. Terus wajah jelita itu berubah kelat.
Wanita itu memang silap besar
jika dia mencari pasal denganku. Kerana apa sahaja persoalan yang aku terima,
semuanya pasti akan berakhir dengan jawapan!
“Ma..macam mana you tahu?” Sudah
tergagap bicara Jessy. Tahu dah kantoi!
“Well...kalau i tak tahu...
jangan panggil i Mrs. Tengku Rizqin lah.”Dengan lagak angkuh aku mengeluarkan
kata. Orang yang macam Jessy ni tak perlu adab kalau mahu berbicara.
Tanpa membuang masa, Jessy terus
bangun dari duduknya dan bergerak ke muka pintu. Belum sempat tangannya
mencecah tombol pintu, aku sekali lagi mengeluarkan kata.
“Kalau you minta tolong cara
baik, i tak ragu-ragu nak bantu. Tapi sebaliknya yang you buat. For your
information, i paling pantang kalau ada yang cuba kacau kebahagiaan keluarga i.”
Serentak itu dia membuka pintu dan menghempasnya kuat. Benganglah tu!
“Anak mama...jangan ikut perangai
mama yang ni, okay.” nasihatku pada anak dalam kandunganku sambil mengusap
permukaan perut yang semakin menonjol.
“Betul. Papa pun takut!”sampuk
satu suara.
Aku kalih ke belakang. Terangkat
bahuku akibat terkejut. Entah bila Tengku Rizqin berada didalam ofisku ini.
sungguh aku tak perasan. mungkin dia berada di bahagian rehat yang terdapat
dalam bilikku ini selama aku ‘berdebat’ dengan si Jessy tadi. Kerana ruangan
itu memang dipisahkan oleh dinding. Maka, tentu sahaja aku tidak sedar akan
kehadirannya.
“Qin...bila awak ada kat sini?”
Soalku lalu menghampirinya yang enak duduk di sofa. Tangannya aku capai , ingin
bersalam sebelum turut melabuhkan duduk di sebelahnya.
“Before you and Jessy came.”
“So, you listen to everything i
said to her?”
“Yup!”
“Tak marah?”
“Nope. She deserves that.”
Aku menarik nafas kelegaan. Fuh!
“Malam esok ada gathering kat
rumah family saya. Bonda pun ada.” Beritahu Tengku Rizqin setelah agak lama
kami mendiamkan diri.
Aku mengangguk. Faham. Setahun
sekali, keluarganya pasti akan berkumpul. Jadi tiada masalah.
“Tak ada tema?” Tanyaku bila
teringatkan majlis berkumpul keluarganya tahun lalu yang mengenakan tema pada
pakaian.
“Hmm...bonda nak buat majlis
kesyukuran jugak malam esok . So, sebab awak dah bulat macam ni, just wear
something that you’re comfortable with but elegent.”
“Baik, bos!”
Dan...Tengku Rizqin hanya senyum
melihat telatahku. Tapi entah kenapa aku rasa senyumannya itu senyuman gelisah.
Ada sesuatu yang sedang difikirnya...
***
Usai majlis kesyukuran, semua
ahli keluarga Tengku Rizqin berkumpul diruang tamu. Wajah masing-masing
kelihatan sangat penat. Aku jugak tak kurang penatnya. Penat membawa perut!
Tapi aku rasa bahagia kerana Tengku Rizqin sentiasa di sisiku sepanjang malam
ini. Mungkin dia rasa insaf melihat aku yang bersusah payah demi membawa zuriat
yang dinanti hampir 3 tahun lamanya. Jadi, dia lebih toleransi denganku.
Mungkinlah...
“Memandangkan semua ada malam ini
jadi bolehlah bonda berkongsi sesuatu dengan korang semua. Rahsia terbesar yang
bonda simpan. Tapi sebab bonda dah pasti dan ada bukti, baru sekarang boleh
dibongkarkan,” ujar bonda Tengku Rizqin tiba-tiba. Mendalam dan tersirat.
Pandangan matanya juga tak lepas memandang aku.
Serentak itu Tengku Rizqin
bangun. Tanganku yang berada dalam genggamannya turut dia tarik perlahan.
meminta aku turut sama berdiri.
“I don’t have time to listen to
all your rubbish!” tegas Tengku Rizqin
pada bondanya membuatkan aku terpinga-pinga sendiri. Apakah yang sedang
berlaku?
“Kenapa? Riz tak nak percaya yang
bini Riz tu hanya mempergunakan Riz? Buta sangat dah? Tak nampak buruk dia?”
marah bonda Tengku Rizqin sambil menjeling ke arahku.
