Nama penulis : NOORAIHAS
Tarikh post : 28 ogos 2013
“You’re fired!” jerit majikanku dengan
muka yang merah. Ops, bekas majikan!
Kepala aku jatuhkan ke bawah sebelum
menapak keluar dari pejabat. Kena buang
kerja lagi...Huh! Masuk kali ini, sudah sepuluh kali aku kena buang kerja!
Bukan silap orang lain. Silap aku jugak! Aku pun tak tahu kenapalah aku ni mudah sangat gelabah dan cuai! Dalam
bahasa inggerisnya, clumsy! Sampai kawan baik aku si Huda pun panggil aku Miss
Clumsy! Kalau gelabah sikit-sikit tak apalah jugak! Ini sampai mendatangkan
kemarahan kepada bekas-bekas majikan
aku.
Biar aku bagi contoh hasil kegelabahan
dan kecuaian aku yang telah menyebabkan bekas bos-bos aku yang terdahulu
mengamuk sakan! Kita mulakan dari sekecil-kecil kesalahan sehinggalah kepada
sebesar-besar kesalahan. Pertama,tersilap bancuh minuman kegemaran bos. Nampak
macam remeh aje kesilapan aku ni, kan? Tapi kalau sampai 3 bulan kerja dan masih salah bancuh lagi memang makan sumpah seranahlah.
Aku akui memang silap aku kerana tidak prihatin dengan perkara kecil begitu!
Okey, kecuaian yang kedua,terlupa nak aturkan temujanji bos dengan isterinya.
Memandangkan temujanji bos aku tu dengan isteri dia sendiri, maka aku pun buat
relaks aje kerana pada fikiran otak aku yang tak berapa nak seimbang ini,
takkanlah dengan isteri sendiri pun nak
buat temujanji. Nak kena ingatkan jugak. Pandai-pandailah isteri bos tu datang
sendiri. Tapi natijahnya sangat besar kerana bekas majikan aku dan isterinya akhirnya
bercerai dengan alasan bos aku tak luangkan sikit pun masa untuknya! Sedih,
kan? Aku pun turut bersimpati dan merasa bersalah kerana kecuaian aku yang telah meruntuhkan masjid orang lain.
Kesilapan
ketiga ini sangat dasyat! Tersilap hantar fail
yang bos minta. Aku masih ingat lagi , waktu itu aku sedang berusaha menahan
teksi untuk ke tempat yang bos katakan. Pada saat genting dengan lalu lintas yang sesak, majikan aku telah menelefon
untuk memberitahu bahawa dia sudah mengubah tempat dia dan klien berjumpa. Kerana terlalu panik, aku terlupa alamat yang
telah bos beritahu. Hanya dengan sebuah
panggilan telefon, aku melakukan kecuaian dengan pergi ke alamat yang salah
bersama fail yang salah! Akibat kesalahan ini, syarikat tempat aku bekerja
kehilangan tender yang bernilai jutaan ringgit.
“Haih!”Aku mengeluh lagi. Pendek kata,semuanya salah aku!
“Sudah-sudahlah Mira! Tak guna kau nak
mengeluh. Benda nak jadi. Anggap ajelah kau tak ada rezeki kat situ,” nasihat
Huda sebelum melabuhkan duduknya di sebelahku.
Wajah jelita milik Huda aku pandang
sekilas sebelum menggeleng.
“Bukan tak ada rezeki. Tapi salah aku
sebab cuai sangat! Selalu cuai,” keluhku dengan suara rendah.
Huda menepuk bahuku perlahan.
“Kecuaian tu memang selalu berlaku.
Tapi kalau kita bertenang dan berfikir sebelum bertindak, semuanya boleh di
atasi,” ujar Huda, tenang.
“Tapi aku selalu sangat jadi macam ni.
Aku takut tak ada orang nak ambil aku jadi pekerja nanti. Kalau keadaan
berterusan, apa aku nak bagi mak aku kat kampong tu makan? Mana lagi aku nak
cari kerja ni?” risauku.
Huda diam. Mungkin sedang berfikir
sejenak.
“Hah!”Dia tiba-tiba menjerit setelah
lama mendiamkan diri.
“Apa?”Soalku tidak sabar.
“Aku ada sepupu,” beritahunya bersama
senyuman lebar.
“So?”Aku kehairanan. Ada apa dengan
sepupu dia?
“Dia ada syarikat sendiri. Mungkin aku
boleh tolong recommend kau kerja kat syarikat dia,” usul Huda bersama kening
yang terangkat.
“Syarikat sendiri? Whoa...Dasyatnya
sepupu kau!”Terkagum aku sekejap.
Huda senyum bangga.
“ Kenapa kau tak pernah cakap pun
pasal ni?”Aku bertanya hairan. Punyalah banyak kali aku kena pecat, baru hari
ini dia nak bagitahu yang sepupu dia ada syarikat sendiri!
Senyuman Huda tiba-tiba mati.
“Aku tak nak cakap, tapi aku kesian
tengok muka kau yang macam hilang laki ni!” jawabnya.
Aku mencebik. Bukan hilang laki!
Hilang kerja...
“Sepupu aku ni pelik sikit. Kalau kau
cuai, dia cermat! Teliti! Semua kena lengkap! Sebab tulah aku takut nak suggest
kau kerja dengan dia bila setiap kali kau kena buang kerja,” jelasnya dengan
air muka bimbang.
Aku mengerutkan dahi. Itu aje? Memang
semua majikan macam tu apa! Tak hairanlah! Janji ada kerja.
“Aku nasihatkan, bila kau dah kerja
dengan dia, kau carilah kerja lain sama. Buat back up! Aku bukan apa takut dia
tak tahan kerja dengan kau dan kau pun tak tahan kerja dengan dia!”Huda memberi
amaran.
“Kau jangan risau, demi kau...aku akan
kerja sungguh-sungguh!” janjiku bersama tangan yang diangkat sebelah.
Huda mengangguk.
“Janji dengan aku jugak yang kau kena
baiki kelemahan kau tu. Jangan asyik ulang kesilapan yang sama!” tegas Huda
lagi dengan riak muka serius.
Kepala aku jatuhkan beberapa kali.
Berjanji pada Huda yang aku akan baiki kelemahan aku yang selalu sangat cuai dalam
apa jua pekerjaan. Bertuah aku ada rakan serumah yang prihatin macam Huda. Ya
ALLAH, permudahkanlah segala urusanku untuk mencari rezeki...
***
“Yazz Amira binti Khairul!”
Lelaki di hadapan aku ini menyebut
nama penuhku dengan muka serius. Mungkin inilah sepupu Huda merangkap bakal
majikanku.
“Ya, saya!” jawabku bersemangat.
“Berdasar profile awak ni banyak
pengalaman bekerja tapi tak lama. Boleh jelaskan sebab musababnya?
Sebab gaji
kecil ke?” tebaknya, memulakan sesi temuduga ini.
Aku menggeleng lemah.
“Bukan.”Aku menidakkan andaiannya.
Mahu menipu dan memberi alasan yang tidak wajar seperti sebelum-sebelumnya, aku
serba salah kerana ini adalah syarikat sepupu Huda. Aku tidak mahu memburukkan
namanya kerana diriku.
“I’m waiting Cik Yazz Amira!” tegas
lelaki itu.
“Err...saya dibuang kerja kerana
selalu menyebabkan kecuaian,” jawabku perlahan.
Lelaki itu merenungku tajam sebelum
bersuara.
“Awak bernasib baik sebab Huda merayu
saya untuk bagi peluang awak bekerja di sini. Kalau tidak dah lama saya reject
awak ni!” beritahunya senada.
Aku meneguk air liur dengan kasar.
“Saya terima awak bekerja di sini
sebagai setiausaha saya. Saya tak akan letakkan awak di mana-mana bahagian lain
dalam syarikat saya dengan darjah kecuaian awak tu kalau itu yang buat awak tertanya
mengapa saya mengubah posisi awak dalam surat tawaran.” Terangnya dengan tegas.
Aku mengangguk laju. Lain macam
sungguh sepupu Huda ni!
“Pastikan awak tak akan melakukan
sebarang kecuaian lagi! Faham?”Dia memberi peringatan.
“Baik Encik!” jawabku, pantas.
“Baiklah, untuk hari ini saya nak awak
jumpa Nani, penyelia merangkap bekas setiausaha saya untuk penerangan
tugas-tugasan awak,” tambahnya lalu menutup fail yang mengandungi maklumat
peribadiku.
“Kalau tak ada apa-apa saya keluar
dulu ya encik?” pamitku sebelum berdiri.
Dia hanya mengangguk tanpa memandang
wajahku. Serius benar lelaki ini. Bisik hatiku.
NANI menerangkan satu persatu tugasan
yang aku perlu lakukan untuk bekerja dengan lelaki yang bernama Ahmad Syahrain
itu. Berkerut dahiku mendengarnya. Senarai kerja aku tak ubah macam senarai
kerja orang gaji! Antaranya, bersihkan meja sebelum dan selepas waktu kerja,
lap cermin tingkap pejabatnya, kemaskan fail yang berterabur atas meja, lap
sofa, bancuh air Horlick sebelum dan semasa dia ada dan bungkuskan makanan
tengahari kalau dia tak sempat keluar. Tak nampak macam kerja setiausaha
langsung! Agaknya Nani kena macam tu jugak ke dulu?
“Nani,” panggilku sebaik sahaja Nani
selesai memberi tugasan padaku.
“Ya, kenapa?”
“Dulu awak macam ni jugak ke?”
Dia menggangguk sebelum senyum.
“Encik Rain memang macam tu. Sesiapa
aje yang bekerja dengannya akan diuji dahulu sebab dia mahu pekerja dia cermat
dan teliti dalam melakukan kerja. Tapi kes awak ni pelik sikit,”balasnya dengan
muka hairan.
