PINTU BAHAGIA...
Tajuk : Pintu Bahagia..
Nama Penulis :NOORAIHAS
Tarikh post : 16 MAC 2013
Faiz Hasbullah
menyedut asap rokoknya dalam-dalam. Menghayati kenikmatan asap rokok dari
jenama KENT itu. Mahal sikit pun takpe, asal ketagihnya tak melarat!
Halim hanya
sengih melihat temannya yang ralit menikmati rokoknya. Macam setahun tak dapat!
Desis hatinya.
“Kau pehal
bro? Diam je?” soal Halim sebaik sahaja puntung rokok yang dihisap Faiz ditutuh
ke lantai. Habis satu rokok, Faiz mencapai yang lain pula. Lighter miliknya
dinyalakan dan dicucuh ke hujung rokok yang baru.
Wajah
berjambang Halim dipandangnya sekejap sebelum kembali menghisap rokoknya yang
baru.
“Aku takde
benda nak cakap. So, better aku diam
je! Kau tu yang menyemak kat sini pehal?” marah Faiz dalam nada mendatar. Tiada
mood nak bersembang. Entah macam mana pulak si Halim ni boleh cari dia kat
kebun milik ayahnya ini. Musykil betul!
Halim sengih
lagi menampakkan barisan giginya yang kekuningan, kesan daripada merokok. Dia
ada permintaan dan dia tahu Faiz pasti akan tunaikan.
“ Aku nak
pinjam duit sikit,” pinta Halim pada Faiz.
Faiz
menghembuskan asap rokok yang baru disedutnya ke muka Halim. Terbatuk-batuk
Halim dek tindakan tiba-tiba Faiz itu.
“ Dua minggu
lepas kau dah pinjam. Minggu ni pun kau nak lagi?” sindir Faiz lalu memakukan
anak matanya ke dalam anak mata Halim yang muda 3 tahun darinya itu.
Halim
menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Salah dia jugak! Berjudi ! Dah
berjudi, asyik kalah pulak tu! Terpaksalah dia berhutang. Nak minta pada
ayahnya memang nak kena pelangkunglah jawabnya.
“Ala, kau bagi
jelah Iz. Aku...Aku betul- betul sesak ni!” rayu Halim. Sudah hilang malunya
pada Faiz. Malu jatuh nombor lain. Yang penting budak-budak Helmi tak pukul dia
sampai mati!
Faiz sudah
mengangkat keningnya. Pelik.
“ Kau ni
kenapa?” Faiz sudah hilang sabar. Pantang datuk nenek dia kalau orang suka
paksa-paksa dia.
Halim mengetap
giginya. Serba salah nak bagitahu atau diamkan sahaja masalahnya itu.Tapi, dia
perlukan duit sebelum hujung minggu ni. Ahh, bagitahu jelah...
“Aku...Aku
kalah judi. Budak-budak Helmi nanti cari aku kalau aku tak bayar. Tolonglah
Iz,” terang Halim sekaligus merayu.
Faiz
membulatkan matanya tapi sekejap sahaja. Tak guna dia nak marahkan si Halim ni,
sedangkan dia jugak sepesen je dengan pemuda 24 tahun itu . Berjudi, minum
arak, racing haram, pecah masuk rumah orang, semua dia dah buat. Cuma tak
sentuh perempuan je satu-satunya perkara jahat yang dia tak pernah buat
agaknya. Tapi sejak dia sudah berkerja, semua benda tu sudah ditinggalkannya.
“ Orang
berjudi kau pun nak berjudi, bila dah kalah tak reti pulak nak bayar
sendiri,”perli Faiz seraya mengambil dompetnya dan mengeluarkan beberapa keping
not RM50.
Muka Halim
berseri-seri melihat kepingan wang kertas yang keluar dari dompet Faiz itu.
Ringan otaknya sekejap. Tapi masih ada sesuatu lagi yang Faiz tak tahu dan dia
harus bagitahunya.
“Nah, aku rasa
cukupkan?” Tanya Faiz serentak menghulurkan wang kertas berwarna hijau itu
kepada Halim.
Halim
menyambut dengan gembira.
“Thanks, nanti
bila aku ada duit aku bagi kau,” janjinya.
Faiz mencebik.
Yelah tu...
“Err...Faiz,”
panggil Halim bilamana dia melihat Faiz sudah mahu beredar.
Faiz
berpaling, memandang mukanya Halim. Ada benda lagi ke yang tak selesai?
“Helmi...”
“Hmm...Kenapa
dengan budak tu?”
“....dia nak
ajak kau race hujung minggu ni,”
sambung Halim sambil mengurut pangkal lehernya. Risau.
“ Kalau kau
menang dia bagi apa dia ada kat kau. Kau nak join tak?”
Faiz mengukir
senyum sinis. Helmi nak lawan dia? Lawan tauke nampak! Boleh Helmi! Boleh! Aku
Cuma takut cagarannya nanti kau tak boleh bagi!
“Aku in..Tapi pesan kat dia....” Faiz menarik
telinga Halim rapat kepadanya.
Halim
membulatkan matanya. Tidak percaya!
***
Faiz tersenyum
sendiri. Dia yakin dia menang! Dia harus menang walau apa-pun. Itu janjinya!
Muka Helmi yang tidak puas hati di jelingnya sekilas. Nampak benar tak puas
hati! Tapi apa dia peduli. Janji tetap janji!
“Kau dah sedia
ke Helmi?” ejek Faiz.
Helmi
mengecilkan matanya. Nak kena jantan ni!
“Hei, ini
Helmilah! Siapa tak kenal Mi? Janji ditepati!”
“Tak payah nak
Satu Malaysia sangat kat sini! Sekarang mana dia?”sela Faiz sambil matanya
melilau sekeliling.
Helmi menguis
kakinya ke tanah. Serba salah.
“Kau tipu aku
ke?”
Faiz mendekati Helmi. Matanya
sudah merah! Marah!
“Aku...Aku
tahu aku kalah, tapi aku tak sanggup nak bagi adik aku kat kau!” balas Helmi
tergagap-gagap.
Faiz mendengus kasar. Topi
besbolnya di buang kasar ke tanah. Geram!
“Masa kau ajak
aku berlumba, kau tak nak pulak fikir sanggup ke tak sanggup dengan cagaran kau
tu?” bentak Faiz.
Helmi menekur pandangannya ke
tanah.
“ Aku tak
kira, aku nak jugak adik kau sekarang! Kau buatlah macam manapun asalkan adik
kau melutut depan aku!”
Helmi mengetap
bibirnya. Ini semua salah dirinya! Tak pernah fikir lawan tu siapa. Melihat
Faiz yang tinggi lampai dan sasa itu mendatangkan ketakutan padanya. Risau
tulang-temulangnya patah riuk dikerjakan si Faiz. Tapi dia lagi tak sanggup
untuk melihat adiknya, Haiza di ratah Faiz! Dia bukan abang yang dayus!
Fikirnya, dia yang akan menang perlawanannya itu memandangkan Faiz dah lama tak
turun padang. Namun, dia silap! Silap yang besar!
“Ka..Kalau kau
nak jugak Ija...”Bicara Helmi terhenti seketika.
Faiz menanti dengan tidak sabar.
“...kau kahwin
dengan dia. Kalau kata kau dah puas, kau ceraikan dia!” sambung Helmi dengan
tegas. Dia tiada pilihan. Janji tetap janji. Bukan anak jantan kalau dia
memungkiri janji! Sekurang-kurangnya
dengan cara ini adik perempuannya itu tidak akan di labelkan perempuan
sundal di mata masyarakat nanti.
***
Sudah sebulan
Faiz Hasbullah menikahi Haiza. Selama
sebulan itulah Haiza digaulinya dengan sesuka hati! Dia puas! Melihat wajah
merana Haiza dan wajah serba salah Helmi ketika bersua, dia jadi gembira. Dia
tahu keluarga Haiza menetang keras sewaktu wakil keluarganya datang melamar
wanita itu. Haiza menangis-nangis menolak pinangan itu. Namun kerana pengaruh
ayahnya, sebagai ketua kampong dia berjaya juga mengikat isterinya itu. Ada
sesuatu yang menarik perhatiannya pada Haiza. Haiza biasa-biasa sahaja. Badan
pun tembam tapi taklah gemuk! Muka pun taklah secantik Lisa Surihani. Tapi
Haiza manis!