“Dia Cuma nak harta Riz aje
selama ni. Dia guna kekurangan Riz supaya dapat perangkap kamu. Perempuan macam
ni memang tak layak ada dalam keluarga kita!” sambungnya lagi.
Rasa seperti terhenti detak
jantungku demi mendengar bicara ibu mertuaku itu. bonda tahu?
“Bonda! Just stop!” Suara Tengku
Rizqin sudah naik tinggi. Jelas marah.
“Nizam, masuk!” panggil bonda.
Juga masih tidak berpuas hati sehingga memanggil seseorang untuk masuk. Mungkin
itulah bukti yang bonda nak tunjukkan pada Tengku Rizqin.
“Nizam?” Perlahan dan tanpa sedar
aku menyebut nama Nizam. Adakah Nizam yang memberitahu semuanya?
“Hah? Apa lagi? Kamu tanya sepupu
kamu ni Riz?”Jerit bonda dengan mata yang mencerlung geram.
“Aku minta maaf Maryam. Semua ni
tak disengajakan. Bonda Riz ternampak gambar kita masa university dulu dan
paksa aku bagitahu semua,” Nizam memohon pengertianku. Tapi masih relevankah?
“Riz, aku minta maaf,” pohon
Nizam pada Tengku Rizqin pula.
Aku kalih memandangnya di sisi.
Cuba mengamati reaksinya. Dan apa yang aku lihat wajah itu jelas tegang. Malah,
jari jemariku yang dari tadi berada dalam genggamannya turut dilepaskan.
“Sekarang percaya?” celah bonda
Tengku Rizqin dengan suara nyaring. Tidak aku sangka wanita yang selama ini
lemah lembut akan jadi menakutkan
begini.
Tengku Rizqin diam kali ini.
tiada kata yang berunsur pembelaan lagi yang keluar dari bibirnya.
“Bonda rasa dalam perut dia tu
pun bukan anak kamu!” tuduh bonda Tengku Rizqin.
“Aunty!” jerit Nizam.
Tersentap hatiku mendengarnya.
Bonda Tengku Rizqin boleh kata aku gilakan harta anaknya. Kerana memang itu
benar.Tapi aku tak boleh terima dia mengatakan anak dalam kandunganku bukan
dari Tengku Rizqin! Walau busuk mana pun hatiku, namun aku tak pernah menduakan
lelaki itu hanya kerana kekurangan yang dia ada. Tak pernah! Malah, aku terima
kekuranganya. Langsung tidak pernah mengecilkan kekurangannya itu.
“Kenapa? Kamu tak percaya
Nizam? Kalau kamu tak percaya, kamu
bagitahu Aunty kenapa hampir tiga tahun dia kahwin dengan Riz baru sekarang dia
mengandung? Kamu terang kat Aunty sekarang?”provok bonda Tengku Rizqin.
Sekali lagi aku pandang Tengku
Rizqin. Melihat wajah itu kosong, tembok kekuatanku roboh begitu sahaja.
Ternyata dia juga meraguiku.
Senyuman hampa akhirnya terukir
di bibirku. Kecewa. Jika Tengku Rizqin hanya menganggap aku hanyalah ‘trophy
wife’, aku faham. Kerana tujuan aku mengahwininya juga tidaklah sesuci mana.
Semuanya demi harta dan kesenanganku. Tapi sekurang-kurangnya aku menerima dia
seadanya dengan harapan dia akan mencintaiku sebagaimanaku mencintai dia.
Namun, mungkin aku terlalu berangan besar. Bila jatuh, aku yang terasa
peritnya. Terlalu tinggi berangan...
“Aunty...sebenarnya
begini...”Nizam sudah berura-ura mahu menerangkan situasi sebenar tapi aku
cepat melarangnya.
“Nizam... takpe!”
Aku berjalan mendekati ibu
mertuaku sebelum menghulurkan tangan untuk bersalam. Sayangnya, salamku tidak
bersambut. Lalu aku bergerak ke ahli keluarga yang lain. Malangnya reaksi
mereka sama sahaja. Tidak berlengah lagi aku menuju ke arah satu-satu lelaki
yang pernah aku sayangi.
Tangannya aku capai sebelum
menciumnya syahdu. Sedaya upaya aku menahan air mataku daripada menitis. Kerana
aku haramkan air mataku dari menitis di hadapan lelaki yang tidak mampu untuk
melindungiku seperti mana aku selalu melindunginya...
“Maafkan saya. Halalkan makan
minum saya dan segala harta yang awak pernah bagi, saya akan pulangkan.Cuma
satu aje pinta saya...” Aku berjeda seketika. Menahan sebak di dada dan bicara
seterusnya. Bicara pemutus kata...
