Tajuk : Opps, Silap Hati!
Nama Penulis : NOORAIHAS
Tarikh post : 1Februari 2013
Lelaki itu! Apa yang dia buat di sini? Kenapa
dia harus ada di sini? Aku tak sanggup untuk melihat dia lagi Ya Allah!
Bantulah aku hambaMu yang lemah ini TUHAN! Dia sudah banyak meninggalkan kesan
dalam diri ini!Luka yang teramat dalam!
“Aisyah, kau kenapa ni?” tegur
Sarah padaku.
Aku menggeleng lemah. Rasanya
lebih baik aku balik dari menghadiri majlis ini. Tanpaku juga majlis ini akan
berjalan lancar.
“Sarah, aku nak balik dululah. Kepala aku tiba-tiba
pening,” pintaku secara tidak langsung memberi alasan pada Sarah.
Sarah memandangku kehairanan
sebelum mengangguk. Mungkin tidak mahu bertanya lebih lanjut apabila melihat
air mukaku yang pucat.
Tanpa menunggu lebih lama, aku
beredar meninggalkan majlis reunion sekolah menengahku itu. Salahku kerana
menghadirkan diri pada acara malam ini. Sepatutnya aku ikutkan kata hatiku yang
melarang keras aku kembali ke sini. Tapi kerana kerinduanku pada wajah dia
membuatkan aku kembali. Namun, malang nasibku apabila bukan wajah dia yang
mataku sapa dahulu tetapi wajah jantan keparat itu!
Aku mempercepatkan langkah,
melalui kelas-kelas kosong yang tidak berpenghuni. Entah kenapa degupan
jantungku berdetak pantas saat melalui
deretan bilik darjah itu. Rasa seperti diperhatikan! Mungkin firasat aku sahaja.
Namun, apabila aku melalui pintu
kelas yang paling hujung, tanganku ditarik kasar oleh seseorang. Aku ingin menjerit
tetapi mulutku sudah ditekup oleh tangannya. Mataku membulat melihat gerangan
manusia di hadapanku ini. Jantan keparat!
Aku meronta-ronta ingin
melepaskan diri tetapi tidak Berjaya kerana tubuhku sudah ditekan ke dinding
oleh tubuhnya. Agak mustahil untuk orang melihatku di sini memandangkan keadaan
kelas yang hanya di terangi lampu jalan di luar.
“Hai, sayang!” tegurnya perlahan.
Cukup untuk pendengaran kami berdua sahaja. Aku memalingkan muka. Tidak mahu
memandang seraut wajahnya. Wajah yang telah mempergunakan aku suatu masa
dahulu.
“Miss me?” Soalnya. Tekak milikku
meloya mendengar pertanyaannya.
Aku menjelingnya sebelum
menjawab.
“Aku tak rindu, tapi aku benci
yang teramat pada kau!”
Matanya mencerlung tajam
melihatku serentak itu bibirku dipagut kasar olehnya! Aku cuba menolak tubuhnya
yang tegap itu tetapi apalah sangat tenagaku jika nak dibandingkan dengan
tenaga lelakinya.
“Kau tak rindu aku? Sebab dalam
hati kau masih ada dia lagi kan?”Keras suaranya menyoalku.
Aku pejamkan mata rapat-rapat.
Membenarkan kata-kata lelaki tak guna ini di dalam hati.
“Hmm...apa kata aku bagitahu dia
sekarang tentang perasaan suci kau tu,” meleret suara Syed Amriz menggertakku
dalam diam.
Pantas aku menggeleng laju. Aku
tidak mahu begitu!
“Jangan! Jangan bagitahu dia!
Tolong Amriz...” rayuku bersama juraian air mata.
Syed Amriz menyeka air mataku
sebelum membawa tubuhku rapat padanya.
“Then, tugas kau macam
biasalah...”bisiknya rapat di telingaku.
Aku menolak tubuhnya kasar. Mata
kuyu itu aku tatap dengan penuh rasa benci. Dia membalasnya dengan senyuman
penuh makna. Selama tujuh tahun aku bebas daripada cengkaman Syed Amriz, tapi takdir
tetap membawa aku padanya. Namun, demi tiga hati yang perlu aku jaga
keharmoniannya, aku rela di cengkam di bawah taklukan Syed Amriz selamanya...
***
Aku Khurul Aisyah Abdullah, anak
yang tiada berbapa dan beribu. Anak yang dikatakan anak haram pada pandangan
mata masyarakat. Aku di temui di dalam tandas awam lalu dibawa dan dibesarkan
di rumah Anak Yatim Hurairah. Asal-usul
yang meragukan, bukan?
Duniaku ketika itu hanyalah
sekolah dan rumah anak yatim itu. Hidupku kosong dan sunyi. Sehinggalah dia
datang. Dia...Syed Khairul. Aku mencintainya dalam diam. Tapi aku sedar siapa diriku. Anak haram! Anak
luar nikah! Dan yang sewaktu dengannya! Sedari kecil lagi aku pasakkan di dalam
fikiranku bahawa aku tidak layak untuk mencintai apatah lagi dicintai oleh
lelaki sebaik Syed Khairul.Hakikat cinta dalam diam ini sangat perit rasanya.Hati
ini menjadi bertambah walang apabila aku
mengetahui yang Umairah, sahabat karibku turut menyimpan rasa pada dia dan
sudah pun bergelar kekasihnya. Dan aku rela berkorban rasa ini deminya kerana
aku terhutang kasih dan sayang pada Umairah. Dia gadis yang baik. Tidak pernah
menghina status milikku. Malah ,aku dilayan bagai ahli keluarganya sendiri!
Pada mulanya,tiada sesiapa yang
tahu akan perasaan cinta ini. Biarlah ikatan itu aku paterikan atas nama teman
sekelas sahaja. Sehinggalah Syed Amriz, sepupu kepada Syed Khairul terbaca
diariku yang tercicir di perpustakaan. Dan di situlah bermulanya dunia gelapku.
Syed Amriz seorang lelaki yang
ego. Demi menjaga rahsiaku, aku relakan diri menjadi perempuan simpanannya
seawal umurku 19 tahun. Janjinya akan menjaga rahsiaku sebaiknya jika aku juga
berjanji akan menjadi perempuan simpanannya!Kerana akal singkat remajaku dan
didikan agama yang senipis kulit bawang ketika itu, aku turutkan segala
kehendaknya.
Perit jiwa dan ragaku dek
penangan Syed Amriz. Didekati bila diingininya dan dibuang selepas puas
digaulinya. Mujur sahaja aku tidak mengandung akibat perlakuan kami itu.
Hubungan kami aku fikir tamat sebaik sahaja berakhirnya STPM, malangnya kerana
kedegilanku untuk melihat seraut wajah Syed Khairul, akhirnya mengundang semula
Syed Amriz dalam hidupku selepas tujuh tahun berlalu. Oh, Tuhan dugaan apakah
ini?
***
Aku terjaga daripada lamunanku
tatkala titisan hujan jatuh di atas pipiku. Tiupan angin yang kencang
menandakan hujan sebentar lagi akan
datang dengan lebatnya. Cepat-cepat aku memboloskan diri ke dalam apartment
milik Syed Amriz. Lelaki itu mungkin masih tidur nyenyak di kamarnya setelah
kehendaknya aku puaskan sekali lagi
setelah tujuh tahun berlalu.