“Apa yang peliknya?” Soalku tidak
sabar.
“Masa saya mula-mula kerja dulu saya
tak buat semua ni. Sediakan air tu biasalah. Tapi bungkuskan makanan dan lap
tingkap pejabat tu saya tak pernah buat.”Nani menjelaskan padaku.
Hmm...mungkin Huda dah beritahu
tentang aku pada sepupunya awal-awal lagi! Getus hatiku seraya mengangguk.
“Sebelum saya terlupa, Encik Rain ada
suruh saya bagi awak sticky note. Dia suruh awak tampal semua tugasan yang dia
bagi di tepi computer awak. Tapi apa
sahaja arahannya awak kena tulis pada sticky note dan tampal pada organizer,”
ujar Nani lalu menyerahkan sticky note yang berwarna warni itu padaku.
Aku mengambil sticky note yang
dihulurkan Nani itu sebelum membeleknya.
“Dia nak tengok segala tugasan yang
dia minta awak buat dah ditulis dan
bertampal pada PC awak hari ini jugak,” sambung Nani sebelum berlalu
dari mejaku.
Punggung aku labuhkan di kerusi
sebelum mengeluh melihat sticky note yang diberi Nani. Ahmad Syahrain adalah
majikan yang paling dasyat pernah aku jumpa! Belum apa-apa lagi dia sudah
sediakan payung sebelum hujan. Maknanya dia sudah bersedia menghadapi segala
kesilapan aku!
***
“Am!” jerit Encik Rain, lantang.
Terus aku terbangun dari duduk akibat
terkejut. Entah apa lagilah yang tak kena dengan mamat seorang ni! Sudahlah
panggil aku Am! Ingat aku lelaki apa! Tanpa berlengah aku segera menuju ke
bilik pejabat majikan ‘kesayangan’ aku ini. pandangan daripada staf lain tidak
aku hiraukan. Maklumlah dah terbiasa.
Hampir dua bulan aku bekerja, dua bulan
jugak telinga mereka disajikan dengan jeritan Encik Rain memanggil namaku
dengan nada marah.
“Yes, bos!” tegurku lalu memandang
wajah Encik Rain yang tak berapa nak clear itu. Maklumlah ada jerawat. Sepupu
Huda ni bukanlah hensem sangat pun!
“Apa yang awak buat dengan surat ni?
Saya tak nampak pun awak betulkan mana-mana spelling error kat sini!” marah
Encik Rain lalu melemparkan surat itu ke lantai.
Aku melepaskan keluhan seketika
sebelum mengutip kembali kertas yang berada di lantai. halaman muka surat itu
aku pandang sebentar. Aah! Ada dua tiga perkataan lagi yang aku tak betulkan! Mampuslah aku!
“Tapi bos, ada dua tiga perkataan je
kan yang salah eja. Nak kena betulkan jugak ke?”
“Harus betulkan! Sudah,saya tak nak
dengar alasan awak! sekarang awak duduk sini, awak betulkan spelling error
semua tu sekarang jugak! I’ll give you 10 minutes to settle it!” arahnya lalu bangun dari tempat duduknya dan
mengarahkan aku duduk di situ.
Aku mengetap bibir geram. Aduh, kena
buat depan dia ke?
“Sekarang ke bos?” Aku menyoal soalan
bodoh.
“Now!” tekannya sebelum memicit
dahinya. Pening dengan karenah aku agaknya.
“o..ok..okey bos! Sa..saya buat
sekarang!”
Cepat-cepat aku duduk di kerusinya dan
membuka program Microsoft Word itu untuk menaip dan membetulkan kesalahan ejaan
yang telah aku lakukan pada surat tadi dengan segera. Aku sudah tidak sanggup
nak mendengar ceramah dari lelaki yang serba cerewet dan teliti melampau macam
dia ni!
Bila aku mula membuat kerja, Encik
Rain pula berlalu ke sofa yang terdapat dalam pejabatnya ini. duduknya
dilabuhkan di situ sebelum mengambil beberapa fail untuk di semak dan
ditandatangani.
Sepuluh minit hampir berlalu tapi aku
tinggal satu perenggan lagi untuk di taip. Adus, macam mana ni?
Pandangan aku
halakan sebentar di sofa, nampaknya si cerewet itu sudah bersiap sedia untuk ke
mari. Malah fail-fail sudah dikemasnya dan disusun ke tepi.
Tangan aku semakin ligat menari di
atas papan kekunci. Cepat Mira! Gesa hatiku. Bimbang seandainya aku disembur
lagi. Aku tak sanggup! Bila lelaki itu sudah berada di tepi meja, aku akhirnya
berjaya meletakkan titik pada perenggan terakhir itu! Yes, siap!
“Siap?” Tanyanya bersama pandangan
yang di tala ke skrin computer ribanya.
Aku bangun dari kerusi dan meregangkan
jari jemari yang sudah cramp akibat terlebih bekerja tadi.
“Sudah, bos!” sahutku, bersemangat.
Segera dia merapati computer ribanya
itu dan memeriksa surat yang telah aku taip tadi dengan muka yang serius. Aku
pun tidak ketinggalan untuk turut memeriksa apa yang aku tulis tadi. Maklumlah
tak sempat nak double check! Badan aku tundukkan sehingga separas bahu Encik
Rain yang sudah duduk di kerusinya.
“Hmm. Okey. Lepas ni awak boleh print
dan serahkan pada saya,” komennya lalu memusingkan kerusi ke arah aku.
Malangnya, dia berpusing ke arah aku
semasa aku masih tidak bersedia untuk menegakkan badan, serentak itu bibir
milik lelaki itu secara tidak sengaja singgah di pipiku. Spontan aku menjauhkan
tubuhku darinya. Dia juga melakukan perkara yang sama. Terkejut!
Untuk seketika kami mendiamkan diri
sebelum dia akhirnya berdehem beberapa kali. Mungkin membetulkan kotak suaranya
atau membetulkan suasana janggal yang memenuhi ruangan antara kami.
“Maaf, saya tak sengaja,” pintanya
dengan suara mendatar.
“Tapi bukan salah saya sepenuhnya, awak
yang rapat sangat dengan saya tadi kenapa?” sambungnya. Kali ini dia
menyalahkan aku dengan raut wajah menyinga miliknya.
Dahi aku berkerut mendengarnya. Baru
aku nak kata, ‘ tak apa, bukan salah bos sorang. Salah saya jugak’. Tapi
memandangkan dia sudah mengeluarkan ayat pertuduhan,yang jelas meletakkan semua
kesalahan atas bahuku seorang, aku tarik balik kata-kata itu. Simpan dalam
perut lagi bagus!
Malas memanjangkan cerita, aku
bertindak menjatuhkan kepala. Terima
ajelah dengan tuduhannya. Tak ikhlas pun tak ikhlaslah! Janji tak kena
buang kerja!
“Saya keluar dulu ya bos?” pamitku
dengan muka kosong.
Lama dia memandang wajahku sehingga
mengangguk, membenarkan aku keluar dari pejabatnya. Sebaik
sahaja aku keluar dari pejabatnya, aku terus
mengelap bahagian pipi yang telah dicium oleh Encik Rain secara tidak sengaja
tadi. Gelinya! Maafkan saya cik pipi. Saya telah mencemarkan permukaan awak
dengan ciuman dari lelaki yang saya tak suka! Sudahlah bukan mahram. Berdosa
saya pada awak cik pipi. Gumam hatiku lalu menyapu permukaan pipiku dengan
tisu.
HUDA telah mengajak aku makan
tengahari bersama. Peluang yang ada ini tidak akan aku siakan. Maklumlah Huda
selalu sibuk dengan kerjayanya sebagai arkitek dan jarang ada masa untuk
menemaniku makan tengahari.
“Bos, saya nak keluar lunch ni. Bos
nak saya bungkuskan ke?” Soalku sebaik sahaja lelaki itu seperti tiada tanda
mahu keluar untuk makan tengahari.
Dia memandang sebentar padaku.
“Hmm...bungkuskan makanan yang boleh
saya makan,”balasnya senada sebelum meneruskan bacaannya pada fail projek.
“Okey.”Aku menjawab dan segera keluar
dari bilik pejabat tanpa bertanya lebih lanjut padanya tentang makanan apa yang dia boleh makan.
Keluar sahaja dari pintu utama
syarikat, Huda sudah menungguku dengan senyuman lebarnya. Suzuki Swift miliknya
bergerak laju menuju ke destinasi makan tengahari kami hari itu.
“Ada masa pulak kau teman aku makan
hari ni. Tak banyak kerja ke?” Aku memulakan sembangku sementara menunggu makan
tengahari kami tiba.
Huda sengih.
“Aku baru siapkan projek terbaru
company aku. So, sementara tak ada projek lain ni bolehlah kita makan
sama-sama,” jawab Huda dengan senang hati.
Aku mencebik.
“Untunglah!”sambutku, bernada cemburu.
“Apa yang untungnya? Kau lagi untung
apa? Tak payah kejar date projek. Tolong uruskan Abang Rain aje,” sela Huda
lalu menyedut air buahnya.
Aku membuat muka tak berpuas hati.
“Huh! Bos aku tu tak payah ada orang
uruskan pun aku pasti 150 percent dia boleh hidup!”Aku menyuarakan pandanganku
tentang lelaki yang bernama Ahmad Syahrain itu.
Huda ketawa kecil.
“Abang sepupu aku tu memang macam tu.
Dari kecil lagi dia dah diajar untuk berdikari. Janganlah kau jealous tengok
dia macam tu,” jelas Huda dengan gelengan kepala.
