Nama Penulis: NOORAIHAS
Tarikh Post: 21 Julai 2013
Paan menggeleng untuk yang
kesekian kalinya. Dia tetap tidak mahu! Apa barang pakai barang macam tu!
Jatuhlah maruah dia! Mesti Meon nanti gelak guling-guling tengok dia pakai
barang tu!
“Kenapa tak nak? Comel apa? Kita
beli yang couple punya. Barulah nampak yang Han suami Dijah dan Dijah isteri
Han,” kata Khadijah tidak mahu beralah.
“Ish, Han tak naklah. Nanti Meon
gelak guling-guling tengok Han pakai handphone warna macam ni,” balas Paan
sambil menunjuk tangannya ke arah Samsung Note 2 yang berwarna pink itu. Pink?
Sangat bukan jiwanya!
“Tak boleh! Han dah banyak kali
tolak hadiah yang Dijah nak bagi kat Han. Tapi kali ni Han tak boleh menolak
lagi. Titik!” Tegas Khadijah lagi sambil mencekak pingganggnya.
“Dijah nak beli Dijah belilah.
Tapi Han tak akan pakai!” Bentak Paan. Sedikit keras.
Khadijah membulatkan matanya.
“Dijah dah beli. Han kena pakai
kalau tak...” Khadijah membiarkan bicaranya tergantung. Sengaja bikin saspen
sikit.
“Kalau tak apa?”Soal Paan tidak
puas hati.
“I will kiss you right now. In front of the people,”ugut Khadijah
bersama kening yang sudah terangkat.
Paan mengerutkan dahinya. Apa
bendalah yang mak cik ni mencarut dalam bahasa Inggeris ni? Macam gua fahamlah
kan? Tapi takkan tak nak balas pulakkan? Nanti jatuhlah maruah gua!
“Whatever! I don’t err...err...kisah-kisahlah!” balas Paan dalam bahasa
Inggeris yang memang tahap dewa rosaknya!
Khadijah Syuhaidah hanya mampu
menahan tawanya dalam hati. Tidak mahu Paan berkecil hati.
“Han...Dijah ambil ya? Nanti kita
boleh video call, boleh wechat, boleh macam-macam bolehlah!Han terima ya?”
pujuk Khadijah lagi.
Paan berkerut dahi mendengarnya.
Video call mungkin dia faham lagi. Tapi wechat? Benda apa tu? Paan...Paan...
buta teknologi rupanya! Bukan dia tidak mahu terima telefon canggih begitu.
Masalah selain warnanya yang sangat ‘menarik’ hati, Paan tidak mahu digelar
menumpang kesenangan isterinya itu. Lagipun dia bukannya tahu sangat guna
gadget canggih macam itu. Nanti-nanti jadi hiasan sajelah!
“Dijah isteri Han yang baik hati...Han
memang nak tapi Han tak reti guna. Han tak tahu wechat tu apa. Han buta
teknologi.” Akhirnya Paan mengaku juga. Mungkin ianya boleh mematahkan hasrat
isterinya itu.
“It’s okay. Dijah ajar. “Putus
Khadijah lalu berpaling pada jurujual dan membuat urusan jual beli telefon itu.
Paan hanya mengeluh melihat
kedegilan isterinya itu. Terlalu banyak budi yang Khadijah taburkan padanya
selama hampir lima bulan mereka bernikah. Sedangkan dia, nak memberi nafkah
dari segi kewangan pun susah! Nasib baiklah mereka sudah berpindah ke apartment
milik isterinya itu. Kalau tidak... mahu dia mati menahan malu dek kata-kata
cacian yang sering di hidangkan di cuping telinganya oleh bapa mertuanya itu!
HUJUNG minggu biasanya Paan akan keluar lepak bersama Meon.