“....jangan pernah kita berjumpa
lagi. Sebab saya...tak perlukan lelaki yang tak boleh lindungi hati dan maruah
saya.” Putusku di akhir kata.
Tanganku yang masih bertaut
dengannya segera aku tarik bilamana genggamannya erat untuk aku leraikan. Kali
ini, kaki aku angkat menuju ke arah Nizam pula.
Nizam menggeleng. Tidak rela aku pergi. Hanya dia
saja yang berduka jika aku pergi sedangkan lelaki yang sekatil dan sebantal
bersamaku selama tiga tahun ini hanya sepi tanpa kata. Aneh, bukan?
“Zam...aku tak suka kisah Cinderella
versi kau. Kalau aku ubah ending dia, kau marah tak?”Tanyaku dalam nada
melawak. Dulu...Nizam kata aku Cinderella, sebab Berjaya kahwin dengan Tengku
Rizqin.
Dan Cinderella Siti Maryam akan berbahagia bersama Puteranya Tengku
Rizqin selama-lamanya...Itu penamat kisah Cinderella versi Nizam. Tapi,
nampaknya kena ubah juga.
Nizam ketawa lirih.
“Aku lebih suka versi aku. Tapi
untuk kau...just do as you wish,” balasnya dengan mata yang berair.
Aku senyum sebelum berpaling dan
melangkah keluar dari kisah ini. Perut yang membulat aku usap lembut. Mulai
hari ini...hanya ada kita berdua sahaja dalam kisah kita. Hanya kita...Bisik
hatiku pada si dia yang ada dalam kandungan.
***
Lima bulan kemudian...
Hidup memang tenang jika tidak
ada sejarah buruk untuk dikenang. Mungkin sebab itu aku tidak merasa tenang,
kerana aku ada sejarah buruk. Dan sejarah buruk itu adalah Tengku Rizqin.
Hampir sembilan bulan kandunganku kini. Maknanya sudah hampir lima bulan aku
membawa hati ke Perlis. Membawa diri jauh darinya.
“Betul ke jauh?”
Aku berpaling. Mencari suara yang
tiba-tiba menyampuk itu.
“Siapa?”Air liur sudah aku teguk
payah. Seperti berpasir pulak rasanya.
“I was expecting that you went to
Mauritious, Spain or perhaps Abu Dhabi. Not in...Malaysia. ” Kali ini nada suara
misteri itu seperti menyindir. Seperti...
Tengku Rizqin... Hatiku pantas menyebut
namanya.
“As a wife to Tengku Rizqin, the
CEO of La Feur you should find a prestigeous place to hide. That’s for your
husband’s pride,” tambahnya lagi lalu menghampiriku.
Mata aku pejam rapat sebelum
membukanya semula. Bayu pantai yang meniup lembut kala ini tak mampu untuk
medamaikan debar hati ini bila melihat wajahnya. Setiap kali wajah itu muncul
dalam mimpi sekalipun, hati ini rasa terkoyak sehingga ke cebisan paling kecil
sekali! Betapa sakitnya hati ini kerana menyedari hakikat yang dia tidak mampu
untuk melindungiku dari kekejaman mulut bondanya.
“What are you doing here Tengku
Rizqin?”Soalku senada. Aku pasti dia ke sini bukan demi aku. Mungkin ada
kepentingannya sendiri. Urusan perniagaan mungkin!
“Well, as you can see...i’m on my
business trip.”jawabnya.
Aku sungging senyuman sendiri.
Benar tekaanku! Sambil menebarkan pandangan ke lautan yang luas terbentang, aku
menghembuskan nafas berat. Jelas di ekor mataku, lelaki itu sedikitpun tidak
mengalihkan pandangannya dari terus memandangku. Apa sebenar mahunya?
“If you keep staring me like
that, i’ll end up giving birth here, Tengku Rizqin.”
Dia tertawa kecil.
“This is why i can’t help myself
but fall for you, Siti Maryam.”
Aku pandang dia. Apa maksudnya
tu?
“I love you...Siti Maryam.”
Bicaranya buat aku tergelak
pedih.
“Awak bimbang tak dapat cari trophy
wife yang lagi bagus dari saya ke sampai nak buat confession palsu kat tepi
pantai ni?”Soalku dengan rasa hati yang sakit bagai ditikam-tikam sendiri.
“Hmm...Betullah tu. Gadis-gadis
yang saya jumpa sebelum ni semuanya tak macam awak.The coolest person that i’ve
ever met.”
“Is that a compliment?”
“Yup!”
