Nama penulis : NOORAIHAS
Tarikh post : 14 Julai 2013
PART A
Dalam hidup ini banyak perkara
pelik dan melangkaui akal fikiran kita akan terjadi. Apa yang kita duga, tidak
akan menjadi, manakala apa yang kita tidak pernah duga pulak yang berlaku.
Hidup ini aneh! Jodoh juga aneh! Boleh
jadi orang yang berselisih sebentar tadi adalah jodoh kita.Cuma perlukan perasa
CINTA dan rencah SAYANG untuk menjadikannya sebuah jalan cerita yang bernama
KEHIDUPAN...
“Aku terima nikahnya Khadijah
Syuhaidah binti Khalid dengan mas kahwinnya RM 80 tunai,” lafaz Muhammad Farhan
dengan yakin.
“Sah!”
“Sah!”
“Sah!”
Sebaik sahaja saksi dan imam
mengesahkan akadnya, Paan segera bangun dan begerak kearah bapa mertuanya.
“Terima kasih ya bapak. Terima
gua jadi menantu!” bisik Muhammad Farhan yang suka di gelar Paan dalam kalangan
member-member motornya.
Lelaki tua separuh abad itu hanya
menjeling tajam. Tidak suka dengan jejaka yang baru sahaja bergelar menantunya
beberapa saat tadi. Pandangannya dihalakan pada si anak gadis yang ayu bersimpuh
di suatu dudut rumah. Walaupun dia tidak
pasti apa sebab anak gadisnya bertindak mengahwini mat rempit itu, namun dia tetap
tidak bersetuju!
Khadijah Syuhaidah memandang ke
dalam mata papanya. Dia tahu mata tua itu masih marah dengan tindakannya mengahwini
kaki motor seperti Paan tapi dia
terpaksa! Bukan salah orang lain, tapi salah papanya jugak! Beria inginkan cucu
dari kerabat yang baik-baik. Oleh itu,
dengan mengahwini Muhammad Farhan, dia yakin papanya tidak akan mengungkit isu
cucu ini. Maklumlah, siapa yang akan berkehendakkan cucu jika susur galurnya
bermasalah seperti Paan!
Cucu? Maknanya harus berkahwin
dan hamil! Tapi ,Khadijah Syuhaidah trauma! Ya, dia seorang gadis yang cukup trauma bila mendengar perkataan HAMIL! Apatah
lagi melihat dan mengalaminya! Cukuplah peristiwa dia melihat arwah mamanya
yang tumpah darah ketika mengandungkan
adiknya, Khalif tujuhbelas tahun lalu itu dijadikan pengajarannya. Dia
tak akan MAHU mengandung!
Perkahwinannya dengan Paan bukan
kahwin kontrak atau kahwin kerana terpaksa.
Tapi kerana masing-masing punya kepentingan tersendiri . itu puncanya!
Ini bukan drama atau novel melayu kini yang selalu dibaca dan ditontonnya. Ini
kisah realiti antara Khadijah Syuhaidah dan Muhammad Farhan yang baru bermula.
Bunyi pintu dikuak dari luar
mengejutkan Muhammad Farhan yang sedang bermalasan di atas katil isterinya.
Wajah kepenatan Khadijah Syuhaidah dipandang bersahaja. Tiada niat nak menyapa apatah lagi beramah
mesra seperti pasangan pengantin lain dimalam pertama pernikahan!
“Assalamualaikum,” Khadijah
Syuhaidah memberi salam.
Salam yang diberi hanya disambut
di dalam hati Paan sahaja. Dia bukan berminat sangat dengan peguam muda itu.
Tapi memandangkan wanita itu sudah membantu menyelesaikan hutangnya, maka dia
terima sahajalah bila Khadijah Syuhaidah ‘melamarnya’ untuk dijadikan suami
kepadanya. Inilah makannya bila berhutang, dengan badan dan statusnya sekali
tergadai! Dulu bujang, kini suami orang! Pertemuannya dengan wanita itu bermula
apabila dia telah membantu menyelamatkan Khadijah daripada menjadi mangsa
ragut salah seorang rakan rempitnya.