Sejak dia membawa Haiza tinggal bersama di rumah
yang dibelinya di Kuala Lumpur, dia semakin bebas memperlakukan wanita itu.
Namun, bukan mengasari tubuh itu! Bukan caranya menaikkan tangan ke badan
wanita. Dia tidak peduli air mata yang mengalir dari tubir mata bundar itu setiap
kali dia mendekati wanita 25 tahun itu. Apa yang penting kehendaknya sebagai
lelaki di salurkan pada tempat yang betul! Jahat-jahat dia tak pernah rosakkan
anak dara orang. Sebab dia juga tidak mahu
bakal anak gadisnya dirosakkan nanti. Anak? Bukan sekaranglah...
Faiz terjaga
daripada lenanya. Telapak kaki yang
terasa digerak-gerakkan memaksa bola anak matanya menghala ke situ. Dia
tersenyum di luar sedarnya. Haiza sedang menanggalkan sarung kaki yang sedang
dipakainya. Saat tangan Haiza beralih ke baju kemeja, cepat-cepat Faiz
memejamkan matanya. Berpura-pura tidur semula.
Haiza tekun
menyalin pakaian kerja suaminya kepada baju tidur. Sejahat-jahat Faiz dia tak
pernah menaikkan tangan ke mukanya. Dia hormati Faiz kerana itu.Walaupun,
hatinya sayu melihat terkadang Faiz balik dalam keadaan mabuk dan rokok yang
tak putus-putus menyinggah di bibir nipis suaminya. Apabila Faiz merokok dia
menjauh. Dia pesakit asma. Dan Faiz tidak tahu itu. Kalau sahaja Faiz tahu
belum tentu dia akan berhenti merokok.
Sebaik sahaja
siap menukar pakaian lelaki itu, dia menuju ke bilik air. Mengambil air wudhu.
Hampir setiap malam dia pasti akan mengerjakan solat sunat dan mengaji. Itupun
sebaik sahaja kehendak Faiz dilayaninya. Dia mahu jadi hamba Allah yang di
cintaiNya. Dia ingin menjadi hamba Allah yang sentiasa diredhai. Dia ingin
menjadi umat yang baik pada rasulNya. Jahat-jahat Faiz, syurganya tetap pada
lelaki itu.
Alunan
ayat-ayat suci Al-Quran yang dibaca Haiza sangat menyentuh kalbu Faiz. Terasa
tenang dan mendamaikan. Sejuk halwa
telinga mendengar. Entah kenapa dia sebak tiba-tiba. Kolam mata yang terasa
panas dibiarkan sehinggalah dia terlena kembali.
***
HUJUNG minggu itu, Faiz
membersihkan Mitsubishi Lancer miliknya. Senyuman tersungging manis di
bibirnya. Terasa bernilai jerih perihnya menahan perut untuk memiliki kereta
itu. Selama 3 tahun dia menyimpan gajinya sebagai arkitek, demi kenderaan
buatan Jepun itu. Sebaik habis degree terus cari kerja demi kegilaannya untuk
memiliki jentera impiannya itu.
Siap mengelap
bahagian depan keretanya, Faiz mencapai kotak rokoknya. Sebatang rokok dicapai
dan dibakar sebelum disuakan ke mulutnya. Asap rokok di sedutnya dalam-dalam
dan dilepaskan perlahan-lahan. Melepaskan kepenatan.
Pandangannya
dihalakan ke dalam rumah. Mencari Haiza. Tatkala matanya menangkap susuk tubuh
tembam itu sedang mengemop lantai, dia senyum sendiri. Comel bila Haiza
termengah-mengah sambil mencekak pinggangnya bila penat menyental lantai marmar
rumahnya.
Tiba-tiba akal jahatnya muncul.
Lantas dia menggamit wanita itu.
“Iz nak apa?”
soal Haiza sedikit menjauh apabila melihat kepulan asap rokok Faiz.
“Lap kereta
aku!” arah Faiz bersahaja. Wajah berkerut tidak puas hati milik isterinya
mengundang tawanya dalam hati.
“Tapi Ija
tengah mop lantai kat dalam,” bangkang Haiza. Penat menyental lantai dalam
rumah pun belum habis lagi suaminya suruh pula menggilap kenderaan merah hati
itu. Termengahlah macam ni!
“Lap!” tegas
Faiz dengan muka seriusnya. Haiza tanpa mempedulikan lelahnya segera mengambil
kain yang terletak di atas kereta dan menggilap kenderaan itu.
Faiz senyum kemenangan.
Arahan demi arahan dikeluarkan. Haiza hanya menurut walaupun terkadang
terdengar rungutan kecil terluah dari bibir munggilnya. Seronok Faiz mengenakan isterinya itu. Namun,
keseronokkannya tidak lama apabila dia terkesan sesuatu pada raut wajah itu.
Haiza mula
memegang dadanya. Nafasnya sudah tidak teratur. Penat! Tambahan pula, dia sudah
lemas dengan asap rokok yang dihembuskan oleh Faiz sedari tadi. Nafas mula
ditarik dan dihembus berat. Dia cuba menyembunyikan ketidakselesaannya dengan
berlalu ke dalam rumah. Tapi, tidak
dapat bergerak apabila tangan Faiz sudah mencengkam lengannya.
“Kau kenapa?
Pucat je”
Haiza
menggeleng. Menyedapkan hati lelaki itu meskipun dadanya sakit bukan kepalang!
Saluran pernafasannya sudah merasa sesak dan sempit. Bagai tiada oksigen boleh
disedutnya. Dadanya dicengkam erat dengan tangan. Benar-benar kesakitan!
Faiz panik!
Wajah pucat dan nafas yang sudah tidak teratur itu benar-benar membuatkan
hatinya tidak keruan. Pantas tubuh wanita itu dicempung dan dimasukkan ke dalam
kereta. Haiza sudah kelihatan tidak
bermaya.Sebaik mengunci pintu rumahnya, kenderaan Mitsubishi itu dipecut ke
klinik berhampiran.
“Nasib baik
you sampai cepat!” ujar doctor cina itu pada Faiz sejurus merawat Haiza.
“Kenapa dengan
my wife doc?” Tanya Faiz. Ingin tahu.
“Wife you tu ada asthma. Sebab kepenatan
sangat penyakit dia datanglah. Dia takde inhaler
puff tu ke?” doctor cina itu sudah melabuhkan duduknya di kerusi.
Faiz mengerutkan dahinya sebelum
menggeleng.
“ Saya tak
perasan pulak sebab kami baru kahwin. Dia pun takde pulak bagitahu saya,” jelas
Faiz. Baik berterus terang daripada mengaku tahu serba-serbi.
Doctor lelaki itu hanya
mengangguk. Faham.
“ Takpelah.
You boleh ambil ubat kat luar. Next time
suruh dia jangan buat kerja berat-berat. Jauhkan dia dari makanan dan minuman
sejuk, berkolestrol dan asap rokok,”nasihat doctor Chan.
Faiz tersentak!
Rokok pun tak boleh? Agaknya sebab itulah Haiza kelelahan. Lelah hidu asap
rokok, lelah dibuli dirinya.
“Thanks doc,” ucap Faiz sebelum berlalu ke
kaunter farmasi diluar.
Sampai sahaja
di rumah, Haiza sudah meluru ke dapur. Dia ingin menyiapkan makan tengahari
mereka. Walaupun, baru baik dari sakit dia tak mahu Faiz kelaparan kerananya.
Bahan-bahan basah dikeluarkan dari peti.
Faiz pelik
apabila bayang Haiza menghilang. Sangkanya wanita itu pasti akan berehat di bilik
mereka. Namun, jangkaannya meleset. Segera dia turun semula ke ruang tamu.