Diam. Sama-sama tenggelam dalam
emosi sendiri. Sehinggalah dia mecapai jari jemariku dan mencampakkan
tongkatnya ke sisi sebelum melutut.
“Tengku Rizqin! Apa awak buat ni?
Bangun! Sakit kaki awak tu nanti!” marahku bersama rasa terkejut dengan
tindakan tiba-tibanya itu. Terkesan juga di mataku dia yang sedaya upaya menahan
rasa sakit di kakinya.
Tapi dia tetap menggeleng sebelum
memakukan matanya dalam mataku.
“Listen!” pintanya.
Aku diam. Memberi ruang untuknya
berkata.
“Sebenarnya saya dah lama tahu
tujuan awak berkenalan dengan saya sampai kita kahwin. I hired someone to
investigate your background.”
Terpana! Terkejut! Terkedu!
“You what?”jeritku tinggi
sehingga terasa sakitnya diperutku.
“Yes. That’s the truth!”Dia
mengiyakan. Makin pedih hatiku mendengarnya.
“Tapi kenapa awak tak...”
Bicaraku terhenti. Terlalu sakit untuk mengingati peristiwa lepas.
“Sebab saya tak suka dimalukan.
It hurts my pride the most. Saya ingat tiga tahun saya dah lupakan sebab
kenapa awak berkahwin dengan saya. Tapi bila
bonda ungkit balik depan semua ahli keluarga, saya jadi malu!” terangnya dengan
mata yang berkaca.
Disaat matanya berkaca, air
mataku sudah lebat membasahi pipi. Itu sahaja?
“Tapi ikhlas saya katakan, saya
tak marah awak kahwin dengan saya sebab harta. Sebab saya pun berkahwin dengan
awak supaya orang lain tak pandang rendah dengan kekurangan saya. And the most
important is, I love you and i’m sorry.” Tambahnya lagi.
Mudahnya dia! Kerana malu dan
maruahnya di perkotak -katik dihadapan keluarganya, dia langsung tidak
membelaku.
“Maruah awak terluka? Tercalar?
Habis macam mana dengan saya?”Aku sapu air mata yang menghalang pandanganku
dari melihatnya.
Dia mengetap bibirnya sebelum
menggeleng perlahan.
“Saya...betul-betul perlukan awak
saat tu, Tengku Rizqin....”
Kali ini aku sudah teresak kecil
sebelum menyambung.
“Saya perlukan suami saya. Seorang lelaki yang saya sangka mampu
melindungi saya...”
“Please...stop!” pintanya dengan
suara lemah.
Aku geleng.
“....seorang lelaki yang saya
cinta walaupun pada awalnya semua yang saya lakukan demi kekayaan
awak...kesenangan saya. Dengan harapan, awak akan sedar saya lagi cintakan awak
dari harta awak...”
“Saya sedar...” potongnya dengan
suara yang sudah sumbang. Tangan itu pula sudah mencapai kembali jari jemariku.
Tapi aku tepis tangannya kasar.
Sehingga dia jatuh menyembah pantai.
“Awak sedar? Tapi apa yang awak
buat? Awak pijak hati saya!” luahku dengan rasa marah yang meluap.
Akhirnya tangisan lelaki Tengku
Rizqin pecah. Lama aku membiarkan dia begitu. Sehinggalah perutku terasa
memulas-mulas. Aku sentuh permukaan perutku. Sudah rasa lain macam...
“Siti Maryam...tolong ma...”Ucapannya
terhenti.
“Ya ALLAH! You’re bleeding!”
jerit Tengku Rizqin lalu mencapai tongkatnya sebelum berdiri dan mendapatkan
aku.
Perutku disentuhnya perlahan tapi
aku segera menepisnya.
“Jangan sentuh saya! I don’t need
you! I don’t need your help!”Aku sempat melampiaskan rasa marahku padanya
walaupun diserang rasa sakit yang amat.
Dia pegang lenganku kejap bersama
air muka serius miliknya.
“Marah saya lepas saya hantar
awak ke hospital!” tegasnya lalu memimpinku menuju ke kereta.
Dalam terpaksa, aku mengikutnya.
Sakit ini tidak sanggup lagi aku menanggungnya...
***
Tujuh tahun kemudian...
“Akhirnya... putera dan
Cinderella hidup bahagia untuk selama-lamanya.” Ujarku sebelum memandang si
kecil yang sudah berusia enam tahun bersama senyuman. Buku ditangan segera aku
tutup.
“Macam mana buku cerita kita
malam ni?” Soalku pada si dia.
“Rayyan tak suka cerita ni!”
Kening aku sudah bertaut. Hairan.
“Kenapa?”
