Tajuk : My CRUSH Until JANNAH
Nama Penulis : NOORAIHAS
Tarikh Post : 14 Januari 2013
Nama Penulis : NOORAIHAS
Tarikh Post : 14 Januari 2013
CINTA. RINDU. UNTUK.SEPANJANG.
HAYAT.
P/S :
sila pasang lagu Suraya-INDIGO semasa membaca cerpen ini J
“Awak
ni gila!”
Aku
membulatkan mata. Sampai hati dia kata aku gila. Aku Cuma suka kat dia. Itu pun
salah ke?
“Tak
baik awak cakap macam tu. Saya tak gilalah,” balasku dengan air muka yang
mendung.
“Kalau
awak tak gila, habis awak apa? Meroyan?” tengkingnya lagi. Hampir menitis air
mataku mendengarnya. Nasib baik kepala aku dari tadi menunduk, memandang tanah.
Kalau tidak mesti kantoi!
“Sudahlah!
Ini amaran terakhir saya. Jangan ekori saya. Tolonglah cermin diri tu sikit!
Dah lah tak cantik!
Cermin mata tebal,
macam nerd! Ada hati nak jadi makwe saya. Tiang lagi cantiklah dari awak
tau!” herdiknya lalu meninggalkan aku terkulat-kulat sendiri. Air mata yang
tadi Cuma bertakung di tubir mata, akhirnya gugur di pipiku.
Sedihnya
hati! Awak jahat! Ayat-ayat yang keluar dari mulut awak macam pisau. Tajam
! Ada ke patut samakan saya dengan
tiang!Tapi nak buat macam mana, saya tetap suka awak sampai bila-bila.
Sebab awak crush kita, walaupun tak ada tempat di hati awak untuk mengangkat saya
menjadi cinta awak.
Tapi
itu dulu, masih ada cintakah lagi dalam hatiku untuknya? Sekurang-kurangnya
perasaan suka?Aku menutup kembali diari usang milikku. Diari yang aku mula buat
bila bertemu dia dan yang aku tutup, tidak buka-buka lagi setelah kejadian itu.
Namun, kini, aku kembali membukanya...
***
Suraya...
Seperti mana kau dan mentari...
Pengemis ini meminta...
Serangkaian cahaya...
Hatimu Suraya...
Seperti mana kau dan mentari...
Pengemis ini meminta...
Serangkaian cahaya...
Hatimu Suraya...
Aku
menghentikan langkah. Oh, mak! Suara siapa yang merdu sangat nih? Apa mak dia
makan masa mengandungkan dia sampai dapat suara sedap macam ni? Mataku melingas
memerhati sekeliling, mencari gerangan suara yang menyanyi tadi. Sudahlah
menyanyi lagu yang ada sebut nama aku. Wah , terharu akak tau! Macam seru-seru
pulak! Kalau macam tu biar aku cari dirimu wahai pemilik suara! Tekadku.
Dalam
dok sibuk mencari si empunya suara, aku
secara tak sengaja tersepak tin minuman. Hei, mangkuk mana yang tak
belajar sivik ni? Buang sampah merata-rata! Kau ingat ini tempat pelupusan sampah ke apa! Marahku
dalam hati lalu tin minuman tadi diambil dan aku mula mencari tong sampah yang
berdekatan.
“Okey!
Jumpa pun awak Mr. Dustbin!” sorakku setelah tong sampah Berjaya aku jumpa.
Macam jumpa harta je lagak gembiranya. Dalam kegembiraanku bercampur teruja
bertemu dengan tong sampah, aku tidak semena-mena tergelincir jatuh dek kulit pisang yang dibuang di luar tong.
Bukkk!
“Adoi!
Punggung aku!” rintihku kesakitan. Cara jatuh memang langsung tak cun! Adeh,
kenapalah nak jatuh sekarang?
“Awak?”
tegur satu suara.
Aku
segera berpaling dan bangun dalam waktu yang sama. Malunya! Orang nampak! Dan...Mak, hensemnya bakal
menantu mak!
Secara
tidak langsung aku mengerdipkan mata beberapa kali. Mengangumi betapa eloknya
ciptaan Allah di hadapanku ini. Terus terlupa pada sang pemilik suara yang aku
cari tadi.
“Awak
tak apa-apa?”
Lelaki
itu melayang-layangkan tangannya dekat dengan wajahku. Cuba menyedarkan aku yang lagi diambang kekaguman
dengan ciptaan Tuhan Ini.
“Saya...okey...je...”jawabku
secara seketul-seketul perkataan yang keluar. Masih separa sedar!
“Oh,
okey. Kalau macam tu saya pergi dulu,”
pamitnya dan berpaling meninggalkan aku.
Bagai
tersedar dari lena, aku cepat-cepat berjalan menyainginya dan berhenti
betul-betul di hadapannya sebelum mendepangkan kedua-dua belah tanganku.
Menghalangnya dari terus berlalu. Dia terkejut seketika.
“Err...terima
kasih,” ucapku lalu tersenyum manis.
Dia
senyum ringkas menampakkan lesung pipitnya yang memang dalam macam kolam!
Kolam? Ahh, lantaklah kalau takde kena-mengena pun! Bukan masuk exam pun!
“Sama-sama,”
jawabnya dan kembali ingin berlalu. Tapi aku masih berdiri di depannya. Masih
tidak puas menatapnya.
“Nama
awak apa ekk?” Selamba aku terus bertanyakan namanya. Dah terbaliklah pulak
kan. Tapi bukan untuk apa-apa pun. Saje tambah kenalan. Tak salah kan?
“Err...Is...”
“Hah,
mesti Iskandar kan? Saya dah agak dah! Kalau orang handsome macam awak ni mesti
ada nama sedap-sedap,” potongku dengan nada sedikit teruja tanpa sempat dia
menghabiskan ayatnya.
Dia
terpinga-pinga sebentar. Mungkin terkejut kot melihat aku berjaya meneka
namanya dengan tepat bersama reaksi yang diluar jangkaannya.
“Ismadi.
Nama saya Ismadi,” tegasnya, mematikan mood teruja aku sebentar tadi.
Aku tersenyum sumbing . Alamak, salah ke?
“Errk...salah
ye? Tapi takpe. Nama saya....”
“Awak,
saya takde masa nak berkenalan. Kalau itu niat awak. Baik awak lupakan je,”
Lelaki itu pula memotong kata-kataku dan berlalu meninggalkan aku
terkulat-kulat seorang diri. Secara tidak sengaja, aku mengeluh perlahan.
Kecewa.
Ismadi.
Aku menyeru namanya dalam hati. Satu hari nanti kita akan bertemu lagi. Dan
saya akan pastikan awak sukakan saya sepertimana saya dah ‘tersuka’ awak.
Janjiku bersama senyuman keyakinan. Ahh, tak sabar nak tunggu hari tu!
***
Aku
mengemas kertas-kertas yang berteraburan di atas meja di perpustakaan. Bersedia
untuk pulang ke rumah sewa setelah beberapa jam menghadap kertas kira-kira.
Penat betul otak aku mengulangkaji
pelajaran. Ingatkan senang jurusan perniagaan ni. Rupa-rupanya tidak! Namun, demi masa depanku sendiri,aku harus
gigih berusaha! Kejayaan ini untuk mak dan ayah! Wah, syahdulah pulak bila
masuk bab mak ayah ni!
Telefon
bimbit yang bergetar tiba-tiba di dalam poket seluar, mengeluarkan aku dari
mood ‘syahdu’ dek teringatkan mak ayah di kampong. Skrin handphone jenama Nokia
itu aku kerling sekilas. Mesej je. Tapi tetap papan kekunci itu aku tekan dan
buka untuk melihat apa kandungan isi pesanan ringkas itu. Mana tahu ada hal
kecemasan ke. Aku membaca mesej di telefon bimbitku sambil berjalan keluar dari
perpustakaan. Ceh, mesej macam ni je yang asyik masuk ‘inbox’ aku! Marahku
dalam hati.