Aku memeluk tubuh. Protes kerana Huda
membela Abang sepupunya itu.
“Kau okey tak kerja dengan dia?”Kali
ini raut wajah Huda serius.
Aku melepaskan keluhan berat.
“Okey tu memanglah okey. Tapi
sikit-sikit, ‘Am! Mana sticky note baru awak! Am, mana fail yang saya suruh
awak cari tadi! Am, spelling error ni! Am, jangan lipat kertas atau halaman
buku! Am, air awak ni manis sangat!’. Sampai naik tension aku.” Aku menyuarakan
ketidakpuasan hatiku dan mengajuk beberapa dialog yang Encik Rain selalu guna
bila bersamaku siap dengan lenggok bahasa lelaki itu pun aku tiru!.
Huda gelak sakan mendengarnya. Siap
tekan-tekan perut lagi! Lawak sangatlah tu!
“Hei, tak lawaklah!” marahku bila tawa
Huda masih tidak reda.
“Sorry. Sorry. Tapi lawaklah. Mungkin
inilah yang orang tua-tua cakap bagai bertemu buku dengan ruas!”ujar Huda
sambil meletakkan jemarinya di dagu, lagak orang berfikir.
Perbualan kami terhenti untuk seketika
bila pelayan restoran menghidangkan makanan tengahari. Menu yang terhidang
didepan mata membuatkan kami masing-masing tenggelam dalam dunia sendiri.
Laparlah katakan! Terus sudu dan garfu dicapai dan memulakan sesi mengenyangkan
perut!
“Buku tak buku. Ruas tak ruas! Kalau
aku tak tahan, aku ikut aje saranan kau, berhenti kerja!”Aku kembali menjawab
bersama mulut yang masih penuh dengan makanan.
Huda hanya menggelengkan kepalanya.
“Kalau kau makan macam ni depan abang
sepupu aku tu, habislah kau kena...”
“Ceramah!” potongku sebelum Huda
menghabiskan ayatnya.
Huda mengecilkan matanya. Curiga!
“Hmm...First time aku nampak kau alert
macam ni. Nak-nak bila perkara tu tentang majikan kau. Kalau dulu sampai tiga
bulan kau tak ingat minuman kegemaran bekas majikan kau yang ke...entahlah! aku
pun tak ingat,” balas Huda dengan senyuman meleretnya.
Aku hanya mengangkat bahu. Mana tak
alert! Semuanya ada dalam organizer aku dengan siap bersticky note bagai! Kalau
aku lupa, mahu tertidur jugaklah aku mendengar ceramah percuma! Bisik hatiku.
TEPAT pukul 2 petang aku tiba di
pejabat. Perut yang kenyang betul-betul membaikpulihkan mood aku. Terima kasih
untuk sahabat baik merangkap teman serumah aku, Huda! Sekarang, kembali kepada
kerja!
Tapi baru sahaja aku tiba di meja, mataku sudah dijamu dengan kehadiran
Encik Rain yang elok duduk di kerusiku.
Aku tepuk perlahan dahiku. Melihat dia
di situ barulah aku sedar yang aku sudah terlupa untuk melakukan sesuatu.Oh My
God! Lunch untuk Encik Rain! I’m totally dead meat!
“Lunch saya?” Dia sudah meminta
sesuatu yang tak ada. Habislah!
Pantas jari jemariku digenggam sesama
sendiri, seperti orang merayu.
“Bos, saya sebenarnya tak ingat nak
bungkuskan lunch bos tadi. Saya makan dengan housemate saya tadi. Sembang punya
sembang terus terlupa nak bungkuskan makanan untuk bos. Tapi kalau saya belikan
pun belum tentu bos nak makan sebab saya tak tahu apa yang bos boleh makan, apa
yang tak boleh.
Lagipun bos tahukan Huda tu...”
“Dah! Banyak alasan awak! masa awal
tadi tak nak tanya. Tak menyempat sangat nak keluar !” cantas
Encik Rain lalu
berdiri.
Terangkat bahuku akibat lontaran vocal
majikanku ini. Rakan sekerjaku yang lain mula berbisik sesama sendiri. Isu aku
dan Encik Rain merupakan topik hangat mereka dan mungkin juga penyuntik
semangat mereka untuk ke tempat kerja! Gossip is everywhere, you know!
“Sa..saya...”
“Jangan banyak cakap! Sekarang bawa
organizer awak dan ikut saya!” arahnya dan berlalu keluar pejabat.
Tanpa membuang masa, aku segera mencapai organizer yang berada dalam laci dan
berlari anak mengikutnya ke parking lot. Hampir sahaja aku menyaingi langkah
lelaki itu, aku tersembam ke belakang badannya. Oh, kelajuan yang berlebihan!
Selalu berlaku bila kita tidak bersedia untuk berhenti...
“Ma..maaf. sa..saya tak sengaja,”
pohonku dengan suara yang sudah tergagap-gagap sebelum menjauhkan jarak antara
kami.
Dia mula mengecilkan matanya.
“Awak ni nak ambil kesempatan atas
saya kan? Hari tu ci...”
Mulut lelaki itu aku tutup dengan
telapak tangan kananku sebelum sempat dia menghabiskan kata-katanya. Sudahlah
suara tinggi! Adik beradik Ziana Zain agaknya!
Bila dia sudah merenungku dengan
pandangan yang tajam, aku mula melepaskan telapak tanganku yang melekap di
mulutnya tadi dan membuat muka tak bersalah.
“Sorry. Suara bos kuat sangat. Malulah
saya kalau orang lain dengar. Jatuh saham!” Aku segera memberi alasan.
Dia menjeling tajam sambil mengesat
sekitar mulutnya.
“Tangan bau ayam goreng! Awak tak reti
cuci dengan pencuci tangan ke?” kutuknya
dengan muka yang menjengkelkan.
Aku hanya tersengih, menayangkan gigi
penuh milikku. Kantoi sudah!
MITSUBISHI LANCER milik Encik Rain
berhenti betul-betul di hadapan restoran yang berhampiran dengan syarikatnya.
Cuma mengambil masa 15 minit sahaja! Restoran itu nampak sangat eksklusif dan
berada dalam klassnya yang tersendiri! Sebab apa aku cakap macam tu? Sebab
artis pun makan di situ! Hafiz awan nano pun makan kat tempat macam ni! Aku nak
ambil autograph dialah! Kaki aku angkat bertentangan dengan langkah Encik Rain.
Teruja nampak Hafiz terus lupa Encik Rain!
“Awak nak ke mana tu?” sergah Encik
Rain dengan muka garangnya.
Serta merta langkah aku jadi pegun.
Kacau daun betullah mamat ni!
“Saya nak,,,err...nak...”
“Nak apa?”cantasnya dengan suara
tinggi.
“Nak minta autograph Hafiz awan nano!”
jawabku sekali nafas. Terus hilang gagap!
Untuk seketika dia mengalihkan
badannya ke arah lain. Bahu lelaki itu sekali -sekala terhinjut-hinjut seperti
menahan sesuatu. Lantas aku bergerak ke hadapannya dan memandang wajah itu
dengan rasa curiga . Jelas muka dia merah menahan ketawa!
“Apa yang lawaknya bos?” Soalku,
terkandung nada marah sebenarnya. Keningku sudah terangkat sebelah.
Dia berdehem sebelum membuat muka
serius semula.
“Jom, kita pergi sana. Esok-esok
ajelah awak minta autograph Hafiz tu,” dalihnya, tidak menjawab pertanyaanku
dan berlalu ke meja makan yang kosong.
Bila melihat dia sudah ke hadapan, aku
mengajuk percakapannya tanpa bunyi, siap dengan mimik-mimik mukanya sekali!
Frust betul aku tak dapat autograph Hafiz! Ini semua Encik Rain punya pasal!
Tak boleh langsung tengok aku bahagia. Macam lagu terbaru Hafiz tu, ‘Bahagiamu
Deritaku’. Encik Rain tersangatlah bahagia bila melihat aku derita kerana tak
dapat tandatangan Hafiz awan nano!
“Am!” panggilnya.
“Yes,
bos! Coming!” sahutku, segera melangkah mendapatkannya.
Encik Rain membuka tali leher dan menghulurkannya
padaku. Dahi ini mula berkerut, tanda tidak mengerti. Apasal bagi aku tali
leher tu? Bukannya aku boleh pakai pun! Ke nak buat lap mulut? Sekejap , mana
ada orang buat tali leher untuk lap mulut!
“Err...bos nak saya buat apa dengan
tali leher bos ni?” Soalku, lurus.
Dia mengeluh seketika.
“Tolong simpankan dalam beg tangan
awak tu. Saya tak biasa pakai tali leher masa makan,” jelasnya, ringkas sebelum
memanggil pelayan.
Tanpa membuang masa, tali leher
miliknya aku simpan dalam beg tangan. Haih, macam tak ada poket nak simpan!
Dengus hatiku geram.
Sambil memerhati pelayan datang dan mengambil
pesanan, tangan aku ligat menekan skrin telefon bimbitku untuk menghilangkan
bosan.
“Bos, saya tanya satu soalan boleh
tak?”Aku mula bersuara setelah agak lama menahan rasa bosan.
“Hmm...Apa dia?”balasnya sambil
melipat lengan bajunya.
“ Bos ajak saya datang sini
semata-mata nak temankan bos makan je ke?”
“Awak rasa?”
“Saya rasa ya. Mungkin bos malu datang
makan sorang-sorang. Sebab tu bos ajak saya datang sini. Kan? Kan?” Aku meneka
jawapannya dengan riak wajah yang teruja.
Dia membulatkan matanya sebelum
menjentik dahiku dengan jarinya.