Matanya meliar ke segenap ruang tamu, tapi tetap isterinya tiada di situ
sehinggalah dia bergerak ke dapur.
“Kau buat apa
ni?”tegur Faiz sambil bercekak pinggang. Sakit-sakit pun nak masak lagi!
Haiza berpaling menghadap Faiz. Raut wajah itu tegang. Marah agaknya.
“Ija...ija nak
masak untuk Iz lah,”jawabnya.
“Dah, tak
payah. Tinggal. Aku beli makanan kat luar je untuk kita. Sekarang kau tu kena
rehat,” kata Faiz lalu ditariknya tangan Haiza menuju ke kamar mereka.
Haiza melabuhkan
duduknya di birai katil. Apabila sedar Faiz merenungnya, dia mengalihkan
pandangannya ke tempat lain.
“Kenapa kau tak pernah bagitahu
aku yang kau ada lelah?”
Haiza diam.
“Kalau aku
tanya, maksudnya aku perlukan jawapan,” suara Faiz sudah meninggi. Keras.cukup
untuk menggentarkan Haiza.
“Kalau Ija
bagi tahu pun Iz kisah ke? Iz peduli ke?”
Faiz mengeluh.
Dia tahu dia salah. Haiza betul.Selama ini Haiza hanya di anggap teman
seranjangnya sahaja. Teman yang memenuhi kehendak batinnya. Tidak pernah dia
bertanya penat lelah isterinya itu. Bicara pun bila perlu sahaja.
Haiza menahan
air matanya daripada menitis membasahi pipi. Cukuplah selama ini dia berendam
air mata saban malam demi mengenangkan hakikat yang dia tidak lebih sekadar
tempat melepaskan nafsu lelaki itu.
Faiz merapati
tubuh Haiza. Lalu melabuhkan punggungnya disebelah wanita itu. Tangan isterinya
di elus lembut.
“Maafkan aku
sebab abaikan kau. Aku janji lepas ni aku akan concern semua pasal kau,” pujuk Faiz sedikit mendatar. Namun, cukup
untuk menyentuh hati kecil Haiza.
Haiza pandang mata kuyu milik
suaminya. Ada sinar keikhlasan didasarnya.
“Dah, kau
baring. Rehatkan diri. Kejap lagi kau bangun kita makan,”
Haiza mengangguk lantas tubuhnya
direbahkan ke tilam.
***
“kita nak cari apa lagi Iz?”tanya
Haiza sambil membuntuti langkah suaminya dari belakang.
Faiz
berpaling. Troli yang ditolaknya sedari tadi dibiarkan di tepi. Wajah Haiza
yang kepenatan di pandang lama.
“Kenapa kau
dah penat?”Lembut Faiz menyoal.
Haiza
menggeleng perlahan. Dia mengusap perutnya. Manakala Faiz sudah membuntangkan
matanya! Takkanlah?
“Kau
mengandung?” tinggi sudah suara Faiz. Dia mendorong tubuh wanita itu duduk di
kerusi yang disediakan di pusat membeli-belah itu.
Haiza
mengerutkan dahinya. Bila masa pulak aku cakap aku mengandung? Takkanlah usap
perut sendiri pun dah kira mengandung?
“Ija kau jangan cakap kat aku yang kau mengandung! Aku...aku tak sedia lagi ni!” marah Faiz tiba- tiba. Dia betul-betul tak bersedia lagi nak jadi seorang bapa. Bukan sekarang!
“Ija laparlah!” jawab Haiza ringkas. Apalah Faiz
ni, orang bagi hint lapar dia ingat
aku mengandung pulak!
Faiz melepaskan nafasnya. Lega!
“O..okey. jom
kita pergi makan,” ajak Faiz seraya bangun. Lebih kepada nak menutup malu.
Haiza pula
masih diam membatu di kerusi. Kenapa reaksi Faiz tadi macam tu? Dia tak suka ke
kalau betul aku mengandung? Kalaupun aku mengandung itukan anak dia jugak.
“Tunggu apa
lagi tu?”
Haiza
tersentak lantas bangun bergerak mendekati suaminya. Wajah Faiz dikerling
sekejap. Agak-agaknya bilalah Faiz nak anggap aku macam isterinya. Layan
selayaknya aku sebagai bidadarinya?
BAHAGIAN pakaian dalam wanita itu
dipandang gelisah oleh Haiza. Nak masuk,
tapi Faiz pulak disebelah. Macam mana ni?
Kegelisahan
Haiza dikesan juga oleh Faiz. Matanya menyorot mengikut anak mata isterinya.
Dia senyum nakal sebaik sahaja menangkap maksud anak mata wanita itu. Nak beli ‘anak-anak’
ye..desis hati kecilnya. Idea nak mengenakan Haiza muncul.
“Aku nak pi gents kejap kau jaga barang. Kalau kau
nak cari barang pergilah. Nanti aku call,”ujar
Faiz .
Haiza lega.
Akhirnya dapat jugak dia ke bahagian itu. Tanpa berlengah dia bergerak masuk ke
dalam. Faiz hanya memandang sambil tersenyum di sebalik dinding.
Haiza
mengeluh. Inilah masalah dia apabila datang ke tempat macam ni. Susahnya nak
buat pilihan! Dua-dua cantik! Dua-dua menarik hatinya.
“Ambil aje
dua-dua,” tegur satu suara.
Haiza terkejut! Serentak itu dia
berpaling. Faiz!
“Bi...bila Iz
datang? Ke..kena...kenapa tak call
Ija dulu?” tergagap-gagap Haiza menyoal
suaminya. ‘anak-anak kecilnya’ di lepaskan ke tempatnya kembali. Malu dan
terperanjat menjadi satu. Kenapalah lelaki itu perlu datang sekarang?
“Dah lama kot.
Sempatlah tengok kau pilih baju kecil kau ni?”Selamba Faiz mengambil semula
‘anak-anak kecil’ yang Haiza pilih sebentar tadi dan di sua ke tangan wanita
itu. Teragak-agak Haiza mengambilnya. Mukanya juga sudah bertukar warna demi
mendengar pengakuan Faiz tadi.
“Kau malu ke?”
Faiz masih mahu mengusik isterinya lagi. Wajah kemerah-merahan Haiza di pandang
dalam. Senyuman mula terukir.
Haiza mengalihkan pandangannya ke
arah lain. Ya, Allah segannya aku!
“Apa yang kau
nak malu sangat ni? Kan lebih daripada ni pun aku dah tengok! Aku rasa saiz kau
pun aku tahu! Nak aku sebut ke saiz kau?” giat Faiz mengocak emosi Haiza.
Kelam kabut
Haiza menggeleng. Haish, Faiz ni kat tempat awam macam ni pun nak bercakap
’18sx’ dengan dia!
“Dah la. Jom
balik!” ajak Haiza segera berlalu. Tidak jadi dia nak membeli ‘baju kecil’ itu.
Ini semua Faiz punya pasallah!
Faiz menggamit
pekerja wanita di situ dan menyerahkan ‘baju kecil’ yang tidak jadi dipilih
isterinya sebelum berlalu ke kaunter pembayaran. Tersipu-sipu pekerja wanita
itu melihat dia menyerahkan pakaian dalam itu. Dia juga malu. Tapi ini sudah
abad ke berapa untuk malu dengan perkara sebegini? Open minded la sikit!
Ketika membuat
pembayaran, mata Faiz tertancap pada sehelai gaun malam yang sangat cantik!
Pasti bertambah cantik jika tersarung pada tubuh isterinya. Kerana berkenan,
gaun itu turut disekalikan dengan pakaian dalam tadi. Selesai membuat
pembayaran dia segera mendapatkan Haiza yang memandangnya pelik kerana lewat
keluar dari bahagian itu.