Kesepian? Tiada tempat untuk meluahkan
perasaan?Ingin bercinta? Taip ON CINTA dan hantar ke 32223.
Dalam sibuk memadamkan kandungan mesej tadi aku
secara tidak sengaja terlanggar bahu seseorang.
Aku angkat kepala. Spontan
mataku membulat dengan besarnya! Ismadi!
“Awak!”
sapaku dengan teruja. Ismadi pulak hanya menjungkitkan sebelah keningnya.
Amboi, kereknya!
Tapi takpe, saya suka! Hatiku dengan gediknya berbicara
sendiri.
“Awak
saya nak mintak...”
“Mintak
maaf? Tak payah! Saya nak cepat,” potongnya sebelum sempat aku menghabiskan
kata-kataku.
Aku
mengerutkan dahi. Bukan itulah aku nak cakap!
“Saya
bukan nak mintak maaf. Tapi nak mintak nombor phone awaklah.” Dengan selambanya
aku membetulkan kata-katanya tadi.
Dia mengetapkan
bibirnya. Mungkin malu. Aku pun satu, tak reti-reti nak ‘cover’ sikit kalau nak
malukan orang. Bakal suami ni! Hishh! Perasan!
“Saya
takde masa nak bagi nombor telefon saya kat orang yang tak dikenali. Harap
maaf!” tegasnya padaku dan bergerak meninggalkanku. Jelas dia menolak!
Aku
berlari-lari anak mengejarnya yang sudah masuk kedalam perpustakaan. Mata yang
memerhati tidak aku peduli. Bukan aku buat bising pun!
“Awak,”
panggilku dalam nada berbisik setelah Ismadi mencapai kerusi dan duduk. Raut
wajahnya nyata tidak berpuas hati. Bengang agaknya sebab aku asyik mengekorinya
dari luar sehingga ke dalam perpustakaan.
Buku notanya di letakkan sedikit kasar di atas
meja. Kad matrik juga sudah ditanggalkannya. Dia memandang tajam wajahku. Aku menyengih
sendiri. Serba salah sebab dah buat orang marah! Aku dah buat Ismadi marah!
“Awak
ni kenapa ha? Asyik ikut saya je?” marahnya dalam nada perlahan.
Aku
menggaru pipi yang sah-sah tak gatal. Mencari idealah kononnya.
“Eh,
mana ada saya asyik ikut awak. Ini baru kali kedua saya jumpa awak tau!”
dalihku tanpa rasa bersalah.
“Hish...awak
ni....”
“Awak
ni apa?” sambutku sedikit terpinga-pinga bila dia tidak jadi meneruskan
kata-katanya.
Ismadi
menggelengkan kepalanya. Dia mencapai buku notanya dan menulis. Sudah tidak
mahu mempedulikan aku.
Aku
membiarkannya membuat kerjanya. Sementara itu tanganku sudah mencapai kad
matriknya. Aku mahu tahu jurusan apa yang sedang diambil Ismadi.
“Masscomm,
broadcasting?” Tanpa disengajakan bibirku menyebut jurusannya. Serentak itu
Ismadi merampas kad matriknya semula dari tanganku. Matanya merenungku tajam.
Memberi amaran dalam diam!
Aku
hanya menyengih. Serba salah!
“Err...awak
Masscomm? Mesti awak nak kerja dengan tv kan nanti?” Soalku lalu tersenyum
sendiri.
Ismadi
lambat-lambat menganggukkan kepalanya secara perlahan tetapi matanya tetap pada
buku notanya. Nampak sangat malas nak melayan pertanyaan aku.
“Tapi
kan awak, kalau kerja dekat stesen tv ni nanti mesti busy selalu. Awak tak akan
ada masa nak pilih jodoh pun apatah lagi
nak kahwin. Kalau awak kahwin pun kesian isteri awak sebab kena selalu tinggal
kat rumah sorang-sorang. Jadi, saya cadangkan kat awak supaya lebih baik awak
jadi lecturer. Saya pun nanti nak jadi lecturer lepas habis buat master. Boleh
kita sama-sama...”
“Eh...awak
boleh tolong diam tak? Bising je!” jerkahnya perlahan tanpa sempat aku
menyudahkan kata-kataku.
Buku
nota yang dibacanya tadi pulak sudah ditutup kasar dan Ismadi sudah bersedia bangun untuk
meninggalkan aku sekali lagi. Terkulat-kulat mataku melihat Ismadi beredar.
Hatiku sedikit hampa. Tapi takpe, esok kan ada lagi!
HABIS
sahaja kelas, aku berlari-lari menuju ke arah kafetaria. Mahu makan! Perut yang
memang tak beralas apa-apa pagi tadi, sudah ‘berclubbing’ sakan minta segera di
isi.
Hidangan
demi hidangan aku perhatikan. Menyelerakan! Rasa macam nak makan semua sekali!
Tapi malangnya, aku kena tengok bajet jugak kalau nak makan. Maklumlah,
pelajar! Mana nak makan, mana nak bayar yuran, buku, assignment luar lagi.
Aku
mengeluh seketika sambil memandang makanan di hadapanku ini.
“Kenapa
mengeluh? Tak nak makan? Diet?” Tegur satu suara, dekat di sebelahku.
Aku
segera memandangnya dan senyum. Munir!
“Aku
bukan tak nak makan atau diet, tapi makanan tu yang tak nak dekat aku,”
selorohku, sengaja.
Menutup masalah sendiri.
Munir
tertawa kecil mendengarnya sebelum berhenti dan memandangku dengan pandangan
yang tidak percaya.
“Makanan
tak nak dekat dengan kau? Biar lawak kau ni? Makanan kalau kau pilih lepas tu
hulur duit terus ngap jelah,” ujar Munir dengan aksinya sekali.
Tergeleng-geleng kepalaku melihatnya. Macam-macam!
“Apa-apalah.
Aku nak makan nasi lemak jelah.” Putusku lalu mencapai bungkusan nasi lemak dan
berlalu mencari tempat duduk. Malas nak melayan karenahnya lagi. Kalau layan,
sampai subuh esok pun tak habis lagi.
Lima
minit kemudian Munir kembali bersama dua biji pinggan dan duduk bertentangan
denganku. Satu pinggan diletakkan di depannya, satu lagi di letakkan di
hadapanku. Terkebil-kebil aku memandangnya.
Pinggan yang berisi nasi berlauk
ayam, sayur campur dan sambal sotong itu benar-benar menguji kesabaran perutku.
Tapi aku tidak mahu terhutang budi dengan Munir. Dia sudah banyak menolongku.
Takut nanti-nanti aku tak terbayar pulak!
“Munir,
aku dah ada nasi lemaklah,”ujarku bersama rasa malu yang menebal.
“Ala
makan jelah. Aku beli bukan untuk kau. Tapi untuk perut kau!” Tegasnya dan
terus menyuap makanan ke mulutnya.
Aku
masih diam kaku memandang pinggan yang penuh dengan lauk-pauk yang dipilih
Munir.
“Nasi
lemak tu kau makan petang-petang karang jelah. Kalau basi, kau claim kat aku.
Sekarang makan apa yang aku dah belikan untuk kau,” katanya lagi sambil
menyuakan sudu dan garfu padaku.
Aku
mengangguk perlahan dan mengukirkan senyuman buat Munir sebelum menyambut
huluran sudu dan garfu tadi. Tanda terima kasih. Munir membalasnya dengan
senyuman yang sangat ikhlas. Itulah Munir, ikhlas dalam menolong. Terima kasih
Tuhan kerana menganugerahkan aku sahabat yang sebegini.