“Aduh!” Aku terjerit kecil menahan
rasa sakit di dahi.
“Apa ni bos? Main kasar! Mesti merah
dahi saya!”rungutku sambil mengurut dahi yang terasa pedih.
Dia hanya mencebik lalu memeluk
tubuhnya.
“Dah. Jangan nak mengada. Sikit aje.
Bunyi lebih!”
Aku menjuihkan bibir. Dasar Hitler!
“Sekarang buka organizer awak tu dan
catatkan apa yang saya cakap ni,” arahnya.
Dengan hati yang mendongkol geram aku
segera membuka organizer dan mula mencatat setiap patah perkataan yang keluar
dari mulut majikanku ini. hampir 20 minit mencatat, jari jemariku mula terasa
sengal kerana terlalu lama menulis. Isi kandungannya? Hmm...boleh dikatakan
hampir semuanya tentang menu makanan apa yang boleh dia makan dan tidak. Complicated benar lelaki yang bernama Ahmad Syahrain ini!
***
“Mira!”
Hampir tersedak aku dek jeritan Huda.
Entah apa yang dijeritkannya sampai rumah teres jiran sebelah pun mungkin boleh
mendengarnya.
“Apa kau ni?” marahku.
Huda datang sambil menyembunyikan
sesuatu di belakangnya.
“Ini bukan tali leher Abang Rain ke?
Macam mana boleh ada dalam handbag
kau?”Tanyanya berbaur hairan lalu meletakkan tali leher itu di atas meja.
Aku menjeling sekilas. Mesti Huda
terjumpa masa nak ambil purse aku! Kena terangkan jugaklah nampaknya.
“Hmm...Abang sepupu kau tu suruh aku
simpankan sekejap masa dia nak makan tengahari tadi. Katanya tak biasa makan
pakai tali leher. Esok aku pulangkan. Tadi lupa,”jelasku sambil mengunyah apam
balik yang dibeli di pasar malam tadi.
Huda mengecilkan matanya. Tidak
percaya!
“Nampak macam ada yang pelik je antara
korang berdua ni. Scandal ya?” Usik Huda dengan sengihan nakalnya.
Aku menjulingkan mata. Scandal? Dengan
bos sendiri? No way!
OKEY! Kemas meja sudah. Lap meja pun
sudah. Lap sofa selesai. Tinggal nak mengelap tingkap aje. Hari-hari rutin yang
sama. Bosan sungguh! Haip! Jangan mengeluh Mira. Nak cari rezeki memang banyak
dugaannya. Sabar. Sabar. Pesan hatiku.
Kain pengelap dan penyembur yang
mengandungi pencuci aku ambil. Memandangkan ketinggian aku tidak begitu
memberansangkan, maka aku selalunya akan mengambil meja kopi yang diperbuat
daripada jenis kayu jati itu untuk dijadikan ‘tangga’ bagi mencuci bahagian
paling atas tingkap.
Sambil mengelap tingkap, mata ini
dijamukan dengan pemandangan luar yang begitu mendamaikan. Ahh, tapi masih
tidak sedamai panorama di kampong aku! Bercakap tentang kampong, dah lama aku
tidak menghubungi ibu kesayangan aku! Hampir dua hari aku tidak mendengar
suaranya. Tapi takpe malam karang aku call. Untuk masa sekarang kita gosok
tingkap ni sampai berkilat! Tapi sebelum
itu, ini dia lagu khas untuk aku, Gosok daripada kumpulan Spider! Usul hatiku
lalu memasang earphone dan menekan playlist, memilih lagu tema sempena tugas
aku mencuci tingkap!
“Gosok! Jangan tak gosok! Gosok sampai
berkilat!”Nyanyiku sambil menggilap tingkap pejabat.
Baru bersemangat sikit nak cuci
tingkap ni! Sambil menyanyi kaki aku goyang-goyangkan mengikut alunan rentak
muzik. Mujur sahaja bilik pejabat Encik Rain ini berbidai dan bidai itu masih
tidak aku buka, kalau tidak mahu satu pejabat boleh melihat perangai tak
senonoh aku ni!
Encik Rain? Ah, lelaki itu biasanya
akan tiba tepat pukul 10! Sekarang baru pukul 9 pagi. Masih terlalu awal untuk
dia muncul di dalam kamar pejabatnya. Kecuali hari Jumaat, dia akan datang awal
untuk membereskan kerjanya sebelum bergegas untuk Solat Jumaat. Hari ini baru
hari apa. Bisik hatiku lalu mengerling sekilas pada jam tangan yang juga
berfungsi untuk menunjukkan tarikh dan hari. Hmm...Jumaat rupanya! Hati kecilku
sekali lagi menggumam sendiri.
Apa? Jumaat! Tubuh aku pusing dengan
cepat. Mahu memastikan sama ada Encik Rain sudah berada di sini atau tidak
sehingga aku terlupa bahawasanya aku masih berada di atas meja kopi! Bila
pandanganku sudah bersatu dengan pandangannya, segala-galanya sudah terlambat
buat aku! Tubuh ini akhirnya mendarat dengan selamat di atas badan majikan
‘kegemaranku’ ini.
Bukk!
“Aduh! Beratnya!” rungutnya lalu
menjeling tajam padaku.
Untuk beberapa saat, aku tergamam. Eh...Macam dalam cerita Hindustanlah! Aku heroinnya dan Encik Rain heronya. Encik
Rain heronya?
“Aahh! Tak nak!” Aku terjerit kecil
lalu terus terbangun daripada posisiku tadi yang menindihnya.
“Akhirnya! Bangun jugak awak. sakit
badan saya ni tahu?” marahnya lalu turut sama berdiri. Pinggangnya
ditekan-tekan perlahan.
“Maaf bos!” Itu sahaja yang keluar
daripada mulutku memandangkan memang akulah yang bersalah dalam kemalangan ini.
“Maaf? Itu aje yang awak cakap?
Kecuaian awak tadi boleh mengakibatkan saya tercedera. Itulah kerja asyik nak
berangan aje. Awak ingat ini cerita Hindustan? Heroin jatuh atas hero terus ada
kat kawasan pergunungan mana. Terus ada scene menari dengan menyanyi! Macam
tu?” serangnya lagi sambil bercekak pinggang.
Kepala aku tunduk. Sesi ceramah mula
dah!
“Buat kerja tak pernah nak betul. Ada
aje salahnya.” Encik Rain terus membebel sebelum bergerak ke tempat
duduknya.kot yang tersarung ditanggalkan dan dihulurkan padaku.
Kelam kabut aku menyambut huluran kot
itu sehingga aku tidak sedar kaki ini sudah tersandung pada bucu sofa dan
akhirnya...
“Aduh!” Sekali lagi aku terjerit. Ibu jari
kaki aku tekan-tekan. Pedihnya!
Encik Rain bangun dari kerusi dan
mendapatkan aku.
“Haih, awak ni! Kelam kabut
betul!”gumamnya lebih kepada membebel. Kaki aku dibelek-beleknya.
Mendengar sahaja kata-kata yang memang
ditujukan untuk aku, mulut ini sudah bertambah seinci muncungnya. Panas pulak
hati aku!
“Tepilah! Kalau nak tolong, buatlah
cara nak tolong! Tak payahlah perli-perli!” bentakku lalu menepis tangannya.
Tubuh aku angkat menuju ke pintu. Mahu keluar!
“Eloklah tu! Cuai! Kelam-kabut! Bodoh
sombong! Cukup pakej!” Dia pulak membentak. Kot miliknya dicapai dan dilempar
kasar ke sofa.
Aku menjelingnya sebelum keluar dan
menghempas pintu bilik pejabatnya. Huh, dia ingat dia sorang aje boleh naik
angin? Aku pun bolehlah! Kalau nak pecat aku hari ini pun aku dah tak kisah!
Err... terlebih berani dan emosi pulak aku hari ni. Mesti tersalah bangun
tidur!
“Mira, apasal bos mengamuk tu?” Nani
sudah menghampiri sebelum menyoal. raut wajahnya bimbang.
Aku hanya mengangkat bahu. Konflik itu
biasa berlaku antara bos dan setiausaha. Jadi, sekarang aku nak sediakan surat
perletakkan jawatan. Just in case...
Bersiap sedia untuk makan tengahari
bersama Nani dan beberapa orang lagi rakan sekerjaku. Tapi secara tiba-tiba
atau memang SENGAJA, Encik Rain sudah meletakkan lebih kurang 12 buah fail atas
meja untuk aku semak dan serahkan padanya selepas dia selesai Solat Jumaat.
“Pastikan tak ada halaman yang
berconteng, berlipat, terkoyak atau dihilangkan oleh awak. Faham?” Dia memberi
amaran keras bersama jelingan tajam.
“Baik bos.” Balasku dengan suara
perlahan. Hilang mood!
“Do you get me Am?” tekannya sekali lagi dalam nada tidak berpuas
hati.
“Yes, bos!” Kali ini suara aku
tinggikan sedikit, konon-kononnya bersemangat.
Sebaik sahaja dia melepasi pintu utama pejabat, aku
melepaskan keluhan. Fail yang bertimbun di atas meja aku pandang sayu. Bekerja
dengan Ahmad Syahrain memang tidak mudah tetapi dialah antara majikan yang
bukan sahaja pandai mengarah tapi juga bijak mendidik aku menjadi pekerja yang
lebih baik dari hari semalam. Walaupun, dia kurang hensem!
***
“Am!” jerit Encik Rain.
Tanpa melengahkan masa biliknya aku
masuki. Bila melihat lelaki itu sedang mundar-mandir sambil menggaru-garu
badannya, aku kehairanan sendiri. Apasal?
“Bos,” tegurku dengan kening yang
hampir bertaut. Dah macam monyet bila dia tergaru-garu macam tu!