Saat aku berpaling selepas
menutup pintu gelongsor balkoni,mataku dijamah dengan seraut wajah Syed Amriz
yang santai berehat di atas sofa miliknya. Merenung ke arahku sambil memeluk
tubuhnya yang tidak berbaju. Hanya memakai boxer.
“Dah berapa lama kau duduk kat
situ?”Soalku dengan suara yang mendatar . Tidak berminat untuk bersembang, Cuma
lebih kepada ingin mengetahui sudah berapa lama dia di situ memerhatikanku.
“Agak lama. Lepas kau tinggalkan
aku sorang-sorang atas katil tadi dan keluar semata-mata untuk termenung kat
tepi balkoni tu,” jawabnya yang bernada sinis dipendengaranku.
Aku mengeluh panjang. Aku rasa
sudah sampai masanya untuk aku tamatkan hubungan terlarang ini. Aku tidak mahu hidup dalam lingkaran dosa.
Aku inginkan sebuah kehidupan yang diredhai Tuhan. Bukan yang dimurkaiNya!
“Amriz...” panggilku seraya
menghantarnya pandangan sayu milikku.
Dia merenungku dalam. Bagai tidak
rela aku meluahkan apa yang terpasak dalam fikiranku.
“... lepaskan aku!” pintaku
dengan air mata yang sudah bergenang di tubir mata.
Tiba-tiba Syed Amriz meledakkan
tawanya, mengundang kehairanan di benak akalku.
“Kau nak aku lepaskan kau? Tak
bimbang rahsia kau aku pecahkan? Tak risau Umairah akan kecewa dengan rahsia
kau tu?” Tanya lelaki itu bertalu-talu.
Aku kaku di tempatku berdiri.
“Lagi satu kau ingat kalaupun aku
lepaskan kau, ada lelaki lain ke nak kat kau? Syed Khairul nak ke perempuan
macam kau? Sudahlah,lupakan angan-angan kau tu.
Sekarang , lelaki kecintaan kau tu dah nak kahwin dengan Umairah. Kau,
tinggal apa?” ejeknya.
Aku mengetap bibirku. Benar katanya,tiada lelaki yang nak perempuan yang
tiada apa-apa ini! Tetapi dia harus ingat kerananya aku bergelar perempuan
‘tinggal apa’ dan juga kerana kebodohanku sendiri.
Seandainya aku biarkan
rahsia itu terbongkar, mungkin aku masih perawan, perempuan yang masih
bermaruah! Walaupun,hubunganku dan Umairah terpaksa menjadi galang gantinya.
Namun, apa-apa pun aku perlu keluar dari cengkaman lelaki ini. keluar dari lingkungan dosa kami. Meski apa
pun risikonya!
“Baguslah! Diorang dah nak
kahwin. Aku lega. Dan seharusnya Umairah pun gembira sebab dapat bersuamikan
dia. Tak perlu kisah dengan kehadiran aku kalaupun kau dah bongkarkan rahsia
tu,”provokku, sengaja.
Syed Amriz bangun. Berjalan
mengelilingiku. Tubuhku dijamah matanya daripada atas sehingga ke bawah sebelum
tangannya mencengkam kuat mukaku .
“Khurul Aisyah. Aku ingatkan kau
sekali lagi yang kau tetap akan menjadi perempuan simpanan aku sampai bila-bila!
Walaupun, rahsia kau pecah sekali pun, kau takkan boleh lari dari aku!
Faham!”gertaknya sekaligus menolak tubuhku jatuh di atas sofa.
Aku tersedu sendiri manakala
lelaki itu berpaling ke arah lain. Rambutnya diramas kasar.
“Syed Amriz aku merayu sangat
pada kau, tolong lepaskan aku! Aku tak mahu hidup dalam gelumang maksiat!
Cukuplah, aku seorang lahir tidak berbapa dan beribu Amriz! Aku tak kuat andai
suatu hari nanti ada bayi yang lahir dari hubungan kita ni! Mungkin dulu kita
selamat,takde benih kau yang bercambah dalam rahim aku, tapi nanti-nanti belum
tentu lagi! Aku tak mahu anak itu nanti memegang gelaran anak haram seperti
mana aku! Kau faham tak?” jeritku kuat.
Syed Amriz tersentak! Mungkin dia
tidak pernah terfikir yang hubungan kami ini akan menjadi sejauh itu.
Lelaki...berseronok pandai! Bila diberi tanggungjawab...lari!
Aku merapati tubuh lelaki itu.
Tangannya aku gapai dan aku kucup lembut. Setitis air mataku gugur lagi di atas
tangannya.
“Biarkan aku cari bahagia aku
sendiri ,Riz,”pintaku lembut. Memohon simpatinya sekali lagi.
Dia tidak bersuara sebaliknya
merentap tangannya dari pegangan tanganku dengan kasar sekali. Tubuhnya dibawa
ke kamarnya. Meninggalkan aku sendiri di ruang tamu miliknya.
“Kau...berambus dari sini!
Sekarang!”Bicaranya yang terakhir sebelum tubuh itu menghilang disebalik pintu.
Aku tersenyum pedih. Mungkinkah
itu tandanya dia sudah melepaskan diriku? Mungkin...
***
Aku menerima kunjungan daripada
Umairah di pejabat. Raut wajah yang berseri itu mengundang cemburuku. Mengapa
hidupku tidak semudah Umairah? Sentiasa
bahagia.Namun, bila difikirkan, siapalah aku untuk mempersoalkan suratan takdir
ini?
“So,kau bila lagi?” Soal Umairah
padaku, segera mengembalikan aku ke alam yang nyata.
Aku melemparkan senyuman pahit.
Tiada istilah hari bahagia buat aku Umairah jika itu yang kau cuba maksudkan.
“Siapalah nak aku ni Mai? Anak
tak ...”
“Aisyah!” cantas Umairah bila dia
sedar perkataan apa yang bakal keluar dari mulutku.
“Setiap manusia tu berhak untuk
bahagia Aisyah. Antara cepat dengan lambat je,” nasihatnya lembut, persis
seorang ibu. Bertuah Syed Khairul!
“Okey. Maafkan aku. Ni...Kau
keluar, Khairul tahu tak?” Aku sengaja mengalihkan topik perbualan kami.
Dia mengangguk lantas tersenyum.
“Eh, kau jangan lupa datang awal
sebab aku nak kau jadi pengapit aku,”ujarnya ceria tetapi membuatkan aku gundah
sendiri.
“Hish, tak mahulah aku. Aku
malulah,” dalihku. Masakan aku mahu menjadi pengapit di hari perkahwinan insan
yang aku cintai sepenuh hati . Tidak mungkin! Lagipun, aku tidak mahu bertemu
dengan Syed Amriz yang aku yakin turut menghadiri majlis itu.
“Alaa...Kau mesti datang jugak!
Kalau kau tak datang kita bukan kawan dah!” gertaknya manja.
“Tapi...”