Tapi minggu ini kempunanlah dia! Meon pulang ke kampong katanya. Ada hal
keluarga yang perlu diuruskan. Untung Meon ada keluarga lagi. Dia jugaklah yang
tak beribu dan berbapa. Nasib baiklah sudah beristeri! Ada jugalah teman nak mengisi
hujung minggu yang membosankan seperti
ini. kalaulah arwah ayah dan ibunya ada macam manalah kehidupannya ya? Fikir
Paan.
“Han!” tegur Khadijah sebaik sahaja melihat
suaminya itu duduk termenung seorang diri di balkoni apartment. Dia mendekati
suaminya itu sebelum melabuhkan jari jemarinya di bahu lelaki itu.
Paan tersentak daripada lamunan
panjangnya. Haish, dia ni! Tak boleh aku
nak melayan perasaan sikit! Ada aje kat mana-mana. Opps, inikan rumah dia,
haruslah dia ada! Apalah aku ni! Bisik hati Paan sendiri.
“Apa yang Han menungkan tu? Tak
nak share dengan Dijah? Dijah minta
maaf tinggalkan Han sorang-sorang tadi. Dijah sibuk meneliti kes baru. Maaf ya?” pinta
Khadijah lalu memeluk lengan Paan.
“Takpelah. Han faham Dijah sibuk.
Dijah peguam. Han ni lainlah mat despatch aje. Tak menjejaskankan keuntungan
negara pun kalau Han tak ada,”keluh Paan. Tiba-tiba sahaja dia merasa rendah
diri. Dia tahu mengapa dia merasa begitu. Dia sebenarnya sudah jatuh cinta
dengan Khadijah Syuhaidah! Tapi dia malu untuk mengaku kerana dia sedar siapa
dirinya jika hendak dibandingkan dengan wanita itu. Sampai masanya nanti, pasti
Khadijah Syuhaidah akan meminta untuk dilepaskan!
Khadijah ternyata tidak senang
mendengar bicara yang keluar dari bibir suaminya itu. Ada apa pada pangkat dan
kerjaya? Sedangkan ALLAH S.W.T tetap memandang pada ketakwaan hamba-Nya sahaja.
Dia mengaku perkahwinannya dengan Muhammad Farhan ada motif. Ada agendanya yang
tersendiri. Namun, dia sudah sematkan dalam hatinya bahawa ikatan antara dia
dan Paan adalah yang pertama dan terakhir! Mungkin Paan merasa begitu kerana
lelaki itu tidak yakin dengannya!
“Han nak Dijah buat apa untuk
memastikan yang Han tidak rasa rendah diri dengan Dijah? Cara apa lagi Dijah
nak guna untuk yakinkan Han yang Dijah hanya mahukan Han untuk perkahwinan kita
ni? Han bagitahu Dijah,” ujar Khadijah sudah dilanda emosi. Matanya sudah
berkaca.
Han memejamkan matanya. Kejamkah
dia membuat seorang wanita sehebat Khadijah merayunya? Hanya kerana rasa rendah
diri ini? Hanya kerana ingin menyembunyikan rasa cinta yang mula mencambah
dalam hati?
“Tak ada apa-apa Dijah. Cuma Han
nak pesan, setiap yang bermula pasti ada akhirnya. Macam rumahtangga kita. Satu
hari nanti Dijah pasti akan mintak cer...” Tidak sempat Paan nak menyudahkan
kata-kata, bibirnya sudah dikucup oleh isterinya.
Terkebil-kebil matanya sekejap.
Terkejut! Oh Mak Gayah! Gua dah tak teruna lagi! Bibir gua dah kena cium!
“Dijah haramkan perkatan itu
dalam rumah kita ni. Mungkin Han anggap
Dijah umpan Han untuk kahwin kan? Sebab yelah Dijah tolong bayarkan
hutang-hutang Han. Tapi tak boleh ke Han
anggap yang jodoh kita memang dah ditakdirkan oleh ALLAH? Dijah boleh terima
Han dari awal kahwin sampai sekarang. Kenapa Han tak boleh terima Dijah macam
mana Dijah boleh terima Han?"