“Apa awak beli untuk saya tadi? Habis
gatal satu badan saya ni!” ujarnya lalu membuka butang kemejanya dibahagian
atas dan menunjukkan bintik-bintik merah yang terdapat di situ.
“Saya beli apa? Saya beli ayam masak
merah, kancang buncis goreng, timun sikit. Hah tu jelah bos,” jawabku dengan
yakin.
“ Kuah? Awak letak kuah apa atas nasi
saya?” Soalnya dengan tangan yang sudah sibuk menggaru lengan pula.
“Hmm...Kuah saya ambil kuah masak
lemak ketam.”
“Masak lemak ketam?”
“Haah, bos!” Lurus aku menjawab.
“Ya ALLAH Am, saya bukan je tak boleh
makan ketam tu, dengan kuah ketam pun saya tak boleh makan! Takkanlah awak tak tahu?” kesalnya lalu duduk
di sofa dengan menggaru kakinya pula.
Kepala aku tunduk. Serba salah.
Manalah aku tahu!
“Sorry bos. Err...bos takde ubat gatal
ke? Tak pun kita ke hospital. Jom?” cadangku sepintas lalu.
Dia menggeleng.
“I hate hospitals. Sekarang awak cuma
tolong hulurkan segelas air untuk saya,” pintanya lalu membaringkan tubuhnya di
sofa bersama mata yang tertutup.
Botol mineral dan gelas kaca yang
memang aku sediakan setiap hari di atas mejanya, segera aku capai. Air mineral
itu aku tuangkan ke dalam gelas dan bawa padanya. Namun, bila kaki ini mampir
padanya, langkahku mulai sumbang akibat terlalu tergesa-gesa! Sebagai
bahananya, air dalam gelas tadi tercurah elok atas tubuh Encik Rain. Habis
basah baju lelaki itu!
“Apa awak buat ni Am? Habis basah baju
saya!” marahnya lalu mengengsot untuk duduk kembali.
Terkibas-kibas tangannya
menepis air mineral yang tumpah pada bajunya.
“So...sorry bos. Tak sengaja!” pintaku
dengan rasa bersalah sebelum mengambil tempat di sebelahnya. Tanganku juga
sibuk menepis air daripada membasahi baju majikanku ini.
“Sudah. Tak payah nak ambil kesempatan
pulak,” larang Encik Rain sekaligus menuduhku yang bukan-bukan.
Bulat mataku mendengarnya. Terus
pergerakkan tangan ini terhenti. Macam aku hadap sangat!
Bila Encik Rain mahu membuka butang
bajunya, aku mula mengalihkan pandangan. Tak malu betul!
“Saya pakai singletlah! Malulah
sangat! Padahal awak suka kan?” Kali ini dia giat mengusikku.
Merah padam wajahku.
Baru sahaja aku mahu membalas
kata-katanya, pintu pejabatnya sudah dibuka dari luar. Terjengul wajah wanita
separuh abad yang anggun jelita di situ.
“Ahmad Syahrain! What’s going on
here?” Soalnya, keras bersama pandangan yang tajam.
Pandanganku dan Encik Rain bersatu.
Kelu!
HAMPIR seminggu duniaku tunggang
terbalik dek insiden itu. Bertambah tunggang langgang bila dia menawarkan aku
untuk jadi teman wanita olok-oloknya. Bertuah punya bos! Dia ingat aku pelakon?
Nak bawak watak teman wanita kepada lelaki yang bernama Ahmad Syahrain. Ingat
senang?
Mama Encik Rain ni pun satu hal lah!
Bukannya kitaorang buat apa-apa pun sampai nak syak bagai. Setakat cakap
situasi masa itu sangat mencurigakan kerana muka anak dia merah-merah dengan
baju kemeja yang sudah terlerai butangnya, bagi aku itu semua tidak logic
kerana waktu itu Encik Rain sedang diserang penyakit alahannya!
“Macam mana?” gesa majikan berkepala
batu itu.
Aku menggeleng.
“Heish, tak mahulah bos. Berdosa tipu
orang ni,” bantahku tidak bersetuju.
Encik Rain mendengus kasar.
“Habis tu awak nak saya buat macam
mana? Mama dah fikir yang bukan-bukan pasal kita. Dia siap suruh kita kahwin
lagi. Ke awak lagi suka berkahwin dengan saya dari jadi teman wanita olok-olok?
Dia memprovokku dengan air muka penuh curiga.
Cepat-cepat aku menggeleng. Huh, siapa
nak kahwin dengan dia!
“Eh, tak naklah saya! Bos bukannya
hensem sangat pun!”
“Dan awak pun bukannya cantik mana
pun!” Cantasnya dengan pantas!
Aku mengecilkan mataku. Encik Rain
pula sudah terjongket-jongket keningnya. Mencabar!
“Okay! Fine!” Aku mengalah akhirnya.
Lagipun teman wanita olok-olok ajekan. Mesti tak lamalah!
“Bagus! Awak sepatutnya rasa
bertuah,”ujarnya lalu tersenyum nipis.
“Apasal pulak saya bertuah?” Soalku
tidak faham.
“Sebab awak perempuan pertama yang
akan saya ajak dating walaupun sebagai kekasih olok-olok aje,” jelasnya. Membangga
diri!
Aku tertawa menyindir mendengarnya.
Pertamalah sangat!
“Itu sebab bos tak laku!” selaku,
selamba bersama tawa yang masih bersisa. Huh, mana nak dapat setiausaha macam
aku ni? Kutuk bos depan-depan! Riak hatiku.
Tanpa amaran, dahiku sekali lagi
dijentik oleh jari kasar itu. Muka dia langsung tak bersalah!
“Apa ni bos? Jentik-jentik dahi saya!
Ingat saya tak bayar zakat ke?”marahku sambil menggosok dahi perlahan.
Dia mencebik.
“So, lain kali jangan cakap saya tak
laku lagi kalau rasa dahi tu nak selamat!” ugutnya.
Lambat-lambat aku mengangguk tanpa
rela.Huh! Itu pun nak marah! Sensitif betul!
***
Hujung minggu yang amat membosankan
jugak apabila aku harus menemani Encik Rain pergi membeli belah. Ternyata tidak
mudah membeli belah bersamanya. Majikanku ini bukan spesis lelaki-lelaki biasa!
Kalau tentang kerja dia nak teliti bagai, aku tak berapa kisah. Tapi sampai
pakaian pun...Hmm...barulah aku sedar betapa aku sebenarnya sangat penyabar orangnya
bila perkara itu berkaitan dengan lelaki yang bernama Ahmad Syahrain ini!
“Aduh!” jeritku tiba-tiba sambil
menekan perut.
“What’s wrong?” Tanya Encik Rain,
prihatin. Terus terhenti langkahnya.
“Sakit perut. Macam nak ‘melabur’,”
luahku dengan muka yang berkerut menahan sakit.
“Pulak? Kalau macam tu awak pergilah
tandas. Saya tunggu sini,” ujarnya lalu duduk dibangku yang telah disediakan
oleh JUSCO.
Aku mengangguk lalu meletakkan beg
kertas yang mengandungi baju-baju miliknya di atas bangku dan mula menapak ke
tandas. Lain macam pulak sakit ni. Dah tiba masa period ke? Baru lima minit
masuk dalam tandas aku terpaksa keluar balik. Datang bulanlah pulak! Dahlah tak
bawa stok simpanan! Keluhku dalam hati.
Telefon bimbitku tiba-tiba berdering.
Tak kena masa langsung! Masa darurat
inilah ada aje yang nak menelefon!
“Lama lagi ke?” Soal Encik Rain.
Nampak macam marah. Marah sebab kena tunggulah tu!
“Lama kalau awak tak tolong saya,”
balasku, dengan maksud tersembunyi.
Sudah tidak ada cara lain. Aku harus
meminta tolong Encik Rain untuk membeli lampin wanita itu. Kalau tidak sampai
kiamatlah aku bertapa dalam tandas JUSCO ni! Lalu dengan rasa malu yang
berkilo-kilo beratnya aku terpaksa memberitahunya apa yang patut. Hampir
bernanah jugaklah telinga aku mendengar bebelannya. Tapi nak buat macam mana
dah namanya pun terpaksa!
“Nah! Betulkan jenama dan jenisnya?”
Dia meminta kepastian.
Aku membelek bungkusan lampin wanita
itu sebelum mengangguk. Bagus jugak dapat majikan yang teliti ni! Sekali cakap
aje, faham terus!
“Terima kasih,” ucapku bersama
sengihan. Lebih kepada nak cover malu sebenarnya.
“Wah, untungnya akak tu! Pakwe dia
belikan pad untuk dia. Sweetnya!Cemburunya aku!”
Aku dan Encik Rain sama-sama berpaling
memandang pada suara yang bercakap tentang kami itu.
Nampaknya ada dua orang
remaja perempuan yang sedang tersipu-sipu memandang ke arah kami. senyuman aku
lemparkan pada mereka sebelum berlalu masuk ke tandas. Macam tu pun sweet?
SESI makan tengahari bersama keluarga
Encik Rain berlangsung dengan harmoni sebaik sahaja kami selesai membeli belah
di JUSCO. Tapi itu untuk seketika. Apabila mama dan papa Encik Rain mula
bertanyakan tentang hala tuju hubungan kami ini, aku mulai rasa tidak sedap
hati. Lelaki itu juga tidak memberi reaksi yang aku harapkan. Seolah-olah saat
inilah yang dia tunggu.