Malam itu
Haiza merebahkan tubuhnya di atas sofa di ruang tamu. Bayang Faiz sudah tidak
kelihatan sebaik sahaja mereka selesai menikmati makan malam. Di bilik kerja
agaknya! Matanya dipejamkan. Dia teringat kejadian siang tadi. Dalam dinginnya
Faiz, nakalnya masih ada.
Dia
benar-benar tidak sangka yang Faiz betul-betul belikannya kedua-dua pakaian
dalam itu. Faiz benar-benar di luar jangkaan! Malah Faiz juga telah
membelikannya sepasang gaun tidur malam. Naik merah padam mukanya melihat gaun
yang seksi itu. Faham apa yang terselit di dalam fikiran Faiz.
Kalau dulu,
dia hanya memandang Faiz sebagai teman serumah sahaja, tapi kini Faiz telah
menunjukkan sisi dirinya yang sebenar. Dingin namun tetap ada hangatnya! Bukan
dia tidak kenal Faiz, bekas pelajar sekolah Tunas Bakti, sekolah untuk
budak-budak nakal dan anak ketua kampong yang selalu buat masalah. Tanya sahaja
siapa tak kenal Faiz dalam kampong tu. Agaknya budak kecil pun tahu!Tapi kini
Faiz telah membuktikan yang nakal-nakal dia pun ada ijazah!
Namun, satu
sahaja yang masih dia tidak faham sehingga kini, kenapa Faiz beria-ia nak
kahwin dengannya? Dia sukakan aku ke?
“Jauh kau
termenung? Teringatkan siapa?”
Haiza terperanjat seketika kerana
teguran tiba-tiba Faiz. Bila masa pulak dia ada kat sini?
“Err...Tak...tak
teringat kat siapa-siapa,” balasnya lambat-lambat. Kurus semangat dia kalau
selalu suaminya ini muncul dengan tiba-tiba macam ni.
Faiz
menjungkitkan bahunya sebelum melabuhkan duduknya di sebelah Haiza. Alat
kawalan tv dicapai dan dibuka. Dari satu saluran ke satu saluran yang lain
ditukarnya, namun satu pun gagal menarik minatnya serentak itu alat kawalan dan
siaran tv dibiarkan sahaja terpasang.Dia beralih menghadap Haiza.
“Kau tak
ngantuk ke?” Soal Faiz tepat merenung anak mata isterinya.
Haiza
memandang jam dinding yang terletak diruang tamu. Baru pukul 9. Lantas
kepalanya digelengkan.
“Awal lagi nak
tidur. Ka..kalau Iz nak tidur, Iz tidur la dulu,”
Faiz diam. Dia
sememangnya penat hari ini. Penat memandu dan penat berjalan satu mall untuk
cari barang keperluan rumah. Sebaik tiba di rumah dia terus membersihkan diri
dan makan malam sebelum bilik kerjanya diserbu. Menyiapkan pelan-pelan yang
masih tergendala.
Perlahan dia
merebahkan kepalanya diribaan isterinya. Tangan Haiza di capai dan diletakkan
di atas kepalanya. Haiza tergamam! Lain macam pulak mood suami aku malam ni...
“Tolong elus
rambut aku,” pinta Faiz lembut.
Haiza
mengangguk perlahan. Rambut hitam pekat milik Faiz dielusnya lembut. Persis
seorang ibu membelai rambut anaknya. Faiz tersenyum manis. Gembira!
“Kau ingat tak
masa kau kecil dulu kau pernah belajar mengaji kat masjid. Masa kau nak balik
kau terserempak dengan budak lelaki ni yang tak pandai nak bezakan mana selipar
untuk kaki kanan dan kiri,” cerita Faiz sebelum berhenti sebentar. Memberi
peluang untuk wanita itu mengingati.
Haiza
mengetapkan bibirnya. Dahinya sudah berkerut-kerut untuk mengingatinya. Lama.
Dalam 10 minit barulah memori itu kembali ke dalam kotak ingatannya. Budak
lelaki yang pernah ditolongnya untuk pakaikan selipar!Tapi apa kaitan budak
lelaki tu dengan Faiz?
“Aaah, Ija dah
ingat. Budak tu selalu biar budak-budak
belajar mengaji balik dulu sebab dia malu nak jalan dengan selipar
terbalik dia,” kata Haiza lantas tersenyum. Kenangan itu benar-benar mencuit
hatinya. Agak-agaknya budak lelaki tu dah pandai bezakan selipar kanan dengan
kiri ke?
“Hmmm...Jangan
nak senyum lebih-lebih,” keras suara Faiz.
Haiza mematikan senyumannya. Itu
pun nak marah! Erk...marah ke cemburu?
“Kau nak tahu
sesuatu...”
Haiza memandang
Faiz, menanti jawapan. Gementar pulak apabila mereka saling berbicara dari hati
ke hati macam ini.
“...budak
lelaki tu.... aku,” sambung Faiz bersahaja.
Terhenti
elusan tangan Haiza pada rambut Faiz. Faiz pandang wajah isterinya. Pelik
apabila gerakan lembut di rambutnya terhenti.
“Kenapa?”
Haiza menggeleng.
“Tak sangka
pulak itu Iz,” jawab Haiza perlahan. Memang dia tidak percaya itu Faiz. Budak
lelaki yang pernah dia tolong beberapa tahun lalu itu sedikit tembam berbanding
yang ada di depannya sekarang ini. Dan yang penting, budak lelaki itu dulu baik
dan manja. Tapi yang sekarang...
“Kenapa tak
sangka?” Faiz masih memakukan pandangannya pada wajah Haiza yang mendung
tiba-tiba.
“Err...sebab...sebab
budak lelaki yang Ija tolong dulu tu, tembam, comel dan manja,”
“Habis tu
sekarang?” pangkas Faiz pantas.
“Sekarang...er...”Haiza
tak tahu nak jawab apa.
“Sekarang...budak
lelaki tu dah jadi lelaki dewasa yang handsome, sasa dan matang. Suami kau
lagi!”sambung Faiz yang lebih kepada memuji diri sendiri.
Haiza mencebik! Yelah tu...
“Kalau awak
rasa macam tu, betullah kot,” Haiza malas nak komen apa-apa. Karang tak
pasal-pasal kena marah.
Faiz senyum
ringkas mendengar ‘maklum balas’ tak berapa ikhlas dari isterinya.Jarum jam di
dinding dikerling. Pukul 10.30 dah? Masa berlalu pantas tanpa mereka sedari.
Faiz angkat badannya. Berdiri.
“Jom, masuk
tidur,”ajak Faiz lalu tangan isterinya di capai.
“Tapi saya nak
tengok tv lagi,” protes Haiza. Pandangan mata Faiz yang tajam menghantar seribu
satu makna. Haiza faham itu.
“ Get into room right now!” tekan Faiz.
Haiza mengeluh. Ingatkan dah okey
perangai dingin dia tu. Kata hati Haiza
lalu berdiri.
“Lagipun,
takkan kau tak nak bagi upah kat aku sebab bawa kau jalan-jalan siang
tadi,”bisik Faiz nakal.
Haiza
membulatkan matanya tidak percaya. Mahu tidak mahu terpaksa juga dia ikut
langkah Faiz memandangkan lelaki itu sudah pun menuntunnya menaiki tangga.
HAIZA menekan nombor telefon
suaminya beberapa kali. Geram apabila panggilannya tidak diangkat, dia
mengambil tindakan untuk meninggalkan pesanan ringkas sahaja untuk memberitahu
yang dia mengikuti Salmah, rakan baiknya jalan-jalan sekitar Kuala Lumpur.
“Faiz tak
marah ke kau keluar ni?” Tanya Salmah. Risau. Bukan dia tak kenal Faiz, anak
ketua kampong yang dulu selalu buat masalah.
“ Dia tak
angkat call aku tadi. Tapi aku dah
mesej dia tadi. Sibuk agaknya,” balas Haiza sambil menghirup air jus tembikai
miliknya.
“Kau okey ke
kahwin dengan budak Faiz tu? Dia kan pernah masuk...”