Khadijah sudah teresak-esak
menangis di bahu Paan sedangkan lelaki itu hanya mengetap bibirnya bersama mata
yang masih terpejam. Paan takut untuk memandang wajah isterinya itu. Dia
bimbang kalau-kalau dia tidak mampu menahan dirinya dan terjatuh dalam
permainan perasaan ini. dia sedar dia bukan siapa-siapa. Andai suatu hari nanti
ikatan ini tiba dipenghujungnya
bagaimana dia hendak merawat lukanya? Siapa yang hendak dia salahkan melainkan
dirinya sendiri!
“Dijah...Han Cuma ada satu hati. Satu
hati inilah yang Han kena jaga betul-betul biar yang menerima dan menduduki
hati ini adalah yang selayaknya untuk orang yang macam Han ni.Dijah carilah
orang yang layak untuk Dijah sebab Han...tak layak untuk mencintai dan dicintai
Dijah,” kata Paan lalu bergerak masuk ke dalam rumah meninggalkan Khadijah
sendiri di balkoni.
Khadijah menyapu air matanya dan
menapak laju menyaingi langkah Paan. Dia berhenti betul-betul di hadapan lelaki
itu. Menghalang Paan dari memasuki kamar tidur mereka.
“Kalau Han tak yakin dan rasa tak
layak untuk cinta Dijah, izinkan DIjah sentuh hati Han tu dengan kasih sayang
Dijah yang sememangnya untuk Han,” putus Khadijah lalu meraih jari jemari Paan
sebelum dikucupnya.
Tubuh tinggi lampai itu di tarik ke dalam
dakapannya. Erat! Malah wajah suaminya itu dikucup syahdu dari dahi sehinggalah
berlabuh lama di bibir milik lelaki itu.
Paan hanya merelakan setiap
perlakuan isterinya itu dan membalasnya. Dia tidak dapat mengelak kerana rasa
cintanya pada wanita yang bergelar isterinya itu melebihi segala-galanya!
Biarlah jika ada yang menganggapnya mengambil kesempatan. Tapi apa yang penting
dia tahu Khadijah Syuhaidah juga mencintainya sebagaimana dia juga
mencintainya...
PAAN tersedar daripada lenanya. Terkebil-kebil
matanya memandang syiling. Kenapa rasa lain sangat ya? Dia mengiring menghadap
isterinya. Terbuntang matanya melihat keadaan Khadijah sebelum matanya di tala
pada tubuhnya pula!
“Aaahhh!” jeritnya sambil menarik
selimut menutupi tubuhnya
“Han? Kenapa ni” Tanya Khadijah
dengan suara yang serak. Maklumlah tidurnya yang lena terganggu dek jeritan si
suami. Jam di sisi meja dikerling. Pukul 3 pagi baru!
“A...apa yang Dijah dah buat kat
Han ni? Han tak rela!” Suara Paan sudah sedikit tinggi. Mungkin paranoid
melihat keadaan dirinya dan Khadijah pada waktu ini.
“Han tak ingat apa yang kita buat
malam tadi? Han ingat Dijah ambil kesempatan pada Han?” Soal Khadijah hampir
naik angin bila Paan seperti orang hilang ingatan dan fikir dia sudah mengambil
kesempatan pada lelaki itu.
Paan mengerutkan dahinya. Mula
berfikir dan mengingati kejadian malam tadi. Satu-satu terlayar jelas dalam
kotak ingatannya sehingga membuatkan dia jadi malu sendiri! Berbahang wajahnya
menahan malu.
“Sorry...Han terlupa,” kata Paan
sambil tersengih sebelum menggaru
kepalanya yang nyata tidak gatal.
Khadijah tersenyum melihat
gelagat suaminya yang nyata kurang matang itu. Nasib baiklah Paan tidak
menuduhnya cuba mengambil kesempatan. Kalau tidak haru jadinya!
“It’s okay. Now i’m officially your lady and you are my man,” ujar Khadijah sebelum mengucup lembut dahi Paan.