Rayyan meniarap sebelum
memandangku dengan mata bulatnya. Comel betul anak aku ni!
“Papa cakap...”
Aku mengeluh. Tak habis-habis
papa cakap!
“...tak baik kita pandang harta.”
Dushh! Kena sedas di dahiku.
“Tapi Cinderella tak pandang
harta,” sangkalku. Lebih kepada nak membela diri.
“Pandanglah mama. Cuba mama baca
semula, mana ada orang miskin pergi ball macam
tu. Jadi mesti dia tahu Putera tu kaya,” balasnya dengan bersemangat.
“Okay...mama faham dah,”
“Papa cakap lagi...”
Ada lagi? Desis hatiku sudah mula
geram.
“...kalau kita sayang seseorang,
kita mesti jaga hati dan maruah dia. Macam Rayyan sayang mama. Jadi, Rayyan tak
boleh sakitkan hati mama...”sambungnya lagi.
Aku terpempan.
“Mama?”
“Aaa...Ya...apa lagi papa
cakap?”Tanyaku sebaik sahaja sedar dari lamunan.
“Papa cakap...hmmm...” Rayyan
sudah senyum-senyum kerang busuk.
“Rayyan...” panggilku dengan
suara keras.
“Papa cakap... I love you kat
mama!” jawabnya sebelum bangun dan melarikan diri dariku.
Aku menggelengkan kepala. Haih...Tengku
Rizqin...apa yang awak ajar kat anak awak ni? Bisik hatiku sebelum turun dari
katil dan berpaling ke arah pintu. Serentak itu juga pandanganku terkaku.
“Saya rasa tujuh tahun dah cukup
untuk kita tamatkan semua ni, kan?”Tanya dia sambil melangkah perlahan padaku
bersama tongkatnya.
Aku diam sebelum melarikan anak
mataku jauh dari anak matanya.
“Tujuh tahun cukup untuk saya
raih kembali trophy wife saya ni, kan?”Soalnya lagi.
“Trophy wife atau Cinderella tak
ada bezanya pun, kan?”Keras suaraku memerlinya.
Namun, lelaki itu hanya senyum.
Senyuman yang sudah panjang jangka hayatnya selama tujuh tahun ini. tujuh tahun
yang memisahkan kami kerana aku yang mahukan begitu. Walaubagaimanapun, aku
tetap isterinya yang sah.
“Ada bezanya. Nak saya bagitahu
apa bezanya?”
Aku diam. Tapi tetap nak
mendengar penjelasannya tentang perbezaan ‘Trophy wife’ dan ‘Cinderella’seperti
yang dikatakannya. Ada beza ke?
“Okay...should i start now?”
Aku cebirkan bibir. Menyampah!
Start ajelah.
“Let’s start with Cinderella. Cinderella
walaupun kahwin dengan putera, dia hanya duduk dalam istana tak buat apa-apa.
Tapi trophy wife, dia keluar dan bersinar walau dimanapun suaminya berada.
She’s the pride of the husband.” Dia sudah mula menjelaskan perbezaannya.
“Cinderella...dia Cuma pandai
menangis. Pasrah aje kalau ada yang mengancamnya. But, the trophy wife is the
cool one. Bila diancam...dia melawan bukan menyerah,”sambungnya lagi.
Bila melihat aku diam tidak
berkata apa, dia meneruskan lagi bicaranya.
“Cinderella... sebab dia lemah,
dia tak pernah melindungi putera walaupun untuk satu baris ayat. Cuma tunggu
untuk dilindungi aje.Tak macam trophy wife. She will protect the love one even if
she had to hurt herself with her words.”
“Akhir sekali...You’re not the
Cinderella. You’re the trophy wife. Not the ordinary one but my precious trophy
wife that i love the most.” Serentak itu
dia meraih tubuhku ke dalam pelukannya.
“I miss you! I love you so much till
i can’t breathe when i kept thinking about you,” luahnya penuh perasaan.
Aku mengetap bibir mendengarnya.
Mata yang sudah berkaca, aku seka perlahan sebelum membalas pelukannya.
“Lama awak buat saya tunggu awak,
Qin!” Kali ini aku pula meluahkan rasa hati. Tidak sanggup lagi begini
selamanya. Biarlah yang sudah berlalu...
“I know! I just want to come to you
as someone who can protect you. Sorry to kept you waiting.” Balasnya, tenang.
Aku mengangguk perlahan. sebelum
mengeratkan lagi pelukan.
“Maryam...” panggilnya setelah agak
lama kami mendiamkan diri. Tenggelam dalam pelukan masing-masing.
“Hmmm...”