Ketika
sedang leka menikmati hidangan makan tengahari, telingaku menangkap suara yang
sangat aku kenali. Siapa lagi kalau bukan Ismadi! Aku cuba mengukirkan senyuman
selebarnya tatkala mata kami bertembung. Namun, malangnya Ismadi hanya
memandang sepi sahaja senyumanku itu sebelum mengalihkan pandangannya pada
teman-temannya yang lain.
Melihat
kelompok kawan-kawan Ismadi membuatkan aku sedar yang Ismadi ini tentu popular
orangnya di sekitar kampus, Cuma mungkin aku sahaja yang baru mengenalinya.
Lihatlah, baru sahaja dia melintasi dari meja ke meja sudah ramai yang menegurnya.
Perempuan atau lelaki sama sahaja! Malah makcik kafetaria juga menegurnya!
Dasyat sungguh!
“Kalau kau minat Madi, aku
nasihatkan kau lupakan sahaja minat kau tu,” kata Munir bersama renungan
matanya yang tajam menikam anak mataku.
Aku mengerutkan dahi. Tidak
mengerti.
“Madi budak Masscomm tu memang
popular tapi penyombong! Semua budak perempuan yang tak popular tak dilayannya
langsung! Dasar budak Masscomm, memang semuanya macam tu!” terang Munir dengan
air muka yang tegang.
Aku tersenyum kelat mendengarnya.
Sombong? Semua budak Masscomm macam tu ke? Sesetengah je yang macam tu. Aku
beranggapan sendiri dan kembali menikmati makananku.
***
“Ismadi!”Aku menjerit memanggil
namanya sebaik sahaja lelaki itu melintas di hadapanku untuk ke perpustakaan.
Aku berlari-lari anak
mendapatkannya bersama senyuman lebar. Malangnya, senyumanku itu tidak bertahan
untuk jangka masa yang lama setelah mataku terpandang seorang gadis yang sibuk
memeluk lengannya. Pakaiannya? Subhanallah! Seksi yang teramat! Agaknya perempuan
macam itulah yang Ismadi suka! Dalam tak sedar aku mengeluh sambil memandang
diri sendiri. Sungguh aku tak layak! Tapi, apa salahnya mencuba lagi?
Aku memandang Ismadi, dia juga
memandangku bersama jelingannya. Gadis yang bersamanya turut menghadiahkanku
renungan tajamnya. Sehati sejiwa betul pasangan ini! jeling-menjeling pulak!
Tapi itu tidak akan mematahkan semangatku untuk terus mendekati Ismadi. Lantas
aku menghampiri mereka.
Aku bertekad untuk meluahkan isi
hatiku hari ini, walaupun di depan gadis yang bersamanya sekarang.
“Apa yang awak nak ni?” Ismadi
sudah bercekak pinggang. Keras nada
suaranya menyoalku.
“Madi, perempuan ni ke yang you
cakap tu?” Soal gadis di sebelahnya, memandangku dari atas sehingga ke bawah
sebelum mencebikkan bibirnya.
“Saya...”
“Saya apa?” Jerkah Ismadi padaku.
Terkedu aku mendengarnya.
“Saya nak...err...bagitahu
yang....ss...sa...saya...su...suka awak!”Luahku dengan tergagap-gagap sebelum
tersengih, malu-malu. Gadis di sebelah Ismadi ketawa besar mendengarnya. Ismadi
pulak mengetap bibirnya geram.
“Awak
ni gila!”
Aku
membulatkan mata. Sampai hati dia kata aku gila. Aku Cuma suka kat dia. Itu pun
salah ke?
“Tak
baik awak cakap macam tu. Saya tak gilalah,” balasku dengan air muka yang
mendung.
“Kalau
awak tak gila, habis awak apa? Meroyan?” tengkingnya lagi. Hampir menitis air
mataku mendengarnya. Nasib baik kepala aku dari tadi menunduk, memandang tanah.
Kalau tidak mesti kantoi!
“Sudahlah!
Ini amaran terakhir saya. Jangan ekori saya. Tolonglah cermin diri tu sikit!
Dah lah tak cantik! Cermin mata tebal,
macam nerd! Ada hati nak jadi makwe saya. Tiang lagi cantiklah dari awak
tau!” herdiknya lalu meninggalkan aku terkulat-kulat sendiri. Air mata yang
tadi Cuma bertakung di tubir mata, akhirnya gugur di pipiku.
Sedihnya
hati! Awak jahat! Ayat-ayat yang keluar dari mulut awak macam pisau. Tajam
! Ada ke patut samakan saya dengan
tiang!Tapi nak buat macam mana, saya tetap suka awak sampai bila-bila. Sebab awak crush kita, walaupun tak ada tempat di hati awak untuk mengangkat saya
menjadi cinta awak.
SEJAK
kejadian cintaku ditolak itu, aku tidak lagi bertemu dengannya apatah lagi
‘sengaja’ mahu berjumpa dengannya seperti yang selalu aku lakukan dulu-dulu.
Hidupku kini hanyalah belajar! Tambahan, final exam kian menghampiri. Ini
adalah tahun akhir aku dan aku berjanji yang ini adalah kali terakhir jugak aku
bersama dalam satu tempat yang sama dengan Ismadi.
Benar apa
yang dikata Munir tentang Ismadi. Sombong! Dan biar aku tambah lagi, suka
menjatuhkan maruah orang! Itulah Ismadi di mata aku sekarang. Walaupun, aku
masih sukakan dia, tapi untuk kembali ‘mengejar’ lelaki itu setelah segalanya
‘jelas’, itu bukan aku! Aku perempuan yang masih bermaruah! Aku akan ‘berhenti’
bilamana hati aku sendiri memintanya untuk ‘berhenti’.
Aku
kembali senyum bila melihat Munir datang menghampiriku. Lelaki itu tidak tahu
apa yang terjadi antara aku dan Ismadi dan aku lebih selesa begitu.
“Kau
tahu tak?” Soal Munir sebaik sahaja dia melabuhkan duduknya di kerusi.
Aku
mengerutkan dahi. Tahu apa?
“Apa?”
“Madi
accident. Orang kata cedera parah. Sekarang kat ICU lagi. Aku dengar lagi,
dua-dua buah pinggang dia tak boleh berfungsi akibat accident tu. Sekarang,
tengah tunggu penderma yang sesuai,” kata
Munir lagi dengan nada suara yang
serius.
Aku
melepaskan keluhan berat. Sangat berat sehingga ingin bernafas kembali pun terasa
sukar! Oh Tuhan, jangan Kau cabut nyawa Madi!
***
Enam tahun berlalu...
Pemandangan sawah yang menghijau
sedikit sebanyak menenangkan fikiranku. Wajah emak dan ayah yang begitu
mengharap, terlayar di mataku. Sungguh aku tidak pernah menghampakan mereka
seumur hidupku. Dari dulu sehingga kini. Aku rela berkorban untuk melihat
mereka tersenyum.
Aku tahu mereka melakukan
keputusan itu demi masa depanku. Aku faham kebimbangan mereka. Anak sulung dari
empat beradik, perempuan pula tu tapi masih belum mendirikan rumah tangga pada
usia di hujung 20-an. Malah, adikku yang kedua juga sudah mendirikan rumah
tangga. Jadi keputusan mereka menerima pinangan itu memang tepat. Aku tiada
masalah dengan keputusan mereka meminta aku untuk berkahwin.Tapi masalahnya
adalah orang yang hendak berkahwin dengan aku itu!
“Assalamualaikum,”
Aku berpaling demi mendengar
suara yang memberi salam padaku tadi serentak aku menjawab salamnya sebelum
kembali memandang sawah padi yang terbentang. Lelaki itu dengan bersahaja
melabuhkan duduknya di sisiku. Rapat, sehingga bahu kami saling bersentuhan.
“Jauh termenung? Ingatkan saya?”
Soalnya, lembut menampan di telingaku.