“Eh...takde tapi-tapi. Kehadiran
kau wajib! Kalau tak aku tak kahwin nanti!” tambahnya lagi.
Aku terpaksa bersetuju akhirnya.
Melihat kekecewaan orang lain memang bukan hobiku. Perlahan kepala aku angguk,
setuju dengan pelawaannya. Umairah tersenyum puas hati.
SUDAH sebulan lebih aku tidak
bertemu dengan Syed Amriz. Namun, kerana majlis perkahwinan Umairah dan Syed
Khairul, kami dipertemukan sekali lagi. Rasa janggal pula setiap kali
bertentang mata dengan lelaki itu.
“Riz, Aisyah, korang dah cuba ke
baju pengapit yang aku bagi tu?”Suara Umairah memecah keheningan antara aku dan
Syed Amriz. Tidak aku sangka dia juga berada di sini sebagai pengapitnya Syed
Khairul.
Dia merenungku tajam. Seolah-olah
menghantar mesej supaya aku menjawab pertanyaan daripada Umairah.
“Belumlah,” balasku.
Umairah mengeluh berat.
“Kenapa?” Soalnya.
“Bilik penuh,” jawabku lagi.
“Eh, tu dua bilik dah kosong.
Cepat korang masuk!” arah Umairah teruja.
Segera aku dan Syed Amriz
bergegas ke ruangan persalinan yang dimaksudkan Umairah tadi.
Pintu bilik persalinan aku tutup
rapat. Mencuba sepersalinan baju kurung moden berwarna putih gading itu. Cantik!
Desis hatiku. Tapi sayangnya aku menghadapi kesukaran untuk memasang zip di
bahagian belakang baju itu
Aku mengeluh berat.
“Kenapa?” Sapa Syed Amriz yang
berada di sebelah kamar persalinanku. Mungkin mendengar keluhanku tadi.
“Ermm...zip belakang baju ni tak
sampai tangan aku nak pasang,” rungutku perlahan.
“Buka pintu kau, aku tolong
pasangkan,” arahnya bersahaja.
Aku mengetap bibirku. Ambil
kesempatan...
“Takpelah, aku panggil Mai,”
tolakku.
“Tak payah! Mesti dia sibuk
dengan Khai,” balasnya.
“Takpelah. Aku nak buka balik
baju ni. Aku rasa muat dah,”kataku lagi.
“Yang kau banyak alasan sangat ni
kenapa? Setakat belakang badan kau tu, lebih dari tu aku dah nampak.
Buka pintu
ni sebelum aku pecahkan!” ugutnya dengan suara sedikit keras.
Dalam terpaksa aku membuka pintu
bilik persalinan itu dan berundur ke belakang, membenarkan Syed Amriz masuk.
Lelaki ini seorang yang suka mengikut hati! Andai dia berkata, dia pasti
kotakan. Pintu ditutup kembali oleh lelaki itu.
Aku tergamam melihatnya. Tampan
sungguh dia dalam busana baju melayu itu. Untuk seketika kami saling
berpandangan sebelum dia bertindak memusingkan tubuhku.
Rambutku yang panjang di selaknya
ke hadapan. Tatkala zip bajuku ditariknya separuh, gerakannya terhenti. Dapat
aku rasakan nafasnya yang hangat menyapa kulitku sebelum mendaratkan ciumannya
di sebelah kanan belakang bahuku.
Dadaku berdetak hebat! Aku tidak
mahu berperang dengan rasa begini! Syed Amriz perlu disedarkan!
“To...tolong cepat sikit! Mai dah
tunggu,” pintaku sedikit keras.
Serentak itu zip ditarik penuh ke
atas olehnya. Selesai! Aku menyuruh lelaki itu keluar dahulu dan kemudiannya
dituruti olehku. Aku tidak mahu sesiapa curiga dengan kelakuan kami.
Terutamanya Umairah!
Hatiku sayu melihat wajah gembira
milik Syed Khairul dan Umairah. Cinta dalam diam memang sangat menyakitkan!
Tidak dapat diluahkan,tetapi hanya mampu melihat dari jauh! Oh, hati relakanlah
semua rasa
ini...rintihku.
“Aisyah, lepas ni confirm ada yang
masuk meminang you,” usik Syed Khairul tanpa menyedari gurauannya menjadi nanah
dalam hatiku.
“Betul cakap abang,” sambut
Umairah, bersetuju.
Aku tersenyum menyembunyikan
rasa. Siapa yang mampu menggantikan tempatmu wahai Syed Khairul? Siapa?
“Ada-ada je you ni! Siapalah nak
kan i ni? Tak cantik pun,” ujarku merendah diri.
“Eh, you cantik apa!” puji Syed
Khairul disambut deheman Syed Amriz yang dari tadi memerhati.
“Ala..susah-susah kau ambil je
Riz ni. Habis cerita! Dari dulu kosong tak berpenghuni,” sakat Umairah
pula.
Aku hanya mampu tersenyum
mendengarnya. Sedangkan Syed Amriz tajam merenungku.
***
Menitis air mataku melihat Syed
Khairul bersanding dengan Umairah di hari bahagia mereka ini. wajah-wajah ceria
mengelilingi kehidupan mereka. Sedangkan aku meratap sendiri demi mencari
kebahagiaan.
“Dah puas menangis?” Tegur Syed
Amriz dengan sarkastiknya.
Aku mengesat air mataku dengan
kedua belah tanganku. Terkejut bagaimana dia boleh tahu aku di sini?
“Aku ikut kau dari tadi,”
jawabnya bagai tahu apa yang berada di benakku.
“Mesti susahkan berlakon tabah di
depan orang lain? Yelah, sebelah kanan kawan baik, sebelah kiri pulak cinta
yang terendam, tak sempat diluahkan,” sindirnya.
Aku pandang wajah itu. Kenapa kau
sengaja menabur garam pada lukaku Syed Amriz? Apa salah aku pada kau? Jeritku
dalam hati.
“Balik! Aku tak nak tengok kau!”
arahku tanpa memandang wajahnya. Syed Amriz masih kaku di sebelahku. Tiada
tanda ingin beredar.
“Kau tahu...seperti mana kau
cemburu dengan kebahagiaan Umairah, begitu jugak aku cemburu dengan kehidupan
bahagia Khai. Ada ibu bapa yang prihatin, adik beradik yang happening, pendek
kata keluarga yang bahagia...” ceritanya perlahan.
Aku memejamkan mata tapi masih
ingin mendengar luahannya.
“Sedangkan keluarga aku berpecah
belah. Mama dan papa bercerai selepas aku dilahirkan. Mujur ada nenda yang jaga
aku . Tapi lepas nenda meninggal, aku keseorangan semula. Bila aku jumpa diari
kau tu, bertambah-tambah rasa cemburu aku pada Khai dan aku rasa kisah kita
hampir serupa walau tak sama sebab tu aku sengaja suruh kau jadi perempuan
simpanan aku,” terangnya lagi.
Air mataku menitis untuk sekian
kalinya. Tak sangka dia juga tidak gembira dengan kehidupannya.