“If you keep hugging me like
this, i’m afraid that we might end up sleeping on Rayyan’s bed,” ujarnya dengan
makna yang tersirat. Terus aku tolak perlahan badannya.
“Jangan nak mengada!” larangku
sedikit keras. Sedangkan muka sudah panas menahan malu.
Dia hanya mengangkat bahunya
sebelum menghamburkan tawa kecil.
“Jangan nak ketawa. Anak awak tu
lepas ke mana dah. Dah pukul 9.30 pun tak tidur lagi,” marahku sekaligus
membebel padanya.
“Tengku Rayyan!” panggil Tengku
Rizqin sambil berjalan perlahan ke luar bilik anak lelaki kami itu.
“Lah...He’s sleeping here,” kata
Tengku Rizqin membuatkan aku turut sama keluar dari bilik.
Tatkala terpandang anak lelakiku
itu tidur sambil duduk di tepi pintu biliknya, aku terus menggelengkan
kepalaku. Bertuah punya anak! Dan bila aku mahu mengangkat Rayyan, suamiku itu
segera menghalangku.
“Let me do this.”katanya.
“Tapi kaki awak...”bimbangku
sambil memandang kakinya.
Dia senyum sebelum menggeleng.
“Kalau awak pun saya boleh
angkat, takkan Rayyan tak boleh. Just keep your energy for tonight!” ujarnya
lalu tersenyum nakal.
Aduh. Sekali lagi wajahku hangat mendengar ayat belakangnya
itu. Bertuah punya suami!
***
“Pusing!” arahku pada anak
lelakiku itu. Meneliti pakaiannya dari atas sehingga ke bawah sebelum menggeleng.
“Tukar!” putusku.
“Tapi mama...Rayyan suka baju
ni!” bentaknya perlahan.
Aku mencekak pinggang. Tidak
sempat nak memberi komen, Tengku Rizqin sudah masuk line.
“Nope. It doesn’t suit you at
all!” sampuk Tengku Rizqin sambil membetulkan kot miliknya.
“Alaa...papa. Please...” rayu
Rayyan dengan mata yang sudah membulat besar. Meraih simpati papanya pula.
“Nope! Change now!”
Rayyan akhirnya kembali ke bilik
pakaian dan menukar pakaian lain. Aku tahu dia marah. Tapi biarlah dia marah
sekarang. Nanti dia akan sedar akan kepentingan
‘first impression’ bila sudah dewasa. Tambahan pula, dia adalah bakal
pewaris La Feur kelak.
“You look great sayang!” puji
Tengku Rizqin sebelum menghampiriku.
“You too.” Balasku pula dan
tersenyum manis.
“Mama...Papa...yang ini okey?
Kalau tak okey lagi Rayyan tak tahulah.”rungut Rayyan dengan muncungnya.
Aku pandang Rayyan sebentar
sebelum memandang Tengku Rizqin. Lelaki itu juga turut memandangku bersama
senyumannya. Dan akhirnya ketawa kami bergema di ruangan bilik. Rayyan pula
sudah terpinga-pinga. Tidak mengerti.
“Sounds like you!” tukasnya lalu
memeluk anak lelakinya itu.
Ya...bunyinya seperti aku suatu
ketika dahulu. Ketika aku tidak memahami situasinya...statusnya...dan maruahnya
sebagai peneraju La Feur. Namun, walau setinggi mana pun aku berdiri gah dengan
gelaran isteri kepada Tengku Rizqin, aku selalu berdoa supaya aku tidak lupa
daratan dan mengabaikan tanggungjawabku sebagai seorang anak dan hamba ALLAH
S.W.T. Kalau ada yang bertanya, sampai
bila aku rela menjadi ‘Trophy wife’?
Jawapanku hanya satu...sehingga ALLAH menarik nyawaku pergi dari sisi Tengku
Rizqin...
***
“Err...hai? Eh, Assalamualaikum!”
Lelaki itu diam tapi dari gerakan
bibirnya aku tahu dia sedang menjawab perlahan salamku. Manakala, pandangannya
dipakukan ke mataku bersama kening yang sudah terangkat sebelah. Mungkin
tertanya-tanya siapa aku yang tiba-tiba menyapanya.
“Siti Maryam.” Aku memperkenalkan
diri lalu menghulurkan tangan untuk bersalam.
Sayangnya salamku dipandang sepi.
Aduh, malunya!
“Tengku Rizqin...”Dia bersuara
senada sebelum mengoyak senyuman nipis sebelum kembali serius.
Untuk seketika dia merenungku
lama dan aku juga nampaknya hanyut dalam pandangan penuh rahsia miliknya.