Aku tidak menjawab persoalannya
apatah lagi memandangnya. Gentar melihat raut wajah yang sudah enam tahun tidak
aku temui. Masih kacak dan masih mampu menggentarkan hati wanitaku. Untuk
seketika, kami saling mendiamkan diri.
“Kenapa Ismadi?” Aku bersuara
setelah agak lama menyepi.
“Kenapa apa?” Dia menyoal
kembali. Dapat aku rasakan yang dia sedang merenung wajahku. Cukup dalam.
“Kenapa awak datang kembali dan
mahu menikahi saya? Apa niat awak yang sebetulnya?”Aku terus ke punca soalan.
Aku tidak mahu menunggu dan saling tarik tali demi sebuah pertanyaan.
Dia berdehem beberapa kali.
Mungkin membetulkan kotak suaranya dan mungkin juga terkejut dengan soalanku.
“Saya tak akan memberitahu
jawapan pada persoalan awak tu sehingga kita sah sebagai suami isteri,”
jawabnya, mudah dan nampak seperti mengelak.
Aku mendengus perlahan. Sungguh
aku tidak tahu bahawa lelaki di sebelahku ini cukup bijak ‘bermain’ tarik tali.
“Saya perlu jawapannya sekarang!”
Tegasku dengan suara yang sedikit tinggi.
Ismadi tertawa kecil. Aku jadi
sakit hati.
“Sabar sayang. Majlis kita
tinggal lagi seminggu,” ujarnya, tenang.
Aku mengetap bibir. Geram! Geram
dengan jawapannya dan geram dipanggil sayang. Entah sayang entah tidak!
“Sebab tinggal lagi seminggulah
saya nak tahu. Saya tak nak hidup dalam tanda tanya selama seminggu ni!”
Bentakku tanpa sedar dan berdiri menghadapnya.
Raut wajah Ismadi yang suram
menyapa pandangan mataku.
“Awak dah berubah!” katanya dalam
nada mendatar bercampur kesal.
“Apa yang berubahnya? Awak tak
kenal saya pun, macam mana awak boleh kata saya dah berubah? Jangan beritahu
saya, yang awak kenal saya sangatlah! Dulu, saya bodoh sebab pernah suka kat
awak! Terkejar-kejar nak berkawan dengan awak. Tapi sekarang awak dah takde
dalam hati saya. Dan itu satu-satunya yang berubah dalam diri saya. Saya dah
tak suka awak!” Tekanku, bersungguh.
Ismadi sedikit tersentak. Namun,
segera dia mengaburiku dengan senyumannya. Aku pula yang tergamam melihatnya.
Subhanallah! Sungguh indah ciptaanMu ini Ya Allah! Tidak pernah aku melihat
senyumannya selama aku tergila-gila mahu memikatnya dulu!
“Saya percaya saya mampu membuka
kembali hijab cinta yang pernah awak buka untuk saya suatu ketika dulu. Dengan
izin Allah, cinta awak tetap milik saya sehingga Jannah,” ujarnya tenang dan
bersahaja sebelum berlalu meninggalkan aku.
Aku yang mendengarnya seolah-olah
terpujuk mendengar bicaranya yang mendamaikan. Ya Allah, adakah dia takdirku?
EMAK sibuk merias bilik tidurku
untuk hari bersejarahku itu. Terpancar sinar kegembiraan pada raut wajah yang
semakin dimamah usia itu untuk menyambut bakal menantunya dalam masa terdekat
ini.
“Suraya Nafissa,” Panggil mak,
lembut.
Aku menghadiahkan senyuman pada
mak. Malu mula menerpa diri bila mak mencuit daguku. Rasa diperlakukan seperti
anak kecil pula! Walaupun usiaku hampir mencecah 3 series.
“Suraya ada masalah?” Tanya mak,
prihatin.
Aku segera menggeleng.
“Mak tahu, mesti anak mak ni
berdebar kan?” teka mak.
Aku Cuma tersenyum. Tidak mahu
berkata lebih-lebih.
“Biasalah tu. Mak dulu pun
berdebar-debar. Maklumlah, nak hidup
bersama orang yang bakal sehidup dan semati. Untuk sepanjang hayat pulak tu,”
tambah mak bersama senyuman.
“Mak,” panggilku.
“Hmmm,”
“Macam mana nak menggapai bahagia
dalam sebuah perkahwinan?” Aku bertanya.
Mak senyum lagi sebelum menjawab.
“Suraya, bahagia itu ada dalam
diri kita. Antara kita je pandai atau tak nak mencari dan memanfaatkannya,”
jawab mak.
Aku terdiam mendengarnya.
Perlukah aku mencari bahagia dalam diri aku untuk Ismadi? Sedangkan bahagia
miliknya belum tentu buat aku.
***
Aku pandang wajah Ismadi yang
sedang tidur. Kepenatan kerana menggosok
periuk belanga petang tadi. Raut wajah yang suatu ketika dahulu aku minat
separuh nyawa, kini sudah sah menjadi milik aku pagi tadi. Mimpikah aku? Jika
bukan mimpi, ini tentu halusinasi!
Lantas aku mencubit pipi, cuba
menyedarkan diri dari mimpi dan halusinasi ini. Sakit! Maknanya aku tidak
bermimpi mahupun berhalusinasi!
“Sayang,” Aku tersedar dari
lamunanku pabila suara Ismadi memecah keheningan kamar peraduan kami. Dia sudah
bangun!
Lelaki itu perlahan menarik
tanganku supaya melabuhkan dudukku di birai katil, di sebelahnya. Dia senyum.
Aku sekali lagi terpana dengan senyumannya!
“Abang bersyukur yang sayang...”
“Madi, saya tak nak tahu hal
lain. Saya Cuma nak tahu apa sebab awak beria sangat nak kahwin dengan saya.
Awak dah janji nak beritahu bila kita dah sah jadi suami isteri. So, tell me
now!” Potongku sebelum dia sempat menghabiskan bicaranya tadi.
Ismadi menghantar pandangannya
yang dalam menerusi matanya padaku. Ada apa sebenarnya yang dia mahu sampaikan
dengan bicara matanya itu?
Aku bangkit, menjauh dari tubuh
itu. Aku tidak mahu terus direnung begitu. Serentak itu juga Ismadi bangun dan
berdiri, mengikutku.
“Terima kasih,” ucap Ismadi
sebagai pemula.
Aku mengerutkan dahi. Terima
kasih?
“Untuk apa?” Soalku tidak sabar.
“Selamatkan nyawa abang. Kalau
tak kerana buah pinggang yang sayang derma tu mesti abang tak akan ada pada
hari ini,” terangnya.
Aku terkejut! Dia tahu? Siapa
yang jadi tukang penyampainya?
“Kalau tak kerana Munir, abang
tak akan tahu sampai sekarang siapa yang derma buah pinggang tu,” tambahnya
lagi seakan mengerti kata hatiku.
Munir! Aku mengetap bibir. Fahamlah aku yang dia Cuma terhutang budi! Aku
diam untuk seketika sebelum kembali berkata.
“Terhutang budi awak nikahi saya.
Angkat taraf saya jadi seorang isteri kerana saya dah selamatkan nyawa awak.
Kalau tidak, saya hanyalah perempuan yang merimaskan awak. Perempuan yang awak
kata gila! Meroyan!” ujarku. Lirih. Pedih!
Ismadi diam.
“Sudahlah Ismadi. Kita teruskan
hidup masing-masing seperti sebelumnya. Kalau sudah sampai masanya yang awak
rasa saya patut dilepaskan, awak lepaskan saya,” luahku tanpa perasaan.
Ismadi segera merapatiku.
Memegang lenganku erat.
“Tiada istilah ‘lepas’ dalam
perkahwinan kita Suraya Nafissa! Tak akan pernah ada! Abang cintakan sayang
sepe...”
“Jangan!” Aku sekali lagi
mencantas bicaranya.
“Jangan cintakan saya Ismadi!