“Sal, buruk
baik Faiz tu dia suami aku. Walaupun dia pernah masuk sekolah pemulihan akhlak,
sekolah untuk budak-budak nakal, tak semestinya dia jahat selamanya...” pangkas
Haiza.tahu apa yang bakal keluar dari teman baiknya itu.
“...lagipun
dia dah Berjaya pun sekarang. Ada kerjaya, ada rumah, kereta dan sekarang bini
pun dah ada!” sambung Haiza sambil menyelitkan jenakanya.
Salmah ketawa kecil. Benarlah,
Haiza sudah bahagia sekarang. Lega sikit hatinya.
“Kau bila
pulak nak kahwin ni?”Soal Haiza.
Salmah sengih sahaja.
“Aku tunggu
kerabat diraja Brunei datang masuk meminang. Hehehe...” gurau Salmah disambut
ketawa Haiza.
Dalam mereka
rancak bersembang, mata Haiza tertancap pada susuk tubuh yang sangat
dikenalinya. Faiz! Dengan perempuan lain??? Hatinya berdebar kencang! Mata
pulak rasa macam nak terkeluar tengok pemandangan di depan matanya ini. Saat
mata kedua-duanya bertembung, dunia seakan terhenti masanya. Faiz dengan
pandangan tajam menikam, tak kurangnya dengan pandangan Haiza. Dua kali lima sahaja
sama tajamnya!
“Haiza!”
Salmah melayang-layangkan tangannya di depan muka Haiza tatkala melihat wanita
itu kaku sendiri. Kenapa pula Haiza ni?
“Sal jom kita
gerak. Teman aku cari barang sekejap,” ujar Haiza. Dia malas nak berlama-lama
di situ. Entah kenapa hatinya rasa seperti ditikam-tikam apabila melihat Faiz
bersama wanita lain. Tanpa membuang masa kedua-dua wanita itu bergerak
meninggalkan kawasan restoran.
***
Haiza melepaskan keluhan beratnya
tatkala melihat kereta milik suaminya sudah tersadai elok di hadapan rumah.
Awal pulak dia balik. Kalau ikutkan hatinya, mahu sahaja dia bermalam di rumah
Salmah. Tapi memandangkan dia risau Salmah beranggapan yang
bukan-bukan,terpaksalah dia membatalkan hasratnya itu. Kereta Salmah yang baru
sahaja berlalu dipandangnya sayu sebelum melangkah masuk kerumah.
“Mana kau
pergi?” Bergema kuat suara Faiz menyapanya pulang petang itu.
Haiza yang
baru sahaja menutup pintu rumah terkejut mendengarnya. Seraut wajah Faiz yang
tegang dipandangnya dalam.
“Jumpa kawan,”
Bersahaja Haiza menjawab. Lansung tiada gentar seperti sebelum ini.
Faiz mengetap
bibirnya. Dia tahu Haiza nampak dia tengahari tadi makan bersama Fasha, rakan
sekerjanya. Dia bimbang kalau-kalau Haiza beranggapan yang buruk padanya. Tapi
dia tidak tahu bagaimana nak berbicara dengan lemah lembut. Bukan caranya!
“Duduk, kita
bincang,” arah Faiz lalu melabuhkan punggungnya di atas sofa yang terdapat di
sudut ruang tamu.
Haiza teragak-agak untuk duduk di
sebelah Faiz. Tapi, dia tetap duduk juga.
“Tengahari
tadi kau nampak aku makan tengahari dengan Fasha kan?” Tanya Faiz.
Haiza mengangguk perlahan.
“Kau marah?”
Haiza mengetapkan bibirnya.
“Ija takde hak
nak larang Iz makan dengan siapa pun Iz suka. Ija sedar yang Ija ni Cuma teman
seranjang Iz. Bila Iz nak, Iz datang pada Ija. Ija faham,” luah Haiza. Sayu.
Faiz tergamam.
Pada mulanya memang dia Cuma menganggap isterinya itu begitu. Tapi, kini dia
sudah mula terima Haiza sebagai teman istimewanya. Haiza sahaja yang tidak
tahu. Malah, demi wanita itu dia sanggup berhenti merokok, minum minuman keras
dan tidak lagi mengunjungi kelab malam seperti diawal perkahwinan mereka.
Semuanya demi Haiza!
Haiza
memandang Faiz apabila lelaki itu tidak membalas kata-katanya. Raut wajah Faiz
yang mendung menambahkan rasa peliknya. Dia marah, tapi tak sembur macam
selalu. Kenapa?
“Aku naik
dulu,” Faiz beredar tanpa berkata apa-apa pada isterinya itu. Haiza semakin
hairan.
SIAP membersihkan diri, Haiza
berlalu ke almari pakaian. Mencari baju tidur untuk dipakai. Rambut yang masih
basah dibiarkan beralun bebas. Di saat dia leka mencari pakaiannya, Haiza
terasa tubuhnya dipaut dari belakang. Faiz! Dia kenal dengan bau badan lelaki
itu. Ciuman hangat di bahu dan lehernya
dari Faiz di terima seadanya. Haiza masih terasa hati dengan Faiz! Dia
tertunggu-tunggu penjelasan dari Faiz. Sekurang-kurangnya dengan penjelasan
dari Faiz dia tahu mana letak dirinya dalam hati lelaki itu.
Faiz
memalingkan tubuhnya. Saling berhadapan. Haiza memejamkan matanya saat wajah
Faiz mendekat dan mengucup bibirnya.
Faiz
kemudiannya mencempung tubuh isterinya ke katil dan membaringkannya di situ.
Ubun-ubun Haiza dicium lembut. Menzahirkan rasa cintanya pada wanita itu.
“Percayakan
aku! Dalam hati aku hanya ada nama kau. Dah tak muat dah nak simpan nama
perempuan lain,” bisik Faiz di telinga Haiza.
Haiza tersenyum manis mendengar pengakuan
suaminya itu. Akhirnya! Biarpun Faiz tidak melafazkan cinta, namun Haiza tahu
lelaki itu sudah menempatkannya dalam hati. Hanya dia seorang! Lega!
Tangannya
melingkar ke leher Faiz sebelum mengucup
dahi lelaki itu. Pertama kali dia ikhlas menyerah hatinya pada lelaki itu tanpa
linangan air mata yang menjadi teman.
***
“Sayang, bangun! Subuh!” Gerak
Faiz lembut. Dia sudah bertekad. Dia mahu berubah! Dia mahu membina sebuah
perkahwinan yang bahagia dan yang penting di redhai Allah S.W.T! Bagaimana nak
mendapat keredhaan Allah? Jangan buat apa yang dilarangNya dan ikuti
perintah-Nya. Salah satu perintah-Nya adalah mengerjakan solat lima waktu!
Haiza memisat matanya lembut.
Siapa pulak yang panggil aku sayang tengah malam buta ni? Entah-entah hantu?
Cepat-cepat dia memeluk Faiz yang di sebelahnya. Eh, kenapa badan suami aku ni
lembut sangat? Haiza mencelikkan matanya. Ini bukan Faiz! Ini bantal peluk!
Faiz ketawa besar melihat gelagat
isterinya itu. Macam budak-budak! Mungkin dia ingat bantal peluk tu aku kot?
Haiza...Haiza...
“Iz! Apa gelakkan Ija?” marah
Haiza. Dia malu sebenarnya.
“Sorry. Dah sayang bangun okey.
Subuh dah nak masuk ni. Iz tunggu kita jemaah sama-sama,” arah Faiz dengan
lembut. Terkedu Haiza mendengarnya. Faiz? Imam? Solat? Ahh, apa-apalah! Yang
penting dia sangat bersyukur dengan perubahan suaminya itu.
Alhamdulillah,doanya diterima Allah! Cepat-cepat Haiza bangkit dan menuju ke
bilik air. Hari ini subuh pertamanya berimamkan Faiz! Yeay!
“Okey, Iz tunggu Ija tau! Ija
mandi sekejap je!” jerit Haiza, riang.
Faiz gelengkan kepalanya.
Macam-macam...