“Mama tak nak cakap lebih Rain. Cuma
mama nak nasihatlah. Kamu tu makin berumur. Lama mana lagi kamu nak bercinta
dengan Am ni? Lagipun mama rasa kamu dah buat macam-macam dengan dia, kan?”nasihat
mama Encik Rain sekaligus menyelitkan tuduhan tidak berasasnya tentang aku.
Aku menundukkan kepala. Kalaulah tak
difikirkan mama Encik Rain ini orang tua, dah lama aku tepis-tepis tuduhannya
itu. Jadi, sebagai langkah mengelak dosa, aku anggap sahajalah mamanya tidak
sengaja untuk berkata begitu!
“Mama, Rain akan kahwin dengan Am bila
Rain rasa dah sampai masanya untuk kami berbuat begitu. Bukan sebab Rain dah
buat macam-macam pada dia atau sebab mama paksa!” bidas Encik Rain, masih lagi
berhemah.
Okey! Aku merasakan sedikit kelegaan
bila dia berkata begitu. Sekurang-kurangnya dia bukanlah watak tipikal hero
Melayu yang sekali digertak sang ibu, terus menurut! Bagus. Encik Rain ada
pendirian sendiri!
“Hmm..takpelah Mah. Dah Rain cakap
macam tu awak jangan nak paksa-paksa dia pulak. Tahulah dia cakap kat kita bila
dia nak kahwin dengan si Am ni,” sokong papa Encik Rain, tenang.
Mama Encik Rain diam. Terpaksa
bersetuju juga. Majikanku itu pula hanya tersenyum nipis manakala aku sudah
tentu teramatlah lega! Bebas daripada satu bala!
3
bulan setelah menjadi pasangan olok-olok...
Encik Rain pergi meletakkan keretanya
di lot parkir. Sementara menunggu dia memarkirkan keretanya, aku berdiri di
hadapan sebuah restoran.
“Mana bos ni?” rungutku bila kaki ini
sudah kebas berdiri menunggunya. Agaknya bos aku ni pergi parkir kereta ke buat
parkir kereta? Lama bukan main!
“Hai Mira!”
Aku membulatkan mata. Tidak percaya!
Betulkah dia?
“Azril?”
Dia tersenyum kecil seraya mengangguk.
“Lama tak jumpa. You look great!”
pujinya.
Kembang kuncup hatiku mendengarnya.
Dia pun apa kurangnya makin hensem aku tengok.
“Thanks. Awak pun makin segak saya
tengok.” Aku membalas pujiannya.
Untuk seketika kami sama-sama diam.
Saling merenung antara satu sama lain.
“I miss you so much!” ucapnya,
perlahan.
Aku hanya mampu tersenyum kelat. Untuk
apalah dia merindui aku jika dia kepunyaan orang lain? Aku tidak mahu lari dari
realistik. Hidup harus berpijak pada bumi bukan langit!
“Hmm...”
Aku berpaling apabila mendengar
deheman seseorang. Hah, baru nak sampai sekarang! Ingat aku kena tunggu sampai
tahun depan sementara nak tunggu dia
letak kereta! Tapi belum sempat aku
berkata apa-apa dia sudah meraih jari jemariku dan menggenggamnya erat.
“Sayang, siapa ni? Kawan sayang ke?”
Tanya Encik Rain dengan lenggok suara mengada.
Hampir bercantum keningku
mendengarnya. Sayang? Depan mama dengan papa dia pun lelaki ini tak pernah
panggil aku sayang. Kenapa tiba-tiba ni?
“Ini Azril. Kawan satu university
dengan saya. Azril ini Encik Rain majikan...”
“ ...and her husband to be!” potong Encik Rain dengan
nada tegas.
Azril tersenyum kelat sebelum
menghulurkan tangannya untuk bersalam. Salam disambut Encik Rain. Lama jugak
mereka bersalam. Mata masing-masing pulak saling bertemu. Macam ingin menyampaikan
sesuatu. Curiga betul!
“Azril... saya dan Rain nak lunch.
Awak nak join?” pelawaku, sekadar berbahasa.
Dia hanya menggeleng.
“Saya ada appointment dengan klien.
Dah lambat ni. Nanti apa-apa hal saya contact awak. nombor lama lagi kan?”
Aku hanya mengangguk.
“Sayang jom?” ajak Encik Rain lalu
menarik tanganku masuk ke restoran. Sedikit menggesa.
“Err...jumpa lagi Ril. Bye!” pamitku
dan mengikut langkah majikanku ini. Azril hanya mengangguk sebelum berlalu.
Aku mengeluh. Entah apa yang tak kena
dengan bos ni!
Sampai sahaja di pejabat, Encik Rain terus
melelar tanganku ke dalam pejabatnya. Pintu pejabat di tutup dan di kunci malah
bidai juga ditutup. Mujur sahaja tidak ramai lagi staf pejabat yang masuk kalau
tidak entah apa yang mereka fikirkan dengan melihat tindakan bos yang sangat
mencurigakan.
Belum sempat aku nak bersuara, badan
aku sudah ditolaknya kasar ke sofa. Aku mula terasa takut. Tapi bila melihat
dia melabuhkan duduknya di sofa juga, aku menarik nafas lega, ingatkan apa
tadi!
“Siapa Azril?” Soalnya tenang. Bukan!
Nampak tenang tapi tegang sebenarnya.
“Ala...tak payahlah bos nak tahu. Ini
kisah peribadi saya. Privasi saya,” tegasku dengan muka yang serius. Majikan
apalah dia ni sampai kisah hidupku pun nak diselongkarnya!
“Your privacy is mine!” bentak lelaki itu sehingga terangkat bahuku
akibat terkejut.
“Bos kenapa? Lakonan dah habislah
tadi,” ujarku dengan suara rendah, mengalah. Tidak faham aku dengan karenah
majikan aku yang seorang ini. emosi semacam!
“Ini bukan lakonan! Untuk saya ini
semua bukan lakonan, Am! I really love you, stupid! Don’t you get me?”jeritnya
lalu meramas kasar rambutnya.
Aku tergamam. ‘ i love you, stupid!’.
Bergema ayat terakhirnya di telingaku. Serius? Kenapa aku tak sedar?
***
Sembilan
tahun kemudian...
“Alamak!” Aku terjerit kuat bila
fikiran ini mula teringatkan sesuatu.
“What’s wrong?” Soal dia lalu
melepaskan pautan tangannya dipinggangku lambat-lambat.
“Kek saya! Kek saya!” Aku mula cemas
dan mula membuka langkah ke dapur. Tapi dia memaut lenganku, menghalang
daripada berlalu. Tubuhku diraihnya kembali ke dalam pelukan.
“Relaks ! Semua dah diuruskan,”
katanya lalu mengurut perlahan perutku.
Mata aku pejamkan. Selesa. Sejak
mengandung, perhatiannya ditumpukan seratus peratus padaku. Tidak mahu kejadian
menakutkannya berulang lagi. Aku hampir keguguran dek kecuaianku sendiri untuk
kandungan pertama dan kedua kalinya. Walaubagaimanapun, aku tetap menjadi
setiausahanya yang sentiasa buat dia marah, tapi itu di pejabat punya
ceritalah. Di rumah dan di luar daripada pejabat, akulah ratu yang diberi
sepenuh perhatian dan kasih sayang
olehnya.
“Ibu?” Ahmad Syahmi memanggil namaku. Mata
aku buka sebelum tersenyum padanya.
Ahmad Syahmi...anak sulung aku bersama
lelaki yang bernama Ahmad Syahrain yang kini berumur lapan tahun. Comel macam
aku dan selainnya dia lebih selesa menurut ayahnya. Cerewet dan super teliti!
“Oh, anak ibu hiaskan kek untuk ibu
ke?” Tanyaku, terharu sebaik sahaja aku melihat di tangannya terdapat kek yang
sudah siap dihias. Kek yang aku sangkakan sudah hangus dalam ketuhar!
“Syahmi dengan ayah tolong hiaskan kek
ibu. Kan, ayah?”
Suamiku itu hanya mengangguk sebelum
tersenyum pada anak lelakinya itu. Tubuh aku dipimpinnya duduk ke sofa.
Manakala Syahmi meletakkan kek dengan berhati-hati di atas meja kopi. Kek itu
dipotongnya dengan teliti dan diletakkan ke dalam piring kecil tanpa melakukan
kecuaian. Untuk anak kecil yang berusia lapan tahun, dia sudah cukup hebat di
mata aku!
“He just like me isn’t?” bisik suamiku penuh bangga. Bahuku dipautnya
lembut. Menyalurkan kasih sayang dan cinta yang tak pernah berkurang walaupun
Sembilan tahun sudah berlalu.
“And he’s cute just like me!” Giliran
aku pula membangga diri dan disambut tawa kecil olehnya.
Pandangan aku dan dia dipakukan pada permata
hati sulong kami itu. Hampir-hampir sahaja dia menjadi yang pertama dan
terakhir yang dapat aku berikan pada Ahmad Syahrain. Namun, kuasa
ALLAH...melebihi kuasa yang ada pada manusia, kan?
Hmm...mesti korang tertanya-tanya apa
yang berlaku Sembilan tahun sebelum itu kan? Aku pun tak ingat! Okey, aku tipu
aje! Sebenarnya begini...
HUDA masih lagi ketawa walaupun aku
sudah banyak kali memarahinya supaya tidak berbuat begitu.
Wajah itu merah
padam akibat terlalu banyak ketawa. Lucu sangat ke?
“Huda!” marahku lagi dengan suara yang
serak. Maklumlah baru nak baik demam.
Sebaik sahaja Ahmad Syahrain membuat
pengakuan cintanya hari itu, aku terus demam! Seminggu pulak tu! Memang
terkejut sangat agaknya sampai badan aku pun terkena tempiasnya.