Pada masa itu mereka masih dalam perlumbaan. Kerana menolong Khadijah, Paan
yang biasa menang perlumbaan haram,kalah pada hari itu dan menanggung hutang
pertaruhan. Dua minggu selepas dia menyelamatkan Khadijah, wanita itu kembali
dengan niat untuk membantunya tetapi dengan syarat dia harus menikahinya dan
kerana terdesak Paan menerimanya tanpa berfikir dua kali. Dia juga sudah
berjanji dengan Khadijah untuk tidak terlibat dalam dunia rempit lagi. Jika dia
ingkar, Khadijah akan meminta ganti rugi lebih dari apa yang dia mampu!
Khadijah Syuhaidah
mengerling sekilas kearah Paan. Muka lelaki itu nampak sangat terpaksa.
Namun, walau apa pun lelaki itu tetap sudah sah bergelar suaminya petang tadi.
Melihat kepada kepala anginnya Paan, nampak gayanya dialah yang harus
mencorakkan hubungan baru ini. Bukan nak kata apa, pada pandangannya, Paan
seorang lelaki yang tidak matang, suka bertindak melulu dan panas baran. Seratus
peratus kontra dengannya! Untuk memastikan Paan tidak kembali ke dunia
rempitnya sahaja Khadijah harus mengugutnya dengan ganti rugi yang dia tahu
Paan tidak akan mampu bayar!
Paan yang menyedari pandangan
isterinya itu bertindak menuruni katil dan menuju ke sofa sudut yang terdapat
dalam bilik itu.
“Han,” panggil Khadijah Syuhaidah
senada.
Paan berpaling memandang
isterinya. Han?
“Tidur je sebelah saya. Tak ada
dalam ajaran Nabi kita suami harus tidur berasingan dari isterinya, melainkan
dalam keadaan tertentu,” ujar Khadijah Syuhaidah, tenang.
Paan terkedu! Eh, perempuan ni,
tak takut ke kalau aku terkam dia malam karang?
Khadijah Syuhaidah berlalu ke
katil dan membaringkan tubuhnya yang sudah kelesuan di situ. Melihat suaminya
yang terkebil-kebil memandangnya, dia menghulurkan senyuman kecil yang sedikit
sinis. Kata mat rempit sejatilah, pailanglah, abang longlah...ini baru ajak
tidur sekatil dah terkebil-kebil? What a
childish! Bisik hatinya.
“Err...gua bukan apalah kan lu ni
tak takut ke kalau gua terkam lu tengah malam karang? Lu tu macam ikan, gua
pulak kucing. Mana ada kucing tak makan ikan!” Kata Paan sambil menggaru
rambutnya. Serabut pulak dia! Macam terbalik pun ada! Yalah, dia pulak gabra,
isterinya itu relaks aje!
kucing? Ikan? Tiada dalam kamus rumah
tangganya. Dia sedar tanggungjawabnya dan hak yang sepatutnya menjadi milik
Paan. Dia terlebih tahu. Dia peguam masakan dia boleh terlupa atau pura-pura
lupa dengan nafkah batin untuk Paan. Kalau Paan mahukannya malam ini, apa hak
dia untuk melarang? Risau mengandung? Dia awal-awal lagi sudah mengambil pil
perancang!`
Khadijah Syuhaidah senyum
lagi sebelum menepuk lembut bantal di
sebelah kanannya. Menggamit suaminya yang jelas nampak kekok dengan situasi
yang melanda mereka saat ini. Namun dalam
situasi mereka sekarang, dia perlu bijak
mengawal keadaan. Paan masih terkejut dan tidak biasa menerima layanan istimewa
daripada orang disekelilingnya. Maklumlah, mat rempit! Mana ada mat rempit
cakap lembut-lembut apatah lagi menerima layanan first class macam ini. Yang
ada pun sumpah seranah dan maki hamun! Tambahan, Paan anak yatim piatu! Sudah
tentu dia tidak terdidik dengan rapi!
Paan ragu-ragu. Nak gerak ke
tidak? Biar betul perempuan ni?Namun, dalam tidak sedar kakinya tetap juga melangkah
ke birai katil. Dia meneguk air liur yang nyata susah ditelan. Punggungnya
dilabuhkan di situ. Matanya terkelip-kelip menentang pandangan Khadijah
Syuhaidah.