MAK KIAH memandang tepat ke muka
Haiza yang sibuk membuat minuman untuk santapan petang. Muka anak gadisnya yang
berseri-seri itu mengundang rasa lega dalam hatinya. Dia bimbang sekiranya
Haiza tidak bahagia hidup bersama Faiz, anak ketua kampong itu. Dalam hati tetap merasa pelik, mengapa anaknya itu
yang Faiz suka? Tambahan dengan sokongan kuat si Helmi yang bersetuju dengan
ikatan perkahwinan itu membuatkan hati tuanya gusar sendiri. Bukan dia tidak
tahu yang si Helmi dan Faiz itu seteru. Tapi, sekarang tiada apa yang perlu
dirisaukan, kerana raut wajah Haiza yang bahagia membuatkannya yakin yang Faiz
menjaganya dengan baik!
“Mak,” Panggil
Haiza. Pelik melihat ibunya yang ralit memandang wajahnya.
“Haa...kenapa?”
Soal Mak Kiah setelah sedar dari lamunannya.
“Mak tu
pandang Ija macam nak makan. Ada yang tak kena ke dengan muka Ija ni?”
Mak Kiah menggeleng seraya
tersenyum.
“Mak saje je
nak tengok muka anak mak ni. Makin tembam mak tengok kamu ni, dah berisi ke?” usik Mak Kiah.
Haiza memegang kedua-dua belah
pipinya.
“Mana ada! Mak
ni memandai je. Memang macam ni kan
badan Ija dari dulu,” sangkal Haiza lalu menarik muncungnya. Merajuk!
“Alaa...Merajuk
pulak dah dia. Amboi, sekarang ni mak nak gurau pun tak boleh. Pembawakan baby ni,” gurau Mak Kiah lagi.
Muka Haiza sudah kemerah-merahan menahan malu. Ada ke situ pulak mak
ni. Dengar dek Faiz karang mampus aku!
Dia masih teringat kata-kata amaran Faiz yang keras tidak mahukan anak
kerana lelaki itu masih tidak bersedia untuk menimang cahaya mata. Tapi tidak
pernah pula dia melihat Faiz menggunakan sebarang alat pencegah kehamilan. Pada
dirinya juga Faiz tidak pernah berpesan mengambil sebarang pil perancang
kehamilan. Cuma Faiz tidak akan menyentuhnya semasa dia dalam keadaan subur.
“Hah, termenung pulak dia! Dah pergi panggil suami dengan abang kamu
turun minum petang. Mak nak pergi panggil ayah kamu kat belakang,” pesan Mak
Kiah sebelum bangkit keluar rumah.
Haiza
mengangguk faham.
HELMI
memandang tajam ke arah Faiz yang sedang duduk santai di atas sofa ruang tamu
sambil membelek Ipad. Tubuh sederhana sasa itu didekatinya dan melabuhkan
duduknya di kerusi yang bertentangan dengan sofa yang diduduki Faiz.
“Bila kau nak lepaskan adik aku?” Helmi bertanya kasar. Dia tidak mahu
adiknya itu terus berada dalam permainan Faiz.
Faiz meletakkan ipad miliknya di atas meja kopi di sebelahnya demi
mendengar pertanyaan yang keluar dari mulut abang iparnya itu.
“Kau nak sangat ke adik kau tu jadi janda?” Soalan dibalas soalan juga
oleh Faiz. Keningnya sudah menjungkit tinggi. Mencabar!
“Aku lagi rela adik aku tu jadi janda dari terus terseksa hidup dengan
kau!” marah Helmi masih dengan suara yang dikawal.
Faiz senyum
mengejek.
“Betul ke
Haiza terseksa hidup dengan aku? Cuba kau teliti sikit muka dia tu, ada gaya
orang merana ke?” Tanya Faiz sambil memeluk tubuhnya. Dia yakin Haiza bahagia
hidup disisinya setelah kes Haiza cemburu melihat dia makan tengahari bersama
Fasha.
Helmi mendengus kasar. Tidak
berpuas hati.
“Aku akan bagi
tahu Haiza tentang pertaruhan kita,” ugut Helmi.
Faiz terkedu!
Tidak, dia tidak sanggup Haiza mengetahui tentang pertaruhan itu. Dia tidak
sanggup kehilangan Haiza sebab pertaruhan bodoh itu. Dia sudah cintakan Haiza
dan dia tidak mahu isterinya itu membencinya sebab pertaruhan itu!
“Jangan kau
berani bagitahu dia Helmi! Dia isteri aku dan sampai bila-bila dia akan jadi
isteri aku!”tegas Faiz.
Helmi tergamam
mendengarnya.
Faiz berlalu
ke dapur. Dia ingin mencari Haiza dan memeluk wanita itu. Hatinya rasa berat
apabila memikirkan tentang pertaruhan bodoh yang akhirnya mengikat Haiza dalam
perkahwinan ini. dia risau sekiranya Haiza merasa tertipu dengannya gara-gara
pertaruhan itu.
Haiza yang
sedang membasuh pinggan tergamam seketika apabila suaminya memeluknya dari
belakang.
“Iz,terkejut
Ija.Ija baru nak pergi panggil Iz dengan Abang Mi makan,”kata Haiza lembut.
“Hmm...awak
lama sangat kat dapur. Iz rindu,” bisik Faiz perlahan. Matanya terasa hangat.
Ingin menangis. Namun, di tahannya.
“Iz ni
manjalah. Lama apanya,” balas Haiza lalu memusingkan badannya menghadap suami
tercinta. Wajah Faiz ditatap penuh kasih. Hatinya merasa sedikit hairan melihat
mata kuyu Faiz seperti berkaca. Seolah-olah ingin menangis.
“Kenapa ni?
Ada masalah ye?” Prihatin Haiza bertanya.
Faiz menggeleng lantas
menghadiahkan senyuman manis pada isterinya itu.
“Selama hampir
enam bulan kita bersama sayang bahagia
tak?” Faiz ingin tahu.
“Bahagia sangat-sangat.
Ija kalau boleh nak ada...” Haiza terhenti bicaranya. Dia risau kalau dia
meneruskan kata-katanya Faiz akan marah.
“Nak ada apa?”
Faiz pelik mendengar ayat isterinya yang tak habis itu.
“Iz janji tak
marah,” pinta Haiza.
Faiz
mengangguk laju.
“Ija kalau
boleh nak ada anak dengan Iz. Itu pun kalau Iz tak kisah,”perlahan sahaja Haiza
bersuara. Bimbang juga Faiz melenting kerana membangkitkan isu yang lelaki itu
tidak suka.
Faiz diam.
Tubuh isterinya ditarik ke dalam dakapannya semula. Simpatinya tumpah pada
Haiza. Bukan dia tidak mahukan cahaya
mata cuma dia tak bersedia. Dirinya masih banyak yang perlu diperbaiki. Dia
juga inginkan anak. Lambang kasih dan cintanya. Tapi sebelum itu dia perlu
betulkan dirinya dahulu supaya menjadi ketua keluarga yang dapat memimpin
isteri serta anak-anaknya ke jalan yang di redhai Allah S.W.T.
Helmi
tersenyum senang melihat Faiz dan adiknya di sebalik pintu dapur. Dia dapat
merasakan betapa lelaki itu mencintai adik perempuannya. Masakan lelaki tidak
mengerti sesama lelaki?
***
“Faiz, kau
betul-betul serius ke dengan Haiza tu?”Soal Halim dengan raut wajah yang pelik.
Penat dia berkejar ke rumah ketua kampong itu sebaik sahaja tahu yang Faiz ada
di situ.
Faiz senyum.
“Kenapa kau
tanya aku soalan macam tu?”
“Yelah...aku
ingat kau Cuma nak rasa budak Haiza tu supaya Helmi rasa looser sebab kau dah rosakkan adik dia. Lepas tu habis madu sepah
di buang la. Itu yang aku fikir kau akan buat,”jelas Halim lalu senyum penuh
makna.
“Jadi sekarang
kau tengok aku macam mana?” Soal Faiz lagi.