“Apalah kau ni Mira. Sampai demam
macam ni! Memanglah kau ni spesis pelik!” ujarnya bersama sisa tawa.
Aku menjelingnya sebentar. Spesis
pelik? Sepupu kau tu yang spesis pelik!
Gumam hatiku marah.
“Siapa aje yang tak demam? Abang
sepupu kau tu melamar masa aku dengan dia tengah bertikam lidah. Tengah
gaduh-gaduh boleh pulak dia kata ayat keramat tu!”luahku dengan riak muka
mencuka.
Huda menggeleng perlahan bersama
senyuman.
“Biasalah tu. Abang Rain tu kalau kau
nak tahu, dia mana pernah bercinta. Itu yang takde pengalaman tu. Main terjah
aje tak kena masa,” jelas Huda, membongkar rahsia sebenar lelaki yang bernama
Ahmad Syahrain itu.
“Maksud kau aku first love dialah?”
Soalku tidak percaya.
Aku terlopong sekejap. Seriuslah? 30
tahun hidup langsung tak pernah bercinta? Ada lagi ke lelaki macam tu? Ada!
Yang tak hensem! Dialah tu! Kutukku dalam hati walaupun aku tahu muka Encik
Rain tu ada iras-iras si Sabhi Saddi. Tapi versi yang ada jerawat sikitlah!
Huda mengangguk.
“So, macam mana? kau nak terima dia ke
tidak?”
Aku menggaru kepala. Soalan killer ni
tapi aku sudah menemui jawapannya! Cuma tidak mahu Huda mengetahuinya dahulu.
Jadi sebelum dia mengoreknya baik aku angkat kaki!
Baru sahaja aku mahu beredar ke bilik,
Huda sudah menahanku. Niat dalam hati nak mengelak daripada menjawab soalan,
tapi tiba-tiba sahaja Huda memuncungkan mulutnya ke arah luar rumah.
“Abang Rain tunggu kat luar,” katanya
ringkas sambil tersenyum-senyum.
Haih, apalah yang lelaki itu mahu?
Lambat-lambat, aku menapak jugak keluar pintu. Dia...Ahmad Syahrain sedang elok
bersandar pada keretanya. Entah kenapa wajah yang suatu ketika dahulu aku
labelkan sebagai tak hensem, sekarang nampak hensem pulak pada mata ini! Setiap
langkah yang di atur menujunya diiringi dengan detak yang aku pun tak tahu
maksudnya. Dulu...dengan Azril tak begitu pun! Mungkin penangan demam terkejut
kot?
“Ada apa bos datang sini?”Tanyaku
terus tanpa salam apatah lagi mukadimah yang panjang berjela.
Dia senyum. Nampak tenang tapi mata
itu seperti menahan debar yang amat besar!
“Saya mencari setiausaha yang gelabah
dan suka buat saya marah. selain itu, saya jugak mencari cinta hati yang sedang
demam terkejut kerana saya meluahkan isi hati saya padanya. Awak jumpa tak?”
Dia cuba mengusikku tanpa sedar nada suaranya sedikit bergetar. Takutlah tu!
Aku membuat muka.
“Ha...ha...ha...Lawaknya!” Aku
mengeluarkan tawa yang tidak ikhlas bunyinya membuatkan majikanku itu menggaru
kepala seraya tersenyum kelat sendiri. Maklumlah lawak tak berapa menjadi!
Sekarang kau pulak yang menggelabah!
“Okey...I love you! Are you
satisfied?” luahnya sedikit gelisah.
Aku mengangkat bahu. Sengaja
mengujinya. Seminggu demam cukup buat aku berfikir secara tunggang-langgang!
Tapi dalam keserabutan itu, aku tetap menjumpai
kesimpulannya. Aku akan memberi peluang untuk diriku dan dirinya. Well,
semua orang kena bergerak dari masa silam masing-masing, kan?
“Awak suka lelaki hari tu kan?”
tebaknya pula dengan muka tegang.
Aku mengangguk tanpa rasa bersalah.
Dengusan kasar milik majikanku itu menerpa gegendang telingaku. Dah berasaplah
tu!
“Awak tak pernah suka saya sikit
pun?”Kali ini dia menyoalku, lirih.
Sekali lagi aku mengangguk. Tapi bila
wajah itu semakin mendung, aku rasa... cukuplah untuk hari ini! menangis karang
satu hal pulak aku kena pujuk.
“Dulu. Itu semua dulu! Saya pernah
bercinta dengan Azril tapi hubungan kami tak berhasil,”
Ahmad Syahrain mula menarik senyumnya.
Tapi masih nampak tak ikhlas!
“Dulu jugak saya pernah tak suka
awak.” Untuk seketika aku berhenti menarik nafas.
Wajah Ahmad Syahrain kembali kelat.
Dia menundukkan kepalanya.
“Tapi sekarang saya buka peluang untuk
kita melangkah ke hubungan baru. Awak teman lelaki saya dan saya teman wanita
awak. kalau jodoh panjang in shaa ALLAH awak suami dan saya isteri awak,”
sambungku dengan senyuman jahat. Seronok pulak aku tengok bos patah hati!
Dia lantas mengangkat kepalanya.
“Are you serious?”Dia tidak percaya.
Pandangannya penuh curiga.
“Tak nak? Tak nak takpelah!” Sengaja
aku mengusiknya.
“Eh..Eh...mestilah nak!” Gelabah dia
menjawab bersama senyuman simpulnya.
Aku senyum.
“Bos pun pandai menggelabah?”Usikku
bila dia tidak keruan.
“Belajar dari awaklah!” Sambutnya,
mengenakan aku pula.
Akhirnya, kami sama-sama tertawa. A
good start isn’t?
***
“Do we have to go to your friend’s
party, tonight?”Tanyaku, malas.
“Kenapa tak nak pergi? Awak nak
membuta yek?”tebaknya dengan senyuman nipisnya. Sticky note milikku diambil dan
sengaja dilekatkan di dahiku.
Aku mencebik. Tahu je! Sticky note
yang ditampalnya di dahi tadi aku buka dan aku lekatkan di hidungnya pula.
Memang sicky note ini habis sebab dia aje! Sama ada atas urusan rasmi atau
tidak.
“Kita tak akan lama kat situ. I’ll
promise you,” janjinya.
Aku mengangguk, setuju.
“Habis sticky note ni karang!”Aku
pura-pura marah dan merampas sticky note yang baru dia mahu capai. Nak koyak
yang barulah tu!
“Alah, biasanya sebab awak jugak!”
usiknya dan kami melepaskan tawa bersama-sama.
Malam akhirnya tiba. Turun daripada
kereta, Ahmad Syahrain tiba-tiba meneliti pakaianku dari atas sampai ke bawah.
“Kenapa? Ada yang tak kena ke?”Soalku
sambil membetul-betulkan tudung.
Dia mengetapkan bibirnya. Gelisah
tiba-tiba.
“Awak cantik sangat malam ni. Saya
jadi takut,”
Aku senyum kecil.
“Takde apa yang awak nak risau sangat.
Hati saya Cuma pandang awak aje. Shall we?” pujukku.
Senyuman kelegaan mula diukirnya dan dia
mengangguk seraya melangkah masuk ke dalam kawasan rumah kawannya.
Suasana majlis malam ini ternyata
meriah. Ramai kenalan teman lelakiku
yang hadir pada malam ini. masing-masing membawa pasangan. Makanan dan minuman
yang dihidangkan pula sangat membuka seleraku.
“Am...saya nak pergi jumpa kawan saya
kat sana. Awak makanlah dulu. Nanti saya datang,” ujar dia sambil menunjukkan
satu sudut.
Aku mengangguk lalu tersenyum.
“Cepat sikit tau. Saya tak biasa majlis
macam ni,” pesanku sebelum dia
melangkah.
“Baik cik puan!” balasnya dan pergi.
Hmm...apa aku nak makan ni? Gumam
hatiku lalu memandang satu persatu hidangan dihadapan mataku.
“Hai?” sapa seseorang.
Aku berpaling untuk memandang gerangan
yang menyapa.
“Oh, Azril. Awak pun ada kat sini,”jawabku
mendatar. Apasal dia pun ada kat sini? Nampak dek Ahmad Syahrain habis aku!
“Kawan saya yang ajak datang sini. Tak
sangka pulak awak pun ada. Datang dengan siapa?” Tanya dia ramah.
“Saya datang dengan teman lelaki saya,
Rain. Awak kenalkan yang hari tu kita jumpa depan restoran,” balasku
mengingatkannya.e
Dia tersenyum kelat.
“Oh...err pilihlah makanan lepas tu
boleh kita sembang-sembang sambil makan,” cadangnya lalu menyuakan pinggan
padaku.
“Err..sa...saya tung..tunggu....”Mataku
meliar mencari Ahmad Syahrain. Mana pulak dia pergi?
“Eh...jomlah,” pujuknya bersungguh
lalu meletakkan beberapa jenis makanan di atas pinggan yang sedang aku pegang.
Mahu tidak mahu terpaksa jugak aku
mengangguk memandangkan dia sudah bersungguh begitu. Bukan bersungguh tapi lebih
kepada memaksa! Dia membawaku duduk di satu ruangan yang agak terpencil.
Aku mengunyah perlahan sosej bakar
sambil mendengar Azril bersembang itu dan ini padaku. Setiap apa yang dia katakan, aku hanya
membalas dengan anggukan dan deheman mengiayakan kata-katanya.
Bosannya! Ahmad
Syahrain tolonglah call saya...
“Mira...”Meleret Azril memanggil
namaku.
Aku mengangkat kepala yang dari tadi
tunduk memandang makanan.
“Hmm...”balasku, malas.
“Kita mula semula,” luahnya lalu
membawa tangannya ke tepi bibirku dan mengesatnya perlahan.
