Tajuk : Encik No Feeling!
penulis : NOORAIHAS
Tarikh pos : 2 Disember 2012
Hey! Ini kisah aku. Kisah untuk sedarkan diri sendiri yang
lelaki yang macam tiada perasaan pun boleh dicintai dengan baik. Walaupun ambil masa untuk menyedari. Encik
‘No Feeling’....a...o....u!!!( I love you).
“Jom teman Pak Su
dengan Uncle Azfar pergi kursus kahwin?” ajak Pak Su Aril. Aku memandang pelik
bapa saudaraku yang baru pulang dari kerja itu.
“Kursus kahwin?” Soalku dengan kening yang hampir bertaut.
Hairan.
“Ha’ah. Kursus kahwinlah. Pak Su belanja!” kata Pak Su Aril,
bersungguh. Wajah yang kepenatan itu berseri kembali demi melihatku yang
memberi tindak balas pada pertanyaannya tadi.
Aku memuncungkan bibirku bersama dahi yang berkerut seribu.
Nak ikut ke tak? Pak Su nak belanja tu! Bisik hatiku.
“Alaa...bolehlah Noorin ye. Teman bakal Mak Su awak tu. Nanti
dia sorang-sorang. Kesian dia...” meleret suara Pak Su Aril memujukku.
Segera terlayar di fikiranku bakal Mak Su aku yang pemalu tu.
Kesian jugak kalau bakal Mak Su aku tu keseorangan sepanjang kursus kahwin tu.
Lagipun, bagus jugak aku pergi sama. Aku pun kalau dari segi umur dah layak
pergi kursus macam tu. Sweet 25 gitu!
“Hmm, okeylah! Pak Su belanja,kan!” sambutku, bersetuju
akhirnya.
Pak Su Aril terlompat-lompat gembira sambil menepuk tangannya
beberapa kali sebelum naik ke biliknya. Macam kera dapat bunga pun ye gak
gayanya. Harap umur je dah 34 tahun, tapi perangai macam budak-budak! Lain
benar dengan Uncle Azfar walaupun sebaya.
Cakap pasal Uncle Azfar aku sedikit tak suka. Lelaki itu
sangat dingin dan pendiam orangnya. Lain dengan perangai bapa saudara aku yang
mulut murai dan sengal tu! Entah macam mana boleh jadi kawan pun aku tak tahu.
Masa Pak Su Aril bawa Uncle Azfar datang rumah, perkenal dekat nenek, aku baru
15 tahun masa tu. Pak su Aril menyuruh aku memanggil sahabat karibnya dengan panggilan ‘uncle’
kononnya sebagai tanda menghormati lelaki itu yang sama baya sahaja dengannya. Sebab
tulah sampai sekarang aku selesa panggil Uncle pada lelaki itu.
Kalau nak tunggu Uncle Azfar buka mulut, aku rasa sampai
tahun depan belum tentu lagi Berjaya. Tapi kalau dengar dia cakap, aku rasa
macam nak bagi penyepaklah pulak! Apa tidaknya kata-katanya sangat tajam!
Hampir terbunuh aku mendengarnya! Nasib baik dah nak kahwin. Pilihan keluarga,
sebab tengok gaya pun aku tahu, perempuan takut nak dekat dengan dia ni!
“Noorin, apa yang kamu dok termenung sorang-sorang tu?”
Aku mengurut dadaku perlahan. Bila masa pulak nenek balik
dari baca yassin ni? Buat saspen aku je! Nenek...Nenek...Nenek...
“Er... tak. Tak ada apalah nek,” ujarku sambil tersengih.
Nenek menggelengkan kepalanya beberapa kali sebelum
menghilang ke dapur dan kembali semula dengan air minuman di tangannya. Nenek
melabuhkan punggung disebelahku. Air minuman yang diambil tadi diteguknya
perlahan. Belum sempat nenek letak air yang diminumnya tadi, aku sudah
menyambar dan meneguknya dengan rakus! Apa punya cuculah aku ni!
“Hish, kamu ni! Perangai tak senonoh!” marah nenek lalu
menepuk pehaku.