Pandangan itu tidak berunsur menggoda tapi aku tetap rasa tergoda! Ahh...inikah
yang orang panggil ‘Love at first sight’?
Walaubagaimanapun tenungan itu
tidak lama bilamana seseorang merempuh Tengku Rizqin dengan kasar. Cepat-cepat
aku memaut pinggangnya rapat sementelah tongkat yang menyokong kakinya jatuh
menyembah lantai. Bimbang dia juga rebah tanpa penyokong yang menyokong kakinya
itu. Sesuatu yang aku perasan, namun tidak aku kisah kerana aku tahu kita
manusia memang tidak sempurna. Jadi, kesempurnaannya tidak mahu aku persoalkan!
“I’m sorry!” ucap si perempuh
selamba sebelum berlalu.
“Hei...you!” Aku cuba memanggil
si lelaki yang telah merempuhnya, tetapi Tengku Rizqin menghalangku.
Sebaik sahaja tongkat diberi semula
oleh pekerja hotel, Tengku Rizqin mula menjauhkan badannya dariku sebelum
meletuskan tawanya beberapa saat kemudian. Buat aku jadi terpinga-pinga
sendiri! Dah kenapa?
“A little bit kampung style but i
love it.” Ulasnya perlahan.
“Ahh?” Aku jelas tak faham. Malah
bertambah tak faham!
Dia menggeleng lalu menyimpul
senyuman kecilnya.
“Would you like to have dinner
with me?” Soalnya, sopan.
Kali ini aku pula menarik senyum.
“Kalau awak sudi... saya sejuta
lemon kali sudi!”
....TAMAT...
P/S : biasanya konteks tropy wife
wujud dalam kalangan orang berada. Terutama yang sudah berusia dan berkahwin
dengan wanita muda supaya boleh dibawa ke majlis untuk ditayang-tayang. Berbeza
sikit dalam konteks trophy wife saya, cerita ini adalah mengenai si Cinderella tak jadi, Siti Maryam dan satu
lagi Trophy wife untuk Tengku Rizqin. Dua-dua ada motifnya yang tersendiri.
Seorang nak kaya cepat dengan mengahwini orang kaya. Seorang lagi tak nak orang
pandang rendah dengan kekurangan yang dia ada dengan mengahwini si cantik
jelita. Kalau ada yang rasa cerita ini tak relevan, cuba berfikir dari sudut
wanita yang bergelar isteri. Walaupun kita nak pergi makan dinner company
tempat suami kita kerja sekalipun, mesti kita nak nampak cantik, kan? Yelah,
supaya suami kita tak malu. Si suami pun sama, mesti tak nak kan bawa isteri
yang selekeh ke majlis besar-besar? Jadi, begitulah idea saya keluar untuk di
kongsi bersama di kisah kita. Kalau ada terkurang, terlebih dalam cerpen ni
saya minta maaflah. Budak baru berlajar. Hehe,
p/ s : kalau boleh tolong bagitahu saya scene mana yang korang pling suka dan kenapa. panjag lebar pun takpe. saya baca! this is for my reference for my next cervel. have a nice day beautiful people with beautiful hearts :)
-NOORAIHAS
50 comments:
Salam.. akak, daebak.!!! Nangis wktu scene kt rmh bonda n beach tu.. huhu.. memang best giler ahh.!!! :-)
Salam.. akak, daebak.!!! Nangis wktu scene kt rmh bonda n beach tu.. huhu.. memang best giler ahh.!!! :-)
Terbaik.. ;)
Terbaik.. ;)
nak nangis tp sayang...dekat office.walaupon lama menunggu,tapi berbaloi.suka sangat cerita ni.sedih menusuk jiwa.keep it up.
terus menunggu...menunggu karya baru.
Terbaiklah kak...^^
Terbaek..berbaloi tggu cite nie..
Tq cik writer..
Terima kasih.... But a bit confuse about masa. Slps 5 bulan jumpa dr hajar, sepatutnye mesti pregnant 5++ bulan. 7 tahun after bersalin, mesti rayyan dah berumur 7 tahun
salam, terima kasih kepada yang mberi komen...tentang pregnancy tu...mungkin saya terlepas pandang. terima kasih sebab beritahu. saya akn lebih teliti utk next cerpen :)
Sangat best jalan cerita yg menarik Suka Watak perempuan tu ......Harap dpt wat cerpen yang menarik lagi Daripada Sit
Dua Kali ulang Baca. Besttt :) tahniah writer for the best masterpiece ... Teruskan buat cerpen yg terbaik ....