“Aku bahagia sepanjang bersama
kau walau aku tahu kau tak rasa macam tu. Cinta kau pada Khai buat aku sakit
hati. Kenapa kau tak pernah pandang aku walaupun sekejap? Tujuh tahun...tujuh
tahun aku lepaskan kau bebas supaya kau pulihkan hati dan bila kita jumpa
semula kau akan cintakan aku. Tapi apa yang aku nampak dari mata kau? Cinta masih
lagi untuk Khai, benci untuk aku. Selama tujuh tahun, hati aku tak pernah
berpaling dari kau. Tujuh tahun aku setia untuk kau. Aku janji pada diri aku,
kau akan jadi isteri aku walau apa pun terjadi!”
Aku menelan air liur yang terasa
pahit di kerongkongku. Syed Amriz cintakan aku?
“Mungkin dosa aku menyentuh kau
sebelum masanya, jadi Allah tak alihkan perasaan cinta kau pada Khai untuk aku.
Tujuh tahun tak ubah apa-apa pun. Inikan pulak tujuh minit!” tambahnya lalu
tergelak sendiri. Pedih!
“Riz...aku minta maaf,”pohonku.
Sayu!
Dia berpaling, memandang dalam ke
anak mataku. Segaris senyuman ikhlas miliknya terukir.Buat dadaku bergetar tidak
keruan secara tiba-tiba.
“Tak perlu minta maaf. Aku yang
sepatutnya minta maaf pada kau. Mulai saat ini, aku relakan kau cari bahagia
kau sendiri seperti mana yang kau nak. Dan tolong maafkan aku sebab menyentuh
kau sebelum masanya,” putusnya lalu bergerak meninggalkan aku sendiri.
Saat ini, hatiku meronta-ronta
tidak mahu dia pergi jauh dariku. Urusan hati memang sesuatu yang rumit! Bila dia
ada di depan mata, tidak mencari. Bila sudah pergi, bersungguh ingin dia
kembali...
Entah apa yang merasuk fikiranku
untuk mengejarnya. Tidak aku hiraukan keselamatanku berlari menggunakan kasut
tumit tinggi begini kerana apa yang penting dia tidak berlalu begitu sahaja.
“Riz!” jeritku. Lelaki itu
berpaling memandangku kehairanan.
Aku gembira dia berpaling.
Langkahku buka. Cepat-cepat ingin sampai padanya. Tetapi kerana terlalu teruja,
langkah yang aku atur jadi sumbang. Aku jatuh terhentak ke lantai! Aku
memandang dengan penuh kesakitan ke arah
Syed Amriz yang sudah berlari mendapatkan aku.
“Khurul Aisyah, are you
okay?”Syed Amriz bertanya, cemas.
Aku memegang sekitar perutku.
Pedih! Mencucuk-cucuk! Aku pegang lengan lelaki itu.
“Riz, perut aku sakit sangat!”
rintihku sehingga air mata menitis lagi.
“Aku bawa kau ke hospital!” ujar
Syed Amriz lalu mencempung tubuhku.
Dengan berhati-hati Syed Amriz
membawa aku keluar dari majlis Umairah
dan Syed Khairul tanpa disedari orang ramai. Mujur sahaja ramai tetamu
sudah beransur pulang. Umairah dan Syed Khairul pula mungkin masih leka melayan
sanak saudara yang lain.
“Aisyah, ada darah kat kain,”
tegur lelaki itu setelah kami berada di dalam kereta. Raut wajahnya bimbang.
Aku pandang ke bawah. Benar, ada darah yang sedang mengalir di celah
kelangkangku. Tidak mungkin aku didatangi haid. Ini bukan masanya.
Sampai sahaja di hospital, aku
terus di kejarkan ke wad kecemasan. Setelah dibius oleh doctor, aku sudah tidak
sedarkan diri.
Rasanya sudah lama aku tidur
sehingga badan pun rasa kebas. Perlahan mataku buka. Seraut wajah Syed Amriz
yang sedang lena menyapa pandanganku. Aku usap rambutnya lembut. Perbuatanku
itu menyebabkannya terjaga daripada lena.
“Sakit lagi?”Soalnya dengan suara
serak.
Aku mengangguk lemah. Senyuman
lesu aku lemparkan padanya. Gembira bila dia masih setia di sisiku,
menemaniku
sehingga aku jaga dari lena tanpa memikirkan keselesaannya yang mungkin
terganggu kerana baju melayu yang dipakainya terlekat darahku. Darah?
“Amriz aku sakit apa? Nak kata
darah period, ini bukan waktu aku datang bulan,” ujarku dalam nada bimbang.
Dia menundukkan kepalanya
sebentar sebelum mencapai tanganku dan dikucupnya lembut.
“Riz,” panggilku lagi. Meminta
penjelasannya.
“Kau...keguguran,” Takut-takut
Syed Amriz memberitahuku.
Aku tergamam! Perkara yang paling
aku takuti akhirnya terjadi!
“Ka...kau tipu kan?”
Syed Amriz menggeleng.
“Kau keguguran sebab jatuh tadi,”
jelasnya.
Aku menahan sebak
didada.pelbagai rasa sedang bercampur
baur dalam hatiku.
“Aku tahu tu anak aku. Dan aku nak kita kahwin supaya aku boleh
bertangunggjawab walaupun a...an..anak tu dah tiada,” tambahnya lagi. Melukakan
hatiku.
Air mataku mengalir laju.
Teresak-esak kepiluan. Lelaki itu bangun dan menarikku ke dalam dakapannya.
Belakangku diusapnya lembut. Menenangkan aku dalam diam.
“Kita kahwin. Aku minta maaf,
sebab aku... kau kembali terluka. Tapi aku pohon sangat, tolong kahwini aku,
kita bina kehidupan baru. Kehidupan yang lebih diberkati Illahi,”pintanya
dengan suara serak.
Tanpa sedar aku merangkulnya
erat. Bersetuju dalam diam.
***
Lapan bulan kemudian...
Aku mengemaskan lipatan tudung.
Rasa tenang membaluti hati bila tuntutan menutup aurat itu aku penuhi dengan
ikhlas. Dari biasan cermin solek, dapatku lihat seseorang merenungku lembut
sambil tersenyum manis. Tak lain dan tak bukan, suamiku, Syed Amriz.
“Abang, pergilah bersiap cepat.
Nanti lambat pulak kita,” tegurku. Risau kalau kami terlewat ke rumah
keluarganya. Umairah dan Syed Khairul juga ada. Pasangan itu sangat terkejut
bila mendapat berita aku dimasukkan ke hospital semasa hari perkahwinan mereka
dan bertambah terkejut bila aku dan Syed Amriz pula mendirikan rumah tangga
seminggu selepas perkahwinan mereka.
Syed Amriz tersengih nakal. Masih
tidak berganjak daripada katil.
“Siapa yang buat abang lambat
tadi kalau bukan sayang,” perlinya selamba membuatkan pipiku merah
tiba-tiba.
Dia bangun mendekatiku, membantu
aku bangun dari kerusi dan mendudukkan aku di atas sofa yang terdapat dalam
bilik. Perut aku yang sedikit membulat diusapnya penuh kasih sayang. Ya, aku
mengandung selepas 4 bulan berkahwin dengan Syed Amriz. Anak sah kami!