Halim memandang wajah lelaki di
hadapannya ini.
“Sekarang aku
tengok kau macam betul-betul serius. Dah tak macam dulu. Betul-betul tangkap
cintan dengan budak tu,” balas Halim dengan yakin.
Faiz tergelak mendengarnya.
Memang dia dah tangkap cinta dengan Haiza.
“Jadi sekarang
macam mana dengan pertaruhan kau tu? Haiza tahu tak yang abang kesayangan dia
tu dah jadikan dia sebagai ‘hadiah’ untuk kau dalam pertandingan lumba haram
korang tu?” Halim masih menyoal. Tidak puas hati kalau Faiz hanya membalasnya
dengan senyuman dan ketawa sahaja dari tadi.
Faiz menggeleng.
“Dia tak tahu
dan aku harap dia tak tahu sebab...”
“Sebab apa
Iz?”
Faiz dan Halim sama-sama
berpaling ke arah suara itu. Haiza!
Faiz bangun
dan mendapatkan isterinya itu. Manakala Halim bertindak meminta diri. Tidak
mahu terlibat dalam pergaduhan suami isteri itu.
“Ija...please dengar saya jelaskan hal yang
sebenar,” pinta Faiz separa merayu.
“Saya dah
dengar semuanya Faiz Hasbullah! Cukup untuk saya buat kesimpulan,”Haiza sudah
menitiskan air matanya. Sungguh dia tidak sangka yang dirinya hanyalah hadiah
pertaruhan! Cagaran untuk Faiz dari abang kandungnya sendiri, Helmi. Hancur
hatinya!
Faiz memandang
tubuh isterinya yang berlalu ke dalam rumah dengan perasaan sebal. Dia sudah
melukakan hati wanita itu.
SUDAH seminggu Haiza melancarkan
perang dingin dengan Faiz. Walaupun makan dan pakaian lelaki itu masih
dijaganya, namun untuk berbual seperti dahulu adalah sesuatu yang tidak
mungkin!
Bunyi kereta
memasuki laman rumah menarik minat Haiza. Awalnya Faiz balik? Langsir tingkap
diselak sedikit. Melihat lelaki itu semakin mendekat, dia cepat-cepat beredar
ke sofa.
“Assalamualaikum,”
Faiz memberi salam. Senyumannya melebar tatkala pandangan pertama tertancap
pada wajah sang isteri.
Haiza hanya
menjawab salam dalam hati sahaja. Bantal kecil sofa dibawa kedalam pelukannya.
Masih merajuk.
Faiz
melabuhkan duduknya disebelah Haiza. Tali leher yang dipakai dilonggarkannya.
Lega. Dia memandang wajah muram wanita itu. Sudah seminggu Haiza diam. Dia
rindukan Haiza yang dulu. Jadi, cukuplah seminggu ini dia membiarkan isterinya
itu melayan rajuk. Sekarang tibalah masanya untuk memujuk pula. Walaupun, dia
sendiri tak tahu bagaimana nak memujuk!
“Sayang, saya
mintak maaf,” pinta Faiz lalu mencapai tangan Haiza dan diciumnya.
Haiza memalingkan mukanya ke arah
lain. Tidak mahu memaafkan Faiz.
“Awak ingat
senang nak maafkan awak?” marah Haiza.
Faiz mengeluh panjang.
“Sampai bila
awak nak merajuk, marah-marah macam ni? Tak boleh ke awak lupakan je tentang
pertaruhan bodoh tu?”
Haiza pandang semula wajah lelaki
itu. Lupakan? Senangnya Faiz cakap!
“Saya tak
boleh lupakan! Saya terluka. Awak mempermainkan saya dan perkahwinan kita!”
serang Haiza. Matanya sudah mula bergenang.
“Itu dulu.
Sekarang saya dah betul-betul cintakan awak!” balas Faiz bersungguh!
“Yelah tu?
Agaknya sebab tulah awak tak nak ada anak kan? Sebab perkahwinan kita Cuma
pertaruhan. Awak tak nak bertanggungjawab kalau saya mengandung. Betul kan?”
perli Haiza lalu menjeling tajam pada Faiz.
Faiz mengurut
lehernya perlahan. Tak sangka begini payah nak memujuk bila isterinya merajuk .
lantas, kedua-dua tangannya berlabuh di atas bahu isterinya.
Faiz merenung
dalam mata Haiza. Menyalurkan rasa cinta yang semakin mekar dan tidak berbelah
bahagi kepada isterinya itu.
Hati haiza
berdebar kencang menatap pandangan suaminya itu. Perlahan-lahan amarahnya reda,
diganti dengan perasaan tenang tatkala pandangan mereka bersabung begini.
“Saya cintakan
awak. Maafkan saya kerana mempersendakan perkahwinan kita dan melukakan hati
awak sepanjang tempoh kita bersama. Saya berjanji akan membahagiakan awak dan
menjaga ikatan perkahwinan kita sampai akhir hayat saya,” luah Faiz,ikhlas.
Haiza
mengalirkan air matanya demi mendengar pengakuan dan janji lelaki itu. Perlahan
dia mengangguk, bersedia memaafkan dan melupakan segalanya. Dia tahu Faiz
ikhlas. Sepatutnya dia tidak bertindak melulu, merajuk bagai. Seharusnya dia
berfikiran matang. Faiz sudah meminta maaf dan dia harus memaafkan.
Faiz membawa
tubuh Haiza ke dalam pelukannya. Haiza memeluk lelaki itu dengan erat. Dia
tenang dalam dakapan Faiz. Lega setelah semua isi hati terungkai.
“Should we ...?” bisik Faiz perlahan dekat di telinga Haiza.Haiza melonggarkan pelukan. Pelik? Petang-petang begini
nak masuk bilik buat apa?
Faiz senyum
lebar. Dia tahu isterinya masih tidak dapat menangkap maksudnya tadi. Dia
kemudian menarik kembali tubuh isterinya ke dalam dakapan sebelum mencium
lembut bahu Haiza.
“Hari tu kata
nak baby? Nak bagilah ni. Lagipun
sayang tengah subur kan sekarang?” bisik Faiz lagi, nakal. Merah padam muka
Haiza mendengarnya.
“Iz!” jerit
Haiza. Malu!
Faiz tergelak
melihat wajah isteri kesayangannya yang sudah memerah kerana malu. Kepalanya
digeleng perlahan. Gadis ini tidak akan pernah habis malu rasanya! Takpe...dia
suka begitu.
“Eh,marah
pulak! Seminggu tau awak buat saya tidur kat bilik tamu. Itu yang saya balik
awal nak pujuk, mana tahu kalau dah okey malam ni boleh tidur peluk dia dan
boleh buat baby jugak,” sakat Faiz bila tawanya reda.
Haiza mengetap
bibirnya geram. Tiba-tiba idea nakalnya muncul. Tanpa melengahkan waktu, dia
berlari ke tingkat atas, ke dalam bilik tamu lalu menguncinya dari dalam.
Sengaja dia masuk ke dalam bilik itu. Faiz yang mulanya terpinga-pinga,
akhirnya turut berlari mendapatkan isterinya itu.
“Ija, bukak
pintu. Kalau Iz dapat masuk, ija jaga-jagalah,” ugut Faiz bersahaja. Kunci
pendua bilik sudah ada di tangannya. Hujung kunci dimasukkan kedalam tombol.
Haiza
tersenyum manis bila wajah Faiz muncul di sebalik pintu. Dia tahu lelaki itu
menggunakan kunci pendua untuk membuka bilik ini.
“Nakal ye.
Saje buat Iz penat kan?” Faiz menapak perlahan ke arah isterinya. Pandangannya
menggoda.
“Ija saje je
masuk bilik ni. Macam best jugak tidur sini. Iz tidurlah bilik kita, ija tidur
bilik tamu ni,” usik Haiza, bersahaja. Tidak dipedulikan Faiz yang sudah
mendekatinya di birai katil.