Terpinga-pinga Paan mendengar
kata-kata yang keluar dari mulut isterinya itu.
Khadijah yang terlupa menepuk dahinya perlahan.
“Dijah cintakan suami Dijah ni!”
Bisik Khadijah lembut di telinga Paan. Satu penerangan yang lengkap dan padat!
Tersenyum lebar lelaki itu
mendengarnya.
“Lagi satu Dijah tak nak dengar
lagi perkataan tak layak atau tak yakin dari mulut Han. Dijah dengar siaplah
Han. Han tidur luar!” ugut Khadijah sedikit keras.
Paan menyengih sebelum menaikkan
tangannya seakan-akan memberi tabik hormat pada isterinya itu.
“Yes Mam!” jawabnya dengan yakin.
Ya, dia mula yakin dengan hubungannya dengan Khadijah! Hanya Khadijah
permaisuri dan penakluk hatinya untuk selamanya...
“Lepas ni Han kena masuk kelas
bahasa Inggeris la Dijah rasa. Belajar bahasa Inggeris,” cadang Khadijah
tiba-tiba.
“Kalau Dijah cikgunya, Han tak
kisah. Sebab Dijah kan baik... Mesti tak
marah Han kan kalau Han salah? ” usik Paan bersama senyuman kerang busuknya.
“Eii...takde maknanya! Han salah,
Dijah cubit perut Han tu!” sambut Khadijah bersama ugutan kecilnya.
“Kalau macam tu tak naklah kawan
dengan Dijahlah!” Paan dah tarik muka. Merajuk!
Khadijah senyum geli hati. Macam
tu pun nak merajuk. Haih...suami siapalah ni? Pantas dia membawa telapak
tangannya ke pipi suaminya lembut.
“Han adalah khalifah yang Dijah
harus hormati. Salah apa pun Han, Dijah kena bagi peluang untuk Han betulkan
kesilapan. Han pulak sebagai khalifah kena jugak bagi peluang pada Dijah kalau Dijah
ada buat salah sebab Dijah pun manusia biasa, buat salah. Faham?”
Paan menarik senyumnya seraya mengangguk faham
sebelum membawa tubuh isterinya rapat ke dalam pelukannya. Moga bahagia ini
untuk selamanya. Doa Paan dalam hati.
***
“Paan!” jerit Mrs. Choi pada Paan
yang sedang duduk membaca surat khabar. Terkejut Paan mendengarnya. Nyaris tak
terkeluar gegendang telinganya.
“Haiyoo! Mrs. Choi. Naik kembang
gegendang telinga saya dengar suara Mrs. Choi tau!”Kata Paan lantas melipat
surat khabar yang dibacanya tadi dan meletakkannya di atas meja kopi semula.
“Saya manyak mintak maaf Paan.
Saya tak sengaja. Saya nak minta tolong awak hantar ini surat pada alamat ni
ya? Emergency ni!”ujar Mrs. Choi pada Paan sambil menunjukkan alamat yang
tertera pada sampul surat tadi.
Paan membacanya sekali imbas
sebelum menyimpan sampul surat itu ke dalam beg sandang yang selalu dibawanya
untuk menyimpan sampul surat yang perlu dihantar.
“Okey Mrs. Choi dalam setengah
jam surat ni sampai kat alamat ni!” Janji Paan pada Mrs. Choi.
“Thank you Paan. Awak manyak baik
la. Sejak kahwin ni manyak berseri itu muka,” puji Mrs.Choi.
Senyuman Paan melebar
mendengarnya. Ketara sangatkah cahaya
kebahagiaan di wajahnya? Mungkin betullah tu. Meon pun cakap benda yang sama.
Memang dia bahagia kini. Khadijah Syuhaidah sangat membahagiakan dirinya yang
serba kekurangan ini. sungguh dia bersyukur kerana ALLAH S.W.T mengurniakannya
seorang isteri yang memahami dan menyejuk pandangan matanya. Alhamdulillah...