“Abang pergilah mandi. Nanti lambat
apa pulak keluarga abang cakap,” pujukku lembut.
“Tak nak!” balasnya bersahaja.
Membuatkan aku panas hati.
“Kenapa tak nak?” Tanyaku
berhemah. Dia memeluk kejap bahuku seperti tidak mahu melepaskanku.
Aku hanya
membiarkannya.
“Sebab Syed Khairul awak tu ada
kat situ,” jawabnya dalam nada cemburu.
Aku tergelak kecil. Cemburu
rupanya.
“Sampai bila nak cemburu ni?”
Dia memandangku dalam.
“Sampai sayang cakap ‘saya
cintakan awak’ pada abang,” Syed Amriz membuatkan aku terkedu sendiri.
Betul aku tidak pernah mengatakan
cinta padanya. Aku sendiri tidak pasti sama ada aku cinta atau tidak
padanya.
Boleh jadi hubungan baik kami ini atas dasar tanggungjawab kami terhadap bayi
yang bakal lahir ini. Tidak mahu bayi
kami rasa kurang selesa kalau papa dan mamanya asyik bertengkar.
“Saya suka bersama awak,”
“Suka tak bermakna cinta,”
sambutnya pantas.
“Tapi abang tahu saya selesa
bersama abang kan?” dugaku. Aku yakin dia dapat merasakannya. Setiap sentuhan
dan helaan nafasnya sudah sebati dalam hidupku selama lapan bulan kami
mendirikan rumah tangga. Kalau aku tidak selesa bersamanya pasti dirinya aku
abaikan dari segi zahir dan batin.Dia juga tahu
itu.
Syed Amriz mengangguk laju. Aku
tersenyum puas hati. Pipinya aku pegang dengan kedua-belah tanganku, membawa
wajah itu dekat padaku sebelum menghadiahkan kucupan lembut di dahinya.
Dia tersenyum senang hati.
***
Bertemu dengan kesemua ahli
keluarga Syed Amriz turut menggembirakan hatiku. Dahulu aku hanyalah anak yatim
yang berkongsi kasih sayang dengan penghuni rumah anak yatim itu sahaja.
Sekarang, aku juga sudah mempunyai keluarga kerana lelaki itu. Keluarga yang
sebenar! Dalam pertemuan itu aku berkesempatan bertemu dengan mama Syed Amriz,
ibu mertuaku. Seiring dengan pertambahan usia, wanita itu matang menerima
perkahwinan anaknya bersamaku. Syukurlah!
“Kau makin tembamlah. Dah berisi
ke?”Tegur Umairah sambil tersenyum padaku.
Aku mengangguk perlahan.
“Bestnya! Aku kahwin dulu, tapi kau
dengan Riz dapat baby dulu,” ujarnya lagi.
“Dah rezeki kami,” sambut Syed
Amriz yang membawa minuman untukku. Aku menyambut minuman itu dan
menghadiahkannya senyuman tanda terima kasih.
“Dah berapa bulan ni?” Tanya Umairah lagi.
Aku mengukir senyuman manis
sebelum mengangkat tiga jariku. Syed Amriz yang memandangku tersenyum bahagia.
“Nanti dah selamat bersalin, kau
datang ye. Bagi hadiah,” seloroh Syed Amriz
Umairah mencebik.
Aku dan Syed Amriz hanya ketawa
melihat reaksinya.
“Apa yang you all sembangkan ni?” tegur Syed Khairul yang baru tiba.
Syed Amriz memegang kejap
tanganku. Bagai tidak rela aku memandang ke arah sepupunya itu. Aku membalas
pegangannya.
“Ni, hah...sepupu abang ni dah
nak timang baby! Siap minta hadiah kat kita untuk anak diorang ni!”jawab
Umairah bersahaja.
Syed Khairul memandang ke arahku.
“You dah pregnant?”
Soalnya sedikit terkejut.
Aku hanya mengangguk sebagai
balasan pertanyaannya.
“Whoa...thats so fast! Riz ‘cekap’ kau buat kerja!” usik Syed Khairul pada
suamiku.
Syed Amriz senyum lebar. Bangga!
“Rezeki Allah, Khai,” balasnya.
“Tapi aku pelik jugak korang ni,
bila masa korang bercinta? Tup-tup dah kahwin je,” Syed Khairul masih
lagi
mengusulkan pertanyaannya.
Syed Amriz senyum.
“Eh..aku pun nak jugak kahwin!
Ingat kau sorang je nak kahwin! Korang jugak yang suruh Aishah dengan
aku.
Lagipun aku dan Aisyah dua-dua kosong dan dah bersetuju nak bercinta lepas
kahwin. Kan, sayang?” Syed Amriz menggamit perhatianku.
Syed Khairul dan Umairah
meledakkan tawa mereka demi mendengar jawapan daripada suamiku itu.
Aku pula tersenyum ringkas sahaja
sebagai balasan. Dalam hati merasa bahagia. Syed Amriz lelaki yang
bertangungjawab dan tahu menjaga aib kami, walaupun kami telah melakukan dosa
besar! Malah, aku terharu pabila usai solat kami lelaki itu tidak putus berdoa
pada Yang Maha Esa agar mengampunkan segala dosa kami. Acap kali lelaki itu
bangun di tengah malam untuk melakukan solat sunat Taubat dan menangis sendiri
memohon keampunan Illahi. Namun, apa-apa pun aku bersyukur kerana selama aku
bersama Syed Amriz, aku sudah mampu melenyapkan rasa cinta pada Syed Khairul.
Perkahwinan ini benar-benar bermakna! Tetapi hatiku masih keliru , hubungan kami masih dipersimpangan, sama
ada cinta atau teman tapi mesra?
SEBAIK sahaja pulang dari rumah
keluarga Syed Amriz, aku segera membersihkan badan. Penat seharian melayan
karenah setiap ahli keluarga suamiku itu. Tetapi aku seronok begitu! Meriah!
Syed Amriz pula sebaik sahaja tiba di rumah terus menerjah ruangan kerjanya.
Sibuk menyiapkan pelan-pelan miliknya! Maklumlah senior arkitek!
Selesai mandi aku merapati almari
pakain, mencari baju tidur untuk dipakai. Dalam leka mencari, aku terasa
tubuhku dipeluk dari belakang. Sebuah kucupan hangat melekat di bahu kananku
yang terdedah.
“Terima kasih,” ucap Syed Amriz.
Aku mengerutkan dahi. Kenapa?
“Untuk apa terima kasih tu?”
Tanyaku. Hairan.
Syed Amriz mengetatkan lagi
pelukannya.
“For being my wife. Walaupun
abang banyak buat dosa dengan sayang,” jawabnya dengan suara serak.
Aku senyum sebelum berpaling
menghadapnya.
“Terima kasih jugak sebab abang
sudi terima anak har...”
“Shhh...jangan cakap macam tu.
Tiada insan yang sempurna Khurul Aisyah,” potongnya lalu mengucup dahiku.
Syahdu!
Aku menyembamkan mukaku di
dadanya. Terima kasih Ya Allah!