“Awak tidur okey. Jangan risau,
saya tak kacau awak!” Serentak itu Khadijah Syuhaidah menarik selimut. Dalam
mata yang terpejam, Khadijah Syuhaidah masih sempat tersenyum. Kalau sepuluh
mat rempit macam ini, aman dunia...Getus hatinya.
Perlahan Paan merebahkan badannya
di sebelah isterinya. Berdebar! Biasalah, pertama kali tidur dengan yang
berlainan jantina ni! Sejahil-jahil dia pun, tak pernah merosakkan anak dara
orang. Hidup biar pailang! Janji tak tebuk anak dara orang! Itu pegangannya
selama 28 tahun ini.
***
“Han!” Kejut Khadijah Syuhaidah
perlahan.
Paan masih lagi tidak berkutik.
Lena sungguh dia! Khadijah Syuhaidah memerhati segenap raut wajah suaminya itu.
Manis! Paan bukanlah lelaki yang jatuh dalam kategori kacak tetapi lelaki itu
masih ada manisnya. Sekali pandang macam Arjun Rampal, pelakon Hindustan yang
dia sangat minat itu. Itu kalau sekali pandanglah. Kalau dua tiga kali
pandang...memang Muhammad Farhan!
“Han!” Gerak Khadijah Syuhaidah
sekali lagi. Sekali sekala matanya melirik ke jam di dinding. 6.30 pagi! Subuh
semakin tiba dipenghujungnya. Paan pula masih liat untuk bangun.
“Han!” Kali ini Khadijah
Syuhaidah menyentuh kaki lelaki itu.
Paan bergerak sikit.
“Meon, lu janganlah kacau gua.
Gua penat ni!”Paan menarik selimut terus menutupi mukanya. Bengang betul bila
ada yang mengganggu masa lenanya.
“Han, bangun subuh!” ujar
Khadijah Syuhaidah sedikit lantang. Dekat di cuping telinga Paan. Ngigau ke apa
suami aku ni? Meon dia panggil aku?
Paan secara automatik membuka
matanya. Terkejut! Terus terduduk di birai katil. Dia menggosok matanya
beberapa kali. Khadijah Syuhaidah! Bukan Meon lah Paan oiii!
“Hmm... apa?”Soalnya dengan suara
serak. Nak cover sebenarnya! Kedua-dua belah telapak tangannya dibawa ke
sekitar mulut. Meraba-raba kawasan berhampiran bibirnya itu. Manalah tahu tidur
malam tadi ada meninggalkan kesan
‘empangan pecah’.
“Subuh. Awak tak nak solat?”Tanya
Khadijah Syuhaidah lalu menghulurkan tuala.
Paan mengetap bibirnya. Solat?
Solat yang tenggelam timbul itu?sekejap buat sekejap tidak? Dalam serba salah
Paan tetap menyambut huluran tuala dari isterinya itu. Malu sebenarnya.
Khadijah Syuhaidah memandang
suaminya yang melangkah ke kamar bilik air bersama senyuman. Dia perasan riak
wajah Paan berubah bila ditegur begitu. Tapi menjadi tanggungjawabnya untuk
’menarik’ Paan ke jalan-Nya. Bukankah itu salah satu tugas seorang isteri?
Dia tahu Paan lelaki yang baik.
Sebelum berkahwin lagi dia sudah siasat
latar belakang Paan. Suaminya itu mula terjerat dalam dunia motor kerana
desakan hidup. Mungkin dalam fikirannya, hanya dengan berlumba haram sahaja dia
dapat meningkatkan pendapatannya untuk terus hidup di bumi Kuala Lumpur.
PAAN menyapu gel disekitar
rambutnya. Sekali sekala matanya tertancap juga pada Khadijah Syuhaidah yang
juga sedang bersiap untuk ke pejabat.
Wanita itu menghadiahkan senyuman padanya sebaik sahaja dia selesai menunaikan solat Subuhnya tadi. Mungkin
menzahirkan kegembiraannya melihat dia mengerjakan solat.