“Apa? Ija nak
Iz tidur sorang-sorang? Mana boleh!”Faiz sudah bercekak pinggang. Bengang!
“Apa
salahnya!” Selamba Haiza mengenakan Faiz. Dia suka melihat wajah masam mencuka
suaminya itu.
“Jangan buat
Iz macam ni lagi. Iz tak sanggup tidur sorang-sorang,” pinta Faiz perlahan
sebelum membawa tubuh isterinya ke dalam pelukannya. Haiza tersenyum
mendengarnya. Moga mereka lebih tabah menghadapi dugaan yang akan datang. Doa
Haiza dalam hati.
***
“Fahim Haikal!”Panggil Faiz kuat.
Haiza terkejut
mendengar suara Faiz yang kuat memanggil
satu-satunya anak lelaki mereka itu. Mesti ada yang tidak kenalah tu!
Bisik hati Haiza lalu bergerak ke ruang tamu, tempat Faiz berada. Wajah
suaminya itu tegang!
“Papa,” Fahim Haikal datang bersahaja ke arah
papanya. Raut wajahnya yang dingin mengingatkan Haiza pada Faiz ketika awal
perkahwinan mereka dulu. Bapak borek anak rintik betul!
“Cikgu
bagitahu papa Fahim ponteng kelas Muzik. Kenapa?” Soal Faiz, keras sebaik
sahaja anak terunanya itu duduk.
Fahim
Haikal memandang sebentar ke arah
mamanya, meminta bantuan dalam diam sebelum pandangannya jatuh pada anak mata
papanya yang sedang menahan marah.
“Fahim tak
suka kelas tu,” jawab Fahim Haikal, ringkas. Raut mukanya masih tidak
menampakkan apa-apa perasaan. Dingin selalu.
Faiz mengeluh
kasar. Nak dimarahi anak lelakinya yang berumur 16 tahun itu rasanya tidak
sanggup. Kalau marah Fahim samalah macam dia memarahi dirinya sewaktu remaja
dahulu. Fahim Haikal anak yang bertanggungjawab, bijak, menghormati orang tua
dan nakal dalam diam, sama sepertinya!
“Kenapa tak
suka?” Haiza pula bertanya. Dia tahu Faiz sudah kehilangan kata.
“Kelas tu
bising dan Im tak suka muzik. Mama tahu kan?” balas Fahim Haikal. Tenang.
Haiza senyum.
Dia tahu. Tapi dia sengaja nak Faiz dengar alasan dari anak kesayangannya itu.
Sudah banyak kali Fahim mengatakan yang dia mahu berhenti daripada menghadiri
kelas muzik, tapi Faiz sahaja yang tidak mahu dengar.
“Tapi kelas
muzik bagus untuk Im. Dapat release tension,” Faiz mencelah, setelah mendengar
alasan dari anak lelakinya itu.
“But, i don’t like. I like art most! Im
nak jadi arkitek macam papa!” Suara
Fahim Haikal sudah meninggi.
Faiz terdiam.
Kenapa tak bagitahu awal-awal! Desis hatinya.
Haiza masih
bertindak memerhati kedua beranak itu. Dia senyum dalam diam. Mana tumpahnya
kuah kalau tak ke nasi!
“Papa minta
maaf. Papa tak tahu,” Faiz mendekati anaknya itu. Dia senyum. Fahim Haikal juga
sudah mengukir senyuman.
“Im pun salah
tak bagitahu papa,”
“Dah Im asyik
bagitahu mama je,” perli Faiz selamba sambil memandang wajah Haiza yang sudah
mencebik.
“Eh, mama
pulak disalahkan papa. Padahal Im larang mama bagitahu papa,”Haiza membela
diri.
Faiz Hasbullah
pandang Fahim Haikal. Dua-duanya saling senyum.
“Okeylah, Im
lepas ni jangan sembunyikan apa-apa dari papa lagi. After this, no more music
class but its gonna be art class. Fine?” Tanya Faiz pada Fahim Haikal
Fahim Haikal
mengangguk laju. Setuju.
“Baiklah,
semua dah okey. Siapa nak makan aiskrim?” Soal Haiza ceria.
Faiz Hasbullah
dan Fahim Haikal cepat-cepat angkat tangan sebelum dua-duanya ketawa, gembira.
Haiza senyum
lagi. Macam budak-budak!
Faiz Hasbullah belajar sesuatu hari ini.
sesuatu itu tidak akan berhasil tanpa usul periksa dan toleransi. Mungkin dulu
ayahnya tidak begitu bertoleransi. Garang sangat, jadi dia tak berani nak membela diri
dan terus hanyut dengan kesalahan diri. Tapi kini,dia mulai faham semuanya. Dia
mula memahami perasaan ayahnya bila dipanggil guru kerana kesalahannya. Dia
faham apa perasaannya terluka bila anak sendiri mengecewakan kita.
Apa-apa pun
dia bahagia dengan keluarganya sekarang. Haiza dan Fahim Haikal adalah sinar
menuju Pintu bahagia hidupnya. Faiz bersyukur kerana Allah S.W.T memberinya peluang
untuk menikmati saat-saat bahagia dalam hidupnya...
26 comments:
best....
semoga terus berkarya cik penulis...
gud luck final exam...=)
best3....
like like like
Terima kasih pada yang sudi komen dan doakan saya utk final exam :)Harap sabar menunggu cerpen saya yang seterusnya. Saya ada good news. hehehe... sekarang saya sedang siapkan novel pendek yg pertama, tajuknya adalah.....Suami Cadangan! Doakan saya cepat2 siap dan boleh post utk korang yek!-NOORAIHAS
wahhh......xsbr tnggu novel pertama awk!!
teruskan berkarya...=)
Goodluck utk exam cik writer! Best as usual! keep up ur goodwork! Tak sabar nak baca novel pendek pula!
Goodluck utk exam cik writer! Best as usual! keep up ur goodwork! Tak sabar nak baca novel pendek pula!
best la... saya suka sngat2
♥♥♥♥♥♥
Best cerpen akak nak lagi
akak nie.. memang bombastiklah....>_<
hahahaha,just kidding...
tak sabornyer nak tunggu....
ape-ape pon good luck for your final exam yerr kak...
dan doakan saye jugak cause saye pon exam jugok tahun nie... PMR....chewahhh
>_____________<
Nur nieysa
Suke sgt dgn cerpen akak, bile nak ada cerpen baru lagi? tak sabar nak bace hehehe
bkn tunas bakti skola perempuan ker...ke acanne...dlu sy pnah pasang lampu kt tunas bakti..xde laki pon sana..sume perempuan jer...ker faiz tuh faizah...
Tunas Bakti ada untuk lelaki dan perempuan. saya ada kawan lelaki dari sekolah Tunas Bakti...
writer, u are such talented... really enjoyed, loved to reading ur story..sila buat lagi ye...selalu jenguk2 blog awak
Best2 cerpen u bt..ske sgt2
Hmm..interesting! Kerabat Di-Raja Brunei yang mana satukah jadi pujaan hati Salmah ni? Yg tengah ditunggu-tunggu tu? Huhuhu! ;)
Good work, keep it up!
best! saya suka! :)
best gilerr....
Suka cerpen kat blog,, awesome,
Suka cerpen kat blog,, awesome,
tq...buat cerpen yg gempakz2
Akak...nak tau knp dia nak adik helmi sbgai ptaruhan..
Huhulalaa
Watak dalam cerpen ni faiz and fahim nama orang yang saya kenal . hahahahaha . btw cerpen ni memang best .
Best sangat. Harap dapat buat yang baik lagi.
MEMAKANKAN BAGAIMANA MENDAPATKAN SUAMI EX ATAU KEMAHIRAN EKAT? RAHARI LEBIH LANJUT DI SINI ADALAH PELUANG ANDA ANDA EMAIL YAKAYATEMPLE@GMAIL.COM ATAU PANGGIL +2347050270227 Saya GOT MINYAK DENGAN SPELL LOVE SANGAT KUASA.
A good cerpen
Saya suka semua cerita akak
Post a Comment