Jangan pernah cintakan perempuan yang pernah terkinja-kinja mengejar awak
seperti tiada maruah ni hanya kerana budi. Jangan!” sambungku sambil cuba
melepaskan pegangan tangannya. Mataku sudah pedih menahan air mata dari
mengalir.
Ismadi memandangku tajam.
“Baik!” kata Ismadi tiba-tiba.
Aku meneguk air liur. Adakah dia
akan melepaskanku sekarang?
“Kalau itu yang awak rasa dulu, saya Megat
Ismadi Megat Izman akan menjadi seperti
lelaki yang tiada maruah, akan terus
mengejar cinta dari isterinya sampai bila-bila! Bukan kerana budi tapi kerana
cinta !” tambahnya seperti bertekad!
Terkedu aku mendengarnya. Serentak
itu Ismadi melepaskan tangannya dariku dan keluar dari bilik. Membiarkan aku
dengan perasaan yang bercampur baur.
AKU menutup diari usang milikku
dan meletakkannya kembali ke dalam laci sebaik sahaja Ismadi masuk ke dalam
bilik. Lelaki itu terus menuju ke katil dan baring di situ. Demi melihat lelaki
itu memejamkan matanya, aku segera merapati suis lampu dan ingin menutupnya.
Namun belum sempat aku menekan suis tersebut, Ismadi menegahku dari berbuat
demikian.
“kenapa?” Tanyaku sepatah.
“Err...abang ada kerja nak buat
sekejap lagi. Takut kalau tutup lampu semua, terlelap terus,” terangnya
sedikit
teragak-agak.
Aku mengangguk dan berlalu ke
almari dan mengambil gebar untuk mengalas tubuhku di lantai. Ismadi yang
melihat perbuatanku, segera bangun dari pembaringannya dan merampas gebar
tersebut.
“Kalaupun sayang tak bersedia
untuk menunaikan tanggungjawab sebagai isteri, tolong...tolong jangan tidur
macam ni. Jangan jauhkan lagi jarak antara kita,” Suara Ismadi kedengaran sayu
di telingaku.
Aku mengerutkan dahiku. Kalau dia
tak mahu aku tidur di lantai, jadi dia mahu aku tidur di mana? Di luar rumah?
Dalam kereta?
“Habis awak nak saya tidur kat
mana?” Soalku dengan suara sedikit tinggi,
sakit hati.
“Tidur di mana seorang isteri sepatutnya
tidur! Di sini !” Sambutnya dan menarikku duduk di birai katil.
“Awak tak kisah ke?” Aku bertanya
dengan sarkastiknya.
Ismadi cepat-cepat menggeleng.
“Langsung tak kisah! Seronok
adalah!” jawabnya dalam nada gatal.
Aku mendengus perlahan sebelum
mencuba untuk bangun. Tapi tidak Berjaya kerana dia segera memelukku dan
membaringkan badan kami sama-sama di atas katil.
Aku meronta-ronta mahu melepaskan
diri. Namun tidak Berjaya! Lelaki itu terus memelukku kejap.
“Madi!” marahku.
“Tidur. Esok kita gaduh lagi,”
katanya lalu mengeratkan lagi pelukannya.
Aku mengetap bibir. Perasaanku
saat ini semua ada! Sakit hati. Geram. Tertekan. Malu. Semuanya bercampur
kerana lelaki ini!
***
Sebaik sahaja cuti semester
berakhir, aku kembali bertugas sebagai pensyarah, tempat di mana aku pernah
bergelar pelajar suatu ketika dahulu. Tempat yang menyaksikan jatuh bangunku
sebagai pelajar dan tempat yang mengingatkan aku betapa bodohnya aku kerana
mengejar cinta orang yang tidak pernah menyukai aku!
Suasana di sini masih sama
seperti dahulu, Cuma statusku sahaja sudah berbeza. Dulu aku pelajar. Kini,
tenaga pengajar pula! Kadang-kadang aku
rasa mahu tergelak memikirkannya. Tapi itulah hidup! Rela atau tidak, kita
pasti akan kembali ke tempat di mana
bermulanya kita, seperti kisah aku dan Madi.
“Assalamualaikum Cik Suraya,”
tegur suatu suara. Aku berpaling dan perlahan mengukirkan senyuman.
“Waalaikumussalam, Azman.” Aku
menjawab salam daripada pelajarku itu.
Azman pelajar tahun akhir Jurusan
Perniagaan dan salah seorang pelajar yang cemerlang. Apabila aku melihat Azman,
aku seperti melihat refleksi diriku lapan tahun lepas. Selalu dan terlalu gigih
menimba ilmu.
Cuma mungkin Azman tidak sebodohku dalam mengejar cinta. Itu
bezanya aku dan Azman. Dan aku berharap dia tidak akan pernah melalui perasaan
diperbodohkan sepertiku dalam soal hati dan cinta!
“Cik Suraya apa khabar?” Soalnya
bersama senyuman.
“Baik, Alhamdulillah,” jawabku,
tenang.
Setelah berbual untuk beberapa
minit, Azman meminta diri. Tanpa membuang masa aku berdiri dari dudukku dan
berpaling ingin keluar dari ruang kafetaria yang semakin sesak dengan
pelajar-pelajar.
“He likes you!” Tegur satu suara
yang aku sangat kenal.
“Apa awak buat kat sini?” Aku bertanya.
Malas mahu memanjangkan pernyataan yang baru sahaja Ismadi buat. Pernyataan yang
berbaur cemburu! Tapi benarkah dia
cemburu?
Ismadi memeluk tubuhnya. Masih
memandangku tajam. Aku tahu dia mahukan penjelasanku tentang hubunganku dengan
Azman.
“Dia pelajar saya Ismadi. Ada apa
awak ke sini?” Sekali lagi aku bertanya sekaligus ingin mengubah topik
perbualan kami.
Ismadi menarik kerusi dan
melabuhkan duduknya di situ. Aku mula menebarkan pandanganku di segenap
kafetaria. Sah! Beberapa pelajar perempuan mula memandang ke arah kami. Aku
faham, kehadiran Ismadi pasti menarik perhatian pelajar-pelajar perempuan di
sini. Siapa sahaja tidak tertarik dengan penampilan lelaki itu yang kacak dan
bergaya. Seperti aku suatu ketika dahulu.
“Awak bangun. Kita bincang kat
tempat lain,” Arahku lalu menarik lengannya.
Ismadi akur dengan permintaanku.
Tidak mahu lebih ramai mata memandang, aku membawa Ismadi ke ruangan pejabatku.
“Awak ke sini kenapa?” Tanyaku
untuk kesekian kalinya.
“Abang kerja kat sini,” jawabnya
selamba tapi cukup untuk buat aku ternganga. Dia apa? Kerja kat sini?
“Apa awak kata?” Aku menginginkan
kepastian. Mana tahu aku salah dengar.
“Abang pensyarah Broadcasting kat
Fakulti Masscomm. Kenapa? Ada masalah ke sayang?” Terang Ismadi lebih
terperinci bersama senyumannya.
Aku mengurut dahiku perlahan.
Ahh, peningnya! Sudahlah aku harus jumpa lelaki itu di rumah, kini di tempat
kerja jugak! Aduh!
“Sayang okey?”
“Apa motif awak ni? Awak nak
kawal hidup saya ke?” Terjahku, keras.
Ismadi kembali memeluk tubuhnya.
Bertenang.
“Bukan mengawal, tapi abang nak mengejar
cinta dari wanita yang pernah abang siakan cintanya suatu ketika dulu. Kita
mula semula di tempat semuanya bermula,” ujarnya bersahaja.
Aku terdiam mendengarnya. Mula
semula?
“Lagi satu, abang tak nak sayang
layan budak yang jumpa sayang tadi. I knew that he likes you more than just a
lecturer. Pesan dia, kalau tak nak muka yang handsome tu pecah, jangan kacau
wanita kepunyaan abang,” Ismadi menitip amaran buat Azman melalui aku. Keras
sahaja suaranya.