“Okeylah Mrs.Choi, saya gerak
dulu,” pamit Paan lalu meninggalkan perkarangan tempat kerjanya.
Hampir 15 minit berada dalam
kesesakkan jalan, akhirnya Paan tiba juga ditempat yang harus ditujunya.
Motorsikal jenama LC itu diparkirkan di tempat meletakkan kenderaan bermotor. Langkah dibuka memasuki ruangan lobi syarikat .Besar juga
klien Mrs. Choi ni! Tengok banggunan pun dah tahu. Banyaklah bonus aku tahun
ni! Gumam hatinya.
Sebaik sahaja kaki Paan melangkah
masuk ke pintu utama, Samsung note 2 edisi pink itu berbunyi nyaring menandakan
ada panggilan masuk. Skrin besar itu dikerling. My Lady... Tersenyum Paan
sebelum menerima panggilan isterinya itu.
“Assalamualaikum My Lady Khadijah
Syuhaidah,” Paan memberi salam pada isterinya itu. ‘My Lady’ panggilan yang
telah diajar oleh Khadijah padanya ketika wanita itu mengajarnya belajar bahasa
Inggeris. Kata Khadijah panggilan itu hanya untuknya . Tak ada perempuan lain
yang Paan boleh panggil ‘My Lady’ selain dia. Paan pula digelar ‘My Man’ oleh Khadijah. Tanda yang
hanya Paan satu-satunya lelaki untuk Khadijah Syuhaidah!
Sambil berbual bersama Khadijah, Paan berjalan
menuju ke arah receptionist syarikat dan menyerahkan sampul surat yang berada
dalam beg sandangnya. Senyuman ringkas dihulurkan pada si gadis receptionist.
Nak mampus kalau terlebih senyum? Nanti Khadijah marah walaupun dia tak ada di
sini.
Apabila Paan mahu berpaling
keluar, tubuhnya terlanggar bahu seseorang. Dengan segera dia memandang orang
yang melanggarnya tadi. Mujur sahaja dia tidak tersungkur dek rempuhan kasar itu.
Tengku Aman yang mulai sedar yang
dia sebenarnya terlanggar mat despatch mula naik angin! Memang nak kena! Buta
apa tak nampak aku yang handsome macam ni? Dah la mat despatch. Tak reti nak
mintak maaf ke? Kutuk Tengku Aman walaupun dia sedar segalanya adalah salahnya.
“Hei you? Buta ke? Tak nampak?”
marah Tengku Aman dengan suara yang kuat.
Paan yang baru sahaja berkira nak
meminta maaf mula melupakan hasratnya itu. Orang tak ada adab dan bongkak macam
lelaki di hadapannya ini memang perlu di ajar! Kau tengoklah nanti. Salah
oranglah kalau kau nak buli. Getus hati Paan.
“Hei mangkuk! Lu yang langgar gua dulu ada hati nak
tengking-tengking gua pulak! Mulut lu memang busuk macam bau longkang!” jerit
Paan lantang. Sudah keluar kata ganti dirinya yang dulu. Bahu Tengku Aman
ditunjal-tunjal dengan hujung jari telunjuknya.
Tengku Aman mula dilanda bengang.
Hei, mamat ni memang nak kena! Marah hati Tengku Aman. Dia yang sudah mengepal
jari jemarinya mula melayangkan penumbuknya ke muka Paan.
Bukk!
Tubuh Paan hampir rebah dek
tumbukan padu Tengku Aman. Kuat jugak mamat ni! Selalu pergi gim lah tu! Itulah
kau, Khadijah dah selalu nasihat pergi gim kau tak nak! Sekarang mulalah
lembik! Marah hati Paan. Bibirnya
dikesat kasar.
“Lu ni memang biadab kan?” marah
Paan sambil mendekati lelaki yang memang nampak angkuh itu. Salah! Lelaki di
hadapannya ini memang angkuh!