“Sayang ni, tak pakai baju lagi.
Saje nak goda abang ye?” usiknya selamba bersama senyuman nakalnya.
Aku segera menolak tubuhnya.
Malu!
“Okeylah...abang nak mandi. Lepas
ni tunggu abang. Kita mengaji sama-sama,” katanya sambil mengambil tuala di
ampaian.
Aku mengangguk. Faham . Sejak aku
di sahkan mengandung, amalan mengaji sebelum tidur itu selalu dilakukan Syed
Amriz. Untuk memudahkan bersalin katanya. Tapi aku tahu, jauh di sudut hatinya,
dia mahu bakal anak kami menjadi insan yang bertakwa dan tidak tersasar dari
jalan-Nya seperti yang pernah kami lalui dulu.
“Lagi satu, abang baru beli
minyak baby. Mulai malam ni, abang akan sapukan minyak tu kat perut sayang.
Nanti perut sayang tetap kekal cantik seperti sebelum mengandung,” jelasnya
lagi bersama senyuman sebelum menghilang di sebalik pintu bilik mandi.
Aku menggelengkan kepala. Syed
Amriz....Semakin hari semakin aku mengenalimu. Penyayang dan bertanggungjawab!
***
Aku menyudahkan tugasan di
pejabat seawal jam lima petang. Oleh kerana waktu masih lagi awal, aku
mengambil keputusan untuk membeli barangan dapur untuk dimasak malam ini.
sampai sahaja di pasaraya, aku terus menuju ke bahagian sejuk untuk mencari bahan mentah. Selesai memborong di
bahagian itu, aku mengambil keputusan untuk berjalan-jalan disekitar pasaraya
sebelum singgah di Baskin and Robins untuk menikmati aiskrim.
Ketika aku enak menikmati
aiskrim, mataku tertancap pada wajah seseorang yang aku kenal. Syed Amriz! Dia
sedang rancak berbual dengan rakan-rakannya yang terdiri daripada dua orang
perempuan dan tiga orang lelaki.Dia masih tidak perasankan kelibatku yang duduk
selang beberapa buah meja darinya. Dari pengamatanku, mereka mungkin rakan
belajarnya kerana hanya Syed Amriz yang memakai baju formal sedangkan yang lain
santai memakai jeans dan t-shirt. Jadi tidak mungkin rakan sekerja!
Setelah beberapa minit mereka
berborak, nampaknya rakan-rakan Syed Amriz mula bangun, meminta diri untuk
pulang. Mereka saling bersalaman dan mataku membulat terkejut apabila melihat
salah seorang rakan gadis suamiku itu bertindak memeluknya. Aku segera berdiri
kerana tindakan spontanku akibat terkejut. Saat itulah Syed Amriz melihatku.
Dia tergamam. Pandangan kami saling
bertaut. Dia segera merungkaikan pelukannya dengan gadis itu. Sementara aku
sudah berlalu keluar dari pasaraya.
Tiba sahaja di apartment milik
Syed Amriz, aku segera mengurung diri dalam bilik. Aku tidak mengerti mengapa
aku harus rasa terkejut dengan adegan tadi. Rasa marah melihat Syed Amriz,
suamiku dipeluk wanita lain walaupun dia tidak membalasnya. Adakah ini cemburu?
Kalau cemburu maksudnya sayang. Jika sayang tandanya cinta! Tapi benarkah aku sudah
jatuh cinta dengan Syed Amriz? Kerana terlalu penat memikirkan perasaan baruku
ini, aku akhirnya terlelap sendiri di atas katil.
Aku tersedar dari lena tatkala
azan Maghrib berkumandang dari masjid yang berhampiran dengan apartmen
milik Syed Amriz ini. aku ingin segera
bangun untuk membersihkan diri seterusnya menunaikan solat, tetapi
pergerakkanku terbatas kerana tubuhku dipeluk dari belakang. Syed Amriz! Bisik
hatiku. Aku tarik tangannya yang melingkar di sekitar pinggangku, malangnya
tidak berhasil kerana pegangannya yang kejap di situ.
“Riz, bangun,” kejutku sedikit
keras nada suaraku.
Dia masih tidak bangun. Tidak
terkesan sedikit pun!
“Riz, bangun. Saya nak solat ni,”
gesaku.
“Abang takkan bangun selagi
sayang tak panggil abang, abang,” ujarnya dengan suara serak.
Aku melepaskan nafas beratku.
“Abang, bangunlah. Saya nak solat
Maghrib. Dah lambat ni,”ujarku, mengalah kerana Maghrib semakin
tiba
dipenghujungnya.
Spontan Syed Amriz melepaskan
pelukannya di pinggangku. Dia senyum sebelum bangkit dari pembaringannya. Aku
turut ikut bangun dan mencapai tuala lalu masuk ke bilik mandi. Namun, tidak
sempat pintu bilik mandi aku tutup, tangan lelaki itu telah menghalangku daripada berbuat demikian .
Aku pandangnya.
Dia sengih.
“Dah lambat, kita mandi sama-sama
je,”ujarnya nakal sebelum membolos masuk ke dalam bilik mandi dan menutup
pintu. Aku hanya diam kerana masih marah.
Selesai menunaikan solat maghrib
secara berjemaah, aku berlalu ke dapur untuk memasak. Setelah setengah jam bertungkus lumus memasak, aku
segera menghidangkan makanan malam kami. Aku masih marah dengan lelaki itu. Dia
masih tidak membuka mulutnya tentang kejadian petang tadi.
Aku berdiri memandang lauk-pauk
yang aku masak. Rasa seperti sudah hilang selera. Sudah kenyang dengan rasa marah
mungkin. Ahh, kenapa Syed Amriz masih berdiam diri? Mahu menguji akukah?
Aku memejam mata apabila terasa
ada tangan yang sedang mengusap perutku dari belakang. Tidak perlu memandang
aku sudah tahu siapa. Bau badan Syed Amriz sudah lama melekat dalam ingatanku.
“Hows our baby today?”Tanya
lelaki itu, lembut. Tangannya masih mengusap sekitar perutku yang semakin
membulat. Aku kekejangan sendiri menahan rasa.
“Anak saya, okey je,” balasku
sengaja menekan ayat ‘saya’ itu. Mahu menyakitkan hatinya.
Dia bertindak memalingkan tubuhku
menghadapnya setelah mendengar kata-kataku. Sinar matanya terpancar rasa marah.
Tapi dia cuba mengawalnya dengan senyuman.
“Anak saya? Bukan anak kita?”
Soalnya penuh makna.
Aku menjungkitkan kedua bahuku.
Enggan mengulas. Dia senyum melihat reaksiku.
“Kalau takde usaha abang, baby ni
takde tau?” usiknya sengaja membakar hatiku.
Aku memeluk diri dan memandang ke
arah lain. Tidak mahu memandangnya. Dia meletuskan tawanya tiba-tiba. Aku jadi
terpinga-pinga melihat reaksinya.
“Kita makan dulu okey? Lepas tu
baru sayang ada tenaga nak gaduh dengan abang, kan?” tambah Syed
Amriz lalu
menarik tanganku sebelum mendudukkan aku di kerusi. Kami sama-sama menjamu
selera, menikmati makan malam bersama.