“Hari ni Han balik pukul
berapa?”Khadijah Syuhaidah memandang Paan sambil membetulkan kot yang tersarung
di badannya.
Paan menjungkitkan bahunya. Kerja
Mat Despatch sepertinya memang tiada
masa balik yang tetap. Jadi, untuk soalan isterinya itu dia sendiri tiada
jawapan. Tapi, kalau dia nak, dia boleh je ponteng!hehehe...Lawaknya dalam
hati.
khadijah Syuhaidah mengerutkan
dahi melihat tingkah Paan yang tiba-tiba senyum sendiri.
“Han?Okey?”
“Ehh....Hmm...Kenapa lu tanya
soalan KBKK macam ni? Gua tak suka betul! Gua
tak larang kalau lu nak balik lewat. jadi, lu jangan nak memandai nak ambil port
dalam hal hidup gua!” Tegas Paan, tidak mahu terlalu berlembut dengan Khadijah
Syuhaidah.
Khadijah Syuhaidah senyum lagi.
Mudah betul Muhammad Farhan ni naik angin! Tapi yang hairannya dia tak rasa nak
marah!
Paan mengerutkan dahinya. Kena
marah macam itu pun boleh senyum lagi? Pelik! Isterinya ini sejenis spesis yang
baru ditemui ni!
“Dijah tanya sebab Han kan suami
Dijah. Nanti apa pulak Dijah nak cakap kat papa kalau Han balik lewat.
Sementara kita tinggal kat rumah papa, Dijah harap Han dapat bersabar. Nanti
Dijah pujuk papa dan kita pindah rumah lain. Boleh ya?”
Paan memegang dahinya. Alah,
macamlah susah sangat nak jawab ‘YA’ Paan oii! Macam nak jawab soalan antara
hidup dan mati! Paan...Paan...
“Bolehlah...Tapi gua tak janji
paling lewat gua boleh sampai rumah pukul berapa. Tapi gua akan cuba balik awal
jugaklah untuk lu,” kata Paan dalam nada malasnya.
Khadijah Syuhaidah senyum. Good boy!
“Lagi satu, boleh tak Dijah nak request something?” pinta Khadijah
Syuhaidah, lembut. Matanya merenung tepat ke dalam anak mata suaminya.
Paan mengerutkan dahinya. Apa
lagi ni?
“Hmm...Apa?” Soal Paan
sambil memakai jam tangan yang baru
dibelinya . Jenama Tag Heur you alls! Tapi cap Petaling Street lah! Hehehe...
“Dijah tak nak ada gua-lu antara
kita. Yang ada Cuma Han dan Dijah. Boleh kan?”
Paan mencebik. Apa Han-Dijah?
Macamlah aku dengan dia ni cintan-cintun! Macam geli! Tak! Memang geli pun!
“Tak nak! Gua-lu lah! Baru rock!”protes
Paan.
“Nope! Han dan Dijah!”
“Tak nak!!!” Dengan nada yang
menjengkelkan, Paan bersuara. Sengaja dia menarik muka bersama mata yang sudah
dijulingkan! Budak-budak betul Paan ni! Padahal dah boleh jadi bapak budak!
Ish...Ish...
Khadijah senyum manis sambil
mengangkat keningnya sebelah lalu dia berjalan menghampiri suaminya itu.
Paan yang menyedari langkah
isterinya yang kian menghampiri, tiba-tiba rasa kalut! Perasaannya seperti
isterinya itu mahu merogolnya pulak! Cit! Ada pulak perempuan nak rogol lelaki!
“Lu ni kenapa? Jangan nak buat
yang bukan-bukan dengan gua! Gua ni teruna lagi okey? Tak pernah kena punch
dengan mana-mana puncher okey?” Sudah melalut-lalut ayat yang keluar dari bibir
Paan. Khadijah yang mendengarnya hampir menghamburkan tawanya! Ada pulak tak
pernah kena punch dengan mana-mana puncher? Tak pernah kena tebuk dengan tupai
ada la! Paan...Paan...merosakkan peribahasa!
“Kalau awak tak nak saya punch awak,
sila tukar bahasa ganti diri awak. immediately!”