“Aku biadab? Kau tu yang
biadablah! Kalau dah mat despatch tu memanglah! Bodoh!” sindir Tengku Aman
serentak itu dia pula yang menerima tumbukan sulung daripada Paan. Jatuh
tertiarap dia!
Orang ramai yang mengerumuni
mereka mula berbisik sama sendiri.
“What is going on here?” Tanya satu suara.
Paan mengerutkan dahinya. Macam
kenal suara ni? Lantas dia berpaling ke belakangnya. Matanya mula membulat dengan dasyatnya. Khadijah!
Khadijah terkejut apabila melihat
Paan yang berada di situ. Matanya dihalakan pula pada Tengku Aman yang masih
tertiarap di atas lantai. paan bergaduh?soal hatinya. Resah.
“Dijah! Thank god you’re here! Tengok mat despatch ni tumbuk i. I nak saman
mat despatch ni!” kata
Tengku Aman tanpa menyedari hubungan sebenar Paan dan
Khadijah.
Paan mengepal tangannya. Geram
dengan kenyataan yang keluar dari mulut mamat berlagak itu. Kalau sahaja
Khadijah tak ada dah lama dia tumbuk muka mamat berlagak ni! Biar pecah! Namun,
demi Khadijah dia sanggup menahan barannya.
“Awak berdua sila ikut saya!”
Arah Khadijah sebelum berlalu ke pejabatnya.
Paan tersentak! Ini kawasan kerja
Khadijah? Jadi syarikat Khadijah berkerja ni klien terbesar syarikat aku
berkerja? Kerana inginkan jawapan, Paan mengangkat kakinya, mengikut langkah
Khadijah menuju ke pejabatnya.
“Aman you kenal lelaki yang
tumbuk you ni?” Soal Khadijah sebaik sahaja Paan dan Tengku Aman melabuhkan
duduknya di sofa yang terdapat dalam pejabatnya.
“Entah! I tak tahu. Tapi i tahu
dia kerja mat despatch. Sebab i perasan dia hantar surat kat receptionist tadi.
Lepas tu dia langgar i masa i nak keluar tadi. Dah lah i nak cepat!”Tengku Aman
mula mengadu sebaik sahaja peluang dibuka oleh Khadijah.
Khadijah Cuma menganggukkan
kepalanya mendengar penjelasan dari Tengku Aman yang merupakan klien firmanya.
Paan yang menjadi pemerhati mula
tidak berpuas hati. Mamat ni memang suka menipu! Aku yang dipersalahkan untuk
salah dia? Dia ingat aku ni apa? Mesin untuk dipersalahkan? Mentang-mentang
kaya ada hak lah kau nak rendah-rendahkan aku? Aku mat despatch pun ada adab
lagi! Ada hati nak hina aku.
“Hei mangkuk! Lu memang suka bohongkan? Nak lepas diri!
Lu yang langgar gua dulu. Lepas tu tak
pandai nak mintak maaf! Mata letak kat lutut. Otak letak kat cagu! Adab letak
kat rumah mak tiri lu,” marah
Paan sambil memandang tepat anak mata Tengku
Aman. Berasap kepalanya mendengar pembohongan lelaki yang digelar Aman oleh
isterinya itu.
“Hei, kau ni!” Tengku Aman sudah
berdiri. Mukanya sudah memerah menahan geram.
“Sudah!” tegas Khadijah sambil
memandang Tengku Aman.
“ Dua tiga orang pekerja i nampak
kejadian yang sebenar Aman. You yang langgar Encik Muhammad Farhan dulu. Lepas
tu you tumbuk dia. Jangan sebab you nak cepat orang lain jadi mangsa,” tegur
Khadijah bersama pandangannya yang tajam. Bukan dia tak tahu perangai kliennya
yang seorang ini. semuanya nak cepat!
Tengku Aman terdiam lalu
menundukkan kepalanya. Malu.
Paan tersenyum gembira sambil
membuat simbol ‘peace’ pada Khadijah. Walaubagaimanapun, isterinya itu masih
beriak serius.