SYED AMRIZ berdiri memeluk
dirinya sambil memerhatikanku yang sedang duduk di sofa. Aku tidak menghiraukan
pandangannya. Malah, aku sedang menunggunya membuka bicara mengenai kejadian
petang tadi.
“So, tell me, what you wanna
know?”Syed Amriz akhirnya mula bersuara.
Aku pandang tepat wajahnya. Dia
tenang menentang pandanganku.
“You know better,” jawabku
ringkas. Bantal sofaku ambil dan bawa ke dalam dakapan. Cuba menyembunyikan
perasaan sebenarku.
Dia melemparkan senyum sinisnya.
Menambahkan kehairananku. Adakah dia sudah mampu membaca perasaanku? Perasaan
cemburuku ketara sangatkah?
“I can’t help you kalau kita
terus main hide and seek macam ni,” katanya yang mempunyai maksud yang dalam.
Aku menjelingnya. Aku main
sembunyi? Bukan dia? Panas hatiku mendengarnya.
Dari firasatku, dia seperti sengaja mahu aku hamburkan segala rasaku
padanya.
“What do you mean by that?”
Tanyaku, sengaja walau aku sudah mulai faham permainannya.
Syed Amriz mampir padaku. Bantal
sofa yang berada dalam dakapanku dialihkannya. Mendedahkan bentuk perutku yang
dilindungi bantal kecil tadi. Aku melihat tangannya yang jatuh di atas
permukaan perutku.
“Dalam hidup ni, kadang-kadang
kita tak sedar yang kita suka dua orang
dalam satu masa. Kesilapan biasa berlaku dalam kehidupan, kan? Samalah macam
perasaan cinta. Sayang cintakan Khai dulu, tapi sayang tak pernah sedar yang
sayang jugak cintakan abang dalam masa yang sama,” jelasnya, lalu tanganku
digenggamnya.
Aku mengerutkan dahi, tidak faham
dengan penjelasannya.
“Sayang sukakan Khai, tapi tetap
setuju jadi perempuan simpanan abang dulu, kan?”sambungnya lagi.
Aku masih tidak faham. Bagiku,
aku jadi perempuan simpanannya suatu masa dulu kerana tidak mahu rahsiaku
pecah. Bukan kerana aku sudah cintakan dia.
“Abang tahu yang sayang jadi
perempuan simpanan abang sebab tak nak rahsia sayang pecah. Tapi cuba tengok
dari sudut lain, sepatutnya sayang tidak terima pelawaan abang tu. Pada awal
hubungan kita, abang tak pernah sentuh sayang,kan? Sampai satu hari tu baru
abang paksa sayang tidur dengan abang. Kalau betul sayang suka dan cintakan
Khai, kenapa sayang sanggup bagi
segalanya pada abang?” tambah Syed Amriz.
Aku membawa ingatanku kembali ke
zaman persekolahan kami dulu. Saat aku mula bersetuju menjadi perempuan
simpanannya kerana mahu menjaga rahsiaku yang ada dalam genggamannya. Pada
mulanya, dia memaknakan status ‘perempuan simpanan’ padaku sebagai temannya
sewaktu dia kebosanan. Kerap juga aku menemaninya di sekolah ataupun di luar
bila-bila dia mahukannya. Lama-lama, aku
semakin selesa dengannya dan membuatkan aku terlupa sebentar pada Syed Khairul.
Dalam masa itu, Syed Amriz tidak pernah
melebih-lebih denganku sehinggalah suatu hari ketika itu kami berdua-duaan di
rumahnya. Dia memaksaku untuk tidur bersamanya. Dengan berat hati aku
merelakannya kerana masih beranggapan yang dia akan memecahkan rahsiaku jika
aku menolak.
“Betul tak,” Suara Syed Amriz memecahkan lamunanku.
“Saya baru 19 tahun masa tu.
Masih mentah dan keliru dengan perasaan saya sendiri. Lagipun awak ugut saya,”
Aku membela diri meski aku sendiri tidak yakin yang Syed Amriz akan
mempercayainya.
Lelaki itu tersenyum sinis lagi.
Meragui kata-kataku sepertimana telahanku.
“Ye ke? Habis tu pada usia 26
tahun, kenapa sayang masih menyerah diri pada abang? Takkan sebab kena ugut
sekali dah takut,” sindirnya, tajam.
“Memang pun, awak ugut saya
dengan ugutan yang sama!” bentakku.
Dia ketawa mengejek.
“ Pada usia 26 tahun, takkan
sayang masih tak belajar menolak?” provoknya.
Aku sekali lagi menghadiahkannya
dengan jelingan tajamku.
“Lagipun, takkan sayang tak rasa
apa-apa masa abang sentuh sayang? Tak rasa betapa dalamnya cinta abang pada
Khurul Aisyah?”
“Nope,” balasku selamba dalam
masa yang sama menidakkan rasa yang selalu bertandang dalam hati setiap kali
kami berdekatan.
Syed Amriz hanya senyum
mendengarnya.
“ Yelah tu, actually you’re deeply in love with me. Cuma tak
perasan. kalau tak, kita takkan ada ni,” ujarnya sambil menyentuh perutku lagi.
Aku mencebik.
“Oh, ye untuk menambah bukti yang
sayang sebenarnya cintakan abang adalah kejadian petang tadi. Sayang marah
abangkan? Tengok Cathrine peluk abang?” katanya lagi.
“Sukalah kena peluk?” perliku,
sakit hati bila dia sudah menyentuh kejadian petang tadi.
“Cathrine dah kahwinlah. Dia
memang macam tu. Lagipun dia peluk tak ketat-ketat la. Biasa je. Sayang peluk
lagi best!” jelasnya sambil meletakkan tangannya di bahuku.
Yelah tu! Detik hatiku, masih
marah.
“Tapi awak tak tolak, kan?”
“Sayang cemburu,kan?”
“Jawab soalan saya dulu!”
tegasku.
“Not until you answer mine
first!” dia juga berkeras mahu mendengar jawapan dariku dulu.
“Saya dulu!” gesaku
“You love me and you are
jealous!” ujarnya, tidak mahu mengalah.
“No!”jawabku.
“Yes!”
“No!”
“Yes!”
“No!”
“Yes!”
“No!”
“No!”
“Yes!” Aku menutup mulutku.
Terperangkap akhirnya. Dia senyum meraikan kemenangannya.
“Abang kan pernah kata, dari dulu
sampai sekarang seorang je ada dalam hati ni. Itu pun sayang je. Mana boleh
letak nama orang lain. Hati abang ni limited space,”terangnya,menyejukkan
hatiku.
Aku mengetap bibir, terharu.
“I’m sorry for doubting
you,”pintaku, perlahan di telinganya.
Dia mengangguk.
“Lagi?” Tanyanya.
“ Apa lagi?” Aku tidak faham.
“Takkan tu je, maaf tu tak cukup
menyakinkan abang kalau tak disertakan lafaz yang abang tunggu selama tujuh
tahun ni,” katanya masih berselindung.