“Adui!” jeritku. Memang hebatlah ‘penangan’ nenek aku ni!
Kalau selak seluar kotak-kotak aku ni mesti peha aku dah merah menyala! Aku
mengusap pehaku yang baru dipukul nenek tadi. Sakit!
“Sakit,” tangisku bersama sendu yang sengaja dibuat-buat.
Menarik simpati nenek. Mesti nenek pujuk aku kejap lagi! Maklumlah cucu tunggal
pulak tu!
“Sakit ke?” Tanya nenek lalu mengusap pehaku yang dipukulnya
tadi. Aku menahan senyuman sambil mengangguk perlahan. Got, you! Hahaha...
“Mak jangan nak manjakan cucu mak ni. Dia ni drama je lebih!”
Entah bila pulak bapa saudara aku ni muncul. Bukan tadi dah naik bilik ke? Ahh,
tak penting! Yang penting Pak Su Aril selalu jadi spoiler!
“Bukan dia nangis betul-betul pun!” tambah Pak Su Aril lagi.
Aku terus menunjukkan buku lima aku. Pak Su Aril hanya mencebik. Tak makan
dengan ugutan aku.
Nenek dah mula pandang aku. Aku mengetap bibir geram tapi
masih memberikan simbol ‘peace’ pada nenek. Serentak itu cubitan pulak
menghinggap lenganku.
“Pak Su ni,” bentakku, tak puas hati. Pak Su Aril sudah gelak
sakan. Aku memeluk tubuh. Merajuk!
“Yelah, siapalah kita ni, kan? Anak yatim piatu. Tak ada mak
ayah nak menumpang kasih,” rajukku. Sayu!
Nenek mula memeluk bahuku. Mahu memujuk. Pak Su Aril pulak
dah mengambil tempat di sebelahku, juga mahu memujuk.
“Apa Noorin cakap ni? Nenek sayang Noorin tau,” pujuk nenek
lalu mengelus tanganku.
“Nenek sayang Noorin lebih dari Pak Su tau! Jealous Pak Su,”
Pak Su Aril pulak menambah.
“Ye?” Soalku ada makna tersembunyi. Kening pun sudah naik
sebelah, macam Ziana Zain pun ada dah ni!
“Ye!” jawab nenek dengan Pak Su Aril serentak.
Aku senyum. Ada permintaan yang aku mahu mereka tunaikan.
“Kenny rogers malam ni,” Aku sudah mula buat permintaan
serentak itu jugak Pak Su Aril tarik telingaku. Pedih!
“Banyak Kenny rogers Noorin. Dah pergi siap apa yang patut,
hujung minggu ni kan nak ikut Pak Su pergi kursus kahwin,”kata Pak Su Aril.
Aku mencebik! Macam lari je kursus kahwin tu kalau aku tak
pergi! Bukan aku nak kahwin dalam masa terdekat ni pun! Marahku dalam hati
sahaja.
“Oh, kamu jadi bawak Noorin sekali pergi kursus kahwin tu?”
Tanya nenek lalu mengalihkan pandangan pada Pak Su Aril.
Pak Su Aril mengangguk sambil memandang aku yang masih
memuncung. Masih tidak berganjak dari
tempat duduk.
“Pergilah bersiap. Kata nak makan Kenny Rogers malam
ni,”Sekali imbas Pak Su Aril memberi arahan.
“Seriously? Yeay!” Aku pulak sudah terlompat-lompat. Nenek
menggelengkan kepalanya beberapa kali.
“Kamu ni Aril, rosak budak ni kamu manjakan!” tegur nenek
pada Pak Su Aril.
Pak Su Aril sengih.
“Takpelah mak, lepas kahwin nanti matanglah dia,” bela Pak Su Aril lalu membuat simbol
‘peace’ padaku. Aku jugak membalasnya dengan simbol yang sama. Dua-dua
ting-tong! Kepala masuk air je!
“Eloklah, bapa saudara dengan anak saudara satu kepala!
Pening mak,”keluh nenek. Sudah malas nak melayan aku dan Pak Su Aril.