Terkedu aku mendengarnya dan
bertambah terpana pabila dia bangun dan menundukkan badannya sedikit sebelum
bertindak mengucup lembut dahiku!
“Abang gerak dulu. Ada kelas. Nak
balik text abang dulu,” pesannya sambil melemparkan ‘flying kiss’nya padaku dan keluar dari ruangan pejabat ini.
Aku memegang dadaku sebaik sahaja
bayangan Ismadi menghilang. Dup..dap...dup...dap...Alahai hati, janganlah mudah
sangat cair!
“SURAYA,” Tegur Maisarah, rakan
setugasku yang merupakan seorang pensyarah bagi subjek Statistik.
“Apa?”
Maisarah mengambil tempat,
bertentangan dengan dudukku. Wajahnya berseri-seri! Mungkin ada berita
gembira.
“Kau nak tahu, Fakulti Masscomm,
Bahagian Broadcast ada pensyarah lelaki baru. Hot gila!” Maisarah memulakan
ceritanya.
Aku mengerutkan dahi. Ismadi ke?
“Aku terserempak dengan dia masa
aku nak pergi ajar statistic dengan kelas masscomm, lepas tu sempatlah
sembang-sembang sikit. Suara dia...tergoda aku!” Semangat Maisarah bercerita.
“Hmm,” balasku langsung tidak
berminat. Sudah aku tahu, Ismadi pasti akan menjadi ‘kegilaan’ perempuan walau
di mana pun dia berada.
“Hmm je?” tegur Maisarah. Pelik.
Aku mengangkat bahu. Malas mahu
memanjangkan cerita dengan Maisarah yang mudah sangat ‘jatuh cinta’.
“Tapi kan dia bagitahu aku dia
dah kahwin. Isteri dia ada mengajar kat sini jugak,” Suara Maisarah kedengaran
sayu secara tiba-tiba.
Aku lihat air mukanya juga sudah
bertukar mendung. Sedih kerana Ismadi sudah berkahwin. Dan aku yakin dia pasti akan lebih sedih jika
tahu akulah isteri Ismadi. Wanita yang biasa-biasa sahaja mukanya ini,
berbanding Maisarah yang cantik jelita!
Aku menepuk perlahan tangan
Maisarah. Memujuk.
“Banyak lagi lelaki lain,”ujarku
senada. Dan... Maisarah mengangguk lalu tersenyum kembali. Mudah benar
‘mood’nya berubah. Maisarah...Maisarah...
***
“SAYANG!” Ismadi menegurku sebaik
sahaja kakinya menjejak lantai dapur. Lelaki itu baru sahaja pulang dari kerja.
Aku berpaling memandang raut wajahnya yang jelas kepenatan. Dia melabuhkan
duduknya di ‘bar chair’ yang terdapat di sudut dapur rumah sebelum mengukirkan
senyumannya.
“Lagi lima hari, student abang
akan buat event sempena Hari Kekasih. Abang yang handle event tu. Sayang datang
ye,” ujar Ismadi. Ceria!
Aku pentas menggeleng. Tidak
setuju. Masakan aku perlu menyemak di Fakulti ‘glamour’ itu semata-mata suamiku
merupakan pensyarah yang mengendalikan event mereka. Aku bukan ‘biased’ sesama
fakulti lain, Cuma aku seorang yang ‘low profile’, tidak gemarkan ‘gimik’ dan
suasana ‘havoc’. Tambah-tambah nak sambut Hari Kekasih! Lagilah aku tak nak!
Nampak benar Ismadi ini tak ‘sensitif’ dalam isu-isu yang melibatkan agama!
“Saya tak sambut Hari Kekasih.
Tak elok! Lagipun, saya tak suka suasana riuh rendah.” Aku memberi alasan tanpa
memandang muka Ismadi.
Ismadi mengeluh perlahan.
“Kalau kena pada cara dan
tujuannya tak salahkan? Perkataan ‘kekasih’ tu bukan umumnya untuk manusia je.
Bukan untuk yang ada teman lelaki atau wanita. Suami isteri pun masih dikira
kekasih lagi. Malah ,‘kekasih tu boleh jadi jugak untuk Pencipta kita,
tumbuh-tumbuhan dan makhluk lain.” Ismadi menegakkan pendapatnya.
Aku berfikir sejenak.
“Awak tak tengok lagi, awak dah
judge yang bukan-bukan. Buruk benar pelajar Masscomm pada pandangan awak ye
Suraya Nafissa. And for your information Valentine Day tu dah sebulan lebih
berlalu,” tambah Ismadi sebelum bangun meninggalkan aku sendiri bersama rasa
bersalah.
***
Aku terpinga-pinga melihat
jambangan bunga yang terletak elok di atas meja pejabatku. Ros putih! Lambang
kesucian sebuah perhubungan! Tapi siapa pulak yang bagi ni? Atau budak bunga salah hantar? Aku perlu tahu
kepada siapa dan untuk siapa bunga itu ditujukan.
Lalu jambakkan bunga itu aku
belek-belek, mencari kad kiriman dari pengirim. Jumpa! Kad berwarna pink itu
aku buka dan baca isi kandungannya dengan rasa ingin tahu yang menebal.
Untuk
wanita kesayangan abang,
Abang
rela dilukakan oleh dirimu walau sejuta kali pun
Demi
cinta yang pernah abang siakan keikhlasannya...
Maafkan
abang...
your hubby, Ismadi
Aku melepaskan keluhan beratku.
Serba salah. Aku yang tersalah kata, dia pulak yang memohon maaf dulu. Ismadi...
Aku menyeru namanya dalam hati. Betulkah dalam hati kau Cuma ada aku? Layakkah
aku untuk dicintai lelaki sehebat kau? Ahh, runsing aku memikirkannya!
Perlukah aku menghadiri event
pelajar Ismadi itu sebagai tanda meminta maaf? Untuk meluahkannya dalam bentuk
perkataan aku tidak mampu! Egoku masih tinggi melangit! Hatiku masih belum
‘kebah’ dari sakitnya dilukai dan dimalukan!
Bunyi tefon mengembalikan aku ke
alam realiti. Lantas nama pemanggilnya aku baca dalam hati. Ismadi!
“Sayang! Lunch jom!” Ajak Ismadi
dengan suara ceria! Baik sungguh ‘angin’nya! Kalau dulu bila aku mendekati,
lelaki itu seperti ‘puting beliung’ tak diramal!
“Hmm,” jawabku. Bersetuju. Ini
pun sebagai tanda ‘i’m sorry’ aku padanya. Kalau tidak, aku tidak mahu keluar
makan dengannya walau sekali! Bimbang di’serang’ peminat-peminat tegarnya.
“Yes! Err..sayang dapat tak bunga
yang abang bagi tu?” Tanya Ismadi sedikit teruja.
“Hmm. Terima kasih,” balasku
senada. Tidak mahu lelaki itu sampai boleh membaca emosiku di sebalik pemberiannya
itu.
“Sama-sama kasih sayang! Okeylah,
abang letak phone dulu. Lagi sepuluh minit i’ll pick you up. Assalamualaikum
sayang,” ucap Ismadi diakhir perbualan kami.
Aku menjawab salam yang diberi di
dalam hati. Tanpa sedar aku mengukirkan senyuman. Sekali lagi. Senyuman yang hampir enam tahun
‘mati’ kerana lelaki itu sekali lagi...
AKU mengerutkan dahi bila Ismadi
menghalang tanganku dari mengambil lauk ikan keli masak berlada itu.
“Sayang makanan ni pedas,”
katanya ringkas.
“So?” Aku menyoal, hairan.
“Sayang tak boleh makan,”
“Kenapa pulak? Saya lapar ni
Madi. Nanti saya makan awak baru awak tahu,” bentakku tanpa sedar.