Aku mengerutkan dahi dan ingin menepis
tangannya. Tapi belum sempat aku berbuat demikian telinga ini sudah menangkap
bunyi hempasan kerusi dari tepi. Pandangan aku talakan ke situ. Ahmad Syahrain!
Lelaki itu berlari anak keluar dari majlis ini tanpa menungguku.
Tidak mengambil masa yang lama, aku
menapak keluar dari majlis ini tanpa membalas kata-kata Azril. Apa yang penting
saat ini adalah Ahmad Syahrain!
“Ahmad Syahrain!” jeritku bila dia
mahu membuka pintu keretanya. Wajah itu
kelat sekelatnya! Pantas aku merapatinya. Lengan yang dibaluti baju kemeja
berlengan panjang miliknya aku capai.
“Listen to
me!”arahku bila dia membentak mahu dilepaskan.
“Apa lagi
yang nak didengarkan? Penipuan apa
lagi?”marahnya dengan mata yang memerah, menahan marah dan mungkin juga tangis.
Aku diam.
Ini semua Azril punya pasal! Mangkuk betul!
“Apa? Hati
awak Cuma pandang saya? Itu semua bohong!” ejeknya lagi lalu berpaling kea rah
lain.
“I love
you!” luahku perlahan. Memang itulah letaknya dia dalam hatiku. Hampir 6 bulan
kami bercinta, aku tahan mulut ini dari melafazkannya kerana aku mahu menunggu
masa dan hari yang sesuai. Nampaknya terpaksa jugak aku melafazkannya dengan
cara yang tak romantik begini!
“No! You
don’t love me!”cantasnya dengan suara kuat. Tidak percayakan aku!
“Then,
marry me! Barulah awak tahu saya cinta atau pun tidak pada awak!” cabarku
dengan nafas yang tertahan-tahan. Benci sungguh aku bila aku kata perkara betul
orang tak nak percaya!
Dia
tergamam.
“Mira!”panggil
Azril dengan kuat sambil merapati kami. Dia memandang silih berganti ke arah
aku dan Ahmad Syahrain.
“Apa
lagi?” marahku lalu memandangnya dengan pandangan yang geram. Aku lagi ada
masalah dengan teman lelaki aku, penyibuk ni nak jugak ganggu!
“Mira
please bagi saya peluang!” rayu Azril dan ingin meraih jari jemariku.
Dengan
pantas Ahmad Syahrain menghalang. Lenganku ditarik rapat ke sisinya.
Hmm...marah-marah pun sayang lagi kat
aku!
“Baliklah.
Awak merayu pun saya tak nak kat awak. saya nak bos saya ni je,”ujarku lalu
menarik lengan baju Ahmad Syahrain.
“Tapi...”
“Takde
tapi-tapi. Kisah kita dah tamat empat tahun lepas bila awak tinggalkan saya
sebab awak malu dapat teman wanita yang gelabah macam saya! Teman wanita yang
awak kata perosak majlis dan lagi teruk awak sanggup curangi saya,” kataku
dengan air mata yang sudah bertakung.
Azril
menunduk.
“Tapi saya
yakin lelaki yang bernama Ahmad Syahrain ni tak akan tinggalkan mahupun curang
dengan saya sebab dia terima saya apa adanya,” sambungku lagi.
Bila
melihat Azril masih menunduk aku merapati telinga Ahmad Syahrain. Ingin
berbisik.
“Err...awak
tak akan tinggalkan atau curang dengan saya kan?” bisikku perlahan. Ingin
mendapatkan kenyataan rasmi darinya.
Dia mengerutkan dahi sebelum menjentik
dahiku lembut.
“Adoi!”Aku terjerit kecil lalu menyapu
tempat yang dia jentik tadi.
“Soalan apa ni, Am? Mestilah tak!”
balasnya, sedikit geram bercampur manja.
Azril memandang pelik ke arah kami.
“Sorry. Saya tanya aje. Janganlah
marah!” Aku menggaru kepala yang dibaluti tudung. Malu kerana masih meraguinya!
“Hah...Mr. Azril or whatever, dengar
sini! Bakal isteri aku dah terang-terang cakap yang dia tak nak kat kau. so,
back off! Apa-apa kenangan sila simpan dalam muzium!” ujar Ahmad Syahrain
sedikit keras bercampur sinis.
Azril mengetap bibirnya. Tidak berpuas
hati.
“Pandai tak saya cakap? Cool tak?”
bisik Ahmad Syahrain di tepi telingaku.
Aku memandangnya dan mengangkat
kedua-dua belah ibu jariku padanya. Double thumbs up for my hubby to be!
“Lagipun dia dah lamar aku tadi!”
tambah Ahmad Syahrain lagi. Yakin!
Aku memusingkan kepala ke arahnya.
Dahi aku kerutkan. Aku memang melamar
tapi bukan secara direct la mangkuk!
Ahmad Syahrain buat muka selamba dan
sikit pun tak memandang padaku.
“Betul ke Mira?” Tanya Azril bernada
kecewa.
“Betul! Jangan lupa datang masa majlis
kami nanti. Kan, sayang? Awak jemput dia jugak kan?”
“Of course sayang!” jawab Ahmad
Syahrain mengada-ngada dan melemparkan pandangan menggodanya terus ke mataku.
Aku membalasnya dengan senyuman yang
tak kurang menggodanya.
“Okay! Fine! Good bye forever!” pamit
Azril kasar dan berlalu pergi.
Aku menghantar Azril hanya dengan
pandangan mata sedangkan Ahmad Syahrain sudah melambai-lambai gembira menghalau
lelaki itu.
“Lah? Macam tu aje?” keluhku sedikit
kecewa. Baru nak berdrama lebih sikit dah blah macam tu?
“Apa yang macam tu? Jangan bagitahu saya yang
awak kecewa sebab dia tak merayu-rayu kat awak!” marah Ahmad Syahrain dengan
pandangan curiganya.
“Alah, bos saya cakap aje. Janganlah
emo sangat!” usikku lalu menayangkan gigi penuh milikku.
Dia senyum.
“Kita kahwin ya?” katanya tiba-tiba.
“Okey!” jawabku pantas dan beberapa
saat kemudian tersipu-sipu malu. Ades! Apasal la kau tak main tarik tali dulu,
Mira! Kutuk hatiku.
“Alhamdulillah!” lafaznya penuh
kesyukuran bersama senyuman manis untukku.
Dan...begitulah cerita romantika
antara aku dan Ahmad Syahrain. Bahagia in shaa ALLAH selamanya. Apa? Si Azril? Si Azril memang tak
jumpa-jumpa aku dah lepas dia cakap ‘good bye forever’. Bagus jugak macam tu!
Kalau tak satu hal pulak aku nak kena handle cemburu si Ahmad Syahrain! Gelabah
aku pulak memang ada tapi Berjaya dikawal supaya tidak ke tahap kronik jadinya.Thanks
to my hubby, Ahmad Syahrain!
Pesannya..kalau nak gelabah sila
bertenang, tarik nafas-hembus dan kira sampai sepuluh dan ingat dia! Tapi dia
kata tips tu untuk aku aje! Sorry ya :P
...TAMAT...
p/s : ini mungkin my last masterpiece. harap sudi komen ya para pembaca sekalian :)
p/s : ini mungkin my last masterpiece. harap sudi komen ya para pembaca sekalian :)
27 comments:
best :-)
best2
rajin2 la update cik writer...hihihi...
mini novella or novel xde ke???
selamat berkarya
nk cerpen lagiiiii
like2
Tq. Best sgt. Cik writer, jgn la stop menulis cerpen. Kalau cik writer xmau tulis cerpen lg, apa kata tulis novel pulak. Confirm meletops
dh nk stop menulis ke????knp????
Best...nk cerpen lgi..jgn laa stop...huhu
last???whyyy???
salam... pembaca2 karya saya! terima kasih sudi komen ye. really appreciate :) Ttg nk bhenti menulis, saya masih fikirkan. ada rezeki saya pasti akn mnulis lgi...
maybe kene promote lebih sikit kot.baru orang tahu pasal blog ne.ape pon, teruskan usaha.bukan senang nak dpt kelebihan cam awak ade, so gunakan lah sebaik nye.keep good work girl:)
best2
jangan la berhenti menulis.
semua karya awak mmg best!
hope akan ada cerpen seterusnya :)
tak sabar nak baca yang serterusnya...terbaiklah
besttt... janganlah berhenti menulis...
cerita blog ni mudah difahami...
I pun gelabah gelabah jugak mbaca ni...hehe..wehhh cik writer, bakat terbaikkk mcm u nak resign dah ke? Arrr sudah..kat mn lah lg nak singgah menggelabah sambil layan cervel besttt mcm kat sini kalau u off!?
Teruskan..keep it up okayy..sayang la bakat gile punye best mcm ni x show offffff!!
alalaaa.. janganlah berhenti menulis. gelabah jugak saya nak mencari penulis best macam awak ni. hee :)
best2 suke2 like2 cik writer janganla bhnti tengah jalan sayang bakat tpendam nih....
Kontroversi je seme nie... nk promosi.. huh...
hahaha . saket btol gelak . :D . best !!
dah bnyak kali khatam cerpen2 cik bloggertpi x pernah bosan..best sngt teruskN BERKARYA ye cik blogger!!
Haha..lawak btul cerpen ni.. Best sgt2..
Best la cerpen ni miss writer..si husband caring sngt dngn sifat gelabah si wife..ohh i can't feel how romantic they all
Best laa
Best laa
Kak aihas xnk buat cervel baru ke? Xpe saya sabar menunggu berita baik dari akak.
Sweet sgt !! Nk lgi cite
Post a Comment