Aku sudah mulai faham apa yang
dia mahu dengar dariku. Tanpa sedar mukaku sudah mula berbahang menahan malu.
“I love you,” bisikku di
telinganya. Perlahan.
“Apa? I like you ?” Soalnya,
sengaja menukar kata-kataku.
“Hish, kan saya beritahu ‘I love
you’ kat abang, bukan ‘i like you’,” Tanpa sedar aku menyatakannya dengan kuat
di hadapan Syed Amriz.
Lelaki itu tersenyum lebar
melihat keterlanjuranku. Aku sudah menutup muka dengan tapak tanganku tatkala
tersedar.
“Hmm...dah lega hati abang ni
dengar sayang cakap macam tu,”ujarnya lalu tersenyum bahagia.
“Sorry saya ambil masa nak sedar
cinta abang,” pohonku.
“Takpe. Better late than
never,”balasnya, bersahaja sebelum mencium pipiku.
Aku tersenyum gembira. Bahagia
bila dua hati saling mencintai. Tidak perlu lagi bersembunyi. Tidak ada lagi
alasan sebab tidak perasan sudah jatuh cinta. Tidak perlu cemburu lama-lama!
Dalam hidup, kita akan selalu
melakukan kesilapan. Setiap kesalahan yang dilakukan akan mematangkan fikiran
dan menyedarkan kita. Cinta pula akan selalu menjadi punca untuk kita membetulkan
kesilapan, kerana... cintakan universal fungsinya!
P/S :
Status anak luar nikah (anak yang tidak sah tarafnya) adalah anak yang lahir
dari hubungan ibu bapa tanpa ikatan pernikahan yang sah dari segi syariat
Islam. Anak tersebut bukan anak haram, bukan najis dan kotor, sebenarnya anak
itu adalah sempurna dan dilahirkan dalam keadaan fitrah dan bersih tanpa dosa.
Bagi saya tidak baik dan tidak patut sangat menggelar anak tersebut sebagai
anak haram. Yang menjadi masalah ialah hubungan zina kedua ibu bapanya tanpa
ikatan perkahwinan. Haram itu adalah pelakuan ibu bapanya dan bukan anak itu
haram. Firman Allah yang bermaksud :
“Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia Dalam bentuk Yang sebaik-baiknya (dan berkelengkapan sesuai Dengan keadaannya).” (At-Tin : 4)
“Dan Sesungguhnya Kami telah memuliakan anak-anak Adam; dan Kami telah beri mereka menggunakan berbagai-bagai kenderaan di darat dan di laut; dan Kami telah memberikan rezeki kepada mereka dari benda-benda Yang baik-baik serta Kami telah lebihkan mereka Dengan selebih-lebihnya atas banyak makhluk-makhluk Yang telah Kami ciptakan.” (Al-Isra : 70)
Hadis Nabi yang bermaksud : “Setiap anak yang dilahirkan adalah fitrah”.
Ketiga-tiga dalil yang diberikan di atas ini, sangat jelas dan tidak dapat dipertikaikan bahawa setiap manusia yang dilahirkan adalah dalam keadaan yang sangat baik dan bukan dalam keadaan aib dan hina sepertimana yang digambarkan oleh sesetengah pihak terhadap anak-anak luar nikah ini. Jangan dibinasakan anak tersebut disebabkan anak tersebut luar nikah. Sepatutnya kita sebagai orang Islam wajib memuliakan antara satu sama lain, berbuat baik antara satu sama lain kerana ini yang dikehendaki oleh Islam dan ini juga merupakan sifat Rasulullah saw.( Ustaz Nor Amin)
“Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia Dalam bentuk Yang sebaik-baiknya (dan berkelengkapan sesuai Dengan keadaannya).” (At-Tin : 4)
“Dan Sesungguhnya Kami telah memuliakan anak-anak Adam; dan Kami telah beri mereka menggunakan berbagai-bagai kenderaan di darat dan di laut; dan Kami telah memberikan rezeki kepada mereka dari benda-benda Yang baik-baik serta Kami telah lebihkan mereka Dengan selebih-lebihnya atas banyak makhluk-makhluk Yang telah Kami ciptakan.” (Al-Isra : 70)
Hadis Nabi yang bermaksud : “Setiap anak yang dilahirkan adalah fitrah”.
Ketiga-tiga dalil yang diberikan di atas ini, sangat jelas dan tidak dapat dipertikaikan bahawa setiap manusia yang dilahirkan adalah dalam keadaan yang sangat baik dan bukan dalam keadaan aib dan hina sepertimana yang digambarkan oleh sesetengah pihak terhadap anak-anak luar nikah ini. Jangan dibinasakan anak tersebut disebabkan anak tersebut luar nikah. Sepatutnya kita sebagai orang Islam wajib memuliakan antara satu sama lain, berbuat baik antara satu sama lain kerana ini yang dikehendaki oleh Islam dan ini juga merupakan sifat Rasulullah saw.( Ustaz Nor Amin)
NOORAIHAS: Niat tidak pernah menghalalkan cara. Kalau anda cintakan seseorang dan ingin
memilikinya, pastikan anda menggunakan cara dan alternatif yang tidak melanggar
syariat agama...
22 comments:
mcm biasa, BEST BEST BEST
best3....
thanks cik writer...
Terima kasih pada yang sudi komen :) selamat menjalani aktiviti hujung minggu yek! hehehe...
cerpen awk best.......
next cerpen???
like like like like like like
smbng lgi akak.. hehe, xpuas hbis mcm ni je.. hehe, uat lgi ya cerpen.. sbb smua akak uat.. BEST BEST BELAKA
bez...cite yg slalu trjadi pde skeliling kite...gud job!
Best sgt2
erm, best.. tapi kan, saya tak sokong sangatla kisah ni.. bukan sebab anak luar nikah tu.. tapi sebab apa yang dia buat sebelum kahwin tu.. risau je kalau ada orang yang baca ni terdorong nak buat macam tu.. hee sory la kalau komen saya ni macam tak kena la pulak kan..
mengeluh panjang ---> hmmmmmm..
Cinta bukan utk nafsu shj..
Cinta buat kita rasional jika guna akal..
Cinta x bg kenyang jika hanya ingat yg manis...tanpa fikir sehari ke hadapan.
Guna akal..matangkan fikiran walau umur masih muda...bg sy itu cara utk baca tanpa terpengaruh. Hiburan dan pesanan boleh bertukar fungsi jika kita yg menyalahgunakan pendekatannya. Tahniah dan syabas penulis kerana berani pamer idea yg kdg2 dianggap jumud..tabu.keji pd masyarakat..dgn cara yg simple..cervel cinta...
Penuh dengan pengajaran. Thumbs up! ;')
Good job writer..
a wonderful karya. you were born to be an 'artist', enjoy sangatt baca cervel awkk..
Best gilerr..nak nangis bace cerpen nie..hehe..
Super best hehe
Best...... .
Best, gud job
Terbaik kak aihas.
Akak. Still me. I'm in love with your cervel. Trully in love without doubting.
Good job
Best...
Entry yang menarik kak. Taktahu dah berapa kali singgah sini semata2 nak baca cervel akak. Mini love from Hana 🫰🏻
Post a Comment