“ Dan awak Encik Muhammad Farhan,
please mind your language! It’s really
harsh! Panggil gua-lu dengan orang yang awak tak kenal. Tolong jaga adab!”
Kali ini Khadijah pula menegur suaminya itu. Paan pun apalagi mulalah menarik
muka masamnya!
“Okey kalau tak ada apa-apa, Aman
you boleh keluar. I ada surat nak bagi pada Encik Muhammad Farhan ni,” ujar
Khadijah.
Tengku Aman mengangguk perlahan
sebelum menapak keluar dari bilik peguam muda itu. Sebelum itu sempat lagi dia
menjeling Paan. Paan yang perasan jelingan lelaki sombong itu mula membuat
muka. Tengku Aman menghempas pintu pejabat dengan kuat tanda marah. paan
tergelak-gelak melihatnya.
“Sudah!” tegur Khadijah yang
sebenarnya perasan tingkah laku kedua-dua lelaki itu.
“Ehem....Apa surat yang Puan Khadijah
Syuhaidah nak saya hantarkan?” Soal Paan kembali serius dan bernada sindiran sebaik sahaja tawanya
reda. Mukanya sengaja dimasamkan. Tanda protes!
“Han...” panggil Khadijah lembut.
Paan berpura-pura memandang ke
arah lain. Khadijah senyum melihat sikap keanak-anakkan suaminya itu. Mudah
sangat Paan merajuk! Dia bangun dan melabuhkan duduknya disebelah Paan. Tangan
lelaki itu dielus lembut sebelum menciumnya.
“Han kalau marah, muka makin
handsome!” Usik Khadijah.
“Tapi tak sehandsome lelaki tadi
kan?”Sinis Paan. Masih mahu merajuk.
“Dalam hati Dijah seorang lelaki
aje yang handsome. Han kenal lelaki tu, kan?” Khadijah berusaha untuk memujuk
suaminya yang masih merajuk itu.
“Hah? Dijah ada orang lain?
Siapa? Jadi selama ini Dijah mainkan perasaan Han lah?” tuduh Paan. Dia sudah
mula salah faham dengan Khadijah.
Khadijah menggelengkan kepalanya.
Orang nak pujuk, dia salah faham pulak! Getus hati kecil Khadijah.
“Dijah hanya cintakan Han. Tak
ada orang lain yang lebih layak selain daripada Han. Dijah dah serahkan
segalanya pada Han. Hati dan hidup Dijah hanya untuk Han. Han percayakan?”
pujuk Dijah lagi.
Paan mengetap bibirnya. Serba
salah. Betul Khadijah adalah sebaik-baik wanita yang pernah dia kenali. Setia dan selalu memahaminya.
“Maafkan Han . Han sakitkan hati
Dijah pulak.kalau Dijah nak, Dijah boleh pukul kepala Han ni sampai Dijah puas
hati,”kata Paan sambil menyuakan tangan
isterinya dekat ke kepalanya.
Khadijah tidak menarik kembali
tangannya sebaliknya meletakkannya ke rambut si suami sebelum mengusapnya
lembut. Jauh daripada jangkaan Paan yang menyangka isterinya itu akan berbuat
seperti yang disarankannya.
“Itu bukan caranya. Kalau Han
salah, Dijah tak ada hak untuk menghukum. Begitu jugak sebaliknya. Kita suami
isteri Han. Han salah, Dijah maafkan. Kalau Dijah salah, Han maafkan. Boleh
kan?”lembut Khadijah berkata.
Paan mengangguk laju sebelum
menarik tubuh isterinya ke dalam pelukannya. Bertuah sungguh dia kerana
memiliki isteri yang baik hati seperti Khadijah.
bersambung...
7 comments:
wah! ada lagi ea?? -><-
good luck untuk next cerpen! -^^-
Besttt
hahahaha....cepat la sambung lg.lawak ble bace karakter lelaki n perempuan tertukar
best2... smbng lagiiii
Nak lagii....
best2 . .
Jerk..
Post a Comment