Ismadi senyum menggoda.
“Abang lebih rela sayang makan
abang dari sayang makan ikan keli pedas ni.” Ismadi berkata lembut.
Aku mengecilkan mata. Mengada
betul!
“Sayang, abang bukan tak bagi
sayang makan tapi sayang kalau makan benda pedas, lepas tu confirm masuk tandas
sepanjang hari,” terangnya selamba membuatkan mukaku diserang bahang. Harusnya
wajahku sudah merah terbakar akibat malu!
Aku tidak tahu pula dia sedar
tentang ‘kelemahanku’ yang satu itu. Aku memang tidak tahan pedas. Tapi aku
betul-betul suka makanan pedas!
“Sekarang ambil sayur-sayur ni.
Makan. Lebih baik kurangkan pedas. Banyakkan makan sayur-sayuran. Takdelah
merana dikemudian hari.” Ismadi meletakkan sayur goreng ke dalam pingganku
sambil memberi ‘syarahan’nya. Tak pasal-pasal aku menjadi ‘student’nya bagi
subjek kesihatan dan pemakanan untuk hari ini.
Aku mencebikkan bibir tanda
protes.
“Buat mulut macam tu, abang kiss
karang. Sayang jugak yang merah sana-sini. Malu!” sakat Ismadi sambil
mendekatkan mukanya ke mukaku. Segera aku menjauh dari dirinya bersama
pingganku yang penuh dengan sayur!
Ismadi gelak sakan melihat aksiku
itu. Hey, tak lawaklah! Jerit hatiku.
Sedang aku dan Ismadi menikmati
selera, kami di sapa satu suara yang amat aku kenali dari belakang. Aku
berpaling dan tanpa sedar mataku membesar dengan jayanya!
“Munir!” Aku hampir terjerit
melihat Munir di hadapan mataku kini. Sahabat susah senang yang hampir enam
tahun tidak aku jumpa!
“Whoa! You look so great lah
Suraya Nafissa,”puji Munir bersama sengihan lebarnya.
“Kau pun! Handsome lah kau
sekarang! Dulu berhingus je!” Usikku bersama ketawa.
“Berhingus kau cakap? Nak kena
lah ni!” Munir berpura-pura marah.
“Hei, duduklah aku belanja kau
makan?” pelawaku bersungguh hampir-hampir terlupa dengan kehadiran Ismadi
sehinggalah lelaki itu berdehem.
“Wah, look what we have here,
Tengku Ismadi,” sapa Munir lalu melemparkan senyuman buat Ismadi.
Ismadi pulak hendak tak hendak je
membalas senyuman itu.
“Dah jadi pakwe kau ke Suraya?”
Soal Munir sedikit sarkastik dipendengaranku tapi aku bertindak seperti tidak
mendengar soalannya tadi. Munir...biasalah!
“Suami!” Ismadi membetulkan
segala persoalan yang timbul dibenak Munir sekaligus menjawab soalan yang
ditujukannya kepadaku tadi.
“Eh, duduklah. Makan sekali.”Aku
sekali lagi mempelawa Munir menyertaiku menjamu selera. Aku tidak mahu mencipta
suasana tegang antara Ismadi dan Munir.
Munir menggeleng seraya senyum.
“Lain kalilah. Aku ada hal. Ini
nombor phone aku yang baru. Ada masa call aku tau,” pesan Munir lalu meletakkan
business card miliknya atas meja sebelum pamit.
Aku kembali menikmati makanan aku
seperti sebelumnya. Bezanya, aku lebih gembira setelah berjumpa kembali dengan
Munir setelah sekian lama. Senyuman masih tidak putus dari bibirku.
“ I really want to see this kind
of face when we both are alone. Can i have that kind of opportunity? To see you
one more time, smile and talk just like you did to Munir?” Ismadi mula
berbicara setelah Munir berlalu. Bicaranya kedengaran sayu!
Aku angkat muka. Ismadi tepat
memandangku! Menanti jawapan daripada aku.
Perlahan aku melepaskan keluhan.
“Dulu, awak paling istimewa dalam
hati saya. Lagi istimewa dari Munir.”Aku membalas tanda tanyanya di fikirannya
itu.
“Sekarang?” sambutnya pantas.
Aku diam. ‘Susah’ benar soalannya
kali ini. Namun, aku benar-benar tiada idea untuk menjawab soalannya itu untuk
masa terdekat ini. Sungguh aku tidak
tahu!
***
Jam tangan milikku pastinya tidak
salah menandakan waktu dan tarikhnya. Akhirnya, hari para pelajar Ismadi
mengadakan event tiba jua. Mahu tidak mahu, terpaksa jugak aku gagahkan diri
menghadiri event tersebut.
Aku tidak mahu Ismadi berkecil
hati denganku gara-gara permintaan kecilnya ini tidak aku penuhi. Sudahlah aku
tidak pernah menjalankan tanggungjawabku sebagai seorang isteri dengan
sepenuhnya! Itu pun sudah cukup untuk me’rebeh’kan bahuku yang sudah sedia
terpikul dengan dosa-dosa lain ini.
Suasana di sekitar Fakulti
Komunikasi dan Media yang sedia meriah bertambah berseri dengan event yang
dikendalikan oleh suamiku itu. Ramai sungguh pelajar yang datang! Aku tidak
sangkal, pelajar Komunikasi memang semuanya saling menyokong antara satu sama
lain. Buktinya event ini!Semua pelajar turun padang!
‘UntukMu Kekasih’. Aku membaca
tema event malam ini. Islamik rupanya! Benar kata Ismadi, perkataan kekasih itu
bukan hanya untuk pasangan kekasih sahaja, tapi boleh jadi jugak untuk pasangan
suami isteri, makhluk dan tumbuhan tapi yang paling penting untuk Kekasih yang
satu, pencipta sekalian alam, Allah S.W.T.
Sepanjang event itu berlangsung,
pelbagai perisian yang aku perolehi. tak rugilah aku merendahkan ego, datang ke
event ini.
Bunyi telefon bimbit yang
menjerit-jerit itu segera aku angkat.
Skrin aku pandang sekilas. Oh, suami aku!
“Sayang datang? Thank you so
much! Sayang jangan balik dulu, okey. I have surprise for you!” Ismadi berkata
dengan nada terujanya.
Dalam sedar, aku tersenyum
sendiri. Dia gembira aku menghadiri eventnya malam ini. Tapi aku tidak mahu
terus tenggelam dengan semua ini. Lalu aku berdehem beberapa kali.
“Hmm...cepat! saya nak balik,”
balasku dalam nada tegas.
“Okey sayang!” Serentak itu
Ismadi mematikan talian kami.
Aku menggeleng kepala. Sampai
bila aku nak buat Ismadi begini? Mengejar cinta aku! Jika orang luar yang
memandang kami, pasti dia akan mengatakan aku seorang wanita yang kejam!
Membiarkan seorang suami, ‘lelah’ meraih cinta dari isteri sendiri.
Ya Allah, patutkah aku
menghentikan permainan ini? Bermula semula seperti yang Ismadi mahukan? Aku
tertanya sendiri.
“Miss,”
Aku berpaling.
“Sir Ismadi mintak sampaikan kad
ni pada miss,” ujar pelajar lelaki itu. Mungkin pelajar Ismadi.
Aku senyum dan mengambil sekeping
kad yang di suakan pelajar tadi. Lambat-lambat aku membuka kad itu sebaik
sahaja pelajar itu berlalu.
UntukMu kekasih halalku,
My crush until Jannah,
Suraya Nafissa...
Suamimu, Tengku Ismadi...
Serentak itu, telingaku menyapa suara yang sungguh merdu mengalunkan lagu nyanyian kumpulan Indigo itu. Aku tercari-cari pemilik suara itu di sekitar pentas itu. Suara yang pernah aku dengar!