Khadijah sudah memberi amaran keras. Wajahnya sengaja diseriuskan. Biar Paan
takut!
Laju-laju Paan mengangguk. Gentar
pulak kalau betul isterinya mahu melakukan yang bukan-bukan! Biarpun dia
lelaki, tapi dia masih menjaga maruahnya! Ingat perempuan aje tahu jaga maruah
diri ni? Lelaki pun sama, okey?jiwa dan raganya hanya bakal diserahkan kepada
cintanya yang halal! Eh, yang halal tu Khadijah lah! Cuma dia tidak mencintainya lagi. Belum
tangkap cintan lagi! Apalah kau Paan!
“Okey, good boy!” ujar Khadijah lalu diusap-usap rambut Paan yang
baru disapukan gel tadi. Habis berselerak rambut suaminya itu!
“Hei! Apa main rambut gua ni!”
marah Paan tanpa sedar menggunakan kembali bahasa kasarnya itu.sedar akan
keterlanjurannya, Paan cepat-cepat menekup mulutnya dengan kedua-dua belah
tangannya. Oh Mak Gayah! Gua dah salah!
Khadijah pula sudah mengerutkan
dahinya. Haish, dia ni memang tak makan saman ya? Marah Khadijah dalam hati
bersama tangan yang sudah dicekak di pinggang. Sepenuh akalnya memerah idea
untuk mengenakan si suami yang keras kepala! Okey, dapat!
“Han, Dijah dah bagi amaran
tadikan? Kenapa tak ikut? Hmm?” khadijah kian merapati Paan yang kebetulan
masih berada di penjuru katil. Langkah diatur dengan lagak si penggoda.
Paan yang melihat hampir tertelan
air liur. Gugup! Biasalah tak pernah digoda dan menggoda maka kelulah jadinya.
Kelam kabut dia menapak ke belakang sebaik melihat isterinya yang makin dekat.
“Jangan dekat! Gua janji gua tak
cakap lagi,”rayu Paan.
“What? Gua lagi?”Khadijah berpura-pura marah.
“Opps! Han janji tak sebut lagi!”
Paan segera membetulkan kata ganti dirinya. Rasa nak muntah pun ada. Tapi tahan
jelah demi isteri ‘tercinta’ ni!
“Hmmm...Macam tulah suami Dijah.
Dengar kata!” ujar Khadijah sambil mencuit hidung mancung milik Paan.
Paan meneguk air liurnya kasar.
Berdebar! Sudah jatuh cintakah? Eh, bukan berdebar sebab jatuh cinta, tapi takut je...Gumam hatinya. Resah dan tidak
pasti.
“Okey Han, Dijah nak gerak dulu.
Nak salam?” pinta Khadijah sambil menyuakan tangannya pada Paan.
Bagai dipukau, Paan menghulurkan
tangannya untuk bersalam.
“Assalamualaikum Han.”
“Waalalaikumsalam.” Paan
menyambut salam isterinya dengan nada perlahan sambil melihat bayang isterinya
menghilang disebalik pintu bilik.
bersambung.....
15 comments:
Best... bile kuar Part B pulak? Hehe
wah best..good job writer...cepat lah sambung ^_^..
Best...nk lgi..cumel laa paan nie...
best3x! >.<
best :) sy suka semua cerita awak .. sila sila buat lagi cerita yg ada isi, plot menarik ye.. moga terus sukses dan diberi idea yg meletopp buat cerpen yang ohsem xD
myaz (tak boleh nak letak nama on mobile ni)
Wah...best!best!writer cpt tau buat part B punya.dah lama ni tunggu cerpen cik writer.hu hu sampai berjanggut ni hah!! He he :-)
-Nursha-
interesting!!!
best2...sile la smbung ye.
suka..Han Dan Dijah :)
suka..Han Dan Dijah :)
besttttt sambung lagi plisssss
jgn lme sgt post nex entri
best..
nk lagi...
ad brape part???
hehe comel :) Ai tunggu lagi :)
Bestnye... Nak lagi
Terima kasih kepada para pembaca yg sudi komen!sabar menanti kisah Han-Dijah yang selanjutnya ya!
salam sayang, NOORAIHAS :)
Post a Comment