Miss Y
next cerpang plisss
best best best
best..sangat unik.tp part sedeyh tu mcm xmenusuk. cm xsampai. tu pndapat sy la. sy suke story yg unpredictable. kite ingt hala ni rupenyer hala tu.sangat bes cite neh
Best,cerpen dlm blog ni semua best2
saya suke.. saya suke.. :)
best!!!
Best sgt2 ..... mcm cerpen sis yg lain....
bes cite ni! cute sgt.. hehe. lbh2 lgi time ank dye nak pilih bju tuh.. so sweet...
bes cite ni! cute sgt.. hehe. lbh2 lgi time ank dye nak pilih bju tuh.. so sweet...
wahh! scene yg Mira paling suka scene yg akak letak paling last tu, scene yg mana Siti Maryam usya Rizqin! haha .. best scene ever! And i, imagine it! xD
“A little bit kampung style but i love it.”
suka ayat tu!Much! Keep it up kak AiHa! =D Goodluck 4 the next cerpen! I'll vote for this cerpen! <3
saya suka scan awal jumpa, kelakar. . . . . .n saat x gf suami datang kat ofis, dia tak takut
best...:)
akak best nyee!! Lookin forward ur next ones. ;)
such a lovely story..
jalan cite best....suke sgt..tp feeling x sampai..kalau tkankn kat feeling marah n sedih tu kuat sikit rsa lg mantop...hehe
best cerpen ni, tahniah. di karut dengan jayanya oleh anda.
Tahniah sekali lagi. Bila nak buat novel pula?
Semua part dlm cerpen ni sangat best.. Sangat jujur.. Sy suka sangat.. Even sy masih berusaha untuk jd prmpuan cntik dihati suami sy..
Akak penulis, sambung la banyak2 lg.. karya2 akak semua best!!! Alhamdulillah, akak memang berbakat :B
Best
Akak peminat setia cerpen sis... Berulang kali baca setiap cerpen kat sini..... Cerpen yg bagi akaK bukan sekadar cerita tp lebih dari itu... Teruskan menulis ya... Dan akak akan terus menyokong....
gempakz giler...cuma part konflik tu sikit sangat r...ader novel ker citer ni???
Awesome... :)
Mcm biasa xmenghampakan
Best..daebak...terbaik!!!..
Dah bce byk2 kali, xkira pulak brpe byk ulang bce. Haha, best!!
Tak pernah tak nangis bce cerpen akk 😂 keepidupp!!👍
Best nyerrrrrr 😁
The nice cervel from you miss writer..I really like it..part yg pling i ska ialah masa siti maryam mrh dkat jessy n amar sbb cba untuk porak perandakan rumah tangganya.ad sstngah watak heroin hanya mengalah dan tidak berani untuk mempertahnkan dirinya as a wife. .tpi lain dengan watak siti maryam ni,dia adalh wtak heroin yg pling cool n i like it..thank you..tak sabar nk tnggu cervel yg bru from miss writer..
Jalan cerita yg perfectly ... Menarik sangat... Best!!
Jalan cerita yg perfectly ... Menarik sangat... Best!!
Mashaallah best sangat. Reality story yang jarang orang tahu dan nampak depan mata.
Tahniah sis....dah berpuluh kali ulang bca...tetap best...hebat
best weh serioussss !! good jobbbb ��������
Assalamualaikum akak. Terbaik la. Selalunya saya kurang baca cerpen ni sbb membosakan. Tp cerpen akak memang buat saya rasa 'woww' xboring langsung. Hampir 3 tahun saya mengikuti perkembangan cerpen akak tp secara silent. Ni je baru berani nk selitkan comment sbb akak dh lama x update cerpen baru. Boring pulak saya nak baca cerpen penulis lain sbb meleret2. Cerpen akak straight to the point. Berkali2 dh duk ulang baca yg sama x boring pun lg excited nk baca ade la. Terbaik la kak.
Betullah,dia kan diusir dr rumah awal2 mengandung,mengandung itu mengambil masa selama 9 bulan,hampir setahun
Sorry sy rakyat marhaen je x nak ikutan bangsa kayangan ni
19 April 2022. After a few times, here am I. Never tired and never get boring. Sometimes I really miss your cervel and open it. I never forget to leave a comment to noted myself how many times I already read your cervel. Hope you always in good health miss/mrs writer. Lots of love ��.
Aku baca lagi tahun ni... The Best story of u sis noor
Dulu saya baca cerpen ni berkali2 sebab sangat best. Baru2 ni tiba2 teringat balik, teringin nak baca balik. Tak sangka dah 10 tahun berlalu...dah berapa banyak kali dah ulang baca still nangis yaaaa malam ni!
Post a Comment