Suraya
Seperti mana kau dan mentari
Pengemis ini meminta
Serangkaian cahaya
Hatimu Suraya
Suraya
Bentangkan sinaranmu disini
Lembah hatiku gelita
Rinduku tiada terhingga
Padamu suraya
Seperti mana kau dan mentari
Pengemis ini meminta
Serangkaian cahaya
Hatimu Suraya
Suraya
Bentangkan sinaranmu disini
Lembah hatiku gelita
Rinduku tiada terhingga
Padamu suraya
Kadangkala
Perkataan
Hanya merunsingkan sahaja
Kelu tak berbahasa
Hanya lilin hidupku menyala
Dan mengapa
Berkali ku biarkannya
Datang dan pergi semula
Semakin lama...
Suraya
Suatu masa dulu ku bahagia
Walaupun seketika
Ku masih percaya
Padamu Suraya
Perkataan
Hanya merunsingkan sahaja
Kelu tak berbahasa
Hanya lilin hidupku menyala
Dan mengapa
Berkali ku biarkannya
Datang dan pergi semula
Semakin lama...
Suraya
Suatu masa dulu ku bahagia
Walaupun seketika
Ku masih percaya
Padamu Suraya
Demi terpandangkan wajah Ismadi yang keluar dari pentas
sambil memegang mikrofon, air mataku merembes keluar. Lelaki itu terus
menyanyikan lagu yang bertemakan nama milikku itu bersama matanya yang tidak
lekang dari memandangku.
Fahamlah aku, bait-bait lagu itu memang ditujukan khas
untukku! Air mata terus mengalir. Terharu dan sebak bercampur baur! Hanya
lelaki itu sahaja yang mampu menjatuhkan air mataku dengan sebegini teruk! Dari
dulu sehingga sekarang!
Sejurus selesai menyanyi, Ismadi masih berdiri di atas
pentas. Masih tetap merenung ke dalam mataku.
“I love you Suraya Nafissa!” ucapnya penuh romantik.
Serentak itu tepukan gemuruh melatari
ruangan pentas ini.
Aku menekup mulut dengan telapak tangan. Terharu, gembira
dan malu. Semua ada! Rasa seperti dalam
novel pula!
“Sayang terharu!” ujar Ismadi sebaik sahaja dia turun dari
pentas.
Aku senyum seraya mengangguk.
“Cara abang pikat sayang lagi romantik dari sayang dulu
kan?” usiknya bersama ketawa kecil.
Aku mengangguk lagi.
“Sayang terima tak cinta abang?” Soalanya lagi.
Aku sekali lagi mengangguk.
“Hei, mana pulak suara sayang abang ni? Terharu sangatlah
tu! Dengar suara abang yang super sedap ni,”
Ismadi membangga diri.
“Ya Allah perasannya!” Akhirnya aku bersuara.
Ismadi senyum sebelum meraih tanganku dan mengucupnya.
“Terima kasih. Abang janji, dengan izin Allah abang tak akan
pernah siakan cinta sayang sehingga syurga sekalipun,” janji Ismadi sambil
merenung tepat ke anak mataku.
Aku tersenyum. Bahagia. Cukuplah setakat ini aku menyeksa
hatinya. Membiarkan dia mengejar cintaku yang memang sudah sedia ada untuknya.
Menyeksa hatiku sendiri dengan menyatakan yang cintaku untuknya sudah mati.
Cukuplah sehingga di sini. Aku mahu bahagia di samping lelaki ini.
***
“MACAM mana abang boleh terfikir
nak nyanyikan lagu Indigo tu?” Tanyaku di suatu petang. Aku mahu tahu dari mana
ideanya datang untuk memikatku dengan lagu itu. Tak kanlah hanya sekadar nama je kan?
“Terfikir? Lagu tu dari hatilah
sayang! For your information, lagu tu lah yang menemukan kita,” katanya lalu
menarik hidungku yang tak berapa nak mancung ini.
Aku mengerutkan dahi. Tak faham.
“Ingat tak masa sayang jatuh tu?
Sebelum tu kan sayang mesti ada dengar orang menyanyi lagu Suraya tu kan?”
Aku memerah otak mengingat. Membuka kotak memori seawal perkenalan kami.
Okey, aku ingat dah tragedi tu. Peristiwa di mana aku terjatuh terpijak kulit
pisang gara-gara asyik sangat mendengar suara yang menyanyikan lagu kumpulan
Indigo itu. Jadi, suara lelaki yang
tidak dikenali itu...milik Ismadi?
“Sua..suara abang kan?” Teruja
aku bertanya.
Ismadi mengangguk.
Aku senyum tak sangka begitu
sekali aturan jodoh kami. Indah sungguh perancangan Allah.
“Abang, why and when you were
fallen in love with me?” Soalku tiba-tiba.
“Curious? Huh?”
“Hmm,” jawabku. Ringkas.
“Sejak sayang asyik kejar abang
and the way you proposed me. Berani gila! Depan Natasha pun sayang
sanggup
cakap macam tu,” balasnya bersama ketawa kecil.
Aku mengetap bibir.
“Ala..tapi orang tu hina-hina
kita depan orang lain. Lagi berani!” perliku. Geram.
Ismadi memegang tanganku dan
mengusapnya.
“Masa tu abang keliru. Tak tahu
cinta ke hanya suka-suka. Its was my first time, a girl chasing me like
you
did. Lagipun masa tu abang ada Natasha. Tapi Allah nak tunjuk cinta mana yang
sejati dan cinta mana yang palsu, abang accident. Natasha lari and Suraya
isteri abang ni datang membantu seikhlas hati. Siang malam abang berdoa agar
kita dipertemukan lagi dan dikuatkan jodoh dan Alhamdulillah kita bertemu walaupun
ambil masa yang lama dan sayang jadi milik abang jugak.” Terangnya lalu
mengucup dahiku lembut.
Aku senyum lagi. Benar-benar puas
hati dengan penerangannya. Lalu tangannya aku ambil dan aku bawa rapat ke
bibirku sebelum mengucupnya syahdu.
Ismadi senang hati dengan
perlakuanku itu.
“Takkan cium tangan je? Abang nak
jugak kat sini. Sini. Sini. Sini. Sini dan sini,” ujarnya sambil menunjukkan
dahi,kedua pipinya, hidung dan berakhir di bibirnya.
Merona merah wajahku kerana
kata-katanya itu.
“Sayang, merahnya muka!” Ismadi
giat menyakatku.
Aku cubit lengannya. Terjerit
kecil suami aku itu.
“Heish, sayang ni. Sakit abang
tau! Malam tadi okey je,”kata Ismadi lagi sambil mengusap bekas cubitan aku
tadi.
Aku membulatkan mata. Malu bila
mengingatkan peristiwa malam tadi di mana aku secara rasminya sudah menjadi hak Ismadi
luar dan dalam.
“Sayang nak kena denda ni.”
Ismadi berkata sebaik sahaja melihat
reaksiku tadi. Seraya tubuhku
dicempungnya ke bilik.
“Abang!” jeritku sebelum terdiam
sendiri kerana menerima kucupan Ismadi dibibirku.
Aku berdoa biarlah cinta dan
kasih sayang yang kami ada hari ini berkekalan sehingga Jannah. Ismadi...You’re
my C.R.US.H ( CINTA RINDU SEPANJANG HAYAT) until Jannah too!
10 comments:
best ♥
karya anda xmegecewakan heheheh...
semoga terus berkarya menhasilkn cerpen best2...
terima kasih pada yang sudi komen. korang semua memang sporting :)
xsbr tunggu ur nex cerpen =)
hehe.. best jugak main kejar-kejar ni.. :)
Best..senyum sensorang bile bace..hehe
Best
Terbaik!!!! Sume karya awk sume best!!! Awk memang seorang yg berbakat
Ya Allah sweet nya ! Cik penulis keep it up!
Terbaik...love all the cerpen penulis. Moga sukses
Post a Comment